jsu baiki

25
PERANCANGAN UJIAN DALAM PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN 1. PENGENALAN : Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mengatakan mereka ingin mengukur atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah, tanpa menghirau maksud khusus yang mendukung istilah-istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Sebenarnya, aktiviti penilaian dalam bidang sains perlakuan dan juga sains kemasyarakatan bermula dengan kajian yang dijalankan oleh Galton dan Binet untuk mengukur kebolehan individu. Bermula dengan kajian tersebut, konsep penilaian telah berkembang sehingga muncul beberapa istilah yang berkaitan seperti pengukuran (measurement), penilaian (evaluation) dan pentaksiran (assessment). Dalam pengukuran, individu didedahkan kepada pembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, pengukuran yang dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian oleh Stanford-Binet, Raven-Matrices, Weschler dan A.C.E.R. Apabila sesuatu penilaian ingin dijalankan, sekurang-kurangnya dua keputusan yang utama perlu diambil. (a) Pertama, berkaitan dengan tujuan penilaian dijalankan. Misalnya, pihak sekolah ingin meningkatkan taraf bacaan murid-murid di sekolah rendah dan selepas membuat penilaian, mendapati taraf bacaan tidak memuaskan, maka (b) Kedua, satu tindakan baru perlu diambil. Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam merancang dan membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat, melapor dan menjalankan tindakan susulan yang perlu seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan. Dalam konteks ini, penilaian akan melibatkan penentuan objektif, mendapatkan maklumat, memproses maklumat, membuat 1

Upload: muhammad

Post on 21-Jul-2015

86 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

PERANCANGAN UJIAN DALAM PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

1. PENGENALAN :

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam

dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Misalnya,

sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mengatakan mereka ingin

mengukur atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah, tanpa menghirau

maksud khusus yang mendukung istilah-istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga

istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai

perbezaan.

Sebenarnya, aktiviti penilaian dalam bidang sains perlakuan dan juga sains

kemasyarakatan bermula dengan kajian yang dijalankan oleh Galton dan Binet untuk

mengukur kebolehan individu. Bermula dengan kajian tersebut, konsep penilaian telah

berkembang sehingga muncul beberapa istilah yang berkaitan seperti pengukuran

(measurement), penilaian (evaluation) dan pentaksiran (assessment). Dalam

pengukuran, individu didedahkan kepada

pembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, pengukuran yang

dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian oleh Stanford-Binet,

Raven-Matrices, Weschler dan A.C.E.R.

Apabila sesuatu penilaian ingin dijalankan, sekurang-kurangnya dua keputusan yang

utama perlu diambil.

(a) Pertama, berkaitan dengan tujuan penilaian dijalankan. Misalnya, pihak sekolah ingin

meningkatkan taraf bacaan murid-murid di sekolah rendah dan selepas membuat

penilaian, mendapati taraf bacaan tidak memuaskan, maka

(b) Kedua, satu tindakan baru perlu diambil.

Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam merancang dan

membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisis

maklumat, melapor dan menjalankan tindakan susulan yang perlu seperti aktiviti

pengukuhan, pengayaan dan pemulihan. Dalam konteks ini, penilaian akan melibatkan

penentuan objektif, mendapatkan maklumat, memproses maklumat, membuat

1

kesimpulan dan membuat keputusan. Apabila proses yang dijalankan itu dibuat secara

sistematik dan saintifik, maka keputusan yang diperoleh menjadi lebih tepat dan

seterusnya tindakan yang diambil adalah benar-benar bersesuaian.

Ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh

pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan aspek

pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995). Ia penting dalam memperlihatkan

kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan. Selain itu ia juga berfungsi

untuk memilih dan menempatkan calon dalam kumpulan pelajar tertentu serta mengenal

pasti kelemahan-kelemahan pelajar.

2. BAHAGIAN 1 – JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

2.1 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

2.1.1 DEFINISI JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

JSU merupakan satu rancangan persediaan item (soalan). Ia juga dikenali sebagai “test

blue print / test specification”. JSU merupakan matrik yang terdiri daripada paksi iaitu

paksi kandungan(menegak) dan paksi aras kemahiran(melintang).

JSU mengandungi maklumat seperti :-

a) Topik pelajaran

b) Aras kemahiran mengikut aras taksonomi pendidikan.

c) Pemberatan/peratus pemberatan pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama

masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran yang perlu diajar.

d) Bentuk ujian (objektif, subjektif, esei, amali, kerja kursus dll)

e) Bilangan item (soalan) yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.

f) Kepayahan atau kesukaran item.

2.1.2 KEPENTINGAN JSU

Mengelakkan sesuatu ujian dibina secara sembarangan.

Menjamin kesahan sesuatu ujian (kandungan)

Menimbulkan rasa kepentingan sesuatu topik dan aras-aras kemahiran.

2

Menentukan keseimbangan antara topic dengan aras-aras kemahiran yang diuji.

Memberi panduan untuk membuat format ujian.

Memberi panduan untuk membentuk soalan.

Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik.

Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.

2.1.3 PRINSIP AM PENYEDIAAN JSU

Penulis perlu menyemak sukatan pelajaran dan objektif pengajaran, supaya

soalan yang dihasilkan menepati sukatan pelajaran dan objektif pengajaran tersebut.

