jurnal

16
JURNAL 1. Masalah Masalah kali ini adalah berkisarkan kepada gangguan semasa sesi p & p berjalan di mana terdapat segelintir murid yang suka keluar masuk bilik darjah. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana semasa saya mengajar murid-murid selalu meminta izin dengan saya untuk bertemu guru, menghantar buku dan juga mahu ke koperasi sekolah untuk membeli peralatan alat tulis dan sebagainya. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh saya kurang tegas dengan murid-murid semasa mengajar dan juga ketika berada di dalam kelas. Oleh sebab itulah murid-murid mengambil kesempatan ke atas ketidaktegasan saya semasa berada di bilik darjah. 3. Cadangan untuk memperbaiki Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang wujud iaitu:- (a) Saya akan lebih tegas dengan murid-murid semasa sesi p & p berjalan. (b) Saya juga perlu lebih prihatin dengan tingkah laku murid- murid. 4. Tempoh masa Saya akan mengatasi masalah ini secepat yang mungkin dalam masa 1 minggu. Hal ini penting bagi memastikan kelancaran proses p & p saya nanti.

Upload: sweetareda2301

Post on 03-Feb-2016

216 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

JURNAL

TRANSCRIPT

Page 1: JURNAL

JURNAL

1. Masalah

Masalah kali ini adalah berkisarkan  kepada gangguan semasa sesi p & p

berjalan di mana terdapat segelintir murid yang suka keluar masuk  bilik

darjah.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana semasa saya mengajar murid-murid selalu

meminta izin dengan saya untuk bertemu guru, menghantar buku dan juga

mahu ke koperasi sekolah untuk membeli peralatan alat tulis dan

sebagainya. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh saya kurang tegas

dengan murid-murid semasa mengajar dan juga ketika berada di dalam

kelas. Oleh sebab itulah murid-murid mengambil kesempatan ke atas

ketidaktegasan saya semasa berada di bilik darjah.

3. Cadangan untuk memperbaiki

Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki

masalah yang wujud iaitu:-

(a)  Saya akan lebih tegas dengan murid-murid semasa sesi p & p

berjalan.

(b)  Saya juga perlu lebih prihatin dengan tingkah laku murid-murid.

4. Tempoh masa

Saya akan mengatasi masalah ini secepat yang mungkin dalam masa 1

minggu. Hal ini penting bagi memastikan kelancaran proses p & p saya

nanti.

5. Penilaian kejayaan

Page 2: JURNAL

Di dapati beberapa hari ini kelihatan tingkah laku murid yang kerap meminta

izin untuk keluar telah berkurangan semasa saya sedang menjalankan sesi p

& p.

6. Tindakan susulan

Saya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-

sungguh. Diharapkan segala masalah seperti gangguan yang timbul semasa

sesi p & p berlangsung akan dapat saya atasi dengan sepenuhnya.

Page 3: JURNAL

1. Masalah

Masalah kali ini adalah berkisar kepada disiplin bilik darjah  di mana murid-

murid selalu membuat bising ketika saya sedang melaksanakan sesi p & p di

dalam bilik darjah.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana murid tidak mendengar arahan guru semasa

berlangsungnya proses p & p di dalam bilk darjah. Selain itu, masalah ini

mungkin juga berpunca dari  p & p  yang saya rancangkan di dalam bilik

darjah tidak sesuai dengan minat murid menyebabkan mereka tidak

menumpukan perhatian kepada pengajaran saya di dalam kelas. Selain itu

faktor persekitaran kelas juga mungkin memainkan peranan dalam

mempengaruhi murid-murid seperti keadaan murid yang terlalu ramai di

dalam sesebuah bilik darjah menyebabkan murid bertambah bising kerana

meraka tidak selesa dengan keadaan kelas yang menjadi sempit dan

menggangu proses pembelajaran mereka.

3. Cadangan untuk memperbaiki

Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki

masalah yang wujud iaitu:

(a)   Strategi p & p akan saya rangka sejajar dengan minat dan kebolehan murid

di dalam sesebuah bilik darjah.

