jawapan ulama terhadap pemikiran semasa
DESCRIPTION
Jawapan Ulama Terhadap Pemikiran SemasaTRANSCRIPT
JAWAPAN ULAMA TERHADAP PEMIKIRAN SEMASA
Pendahuluan
Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna dari pelbagai segi. Untuk itu Islam sahaja yang mampu
untuk menangani dan menyelesaikan segala bentuk krisis atau masalah serta kegawatan pada semua
masa, tempat dan peringkat. Justeru itu segala ideology dan isme yang lain adalah lemah dan tidak
dapat menjamin kebahagiaan, malahan sesetengahnya jelas bertentangan dengan Islam dan akidah
Islam.
PENDAPAT ULAMA TENTANG PEMIKIRAN SEMASA
Pendahuluan
Semua ulama berpendapat dimana ideology yang dibawa oleh sekularisme, liberalism dan komunisme
adalah bertentangan sama sekali dengan asas dan akidah Islam. Dimana Islam itu diasaskan dengan tiga
dasar, iaitu :
Akidah
Syariat
Akhlak
Untuk itu mana-mana isme yang membawa fahaman untuk memisahkan tiga perkara tersebut
adalah salah. Pada perspektif lain juga pentadbiran itu tidak dapat dipisahkan daripada agama, dimana
syariat itu ditegakkan dan dilaksanakan melalui pentadbiran dan pemerintah. Dalam hal ini kita dapati
Baginda Rasul adalah sebagai rasul, pemimpin, pelaksana dan juga model dari sudut segala-galanya.
Jelaslah disini, ulama menolak isme pemikiran semasa tersebut kerana ia adalah fahaman karut dan
bertentangan dengan akidah Islam. Segala tindakan dan lapangan mesti mempunyai serta selari dengan
agama Islam dan akidah, bukan memisahkannya atau menafikannya.
JAWAPAN ULAMA TERHADAP PENYELEWENGAN HADIS PALSU
Pendahuluan
Dalam al-Sunnah itu juga sememangnya ada percampuran di antara yang sahih dan palsu. Penyebab
utama berlaku perkara yang demikian ialah kerana lahir sebahagian golongan yang membenci dan
memusuhi Islam juga muncul di kalangan umat Islam sendiri yang mementingkan sesuatu atau mengikut
nafsu mereka, maka mereka mencipta hadis palsu. Sebenarnya hal tersebut jelas berlaku pada tahun 41
hijrah, antara tokoh yang terkenal yang menyesatkan ialah Abdullah Bin Saba’ yang merupakan seorang
Yahudi yang menyembunyikan kekafirannya dengan berselimutkan Islam. Dia telah menyebarkan
kekacauan dan pertikaian di antara sesama muslimin.
Antara lain juga, secara langsungnya hadis palsu, telah disebarkan dan dimainkan peranan
berkenaan penyebarannya oleh Abu Isman bin Nuh bin Mariam. Ia telah menciptakan hadis-hadis
tentang keutamaan-keutamaan surah-surah tertentu di dalam al-Quran tanpa ada riwayat yang kukuh
atau tanpa ada sandaran tertentu. Ibnu Solah di dalam Muqadimahnya ada menyatakan, di mana kami
ada menerima daripada Ibnu Ismah, iaitu Noh bin Mariam yang ditanya: Dari manakah kamu dapat
riwayat?Ia berkata dari Ikrimah daripada Ibnu Abbas tentang keutamaan surah demi surah dalam al-
Quran. Ia berkata lagi: Aku melihat orang-orang telah berpaling daripada al-Quran dan member
tumpuan untuk mempelajari Feqah Abu Hanifah, kerana itulah aku membuat hadis-hadis tersebut.
Antara lain juga, ada sebahagian daripada puak Karamiah telah membolehkan membuat hadis untuk
memberi khabar gembira(targhib) dan khabar menakutkan(tarhib). Tentang perkara ini, puak Karamiah
membuat alasan, berbohong yang diharamkan ialah berbohong kepada Rasulallah berdasarkan sabda
baginda yang bermaksud: Sesiapa yang sengaja berbohong terhadapku, maka hendaklah ia bersiap-siap
untuk memasuki neraka. Adapun berbohong kepada baginda kerana untuk mengajarkan Islam, maka ia
tidak termasuk dalam ancaman hadis tersebut. Sebenarnya semua itu adalah tidak betul dan sesat,
kerana semuanya termasuk di dalam berdusta kepada nabi.
