jurnal minggu 5

2
Bilangan Jurnal : Ke-5 Minggu praktikum : Kelima Tarikh Peristiwa/ kejadian : 1 Mac 2015 – 2 Mac 2015 Tajuk Jurnal : Aktiviti kumpulan semasa proses pengajaran dan pembelajaran 1. Masalah / Peristiwa Pada minggu ini saya telah menghadapi masalah untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran apabila diberikan aktiviti kumpulan. Murid- murid tidak dapat mengaplikasikan kemahiran yang diajar oleh guru. Terdapat segelintir murid mengasingkan diri dan melakukan aktiviti yang disuka oleh mereka. Terdapat juga segelintir murid yang menginginkan permainan khusus seperti bola sepak. 2. Analisis Saya mendapati masalah ini berlaku kerana arahan guru tidak jelas dan ringkas. Murid-murid tidak mempunyai sikap bekerjasama diantara mereka. Selain itu, murid berasa mereka tidak dapat melakukan kemahiran dengan baik apabila murid-murid yang lemah berada dalam kumpulan mereka.. 3. Cadangan Tindakan Susulan a) Saya patut membincangkan tentang masalah ini bersama guru pembimbing dan mendapatkan nasihat daripada beliau. b) Saya akan memurnikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menarik minat murid. c) Saya akan memberikan ganjaran kepada kumpulan yang dapat menunjukkan berkelakuan yang baik.

Upload: aruna1403

Post on 05-Sep-2015

226 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Bilangan Jurnal: Ke-5Minggu praktikum: KelimaTarikh Peristiwa/ kejadian: 1 Mac 2015 2 Mac 2015Tajuk Jurnal: Aktiviti kumpulan semasa proses pengajaran dan pembelajaran

1. Masalah / PeristiwaPada minggu ini saya telah menghadapi masalah untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran apabila diberikan aktiviti kumpulan. Murid-murid tidak dapat mengaplikasikan kemahiran yang diajar oleh guru. Terdapat segelintir murid mengasingkan diri dan melakukan aktiviti yang disuka oleh mereka. Terdapat juga segelintir murid yang menginginkan permainan khusus seperti bola sepak.

2. AnalisisSaya mendapati masalah ini berlaku kerana arahan guru tidak jelas dan ringkas. Murid-murid tidak mempunyai sikap bekerjasama diantara mereka. Selain itu, murid berasa mereka tidak dapat melakukan kemahiran dengan baik apabila murid-murid yang lemah berada dalam kumpulan mereka..

3. Cadangan Tindakan Susulana) Saya patut membincangkan tentang masalah ini bersama guru pembimbing dan mendapatkan nasihat daripada beliau. b) Saya akan memurnikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menarik minat murid.c) Saya akan memberikan ganjaran kepada kumpulan yang dapat menunjukkan berkelakuan yang baik.d) Saya akan berbincang dengan guru-guru pendidikan jasmani yang lain untuk mendapatkan bantuan mereka semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

4. Tempoh Masa dan Keberkesanan Tindakan SusulanSaya akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini pada masa akan datang. Saya akan bijak menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan menggunakan kaedah serta teknik yang betul semasa mengajar.

5. Maklum balas pakar tentang masalahMenurut Woodcock (2000), setiap individu mempunyai tahap kebolehan yang berbeza. Oleh hal demikian, saya sebagai guru Pendidikan Jasmani harus memastikan pembahagian kumpulan mengikut tahap kebolehan yang sama supaya tidak berlaku keciciran semasa melakukan sesuatu aktiviti. Tambahan pula, saya juga perlu membentuk strategi untuk menyelesaikan masalah dan ia haruslah berpusatkan murid. Contohnya, guru boleh memberi peluang kepada murid untuk melakukan aktiviti kegemaran mereka dalam kumpulan masing-masing. Dengan itu, guru dapat menarik perhatian sepanjang aktiviti dijalankan.Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :Nama : Tarikh :Disemak olehPensyarah pembimbing

Tandatangan :Nama : En.Thanabal DesanTarikh :