(b)   Saya juga akan lebih tegas dengan murid-murid semasa proses p & p

berjalan.

Page 4: JURNAL

(c)   Saya juga akan merangka aktiviti pengajaran harian yang lebih menarik

agar dapat menarik minat murid-murid  belajar dan terus seronok mengikuti

sesi p & p sehingga ke akhir pembelajaran.

(d)   Saya juga akan mmeberikan lembaran kerja yang sesuai dengan tahap

kebolehan setiap murid agar mereka tidak membuat bising ketika di dalam

bilik darjah.

4. Tempoh masa

Saya akan berusaha mengatasi masalah ini secepat yang mungkin. Hal ini

penting kerana ia akan menentukan kelancaran proses P & P saya pada

minggu-minggu yang seterusnya.

5. Penilaian kejayaan

Saya telah berjaya mengawal tingkah laku murid-murid di dalam bilik darjah

dan juga melaksanakan aktiviti p & p dengan lebih menarik minat murid-

murid  dari sebelumnya.

6. Tindakan susulan

Saya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-

sungguh. Di mana saya akan cuba mencari maklumat-maklumat untuk

mendapatkan ide yang menarik dalam merancang aktiviti di dalam bilik

darjah agar pengajaran saya akan jadi lebih menarik lagi. Di harapkan saya

akan berjaya mengatasi masalah ini.

Page 5: JURNAL

Perjalanan praktikum saya melalui minggu-minggu terakhir. Semakin banyak pengalaman yang

ditimba semakin banyak kekurangan yang saya rasakan. Namun ia sedikit pun tidak

mematahkan semangat saya untuk menimba seberapa banyak ilmu di dada. Pengalaman akan

mendewasakan seseorang. Itulah hakikat yang sering berlaku dalam kehidupan kita. Sepanjang

lapan minggu mengikuti praktikum, hari-hari yang saya lalui penuh dengan cabaran dan

rintangan. Ini membuatkan saya bertambah matang dan mendapat banyak pengetahuan baru,

baik melalui persekitaran sekolah dan perkembangan pendidikan semasa. Setiap hari

berhadapan dengan karenah pelajar membuatkan saya merasa terpanggil untuk menyelami

dan menjiwai hati mereka. Situasi berhadapan dengan pelajar yang mempunyai bermasalah

baik dari segi akhlak mahupun disiplin membuatkan saya terpanggil untuk mengkaji masalah ini

dengan lebih mendalam lagi. Jika minggu sebelumnya saya memilih masalah disiplin di

kalangan pelajar sebagai isu fokus, isu tingkah laku guru terhadap pelajar sebagai satu

kesinambungan kepada permsalahan yang melanda institusi pendidikan terutamanya sekolah.

1. Tingkah Laku Guru Mempengaruhi sikap Pelajar.

Page 6: JURNAL

Hubungan peribadi (inter-personal) yang wujud antara guru dan pelajar sewaktu di dalam kelas

boleh memberi kesan tertentu kepada anak didiknya. Kajian yang pernah dijalankan mendapati

tingkah laku guru memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar serta sikap mereka

terhadap mata pelajaran, guru dan sekolah. Menurut Noran Fauziah Yaakob dan Ahmad

Mahdzan Ayob dalam buku mereka, “Guru dan Perguruan” menyatakan dari segi hubungan

dengan pelajar, terdapat lapan tingkah laku negative guru yang boleh memjejaskan pencapaian

akademik dan sikap anak didik mereka. Tingkah laku tersebut adalah seperti berikut :”

1. Tidak menyukai pelajar

Menyukai pelajar adalah rahsia untuk menjadi guru yang berkesan kerana mereka adalah klien

guru. Jawatan guru diwujudkan kerana ada kanak-kanak yang menunggu untuk dididik dan

diajar. Oleh itu, guru perlu memikirkan mengenai kliennya iaitu pelajarnya. Menyukai pelajar

sudah tentu tidak boleh dibuat-buat sebaliknya ia perlu lahir secara spontan dan semulajadi

dalam diri guru.

