ulama nusantara (103)

103
ULAMA NUSANTARA 1. Tok Kenali Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933) ialah seorang tokoh tokoh ‘Ulama’ , guru, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia sebelah sini, di awal abad ke-20. Beliau seorang alim Rabbani yang dalam hidupnya banyak berpandukan kitab Suci Al-Quran disamping Sunnah Nabi Shallallaahu alaihi wasallam. Beliau disebut juga sebagai seorang yang memilih hidup sederhana . dan juga seorang wali keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu laduni (Ilmu Kurniaan Ilahi tanpa belajar). Tok Kenali - Tokoh Besar Ulama Kelantan Bagi seseorang yang mengkaji sejarah tanah air, lebih-lebih lagi menyelidiki “sejarah kelantan’ maka dia secara langsung atau tidak, akan menemui nama Tuk kenali’. Mengikut perkembangan sejarah, Tuk Kenali adalah merupakan seorang pembangun fikiran umat Islam di dunia sebelah sini menerusi pengajaran kepada murid-murid yang bertebar pada beberapa tempat di Alam Melayu, juga melalui fikiran-fikirannya yang membina menerusi majalah “Pengasuh”, keluaran Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu kelantan dan majalah “Al-Hikmah” sebuah majalah pengatahuan yang antara lain yang sedang bersemarak di masa ini. Sesuatu perkara yang menarik perhatian kita ialah perjuangan dan penghidupan Tuk kenali adalah agak nyata. Beliau banyak menerima pengaruh dari ajaran-ajaran Failasuf islam Al-Iman Ghazali , (1058-1111M) seorang pembangun dan pembina fikiran umat Islam yang banyak membuat pembaharuan dalam acara mengupas soal-soal agama berdasarkan ajaran-ajaran kitab suci Al-Quran dan hadis di samping memperoleh ilmu ladunni di zaman silam. Melihat kepada perjuangannya, kita mendapati cara perjuangannya hampir- hampir sama dengan perjuangan Syaikh Muhammad Abduh (1849-1905M), seorang pembawa pembaharuan pemikiran umat Islam yang meletakkan kitab Al-Quran sebagai asas perjuangannya dan perjuangannya adalah secara melyeluruh menyedar dan membina masyarakat dalam aspek hidup, agama, ilmu pengatahuan, politik, sosial ekonomi dan

Upload: carvali7

Post on 30-Jun-2015

1.049 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ulama Nusantara (103)

ULAMA NUSANTARA

1. Tok Kenali

Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933) ialah

seorang tokoh tokoh ‘Ulama’ , guru, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia

sebelah sini, di awal abad ke-20. Beliau seorang alim Rabbani yang dalam hidupnya

banyak berpandukan kitab Suci Al-Quran disamping Sunnah Nabi Shallallaahu alaihi

wasallam. Beliau disebut juga sebagai seorang yang memilih hidup sederhana . dan juga

seorang wali keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu laduni (Ilmu Kurniaan

Ilahi tanpa belajar).

Tok Kenali - Tokoh Besar Ulama Kelantan Bagi seseorang yang mengkaji sejarah

tanah air, lebih-lebih lagi menyelidiki “sejarah kelantan’ maka dia secara langsung atau

tidak, akan menemui nama Tuk kenali’. Mengikut perkembangan sejarah, Tuk Kenali

adalah merupakan seorang pembangun fikiran umat Islam di dunia sebelah sini menerusi

pengajaran kepada murid-murid yang bertebar pada beberapa tempat di Alam Melayu,

juga melalui fikiran-fikirannya yang membina menerusi majalah “Pengasuh”, keluaran

Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu kelantan dan majalah “Al-Hikmah” sebuah

majalah pengatahuan yang antara lain yang sedang bersemarak di masa ini. Sesuatu

perkara yang menarik perhatian kita ialah perjuangan dan penghidupan Tuk kenali adalah

agak nyata. Beliau banyak menerima pengaruh dari ajaran-ajaran Failasuf islam Al-Iman

Ghazali , (1058-1111M) seorang pembangun dan pembina fikiran umat Islam yang

banyak membuat pembaharuan dalam acara mengupas soal-soal agama berdasarkan

ajaran-ajaran kitab suci Al-Quran dan hadis di samping memperoleh ilmu ladunni di

zaman silam. Melihat kepada perjuangannya, kita mendapati cara perjuangannya hampir-

hampir sama dengan perjuangan Syaikh Muhammad Abduh (1849-1905M), seorang

pembawa pembaharuan pemikiran umat Islam yang meletakkan kitab Al-Quran sebagai

asas perjuangannya dan perjuangannya adalah secara melyeluruh menyedar dan membina

masyarakat dalam aspek hidup, agama, ilmu pengatahuan, politik, sosial ekonomi dan

Page 2: Ulama Nusantara (103)

lain-lain yang secara kebetulan di masa Tuk kenali berada di kota Suci Makkah dan

semasa beliau melawat ke Mesir 1322H (1904M) merupakan akhir zaman Syaikh itu.

Kelahiran Tok Kenali

Beliau dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan kira-kira

pada tahun 1287H (1870M*) dengan nama Muhammad Yusof (pernah disebut sebagai

Awang sahaja) iaitu di penghujung pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886M).

Bapanya seorang petani bernama Ahmad, manakala Fatimah, ibunya adalah seorang

insan yang sopan dan bercita-cita tinggi dan murni.

Latar Belakangnya

Muhammad Yusoff dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, dan ini adalah

membentukkan sifat peribadinya yang tidak menonjol. Bapanya seorang petani manakala

ibunya bagaimana kebiasaan orang-orang di kampungnya adalah bekerja menolong

pekerjaan suaminya. Sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negeri, Muhammad yusof

telah mula belajar pada datuknya sendiri Encik Salleh (Tok Leh) iaitu dalam pelajaran

membaca kitab suci Al-Quran dan pelajaran tulis-menulis. Sesudah itu dia

menyambungkan pelajaran ke masjid Besar Al-Muhammadi, Kota Bharu dan tempat-

tempat pengajian lain di sekitar kota Bharu dalam pelajaran Bahasa Arab, nahu, saraf

juga pengetahuan agama. Perlu disebutkan bahawa datuknya adalah seorang yang lebai,

wara, mempunyai sedikit sebanyak ilmu-ilmu agama untuk panduan hidup, seorang yang

mempunyai kesedaran, mematuhi peraturan-peraturan agama dan gemar berbuat ibadat

semata-mata mencari keredaan Allah. Bapanya meninggal dunia sewaktu umurnya baru

meningkat 5 tahun. Beliau dilantik di bawah pengawasaan datuknya menyebabkan

pengaruh bapanya kurang terasa dalam corak hidupnya. Disamping itu nenek perempuan

tirinya, Tuk Mek ngah turut memberikan pendidikan yang baik kepadanya termasuk

Page 3: Ulama Nusantara (103)

pengawasan terhadap punca-punca makanan yang hendak disajikan. Menurutnya

pengaruh-pengaruh makanan-makanan yang haram adalah membawa akibat yang buruk

dalam penghidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat.

Kebolehan Luar Biasa

Kecenderungan Tuk Kenali dalam pelajaran adalah nyata sejak kecil lagi. Perasaan ingin

maju dan ingin tahu adalah meluap-luap di dadanya. Dalam tempoh yang pendek dia

telah dapat mengkhatami pembacaan kitab suci Al-quran dan dapat menulis dengan baik.

Kerana itu tidaklah hairan mengapa dia telah dipilih oleh penggawa daerahnya untuk

menjadi seorang kerani sebagai pembantunya dalam mengira dan menguruskan hasil-

hasil tanaman dan kebun di kawasan tersebut sewaktu dia berusia antara tujuh ke lapan

tahun.

Menyambung Pelajaran Ke Kota Bahru

Sewaktu berusia antara sembilan ke sepuluh tahun, Muhammad Yusof telah mengambil

langkah bagi menyambung pelajarannya ke Kota Bharu. Tempat pertama yang ditujunya

ialah ke masjid Al-Muhammadi, di mana terdapat beberapa orang guru agama dan

beratus-beratus orang murid dari seluruh ceruk Negeri Kelantan menyembung pelajaran

mereka ke sini. Sekitar masjid besar ini, dewasa ini penuh dengan pondok-pondok

(asrama) penuntut. Dalam masa menuntut di sini beliau berguru kepada Tuan Haji Wan

Ismail (ayahnda Datuk Perdana Menteri Paduka Raja, Kelantan, Dato' Nik Mahmud)

Beliau belajar bersama-sama Encik Idris yang kemudiannya menjadi “Mufti Kerajaan

Kelantan”’ Selain iatu beliau berguru kepada Tuan Guru Hj. Ibrahim, penambang (Mufti

kerajaan Kelantan) Syaikh Muhammad Ali bin Ab. Rahman (Wan Ali) Kutan dan kepada

Tuan Guru Padang (Hj. Ahmad) Kota Bharu.

Page 4: Ulama Nusantara (103)

Melanjutkan Pelajaran Ke Tanah Suci Mekah

Sebagai seorang pelajar, Tok Kenali telah menaruh cita-cita yang kuat untuk melanjutkan

pelajaran ke Mekah. Pada tahun 1887M (1305H). Menjelang umurnya kira-kira 18 tahun,

Tok Kenali menjejak Tanah Suci Mekah untuk meninggikan pelajaran agamanya di

samping menunaikan rukun islam yang kelima, ibadat Haji iaitu sesudah enam bulan

mengalami kesusahan di Lautan Hindi disebabkan kerosakan kapal yang ditumpanginya.

Penghidupan Tok Kenali di Tanah Suci Mekah

Pemergian Tok Kenali ke Tanah Suci Melah adalah semata-mata atas bantuan daripada

sahabat dan kenalan beliau di Kota Bharu yang berjumlah kira-kira RM50.00 dan

sumbangan daripada ibunya cuma berjumlah RM22.00. Kesukaran yang di hadapi Tok

Kenali di rantau orang tidak dapat digambarkan lagi. Hampir tujuh bulan beliau di sana

tanpa tempat kediaman yang tetap. Semasa itu beliau menginap di serambi Masjidil

Haram, Mekah, dan hanya dapat tidur serta berehat-rehat bila menjelang sesuku malam

disebabkan Masjidil Haram merupakan pusat ibadat tawaf, sa’i, sembayang dan

sebagainya. Pakaiannya sederhana, begitu juga tentang pemilihan makanannya untuk

menampung kekosongan di waktu pagi dan petang. Memandangkan kedudukan ini,

beliau pernah ditugaskan menjadi tukang masak sementara dalam sesuatu perkelahan atau

antara kawan-kawannya di wadi-wadi (lembahan) dan di pinggir-pinggir bukit-bukit nan

tandus.

Perkembangan Pelajaran

Sebelum beliau keluar negeri dahulu, beliau telahpun mempunyai pengetahuan-

pengetahuan asas dalam pelajaran-pelajaran yang telah dipelajari ketika itu . Beliau telah

pun menguasai pengetahuan bahasa arab (Nahu dan Sarafnya) bagi mengikuti setiap segi

Page 5: Ulama Nusantara (103)

jurusan pengetahuan agama di masa itu. Perkara-perkara ini adalah melayakkan Tuk

Kenali untuk menerima dan mengikuti pelajaran-pelajarannya yang sedang berkembang

dewasa ini di Tanah Suci Makkah. Tuk Kenali terpaksa belajar mendengar sahaja tanpa

kitab. Di samping itu juga beliau terpaksa membaca di kedai-kedai kitab dengan meminta

izin tuan-tuan kedai itu untuk membaca dan menatap kitab-kitab jualannya dalam tempoh

yang agak lama dengan cara yang cermat sekali. Kitab-kitab Wakaf yang ada dalam

simpanan di Masjid Al-Haram juga dipergunakan untuk memahami kuliah-kuliah

gurunya . Selain itu, Tuk Kenali terpaksa pula meminjam kitab-kitab gurunya sendiri.

Kerana kemiskinanlah agaknya , membawa Tuk Kenali mengharungi lautan ilmu dan

kemajuan melebihi kawan-kawannya yang lain. Jelaslah bahawa Tuk Kenali banyak

sekali membaca dan menatap kkitab-kitab buah tangan ulamak dan para failasuf islam

yang telah dan sedang tersebar di dunia islam dewasa itu. Beliau juga mempunyai sifat

suka bertanya dan mengkaji pelajarannya sebelum pelajaran itu di ajar oleh gurunya

dengan mengadakan perbandingan-perbandingan sendiri dan pergalaman sendiri. Banyak

membaca dan banyak membuat kajian adalah merupakan faktor-faktor besar dalam

perkembangan ilmu seseorang pelajar atau siswa. Antara guru-guru di Masjid yang

namanya banyak disebut-sebut oleh Tuk Kenali ialah Tuan Guru Wan Ahmad atau nama

penuhnya Wan Ahmad bin Muhammad Zain yang terkenal sebagai seorang pengarang

sesudah nama Syaikh Daud Patani. Kepada Guru inilah Tuk Kenali mendapat bimbingan

dan bantuan baik dari segi ilmu pengetahuan mahupun penghidupan. Disamping itu,

terdapat beberapa orang guru dari patani dan indonesia yang mungkin mendapat

perhatian Tuk kenali disamping guru-gurunya yang terdiri daripada orang-orang Arab.

Lawatan Tok Kenali ke Mesir

Dalam tahun 1904M, Tok Kenali telah melawat Mesir bersama Tuan Guru Wan Ahmad,

Encik Nik Mahmud (yang kemudiannya bergelar Datuk Perdana Menteri Paduka Raja

Kelantan) dan Hj. Ismail Patani. Garis-garis kasar lawatan ini adalah menunjukkan

bahawa lawatan beliau ke Mesir adalah berbentuk lawatan sambil belajar terutama kerana

Page 6: Ulama Nusantara (103)

mengkaji hal-hal perkembangan pelajaran yang berhubung dengan Agama Islam di

Universiti Al-Azhar dan lain-lain tempat pengajian di sekitar kota Kahirah.

Pulang ke Tanah Air

Pada tahun 1909M (1327 H) iaitu sesudah menjalani pengajian selama 22 tahun di tanah

suci mekah, maka Tuk kenali pun pulang ke tanah air iaitu ke Kelantan seterusnya pada

tahun 1911M (1329M) beliau mula membuka pondok Kenali, sebuah tempat pengajian

yang kemudiannya menjadi pusat pengajian agama di semenanjung ini. Dua tahun

kemudian , beliau menjadi guru di masjid Besar Al-Muhammadi, kota Bharu yang waktu

itu menjadi pusat pengetahuan agama terbesar di kelantan, malahan juga dikenali di

Semenanjung sebagai Serambi Mekkah. Murid-murid dari seluruh kelantan telah

membanjiri pondok-pondok yang terletak berderet-deret di sepanjang jalan di kawasan

masjid dan di kawasan Kubang Pasu. Selain itu, bukan sedikit murid-murid dan pelajar-

pelajar dari luar negeri datang yang menceduk pengetahuan agama daripada guru-guru

yang terkenal . Selain daripada Tuk kenali, mereka belajar pada Tuan Guru Hj. Nik

Abdullah, Tuan Guru Hj.Idris (yang kemudiannya berjawatan “Mufti kelantan) dan lain-

lain. Memandang hak-hak kemasyarakatan di kampung sendiri perlu pula dititik

beratkan, maka Tuk kenali terpaksa pula menetap di kampungnya sendiri iaitu sesudah

lima tahun mengajar di Masjid Besar Al-Muhammadi. Dewasa itu pondok kenali kembali

bersemarak sehingga namanya termasyur ke serata ceruk rantau Semenanjung ini, malah

sampai ke Indonesia (terutama Sumatera) kemboja, Patani dan lain-lain. Jumlah pelajar-

pelajar yang menetap di asrama (Pondok) meningkat 400 orang suatu jumlah yang besar

dalam pertumbuhan pengajian Islam dikala itu. Dalam menjalankan tugasnya, Tuk kenali

menetapkan beberapa buah kitab pelajaran (teks) dalam berbagai-bagai jurusan, iautu

pengajian Bahasa dan pengetahuan-pengetahuan Agama islam dalam berbagai-bagai

peringkat pelajaran. Beliau sendiri banyak mengambil peranan dalam mengembangkan

pengetahuan Bahasa Arab, manakala pelajaran-pelajaran lain diperkembangkannya

selaras dengan kehendak-kehendak masyarakat dewasa itu. Murid-murid beliau yang

Page 7: Ulama Nusantara (103)

telah matang dalam pengajiannya dilantiknya menjadi kepala telaah (guru Kumpulan)

disamping itu, kitab-kitab agama dalam tulisan jawi diajarkan juga kepada pelajar-pelajar

dan orang-orang kampung. Menerusi pengajian-penjagian kepada orang-orang dewasa

inilah lahirnya cerita-cerita tauladan yang kadang-kadang mengggelikan, sebagai suatu

cara untuk menarik perhatian murid-murid kepada pelajaran yang sedang ditumpukan.

Suatu hal yang agak luar biasa bahawa dalam masa mengajar itu, Tuk kenali mengajar

tanpa kitab, di hadapannya tiada kitab-kitab pelajaran sedangkan muridnya

mempelajarinya dengan menggunakan kitab. Ililah menunjukkan bahawa Tuk kenali

adalah seorang yang mempunyai daya ingatan yang kuat. Kemasyuhuran Tuk kenali

telah menarik ramai pelajar Islam dari serata ceruk semenanjung. Antara mereka ini ada

yang telahpun mempunyai kematangan dalam pengetahuan Agama islam datang untuk

mengenal wajah dan mengikuti sebahagian pelajaran yang diajar oleh Tuk Kenali. Antara

mereka ada yang datang kira-kira seminggu, sebulan, tiga atau empat tahun seterusnya.

Ini bergantung kepada keadaan masing-masing, sebab di antara mereka ada yang

sudahpun bekerja sebagai guru agama. Qadi atau sebagainya. Untuk meminta Tuk Kenali

membaca kitab, cukuplah dengan meminta izin beliau di mana si peminatnya sendiri

yang akan disuruh membacanya di hadapan kumpulan pelajar-pelajar. Sesudah itu Tuk

kenali memainkan peranan memberi kefahaman dan mensyarahkan isi kitab itu, juga

memberi peluang-peluang bertanya.

Menghembus Nafas Terakhir

Setelah kira-kira 65 tahun menyedut udara dunia ini, maka Tuk kenali pun dipanggil

tuhan, kekasihnya iaitu pada Ahad 19 November 1933M, berikutan suatu penyakit di

kakinya. “Hari wafatnya; dilawati oleh tidak kurang daripada 2,500 orang dan

disembahyang jenazahnya lebih daripada 1,000 orang dan disembahyang jenazahnya

lebih seribu orang yang khalis liwajhillaahi Ta’ala. Tuk Kenali dikebumikan di

perkuburan yang sekarang terkenal dengan nama Kubur Tuk Kenali’ kilometer 5 jalan

Pasir Puteh, Kota Bharu, tidak jauh dari istana negeri. Kuburnya selalu dizarahi oleh Duli

Page 8: Ulama Nusantara (103)

yang maha Mulia Al-marhum Sultan Ibrahim (nenekanda kepada Duli Yang mulia Sultan

Ismail Putera Sekarang) apa lagi oleh ramai terutamnya bekas murid-murid beliau yang

ada berselerak di negeri ini, juga oleh pelawat-pelawat.

Jawatan-jawatan Tok Kenali

Tuk kenali ada di antara orang-orang yang memikul tugas dan jawatan terpenting dalam

perkembangan pengajian islam dan pertubuhan kebudayaan timur yang berteraskan islam

di negeri Kelantan berdasarkan jawatan-jawatan yang pernah disandangnya sebagai

berikut:

1. Bertugas sebagai ketua pelajaran Agama Islam Kelantan, juga sebagai Penolong Mufti.

2. Menjadi Anggota majlis Agama islam dan adat istiadat Melayu kelantan.

3. Menjadi Anggota majlis ulamak Islam kelantan (Anggota Dewan Ulamak)

4. Ketua pengarang kehormat bagi majalah pengasuh lidah rasmi majlis Agama islam

kelantan.

5. Guru Agama di masjid Besar Al-Muhammadi, kota Bharu.

Kegiatan-kegiatan dan Jasa Tok Kenali

Selain daripada amengajar, Tuk Kenali juga bergiat dalam lapangan-lapangan yang

berhubung dengan kemajuan agala dana kebudayaan islam. Datu Paduka menteri Paduka

Raja (Tuan haji mahmud bin ismail) dengan nasihat beliau telah dapat membentuk Majis

Agama Islam dan Adat istiadat melayu kelantan pada 24 Disember 1915M (17 Safar

1334H). Ini adalah satu jasa yang dapat dilihat buktinya sampai sekarang. Semasa

Page 9: Ulama Nusantara (103)

hendak mengeluarkan majalah pengasuh 1918M iaitu warta majlis Agama islam dan Adat

Istiadat Melayu kelantan. Tuk kenali telah dipilih untuk menjadi ketua pengarang

kehormat . pada mulanya majalah ini dikeluarkan berupa lembaran akhbar yang

mempunyai bidang besar, diterbitkan setia hari Isnin, senaskah berharga 10 sen.

Penerbitan majalah ini juga adalah daripada saranan dan dorongan-dorongan beliau.

Selain itu beliau telah ditugaskan oleh pihak majlis Agama Islam kelantan untuk

menterjemahkan Tafsir Al-Khazin yang bertajuk “Lubaab at-Ta,wiil fil Ma’aani At-

Tanzil” ke dalam bahasa melayu. Tugas berat ini telah dijalankan oleh beliau dan

sebahagian daripada tafsir Al-khazin telahpun siap diterjemahkan. Sayangnya, naskah ini

tidak dapat dikesan sehingga sekarang. Juga tidak dapat dilupakan bahawa majalah Al-

Hikmah (lahir 1 julai 1923M) di mana ketua Pengarang dan penerbitnya yang berbahagia

tuan hj. Ahmad bin Ismail (Datuk Lela negara) adalah kerap menerima nasihat-nasihat

dan fikiran-fikiran yang berguna daripada Tuk kenali. Majalah pengetahuan ini

diterbitkan tiga kali sebulan . pejabat penerbitan ini selalu didatangi oleh Tuk kenali

danaa merupakan salah satu tempat beliau membaca surat-surat khabar dan majalah

dewasa itu. Tuk kenali adalah seorang pencinta ilmu pengetahuan. Hal ini ternyata sekali

dalam sejarah hidupnya . Beliau juga pernah menyimopan sebuah buku cetera Raja Muda

. salah sebuah buku sejarah kelantan yang penting. Buku ini kemudiannya telah diberikan

kepada pengaranag buku Hikayat Seri kelantan.

- dalam kegiatan kemasyarakatan pula , beliau telah melancarkan suatu getakan

perhimpunan umat islam yang di namakan ‘Jam ,iyyatul Asriyyah] ‘[Perhimpunan

semasa] yang kerap membicangkan perkara-perkara hangat dalam masyarakat [Politik] ,

pebincangan=perbincangan ilmu dan perhimpunan kerana ibadat. Sebagai megekal

gerakan tersebut ,maka satu bangunan telah didirikan di tebgah-tengah ibu kota dengan

nama yang sama, terletak di Jalan Tengku Petra Semarak , Kota Bharu.

Page 10: Ulama Nusantara (103)

Perkembangan Pengaruh

Melihatkan jawatan- jawatan pentig yang telah disandang oleh Tuk Kenali dalam masa

hayatnya,juga memandangkepada kegiatan dan jasa -jasa beliau yang cermelang dalam

perkambangan pengajian ugama dan kebudayaan islam di Negeri Kelantan khasnya dan

Alam Melayu amnya. Maka sudah sewajanyalah pengaruh beliau segera berkembang ke

segenap pelusuk tanah air dalam masa yang singkat sekali. Perkembangan-perkembangan

ini adalah agak memuncak di penghujung pemerintahan Sultan Muhammad IV (1900-

1920M) dan di awal pemerintahan sultan Ismail (1920-1944M) . kedua-dua baginda

sultan ini adalah di antara sultan-sultan yang banyak mencipta kemajuan negeri dalam

serba lapangan, lebih-lebih lagi di lapangan kemajuan agama islam. Ini adalah memberi

peluang yang besar kepada perkembangan pengaruh Tuk kenali yang sedang berkembang

ke seluruh tanah air, apa lagi melihat kedudukan Tuk Kenali yang sedang berkembang ke

seluruh tanah air, apa lagi mellihatkan eratnya perhubungan Tuk Kenali dengan anak tuan

gurunya dahulu iaitu dengan hj. Nik mahmud bin ismail (Datuk Perdana Menteri Paduka

Raja) yang juga memegang peranan terpenting dalam pentadbiran negeri kelantan dewasa

itu. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tersebarnya pengatahuan Bahasa Arab dan

pengetahuan-pengetahuan agama melalui pondok dan sekolah-sekolah pondok ke seluruh

Tanah melayu ini antara lain ialah daripada jasa Tuk kenali yang menyusun kata-kata

Tassrif yang kemudiannya diperkanalkan oleh murid-murid nya terutama tuan guru hj.

Ali Shalaahuddin Pulau Pisang dan syaikh uthman jalaluluddin, seberang prai dalam

buku Tatriful Arf- itu, syaikh Uthman menulis;

“Sesungguhnya hamba pungut akan dia daaripada beberapa mutiasa tasrif yang amat elok

bagi guru hamba yang alim lagi yang amat ilmunya lagi yang menghimpunkan bagi

beberapa fan ilmu yang bangsa kepada agama iaitu muhammad yusof yang masyhur akan

gelarannya di seluruh tanah melayu dengan Tuk kenali di negeri kelantan.

Page 11: Ulama Nusantara (103)

Perkembangan Pondok Sekolah Agama dan Sekolah Melayu

Sistem persekolahan yang diutaamakan oleh Tuk kenali dalam masa hayatnya ialah

sistem pondok, Sistem pondok yang menggunakan bahan-bahan pelajaran yang

berdasarkan kitab dengan mengkelas-kelaskan kitab kepada pengajian peringkat rendah,

menengah atas dana tinggi yang dipelajari secara berkelompok (berhalqah) di masjid atau

madrasah (balaisah) . Manakala pelajar-pelajar yang tinggal di pondok-pondok (Asrama)

di bawah bimbingan Tuk kenali, telah melahirkan beberapa orang tokoh ulamak. Tuan-

tuan guru (tok guru_, pendakwah, pengarang yang terkenal yang datang dari beberapa

tempat di seluruh tanah Melayu , sumatera, kemboja dan lain-lain. Guru-guru pondok

lepasan kenali inilah kemudiannya tersebar keseluruhan rantau ini di mana mereka

menghidupkan pula sistem pondok. Adalah agak luar biasa, di samping menggalakkan

sistem pondok, Tuk kenali sebagai pencinta ilmu, tidaaklah menghalang wujudnya sistem

persekolahan. Tertubuhnya Agama islam dan adat istiadat melayu kelantan padaa tahun

1915M yang sudahpun mempunyai rancangana mendidikan sekolah-sekolah Agama

islam di kelantan , adalah juga dengan mendapat nasihat daripada Tuk kenali. Maka pada

5 Ogos 1917M ditubuhkan sebuah Sekolah Agama berbahasa pengantar melayu yang

menitik beratkan Bahasa Arab, dengan nama “Al-Madrasah Al-Muhammadiyyah Al-

Kilantaniyyah”. Sekolah ini juga mengadakan pelajaran bahasa inggeris di sebelah

petangnya. Jadi, Tuk Kenali sebagai Ketua Pelajaran Agama Islam di Kelantan adalah

memainkan peranan dalam pembukaan dan perlaksaan sekolah ini. Sekolah ini lebih

dikenal dengan nama “ Sekolah Agama Majlis”. Kemudian pada tahun 1937 bila

lahirnya sekolah aliran bahasa arab di Majlis dengan nama “Majlis Al-Muhammadiyyah

Al-Arabiyyah” barulah Sekolah Agama Majlis tadi bertukar nama dengan “Sekolah

Melayu Majlis”, manakala sekolah yang baru tadi disebut “Sekolah Arab Majlis”. Akhir

sekolah aliran melayu ini diserapkan secara beransur-ansur ke dalam Bahasa Arab

sesudah dia dipindahkan ke bangunan Maahad Al-Muhammadi sekarang ( sebagai ekoran

daripada sekolah aliran arab tadi ) Keberkatan usaha beliau ini membawa Syaikh Uthman

Jalaludin Al-Kilatani membuka sekolah arab Manaabi’ Ai-’Uluum, Bukit mertajam pada

tahun 1934 (1353). Demikian juga Tuan Guru Hj. Ali Salaahudin membuka madrasah Al-

Page 12: Ulama Nusantara (103)

Falaah di Pulau Pinang di mana kedua-dua madrasah ini lebih berbentuk pondok (sistem

pondok). Di samping itu beliau juga adalah dianggap sebagai pendorong pembukaan

sebahagian sekolah-sekolah Melayu di Kelantan ini seperti Sekolah Melayu Kubang

Kerian 1920M, Sekolah Melayu Mentuan, dan lain-lain. Beliau tidaklah memusuhi

pembukaan sekolah-sekolah seperti ini selagi pelajaran yang diajar tidak menyelaweng

daripada ajaran islam yang suci.

Tok Kenali Melahirkan Angkatan Pengarang

Di antara murid-murid Tuk kenali terdapat suatu golongan atau angkatan pengarang

buku-buku agama yang mempunyai kedudukan yang baik di kalangan masyarakat Islam

di dunia sebelah sini. Mereka ialah”

1. Dr. Syaikh Muhammad idris Al-Marbawi, seorang pujangga Islam yang banyak

memberio sumbangan dalam perkembangan ajaran-ajaran Isdlam dengan kamusnya

“Kamus Al- Marbawi” (Arab-Melayu) dan kitab-kitab karyanya yang banyak di lapangan

Agama Islam.

2. Saahib Al-Fadhilah Datuk Hj. Ahmad mahir, Mufti Kerajaan kelantan yang juga

seorang pengarang.

3. Syaikh uthman Jalaluddin Al-Kilantani, seorang pengarang buku-buku agama dan

seorang guru.

4. Tuan guru Hj. Yaakub bin Ismail. Legor, Selatan Thailand.

5. Saahib Al-Fadhilah, Datuk Hj. Ismail bin Yusoff, Mufti Kerajaan kelantan.

6. Asy-Syaikh Muhammad Salih Tuk kenali, Makkah Al-Mukarramah Saudi Arabia.

Page 13: Ulama Nusantara (103)

7. Yang Berbahagia Hj. Ahmad bin Ismail (Datuk Lela Negara) pengarang majalah Al-

Hikmah***(1923M) yang banyak mendidik bakat-bakat penulis dan pengarang-

pengarang sebelum perang.

8. Tuan guru Hj. Ali Salahuddin, seorang guru agama terkenal yang juga menjadi seorang

pengarang.

9. Tuan Guru Hj. Abdullah Tahir, seorang guru agama terkenal yang juga menjadi

seorang pengarang.

10. Tuan Guru Hj. Yaakub bin Hj. Ahmad , lorong Gajah mati, kota Bharu adalah seorang

guru agama dan seorang pengarang.

11. Yang berbahagia Datuk Hj. Hassan Yunus Al-Azhari, Bekas Menteri Besar Johor ,

ahli politikyang juga menjadi seorang pengarang.

Selain murid-murid beliau yang berbakat, terdapat pula cahaya-cahaya mata Tuk kenali

yang turut memperkembangkan pengajaran ayahndanya, mereka ialah

1. Al-Marhum Hj. Ahmad Tuk Kenali, guru agama di pondok kenali dan guru yang

mengajar pada beberapa buah surau dalam beberapa jajahan, daerah Negeri Kelantan.

