kesantunan masyarakat malaysia minggu 5

26
Tajuk 2: Kesantunan Berbahasa Konsep Kesantunan Merentas Budaya (2 jam) Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Upload: kamektok2011

Post on 23-Jun-2015

1.769 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesantunan masyarakat malaysia minggu 5

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Tajuk 2: Kesantunan Berbahasa

Konsep Kesantunan Merentas Budaya (2 jam)

Page 2: Kesantunan masyarakat malaysia minggu 5

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Budaya = Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia

Page 3: Kesantunan masyarakat malaysia minggu 5

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat

Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri

Herskovits seterusnya memandang budaya sebagai sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau (atau ringkasnya superorganik).

Page 4: Kesantunan masyarakat malaysia minggu 5

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat

Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat

Page 5: Kesantunan masyarakat malaysia minggu 5

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Kesantunan = aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh suatu masyarakat tertentu sehingga kesantunan sekaligus menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial

Ketika dia dikatakan santun, masyarakat memberikan nilai kepadanya, baik penilaian itu dilakukan secara mendadak maupun secara konvensional (panjang, memakan waktu lama).

Penilaian kesantunan = bergantung kepada budaya atau perbuatan yg ditakrifkan santun dalam masyarakat masing- masing (KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA)

Page 6: Kesantunan masyarakat malaysia minggu 5

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Kesantunan Merentas Budaya Konsep kesantunan tidak harus tertumpu

kepada satu-satu bangsa sahaja Konsep kesantunan merentas budaya yang

pelbagai Pemahaman tentang apa yg dikatakan SANTUN

dalam pelbagai budaya harus diberi penekanan dalam proses berkomunikasi

Bila proses komunikasi melibatkan pelbagai budaya = KOMUNIKASI SILANG BUDAYA

Page 7: Kesantunan masyarakat malaysia minggu 5

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Tahap silang budaya boleh diukur berdasarkan padangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan

Pandangan terhadap dunia ialah kepercayaan terhadap alam semula jadi atau nilai yang dipegang dan ia adalah sukar diubah.

Setiap budaya mempunyai tanggapan masing-masing mengenai apa yang betul atau salah

Page 8: Kesantunan masyarakat malaysia minggu 5

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

CONTOH Kesantunan Merentas budayaCEO berbangsa Jepun berinteraksi

dengan pengurusnya yang berbangsa Cina Malaysia tentang projek perniagaan mereka

Seorang pakar penasihat kepada Hicom Sdn Bhd bermesyurat dengan ahli lembaga pengarah Hicom Sdn Bhd. Lembaga mesyurat terdiri dari oang Malaysia, Orang Jepun, Orang Kanada dan Orang UK

Segala komunikasi terjadi ini akan lebih secara toleransi serta mencapai matlamat yang maksimum jika amalan menjaga air muka dalam kalangan yang terlibat- lisan/bahasa- Pergerakan/tingkah

laku- Mimik muka

Page 9: Kesantunan masyarakat malaysia minggu 5

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Budaya obejektif ialah budaya luaran yang jelas dan mudah dikenal pasti. Contohnya, pakaian, rupa, bahasa, adat reasam, makanan dan bentuk rumah.

Budaya subjektif ialah budaya dalaman yang tidak boleh nampak dengan mata kasar dan sukar dikenal pasti. Contohnya, keprcayaan dan nilai amalan.

Budaya adalah kompleks dari segi pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, hukum, adat istiadat dan kebiasaan

Page 10: Kesantunan masyarakat malaysia minggu 5

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Konteks komunikasi

TINGGI

RENDAH

• Tumpuan komunikasi berkonteks tinggi adalah kandungan tersirat yang ingin disampaikan

• Contohnya intonasi, isyarat badan dan persekitaran

• Fokus kepada apa yang dinyatakan secara lisan.

• Komunikasi adalah jelas, tepat dan terus terang.

• Sekiranya tidak setuju dengan sesuatu, mereka akan menyatakan tidak secara terangan tanpa berkias atau hanya menunjukkan isyarat setuju melalui bahasa badan atau mimik muka.

