bil. 72/2015

3
Bil. 72/2015 6 REJAB 1436H 25 APRIL 2015 Sesi I Konvokesyen Ke-54 Sains, Teknologi dan Inovasi SEKRETARIAT RAKAN MUDA UTM Diangkat Menjadi Tema Festival Konvokesyen ke-54 UTM Johor Bahru, 22 April – Festival Konvokesyen (FESKO) ke–54 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Yusof bin A. Bakar @ Md Talib, Timbalan Presiden Alumni UTM bertempat di Dataran UTM, Johor Bahru jam 9.00 malam. Hadir sama ialah Prof. Dr. Mohd Ismail bin Abd Aziz, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni) (HEMA) serta isteri, Tuan Haji Dahari bin Derani, Timbalan Pendaftar Kanan, Pejabat HEMA, Prof. Madya Dr. Othman bin Ibrahim, Pengarah Unit Pembangunan Kerjaya, Pejabat HEMA, En. Haironizam bin Mohamad selaku Penasihat Sekretariat Rakan Muda, Pejabat HEMA, En. Ishak bin Ahmad, Penolong Pendaftar Unit Aktiviti, Pejabat HEMA dan En. Mohd Fahmi bin Mohammad, Pengarah Festival Konvokesyen UTM Ke–54. Didalam ucapan perasmiannya, beliau berkata, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sememangnya telah berjaya menghasilkan tenaga profesional Malaysia yang berdaya saing dan berkemahiran dalam mengharungi arus global yang semakin mencabar hari ini. Justeru, ia bertepatan dengan usaha penganjuran FESKO 2015 kali ini yang dilaksanakan oleh Sekretariat Rakan Muda UTM. Ianya sinergi dengan hasrat negara dan UTM dalam melahirkan tenaga profesional dalam bidang sains dan teknologi yang cemerlang, bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi sebaliknya mempunyai minda keusahawanan dan penglibatan strategik yang unik. Juga luar biasa dan bermakna bagi menuju dunia akademia baru yang mampu mencipta nilai berimpak tinggi dikalangan warga kampusnya. Peneraju Utama FESKO 54 Johor Bahru, 22 April – Sekretariat Rakan Muda UTM menjadi tunjang utama kepada penganjuran FESKO ke–54 UTM yang dilaksanakan bersempena Majlis Konvokesyen UTM dan berlangsung selama lima hari bermula 22 hingga 27 April 2015 di Dataran UTM, UTM Johor Bahru. FESKO ke–54 pada kali ini menyaksikan penganjuran oleh Sekretariat Rakan Muda UTM. Berbeza dengan sebelum ini yang rata-rata diusahakan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa. Buat julung kali juga majlis perasmian dilaksanakan oleh bukan Pegawai Utama Universiti. Menurut saudara Mohd Fahmi bin Mohamad, Pengarah Festival Konvokesyen ke-54 UTM, festival besar seperti ini menjadi tradisi diadakan bertujuan meraikan para graduan pada setiap tahun. “FESKO 54 ini dilaksanakan sepenuhnya oleh mahasiswa UTM terutama Sekretariat Rakan Muda UTM yang bertungkus lumus bagi menjayakan FESKO ini dan akan berimpak besar kepada mahasiswa/i universiti.” “Selain berperanan sebagai sumber aktiviti pelajar, Sekretariat Rakan Muda ini juga merupakan platform terbaik kepada pelajar UTM untuk belajar menjadi pemimpin, berkomunikasi, meningkatkan keupayaan dan berfikiran keusahawanan” sambungnya. Justeru, dalam FESKO ke–54 kali ini, aktiviti yang dilaksanakan meliputi hiburan, keilmuan, permainan dan persembahan pentas. Antaranya ialah Busking Challenge, Lake Dominating Challenge, UTM Charity Colour Run, Sesi Perkongsian Bersama Angkasawan Negara, Persembahan Artis Tempatan, e-Games, CarBoot Sale, Art and Coffee Night, Pertandingan Nasyid, Kempen Derma Darah serta banyak lagi. Semua dialu-alukan hadir. Statistik Graduan UTM KONVOKESYEN KE–54 PHD 256 DIPLOMA 545 JUMLAH KESELURUHAN 2,392 IJAZAH SARJANA MUDA 742 IJAZAH SARJANA 849 “Hasilnya, sains, teknologi dan inovasi yang diangkat menjadi tema pada penganjuran festival ini amat sesuai untuk disatukan bersama dengan nilai keusahawanan bagi menjana pemikiran minda baru kearah yang lebih berinovasi”. Beliau turut yakin penganjuran program berimpak positif seperti ini mampu memberi nilai tambah kepada kejayaan minda keusahawanan yang berjaya, berjasa lagi bermanfaat kepada negara. Majlis perasmian FESKO 54 disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Yusof bin Abu Bakar dengan menurunkan tandatangan pada scroll graduan yang dipersembahkan oleh kumpulan seni bela diri UTM seterusnya diikuti dengan gimik dan tayangan video FESKO 54 dan diakhiri dengan persembahan artis jemputan iaitu Nash Lefthanded.