2. Hj. Mahmud, wakil Syaikh haji , makkah.

3. Hj. Mohd Salleh Tuk Kenali, guru agama di kota suci Makkah dan seorang pengarang

buku-buku dan risalah-risalah agama. Beliau mendirikan persatuan “Darul-Islah”

bertempat di Maulid nabi, Suatu persatuan astu perhimpunan kaum Muslimin dari Tanah

melayu, patani, kemboja, Indonesia dan lain-lain yang datang ke Tanah Suci makkah

terutamanya di musim-musim haji, di mana Tuk kenali diperkenal dan jasanya

diperkenangkan. Suatu persatuan lagi didirikan oleh beliau dengan nama “Darul-Quran

(Persatuan Al-quran) bertempat di Misfalah, Makkah.

Page 14: Ulama Nusantara (103)

4. Hj. Abdullah Zawawi, lulusan kuliah Syariah, makkah. Berkecimpung di bidang

pendidikan dan menjadi pengetua sekolah-sekolah menengah di Kerajaan Arab Saudi dan

Nigeria.

Peribadi dan Sifat-sifat Utama

Tuk kenali bukan hanya terkenal sebagai salah seorang ulamak besar sahaja, malah

terkenal pula sebagai tokoh yang mempunyai sifat-sifat utama yang berguna untuk

menjadi teladan kepada masyarakat islam. Antara sifat-sifat utama yang berguna untuk

menjadi teladan kepada masyarakatt islam. Antara si fat-sifat tersebut ialah:

a) Sangat menghormati dan memuliai ibu

b) Pemurah, suka menderma terutamanya kepada fakir miskin dan anak-anak.

C) Seorang yang sabar, tidak lekas marah.

D) Suka berjalan kaki sahaja sebagai suatu langkah latihan melenyapkan perasaan

sombong, bongkak dan megah.

E) mengamalkan hidup berdikari. Beliau membeli sendiri di pasar.

F) suka membaca dan menatap, baik buku-buku atau majalah-majalah di mana-mana

sahaja beliau berada.

G) Suka beriktikaf di masjid, manakala tidur kerap berbantalkan lengan.

H) pakaian beliau amat sederhana.

Sebenarnya Tuk kenali ialah seorang “wali” atau seorang sufi disebabkan berlaku perkara

luar biasa pada dirinya dan tidak inginkan kemegahan dan kesenangan hidup yang

Page 15: Ulama Nusantara (103)

berlebihan. Tambahan pula memandang makhluk-makhluk lain dengan pandangan yang

penuh bertimbang rasa dan kasihan belas.

Tok Kenali dan Hal-hal Kemasyarakatan

Sewaktu melancarkan pengajaran-pengajarannya, Tuk kenali didapati agak gemar sekali

membincangkan hal-hal politik tanah air. Semasa hayatnya Tuk kenali tidak memisahkan

politik daripada bidang pelajaran, malah beliau tidak mengenal pemisahan antara. Agama

islam yang difahami dengan politik. Ini adalah merupakan suatu cara menyesuaikan

pengajarannya dengan masalah-masalah yang dihadapi masyarakat dengan alam keliling.

Kerana itu dalam pengajarannya beliau mengemukakan beberapa anjuran melalui cerita-

cerita tauladan yang berkesan antaranya: ikut bapamu, tetapi takutkan Tuhan kuasailah

pengetahuan agama dan politik ilmu itu apa yang terguris dalam hati pengetahuan

manusia terbatas. Mengaku salah jika bersalah. Sunnah Tuhan sudahlah wajar biar mati

adat, jangan mati syarak. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Bertanya pada

yang tahu. Penjahat itu mencukupi dengan kejahatannya. Doa adalah senjata orang

mukmin. (Cerpen-cerpen Tuk Kenali” oleh AQHAS - halaman 76), Terbitan baru dengan

tajuk cerpen-cerpen warisan Tuk Kenali).

Tok Kenali dan Puisi

Dalam masa menyampaikan pengajarannya, disamapaing mengutarakan ayat-ayat suci

Al-Quran dan hadis-hadis nabi Muhammad S.A.W , maka terhamburlah dari mulut beliau

beberapa rangkap syair dan kata-kata hikmat bak mutiara gugur dari untainya. Di sini

dibentangkan sebuah syair yang pernah dikeluarkan oleh Tuk Kenali iaitu:

Page 16: Ulama Nusantara (103)

Bahaya Merokok: Perokok itu terhina, dungu, membazir dan keji, kerendahan bagi

penagihnya, pasti, Darinya menguap kentut yang busuk dan diluati. Kepulan asap dari

bibirnya mengasapi muka dana peribadi.

Antara kata-kata hikmatnya:

“orang yang mulia itu ialah orang yang memuliakan ibu” “mengkaji sendiri adalah punca

kemajuan dalam pembelajaran”,

Pengaruh Imam Al-Ghazali

Melihatkan peribadi dana sikap hidupnya, nyatakan bahawa Tuk kenali adalah

terpengaruh oleh ajaran-ajaran Failasuf islam Iman Ghazali, seorang alhi Tasauf yang

sampai kepada darjat “hakikat” mengenal diri dan Tuhannya, ingin mencapai

kebahagiaan dan kesucian yang setinggi-tingginya dalam penghidupan yang singkat ini,

kemewahan hidup yang terhad dan sifat tidak membesar diri adalah nyata sekali dalam

penghidupannya. Unsur-unsur ini adalah terkandung dalam adoa yang dikumpul dan

digubah oleh Iman Al-Ghazali dalam kitabnya “Ayyuhai Walad”

2. Tok Bendang Daya

Hulubalang Fathani Darus Salam

TOK Bendang Daya ada dua orang. Tok Bendang Daya yang pertama diriwayatkan

dalam artikel ini. Yang seorang lagi adalah anak beliau Syeikh Abdul Qadir al-Fathani

yang diriwayatkan dalam Bahagian Agama, Utusan Malaysia, 20 Disember 2004. Nama

lengkap Tok Bendang Daya yang pertama ialah Syeikh Haji Wan Mushthafa bin Wan

Muhammad bin Wan Zainal Abidin /Faqih Wan Musa bin Wan Muhammad Shalih bin Ali

al-Masyhur al-Laqihi. Beliau lahir tahun 1160 H/1747 M, wafat tahun 1280 H/1863 M, di

Kampung Bendang Daya, Patani. Ayah beliau, Syeikh Wan Muhammad al-Fathani dan

beberapa penyebar Islam di Patani sebelum itu adalah ulama dan pembesar kerajaan

Page 17: Ulama Nusantara (103)

Patani. Syeikh Haji Wan Mushthafa pernah menjadi hulubalang Sultan Fathani Darus

Salam yang digelar Datuk Panglima Kaya yang juga digelar dengan nama singkat

Hulubalang Wan Pa. Gelaran yang masyhur ialah Tok Bendang Daya. Diriwayatkan

beliau juga diberi hak mutlak untuk melantik sultan dan raja-raja dalam Daulah Fathani

Darus Salam sebelum kerajaan itu dijajah oleh bangsa Siam. Apabila tua beliau membina

Pondok Sena yang dipagari dengan pohon sena yang berjajar-jajar. Maka disebutlah

kampung kawasan pondok itu dengan nama Sena Janjar dan kampung bersebelahan

dengannya dinamakan Bendang Daya.

Kedua-dua kampung itu adalah dalam kawasan Kampung Sena yang besar dan luas yang

dibuka atau diterokai oleh datuk nenek beliau. Tok Bendang Daya al-Fathani meninggal

dunia semasa berusia kira-kira 120 tahun. Makam beliau terdapat di Kampung Bendang

Daya juga dalam kawasan Kampung Sena.

Beberapa perkara penting yang dapat kita pelajari daripada kisah tokoh besar ini,

sekurang-kurangnya menyentuh tentang seorang ulama yang menjadi panglima dalam

sistem Daulah Fathani Darus Salam. Penglibatan beberapa ulama dalam perang melawan

pencerobohan Siam ke atas Patani dan Kedah, sistem pengajian pondok yang pertama

paling ramai pelajarnya di dunia Melayu dan terakhir sekali cerita Lailatul Qadar.

Semuanya tidak dapat dibicarakan dengan khusus, ada yang dapat dibicarakan di sini, ada

pula terpaksa ditinggalkan atau dipotong kisahnya kerana sebab-sebab tertentu. Perang

Dalam Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah tercatat sekelumit kisah tentang penglibatan

Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani dalam satu perang besar ketika pencerobohan Siam

ke atas Patani dan Kedah. Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, ulama ahli sufi penyusun

kitab Siyar as-Salikin itu dinyatakan ghaib (hilang) atau pun syahid dalam perang itu

(1244 H/1828 M). Daripada pelbagai sumber yang saya kumpulkan bahawa panglima

perang Patani dalam perang itu ialah Hulubalang Wan Pa (Tok Bendang Daya). Sebuah

manuskrip yang saya peroleh di Pontianak disebut pula yang ikut dalam perang itu ialah

Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari

dan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.

Page 18: Ulama Nusantara (103)

Oleh sebab laporan di antara orang yang ikut dalam perang itu ada yang hijrah ke

Pontianak, maka dalam manuskrip itu tercatatlah bahawa ketiga-tiga ulama besar dunia

Melayu itu syahid di bumi Patani.

Mengenai kisah yang panjang belum perlu saya bahas, yang perlu saya sentuh ialah

Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani yang disangka syahid adalah hijrah ke Pulau

Duyung Kecil, Terengganu. Hijrah bukan bererti lari daripada jihad. Tetapi menyusun

strategi untuk kemenangan rangka panjang. Kerana kemenangan rangka pendek belum

dapat dipastikan. Tok Bendang Daya pula mengambil sikap tidak meninggalkan bumi

Patani. Hidup atau mati yang bercorak bagaimana pun mestilah di bumi Patani juga.

Walau bagaimanapun taktik dan strategi perjuangan perlu disusun secara kemas dan rapi.

Sekiranya belum dapat kemenangan, selagi nafas dikandung badan, selagi bulan dan

matahari terbit dan terbenam, selagi dunia belum kiamat, janji untuk diri sendiri dan

titipan wasiat kepada umat Melayu Patani, perjuangan mempertahankan Islam dan negara

adalah wajib diteruskan.

Perjuangan kedua-dua ulama Patani itu akan diketahui sepanjang zaman, tidak akan

hilang dari sejarah perkembangan tamadun bangsa Melayu dan Islam buat selama-lama.

Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani berjuang dari segi penulisan pelbagai ilmu dalam

Islam. Termasuk juga Tarikh Patani karya Syeikh Faqih Ali al-Fathani yang

diselamatkannya melalui penyalinan. Tok Bendang Daya pula, supaya beliau tidak dapat

dikesan oleh musuh-musuh, telah menyamar sebagai orang bodoh, tidak tahu sesuatu apa

pun. Tok Bendang Daya faham di tempat mana beliau berada, oleh itu pada ketika yang

lain beliau menjadi seorang sufi, seolah-olah seorang yang tidak perlu kepada

kepentingan duniawi. Tetapi secara sangat rahsia Tok Bendang Daya memantap dan

menghimpunkan kembali saki baki pejuang-pejuang Islam bangsa Melayu terutama

orang-orang Kedah dan Patani yang setia kepadanya. Riwayat ini masih belum lengkap

jika tidak memberi sedikit gambaran tentang kehebatan Tok Bendang Daya semasa

perang. Oleh itu amanah dari periwayat perlu juga dipindahkan ke dalam bentuk tulisan

tersebar ini. Diriwayatkan bahawa Tok Bendang Daya menyertai perang pencerobohan

Page 19: Ulama Nusantara (103)

Siam terhadap Patani yang terjadi tahun 1235 H/1820 M hinggalah perang tahun 1244

H/1828 M. Sungguhpun umur beliau ketika itu sangat tua, namun tetap masih gagah,

tangkas dan berwibawa. Selain mampu menyusun taktik pertahanan dan taktik

penyerangan, Tok Bendang Daya juga ada ketahanan menghadang pelbagai jenis senjata

termasuk peluru meriam yang ada pada zaman itu. Berkali-kali beliau kena tembak

dengan meriam, tetapi ada satu keanehan bahawa apa jua jenis peluru menjadi jinak dan

lunak kepadanya. Peluru yang sampai kepadanya hanya melekat pada bahagian

pakaiannya tidak gugur ke tanah, tidak pula menembusi hingga kepada kulit, apatah lagi

masuk hingga ke daging. Selepas pulang dari sesuatu peperangan, peluru-peluru yang

melekat pada pakaian barulah dibuang dengan jalan mengibas-ngibaskan pakaian itu.

(Sumber cerita dari Tuan Guru Haji Muhammad bin Yusuf, salah seorang buyut Tok

Bendang Daya, juga didengar dari Tuan Guru Haji Haji Abdul Qadir bin Ismail as-

Sanawi al-Fathani, cicit Tok Bendang Daya. Ibu beliau, cucu Tok Bendang Daya sempat

saya jumpa di Mekah, 1979, ketika itu berumur lebih 100 tahun namun beberapa

maklumat dapat saya sahihkan kepada beliau).

Ada orang bertanya, ilmu dan amalan apa yang diamalkan oleh Tok Bendang Daya

sehingga berkemampuan demikian? Agama Islam adalah sangat luas dalam pelbagai hal.

Apabila kita akan menceburi diri di dalam sesuatu perkara perlulah belajar ilmu apa saja

yang ada hubungan dengan perkara itu. Jika menghadapi peperangan seperti Tok

Bendang Daya perlulah belajar pelbagai sektor ilmu tentang peperangan. Nabi

Muhammad s.a.w ketika berperang juga menggunakan pelbagai cara termasuk dengan

doa-doa tertentu. Saya tidak pasti doa khusus yang diamalkan oleh Tok Bendang Daya

untuk ketahanan diri ketika dalam perang, namun walau bagaimana pun berdasarkan

catatan anak beliau, Syeikh Abdul Qadir al-Fathani, bahawa Tok Bendang Daya

mengamalkan surah al-Ikhlas, yang dibaca beribu-ribu kali serta dengan doanya.

Lailatul Qadar Pada hari ini, 23 Ramadan 1427 H, yang mana kita ketahui, ramai orang

yang berjaga malam, tertunggu-tunggu untuk mendapatkan pahala ibadat, lebih baik

daripada 1,000 bulan, seperti yang disebut dalam al-Quran iaitu Lailatul Qadar. Ada

Page 20: Ulama Nusantara (103)

beberapa orang ulama yang berasal dari dunia Melayu yang diriwayatkan berjaya

bertemu malam yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan itu. Di antara ulama

yang bertemu dengan Lailatul Qadar itu ialah Tok Bendang Daya dan anak beliau Syeikh

Abdul Qadir (Tok Bendang Daya ke-II). Riwayat Tok Bendang Daya bertemu Lailatul

Qadar di perigi Bendang Daya hampir semua rakyat Patani pernah mendengarnya.

Ceritanya tersebar sejak dulu hingga sekarang ini. Walau bagaimana pun semuanya

adalah cerita lisan, tidak terdapat satu pun dalam bentuk tulisan. Yang berupa catatan

bertulis yang saya mulakan, tahun 1970. Saya dengar, saya tanya dan saya catat dari Tuan

Guru Haji Abdul Qadir bin Ismail as-Sanawi al-Fathani, cicit Tok Bendang Daya. Yang

saya ketahui bahawa Tuan Guru Haji Abdul Qadir as-Sanawi ketika catatan saya lakukan

adalah merupakan satu-satunya cicit Tok Bendang Daya yang tertua, yang teralim dan

yang paling mengetahui hampir semua aspek sejarah keluarga yang dibicarakan ini.

Selama sebulan, dalam bulan Ramadan 1390 H/November 1970 saya bersama beliau

telah men ziarah Makam Tok Bendang Daya. Tuan Guru Haji Abdul Qadir as-Sanawi

bercerita sebagai berikut, “Pada suatu malam, dinihari, bulan Ramadan, sewaktu Tok

Bendang Daya akan mengambil air wuduk untuk melakukan solat tahajud tiba-tiba

perasaannya berubah, beliau tidak berada di alam nyata. Dalam perasaannya, dilihatnya

semua pepohon rebah menghadap ke perigi Bendang Daya. Air perigi tiba-tiba membeku.

Sedarlah beliau bahawa peristiwa tersebut kemungkinan yang dinamakan Lailatul

Qadar.”

Tok Bendang Daya kemudian berdoa mohon kepada Allah pada malam yang berkat itu

agar empat anak lelakinya menjadi ulama dan setiap salah seorang daripada empat orang

anaknya itu ada yang jadi ulama yang bersambung terus hingga ke hari kiamat. Keempat-

empat anak beliau itu ialah Syeikh Haji Wan Muhammad Zainal Abidin al-Fathani.

Disingkatkan namanya menjadi Syeikh Muhammad Zain al-Fathani atau dikenal dengan

sebutan Tuan Guru Wan Din al-Fathani. Anak Tok Bendang Daya yang kedua bernama

Syeikh Wan Abdul Qadir al-Fathani, beliau inilah yang digelar dengan Tok Bendang

Daya yang kedua. Anak Tok Bendang Daya yang ketiga bernama Syeikh Wan Abdul

Lathif al-Fathani yang menyebarkan Islam di Bangkok. Dan anak Tok Bendang Daya

Page 21: Ulama Nusantara (103)

yang keempat ialah Syeikh Wan Daud al-Fathani yang lebih dikenal dengan sebutan Tok

Cik Wan Daud al-Fathani, beliau mengajar di Mekah, di rumahnya dan di Masjidil

Haram, Mekah. Kisah anak beliau, Syeikh Abdul Qadir al-Fathani (Tok Bendang Daya

II), juga bertemu Lailatul Qadar di tempat yang sama, saya tinggalkan saja, namun perlu

saya nyatakan bahawa apa yang dialami oleh kedua-duanya adalah berbeza. Saya belum

mencatat secara terperinci berapa orang ulama dunia Melayu yang diriwayatkan pernah

bertemu Lailatul Qadar, tetapi yang pasti bilangannya ramai. Antaranya ialah Syeikh

Ahmad Khathib Sambas. Di dalam beberapa kitab diriwayatkan ramai ulama Islam yang

terkenal seperti Imam Syafie, Abi Yazid al-Bistami dan lain-lain, juga pernah bertemu

Lailatul Qadar dengan pengalaman yang berbeza-beza pula.

SYEIKH ABDUR RAUF AL-BANTANI

Khalifah Tarekat Qadiriyah

ULAMA yang berasal dari Banten pada judul di atas, namanya pertama kali saya sebut

dalam Pengenalan siri ke-7 dan yang lebih lengkap dalam siri ke-9. Oleh sebab terdapat

riwayat-riwayat baru dan dijumpai sebuah manuskrip yang belum saya sebut dalam

tulisan terdahulu maka profil beliau saya bentangkan dalam kertas kerja Peranan Para

Ulama Tasawuf di Nusantara pada Seminar Kebangsaan Kefahaman Tasawuf Nusantara

pada 13 Februari 2006 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah Kusza, Kuala Terengganu,

Terengganu.

Program itu adalah anjuran Persatuan Pelajar Usuluddin (PPUS) Kolej Ugama Sultan

Zainal Abidin (KUSZA).

Artikel ini adalah penambahan beberapa maklumat yang belum dibicarakan sebelum ini.

Antara maklumat terkini ialah penemuan beberapa manuskrip yang ada hubungan dengan

beliau, sebuah daripada tulisan tangan beliau sendiri tentang Tarekat Syathariyah. Sebuah

sumber lagi manuskrip tulisan keturunan murid beliau bernama Ali bin Sulaiman tentang

Tarekat Naqsyabandiyah.

Page 22: Ulama Nusantara (103)

Berdasarkan semua karya Syeikh Haji Abdur Rauf bin Makhalid Khalifah al-Qadiri al-

Bantani yang ada pada saya, dapat diambil beberapa kesimpulan. Pertama, beliau

mengembara bermula di Banten, Jawa Barat, Aceh, Yaman, Mekah dan negeri Syam.

Antara guru yang beliau sebut sama ada beliau sempat berguru dengannya ataupun guru

kepada gurunya ialah Syeikh Abdul Muhyi Karang Pamijahan, Syeikh Yusuf Tajul

Khalwati, Syeikh Muhammad Zain al-Mazjaji dan Syeikh Muhammad Zain bin Faqih

Jalaluddin al-Asyi. Syeikh Haji Abdur Rauf al-Bantani menulis bahawa dua tahun (1160

H/1747 M dan 1161 H/ 1748 M) beliau menjadi khadam dua Wali Allah di Mekah. Salah

seorang bernama Syeikh Muhammad ath-Thabari (wafat 1163 H/1749 M) dan Syeikh

Ibrahim bin Syeikh Thahir al-Kurdi al-Madani.

Penulisan

Manuskrip karya-karya Syeikh Haji Abdur Rauf yang telah dijumpai ialah: 1. Manuskrip

Risalah fi Bayan Ilmin Nafas, salinan diselesaikan tahun 1112 H/1700 M. Oleh sebab

salinan ini diselesaikan tidak sampai dua tahun setelah Syeikh Yusuf Tajul Khalwati

wafat (1110 H/1699 M), dapat disimpulkan bahawa Syeikh Haji Abdur Rauf sempat

berjumpa dengan Syeikh Yusuf Tajul Khalwati. Kandungannya merupakan pengajaran

ilmu perjalanan nafas yang terdiri daripada nafas, anfas, tanaffus, dan nufus. Ilmu yang

dibicarakan adalah termasuk dalam bahagian ilmu tasawuf dan tarekat.

2. Risalah Bayan al-Izalah al-Khawathir, diselesaikan pada waktu Asar, hari Rabu, 3

Jamadilawal 1154 H/1741 M.

3. Masalah Yang Dikarang Oleh 'Arif Billah diselesaikan malam Khamis, enam likur,

Rabiulakhir 1214 H/1799 M. Manuskrip yang diperoleh hanyalah salinan oleh Ahmad

Terengganu ibnu Idris. Kandungannya membicarakan tasawuf tingkat tinggi atau tasawuf

falsafah. Dimulai daripada perbicaraan sifat-sifat Allah dilanjutkan tentang perbicaraan

roh. Disebutkan asal ilmu ini ialah Syeikh Yusuf Tajul Khalwati, turun daripada Haji

Abdul Muhyuddin Karang Pamijahan turun daripada Syeikh 'Abdur Rauf al-Asyi. Pada

Page 23: Ulama Nusantara (103)

bahagian akhir risalah dinyatakan, “... ini kami mengambil risalah ini karangan Syeikh

Masyaikh segala Jawi, iaitu Syeikh Abdur Rauf Aceh, Singkel nama kampungnya.”

4. Risalah Isyarah Haqiqah, tidak dinyatakan tarikh selesai penulisan.

5. Risalah Yang Menghimpunkan Masalah Yang Dikarang Ahli Tasawuf Arif Billah tidak

dinyatakan tarikh selesai penulisan.

6. Mukhtasar Tasnif Syaikh Masyaikh Yang Kamil Mukammil Syeikh Abdur Rauf Ibnu

Ali tidak dinyatakan tarikh. Kandungan merupakan petikan dan ringkasan karangan

Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri yang membicarakan tanda-tanda untuk mengetahui

kematian serta tatacara melakukan zikir.

7. Risalah Tarekat asy-Syathariyah tidak dinyatakan tarikh selesai penulisan. Manuskrip

ini saya peroleh pada 27 Ramadan 1426 H/30 Oktober 2005 M. Oleh sebab banyak

terdapat perkara baru dalam manuskrip ini, yang selama ini masih belum diketahui, maka

ia perlu dibicarakan agak panjang.

Maklumat sebelum ini yang diketahui ialah Syeikh Abdur Rauf ialah pengamal Tarekat

Qadiriyah, bahkan pada hujung nama beliau digelar sebagai Khalifah Qadiriyah. Setelah

ditemui Risalah Thariqatisy Syathariyah dapat diketahui beliau juga pengamal Tarekat

Syathariyah. Sungguhpun risalah yang dibicarakan ini mengenai Tarekat Syathariyah,

namun pada permulaan kalimat beliau tetap memakai nama lengkap dengan Syeikh

Abdur Rauf bin Makhalid Khalifah al-Qadiriyi al-Bantani dan tidak memakai nama

sebagai Khalifah asy-Syathariyi.

Syeikh Abdur Rauf menyebut bahawa beliau menerima Tarekat Syathariyah daripada

Wali Allah Syeikh Ibrahim bin Syeikh Thahir al-Madani. Selanjutnya beliau berkata,

Syeikh Thahir al-Madani menerimanya daripada Syeikh Hasan al-Ajami. Syeikh Hasan

al-Ajami menerima daripada Syeikh Ahmad al-Qusyasyi. Yang perlu diperhatikan dalam

salasilah ini ialah nama Syeikh Thahir al-Madani, ayah beliau ini ialah Syeikh Ibrahim

bin Hasan bin Syihabuddin al-Kurdi al-Kurani (wafat 1101 H/1689 M).

Salasilah

Page 24: Ulama Nusantara (103)

Kebanyakan salasilah yang diketahui Syeikh Ibrahim bin Hasan bin Syihabuddin al-

Kurdi al-Kurani inilah murid Syeikh Ahmad al-Qusyasyi yang paling terkenal, tetapi

dalam salasilah di atas disebut pula Syeikh Hasan al-Ajami. Berdasarkan maklumat ini

bererti Syeikh Thahir al-Madani telah menerima Tarekat Syathariyah daripada ayah

beliau sendiri, iaitu Syeikh Ibrahim bin Hasan al-Kurani, seperti disebut dalam

kebanyakan salasilah dan beliau menerima pula daripada Syeikh Hasan al-Ajami.

Syeikh Hasan al-Ajami dan Syeikh Ibrahim bin Hasan al-Kurani kedua-duanya adalah

murid pada Syeikh Ahmad al-Qusyasyi. Syeikh Ibrahim bin Hasan al-Kurani dan Syeikh

Ahmad al-Qusyasyi, kedua-duanya adalah guru kepada Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-

Fansuri. Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri ini adalah guru kepada Syeikh Abdul

Malik Terengganu (Tok Ku Pulau Manis), dan lain-lain. Anak Syeikh Thahir al-Madani

ialah Syeikh Muhammad Sa'id Thahir. Anak Syeikh Muhammad Sa'id Thahir bernama

Syeikh Muhammad As'ad. Syeikh Muhammad As'ad inilah yang membaiah Tarekat

Syathariyah kepada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.

Syeikh Abdur Rauf juga seorang ahli dalam Tarekat Naqsyabandiyah. Salasilah beliau

mengenai tarekat ini adalah berdasarkan tulisan keturunan murid beliau bernama Ali bin

Sulaiman Kuala Mempawah dalam karya berjudul Ilmu Akidah yang disiapkan pada hari

Ahad, bulan Jamadilakhir 1298 H/Mei 1881 M. Diterangkan bahawa Ali bin Sulaiman

Kuala Mempawah belajar kepada Tuan Haji Sulaiman. Tuan Haji Sulaiman belajar

kepada Tuan Imam Malim Kaya. Tuan Imam Malim Kaya inilah murid Syeikh Abdur

Rauf. Syeikh Abdur Rauf dibaiah Tarekat Naqsyanbandiyah oleh Syeikh Muhammad

Zain bin Syeikh Zain. Beliau ini dibaiah oleh ayahnya sendiri Syeikh Zain al-Mazjaji.

Salasilah selengkapnya hingga yang lebih atas saya tinggalkan saja. Ia belum dapat

dibicarakan dalam artikel ini.

Sebagai keterangan ringkas salasilah di atas perlu saya sentuh bahawa berdasarkan

beberapa bukti, penulisnya Ali bin Sulaiman kemungkinan adik-beradik dengan Syeikh

Page 25: Ulama Nusantara (103)

Muhammad Yasin Kedah yang berhijrah dari Kedah ke Kuala Mempawah. Ali adalah

anak Tuan Haji Sulaiman yang ada hubungan dengan ulama di Aceh. Oleh itu, gurunya

Tuan Imam Malim Kaya adalah ulama yang berasal dari Aceh. Belum dapat dipastikan

adakah Tuan Imam Malim Kaya belajar daripada Syeikh Abdur Rauf ketika di Mekah

ataupun ulama Banten yang suka mengembara itu pernah sampai ke Aceh.

Ditinjau daripada salasilah Syathariyah, hanya satu tempat yang tersebut saja merupakan

maklumat baru, ditinjau daripada huraian kandungan Risalah Thariqatisy Syathariyah

memang banyak perkara baru. Kitab-kitab mengenai Tarekat Syathariyah lebih awal

ditulis oleh Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri, dan yang kemudian ditulis oleh Syeikh

Daud bin Abdullah al-Fathani dan lain-lain dalam bahasa Melayu. Namun beberapa

perkara yang masih kurang tersebar yang tidak terdapat dalam karya-karya lain ternyata

terdapat dalam Risalah Thariqatisy Syathariyah oleh Syeikh Abdur Rauf yang sedang

dibicarakan ini. Masih pada mukadimah lagi, Syeikh Abdur Rauf menyebut, “...Tarekat

Syathariyah, tarekat segala Auliya' yang besar-besar.”

Antara perkara yang dihuraikan lebih lengkap daripada naskhah lain seperti pada adab

duduk, kata beliau, “Kelima, duduk menghadap kiblat serta bersila. Maka urat lututnya

yang kiri disepitnya dengan ibu kaki yang kanan.” Adab yang kesembilan disebutkan

Fatihah tawassul dihadiahkan untuk Syeikh Abdur Rauf, tanpa menyebut Syeikh Abdur

Rauf yang mana dimaksudnya. Dipercayai adalah Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri.

Walaupun salasilah Tarekat Syathariyah, beliau secara lurus tidak menyentuh ulama besar

yang berasal dari Aceh itu, namun bertemu Syeikh Ahmad al-Qusyasyi. Sesudah

menyebut ahli salasilah tempat tujuan tawassul lalu dinyatakan doa tawassul yang

khusus, yang doa tersebut belum dijumpai dalam semua naskhah Tarekat Syathariyah

bahasa Melayu. Termasuk adab yang paling penting dalam disiplin tasawuf ialah

mematuhi guru. Sangat banyak perkataan gurunya beliau pindahkan ke dalam naskhah

Risalah Thariqah asy-Syathariyah. Syeikh Abdur Rauf menulis, “...kata orang ahlillah,

dan lagi menyuruh guru kami, yang Kamil Mukammil iaitu Syeikh Ibrahim anak Syeikh

Thahir Madinah ar-Rasul kepada fakir....”

Page 26: Ulama Nusantara (103)

Kerana terlalu banyak yang diperkatakan, antara petikannya dilanjutkan dengan tulisan

beliau, “...serta yakin kepada guru serta petunjuk, kerana guru ini menunjuk kepada jalan

keselamatan. Sebab inilah disuruhkan guru kami. Kerana guru ganti Nabi s.a.w. sebab

inilah kita wajib mengikut akan pesuruh-Nya. Dan kata guru kami, “Janganlah engkau

lupa dan lalai akan yang disuruh oleh guru, kerana jika durhaka kepada guru, nescaya

sesat dengan sesat yang terlalu jauh.”

Syeikh Abdur Rauf menutup Risalah Thariqatisy Syathariyah, dengan katanya, “...jangan

engkau lupa dan lalai akan zikir ini, kerana perbuatan segala Auliya' yang besar-besar,

kerana jalan kepada Allah s.w.t.. Dan barang siapa tiada gurunya, maka syaitan gurunya.

Sebab itulah wajib berguru akan jalan ini. Jangan engkau syak lagi akan hal perbuatan

ini, kerana jalan segala Anbiya' dan Auliya' sekali-kali jangan lupa dan lalai kepada Allah.

Dan lagi, janganlah lupa dan lalai akan zikir Allah, Allah siang dan malam itulah.

Sekalian itu disuruh guru kami kepada fakir yang hina.”

