kesenian dalam tamadun

42
Seni dan Budaya M 16

Upload: fiona-ting

Post on 16-Dec-2015

120 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Kesenian dalam Tamadun

TRANSCRIPT

Seni dan Budaya

Seni dan BudayaM 16Hasil pembelajaran:

Pencapaian dan sumbangan bidang kesenian dalam Tamadun Dunia.Konsep Kesenian mengikut Islam.Pencapaian dan sumbangan bidang kesenian dalam Tamadun Islam.a. Konsep Kesenian:Kesenian dalam tamadun awal dunia ini lebih merujuk kepada segala keindahan dan kehalusan. Keindahan dan kehalusan ini dapat kita lihat melalui aspek-aspek kesusasteraan, muzik, seni bina, seni ukir, kaligrafi, seni lukis dan teater. Setiap tamadun memperlihatkan keunikan kesenian masing-masing ada setengah-setengah daripadanya masih dapat dilihat hingga ke hari ini.

Pencapaian dan sumbangan bidang kesenian dalam Tamadun DuniaTamadun Mesopotamia

1. KesusasteraanSebahagian besar dari kesusasteraan Sumeria masih wujud hingga ke hari ini. Antara yang terkenal ialah Legenda Etana dan Legenda Adapa.

Di samping itu terdapat Epik Gilgamesh. Epik yang merupakan puisi yang panjang ini menyentuh tentang agama, keperwiraan, falsafah dan ccorak hidup orang Sumeria.

Dikatakan bahawa epik yang pertama di dunia dihasilkan pada zaman Sumeria.

2. Seni Ukir dan pahatPengukir-pengukir Sumeria mempunyai kemahiran seni ukir yang tinggi. Mereka membuat ukiran-ukiran yang cantik dan halus seperti kerbau, rusa jantan dan helang dari tembaga. Seni Ukir yang terkenal sekali di sini ialah ukiran Patung Raja Gudea. Ukiran juga dapat dilihat melalui tembikar dan cop mohor yang dibuat daripada tanah liat.

3. KaligrafiOrang-orang Sumeria merupakan masyarakat yang terawal sekali di dunia membentuk sistem tulisan. Tulisan merupakan gambar-gambar atau simbol-simbol yang diguriskan di atas kepingan tanah liat. Ia dikenali sebagai cuneiform atau tulisan pepaku atau tulisan berbaji. Tulisan berbaji ini kemudiannya berkembang ke peringkat fonetik (berdasarkan bunyi perkataan) semasa orang Sumeria mencapai kemajuan. Terdapat lebih daripada 560 tanda untuk menggambarkan perkataan. Tulisan itu digunakan untuk merekodkan sesuatu ( di atas kepingan tanah liat).

4. Seni binaSeni bina tamadun Mesopotamia dapat dilihat melalui tiang batu dan arca.

Dinasti yang akhir sekali memerintah zaman keagunganMesopotamia, salah seorang pemerintahnya yang bernama Nebuchadnezzar telah mengindahkan kota Babylon. Baginda mencantikkan Babylon melalui seni bina iaitu dengan membina banyak bangunan yang indah-indah yang dibuat dari tanah liat seperti kuil, pintu gerbang, jambatan dan istana.

Bagi mencantikkannya lagi, baginda hiasi dengan taman-taman bunga yang indah. Inilah yang dinamakan Taman Tergantung Babylon yang menjadi satu daripada tujuh benda ajaib di dunia.

b. Tamadun MesirKesusasteraan Kesusasteraan Mesir terdiri daripada cerita, puisi, lagu dan nasihat. Kebanyakan daripada kesusasteraan yang dihasilkan pada Zaman Kerajaan Tua (3500-2700 SM) adalah berbentuk keagamaan dan falsafah. Contohnya, legenda Osiris dan Isis yang mempunyai banyak versi itu mengisahkan tentang tuhan-tuhan mereka.

