jurnal erlley

Upload: erlley-vjoyl

Post on 10-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

Nama Pelajar

:ERLLEY LILLEY

No Kad Pengenalan

:910924125659

Program

:PISMP

Pengkhususan / Opsyen

:2012 / 01 - REKABENTUK DAN TEKNOLOGI (KUMPULAN 1) : PISMP

Sekolah

:SK SERI GADING, BATU PAHAT, JOHOR

Minggu Praktikum

:1

Tarikh

:09-02-2015

Tajuk

:Komunikasi yang lemah

Kategori

:Komunikasi

Pensyarah Pembimbing

:ALIZA BT. AZHAR

Guru Pembimbing

:Mahmood Bin Mohamad

1. Isu Yang Difokuskan :

Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas Tahun 4 Cerdik. Kelas 4 Cerdik ini merupakan kelas pertama yang saya masuk selepas lapor diri di sekolah ini. Saya mendapati semasa menjalankan pengajaran di dalam kelas, komunikasi dengan murid sangatlah lemah dan menganggu penyampaian isi pelajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya mendapati bahawa hampir keseluruhan murid tidak dapat memahami penyampaian isi pelajaran daripada saya dan saya terpaksa mengulang bercakap untuk memastikan murid - murid memahami isi pelajaran dan hal ini menganggu peruntukan masa dalam langkah RPH yang telah dirancang.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Punca daripada masalah ini ialah keyakinan dalam diri saya kurang semasa berkomunikasi dengan murid dan ini menyebabkan kemahiran komunikasi saya menjadi lemah. Sehubungan itu,loghat sabah masih kedengaran dalam komunikasi dengan murid menjadikan kemahiran komunikasi lemah. Selain itu, susunan ayat dan bahasa pasar yang digunakan dalam pengajaran membuatkan masalah komunikasi guru dengan murid terganggu.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Kamus Linguistik memberi maksud dialek sebagai kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, tatabahasa, dan kosa kata daripada bahasa baku. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula, dialek ialah satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard. Dialek juga dikatakan sebagai pelat daerah atau negeri dan loghat.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah dikenalpasti, saya mencadangkan penyelesaian masalah tersebut iaitu guru menggunakan bahasa baku ataupun Bahasa Melayu yang standard dan mudah difahami. selain itu, guru harus mencuba sedaya upaya untuk mengelakkan loghat digunakan dalam komunikasi. selain itu, tempo atau tahap kelajuan bercakap dikawal.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 hari

6. Tindakan Susulan :

saya akan memastikan penggunaan loghat dalam komunikasi semasa pengajaran dan pembelajaran tidak digunakan dan akan cuba mengawal tempo kelajuan bercakap. selain itu,keyakinan semasa berkomunikasi juga diterapkan dari semasa ke semasa supaya kemahiran berkomunikasi meningkat menjadi lebih baik.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

2015-02-04

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Hal ini juga kerana murid dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Saya merasa puas hati apabila dapat memperbaiki kelemahan saya dari segi komunikasi khususnya loghat yang begitu ketara digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi yang baik adalah salah satu aspek yang menyumbang kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, komunikasi ini haruslah cemerlang untuk tujuan penyampaian pengajaran yang baik dan berkesan. Walaubagaimanapun, kelemahan komunikasi saya tetap ada dan saya akan memperbaiki dari semasa ke semasa untuk tujuan penyampaian pengajaran yang lebih baik.

Nama Pelajar

:ERLLEY LILLEY

No Kad Pengenalan

:910924125659

Program

:PISMP

Pengkhususan / Opsyen

:2012 / 01 - REKABENTUK DAN TEKNOLOGI (KUMPULAN 1) : PISMP

Sekolah

:SK SERI GADING, BATU PAHAT, JOHOR

Minggu Praktikum

:2

Tarikh

:12-02-2015

Tajuk

:Murid kurang rasa hormat kepada guru

Kategori

:Interpersonal dan Intrapersonal

Pensyarah Pembimbing

:ALIZA BT. AZHAR

Guru Pembimbing

:Mahmood Bin Mohamad

1. Isu Yang Difokuskan :

Saya diberi peluang untuk mengikut guru melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dikelas Tahun 5 Cerdik. Sepanjang mengikut sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut, saya mendapati bahawa segelintir murid lelaki tidak menunjukkan rasa tidak hormat kepada guru. Terdapat segelintir murid menunjukkan gaya tidak ingin belajar dan membuat bising walaupun dimarahi dan saya mendapati segelintir murid ini tidak takut akan guru yang mengajar malah bermain di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Daripada analisis yang telah saya kenalpasti, isu murid kurang menghormati guru ini ialah kerana murid tersebut tidak mempunyai rasa takut akan guru yang mengajar. Selain itu, ketegasan yang kurang ditunjukkan kepada murid semasa pengajaran dan pembelajaran menyumbang rasa kurang hormat murid kepada guru. Apabila murid terbiasa dengan guru yang tidak akan tegas semasa pengajaran dan pembelajaran, mereka berani untuk menunjukkan ketidakinginan mereka untuk belajar dan Ini menganggu kawalan kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut (Mok Soon Sang, 2008) guru yangkurang berpengalaman dan kurang tegas atas disiplin bilik darjah tidak akan mendapat penghormatan dan kepercayaan daripada murid murid. Murid- murid yang nakal sering menimbulkan masalah dengan tujuan untuk membuli guru yang kurang tegas.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan kepada analisis yang saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenalpasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut. Antaranya ialah saya akan bertindak tegas dalam pengajaran dan pembelajaran. seterusnya, saya akan memberi denda positif kepada murid yang menunjukkan rasa kurang hormat kepada guru. Akhir sekali, saya akan memberikan nasihat kepada murid supaya lebih menghormati guru yang mengajar.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

Seminggu

6. Tindakan Susulan :

Saya akan menjadi lebih tegas dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, saya akan meninggikan nada suara jika perlu untuk mengawal murid yang kurang menghormati guru. seterusnya, saya akan memberikan nasihat kepada murid yang kurang memberi hormat kepada guru secara individu dan berkumpulan.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

2015-02-12

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya kenalpasti telah memberi impak yang positif. Murid memberikan rasa hormat kepada guru dan tidak menunjukkan sikap kurang homat kepada guru. Ketegasan yang ditunjukkan dan nasihat yang diberikan kepada murid - murid dapat menerapkan nilai hormat kepada guru dan seterusnya kawalan kelas menjadi lebih baik.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Melalui isu dan penyelesaian isu ini, saya rasa sangat berpuas hati apabila berpeluang untuk membentuk sikap murid untuk menghormati guru. Bagi saya, menghormati guru adalah sangat penting untuk menjaga hubungan guru dengan murid menjadi lebih baik dan seterusnya dapat mewujudkan persekitaran yang mempunyai budaya saling menghormati dan sikap hormat sesama haruslah dipupuk dalam setiap diri murid khususnya menghormati guru, ibubapa dan sesiapa sahaja.

Nama Pelajar

:ERLLEY LILLEY

No Kad Pengenalan

:910924125659

Program

:PISMP

Pengkhususan / Opsyen

:2012 / 01 - REKABENTUK DAN TEKNOLOGI (KUMPULAN 1) : PISMP

Sekolah

:SK SERI GADING, BATU PAHAT, JOHOR

Minggu Praktikum

:3

Tarikh

:17-02-2015

Tajuk

:Suasana bising di dalam bengkel

Kategori

:Pengurusan Bilik Darjah

Pensyarah Pembimbing

:ALIZA BT. AZHAR

Guru Pembimbing

:Mahmood Bin Mohamad

1. Isu Yang Difokuskan :

Isu yang dikenalpasti ialah berkaitan dengan bunyi bising semasa menggerakkan kerusi di dalam bengkel Kemahira Hidup. Kerusi yang digerakkan atau dipindahkan murid mengeluarkan bunyi bising yang menyebabkan suasana pembelajaran kurang baik dan menyebabkan guru sukar memberikan arahan - arahan seterusnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Berdasarkan isu yang dikenalpasti, bunyi - bunyian yang dihasilkan daripada kerusi yang digerakkan atau dipindahkan murid menyebabkan kelas menjadi bising. Suasana bising dalam kelas sangat menganggu semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Hampir kesemua murid menyumbangkan kepada bunyi - bunyian kerusi tersebut kerana mereka tdak mengangkat kerusi semasa ingin memindahkan kerusi sebaliknya menyeret sahaja kerusi tersebut.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Masalah gangguan atau halangan dalam komunikasi antara pelajar dengan guru juga berlaku mungkin disebabkan suasana kelas yang bising menyebabkan pelajar sukar mendengar pelajaran yang disampaikan. Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku oleh Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel)

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Cadangan untuk penyelesaian masalah ini ialah saya akan menegur murid - murid yang bertindak menyeret kerusi yan menyebabkan bunyi bising terhasil. Saya juga akan melatih semua murid untuk menggerakkan atau memindahkan kerusi dalam keadaan yang lebih baik dan kurang menghasilkan bunyi bising.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

Sebulan

6. Tindakan Susulan :

Tindakan yan dicadangkan ini akan dilakukan pada setiap kali masuk dalam bengkel Kemahiran Hidup. Hal ini supaya murid terlatih dan menjadikan tindakan ini secara rutin dan seterusnya tidak akan mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

2015-02-17

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Cadangan langkah untuk mengatasi isu yang dikenalpasti mendatangkan kesan yang positif kerana apabila guru memberikan arahan - arahan kepada semua murid untuk menggerakkan kerusi dengan cara mengangkat kerusi supaya kurang mengeluarkan bunyi bising dapat dipatuhi oleh murid - murid. Walaupun kadang - kadang murid terlupa untuk berbuat demikian, saya terus sentiasa memberikan arahan - arahan kepada mereka dan kelamaan mereka menjadi biasa.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Kesimpulannya, guru berperanan sebagai ketua dalam bilik atau bengkel dan mempunyai hak mutlak untuk memberikn arahan - arahan yang patut diikuti murid supaya kawalan kelas menjadi lebih baik dan suasana pembelajaran menjadi lebih selesa.