SYEIKH MAHMUD SYARWANI

Dari Mekah Berhijrah ke Nusantara

TERDAHULU daripada ulama yang dibincangkan dalam rencana ini, ada dua ulama luar

yang berjasa menyebarkan Islam di dunia Melayu. Yang diriwayatkan ini adalah yang

ketiga. Ulama ini pula nama lengkapnya ialah Syeikh Mahmud bin Syeikh Abdul Hamid

asy-Syarwani ad-Daghistani. Syeikh Mahmud asy-Syarwani meninggal dunia di

Pontianak pada Rabu, pukul 1, 20 Jamadilakhir 1314 H/26 November 1896 M.

Dikebumikan pada pagi Khamis, 21 Jamadilakhir 1314 H/27 November 1896 M di

Perkuburan Al-Marhum Pangeran Bendahara Syarif Ahmad Al-Qadri Pontianak.

Sebelum meriwayatkan Syeikh Mahmud asy-Syarwani, terlebih dulu kita perlu

perhatikan latar belakang hidup ayahnya, iaitu Syeikh Abdul Hamid asy-Syarwani. Beliau

Page 27: Ulama Nusantara (103)

sangat terkenal dalam lingkungan Mazhab Syafie di seluruh dunia Islam. Syeikh Abdul

Hamid asy-Syarwani ialah murid seorang ulama yang sangat terkenal, iaitu Syeikh

Ibrahim bin Muhammad al-Bajuri (1192 H/1783 M - 1277 H/1861 M). Di antara sebab-

sebab Syeikh Abdul Hamid asy-Syarwani terkenal adalah kerana beliau menulis sebuah

karya yang sangat besar.

Dalam sejarah perkembangan Mazhab Syafie yang mutakhir, wujud dua kitab rujukan

yang sangat terkenal. Pertama ialah Tuhfah al-Muhtaj asy-Syarh Minhaj, yang terdiri

daripada 10 jilid karya Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami (lahir di Mesir, 909 H/1503 M,

wafat di Mekah, 974 H/1567 M). Kedua ialah Nihayah al-Muhtaj ila asy-Syarh Minhaj

yang terdiri daripada lapan jilid, juga tebal dan besar karya Imam Ramli (lahir 919

H/1513 M, wafat 1004 H/1596 M). Kedua-dua kitab dan ulama tersebut bukan sahaja

mempunyai pengaruh besar dalam Mazhab Syafie di seluruh dunia termasuk di dunia

Melayu. Syeikh Abdul Hamid asy-Syarwani telah memperluaskan kandungan Tuhfah al-

Muhtaj asy-Syarh Minhaj karya Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami dengan menulis sebuah

hasyiyah. Manuskrip asli Hasyiyah Tuhfah karya Syeikh Abdul Hamid asy-Syarwani

pernah dimiliki oleh Syeikh Ahmad al-Fathani (salah seorang murid beliau). Syeikh

Ahmad al-Fathani pernah menulis pentahqiqan Hasyiyah Tuhfah baik yang bersumber

daripada manuskrip mahupun daripada kitab yang pernah diterbitkan. Perlu saya catatkan

bahawa Syeikh Abdul Hamid asy-Syarwani selain terkenal dengan Hasyiyah Tuhfah juga

termasuk ulama besar di Mekah. Nama beliau selalu disebut-sebut seumpama Saiyid

Ahmad bin Zaini Dahlan (1232 H/1816 M -1304 H/1886 M) dan Syeikh Muhammad

Sulaiman Hasbullah al-Makki (1233 H/1817 M - 1335 H/1917 M). Beberapa ulama dunia

Melayu sempat belajar dengan kedua-dua ulama itu dan pada masa yang sama juga

belajar daripada Syeikh Abdul Hamid asy-Syarwani.

Sumber penelitian

Khusus mengenai Syeikh Abdul Hamid asy-Syarwani ad-Daghistani, sumber utama saya

adalah daripada salah seorang guru saya, Ustaz Haji Abdul Rani Mahmud (ketika hidup

Page 28: Ulama Nusantara (103)

adalah Ketua Majelis Ulama Propinsi Kalimantan Barat). Cerita beliau saya dengar

berkali-kali dalam rangka membahaskan kitab Tuhfah al-Muhtaj dan Hasyiyah Tuhfah.

Disebabkan terjadi gerakan Wahabi di Mekah, salah seorang anak Syeikh Abdul Hamid

asy-Syarwani ad-Daghistani yang bernama Syeikh Mahmud asy-Syarwani ad-Daghistani

terpaksa berhijrah meninggalkan Mekah. Beliau memilih untuk pergi ke dunia Melayu.

Oleh kerana beliau ialah seorang ulama dan ayahnya memang cukup terkenal, Syeikh

Mahmud asy-Syarwani ad-Daghistani mendapat perhatian Sultan Sambas dan Sultan

Pontianak. Daripada perkenalan dan persahabatan saya dengan salah seorang keturunan

Syeikh Abdul Hamid asy-Syarwani, beliau ialah Syeikh Isa asy-Syarwani (meninggal

dunia pada 2005), tersingkaplah fenomena riwayat ulama yang sedang dibicarakan ini.

Daripada Syeikh Isa asy-Syarwani, saya memperoleh sumber asli berupa dokumen

bertulis mengenai Syeikh Abdul Hamid asy-Syarwani dan keturunannya di Pontianak.

Antara surat-surat yang penting sebagai dokumen ialah:

1. Surat daripada Syeikh Mahmud ad-Daghistani bin Syeikh Abdul Hamid asy-Syarwani

ad-Daghistani ke hadrat Saiyidi asy-Syarif Qasim ibnu al-Marhum Saiyidi asy-Syarif

Hasan al-Qadri. Tarikh 23 Jamadilakhir 1310 H.

2. Laporan Satu Upacara Perkahwinan Di Istana Al-Qadriyah Pontianak. Tarikh akhir

Zulhijjah 1324 H.

3. Surat Kuasa dan Pengakuan Keturunan Syeikh Abdul Hamid asy-Syarwani ad-

Daghistani di Pontianak dan lain-lain.

Maklumat daripada surat-surat di atas secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa

semuanya adalah penting. Sekurang-kurangnya ia memberikan pelbagai informasi

tentang sejarah, kebudayaan, adat-istiadat, kesenian dan lain-lain. Ada pun surat bertarikh

23 Jamadilakhir 1310 H/12 Disember 1892 M adalah merupakan laporan pelbagai

peristiwa di Pontianak dan Sambas. Dimulai laporan pelbagai peristiwa kemasyarakatan

pada persekitaran kesempitan dan kesusahan termasuk yang dialami sendiri oleh Syeikh

Mahmud Syarwani. Walau bagaimanapun beliau selalu mendapat pertolongan terutama

daripada Sultan Sambas.

Page 29: Ulama Nusantara (103)

Kandungan surat tersebut amat menarik. Selain seorang ulama, Syeikh Mahmud

Syarwani juga ialah seorang ahli dalam kesenian gambus dan lagu-lagu Arab yang

bercorak puji-pujian yang biasa digunakan oleh ahli sufi. Dalam surat diceritakan juga

peristiwa di Sambas, bahawa dari Mekah datang seorang Arab ahli seni gambus yang

terkenal bernama Syeikh Muhammad Amudi. Oleh sebab salah pengertian, pada mulanya

Syeikh Muhammad Amudi tidak dibenarkan mengadakan persembahan seni dan sekali

gus tidak dibenarkan tinggal di Sambas.

Peristiwa tersebut mendapat perhatian Syeikh Mahmud Syarwani. Beliau sendiri pergi

menghadap Pangeran Bendahara Sambas sehingga Syeikh Muhammad 'Amudi

dibenarkan tinggal di Sambas dan dibenarkan pula membuat siri pertunjukan seni gambus

itu kepada masyarakat Sambas. Berdasarkan cerita yang termaktub dalam surat itu dapat

dipelajari pemikiran Syeikh Mahmud Syarwani. Menurutnya jenis seni ada dua macam.

Yang pertama adalah dicela oleh syarak dan kedua yang dibolehkan.

Lagu-lagu yang terdapat dalam permainan gambus iaitu yang bercorak pujian-pujian

kepada Allah, selawat dan lain-lain sejenisnya adalah dibolehkan dalam Islam. Demikian

juga khalayak yang hadir dan tempat melaksanakannya juga perlu diperhatikan, ertinya

bukanlah bebas seperti pertunjukan-pertunjukan yang dilakukan oleh golongan-golongan

yang melanggar norma-norma yang digariskan oleh Islam. Syeikh Mahmud Syarwani

dan Syeikh Muhammad Amudi, sahabatnya dari Mekah, memperkenalkan gambus

bertujuan menseimbangkan pelbagai seni yang ditolak oleh Islam. Dalam surat yang

sama Syeikh Mahmud Syarwani dinyatakan berhasrat menyebarkan pelbagai kepandaian

di Pontianak yang akan dipusatkan Kampung Melayu, iaitu sebuah kampung yang agak

dekat dengan Istana Qadriyah (Istana Sultan Pontianak). Dalam surat dinyatakan bahawa

beliau sangat mengasihi zuriat Nabi Muhammad s.a.w., termasuklah keluarga Sultan

Pontianak, iaitu keturunan ‘Saiyid’, marga ‘Al-Qadri’. Tulisan Syeikh Mahmud Syarwani

menyebut, “Seboleh-bolehnya mahu tetap di Pontianak sahaja, biarlah mati di Pontianak

antara anak cucu Rasulullah....”

Page 30: Ulama Nusantara (103)

Dalam suratnya juga, Syeikh Mahmud Syarwani memperhatikan perkembangan dan

pembangunan semasa dalam kerajaan Sambas. Beliau meriwayatkan bahawa Sultan

Sambas akan menemui Residen di Pontianak yang akan memindahkan pusat

pemerintahan ke arah sungai besar yang agak jauh ke Kuala Sungai Sambas.

Dengan langkah itu, Sultan Sambas bermaksud negeri Sambas menjadi ramai dan dua

orang putera Sultan Sambas telah membawa dari Eropah fabrik tupu (belum jelas apa

yang beliau maksudkan, pen:), fabrik kisaran padi dan lain-lainnya. Daripada bahagian

ini dapat diambil kesimpulan bahawa Syeikh Mahmud Syarwani juga seperti ulama-

ulama lain menerima kebijaksanaan pemerintah dalam melaksanakan pembangunan dan

kebajikan.

Walau bagaimanapun, sekiranya dalam pelaksanaan terdapat hal-hal negatif yang

merosakkan ajaran Islam dan masyarakat penganutnya maka adalah wajib ulama

menasihati. Hal ini sama ada dilakukan dalam bentuk lisan ataupun tulisan.

Surat yang kedua merupakan dokumen kerajaan Pontianak iaitu ‘Laporan Satu Upacara

Perkahwinan Di Istana Pontianak’ yang tertulis malam Isnin, pukul 8, tarikh akhir

Zulhijjah 1324 H/12 Februari 1907 M. Kandungan ringkasnya adalah laporan salah satu

upacara perkahwinan di Istana Sultan Pontianak di Balai Cermin yang dihadiri oleh

beberapa pembesar yang terdiri daripada Saiyidi Mufti, sekalian Pangeran Bendahara,

Saiyid Ismail, Pangeran Temenggung, Pangeran Jaya, Pangeran Suma, Pangeran Perdana,

Pangeran Aria, Pangeran Putra, Pangeran Seri, Pangeran Cakra, Pangeran Jaya, dan

jemputan-jemputan kenamaan dan rakyat jelata.

Dari sini dapat diketahui nama-nama pangkat yang digunakan dalam kerajaan Pontianak.

Perkahwinan yang dilakukan adalah salah seorang Kerabat Diraja Kerajaan Pontianak

dengan Fatimah, anak seorang ulama besar bernama Syeikh Mahmud bin Syeikh Abdul

Hamid asy-Syarwani ad-Daghistani. Perkahwinan keturunan umara (kesultanan

Pontianak) dan keturunan ulama (Syeikh Abdul Hamid asy-Syarwani) yang tersebut

bererti menambah keselarasan dan keserasian urusan pentadbiran pemerintahan dan

Page 31: Ulama Nusantara (103)

urusan Islam. Dalam surat diceritakan adat istiadat baik sebelum mahupun sesudah

perkahwinan secara terperinci.

Surat yang ketiga juga penting iaitu ‘Surat Kuasa dan Pengakuan Keturunan Syeikh

Abdul Hamid asy-Syarwani ad-Daghistani’ yang tidak bertarikh. Kandungan ringkas

membicarakan tentang pengurusan harta pusaka peninggalan Syeikh Abdul Hamid asy-

Syarwani ad-Daghistani di Mekah. Mereka yang bertandatangan ialah cucu-cucu beliau

di Pontianak iaitu Muhammad Syarwani, Ahmad Syarwani, Jamilah Syarwani dan

Fatimah Syarwani. Yang tidak terdapat namanya ialah Isa Syarwani, kemungkinan

sewaktu surat itu ditulis beliau masih kecil.

Ayah mereka yang termaktub dalam surat ialah Syeikh Mahmud bin Syeikh Abdul Hamid

asy-Syarwani ad-Daghistani. Mereka telah memberi kuasa pengurusan kepada Saiyid Ali

bin Saiyid Abdullah az-Zawawi. Daripada surat ini dapat kita ketahui betapa eratnya

hubungan kekeluargaan ‘az-Zawawi’ dan ‘asy-Syarwani’. Kedua-dua keluarga tersebut

telah berperanan dalam pendidikan Islam sejak di Mekah hinggalah mereka berhijrah ke

Pontianak.

Ada pun yang dimaksudkan dengan Saiyid Ali bin Saiyid Abdullah az-Zawawi ialah ayah

kepada Saiyid Yusoff az-Zawawi yang pernah menjadi Mufti Terengganu (berkhidmat

pada 7 April 1953 hingga 31 Disember 1975). Saiyid Abdullah az-Zawawi pula ialah

ulama besar yang pernah menjadi Mufti Mekah, kemudian pernah menjadi Mufti

Kerajaan Pontianak. Riwayatnya dapat dirujuk dalam halaman Agama Utusan Malaysia,

Isnin, 1 Mei 2006.

SYEIKH MUHAMMAD ZAIN SIMABUR

Mufti Kerajaan Perak

SEKURANG-KURANGNYA ada dua ulama yang berasal dari Minangkabau yang

berkedudukan tertinggi dalam urusan Islam di Perak. Yang pertama ialah Syeikh

Muhammad Salleh bin Abdullah al-Minankabawi. Beliau ialah Syeikh al-Islam Perak.

Page 32: Ulama Nusantara (103)

Yang kedua ialah Syeikh Muhammad Zain Simabur. Beliau pernah dilantik menjadi

Mufti Kerajaan Perak. Saya mengakui nama beliau terdapat pada beberapa tulisan namun

masih banyak perkara yang belum jelas. Dalam buku Fatwa Dalam Perundangan Islam

oleh Othman Haji Ishak, terbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1981, ada disebutkan susunan

Mufti Kerajaan Perak yang dimulai dengan Daeng Selaili atau Haji Besar yang diberi

gelar Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan. Mufti Perak yang kedua ialah Tuan Haji

Wan Muhammad, yang berkhidmat pada 1887 hingga 1916. Mufti Kerajaan Perak yang

ketiga ialah Tuan Haji Muhammad Zain yang berkhidmat dari 1934 hingga 1940. Nama

Syeikh Muhammad Salleh bin Abdullah al-Minankabawi sebagai Syeikh al-Islam atau

Mufti Kerajaan Perak tidak disebut dalam buku di atas. Saya belum mengetahui mengapa

nama yang sangat terkenal itu terlepas daripada kajian Othman, pengarang buku di atas.

Padahal jika kita baca buku Sejarah Perak oleh Haji Buyong Adil, terbitan Dewan Bahasa

dan Pustaka, 1981, halaman 111, cukup jelas bahawa beliau dilantik oleh Sultan Iskandar

menjadi Syeikh al-Islam Perak.

Jika kita semak tulisan di atas, senggang waktu yang begitu lama antara 1917 hingga

1933, bererti kerajaan Perak tidak ada Mufti. Terdahulu daripada ini telah saya tulis

bahawa cita-cita Sultan Perak untuk melantik seorang Syeikh al-Islam bermula pada 1922

M. Namun secara rasminya Syeikh Muhammad Saleh al-Minankabawi memegang

jawatan itu pada 6 Jamadilakhir 1343 H/1 Januari 1925 M (Halaman Agama, Utusan

Malaysia, 26 April 2004). Dengan demikian, bererti Syeikh Muhammad Zain Simabur

bukan Mufti Perak yang ketiga seperti yang disebut oleh Othman Haji Ishak.

Kemungkinan beliau ialah Mufti Perak sesudah Syeikh Muhammad Salleh Minangkabau.

Selanjutnya nama ulama yang menjadi topik perbicaraan dalam buku Othman yang

disebut ialah Tuan Haji Muhammad Zain. Dalam beberapa karangannya, Buya Hamka

pula menyebut nama Syeikh Muhammad Zain Simabur. Saya belum menemui satu

tulisan pun, sama ada karangan orang yang berasal dari Minangkabau sendiri atau orang

luar, yang menyebut secara lengkap berserta nama orang tua ulama yang dibicarakan ini,

kecuali daripada karya beliau sendiri yang diberi judul Nashihat al-Mu'minin ila 'Ibadah

Rabb al-'Alamin.

Page 33: Ulama Nusantara (103)

Oleh itu, di sini saya catat nama lengkapnya iaitu Syeikh Muhammad Zain Lantai Batu

bin Syeikh Abdul Halim al-Khalidi Labuh, Batu Sangkar. Beliau meninggal dunia

Pariaman, Minangkabau (Sumatera Barat), tahun 1376 H/1957 M. Syeikh Muhammad

Zain Simabur dan ayahnya masih tetap mengekalkan istilah al-Khalidi pada hujung nama.

Istilah tersebut adalah sebagai petanda bahawa beliau seorang pengamal Tarekat

Naqsyabandiyah al-Khalidiyah, iaitu salah satu aliran tarekat yang ramai pengikutnya di

Minangkabau, Sumatera Barat. Dari segi pegangan keislaman, beliau berpihak kepada

‘Kaum Tua’, yang dalam golongan ini termasuk beberapa sahabatnya seperti Syeikh

Sulaiman ar-Rasuli, Syeikh Jamil Jaho dan lain-lain. Mereka menolak golongan ‘Kaum

Muda’ yang dipelopori antaranya oleh Syeikh Abdul Karim Amrullah, Syeikh Jamil

Jambek dan lain-lain.

Sungguhpun Syeikh Muhammad Zain Simabur dan Syeikh Jamil Jaho berpegangan

‘Kaum Tua’, ia ada sedikit perbezaan dengan Syeikh Sulaiman ar-Rasuli. Syeikh

Sulaiman ar-Rasuli sejak awal lagi menolak kemasukan organisasi Muhammadiyah di

Minangkabau, sebaliknya Syeikh Muhammad Zain Simabur dan Syeikh Jamil Jaho,

menurut kaca mata golongan ‘Kaum Tua’ yang berhaluan keras, kedua-duanya pernah

terkecoh.

Syeikh Muhammad Zain Simabur dan Syeikh Jamil Jaho menyambut kedatangan

Muhammadiyah di Minangkabau, bahkan kedua-dua ulama itu menjadi anggota

Muhammadiyah. Buya Hamka dalam bukunya, Ayahku, menulis, “Pada 1927 terjadilah

Kongres Muhammadiyah ke-16 Pekalongan. Kedua-dua ulama itu pun turut hadir dalam

kongres itu. Di sanalah baru diketahui tujuan sebenar Muhammadiyah, iaitu membela

faham Wahabi dan lain-lain yang selama ini sangat beliau tentang.” (Ayahku, hlm. 248)

Setelah pulang dari kongres itu, Syeikh Muhammad Zain Simabur dan Syeikh Jamil Jaho

mengundurkan diri dan selanjutnya bergabung dengan PERTI (Persatuan Tarbiyah

Islamiyah) yang berpegang teguh pada Mazhab Syafie. Organisasi ini pula adalah sangat

kontroversi terhadap Muhammadiyah.

TAKLID

Page 34: Ulama Nusantara (103)

Sekiranya kita membahaskan tulisan Buya Hamka, khusus dalam konteks ini,

penulisannya mencerminkan kejujuran. Sebagai contoh pada kalimat, “... tujuan yang

sebenarnya daripada Muhammadiyah, iaitu membela faham Wahabi dan lain-lain....”

Buya Hamka ialah aktivis organisasi Muhammadiyah yang sangat penting pada

zamannya. Namun aneh juga kerana sangat berbeza dengan beberapa orang aktivis

golongan Wahabi dalam perkembangan terkini. Ada di antara mereka memang marah

disebut Wahabi, kerana mereka lebih suka disebut dengan istilah ‘Salaf’. Dalam

percakapan dan penulisan memang sukar mencari istilah yang pihak lain tidak

tersinggung dengan istilah yang tidak disukai oleh suatu golongan.

Oleh itu, Syeikh Muhammad Zain Simabur dan Syeikh Jamil Jaho setelah mendengar

beberapa ucapan dalam kongres itu menyedari perbezaan jalan pemikiran mereka yang

berpegang cara ‘Kaum Tua’. Yang dimaksudkan dengan istilah Wahabi ialah fahaman

yang diperkenal dan diperjuangkan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Yang

dimaksudkan dengan sambungan kalimat Buya Hamka, “... dan lain-lain...” ialah semua

fahaman Islam yang mirip dengan jalan pemikiran Syeikh Muhammad bin Abdul

Wahhab. Menurut golongan ‘Kaum Tua’, pegangan Syeikh Muhammad bin Abdul

Wahhab adalah berasal daripada Ibnu Taimiyah dan muridnya Ibnu Qaiyim. Selain

menolak Wahabi golongan ‘Kaum Tua’ juga menolak beberapa pendapat yang

diperkenalkan oleh Syeikh Muhammad Abduh dan muridnya Saiyid Rasyid Ridha

dengan Tafsir al-Manarnya.

Selanjutnya Buya Hamka menyatakan, “Apatah lagi setelah mendengar khutbah Kiyahi

H. Mas Mansur yang pada waktu itu mengemukakan pentingnya Muhammadiyah

mendirikan Majlis Tarjih, untuk merajihkan hukum dan jangan hanya taqlid kepada

ulama-ulama saja.” (Ayahku, hlm. 249) Kalimat yang disebutkan Buya Hamka, “... untuk

merajihkan hukum dan jangan hanya taqlid kepada ulama-ulama saja”, bukan hanya

ditolak oleh Syeikh Muhammad Zain Simabur tetapi juga ditolak oleh semua pengikut

‘Kaum Tua’. Mereka berpandangan golongan manapun sama ada mereka mengaku taklid

Page 35: Ulama Nusantara (103)

ataupun tidak, sebenarnya tidak siapa pun terlepas daripada taklid. Sebagai contoh, orang

yang dapat menerima ucapan Kiyahi H. Mas Mansur yang tidak membenarkan taklid

kepada ulama itu bererti mereka juga taklid.

Bertaklik

Mereka tidak mahu bertaklid kepada ulama, tetapi dalam masa yang sama bererti

bertaklid kepada Kiyahi H. Mas Mansur. Oleh itu pengikut ulama ‘Kaum Tua’ termasuk

Syeikh Muhammad Zain Simabur berpandangan bahawa taklid kepada ulama yang

muktabar seperti Imam Syafie dan ulama-ulama yang berada dalam lingkungan mazhab

tersebut lebih selamat diikut daripada orang-orang yang bertentangan faham dengan

mereka.

Syeikh Muhammad Zain Simabur dan Syeikh Muhammad Jamil Jaho (1280 H/1863 M --

1360 H/1941 M) yang jauh lebih tua dan dianggap peringkat ayah bagi Kiyahi H. Mas

Mansur (1314 H/1896 M -- 1365 H/1946 M) nampaknya tidak bersedia taklid kepada

Kiyahi H. Mas Mansur dan golongan ulama dalam Muhammadiyah.

Berertilah kedua-dua ulama Minangkabau itu mempunyai penilaian tersendiri. Kedua-

duanya menolak taklid pada yang satu, tetapi dalam masa yang sama mereka

mempertahankan taklid kepada yang lain. Jalan yang selamat ialah taklid seperti yang

diamalkan oleh ramai ulama bukan hanya di Minangkabau saja tetapi di seluruh dunia

Islam.

Belum dijumpai maklumat tentang penghijrahan Syeikh Muhammad Zain Simabur dari

Minangkabau ke Perak kecuali yang ditulis oleh Buya Hamka. Katanya, “harta benda

beliau (kebun-kebun getah) ada di Perak (Malaya), dan isteri beliau pun orang sana.

Maka beliau pun pindah ke Perak, sebab negeri Simabur rupanya tidak mengikutinya

lagi. Di Perak beliau mendapat kedudukan yang baik dalam kerajaan Perak, iaitu menjadi

Mufti.” (Ayahku, hlm. 248)

Page 36: Ulama Nusantara (103)

Setelah cukup lama bertugas sebagai Mufti di Perak, pada 1955 Syeikh Muhammad Zain

Simabur pulang Minangkabau dan akhirnya beliau menetap di Pariaman. Tentang

perjalanan terakhir ulama fiqh ahli Tarekat Naqsyabandiyah al-Khalidiyah tersebut, Buya

Hamka juga mencatatkan, “Beliau daripada mudanya memang condong kepada Thariqat

Naqsyabandiyah.

“Padahal di Simabur sendiri tidak ada lagi orang yang menyukai tarekat itu. Yang

berpengaruh sekarang ialah pemimpin-pemimpin ‘Kaum Muda’ daripada

Muhammadiyah. Maka atas permintaan murid-murid beliau, beliau berdiam di Pariaman

dalam suluk dan khalwatnya sampai beliau meninggal dunia tahun 1957. Rahimahullah.”

(Ayahku, hlm. 248)

Sungguhpun ada orang menyalahkan ‘suluk dan khalwat’ yang mereka anggap sesat,

namun Buya Hamka pada akhir kalimatnya menyebut ‘Rahimahullah’ yang bermaksud

Allah telah memberi rahmat. Berertilah Syeikh Muhammad Zain Simabur dalam rahmat

Allah. Yang bererti pula orang yang meninggal dunia dalam menjalankan ‘suluk dan

khalwat’ adalah tidak sesat.

PENULISAN

Karangan Syeikh Muhammad Zain Simabur yang telah dijumpai hanya satu judul saja

ialah Nashihat al-Mu'minin ila 'Ibadah Rabb al-'Alamin. Kitab tersebut terdiri daripada 4

juzuk. Juzuk pertama tidak bertarikh, cetakan pertama Mathba'ah Al-Islamiyah, Port de

Kock (Bukit Tinggi), 10 Syawal 1344 H. Kandungannya dinyatakan pada kulit kitab,

‘Terhimpun di dalam kitab ini ilmu tauhid, dan ilmu fiqh, dan ilmu tasawuf’.”

Jilid yang pertama hingga jilid yang keempat merupakan terjemahan daripada kitab

bahasa Arab berjudul Mau'izhah al-Mu'minin min Ihya' 'Ulumid Din, iaitu kitab

keringkasan Ihya' 'Ulumid Din karangan Imam al-Ghazali. Juzuk yang pertama dimulai

Page 37: Ulama Nusantara (103)

dengan Mukadimah dan disudahi dengan Fasal Pada Menyatakan Kelebihan

Perhimpunan Duduk Berzikir.

Sebagai kenangan, saya sebutkan di sini bahawa kitab yang berjudul di atas saya miliki

daripada bekas koleksi Imam Haji Muhammad Isa bin Syamsuddin, Imam di Cemage,

Pulau Bunguran (Natuna). Ia diserahkan kepada saya oleh dua orang anaknya pada hari

Sabtu, 14 Rabiulawal 1421 H/17 Jun 2000 M di rumahnya di Cemage, Pulau Bunguran.

HAJI MUHAMMAD LIP

Pengasas Pondok Ribath

PADA 1 Julai 2006 di Pondok Ribath, Parit Perupok, Jalan Temenggong Ahmad, Bandar

Maharani, Muar, Johor diadakan upacara Maulid Rasul Pondok Ribath ‘Haul Ke-101

Kewafatan Syeikh Ahmad Al-Fathani’ serta para ulama Johor. Upacara yang padat berupa

seminar mulai pagi Sabtu hingga malam Ahad ditutup dengan tahlil untuk para ulama

nusantara terutamanya ulama Johor, selanjutnya berakhir dengan satu ceramah. Acara

tersebut adalah anjuran Pondok Ribath, Muar dan Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik

Nusantara (Pengkaji). Tujuan utama seminar adalah mendokumentasikan sejarah para

ulama dan tokoh nusantara yang pada kesempatan tersebut difokuskan kepada Pengasas

Pondok Ribath, Parit Perupok, Muar, iaitu Tuan Guru Haji Muhammad Lip. Yang saya

perkenalkan dalam artikel ini adalah petikan kertas kerja dibentangkan pada seminar

tersebut. Setelah selesai seminar banyak maklumat baru, maka beberapa pembetulan dan

tambahan juga saya tulis dalam artikel ini.

ASAL USUL DAN PENDIDIKAN Nama lengkap dari sebelah ayah ialah Haji

Muhammad Lip bin Haji Hasan bin Arsyad bin Mahmud bin Abu Bakar. Hanya sampai

pada nama Abu Bakar saja bahan yang bertulis yang saya peroleh dari kewarisan Pondok

Ribath, Parit Perupok. Selanjutnya dicatatkan bahawa mereka berasal dari Melaka dan

lebih jauh lagi berasal dari aliran darah Majapahit di tanah Jawa. Di sebelah ibu pula,

ayahnya ialah Haji Hasan bin Haji Arsyad kahwin dengan Bainah (Mak Ulang) binti

Page 38: Ulama Nusantara (103)

Ibrahim Latis. Ibrahim Latis kahwin dengan Puteh (Cepat). Ayah Puteh dikenali sebagai

Panglima Hitam (Panglima Laut). Digelar begitu kerana beliau adalah seorang panglima

yang mengawal laut dan pantai sekitar Parit Perupok, Parit Tok Akil, Parit Jong, Parit

Sakai, dan lain-lain sekitarnya. Haji Muhammad Lip lahir di Parit Perupok, Muar, 1322

H/1904 M, wafat 1409 H/1989 M. Mendapat pendidikan Islam dari ayah dan ibunya

sejak kecil dan pernah masuk Madrasah Al-Attas di Johor Bahru. Muhammad Lip belajar

pula di Madrasah Parit Raja, Muar sehinggalah umurnya 24 tahun. Selanjutnya Haji

Muhammad Lip belajar daripada Tuan Guru Haji Abdur Rahman bin Taqin di Air Molek,

Melaka. Beliau belajar di Air Molek Melaka itu mulai tahun 1925 M hingga tahun 1930

M. Dalam masa belajar itu Tuan Haji Muhammad Lip adalah sebagai ‘Ketua Thala'ah’.

Mereka di bawah bimbingannya yang menjadi tokoh-tokoh yang berperanan ialah Tuan

Guru Haji Abdul Wahid bin Utsman, Sungai Udang, Melaka, Tuan Haji Husein, Umbai,

Tuan Kadi Haji Abdullah, Durian Tunggal, Tuan Kadi Haji 'bdullah, Duyung, Melaka,

Tuan Kadi Hakim, Johor, dan Tuan Haji Ahmad, Tengkera, Melaka.

