jurnal

3
Nama guru pelatih : Nur Nadrah Hasfinie Binti Hasanuddin Bilangan jurnal : ke – 1 Minggu praktikum : Pertama Tarikh peristiwa / kejadian :31/3/2014-4/4/2014 Tajuk jurnal : Minggu pertama di SK Pangkalan Abai Pada 31 Mac 2014 yang lalu, seramai 6 orang guru pelatih dari IPG Kampus Kent Tuaran termasuk saya sendiri telah melaporkan diri di SK Pangkalan Abai untuk menjalani praktikum fasa 1 selama sebulan. Pada awalnya saya agak terkejut kerana diberikan penempatan yang agak jauh dari IPG Kampus Kent. Namun, setelah tiba di sekolah tersebut, saya berasa sangat bersyukur kerana kedatangan kami sangat dialu – alukan oleh warga S.K Pangkalan abai. Pada hari pertama kami tiba di sekolah pada jam 6.50 pagi. Kami terus pergi ke bahagian pentadbiran dan berjumpa dengan Guru Besar. Guru Besar sekolah tersebut ialah Encik Hassan bin Liat, seorang yang sangat peramah. Kami berkumpul di bilik Guru Besar dan kedatangan kami sebenarnya agak mengejutkan kerana sekolah tersebut tidak menerima sebarang surat pemberitahuan bahawa kami akan menjalani praktikum selama sebulan di sana. Namun, Guru Besar tetap menerima kedatangan kami dengan hati yang terbuka. Setelah memperkenalkan diri dengan Guru Besar , kami beredar ke bilik guru untuk berkenalan dengan guru – guru SK Pangkalan Abai. Tepat jam 7.10 pagi, loceng dibunyikan dan perhimpunan bermula di dataran sekolah tersebut. Semasa perhimpunan berlangsung, kami difahamkan bahawa Penolong Kanan Kokurikulum akan berpindah ke sekolah lain. Beliau

Upload: harris

Post on 12-Dec-2015

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

JURNAL

TRANSCRIPT

Page 1: jurnal

Nama guru pelatih : Nur Nadrah Hasfinie Binti Hasanuddin

Bilangan jurnal : ke – 1

Minggu praktikum : Pertama

Tarikh peristiwa / kejadian :31/3/2014-4/4/2014

Tajuk jurnal : Minggu pertama di SK Pangkalan Abai

Pada 31 Mac 2014 yang lalu, seramai 6 orang guru pelatih dari IPG Kampus Kent Tuaran

termasuk saya sendiri telah melaporkan diri di SK Pangkalan Abai untuk menjalani praktikum fasa 1

selama sebulan. Pada awalnya saya agak terkejut kerana diberikan penempatan yang agak jauh dari IPG

Kampus Kent. Namun, setelah tiba di sekolah tersebut, saya berasa sangat bersyukur kerana kedatangan

kami sangat dialu – alukan oleh warga S.K Pangkalan abai. Pada hari pertama kami tiba di sekolah pada

jam 6.50 pagi. Kami terus pergi ke bahagian pentadbiran dan berjumpa dengan Guru Besar. Guru Besar

sekolah tersebut ialah Encik Hassan bin Liat, seorang yang sangat peramah. Kami berkumpul di bilik

Guru Besar dan kedatangan kami sebenarnya agak mengejutkan kerana sekolah tersebut tidak

menerima sebarang surat pemberitahuan bahawa kami akan menjalani praktikum selama sebulan di

sana. Namun, Guru Besar tetap menerima kedatangan kami dengan hati yang terbuka. Setelah

memperkenalkan diri dengan Guru Besar , kami beredar ke bilik guru untuk berkenalan dengan guru –

guru SK Pangkalan Abai. Tepat jam 7.10 pagi, loceng dibunyikan dan perhimpunan bermula di dataran

sekolah tersebut.

Semasa perhimpunan berlangsung, kami difahamkan bahawa Penolong Kanan Kokurikulum akan

berpindah ke sekolah lain. Beliau memberikan ucapan dan kata – kata perpisahan dengan murid SK

Pangkalan Abai. Semasa Guru Besar memberikan ucapan, kami diminta untuk berdiri dan diperkenalkan

kepada semua warga sekolah. Saya sangat bersyukur kerana semua warga sekolah sangat peramah dan

mesra memudahkan saya untuk menyesuaikan diri dengan suasana sekolah tersebut.

Setelah perhimpunan selesai, Guru Besar meminta pengawal untuk menyediakan tempat untuk guru

pelatih di Bilik Guru. saya sangat terharu kerana diberikan keselesaan yang sangat baik walaupun

kedudukan di dalam bilik guru tersebut agak penuh.

Page 2: jurnal

Tepat jam 11.00 pagi kami diminta untuk berkumpul di pusat sumber untuk diberikan taklimat

oleh Penolong Kanan 1 dan Guru Besar S.K Pangkalan Abai. Taklimat ini dipengerusikan oleh Encik

Roslan Shoi yang memberikan serba sedikit sejarah sekolah tersebut. Kami juga didedahkan dengan

peraturan – peraturan dan beberapa aktiviti yang dijalankan di sekolah. Saya sangat tertarik dengan

aktiviti yang dinyatakan sangat membantu kemahiran membaca dan mengira murid – murid.

Pada hari Selasa akan dijalankan aktiviti SEMAI, pada hari rabu ialah aktiviti kokurikulum. Aktiviti

kokurikulum diselang - selikan dengan persatuan, unit uniform dan permainan mengikut minggu yang

telah ditetapkan. Seterusnya hari khamis ialah program PELAPIS , di mana murid akan berkumpul di

dataran dan membaca sifir mengikut arahan guru matematik. Saya dapat melihat beberapa orang murid

yang berusaha menghafal sifir tersebut semasa rakan – rakannya menyebut jawapan. Saya dapat lihat

aktiviti sangat membantu murid untuk mengingat sifir dengan mudah. Pada hari Khamis diulang dengan

program SEMAI. Murid akan duduk di koridor kelas dengan membaca sebuah buku yang telah di ambil

dari pusat sumber. Murid membaca bahan – bahan bacaan yang pelbagai.

Pada hari rabu semua guru pelatih memakai baju unit uniform masing – masing. Semasa saya

memakai baju Pandu Puteri, ramai murid menyatakan bahawa sekolah ini tidak mempunyai pandu

puteri. Pada sebelah petang sepatutnya dijalankan aktiviti kokurikulum namun pada saat akhir aktiviti

tersebut dibatalkan. Kami pulang ke IPG Kent pada pukul 12.40 tengah hari.

Pada hari Khamis , kami diminta diminta untuk berkumpul di pusat sumber oleh PK

kokurikulum untuk diberikan maklumat dan pendedahan mengenai kokurikulum. Beliau sangat peramah

dan baik. Kami mengambil banyak bahan untuk dijadikan rujukan dalam portfolio praktikum.

Secara keseluruhannya, saya sangat bersyukur kerana ditempatkan di sekolah yang mempunyai

warga sekolah yang sangat baik dan peramah. Saya berharap semua perancangan yang telah saya

rancang akan berjalan dengan baik dan mendapat praktikum yang cemerlang dengan sokongan padu

dari warga Sekolah Pangkalan Abai.

Disemak oleh guru pembimbing Disahkan oleh pensyarah penyelia

Tandatangan :………………..……… Tandatangan :……………………….

Nama :……………………………………….Nama :………………………………………. Tarikh :………………………………………

Tarikh :………………………………………