2. Seni UkirSeni ukir Mesir dapat dilihat melalui kuil-kuil, piramid, sphinx dan tiang-tiang.Seni ukir yang terdapat pada patung-patung Firaun ini tidak banyak perbezaannya buat berabad-abad lamanya. Tiang-tiang yang dibina ketika Mesir diperintah oleh raja perempuan yang bernama Hatshepsut telah diukir dengan catatan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada zamannya. Antara perisitiwa penting itu ialah pembinaan semula rumah-rumah berhala.

3. Seni BinaJuru bina yang mula-mula sekali merangka bangunan batu ialah Imhotep, penasihat utama kepada Firaun Zoser. Semasa rajanya masih hidup, beliau telah membina sebuah tugu yang berbentuk piramid di Sakkara. Piramid yang dipanggil Step Piramid ini masih ada hingga ke hari ini. Pembinaan piramid seperti ini diteruskan oleh raja-raja Mesir seterusnya. Setiap raja semasa hidupnya membina tugu-tugu besar atau piramid yang masih kekal hingga ke hari ini. Kebanyakan piramid dibina antara tahun 3000 hingga 2000 SM. Seni bina Mesir juga dapat dilihat melalui pembinaan kuil-kuil. Raja Pepi 1 telah membina beberapa buah rumah berhala untuk tuhan-tuhan mereka. Batu granait digunakan dalam pembinaan rumah berhala ini.

Semasa Mesir diperintah oleh raja perempuan yang bernama Hatshepsut, baginda memerintahkan supaya didirikan dua batang tiang peringatan semasa perayaan menyambut ulangtahun pemerintahnnya yang ke-15.

Tiang-tiang itu hampir 100 kaki dan berat setiap batang ialah 350 tan. Tiang-tiang ini didirikan di hujung rumah berhala Amon yang mula dibina semasa pemerintahan ayahnya. Selain dari itu banyak didirikan patung-patung firaun dan istana.

4. Seni LukisLukisan yang dihasilkan pada zaman Mesir purba mempunyai warna yang terang. Ia biasanya menggambarkan kehidupan seharian masyarakat Mesir purba. Lukisan dapat dilihat di dinding piramid.

5. MuzikAntara alat-alat muzik yang utama ialah seruling, sastrum, kecapi dan alat muzik yang bertali. Kuil juga mempunyai koir masing-masing. Istana raja pula mempunyai orkestra.

6. KaligrafiTulisan awal Mesir adalah dalam bentuk gambar iaitu gambar digunakan untuk mewakili objek. Jenis tulisan ini dipanggil tulisan hieroglifik (hieroglyphic).

Pada peringkat kedua perkembangan tulisan, gambar yang mewakili bunyi perkataan digunakan.

Peringkat akhir perkembangan tulisan menyaksikan penciptaan huruf yang mengandungi 24 tanda. Huruf yang dicipta tidak mengandungi huruf vokal. Dakwat yang digunakan untuk menulis dibuat dengan mencampurkan air, abu dan gam sayur-sayuran. Rumput buluh halus digunakan sebagai pen. Tulisan dibuat atas tembikar, tulang dan kayu. Kemudian orang Mesir menggunakan papirus sebagai kertas.

c. Tamadun Yunani

Kesusasteraan Pengasas kesusasteraan Yunani yang terkenal ialah Homer. Beliau telah menulis epik-epik Illiad dan Odyssey. Illiad adalah kisah-kisah peperangan di antara Yunani dan Troy manakala Odyssey pula mengisahkan pengembaraan Odysseus selepas peperangan dengan orang-orang Troy tamat.

Drama diperkenalkan pada abad ke-5 SM.Drama-drama awal lebih kepada bentuk agama dan kepercayaan. Penulis-penulis drama Yunani yang masyhur ialah Aeschylus (525-456 SM) yang dianggap sebagai pengasas drama Greek, Sophocles (496-406 SM) dan Euripides (480-406 SM). Di antara drama-drama yang terkenal ialah The Persians, Prometheus Bound, Antigone, The Trojan Women dan Oedipus. Drama-drama ini adalah berbentuk komedi dan tragedi.

