jerkah setinggan 72 - copy

12
Jerkah Setinggan 72 ( A. SAMAD SAID ) Oleh : Nor Asyiqin bte Samadi

Upload: nor-asyiqin-samadi

Post on 02-Jul-2015

173 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

mungkin ada kekurangan , tambah sendiri ye , huhu :)

TRANSCRIPT

Page 1: Jerkah Setinggan 72 - Copy

Jerkah Setinggan 72

( A. SAMAD SAID )

Oleh :Nor Asyiqin bte

Samadi

Page 2: Jerkah Setinggan 72 - Copy

MAKSUD RANGKAP• Rangkap 1 :

– Penyajak menyatakan kesediaannya untuk bangkit daripada kesusahan. Penyajak ingin menikmati kebahagiaan di tanah airnya. Disamping meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya dengan sikap sesetengah manusia yang dikuasai oleh sifat cemburu dan suka melemparkan janji-janji kosong.

• Rangkap 2 :– Penulis menjelaskan bahawa dia tidak mahu

bersubahat dengan orang yang menjadi pengkhianat negara, sebaliknya dia akan berusaha sendiri mempersiapkan diri untuk menghadapi sebarang kemungkinan di kemudian hari.

Page 3: Jerkah Setinggan 72 - Copy

• Rangkap 3 :– Penyajak berharap agar generasi akan datang tetap

setia kepada negara dan tidak menjadi seperti pembelot-pembelot negara yang sanggup menghina negara sendiri ketika negara sudah kehabisan sumber semula jadi.

• Rangkap 4 :– Penyajak berharap agar generasi akan datang terus

menanamkan kesetiaan kepada negara tanpa perlu berpihak kepada mana-mana pihak. Sebaliknya , penyajak mehukan kita berdiri atas kebenaran dan menghindari tabiat suka kutuk-mengutuk dan fitnah-memfitnah sesama sendiri.

Page 4: Jerkah Setinggan 72 - Copy

• Rangkap 5 :– Penyajak berharap agar golongan wartawan elit

yang sering menghebohkan cerita serta berpura-pura membela nasib rakyat yang kesusahan tidak lagi mengkhianati negara dan bangsanya.

• Rangkap 6 :– Penyajak meluahkan rasa bangga walaupun hanya

tinggal di kawasan setinggan dan hidup dalam serba kekurangan. Namun begitu, semangatnya tetap kental untuk membela nasib tanah air.

• Rangkap 7 :– Penyajak berikrar untuk mempertahankan tanah air

walaupun berada dalam kesengsaraan.

Page 5: Jerkah Setinggan 72 - Copy

TEMA

Sajak ini bertemakan semangat patriotik atau nasionalisme. Melalui sajak ini penyajak dapat digambarkan betapa penyajak sangat sayangkan tanah airnya.

Page 6: Jerkah Setinggan 72 - Copy

PERSOALAN

• Berikrar akan berusaha sendiri untuk meneruskan hidup tanpa meminta bantuan daripada mereka yang hanya tahu memberikan janji palsu.

• Penyajak meluahkan rasa hampanya kepada sesetengah pihak yang pentingkan diri sendiri sehingga sanggup menjadi pengkhianat bangsa dan negara.

• Sikap para wartawan elit yang hanya berpura-pura membela nasib rakyat sepertinya sehingga sanggup mereka-reka berita untuk dijual kepada pihak luar semata-mata untuk mendapatkan keuntungan diri sendiri daripada pihak tertentu.

Page 7: Jerkah Setinggan 72 - Copy

MESEJ

• Generasi akan datang memberi taat setia kepada tanah air , janganlah menjadi pengkhianat tanah air hanya untuk mencapai tujuan dan kepentingan diri.

• Sebagai rakyat, kita mesti bertanggungjawab membela negara dan mempertahankannya daripada ancaman dan serangan pihak musuh.

• Kita juga mestilah berkorban dan bekerjasama untuk membangunkan negara.

Page 8: Jerkah Setinggan 72 - Copy

NILAI• Rangkap 1 :

– bertekad untuk meneruskan kehidupan dan mencari kebahagian walaupun diselubungi seribu penderitaan.

• Rangkap 2, – tidak menyalahkan sesiapa terhadap segala kepayahan

atau kerumitan yang wujud di sekitarnya .(R2:B3-5)

• Rangkap 3,– kesetiaan terhadap negara. Penyajak berharap terhadap

anak-anak bangsanya .(R3: B1-3)

• Rangkap 6,– nilai cinta dan setia terhadap negara. Penyajak tetap

megah dengan negaranya walaupun terpaksa menjalani kehidupan yang penuh derita

Page 9: Jerkah Setinggan 72 - Copy

LATAR

• Malaysia selepas merdeka :– Masyarakat yang hidup menderita

disebabkan cengkaman jari-jemari kemiskinan. Pada masa yang sama, ada juga antara golongan ini yang terus melayari kehidupan yang bahagia. Ini disebabkan hidup mereka bukannya berlandaskan harta atau kedudukan tetapi nilai dan budi.

– Masyarakat yang menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap negara tidak kira apa sekalipun keadaan hidup mereka di rangkap 7.

– Masyarakat yang hidup dalam ketidakikhlasan dan kepura-puraan. Sifat golongan wartawan yang penyajak menggelarkannya ‘jerung’ dalam rangkap 5.

Page 10: Jerkah Setinggan 72 - Copy

GAYA BAHASA

• Asonansi– Pengulangan bunyi vokal [i]

• Menternak itik, keli dan angsa• Aliterasi– Pengulangan konsonan [s]

• Dari sisa-sisa duka , cebis-cebis nestapa• Personafikasi– Pemberian/peletakan sifat manusia kepada

sesuatu yang tidak bernyawa.• Atau cakap-cakap gunung, isinya lembah

sampah.

Page 11: Jerkah Setinggan 72 - Copy

• Metafora– Penggunaan kata-kata yang menerbitkan

makna yang lain daripada makna tersurat, atau bahasa kiasan.• aku ingin cuba himpun debu-debu bahagia dari sisa-sisa duka, cebis-cebis nestapa

• Hiperbola– Pernyataan yang dibuat secara berlebih-

lebihan dalam usaha untuk menekankan sesuatu pandangan, idea, atau peristiwa.

• Pembesar suara raksasa untuk melaungkan

Page 12: Jerkah Setinggan 72 - Copy

NADA & BENTUK• Nada : Sinis .

Penyajak telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap sesetengah individu di tanah airnya yang sanggup menjadi pengkhianat bangsa demi untuk kepentingan diri sendiri disamping menyindir sebahagian pemimpin yang hanya tahu menabur janji palsu kepada rakyat dan sikap segolongan wartawan yang sanggup mereka-reka dan menjaja cerita yang tidak baik negara kepada pihak luar semta-mata untuk mengaut keuntungan.

• Bentuk : Bebas Ada 7 rangkap. Bilangan baris setiap rangkapnya tidak

seragam