Selanjutnya Haji Muhammad Lip bersama-sama dengan Haji Rahmat Khan belajar pula

dengan Tuan Guru Haji Abdul Lathif Nuruddin Tambi. Tuan Guru Haji Abdul Lathif

adalah seorang ulama besar yang mendapat pendidikan di Mekah. Beliau termasuk salah

seorang murid kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Di antara ilmu yang dipelajari dari Haji

Abdul Lathif ialah nahu, sharaf (dan lain-lain yang dinamakan ilmu alat), usuluddin, fiqh,

tasawuf, dan lain-lain. Setelah itu, Haji Muhammad Lip belajar pula kepada Tuan Guru

Haji Ahmad, Paya Rumput, Melaka. Dari Paya Rumput, Melaka Haji Muhammad Lip

meneruskan pelajarannya ke Kelantan, belajar di Pondok Tok Kenali. Beliau sempat

dalam asuhan Tok Kenali hanya sekitar dua tahun lapan bulan saja, sehingga Tok Kenali

meninggal dunia pada 1933. Ilmu-ilmu yang paling utama yang diperolehi beliau

daripada Tok Kenali ialah ilmu alat dan tasawuf.

Haji Muhammad Lip pulang ke kampung halamannya tahun 1934 dan seterusnya mulai

mengajar di rumah ayahnya. Disimpulkan bahawa sekurang-kurangnya tiga orang di

antara gurunya yang tersebut di atas ialah Haji Abdul Lathif, Haji Ahmad, Paya Rumput,

Page 39: Ulama Nusantara (103)

dan Tok Kenali adalah murid Syeikh Ahmad al-Fathani. Oleh sebab itulah ‘Haul

Kewafatan Ke-101 Syeikh Ahmad Al-Fathani’ diadakan di Pondok Ribath atas

persetujuan bersama antara Pondok Ribath dengan Pengkaji. Haji Muhammad Lip

berkahwin dengan Hajah Halimah binti Abdur Razzaq. Ayah mertuanya ialah orang kaya

di Muar pada zaman itu. Beliau membeli sebidang tanah yang kemudian diwakafkan

untuk Haji Muhammad Lip menjalankan aktiviti menyebarkan ilmu-ilmu yang telah

dipelajarinya. Haji Muhammad bin Yahya selanjutnya menyebut bahawa saksi tentang

wakaf itu ialah Haji Muhammad bin Haji Saleh, yang kemudian menjadi Mudir Pondok

Ribath. Saksi yang seorang lagi ialah Haji Abdur Rahman Yasin (Imam Trono). Beliau

pernah menjadi Imam di Masjid Jamik Muar. Menurut Haji Muhammad bin Yahya

(Muar) lagi, bahawa Pondok Ribath beroperasi mulai tahun 1934 hingga 1961. Proses

sesudah tahun tersebut sampai sekarang (Julai 2006) kita saksikan sendiri, tidak

diceritakan oleh Haji Muhammad bin Yahya.

JALINAN PENGAJIAN

Jalinan penurunan ilmu yang pelbagai dari Syeikh Ahmad al-Fathani kepada ulama Johor,

termasuk Tuan Guru Haji Muhammad Lip terlalu panjang untuk dibicarakan. Sebagai

contoh pada pengajian ilmu akidah atau ilmu tauhid Ahli Sunah wal Jamaah Johor yang

ada hubungan dengan Syeikh Ahmad al-Fathani, di antara sejarah yang telah dikesan

adalah sebagai yang berikut:

1. Karya Syeikh Ahmad al-Fathani judul Faridah al-Faraid, diajar di Johor sejak zaman

peringkat murid Syeikh Ahmad al-Fathani hingga sekarang. Ustaz Katimun

meriwayatkan kepada saya, yang didengar oleh beberapa orang bahawa beliau (Ustaz

Katimun) belajar kitab Faridah al-Faraid hingga tamat daripada Cikgu Muhammad Yasin

(iaitu ayah Tan Sri Muhyiddin Yassin). Cikgu Muhammad Yasin belajar kitab itu hingga

tamat daripada Haji Abu Bakar Alim al-Muari. Syeikh Ahmad al-Fathani termasuk salah

seorang di antara guru Haji Abu Bakar Alim dalam pelbagai bidang ilmu ketika di

Mekah. Haji Abu Bakar Alim sempat belajar secara langsung beberapa kitab karangan

Page 40: Ulama Nusantara (103)

Syeikh Ahmad al-Fathani kepada Syeikh Ahmad al-Fathani sendiri termasuk juga Faridah

al-Faraid yang dibicarakan ini.

2. Dalam rangka perundingan akan mengadakan perhimpunan ini, pada 8 Jun 2006, Ustaz

Baharuddin bin Muhammad Saman (Mudir Pondok Ribath sekarang) memberitahu beliau

telah tamat belajar Faridah al-Faraid daripada salah seorang Tok Guru Pondok dari

Kedah. Ustaz Baharuddin juga mengajar kitab itu. Selain itu, beliau juga menceritakan

bahawa pengasas Pondok Ribath bernama Tuan Guru Mat Lip bin Haji Hasan adalah

murid Tok Kenali Kelantan. Oleh sebab Tok Kenali Kelantan adalah murid yang paling

rapat kepada Syeikh Ahmad al-Fathani, bahkan Tok Kenali mengaku sebagai khadam

kepada gurunya itu, ini bermakna Pondok Ribath dapat dipisahkan dengan sejarah Syeikh

Ahmad al-Fathani. Bererti sanad keilmuan yang pelbagai dapat dihubungkan secara jelas

dan nyata yang tidak kita ragui.

3. Maklumat dari Ismail, Pustaka Fajar, ia menceritakan bahawa salah seorang anak

perempuan Tuan Haji Abdul Ghani bin Haji Yahya tinggal di Shah Alam berjiran

dengannya. Anak perempuan Tuan Haji Abdul Ghani bin Haji Yahya menceritakan

bahawa ayahnya adalah belajar dan memperoleh ilmu dari Tok Kenali Kelantan. Tuan

Haji Abdul Ghani bin Haji Yahya adalah seorang ulama Johor yang menghasilkan

beberapa karangan di antaranya ialah Risalah at-Tauhid, Suluh Mathla' al-Badrain,

Cahaya Mustika Qaidah Membahagi Pusaka, Pelajaran Tasawuf Darjah V Bagi Murid-

Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor dan lain-lain. Oleh sebab Tuan Haji Abdul Ghani

bin Haji Yahya juga murid Tok Kenali Kelantan, maka secara pasti adalah seperguruan

dengan Tuan Guru Haji Muhammad Lip. Sekali gus ada hubungan sejarah dengan Syeikh

Ahmad al-Fathani.

ISTILAH RIBATH DAN WASIAT

Sekurang-kurangnya ada dua ulama dunia Melayu yang ada jalinan asal usul keilmuan

Tuan Guru Haji Muhammad Lip yang pernah menyebut istilah Ribath dalam karya

mereka ialah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam Jam'ul Fawaid dan tulisan

Syeikh Ahmad al-Fathani dalam Hadiqah al-Azhar. Perkataan ribath mengandungi

Page 41: Ulama Nusantara (103)

pengertian yang pelbagai iaitu ikatan, balutan, markas tentera, tempat yang diwakafkan

untuk orang miskin, hati, pondok pengajian dan lain-lain.

Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani menterjemahkan ribath sebagai bertunggu pada

tempat takut (Jam'ul Fawaid, muka surat 178). Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani

menulis, “ada pun kelebihan ribath, yakni menunggu tempat takut. Riwayat daripada

Uthman bin Affan r.a, sabda Rasulullah s.a.w. ribath satu hari di dalam sabilillah itu afdal

daripada puasa 1,000 hari dan berdiri 1,000 malam.”

Hadis yang lain pula riwayat Salman al-Farisi, Sabda Nabi s.a.w. bahawasanya ribath

sehari di dalam sabilillah itu terlebih baik daripada puasa sebulan, dan berdiri

sembahyang sebulan. Dan barang siapa mati, padahal dia murabith, dilepaskan daripada

fitnah kubur. Dan disurat baginya amalnya seperti seelok-elok barang yang ada ia

beramal hingga hari kiamat.” (Jam'ul Fawaid, muka surat 184).

Syeikh Ahmad al-Fathani dalam karyanya Hadiqah al-Azhar menggunakan ayat 60, surah

al-Anfal terjemahan dan tafsir ringkas Syeikh Ahmad al-Fathani ialah, “Dan bersedia

oleh kamu bagi mereka itu, akan barang yang kuasa kamu daripada kekuatan dan

daripada mengawali beberapa kuda pada negeri dan tepi-tepinya hal keadaan menakut

kamu dengan dia akan seteru Allah dan seteru kamu ...” Syeikh Ahmad al-Fathani

menafsirkan ayat itu dengan panjang, diutamakan dalam pemikiran pendidikan di dunia

Melayu mahu pun pelbagai aspek yang ada hubungan dengannya.

Kesimpulannya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani menggunakan banyak perkataan

ribath pada konteks jihad fi sabilillah. Syeikh Ahmad al-Fathani menggunakan perkataan

ribath dengan tafsiran yang sangat luas, mulai dari pendidikan hinggalah keseluruhan

permasalahan keperluan umat Islam dan umat Melayu. Tuan Guru Haji Muhammad Lip

meneruskan perjuangan dengan ‘Pondok Ribathnya’. Sebelum beliau meninggal dunia,

pada malam Jumaat, 21 Ogos 1989, Tuan Guru Haji Muhammad Lip berwasiat kepada

murid dan anak-anaknya. Wasiat seumpamanya adalah serupa dengan ulama-ulama yang

Page 42: Ulama Nusantara (103)

terdahulu termasuk tiga guru beliau yang tersebut di atas iaitu, “Apa-apa yang Cikgu

sudah ajar dalam kitab-kitab serta risalah-risalah yang diambil daripada al-Quran, hadis

dan nas-nas syarak daripada ulama-ulama dan kitab-kitab muktabar jangan sesekali

diubahkan.”

GUSTI JAMIRIL

Tokoh Ulama, Raja dan Pahlawan

DALAM Halaman Agama, Utusan Malaysia, Isnin, 12 Jun 2006, telah diceritakan kisah

Raja Haji, Pahlawan Teragung Nusantara, iaitu saudara sepupu Gusti Jamiril. Gusti

Jamiril ialah putera Upu Daeng Menambon. Raja Haji pula ialah putera Upu Daeng

Celak. Upu Daeng Menambon dan Upu Daeng Celak ialah adik-beradik. Kajian awal

saya tentang riwayat mereka adalah bersumberkan Salasilah Melayu dan Bugis, Tuhfat

an-Nafis. Kedua-duanya ialah kitab karangan Raja Ali Haji. Selain kedua-dua karya

tersebut, beberapa versi tulisan tangan naskhah Mempawah dan Pontianak juga menjadi

sumber saya. Selain yang terakam berupa tulisan, cerita lisan juga saya dengar di

Mempawah dan Riau.

Perlu juga saya sebutkan di sini bahawa Gusti Jamiril sebenarnya ada peranan yang

tersendiri dalam kedua-dua karya Raja Ali Haji yang dinyatakan itu kerana sejarah

asalnya berdasarkan tulisan Upu Daeng Menambon dengan tulisan dan bahasa Bugis.

Yang menterjemahkannya daripada bahasa Bugis ke bahasa Melayu ialah Gusti Jamiril.

Terjemahan Gusti Jamiril itulah yang diproses oleh Raja Haji Ahmad, iaitu putera Raja

Haji, tetapi tidak sempat diselesaikan lalu disambung oleh putera beliau, Raja Ali Haji.

Gusti Jamiril digelar juga dengan gelaran Penembahan Adiwijaya Kesuma Jaya. Beliau

mangkat pada waktu Zuhur, hari Ahad, bulan Zulkaedah 1204 H/Julai 1790. Pada judul

artikel ini saya nyatakan bahawa Gusti Jamiril ialah ulama, raja dan pahlawan. Ketiga-

tiganya dapat dibuktikan.

Page 43: Ulama Nusantara (103)

Persyaratan seorang ulama bermula dengan pengetahuan alat Arabiyah, seperti ilmu nahu,

ilmu sharaf, dan lain-lain, serta pelbagai bidang ilmu Islam yang lain. Gusti Jamiril

sempat belajar segala persyaratan itu dengan Saiyid Husein al-Qadri (Mufti Mempawah

yang pertama) dan Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani (Mufti Mempawah yang ke-2). Walau

bagaimanapun, sistem mendidik kedua-dua ulama itu adalah berbeza. Saiyid Husein al-

Qadri yang berasal dari negeri Arab, mengutamakan lughah Arabiyah. Sedangkan Syeikh

Ali bin Faqih al-Fathani, yang berasal dari Patani, memperkenalkan sistem pendidikan

pondok seperti di Patani. Sistem Pondok Patani lebih mengutamakan kecermatan dalam

membaca setiap kitab bahasa Arab. Dalam hal ini penting seseorang ulama menguasai

ilmu nahu, ilmu sharaf, dan semua ilmu alat Arabiyah.

Bukti Gusti Jamiril menguasai ilmu-ilmu Islam disebut oleh Raja Ali Haji dalam

Salasilah Melayu dan Bugis. Sewaktu Gusti Jamiril ke Pinang Sekayuk, antara

pertanyaan Pangeran Dipati adalah: “Apakah cundaku tahu mengaji Quran?” Jawab Gusti

Jamiril: “Tahu!” Maka baginda menyuruhnya membaca al-Quran. Maka membacalah

Gusti Jamiril. Dalam dua maqra' beliau berhenti. “Apakah cundaku sudah mengaji nahu

dan sharaf?” Maka dijawab Gusti Jamiril: “Tahu!” Maka disuruhnya ertikan ayat al-

Quran yang dibaca itu. Maka diertikan lafaz maknanya. Selain sebagai seorang yang

menguasai ilmu yang banyak, Gusti Jamiril juga sangat kuat berwirid. Amalan yang tiada

ditinggalkannya ialah tilawah al-Quran, selawat atas Nabi Muhammad s.a.w., zikir dan

lain-lain. Selawat yang diamalkannya ialah ‘Shalawat Dalail al-Khairat’. Amalan selawat

tersebut juga tidak pernah ditinggalkan oleh Raja Haji asy-Syahid fi Sabilillah Yang

Dipertuan Muda Riau Ke-IV, saudara sepupu Gusti Jamiril.

KERAJAAN MEMPAWAH

Upu Daeng Menambon, Raja Mempawah yang pertama, mangkat pada 26 Safar 1174

H/7 Oktober 1760 M (riwayat lain baginda mangkat tahun 1166 H/1752 M). Baginda

diganti oleh puteranya yang bernama Gusti Jamiril, diberi gelar ‘Penembahan Adiwijaya

Kesuma Jaya’, atau selanjutnya disingkat kepada Adiwijaya saja. Pada zamannya pusat

Page 44: Ulama Nusantara (103)

pemerintahan Mempawah dipindahkan dari Sebukit Raya ke Pulau Pedalaman,

Mempawah Hilir. Namun setelah terjadi perselisihan dengan Belanda, Penembahan

Adiwijaya terpaksa memindahkan pusat pemerintahan dari Pulau Pedalaman, Mempawah

ke Hulu Mempawah iaitu satu lokasi yang sangat jauh yang dinamakan Karangan.

Penembahan Adiwijaya ialah seorang ulama dan raja yang tidak mahu ditakluk penjajah

Belanda. Baginda lebih sedia dan setia mengikut jejak langkah perjuangan saudara

sepupunya, Raja Haji (Yang Dipertuan Muda Riau-Lingga Ke-IV) yang gugur sebagai

syahid fi sabilillah di Melaka. Ia merupakan langkah yang sama seperti anak saudara

sepupunya, Raja Ali Yang Dipertuan Muda Riau-Lingga Ke-V, yang ketika itu terpaksa

berhijrah menyusun strategi di Sukadana.

Pihak Belanda menuduh Adiwijaya bersekongkol dengan pahlawan yang berasal dari

Riau itu. Oleh sebab Belanda tidak dapat mengesan apatah lagi menangkap Raja Ali,

maka tekanan yang sangat keras dikenakan ke atas Adiwijaya kerana hanya baginda

sendiri mampu menyembunyikan Raja Ali.

Padahal ketika itu Raja Ali yang sangat faham keadaan maritim bukan setakat berada di

Sukadana tetapi kadang-kadang berada di Kepulauan Tambelan. Kadang-kadang beliau

berada di Kepulauan Siantan dan tempat-tempat lain. Akibat Penembahan Adiwijaya

tidak mahu dijajah oleh bangsa asing yang bukan Islam, maka kolonial Belanda dengan

dalih untuk pemulihan yang disebut Rusten en orde (Ketenteraan) mengirim pasukan

tentera penjajah itu dari Pontianak menyerang Mempawah. Peristiwa tersebut terjadi pada

tahun 1787 M. Oleh sebab pendengaran, penciuman dan pandangan Penembahan

Adiwijaya untuk mengetahui kondisi dan situasi dalam keadaan aman dan perang

memang hebat, ternyata yang diserang hanyalah tempat yang telah dikosongkan.

Penghijrahan Penembahan Adiwijaya bersama dengan pengikut-pengikut setia baginda

dari Pulau Pedalaman Mempawah Hilir ke Karangan Mempawah Hulu dilakukan sekitar

1786.

Page 45: Ulama Nusantara (103)

Setelah kekosongan pentadbiran Mempawah, Syarif Abdur Rahman al-Qadri, Sultan

Pontianak, saudara ipar Penembahan Adiwijaya, mengambil langkah bijaksana dengan

melantik putera beliau, Pangeran Syarif Qasim al-Qadri menjadi Raja di Mempawah.

Ibu Syarif Qasim al-Qadri ialah Utin Cenderamidi iaitu adik-beradik Penembahan

Adiwijaya. Jadi Pangeran Syarif Qasim al-Qadri masih layak menjadi Raja di Mempawah

kerana beliau ialah cucu Upu Daeng Menambon. Walau bagaimanapun perang

antikolonial Belanda di sana-sini masih berlaku yang melibatkan Gusti Jati dan Gusti

Mas, kedua-duanya putera Adiwiyaja.''

Makam

Kedua-duanya dapat membentuk pasukan gabungan Melayu dan Dayak. Tempat-tempat

yang pernah tercetus perang antaranya ialah di Galah Herang, Sebukit Rama, di sekitar

makam Upu Daeng Menambon dan Sangking.

Perang di Mempawah itu berlarutan hingga tahun 1788 M. Pada tahun itu pula Sultan

Mahmud dan Bendahara Abdul Majid Pahang mengirim utusan ke Mempawah mengajak

pihak Mempawah dan Raja Tempasok untuk menyerang Belanda yang telah menjajah

Riau. Situasi Mempawah sangat gawat, maka pihak Mempawah tidak bersedia untuk

membantu Sultan Mahmud Riau. Begitu juga Raja Tempasok kerana penentangan masih

ditumpukan kepada pihak Belanda yang telah menguasai Pontianak dan akan menjajah

Mempawah pula.

Sewaktu utusan Riau datang ke Mempawah, pada waktu itulah terjadi pergaduhan antara

orang-orang Cina dengan orang-orang Melayu di sekitar Kuala Mempawah.

Diriwayatkan bahawa pergaduhan itu terjadi kerana orang-orang Cina yang terlibat

dengan organisasi rahsia mereka di Mandor telah mengambil kesempatan membantai

orang Melayu dan Bugis ketika terjadi peperangan antara Melayu-Bugis dengan Belanda.

Muncullah pahlawan-pahlawan Riau dan Patani yang gagah perkasa. Orang Cina yang

beratus-ratus hanya dihadapi oleh tiga orang. Mereka ialah Habib Syaikh, yang terkenal

Page 46: Ulama Nusantara (103)

dengan keramatny dan Tengku Sembob yang terkenal dengan kegagahan dan

kehandalannya bermain senjata. Kedua-dua mereka berasal dari Riau.

Yang seorang lagi ialah Abdur Rahman yang digelar orang dengan nama Wak Tapak.

Beliau berasal dari Patani. Beliau ialah Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani. Ketiga-tiga

mereka yang membela Islam dan bumi Melayu itu termasuk antara orang-orang terdekat

dengan Penembahan Adiwijaya yang diriwayatkan ini.

Setelah perang berakhir, beberapa orang putera dan kerabat yang terdekat memujuk

Penembahan Adiwijaya supaya berpindah semula ke Pulau Pedalaman Mempawah untuk

membangunkan Mempawah kembali. Mereka ingin membina kembali masyarakat

Melayu-Bugis yang beragama Islam supaya mereka menjadi penyebar-penyebar Islam

dalam lingkungan penduduk suku Dayak yang sebahagian besarnya masih animisme.

Ajakan suci itu pada mulanya diterima oleh Penembahan Adiwijaya, tetapi setelah

melakukan sembahyang istikharah berulang-ulang kali, baginda membuat kesimpulan

bahawa selagi Belanda, iaitu penjajah, yang tidak seagama dengan baginda masih

bercokol di Pontianak, apatah lagi Mempawah memang sudah dalam genggaman

Belanda, selama itulah penyebaran Islam akan mendapat hambatan daripada pihak

penjajah itu. Penembahan Adiwijaya berasakan umurnya telah lanjut, seakan-akan

baginda tahu ajalnya telah hampir tiba. Oleh itu sebelum mangkat baginda berwasiat.

Bahawa baginda tidak rela jenazahnya dikebumikan di tempat yang pernah dijamah oleh

penjajah Belanda. Ketika Penembahan Adiwijaya mangkat terjadi sedikit pertikaian iaitu

ada kerabat yang mempertahankan wasiat baginda supaya dimakamkan di Karangan,

bumi tempat baginda mangkat yang belum dijamah oleh Belanda. Golongan kerabat

baginda yang lain pula berpandangan bahawa ‘wasiat tinggal wasiat’, dan berpendapat

baginda mesti dimakamkan di Pulau Pedalaman Mempawah. Kononnya jenazah

Penembahan Adiwijaya dimasukkan ke dalam sebuah peti yang dimuat dalam sebuah

sampan lalu dibawa ke hilir menelusuri Sungai Mempawah. Ia dibawa ke Pulau

Pedalaman Mempawah.

Page 47: Ulama Nusantara (103)

Semua pengiring dan petugas hairan kerana dengan tiba-tiba air sungai menjadi kering.

Sampan yang membawa peti jenazah terkandas. Ternyata peti bertambah ringan, lalu

dibuka. Tiba-tiba didapati jenazah Penembahan Adiwijaya tidak terdapat dalam peti itu

lagi. Peti yang kosong tiada berjenazah itu terus juga dibawa ke Pulau Pedalaman

Mempawah menurut adat istiadat kebesaran raja pada zaman itu.

Hingga kini belum diketahui di manakah sebenarnya makam Penembahan Adiwijaya

kerana terdapat dua makam beliau. Makam yang pertama terletak di Karangan

(Mempawah Hulu) dan yang sebuah lagi di Pulau Pedalaman (Mempawah Hilir).

Ada beberapa orang ulama yang berasal dari dunia Melayu memiliki makam lebih

daripada satu, antaranya Syeikh Yusuf Tajul Khalwati yang makamnya terletak di Afrika

Selatan dan Sulawesi Selatan. Makam Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani pula terdapat

di Taif dan di Mekah. Terjadinya hal yang demikian semuanya ada sejarah yang

tersendiri.

SYEIKH MUHAMMAD ARIFIN SYAH

PENYEBAR Islam peringkat awal di Patani masih belum banyak dibicarakan. Salah

seorang daripada mereka termasuklah Syeikh Wan Muhammad Arifin Syah al-Jarimi al-

Fathani. Beliau adalah seorang Arab yang berasal dari Yaman. Beliau digelar ‘Tok

Kelupang’. Barangkali yang dimaksudkan dengan gelar Tok Kelupang untuk Syeikh Wan

Muhammad Arifin Syah itu ialah kerana selain seorang ulama beliau juga sebagai raja.

Syeikh Wan Muhammad Arifin Syah pernah menjadi ketua pemerintahan di Cabang

Empat Patani. Dari sumber lain yang saya catat di Kampung Pauh Bok (tahun 1989) ada

orang meriwayatkan bahawa Syeikh Wan Muhammad Arifin Syah ada tiga adik-beradik

yang lelaki sesudahnya ialah Syeikh Wan Muhammad Saman Syah dan yang seorang

perempuan namanya tidak jelas. Sekiranya cerita ini benar maka dalam maklumat yang

Page 48: Ulama Nusantara (103)

lain dapat dikesan bahawa Syeikh Wan Muhammad Saman Syah itu nama sebenarnya

ialah Saiyid Tsanauddin.

Ada orang meriwayatkan bahawa beliau adalah adik-beradik dengan Saiyid Jamaluddin

al-Husein al-Kubra. Orang lain meriwayatkan pula bahawa ada lagi seorang adik mereka

menyebarkan Islam di Brunei, namanya ketika di Patani ialah Wan Nik. Jika riwayat versi

cerita lisan orang tua-tua di Patani tersebut adalah benar, maka sangat mudah mencari

nama adik beradiknya yang lain. Tetapi dalam buku Sejarah Ringkas Wali Songo karya

K.H.R.Abdullah bin Nuh, ketiga-tiga nama ulama yang diriwayatkan versi dari Patani

tidak tersebut dalam salasilah sebagai adik beradik Saiyid Jamaluddin al-Husein al-

Kubra.

Adik-beradik Saiyid Jamaluddin al-Husein al-Kubra menurut buku itu ialah: 1.

Jamaluddin al-Husein. 2. Muhyiddin Syah 3. Alauddin Abdullah. 4. Amir Syah Jalal. 5.

Alwi Qutub Khan. 6. Hasanuddin. 7. Qadir Binahsan. 8. Ali Azamat Syihabuddin Umar

Khan (dalam Sejarah Ringkas Wali Songo , hlm. 36). 9. Syeikh Wan Muhammad Arifin

Syah @ Tok Kelupang al-Jarimi al-Fathani. 10. Syeikh Wan Muhammad Samman Syah

al-Fathani @ Syeikh Wan Tsanauddin al-Fathani dan 11. Wan Nik al-Fathani (Nombor 9,

10 dan 11 dari dokumen dan cerita orang tua-tua di Patani).

HUBUNGAN KELUARGA

Diriwayatkan pula bahawa ulama-ulama daripada keluarga tersebutlah yang membuka

Kampung Jambu dan sekitarnya. Perkataan ‘Syah’ di hujung nama bererti Raja. Oleh itu

barangkali yang disebut oleh K.H.R. Abdullah bin Nuh di dalam bukunya Ringkasan

Sejarah Wali Songo (terbitan Teladan, Surabaya, tanpa tahun, hlm. 25) bahawa ada tiga

orang yang pada pangkal namanya bergelar Raja. Mereka ialah Raja Fathul Arifin Abdul

Maula, dengan gelaran Solihinuddin, wafat di Siam pada 999 H/1590 M, Raja Badruddin

Muhammad Ali, dikatakan juga wafat di Siam tahun 993 H/1585 M dan Raja Samiruddin

Alwi al-Akbar yang wafat di Annam tahun 1001 H/1592 M.

Page 49: Ulama Nusantara (103)

Ketiga-tiga orang tersebut dari satu pertalian keturunan dengan Syeikh Wan Muhammad

Arifin Syah dan diperkirakan hidup sezaman dengan keturunan beliau iaitu Syeikh

Muhammad Jailani Pauh Bok al-Fathani. Barangkali yang dimaksudkan oleh K.H.R.

Abdullah bin Nuh ada dua orang yang wafat di Siam itu sebenarnya adalah dalam

wilayah Daulah Islamiyah Fathani Darus Salam. Yang dimaksudkannya dengan Annam

itu sebenarnya adalah negeri Cam. Dalam bahasa Indonesia disebut juga dengan Campa.

Beberapa penulis Indonesia tidak menerima pendapat bahawa beberapa Wali Songo itu

berasal dari Campa, mereka tidak mengetahui istilah ‘Cam’ dan hubungannya dengan

Patani.

Oleh itu mereka berpendapat ‘Campa’ itu kemungkinan adalah ‘Jeumpa’ yang terletak di

Aceh. Sebagai contoh dapat dibandingkan dengan tulisan Widji Saksono dalam bukunya

Mengislamkan Tanah Jawa, Di manakah letak Campa ? Untuk menetapkan letak negeri

ini Prof. Dr. Hoesein Djajadiningrat mengajukan kutipan dari Sejarah Banten Rante-

Rante yang meriwayatkan bahwa sepeninggal Raden Rahmat ke Jawa, Campa diserang

oleh Raja Koci.

Riwayat ini diperkuat pula oleh Walisana (IV: 21-22) yang juga menyatakan bahwa

Kerajaan Campa akhirnya binasa kerana digempur oleh Raja Koci. Sejarah Banten juga

memperkuat berita ini, hanya saja disebutkan bahwa penggempurnya adalah Raja

Pelbegu dan Sengora. Di manakah letak Campa, Koci dan Sengora itu secara pasti, Dr.

Hoesein menyatakan tidak tahu. (Mengislamkan Tanah Jawa, Penerbit Mizan, 1995 M,

hlm. 25).

Perlu saya jelaskan bahawa hingga ke zaman Syeikh Ahmad al-Fathani (wafat 11

Zulhijjah 1325 H/Januari 1908 M) masih terdapat surat-surat dari orang-orang

Cam/Campa (Kemboja) kepada ulama yang berasal dari Patani itu. Untuk jelasnya dapat

dilihat karya beliau Al-Fatawal Fathaniyah. Mengenai ‘Koci’ (Kuci, pen:) juga disebut

oleh Syeikh Ahmad al-Fathani dalam Al-Fatawal Fathaniyah (lihat transliterasi, jilid 2,

Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, cetakan pertama, 1996 M, hlm. 38). Ada pun

Sengora bahasa Melayu yang asal ialah Senggora kemudian ditukar oleh pemerintahan

Page 50: Ulama Nusantara (103)

Thailand dengan Songkhla. Senggora terletak arah ke utara Patani, salah seorang ulama

yang berasal dari Senggora ialah Syeikh Abdullah bin Qasim as-Sanquri (Senggora) ahli

qiraat di Mekah yang sangat terkenal pada zamannya.

Saya kembali tentang negeri Cam, bahawa asal mula negeri Cam itu sebenarnya adalah

dibuka oleh penyebar-penyebar Islam dari Fathani Darus Salam bersama-sama para zuriat

Rasulullah s.a.w. yang akan menyebarkan Islam ke negeri China. Akhirnya pada praktik

bukan saja ke negeri China tetapi juga menurunkan Wali Songo di Jawa dan tempat-

tempat lainnya di seluruh alam Melayu.

KETURUNAN

Kembali kepada cerita tentang Syeikh Wan Muhammad Arifin Syah, beliau memperoleh

anak bernama Syeikh Wan Abdul Jabbar Syah, juga seorang raja dan ulama. Anak Syeikh

Wan Abdul Jabbar Syah bernama Syeikh Wan Abdul Mubin I (yang pertama). Beliau ini

sangat giat menyebarkan agama Islam kepelbagai pelosok dalam Patani. Barangkali

Syeikh Wan Abdul Mubin I inilah yang disebut juga namanya dengan Syeikh Gombak

Abdul Mubin. Berdasarkan cerita rakyat mengenai Syeikh Gombak Abdul Mubin yang

telah saya tulis, beliau bersahabat dengan Syeikh Shafiyuddin dan Syeikh Muhammad

Sa'id al-Barsisa mengislamkan raja Patani (lihat Perkembangan Tasawuf dan Tokoh-

tokohnya di Nusantara, Al-Ikhlas, Surabaya, 1980, hlm. 19-23).

Setelah ditemui beberapa manuskrip dan cerita orang tua-tua yang dikumpulkan daripada

pelbagai kampung dalam Patani dan lain-lain maka tulisan yang terdahulu dirasakan

perlu lebih diperkemas dan dibahas dalam bentuk yang lebih ilmiah berdasarkan data dan

fakta. Selanjutnya Syeikh Wan Abdul Mubin I memperoleh seorang anak yang

melanjutkan tugas beliau sebagai ulama, iaitu Syeikh Wan Hamzah. Anak Syeikh Wan

Hamzah bernama Syeikh Wan Muhammad Masari juga meneruskan tugas dakwah dan

pendidikan Islam.

Page 51: Ulama Nusantara (103)

Syeikh Wan Muhammad Masari memperoleh lima anak: 1. Syeikh Wan Abdul Mubin II;

2. Syeikh Wan Abdur Rahman; 3. Syeikh Wan Muhammad Jailani @ Tok Janggut; 4.

Syeikh Wan Muhammad Yunus; dan 5. Wan Maula (perempuan).

Daripada lima orang bersaudara kandung itu yang dapat dikesan keturunannya hanyalah

Syeikh Muhammad Jailani yang bergelar Tok Janggut. Dalam riwayat yang lain gelaran

Tok Janggut juga pernah diberikan kepada Syeikh Wan Muhammad Arifin Syah. Di sini

saya buat sedikit pembetulan kerana dalam buku saya berjudul Manhalush Shafi Syeikh

Daud al-Fathani saya tulis bahawa Syeikh Abdul Mubin bin Jailan al-Fathani bersaudara

kandung empat orang, iaitu Syeikh Abdul Mubin, Syeikh Abdur Rahman, Syeikh Yunus

dan Maula.

Seharusnya tiga orang ulama tersebut adalah ayah saudara kepada Syeikh Abdul Mubin

III bin Syeikh Muhammad Jailani. Wan Maula itu adalah ibu saudara Syeikh Abdul

Mubin III bin Syeikh Muhammad Jailani. Sumber tulisan tersebut ialah sebuah salasilah

yang berasal daripada Haji Sulaiman, salah seorang keturunan ini di Brunei Darussalam.

Ada pun salasilah yang ditulis dalam artikel ini (pembetulan daripada tulisan pertama)

adalah berdasarkan tulisan tangan Guru Haji Abdul Mubin IV bin Muhammad Thaiyib al-

Jarimi al-Fathani. Saya berpendapat versi kedua ini adalah lebih sahih. Oleh itu tulisan

yang pertama dalam Manhalush Shafi itu pada konteks ini adalah dimansukhkan.

Menurut maklumat terbaru (Oktober 1994), Syeikh Muhammad Jailani al-Jarimi al-

Fathani itulah yang mengasaskan Pondok Pauh Bok yang mengeluarkan ulama-ulama

terkenal. Syeikh Muhammad Jailani al-Fathani kahwin dengan perempuan bernama

Kesumah memperoleh beberapa orang anak yang menjadi ulama. Pertama, Al-Alim al-

Allamah Syeikh Abdul Mubin (serupa namanya dengan ayah saudaranya Syeikh Wan

Abdul Mubin bin Syeikh Muhammad Masari al-Jarimi al-Fathani). Oleh sebab nama

serupa maka disebut saja dengan Syeikh Abdul Mubin III. Kedua, Al-Alim al-Allamah

Syeikh Muhammad Shalih. Ketiga, Al-Alim al-Allamah Syeikh Abbas. Keempat, Al-

Alim al-Allamah Syeikh Muhammad Yunus.

Page 52: Ulama Nusantara (103)

Makam Syeikh Muhammad Jailani al-Fathani bersama-sama anaknya Syeikh Abdul

Mubin III al-Fathani terletak di sebelah kiri Masjid Pauh Bok. Makam dipagari dengan

tembok yang tingginya sekitar dua jengkal saja. Di atas kubur ditanda dengan batu nisan

daripada batu asli berwarna putih dengan pancaran sinar berkilau-kilau seperti intan

berlian. Kubur yang di sebelah kanan ialah kubur Syeikh Muhammad Jailani al-Fathani

sedangkan yang di sebelah kiri adalah kubur anak beliau Syeikh Abdul Mubin III al-

Fathani.

Sekitar masjid, perkuburan dan tempat yang didiami oleh penduduk di kawasan Pondok

Pauh Bok itu telah mengkaderkan ramai ulama dunia Melayu pada zaman silam yang

terkenal. Al-Alim al-Allamah Syeikh Abdul Mubin III bin Syeikh Muhammad Jailani al-

Fathani memperoleh 11 anak, tiga di antaranya adalah ulama besar. Menurut kepercayaan

masyarakat seorang antara tiga orang itu dianggap sebagai Wali Allah pada Makam Wali

Quthub kerana sangat banyak ‘karamah’ yang berlaku kepada beliau. Yang 11 orang yang

dimaksudkan ialah Wan Mah, Wan Na, Wan Dariyah, Wan Nik, Al-Alim al-Allamah

Syeikh Wan Ahmad, Wan Dakarik, Wan Masuji (perempuan), Wan Jampati, Wan

Dekama, Al-Alim al-Allamah Wali Allah Syeikh Wan Abdur Rahman dan Al-Alim al-

Allamah Syeikh Wan Abdullah. Anak yang terakhir ini menghasilkan karya berjudul

Tanbih al-Ghafilin yang ditulis dalam bahasa Melayu. Karya tersebut masih ada di

pasaran kitab.

Daripada 11 orang anak Syeikh Abdul Mubin III itu, yang dapat dikesan meninggalkan

keturunan setakat ini ialah melalui jalur Wan Masuji (nombor 7) dan Syeikh Abdur

Rahman Pauh Bok al-Fathani (nombor 10) saja. Anak Wan Masuji bernama Haji Wan

Sulaiman al-Fathani mula-mulanya berpindah dari Patani ke Kampung Ibai, Terengganu

dan kemudian pergi ke Brunei kerana menyebarkan agama Islam di sana.

Haji Wan Sulaiman al-Fathani memperoleh anak empat orang. Anak pertama, Wan

Muhammad (di Tendong, Rakok, Patani); kedua, Wan Ismail (di Kampung Ibai,

Terengganu); dan ketiga, Wan Syihabuddin yang dilahirkan di Brunei Darussalam. Wan

Page 53: Ulama Nusantara (103)

Syihabuddin mula-mula tinggal di Kampung Hujung Tanjung, Brunei. Nama lengkapnya

di Brunei Darussalam ialah Pehin Orang Kaya di Gadong Awang Shahbuddin.

Anak keempat Haji Wan Sulaiman al-Fathani, Siti Radhiyah juga menetap di Brunei

Darussalam.

SYEIKH MUHAMMAD SA'ID PASAI

Bermakam di Tanah Ujung Lidah

PADA mulanya ulama bernama Syeikh Muhammad Sa'id al-Barsisa yang dikatakan

berhasil mengislamkan Raja Patani pada zaman dulu yang akan diriwayatkan ini

hanyalah berasal daripada cerita rakyat. Sehingga walaupun belum begitu lengkap

ditemui datanya, namun saya memberanikan diri memperkenalkannya dalam buku yang

berjudul Perkembangan Ilmu Tasawuf dan Tokoh-Tokohnya di Asia Tenggara.

Dalam simpanan saya ada sebuah manuskrip Tarikh Fathani yang dikatakan berumur

melebihi 300 ratus tahun yang di dalamnya juga menceritakan kisah Syeikh Muhammad

Sa'id mengislamkan Raja Patani. Pada tahun 1989 sewaktu saya diberikan kepercayaan

oleh Ketua Penolong Pengarah Balai Pameran Pusat Islam Kuala Lumpur (sekarang

Muzium Islam) mengkatalog manuskrip-manuskrip di pejabat itu telah saya temui pula

sebuah manuskrip berjudul Sejarah Fathani karya Syeikh Utsman Jalaluddin yang

dalamnya ada menceritakan tentang Syeikh Muhammad Sa'id itu.

Beberapa versi sejarah Patani kadang-kadang menceritakan peranan Syeikh Shafiyuddin

mengislamkan Raja Patani bukan Syeikh Muhammad Sa'id sedangkan jalan ceritanya

adalah sama. Yang berbeza hanyalah watak pelaku sebagai ulama dan watak raja yang

diislamkan oleh ulama itu. Manuskrip milik saya tersebut adalah dasar bagi saya untuk

menceritakan Syeikh Muhammad Sa'id itu dengan perbandingan beberapa manuskrip dan

beberapa edisi sejarah Patani yang diterbitkan.

Page 54: Ulama Nusantara (103)

Sama ada Syeikh Shafiyuddin al-Abbasi ataupun Syeikh Muhammad Sa'id al-Barsisa

kedua-duanya memang pernah wujud sebagai pelaku penting dalam penyebaran Islam di

bumi Patani dan sekitarnya. Kesahihan cerita rakyat kemudian dapat dibuktikan dengan

beberapa bahan bertulis dan kedua-dua kubur ulama tersebut telah ditemui. Kubur Syeikh

Shafiyuddin yang terkenal dengan gelar Tok Raja Faqih itu terletak di ‘Sungai Pandan’

(masih masuk dalam kawasan Kerisik, Patani) sedang kubur Syeikh Muhammad Sa'id

terletak di ‘Tanah Ujung Lidah, Kampung Pasai’, Patani.

Bekas tapak rumah

Saya menziarahi kedua-dua kubur ulama yang bersejarah itu pada 11 Jamadilawal 1415

H/16 Oktober 1994 M. Mula-mula saya dan rombongan ke Perigi Syeikh Daud bin

Abdullah al-Fathani yang terletak di Kampung Parit Anak Sungai Kerisik. Arah

hadapannya terdapat rumpunan buluh dan mara ke depan lagi di situlah terletak Sungai

Kerisik. Tidak jauh dari perigi, mengarah ke sebelah kanan dari arah masuk di situlah

tempat asal bekas tapak rumah kelahiran Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.

Perjalanan dilanjutkan ke kubur Syeikh Shafiyuddin di Sungai Pandan, masih dalam

kawasan Kerisik juga. Bentuk kubur agak kecil, di sebelah arah menjurus ke kiblat

(sebelah Barat) terdapat kubur yang agak besar yang dipagari dengan batu bata. Di atas

kubur hanya terdapat dua nisan daripada batu asli bukan nisan yang telah diproses.

Perjalanan diteruskan ke Kampung Pasai untuk menziarahi kubur Syeikh Sa'id. Penghuni

kampung itu sekarang ialah keturunan Syeikh Sa'id. Salah seorang keturunannya yang

banyak mengetahui sejarah Syeikh Sa'id di kampung itu ialah Tuan Guru Haji

Muhammad Shalih, tetapi tidak sempat saya temui kerana beliau meninggal dunia kira-

kira sebulan sebelum lawatan. Tetapi kira-kira beberapa bulan yang lalu Ustaz Ismail

Ishaq dapat mencatat beberapa cerita daripada beliau.

Page 55: Ulama Nusantara (103)

Menurut Ustaz Ismail, beliau mendengar cerita Tuan Guru Haji Muhammad Shalih,

“sekitar lebih kurang puluhan tahun yang lalu, atau beberapa tahun sesudah perang dunia

Kedua, telah datang seorang Arab dari Mesir bernama Syeikh Muhammad Dahlan,

umurnya ketika itu sekitar 60 tahun, yang mengaku bahawa dia adalah keturunan Syeikh

Sa'id al-Barsisa. Dia membawa sepotong peta lama, kertas agak tebal yang menunjukkan

kubur Syeikh Sa'id yang terletak di Tanah Ujung Lidah.”

Tidak jauh dari arah masuk ke Tanah Ujung Lidah arah ke sebelah kanan ada sebuah

kubur yang dinamakan Kubur Tok Kemiri. Diriwayatkan bahawa Tok Kemiri itu ialah

seorang pengawal Syeikh Sa'id. Yang dinamakan Tanah Ujung Lidah itu bentuknya

benar-benar menyerupai lidah. Barangkali di situlah perumahan, masjid dan pondok-

pondok bekas Syeikh Sa'id menjalankan tugas dakwah dan pendidikan Islamiahnya.

Di atas tanah itu terdapat pohon-pohon besar dan semak-semak semacam disengajakan

tidak dijadikan tanah untuk bercucuk tanam. Sedangkan di bahagian kiri, kanan, depan

dan belakang dijadikan persawahan. Di bahagian pangkal Tanah Ujung Lidah terdapat

sebuah perigi, iaitu perigi Syeikh Sa'id. Setelah dua pertiga dari pangkal, di sebelah kiri

masuk terletak di bahagian tepi sekali terletak kubur Syeikh Sa'id. Di bahagian kaki,

merupakan sempadan sawah dan Tanah Ujung Lidah terdapat sepohon kayu besar yang

seolah-olah turut berdoa terhadap Wali Allah yang berkubur di bawahnya, serta

menghening dan menyejukkan suasana alam sekitar, alam syahadah dan alam arwah.

Hanya sebuah kubur di situ. Kubur dibina dengan batu bata tua, tingginya melebihi lutut

dan warnanya agak menghijau kerana berlumut. Nampaknya kubur tersebut masih

banyak kesan-kesan diziarahi orang, sebagai tempat orang membayar nazar. Sewaktu

saya datang ke situ ditemui wang syiling bertaburan di bahagian kepala kubur.

Sebagaimana dinyatakan di atas bahawa saya memiliki beberapa versi manuskrip sejarah

Patani yang antaranya sebuah menceritakan kisah Syeikh Sa'id mengislamkan Raja

Patani. Versi manuskrip yang akan dipetik dan ditransliterasi di bawah ini diperkirakan

Page 56: Ulama Nusantara (103)

berusia sekitar 300 tahun. Bagi saya, ia merupakan manuskrip sejarah Patani yang tertua

yang pernah saya lihat dan ketahui. Fizikalnya dalam keadaan baik, mudah dibaca dan

lengkap kecuali pada halaman pertama dan halaman kedua kanan dan kiri pada baris

keempat terpotong sehingga tak dapat dibaca, yang hilang hanya selembar halaman

empat.

Setelah saya bandingkan beberapa halaman yang lengkap antara manuskrip yang ada

pada saya dengan Hikayat Patani yang ditransliterasi oleh Siti Hawa Haji Salleh yang

diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, ternyata kalimat-kalimatnya adalah

sama. Menurut Siti Hawa, kajian yang diguna berdasarkan manuskrip yang didapati

daripada Library of Congress, Washington. Walau bagaimanapun beberapa petikan

transliterasi yang dimuat dalam artikel ini saya ambil daripada manuskrip asli versi

koleksi saya sedangkan karya Siti Hawa hanyalah sebagai perbandingan.

Maklumat mengenai Syeikh Sa'id pada halaman-halaman yang hilang saya ditinggalkan

saja rasanya kerana kurang perlu dibicarakan di sini. Di antara contoh petikan

transliterasi yang dapat dibaca adalah seperti berikut, “... itulah maka titah raja menyuruh

memalu canang ini. Barang siapa bercekap mengubat dia, jika sembuh penyakitnya

diambil [oleh] raja jadi mena[n]tu.”

Maka kata Syeikh Sa'id, “Kembalilah tuan, sembahkan [kepada] raja [bahawa] yang jadi

mena[n]tu raja itu, hamba tiada mau. [Tetapi] jikalau mau raja masuk agama Islam,

hambalah bercekap mengubat penyakit raja itu.” Setelah didengar oleh penghulu canang

itu, maka ia pun segera kembali bersembahkan kepada Temenggung seperti kata Syeikh

Sa'id itu. Arakian maka Temenggung pun dengan segera mema[k]lum akan Bendahara.

Setelah Bendahara mendengar kata Temenggung demikian itu maka Bendahara pun

masuk menghadap raja menyembahkan seperti kata Syeikh Sa'id Pasai itu.

Mengislamkan raja

Page 57: Ulama Nusantara (103)

Arkian maka Syeikh Sa'id pun dipanggil oranglah. Hatta, maka Syeikh Sa'id pun

datanglah menghadap raja. Maka titah baginda pada Syeikh Sa'id, “Sungguhkah tuan

hamba bercekap mengubat penyakit hamba ini?” Maka sembah Syeikh Sa'id, “Jikalau

tuanku mau masuk agama Islam, hambalah cekap mengubat penyakit Duli Syah Alam

itu.” Maka titah raja, “jika sembuh penyakit hamba ini, barang kata tuan hamba itu

hamba turutlah.”

Disingkatkan ceritanya, akhirnya Syeikh Sa'id berhasil mengislamkan raja itu, lalu

ditukarnya dengan nama Islam, iaitu Sultan Ismail Syah Zhillullah fil Alam. Syeikh Sa'id

sebagai pelaku mengislamkan Raja Patani yang saya petik daripada manuskrip yang ada

pada saya seperti di atas yang sesuai juga dengan beberapa sumber di antaranya

manuskrip Sejarah Fathani karya Syeikh 'Utsman Jalaluddin, Hikayat Patani karya A.

Teeuw dan D.K. Wyatt, jilid 1, The Hague-Martinus Nijhoff, 1970.

Juga demikian dalam Patani Dahulu dan Sekarang karya A. Bangnara. Tetapi berbeza

dengan manuskrip Sejarah Patani yang ditulis tahun 1202 H, koleksi Pusat Manuskrip

Melayu Perpustakaan Negara Malaysia, nombor kelas MS 809 dan yang ditulis tahun

1230 H, koleksi Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia, nombor kelas

MS 927.

Kedua-dua manuskrip itu menyebut pelaku yang mengislamkan raja Patani bernama

Antira ialah Syeikh Shafiyuddin bukan Syeikh Sa'id.

Raja Patani setelah memeluk agama Islam diganti namanya dengan nama Sultan

Muhammad Syah bukan Sultan Ismail Syah. Manuskrip Sejarah Patani karya Tengku

Putra bin Sultan Abdul Muthallib Teluban dan Sejarah Kerajaan Melayu Patani karya

Ibrahim Syukri juga sama dengan MS 809 dan MS 927. Keempat-empat sumber tersebut

tidak menyebut nama Syeikh Sa'id sebagai pelaku mengislamkan raja Patani. Ada pun

manuskrip sejarah yang ada pada saya menyebut pelaku mengislamkan raja Patani

Page 58: Ulama Nusantara (103)

memang terdapat nama kedua-dua ulama itu, Syeikh Sa'id dengan cerita tersendiri

sedangkan Syeikh Shafiyuddin lain pula ceritanya.

Tahun berapa Syeikh Sa'id datang ke Patani, dalam semua versi sejarah Patani tidak

pernah menyatakan hal itu. Haji Abdul Halim Bashah dalam keraguan, tanpa menyebut

rujukan, menentukan bahawa Syeikh Sa'id mengislamkan Phya Tu Nakpa pada tahun

1457. Dia telah menyalin tulisan A. Bangnara dalam buku Patani Dahulu dan Sekarang,

yang menyebut, “Ada pun raja Patani itu dipercayai memeluk agama Islam kira-kira pada

abad ke 15, iaitu kira-kira tahun 1457 M.” Telah disalin juga oleh Siti Hawa Haji Salleh

dalam Hikayat Patani (hlm. XXI).

Nampaknya demikian yang tertulis pada peta buku Jaringan Ulama oleh Dr. Azyumardi

Azra (hlm. 35), yang dikatakannya didapati daripada D.J.M, Tate, The Making of Modern

South-East Asia, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1977. Bagi saya semua tahun

yang disebutkan masih diragukan kerana dalam salasilah yang ada pada saya berdasarkan

yang diperoleh daripada Tuan Guru Haji Mahmud, disebutkan bahawa Syeikh

Shafiyuddin tiba di Paya Patani tahun 1400 M.

Dalam salasilah yang sama disebutkan juga, “... dahulu daripadanya ialah Syeikh Sa'id,

Tok Pasai di Pasir Bira dan Syeikh Gombak Abdul Mubin.” Menurut penyelidikan saya

yang terakhir, berdasarkan manuskrip salah sebuah versi sejarah Patani yang ada pada

saya, diperoleh kenyataan bahawa Syeikh Sa'id memang lebih dulu sampai di Patani jika

dibandingkan dengan Syeikh Shafiyuddin. Walau bagaimanapun keempat-empat mereka

sempat bertemu dan ada hubungan kerjasama dalam bidang penyebaran Islam di Patani.

SYEIKH ZUBEIR AL-FILFULANI

Tokoh Pendidikan Islam Malaysia

Page 59: Ulama Nusantara (103)

DALAM lima keluaran terakhir kolum Ulama Nusantara yang lepas, pada bahagian

bawahnya dinyatakan alamat e-mel dan nombor telefon saya. Terlalu ramai yang

menghubungi saya dengan pelbagai pertanyaan.

Saya ucapkan terima kasih terutama kepada halaman agama Utusan Malaysia yang

menyiarkan alamat tersebut. Ia membuka ruang bersilaturahim antara pembaca dengan

penulis. Bagi pihak yang mengirim e-mel dan menelefon, saya ucapkan terima kasih.

Disebabkan pertanyaan terlalu banyak, ada yang pendek dan ada yang panjang, saya

mohon maaf kerana tidak mungkin ia dapat dijawab dalam kadar yang segera. Saya

anjurkan supaya anda mengikuti rencana ini secara berterusan kerana ada beberapa

pertanyaan yang terjawab dengan sendirinya dalam artikel-artikel yang diterbitkan.

Daripada sekian banyak pertanyaan ada yang meminta saya menulis tentang seorang

ulama yang berasal dari Pulau Pinang. Ulama yang dimaksudkan ialah Syeikh Haji

Zubeir bin Ahmad Ismail bin Ibrahim bin Muhammad Nur al-Fardhi al-Faqih asy-Syafi'ie

al-Filfulani (Pulau Pinang).

Rujukan utama untuk menyusun riwayat ulama yang berasal dari Pulau Pinang ini ialah

sebuah kitab bahasa Arab berjudul Tasynif al-Asma' bi Syuyukh al-Ijazah wa as-Sama' au

Imta' Uli an-Nazhar bi Ba'dhi A'yan al-Qurn ar-Rabi' 'Asyar oleh Abi Sulaiman Mahmud

Sa'id bin Muhammad Mamduh.

Sungguhpun ulama tersebut berasal dari Malaysia atau dunia Melayu, saya belum

menemui riwayat lengkap mengenainya dalam bahasa Melayu.

Walau bagaimanapun dalam beberapa karangan bahasa Melayu kadang-kadang disebut

juga nama beliau. Dengan demikian dapat juga digunakan sebagai tambahan maklumat.

Baru-baru ini (18 Julai 2006) dalam kertas kerja Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman

berjudul Memerantauan Orang Melayu Menuntut Ilmu Di Masjid Al-Haram Dan

Universiti Al-Azhar: Sejarah Dan Kepentingannya yang dibentangkan pada Seminar

Mahawangsa Melayu terdapat sedikit maklumat tentang Syeikh Haji Zubeir.

Page 60: Ulama Nusantara (103)

Walau bagaimanapun dalam kertas itu terdapat sedikit perbezaan pendapat dengan

sumber-sumber yang lain, iaitu dikatakan bahawa Mudir pertama Dar al-'Ulum ialah

Syeikh Zubeir bin Ahmad (kertas kerja hlm. 7). Dalam Tasynif al-Asma' dinyatakan

Mudir Dar al-'Ulum ialah Saiyid Muhsin bin 'Ali al-Masawi al-Huseini (hlm. 218).

Syeikh Umar Abdul Jabbar pula menulis bahawa Saiyid Muhsin bin Ali al-Masawi al-

Huseini selaku pengasas Dar al-Ulum itu (at-Tarajim wa as-Siyar, hlm. 333).

Perbezaan pendapat akan dibahaskan dalam riwayat Saiyid Muhsin bin Ali al-Masawi al-

Huseini pada keluaran akan datang. Kedua-dua ulama yang sama-sama lahir pada tahun

1323 H/1905 M itu ketika di Mekah berkongsi pula mengasaskan Madrasah Dar al-Ulum

ad-Diniyah.

Pendidikan

Sejak usia sekitar tujuh tahun lagi Zubeir bin Ahmad memasuki salah sebuah Madrasah

Islamiyah di negerinya. Pendidikan ilmu-ilmu asas seperti fiqh, akidah, tilawah al-Quran

dan lain-lain dipelajarinya sejak usia tersebut. Pada tarikh 10 Muharam 1339 H/23

September 1920 M, Zubeir melanjutkan pelajarannya di Madrasah Al-Masyhur Al-

Islamiyah di Pulau Pinang.

Beliau belajar daripada Syeikh Abdur Rahman Firdaus al-Makki, Syeikh Muhammad

Radhi al-Makki, Saiyid Ahmad Dahlan al-Makki, Syeikh Abdullah al-Ghadamsi al-

Maghribi, Syeikh Tahir Jalaluddin al-Minankabawi al-Falaki dan Syeikh Husein Rafi'.

Zubeir tamat belajar di madrasah tersebut pada bulan Syaaban 1342 H/Mac 1924 M.

Kemudian beliau bersama kawan-kawannya melanjutkan pelajaran ke Mekah. Mereka

ialah Ali Manshuri, Ahmad Manshuri, Ishaq Zain dan Abdul Majid Husein.

Sampai di Mekah mereka tinggal bersama Syeikh al-Qadhi Ahmad Qari. Mereka tiba di

Mekah pada malam awal bulan Ramadan 1342 H/5 April 1924 M.

Page 61: Ulama Nusantara (103)

Pada bulan Syawal 1342 H/Mei 1924 M, Zubeir dan rakan-rakannya memasuki Al-

Madrasah Hasyimiyah Syarif Husein bin Ali. Mereka mendapat pendidikan khusus

daripada lima ulama iaitu Syeikh Umar Ba Juneid, Syeikh Jamal al-Maliki, Syeikh

Habibullah asy-Syanqithi, Syeikh Muhammad Zaidan asy- Syanqithi dan Syeikh Umar

Hamdan al-Mahrasi.

Pada tahun 1344 H/1925 M mereka sempat belajar di Madrasah Ash-Shaulatiyah

sehingga mereka keluar dari madrasah itu pada tahun 1349 H/ 1930 M. Sewaktu di

Madrasah Ash-Shaulatiyah itulah barangkali Zubeir mula bersahabat dengan Saiyid

Muhsin bin Ali al-Masawi al-Huseini yang memasuki Madrasah Ash-Shaulatiyah tahun

1341 H/1923 M.

Para gurunya di Madrasah Ash-Shaulatiyah ialah Syeikh Salim Rahmatullah, Syeikh

Mahmud Arif al-Bukhari, Syeikh Abdul Lathif al-Qari, Syeikh Hasan bin Muhammad al-

Masyath, Syeikh Mukhtar Makhdum, Syeikh Abdullah al-Bukhari.

Selain mendapat pendidikan di madrasah, Zubeir juga mendapat pendidikan di Masjid al-

Haram dan dengan ulama-ulama tertentu di rumah. Di antara guru beliau yang dapat

dikesan ialah Syeikh Sa'id Yamani, anaknya Syeikh Hasan Yamani, Saiyid Abdullah

Shalih az-Zawawi, Syeikh Muhammad Ali al-Maliki, Saiyid Shalih Syatha, Syeikh

Muhammad al-Arabi at-Tubbani dan ramai lagi.

Daripada senarai nama para guru sejak dari Pulau Pinang hingga pendidikan di Mekah

tidaklah diragui bahawa Syeikh Haji Zubeir adalah seorang putera Pulau Pinang yang

cukup banyak mengumpulkan ilmu pengetahuan dalam berbagai-bagai bidang.

Madrasah Dar al-Ulum

Page 62: Ulama Nusantara (103)

Setelah tamat belajar di Madrasah ash-Shaulatiyah Syeikh, Zubeir menjalankan aktiviti

mengajar di rumah dan di Masjid al-Haram, Mekah. Beliau mengajar ilmu-ilmu alat dan

fiqh dalam Mazhab Syafie. Dalam Tasynif al-Asma juga disebut bahawa pada tahun 1352

H/1933 M, Syeikh Haji Zubeir berkongsi mengasaskan Madrasah Dar al-Ulum ad-

Diniyah di Syu'ib 'Ali, Mekah.

Saiyid Muhsin bin Ali al-Masawi al-Huseini selaku pengasas Dar al-Ulum ad-Diniyah itu

bertindak sebagai Mudir yang pertama manakala Syeikh Haji Zubeir adalah Naib Mudir.

Saya tidak mengetahui sumber mana yang digunakan oleh Mohammad Redzuan sehingga

dalam beberapa perkara terdapat perbezaan pendapat. Menurut beliau, selain Syeikh Haji

Zubeir sebagai Mudir pertama Madrasah Dar al-'Ulum ad-Diniyah, disebutnya pula yang

berusaha mengasaskan madrasah itu ialah Haji Abdul Majid Zainuddin. Haji Abdul Majid

Zainuddin tersebut dikatakan meletakkan batu asas. Menurutnya lagi, bangunan untuk

madrasah memulakan pengajian telah diwakafkan oleh Toh Puan Sharifah, iaitu isteri

kepada Datuk Panglima Kinta (kertas kerja hlm. 7).

Saiyid Muhsin bin Ali al-Masawi al-Huseini meninggal dunia pada 1354 H/1935 M.

Tempatnya sebagai Mudir Madrasah Dar al-Ulum ad-Diniyah diganti oleh Syeikh Haji

Zubeir hingga tahun 1359 H/1940 M. Pada tahun yang sama, beliau pulang ke Malaysia

setelah lama mengajar di Mekah dan mempunyai ramai murid.

Aktiviti di Malaysia

Setelah berada di Malaysia Syeikh Haji Zubeir seperti biasa bergiat dalam bidang

pendidikan. Di antara madrasah-madrasah tempat beliau mengajar ialah Madrasah al-

Huda, Madrasah al-Ulum asy-Syar'iyah, Madrasah al-Akhlaq al-Islamiyah, Masjid

Tinggi, Bagan Serai. Terakhir sekali menjadi Mudir Madrasah al-Idrisiyah. Madrasah al-

Idrisiyah mempunyai sejarah yang panjang dan tersendiri.

Mengenai Madrasah al-Ulum asy-Syar'iyah, berdasarkan buku Madrasah Al-Ulum Al-

Syar'iyah Perak 1937 - 1977 oleh Sabri Haji Said, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,

Page 63: Ulama Nusantara (103)

1983, madrasah yang terletak di Batu 20, Bagan Datoh, Perak itu sejak mulai berdirinya

mendapat sumbangan daripada Syeikh Haji Zubeir.

Bahawa terbinanya Madrasah al-Ulum asy-Syar'iyah adalah hasil inisiatif Haji

Muhammad Arsyad bin Haji Muhammad Saleh. Menurut Sabri, penubuhan madrasah itu

diadakan di Masjid Bagan Pasir dengan dipengerusikan oleh Syeikh Haji Zubeir bin Haji

Ahmad pada 21 Oktober 1937 (Sabri, hlm. 32).

Nama madrasah itu diberi oleh Haji Muhammad Arsyad setelah berbincang dengan

Syeikh Haji Zubeir bin Haji Ahmad (hlm. 33). Mudir Madrasah al-Ulum asy-Syar'iyah

ialah Haji Muhammad Arsyad. Syeikh Haji Zubeir bin Haji Ahmad pada zaman

penjajahan Jepun buat beberapa ketika pernah sebagai Wakil Mudir (hlm. 141).

Penglibatan Syeikh Haji Zubeir dalam Madrasah al-Akhlaq al-Islamiyah, Masjid Tinggi,

Bagan Serai pula ialah beliau mengajar di madrasah tersebut pada 1946 hingga 1948.

Madrasah al-Akhlaq al-Islamiyah sangat erat hubungannya dengan Madrasah al-Ulum

asy-Syar'iyah kerana didirikan oleh Haji Abdur Rahman bin Haji Muhammad Arsyad

pada tahun 1943. Haji Abdur Rahman ini ialah adik-beradik Haji Hasan Adli, seorang

tokoh terkenal. Kedua-duanya merupakan anak Haji Muhammad Arsyad bin Haji

Muhammad Saleh.

Rasanya riwayat ini tidak sempurna jika tidak menceritakan madrasah tersebut yang

dianggap sebati dengan beberapa orang mudirnya, antaranya ialah Syeikh Haji Zubeir

yang diriwayatkan ini. Madrasah al-Idrisiyah diasaskan pada tahun 1340 H/1922 M dekat

Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

Madrasah tersebut didirikan berikutan titah Sultan Idris I Al-Mursyidul A'zam Syah,

Sultan Perak pada zaman itu. Baginda menitahkan dibina madrasah itu kepada Tuan Guru

Syeikh Haji Nawawi bin Haji Tahir. Senarai Mudir yang pertama Madrasah al-Idrisiyah

hingga ulama yang diriwayatkan ini susunannya adalah seperti berikut: Haji Muhammad

bin Haji Muhammad Saleh, berkhidmat (1922 - 1928), Syeikh Abdullah al-Maghribi

Page 64: Ulama Nusantara (103)

(1928 - 1932), Syeikh Haji Abdullah Fahim (1932 - 1948) dan Syeikh Haji Zubeir bin

Haji Ahmad 1948 - 1975).

Penulisan

Saya belum mendapat maklumat tentang penglibatan Syeikh Haji Zubeir dalam bidang

penulisan. Namun kata pengantar beberapa buku membuktikan beliau berkemampuan

dalam bidang penulisan. Antara buku yang terdapat kata pengantar Syeikh Haji Zubeir

ialah Suluh Kemajuan karya Syeikh Haji 'Abdul Karim bin Syeikh 'Utsman Sarawak.

Penggal yang pertama ditulis pada 4 Syawal 1368 H/7 September 1948 M. Dicetak oleh

Persama Press, Pulau Pinang, 17 Safar 1372 H/5 November 1952 M.

Syeikh Haji Zubeir bin Haji Ahmad menulis, “Maka orang-orang Islam di zaman dahulu

kala berpegang kepada ajaran-ajaran Islam yang sebenar. Maka dapatlah mereka menjadi

satu umat yang dihormati.

“Dan pula jadilah mereka membangunkan dan mendirikan sebuah kerajaan Islam yang

besar dan mempunyai gah kemasyhuran seluruh dunia. Mudah-mudahan Allah s.w.t.

menggerakkan dan menyedarkan umat-umat Islam seluruh alam dunia ini mengikut jejak

datuk nenek mereka yang Islam dahulu kala.”

SAIYID MUHSIN AL-MASAWI

Pengasas Dar al-Ulum di Mekah

SALAH satu institusi pendidikan Islam yang cukup terkenal di Mekah lebih 100 tahun

lalu di kalangan masyarakat India, Pakistan dan lain-lain termasuk juga komuniti Islam

dari dunia Melayu ialah Madrasah ash-Shaulatiyah yang diasaskan oleh salah seorang

keturunan Saiyidina Utsman bin Affan yang dilahirkan di India.

Bagi masyarakat Melayu, selain mendapat pendidikan di Masjid al-Haram ramai juga

yang memasuki Madrasah ash-Shaulatiyah.

Page 65: Ulama Nusantara (103)

Para pemuda Melayu yang sedar kepentingan pendidikan Islam, dakwah dan kemajuan

bangsa serumpun Melayu akhirnya mencetuskan idea untuk mendirikan sebuah pusat

pendidikan di Mekah. Tujuan pendidikan yang paling diutamakan adalah memperkukuh

dan mempertahankan akidah Ahli Sunah Wal Jamaah dan Mazhab Syafie.

Idea itu dicetuskan oleh seorang pemuda yang mempunyai banyak kelebihan ilmu

kelahiran Palembang, Sumatera Selatan iaitu Saiyid Muhsin bin Ali bin Abdur Rahman

al-Masawi. Beliau lahir pada tahun 1323 H/1905 M dan wafat di Mekah pada bulan

Jamadilakhir 1354 H/September 1935 M.

Saiyid Muhsin al-Masawi mendapat pendidikan awal daripada orang tuanya. Untuk

pendidikan awal yang formal, ayahnya memasukkannya di Madrasah Nur al-Islam dan

beliau kemudian melanjutkan pendidikan di Madrasah Sa’adah ad-Daraini. Kedua-dua

madrasah itu terletak di Jambi.

Disebabkan ayahnya meninggal dunia pada tahun 1919 M, Saiyid Muhsin al-Masawi

terpaksa pulang ke Palembang.

Di Palembang, beliau sempat belajar di Madrasah Hukumiyah dan mendapat pendidikan

daripada Haji Aidrus. Pada tahun 1340 H/1921 M Saiyid Muhsin al-Masawi berangkat ke

Mekah. Beliau melanjutkan pendidikan di Madrasah ash-Shaulatiyah mulai tahun 1341

H/1923 M. Antara guru beliau ialah Syeikh Hasan bin Muhammad al-Masyath, Syeikh

Daud Dihan, Syeikh Abdullah bin al-Hasan al-Kuhaji, Syeikh Hasbullah as-Sanqithi dan

Syeikh Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani.

Saiyid Muhsin al-Masawi ialah seorang yang sentiasa bersungguh-sungguh, sangat rajin

dan beliau pula adalah seorang yang kuat beribadat. Selain menguasai banyak bidang

ilmu, Saiyid Muhsin al-Masawi ialah seorang yang sangat pandai dalam ilmu tafsir, usul

fiqh, falak dan faraid.

Page 66: Ulama Nusantara (103)

Pada tahun 1348 H/1929 M, Saiyid Muhsin al-Masawi pergi ke Hadhramaut untuk

memperluaskan pengalaman dan menambah ilmu terutama menziarahi golongan

Alawiyin (keturunan Rasulullah s.a.w.). Sewaktu di Tarim, Saiyid Muhsin al-Masawi

mengikuti beberapa halaqah pengajian dan sekali gus memperoleh ilmu-ilmu tradisional

yang lazim diajarkan di sana.

Tradisi ulama dunia Melayu yang seboleh-bolehnya mesti menerima ilmu di Hadhramaut,

Yaman, nampaknya berjalan sejak dulu. Ia dimulakan oleh Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-

Fansuri, Syeikh Yusuf Taj al-Mankatsi, Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani dan lain-lain.

Hanya sekitar tiga bulan Saiyid Muhsin al-Masawi tinggal di Hadhramaut sebelum beliau

kembali ke Mekah.

Aktiviti

Ketika Saiyid Muhsin al-Masawi berada di Mekah beliau giat mengajar di rumahnya.

Yang hadir dalam halaqah pengajiannya bukan sahaja kalangan yang berasal dari dunia

Melayu tetapi juga bangsa-bangsa Islam lain. Pelajarannya pula berbagai-bagai disiplin

ilmu. Sungguhpun sibuk mengajar namun ia tidak menghalang beliau mendalami ilmu di

Masjid al-Haram, Mekah.

Antara ulama-ulama besar guru Saiyid Muhsin al-Masawi di Masjid al-Haram ialah

Syeikh Umar Ba Juneid, Syeikh Sa’id bin Muhammad al-Yamani al-Khalidi, Syeikh

Muhammad Ali bin Husein al-Maliki, Syeikh Umar Hamdan, Syeikh Abdullah bin

Muhammad Ghazi.

Para guru Saiyid Muhsin al-Masawi di Madinah pula ialah Syeikh Abdul Qadir bin

Taufiq asy-Syibli, Syeikh Muhammad al-Baqi al-Laknawi, Saiyid Zaki bin Ahmad al-

Barzanji, Syarif Abdul Hayy bin Abdul Kabir al-Kinani al-Fasi dan Syeikh Muhammad

Ali Awadal-Maghribi as-Salwi.

Page 67: Ulama Nusantara (103)

Pada tahun 1352 H/1933 M, Saiyid Muhsin al-Masawi al-Huseini mengasaskan

Madrasah Dar al-Ulum ad-Diniyah di Syu’ib Ali, Mekah. Pengasasan madrasah itu pada

tahun 1352 H disebut dalam Tasynif al-Asma’ oleh Abi Sulaiman Mahmud Sa’id bin

Muhammad Mamduh. Tetapi Syeikh Umar Abdul Jabbar dalam at-Tarajim wa as-Siyar

menyebut tahun 1353 H. Dalam sumber Arab, yang berkongsi mengasaskan Madrasah

Dar al-Ulum ad-Diniyah hanya terdapat dua nama iaitu Saiyid Muhsin bin Ali al-Masawi

al-Huseini dan Syeikh Haji Zubeir bin Ahmad al-Filfulani. Saiyid Muhsin bin Ali al-

Masawi ialah Mudir Madrasah Dar al-Ulum ad-Diniyah yang pertama, tetapi tidak lama

kerana beliau meninggal dunia pada Jamadilakhir 1354 H/September 1935 M.

Secara langsung wakil Mudir ialah Syeikh Haji Zubeir bin Ahmad al-Filfulani yang

dilantik menjadi mudir yang kedua. Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman dalam kertas

kerjanya berjudul Memerantauan Orang Melayu Menuntut Ilmu Di Masjid Al-Haram

Dan Universiti Al-Azhar: Sejarah Dan Kepentingannya yang dibentangkan pada Seminar

Mahawangsa Melayu menyebut, yang berusaha mengasaskan madrasah itu ialah Haji

Abdul Majid Zainuddin yang dikatakan meletakkan batu asas.

Menurutnya, bangunan untuk madrasah memulakan pengajian diwakafkan oleh Toh Puan

Sharifah, iaitu isteri kepada Datuk Panglima Kinta (kertas kerja hlm. 7). Maklumat yang

dikemukakan oleh Mohammad Redzuan itu adalah perkara baru bagi saya. Saya belum

menemui tulisan lain ataupun cerita lisan sebelum ini. Saya tidak perlu menyanggah

kenyataan itu kerana ada kemungkinan ia benar.

Penulisan

Sungguhpun umur Saiyid Muhsin al-Masawi sangat pendek namun beliau sempat

menghasilkan beberapa karangan. Semua karangannya yang ditemui adalah dalam bahasa

Arab. Hampir semua kitab yang disusunnya diajar di Madrasah Dar al-Ulum ad-Diniyah,

Mekah. Selanjutnya murid-murid beliau yang berhasil mendirikan sekolah di Indonesia

Page 68: Ulama Nusantara (103)

dan Malaysia mengajar pula kitab-kitab yang beliau karang itu. Senarai karangannya

adalah sebagai berikut:

1. An-Nafhah al-Hasaniyah Syarh an-Nafhah as-Saniyah fi al-Faraidh

2. Madkhal al-Wushul ila 'Ilm al-Ushul

3. Nahj at-Taisir Syarh Manzhumah az-Zamzami fi Ushul at-Tafsir

4. Jam'u ats-Tsimar Ta'liq 'ala Manzhumah Manazil al-Qamar

5. Al-Judad Syarh Manzhumah az-Zubad

6. An-Nushush al-Jauhariyah fi Ta'rif al-Manthiqiyah

7. Adillah Ahl as-Sunnah wa al-Jama'ah fi Daf'i asy-Syubuhat al- Firaq adh-Dhallah al-

Mutabaddi'ah

8. Ar-Rihlah al-'Aliyah ila ad-Diyar al-Hadhramiyah

Semua kitab di atas disebut oleh Syeikh Umar bin Abdul Jabbar dalam at-Tarajim wa as-

Siyar tanpa memberi keterangan yang panjang mengenainya. Kemungkinan banyak

karangan beliau yang masih belum kita ketahui. Sebagai contoh Syeikh Muhammad

Yasin bin Isa al-Fadani (Padang) ialah murid Saiyid Muhsin al-Masawi.

Pada bulan 27 Ramadan 1354 H Syeikh Muhammad Yasin bin 'Isa al-Fadani

menyelesaikan kitab berjudul Janiy ats-Tsamar Syarh Manzhumah Manazil al-Qamar

yang merupakan syarahan karya al-Allamah Khalifah bin Ahmad an-Nabhani al-Falaki.

Sebenarnya sebelum kitab tersebut disyarah oleh Syeikh Muhammad Yasin bin Isa al-

Fadani, ia terlebih dulu pernah diberi taqrirat (memberi pujian dan keterangan untuk

memperkukuhkan sesuatu perkara) pada bahagian bawahnya oleh Saiyid Muhsin al-

Masawi.

Kandungan kitab yang tersebut adalah mengenai ilmu falak. Karya yang dibicarakan ini

pernah dicetak oleh Mathba'ah As-Saiyid Muhammad Abdul Lathif Hijazi, Mesir pada

akhir Rabiulakhir 1369 H. Saya belum dapat memastikan karya yang ditaqrirat oleh

Saiyid Muhsin al-Masawi yang disebut ini adakah sama dengan kitab yang disebut oleh

Syeikh Umar bin Abdul Jabbar yang berjudul Jam'u ats-Tsimar Ta'liq 'ala Manzhumah

Page 69: Ulama Nusantara (103)

Manazil al-Qamar (nombor 4 dalam senarai). Ini kerana sewaktu saya menyusun artikel

ini kitab yang tersebut tidak sempat saya rujuk.

Murid-murid

Murid Saiyid Muhsin al-Masawi sangat ramai, yang paling terkenal ialah Syeikh

Muhammad Yasin bin Isa bin Udiq al-Fadani al-Indunisiyi asy-Syafi'ie (lahir 1335

H/1916 M, meninggal dunia di Mekah, 1410 H/1989 M).

Syeikh Muhammad Yasin Padang ialah pemegang amanah sebagai Mudir Madrasah Dar

al-Ulum ad-Diniyah yang keempat dari tahun 1946 - 1990 M, sesudah Syeikh Ahmad al-

Manshuri (Mudir ketiga tahun 1940 - 1946 M). Syeikh Ahmad al-Manshuri ini ialah

sahabat Syeikh Haji Zubeir bin Ahmad al-Filfulani (Mudir kedua tahun 1935 -1940 M).

Kedua-dua ulama ini sama-sama mendapat pendidikan Madrasah al-Masyhur Pulau

Pinang, sama-sama berangkat dan belajar di Mekah. Masih belum jelas kemungkinan

Syeikh Ahmad al-Manshuri juga pengasas Madrasah Dar al-Ulum ad-Diniyah bersama-

sama Saiyid Muhsin al-Masawi.

Syeikh Muhammad Yasin Padang ialah murid ketiga-tiga ulama tersebut, termasuk ulama

Mekah yang sangat terkenal pada penghujung alaf yang lalu. Syeikh Muhammad Yasin

Padang termasuk ulama yang dirujuk oleh ulama seluruh dunia terutama mengenai sanad-

sanad pelbagai ilmu. Hasil penulisan beliau sangat banyak. Semuanya dalam bahasa

Arab.

Murid Saiyid Muhsin al-Masawi yang sempat saya bergaul hanya seorang iaitu al-Hafiz

Ustaz Haji Ali Usman al-Katafani (Ketapang) yang merupakan sahabat Syeikh

Muhammad Yasin Padang. Saya mengenali ulama ini melalui karya beliau tentang lughah

Arab. Pada mulanya saya memperoleh cerita tentang beliau daripada guru saya, Ustaz

Haji Abdur Rani Mahmud, salah seorang murid beliau.

Page 70: Ulama Nusantara (103)

Pada tahun 1971 saya sempat bertemu Ustaz Haji Ali Usman di Singapura. Beliau

menyerahkan sebuah karangannya yang masih dalam bentuk tulisan tangannya sendiri.

Khatnya cukup indah, ditulis dalam bahasa Arab. Kandungan tentang sanad-sanad.

Pada penghujung tahun 1971 dan memasuki awal tahun 1972, sekitar seminggu saya

tinggal di rumahnya di Bandung. Ketika itu beliau bertugas sebagai Rektor Universitas

Islam Bandung (UNISBA). Selain mengikuti halaqah ketika beliau mengajar di surau,

saya menyaksikan beliau sangat rajin membaca kitab, semua yang dibacanya ialah kitab

bahasa Arab. Banyak maklumat tentang guru beliau, iaitu Saiyid Muhsin al-Masawi,

ulama-ulama Mekah sezaman dengannya dan bahasan ilmu-ilmu Islam saya dengar dan

saya peroleh daripada Ustaz Haji Ali Usman.

Ustaz Haji Ali Usman termasuk ulama besar Indonesia, tetapi ramai orang tidak

mengetahui peranan yang dimainkannya. Beliau ialah salah seorang anggota Badan

Konstituante Indonesia (sebuah badan sah untuk menentukan corak pemerintahan

Indonesia sama ada Negara Islam ataupun Negara Nasional) tahun 1955 - 1959. Ustaz

Haji Ali Usman ialah wakil badan itu dari Kalimantan Barat.

SAIYID ALWI BIN THAHIR AL-HADDAD

Mufti Kerajaan Johor

KETURUNAN Nabi Muhammad s.a.w. berbangsa ‘al-Haddad’ adalah salah satu keluarga

‘Saiyid’ yang penting dalam penyebaran Islam, pendidikan dan dakwah di dunia Melayu.

Contohnya, Habib Muhammad bin Thahir al-Haddad yang lahir di Hadhramaut.

Beliau pernah menyebarkan Islam di India, akhirnya meninggal dunia di Tegal,

Indonesia. Makam beliau sentiasa diziarahi hingga sekarang kerana beliau diakui oleh

masyarakat sebagai wali Allah. Yang diriwayatkan dalam artikel ini ialah bangsa ‘al-

Haddad’ yang menjadi Mufti Johor. Nama lengkapnya ialah Datuk Saiyid Alwi bin

Page 71: Ulama Nusantara (103)

Thahir al-Haddad bin Abdullah bin Thaha Abdullah bin Umar bin Alwi bin Muhammad

bin Alwi bin Ahmad bin Abi Bakar Abu Thahir al-Alawi asy-Syarif al-Huseini. Sampai

nasabnya kepada Saidina Ali bin Abi Thalib yang kahwin dengan Saidatina Fatimah binti

Nabi Muhammad s.a.w.. Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad lahir di Bandar Qaidun,

Hadhramaut, Yaman pada 14 Syawal 1301 H/7 Ogos 1884 M

Dalam Tasynif al-Asma' oleh Abi Sulaiman Mahmud Sa'id bin Muhammad Mamduh

menyebut bahawa Saiyid 'Alwi bin Thahir al-Haddad meninggal dunia di Jakarta, ibu

kota Indonesia, pada bulan Jamadilakhir 1382 H (hlm. 383). Nik Yusri Musa dalam kertas

kerja berjudul Polemik Datuk Sayed bin Tahir al-Haddad dan A. Hassan Bandung:

Gambaran Pemikiran Fiqh Nusantara menyebut bahawa Saiyid Alwi bin Thahir al-

Haddad meninggal dunia pada 14 November 1962 M dan dikebumikan di Tanah

Perkuburan Islam Mahmudiah Johor Bahru (lihat Prosiding Nadwah Ulama Nusantara

III, 2005 M/1427 H, hlm. 538).

Ditinjau dari segi tarikh wafat kedua-dua maklumat di atas adalah sepakat kerana 14

November 1962 M adalah bersamaan dengan 17 Jamadilakhir 1382 H. Tetapi tempat

wafat masih perlu ditinjau kerana Tasynif al-Asma' hanya menyebut Saiyid Alwi bin

Thahir al-Haddad wafat di Jakarta dan tidak menyebut di mana dikebumikan.

Dalam kertas kerja Nik Yusri Musa pula dinyatakan bahawa beliau dikebumikan di Johor

Bahru, tetapi tidak menyebutkan di mana sebenarnya Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad

wafat. Apakah memang benar beliau wafat di Jakarta kemudian jenazahnya dibawa ke

Johor Baharu juga tidak dijelaskan. Sekiranya benar beliau wafat di Jakarta ada

kemungkinan dikebumikan di Jakarta ataupun Bogor kerana Saiyid Alwi bin Thahir al-

Haddad sebelum ke Johor memang tinggal di sana. Murid beliau pun memang ramai di

Jakarta dan Bogor.

Seperkara lagi ketika tarikh wafat Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad, 14 November 1962

M itu, urusan penerbangan dari Jakarta ke Singapura mungkin sedikit terganggu kerana

Page 72: Ulama Nusantara (103)

detik-detik awal konfrontasi Indonesia-Malaysia, sedangkan Singapura ketika itu dalam

Malaysia. Oleh itu sejarah yang demikian perlu diselidiki dengan lebih kemas lagi.

Dalam kertas kerja Nik Yusri Musa juga dinyatakan bahawa Saiyid Alwi bin Thahir al-

Haddad bertugas sebagai Mufti Kerajaan Negeri Johor dari tahun 1934 - 1961 (Ibid, hlm.

538). Maklumat ini berbeza pendapat dengan tulisan Othman bin Ishak dalam buku

Fatwa Dalam Perundangan Islam yang menyebut bahawa Datuk Saiyid Alwi bin Thahir

al-Haddad menjadi Mufti Johor tahun 1934 - 1941, Datuk Haji Hasan bin Haji Yunus

menjadi Mufti Johor 1941 - 1947 dan Datuk Haji Abd. Jalil Hasan menjadi Mufti Johor

1961 - 1964 (lihat terbitan Fajar Bakti, 1981, hlm. 31).

Mufti Johor yang berikutnya ialah Datuk Haji Abd. Rahim bin Haji Yunus tahun 1965 -

1977. Sesudahnya ialah Datuk Saiyid Alwi bin Abdullah al-Haddad. Mengenai nama ini

hendaklah diperhatikan bahawa pada hujung nama sama-sama menggunakan ‘al-

Haddad’. Jadi bererti ada dua orang keturunan ‘al-Haddad’ yang pernah menjadi Mufti

Kerajaan Johor.

PENDIDIKAN

Guru-gurunya di Hadhramaut ialah Habib Ahmad bin al-Hasan al-Attas al-Alawi, Habib

Thahir bin Umar al-Haddad, dan Habib Muhammad bin Thahir al-Haddad. Banyak

bidang ilmu tradisi yang beliau peroleh daripada keluarganya sendiri yang berketurunan

Nabi Muhammad s.a.w..

Sungguhpun demikian yang lebih diutamakan ialah tentang hadis dan ilmu-ilmu yang

dibangsakan kepada hadis itu. Berkali-kali Saiyid Alwi al-Haddad menamatkan kitab as-

Sittah, Riyadh ash-Shalihin, Bulugh al-Maram, Jami' ash-Shaghir. Sehubungan dengan

hadis Saiyid Alwi al-Haddad juga mempelajari kitab-kitab mengenai sanad hadis di

antara kitab-kitab itu ialah ad-Dhawabidh al-Jaliyah fi al-Asanid al-'Aliyah karya Syeikh

al-Allamah al-Musnid Syamsuddin Abdullah bin Fathi al-Farghali al-Hamisyi. Demikian

Page 73: Ulama Nusantara (103)

juga kitab ats-tsabat yang berjudul as-Samth al-Majid karya Syeikh al-Allamah al-

Musnid Shafiyuddin Ahmad bin Muhammad al-Qasyasy al-Madani. Saiyid Alwi al-

Haddad telah berhasil memperoleh ilmu dan ijazah daripada para gurunya serta dengan

sanad-sanad yang bersambung.

Selain guru tersebut, Saiyid Alwi al-Haddad juga memperoleh ilmu daripada ayah

saudaranya Imam Habib Abdullah bin Thaha al-Haddad, juga dengan Habib Thahir bin

Abi Bakri al-Haddad. Guru-guru beliau yang lain pula ialah al-Mu'ammar Sirajuddin

Umar bin Utsman bin Muhammad Ba Utsman al-Amudi ash-Shiddiqi al-Bakari. Saiyid

Alwi al-Haddad juga sempat mendengar riwayat hadis daripada al-Allamah as-Saiyid

'Abdur Rahman bin Sulaiman al-Ahdal yang wafat tahun 1250 H/1834 M.

Diriwayatkan bahawa Saiyid Alwi al-Haddad ialah seorang yang sangat cergas. Sedikit

saja belajar namun pencapaian pengetahuan terlalu banyak. Ketika berumur 12 tahun

Saiyid Alwi al-Haddad tamat belajar Ihya' 'Ulum ad-Din karya Imam al-Ghazali. Dalam

usia 17 tahun beliau telah mulai mengajar dan mengajar kitab yang besar-besar dan ilmu

yang berat-berat dalam usia 20 tahun. Ilmu-ilmu yang beliau ajar dalam usia itu ialah

ilmu tafsir, hadis, fiqh, usul fiqh, tarikh, falak, nahu, sharaf, balaghah, falsafah dan

tasawuf.

PEMIKIRAN

Saya mulai mengikuti tulisan-tulisan Saiyid Alwi al-Haddad sejak tahun 1966, iaitu yang

dimuat dalam Warta Jabatan Agama Johor. Salah satu karya Saiyid Alwi al-Haddad bagi

saya yang cukup menarik ialah sebuah karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa

Indonesia yang diberi judul Sejarah Islam di Timur Jauh. Saya ringkaskan saja bahawa

karya Saiyid Alwi al-Haddad yang telah diketahui sebagai berikut:

1. Anwar al-Quran al- Mahiyah li Talamat Mutanabi' Qadyani (dua jilid).

Page 74: Ulama Nusantara (103)

2. Al-Qaul al-Fashl fi ma li al-Arab wa Bani Hasyim min al-Fadhal. Kitab ini terdiri

daripada dua jilid. Kandungannya merupakan sanggahan terhadap fahaman pembaharuan

Islam yang dibawa oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad as-Surkati as-Sudani.

3. Al-Khulashah al-Wafiyah fi al-Asanid al-'Aliyah. Kitab ini menggunakan nama

keseluruhan guru Saiyid Alwi al-Haddad tentang qiraat dan ijazah.

4. 'Iqd al-Yaqut fi Tarikh Hadhramaut.

5. Kitab as-Sirah an-Nabawiyah asy-Syarifah.

6. Dalil Khaidh fi 'Ilm al-Faraidh.

7. Thabaqat al-'Alawiyin (sepuluh jilid).

8. Mu'jam asy-Syuyukh.

9. 'Uqud al-Almas bi Manaqib al-Habib Ahmad bin Hasan al-'Athas.

Sekiranya kita sempat membaca keseluruhan karya Saiyid Alwi al-Haddad yang tersebut

di atas, dapat disimpulkan bahawa sangat luas pengetahuan yang beliau bahaskan. Saiyid

Alwi al-Haddad diakui sebagai seorang tokoh besar dalam bidang sejarah, ahli dalam

bidang ilmu rijal al-hadis.

Lebih khusus lagi sangat mahir tentang cabang-cabang keturunan ‘al-'Alawiyin’ atau

keturunan Nabi Muhammad s.a.w.. Setahu saya memang tidak ramai ulama yang

berkemampuan membicarakan perkara ini selain Saiyid Alwi al-Haddad. Boleh dikatakan

tidak ada ulama dunia Melayu menulisnya secara lengkap. Sekiranya ada juga ia

dilakukan oleh orang Arab keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang pernah

dilakukan Saiyid Utsman bin Abdullah bin Aqil bin Yahya al-Alawi, Mufti Betawi.

Saiyid Alwi al-Haddad ialah seorang ulama yang berpendirian keras dan tegas

mempertahankan hukum syarak. Gaya berhujah dan penulisan banyak persamaan dengan

yang pernah dilakukan oleh Saiyid Utsman bin Abdullah bin Aqil bin Yahya al-Alawi,

Mufti Betawi. Saiyid Alwi al-Haddad selain menyanggah pendapat dan pegangan Syeikh

Ahmad bin Muhammad as-Surkati yang lebih keras dibantahnya ialah A. Hassan bin

Ahmad Bandung.

Page 75: Ulama Nusantara (103)

Bukan Saiyid Alwi al-Haddad saja yang menolak pegangan A. Hassan bin Ahmad

Bandung tetapi perkara yang sama juga pernah dilakukan oleh Haji Abu Bakar bin Haji

Hasan Muar. Sanggahan Haji Abu Bakar Muar terhadap A. Hassan Bandung berjudul

Majlis Uraian Muar-Johor. Di bawahnya dijelaskan judul, “Pada menjawab dan

membatalkan Al-Fatwa pengarang Persatuan Islam Bandung yang mengatakan babi itu

najis dimakan bukan najis disentuh dan mulut anjing pun belum tentu najisnya.”

Sebenarnya apabila kita meninjau sejarah pergolakan Kaum Tua dan Kaum Muda dalam

tahun 1930-an itu dapat disimpulkan bahawa semua golongan ‘Kaum Tua’ menolak

pemikiran A. Hassan Bandung itu khususnya Kerajaan Johor yang muftinya ketika itu

Saiyid Alwi al-Haddad yang mengharamkan karya-karya A. Hassan Bandung di Johor.

MURID-MURID

Saiyid Alwi al-Haddad mengembara ke pelbagai negara, antaranya Somalia, Kenya,

Mekah, Indonesia, Malaysia dan lain-lain. Di negara-negara yang pernah beliau singgah,

beliau berdakwah dan mengajar.

Di Jakarta, Saiyid Alwi al-Haddad pernah mengajar di Madrasah Jam'iyah al-Khair yang

diasaskan oleh keturunan ‘Saiyid’ di Indonesia. Madrasah Jam'iyah al-Khair ialah sekolah

Islam yang mengikut sistem pendidikan moden yang pertama di Indonesia, Saiyid Alwi

al-Haddad pula termasuk salah seorang guru yang pertama sekolah itu diasaskan. Bahkan

beliau ialah Wakil Mudir sekolah itu.

Mudirnya ialah Saiyid Umar bin Saqaf as-Saqaf. Para guru didatangkan dari pelbagai

negara. Antara mereka ialah Ustaz Hasyimi yang berasal dari Tunis, Syeikh Ahmad bin

Muhammad as-Surkati yang berasal dari Sudan (mengajar di Madrasah Jam'iyah al-Khair

tahun 1911 - 1914), Syeikh Muhammad Thaiyib al-Maghribi yang berasal dari Maghribi,

Syeikh Muhammad Abdul Hamid yang berasal dari Mekah.

Page 76: Ulama Nusantara (103)

Selain mengajar di Jakarta beliau juga pernah mengajar di Bogor dan tempat-tempat lain

di Jawa. Muridnya sangat ramai. Antara tokoh dan ulama besar yang pernah menjadi

murid Saiyid Alwi al-Haddad ialah:

1. Saiyid Alwi bin Syaikh Bilfaqih al-Alawi.

2. Saiyid Alwi bin Abbas al-Maliki.

3. Saiyid Salim Aali Jindan.

4. Saiyid Abu Bakar al-Habsyi

5. Saiyid Muhammad bin Ahmad al-Haddad.

7. Saiyid Abdullah bin Abdul Qadir Bilfaqih.

8. Saiyid Husein bin Abdullah bin Husein al-Attas.

9. Syeikh Hasan Muhammad al-Masyath al-Makki.

10. Kiyai Haji Abdullah bin Nuh.

SYEIKH FAQIH ALI AL-FATHANI

Tokoh Pertama Menulis Sejarah Patani

Nama lengkap tokoh dan ulama yang diriwayatkan ini ialah Syeikh Faqih Ali bin Wan

Muhammad al-Fathani bin Syeikh Shafiyuddin Tok Raja Faqih al-Abbasi. Beliau adalah

cucu salah seorang penyebar Islam peringkat awal di Patani, iaitu Syeikh Shafiyuddin.

Syeikh Shafiyuddin adalah salah seorang keturunan Khalifah Bani Abbas yang datang

menyebar Islam di Aceh.

Datuk nenek Syeikh Shafiyuddin telah lama tinggal di Aceh, tetapi beliau sendiri

meneruskan dakwah ke bumi Patani. Setelah di Patani lalu diberi gelar dengan Tok Raja

Faqih. Dalam penelitian saya bahawa Syeikh Shafiyuddin keturunan Bani Abbas adalah

sahih sedang versi yang satu lagi, yang menyebut bahawa Syeikh Shafiyuddin adalah

anak Faqih Ali al-Malabari atau pun anak Raja Bugis masih diragukan kerana belum

cukup hujah.

Page 77: Ulama Nusantara (103)

Syeikh Shafiyuddin al-Abbasi atau Tok Raja Faqih memperoleh dua orang anak iaitu;

Raja Ducang Bukit Jala bergelar Raja Fathani Long Cang. Seorang lagi bernama Wan

Muhammad bergelar Orang Kaya Seri Akar Diraja Mahaputeri Bagi Sultan Digalang

Ismail Zhillullah fil Alam. Wan Muhammad memperoleh enam orang putera, iaitu; 1.

Datuk Pujut (Pujuk Wan Cang, bergelar Raja Luqman). 2. Wan Jaharullah. 3. Ratu

Saiburi. 4. Datuk Long Tarat. 5. Syeikh Faqih Ali, yang dibicarakan dalam rencana ini

dan 6. Long Yunus.

PANGKAT DAN KEDUDUKAN

Mulai dari Syeikh Shafiyuddin al-Abbasi, Wan Muhammad dan Syeikh Faqih Ali

mempunyai pangkat dan kedudukan yang tinggi dalam kerajaan Fathani Darus Salam.

Syeikh Faqih Ali menyandang gelar Datu Maharajalela. Bererti pada zamannya beliau

bertugas seperti Perdana Menteri. Anak saudara beliau, iaitu Wan Abdul Lathif bin Raja

Luqman bin Wan Muhammad menyandang pangkat Wazaratul Harbiyah (Menteri

Pertahanan). Pada tahun 1632 terjadi serangan dahsyat tentera Siam terhadap Patani.

Syeikh Faqih Ali al-Fathani atau Datu Maharajalela dan beberapa orang pembesar

terpaksa hijrah ke Bugis di Sulawesi Selatan.

Dari sumber tanah Bugis pula, Roeli Sanre dalam Mutiara, 280, 27 Oktober - 9

November 1982, hlm. 30, menulis, “Tahun 1632 pada masa pemerintahan I Mengarangi

Daeng Manrabbi, Raja Gowa XIV, datang lagi serombongan raja dari Patani yang

dipimpin oleh Datuk Maharajalela membawa dua keponakannya, Paduka Raja dan Puteri

Senapati. Kedatangan mereka sekaligus memboyong simbol tahta kerajaan Patani, sebuah

bendera emas, yang oleh keturunan Melayu di Ujungpandang, disebut Datuk Buluh

Perindu.”

Dalam sepucuk surat dari Bapak Arena Wati (Sasterawan Negara) kepada saya (tahun

1982, sewaktu beliau sebagai Karyawan Tamu Yayasan Sabah), beliau menyebut bahawa

khazanah kerajaan Patani yang tersebut masih tersimpan dengan baik oleh kerajaan Bone.

Page 78: Ulama Nusantara (103)

Dari sumber yang lain, Kenallah Sulawesi Selatan juga menyebut perkara yang sama.

Bahkan dinyatakan pula bahawa Datu Maharajalela, Patani, menjadi ketua orang-orang

Melayu di Sulawesi Selatan. Pada zaman itu ramai orang Melayu yang datang dari

pelbagai tempat dari seluruh negeri-negeri Melayu di Makasar. Dari sini dapat kita

fahami bahawa Syeikh Faqih Ali atau Datu Maharajalela Patani adalah seorang yang

berpengaruh dan berwibawa sehingga beliau dilantik menjadi Ketua Melayu di negeri

Bugis itu.

Bahkan bukan hanya itu saja, diriwayatkan bahawa keturunan Syeikh Faqih Ali atau Datu

Maharajalela berperanan aktif dalam perang melawan penjajah Belanda di Sulawesi

Selatan ketika Sultan Hasanuddin dikepung oleh Belanda di bawah pimpinan Admiral

Spelman keturunan pembesar Patani itu bangkit mengadakan perlawanan. Sikap anti

penjajah mereka bukan hanya di negeri sendiri saja tetapi juga di negeri perantauan.

Ada riwayat lain yang ceritanya hampir serupa dengan di atas bahawa Datu Mustafa

mempunyai anak bernama Ali digelar dengan Tok Koda Bonang. Beliau ini mengembara

di tanah Bugis, di Sulawesi Selatan juga. Setelah beberapa lama di tanah Bugis beliau

pulang ke Patani pada masa pemerintahan Raja Ungu (1624 - 1635 M). Ali inilah yang

dikatakan menggantikan Faqih Ali al-Malabari yang mati terbunuh dalam perang antara

Patani dengan Siam tahun 1634. Faqih Ali al-Malabari digelar dengan “Temenggung Seri

Paduka”, sedang yang menggantinya digelar dengan Datu Seri Maharajalela.

Versi riwayat lain yang ceritanya hampir serupa pula seperti yang ditulis oleh Datuk Nik

Mahmud, Perdana Menteri Paduka Kelantan, kata beliau, “Syahdan pada suatu masa

bulan sedang mengambang di tepi langit, tersebutlah anak raja Bugis lari daripada

saudaranya menumpang sebuah bahtera sampai ke Johor dan tumpang duduk berkirim

diri rumah Laksamana Kota Tinggi, dipanggil Andik Ali.

Tatkala Laksamana memandang kepadanya berasalah kasihan belas dan dipeliharanya

sebagai anak angkatnya. Tidak berapa tahun kemudian diperjodohkan dengan anaknya

Page 79: Ulama Nusantara (103)

Wan Tija. Tidak berapa lama selepas itu Andik Ali serta dengan isterinya pun beredar ke

Patani menumpang di rumah Mekong Damid Bira pada tahun 1049 H (kira-kira

bersamaan dengan tahun 1639 M). Maka kerana lemah lembut tingkah lakunya dan

berpelajaran, orang di Patani memanggilnya, Faqih Ali. Di situ ia beristeri kepada Cik

Dewi anak Seri Biji Diraja. Baginda sampai di Patani kira-kira tahun 1637 H (tahun yang

diberikan kemungkinan keliru, seharusnya ialah tahun 1049 H/1639 M).”

Setelah membanding semua kisah di atas dan pelbagai maklumat lain yang tidak

dinyatakan di sini, saya menyimpulkan bahawa yang bernama Syeikh Faqih Ali al-

Fathani kemungkinan terdapat beberapa orang atau pun hanya seorang saja. Iaitu Syeikh

Faqih Ali al-Fathani bin Wan Muhammad bin Syeikh Shafiyuddin al-Abbasi. Mengenai

ini dapat dibuktikan dari hasil karya beliau yang berjudul Tarikh Patani.

TARIKH PATANI

Berdasarkan maklumat dalam manuskrip Tarikh Patani, Syeikh Faqih Ali bin Wan

Muhammad bin Syeikh Shafiuddin al-Abbasi sendiri menyebut bahawa kandungan asal

Tarikh Patani adalah dari sebuah karya dalam bahasa Arab yang ditulis oleh datuk beliau

Syeikh Shafiyuddin Tok Raja Faqih. Syeikh Faqih Ali menterjemah kitab bahasa Arab itu

ke bahasa Melayu serta menambah kandungannya dengan beberapa peristiwa yang beliau

ketahui. Tarikh Patani karya Syeikh Faqih Ali tersebutlah sejarah Patani yang pertama

sekali yang dapat kita pelajari sekarang ini.

Walau bagaimanapun manuskrip yang asli tidak ditemui, yang ada sekarang ialah salinan

Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Syeikh Daud membuat salinan dalam tahun 1228

H/1813 M. Salinan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani itu disalin pula oleh salah

seorang murid beliau ialah Syeikh Wan Muhammad bin Zainal Abidin al-Fathani atau

lebih dikenali sebagai Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani. Salinan Syeikh

Muhammad Zain itu telah saya perbanyak sama ada dalam bentuk asli mahu pun

transliterasi dari tulisan Melayu/Jawi kepada Rumi.

Page 80: Ulama Nusantara (103)

Kata pengantar

Dalam manuskrip Tarikh Patani terdapat dua kata pengantar (mukadimah). Mukadimah

yang pertama oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan mukadimah yang kedua

oleh pengarangnya, Syeikh Faqih Ali al-Fathani. Di antara tulisan Syeikh Daud bin

Abdullah al-Fathani pada mukadimah, “Ini suatu risalah aku salin daripada Syeikh Faqih

Ali iaitu Tarikh Patani pada zaman lama. Bahawasanya tarikh lama itu boleh kita tahu

akan manusia zaman dahulu di negeri ini. Tarikh zaman lama itu tiada ada lagi dikarang

di negeri Patani melainkan susunan Tuan Syeikh yang mulia ini. Boleh terhimpunkan

dengan sempurna.

“Kefaedahannya ialah boleh mengetahui perihal keadaan orang zaman dahulu hingga

sampai ke zaman kita Atau zaman jahil dengan zaman nur ... Boleh kita kenal dan

nampak bahawasanya orang Melayu zaman dahulu, apakah duduk dalam tanah bumi

‘Patani’ ini ? Maka negeri lama di tanah Melayu ini ialah di kawasan Kedah dan Patani,

dan Senggora, dan Legor. Termasuk juga negeri ‘Cahaya’ (sekarang Cayya) di sebelah

hilir. Sekelian zaman purbakala, belum masuk Islam Dan seumpamalah dengan zaman

belum zahir negeri Islam di tanah Arab....”

Mukadimah Syeikh Faqih Ali al-Fathani adalah seperti berikut, “Perhamba seorang yang

tak berguna, lagi hina, Syeikh Faqih Ali bin Muhammad bin Shafiyuddin dititah oleh

sultan banyak kali dah (maksudnya: sudah, pen:) supaya mengarang dan menyusun

Tarikh Fathani kerana takut hilang riwayat kisah-kisah purbakala. Dan perhamba pun

ikhtiar mengikut titah sultan yang mulia. Bahawasanya sultan memberi riwayat kisah-

kisah sangat banyak dan boleh tulisan-tulisan peringatan zuriat-zuriat orang- orang tua

titih (maksudnya: keturunan, pen:) Raja Patani asli kurun yang lama. Maka bahasa-

bahasa[nya] tiada perhamba mengetahui setengah-setengahnya. Maka adalah seorang

Legor agama Budha dia terjemah dapat banyaklah kepada perhamba. Dan raja pun hadiah

tanah kepada orang tua itu....”

Page 81: Ulama Nusantara (103)

Setelah itu Syeikh Faqih Ali al-Fathani menyatakan pula, Syahdan ada tulisan bahasa

Arabiyah daripada nenek perhamba Syeikh Shafiyuddin, maka bahasa Arabiyah ini

perhamba fahamlah dan senanglah ambil maknanya. Dan ada seorang datang dari Bogor,

iaitu seorang yang asalnya dari Bogor, Jawa duduk tumpang Sultan Patani. Dan dia tahu

bahasa Jawa. Dan banyaklah dia tolong perhamba.

“Perhamba mengucap syukran kepadanya banyak-banyak. Dan lama membuat ini risalah

Tarikh Patani, alhamdulillah dengan ditakdirkan Allah Taala hasilnya sekadar perhamba

boleh. Dan mana salah itu tentu ada dengannya. Harapkan betul dengan ikhlas sahaja.

Kerana salah bagi makhluk tentu ada. Dan perhamba payah sangat-sangat hendak karang

ini tarikh....”

SYEIKH JUNID THALA

Ulama Terkenal di Mandailing dan Perak

Ringkasan Kehidupan dan Perjuangan Haji Junid Tola Rangkuti oleh Tan Sri Haji Mohd.

Asri;

Syeikh Junid Thala (1897-1948) Peranannya Dalam Menggerakkan Kesedaran

Masyarakat oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Redzuan Othman;

Syeikh Junid: Tokoh Ulama Indonesia - Malaysia oleh Abu Bakar Al-Siddiq;

Syeikh Junid Thala: Format Bangunan Gagasan Dakwah Islamiyah oleh Yasir Nasution

dan Syeikh Junid Thala: Meninggal Dunia 30 Mac 1948 oleh Haji Muhammad Rivai

Batubara.

Pertikaian tempat dan tahun kelahiran Syeikh Junid Thala sebagai berikut, yang

menyebut tahun 1878 M, lahir di Tanjung Larangan, Desa Sigantang Kecil, Silaping

(disebut oleh Pengumpul/Penyusun Riwayat Hidup, Hutanamale, 18 Februari 1992, hlm.

40). Buku Sejarah Ulama-Ulama Terkemuka Di Sumatera Utara menyebut bahawa beliau

Page 82: Ulama Nusantara (103)

lahir pada tahun 1886 M di Hutadolok, Kenegerian Maga, Kecamatan Kotanopan (hlm.

155). Tahun lahir yang lain pula ialah 1897 M. Berdasarkan surat Haji Muhammad Rivai

Batubara kepada saya pada 10 Ogos 2006, dinyatakan bahawa tahun lahir 1897 M itulah

yang dipersetujui dalam seminar yang diadakan di Penyabungan pada tahun 2000 anjuran

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bekerjasama dengan IAIN Sumatera Utara,

Pemerintah Kabupaten Mandailing Natal dan Pengurus Perwakafan Syeikh Al-Juned.

Mengenai pendidikan Syeikh Haji Junid Thala sewaktu beliau masih berada di Sumatera

ia tidak perlu dibahaskan lagi kerana sudah cukup jelas. Ada pun mengenai

pendidikannya semasa berada di Kedah dan selanjutnya masih banyak ruang kosong yang

tidak disentuh oleh para penulis terdahulu. Oleh itu saya lanjutkan sebagai berikut.

Dikatakan beliau belajar di Pondok Tuan Guru Haji Cik Doi, Guar Cempedak, Kedah

(Tan Sri Haji Mohd. Asri, hlm. 1). Prof. Madya Dr. Mohd. Redzuan Othman pula

menulis, “Di Kedah beliau belajar di Pondok Syeikh Ibrahim Gajah Mati dan Pondok

Haji Che Doi di Guar Chempedak” (hlm. 12). Yang dimaksudkan dengan Che Doi atau

Cik Doi, nama yang sebenarnya ialah Haji Ismail bin Mustafa al-Fathani. Cik Doi sempat

belajar dengan Syeikh Haji Wan Mustafa al-Fathani (Tok Bendang Daya Pertama). Tetapi

setelah Tok Bendang Daya meninggal dunia, Cik Doi belajar daripada Syeikh Wan

Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani dan Syeikh 'Abdul Qadir bin Mustafa al-Fathani

(Tok Bendang Daya Kedua).

Cik Doi datang ke Kedah membina Pondok Gajah Mati yang kemudian diserahkan

kepada menantunya, Syeikh Haji Wan Ibrahim atau Pak Cu Him bin Tok Bendang Daya

Kedua. Ada pun Pondok Guar Chempedak dipimpin oleh anak beliau iaitu Haji Husein

bin Cik Doi (saudara ipar Pak Cu Him). Syeikh Haji Junid Thala masuk ke Pondok Gajah

Mati ketika pondok itu masih dipimpin oleh Haji Ismail bin Mustafa al-Fathani atau Cik

Doi hinggalah pondok itu dipimpin oleh Pak Cu Him. Pak Cu Him (lahir 1311 H/1894

M) lebih tua sekitar tiga tahun daripada Syeikh Haji Junid Thala (lahir 1314 /1897 M).

Page 83: Ulama Nusantara (103)

Selisih umur tiga tahun ataupun kadang-kadang seorang murid lebih tua daripada guru

adalah lumrah (biasa) dalam dunia pendidikan zaman dulu, bahkan hingga sekarang.

Setelah belajar di Pondok Gajah Mati, Kedah, Syeikh Haji Junid Thala pindah pula ke

Madrasah al-Masriyah asy-Syubbaniyah di Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau

Pinang. Di sini, Syeikh Haji Junid Thala belajar daripada pengasas madrasah itu, iaitu

Syeikh Mohd. Salleh al-Masri bin Baqi bin Lundang. Syeikh Mohd. Salleh al-Masri

sebelum belajar ke tempat lain pernah belajar dengan Syeikh Abdul Wahhab Rokan di

Besilam, Langkat.

Syeikh Abdul Wahhab Rokan pula adalah salah seorang guru Syeikh Haji Junid Thala

sebelum beliau belajar di Pondok Gajah Mati, Kedah. Syeikh Mohd. Salleh al-Masri

setelah belajar di Besilam belajar pula daripada Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-

Fathani (penyusun kitab Akidah an-Najin) yang dikenali dengan gelaran Tuan Minal.

Salah seorang guru Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani ialah Syeikh Haji

Wan Mustafa bin Muhammad al-Fathani (Tok Bendang Daya Pertama).

Berdasarkan riwayat ini jika kita tinjau daripada sistem pendidikan Islam yang

mementingkan sanad bererti Syeikh Haji Junid Thala mendapat dua pendidikan melalui

Che Doi Pondok Gajah Mati dan Syeikh Mohd. Salleh al-Masri. Pendidikan itu bertemu

pada satu tokoh besar ulama dunia Melayu ialah Syeikh Haji Wan Mustafa (Tok Bendang

Daya), Hulubalang Patani, pengasas Pondok Bendang Daya Patani yang sangat terkenal

pada zaman dulu.

Diriwayatkan

Setelah memperoleh pendidikan dari Universiti Al-Azhar di Mesir diriwayatkan pula

bahawa Syeikh Haji Junid Thala pergi ke Mekah dan belajar daripada Syeikh Abdul

Qadir al-Mandaili. Semua penulis yang terdahulu tidak menjelaskan siapakah Syeikh

Page 84: Ulama Nusantara (103)

'Abdul Qadir al-Mandaili yang dimaksudkan. Pada pandangan saya, beliau adalah Syeikh

Abdul Qadir bin Shabir al-Mandaili. Seorang lagi ialah Syeikh Abdul Qadir bin Abdul

Muthallib al-Mandaili.

Ketika Syeikh Haji Junid Thala dari Mesir ke Mekah, Syeikh Abdul Qadir bin Abdul

Muthallib al-Mandaili masih belum terkenal. Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthallib al-

Mandaili lahir pada tahun 1326 H/1908 M. Beliau jauh lebih muda daripada Syeikh Haji

Junid Thala yang lahir pada 1314 /1897 M. Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthallib al-

Mandaili ialah murid Pak Cu Him di Pondok Gajah Mati, Kedah yang tidak sempat

belajar dengan Cik Doi, pengasas pondok itu.

Hal ini berbeza dengan Syeikh Haji Junid Thala ketika di Pondok Gajah Mati yang

belajar daripada Cik Doi. Pak Cu Him Gajah Mati mengirim Syeikh Abdul Qadir bin

Abdul Muthallib al-Mandaili untuk memperdalamkan ilmu kepada Syeikh Wan Daud bin

Mustafa al-Fathani atau Tok Cik Wan Daud (ayah saudara Pak Cu Him) dan Syeikh Wan

Ismail bin Abdul Qadir al-Fathani atau Pak De 'El (abang Pak Cu Him). Syeikh Haji

Junid Thala ketika berada di Mekah juga sempat belajar dengan Tok Cik Wan Daud al-

Fathani (lahir 1283 H/1866 M, wafat 23 Zulhijjah 1354 H/17 Mac 1936 M, dan Pak De

'El al-Fathani (lahir 1300 H/1882 M, wafat 12 Rejab 1385 H/5 November 1965 M).

Demikianlah riwayat yang saya dengar di Pondok Gajah Mati.

Ketika Syeikh Haji Junid Thala pulang dari Mesir beliau dilantik sebagai anggota Majlis

Ulama Negeri Perak oleh Sultan Iskandar Syah, Sultan Perak Darul Ridzuan ketika itu

(lihat Tan Sri Haji Mohd. Asri, hlm. 3). Apabila kita membicarakan aktiviti Syeikh Haji

Junid Thala, ia sekurang-kurangnya terbahagi kepada beberapa bahagian. Aktiviti

perjuangan ketika selaku pendidik sebelum berangkat ke Mesir. Ketika belajar di Mesir,

beliau sempat menjadi imam dan kemudian mengajar di Masjid al-Haram di Mekah.

Setelah kembali ke daerah Mandailing, beliau aktif dalam perjuangan. Peranan yang

dijalankan oleh Syeikh Haji Junid Thala di Tanah Mandailing (Indonesia), negeri

Page 85: Ulama Nusantara (103)

kelahirannya adalah seimbang dengan perjuangan semasa di perantauan di Perak

(Malaysia). Selain mengutamakan perjuangan pendidikan Islam, secara rahsia Syeikh

Haji Junid Thala juga terlibat dalam barisan perjuangan kemerdekaan Indonesia. Syeikh

Haji Junid Thala adalah seorang tokoh ulama yang anti kolonial Belanda yang menjajah

Indonesia ketika itu.

Pemerintah kolonial Belanda pernah mengeluarkan perintah tangkap terhadap Syeikh

Haji Junid Thala, namun beliau berjaya berhijrah ke Malaya. Syeikh Haji Junid Thala

memusatkan keseluruhan aktivitinya di Kampung Lalang, Padang Rengas. Kemudian

Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua menyebabkan Indonesia merdeka. Ketika itulah

Syeikh Haji Junid Thala ikut berjuang bersama pejuang-pejuang di Semenanjung Tanah

Melayu.

Walaupun para pejuang itu mempunyai pelbagai ideologi politik tetapi mereka bertemu

pada satu tekad iaitu Malaya mesti merdeka daripada penjajahan Inggeris ataupun apa jua

corak penjajahan yang merupakan penindasan manusia ke atas manusia. Madrasah

Diniyah di Kampung Lalang, Padang Rengas yang beliau asaskan pada zaman itu

dijadikan tempat berhimpun para tokoh pejuang kemerdekaan. Dalam satu demonstrasi

besar-besaran di Kuala Kangsar anjuran API (Angkatan Pemuda Insaf) dan AWAS

(Angkatan Wanita Sedar) ternyata Syeikh Haji Junid Thala melibatkan diri dan ada

peranan yang tersendiri dalam perjuangan Kemerdekaan.

Kepeloporan Syeikh Haji Junid Thala dalam dunia pendidikan bercorak madrasah di

Mandailing (Indonesia) dan Perak dengan sistem pendidikan, pengumpulan dana wakaf

yang pelbagai dan lain-lain terlalu panjang untuk dibicarakan. Oleh itu saya

tinggalkannya saja kerana telah cukup dengan merujuk kepada tulisan beberapa penulis

yang terdahulu.

Penulisan

Page 86: Ulama Nusantara (103)

Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Muhammad Rivai

Batubara yang mengirim kepada saya salinan karangan Syeikh Haji Junid Thala berjudul

Kitab Kaifiyat Mengadakan Waqaf Muslim. Ia ditulis dengan tulisan Melayu/Jawi.

Bahagian kulit depan dinyatakan kitab itu dikarang oleh asy-Syeikh Junid Thala Al-

Azhari di dalam negeri Perak pada tahun 1348 H (kira-kira bersamaan dengan 1929 M).

Ia dicetak oleh Al-Mathba'ah Al-Marbawiyah dekat Universiti Al-Azhar, Mesir. Kitab itu

diberi kata pengantar oleh sahabatnya Syeikh Idris al-Marbawi.

Bertambah nyatalah sejarah ketokohan Syeikh Haji Junid Thala sebagai seorang ulama,

kerana dinyatakan oleh Syeikh Idris al-Marbawi sebagai berikut, “Pengarang kitab ini

bernama Tuan asy-Syeikh Junid Thala al-Mandaili, seorang daripada orang alim kita

(Melayu) yang telah dapat tanda atau surat pengakuan daripada Syeikh al-Islam Mesir,

yang ia telah lulus pelajaran beberapa ilmu di dalam sekolah tinggi Azhar. Menghabis ia

akan hemahnya di dalam pelajarannya di Azhar lebih daripada tiga tahun. Telah saya

nampak dengan mata kepala dan mata hati, payahlah seorang penuntut agama semasanya

berhemah sepertinya istimewa orang yang berada di Mesir sekarang pun. Cukup warak

dan setia Tuan Syeikh itu masa di Mesir, dan berhati wathani (maksudnya: berjiwa kasih

pada tanah air, pen:).”

SAIYID MUHAMMAD AL-'AIDRUS

Bapa Kesusasteraan Melayu Terengganu

Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

BERTIMBUN-TIMBUN e-mel tentang ulama nusantara yang saya terima dari pelbagai

tempat termasuk dari Indonesia, Brunei Darussalam dan lain-lain. Ada beberapa e-mel itu

meminta saya perkenalkan Tok Ku Paloh.

Sebelum saya menulis tentang ulama Terengganu yang terkenal itu rasanya perlu saya

perkenalkan tentang orang tua beliau yang tidak kalah pentingnya.

Page 87: Ulama Nusantara (103)

Nama lengkapnya ialah Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal 'Abidin al-'Aidrus,

selanjutnya disingkat dengan Saiyid Muhammad al-'Aidrus saja. Nama gelar ialah Tokku

Tuan Besar.

Saiyid Muhammad al-'Aidrus lahir pada 21 Rejab 1209 H/12 Februari 1795 M dan wafat

pada malam Isnin, 17 Muharam 1295 H 21 Januari 1878 M. Ada perbezaan dua

maklumatnya saya dapati jika dibandingkan dengan salasilah yang lain. Ada yang

menulis bahawa ayah Saiyid Zainal 'Abidin al-'Aidrus bernama Saiyid Syeikh bin Saiyid

Mustafa al-'Aidrus.

Berdasarkan catatan Kadi Haji Wan Ismail bin Syeikh Ahmad al-Fathani (maklumat

pertama), dikatakan bahawa ayah Saiyid Zainal 'Abidin al-'Aidrus bernama Saiyid Husein

bin Saiyid Mustafa al-'Aidrus. Maklumat pertama ini sama benar dengan salasilah yang

saya peroleh daripada Saiyid 'Abdur Rahman di Kuala Terengganu (Sabtu 12

Jamadilakhir 1411H/29 Disember 1990). Yang berbeza hanyalah antara nama Saiyid

Syeikh dengan nama Saiyid Husein saja.

Dapat disimpulkan bahawa moyang Saiyid Muhammad al-'Aidrus ialah Saiyid Mustafa

al-'Aidrus yang kuburnya terletak di Cabang Tiga, Kuala Terengganu bertarikh 1207

H/1792 M. Beliau digelar Tok Ku Makam Lama. Mulai dari sini hingga kepada beberapa

tapisan, keturunannya menjadi tokoh-tokoh besar dan penyebar-penyebar Islam yang

terkenal di Terengganu khususnya dan pantai timur Semenanjung umumnya.

Oleh sebab Saiyid Muhammad al-'Aidrus ialah cicit Saiyid Mustafa al-'Aidrus maka Tok

Ku Paloh (Saiyid 'Abdul Rahman al-'Aidrus) adalah termasuk salah seorang keturunan

ulama zuriat Nabi Muhammad s.a.w.. Tok Ku Paloh lahir pada tahun 1233 H/1818 M

atau riwayat lain menyebut lahir 1236 H/1820 M, wafat Zulhijjah 1335 H/September

1917 M. Riwayat Tok Ku Paloh tidak dipanjangkan dalam keluaran ini. Ia akan

dibicarakan dalam siri yang lain.

Page 88: Ulama Nusantara (103)

Datuk Misbaha dalam Pesaka, cetakan pertama 1983 hlm. 87, menggelar Saiyid

Muhammad al-'Aidrus sebagai ‘Pelopor dan Bapa Kesusasteraan Melayu Terengganu’.

Daripada gelaran itu saya jadikan judul artikel ini. Dalam praktik penyelidikan lapangan

saya di Terengganu, Kelantan dan Patani yang ada kaitan dengan tokoh dan ulama ini,

saya mendapat beberapa maklumat berupa sebuah salasilah, yang diperoleh daripada

keturunan Tokku Melaka. Beberapa manuskrip asli karya Saiyid Muhammad al-'Aidrus,

dan beberapa jenis bahan-bahan yang telah diterbitkan juga telah diperoleh.

Manuskrip itu saya peroleh daripada keturunan ulama Patani. Ulama Patani itu ialah

sahabat kepada Saiyid Muhammad al-'Aidrus. Bahan-bahan tersebut menjadi asas artikel

ini, dan saya bandingkan dan disesuaikan dengan beberapa tulisan Datuk Misbaha dan

Mohammad bin Abu Bakar yang telah mendahului artikel ini.

Pendidikan

Ketika masih kecil Saiyid Muhammad al-'Aidrus mendapat pendidikan keluarga sendiri,

kemudian melanjutkan pendidikan pondok daripada Syeikh 'Abdul Qadir bin 'Abdur

Rahim Bukit Bayas iaitu seorang ulama besar yang berasal dari Patani. Kemudian beliau

melanjutkan pelajarannya ke Mekah dengan Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani.

Syeikh 'Abdul Qadir al-Fathani, Bukit Bayas dan Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani.

Kedua-duanya ada hubungan kekeluargaan yang rapat. Walaupun Syeikh 'Abdul Qadir al-

Fathani, Bukit Bayas dari segi nasab pangkatnya merupakan ayah saudara tetapi dari segi

keilmuan beliau ialah murid Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani. Sama ada semasa

berada di Terengganu mahupun setelah di Mekah, Saiyid Muhammad al-'Aidrus

bersahabat karib dengan Haji Mahmud bin Muhammad Yusuf Pusin yang berasal dari

Kemaman, Terengganu.

Beliau kemudian muncul sebagai ulama yang banyak menyalin pelbagai kitab karya-

karya ulama dunia Melayu.

Page 89: Ulama Nusantara (103)

Selain belajar daripada kedua-dua ulama yang berasal dari Patani di atas, manuskrip

karya Saiyid Muhammad al-'Aidrus menyebut, beliau pernah belajar daripada Saiyid

'Abdullah bin 'Umar bin Yahya. Saiyid Muhammad al-'Aidrus menyebut ulama ini

sebagai, “... persandaranku dan guruku....” Manuskrip tersebut menjelaskan sanad ilmu

secara lengkap bahawa guru beliau, Saiyid 'Abdullah bin 'Umar bin Yahya, belajar kepada

Saiyid Thahir bin Husein. Beliau belajar daripada Saiyid 'Umar bin Saqaf. Beliau belajar

daripada Saiyid Hasan bin 'Abdullah.

Beliau belajar daripada ayahnya Quthbur Rasyad Saiyid 'Abdullah al-Haddad. Beliau

belajar daripada Saiyid 'Umar bin 'Abdur Rahman. Beliau belajar daripada Saiyid Husein.

Beliau belajar daripada Saiyid Abi Bakar. Beliau belajar daripada Saiyid 'Umar bin

Muhammad Ba Syaiban. Beliau belajar daripada Saiyid 'Abdur Rahman bin 'Ali.

Kemudian belajar daripada al-Quthub al-'Aidrus Saiyid 'Abdullah. Beliau berguru dengan

ayahnya Saiyid Abi Bakar as-Sakran. Beliau belajar daripada ayahnya Saiyid 'Abdur

Rahman as-Saqaf. Beliau belajar daripada ayahnya Saiyid Muhammad Maula ad-

Dawilah. Beliau belajar daripada ayahnya Saiyid Syeikh 'Ali. Beliau berguru dengan

ayahnya Saiyid 'Alawi. Beliau belajar daripada ayahnya Saiyid al-Faqih al-Muqaddam

Muhammad bin 'Ali.

Beliau belajar daripada ayahnya Saiyid 'Ali. Beliau berguru dengan ayahnya Saiyid

Muhammad Shahib Mirbat. Beliau belajar daripada ayahnya Saiyid 'Ali Khala' Qasam.

Beliau belajar daripada ayahnya Saiyidi 'Alawi. Beliau belajar daripada ayahnya Saiyid

Muhammad. Beliau belajar daripada ayahnya Saiyid 'Alawi. Beliau berguru dengan

ayahnya Saiyid 'Ubaidilah. Beliau belajar daripada ayahnya Saiyid Muhammad al-

Muhajir. Beliau belajar daripada Saiyid Muhammad an-Naqib. Beliau belajar daripada

ayahnya Saiyid 'Ali ar-Ridha. Beliau belajar kepada ayahnya Saiyid Imam Ja'far as-

Shadiq.

Page 90: Ulama Nusantara (103)

Beliau belajar daripada ayahnya Saiyid Imam al-Baqir. Beliau berguru dengan ayahnya

Saiyid 'Ali Zainal 'Abidin. Beliau belajar dengan ayahnya Saiyid Husein cucu Rasulullah

s.a.w.. Beliau belajar daripada ayahnya Saiyidina 'Ali ibnu Abi Thalib. Beliau belajar

kepada penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w..

Daripada sanad penerimaan ilmu Saiyid Muhammad al-'Aidrus itu, jelas beliau lebih

mengutamakan ilmu yang berasal daripada keluarga ‘Saiyid’, yang beliau sendiri adalah

termasuk kepada marga yang mulia itu. Barangkali sangat banyak ilmu pengetahuan yang

beliau terima daripada ulama-ulama keturunan Rasulullah dan ulama dunia Melayu

terutama yang berasal dari Patani, seperti Syeikh 'Abdul Qadir al-Fathani Bukit Bayas

yang telah disebutkan. Oleh sebab itu beliau menjadi ulama besar Terengganu pada

zamannya.

Selain bergiat mengajar di surau yang dibinanya di Cabang Tiga, Terengganu, beliau juga

ialah Syaikhul Ulama yang diberi gelaran Paduka Raja Indera pada zaman pemerintahan

Sultan Umar (1839-1876 M).

Mengenai sanad membaca Shalawat Dalail al-Khairat, beliau menulis: “Maka lagi akan

berkata seorang faqir ila rahmatil Rabbil Ghani al-Quddus, as-Saiyid Muhammad ibnu

Zainal 'Abidin al-'Aidrus, sesungguhnya telah aku baca akan kitab Dalail al-Khairat serta

beberapa orang daripada kami bagi yang menuntut akan keredaan Allah dan Rasul-Nya,

sesetengah daripada mereka itu Ahmad anak 'Abdul Halim. Kemudian daripada membaca

maka menuntut ia daripada aku [akan] ijazah pada membaca dia. Maka aku ijazahkanlah

akan dia seperti orang yang memberi ijazah akan daku dengan yang demikian itu oleh

guruku yang terlalu alim, iaitu Syeikh 'Abdul Baqi ibnu almarhum Muhammad Shalih

Syi'ab, orang negeri Madinah, daripada kaum Anshari.”

Mengambil ilmu daripada gurunya yang alim lagi 'Allamah, lagi Wali, dengan tiada

bantahan, iaitu Saiyid 'Ali ibnu 'Abdul Barri al-Wafa-i, yang Hasan bangsanya dan

Syafi'ie mazhabnya.

Page 91: Ulama Nusantara (103)

Ia mengambil daripada gurunya yang alim lagi 'Allamah Maulana as-Saiyid Muhammad

Murtadha, yang Hanafi Mazhabnya, Zubeid negerinya, Husein bangsanya.

Ia mengambil daripada gurunya Imam Muhyuddin Nurul Haq ibnu 'Abdullah, yang

Hasan bangsanya.

Ia mengambil daripada gurunya as-Saiyid Sa'adud Din ibnu Muhammad.

Ia mengambil daripada gurunya as-Saiyid al-Mu'ammar 'Abdus Syukur yang Husein

bangsanya.

Ia mengambil daripada gurunya, yang mengarang ia akan selawat ini, iaitu penghuluku,

Muhammad ibnu Sulaiman, al-Jazuli negerinya, Hasan bangsanya. Maka jadilah antaraku

dan antara yang empunya karangan, iaitu Muhammad ibnu Sulaiman yang tersebut itu

enam keturunan.

Penulisan

Karya-karya Saiyid Muhammad al-'Aidrus yang telah dikenal pasti ialah:

1. Kanzul Ula, saya memiliki manuskrip kitab ini, iaitu salinan nenek saya Hajah Wan

Siti Saudah bin Syeikh 'Abdullah al-Fathani. Kitab ini juga terdapat beberapa edisi

cetakan oleh al-Mathba'ah al-Ahliyah, Terengganu, 25 Zulhijjah 1347 H, cetakan

Mathba'ah al-Aminiah, Singapura, 1353 H, cetakan Mathba'ah Jawi Press, 1938, dan lain-

lain;

2. Jauharus Saniyah;

3. 'Uqudu Durrataini fi Tarjamati Kalimataisy Syahadataini;

4. Tuhfatul Wildan;

5. Mukhtashar;

6. Siratun Nabawiyah;

7. Sullamut Taufiq;

8. Targhibus Shibyan;

9. Ahaditsun Nabawiyah mimma Yata'allaqu bil 'Imamatil 'Arabiyah. Saya mempunyai

manuskrip kitab ini, yang dinyatakan ia selesai penulisan, “pada hari Selasa yang kedua

puluh (tak dapat dibaca) pada tahun 1267, sanah 1267 H (1851 M);

Page 92: Ulama Nusantara (103)

10. Salasilah Ratib al-Haddad diselesaikan pada 25 Ramadan 1267 H/24 Julai 1851 M;

11. Kaifiyat 'Amal Ratib al-Haddad diselesaikan pada 26 Ramadan 1267 H/25 Julai 1851

M.

Pahlawan Datuk Bahaman pernah meminta perlindungan daripada Tok Ku Paloh Al-

Aidrus.

Pejuang Islam dan Bangsa Melayu

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

DALAM halaman Agama Utusan Malaysia keluaran Isnin lalu, nama Tok Ku Paloh ada

disebutkan. Peranan penting ayah beliau, Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin al-

Aidrus atau Tok Ku Tuan Besar di Terengganu, dilanjutkan pula oleh Tok Ku Paloh.

Beberapa riwayat tulisan yang terdahulu daripada ini, termasuk percakapan lisan, ada

memperkatakan tentang sumbangan tersebut. Bagaimanapun, saya menemui beberapa

dokumen yang menunjukkan Tok Ku Paloh bukan berpengaruh di Terengganu saja, tetapi

juga di Patani.

Hubungan beliau sangat erat dengan Haji Wan Ismail bin Syeikh Ahmad al-Fathani, iaitu

Kadi Jambu. Walau bagaimanapun, Haji Wan Ismail al-Fathani (lahir 2 Jamadilawal 1304

H/27 Januari 1887 M) dari segi perbandingan umur adalah peringkat cucu kepada Tok Ku

Paloh (lahir 1233 H/1818 M).

Tahun lahir Tok Ku Paloh itu sama dengan tahun lahir Syeikh Wan Muhammad Zain al-

Fathani (lahir 1233 H/1817 M). Beliau ini ialah datuk kepada Haji Wan Ismail al-Fathani.

Hubungan antara Haji Wan Ismail al-Fathani, Kadi Jambu, dengan Tok Ku Paloh

hanyalah kesinambungan hubungan yang terjalin sejak zaman datuknya itu, dan

meneruskan hubungan antara Tok Ku Paloh dengan ayah beliau, iaitu Syeikh Ahmad al-

Fathani.

Page 93: Ulama Nusantara (103)

Darah perjuangan Tok Ku Paloh dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu tidak

dapat dinafikan mempunyai kesan tersendiri dalam tubuh Syeikh Ahmad al-Fathani. Isu

kemaslahatan Islam dan bangsa Melayu yang menghadapi pelbagai masalah penjajah

pada zaman itu perlu dilihat dalam konteks hubungan antara Syeikh Ahmad al-Fathani,

Tok Ku Paloh dan Sultan Zainal Abidin III, Terengganu.

Tok Ku Paloh dirahmati berumur panjang. Beliau meninggal dunia pada bulan Zulhijjah

1335 H/September 1917 M. Bererti ketika meninggal dunia Tok Ku Paloh berusia sekitar

102 tahun menurut perhitungan tahun hijrah atau 100 tahun menurut tahun masihi.

Nama penuh beliau ialah Saiyid Abdur Rahman bin Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal

Abidin al-Aidrus. Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus mempunyai beberapa nama gelaran,

yang paling popular ialah Tok Ku Paloh. Gelaran lain ialah Engku Saiyid Paloh, Engku

Cik, Tuan Cik dan Syaikh al-Islam Terengganu. Tok Ku Paloh mempunyai beberapa

orang adik-beradik. Ada yang seibu sebapa dan ada juga yang berlainan ibu. Adik-beradik

kandung Tok Ku Paloh ialah Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus yang digelar dengan Engku

Saiyid Seri Perdana, Saiyid Ahmad al-Aidrus digelar Tok Ku Tuan Ngah Seberang Baruh

dan Saiyid Mustafa al-Aidrus yang digelar Tok Ku Tuan Dalam.

Beliau ialah seorang ulama dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri semasa pemerintahan

Sultan Zainal Abidin III. Adik-beradiknya selain yang disebut itu ialah Tuan Embung

Abu Bakar atau digelar dengan nama Tuan Embung Solok atau Tok Ku Tuan Kecik, Tuan

Nik (Senik). Antara nama-nama tersebut, ramai yang memegang peranan penting dalam

Kerajaan Terengganu tetapi nama yang paling masyhur ialah Tok Ku Paloh.

Pendidikan

Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus atau Tok Ku Paloh berketurunan ‘Saiyid’. Oleh itu sudah

menjadi tradisi keturunan itu untuk lebih mengutamakan usaha mempelajari ilmu-ilmu

Page 94: Ulama Nusantara (103)

daripada orang yang terdekat dengan mereka. Ayah beliau, Saiyid Muhammad al-Aidrus

atau Tok Ku Tuan Besar, pula merupakan seorang ulama besar yang mempunyai

kedudukan tertinggi dalam urusan Islam di Terengganu. Dapat dipastikan Saiyid Abdur

Rahman al-Aidrus telah belajar pelbagai bidang ilmu daripada orang tuanya sendiri.

Hampir semua orang yang menjadi ulama di Terengganu pada zaman itu memperoleh

ilmu melalui jalur daripada ulama-ulama yang berasal dari Patani. Saiyid Abdur Rahman

al-Aidrus, selain belajar daripada ayahnya, juga berguru dengan Syeikh Wan Abdullah

bin Muhammad Amin al-Fathani atau Tok Syeikh Duyung (lihat Utusan Malaysia, Isnin,

6 Mac 2006).

Saiyid Muhammad al-Aidrus atau Tok Ku Tuan Besar dan Tok Syeikh Duyung

bersahabat baik dan sama-sama belajar daripada Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim

al-Fathani di Bukit Bayas, Terengganu. Mereka juga sama-sama belajar dengan Syeikh

Daud bin Abdullah al-Fathani di Mekah.

Dalam artikel ini saya terpaksa menjawab satu e-mel dari Brunei Darussalam yang

bertanyakan apakah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani berketurunan Nabi Muhammad

s.a.w.? Sepanjang dokumen yang ditemui ada tulisan meletakkan nama ‘Wan’ pada awal

nama beliau. Ada saudara pupu saya di Mekah memberi maklumat bahawa beliau

menemui satu catatan Syeikh Ismail al-Fathani (Pak De 'El al-Fathani) bahawa ulama

Patani itu juga berketurunan marga ‘al-Aidrus’.

Sejak dulu saya mengetahui ada catatan lain menyebut hal yang sama bahawa Syeikh

Daud bin Abdullah al-Fathani dan Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani di

Bukit Bayas, Terengganu juga termasuk marga ‘al-Aidrus’. Dengan keterangan ini bererti

antara ulama Patani dengan ulama Terengganu yang diriwayatkan ini selain ada

hubungan keilmuan mereka juga ada perhubungan nasab.

Perjuangan

Page 95: Ulama Nusantara (103)

Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus (Tok Ku Paloh) melanjutkan pelajarannya di Mekah. Di

sana beliau bersahabat dengan Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani, Syeikh

Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Nik Mat

Kecik al-Fathani (kelahiran Sungai Duyung Kecil, Terengganu) dan ramai lagi. Antara

orang yang menjadi guru mereka di Mekah ialah Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan dan

Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki.

Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus setelah pulang dari Mekah memusatkan aktivitinya di

Kampung Paloh, Terengganu. Menurut Muhammad Abu Bakar, Kampung Paloh

didatangi orang daripada pelbagai jurusan, bukan saja dari sekitar Kuala Terengganu,

tetapi juga dari Kelantan, Pahang dan Patani (Ulama Terengganu, hlm. 181).

Diriwayatkan bahawa salah seorang murid Tok Ku Paloh ialah Sultan Zainal Abidin III.

Riwayat lain pula mengatakan antara muridnya yang terkenal dan menjadi pejuang

antipenjajah ialah Haji Abdur Rahman Limbung dan Tok Janggut.

Tok Ku Paloh ialah ulama yang tidak takut menanggung risiko tinggi dalam perjuangan

demi mempertahankan Islam dan bangsa Melayu. Beliau melindungi pejuang-pejuang

Islam dan Melayu yang bermusuh dengan penjajah Inggeris pada zaman itu. Semangat

jihadnya sungguh indah, menarik dan ada hembusan segar seperti yang diriwayatkan oleh

Muhammad Abu Bakar.

Katanya: “Dalam Perang Pahang, penentang-penentang British yang dipimpin oleh Datuk

Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri setelah mengalami

tekanan daripada kerajaan.

“ Pada Mei 1894, mereka menghubungi Tok Ku Paloh, dan mendapat simpati daripada

ulama tersebut. Ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada perjuangan mereka, tetapi

mereka juga diberi perlindungan di Paloh serta diajar ilmu untuk menentang musuh

mereka di Pahang. Hugh Clifford dalam pemerhatiannya mengatakan Tok Ku Paloh telah

menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang jihad.

Page 96: Ulama Nusantara (103)

“Hasil semangat baru yang diperoleh daripada Tok Ku Paloh, serta penambahan

kekuatan, pasukan pahlawan menjadi lebih besar dan tersusun.” (Ulama Terengganu,

hlm. 184)

Daripada riwayat ini, kita dapat mengambil iktibar berdasarkan peristiwa dunia terkini

bahawa ramai tokoh Islam menjadi pejuang Islam dan bangsanya, dan ramai pula yang

menjadi pengkhianat. Afghanistan, Iraq, Palestin dan Lebanon menjadi sasaran bom yang

dilancarkan oleh bangsa-bangsa bukan Islam. Ada ramai pejuang Islam di sana.

Pengkhianat pun banyak. Bangsa kita, bangsa Melayu yang beragama Islam, patut

mencontohi perjuangan bijak Tok Ku Paloh. Janganlah ada manusia Melayu yang khianat

terhadap agama Islam dan bangsanya.

Tok Ku Paloh sangat berpengaruh terhadap murid dan saudara ipar beliau iaitu Sultan

Zainal Abidin III. Beberapa pandangan dan nasihat Tok Ku Paloh kepada Sultan Zainal

Abidin III tentang pentadbiran kerajaan banyak persamaan dengan surat-surat dan puisi

Syeikh Ahmad al-Fathani kepada Sultan Terengganu itu. Semasa Tok Ku Paloh dan

Sultan Zainal Abidin III masih hidup, Inggeris tidak berhasil mencampuri pentadbiran

negeri Terengganu.

Tok Ku Paloh wafat pada bulan Zulhijjah 1335 H/September 1917 M dan Sultan Zainal

Abidin III mangkat pada 22 Safar 1337 H/26 November 1918 M. Sesudah itu, tepat pada

24 Mei 1919 M barulah Inggeris dapat mencampuri kerajaan Terengganu.

Penulisan

Ahli sejarah, Datuk Misbaha ada menyebut bahawa risalah 'Uqud ad-Durratain adalah

karya Tok Ku Tuan Besar, berdasarkan cetakan tahun 1950 oleh ahli-ahli Al-Khair dan

cetakan pada tahun 1978 oleh Yayasan Islam Terengganu (Pesaka, hlm. 91). Tetapi pada

cetakan yang jauh lebih awal berupa selembaran dalam ukuran besar yang diberi judul

Dhiya' 'Uqud ad-Durratain, ia merupakan karya Tok Ku Paloh. Tertulis pada cetakan itu,

Page 97: Ulama Nusantara (103)

“Telah mengeluar dan mengecapkan terjemah ini oleh kita as-Saiyid Abdur Rahman bin

Muhammad bin Zain bin Husein bin Mustafa al-Aidrus....”

Di bawah doa dalam risalah itu dinyatakan kalimat, “Tiada dibenarkan sekali-kali siapa-

siapa mengecapkan terjemah ini melainkan dengan izin Muallifnya dan Multazimnya

Ismail Fathani. Tercap kepada 22 Ramadan sanah 1335 (bersamaan dengan 11 Julai 1917

M).”

Yang dimaksudkan Ismail Fathani pada kalimat ini ialah Kadi Haji Wan Ismail bin

Syeikh Ahmad al-Fathani. Risalah cetakan ini saya terima daripada salah seorang murid

Haji Wan Ismail Fathani.

Beliau menjelaskan bahawa risalah itu diajarkan di Jambu, Patani secara hafalan. Orang

yang menyerahkan risalah itu bernama Nik Wan Halimah yang berusia lebih kurang 78

tahun (Oktober 2000). Ketika beliau menyerahkan risalah itu kepada saya, beliau masih

hafal apa yang termaktub dalam risalah itu.

Kemuncak penulisan Tok Ku Paloh yang sering diperkatakan orang ialah kitab yang

diberi judul Ma'arij al-Lahfan. Sungguhpun kitab ini sangat terkenal dalam kalangan

masyarakat sufi sekitar Terengganu, Kelantan dan Pahang namun ia belum dijumpai

dalam bentuk cetakan.

Saya hanya sempat membaca tiga buah salinan manuskrip kitab itu. Ilmu yang

terkandung di dalamnya adalah mengenai tasawuf.

Sebagaimana telah disebutkan, Tok Ku Paloh ialah seorang pejuang Islam dan bangsa.

Beliau ialah penganut Thariqat Naqsyabandiyah.

Antara anak Tokku Paloh ialah Saiyid Aqil bin Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus. Beliau

inilah yang bertanggungjawab mentashhih dan menerbitkan kitab nazam Kanz al-Ula

karya datuknya, Tok Ku Tuan Besar, terbitan Mathba'ah al-Ahliyah Terengganu, 1347 H.

Page 98: Ulama Nusantara (103)

ABDUL QADIR TUAN MINAL

Ulama dan Ayah Seorang Pejuang

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

SYEIKH Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani (Tuan Minal) termasuk salah seorang

ulama yang diminati ramai umat Islam di dunia Melayu. Ada e-mel yang saya terima

meminta saya menulis tentang beliau.

Sebenarnya latar belakang ulama ini telah dimuatkan dalam halaman Agama Utusan

Malaysia pada 18 Oktober 2004. Ulama yang telah ditulis mengenai dirinya tidak perlu

ditulis ulang. Namun yang masih perlu disambung adalah mengenai keturunannya yang

menjadi ulama.

Lima anak laki-laki Tuan Minal al-Fathani tercatat dalam sejarah menjadi ulama belaka.

Salah seorang antara mereka ialah Syeikh Abdul Qadir bin Syeikh Zainal Abidin bin

Muhammad al-Fathani. Syeikh Abdul Qadir al-Fathani ialah seorang ulama. Beberapa

anak dan keturunan beliau pun ramai yang menjadi ulama.

Salah seorang antara anak beliau yang menjadi ulama dan sangat besar pengaruhnya bagi

umat Islam Patani ialah Haji Sulong al-Fathani. Hampir-hampir tidak terdapat seorang

pun orang Islam yang berasal dari Patani yang tidak pernah mendengar sebutan nama

Haji Sulong. Beliau diakui oleh masyarakat Patani sebagai Bapa Perjuangan Patani.

Daripada keabadian sejarah inilah dijadikan keterangan judul artikel ini iaitu Abdul Qadir

Tuan Minal: Ulama dan Ayah Seorang Pejuang.

Adik-beradik Syeikh Abdul Qadir bin Tuan Minal al-Fathani semuanya sempat menerima

pendidikan langsung daripada Tuan Minal sendiri sama ada di Pondok Patani mahupun di

pondok Sungai Dua, Seberang Perai.

Mereka ialah Haji Daud, Haji Abdul Qadir (yang sedang diriwayatkan), Haji Muhammad

Soleh, Haji Umar, Haji Hasan dan Hajah Fatmah.

Page 99: Ulama Nusantara (103)

Antara mereka yang paling terkenal ialah Haji Muhammad Soleh al-Fathani yang

menghasilkan sebuah kitab tentang tajwid judul Sirajul Qari yang tersebar di seluruh

dunia Melayu. Haji Muhammad Soleh al-Fathani wafat di Mekah pada pagi hari Rabu,

pukul 11 pagi, 15 Zulhijjah 1308 H/1890 M. Tetapi pada cetakan 1331 H/1912 M oleh

percetakan yang sama, dinyatakan bahawa pengarangnya wafat pada tahun 1309 H/1891

M.

Syeikh Haji Muhammad Soleh al-Fathani juga menggubah untaian syair bercorak sastera

klasik gurindam dalam Kasyful Litsam karya ayahnya, Tuan Minal.

Haji Umar bin Tuan Minal menghasilkan beberapa karya, antaranya Risalah Pada

Menyatakan Sebab Jadi Murtad.

Demikian juga saudaranya, Haji Hasan bin Tuan Minal al-Fathani yang menghasilkan

penulisan berjudul Pungutan Kanak-Kanak. Haji Hasan mendapat dua anak, yang

menjadi ulama bernama Haji Muhammad, dan yang seorang lagi bernama Abdur

Rahman. Haji Abdur Rahman ini ialah ayah kepada Ustaz Uthman Fauzi yang mendapat

pendidikan di Universiti Azhar, Mesir. Anak perempuan Tuan Minal al-Fathani juga

menurunkan beberapa orang ulama. Hajah Fatmah binti Tuan Minal al-Fathani berkahwin

dengan Tuan Guru Haji Abdur Rasyid Bandar Patani. Mereka mendapat anak bernama

Ya’qub dan Hajah Khadijah. Khadijah (cucu Tuan Minal al-Fathani) kahwin dengan Tuan

Guru Haji Abdul Aziz yang merupakan murid Syeikh Ahmad al-Fathani. Haji Abdul Aziz

membuka pondok pengajian. Daripada perkahwinan itu mereka memperoleh anak

bernama Haji Abdul Wahhab. Haji Abdul Wahhab bin Tuan Guru Abdul Aziz pernah

menjadi Ketua Majlis Agama Islam Patani. Selain itu Haji Abdul Wahhab juga memimpin

sebuah pondok pengajian di tempatnya.

PERKAHWINAN DI MUAR

Menurut riwayat, Sultan Abu Bakar dari Johor pada tahun 1296 H/1879 M mulai

berkenalan dengan Syeikh Ahmad al-Fathani di Istanbul, Turki. Selanjutnya Syeikh

Page 100: Ulama Nusantara (103)

Ahmad al-Fathani pernah datang ke Johor menziarahi beberapa orang muridnya. Salah

seorang yang ikut dalam rombongan Syeikh Ahmad al-Fathani ke Johor ialah muridnya

Syeikh Abdul Qadir bin Tuan Minal al-Fathani. Di Muar, rombongan Syeikh Ahmad al-

Fathani ditempatkan di rumah muridnya yang merupakan antara orang yang kaya di Muar

pada zaman itu.

Anak orang kaya Muar itu yang bernama Shafiyah dikahwinkan dengan Syeikh Abdul

Qadir bin Tuan Minal al-Fathani. Shafiyah kemudian lebih dikenali dengan nama Mik

Muar saja di Patani. Perkahwinan itu memperoleh tujuh orang anak. Haji Sulong ibunya

bukan Mik Muar tetapi adalah daripada isteri Syeikh Abdul Qadir bin Tuan Minal al-

Fathani yang berasal dari Kelantan.

Setelah Syeikh Abdul Qadir bin Tuan Minal al-Fathani kahwin dengan Mik Muar, beliau

tinggal di Muar selama beberapa tahun dan sempat mengajar berjenis-jenis kitab di Muar

dan tempat-tempat lain di Johor. Daripada perkahwinan Syeikh Abdul Qadir bin Tuan

Minal al-Fathani dengan Mik Muar, tersebarlah ramai keturunannya di Patani dan

Kelantan. Namun mereka terputus maklumat kekeluargaan dengan keluarga Mik Muar

yang berada di Muar.

Cukup sukar bagi saya menjejaki kewarisan keluarga tersebut yang berada di Muar

kerana orang kaya Muar (ayah Mik Muar) yang dimaksudkan nama beliau tidak diketahui

oleh keturunannya yang berada di Patani. Yang mereka ceritakan hanya rumahnya di

seberang sungai Muar merupakan rumah yang paling besar di Muar, berpagar tinggi dan

mempunyai pintu gerbang yang bertanda anak kunci besar di atas pintu gerbang itu.

Rumah tersebut kemungkinan sudah tiada lagi kerana Syeikh Abdul Qadir bin Tuan

Minal al-Fathani berkahwin di Muar sekitar 80 atau 90 tahun lalu. Melalui artikel ini saya

minta bantuan siapa saja yang mengetahui tentang kewarisan ini supaya menghubungi

saya dengan tujuan menghubungkan kembali silaturahim yang telah terputus dan sekali

gus dapat menyelesaikan banyak masalah selain memberikan penulisan sejarah yang

lebih jelas.

Page 101: Ulama Nusantara (103)

Menurut riwayat, Syeikh Abdul Qadir bin Tuan Minal al-Fathani telah berkahwin

beberapa kali. Yang dapat dipastikan menjadi ulama ialah Haji Sulong dan Haji Abdur

Rahim. Perkahwinan Syeikh Abdul Qadir bin Tuan Minal al-Fathani dengan Shafiyah

(Mik Muar) memperoleh tujuh anak iaitu Zainab, Maryam, Abdullah, Muhammad Nur,

Khadijah, Mahmud dan Fatimah. Riwayat Haji Sulong akan saya bicarakan dalam artikel

tersendiri menerusi tulisan lain dalam halaman Agama Utusan Malaysia, tetapi kerana

terdapat sedikit kemusykilan nama beliau maka di sini dirasakan perlu saya memberi

sedikit keterangan.

Karya-karya Haji Sulong semuanya menggunakan nama Haji Muhammad Sulum bin

Abdul Qadir bin Muhammad al-Fathani. Dalam penelitian saya dan selepas berbahas

dengan beberapa ahli keluarga ini, antaranya Haji Muhammad Amin bin Haji Sulong,

Hajah Nik Wan Nafisah isteri Abdullah bin Syeikh Abdul Qadir bin Tuan Minal al-

Fathani, bahawa memang tidak terdapat anak Syeikh Zainal Abidin (Tuan Minal) al-

Fathani bernama Muhammad.

Kami berkesimpulan bahawa munculnya nama ‘Muhammad’ yang dikatakan ayah kepada

Syeikh Abdul Qadir Tuan Minal al-Fathani hingga kini belum diketahui sebab-sebabnya.

Kemungkinan ia memang sengaja ditulis oleh Haji Sulong seperti demikian kerana

dirujuk kepada Muhammad ayah Tuan Minal sendiri.

Haji Sulong ketika remaja selalu mengikut ayahnya Syeikh Abdul Qadir bin Tuan Minal

al-Fathani belajar dengan Syeikh Ahmad al-Fathani. Kesan kewibawaan dan kepimpinan

Syeikh Ahmad al-Fathani tidak dapat dinafikan sebati dalam diri Haji Sulong. Dapat

disimpulkan bahawa Haji Sulong ialah kader politik tempaan Syeikh Ahmad al-Fathani

walaupun Haji Sulong ketika itu masih muda.

Haji Sulong ialah kader politik termuda Syeikh Ahmad al-Fathani; yang agak tua sedikit

ialah Nik Mahmud bin Ismail Kelantan, yang kemudian setelah pulang ke Kelantan

dikenali sebagai Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan.

Page 102: Ulama Nusantara (103)

Haji Sulong ialah seorang ulama besar Patani pada zamannya. Beliau merupakan

pembangkit Revolusi Patani Merdeka pada zaman moden Pada zaman Perang Dunia

Kedua. Pergerakan ulama Patani yang membuat tuntutan kemerdekaan, yang Haji Sulong

dilantik sebagai ketuanya, dinamakan Hai-atun Nafaz al-Ahkam asy-Syar'iyah.

Mengenai kisah keulamaan dan ketokohan Haji Sulong yang hilang tanpa diketahui di

mana kuburnya itu akan dibicarakan dalam satu siri tersendiri yang lebih lengkap.

Saya mula berkenalan dengan Haji Muhammad Amin bin Haji Sulong sejak tahun 1970.

Banyak perkara yang dibicarakan terutama tentang sejarah ulama.

Beberapa tahun sebelum Haji Muhammad Amin meninggal dunia, selama dua hari dua

malam kami sama-sama berada di rumah Abdullah Syam di Kota Bharu, Kelantan.

Abdullah Syam juga ialah salah seorang cucu Syeikh Abdul Qadir Tuan Minal al-Fathani

daripada isterinya Mik Muar.

Daripada Haji Muhammad Amin, saya memperoleh riwayat yang lengkap tentang Haji

Abdur Rahim bin Syeikh Abdul Qadir Tuan Minal al-Fathani. Menurut Haji Muhammad

Amin, Haji Abdur Rahim ialah seorang ulama besar yang sukar kita bandingkan

pencapaian keilmuannya dengan Haji Sulong. Haji Abdur Rahim pernah menjadi

Penolong Kadi di Pulau Pinang, pernah mengajar di Pulau Dua dalam Burma (sekarang

Myanmar) dan pernah membuka pondok pengajian di Phuket, Thailand. Beliau juga

pernah mengajar di Pasir Mas, Kelantan dan mengajar di Kampung Sirih Jabat, Patani.

Haji Abdur Rahim al-Fathani mendapat pendidikan daripada abangnya Haji Sulong dan

selanjutnya belajar di Mekah. Berbeza dengan Haji Sulong yang sempat meninggalkan

beberapa karya, Haji Abdur Rahim tidak diketahui sama ada beliau meninggalkan karya

atau tidak.

Page 103: Ulama Nusantara (103)

Anak Syeikh Abdul Qadir bin Tuan Minal al-Fathani yang perempuan daripada isterinya

Shafiyah (Mik Muar) ialah Hajah Zainab yang berkahwin dengan seorang alim bernama

Haji Daud yang membuka pondok pengajian di Legor, Thailand. Saudaranya yang lain

bernama Hajah Maryam. Beliau ialah seorang ahli dalam bacaan al-Quran dan mengajar

al-Quran termasuk hukum-hukum tajwid.

Anak beliau yang laki-laki pula ialah Abdullah. Beliau bukan seorang ulama tetapi

menjadi Blat (Ketua Pemerintahan) di Daerah Penarik. Blat Abdullah berkahwin dengan

Hajah Wan Nafisah bin Qadhi Haji Wan Ismail Jambu al-Fathani. Sama ada Blat

Abdullah mahupun isterinya, Hajah Wan Nafisah (saudara sepupu saya), yang saya mula

mengenali mereka pada tahun 1970, saya banyak mendengar pelbagai kisah mengenai

keluarga besar yang diriwayatkan ini.

Walaupun Blat Abdullah ialah adik-beradik seayah dengan Haji Sulong, beliau tidak

bercerita banyak tentang abangnya itu, kemungkinan berasa takut dengan pihak-pihak

tertentu dalam kerajaan Thailand. Ia jauh berbeza dengan Haji Muhammad Amin, anak

Haji Sulong sendiri. Haji Muhammad Amin tidak pernah berasa takut kepada siapa pun

ketika menceritakan tentang peristiwa ayahnya Haji Sulong yang hilang secara misteri

itu.

Haji Muhammad Amin berhasil menerbitkan wasiat terakhir Haji Sulong dalam sebuah

karya yang diberi judul Gugusan Cahaya Keselamatan yang selesai ditulis semasa dalam

penjara di Legor pada 3 Zulkaedah 1368 H/28 Ogos 1949 M. Karya ini sangat penting

bagi bangsa Melayu-Patani. Cetakan pertama diterbitkan pada tahun 1377 H/1958 M.