jurnal minggu 1

2
PENULISAN JURNAL MINGGUAN Bilangan Jurnal : Ke – 1 Minggu : Minggu Pertama Tarikh Peristiwa / Kejadian : 7-11 Julai 2014 Tajuk Jurnal : Minggu Pertama Intensif Sekolah Kebangsaan Matu Baru terletak kira-kira 15-20 km dari bandaraya raya Kuching. Perjalanan ke sekolah ini mengambil masa lebih kurang 20 minit menggunakan motosikal dari IPG Kampus Batu Lintang. Sekolah ini terletak di dalam kawasan Perkampungan Melayu, iaitu Kampung Bintawa. Saya telah melaporkan diri di sekolah ini pada hari isnin 7 Julai 2014 bagi menjalani sesi Intenship. Ini merupakan sekolah tempat saya menjalani praktikum fasa 3. Kedatangan saya telah disambut baik oleh pihak sekolah. Sepanjang berada di sekolah untuk minggu pertama ini, Tidak menjadi masalah lagi untuk saya berkomunikasi dengan warga sekolah kerana kami telah saling mengenali tidak kira pelajar atau guru. Hubungan yang baik antara guru dengan murid-murid sememangnya diperlukan bagi memastikan kelancaran sesi Pengajaran dan Pembelajaran. Selain daripada hubungan guru dengan murid, saya juga mendapati bahawa hubungan guru dengan guru juga amat memuaskan. Guru di sekolah ini amat mesra dan mudah untuk bekerjasama. Sikap ini amat penting untuk saya dalam usaha menyiapkan projek yang akan saya jalankan kelak.

Upload: mohd-hafiq

Post on 20-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kerja

TRANSCRIPT

PENULISAN JURNAL MINGGUANBilangan Jurnal : Ke 1Minggu : Minggu PertamaTarikh Peristiwa / Kejadian : 7-11 Julai 2014Tajuk Jurnal : Minggu Pertama Intensif

Sekolah Kebangsaan Matu Baru terletak kira-kira 15-20 km dari bandaraya raya Kuching. Perjalanan ke sekolah ini mengambil masa lebih kurang 20 minit menggunakan motosikal dari IPG Kampus Batu Lintang. Sekolah ini terletak di dalam kawasan Perkampungan Melayu, iaitu Kampung Bintawa. Saya telah melaporkan diri di sekolah ini pada hari isnin 7 Julai 2014 bagi menjalani sesi Intenship. Ini merupakan sekolah tempat saya menjalani praktikum fasa 3.

Kedatangan saya telah disambut baik oleh pihak sekolah. Sepanjang berada di sekolah untuk minggu pertama ini, Tidak menjadi masalah lagi untuk saya berkomunikasi dengan warga sekolah kerana kami telah saling mengenali tidak kira pelajar atau guru. Hubungan yang baik antara guru dengan murid-murid sememangnya diperlukan bagi memastikan kelancaran sesi Pengajaran dan Pembelajaran. Selain daripada hubungan guru dengan murid, saya juga mendapati bahawa hubungan guru dengan guru juga amat memuaskan. Guru di sekolah ini amat mesra dan mudah untuk bekerjasama. Sikap ini amat penting untuk saya dalam usaha menyiapkan projek yang akan saya jalankan kelak.

Bagi minggu pertama ini saya dan rakan-rakan belum memulakan projek namun kami mengambil peluang untuk berbincang, membuat tinjauan dan memilih projek-projek yang bersesuaian. Walaupun terdapat banyak masalah yang kami hadapi namun berkat kerjasama dari pihak pengurusan dan guru SK Matu baru masalah tersebut dapat kami atasi.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :. Tandatangan :.Nama :.. Nama :. Tarikh :... Tarikh :.