2. Tidak Mengetahui atau mengenali pelajar

Selain memahami tingkah laku pelajarnya, guru juga sepatutnya mengetahui nama dan

mengenali rupa mereka. Memang ada guru yang merasakan begitu sukar untuk berbuat

demikian, apatah lagi jika bilangannya ramai. Walau apapun guru mesti berusaha mengatasi

perkara itu.

3. Melabel pelajar

Setiap pelajar berbeza antara satu sama lain bukan saja dari segi fizikalnya tetapi juga dalam

hal-hal lain seperti emosi, personaliti, kecerdasan serta penguasaan ilmu dan kemahiran.

Mungkin disebabkan perbezaan itu, sesetengah guru suka melabelkan atau memberi nama dan

gekarab tertentu kepada pelajar mereka. Jika label atau nama gelaran itu baik mungkin ia tidak

menjadi masalah, bagaimana pula jika sebaliknya/ pelajar akan merasakan guru seolah-olah

menyindir dan mempermainkan dirinya. Secara tak lansung pelajar akan berasa kurang hormat

dengan guru mereka.

4. Menyindir dan memperkecilkan pelajar

Guru yang sering menyindir dan memalukan pelajar dihadapan pelajar lain akan dibenci pelajar

terbabit kerana tindakan itu akan menjatuhkan maruahnya.

5. Mendera pelajar secara keterlaluan

Page 7: JURNAL

Tingkah laku guru yang bertindak mendenda pelajar melampau batasan disiplin sedia ada

memberi kesan negative kepada pelajar. Oleh yang demikian untuk mestilah berwaspada

dalam memberi denda yang keterlaluan keppada pelajar. Disiplin diwujudkan adalah untuk

membentuk peribadi pelajar bukan untuk merosakkan pelajar.

6. Harapkan pagar, pagar makan padi.

Guru bukan saja diamanahkan untuk mendidik pelajar tetapi juga menjaga maruah pelajar serta

keselamatan mereka apabila berada di kawasan sekolah. Perbuatan guru menodai pelajar

boleh menyebabkan masyarakat sangsi terhadap profession perguruan. Bak kata pepatah “

kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.

7. Terlalu garang

Guru yang garang memang menakutkan pelajar. Tetapi guru mestilah memastikan ketegasan

itu bertetapan dengan masa dan sesuai dengan keadaan supaya rasa hormat dan rendah diri

terhadap guru tidak hilang di mata pelajar.

8. Pilih kasih

Pelajar tidak akan menghormati guru yang bersikap pilih kasih kerana mereka menganggapnya

tidak berlaku adil .

Refleksi

Setiap manusia yang lahir di muka bumi mempunyai potensi diri untuk berjaya dan cemerlang.

Begitu juga dengan para pelajar kita yang berada di sekolah. Sebagai guru, kita

bertanggungjawab dalam meransang minat dan mendidik mereka sehingga berjaya. Faktor

persekitaran juga menjadi faktor penyumbang dalam memastikan anak-anak didik kita berjaya.

Tingkah laku guru memainkan peranan penting dalam mencorak masa depan pelajar. Sebagai

guru kita mestilah menjauhi perkara yang dibincangkan seperti di atas.

Seorang pendidik dari Barat, Gilbert Highet (1965) pernah menasihatkan orang yang tidak

menyukai kanak-kanak dan golongan remaja supaya tidak memilih profession perguruan.

Highet berkata, guru bukan saja mesti menyukai kanak-kanak, tetapi juga mesti selesa dan

seronok bergaul mesra dengan mereka. Menyukai kanak-kanak sudah tentu tidak boleh dibuat-

Page 8: JURNAL

buat sbaliknya ia perlu lahir secara spontan dan semulajadi dalam diri seorang guru. Guru yang

bersedia meluangkan masa berbual dengan pelajar di luar waktu mengajar akan dapat banyak

maklumat mengenai mereka. Dengan itu dia akan mengetahui kebolehan pelajarnya dalam

bidang akademik, minat, kebencian atau emosi mereka.

