jurnal minggu 4

4
JURNAL Minggu : Keempat Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 30 April – 6 Mei 2012 Tajuk Jurnal : Bahan Bantu Mengajar (BBM) MASALAH Pada minggu keempat, saya telah diselia oleh Ustaz Mohd Nahi bin Abdullah pada 2 Mei 2011 bagi subjek major saya, iaitu Pendidikan Al - Quran Dan As - Sunnah. Semasa diselia, saya dapat mengatasi masalah pengawalan kelas tetapi saya menghadapi masalah kekurangan penggunaan bahan Bantu mengajar ( BBM ) dalam proses P&P. Keadaan ini menyebabkan, pelajar-pelajar merasa bosan dan kurang memberi tumpuan di dalam kelas. Secara tidak langsung proses P&P agak terganggu. ANALISIS MASALAH Pada permulaan sesi P&P, tidak dinafikan bahwa saya kurang menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) kepada pelajar - pelajar. Saya lebih banyak menerangkan kepada pelajar tentang topik pada hari tersebut. Pada pandangan saya, aktiviti penerangan tersebut, akan membuatkan pelajar akan mudah faham. Pada hakikatnya, pelajar - pelajar ini akan mudah bosan dan hilang tumpuan. Saya juga kurang menggunakan ICT di dalam aktiviti P&P. Seperti yang kita tahu pelajar - pelajar tidak boleh memberikan tumpuan dalam masa yang lama. Mereka hanya dapat memberi tumpuan

Upload: nadiaamir123

Post on 27-Sep-2015

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

JURNAL PRAKTIKUM GURU

TRANSCRIPT

JURNALMinggu : KeempatTarikh Peristiwa/ Kejadian : 30 April 6 Mei 2012Tajuk Jurnal : Bahan Bantu Mengajar (BBM)

MASALAHPada minggu keempat, saya telah diselia oleh Ustaz Mohd Nahi bin Abdullah pada 2 Mei 2011 bagi subjek major saya, iaitu Pendidikan Al - Quran Dan As - Sunnah. Semasa diselia, saya dapat mengatasi masalah pengawalan kelas tetapi saya menghadapi masalah kekurangan penggunaan bahan Bantu mengajar ( BBM ) dalam proses P&P. Keadaan ini menyebabkan, pelajar-pelajar merasa bosan dan kurang memberi tumpuan di dalam kelas. Secara tidak langsung proses P&P agak terganggu.

ANALISIS MASALAHPada permulaan sesi P&P, tidak dinafikan bahwa saya kurang menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) kepada pelajar - pelajar. Saya lebih banyak menerangkan kepada pelajar tentang topik pada hari tersebut. Pada pandangan saya, aktiviti penerangan tersebut, akan membuatkan pelajar akan mudah faham. Pada hakikatnya, pelajar - pelajar ini akan mudah bosan dan hilang tumpuan. Saya juga kurang menggunakan ICT di dalam aktiviti P&P.

Seperti yang kita tahu pelajar - pelajar tidak boleh memberikan tumpuan dalam masa yang lama. Mereka hanya dapat memberi tumpuan disekitar 20 minit awal interaksi sahaja. Mereka akan mudah bosan dan akan membuat bising di dalam kelas. Apabila keadaan ini terjadi secara tidak langsung akan mengganggu perjalanan proses P&P. mereka lebih suka sesuatu aktiviti yang seronok, seperti menyanyi, permainan, dan sebagainya.

Kelemahan ini, sedikit sebanyak mengganggu proses P&P saya dan hasil pembelajaran yang dirancang ada kalanya agak tidak tercapai sepenuhnya. Keadaan ini terjadi adalah berkemungkinan, kerana saya kurang kreatif dalam pembinaan dan penggunaan bahan bantu mengajar. Selain itu, saya juga tidak yakin dengan penggunaan bahan bantu mengajar seperti permainan kepada murid.

CADANGANKeadaan ini adalah tidak sepatutnya terjadi. Hal ini kerana, bahan bantu mengajar merupakan satu media pengajaran yang boleh membantu guru dan membolehkan pelajar lebih memahami ilmu yang diajar. Pemilihan bahan bantu mengajar yang betul dan sesuai adalah amat penting untuk menjadikan proses P&P lebih berjalan dengan lebih berkesan.

1. Pemilihan bahan.Pemilihan bahan bantu mengajar haruslah selaras dengan objektif pembelajaran murid pada hari tersebut. Bahan bantu mengajar yang sesuai dapat membantu pelajar lebih memahami pengajaran yang diajar pada hari tersebut. Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan falsafah pendidikan.Bahan bantu mengajar yang di pilih haruslah yang boleh membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Bahan-bahan yang digunakan mesti mempunyai unsur intelek (pengetahuan) dan juga mewujudkan nilai-nilai murni.Saya juga akan menyenaraikan semua BBM saya dan mengemaskini jenisnya bagi disesuaikan untuk sesi pengajaran mengikut mata pelajaran.

2. Lebih menggunakan ICTSelaras dengan zaman yang serba berteknologi, teknik pengajaran juga mula berubah. Selain daripada bahan bantu mengajar yang sedia ada seperti buku teks dan buku latihan, latihan interaktif menggunakan komputer juga boleh digunakan. Dengan grafik yang menarik, dapat menarik minat murid untuk terus belajar. pelajar - pelajar gemar untuk mencuba sesuatu yang baru, contohnya seperti penggunaan laptop guru yang saya gunakan setiap hari.

Selain daripada latihan-latihan, guru juga boleh menggunakan ICT ketika proses pengajaran seperti slideshow gambar-gambar dan juga huruf-huruf. Penggunaan ICT ini akan lebih membantu guru untuk mengajar dan mengawal tingkah laku pelajar - pelajar supaya mereka boleh memberi tumpuan ketika proses P&P, dan juga membantu pelajar lebih memahami topik yang diajar.

TEMPOH PENYELESAIANDaripada hari ini hingga saya tamat praktikum.

TINDAKAN SUSULANSebagai tindakan susulan, saya akan sentiasa berbincang dengan guru pembimbing tentang penggunaan bahan bantu mengajar. Perbincangan yang dibuat dapat menambahbaikkan penggunaan bahan bantu mengajar saya, agar ianya lebih sesuai dan di pelbagaikan agar ia lebih berkesan. Secara tidak langsung hasil pembelajaran yang dirancang dapat dicapai dengan penuh warna warni dan menggembirakan semua pihak.

KESIMPULANSecara kesimpulannya, masalah BBM ini adalah masalah yang amat minimum dan ianya boleh diatasi dengan segera. Pelajar - pelajar adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan datang. Pembelajaran yang efektif adalah kunci kejayaan pendidikan bagi generasi baru akan datang mempunyai daya kreativiti yang kukuh. Guru sebagai tulang belakang modal insan negara, perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam pelaksaan sesuatu usaha pemantapan startergi pengajaran dan pembelajarannya setiap hari.