jurnal m11

Upload: idris-is

Post on 05-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 jurnal m11

    1/4

    PENULISAN JURNAL

    Bilangan Jurnal

    Minggu Praktikum

    Tarikh Peristiwa / Kejadian

    Tajuk Jurnal

    :

    :

    :

    :

    11

    Kesebelas

    9 13 April 2012

    Penggunaan Bahan Bantu Mengajar di dalam SubjekAwal Matematik

    Isu:

    Pada masa kini, saya dapati terdapat segelintir murid yang tidak seronok atau

    berminat untuk mempelajari mata pelajaran matematik walaupun pelbagai bahan

    bantu mengajar telah digunakan dengan sepenuhnya oleh guru. Guru seharusnya

    kreatif dalam pengajaran mereka supaya dapat menarik minat pelajar terhadap

    proses pembelajaran. Peranan guru adalah penting untuk mewujudkan kreativiti di

    dalam bilik darjah. Leonard M.S et al (1996, m.s. 47) telah menyatakan bahawa;

    kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin murid-murid

    supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman dan

    pengajaran. Di antara hasil-hasil yang boleh dari persekitaran kreatif dalam bilik

    darjah ialah:

    _Pertambahan minat murid-murid dalam mata pelajaran yang diajar.

    _Murid-murid boleh mempelajari cara bekerjasama antara satu sama

    lain.

    _Murid-murid akan mengembangkan keyakinan diri dalam

    pembelajaran dan anda sebagai seorang guru akan menyukai kerja

    anda.

    Analisis:

    Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah bagi memudahkan para pelajar

    memahami isi pengajaran. Bahan Bantu Mengajar yang berkesan haruslah dapat

    membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai

    daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang

  • 8/2/2019 jurnal m11

    2/4

    terbaik agar ianya berkesan. Walaupun pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar

    memahami pengajaran guru, namun keperluan kepada Bahan Bantu Mengajar

    adalah penting tidak kira sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau

    bukan elektronik.

    Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat

    berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar.

    Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya

    tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah.

    Peralatan elektronik seperti komputer, televisyen, radio dan sebarang alat audio

    video.Peralatan bukan elektronik seperti peta, carta, surat khabar, bahan

    manipulatif, tangram, papan paku, bongkah kayu dan sebagainya. Penggunaan

    Bahan Bantu Mengajar dapat mengatasi masalah seperti disiplin pelajar,

    kekurangan masa, kawalan kelas, dan kurang minat pelajar terhadap pengajaran

    guru. Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja dapat meningkatkan rasa ingin tahu di

    kalangan pelajar, bahkan dapat menambahkan variasi kepada teknik pengajaran

    dan pembelajaran dalam kelas.

    Mok Soon Sang (1996, m.s 58), pula mengatakan bahawa penggunaan BahanBantu Mengajar dalam proses pengajaran adalah amat penting. Ini kerana ia dapat

    membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik.

    Bahan Bantu Mengajar yang disediakan mestilah bersesuaian dengan aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran. Manakala isi kandungan haruslah tepat dan berkait

    rapat dengan topik yang hendak diajar.

    Senarai Bahan Bantu Mengajar yang dapat digunakan oleh guru matematik tidak

    terbatas. Ia hanya terhad oleh inisiatif dan kreativiti guru. Bahan Bantu Mengajar

    matematik atau bahan manipulatif yang biasa digunakan dalam pembelajaran

    matematik termasuklah:

    a. Bahan-bahan pembilang seperti manik-manik berwarna, blok-blok kayu pelbagai

  • 8/2/2019 jurnal m11

    3/4

    bentuk, penyedut minuman, butang, kayu aiskrim dan sebagainya.

    b. Bahan berbentuk kertas seperti kad, carta, kertas graf dan sebarang kertas.

    c. Alat-alat pengukuran seperti cawan mainan, tin dan botol.

    d. Alat permainan dan teka teki matematik.

    Cadangan / Tindakan Susulan:

    Proses untuk menyediakan atau memilih Bahan Bantu Mengajar yang bersesuaian

    tidak sepatutnya diabaikan. Ini bagi memastikan segala Bahan Bantu Mengajar

    yang digunakan oleh guru mahupun pelajar mesti membawa manfaat kepada

    kedua-dua pihak. Beberapa kajian telah turut dijalankan dalam memastikan ciri-ciri

    yang sesuai. Kriteria-kriteria pemilihan bahan seperti berikut:

    1. tepat dengan tajuk

    2. tahan lama dan ekonomi

    3. saiz yang mudah dilihat serta menarik perhatian pelajar

    4. mudah disimpan

    5. kepelbagaian penggunaan.

    Disemak oleh Guru Pembimbing

    Tandatangan : .............................................

    Nama : .............................................

    Tarikh : .............................................

    Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

    Tandatangan : .............................................

    Nama : .............................................

    Tarikh : .............................................

  • 8/2/2019 jurnal m11

    4/4

    MINGGU 11MINUMAN

    MINGGU 12MAKANAN

    SELASAISNINSELASARABUKHAMISJUMAAT