kepelbagaian aliran pemikiran ulama di malaysia

37
Melaka Learning Centre, Open University Malaysia, No. 2.2-1, 2-2, Jalan KPA A3, Kompleks Perniagaan al Azim, 75150 Bandar Bukit Baru, Melaka, Malaysia. MASTER OF ISLAMIC STUDIES 2013 ISU KONTEMPORARI DALAM PENGAJIAN HADITH AMSH5103 PUSPA BINTI ADAM [email protected] 012-6936320 NAMA PENSYARAH EN. ABD. AZIZ BIN ABDULLAH TAJUK : KEPELBAGAIAN ALIRAN ULAMA DI MALAYSIA ( KAUM MUDA DAN KAUM TUA ) 1 AMSH5103 – Isu kontemporari dalam pengajian hadis [ pemikiran kaum muda dan kaum tua ]- Puspa Adam

Upload: ustazahpuspa

Post on 01-Dec-2015

208 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

Assignment Hadis - ulama tua dan muda

TRANSCRIPT

Page 1: Kepelbagaian Aliran Pemikiran Ulama Di Malaysia

Melaka Learning Centre, Open University Malaysia,No. 2.2-1, 2-2, Jalan KPA A3, Kompleks Perniagaan al Azim,

75150 Bandar Bukit Baru, Melaka, Malaysia.

MASTER OF ISLAMIC STUDIES 2013

ISU KONTEMPORARI DALAM PENGAJIAN HADITHAMSH5103

PUSPA BINTI [email protected]

012-6936320

NAMA PENSYARAH

EN. ABD. AZIZ BIN ABDULLAH

TAJUK :

KEPELBAGAIAN ALIRAN ULAMA DI MALAYSIA

( KAUM MUDA DAN KAUM TUA )

1 AMSH5103 – Isu kontemporari dalam pengajian hadis [ pemikiran kaum muda dan kaum tua ]- Puspa Adam

Page 2: Kepelbagaian Aliran Pemikiran Ulama Di Malaysia

PENGHARGAAN

� يم ح� ح�من� الر� � الله� الر� م �س� ب

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi kekuatan dan

hidayah dalam menyiapkan tugasan bertajuk ‘Kepelbagaian aliran ulama di Malaysia ( kaum

Tua dan kaum Muda )’ pada kali ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu memahami

serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan tuntutan terhadap tugasan

dan pembelajaran saya di OUM Melaka ini. Tidak lupa juga kepada seluruh warga OUM

semester Mei 2013 ini terutamanya rakan-rakan seunit yang telah memberikan kerjasama yang

baik dalam membantu saya menyelesaikan tugasan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada

pensyarah yang di hormati, En. Abd. Aziz bin Abdullah kerana telah memberi panduan dan

tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Tanpa

tunjuk ajar dan kerjasama yang diberikan tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini.

Akhir sekali, yang baik datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri.

Wallahu a'lam.

Sekian , terima kasih.

2 AMSH5103 – Isu kontemporari dalam pengajian hadis [ pemikiran kaum muda dan kaum tua ]- Puspa Adam

Page 3: Kepelbagaian Aliran Pemikiran Ulama Di Malaysia

وبالله التوفيق والهداية

ISI KANDUNGAN HALAMAN

Penghargaan

Pendahuluan 1

1.0 Definisi

1.1 Kaum Tua

1.2 Kaum Muda

1

2

2.0 Sejarah kaum Tua dan kaum Muda

2.1 Sejarah kaum Tua

2.2 Sejarah kaum Muda

2.3 Sejarah pertembungan kaum Tua dan Muda

2.4 Isu-isu perdebatan kaum Tua dan Muda

3

4

4

7

3.0 Tokoh-tokoh

3.1 Kaum Tua

3.2 Kaum Muda

10

12

4.0 Sudut positif dan negatif pelbagai aliran

4.1 Sudut positif

4.2 Sudut negatif

4.3 Penerimaan Masyarakat

4.3.1 Penerimaan terhadap aliran pemikiran kaum Tua

4.3.2 Penerimaan terhadap aliran pemikiran kaum Muda

13

14

15

16

5.0 Cadangan penyelesaian 18

Penutup 20

3 AMSH5103 – Isu kontemporari dalam pengajian hadis [ pemikiran kaum muda dan kaum tua ]- Puspa Adam

Page 4: Kepelbagaian Aliran Pemikiran Ulama Di Malaysia

Bibliografi

PENDAHULUAN

Dewasa ini muncul kepelbagaian method dan aliran pemikiran hasil daripada perbezaan

fahaman (i'tiqad). Kepelbagaian ini berdiri atas dasar pembawaan perjuangan masing-masing,

sehingga timbul impak yang besar kepada masyarakat seperti perpecahan, perbalahan, dan tiada

kesatuan dalam masyarakat. Antara contoh-contoh metod dan aliran pemikiran ini ialah kaum

tua, kaum muda, anti hadis, Al Arqam, Tabligh dan lain-lain.

Tugasan ini menjelaskan tentang sejarah kaum tua dan muda, sejarah pertembungan

kedua-duanya, isu-isu perdebatan, tokoh-tokoh yang mewakili kedua-duanya, sudut positif dan

negatif kepelbagaian aliran dan cadangan penyelesaian kepada keadaan negatif kepelbagaian

method dan aliran ulama di Malaysia.

1.0 DEFINISI

1.1 KAUM TUA

Secara umumnya, kaum tua boleh didefinasikan sebagai ulama-ulama tradisional yang

berpegang kepada tradisi konservatif atau mempertahankan yang lama. Sesuai dengan pengertian

konservatif, ulama-ulama ini sebagaimana biasanya cuma melihat sejarah atau masa lampau

sebagai sumber inspirasi atau sesuatu yang harus dipertahankan. Di dalam banyak perkara,

mereka lebih suka mengekalkan status quo sesuatu amalan yang telah lama bertapak di dalam

masyarakat.

Justeru itu, pendokong kaum tua ini dilihat seringkali bersikap negatif terhadap

pembaharuan dan perubahan. Golongan tradisionalis ini seringkali menganggap bahawa

kemunduran umat Islam adalah kerana mereka menjauhkan diri daripada ajaran-ajaran generasi

yang lalu. Mereka lebih selesa untuk mengurung Islam dalam satu benteng tanpa jendela dan

pintu keluar, tanpa ruangan terbuka ke arah langit, serta mempertahankan seluruh tradisi yang

4 AMSH5103 – Isu kontemporari dalam pengajian hadis [ pemikiran kaum muda dan kaum tua ]- Puspa Adam

Page 5: Kepelbagaian Aliran Pemikiran Ulama Di Malaysia

telah diwarisi oleh nenek moyang tanpa membezakan ajaran Islam yang tulen atau campuran dari

pelbagi pengaruh yang lain.

Kaum tua dikenali sebagai "..ulama-ulama yang enggan menerima pemikiran yang baru

yang bercanggah dengan aliran-aliran pemikiran Islam yang sudahpun berakar umbi di kalangan

masyarakat Melayu tempatan.." . Kaum Tua atau dikenali sebagai 'Khalafi' yang berpegang

kepada mazhab Syafie pula berhasrat memudahkan orang awam yang dirasakan kebanyakannya

kurang mampu untuk mengikuti kaedah tadi, lalu mereka mempopularkan cara taqlid sebagai

medium penyatuan dalam masyarakat dan juga ibadah, selain menganugerahkan kemudahan buat

masyarakat yang majoritinya tidak mempunyai kemampuan untuk mengkaji secara mendalam

hingga ke tahap dalil bagi sesuatu ibadat. Selain itu, mereka juga risau akan munculnya individu

yang tidak berkelayakan lalu menggunakan kaedah rujukan dalil tadi sehingga menyeleweng.