2. TeaterBidang ini berkembang pesat di negara kota Greek pada abad ke-5 SM. Ia diadakan pada masa Pesta Dlonysus atau Dewa Wain. Pelakon-pelakon teater terdiri dari kaum lelaki sahaja. Teater mendapat sambutan yang baik daripada rakyat. 3. Seni BinaTamadun Greek juga memperlihatkan ketingggian dalam bidang seni bina. Bidang ini dapat dilihat melalui bangunan-bangunan yang dirikan seperti kuil-kuil. Kemajuan dalam bidang ini jelas sekali pada zaman Pericles di Athens. Di bawah arahan juru binanya yang bernama Ictinus dengan bantuan Callicrates, Pathenon atau Temple of the Virgin dibina di atas Acropolis. Kuil ini dibina untuk Dewi Athena. 4. Seni UkirOrang crete adalah pakar dalam memotong permata, mengukir gading dan seni tembikar.Mereka telah meninggalkan contoh-contoh hasil kerja tangan dari logam-logam dan patung-patung kecil yang sangat indah perbuatannya, dibuat dari gading dan emas. Keindahan seni ukir Yunani juga dapat dilihat melalui ukiran-ukiran pada patung-patung ketuhanan. 5. Seni Lukis Kemajuan orang-orang Yunani dalam bidang seni lukis sangat tinggi dari segi kehalusan dan daya. Istana-istana mereka dihiasi dengan lukisan-lukisan dinding (gambaran tentang orang perempuan dan binatang-binatang dengan berlatarbelakangkan pemandangan di desa. Selain dari itu, terdapat juga lukisan-lukisan menggambarkan pembawa-pembawa cawan yang bersopan santun, budak-budak perempuan yang menari dan perlawanan berlaga lembu dengan disaksikan oleh orang-orang bangsawan memakai pakaian-apakaian yang mengikut fesyen. 6. KaligrafiTulisan awal masyarakat Minos di Yunani merupakan tulisan bergambar hieroglyphic (2000-1650 SM) dan tulisan bergaris yang disebut Linear A ( tahun 1700 SM). Terdapat juga jenis tulisan Linear B (tahun 1450 SM) yang ditulis di atas papan tanah liat (contohnya, papan tanah liat dijumpai di Knossos, Create) dan di Mycenae, Pylos dan Thebes. Dikatakan juga bahawa orang Yunani telah mengambil tulisan orang Phoenicia yang telah diubah suai dengan menambah huruf-huruf vokal.

d. Tamadun Rom

Kesusasteraan

Di antara tokoh Rom yang terkenal dalam bidang ini ialah Phiny dengan karya yang berjodol Natural History. Seneca adalah contoh penulis prosa yang terkenal. Cicero pula telah menjadikan bahasa Latin sebagai bahasa yang penting dalam kesusasteraan melalui tulisan-tulisannya. Bidang ini mencapai puncak pada zaman pemerintahan Augustus dengan dua orang penyair terkenal iaitu Horace ( penulis lirik) dan Virgil. Virgil telah menghasilkan Aeneid.

2. Seni binaSeni bina Rom menggambarkan gabungan antara orang Rom, Etruscan dan Yunani. Gabungan ini dipanggil Graeco-Roman.Orang Rom meniru bentuk arca dari orang Etruscan dan dari situ mereka mencipta bidang-bidang baru lain yang tidak ada di Greek. Sebenarnya Rom banyak mewarisi seni bina Greek. Seni bina Rom dapat dilihat melalui binaan pintu gerbang, bumbung yang melengkung, arked (peneduh), kubah, tiang , bangunan bundar, saluran-saluran air yang besar (akuadak) , tempat mandi awam, arca, jalan raya, jambatan, pembentung, hospital, rumah dan gereja.3. KaligrafiRom menggunakan tulisan Latin. Orang Rom juga telah mengambil tulisan orang Phoenicia (orang Phoenicia telah mencipta sistem abjad yang mempunyai 22 simbol) yang telah diubah suai oleh orang-orang Greek dengan menambah huruf-huruf vokal yang kemudian telah diubah suai lagi oleh orang-orang Rom.