Nama Pelajar

:ERLLEY LILLEY

No Kad Pengenalan

:910924125659

Program

:PISMP

Pengkhususan / Opsyen

:2012 / 01 - REKABENTUK DAN TEKNOLOGI (KUMPULAN 1) : PISMP

Sekolah

:SK SERI GADING, BATU PAHAT, JOHOR

Minggu Praktikum

:4

Tarikh

:25-02-2015

Tajuk

:Kawalan kelas lemah

Kategori

:Interpersonal dan Intrapersonal

Pensyarah Pembimbing

:ALIZA BT. AZHAR

Guru Pembimbing

:Mahmood Bin Mohamad

1. Isu Yang Difokuskan :

Isu yang dikenalpasti ialah kawalan kelas yang lemah. Isu ini dikenalpasti semasa saya melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran Rekabentuk dan Teknologi dan Kemahiran Hidup dikelas 5 Cerdas dan 6 Cekal. Kawalan kelas yang lemah mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Melalui isu yang dikenalpasti, saya dapati bahawa punca daripada kawalan kelas yang lemah ialah penyampaian arahan dan isi pelajaran yang kurang jelas membuatkan semua murid menjadi tidak terkawal. selain itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tidak menarik menjadikan kawalan kelas menjadi lemah kerana murid bosan untuk belajar dan hanya bermain di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut Eileen (2000) dalam kajiannya tentang kawalan kelas, selalunya sistem kawalan kelas yang lemah menjadi punca utama kebanyakkan proses P&P tida kdapat dijalankan dengan baik. Keadaan ini timbul disebabkan oleh beberapa perkara seperti, kurangnya minat murid terhadap proses P&P serta kaedah tradisional dalam proses P&P masih digunakan. Tambahan pula, kurangnya rasa hormat kepada guru serta hilang rasa tanggungjawab sebagai seorang murid juga menyebabkan mereka sering tidak mengendahkan tugasan dan arahan yang diberikan oleh guru.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Cadangan penyelesaian dalam masalah ini ialah saya akan mempertingkatkan gaya penyampaian isi pelajaran dan memberikan arahan - arahan yang lebih jelas kepada murid - murid. Selain itu, saya akan memastikan minat murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan lagi supaya sesi PdP menjadi lebih lancar. Aktivti pengajaran dan pembelajaran juga akan dirancang dengan lebih baik supaya menarik. saya juga akan menerapkan sikap tanggungjawab dalam diri murid dan sikap hormat kepada guru.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

Seminggu

6. Tindakan Susulan :

Pada kelas yang akan datang, saya akan mempertingkatkan gaya penyampaian isi pelajaran dan memberikan arahan - arahan yang lebih jelas kepada murid - murid. Selain itu, saya akan memastikan mint murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan lagi supaya sesi PdP menjadi lebih lancar. Aktivti pengajaran dan pembelajaran juga akan dirancang dengan lebih baik supaya menarik. saya juga akan menerapkan sikap tanggungjawab dalam diri murid dan sikap hormat kepada guru.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

2015-03-03

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Keberkesanan langkah yang dicadangkan sangat memberi impak yang positif kerana dengan kaedah dan teknik mengawal murid, semua murid dapat dikawal dengan baik. Walaupun teknik - teknik mengawal kelas ini dilakukan banyak kali tetapi ianya adalah untuk kawalan kelas bagi memastikan murid memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pembelajaran.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Kesimpulan daripada isu dan penyelesaian masalah ini, saya dapati bahawa sebagai seorang guru khususnya guru permulaan, banyak teknik yang boleh diaplikasikan dalam kawalan kelas dan ini terbukti bahawa guru tidaklah hanya memerlukan perasaan marah kepada murid hanya untuk mengawal kelas tetapi dengan aktiviti yang seronok bagi mengawal kelas sudah memadai. Oleh itu, cara kawalan kelas haruslah dipelbagaikan semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Nama Pelajar

