item pembinaan soalan objektif

9
ITEM PEMBINAAN SOALAN OBJEKTIF AKHLAK DAN PEMIKIRAN ISLAM KUS 6041 1. Mengapakah akhlak Islam bersumberkan wahyu? A. Sumber yang tepat, mutlak dan syumul. B. Keutamaan wahyu ialah balasan akhirat. C. Terdapat rukhsah yang menyenangkan umat. D. Wahyu meliputi semua peraturan hidup manusia. Jawapan : A KLASIFIKASI PEMBINAAN ITEM Course Learning Outcome 1 Nombor Unit 1.2.2 Aras Kesukaran Mudah Taksonomi Bloom/Anderson Kefahaman 2. Apa akan berlaku sekiranya aspek akhlak diabaikan dalam sistem masyarakat pelbagai kaum? A. Perpecahan yang ketara di kalangan masyarakat. B. Membantu menurunkan kadar jenayah dalam negara. C. Memupuk kepercayaan antara rakyat yang berbilang kaum

Upload: aebh75

Post on 09-Jul-2016

112 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

soalan objektif

TRANSCRIPT

Page 1: Item Pembinaan Soalan Objektif

ITEM PEMBINAAN SOALAN OBJEKTIFAKHLAK DAN PEMIKIRAN ISLAM

KUS 6041

1. Mengapakah akhlak Islam bersumberkan wahyu?

A. Sumber yang tepat, mutlak dan syumul.

B. Keutamaan wahyu ialah balasan akhirat.

C. Terdapat rukhsah yang menyenangkan umat.

D. Wahyu meliputi semua peraturan hidup manusia.

Jawapan : A

KLASIFIKASI PEMBINAAN ITEM

Course Learning Outcome 1

Nombor Unit 1.2.2

Aras Kesukaran Mudah

Taksonomi Bloom/Anderson Kefahaman

Page 2: Item Pembinaan Soalan Objektif

2. Apa akan berlaku sekiranya aspek akhlak diabaikan dalam sistem

masyarakat pelbagai kaum?

A. Perpecahan yang ketara di kalangan masyarakat.

B. Membantu menurunkan kadar jenayah dalam negara.

C. Memupuk kepercayaan antara rakyat yang berbilang kaum

D. Membentuk perpaduan masyarakat dan saling bantu-membantu.

Jawapan : A

KLASIFIKASI PEMBINAAN ITEM

Course Learning Outcome 1

Nombor Unit 1.4

Aras Kesukaran Mudah

Taksonomi Bloom/Anderson Sintesis

3. Amanah ialah

A. benar-benar boleh dipercayai.

B. menghindari diri daripada perbuatan keji.

C. menyerah diri kepada Allah dalam saat sukar.

D. Melakukan sesuatu untuk mendapat keredhaan Allah.

Jawapan : A

KLASIFIKASI PEMBINAAN ITEM

Course Learning Outcome 2

Nombor Unit 2.1

Aras Kesukaran Mudah

Taksonomi Bloom/Anderson Pengetahuan

Page 3: Item Pembinaan Soalan Objektif

Soalan 4 berdasarkan pernyataan 1

Pernyataan 1

4. Apakah sifat mahmudah yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz

dalam perbuatan di atas?

A. Bertawakal dalam setiap urusan.

B. Bersyukur atas nikmat yang diperolehi.

C. Menjalankan amanah sebagai pemimpin.

D. Bertakwa kepada Allah dalam setiap perkara.

Jawapan : C

KLASIFIKASI PEMBINAAN ITEM

Course Learning Outcome 2

Nombor Unit 2.2.2

Aras Kesukaran Mudah

Taksonomi Bloom/Anderson kefahaman

Khalifah Umar Abdul Aziz memadamkan lampu kepunyaan kerajaan yang digunakan untuk kerja rasminya apabila puteranya masuk berbincang tentang urusan keluarga. Apabila ditanya kenapa beliau melakukan perkara tersebut, beliau menjelaskan bahawa tidak mahu menggunakan harta kerajaan untuk urusan peribadi.

Page 4: Item Pembinaan Soalan Objektif

5. Manakah antara pernyataan salah tentang konsep tawakal?

A. Redho terhadap segala pemberian Allah setelah berikhtiar.

B. Bersandarkan atas kekuatan Allah dalam setiap daya usaha dan

ikhtiar.

C. Menyerah diri kepada Allah SWT dengan usaha yang teliti dan

terancang.

D. Menunggu ketentuan baik atau buruk sudah ditakdirkan tanpa perlu

menggangu urusan Allah.

Jawapan : D

KLASIFIKASI PEMBINAAN ITEM

Course Learning Outcome 3

Nombor Unit 3.5

Aras Kesukaran Sederhana

Taksonomi Bloom/Anderson KEFAHAMAN

Page 5: Item Pembinaan Soalan Objektif

6. Sebagai seorang pelajar, anda telah berusaha bersungguh-sungguh tetapi

masih mendapat keputusan yang tidak baik. Apakah tindakan anda?

A. Menanam sifat redho dalam diri.

B. Merasakan ia a∂alah kifarah atas kesalahan masa lalu.

C. Menganggap ini sebagai hukuman terhadap dosa lampau.

D. Memikirkan Allah menagguhkan dulu kurniaan terhadap kita. .

Jawapan : A

KLASIFIKASI PEMBINAAN ITEM

Course Learning Outcome 3

Nombor Unit 3.2.3

Aras Kesukaran Susah

Taksonomi Bloom/Anderson Aplikasi

Page 6: Item Pembinaan Soalan Objektif

ITEM PEMBINAAN SOALAN SUBJEKTIFAKHLAK DAN PEMIKIRAN ISLAM

KUS 6041

1. Nyatakan tiga sumber akhlak Islam?

( 3 markah )

Jawapan :

i. Al-Quran

ii. As-Sunnah

iii. Ijmak

KLASIFIKASI PEMBINAAN ITEM

Course Learning Outcome 1

Nombor Unit 1.2.2

Aras Kesukaran Mudah

Taksonomi Bloom/Anderson Pengetahuan

Page 7: Item Pembinaan Soalan Objektif

2. Jelaskan kepentingan akhlak dalam kehidupan manusia?

( 6 markah )

Jawapan :

i. Melahirkan umat yang bertamadun dan dihormati.

Dengan adanya akhlak dalam diri seseorang itu, mampu mewujudkan sebuah tamadun yang bertahan lama. sebagai contoh, akhlak yang dipamerkan oleh Rasulullah saw sendiri yang sehinggakan mampu menarik hati masayarat zaman dahulu untyuk memeluk islam.. asas nya adalah akhlak.. 

ii. Mengelakkan daripada terjerumusnya dalam kencah kehinaan.

Kehidupan yang tidak berlandaskan akhlak akan terganggu.. maksudnya.. bila akhlak tidak lagi dijadikan garispanduan, maka hawa nafsu akan mengambil tempat dan menjadi kiblat utama pada manusia andai masih terlena maka terjadilah kes2 yang menggadaikan kesihatan sendiri serta maksiat dan zina yang berleluasa kerana hilangnya akhlak dalam kehidupan seharian...

iii. Menjadi instrument dakwah yang berkesan bagi menyebarluaskan keindahan Islam kepada masyarakat.

Melalui akhlak yang cantik mampu menarik perhatian orang yang melihat terutamanya mampu menarik non muslim untuk mendekati Islam dengan mudah.. sebagai contoh, akhlak Rasulullah yang terpamer indah, membuatkan ramai yang terpukau dengan keperibadiannya.. akhirnya ramai yang memeluk islam dan mengenali islam dengan lebih mendalam.

KLASIFIKASI PEMBINAAN ITEM

Course Learning Outcome 1

Nombor Unit 1.4

Aras Kesukaran Sederhana

Taksonomi Bloom/Anderson KEFAHAMAN

Page 8: Item Pembinaan Soalan Objektif

3. Nyatakan pembahagian amanah beserta contoh?

( 6 markah )

i. Amanah Manusia Kepada Allah iaitu menunaikan segala tuntutan dan suruhan Allah seperti menunaikan solat, berpuasa, membayar zakat, berbuat baik terhadap kedua ibu bapa dan sebagainya

ii. Amanah Sesama Manusia / Makhluk. Amanah sesama manusia merangkumi suatu bab yang cukup luas. Ini kerana merupakan suatu sifat yang terdapat dalam semua bidang hidup manusia meliputi muamalat, kehakiman, perundangan, tort dan sebagainya. Contoh menghormati hak jiran dan masyarakat

iii. Amanah Manusia Terhadap Dirinya Sendiri. Bahagian ini menuntut manusia berlaku adil terhadap dirinya sendiri dengan melakukan sesuatu yang terbaik dan bermanfaat bagi dirinya dalam urusan agama dan dunia serta tidak melakukan sesuatu yang memudaratkannya. Kita juga diingatkan bahawa kita bertanggungjawab terhadap diri kita dan akan disoal kembali tentang tanggungjawab kita. Contoh sentiasa menjaga kesihatan diri.

KLASIFIKASI PEMBINAAN ITEM

Course Learning Outcome 2

Nombor Unit 2.2

Aras Kesukaran susah

Taksonomi Bloom/Anderson Pengetahuan

Page 9: Item Pembinaan Soalan Objektif

4. Nyatakan tiga prisip asas konsep tawakal?

( 3 markah )

Jawapan :

i. Usaha dan ikhtiarii. Beserah diri kepada Allahiii. Redha terhadap pemberian Allah

KLASIFIKASI PEMBINAAN ITEM

Course Learning Outcome 2

Nombor Unit 3.2

Aras Kesukaran Mudah

Taksonomi Bloom/Anderson pengetahuan