Arahan hendaklah jelas tentang panjang jawapan dan sama ada pelajar

perlu menjawab dalam kertas soalan (mengisi ruang kosong) atau dalam kertas

jawapan.

Soalan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-bunga”,

supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.

Aras kesukaran setiap soalan perlu setara supaya setiap soalan yang diberi

markah yang sama, mempunyai aras kesukaran yang sama juga.

Soalan perlu ditulis supaya pelajar dapat membayangkan satu kerangka

struktur yang akan memandu pelajar untuk menjawab soalan tersebut.

Tentukan terlebih dahulu perkara yang ingin diberi markah dan markahnya

untuk memudahkan penyediaan skema jawapan.

Gunakan lebih banyak soalan berjawapan pendek (1/2 muka surat) daripada

soalan berjawapan panjang (2-3 muka surat), supaya lebih banyak soalan boleh

diberikan.

3

2.2 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) UNTUK UJIAN PERTENGAHAN TAHUN

JADUAL SPESIFIKASI UJIANMata pelajaran: B. MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 4

Bil KandunganAras Kemahiran

Jumlah Wajaran

Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Item %

1Kata ganti nama diri 1           1 2.50

2 Kata adjektif 2  5       2 5.00

3 Kata kerja  10 3, 6       3 7.50

4 Kata sendi nama 4          1 2.50

5 Kata hubung   7       1 2.50

6 Kata bilangan   8         1 2.50

7 Kata seru 12           1 2.50

8 Kata ganda     11,13       2 5.00

9 Kata tanya 14          1 2.50

10 Kata penguat   15         1 2.50

11 Kata arah / tunjuk 16           1 2.50

12

Peribahasa / Simpulan bahasa     17 19     2 5.00

13 Penjodoh bilangan 18         1 2.50

14 Imbuhan     20,21     2 5.00

15 Kosa kata 9           1 2.50

16Perkataan berlawan   23         1 2.50

17 Perkataan seerti   22         1 2.50

18 Pilih jawapan   24         1 2.50

19 Pilih soalan       25     1 2.50

20 Ayat yang betul     26,27     2 5.00

21 Ayat sama maksud    28       1 2.50

22Kata banyak makna     29, 30     2 5.00

23 Petikan – Laporan 32 31, 33   34,35   5 12.50

24Petikan – Syarahan 36 37   38 39 40 5 12.50

  JUMLAH ITEM 9 13 7 9 1 1 40  

  Wajaran % 22.50 32.50 17.50 22.50 2.50 2.50   100

4

2.3 LANGKAH-LANGKAH PEMBINAAN JSU

2.3.1 LANGKAH 1

Dalam pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) ini, kami telah menggunakan jadual

berbentuk 2 dimensi yang terdiri daripada lajur dan baris. Dalam dimensi pertama

mengandungi isi kandungan yang terdiri daripada sukatan pelajaran Bahasa Melayu

Tahun 5. Manakala dalam dimensi kedua pula mengandungi senarai aras kemahiran

pengajaran mengikut Taksonomi Bloom yang terdiri dari aras rendah dan aras tinggi.

Aras rendah terdiri daripada aras pengetahuan dan aras kefahaman. Manakala aras

tinggi terdiri daripada aras aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Kami telah mengambil

keputusan menggunakan semua aras dengan syarat 50% aras rendah dan 50% aras

sederhana & tinggi.

JADUAL SPESIFIKASI UJIANMata pelajaran: B. MELAYU (PEMAHAMAN) Ujian Pertengahan Tahun TAHUN 5

Bil KandunganAras Kemahiran

Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

 

5

2.3.1 LANGKAH 2

Kami telah menyenaraikan tajuk-tajuk dan isi kandungan yang hendak diuji mengikut

sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 (Rujuk lampiran Huraian Sukatan Pelajaran).

Ruangan ini diisi berdasarkan kepentingan kandungan dan mengikut kepentingan kemahiran

dalam pengajaran.

JADUAL SPESIFIKASI UJIANMata pelajaran: B. MELAYU (PEMAHAMAN) Ujian Pertengahan Tahun TAHUN 5

Bil KandunganAras Kemahiran

1 Kata ganti nama diri

2 Kata adjektif

3 Kata kerja

4 Kata sendi nama

5 Kata hubung

6 Kata bilangan

7 Kata seru

8 Kata ganda

9 Kata tanya

10 Kata penguat

11 Kata arah / tunjuk

12

Peribahasa / Simpulan bahasa

13 Penjodoh bilangan

14 Imbuhan

15 Kosa kata

16 Perkataan berlawan

17 Perkataan seerti

18 Pilih jawapan

19 Pilih soalan

20 Ayat yang betul

21 Ayat sama maksud

22 Kata banyak makna

23 Petikan – Laporan

24 Petikan – Syarahan

 

 

2.3.2 LANGKAH 3

6

Seterusnya, di sebelah lajur isi kandungan kami membahagikan ruangan kepada lapan lajur.

Antara itu, enam lajur pertama terdiri daripada aras-aras Taksonomi Bloom. Manakala lajur

ketujuh adalah untuk jumlah item bagi setiap tajuk. Akhir sekali, lajur kelapan digunakan

untuk wajaran dalam bentuk peratusan setelah diambil kira jumlah sub topik bagi setiap

tajuk.

JADUAL SPESIFIKASI UJIANMata pelajaran: B. MELAYU (PEMAHAMAN) Ujian Pertengahan Tahun TAHUN 5

Bil KandunganAras Kemahiran

Jumlah Wajaran

Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Item %

1Kata ganti nama diri

2 Kata adjektif

3 Kata kerja

4 Kata sendi nama

5 Kata hubung

6 Kata bilangan

7 Kata seru

8 Kata ganda

9 Kata tanya

10 Kata penguat

11 Kata arah / tunjuk

12

Peribahasa / Simpulan bahasa

13 Penjodoh bilangan

14 Imbuhan

15 Kosa kata

16Perkataan berlawan

17 Perkataan seerti

18 Pilih jawapan

19 Pilih soalan

20 Ayat yang betul

21 Ayat sama maksud

22Kata banyak makna

23 Petikan – Laporan

24Petikan – Syarahan

 

 

2.3.3 LANGKAH 4

7

Kami telah menetapkan wajaran aras kemahiran yang dipilih dalam pembinaan item iaitu

aras pengetahuan 22.5% (9 item), aras kefahaman 32.50% (13 item), aras aplikasi 17.50%

(7 item), aras analisis 22.50% (9 item), aras sintesis 2.50% (1 item) dan aras penilaian

2.50% (1 item). Bilangan item bagi JSU ini adalah sebanyak 40 item.

Penekanan telah ditumpukan kepada aras rendah dan aras sederhana kerana ujian soalan

objektif dan bahasa lebih ditumpukan kepada jenis aras ini.

JADUAL SPESIFIKASI UJIANMata pelajaran: B. MELAYU (PEMAHAMAN) Ujian Pertengahan Tahun TAHUN 5

Bil KandunganAras Kemahiran

Jumlah Wajaran

Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Item %

1Kata ganti nama diri

2 Kata adjektif

3 Kata kerja

4 Kata sendi nama

5 Kata hubung

6 Kata bilangan

7 Kata seru

8 Kata ganda

9 Kata tanya

10 Kata penguat

11 Kata arah / tunjuk

12

Peribahasa / Simpulan bahasa

13 Penjodoh bilangan

14 Imbuhan

15 Kosa kata

16Perkataan berlawan

17 Perkataan seerti

18 Pilih jawapan

19 Pilih soalan

20 Ayat yang betul

21 Ayat sama maksud

22Kata banyak makna

23 Petikan – Laporan

24Petikan – Syarahan

 JUMLAH ITEM 9 13 7 9 1 1 40  

 Wajaran % 22.50 32.50 17.50 22.50 2.50 2.50   100

2.3.4 LANGKAH 5

8

Setelah mengisi jumlah item ke dalam JSU, seterusnya kami menentukan wajaran bagi

setiap tajuk. Wajaran bagi setiap tajuk ditentukan dengan menggunakan rumus :-

Wajaran bagi tajuk (%) = opikjumlahsubt

btopikbilangansu X 100

Contoh :

Wajaran bagi tajuk Kata kerja = 40

3 X 100 = 7.5 %

Seterusnya kami menentukan jumlah bilangan item bagi setiap tajuk. Jumlah bilangan item

bagi setiap tajuk ditentukan mengikut rumus berikut :

Jumlah bilangan item bagi setiap tajuk = 100

itajukwajaranbag X 40

Contoh :

Jumlah bilangan item bagi tajuk Kata Kerja = 100

5.7 X 40 = 3 item

JADUAL SPESIFIKASI UJIANMata pelajaran: B. MELAYU (PEMAHAMAN) Ujian Pertengahan Tahun TAHUN 5

9

Bil KandunganAras Kemahiran

Jumlah Wajaran

Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Item %

1Kata ganti nama diri 1 2.50

2 Kata adjektif 2 5.00

3 Kata kerja 3 7.50

4 Kata sendi nama 1 2.50

5 Kata hubung 1 2.50

6 Kata bilangan 1 2.50

7 Kata seru 1 2.50

8 Kata ganda 2 5.00

9 Kata tanya 1 2.50

10 Kata penguat 1 2.50

11 Kata arah / tunjuk 1 2.50

12

Peribahasa / Simpulan bahasa 2 5.00

13 Penjodoh bilangan 1 2.50

14 Imbuhan 2 5.00

15 Kosa kata 1 2.50

16Perkataan berlawan 1 2.50

17 Perkataan seerti 1 2.50

18 Pilih jawapan 1 2.50

19 Pilih soalan 1 2.50

20 Ayat yang betul 2 5.00

21 Ayat sama maksud 1 2.50

22Kata banyak makna 2 5.00

23 Petikan – Laporan 5 12.50

24Petikan – Syarahan 5 12.50

 JUMLAH ITEM 9 13 7 9 1 1 40  

 Wajaran % 22.50 32.50 17.50 22.50 2.50 2.50   100

2.3.5 LANGKAH 6

10

Bagi langkah pembinaan JSU ini, kami telah mengisi bilangan item mengikut kandungan

mata pelajaran Bahasa Melayu tahun 5( rujuk JSU lengkap). Daripada JSU yang dibina,

tajuk petikan laporan dan syarahan mempunyai jumlah item terbanyak iaitu 10 item. Yang

lain masing-masing mempunyai item dari 1 hingga 3 sahaja.

JADUAL SPESIFIKASI UJIANMata pelajaran: B. MELAYU (PEMAHAMAN) Ujian Pertengahan Tahun TAHUN 5

Bil KandunganAras Kemahiran

Jumlah Wajaran

Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Item %

1Kata ganti nama diri 1           1 2.50

2 Kata adjektif 1 1        2 5.00

3 Kata kerja 1  2       3 7.50

4 Kata sendi nama 1          1 2.50

5 Kata hubung   1        1 2.50

6 Kata bilangan   1         1 2.50

7 Kata seru 1           1 2.50

8 Kata ganda     2       2 5.00

9 Kata tanya 1          1 2.50

10 Kata penguat   1         1 2.50

11 Kata arah / tunjuk 1           1 2.50

12

Peribahasa / Simpulan bahasa     1 1     2 5.00

13 Penjodoh bilangan 1          1 2.50

14 Imbuhan     2     2 5.00

15 Kosa kata 1           1 2.50

16Perkataan berlawan   1         1 2.50

17 Perkataan seerti   1         1 2.50

18 Pilih jawapan   1         1 2.50

19 Pilih soalan       1     1 2.50

20 Ayat yang betul     2     2 5.00

 JUMLAH ITEM 9 13 7 9 1 1 40  

 Wajaran % 22.50 32.50 17.50 22.50 2.50 2.50   100

2.3.6 LANGKAH 7

Kami menentukan bilangan item yang diperlukan mencukupi untuk mengukur pencapaian

pelajar bagi setiap aras kemahiran dan aras kesukaran. Pengisian bilangan item mengikut

aras kemahiran ini ditentukan berdasarkan bilangan sub topik dalam setiap topik.

11

JADUAL SPESIFIKASI UJIANMata pelajaran: B. MELAYU (PEMAHAMAN) Ujian Pertengahan Tahun TAHUN 5

Bil KandunganAras Kemahiran

Jumlah Wajaran

Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Item %

1Kata ganti nama diri 1           1 2.50

2 Kata adjektif 1 1        2 5.00

3 Kata kerja 1  2       3 7.50

4 Kata sendi nama 1          1 2.50

5 Kata hubung   1        1 2.50

6 Kata bilangan   1         1 2.50

7 Kata seru 1           1 2.50

8 Kata ganda     2       2 5.00

9 Kata tanya 1          1 2.50

10 Kata penguat   1         1 2.50

11 Kata arah / tunjuk 1           1 2.50

12

Peribahasa / Simpulan bahasa     1 1     2 5.00

13 Penjodoh bilangan 1          1 2.50

14 Imbuhan     2     2 5.00

15 Kosa kata 1           1 2.50

16Perkataan berlawan   1         1 2.50

17 Perkataan seerti   1         1 2.50

18 Pilih jawapan   1         1 2.50

19 Pilih soalan       1     1 2.50

20 Ayat yang betul     2     2 5.00

 JUMLAH ITEM 9 13 7 9 1 1 40  

 Wajaran % 22.50 32.50 17.50 22.50 2.50 2.50   100

2.3.7 LANGKAH 8

Bagi setiap item yang dipecahkan mengikut aras kemahiran yang telah ditetapkan, bilangan

item adalah tidak melebihi jumlah item yang ditentukan bagi setiap tajuk.

JADUAL SPESIFIKASI UJIANMata pelajaran: B. MELAYU (PEMAHAMAN) Ujian Pertengahan Tahun TAHUN 5

Bil KandunganAras Kemahiran

Jumlah Wajaran

Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Item %

1Kata ganti nama diri 1           1 2.50

2 Kata adjektif 1 1        2 5.00

12

3 Kata kerja 1  2       3 7.50

4 Kata sendi nama 1          1 2.50

5 Kata hubung   1        1 2.50

6 Kata bilangan   1         1 2.50

7 Kata seru 1           1 2.50

8 Kata ganda     2       2 5.00

9 Kata tanya 1          1 2.50

10 Kata penguat   1         1 2.50

11 Kata arah / tunjuk 1           1 2.50

12

Peribahasa / Simpulan bahasa     1 1     2 5.00

13 Penjodoh bilangan 1          1 2.50

14 Imbuhan     2     2 5.00

15 Kosa kata 1           1 2.50

16Perkataan berlawan   1         1 2.50

17 Perkataan seerti   1         1 2.50

18 Pilih jawapan   1         1 2.50

19 Pilih soalan       1     1 2.50

20 Ayat yang betul     2     2 5.00

 JUMLAH ITEM 9 13 7 9 1  1 40  

 Wajaran % 22.50 32.50 17.50 22.50 2.50 2.50   100

2.3.8 LANGKAH 9

Setelah menentukan bilangan item setiap aras, kami meletakkan nombor item mengikut

soalan. Contohnya, bagi soalan 1 adalah daripada tajuk Kata Ganti Nama Diri aras

Pengetahuan, soalan 2 adalah tajuk Kata Adjektif aras Pengetahuan dan seterusnya.

JADUAL SPESIFIKASI UJIANMatapelajaran: B. MELAYU (PEMAHAMAN) Ujian Pertengahan Tahun TAHUN 5

Bil KandunganAras Kemahiran

Jumlah Wajaran

Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Item %

1Kata ganti nama diri 1           1 2.50

2 Kata adjektif 2  5       2 5.00

3 Kata kerja  10 3, 6       3 7.50

4 Kata sendi nama 4          1 2.50

5 Kata hubung   7       1 2.50

6 Kata bilangan   8         1 2.50

13

7 Kata seru 12           1 2.50

8 Kata ganda     11,13       2 5.00

9 Kata tanya 14          1 2.50

10 Kata penguat   15         1 2.50

11 Kata arah / tunjuk 16           1 2.50

12

Peribahasa / Simpulan bahasa     17 19     2 5.00

13 Penjodoh bilangan 18         1 2.50

14 Imbuhan     20,21     2 5.00

15 Kosa kata 9           1 2.50

16Perkataan berlawan   23         1 2.50

17 Perkataan seerti   22         1 2.50

18 Pilih jawapan   24         1 2.50

19 Pilih soalan       25     1 2.50

20 Ayat yang betul     26,27     2 5.00

 JUMLAH ITEM 9 13 7 9 1 1 40  

 Wajaran % 22.50 32.50 17.50 22.50 2.50 2.50   100

2.3.9 LANGKAH 10

Jadual Spesifikasi Ujian ini lengkap setelah semua ruangan dipenuhi. Akhir sekali kami telah

menyemak semua jenis-jenis item yang telah ditetapkan dan memastikan ianya telah

menepati kehendak soalan objektif kurikulum.

JADUAL SPESIFIKASI UJIANMata pelajaran: B. MELAYU (PEMAHAMAN) Ujian Pertengahan Tahun TAHUN 5

Bil KandunganAras Kemahiran

Jumlah Wajaran

Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Item %

1Kata ganti nama diri 1           1 2.50

2 Kata adjektif 2  5       2 5.00

3 Kata kerja  10 3, 6       3 7.50

4 Kata sendi nama 4          1 2.50

5 Kata hubung   7       1 2.50

6 Kata bilangan   8         1 2.50

7 Kata seru 12           1 2.50

8 Kata ganda     11,13       2 5.00

9 Kata tanya 14          1 2.50

10 Kata penguat   15         1 2.50

11 Kata arah / tunjuk 16           1 2.50

14

12

Peribahasa / Simpulan bahasa     17 19     2 5.00

13 Penjodoh bilangan 18         1 2.50

14 Imbuhan     20,21     2 5.00

15 Kosa kata 9           1 2.50

16Perkataan berlawan   23         1 2.50

17 Perkataan seerti   22         1 2.50

18 Pilih jawapan   24         1 2.50

19 Pilih soalan       25     1 2.50

20 Ayat yang betul     26,27     2 5.00

 JUMLAH ITEM 9 13 7 9 1 1 40  

 Wajaran % 22.50 32.50 17.50 22.50 2.50 2.50   100

3. BAHAGIAN 2 : EMPAT ITEM OBJEKTIF MENGIKUT ARAS KESUKARAN

TAKSONOMI BLOOM

3.1 SOALAN 1 – ARAS PENGETAHUAN

3.1.1 Item nombor 1 daripada Jadual Spesifikasi Ujian merupakan soalan daripada

Kemahiran Mendengar dan kemahiran Bertutur Unit 1

3.1.2 Objektif Hasil Pembelajaran ( Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 )

1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan

menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai.

Aras 2 (i) Menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang

sesuai dalam situasi formal.

3.1.3 Jenis Item : Aneka Pilihan

3.1.4 Soalan : ( Kata Ganti Nama Diri )

Sultan Mahmud sedang bersantap. _________ suka makan ikan dengan kuah Asam.

A. Baginda C. Dia

B. Mereka D. Beliau

3.1.5 Aras Taksonomi Bloom : Aras pengetahuan

15

3.1.6 Ulasan:

Soalan ini adalah soalan aras paling rendah, iaitu aras pengetahuan. Bagi

menyelesaikan masalah melibatkan aras pengetahuan, seseorang pelajar itu

mesti mempunyai kebolehan untuk ingat kembali, mengenal idea, fakta asas,

definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas.

Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah nyatakan, terangkan,

namakan, labelkan. Pelajar mesti mengingati Ganti Nama Diri Ketiga dan tahu

maksud serta penggunaan Ganti Nama Diri khas yang digunakan pada istana

atau raja.

3.2 SOALAN 24 – ARAS KEFAHAMAN

3.2.1 Item nombor 24 daripada Jadual Spesifikasi Ujian merupakan soalan daripada

Kemahiran Membaca Unit 5 & Unit 7.

3.2.2 Objektif Hasil Pembelajaran ( Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 )

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul

dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 2 (ii) : Menjelaskan isi-isi penting yang terdapat dalam teks.

7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.

Aras 1(ii) : Menyatakan andaian yang dibuat secara ringkas.

3.2.3 Jenis item ; Aneka Pilihan

3.2.4 Soalan ( Pilih Jawapan )

Azmi membaling beberapa biji batu yang diberi oleh Raju ke dalam kolam.

A. Azmi membaling batu ke dalam kolam kerana tidak diberikan oleh Raju.

B. Beberapa biji batu yang diberikan oleh Azmi dibaling oleh Raju ke dalam

kolam.

C. Beberapa biji batu yang diberikan oleh Raju dibaling oleh Azmi ke dalam

kolam.

D. Azmi dan Raju membaling batu ke dalam kolam kerana tidak diberi mereka.

16

3.2.5 Aras Taksonomi Bloom : Aras Kefahaman.

3.2.6 Ulasan :

Item ini adalah soalan aras rendah, iaitu aras kefahaman. Bagi menyelesaikan

masalah yang melibatkan aras kefahaman, seseorang pelajar itu mesti

mempunyai kebolehan untuk mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada

bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah,

memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Pelajar harus mengetahui

dan memahami maksud ayat dan isi-isi penting yang tersurat dan tersirat dalam

ayat yang dibaca. Selepas memahami maksud ayat, pelajar baru dapat

menyatakan andaian dan isi-isi penting secara ringkas, jelas dan tersusun.

3.3 SOALAN 20 – ARAS APLIKASI

3.3.1 Item nombor 20 daripada Jadual Spesifikasi Ujian merupakan soalan daripada

Kemahiran Menulis Unit 8.

3.3.2 Objektif Hasil Pembelajaran ( Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 )

8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

Aras 1 (i) : Menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan topik

yang diberikan

3.3.3 Jenis Item : Aneka Pilihan

3.3.4 Soalan ( Imbuhan ) :

Lori itu mengalami ___________ kerana dilanggar oleh sebuah bas dari belakang.

A. merosakkan C. dirosakkan

B. kerosakan D. terosakkan

3.3.5 Aras Taksonomi Bloom : Aras Aplikasi

3.3.6 Ulasan :

17

Item ini adalah soalan aras sederhana, iaitu aras aplikasi. Bagi menyelesaikan

masalah melibatkan aras aplikasi, seseorang pelajar itu mesti mempunyai

kebolehan menggunakan konsep dan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk

menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula atau

bina graf daripada data. Oleh yang demikian, untuk menjawab soalan ini pelajar

harus tahu menghubungkaitkan konsep penggunaan imbuhan dengan situasi ayat

tersebut. Selepas itu, pelajar perlu menggunakan perkataan yang betul

penggunaan imbuhan supaya menjadi ayat majmuk yang betul mengikut topik atau

situasi.

3.4 SOALAN 35 – ARAS ANALISA

3.4.1 Item nombor 35 daripada Jadual Spesifikasi Ujian merupakan soalan daripada

Kemahiran Membaca Unit 4 dan Kemahiran Menulis Unit 9.

3.4.2 Objektif Hasil Pembelajaran ( Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 )

4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman

dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.

Aras 2 (i) : Menjelaskan maklumat daripada pemerhatian untuk memberi

teguran yang positif

9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar

dan dibaca.

Aras 1 (i) : Memilih dan menulis idea yang terdapat dalam petikan yang dibaca

atau didengar.

3.4.3 Jenis Item : Aneka Pilihan

3.4.4 Soalan ( Petikan – Laporan ) :

Semua berikut adalah punca kemerosotan permainan bola sepak sekolah

tersebut, kecuali

A. masih memakai jersi lama yang kurang menarik

18

B. kurang semangat kesukanan dalam permainan

C. tiada persediaan sebelum perlawanan

D. para pemain tiada persefahaman

3.4.5 Aras Taksonomi Bloom : Aras Analisis

3.4.6 Ulasan :

Item ini adalah soalan aras sederhana, iaitu aras analisis. Bagi menyelesaikan

masalah melibatkan aras analisis, seseorang pelajar itu mesti mempunyai

kebolehan untuk memecahkan sesuatu yang kompleks kepada bentuk yang lebih

ringkas, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian,

kenali struktur organisasi. Oleh yang demikian, untuk menjawab item ini pelajar

harus dapat mengenal pasti dan menjelaskan maklumat serta menyenaraikan

idea-idea yang terdapat dalam petikan untuk dianalisis.

4. BAHAGIAN 3 : BINA SATU SOALAN ESEI

4.1 OBJEKTIF HASIL PEMBELAJARAN :

4.1.1 Pelajar dapat menerangkan sesuatu karya sastera secara bertatasusila dan

bernilai murni

4.1.2 Pelajar dapat memberikan dan memahami sesuatu pesanan tentang sesuatu

sastera dengan betul dan bersopan

4.1.3 Pelajar dapat menerangkan maksud kandungan teks sastera yang tersurat dan

tersirat dengan menggunakan kata, ungkapan dan ayat yang sesuai.

4.1.4 Pelajar dapat menyampaikan maklumat sesuatu topik dengan menggunakan

kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.