:ERLLEY LILLEY

No Kad Pengenalan

:910924125659

Program

:PISMP

Pengkhususan / Opsyen

:2012 / 01 - REKABENTUK DAN TEKNOLOGI (KUMPULAN 1) : PISMP

Sekolah

:SK SERI GADING, BATU PAHAT, JOHOR

Minggu Praktikum

:5

Tarikh

:02-03-2015

Tajuk

:Suasana kelas yang tidak ceria

Kategori

:Interpersonal dan Intrapersonal

Pensyarah Pembimbing

:ALIZA BT. AZHAR

Guru Pembimbing

:Mahmood Bin Mohamad

1. Isu Yang Difokuskan :

Isu yang difokuskan ialah suasana kelas yang tidak ceria. Isu ini difokuskan kerana suasana kelas yang tidak ceria mengganggu keselesaan sesi pengajaran dan pembelajaran. Isu ini dikenalpasti semasa saya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di Tahun 5 Cerdik. Suasana kelas yang kurang ceria iaitu tahap kebersihan kelas yang kurang baik dan susunan beg sekolah murid yang berselerak dalam kelas.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Secara lebih terperinci, isu ini melibatkan kebersihan kelas yang berada pada tahap yang kurang memuaskan. Kelas yang tidak ceria mengganggu suasana kelas yang menjadikan tidak kondusif khususnya pada pemandangan dan bau busuk yang menyebabkan ketidakselesaan. Selain itu, susunan beg yang tidak terurus membuatkan pergerakan guru dan murid menjadi tidak lancar. Oleh itu, isu ini sangat menjadi gangguan kepada kelancaran perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran sebab ia boleh menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Suasana bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Menurut Marland (1975), suasana fizikal dalam bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. Susunan fizikal biluk darjah boleh memberi sumbangan dari segi kawalan, pembelajaran, perhubungan guru dan murid, juga antara murid dengan murid dan keseronokan bekerja bersama-sama. Marland (1975)

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Cadangan dan idea penyelesaian masalah ini ialah memberikan sedikit ruang masa kepada murid untuk membersihkan kelas dan memastikan susunan beg sekolah serta kerusi dan meja menjadi lebih teratur. Hal ini sangat penting untuk memastikan kelas berada dalam suasana yang lebih kondusif.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

Sehari

6. Tindakan Susulan :

Sebagai tindakan susulan, saya menyuruh murid untuk membersihkan kawasan bawah meja sendiri supaya kekotoran dalam kelas dapat dikurangkan. Sehubungan itu, saya juga mengarahkan murid untuk menyusun beg sekolah di tepi meja mereka dengan lebih tersusun supaya kelas nampak ceria dan tidak menghalang pergerakan guru dan murid apabila menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

2015-03-01

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Langkah yang dicadangkan mendatangkan kesan yang positif kepada keceriaan kelas di mana meningkatkan suasana kelas yang lebih kondusif dan selesa untuk meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pergerakan guru dan murid menjadi lebih lancar.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Kesimpulannya, sebagai guru yang prihatin, suasana kelas dan minat murid adalah perkara penting yang perlu didahulukan untuk memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran terlaksana dengan lebih lancar. Selain itu, guru haruslah peka dengan suasana kelas yang boleh mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran seterusnya mengambil tindakan segera menangani masalah yang timbul ini.

Nama Pelajar

:ERLLEY LILLEY

No Kad Pengenalan

:910924125659

Program

:PISMP

Pengkhususan / Opsyen

:2012 / 01 - REKABENTUK DAN TEKNOLOGI (KUMPULAN 1) : PISMP

Sekolah

:SK SERI GADING, BATU PAHAT, JOHOR

Minggu Praktikum

:6

Tarikh

:10-03-2015

Tajuk

:Keadaan Bengkel yang Tidak Ceria Selepas Amali Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Kategori

:Pengurusan Bilik Darjah

Pensyarah Pembimbing

:ALIZA BT. AZHAR

Guru Pembimbing

:Mahmood Bin Mohamad

1. Isu Yang Difokuskan :

Saya menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan amali dalam bengkel bagi kelas 5 Cerdas. terdapat isu yang dikenalpasti selepas pengajaran dan pembelajaran iaitu keadaan bengkel yang tidak ceria selepas amali dalam pengajaran dan pembelajaran. Selepas menjalani amali dalam pengajaran dan pembelajaran, didapati bahawa bengkel menjadi tidak ceria disebabkan bahan yang digunakan dalam amali tidak dibersihkan.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Berdasarkan isu yang dikenalpasti, keadaan bengkel tidak ceria adalah kerana murid - murid tidak bertindak untuk membersihkan bawah meja bengkel selepas amali dan sebelum keluar dari bengkel. Bahan - bahan yang telah dipotong dan tidak digunakan berselerak di bawah meja dan tidak dibersihkan. Hal ini adalah kerana sikap murid yang tidak mahu untuk membersihkan bengkel selepas amali walaupun diberi arahan untuk membersihkan bengkel khasnya di bawah meja kerja sendiri. Terdapat segelintir murid yang tidak membersihkan kawasan bawah meja kerja mereka selepas melakukan amali. Masalah ini mengganggu kepada guru yang akan menggunakan bengkel untuk tujuan PdP dan keadaan bengkel yang tidak ceria akan menyebabkan PdP kelas lain menjadi kurang kondusif dan tidak selesa.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Mengikut Rosnini Abu dan Ramlah Hamzah dalam buku Pedagogi 1 (1998), salah satu faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran murid ialah suasana dan iklim bilik darjah.Salah satu aspek yang perlu diambil berat dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang baik ialah suasana fizikal bersih. Penyelidikan menunjukkan suasana fizikal bilik darjah memberi sumbangan kepada tahap pembelajaran murid. Guru perlu memastikan susun atur di dalam bilik darjah mesti teratur dan kelengkapan bilik darjah yang mencukupi sebelum memulakan sesi persekolah atau pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru perlu memastikan bilik darjah berada dalam keadaan bersih dan sesuai untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Cadangan untuk menyelesaikan masalah yang dikenalpasti ialah memberikan arahan dengan lebih tegas supaya murid lebih bertanggungjawab untuk membersihkan bengkel sekurang - kurangnya di bawah meja kerja sendiri. Selain itu, menggunakan kaedah ganjaran iaitu setiap murid mestilah mempunyai sekurang - kurangnya 1 sampah ataupun bahan yang tidak digunakan untuk dibuang sebelum keluar dari kelas dan guru akan memberikan ganjaran seperti gula - gula atau pensel sebagai ganjaran dan bagi murid yang tidak mempunyai sampah atau bahan yang tidak digunakan untuk dibuang tidak akan diberikan ganjaran.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

