jasmani dan kesihatan - copy

9
A. tajuk 1. pengenalan ------------------------------- ---------------------------------- ------------------------------- --------------------------------- 2. isi 1 ------------------------------- -------------------------- --------------------------------------- 3. isi 2 ------------------------------------------ ------------------------------------------- -------------------------------------------

Upload: mave-ex

Post on 09-Nov-2015

226 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Dewasa ini, penderaan kanak-kanak merupakan satu masalah yang semakin serius. Permasalahan ini sekiranya dibiarkan diibaratkan seperti barah yang merebak secara perlahan-lahan dan akhirnya akan merosakkan generasi kita pada masa hadapanDewasa ini, penderaan kanak-kanak merupakan satu masalah yang semakin serius. Permasalahan ini sekiranya dibiarkan diibaratkan seperti barah yang merebak secara perlahan-lahan dan akhirnya akan merosakkan generasi kita pada masa hadapan

TRANSCRIPT

A. tajuk

1. pengenalan

-------------------------------

----------------------------------

-------------------------------

---------------------------------

2. isi 1

-------------------------------

--------------------------

---------------------------------------

3. isi 2

------------------------------------------

-------------------------------------------

-------------------------------------------

4. isi 3

---------------------------------------------

-----------------------------------------------

-----------------------------------------------

5. kesimpulan

---------------------------------------

---------------------------------------------

--------------------------------------------

------------------------------------------------

----------------------------------------------

bibliografi

1.

2.

3.

4.

5.

B. PENDIDIKAN SECARA MENYELERUH DAN BERSEPADU 1. PENGENALAN Pendidikan menyeluruh dan bersepadu merupakan satu proses ilmu pengetahuan berkembang dan subur bersama nilai-nilai murni yang diterapkan dalam pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek yang bertujuan untuk mengembangkan potensi dan kemahiran diri. Dengan kata lain juga, pendidikan yang diterapkan ini menekankan kepada ilmu pengetahuan di samping didorong nilai-nilai murni. Sebagai contoh, dalam konteks kehidupan masyarakat beragama Islam, ilmu fardhu ain (mengurus diri) dan fardhu kifayah (mengurus sistem) dapat meningkatkan dan menyatukan diri supaya mempunyai kekuatan pemikiran serta nilai murni. Minda generasi muda haruslah diperkasakan dan pada masa yang sama kemahiran untuk berfikir juga perlu diberi keutamaan. Kekuatan berfikir dan kemahiran berfikir ini haruslah dipandu dengan nilai-nilai murni. Tanpa nilai- nilai murni yang menjadi panduan, pemikiran seseorang itu bolah menjadi kosong dan memberi kesan buruk terhadap diri, masyarakat dan Negara. Nilai dan akhlak amat penting dalam generasi muda sekarang untuk memperkasakan diri dalam menutut ilmu. Nilai adalah ukur tara yang memberikan manusia pedoman mengenai buruk baik sesuatu perkara. Selain daripada itu, serba sedikit ianya memberi kesan kepada seseorang. 2. KEMAHIRAN ANTARA MATA PELAJARAN KBSM, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah merupakan salah satu corak yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan dalam memastikan pendidikan yang diberikan kepada para pelajar adalah secara menyeluruh dan bersepadu. Kandungan sukatan pelajaran KBSM meliputi aktiviti-aktiviti yang meliputi pembelajaran yang menyokong perkembangan pelajar secara enyeluruh dan seimbang. Kbsm merupakan kesinambungan program KBSR dengan memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu (Mok Soon Sang, 2004). Ia juga merangkmi aspek pengetahuan, kemahiran, kefahaman dan amalan nilai-nilai kerohanian, kamanusiaan, kemasyarakatan serta kewarganegaraan sebagai asas untuk pendidikan seumur hidup. Sebenarnya, konsep ini boleh dilihat menerusi kesepaduan dan keseluruhan pengalaman dan teknik pembelajaran diantara mata pelajaran, kesepaduan dan keseluruhan antara teori dan amali dan kesepaduan dan keseluruhan antara pengalaman bilik darjah dengan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah, iaitu termasuk alam persekitaran dan pengalaman hidup harian. Di antara kemahiran yang diberi penekanan adalah kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran menggunakan computer, kemahiran berbahasa, kemahiran bersosial, kemahiran manipulatif dan kemahiran mengguruskan hidup (Tajul Ariffin Noordin, 2002). Gabungan kemahiran- kemahiran antara mata pelajaran akan membantu guru menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan dan meningkatkan kefahaman pelajar berhubung ilmu yang dipelajari.Kemahiran-kemahiran yang pelbagai digabungjalinkan di antara satu mata pelajaran dan mata pelajaran yang lain. Seabagai contoh seorang guru menggunakan komputer dan video yang berasaskan internet dalam sesi pengajaran subjek Biologi dapat membuatkan para pelajar bertambah faham dan bersemangat untuk belajar. Melalui kaedah ini, beberapa kemahiran telah digabungjalinkan seperty kemahiran menggunakan computer, kemahiran mengira, membaca, lisan dan menulis. Pelaksanaan pengajaran guru berhubung kemahiran-kamahiran yang dihubungjalinkan adalah seperti di bawah : Oval: MEMBACAText Box: KOMPUTER

Rajah 2.1 : Penggabungjalinan beberapa kemahiran antara mata pelajaran 3. NILAI MURNI MERENTAS KURIKULUM (NMMK) Di dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mempunyai keistimewaan yang sama iaitu kesepaduan nilai-nilai murni merentas kurikulum dalam semua bidang pengajian dan mata pelajaran. Sebanyak 16 nilai murni telah dikenalpasti untuk diaplikasikan menerusi KBSM iaitu hormat-menghormati, berdikari, kerajinan, kerjasama, kejujuran, kebersihan fizikal dan mental, kasih- sayang, baik hati, bersyukur, semangat bermasyarakat, keadilan, hemah tinggi, keberanian, rasional, kesderhanaan, kebebasan dan semangat kewarganegaraan. Nilai-nilai murni ini mestilah memenuhi kesepaduan tiga demensi iaitu kesepaduan yang harmoni antara manusia, alam sekitar dan Allah S.W.T. Nilai murni merentasi kurikulum perlu dilaksanakan secara terancang dalam konteks pendidikan bersepadu dan menyeluruh. Di samping penerapan secara lansung menerusi mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, nilai-nilai murni yang bercorak kerohanian, kemasyarakatan dan kewarganegaraan hendaklah dihayati dalam semua mata pelajaran dan proses pembelajaran.malah, ia dapat diperkukuhkan menerusi aktiviti luar bilik darjah. Sebagai contohnya ialah, aktiviti kokurikulum iaitu kelab dan persatuan, unit beruniform dan budaya sekolah. Penerapan nilai- nilai murni ini juga diperkukuhkan dan berkesinambungan antara aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah melalui kurikulum formal dan kurikulum tidak formal yang diterapkan serentak. Menurut Arif (2002), nilai-nilai murni boleh diajar mengikut konsep lingkaran sepadu iaitu kesepaduan antara nilai estetika, nilai agama, nilai moral dan nilai budaya.Oval: NILAI-NILAI MURNI Rajah 3.1 : Kesepaduan dalam nilai-nilai murni Etika, kemanusiaan dan keagamaan merupakan aspek-aspek dalam nilai agama. Sebagai contoh, sikap membazir yang boleh diterapkan semasa melakukan kerja amali di dalam bengkel atau makmal. Nilai moral pula terdiri daripada kerohanian dan cara hidup bermasyarakat. sebagai contoh, nilai semangat bergotong royong dan semangat kejiranan diterapkan semasa aktiviti kerja berkumpulan atau berpersatuan. Manakala nilai budaya pula merujuk kepada cara hidup, masyarakatan, sosial dan tradisi. Nilai budaya ini merangkumi pelbagai nilai yang dimiliki bersama oleh kelompok masyarakat seperti budaya hormat- menghormati orang tua, guru dan berbudi bahasa. Nilai estetika merupakan rasa kecintaan kepada kesenian, keindahan dan perasaan. Ia terdapat dalam bentuk hasil kesenian dan kebudayaan seperti seni bina, seni lukis, kerja tangan dan sebagainya. Seni bina ini dapat diterapkan melalui hasil pertukangan. Sama juga dengan nilai menyayangi alam sekitar boleh diterapkan ketika para pelajar melakukan aktiviti kajian dan program-program yang melibatkan alam sekitar. 4. KESEPADUAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM Kokurikulum merupakan salah satu aktiviti pembelajaran rasmi yang diiktiraf dalam KBSM. Aktiviti kokurikulum ini melibatkan kegiatan persatuan dan kelab, sukan dan badan beruniform. Melalui perancangan yang sistematik dan perlaksanaan yang berkesan dapat membina sikap positif dalam diri para pelajar khususnya dalam pembinaan emosi yang sihat dan stabil (Tajul Ariffin Noordin, 2002). Perlaksanaan aktiviti kokurikulum merupakan kesempatan yang paling terbaik untuk para pelajar mengaplikasikan nilai dan adab yang dipelajari seperti adab berkawan, adab berguru, adab di dalam surau dan lain-lain lagi. Di samping itu, ilmu yang dipelajari di dalam kelas dapat diperkukuhkan dalam aktiviti kokurikulum seperti amali solat, amali solat ketika sakit dan bengkel pengurusan jenazah. Segala ilmu yang diperolehi tidak akan bermakna jika tidak dipraktikkan oleh para pelajar dalam kehidupan seharian mereka. Maka, pengalaman dalam mempraktikkan ilmu yang diperolehi haruslah diajar dan ditunjukkan oleh para guru dahulu.Mok Soon Sang(2004) mengatakan bahawa pelaksanaan aktiviti kokurikulum, kurikulum formal dan pengajaran secara amali dapat diperkukuhkan malah nilai-nilai murni dapat diserap dan disampaikan secara lansung. Aktiviti di luar bilik darjah ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Justeru, aktiviti kokurikulum sebenarnya memberi peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuhkan dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah mereka perolehi menerusi kurikulum formal. Dan paling bermakna apabila para pelajar dapat menterjemahkan maksud yang tersirat daripada ilmu yang dipelajari dalam bilik darjah untuk diamalkan dan digunakan dalam kehidupan sebenar mereka. 5. KESIMPULAN Konsep penghubungjalian asas pendidikan bersepadu dan menyeluruh hubungan kesepaduan diantara unsur agama, emosi, rohani dan intelek yang diterapkan dalam proses pembelajaran dalam membentuk para pelajar yang memiliki nilai-nilai murni dan kemahiran yang meluas. Pendidikan adalah factor yang penting di dalam sistem kehidupan manusia. Bentuk dan aliran pendidikan yang menjadi factor yang mengunbah kehidupan manusia. Bukan sahaja aspek pembangunan sahsiah yang dititikberatkan, tetapi aspek fizikal juga. Berdasarkan konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan, ianya bertujuan untuk meninggikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Dan ianya selaras dengan matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) iaitu membantu murid- murid memperkembangkan potensi dari segi JERI secara menyeluruh dan bersepadu. Perlaksanaan Kurikulum adalah berperingkat dan dimulakan dari bawah ke atas misalnya dari tahap satu hinggalah ke tahap enam. Dalam menuntut ilmu, kekuatan rohani amat penting. Antara sebab musabab wujudnya kurikulum di dalam pendidikan ialah semata-mata untuk membina kekautan rohani selari dengan kekuatan akhlak yang berteraskan kepada agama. Kurikulum ini sepatutnya dijadikan sebagai budaya dalam membina masyarakat yang harmonis dan berakhlak mulia. Selaras dengan Wawasan 2020 yang telah diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad ialah untuk menjadikan Malaysia Negara maju, dengan masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmula dan mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas dan cekal. Penerapan nilai-nilai murni dan penerapan ilmu pengetahuan mestilah diterapkan ke dalam diri setiap pelajar kea rah pembinaan masyarakat yang maju serta mempunyai nilai sosial yang tinggi. Ini kerana, pelajar yang berkembang secara menyeluruh dan bersepadu adalah asset penting pembangunan Negara.BIBLIOGRAFI 1. Ahmad bin Mohd Said. 2001. Konsep, pelaksanaan pendidikan bersepadu: Kurikulum dan latihan guru. Jurnal Pendidikan Islam 9: 9--16 2. Sufean Hussin(1989). Pengajaran Nilai Dalam Kurikulum Shah Alam : Fajar Bakti 3. Tajul Ariffin Noordin dan Dr. Nor Aini, 2007, Pendidikan Bersepadu: Ilustrasi dan Penjelasan Lengkap, Bangi, hlmn. 20.

4. Zalina Abd Rahman(1990). Pelaksanaan Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Satu Tinjauan Universiti Kebangsaan Malaysia

5. Abd. Rauf Dalip. 1990. Pendidikan Islam dalam kurikulum bersepadu sekolah menengah: Ke arah amalan dan penghayatan nilai Islam. Jurnal Pendidikan Islam2: 36--45