Guru yang menyukai pelajar beerti menyukai profession perguruan, sebaliknya guru yang benci

kepada pelajarnya bermakna dia kurang penghayatan terhadap professionnya. Sebagai guru

kita mestilah menerima seadanya anak didik kita. Elakkan daripa memberi label, pilih kasih dan

mendera emosi dan mental mereka dengan tingkah laku kita yang meletakkan emosi di

hadapan. Sebaliknya bertindak positif dengan menanggap setiap orang mempunyai potensi diri

untuk berjaya dalam jua bidang yang diceburi. Pencapaian cemerlang dalam akademik bukan

ukuran semata-mata. Jajdilah kita seorang guru yang mampu melahirkan pelajar yang bukan

saja seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelektual dan sosial selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaaan.

MASALAH DISIPLIn

Pengalaman akan mendewasakan seseorang. Itulah hakikat yang sering berlaku dalam

kehidupan kita. Sepanjang enam minggu mengikuti praktikum, hari-hari yang saya lalui penuh

dengan cabaran dan rintangan. Ini membuatkan saya bertambah matang dan mendapat banyak

pengetahuan baru, baik melalui persekitaran sekolah dan perkembangan pendidikan semasa.

Setiap hari berhadapan dengan karenah pelajar membuatkan saya merasa terpanggil untuk

menyelami dan menjiwai hati mereka. Situasi berhadapan dengan pelajar yang mempunyai

bermasalah baik dari segi akhlak mahupun disiplin membuatkan saya terpanggil untuk mengkaji

masalah ini dengan lebih mendalam lagi. Seperti minggu sebelumnya, saya telah memilih

masalah disiplin di kalangan pelajar jika tidak di atasi beolh menjejaskan pengajaran dan

pembelajaran sebagai isu yang perlu diketengahkan untuk menjamin kesinambungan proses

pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Isu yang akan dibincangkan pada minggu ini adalah :

1. Masalah Disiplin di kalangan Pelajar Boleh Menjejaskan Proses Pengajaran dan

Pembelajaran.

Page 9: JURNAL

Setiap manusia yang lahir di muka bumi mempunyai potensi diri untuk berjaya dan cemerlang.

Begitu juga dengan para pelajar kita yang berada di sekolah. Sebagai guru, kita

bertanggungjawab dalam meransang minat dan mendidik mereka sehingga berjaya. Faktor

persekitaran juga menjadi faktor penyumbang dalam memastikan anak-anak didik kita berjaya.

Dewasa ini, perkembangan pesat dalam teknologi maklumat mendedahkan anak-anak kita kita

kepada pelbagai perkara negatif yang boleh merosakkan minda mereka. Golongan remaja

adalah golongan yang paling mudah terpengaruh dengan budaya dan anasir yang dibawa oleh

barat. Kajian psikologi mendapati dalam usia 12 hingga 18 tahun, remaja lebih mempercayai

rakan sebaya daripada ibu apa mereka. Situasi ini jika tidak dikawal ia akan merosakkan minda

mereka. Mereka akan mudah terjebak kepada gejala yang tidak siat seterusnya membawa

kepada berlakunya masalah disiplin.

Walaupun Sekolah Kebangsaan Jelutong mempunyai bilangan pelajar yang tidak ramai, iaitu

kira-kira 384 orang, sekolah ini tidak terlepas daripada dibelenggu oleh pelajar-pelajar yang

mempunyai masalah disiplin. Masalah disiplin di kalangan pelajar harus dibendung dan

dikekang supaya ia tidak menular sejak dari awal lagi. Ia akan mengundang pelbagai masalah

yang tidak dingini dan boleh menjejaskan tumpuan dan perhatian pelajar kepada pelajaran.