e. Tamadun ChinaKesusasteraanSun tsu (awal kurun ke-4 SM) telah mengarang buku The Art of The War yang menyentuh tentang strategi peperangan. Tokoh penting yang hidup pada zaman Dinasti Han ialah Ssu Ma Chien yang juga dikenali sebagai Bapa Sejarah China. Pada zaman Dinasti Tang (618-907 M) penyair-penyair agungnya mendapat sanjungan yang tinggi di negara China. Antara penyair yang terkenal ialah Tu Fu dan Li Po. Nada puisi ialah kesayuan dan kegembiraan.

2. Seni binaDalam bidang ini China terkenal dengan pembinaan Tembok Besar yang dibina semasa Dinasti Chin. Maharaja Shih Huang Ti telah mengukuh dan mencantumkan semua tembok tersebut menjadi satu tembok besar yang bersambungan di atas bukit dan lembah.Pembinaannya adalah dalam jangka masa antara tahun 228 SM hingga 210 SM. Tembok Besar China yang panjangnya kira-kira 2410 km dan setinggi 40-50 kaki merupakan satu daripada 7 keajaiban dunia. Di sepanjang tembok itu dibina 20,000 menara-pengawa di samping 10,000 menara-pengawal kecil. Pada setiap menara ditempatkan sepasukan tentera seramai 100 orang. Seni bina yang lain dapat dilihat melalui pembinaan istana, kuil-kuil dan bangunan-bangunan berbentuk pagoda.

3. Seni Ukir, seni pahat dan seni halusPengukir Shang menggunakan batu marmar, batu jed dan batu kapur untuk mengukir patung-patung kecil. Dalam bidang pembuatan seramik atau tembikar, masyarakat Shang telah memajukan teknik-teknik membuat seramik.Buatannya halus dan dicat dengan warna hitam dan merah. Gangsa juga digunakan untuk membuat bekas air dan makanan. Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran geometrik dan haiwan.

4. Seni LukisLukisan dilukis pada kain sutera, tembikar dan sampang. Ia biasanya terdiri daripada potret manusia, gambar-gambar yang berlatarbelakangkan cerita-cerita mitos dan peristiwa-peristiwa yang benar-benar berlaku.5. MuzikAlat muzik tradisional China ialah seruling buluh kerana buluh banyak di negara China.Kedatangan orang Mongol membawa satu lagi alat muzik iaitu hu-Chin atau kecapi Mongol yang dmainkan secara menggesek (seperti menggesek biola).

6. Drama

Pembentukan dan kebangkitan drama China berlaku pada zaman Dinasti Yuan.Banyak drama dihasilkan dan ada di antaranya masih dipentaskan pada zaman China moden.

7. KaligrafiSistem tulisan Shang adalah sistem tulisan Cina yang terawal di negara China. Mereka juga menggunakan tulisan bergambar yang melambangkan sesuatu objek. Orang China juga menggunakan tulisan simbol untuk menggambarkan idea abstrak atau kompleks. Terdapat 3000 simbol pada zaman Dinasti Shang. Tulisan berbentuki simbol dikenali sebagai ideogramatau ideografik. Tulisan ideografik ini menjadi asas kepada tulisan Cina sekarang.Pada zaman Dinasti Shang jurutulis menggunakan berus atau kayu runcing untuk menulis. Tulisan diguris di atas kepingan buluh, kulit siput, tulang,kulit kura-kura, batu jed, gangsa, kayu, tembikar dan sutera. Tamadun IndusKesusasteraan India juga terkenal dengan dua buah epik iaitu Mahabharata dan Ramayana. Kedua-dua epik ini menceritakan kehidupan dalam tamadun awal India.Mahabharata mengandungi syair yang menceritakan tentang permusuhan Pandawa dan Kaurava. Ia ditulis oleh Vyasa. Ramayana pula menceritakan tentang pengembaraan Rama mencari isterinya Sita yang telah ditawan oleh Ravana. Ia ditulis oleh Valmiki.