Upload: truongkhanh

Post on 28-Jan-2017

248 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bil. 72/2015

Bil. 72/20156 REJAB 1436H25 APRIL 2015Sesi I Konvokesyen Ke-54

Sains, Teknologi dan Inovasi

SEKRETARIAT RAKAN MUDA UTM

Diangkat Menjadi Tema Festival Konvokesyen ke-54 UTM

Johor Bahru, 22 April – Festival Konvokesyen (FESKO) ke–54 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Yusof bin A. Bakar @ Md Talib, Timbalan Presiden Alumni UTM bertempat di Dataran UTM, Johor Bahru jam 9.00 malam. Hadir sama ialah Prof. Dr. Mohd Ismail bin Abd Aziz, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni) (HEMA) serta isteri, Tuan Haji Dahari bin Derani, Timbalan Pendaftar Kanan, Pejabat HEMA, Prof. Madya Dr. Othman bin Ibrahim, Pengarah Unit Pembangunan Kerjaya, Pejabat HEMA, En. Haironizam bin Mohamad selaku Penasihat Sekretariat Rakan Muda, Pejabat HEMA, En. Ishak bin Ahmad, Penolong Pendaftar Unit Aktiviti, Pejabat HEMA dan En. Mohd Fahmi bin Mohammad, Pengarah Festival Konvokesyen UTM Ke–54.

Didalam ucapan perasmiannya, beliau berkata, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sememangnya telah berjaya menghasilkan tenaga profesional Malaysia yang berdaya saing dan berkemahiran dalam mengharungi arus global yang semakin mencabar hari ini. Justeru, ia bertepatan dengan usaha penganjuran FESKO 2015 kali ini yang dilaksanakan oleh Sekretariat Rakan Muda UTM. Ianya sinergi dengan hasrat negara dan UTM dalam melahirkan tenaga profesional dalam bidang sains dan teknologi yang cemerlang, bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi sebaliknya mempunyai minda keusahawanan dan penglibatan strategik yang unik. Juga luar biasa dan bermakna bagi menuju dunia akademia baru yang mampu mencipta nilai berimpak tinggi dikalangan warga kampusnya.

Peneraju Utama FESKO 54

Johor Bahru, 22 April – Sekretariat Rakan Muda UTM menjadi tunjang utama kepada penganjuran FESKO ke–54 UTM yang dilaksanakan bersempena Majlis Konvokesyen UTM dan berlangsung selama lima hari bermula 22 hingga 27 April 2015 di Dataran UTM, UTM Johor Bahru.

FESKO ke–54 pada kali ini menyaksikan penganjuran oleh Sekretariat Rakan Muda UTM. Berbeza dengan sebelum ini yang rata-rata diusahakan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa. Buat julung kali juga majlis perasmian dilaksanakan oleh bukan Pegawai Utama Universiti.

Menurut saudara Mohd Fahmi bin Mohamad, Pengarah Festival Konvokesyen ke-54 UTM, festival besar seperti ini menjadi tradisi diadakan bertujuan meraikan para graduan pada setiap tahun.

“FESKO 54 ini dilaksanakan sepenuhnya oleh mahasiswa UTM terutama Sekretariat Rakan Muda UTM yang bertungkus lumus bagi menjayakan FESKO ini dan akan berimpak besar kepada mahasiswa/i universiti.”

“Selain berperanan sebagai sumber aktiviti pelajar, Sekretariat Rakan Muda ini juga merupakan platform terbaik kepada pelajar UTM untuk belajar menjadi pemimpin, berkomunikasi, meningkatkan keupayaan dan berfikiran keusahawanan” sambungnya.

Justeru, dalam FESKO ke–54 kali ini, aktiviti yang dilaksanakan meliputi hiburan, keilmuan, permainan dan persembahan pentas. Antaranya ialah Busking Challenge, Lake Dominating Challenge, UTM Charity Colour Run, Sesi Perkongsian Bersama Angkasawan Negara, Persembahan Artis Tempatan, e-Games, CarBoot Sale, Art and Coffee Night, Pertandingan Nasyid, Kempen Derma Darah serta banyak lagi. Semua dialu-alukan hadir.

StatistikGraduan UTM

KONVOKESYEN KE–54PHD256

DIPLOMA545

JUMLAH KESELURUHAN

2,392

IJAZAHSARJANA MUDA

742

IJAZAH SARJANA

849

“Hasilnya, sains, teknologi dan inovasi yang diangkat menjadi tema pada penganjuran festival ini amat sesuai untuk disatukan bersama dengan nilai keusahawanan bagi menjana pemikiran minda baru kearah yang lebih berinovasi”. Beliau turut yakin penganjuran program berimpak positif seperti ini mampu memberi nilai tambah kepada kejayaan minda keusahawanan yang berjaya, berjasa lagi bermanfaat kepada negara.

Majlis perasmian FESKO 54 disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Yusof bin Abu Bakar dengan menurunkan tandatangan pada scroll graduan yang dipersembahkan oleh kumpulan seni bela diri UTM seterusnya diikuti dengan gimik dan tayangan video FESKO 54 dan diakhiri dengan persembahan artis jemputan iaitu Nash Lefthanded.

Page 2: Bil. 72/2015

SEKITARKONVO

http://web.utm.my/convocation/

Page 3: Bil. 72/2015

AKTIVITI RAPTAI PAMERANMemartabat Ilmu

Melestari KecemerlanganJamin Kelancaran Majlis Konvokesyen

Sempena Majlis Konvokesyen ke–54

Penaung : Hj. Wan Mohd Zawawi Bin Wan Abd. RahmanSIDANG PENGARANG: Roselaile Samah (Ketua Editor), Salina, Sahrina, Zulfarina, Aisyah GRAFIK: Hafizah

FOTO: Nor Azman, Wan Jamal, Isyamfazrin LAMAN SESAWANG: Zuraida CETAK: ECONOMY EXPRESS EDAR BULETIN: Anuar, Nizam LOGISTIK: Suhaimi

Hakcipta Terpelihara © Universiti Teknologi Malaysia

Subuh – 5:40Zohor – 13:05Asar – 16:22

Maghrib – 19:09Isyak – 20:20

Waktu

Solat

HOTLINE07-5530999 (30999)

PERTANYAAN07-5537233

DR. ISMAIL AHMED019-7132331 (6168)

KETUA JURURAWAT017-7001600 (6210)

AMBULAN (MUHAMMAD)013-7015287 (6212)

Johor Bahru, 24 April – Sesi Raptai Konvokesyen UTM ke-54 bertemakan Lestari diadakan di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru pada 24 April 2015 yang lalu. Sesi telah berlangsung dengan lancar dan meriah dengan kehadiran ibu bapa dan bakal graduan. Raptai yang berlangsung jam 9.00 pagi itu dipenuhi dengan pengisian mengenai perjalanan pada hari konvokesyen sebenar .

Hajah Najmah Shamsuddin, Timbalan Pendaftar Kanan selaku penyelaras konvokesyen telah memberi taklimat kepada para graduan berhubung tatacara ketika berada di pentas semasa majlis berlangsung. Perkara yang ditekankan ketika majlis berlangsung nanti adalah seperti cara berpakaian dan cara memberi ucap hormat ketika menerima ijazah. Para graduan perlu berpakaian kemas dan memberikan penghargaan antara satu sama lain. Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kehadiran yang memberangsangkan daripada pihak ibu bapa dan para graduan yang menghadiri sesi raptai.

Penerangan mengenai pengambilan gambar oleh Kelab Fotokreatif UTM memberi penjelasan tentang bagaimana gambar para graduan dirakam semasa sesi konvokesyen berlangsung. Graduan diminta memberi kerjasama supaya gambar yang dihasilkan bermutu tinggi dan kemas.

Encik Azri Hohad telah memberi penerangan tentang cara pengambilan album ijazah di atas pentas dengan dibantu lakon oleh para petugas konvokesyen. Lakonan yang dipentaskan oleh para petugas telah memberi gambaran sebenar apa yang akan berlaku semasa majlis berlangsung seperti cara berjalan ketika menerima album ijazah dan ucapan penghormatan kepada pemberi ijazah. Para graduan hendaklah mematuhi setiap arahan supaya majlis berjalan dengan lancar.

Tayangan video taklimat keselamatan juga dipertontonkan semasa raptai penuh berjalan. Video ini menerangkan perkara yang perlu dilakukan oleh para graduan dan tetamu jika terdapat sebarang kecemasan. Jika terdapat masalah kesihatan, sila dapatkan bantuan daripada petugas yang berhampiran.

Johor Bahru, 24 April – Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia merupakan satu upacara rasmi Universiti yang berprestij dan diadakan bagi meraikan kejayaan para graduan. Majlis bersejarah ini dirakam sebagai agenda utama Universiti sekaligus merupakan simbol kepada kedudukan ilmu yang berada ditempat teratas dalam masyarakat bertamadun.

Justeru perkongsian maklumat melalui medium pameran bertemakan ‘Memartabat Ilmu, Melestari Kecemerlangan’ adalah pameran sulung dan dirancang akan berterusan bersempena Majlis Konvokesyen Universiti. Inisiatif murni ini merupakan usahasama Perpustakaan UTM bersama pihak Urusetia Majlis Konvokesyen dan Pejabat Hal Ehwal Korporat bagi mewujud pengisian berkonsep pendidikan untuk mencetus minat serta kesedaran masyarakat agar mementingkan ilmu.

Antara poster pameran yang dipamerkan ialah mengenai Canselor Universiti, teks ucapan Naib Canselor pertama, sejarah Majlis Konvokesyen, Istiadat perarakan, alunan muzik gamelan, nilai patriotisma dalam Majlis Konvokesyen, Statistik graduan dan pelbagai gambar sekitar hari konvokesyen.

Pameran turut diserikan dengan tayangan video, disiarkan melalui dua panel televisyen yang berada diruang pameran. Video berkisar pelbagai peristiwa sekitar hari konvokesyen yang lalu merupakan kombinasi foto dan video daripada pelbagai sumber. Ia digabung jalin bagi menghasilkan satu video yang sesuai ditonton oleh pengunjung daripada pelbagai sosiobudaya dan peringkat umur. Pameran yang menarik ini diadakan di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, Universiti Teknologi Malaysia. Oleh itu semua adalah di persilakan berkunjung.