Antara masalah disiplin yang biasa berlaku di sekolah ini ialah gejala ponteng sekolah, pelajar

merokok, mengambil barang orang lain, bersikap kurang ajar terhadap guru, bergaduh dengan

rakan dan membawa benda-benda tajam di sekolah. Walaupun jumlah kes yang dilaporkan

adalah kecil, tetapi ia tidak boleh dipandang mudah. Ini adalah kerana gejala yang tidak sihat ini

begitu mudah untuk diikuti dan mempengaruhi orang lain.

Daripada soal selidik dan pemerhatian yang dijalankan, didapati kebanyakkan pelajar yang

mempunyai masalah disiplin banyak dipengaruhi faktor persekitaran, sosioekonomi keluarga

dan pengaruh rakan sebaya. Kajian mendapati pelajar-pelajar daripada keluarga yang

berpendapatan rendah dan sederhana, kurang mendapat perhatian dan kawalan ibu bapa

mereka . ini berlaku kerana ibu bapa mereka sibuk bekerja siang dan malam untuk mencari

nafkah keluarga. Tumpuan yang kurang ini mendedahkan anak-anak mereka kepada gejala

yang tidak sihat seperti merokok dan mencuri. Kesannya pencapaian mereka merosot dan jauh

ketinggalan di belakang. Berbeza dengan pelajar yang mempunyai motivasi tinggi, mereka lebih

cenderung untuk belajar dan minat kepada pelajaran yang tinggi di samping dorongan yang

kuat daripada ibu bapa untuk menjadi cemerlang dan terbaik.

Page 10: JURNAL

Pelajar yang bermasalah boleh bertindak agresif dan kurang ajar terhadap guru. Mereka

sentiasa mereka dipihak yang benar dan orang sekeliling yang mengambil berat terhadap

mereka sebagai masalah kepada mereka. Apabila di sekolah mereka tidak dapat memberi

tumpuan yang sewajarnya. Mereka merasa bosan dan mengantuk. Apabila ditegur mereaka

melenting dan sanggup mengeluarkan kata-kata kesat kepada guru. Lebih menyedihkan

mereka sudah hilang rasa hormat kepada guru-guru yang membimbing mereka. Justeru itu,

semua pihak harus memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi masalah ini daripada

terus berleluasa.

Refleksi

Antara pendekatan yang boleh diambil oleh pihak sekolah daam menagani masalah disiplin di

kalangan pelajar ialah melalui tindakan disiplin dan unit bimbingan dan kaunseling yang

diwujudkan di sekolah-sekolah. Pemataun dari masa ke semasa terhadap perkembangan

pelajar berjaya mengelakkan gejala tidak sihat mempengaruhi mida dan fikiran pelajar. Guru

kelas haruslah memainkan peranan dengan melaporkan pelajar yang tidak hadir ke sekolah ke

pada Guru Penolong Kanan Hal Murid untuk diambil tindakan selanjutnya. Selain daripada itu,

tindakan tegas juga perlu dikenakan ke atas pelajar yang melanggar disiplin sekolah dalam

usaha mendidik mereka menjadi pelajar yang beretika tinggi dan mendidik mereka menjadi

insan yang berguna pada agama bangsa dan negara.

Pelajar-pelajar bermasalah juga tidak harus dipinggirkan. Sebaliknya kita mesti membimbing

pelajar-pelajar berkenaan untuk kembali kepangkal jalan melalui program bimbingan dan sesi

kaunseling oleh guru yang bertanggungjawab. Membiarkan mereka terus sesat seolah-olah kita

telah memusnahkan kehidupan mereka. Sebagai contoh, saya selalu menerapkan nilai-nilai

murni dalam pengajaran dan pembelajaran, sebagai satu pendedahan kepada pelajar saya.

Selain daripada itu, saya sentiasa memberi teguran kepada pelajar yang melanggar undang-

undang sekolah dalam bentuk nasihat. Sekiranya masih berulang, saya akanmembawa

masalah ini kepada guru yang bertanggungjawab untuk diambil tindakan susulan.