Seminggu

6. Tindakan Susulan :

Saya akan mencuba cadangan yang pertama selepas menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan amali dan saya akan mencuba cadangan kedua untuk pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

2015-03-11

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Langkah yang dijalankan adalah sangat memberikan kesan yang positif kerana murid bertindak membersihkan bengkel selepas amali. Keadaan bengkel menjadi lebih ceria dan bersih selepas dibersihkan. Walaupun, langkah ini tidak dijalankan pada kelas yang sama tetapi saya praktikkan cadangan penyelesaian langkah pertama dengan kelas 4 Cerdik kerana mereka juga menjalankan amali dan saya terus menggunakan langkah ini iaitu memberikan arahan dengan lebih tegas supaya mereka membersihkan bengkel selepas amali dan sebelum keluar daripada bengkel.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Kesimpulannya, bengkel merupakan tempat yang digunakan untuk amali dan semestinya bengkel akan menjadi kurang ceria selepas amali tetapi sebagai guru dan murid, kebersihan bengkel adalah tanggungjawab bersama kerana bengkel tersebut digunakan bersama dan seharusnya dijaga dengan lebih baik lagi. Nilai tanggungjawab haruslah dipupuk dalam diri saya sendiri dan dalam diri murid juga supaya sama - sama menjaga kebersihan bengkel khususnya selepas digunakan.

Nama Pelajar

:ERLLEY LILLEY

No Kad Pengenalan

:910924125659

Program

:PISMP

Pengkhususan / Opsyen

:2012 / 01 - REKABENTUK DAN TEKNOLOGI (KUMPULAN 1) : PISMP

Sekolah

:SK SERI GADING, BATU PAHAT, JOHOR

Minggu Praktikum

:7

Tarikh

:24-03-2015

Tajuk

:Peluang Guru Pelatih Menimba Ilmu dan Merasai Pengalaman Sebagai Guru Pengiring dan Pembimbing Bola Sepak

Kategori

:Pengurusan dan Pentadbiran

Pensyarah Pembimbing

:ALIZA BT. AZHAR

Guru Pembimbing

:Mahmood Bin Mohamad

1. Isu Yang Difokuskan :

Isu positif yang difokuskan ialah peluang merasai pengalaman sebagai guru pengiring dan pembimbing murid bagi sesuatu pertandingan khususnya pertandingan bola sepak. Isu negatif yang dikenalpasti ialah kesukaran untuk mendapat kebenaran daripada pihak atasan khususnya pengurusan dan pentadbiran sekolah.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Satu pertandingan bola sepak peringkat Zon Pintas Puding akan dijalankan pada 24 Mac 2015 di sekolah Rejo Sari, Batu Pahat, Johor. Saya diminta oleh guru tetap untuk menjadi guru pengiring dan pembimbing bagi pasukan bola sekolah. Berdasarkan isu positif yang difokuskan, sebagai guru pelatih seharusnya mengambil peluang seperti ini kerana pengalaman dan ilmu yang bakal dirasai dan diperolehi adalah sangat berbeza jika dibandingkan dengan hanya mendengar dan melihat sahaja tanpa mengalaminya. Bagi isu negatif yang dikenalpasti, pengurusan dan pentadbiran sekolah sukar untuk memberikan kebenaran kepada guru pelatih untuk menjadi guru pengiring kerana beberapa faktor iaitu jika terjadi apa - apa kepada murid, pihak atasan sekolah juga akan terlibat dan faktor lain ialah pengalaman guru pelatih yang sikit tentang tugas guru pengiring mungkin mempengaruhi kesukaran untuk memberikan kebenaran kepada guru pelatih.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Drisoll(1994) menghuraikan bahawa pembelajaran pula adalah satu proses pembaharuan prestasi secara berterusan dalam diri manusia hasil interaksi pembelajaran dengan alam sekitar. Pembelajaran adalah satu proses perolehan ilmu pengetahuan melalui pengalaman, membuat penerokaan, mendapat latihan sehingga berlaku perubahan tingkah laku dalam diri pelajar. Oleh itu pembelajaran itu adalah satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia melalui pengalaman