Menurut mereka “ lebih baik bertaqlid kepada satu mazhab (Syafie) berbanding silap atau

menyeleweng” atau “ lebih baik ber kepada pegang pendapat ulama syafie berbanding pendapat

sendiri yang amat tidak 'alim”.

1.2     KAUM MUDA

Kaum Muda ialah gelaran yang diberikan oleh ulama-ulama tradisional (ulama-ulama

Kaum Tua) terhadap beberapa ulama di pantai barat Tanah Melayu, Pulau Sumatera dan Mesir.

Gelaran ini diberikan oleh kerana ulama-ulama ini dikatakan cuba membawa suatu ciri yang baru

di dalam ajaran agama. 

Kaum Muda yang di namakan juga 'salafi', 'tajdid', 'sunnah' atau dicop juga sebagai

'wahabi' menginginkan seluruh masyarakat lebih 'selamat' dan hampir kepada Al-Quran dan as-

Sunnah iaitu dengan cara membawa mereka kepada pegangan aqidah dan ibadat yang

berdasarkan dengan dalil sahih tanpa hanya terikat dan taqlid kepada satu aliran atau pendapat

sahaja. Ia satu niat yang amat baik dengan mengembalikan fungsi akal yang dikurniakan Allah

S.W.T serta memurnikan ibadat dari rekaan-rekaan yang dijangkakan boleh menghilangkan

pahala yang diletakkan oleh Rasulullah S.A.W (Ahmad Faidzurrahim, 2013).

5 AMSH5103 – Isu kontemporari dalam pengajian hadis [ pemikiran kaum muda dan kaum tua ]- Puspa Adam

Page 6: Kepelbagaian Aliran Pemikiran Ulama Di Malaysia

2.0    SEJARAH KAUM TUA DAN KAUM MUDA

2.1    SEJARAH RINGKAS KAUM TUA

Permulaan kedatangan pengaruh Asia Barat terhadap alam melayu boleh dikatakan

bermula dengan kepulangan mahasiswa melayu dari Mekah. Hasil dari kesinambungan tersebut

maka lahirlah sebuah institusi pendidikan iaitu institusi pondok yang memberikan sumbangan

terbesar dalam mempamerkan imej dan pengaruh Asia Barat di bumi Melayu. Antara pondok-

pondok yang cukup terkenal ialah Dala, Bermin, Semela, Dual dan Teluk Manak di Pattani.

Pondok-pondok tersebut bukan sahaja menjadi tumpuan penuntut tempatan, malahan juga

penuntut dari luar negeri terutamanya dari kepulauan nusantara seperti Sri Lanka, Burma,

Kemboja, Vietnam, Tanah Melayu, Filipina dan Indonesia.

Manakala ulama-ulama Pattani yang terkenal dan banyak menulis kitab agama dalam

bahasa melayu ataupun bahasa arab ialah seperti Syeikh Daud Abdullah al-Fatoni, Sheikh

Muhammad Zain al-Fatoni dan Sheikh Zainal Abidin al-Fatoni. Mereka bukan sahaja mengajar

di rantau ini malahan berkesempatan mengajar di Masjid al-Haram, Mekah. Sistem dan kaedah

yang diterapkan di dalam institusi ini ada persamaan dengan sistem pendidikan yang

dilaksanakan dalam kaedah pembelajaran di Masjid al-Haram.

Perkara ini terus berkembang hingga sampai ke Tanah Melayu seperti Kedah, Perlis,

Kelantan dan Terengganu. Pendidikan agama mengalami perubahan dan perkembangan baru

sebaik sahaja idea pembaharuan (islah) dari asia barat terutamnya Mesir mulai meluas di

kalangan masyarakat Islam pada masa itu. Setelah itu, lahirlah sistem madrasah yang lebih

sistematik dan lebih formal dari sistem pondok (Mahfuz Muhammad, 2008)

Di antara ulama-ulama yang berpegang kuat dengan aliran kaum tua ialah Haji  Noh 

Penambang, Haji  Yaakub Legor    (1892-1971), Haji  Osman  Jalaluddin al-Kelantani (1880-6 AMSH5103 – Isu kontemporari dalam pengajian hadis [ pemikiran kaum muda dan

kaum tua ]- Puspa Adam

Page 7: Kepelbagaian Aliran Pemikiran Ulama Di Malaysia

1952). Akhir sekali, timbulnya dari kaum tua nama-nama Ulama yang tidak asing bagi kita

semua seperti Fathullah Suhaimi, Syeikh Sulaiman Ar-Rasuli, Abu Bakar Muar, Syeikh Ahmad

Khatib al-Minangkabawi, Datuk Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad, Syeikh Abdullah Fahim dan

lain-lain lagi. (Ahmad Fadhli bin Shaari, 2008).

2.2    SEJARAH RINGKAS KAUM MUDA

Dari sudut sejarah, pertumbuhan aliran kaum Muda ini dikatakan bermula pada abad ke-

17 dan 18M iaitu merujuk kepada peranan Muhammad bin Abdul Wahhab (1703-1787) (Nik

Yusri Musa, 2005). Aliran reformasi ini sebenarnya telah bermula ketika kemunculan Ibnu

Taimiyyah (1263-1328) yang disifatkan oleh Profesor Ismail al-Faruqi sebagai "the first and

greatest Muslim reformer" (Mohd. Yusuf Khalid,2013). Perkembangan aliran reformis di

peringkat dunia diwarnai dengan kemunculan beberapa orang tokoh yang dianggap sinonim

dengan gerakan ini. Antaranya ialah Jamaluddin al-Afghani (1838M-1897M), Sheikh

Muhammad Abduh (1849M-1905M) dan Rasyid Redha (1865M-1935M). Pemikiran tokoh-

tokoh ini akhirnya mempengaruhi beberapa orang ulama Melayu yang menuntut di TImur

Tengah pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20.

Dalam konteks Tanah Melayu, gerakan Kaum Muda ini bermula dari selatan iaitu

Singapura seterusnya merebak ke Pantai Barat dan Kelantan merupakan antara lokasi terakhir

yang berjaya diserapi oleh idea-idea Kaum Muda. Di antara tokoh-tokoh yang boleh disifatkan

sebagai kaum muda ialah Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin (1869-1956), Syeikh Muhammad

Salim al-Kalali, Syed Syeikh al-Hadi (1867-1934), Syed Muhammad Aqil dan Haji Abbas Mohd

Taha. Mereka ini bergabung untuk menerbitkan majalah al-Imam (1906-1908) iaitu mirip

majalah al-Manar dari sudut semangat dan prinsipnya. Selain dari mereka, Dr. Burhanuddin al-

Hilmi, Haji Abbas Taha dan Za'ba sendri merupakan tokoh-tokoh pemikir yang mempunyai

serapan pemikiran kaum Muda ini (Nik Yusri Musa, 2005).

2.3    SEJARAH PERTEMBUNGAN KAUM TUA DAN KAUM MUDA

Pertembungan yang berlaku ke atas penganut Mazhab Shafi'i (KAUM TUA) melalui 3

gelombang;

7 AMSH5103 – Isu kontemporari dalam pengajian hadis [ pemikiran kaum muda dan kaum tua ]- Puspa Adam

Page 8: Kepelbagaian Aliran Pemikiran Ulama Di Malaysia

Gelombang pertama berlaku pada tahun 20-an dan 30-an. Pada masa itu gerakan kaum

muda cuba mengemukakan idea-idea baru yang berbeza dengan pegangan sedia ada dalam

masyarakat Melayu yang berpegang kepada Mazhab Shafi'i. Perkara yang ditimbulkan oleh

golongan kaum muda ini menyentuh tentang peranan akal dalam memahami hukum, persoalan-

persoalan hukum ikhtilaf dan tentang bid'ah. Gelombang pertama berlakunya gugatan terhadap

aliran mazhab Shafi'i ialah pada awal abad ke-20 di mana beberapa orang pelajar yang

melanjutkan pelajaran ke Arab Saudi, Mesir dan India telah terpengaruh dengan pemikiran

gerakan Islah di sana.