Dalam konteks yang lebih meluas lagi, Orientalis juga banyak mengkritik hadis, walaupun
mereka tidak mencipta hadis palsu. Kerana dengan itu menunjukkan mereka menganggap bukan sahaja
hadis-hadis itu palsu, bahkan semua hadis adalah palsu dan tidak betul. Justeru itu,ahli hadis dan umat
Islam yang setia dalam memperjuangkan kebenaran tidak sekadar berdiam diri sahaja terhadap
pemalsuan hadis. Antara jawapan dan penolakan terhadap Orientalis dan golongan yang melakukan
pemalsuan ialah:
Hadis itu telah pun wujud semenjak zaman Rasulallah lagi. Antara lain, semenjak zaman nabi
dan zaman sahabat telah lahir ramai sahabat yang pandai menulis dan hadis sememangnya
dicatat semenjak zaman Baginda. Buktinya amat jelas, antaranya:
i. Pada zaman nabi telah terdapat dokumen-dokumen rasmi dan al-Hadis telah dicatat
secara rasmi. Contohnya: al-Tabri ada mencatatkan bahawa Rasulallah pernah mengirim
surat kepada Raja Najasyi yang memerintah Habsyah itu supaya member layanan yang
baik kepada orang-orang Islam yang berhijrah ke negeri itu.
ii. Perlembagaan Madinah atau Sahifah Madinah merupakan perlembagaan bertulis
pertama yang ditulis dalam sejarah.
iii. Terdapat ramai sahabat yang pandai dan mencatat hadis. Antara mereka ialah: Abu
‘Umamah, Abu Ayub al-Ansari, Abu Bakar al-Siddiq, Abu Sa’id al-Khudri, Anas bin Malik,
Muawiyah bin Abu Sufyan dan Abdullah al-Zubir.
Walaupun terdapat banyak hadis palsu atau kegiatan pemlsuan hadis serta Orientalis mendakwa
dan meragui keaslian hadis disebabkan jarak dengan zaman nabi adalah jauh. Dakwaan itu juga
tidak benar, kerana hadis dijaga dengan baik oleh para sahabat dan umat Islam. Apa yang
jelasnya, walaupun tersebar kegiatan pemalsuan hadis dan banyak hadis palsu, namun
sebenarnya hadis telah disimpan dengan teratur serta dijaga dengan penuh teliti dan penjagaan
yang sungguh rapi. Contohnya Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang telah diakui oleh seluruh
umat Islam.
Antara lain juga, sebenarnya telah jelas dan terdapat cirri-ciri atau sifat-sifat tertentu yang
menunjukkan sesebuah hadis iut adalah hadis Rasulallah, baik dari sudut lafaznya, balaghahnya
atau dari sudut maknanya yag tidak dapat ditandingi dan tidak ada ccacat. Seperti : Makna yang
padat dan kemas walaupun lafaznya ringkas.
Telah pun terbentuk dan lahir ilu pengklasan Hadis yang dilaksanakan dan diusahakan oleh
ulama serta ahli hadis khususnya, yang dikenali dengan Ilmu al-Hadis.
Cara Mengenali Hadis Palsu
Hadis palsu boleh dikesan walaupun tanpa mempelajari dan mendalami tentang sanad atau isnadnya
dengan terperinci. Di antara cara untuk mengenali Hadis Palsu dapat dibahagikan kepada 2 jenis:-
(1) Tanda kepalsuan pada sanad.
(2) Tanda kepalsuan pada matan.
Tanda Kepalsuan Pada Sanad
Di antara tanda yang dapat dikenali berlakunya kepalsuan sesebuah hadis dari sudut sanad ialah:
a. Rawinya adalah yang dikenali sebagai pendusta.
b. Rawinya itu telah mengakui sendiri tentang pendustaan yang dilakukannya.
c. Ia meriwayatkan hadis daripada seseorang syeikh tetapi apabila dia ditanya tentang diri syeikh
tersebut dia memberi maklumat yang tidak betul.
d. Dapat diketahui dengan kedudukan perawi itu sendiri yang mencipta hadis dengan tujuan
melariskan jualannya.
Terjemahan : Al-Harisah (sejenis makanan daripada gandum yang dikisar dengan daging) dapat
menguatkan belakan.
Pereka hadis palsu ini ialah Muhamad Ibn Al-Hajjaj al-Lakhmi yang merupakan seorang penjual
Harisah.
