jurnal minggu 5

3
Bilangan Jurnal : 5/12 Minggu Praktikum : Minggu Kelima Tarikh Peristiwa / Kejadian : 3 MAC 2015 Tajuk Jurnal :Penggunaan alat elektronik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Tunjang Fizikal dan Estetika – Muzik. a) Masalah / Peristiwa Pada hari Selasa bersamaan 3 Mac 2015, saya telah memperkenalkan sebuah lagu kanak-kanak yang bertajuk “Senaman Tommy”. Bagi memperkenalkan lagu ini, saya telah menyediakan satu carta lirik lagu dengan mencetak lirik lagu dan menampalkannya di atas satu kad manila. Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran ini, saya telah dipantau oleh pensyarah pembimbing iaitu Encik Fazil Bin Musa. Melalui ulasan yang diberikan setelah tamat P & P, saya diminta melakukan penambahbaikkan dari aspek penggunaan projector bagi memaparkan lirik lagu. Walaupun tidak timbul sebarang masalah semasa aktiviti dijalankan, namun penggunaan alat elektronik seperti projector akan dapat memberikan pendedahan kepada murid tentang alat-alat elektronik yang digunakan pada masa kini. Melalui penggunaan alat elektronik tersebut, para murid akan lebih berminat untuk menjalankan aktiviti yang dirancang. b) Analisis Sepanjang proses P&P dijalankan, tidak ada berlaku sebarang masalah tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid. Murid telah berjaya menyanyikan lagu “Senaman Tommy” sambil membuat pergerakan mudah dengan iringan lagu. Berdasarkan pemerhatian, murid kelihatan begitu bersemangat dan gembira semasa mempersembahkan lagu tersebut secara kumpulan di hadapan. Jika pada hari tersebut, saya menggunakan projector bagi memaparkan

Upload: amy-tucker

Post on 22-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

jurnal mingguan

TRANSCRIPT

Page 1: JURNAL MINGGU 5

Bilangan Jurnal : 5/12

Minggu Praktikum : Minggu Kelima

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 3 MAC 2015

Tajuk Jurnal :Penggunaan alat elektronik dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran Tunjang Fizikal dan Estetika – Muzik.

a) Masalah / Peristiwa

Pada hari Selasa bersamaan 3 Mac 2015, saya telah memperkenalkan sebuah lagu

kanak-kanak yang bertajuk “Senaman Tommy”. Bagi memperkenalkan lagu ini, saya

telah menyediakan satu carta lirik lagu dengan mencetak lirik lagu dan menampalkannya

di atas satu kad manila. Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran ini, saya

telah dipantau oleh pensyarah pembimbing iaitu Encik Fazil Bin Musa. Melalui ulasan

yang diberikan setelah tamat P & P, saya diminta melakukan penambahbaikkan dari

aspek penggunaan projector bagi memaparkan lirik lagu. Walaupun tidak timbul

sebarang masalah semasa aktiviti dijalankan, namun penggunaan alat elektronik seperti

projector akan dapat memberikan pendedahan kepada murid tentang alat-alat elektronik

yang digunakan pada masa kini. Melalui penggunaan alat elektronik tersebut, para murid

akan lebih berminat untuk menjalankan aktiviti yang dirancang.

b) Analisis

Sepanjang proses P&P dijalankan, tidak ada berlaku sebarang masalah tingkah laku

yang ditunjukkan oleh murid. Murid telah berjaya menyanyikan lagu “Senaman Tommy”

sambil membuat pergerakan mudah dengan iringan lagu. Berdasarkan pemerhatian,

murid kelihatan begitu bersemangat dan gembira semasa mempersembahkan lagu

tersebut secara kumpulan di hadapan. Jika pada hari tersebut, saya menggunakan

projector bagi memaparkan carta lirik lagu, berkemungkinan murid akan lebih teruja dan

bersemangat untuk menjalani P&P. Di samping itu, saya turut akan dapat berpeluang

untuk memaparkan tayangan video yang menarik dalam langkah-langkah P&P yang

telah dirancang. Oleh yang demikian, berdasarkan ulasan penambahbaikkan yang telah

diutarakan oleh pensyarah pembimbing, saya akan mengaplikasikan penggunaan alat

elektronik pada masa akan datang.

c) Cadangan Tindakan Susulan

i. Saya akan menggunakan alat elektonik seperti projecter bagi memaparkan carta

lirik lagu dan menggunakan jenis dan saiz huruf yang sesuai bagi memudahkan

murid membaca carta lirik lagu dengan lebih mudah.

ii. Saya akan menggunakan projector untuk menayangkan video mahupun gambar

yang menarik bagi memberikan peluang kepada murid untuk melihat sesuatu

Page 2: JURNAL MINGGU 5

secara dekat yang tidak terdapat di Malaysia seperti suasana musim salji di

negara lain.

iii. Saya akan memperkenalkan kepada murid alat-alat elektronik yang digunakan

pada masa kini seperti projector dan pembesar suara. Melalui pendedahan

seperti ini, murid akan dapat berkembang seiring dengan peredaran zaman.

iv. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah

pembimbing di samping berbincang bersama rakan praktikum saya.

d) Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Penggunaan alat

elektronik di dalam kelas merupakan satu pemudahcara bagi guru dalam menyediakan

bahan bantu mengajar. Tambahan pula, melalui penggunaan alat elektronik ini, murid

akan lebih teruja dan berminat untuk menjalani proses P&P. Sekiranya, guru dapat

mengaplikasikan teknik ini dengan baik, maka pelajar akan dapat mencapai objektif

pembelajaran secara menyeluruh.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : _______________________ Tandatangan : _______________________

Nama : _______________________ Nama : _______________________

Tarikh : _______________________ Tarikh : _______________________