jurnal minggu 1

2
JURNAL MINGGU 1 ( 27 Julai 2015 – 31 Julai 2015 ) 1. MASALAH Pada minggu pertama, saya telah menghadapi masalah mengenal nama murid. Masalah tidak mengenal nama murid ini menyukarkan saya dalam melaksanakan aktiviti dalam kelas. Sebagai contohnya, saya hendak meminta seseorang murid untuk menjawab soalan tetapi tidak dapat memanggilnya. Ia seterusnya mewujudkan suasana kekok dalam kelas dan menjadikan proses pembelajaran tersekat. 2. ANALISIS Masalah ini timbul adalah kerana ia masih merupakan minggu pertama saya bertemu dengan murid kelas saya. Selain itu, dalam kelas saya yang mempunyai 20 orang murid hanya dijumpa 2 waktu dalam seminggu. Ia menyebabkan saya kekurangan masa untuk berinteraksi dengan mereka. Masalah tidak mengenali nama murid ini menyebabkan sebuah halangan terbentuk antara guru dengan murid. 3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI a. Saya patut mengambil senarai nama berserta dengan tempat duduk murid dalam kelas dengan guru kelas. b. Saya patut meminta murid untuk memberitahu nama sebelum menjawab untuk mengingati nama murid dengan lebih cepat. c. Saya patut mengingati nama murid semasa mempunyai masa lapang. d. Saya akan mendapat bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah di samping berbincang dengan rakan berkaitan masalah ini.

Upload: desmond-khor

Post on 15-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

s's

TRANSCRIPT

Page 1: JURNAL MINGGU 1

JURNAL MINGGU 1 ( 27 Julai 2015 – 31 Julai 2015 )

1. MASALAH

Pada minggu pertama, saya telah menghadapi masalah mengenal nama murid.

Masalah tidak mengenal nama murid ini menyukarkan saya dalam melaksanakan

aktiviti dalam kelas. Sebagai contohnya, saya hendak meminta seseorang murid

untuk menjawab soalan tetapi tidak dapat memanggilnya. Ia seterusnya mewujudkan

suasana kekok dalam kelas dan menjadikan proses pembelajaran tersekat.

2. ANALISIS

Masalah ini timbul adalah kerana ia masih merupakan minggu pertama saya bertemu

dengan murid kelas saya. Selain itu, dalam kelas saya yang mempunyai 20 orang

murid hanya dijumpa 2 waktu dalam seminggu. Ia menyebabkan saya kekurangan

masa untuk berinteraksi dengan mereka. Masalah tidak mengenali nama murid ini

menyebabkan sebuah halangan terbentuk antara guru dengan murid.

3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

a. Saya patut mengambil senarai nama berserta dengan tempat duduk murid

dalam kelas dengan guru kelas.

b. Saya patut meminta murid untuk memberitahu nama sebelum menjawab

untuk mengingati nama murid dengan lebih cepat.

c. Saya patut mengingati nama murid semasa mempunyai masa lapang.

d. Saya akan mendapat bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah di

samping berbincang dengan rakan berkaitan masalah ini.

4. TEMPOH MASA

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam masa satu minggu. Ia amat penting

untuk berdekatan dengan murid kelas saya. Sekiranya masalah ini masih tidak dapat

diatasi, saya akan melakukan intervensi lain pada minggu depan.

5. TINDAKAN SUSULAN

Semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung, saya akan meminta murid

memberitahu namanya sendiri dahulu buat setiap kali dalam kelas. Saya juga boleh

meminta murid sekelas untuk membantu mengingati guru tentang nama rakan

mereka. Senarai nama akan saya membawa bersama semasa dalam kelas.