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Sebagai cadangan untuk perkara ini, saya dan guru tetap sekolah mengadakan perjumpaan untuk memberikan penerangan sebab - sebab guru pelatih diberi peluang untuk menjadi guru pengiring. Salah satu sebabnya ialah adalah untuk menimba pengalaman dan pengetahuan baru yang akan menjadi suatu perkara kebiasaan kepada guru biasa sebagai guru pengiring. Cadangan kedua ialah kemahiran saya dalam bermain bola sepak dapat membantu sekolah menjuarai pertandingan bola sepak.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

Sehari

6. Tindakan Susulan :

Sebagai tindakan susulan, saya dan guru tetap sekolah akan berjumpa dengan pihak pengurusan dan pentadbiran untuk melaksanakan perkara yang telah dicadangkan iaitu menerangkan sebab mengapa guru pelatih harus diberi peluang menjadi guru pengiring dan pembimbing.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

2015-03-24

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Melalui langkah yang dicadangkan, saya telah dapat mendapatkan kepercayaan daripada pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah untuk menjadi guru pengiring dan pembimbing semasa Pertandingan bola sepak peringkat zon Pintas Puding. Dengan bantuan guru tetap sekolah, pihak pengurusan dan pentadbiran dapat mengubah persepsi untuk memberikan kebenaran kepada guru pelatih melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum supaya guru pelatih yang bakal dilahirkan adalah lebih berkebolehan dan aktif.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Kesan daripada tindakan ini, pasukan bola sepak sekolah telah mendapat juara peringkat Zon Pintas Puding. Semua ini adalah kerana usaha latihan murid dan komitmen guru - guru dalam melatih murid - murid secara bersungguh - sungguh. Pengalaman menjadi guru pengiring ini sangat seronok kerana saya dapat mengetahui ragam murid secara lebih dekat dan pengurusan yang perlu dipelajari apabila sesuatu pertandingan dijalankan. Peluang ini mungkin bukan semua guru pelatih yang menjalankan praktikum dapat mengalaminya oleh itu jika terdapat peluang seperti ini, guru pelatih haruslah merebut peluang ini untuk menambah pengetahuan dan mempelajari sesuatu ilmu melalui pengalaman.

Nama Pelajar

:ERLLEY LILLEY

No Kad Pengenalan

:910924125659

Program

:PISMP

Pengkhususan / Opsyen

:2012 / 01 - REKABENTUK DAN TEKNOLOGI (KUMPULAN 1) : PISMP

Sekolah

:SK SERI GADING, BATU PAHAT, JOHOR

Minggu Praktikum

:8

Tarikh

:31-03-2015

Tajuk

:Tiada Jurang Masa Pertukaran Kelas Dengan Kelas Seterusnya Mengganggu Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran

Kategori

:Pengurusan Bilik Darjah

Pensyarah Pembimbing

:ALIZA BT. AZHAR

Guru Pembimbing

:Mahmood Bin Mohamad

1. Isu Yang Difokuskan :

Isu yang difokuskan ialah jadual kelas yang mempunyai jarak waktu atau masa yang berdekatan mengganggu persediaan pengajaran dan pembelajaran untuk kelas seterusnya. Selalunya, set induksi untuk kelas seterusnya tidak sempat dilaksanakan kerana pertukaran kelas mengambil sedikit masa untuk guru membuat persediaan pengajaran dan pembelajaran.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Secara lebih jelas,isu yang difokuskan ialah pertukaran waktu kelas dari kelas 5 Cerdas dan 6 Cekal mengganggu persediaan saya untuk mengajar dengan lebih bersedia dan efektif. Hal ini kerana waktu untuk kelas 5 Cerdas bermula jam 11.00am hingga 12.00pm dan kelas untuk kelas 6 Cekal ialah jam 12.00pm hingga jam 1.00pm. Jarak waktu yang sangat dekat memberikan saya sedikit kesukaran untuk bersedia mengajar kelas 6 Cekal kerana saya juga memerlukan rehat sekurang - kurangnya 10 minit hingga 30 minit sebelum mengajar kelas seterusnya.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut (Mok, S. S., 2002), 2002, persediaan yang rapi sebelum memulakan kerja bagi sebarang tugas amat dititikberatkan bagi memastikan setiap produktiviti atau hasil yang diperolehi adalah berkualiti dan dapat menepati objektif dan sasaran yang telah ditetapkan. Ia juga dapat melicinkan perjalanan proses yang terlibat. Terdapat pelbagai kemungkinan yang akan berlaku sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, makmal dan lain-lain. Ianya boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Namun, sebagai langkah bagi memastikan perjalanan proses pengajaran yang lancar, guru harus bersedia dan mempersiapkan diri sebelum memulakan tugas mengajar. Persediaan mengajar mempunyai tiga komponen penting iaitu komponen persediaan, penyampaian, dan penutup.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Cadangan dan idea penyelesaian masalah untuk isu ini ialah saya menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk kelas seterusnya terlebih dahulu supaya tidak tergesa - gesa sewaktu pertukaran waktu kelas. Selain itu, saya juga akan mengambil rehat secukupnya ketika langkah penutup untuk kelas sebelumnya iaitu kelas 5 Cerdas supaya tidak terlalu penat ketika mengajar untuk kelas 6 Cekal dan mengekalkan pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