Hijaz ketika itu dipengaruhi oleh pemikiran Muhammad Abdul Wahab yang mendokong

idea Ibn Taymiyyah dan Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah yang kedua-duanya beraliran Mazhab

Hanbali dalam fiqh. Manakala gerakan Islah di Mesir pula dipelopori oleh Muhd Abduh dan

Rashid Rida yang beraliran Mazhab Hanafi. Gerakan Islah ini cuba menimbulkan kembali idea

ijtihad untuk menyelesai keperluan hukum supaya kembali kepada sumber asal al-Qur'an dan

Sunnah. Dengan seruan kepada ijtihad menolak taqlid yang diamalkan dalam masyarakat .

Aliran pemikiran Islah telah dapat mempengaruhi beberapa orang pelajar antaranya

Sheikh Muhd Tahir bin Jalaluddin al-Azhari yang berkesempatan belajar di Mekah dan Qahirah

yang terpengaruh dengan pemikiran Muhd Abduh dan Rashid Ridha. Manakala pelajar-pelajar

yang belajar di Mekah dan di India ada yang terpengaruh dengan ajaran Sheikh Waliyullah al-

Dahlawi yang dibawa oleh Maulana Ubaidullah al-Sindhi seperti Haji Nik Abdullah, Haji Nik

Mahmud Haji Wan Musa, Hj. Abdul Rahman Haji Nik Mahmud yang beraliran Islah. Pemikiran

Islah ini juga dapat mempengaruhi golongan yang berpendidikan bukan agama, yang membaca

bahan-bahan aliran demikian dari Majalah Islamic Review yang diterbitkan oleh Kamaluddin

Khaja di Waking England dan sumber-sumber lain.

Mereka yang terpengaruh dengan gerakan Islah di Saudi, Mesir dan India telah menyebar

idea mereka kemudiannya di Malaysia. Sheikh Tahir yang bergerak di kawasan utara Pantai

Barat Malaysia telah dapat mempengaruhi Sayyid Sheikh Ahmad al-Hadi, Haji Abbas Mohd

Taha dan Sheikh Mohd Salim al-Kalil. Aliran pemikiran Sheikh Waliyullah al-Dahlawi pula

tersebar di Kelantan dan Terengganu yang dibawa oleh Nik Abdullah, Hj. Nik Mahmud dan Nik

Abdul Rahman.

8 AMSH5103 – Isu kontemporari dalam pengajian hadis [ pemikiran kaum muda dan kaum tua ]- Puspa Adam

Page 9: Kepelbagaian Aliran Pemikiran Ulama Di Malaysia

Gelombang kedua berlaku antara tahun empat puluhan dan enam puluhan. Gelombang

kedua ini adalah sebagai menyambung usaha yang berlaku sebelumnya. Penumpuan kebangkitan

pada waktu ini lebih banyak menumpukan kepada persoalan-persoalan khilafiyyah yang lebih

khusus sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat awam terutamanya dalam

Parti Islam Setanah Melayu ketika itu yang merasa tertekan dengan keadaan yang berlaku.

Timbulnya isu-isu khilafiyyah yang membawa perpecahan di kalangan masyarakat ini

menyebabkan satu ijtima' diadakan untuk membuat satu keputusan dalam isu-isu yang

dibangkitkan.

Akhirnya mereka sepakat memutuskan bahawa persetujuan dicapai terhadap pendirian

ulama-ulama beraliran Mazhab Shafi'i dalam isu-isu yang dibangkitkan. Antara isu-isu yang

dibangkitkan adalah seperti menyebut 'usolli' dalam solat, talqin kematian, tahlil arwah dan

sebagainya. Persoalan khilafiyat ini juga menimbulkan perbincangannya di Kelantan dan

Terengganu. Bagi membendung pemikiran aliran baru dalam isu-isu khilafiyat ini, maka

Jawatankuasa Ulama' Majlis Ulama' Kelantan telah mengeluarkan sebuah buku yang bertajuk

Kitab al-Qawl al-Mufid Li ifadat al-Mustafid, karangan Hj. Muhammad bin Idris iaitu salah

seorang anggota Jawatankuasa Ulama Majlis.

Gelombang ketiga pula berlaku dari tahun 70-an sehingga kini yang dipelopori oleh

golongan muda yang terdedah kepada pengajian di Saudi dan di Indonesia. Gelombang yang

berlaku ini seolah-olah sebagai menyambung pemikiran dan pendekatan golongan kaum muda

sebelumnya. Mereka mempertikai beberapa amalan yang ada dalam masyarakat yang diambil

daripada ulama'-ulama' beraliran Mazhab Shafi'i. Satu gerakan yang berpusat di Kuala Pilah ada

membuat pengisytiharan yang dikeluarkan pada 22hb Julai 1966 dalam memorandum

pertubuhannya berbunyi:

Ahli Sunnah tidak bertaqlid kepada sesuatu mazhab masyhur atau tidak masyhur, tetapi ia boleh

melakukan ittiba' atau mengikut sesuatu pendapat Ulama setelah diketahui keterangannya dengan jelas

daripada Qur'an dan Hadith sahih. Bahawa ahli Sunnah tidak bersandar kepada sebarang mazhab yang

ada dalam negeri ini melainkan kembali kepada Allah dan Rasul-Nya, jadi salahlah orang yang

memperkatakan isu Mazhab Shafi'i itu benar atau semua isi Mazhab Hanafi itu benar dan lain-lainnya.

Kenyataan di atas menunjukkan bahawa golongan ini tidak mengikat diri dengan mana-

mana mazhab yang muktabar yang diiktiraf di dunia Islam dan mazhab Shafi'i di negara ini. 9 AMSH5103 – Isu kontemporari dalam pengajian hadis [ pemikiran kaum muda dan

kaum tua ]- Puspa Adam

Page 10: Kepelbagaian Aliran Pemikiran Ulama Di Malaysia

Mereka beranggapan mereka mempunyai kelayakan yang cukup untuk berijtihad mutlak, seperti

imam-imam yang muktabar, kerana ulama' itu adalah manusia dan mereka juga manusia tidak

ada bezanya (Zamihan al-Ghari, 2007).

Berijtihad tanpa asas ilmu yang lengkap dari sudut ilmu utama syariah dan ilmu

pelengkap dalam Bahasa Arab serta tidak terikat dengan kaedah Usul al-Fiqh boleh membawa

kepada penyelewengan dan kesesatan dari kebenaran. Hal ini dapat dilihat bibit-bibitnya pada

masa kebelakangan ini dengan kemunculan kelompok liberal yang tidak mahu terikat dengan

kaedah epistemologi Islam dan kaedah usulnya dalam memahami Qur'an dan Sunnah yang

akhirnya membawa kepada kecelaruan tafsiran terhadap sumber-sumber dan ajaran-ajaran Islam.