Page 11: Kesantunan masyarakat malaysia minggu 5

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

CINA DAN INDIA• Dalam masyarakat Cina dan India,budi bermaksud perbuatan

yang mulia dan baik kepada orang lain.Contohnya,kita membantu orang yang berada dalam kesusahan tanpa mengira agama,bangsa dan adat serta kepercayaan.

• Selain itu,budi juga merupakan perbuatan baik yang dilakukan secara ikhlas dan penuh dengan kerelaan.

• Dalam masyarakat Cina dan India,budi bahasa bermaksud kesopanan dan kesantunan seseorang itu dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan bahasa seperti pertuturan dan percakapan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.

Page 12: Kesantunan masyarakat malaysia minggu 5

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Contoh kesantunan Masyarakat Cina

Tunduk ketika memberi salam. Orang tua makan dahulu Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dulu. Dalam tokong tidak membenarkan memakai

topi. Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam

rumah

Page 13: Kesantunan masyarakat malaysia minggu 5

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Contoh kesantunan Masyarakat India

Duduk bersila semasa makan.Tidak membazirkan makanan.Senyap semasa bersembahyang.Menangalkan kasut sebelum masuk ke

dalam kuilMematuhi adat dan resamSalam orang yan lebih tua.

Page 14: Kesantunan masyarakat malaysia minggu 5

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Contoh kesantunan Masyarakat Melayu

Berpegang kuat pada adat resam dan agama http://www.youtube.com/watch?v=mljqo2qBStAContoh: Tidak

manis/tidak sopan anak dara duduk bersila Memberi salam apabila bersua Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap. Kata sapan. Kata gelaran. Panggilan. Memberi salam. Bersalam. Bertanya khabar. Melayan tetamu. Menghormati orang tua.

Page 15: Kesantunan masyarakat malaysia minggu 5

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Kesantunan merentas budaya

1.Kerjaya guru (tak kira bangsa)

• kesantunan berpakaian -Peraturan Tatatertib dan Kelakaun bagi penjawat awam.Guru tidak boleh berpakaian yang merangsang orang lain terutamanya dari segi jantina yang berbeza contohnya berpakaian pakaian tembus pandang (transparence), menampakkan bahagian badan, blause yang terlalu mini atau terbelah terlalu tinggi.

Page 16: Kesantunan masyarakat malaysia minggu 5

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Kesantunan merentas budaya

2. tatacara bertindak GUru

• gerak geri guru ketika menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu. Contohnya: ibu bapa yang datang berurusan di sekolah,berkunjung ke sekolah yang atas sebab urusan,duduk di dalam kelas,berhadapan dengan orang yang kita hormati seperti guru besar atau pegawai dari jabatan,berjalan di tempat umum dan sebagainya

Page 17: Kesantunan masyarakat malaysia minggu 5

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Kesantunan merentas budaya

3. waktu makan bersama

• memerlukan kesantunan dalam cara duduk, cara mengambil makanan, cara makan atau mengunyah, cara menggunakan senduk, cara membersihkan mulut setelah makan dan cara memakai tusuk gigi

Page 18: Kesantunan masyarakat malaysia minggu 5

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Kesantunan merentas budaya

4. cara berkomunikasi:

• Ketika berkomunikasi, guru perlu mengambil kira norma-norma budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja.Cara berbahasa harus disesuaikan dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat. Perkataan atau bahasa yang digunakan perlulah sesuai dengan situasi ketika berkomunikasi. Guru yang tidak dapat menggunakan kesantunan berbahasa dengan betul mungkin akan dianggap sebagai seorang yang sombong, angkuh, tak acuh, egois, tidak beradat, bahkan tidak berbudaya.

Page 19: Kesantunan masyarakat malaysia minggu 5

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Guru seharusnya menjaga tutur katanya agar sentiasa mengamalkan kesantunan bahasa dan mampu memiliki bahasa yang santun dan sesuai kepada muridnya, walaupun murid menunjukkan tingkahlaku yang bermasalah.

Guru juga menjadi tauladan bagi murid dengan menerapkan prinsip kesantunan dalam setiap tutur katanya.