4 minggu

6. Tindakan Susulan :

Saya akan melaksanakan tindakan daripada cadangan dan idea penyelesaian untuk isu yang dikenalpasti selama 4 minggu iaitu sampai habis praktikum. Cadangan dan idea penyelesaian ini juga akan dipastikan diikut supaya memudahkan sepanjang pertukaran kelas ke kelas yang lain tanpa sebarang masalah disamping melaksanakan pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirancang.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

2015-03-31

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Langkah yang dicadangkan menunjukkan keberkesanan yang positif kerana saya mempunyai lebih persediaan mengajar untuk kelas seterusnya. Walaupun, keletihan sedikit kerana mengajar untuk kelas sebelumnya, saya tetap dapat mengekalkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan efektif. Semasa pertukaran kelas saya juga tidak tergesa - gesa dan bertenaga untuk kelas seterusnya.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Sebagai kesimpulannya, kita sebagai pendidik tidak seharusnya merungut akan tugas yang diberikan kepada kita. Walaupun, terdapat isu yang timbul khususnya isu yang telah saya kenalpasti ini, kita haruslah memikirkan cadangan untuk menyelesaikan isu tersebut. Mungkin isu itu tidak dapat diselesaikan sepenuhnya tetapi sekurang - kurangnya cadangan penyelesaian kita itu dapat mengurangkan isu tersebut daripada menjadi kritikal dan membantu kita.

Nama Pelajar

:ERLLEY LILLEY

No Kad Pengenalan

:910924125659

Program

:PISMP

Pengkhususan / Opsyen

:2012 / 01 - REKABENTUK DAN TEKNOLOGI (KUMPULAN 1) : PISMP

Sekolah

:SK SERI GADING, BATU PAHAT, JOHOR

Minggu Praktikum

:9

Tarikh

:09-04-2015

Tajuk

:AKTIVITI KURANG MENARIK

Kategori

:Interpersonal dan Intrapersonal

Pensyarah Pembimbing

:ALIZA BT. AZHAR

Guru Pembimbing

:Norliza Binti Pondi

1. Isu Yang Difokuskan :

Masalah yang saya hadapi pada minggu ini ialah tidak terfikirkan idea yang menarik dan sesuai untuk aktiviti semasa sesi PdP. Isu ini dikenalpasti semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan didalam kelas 5 Cerdik untuk subjek Bahasa Malaysia. Saya berasa tidak puas hati dengan aktiviti yang dijalankan apabila saya melihat murid kurang minat pada PdP yang dijalankan.Penjanaan idea strategi pengajaran merupakan aspek yang sangat penting dalam menggerakkan PdP yang menarik dan dapat membantu dalam proses kawalan kelas seterusnya pencapaian objektif sesuatu pembelajaran.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Antaranya ialah murid kelihatan bosan dan hilang minat belajar andai PdP dijalankan kurang kreatif. Ini kerana murid lebih suka bermain daripada belajar dan ini perlu diselaraskan agar dapat menarik minat murid bagi membantu perkembangan kognitif mereka. Masalahnya guru menghadapi masalah untuk menjalankan PdP yang menarik kerana ketandusan idea.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Antara faktor-faktor yang dikaitkan dengan pencapaian pelajar ialah minat, sikap, gaya pembelajaran, kaedah pengajaran dan latar belakang keluarga. Di samping bahan dan alatan bantuan, aktiviti dan pengalaman pengajaran dan pembelajaran mereka (Biggs & Moore 1993). Kenworthy (dalam Noraini 2008) mengatakan bahawa pembelajaran yang berkesan wujud jika ada minat dalam kalangan pelajar dan salah satu daripada cara menimbulkan minat pelajar ialah menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang menarik.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Saya akan memikirkan sesuatu aktiviti yang melibatkan semua murid agar ruang untuk murid berkelakuan negatif dapat dikurangkan serta memberi pengalaman kepada mereka. Selain itu saya akan wujudkan aktiviti yang berkonsepkan bermain dalam PdP.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 minggu

6. Tindakan Susulan :

Saya akan mencari maklumat daripada internet dan buku aktiviti untuk melihat contoh aktiviti yang menarik untuk mencungkil idea yang terbeku. Seterusnya cuba untuk mengaplikasikan cadangan yang telah dirancang dalam pdp saya agar saya mampu kekal fokus pada PdP yang ingin dirancang seterusnya mengekalkan tahap fokus murid sewaktu PdP.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