2.4 ISU-ISU PERDEBATAN KAUM TUA DAN KAUM MUDA

Kebanyakan isu-isu ini terjadi sekitar perbahasan Khilafiyyah kebanyakannya. Antara

contoh-contoh yang dapat diketengahkan:

Talqin :

Haji Wan Musa dan anaknya Haji Nik Adullah tidak sependapat dengan para ulama di

zamannya yang mengatakan talqin itu sunat. Bagi beliau dan ulama-ulama kaum Muda yang

lain, tidak ada nas yang memerintahkan supaya dibaca talqin kepada

jenazah    di    tanah    perkuburan. Hal ini bertentangan dengan ulama-ulama yang lain di masa

itu. Untuk memuaskan hatinya, beliau sendiri menulis surat kepada Sayid Muhammad Rashid

Redha meminta pandangannya mengenai hukum talqin.Pada jawapannya, Rashid Redha

menulis:

بل األصحاب وال السنية يثبت حديث فيه يرد ولم بسنة ليس البرماوى ذكره ما

لم ضعيف واحد حديث فيه ورد وإنما حسن وال صحيح حديث التلقين في يرد لم

السنن وال الصحاح أصحاب يخرجه

Maksud :

10 AMSH5103 – Isu kontemporari dalam pengajian hadis [ pemikiran kaum muda dan kaum tua ]- Puspa Adam

Page 11: Kepelbagaian Aliran Pemikiran Ulama Di Malaysia

Keterangan - keterangan yang disebut oleh al-Barmawi itu tidaklah kerana tidak ada satu hadith pun

mensabitkan talqin itu sunat atau tidak oleh para sahabat, bahkan tidak ada satu hadith sahih atau

hassan mengenai talqin. Hanya satu hadith yang dhaif (yang ada di dalam masalah talkin ) tidak

dikeluarkan oleh pengumpul - pengumpul hadith sahih dan sunan.

Sekiranya ditinjau pada pandangan golongan salaf, talqin dikatakan makruh kerana tidak

mendatangkan sebarang faedah berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud : "Apakah

Aku akan mencari Tuhan selain Allah, padahal dia adalah Tuhan bagi segala sesuatu. dan

tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri;

dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah

kamu kembali, dan akan diberitakanNya kepadamu apa yang kamu perselisihkan."

(al-An'am 6 : 64)

Manakala sebahagian ahli ilmu dan Imam Syafie sendiri berpandangan bahawa talqin

diharuskan berdasarkan hadis daripada al-Tabrani yang meriwayatkan dari Abi Amamah bahawa

dia menyuruh supaya ditalkinkan  mayat.(Ridzuan Ahmad,2012)

Talfiq :

Talfiq mazhab di mana Haji Wan Musa telah mengemukakan pendapatnya kepada Yang

Mulia Tengku Ibrahim (yang kemudiannya menjadi Sultan Kelantan : 1944-1960) bahawa umat

Islam boleh memelihara dan memegang anjing tanpa disamak bekas air mulutnya kiranya perlu

bagi menjaga keselamatan rumah tangga. Pandangan beliau ini yang didorong oleh anaknya Nik

Abdullah mencetuskan polemik hebat mengenai isu jilatan    anjing    pada    masa    itu. Pada

tahun 1937, satu perbahasan terbuka telah diadakan oleh Raja Kelantan di Istana Seri Cemerlang.

Haji Wan Musa, Haji Abbas Taha dan Dr. Buhanuddin al-Hilmi. Pihak Haji Wan Musa

menafsirkan ayat al-Quran di dalam surah al-Baqarah, ayat 233 yang bermaksud : Tidaklah

diberatkan seseorang melainkan menurut    kemampuannya.

Oleh yang demikian, mereka mengeluarkan pandangan yang kontroversi itu. Perdebatan yang

berlangsung itu berakhir dengan masing-masing kekal dengan hujah. Sultan Kelantan

menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan sendiri menurut pemerhatian mereka.

Sekalipun Kaum Muda memberikan hujah yang agak mantap dengan bantuan ulama-ulama dari

11 AMSH5103 – Isu kontemporari dalam pengajian hadis [ pemikiran kaum muda dan kaum tua ]- Puspa Adam

Page 12: Kepelbagaian Aliran Pemikiran Ulama Di Malaysia

luar Kelantan, teori yang mereka utarakan sebenarnya tidak mendapat sambutan dari masyarakt.

Ini boleh dilihat sehingga ke hari ini boleh dikatakan tidak ada di kalangan umat Islam di

Kelantan yang memelihara anjing sebagaimana keharusannya yang didakwa oleh Kaum Muda.

Bina Masjid dari Zakat Fitrah :

Haji Wan Musa tidak sependapat dengan keputusan Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat

Negeri Kelantan yang hendak membina Masjid Muhammadi Kota Bharu dari wang kutipan zakat

fitrah. Beliau menentang keputusan Jemaah Ulama' Majlis kerana beliau berpendapat bahawa

zakat fitrah adalah hak kepada oang-orang miskin. Beliau berdasarkan ayat 60 dari surah al-

Taubah yang bermaksud : Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir,

orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dipujuk hatinya, untuk

(memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka

yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah

Maha mengetahui lagi    Maha    Bijaksana. Haji Wan Musa menyatakan bahawa berdasarkan

ayat ini tidak terdapat nas yang jelas yang mengharuskan pembinaan masjid dengan

menggunakan duit zakat. Bagaimanapun Kaum Tua menegaskan bahawa pembinaan masjid

diharuskan dengan duit zakat fitrah berdasarkan keumuman frasa iaitu di jalan Allah.

Masalah usalli :

Haji Wan Musa yang mewakili kaum muda berpendapat bahawa kalimah usalli ketika

hendak mengerjakan solat adalah tidak sunat berdasarkan hadis Bukhari yang bermaksud :

"Apabila kamu berdiri untuk sembahyang hendaklah kamu takbir.."

Berasaskan pemikiran kaum muda maka amalan-amalan berikut hukumnya bida'ah

mengikut penilaian mereka, antaranya :

Menentukan bilangan minima jamaah sembahyang Jumaat seramai 40 orang.

Melakukan sembahyang Zuhur selepas sembahyang fardu Jumaat sebagai Ihtiyat.

Azan pertama pada hari Jumaat.

Mengucap perkataan 'Sayyidina' dalam selawat atas Nabi SAW.

Berdiri ketika membaca marhaban atau selawat.

Sembahyang sunat qabliyyah Jumaat.

12 AMSH5103 – Isu kontemporari dalam pengajian hadis [ pemikiran kaum muda dan kaum tua ]- Puspa Adam

Page 13: Kepelbagaian Aliran Pemikiran Ulama Di Malaysia

Kenduri dan tahlil kematian.

Membuat bubur ashura pada hari sepuluh bulan Muharram.

Sembahyang tarawih 20 rakaat.

Berdoa selepas sembahyang.

Membaca qunut sembahyang subuh.

Sembahyang Tasbih.

Selain itu terdapat juga beberapa amalan masyarakat yang diikuti mengikut tafsiran imam

Shafi'i yang dianggap tidak tepat dengan kehendak nas pada pandangan mereka. Antaranya :

Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan membatalkan wudhu'. Namun, bagi mereka

tidak membatalkan wudhu.

Ma'mum membaca Fatihah dalam solat untuk sah solatnya sekalipun dia berimam. Bagi

mereka tidak perlu membaca.

Membasuh siku harus dimulakan dari atas atau bawah. Bagi mereka membasuh siku

mesti dimulai dari tangan.

Membaca Fatihah dimulai dengan Bismillah, bagi mereka dimulai dengan al-

Hamdulillah.

Menyamak bekas jilatan anjing. Bagi mereka tidak wajib disamak.

3.0    TOKOH-TOKOH

3.1    KAUM TUA.

3.1.1 Abu Bakar Muar – benteng pertahanan kaum tua.

Nama lengkapnya ialah Haji Abu Bakar bin Haji Hasan al-Muari bin Haji Ahmad bin

Anggak bin Datuk Sijo Bukit Moh, Muar Bandar Maharani, Johor. Beliau dilahirkan pada tahun

1292 Hijrah/1875 Masihi, dan meninggal pada tahun 1357 /1938 . Selama 34 tahun beliau berada

di Mekah untuk menuntut ilmu, iaitu ketika usianya enam tahun (1881 M/1299 H.) dan pulang

ke tanah air pada tahun 1915.Ulama yang paling rapat dengannya ialah Syeikh Ahmad bin

Muhammad Yunus Lingga. Abu Bakar al-Muari adalah Qadi Muar dan pernah menjadi Mufti

Johor, selama seminggu sahaja. Bersama-sama Abdullah bin Isa, Syed Abdul Qadir bin

13 AMSH5103 – Isu kontemporari dalam pengajian hadis [ pemikiran kaum muda dan kaum tua ]- Puspa Adam

Page 14: Kepelbagaian Aliran Pemikiran Ulama Di Malaysia

Muhammad, Abdus Syukur bin Ismail, Yusuf bin Muhammad, Syed Muhammad bin Othman

bin Yahya, Haji Muhammad Yunus bin Haji Ibrahim dan Haji Abu Bakar bin Haji Hasan,

mereka menggubal `Undang-Undang Jam`iyah Percadangan'.

Abu Bakar merupakan benteng pertahanan Kaum Tua, sedangkan Syeikh Tahir

Jalaluddin adalah pelopor pergerakan Kaum Muda. Abu Bakar juga mengarang risalah menolak

pendapat Hasan Bandung. Sebuah karyanya di dalam bahasa Arab menolak beberapa pendapat

Sayid Rasyid Ridha, ulama Mesir, tokoh reformis yang sangat terkenal. Karya-karya Abu Bakar

Muar yang bercorak polemik dengan Syeikh Tahir Jalaluddin yang telah ditemui ialah Taman

Persuraian, ditulis pada 6 Ramadan 1346 Hijrah/1927 Masihi di Muar, Bandar Maharani.

Kandungannya menyatakan tentang sunat sembahyang ba'diyah Jumaat dan qabliyahnya. Ia

membatalkan perkataan Syeikh Thahir Jalaluddin al-Minangkabawi, guru Madrasah Al-Haji

Taib Parit Jamil Muar yang mengatakan sembahyang qabliyah itu bidaah.(Wan Mohd. Shaghir

Abdullah, 2008).

3.1.2 Saiyid Alwi bin Thahir al Haddad

Nama lengkapnya ialah Datuk Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad bin Abdullah bin Thaha

Abdullah bin Umar bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ahmad bin Abi Bakar Abu Thahir al-

Alawi asy-Syarif al-Huseini. Sampai nasabnya kepada Saidina Ali bin Abi Thalib yang kahwin

dengan Saidatina Fatimah binti Nabi Muhammad s.a.w. Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad lahir

di Bandar Qaidun, Hadhramaut, Yaman pada 14 Syawal 1301 H/7 Ogos 1884 M (Nik Yusri

Musa, 2005).

Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad bertugas sebagai Mufti Kerajaan Negeri Johor dari

tahun 1934 – 1961. Mengenai nama ini hendaklah diperhatikan bahawa pada hujung nama sama-

sama menggunakan 'al-Haddad'. Jadi bererti ada dua orang keturunan 'al-Haddad' yang pernah

menjadi Mufti Kerajaan Johor. Saiyid Alwi al-Haddad ialah seorang ulama yang berpendirian

keras dan tegas mempertahankan hukum syarak. Gaya berhujah dan penulisannya banyak

persamaan dengan yang pernah dilakukan oleh Saiyid Utsman bin Abdullah bin Aqil bin Yahya

al-Alawi, Mufti Betawi. Saiyid Alwi al-Haddad selain menyanggah pendapat dan pegangan

14 AMSH5103 – Isu kontemporari dalam pengajian hadis [ pemikiran kaum muda dan kaum tua ]- Puspa Adam

Page 15: Kepelbagaian Aliran Pemikiran Ulama Di Malaysia

Syeikh Ahmad bin Muhammad as-Surkati yang lebih keras dibantahnya ialah A. Hassan bin

Ahmad Bandung (Nik Yusri Musa, 2005).

Sebenarnya apabila kita meninjau sejarah pergolakan Kaum Tua dan Kaum Muda dalam

tahun 1930-an itu dapat disimpulkan bahawa semua golongan 'Kaum Tua' menolak pemikiran A.

Hassan Bandung itu khususnya Kerajaan Johor yang muftinya ketika itu Saiyid Alwi al-Haddad

yang mengharamkan karya-karya A. Hassan Bandung di Johor. (Nik Yusri Musa, 2005)

3.2 KAUM MUDA

3.2.1 Syed Syeikh al Hadi

Beliau adalah reformis Islam yang ulung di Tanah Melayu yang memainkan peranan

penting dalam memajukan sistem pendidikan negara, khususnya agama Islam. Ini termasuk

sumbangannya memajukan pendidikan agama di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti

Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Tokoh berketurunan Arab yang lahir di Kampung Ulu

Melaka pada tahun 1867 ini dikenali sebagai pelopor yang menyalurkan pemikiran dan falsafah

perjuangan Kaum Muda. Hasil perjuangan itu, lahirlah sistem pengajian madrasah di Tanah

Melayu. 

Pengasas Kaum Muda terdiri daripada Syed Syeikh Al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaluddin.

Mereka menganggap ajaran Islam harus menerima idea dan falsafah barat agar umat Islam

mendapat kemajuan setanding dengan orang lain. Oleh itu, amalan sistem pengajian pondok

yang mementingkan amalan keakhiratan saja mungkin ketinggalan zaman. Sistem pengajian itu

juga memberi saingan kepada sistem pendidikan sekular yang dianjurkan oleh pejajah British.

Sebaliknya sistem itu bertujuan melahirkan pelajar yang alim, berilmu, bertanggungjawab

kepada diri, agama dan bangsa. Perjuangan Syed Syeikh dalam penyebaran dakwah Islam dan

sistem pendidikan semakin ketara dalam usaha mendirikan Madrasah Al-Iqbal pada tahun 1907

di Selegie Road, Singapura. Madrasah Al-Iqbal didirikan untuk mengembangkan Islam,

menyalurkan pemikiran menentang khurafat, membangunkan kembali sikap kritis umat Islam

terhadap perubahan sekitar, khususnya kemodenan Barat. Walau bagaimana pun, madrasah Al-

Iqbal kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat Islam dan dipindahkan ke Pulau

Penyengat, Riau Lingga.

15 AMSH5103 – Isu kontemporari dalam pengajian hadis [ pemikiran kaum muda dan kaum tua ]- Puspa Adam

Page 16: Kepelbagaian Aliran Pemikiran Ulama Di Malaysia

Pada tahun 1916 Syed Syeikh Al-hadi kembali ke Melaka dan mendirikan Madrasah Al-

Hadi di Bandar Kaba pada tahun 1917. Syed Syeikh Al-Hadi yang mendapat pendidikan agama

dan akademik di Mesir mengunakan bahasa pengantar Arab di madrasah itu. Madrasah Al-Hadi

telah menghadapi beberapa masalah. Di antaranya termasuklah masalah kewangan, pentadbiran,

ketiadaan guru berkelayakan dan fenomena pemikiran masyarakat sekitar yang masih kolot.

Ekoran daripada pelbagai masalah yang sering dihadapi menyebabkan Syed Syeikh Al-Hadi

menutup madrasah itu pada tahun 1918. Sebab penutupan madrasah itu ialah pertentangan antara

Kaum Muda dan Kaum Tua di Melaka. Selain itu, golongan anti Kaum Muda di Melaka turut

memulau syarahan Syed Syeikh Al-Hadi. Pada tahun 1919, beliau berhijrah ke Pulau Pinang.

Pertentangan di antara Kaum Muda dan Kaum Tua telah mencetuskan pergaduhan. Syed Syeikh

Al-Hadi meninggal dunia pada Februari 1934 di Pualu Pinang.

3.2.2 Abu Bakar al- Baqir

Abu Bakar bin Mohd Said dilahirkan pada tahun 1907 di Gunung Semanggol. Al-Baqir

yang bermakna "amat pintar" adalah gelaran yang diberikan oleh gurunya kerana kepintarannya

dalam pelajaran sejak kecil lagi. Sehingga kini beliau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Abu

Bakar Al-Baqir. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu

Gunung Semanggol dan pada tahun 1919 di Pondok Ar-Rahmaniah. Pada tahun 1924 di Pondok

Da'irat Al-Ma'arif, Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir meneruskan

pelajaran agama di Pondok Idrisiah, Kuala Kangsar dan kemudian menjadi ustaz pelatih di

sekolah tersebut.

Penglibatannya dalam persatuan-persatuan inilah yang menyebabkan Ustaz Abu Bakar

Al-Baqir amat rapat dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan pemimpin PKMM,

Dr. Burhanuddin Al-Helmy. PKMM ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di lpoh, Perak. Usaha

pembaharuan pada akhir tahun 1920an, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah membuka kelas

pendidikan Islam bernama Kanzal Ma'arif. Berlainan dengan sistem menadah kitab yang

diamalkan pada masa itu, kelas-kelas ini memperkenalkan sistem perbincangan dan perbahasan

bahan-bahan pengajian ilmu pengetahuan. Pada peringkat ini juga Ustaz Abu Bakar Al-Baqir

telah terdedah dengan pemikiran Kaum Tua dan Kaum Muda. Disebabkan pengaruh gurunya

serta pendedahan beliau di madrasah-madrasah yang digerakkan oleh gerakan Islah yang

mewakili Kaum Muda, beliau lebih cenderung ke arah pendekatan pembaharuan.

16 AMSH5103 – Isu kontemporari dalam pengajian hadis [ pemikiran kaum muda dan kaum tua ]- Puspa Adam

Page 17: Kepelbagaian Aliran Pemikiran Ulama Di Malaysia

4.0 SUDUT POSITIF DAN NEGATIF KEPELBAGAIAN ALIRAN DI MALAYSIA

DAN PENERIMAAN MASYARAKAT.

4.1 Sudut Positif

Tidak dinafikan bahawa kepelbagaian aliran pemikiran ulama mempunyai sudut pandangan

positif antaranya ialah dengan kepelbagaian aliran pemikiran ulama di Malaysia mampu

melahirkan pelbagai idea dan pandangan positif tentang sesuatu perkara. Masyarakat akan

menilai pemikiran yang pelbagai dan mengambil pandangan yang positif sebagai panduan.

Kepelbagaian aliran ini juga akan membuka ruang ke arah perkembangan ilmu pengetahuan.

Masyarakat akan memberi pelbagai pandangan dan membuat kajian mengenai sesuatu isu yang

diketengahkan. Keadaan ini akan menjadikan masyarakat lebih berilmu dan matang dalam

membicarakan sesuatu isu.

4.2 Sudut Negatif

Tidak dinafikan bahawa kesatuan umat Islam yang utuh merupakan asas utama kepada

keharmonian dan kekuatan umat Islam sejak zaman berzaman. Oleh itu, perpecahan dan kacau

bilau dalam masyarakat Islam adalah menjadi sebab utama kepada kelemahan dan kemunduran

umat Islam. Di antara punca-punca utama yang mengundang perpecahan dan ketidaksepakatan

umat Islam masa dulu dan kini ialah salah faham terhadap konsep mazhab fiqh serta kejahilan

sebab-sebab yang mengundang kepada perselisihan pendapat ulama dalam isu-isu fiqh. ( Saadan

Mat, 2009)

Kesan negatif lain contohnya sikap keterlaluan reformis dalam memberi perhatian kepada

sesuatu aspek perjuangan sehingga terlajak dari batas-batas yang sepatutnya. Akibatnya,

reformasi itu sendiri membawa masalah baru di samping tidak mampu menyelesaikan masalah

lama. Yusuf al-Qaradawi dalam karyanya al-Ijtihad al-Mu‘asir, ada menyebut beberapa

kesalahan umum dalam melakukan ijtihad kontemporari sebagai salah satu dari agenda islah.

Antara kesalahan-kesalahan tersebut ialah kurang memahami realiti dan keterlaluan dalam

memberi perhatian kepada sesuatu persoalan. Cara terbaik bukanlah menyogok masyarakat

17 AMSH5103 – Isu kontemporari dalam pengajian hadis [ pemikiran kaum muda dan kaum tua ]- Puspa Adam

Page 18: Kepelbagaian Aliran Pemikiran Ulama Di Malaysia

dengan fatwa-fatwa baru yang kontroversial, tetapi sebaliknya mendidik masyarakat secara

sederhana ke arah perubahan paradigma tentang konsep hukum dan pemikiran fiqh itu sendiri.

( Saadan Mat, 2009)

Dalam sejarah Islam, ramai reformis yang menjadi korban kepada langkah atau gerakan

reformasi yang mereka anjurkan sendiri. Sebab yang paling utama ialah tabiat semulajadi

manusia yang sukar untuk berubah. Di samping itu, perubahan juga biasanya mengancam

kedudukan pihak-pihak tertentu, dan kerana itu ia ditentang sama ada dipercayai tidak benar atau

sebaliknya. Daripada fahaman ini maka terbentuklah pengikut-pengikut yang taksub kepada

satu-satu aliran, akhirnya ketaksuban ini menghalang perpaduan ummah.

Kuwujudan pelbagai aliran pemikiran ini juga menimbulkan kekeliruan kepada

masyarakat awam dalam memahami agama. Perkara ini mendatangkan kesan yang lebih

memudharatkan berbanding kebaikan. Golongan ulama dan umara seharusnya menjalankan

tanggungjawab masing-masing dalam menangani masalah ini. Siasah negara juga tergugat

dengan pengikut-pengikut aliran fahaman yang taksub tetapi tanpa ilmu pengetahuan yang

kukuh.

4.3 Penerimaan Masyarakat

4.3.1 Penerimaan terhadap kaum tua.

Sumbangan ulama kaum tua dalam memartabatkan ajaran Islam dalam masyarakat adalah

besar dan meliputi sumbangan kepada golongan pemerintah dan masyarakat umum. Sungguhpun

ulama' tradisional mengambil Mazhab Shafi'i sebagai asas dalam tafsiran hukum dan fatwa

bukanlah bermakna mereka tidak berijtihad, tetapi ijtihad mereka masih berada dalam kerangka

mazhab dan menggunakan kaedah Usul al-fiqh.(Nor Hasanuddin,2012)

Mungkin ijtihad mereka sangat menyumbang kepada perkembangan perundangan negara

pada peringkat awal ialah pengkanunan undang-undang Islam untuk keperluan pelaksanaan

pemerintah dimulai dengan Kanun Melaka pada 1444, kemudian diikuti dengan negeri-negeri

lain seperti Pahang, Kedah dan lain-lain. Demikian juga ijtihad mereka dalam memilih amalan-

18 AMSH5103 – Isu kontemporari dalam pengajian hadis [ pemikiran kaum muda dan kaum tua ]- Puspa Adam

Page 19: Kepelbagaian Aliran Pemikiran Ulama Di Malaysia

amalan kerohanian untuk mengukuh hubungan masyarakat dan sosial seperti zikir-zikir kematian

dan talqin, upacara-upacara keagamaan seperti mengingati kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.,

tahun baru Islam, hari Asyura dan lain-lain.

Selain itu mereka mempunyai semangat kebangsaan yang tinggi. Hal ini dapat dilihat

dalam usaha mereka mengembangkan bahasa Melayu dengan huruf Arab dalam bidang

penyampaian ilmu dan pentadbiran negara, mereka juga amat menghormati budaya bangsa

dalam berpakaian dan berda'wah . Mereka tidak membawa balik budaya Arab dalam berpakaian,

tetapi melahirkan bentuk pakaian Islam yang bercorak budaya Melayu, seperti baju Melayu

misalnya dan tidak membawa purdah untuk wanita. Mereka tidak menyekat wanita dari terlibat

dalam kegiatan masyarakat sama ada untuk kepentingan duniawi seperti dalam ekonomi,

pertanian dan perusahaan, begitu juga dalam sosial seperti gotong-royong dalam majlis kenduri,

perayaan-perayaan keagamaan dan menyelesaikan keperluan masyarakat. Mereka juga tidak

disekat daripada terlibat dalam kegiatan keilmuan dan kegiatan kerohanian seperti menghadiri

majlis-majlis agama dan solat berjama'ah di masjid.

Sumbangan ulama kaum tua dalam pembentukan budaya dalam masyarakat juga tidak

dapat dinafikan. Budaya dalam majlis perkahwinan umpamanya, aspek agama turut diterapkan

dan juga budaya seperti hiburan selawat dan paluan rebana diperkenalkan, majlis persandingan

diadakan sebagai satu bentuk pengisytiharan perkahwinan dan persediaan jamuan makan serta

buah tangan untuk tetamu. Demikian juga dalam pertukangan, perubatan, perbomohan dan

perbidanan, ilmu mempertahankan diri, budaya berkhatan anak serta majlis khatam al-Qur'an.

Karya-karya penting seperti Tafsir Baidawi, Ihya' Ulum al-Din yang diberi judul Siyar

al-Salikin, Bidayah al-Hidayah dengan tajuk Hidayah al-Salikin karya Abdul Samad al-

Falanbangi, demikian juga kitab-kitab lain seperti Matlaat Badrain, furu' al-Masail oleh Sheikh

Dawud dan lain-lain. Manakala karya dalam bahasa Arab pula didapati Tafsir al-

Qur'an dan Maraqiy al-Ubudiyyahulasan Bidayat al-Hidayah karya Sheikh al-Nawawi al-Jawi.

Dalam perundangan, mereka turut memberi sumbangan dalam bentuk susunan Kanun

untuk pentadbiran keadilan pemerintah yang berbeza dengan penulisan buku-buku fiqh. Ulama

kaum tua mengambil mazhab Shafi'i sebagai asas tafsiran hukum untuk kegunaan pemerintah

dan masyarakat awam. Melalui pendekatan ini, memudahkan masyarakat memahami Islam dan

19 AMSH5103 – Isu kontemporari dalam pengajian hadis [ pemikiran kaum muda dan kaum tua ]- Puspa Adam

Page 20: Kepelbagaian Aliran Pemikiran Ulama Di Malaysia

memudahkan pemerintah melaksanakan Islam di peringkat negara. Dalam amalan keagamaan

juga dari sudut fiqh umumnya berasaskan mazhab Shafi'i dan dalam kerohanian dan tasawwuf

diambil pemikiran al-Ghazali dan al-Nawawi.

Hasil daripada usaha ulama kaum tua yang menggunakan pendekatan dakwah

mendampingi pemerintah dan rakyat telah memberi kesan yang sangat besar terhadap Islam dan

pembangunan umat. Islam dapat bertapak dalam pemerintahan, bahasa Melayu dan budaya

Melayu dapat menjadi alat perpaduan. Begitu juga tafsiran Islam yang seragam dalam bidang

hukum di peringkat pemerintah dan rakyat dapat mengukuhkan perpaduan umat dan

memudahkan pemerintah melaksanakannya. Umat Melayu bersatu menjadi umat yang kuat,

menjadi tonggak kepada kedaulatan negara dan Islam dijadikan agama negara serta turut menjadi

salah satu daripada ciri-ciri orang Melayu.

Pendekatan penyebaran ilmu yang diasaskan oleh ulama kaum tua diwarisi oleh ulama-

ulama kemudian yang terdidik di Al-Azhar dan Mekah dengan meneruskan pegangan amalan

hidup keagamaan kepada mazhab Shafi'i dan menggunakan ijtihad dalam perkara-perkara yang

diperlukan oleh masyarakat berasaskan kerangka mazhab mu'tabar dan kaedah usul al-fiqh.

4.3.2 Penerimaan terhadap aliran pemikiran kaum muda.

Terdapat golongan masyarakat yang menerima aliran pemikiran kaum muda contohnya

Jemaah al-Quran Malaysia dan Sisters in Islam. Bagi golongan ini, pada masa sekarang,

pemahaman terhadap ajaran Islam boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang mampu memahami

bahasa Inggeris, khususnya  dengan membaca bahan rujukan ajaran Islam yang dihasilkan oleh

sarjana barat. Kemudiannya menolak hadith Rasulullah sebagai salah satu sumber hukum Islam

yang berautoriti bagi  memperincikan kandungan al Quran. Hadith bagi mereka adalah ciptaan

ulama Islam pada abad  kedua hijrah yang dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. sebagai cara

untuk mendapatkan pengesahan autoritinya.(Basri Ibrahim, 2010)

Contoh lain ialah penganut fahaman Liberalis, berasal daripada Indonesia, yang

menyebarkan  fahaman  mereka  kepada  penganut  Islam  di Malaysia. Walaupun pengaruh

fahaman ini belum mendapat perhatian daripada penganut Islam di Malaysia, terdapat

20 AMSH5103 – Isu kontemporari dalam pengajian hadis [ pemikiran kaum muda dan kaum tua ]- Puspa Adam

Page 21: Kepelbagaian Aliran Pemikiran Ulama Di Malaysia

kebimbangan  sesetengah  pihak  bahawa  ianya  akan  turut dipegang oleh penganut Islam di

Malaysia. Paradigma golongan ini lebih berupa penggunaan alat analisis terhadap permasalahan

umat Islam semasa, yang secara terang-terangan mencabar metodologi  sarjana Islam silam

(pandangan bermazhab) dan terpengaruh dengan metodologi barat era pasca-kolonialisme.(Hafiz

Hamzah,2004)

Antara isu yang dibangkitkan dalam penganut fahaman ini ialah isu penentangan

terhadap pendekatan teokrasi, iaitu kepentingan mewujudkan fahaman tajdid Islam baru yang

gagal disentuh secara bijak oleh ulama Islam silam, isu cabaran tafsiran ulama silam, khususnya

dalam bidang tafsir al Quran dan isu pluralism agama, yang menganggap semua agama adalh

sama di sisi tuhan dan boleh membawa kesejahteraan kepada umat manusia.

5.0 CADANGAN PENYELESAIAN KEPADA KEADAAN NEGATIF KEPELBAGAIAN

METHOD DAN ALIRAN ULAMA DI MALAYSIA.

Menurut al-Qaradawi, umat Islam perlu menunjukkan sikap yang baik di dalam berdepan

dengan perbezaan pendapat dalam aliran pemikiran, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh

generasi awal Islam terdahulu. Antara sikap yang dicadangkan beliau dalam menghadapi

perbezaan pendapat ialah:

Menerima Perbezaan Pendapat Sebagai Satu Perkara Daruri.

Umat Islam perlu menerima perbezaan pendapat dalam perkara cabang fiqh, sebagai satu

perkara daruri dan penting, bahkan merupakan realiti yang tidak dapat dielakkan. Jangan cuba

menghapuskannya atau menyempitkan ruang lingkupnya.

Menerima Perbezaan Pendapat Sebagai Satu Rahmat

Umat Islam perlu menerima perbezaan pendapat dalam perkara cabang fiqh, sebagai satu

rahmat dan keluasan. Mereka boleh memilih pendapat yang paling kuat. Apalagi Allah S.W.T

mensyariatkan hukum untuk menegakkan maslahah para hambaNya di dunia dan juga Akhirat.

Menerima Perbezaan Pendapat Sebagai Satu Perbendaharaan

Umat Islam perlu menerima perbezaan pendapat sebagai satu perbendaharaan. Perbezaan

pandangan ijtihad mengaya, memperkembang dan juga meluaskan lagi khazanah fiqh. Ini

memandangkan setiap pendapat berdasarkan kepada dalil-dalil dan perkiraan-perkiraan syarak

yang dicetuskan oleh akal-akal manusia yang berwibawa, yang berijtihad, mengeluarkan hukum,

21 AMSH5103 – Isu kontemporari dalam pengajian hadis [ pemikiran kaum muda dan kaum tua ]- Puspa Adam

Page 22: Kepelbagaian Aliran Pemikiran Ulama Di Malaysia

membuat perbandingan, mengadakan penilaian, membuat perseimbangan dan pemilihan,

seterusnya mengemukakan asas-asas, meletakkan kaedah-kaedah dan mewujudkan berbagai

cabang dan permasalahan. (Basri Ibrahim, 2010)

Umat Islam perlu menunjukkan sikap yang baik di dalam berdepan dengan perbezaan

pendapat dalam aliran pemikiran, panduan mengenai adab-adab berselisih faham, antaranya

ialah:

Berlaku Adil Kepada Orang Yang Tidak Sehaluan

Orang Islam yang sebenar ialah yang menghukum berdasarkan kepada keadilan dan berlaku

adil kepada semua orang, baik yang baik mahupun yang jahat, baik yang Islam mahupun yang

bukan Islam, baik yang dekat mahupun yang jauh dan baik kawan mahupun lawan.

Bekerjasama Di Dalam Perkara Yang Disepakati

Aliran-aliran pemikiran yang berbeza ini, tidak berselisih pendapat di dalam semua perkara.

Mereka hanya berselisih pendapat dalam beberapa isu tertentu, tetapi bersepakat di dalam isu

lain dan ini sudah menjadi satu sunnah Allah ke atas para makhlukNya.

Berdialog Dengan Cara Yang Baik

Umat Islam diperintahkan supaya sentiasa berdialog dengan golongan yang tidak sehaluan,

hatta dalam perkara akidah. Kalau dialog boleh dilakukan dalam perkara usul, bagaimana ia

tidak boleh dilakukan dalam perkara cabang fiqh? Umat Islam diperintahkan berdialog dengan

menggunakan cara yang terbaik, uslub yang paling utama dan ungkapan yang paling lembut.

Mengadakan dialog serta perbincangan yang tertutup bagi ahl-ahli kumpulan ini bagi

memastikan mereka benar-benar mengikut syariah yang telah ditetapkan serta memastikan

mereka tidak menganggu ketenteraman awam. (Basri Ibrahim, 2010)

Memberi pendedahan yang berterusan kepada rakyat mengenai wujudnya aliran pemikiran

ulama yang berbeza di Malaysia. Pendedahan sebegini penting supaya mereka mengenali

pengamal aliran yang berbeza dan bersedia menghadapi situasi begini serta tidak mudah

terpedaya. Program yang boleh dilaksanakan antaranya kursus-kursus atau bengkel-bengkel

yang berkaitan dengan aliran pemikiran kaum tua dan muda. Memantau serta mengawal

22 AMSH5103 – Isu kontemporari dalam pengajian hadis [ pemikiran kaum muda dan kaum tua ]- Puspa Adam

Page 23: Kepelbagaian Aliran Pemikiran Ulama Di Malaysia

pergerakan kumpulan-kumpulan aliran supaya tidak menyebarkan pemikiran mereka yang

bertentangan dengan aliran ahli sunnah wal jamaah.

PENUTUP

Kepelbagaian method dan aliran ulama di Malaysia adalah satu fenomena yang

berterusan dan tidak mampu bagi umat Islam ketika ini untuk mewujudkan satu aliran yang

boleh diikuti oleh umat Islam seluruhnya. Perbezaan ini kadang-kala menimbulkan ketegangan

dan perselisihan yang sememangnya tidak dibenarkan dalam syariah Islam. Kewujudan aliran

pemikiran yang ekstrem dan mendakwa mereka paling benar boleh menggugat keharmonian dan

ketenteraman umat Islam. Menurut Feisal Abdul Rauf (2004), pemikiran Islam yang ekstrem

menakutkan golongan bukan Islam dan perkara ini merugikan dakwah Islamiyah.

Umat Islam di Malaysia yang sekian lama disuburkan dengan aliran Ahli Sunnah

Waljamaah dan mazhab Syafie menjadi sedikit terganggu dan tidak kurang sebahagian kecil

umat Islam dipengaruhi oleh aliran yang ini. Peningkatan ilmu agama berteraskan al-Quran dan

As Sunnah serta pendedahan yang meluas mengenai kepelbagaian aliran pemikiran ulama-ulama

ini dilihat sebagai kaedah terbaik untuk mewujudkan keharmonian dan ketenteraman berterusan

umat Islam khususnya di Malaysia.

23 AMSH5103 – Isu kontemporari dalam pengajian hadis [ pemikiran kaum muda dan kaum tua ]- Puspa Adam

Page 24: Kepelbagaian Aliran Pemikiran Ulama Di Malaysia

BIBLIOGRAFI

Ahmad Faidzurrahim. (2013). Darah Wahabi. Yamani Angle Sdn. Bhd.24

Basri Ibrahim. (2010). Perbezaan pendapat dalam perkara cabang fiqh: analisis terhadap pandangan al Qardhawi. Jurnal Syariah, Jil. 18, Bil. 1 (2010) .191-228

Feisal Abdul Rauf. (2004). What’s right with Islam. Harpersan Francisco. 251

Hafiz Hamzah. (Oktober,2004). Jamaluddin al Afghani – Pencetus reformasi perpaduan ummah. Al Islam. Utusan karya Sdn. Bhd.26-27

Muhammad Yusuf Khalid. (2013). Wahabi sesatkah mereka (Hersi Mohamad Hilole, Terj). PTS Millenia Sdn. Bhd. 20

Nik Yusri Musa. (2005). Prosiding Nadwah Ulama 3. Bangi: Fakulti Pengajian Islam UKM.538

Tiada Pengarang. (Januari,2004). Ulama wahhabi – kafirkan orang Islam bertaubat. Al Islam. Utusan karya Sdn. Bhd. 6

Ridzuan Ahmad. (2012). Fiqh Imam Syafie. PTS Millenia Sdn. Bhd. 170-171

24 AMSH5103 – Isu kontemporari dalam pengajian hadis [ pemikiran kaum muda dan kaum tua ]- Puspa Adam

Page 25: Kepelbagaian Aliran Pemikiran Ulama Di Malaysia

Nor Hasanuddin, et.al. (2012). Ensiklopedia Imam Al Syafie (jilid 1). (Akram Yusuf Umar al Qawasimi,Terj). al Hidayah Publication. 325-326.

Saadan Man, et.al. (2009). Kesesuaian pemikiran dan amalan mazhab selain Syafi’i dalam masyarakat Islam di Malaysia : Satu analisis awal. Jurnal Fiqh, No. 6 (2009) 21-40

Zamihan al-Ghari. (2007). Ulama-ulama Wahhabi "Satu Penjelasan". Johor: Jabatan Mufti Johor.5.

Ahmad Fadhli bin Shaari.(2008).Polemik tafsir dian tara kaum tua dan muda. http :// yapis. blogspot. com/2006/11/polemik-tafsir-di-antara-kaum-tua-dan.html.Retrieved 7.6.2013

Wan Mohd. Shaghir Abdullah. (2008). Ulama nusantara. ulama-nusantara.Blogspot.com/2006/11/abu-bakar-muar-benteng-pertahanan-kaum.html.Retrieved 16.6.2013

25 AMSH5103 – Isu kontemporari dalam pengajian hadis [ pemikiran kaum muda dan kaum tua ]- Puspa Adam