Page 20: Kesantunan masyarakat malaysia minggu 5

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Ciri-ciri kesantunan:

1. Ikhlas, jujur, baik hati, penyayang dan sanggup berjuang.

2. Bersyukur dan berterima kasih.3. Berani, tegas dan mengelakkan perkara keji

daripada berlaku .4. Menghargai dan menghormati pihak lain.5. Menggunakan kata-kata yang baik.6. Peramah, pemurah dan bersedia membaiki

kelemahan diri .

Page 21: Kesantunan masyarakat malaysia minggu 5

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Kesantunan berbahasa ini perlu dikuasai oleh guru kerana melalui kesantunan ini guru akan mengetahui:

1. Apa yang sebaiknya diucapkan pada waktu dan keadaan tertentu.

2. Ragam bahasa yang sewajarnya digunakan dalam situasi tertentu.

3. Bila dan bagaimana giliran berbual dimulakan.4. Bagaimana mengatur kelantangan suara ketika

berkomunikasi.5. Bagaimana sikap dan gerak-geri ketika berkomunikasi6. Bila seharusnya diam dan menamatkan perbualan.

Page 22: Kesantunan masyarakat malaysia minggu 5

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Kesantunan Merentas Budaya

KESANTUNAN MELALUI ADAT PERKAHWINAN

ADAT PERKAHWINAN MELAYU

ADAT PERKAHWINAN CINA

ADAT PERKAHWINAN INDIA

Bahagikan kepada 3 kumpulan dan bincangkan ciri kesantunan yang terdapat dalam adat perkahwinan orang Melayu, Cina dan India. Kemudian, secara round robin bincangkan ciri-ciri kesantuan tersebut.

Page 23: Kesantunan masyarakat malaysia minggu 5

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

ADAT PERKAHWINAN MELAYU

. Ia terdiri daripada lapan langkah yang boleh digolongkan kepada tiga peringkat:

Peringkat pertama• Merisik atau menengok• Meminang atau bertunang• Menghantar belanja dan akadPeringkat kedua• Berandam dan berasah gigi• berinaiPeringkat ketiga• Bersanding• Mandi limau• Sambut-menyambut

ADAT YANG HALUS DAN MENGHORMATI KELUARGA BAKAL PENGANTIN. ADA CARA YANG SOPAN UNTUK PERINGKAT2 PERKAHWINAN

Page 24: Kesantunan masyarakat malaysia minggu 5

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

ADAT PERKAHWINAN INDIA

Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian

LANGKAH-LANGKAH:• Merisik• Kunjungan Ke Rumah

Pengantin• Ikat Janji• Kad Jemputan• Penyediaan Thaali(Tjr

umaanggalyam)• Mukuurtta Kaal• Thirumanan

• Pengantin dijemput ke dewan perkahwin dengan meniris 'panir' (air mawar).

• Ditandakan photu• Di bawa naik atas pelamin• Penerusan upacara• Kalungan bunga malai• Ikat thali• Keliling api• Mohon restu ibu bapa (mencium kaki kedua

ibu bapa)

Page 25: Kesantunan masyarakat malaysia minggu 5

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

ADAT PERKAHWINAN CINA

• Kedua-dua ibu bapa diberikan tempat duduk• Pinangan: Ketika ibu bapa seorang anak lelaki menentukan bakal

menantu perempuan, mereka akan mencari tukang risik yang kerjanya adalah untuk mengurangkan konflik

• Pembandingan Hari Jadi: Jika keluarga bakal menantu perempuan tidak membantah terhadap pinangan, tukang risik akan membandingkan hari jadi pasangan tersebut

• Harga pengantin perempuan (Hadiah Pertunangan): Keluarga anak lelaki akan mengatur tukang risik untuk menyampaikan harga pengantin perempuan (hadiah pertunangan), termasuk surat pertunangan) kepada keluarga bakal pengantin perempuan

• Penyampaian Hadiah Perkahwinan: Hadiah perkahwinan berbeza-berbeza, bergantung kepada adat resam tempatan serta kekayaan keluarga.

Page 26: Kesantunan masyarakat malaysia minggu 5

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang