jawapan tutorial 1 sem 1 2015 2016

Upload: norizan-hasrat

Post on 05-Mar-2016

44 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Statistik asas

TRANSCRIPT

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIAFAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL

Kod Kursus : BBR 34103Kursus : ASAS KAEDAH STATISTIK Tutorial: a. Pengenalan Statistik: b. Topik 1: Penganggaran Parameter

A) PENGENALAN STATISTIK

1) Berikut merupakan beberapa pembolehubah yang dikaitkan dengan penyelidikan pendidikan atau sains sosial.

aStatus sosioekonomifKebolehan bercakap

bKepantasan menaipgMakanan yang disukai

cWarga negarahKebolehan muzik

dKetegasaniTahun kelahiran

eFahaman agamajUmur

i. Berikan 3 pembolehubah di atas yang dapat diukur dengan skala nominal. Nyatakan sebab anda.Jawapan:Status sosioekonomi, warga negara, ketegasan, fahaman agama,tahun kelahiran.Ini disebabkan data ini merupakan bentuk nombor bulat.

ii. Berikan 3 pembolehubah di atas yang dapat diukur dengan skala ordinal. Nyatakan sebab anda.Jawapan:Status sosioekonomi, kebolehan bercakap, ketegasan, makanan yang disukai, kebolehan muzik. Ini disebabkan data ini merupakan bentuk pemeringkatan.

iii. Berikan 3 pembolehubah di atas yang dapat diukur dengan skala interval. Nyatakan sebab anda.Jawapan:Status sosioekonomi, Kepantasan menaip, umur.Ini disebabkan data ini merupakan bentuk titik perpuluhan.

iv. Bolehkah tahap ukuran interval ditukar menjadi ordinal dan nominal? Huraikan dengan contoh yang bersesuaian.Jawapan:Boleh dengan tranform data.Contohnya markah pencapaian pelajar dalam kelas pada asalnya data interval, apabila kita susunkan secara pemeringkatan, ianya menjadi data ordinal. Apabila kita mengira bilangan pelajar mengikut gred, ianya dah menjadi data nominal.

2) Dalam satu kajian, beberapa pembolehubah telah dikenal pasti bagi membuat ramalan kebolehan membaca bagi murid di sebuah tadika. Berikut adalah beberapa pembolehubah yang digunakan:

a) Kesediaan membaca data ordinalb) Umur- data intervalc) Jantina dan status sosioekonomi data nominal

Kategorikan pembolehubah di atas mengikut tahap ukuran data.

3) Nyatakan apakah populasi, sampel, parameter, statistik dan pembolehubah bagi pernyataan kajian di bawah:

Satu kajian dijalankan untuk mengkaji tahap kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam kalangan pelajar sekolah menengah daripada tingkatan 1 hingga 5 di Malaysia. Namun begitu, penyelidik hanya memilih pelajar daripada 4 buah negeri sahaja sebagai responden kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan hanya 30% responden mencatat tahap kemahiran berfikir yang tinggi. Dapatan kajian ini adalah sama dengan maklumat yang diperolehi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu 1/3 pelajar sekolah menengah mempunyai kemahiran berfikir pada tahap tinggi.

Jawapan:Populasi pelajar tingkatan 1 5 di MalaysiaSampel - pelajar tingkatan 1 5 di 4 negeri terpilihParameter - 1/3 pelajar sekolah menengah mempunyai kemahiran berfikir pada tahap tinggi.Statistik - 30% responden mencatat tahap kemahiran berfikir yang tinggiPembolehubah pelajar tingkatan 1 hingga 5, tahap kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

B) PENGANGGARAN PARAMETER

1) Apabila mencari selang keyakinan bagi min sesuatu populasi, jelaskan bilakah anda akan menggunakan taburan z atau taburan t?

Jawapan:Taburan z akan digunakan untuk mencari selang kenyakinan dalam tiga keadaan iaitu:a. n 30; diketahuib. n 30; tidak diketahuic. n < 30; diketahui

Manakala, taburan t akan digunakan untuk mencari selang kenyakinan apabila saiz sampel, n