2. Seni Bina

Tamadun Indus telah membina rumah-rumah yang menyerupai rumah-rumah moden yang lengkap dengan bilik makan, bilik mandi dan halaman.

3. Seni UkirMasyarakat Indus telah menggunakan tanah liat dalam membentuk patung-patung dan ala-alat perhiasan.

4. KaligrafiTulisan tamadun Indus adalah berbentuk piktograf. Ia dikesan pada cap-cap yang ditemui. Kewujudan tulisan itu membuktikan bahawa masyarakat Indus telah maju dalam bidang intelektualTamadun Melayu1.Seni bina, seni lukis, seni ukir Seni bina di alam Melayu menampakkan pengaruh Hindu dan Buddha yang begitu kuat. Antara yang terkenal ialahCandi Borobudurdi Jawa Tengah. Candi ini dibina berasaskan ajaran Buddha oleh raja-raja Sailendra antara tahun 778 850M.

Satu lagi seni bina terkenal di Alam Melayu ini ialahAngkor Wattdi Kemboja. Ia dibina oleh raja Angkor iaitu Suryavarman II (1113 1150 M). Tujuan ia dibina ialah untuk menyembah dewa Visynu serta melambangkan kekuatan keajaan Suryavarman II. Ia juga merupakan makam Suryavarman II. Di Lembah Bujang, Kedah terdapat banyak binaan candi untuk memuja Gautama Buddha serta dewa-dewi Hindu. Struktur binaannya seperti kuil-kuil di India Selatan. Reka bentuk candi-candi itu mempunyai tradisi seni bina tempatan. Antara candi-candi yang termasyhur ialah Candi Bukit Batu Pahat dan Candi Pendiat. 2. Wayang, Muzik, nyanyian.Bidang ini juga banyak dipengaruhi oleh unsur Hindu terutamanya di Jawa. Permainan wayang telah wujud pada zaman pra-sejarah lagi. Permainan wayang merupakan kegiatan ritual, namun ia diselitkan dengan unsur-unsur drama, nyanyian dan sebagainya. Pada asalnya permainan wayang ini disampaikan dalam bahasa Jawa Kuno tetapi kemudiannya bercampur dengan bahasa Sanskrit (bahasa Kawi).

3. KesusasteraanKesusasteraan lisan terawal ialah cerita asal usul (nama tempat, tumbuh-tumbuhan dan binatang), cerita binatang (berwatakkan binatang seperti Sang Kancil), cerita-cerita jenaka ( Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang, Si Luncai dan Pak Belalang), cerita penglipurlara ( Hikayat Malim Deman, Hikayat Anggun Cik Tunggal), dan cerita-cerita moral ( Bawang Putih Bawang Merah, Batu Belah Batu Bertangkup, Si Tenggang).

kesusasteraan lisan yang berbentuk puisi seperti pantun, teka-teki, gurindam dan seloka. Kesusasteraan Melayu mempunyai tujuan untuk berhibur di samping diselitkan unsur-unsur sindiran, nasihat dan cetusan rasa sedih atau gembira.4. KaligrafiHuruf yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba ialah huruf yang tertua iaitu menyerupai seperti bentuk huruf-huruf Rencong atau Rencang, Kawi dan Lampung. Huruf Rencong iaitu huruf Melayu tua banyak digunakan di Sumatera Selatan (Bangkahulu dan hulu Palembang) dan Minangkabau. Huruf ini kekal hingga kurun ke-18 iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia.

orang-orang Melayu kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan pada batu-batu (batu bersurat). Apabila pengaruh Hindu bertapak di alam Melayu, tulisan Hindu iaitu tulisan Palava disebarkan melalui bahasa Sanskrit. Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu ini sebenarnya terhad di kalangan golongan istana sahaja. Bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan.

Pencapaian dan sumbangan bidang kesenian dalam Tamadun IslamSekian. Terima Kasih