Tanda-tanda Kepalsuan Pada Matan
Di antara landasan untuk mengenali hadis palsu dari sudut matan sebgaimana yang dinyatakan oleh
Imam Ibn al-Qayyim di dalam kitabnya al-Manar, kemudian kitab tersebut diringkaskan oleh al-Allamah
Mala Ali al-Qari sebagaimana berikut:
a. Gaya bahasa yang lemah dan tidak sesuai dengan taraf nabi, juga ia menunjukkan kecacatan dari
sudut bahasa dan keseniaannya. Kerana nabi terkenal dengan seorang yang fasih dan bercakap
dengan menggunakan uslub dan gaya bahasa yang tinggi dan cantik. Contohnya :
Terjemahannya : sesiapa yang mengucapkan La Ilaha Illa Allah, Allah menjadikan setiap perkataan atau
kalimah tersebut burung yang mempunyai 70 ribu lidah dan pada setiap lidah pula dijadikan 70 ribu
bahasa yang memohon ampun untuknya.
b. Menunjukkan erti yang tidak betul dan menyalahi akal yang waras, bahkan ia tidak dapat
ditakwilkan. Contohnya :
Terjemahannya : sesungguhnya kapal nabi Nuh telah bertawaf di Baitullah sebanyak 7 kali, kemudian
bersembahyang di sisi makam nabi Ibrahim sebanyak 2 rakaat.
c. Menyalahi pancaincera dan hakikat. Contohnya ialah:
Terjemahannya: buah terung pengubat segala penyakit.
d. Menunjukkan maksud matan yang lucu. Contohnya :
Terjemahannya: musim bunga emakku ialah anggur dan tembikai.
e. Menunjukkan percanggahan dengan syariat dan kaedah-kaedahnya. Ia juga menunjukkan ada
pertentangan dengan tujuan-tujuan yang telah ditetapkan dalam syariat. Contohnya:
Terjemahannya: sebaik-baik kamu ialah yang selepas 200 tahun yang mana ia tidak mempunyai isteri
dan tidak mempunyai anak.
Hadis ini jelas bertentangan dengan kaedah syariat yang menggalakkan umatnya beranak- pinak
dan memiliki keturunan yang ramai.
f. Bercanggahan dengan bidang perubatan dan kedoktoran. Contohnya:
Terjemahannya: memakan ikan boleh melemahkan badan.
g. Hadis yang menyatakan tentang tarikh tertentu sebagaimana contohnya:
Terjemahnnya: apabila berlaku gerhana bulan dalam bulan Muharam : akan berlaku pemberontakan,
peperangan dan pemerintah akan sibuk, dan apabila berlaku gerhana dalam bulan Safar, adalah
demikian-demikan pula.
h. Bercanggah dengan al-Quran dan hadis mutawattir. Contohnya ialah:
Terjemhannya: anak zina itu tidak dapat masuk ke syurga hingga 7 keturunan.
Hadis ini jelas bertentangan dengan al-Quran yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak
dibebani dengan dosa orang lain. Sebagaimana firman Allah:
ر�� ر� أ �ز�ر� و�از�ر� و� �و�ال� ت ى� خ� خ� � ة
Terjemahan : …dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa
perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja).
Hukum Terhadap Hadis Palsu dan Penciptaannya
Hukum yang berkaitan dengan hadis palsu adalah sebagaimana berikut:
i. Tidak harus berpegang dengan hadis Maudhu’ bagi sesiapa yang mengetahui bahawa ia adalah
hadis palsu.
ii. Tidak harus meriwayatkannya tanpa menyatakan hadis tersebut adalah hadis palsu, samada
yang berkaitan dengan perkara halal dan haram. Hal tersebut berdasarkan dalil sebagaimana
yang diriwayatkan oleh Muslim:
Terjemahannya : sesiapa yang meriwayatkan daripadaku dengan sesuatu hadis dan didapati ianya palsu
maka ia adalah seorang daripada orang yang berbohong.
Manakala berkaitan dengan penciptaannya pula ialah, sesebuah hadis palsu itu sememangnya
haram dijadikan hujah, samada dalam persoalan akidah mahupun perundangan. Antara lain pula,
sesiapa yang membuat hadis palsu adalah berdosa besar. Hal tersebut adalah sepertimana yang
dinyatakan oleh nabi melalui sabda Baginda yang diriwayatkan oleh:
Terjemhannya: sesiapa yang melakukan pendustaan terhadap aku dengan sengaja, tempatnya di dalam
neraka.