jurnal minggu 4

4
BIL. JURNAL: MINGGU KEMPAT TARIKH : 16 OGOS - 20 OGOS 2015 TAJUK JURNAL: MASALAH MURID TAHUN 5 MULTIMEDIA TIDAK BERJAYA SEPENUHNYA MELAKSANAKAN AKTIVITI YANG DIRANCANG. a) Masalah / Peristiwa Saya telah merancang aktiviti baharu dalam proses perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas Tahun 5 Multimedia seperti yang dirancang. Namun perancangan yang telah dilaksanakan oleh saya boleh dianggap kurang memuaskan kerana tidak semua murid mampu untuk menghasilkan aktiviti membuat stensilan dengan baik. Murid-murid tidak melaksanakan proses yang betul mengikut urutan dan mereka tidak mendengar arahan yang telah diberikan oleh guru semasa menghasilkan stensilan. Hal ini telah memberikan sedikit masalah kepada saya dalam mencapai objektif yang telah dikemukakan dalam rancangan pengajaran harian, selain itu masalah ini juga menyebabkan saya bermasalah untuk memberikan markah kepada hasil karya mereka. Masalah ini memberikan impak kepada saya untuk mengesan masalah dan kelemahan yang berlaku kepada murid-murid dalam perlaksanaan aktiviti yang telah dirancang. b) Analisis Pada pandangan saya, masalah yang timbul ini disebabkan oleh masalah murid yang tidak memberikan perhatian terhadap apa yang cuba diterangkan oleh guru. Selain itu, murid juga tidak diberikan pengalaman dan pengetahuan asas mengenai teknik yang tepat dalam mengaplikasikan teknik yang betul semasa menghasilkan stensilan. Berdasarkan situasi yang telah dilaksanakan, saya mendapati bahawa murid-murid kelas ini tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya di dalam kelas, mereka lebih suka untuk tidak memberikan perhatian terhadap apa yang telah murid kelas ini menjadi punca kepada situasi bising di dalam kelas dan menarik perhatian rakan-rakan yang lain supaya tidak mendengar arahan guru. Manakala, budaya guru menggunakan kekerasan dan nama suara yang tinggi menjadikan murid tidak akan memberikan perhatian terhadap apa yang

Upload: la-suerte-aiman

Post on 14-Jul-2016

224 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

dfd

TRANSCRIPT

Page 1: jurnal minggu 4

BIL. JURNAL: MINGGU KEMPATTARIKH : 16 OGOS - 20 OGOS 2015

TAJUK JURNAL: MASALAH MURID TAHUN 5 MULTIMEDIA TIDAK BERJAYA SEPENUHNYA MELAKSANAKAN AKTIVITI YANG DIRANCANG.

a) Masalah / Peristiwa

Saya telah merancang aktiviti baharu dalam proses perlaksanaan pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas Tahun 5 Multimedia seperti yang dirancang. Namun

perancangan yang telah dilaksanakan oleh saya boleh dianggap kurang memuaskan

kerana tidak semua murid mampu untuk menghasilkan aktiviti membuat stensilan

dengan baik. Murid-murid tidak melaksanakan proses yang betul mengikut urutan dan

mereka tidak mendengar arahan yang telah diberikan oleh guru semasa menghasilkan

stensilan. Hal ini telah memberikan sedikit masalah kepada saya dalam mencapai

objektif yang telah dikemukakan dalam rancangan pengajaran harian, selain itu

masalah ini juga menyebabkan saya bermasalah untuk memberikan markah kepada

hasil karya mereka. Masalah ini memberikan impak kepada saya untuk mengesan

masalah dan kelemahan yang berlaku kepada murid-murid dalam perlaksanaan aktiviti

yang telah dirancang.

b) Analisis

Pada pandangan saya, masalah yang timbul ini disebabkan oleh masalah murid

yang tidak memberikan perhatian terhadap apa yang cuba diterangkan oleh guru.

Selain itu, murid juga tidak diberikan pengalaman dan pengetahuan asas mengenai

teknik yang tepat dalam mengaplikasikan teknik yang betul semasa menghasilkan

stensilan. Berdasarkan situasi yang telah dilaksanakan, saya mendapati bahawa murid-

murid kelas ini tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya di dalam kelas, mereka

lebih suka untuk tidak memberikan perhatian terhadap apa yang telah –murid kelas ini

menjadi punca kepada situasi bising di dalam kelas dan menarik perhatian rakan-rakan

yang lain supaya tidak mendengar arahan guru. Manakala, budaya guru menggunakan

kekerasan dan nama suara yang tinggi menjadikan murid tidak akan memberikan

perhatian terhadap apa yang dikemukan oleh saya. Nada suara yang tinggi memainkan

Page 2: jurnal minggu 4

peranan yang paling penting kerana hanya dengan langkah ini kami mampu untuk

mengawal kelas dengan lebih baik.

c) Cadangan Tindakan Susulan

Cadangan tindakan susulan yang boleh dikemukakan untuk mengatasi

masalah ini adalah :-

a) Saya patut menerapkan budaya mendegar arahan terlebih dahulu

sebelum melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. Murid-murid

perlu diberikan peneguhan yang sesuai agar budaya mendengar

arahan di dalam kelas dapat diterapkan untuk menjamin kelancaran

pengajaran pada hari terbabit. Budaya ini mampu memberikan

kemudahan kepada saya untuk mengawal kelas dan menjayakan apa

yang telah dirancang dengan sebaiknya

b) Cadangan tindakan susulan yang kedua adalan menyediakan aktiviti

yang selingan yang lebih menarik agar sedikit perhatian yang telah

diberikan oleh murid-murid tidak akan berubah dalam masa yang

singkat. Aktiviti selingan yang menarik mampu untuk menarik

perhatian mereka dan mengesan tindak balas yang akan diberikan

oleh mereka sepanjang sesi pengajaran. Antara aktiviti selingan yang

boleh dilakasanakan adalah teka-teki yang berkaitan dengan aktiviti

tembikar, ataupun mengadakan kuiz untuk mengesan tahap

pemahaman yang diterima oleh mereka

c) Cadangan aktiviti yang ketiga adalah saya akan memberikan

penerangan yang lebih mendalam tetapi menggunakan kaedah yang

menarik seperti bercerita. Pendekatan bercerita mungkin akan

memudahkan mereka untuk memahami dengan lebih mendalam

mengenai apa yang akan diajar di dalam kelas.

Page 3: jurnal minggu 4

d) Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba untuk membaiki masalah ini. Perlaksanaan dan

penambahbaikan dalam proses pengajaran yang akan dilaksanakan diharapkan

mampu memberikan impak yang positif terhadap murid-murid.

e) Penilaian kejayaan

Penilaian keberhasilan untuk masalah ini dapat dinilai oleh saya sendiri

apabila guru pembimbing dan pensyarah pembimbing membuat penilaian. Saya

juga dapat melaksanakan setiap aktiviti dengan lancar.

f) Tindakan susulan

Saya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-

sungguh. Di mana saya akan cuba mencari maklumat-maklumat untuk

mendapatkan idea yang menarik dan dapat memudahkan pelajar memahami

setiap proses penghasilan dengan lebih mudah. Di harapkan saya akan berjaya

mengatasi masalah ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :