journal minat pelajar terhadap matematik

Upload: muniswari-nyanassegren

Post on 05-Oct-2015

32 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk melihat sejauh mana minat pelajar terhadapa mata pelajaran Matematik dan juga perbezaan jantina pelajar terhadap pencapaian Matematik.

TRANSCRIPT

2

BAB 1PENGENALAN

1.1PendahuluanMatematik merupakan satu bidang ilmu pengetahuan yang amat penting dan berguna dalam dunia kita hari ini. Ia tidak terasing dari kehidupan seharian. Mata pelajaran Matematik dapat menyumbang kea rah pencapaian hasrat negara.Pengetahuan Matematik amat diperlukan oleh negara kea rah melahirkan warga yang boleh membangunkan negara di masa hadapan. Negara kita memerlukan pakar-pakar dalam pelbagai bidang seperti saintis, perubatan, kejuruteraan melalui satu sistem pendidikan yang mantap. Perkara ini sudah pastinya melibatkan mata pelajaran Matematik dan juga mata pelajaran yang lain. Keperluan inilah yang mengakibatkan ilmu Matematik semakin berkembang dan semakin mendapat perhatian umum. Matematik membekalkan murid-murid dengan ilmu pengetahuan Matematik untuk memperkembangkan kemahiran, penyelesaian masalah, komunikasi dan pemikiran mantik serta bersistem. Walaupun ilmu Matematik semakin mendapat perhatian, namun masih ramai lagi murid yang tidak berminat terhadap mata pelajaran tersebut. Ini akan memberikan kesan buruk kepada negara kita. Ianya boleh diumpamakan sebagai virus yang boleh merosakkan perkembangan negara di masa hadapan.

1.2Pernyataan MasalahMata pelajaran Matematik merupakan mata pelajaran teras baik di sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Mempelajari matematik adalah penting kerana dalam kehidupan seharian kita tidak boleh mengelak daripada aplikasi matematik contohnya semasa membeli-belah, pembinaan bangunan, membuat pengukuran, membuat perbandingan dan sebagainya. Sejak kebelakangan ini, sering didengari bahawa terdapatnya kemerosotan mata pelajaran matematik di kalangan pelajar kita.Kemerosotan ini sering dikaitkan dengan sikap mereka seperti tidak berminat untuk mempelajari mata pelajaran matematik. Pelajar lelaki bersikap sambil lewa dalam memahami objektif pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Berbeza dengan pelajar perempuan yang lebih fokus semasa guru sedang mengajar di hadapan.Perkara ini perlu dilihat secara serius dan satu kajian tentang permasalahan ini haruslah dijalankan untuk mengenalpasti indikator-indikator masalah yang berkaitan agar langkah penyelesaian dapat diambil.

1.3Tujuan KajianSecara amnya, tujuan kajian ini dibuat adalah untuk melihat sejauh mana minat pelajar terhadapa mata pelajaran Matematik dan juga perbezaan jantina pelajar terhadap pencapaian Matematik. Kajian yang akan dibuat adalah ke atas dua kategori pelajar iaitu pelajar yang baik dan yang kurang baik pencapaian Matematiknya. Tujuannya adalah untuk mengetahui hubungan diantara pembolehubah dengan minat mereka terhadap pencapaian Matematik.

1.4Objektif KajianObjektif kajian ini adalah untuk :1.4.1Untuk mengetahui sejauh mana faktor minat dan jantina pelajar dapat mempengaruhi pencapaian mata pelajaran Matematik mereka.1.4.2Untuk mengkaji sama ada faktor minat dan jantina mempunyai hubungan yang signifikan di antara satu sama lain atau sebaliknya.

1.5Persoalan KajianPersoalan kajian berikut telah dikenalpasti sebagai faktor utama kajian :1.5.1Adakah wujud hubungan yang signifikan di antara minat terhadap mata pelajaran Matematik dengan pencapaian mata pelajaran Matematik pelajar ?1.5.2Adakah wujud hubungan yang signifikan di antara minat terhadap mata pelajaran Matematik dengan jantina pelajar ?1.5.3Adakah wujud hubungan yang signifikan di antara faktor jantina dengan pencapaian pelajar ?

1.6Hipotesis Kajian Berikut adalah hipotesis yang akan dikaji :Bagi soalan kajian 1.6.1 :H: Terdapat perbezaan minat terhadap mata pelajaran Matematik di antara pelajar pencapaian baik dengan pelajar kurang baik dalam mata pelajaran Matematik.Bagi soalan kajian 1.6.2 :H: Terdapat perbezaan minat terhadapa mata pelajaran Matematik di antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.Bagi soalan kajian 1.6.3 :H: Terdapat hubungan di antara faktor jantina dengan pencapaian pelajar.

1.7Definisi Istilah1.7.1MinatMinat selalunya dirujuk sebagai kecenderungan seseorang untuk mendekati sesuatu objek atau keinginannya untuk melihat diri kepada objek berkenaan. Super (1957, dalam Muskamal Mohemad Jonan, 1991) telah membahagikan minat kepada 4 jenis;

1.Kecenderungan atau hobi2.Minat yang dinyatakan dalam bentuk tindak balas melalui penglibatan di dalam aktiviti.3.Minat yang berasaskan kepada tindak balas terhadap skop soal selidik yang berhubung dengan aktiviti.4.Minat yang diuji.

Minat juga dikatakan sebagai kecenderungan atau tarikan terhadap sesuatu perkara atau objek. Minat akan wujud apabila individu sedar tentang kecenderungan terhadap objek itu (Rohani Nasir, 1984, m.s.12). Menurut Liong Kon Thai (1997) dalam latihan ilmiahnya, beliau menyatakan bahawa minat adalah salah satu dimensi sikap dan sikap pula adalah lebih bersifat kearah yang kita boleh nampak melalui tingkah laku individu. Manakala minat pula dikatakan sebagai perasaan keseronokkan semasa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti dan berkecederungan untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang diberi. Menurut Crow & Crow ( tahun tidak dinyatakan, dalam Abdul Halim, 1998) minat boleh dianggap sebagai daya pengerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, sesuatu benda, kegiatan atau ia merupakan pengalaman yang berpengaruh yang telah dirangsang oleh kegiatan itu sendiri. Minat boleh menjadi punca kepada sesuatu kegiatan dan hasil dari penyertaan dalam kegiatan tersebut. Minat di dalam kajian ini adalah merujuk sebagai kecenderungan murid-murid untuk memberi tumpuan kepada mata pelajaran Matematik.

1.7.2PencapaianPencapaian seseorang dikaitkan dengan keputusan peperiksaan sekolah yang mana kemudiannya di kira sebagai prestasi pelajar. Kerlinger (1973, dalam Muskamal Mohemad Jonan, 1991, m.s.9) menyatakan bahawa pencapaian akademik secara operationalnya merujuk kepada skor-skor atau gred-gred yang dicapai oleh murid-murid di dalam sesuatu ujian atau peperiksaan. Ia juga boleh dinyatakan berdasarkan penilaian guru terhadap prestasi pelajar di dalam kelas dalam bidang pendidikan formal. Pencapaian juga adalah merupakan tingkat kecekapan yang dicapai dalam akademik. Pencapaian boleh juga dirujuk sebagai prestasi akademik seseorang pelajar sekolah dan ia diperolehi bukan hanya berasaskan kepada kecerdasan tetapi juga bergantung kepada usaha-usaha keupayaan dan teknik mengulang kaji pelajaran. Allinson (dalam Abdul Halim Kamaruddin, 1998) menyatakan orientasi pencapaian seseorang individu adalah hasil daripada dua kecenderungan yang bertentangan untuk mendapatkan kejayaan dan kecenderungan untuk mengelakkan kegagalan.

BAB 2TINJAUAN LITERATUR

2.1PengenalanDalam bahagian ini, adalah menerangkan tentang kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji sebelum ini. Banyak kajian dan penulisan berhubung dengan minat, jantina dan pencapaian murid dalam pembelajaran telah lama dibuat. Kebanyakkan kajian telah melangkau puluhan tahun. Kebelakangan ini tidak ramai penyelidik yang gemar membuat kajian tentang perkara ini. Oleh itu, diharapkan dengan hasil kajian saya ini akan menyumbangkan salah satu kajian terbaru tentang perkara ini. Kajian-kajian berkenaan adalah melibatkan hubungan ketiga-tiga pemboleh ubah tersebut.2.2Hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah2.2.1Hubungan antara minat terhadap matematik dengan pencapaiandalam matematikAiken (1976, dalam Muskamal Mohemad Jonan, 1991, m.s.15) telah mendapati hubungan di antara minat terhadap matematik dengan pencapaian untuk pelajar rendah, menengah dan kolej, mempunyai kolerasi yang positif. Keputusan mengesahkan minat positif adalah penting untuk menjadi cekap dalam matematik. Perkara ini juga telah dibuktikan oleh Boswell dan Katz (1980, dalam Gooi Ai Wei, 2000, m.s. 9) di mana hasil kajian mereka telah menunjukkan bahawa perbezaan dalam pencapaian matematik di antara lelaki dan perempuan bukan disebabkan oleh kebolehan mereka, sebaliknya dipengaruhi oleh minat. Ini bermakna hubungan antara minat dengan pencapaian adalah wujud.

Selain itu Hussin Abdullah (1988, dalam Rokiah Palil, 1990, m.s. 50) juga mempunyai pendapat yang sama. Beliau menyatakan selain dari faktor lain seperti pelajaran jasmani, tingkahlaku dan tanggungjawab di luar sekolah, minat juga boleh mempengaruhi pencapaian murid dalam pelajaran matematik.Tang Ching Tong (1992) menjalankan satu kajian yang bertujuanuntuk melihat sejauh mana hubungan minat terhadap pencapaian dalammatematik. Beliau menggunakan 80 orang pelajar tingkatan 4. Hasil yang diperolehi pelajar jurusan sains lebih berminat terhadap matematik berbanding pelajar jurusan sastera. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar yang minat terhadap matematik akan memperolehi pencapaian yang tinggi. Beliau juga menyatakan, minat adalah salah satu faktor yang mempengaruhi pencapaian kerana terdapat hubungan positif antara minat terhadap matematik moden dengan pencapaian dalam matematik.

Begitu juga dengan Gooi Ai Wei (2000) di mana beliau mendapati hasil daripada kajiannya ialah bahawa pelajar yang mempunyai minat yang lebih positif terhadap matematik mempunyai pencapaian yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang mempunyai minat yang negatif.

Minat juga boleh menentukan kecemerlangan atau kemunduran seseorang pelajar di dalam matematik (Minat tentukan", 2002, m.s. 1). Akibat tidak berminat terhadap matematik, sudah tentulah murid tersebut tidak akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap pengajaran gurudi dalam kelas. Mereka juga tidak akan menyiapkan kerja atau latihan yang diberi oleh guru untuk disiapkan sama ada di dalam kelas mahu pun di rumah dan sebagainya.

Jadual 2.1Hubungan antara minat dengan pencapaianTerdapat HubunganTiada Hubungan

Aiken (1976)X

Boswell dan Kaltz (1980)X

Gooi Ai Wei (2000)X

Hussin Abdullah (1988)X

Muskamal Mohamed Jonan (1991)X

Tang Ching Tong (1992)X

2.2.2 Hubungan antara minat dengan jantina(Keeves, 1973; Hilton dan Berglund, 1974) (dalam Muskamal Mohemad Jonan, 1991) menyatakan bahawa kaum perempuan kurang berminat terhadap matematik berbanding lelaki. Ini telah dibuktikan oleh (Gooi Ai Wei, 2000, m.s. 14; Muskamal Mohemad Jonan,1992, m.s. 16) di mana hasil kajian yang dibuat nilai yang diperolehi menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan dengan min. Ini bermakna terdapat pembezaan minat terhadap matematik dikalangan pelajar lelaki dengan perempuan.

Menurut Haron Khsim dan Zainal Abidin Daud (1988, dalam Rokiah Palil, 1990, m.s.51), didapati keputusan hasil kajian masing-masing adalah sama. Mereka mendapati murid lelaki yang berminat dengan matematik adalah 40%, manakala murid perempuan pula adalah 60%. Ini juga menunjukkan bahawa wujudnya hubungan antara minat dengan jantina.

Begitu juga dengan Hillary dan Schofield (tahun tidak dinyatakan, dalam Samsudin Husin, 2000, m.s.18) di mana hasil kajian menunjukkan bahawa hubungan di antara minat dan pencapaian lebih signifikan bagi pelajar lelaki jika dibandingkan dengan pelajar perempuan. Beliau juga mendapati bahawa hubungan di antara minat dan pencapaian lebih signifikan di akhir tahun jika dibandingkan dengan awal tahun. Ini mungkin kerana pelajar sedar akan pentingnya peperiksaan yang akan mereka hadapi terhadap kehidupan.Jadual 2.2Hubungan antara minat dan jantinaTerdapat HubunganTiada Hubungan

Gooi Ai Wei (2000)X

Haron Khasim dan Zainal Abidin Daud (1988)X

Hillary dan Schofield (tidak dinyatakan)X

Hilton dan Berglund (1974)X

Keeves (1973)X

Muskamal Mohamed Jonan (1992)X

2.2.3 Hubungan antara jantina dengan pencapaian mata pelajaran Matematik pelajarKajian-kajian yang menghubungkaitkan faktor jantina dengan prestasi murid di dalam matematik telah banyak dijalankan. Cohn (1979, dalam Tang Ching Tong, 1992, m.s.14) telah menunjukkan bahawa hasil kajian mereka terdapat perbezaan antara pencapaian dengan jantina dalam matematik di kalangan murid-murid yang cerdas. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa, bukan sahaja faktor jantina yang mempengaruhi pencapaian dan minat terhadap matematik tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor sosial-budaya (Beckmann dan Stephen, 1982, dalam Muskamal Mohemad Jonan, 1991,m.s. 18).

Hasil kajian Benbow dan Stanley (1980, dalam Gooi Ai Wei, 2000, m.s.13) yang mengambil masa selama 8 tahun, terhadap murid cerdas yang terpilih. Keputusan dari kajian mereka juga sama iaitu murid lelaki yang terbaik menunjukkan pencapaian yang lebih baik daripada murid perempuan yang terbaik.Satu kajian telah dijalankan oleh Yaziz Salim (1987, dalam Rokiah Palil, 1990, m.s.50) di mana beliau menyatakan bahawa pencapaian muridmurid perempuan dalam matematik Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) melebihi pencapaian murid-murid lelaki. Bagaimanapun dalam matematik Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) kebolehan murid-murid lelaki melebihi murid-murid perempuan dalam semua bidang kecuali operasi. Ini menunjukkan bahawa faktor jantina mempengaruhi pencapaian matematik murid. Namun begitu terdapat juga kajian yang mengatakan bahawa jantina tidak memberikan apa-apa pengaruh atau kesan ke atas pencapaian matematik murid.

Foo Siet Chooi (1988) mendapati hasil kajiannya menunjukkan bahawa, tidak ada pengaruh yang jelas di antara jantina dengan pencapaian pelajar terhadap matematik. Beliau mendapati keputusan Anova menunjukkan bahawa pencapaian matematik mengikut jantina dan tahap penguasaan konsep asas matematik murid perempuan lebih baik jika dibandingkan dengan murid lelaki. Walau bagaimanapun hasil dari keputusan ujian statistik pula, beliau mendapati tidak ada perbezaan yang signifikan di antara jantina dengan pencapaian matematik bagi kedua-dua buah sekolah yang di kaji. Dengan ini didapati faktor jantina tidak mempengaruhi pencapaian dalam matematik. Perkara ini juga telah dibuktikan oleh kajian (Low Yoke Ken, 1989, Gooi Ai Wei, 2000) yang turut menyatakan perkara yang sama iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara lelaki dan perempuan dalam pencapaian matematik.

Jadual 2.3 Hubungan di antara faktor jantina dengan pencapaian mata pelajaran Matematik

Terdapat HubunganTiada Hubungan

Benbow dan Stanley (1978)X

Cohn (1979)X

Foo Siet Chooi (1988)X

Gooi Ai Wei (2000)X

Loo Yoke Ken (1987)X

Yaziz Salim (1987)X

BAB 3METODOLOGI KAJIAN3.1PendahuluanSatu kajian adalah merupakan persiapan yang rapi untuk mengumpul maklumat. Ia menerangkan proses dan prosedur yang digunakan untuk mendapatkan maklumat pelajar.

3.2Reka Bentuk KajianKajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik serta hubungan dengan pencapaian. Satu set soalan soal selidik disediakan untuk di jawab oleh murid-murid Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin, Kajang. Dalam kajian ini seramai 40 orang murid Tahun Lima akan di pilih secara rawak berdasarkan rekod profil murid yang diperolehi dari guru kelas mereka. Soal selidik diedar kepada responden untuk mendapatkan maklum balas tentang minat, jantina dan pencapaian mereka.

Saya berpendapat adalah sukar untuk mendapat data melalui kaedah yang lain berdasarkan kekangan masa dan persekitaran yang akan dihadapi oleh penyelidik. Responden yang terdiri dari kalangan murid Tahun Lima ini diharapkan dapat memberikan data yang sesuai untuk digunakan dalam kajian ini.

3.3Lokasi Kajian

Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah di daerah Kajang, Selangor Darul Ehsan. Sekolah ini di kategorikan sebagai sekolah yang terletak di kawasan luar bandar dan jaraknya lebih kurang 10 km dari pecan Kajang iaitu pusat bandar bagi daerah Kajang.

3.4Persampelan

Seramai lebih kurang 820 orang murid di sekolah ini iaitu dari Tahun Satu hingga Tahun Enam. Memandangkan bilangan murid yang agak ramai dan kawasan sekolah yang tidak begitu besar, sekolah ini mengendalikan persekolahan pada sesi pagi dan sesi petang. Kesemua murid di sekolah ini datangnya dari kawasan perumahan Taman Jasmin dan Taman Kajang Prima yang terletak sekitar 2 km dari kawasan sekolah dan terdiri dari semua pelajar Melayu. Rata-rata ibu bapa mereka adalah terdiri dari pekerja kerajaan. Keputusan mata pelajaran Matematik di dalam peperiksaan Penggal Pertama akan dijadikan asas untuk pemilihan murid di dalam kajian ini.

Berdasarkan keputusan tersebut murid-murid dibezakan kepada dua kategori iaitu murid-murid yang rendah dan tinggi pencapaiannya di dalam matematik. Pencapaian gagal merujuk kepada skor yang kurang dari 50% sementara pencapaian lulus pula merujuk kepada skor yang sama dan lebih dari 50%. Dari 65 orang murid Tahun Lima, 40 orang sahaja yang terlibat berdasarkan kepada jantina dan pencapaian mereka. Seramai 10 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan dipilih untuk setiap kategori iaitu pencapaian lulus dan kategori pencapaian gagal. Pemilihan murid mengikut kategori ini dibuat secara rawak berdasar.

Jadual 3.1Menunjukkan taburan responden mengikut jantinaJantinaKekerapanPeratus (%)

Lelaki2050

Perempuan2050

Jumlah40100

Rajah 3.1Taburan responden

Jadual 3.2Menunjukkan taburan jantina dan pencapaian tinggi dan rendah respondenPencapaianLelakiPerempuanJumlah

Lulus101020

Gagal101020

Jumlah202040

Jadual 3.3Menunjukkan taburan pelajar mengikut pencapaian awalPencapaian AwalKekerapanJumlah

LelakiPerempuan

Lulus101020

Gagal101020

Jumlah202040

3.5Instrumen Kajian

Soal selidik yang menumpukan kepada minat murid terhadap matapelajaran matematik. Soal selidik ini terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.

Bahagian A terdiri daripada 2 item iaitu pencapaian matematik dalam penggal pertama dan jantina. Manakala bahagian B pula terdiri daripada soalansoalan tentang minat murid terhadap pelajaran matematik. Sebanyak 30 soalan tentang minat terhadap pelajaran matematik yang berbentuk skala likert akan digunakan dalam kajian ini. Skala ini digunakan kerana ia senang difahami oleh murid dan sesuai digunakan oleh semua pengkaji dalam membuat analisis.

Jawapan responden adalah jawapan pilihan nilai berdasarkan kepada sangat tidak setuju (1), tidak setuju (2), setuju (3), dan sangat setuju (4). Murid hanya perlu bulatkan pada jawapan yang dirasakan munasabah.

3.6Tatacara Pengumpulan Data

Sebelum kajian dijalankan di sekolah, saya terlebih dahulu akan mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar sekolah berkenaan untuk menjalankan kajian. Penerangan diberikan kepada Guru Besar tentang tujuan kajian ini di buat.

Selepas memberi penerangan dan penjelasan, saya meminta kerja sama dari pihak sekolah untuk membantu menjayakan kajian ini. Dengan berpandukan keputusan matapelajaran Matematik dalam Peperiksaan Penggal Pertama, maka saya mengkategorikan responden kepada dua peringkat pencapaian mereka. Selepas pemilihan dibuat, saya memberikan penerangan kepada responden yang terpilih tentang kajian dan cara bagaimana borang soal selidik perlu dilengkapkan. Saya akan memberi penjelasan bagi setiap soalan soal selidik, supaya responden lebih memahami apa yang dikehendaki oleh soalan. Set soal selidik akan dikumpulkan setelah murid selesai menjawabnya tanpa menghadkan masa.

3.7Kaedah Kajian

Data yang diperolehi akan dianalisa dengan melihat hubungan antara pembolehubah. Proses menganalisa melibatkan dua jenis analisis iaitu analisis deskriptif dan analisis inferensi. Analisa deskriptif digunakan untuk memerihalkan maklumat tentang profil responden seperti jantina dan pencapaian awal pelajar. Ia juga digunakan untuk menghuraikan minat murid terhadap pembelajaran matematik. Statistik yang akan digunakan adalah kekerapan, peratus, min dan sisishan piawai.

Analisis inferensi pula digunakan untuk menguji hipotesis nul. Analisis inferensi yang digunakan ialah ujian t. Ia digunakan bagi menguji pembezaan min dua kumpulan dan menentukan sama ada pembezaan itu berlaku atau sebaliknya. Bagi ujian ini aras signifikan ditetapkan pada tahap a = 0.05.