jurnal

Upload: muhammad07

Post on 10-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jurnal guru

TRANSCRIPT

Buat penulisan jurnal reflektif berdasarkan perlaksanaan suatu program yang terbaru di sekolah anda dan buatkan penilaian meng

Buat penulisan jurnal reflektif berdasarkan perlaksanaan suatu program yang terbaru di sekolah anda dan buatkan penilaian mengenai.Baru-baru ini Sekolah Kebangsaan Seri Payong, Besut Terengganu telah mengadakan satu program Sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2005. Sekolah Kebangsaan Seri Payong merupakan tempat baru bagi saya, kerana saya baru sahaja ditugaskan sebagai guru j-QAF pada awal tahun 2005. pada hemat saya, sambutan Hari Guru ini hanyalah bermakna bagi seorang guru yang telah lama berkhidmat di sesebuah sekolah tertentu. Akan tetapi tekaan saya silap, apabila para guru dan para pelajar memberikan kerjasama yang baik pada setiap perkara yang dirancang. Pada hari itu, pelbagai pertandingan telah dibuat dengan perancangan yang rapi. Saya sebagai guru yang baru berkhidmat di sekolah itu turut memberikan kerjasama dan sokongan yang padu kepada perlaksanaan program yang telah dirancang.

Sehari sebelum majlis Sambutan Hari Guru disambut oleh semua warga kerja bersama para pelajar di sekolah itu, satu mesyuarat telah diadakan bagi menentukan apakah perancangan-perancangan yang perlu dibuat bagi memeriahkan sambutan hari tersebut. Semua guru mesti melibatkan diri pada hari itu dan tidak ada siapapun yang terkecuali, bermula daripada Tuan Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan Koko, Guru Penolong Kanan Hem, guru-guru, kakitangan sekolah seterusnya pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Payong.

Pelbagai acara telah ditentukan bertujuan untuk memeriahkan suasana dihari Sambutan Hari Guru kali ini. Antara agenda yang telah diatur oleh pihak urusetia program adalah dimulakan dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar semasa perhimpunan dipagi 16 Mei 2005. Kemudian diikuti dengan ucapan oleh Guru Penolong Kanan Koko untuk memberikan sedikit taklimat ringkas mengenai acara-acara yang telah ditentukan.

Antara acara yang dipertandingkan adalah mengikut tahap dan kategori tertentu seperti pertandingan bola jaring antara guru perempuan dengan pelajar perempuan, pertandingan bola sepak antara guru lelaki dengan pelajar lelaki, pertandingan pecah belon antara guru-guru lelaki, pertandingan merebut kerusi dari kalangan guru lelaki dan guru perempuan. Manakala bagi pelajar-pelajar pula, diadakan acara merebut gula-gula bagi tahap satu, pertandingan menulis khat bagi tahap dua dan pertandingan mewarna khat bagi tahap satu. Kesemua acara yang dipertandingkan ini sungguh meria sekali.Antara tujuan acara-acara ini telah dipertandingkan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan di antara guru-guru dengan kakitangan sekolah disamping itu, pada hari ini juga para pelajar dapat berinteraksi dengan guru-guru mereka dengan lebih dekat lagi. Sambutan sebegini memberikan input yang besar kepada warga kerja sekolah Kebangsaan Seri Payong. Perasaan ini dapat saya rasakan dengan kemesraan dan sikap kerjasama yang telah ditunjukkan oleh semua pihak. Walaupun pada mulanya saya merasakan sambutan Hari Guru ini hanyalah memberi kesan kepada pekerja yang telah lama berkhidmat disatu-satu tempat kerja.Selepas daripada kesemua acara yang dipertandingkan itu telah selesai, para pemenang telah diberikan hadiah sebagai tanda ingatan sempena majlis Sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Seri Payong.

Dengan adanya sambutan sebegini hubungan yang erat dapat saya rasakan dari kalangan guru dan pelajar. Pada majlis-majlis sebeginilah hubungan silaturrahim dapat dipupuk antara rakan sejawat dengan para pelajar di tempat kita bekerja. Di samping itu juga guru-guru dapat mendekati para pelajar mereka dan ini akan lahirlah perasaan kasih sayang dan sifat hormat menghormati di antara guru dan murid. Ini kerana pada hari-hari biasa, masing-masing sibuk dengan bebanan tugas yang banyak dan masa yang terbatas untuk kita saling sama mengenali antara satu sama lain.

Saya juga tidak sangka bahawa Sambutan Hari Guru yang telah diadakan baru-baru ini dapat dilaksanakan dengan lancar, ini kerana perancangan hanya dibuat sehari sebelum majlis tersebut diadakan. Oleh kerana berkat daripada usaha kerjasama yang erat dari kalangan guru dan murid, Sambutan Hari Guru dapat dilaksanakan dengan baik sekali.Harapan saya, semoga hubungan erat yang telah terjalin dari kalangan guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Payong akan berkekalan. Dengan cara begini, suasana tempat kita menabur bakti tidak banyak mendatangkan masalah yang besar. Masing-masing telah saling kenal mengenali antara satu sama lain. Dengan adanya sifat kerjasama, saling hormat-menghormati, samaada dari kalangan guru ataupun murid, usaha kearah pembentukan peribadi yang mulia dan tanggungjawab guru untuk melahirkan insan yang berbudi pekerti mulia akan berjaya. Ini bersesuaian dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

RUJUKAN

1) Modul 1/3 unit 1.4, m/s 34-44.

2) Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepas Ijazah), semester 1&2 (Edisi Kedua), Mok Soon Sang, Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Subang jaya, Selangor : 2003

PAGE 4