Ceramah dan kursus motivasi mestilah diadakan secara kerap supaya pelajar-pelajar kita

sentiasa mendapat input baru dan diberi peringatan, dari masa ke semasa. Penglibatan dalam

aktiviti ko-kurikulum juga mampu mengelakkan mereka daripada terjebak kepada masalah

social. Masa lapang mereka terisi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Melalui pembelajaran

merentas kurikulum dalam mata pelajaran seperti pendidikan Islam dan Pendidikan Moral juga

Page 11: JURNAL

boleh diterapkan mengenai akhlak dan sahsiah seorang pelajar, tanggungjawab dan peranan

kita sebagai manusia, anak dan juga warga mampu menyedarkan mereka untuk tidak terus

hanyut dalam dunia ciptaan dan mengkhayal mereka. Sebagai guru, kita bertanggungjawab

mencorakkan masa depan anak bangsa kita. Tugas dan peranan kita terlalu mulia. Jatuh

bangun generasi akan datang terletak dibahu kita. Terpulang kepada kita untuk

mencorakkannya.

Minggu 12 (5hb - 9hb April 2010)MINGGU KEDUA BELAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MASALAH

Pada minggu kedua belas P&P dijalankan, saya telah menghadapi masalah dari sudut

kekurangan pengalaman / pengetahuan sedia ada (tentang teknik).

ANALISIS

Masalah timbul mungkin kerana murid tidak didedahkan dengan kepelbagaian teknik

yang ada dalam penghasilan karya. Dalam sesi P&P saya, murid baru belajar

mengenali dan menerokai teknik. Dalam keadaan ini, murid masih baru dengan teknik

yang dipelajari. Jadi semasa proses penghasilan karya didapati murid agak sukar

(lambat) menghasilkannya. Guru perlu menunjukkan satu per satu langkah dengan

terang dan jelas. Banyak teguran terhadap proses kerja murid dilakukan. Hasilnya juga

kurang memuaskan walaupun aktiviti sangat bersesuaian dengan tahap pembelajaran

murid.

Page 12: JURNAL

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

1. Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing. Bertanyakan tips cara-cara untuk

memilih aktiviti yang bersesuaian pada tahap pengalaman dan pengetahuan sedia ada

pada murid.

2. Saya akan memperkenalkan kepada murid teknik yang pelbagai dalam penghasilan

karya. Pada P&P saya nanti, saya akan menerangkan langkah-langkah penghasilan

karya bagi satu per satu teknik dengan terang, jelas dan dapat difahami oleh murid.

Semasa proses penghasilan karya, saya akan turut memantau bagi membantu murid

menghasilkan teknik dengan betul.

3. Saya juga akan mendapatkan cadangan atau tips untuk menjadikan P&P saya lebih

menarik untuk memperkenalkan satu-satu aktiviti (teknik) dari rakan guru pelatih.

TEMPOH MASA

Saya akan mengatasi masalah ini secepat mungkin kerana kekurangan ini akan

menjadikan murid ketinggalan dalam subjek pelajaran. Tahap pembelajaran murid

menjadi rendah sedangkan tahap / pencapaian yang sepatutnya adalah yang lebih baik.

PENILAIAN KEJAYAAN

Saya akan meminta kerjasama daripada guru pembimbing untuk member penilaian

tentang kejayaan saya disamping meminta pandangan dan pendapat dari rakan guru

pelatih yang lain.

TINDAKAN SUSULAN

Semasa proses penerangan aktiviti, guru akan memastikan murid memberi perhatian

dan tumpuan sepenuhnya. Guru menggalakkan sesi soal jawab bagi membantu

kekeliruan yang dihadapi oleh muird. Guru juga bercadang untuk meminta murid

mengadakan sebuah buku seni bagi mendokumentasikan segala aktiviti seni yang telah

dipelajari (sebagai rujukan di masa hadapan).

Page 13: JURNAL