2015-04-12

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Langkah yang dicadangkan dapat mendatangkan kesan yang positif, penglibatan murid dalam pembelajaran adalah sangat baik. Murid merasa seronok melakukan aktiviti yang dijalankan dalam PdP. Semua murid juga dapat memberikan kerjasama yang baik semasa melaksanakan aktiviti PdP yang menarik.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Kesimpulannya, kita sebagai guru haruslah pandai mencari kekuatan dalam PdP yang dapat menarik perhatian murid untuk belajar bersungguh - sungguh disamping murid merasa seronok menjalankan aktiviti dan tidak merasa bosan. Walaupun kelas agak riuh sedikit, tetapi itulah proses belajar di mana murid dapat berkomunikasi secara sihat dalam kalangan rakan - rakan mereka. Segala sumber untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dapat dicari dan diaplikasikan oleh guru melalui internet. Oleh itu, saya akan gunakan kelebihan ini untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik.

Nama Pelajar

:ERLLEY LILLEY

No Kad Pengenalan

:910924125659

Program

:PISMP

Pengkhususan / Opsyen

:2012 / 01 - REKABENTUK DAN TEKNOLOGI (KUMPULAN 1) : PISMP

Sekolah

:SK SERI GADING, BATU PAHAT, JOHOR

Minggu Praktikum

:10

Tarikh

:16-04-2015

Tajuk

:Murid Bermain Dalam Bengkel Kemahiran Hidup Luar Waktu Pengajaran Dan Pembelajaran

Kategori

:Interpersonal dan Intrapersonal

Pensyarah Pembimbing

:ALIZA BT. AZHAR

Guru Pembimbing

:Norliza Binti Pondi

1. Isu Yang Difokuskan :

Isu yang difokuskan ialah murid bermain dalam bengkel Kemahiran Hidup di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Murid bermain di dalam bengkel semasa waktu rehat sekolah. Mereka masuk dalam bengkel Kemahiran Hidup tanpa kebenaran guru bengkel dan bermain alatan yang terdapat dalam bengkel.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Berdasarkan isu yang difokuskan, terdapat 4 orang murid Tahun 4 Cekal yang memasuki bengkel Kemahiran Hidup tanpa kebenaran dan bermain dalam bengkel Kemahiran Hidup. Keadaan ini sangat bahaya kerana terdapat alatan yang tajam dan merbahaya di dalam bengkel. Mereka turut menggunakan alatan - alatan bengkel dengan tujuan bermain. Selain itu, mereka juga mengubah kedudukan projek - projek Kemahiran Hidup yang berada di dalam bengkel dan menyebabkan beberapa projek rosak.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Isu keselamatan yangutama dalam pembangunan masyarakat berteknologi ialah pertimbangan terhadap elemen manusia sebagai sumber dan penyumbang kepada kemalangan (Sheridan,1986). Menurut Wan Mansor (2003) dalam kajiannya berpendapat sikap pelajar yang tidak mengambil endah tentang kepentingan keselamatan akan mendedahkan seseorangindividu iui kepada risiko kemalangan. Hasil dapatan kajian Stranks & Dewis (1986)pula menyatakan bahawa kekurangan pengetahuan keselamatan dan kemahiranadalah penyumbang kepada kemalangan secara tidak langsung

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Cadangan penyelesaian masalah ini ialah memberikan nasihat kepada murid - murid tersebut. Seterusnya menerangkan aspek - aspek keselamatan yang patut dipatuhi semasa berada di dalam bengkel walaupun bukan waktu pengajaran dan pembelajaran. Saya juga akan menasihati mereka supaya meminta kebenaran untuk masuk di dalam bengkel kerana jika terdapat kehilangan barang di dalam bengkel, mereka mungkin boleh dituduh dan untuk mengelakkan perkara ini berlaku, nasihat akan diberikan kepada mereka supaya mengelakkan mereka jadi mangsa tuduhan.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

Sehari

6. Tindakan Susulan :

Saya akan melaksanakan tindakan susulan berdasarkan idea penyelesaian masalah yang telah dicadangkan.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

2015-04-16

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Keberkesanan langkah yang dilaksanakan ialah baik kerana murid terus meminta maaf atas kesalahan yang mereka lakukan dan berjanji tidak akan melakukannya lagi. Berdasarkan langkah yang dilaksanakan juga, mereka terus menyimpan kembali alatan dan projek yang mereka gunakan semasa bermain.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Kesimpulannya, semua murid haruslah diberikan peluang atas kesalahan yang telah dilakukan dan sebagai guru, kita tidaklah seharusnya terus menghukum mereka tetapi memberikan perkara positif kepada mereka supaya perkara seperti ini tidak berlakuk lagi. Perkara ini adalah normal bagi peringkat murid sekolah rendah tetapi kita sebagai guru haruslah menjalankan tanggungjawab untuk melatih mereka supaya mengamalkan keselamatan di dalam bengkel.