4.1.5 Pelajar dapat mengemukakan sesuatu idea, pandangan dan pendapat tentang

sesuatu perkara secara terperinci, tepat dan tersusun.

4.1.6 Pelajar dapat mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks

sastera.

4.1.7 Pelajar dapat mengimlak ( mengambil rencana ), membuat ulasan, menyusun

maklumat dan membuat ulasan secara kohesi tentang mesej dan nilai murni

yang terdapat dalam teks sastera.

4.2 Definisi Soalan Esei :

19

Item esei bermaksud item yang mempunyai jawapan terbuka, iaitu yang tidak

spesifik seperti jawapan kepada item objektif. Item ini membenarkan subjektiviti

dalam jawapan yang diberikan.

4.3 Mengapa soalan esei lebih sesuai digunakan untuk mengukur hasil

pembelajaran :

4.3.1 Item ini digunakan untuk pelajar mempamerkan kedalaman pengetahuan

yang dimiliki. Justeru, item ini sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang

lebih tinggi, seperti mengukur penguasaan menganalisis, mensintesis,

membuat pertimbangan, menilai dan membuat keputusan, yang memerlukan

kemahiran berfikir.

4.3.2 Item esei juga memberi kebebasan kepada pelajar dari segi gaya

persembahan jawapan dan juga panjang atau pendek jawapan tersebut.

4.3.3 Ia memberi peluang kepada pelajar melakukan gerak balas dalam tulisan

dengan menggunakan perkataan sendiri. Gerak balas memerlukan jawapan

yang meluas dan bebas dari segi mengenal fakta, menilai fakta, mengatur

idea dan menggembleng idea-idea.

4.3.4 Soalan esei merupakan satu soalan (item) yang mengkehendaki para pelajar

menulis jawapannya dan bukan memilih jawapan daripada beberapa alternatif

yang diberikan.

4.3.5 Penekanan tugasan dalam soalan esei terletak di atas kebolehan pemeriksa

untuk menentukan kualiti setiap jawapan yang diberikan oleh pelajar.

4.3.6 Soalan esei memberikan kebebasan yang luas kepada para pelajar untuk

mengemukakan jawapan.

4.3.7 Para guru dapat menaksirkan kebolehan pelajar mengeluarkan pengetahuan

dari pelbagai aspek kepada sesuatu yang lebih bererti.

4.3.8 Keadaan ini memberikan pelajar berfikir dan menyediakan satu bentuk

persembahan yang datangnya dari buah fikiran sendiri dan tidak hanya

memilih dari alternatif yang disediakan.

4.3.9 Menguji kemahiran KBKK pelajar.

4.3.10 Para pelajar juga turut diuji kemahiran mengolah maklumat dengan cara

menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil dan spesifik.

20

4.3.11 Soalan esei dapat memberi ruang kepada pelajar untuk menyenarai dan

menghuraikan secara lengkap jawapan berserta contoh-contoh yang

dirasakan sesuai.

4.3.12 Ia perlu menggunakan kemahiran menulis dalam gaya tersendiri yang

difikirkan sesuai dengan kehendak soalan.

4.3.13 Kebolehpercayaan pemarkahan item jenis ini adalah rendah. Walaupun item

berjawapan terbuka ini sukar dijawab dan juga diperiksa, ia mempunyai

kekuatan tersendiri, iaitu dapat menggalakkan pelajar:

a) menerokai pelbagai cara atau pendekatan untuk menyelesaikan sesuatu

masalah;

b) membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau

maklumat;

c) mempamerkan sesuatu idea yang asli mereka;

d) menggabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat; dan

e) mengenal pasti, memilih, menyusun dan mempersembahkan sesuatu perkara atau idea dalam bentuk komunikasi bertulis.

4.4 SKEMA PEMARKAHAN ;

4.4.1 Soalan : ( Bahagian C : 20% )

Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di

bawah.

Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan.

Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Rosnah menunggang basikalnya dengan berhati-hati menuju ke Pasar Mini

Ravi. Ketika itu, jalan raya agak sibuk. Setibanya di pasar mini itu, dia segera

membeli barang-barang yang disuruh oleh ibunya. Kemudian, dia beratur untuk

membayar harga barang-barang itu. Setelah menerima wang baki daripada

juruwang itu, dia pun mengira dengan teliti jumlah wang bakinya. Rosnah

mendapati wang baki itu telah terlebih. Dia pun memulangkan wang baki yang

lebih itu kepada juruwang yang bertugas. Juruwang itu mengucapkan terima

kasih kepada Rosnah. Selepas itu, Rosnah terus pulang ke rumah tanpa

singgah di mana-mana. Setibanya di rumah, dia memberikan barang-barang

yang dibelinya serta wang baki itu kepada ibunya.

21

4.4.2 Jawapan ( Isi-isi utama ) :

Nilai-nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan adalah :

i. Kita mestilah berhati-hati di jalan raya demi keselamatan kita.

ii. Kita perlu beratur ketika membayar harga barang-barang yang dibeli

iii. Kita hendaklah mengira dengan teliti jumlah baki wang yang diberi oleh

juruwang

iv. Jika wang baki itu berlebihan, kita mestilah bersikap jujur dengan

memulangkan wang berlebihan kepada juruwang.

v. Kita haruslah segera pulang ke rumah setelah melakukan sesuatu tugas

supaya tidak membazir masa.

vi. Kita hendaklah segera menyerahkan barang dan wang baki kepada

orang yang menyuruh kita.

- Setiap nilai murni yang ditulis mendapat 2 markah, setiap ayat huraian yang

jelas akan diberi 3 markah.

- Sekurang-kurang mengandungi 4 nilai murni ( 4 X 5 markah = 20 markah )

4.4.3 Kriteria Penskoran Yang Dicadangkan

PenskoranJumlah markah

yang boleh dipertimbangkan

Kriteria yang terdapat pada ayat-ayat yang dibentuk

Cemerlang 17 – 20

markah

i. Menulis ulasan menggunakan ayat-ayat yang gramatis.

ii. Ulasan yang ditulis menepati bahan sastera dan

nilai murni yang diberikan

iii. Menggunakan pelbagai jenis kosa kata dan ayat

iv. Menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul dan

tepat.Baik 11- 16

Markah

i. Membuat ulasan yang baik dan jelas berpandukan

bahan sastera.

ii. Ulasan yang dibuat masih menepati bahan sastera

dan nilai murni yang diberi

iii. Kosa kata dan jenis ayat yang digunakan pada

tahap sederhana sahaja

iv. Terdapat kesalahan kecil dalam pembinaan

struktur ayat, ejaan, dan tanda baca namun tidak

menjejaskan ulasan.Memuaskan 4 – 10 i. Hanya menulis ulasan dalam bentuk ayat yang mudah.

22

Markah ii. Ulasan masih menepati kehendak bahan sastera

dan nilai murni

iii. Terdapat beberapa kesalahan dalam struktur ayat

tetapi masih tidak menjejaskan maksud ulasan

iv. Terdapat banyak kesilapan dalam ejaan dan tanda baca.Pencapaian

Tahap

Minimum

1 – 5

Markah

i. Ulasan yang dibuat tidak menepati bahan sastera

dan nilai murni.

ii. Ulasan yang tidak tepat dan pemilihan nilai murni

yang tidak betul

iii. Penggunaan perkataan dan kosa kata yang terhad

dan tidak tepat

iv. Struktur ayat yang tidak betul

v. Banyak kesilapan dalam ejaan dan tanda baca.

5. RUMUSAN

Dalam menyediakan ujian yang baik dan berkesan, guru merupakan penggerak utama.

Hal ini demikian kerana guru yang lebih arif tentang bidang yang telah diliputi sepanjang

pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ujian yang dilaksanakan oleh guru dapat

memberikan tentang kesan pembelajaran untuk tempoh yang pendek mahupun jangka

waktu yang lebih panjang.

Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui satu proses membuat

pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian

akademik pelajar di mana ia agaknya rumit dan susah, begitu juga dalam membina item

tersebut. Dengan adanya Jadual Spesifikasi Ujian(JSU), ia sudah pasti sedikit sebanyak

akan membantu kita untuk memilih jenis item yang diperlukan atau jenis soalan yang

bersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar kita.

Dalam pembinaan soalan mengikut aras, guru perlu memahami dan mengetahui aras

kemahiran yang terdapat dalam Taksonomi Bloom. Ia dapat memudahkan guru dalam

membina dan menganalisis soalan dari aras rendah ke aras tinggi. Bagi soalan objektif

kebanyakannya menggunakan aras yang rendah dan sederhana, manakala soalan esei

lebih kepada aras tinggi seperti sintesis dan penilaian.

23

Pembinaan Jadual spesifikasi Ujian penting kepada guru supaya dapat menstabilkan

taraf, mutu dan aras kesukaran sesuatu ujian dari semasa ke semasa walaupun ianya

dibina oleh orang yang berlainan. Ia juga boleh digunakan untuk menentukan kesahan

dan kebolehpercayaan ujian dari segi kandungan. Melalui aktiviti penilaian, guru dapat

memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh agar selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

6. BIBLIOGRAFI

Fatimah Busu(2003), Memupuk Bakat & Minat Penulisan Kreatif: Teori & Proses, PTS Publication & Distribution Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin. (1988). Pedagogi Bahasa: Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah http://nurulsimaothman-bmm.blogspot.com/2009_02_01_archive.html

Kubiszyn, T. & Borich, G. (1996). Educational Testing and Measurement: Classroom Application and Practice, (5thEd). New York: HarperCollins.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2004). Pembinaan Skema. Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Mohammad Hafizi Zaini (2006) .Jadual Spesifikasi Ujian . http://mohammadhafizizaini-

bmm.blogspot.com/

Mohamad Sahari Nordin. (2002). Pengujian dan Penaksiran di Bilik kuliah dan makmal. Gombak: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Mohd. Najib Abdul Ghafar. (1997). Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik kuliah dan makmal. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian di Bilik kuliah dan makmal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

24

Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan Penilaian. Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

http://www.ppdhl.net/v2/images/fbfiles/files/pengujian_pengukuran_penilaian.pdf.

7. LAMPIRAN

Huraian Sukatan Pelajaran KBSR SJK Tahun 5 : Bahasa Melayu

25