jurnal mggu 7

4
Murid-murid Cepat Berasa Bosan Sewaktu Kelas Pengajaran & Pembelajaran Muhammad Rozaimie bin Arbaa Masalah Setelah 6 minggu pengendalian proses aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, saya dapati dan berpendapat bahawa segelintir murid kurang memberi tumpuan dan perhatian terhadap pelajaran. Terdapat dalam kalangan murid yang mudah untuk berasa bosan sewaktu kelas pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Masalah ini berkemungkinan berpunca daripada kelemahan guru sendiri dalam mengendalikan kelas dan mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan guru dengan murid. Ini boleh dikatakan sebagai hubungan interpersonal. Sebagai seorang pendidik atau guru, saya merasakan bahawa guru seharusnya menggunakan corak kepimpinan atau pengendalian yang bersesuaian dan menggunakan teknik yang pelbagai untuk mengendalikan kelas dan mewujudkan interaksi yang berkesan dengan murid-murid menyebabkan teknik ini mempengaruhi pemupukan minat murid terhadap proses pengajaran. Analisis masalah Proses pengajaran dan pembelajaran dan komunikasi yang berkesan seringkali terganggu akibat daripada gangguan- gangguan yang berlaku dalam kelas seperti perhubungan guru dan

Upload: nur-raili-akhmal-kiplie

Post on 18-Jan-2016

24 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

Page 1: jurnal mggu 7

Murid-murid Cepat Berasa Bosan Sewaktu Kelas Pengajaran & Pembelajaran

Muhammad Rozaimie bin Arbaa

Masalah

Setelah 6 minggu pengendalian proses aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, saya dapati dan berpendapat bahawa

segelintir murid kurang memberi tumpuan dan perhatian terhadap

pelajaran. Terdapat dalam kalangan murid yang mudah untuk berasa bosan sewaktu

kelas pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Masalah ini berkemungkinan

berpunca daripada kelemahan guru sendiri dalam mengendalikan kelas dan

mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan guru dengan murid. Ini boleh

dikatakan sebagai hubungan interpersonal. Sebagai seorang pendidik atau guru,

saya merasakan bahawa guru seharusnya menggunakan corak kepimpinan atau

pengendalian yang bersesuaian dan menggunakan teknik yang pelbagai untuk

mengendalikan kelas dan mewujudkan interaksi yang berkesan dengan murid-murid

menyebabkan teknik ini mempengaruhi pemupukan minat murid terhadap proses

pengajaran.

Analisis masalah

Proses pengajaran dan pembelajaran dan komunikasi yang berkesan seringkali

terganggu akibat daripada gangguan-gangguan yang berlaku dalam kelas seperti

perhubungan guru dan murid yang tidak mesra, suasana bilik darjah yang kurang

kondusif, kurangnya minat murid untuk belajar dan seumpamanya. Antara faktor

atau punca berlakunya komunikasi kurang berkesan akibat daripada sikap murid-

murid yang kurang berminat untuk belajar.

Menurut Mok Soon Sang, ”Kekurangan minat belajar pun boleh menjejaskan

komunikasi dalam bilik darjah. Murid-murid yang mempunyai pemikiran tertutup tidak

akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran”.

Corak kepimpinan guru dalam kelas dan bilik darjah banyak mempengaruhi

proses interaksi antara guru dengan murid. Guru yang mengamalkan corak

Page 2: jurnal mggu 7

kepimpinan autokratik di mana murid-murid hanya mengikut arahan dan kehendak

guru serta tidak diberi peluang menyuarakan pendapat atau memberi cadangan

mereka.

Antara masalah yang telah saya kenalpasti adalah :

1. Murid mudah berasa bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran

2. Murid tidak menumpukan perhatian yang penuh semasa guru mengajar

Cadangan

Sebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan beberapa

perubahan untuk memastikan segala masalah yang dihadapi dapat dikurangkan

atau diatasi. Saya akan mencuba mengaplikasikan contoh dan teknik pengajaran

dan pembelajaran yang disarankan seperti melakuakan corak kepimpinan

demokratik. Mok Soon Sang (2003) juga menyatakan bahawa corak kepimpinan

guru ketika berada di dalam bilik darjah juga mempengaruhi keberkesanan

komunikasi yang berlangsung (samada berkesan atau tidak berkesan). Guru yang

mengamalkan kepimpinan demokratik akan meninggalkan kesan berikut ke atas

interaksi di antara guru dengan murid-muridnya:

Selain itu, guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan.

Kemahiran berkomunikasi berkesan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang

baik seperti berikut:

”Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga,

tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak

yang efektif, serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang

yang berkomunikasi.”Mok Soon Sang (2003)

Untuk menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang

diajar, guru juga disaran agar merancang dan melaksanakan aktiviti P&P bercorak

permainan. Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid

menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif juga boleh membantu.

Tempoh

1 September – 5 September 2014 ( seminggu )

Page 3: jurnal mggu 7

Tindakan susulan

Saya percaya teknik pengajaran yang pelbagai dapat membantu saya dalam

mengendalikan P&P dengan berkesan. Menurut kajian yang dijalankan oleh Reed

dan Kirkpatrick (1998), mereka menyatakan:

”Seorang guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran bagi

menarik minat murid untuk belajar”.

Disamping itu, saya akan cuba menggunakan kaedah peneguhan positif

seperti pujian atau hadiah dan peneguhan negatif seperti dendaan dalam usaha

mengawal murid-murid semasa mengendalikan proses pengajaran dan

pembelajaran.