isu stress

12
ISU STRESS DI KALANGAN GURU Guru dikenali juga sebagai pengajar, pendidik, Mudarris dan pengasuh merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tuisyen (kelas bimbingan). Dalam zaman moden ini guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang misalnya management guru merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan . Di peringkat universiti , guru diberi gelaran tutor atau pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran. Tekanan atau stress adalah satu tindakbalas fisiologikal dan psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Ini bermaksud, tekanan yang melanda seseorang akan menyebabkan fikiran dan fizikal individu tersebut bertindak balas mengikut keadaan dan tahap tekanan tersebut. Sekiranya tahap tekanan tersebut adalah rendah maka tindakbalas individu terbabit juga tidak terlalu besar dan begitu juga sebaliknya. Smither (1994), Kenyataan ini disokong oleh Schafer (1992), yang menyatakan bahawa tekanan sebagai kebangkitan minda dan fizikal seseorang dalam memberi tindakbalas kepada sesuatu permintaan terhadap diri seseorang. Sementalahan, Fontana (1989), juga menyatakan bahawa tekanan adalah satu bentuk permintaan yang dibuat ke atas keupayaan untuk menyesuaikan minda dan fizikal serta seterusnya menjelaskan sekiranya seseorang itu dapat menerima dan menangani permintaan tersebut, maka tekanan tersebut akan mendatangkan kesan yang positif. Hal ini menunjukkan bahawa cara seseorang menangani tekanan bergantung kepada tahap kesediaan minda dan fizikal seseorang untuk menerima atau menyerap sesuatu tekanan yang diterima. Sekiranya individu terbabit tidak bersedia dari segi fizikal dan mental, maka sudah pastinya tekanan yang datang dalam bentuk permintaan ini tidak mampu dihadapi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan individu tersebut tertekan dan menghadapi masalah yang lebih besar. 1

Upload: mohd-azrul

Post on 07-Aug-2015

204 views

Category:

Self Improvement


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isu stress

ISU STRESS DI KALANGAN GURU

Guru dikenali juga sebagai pengajar, pendidik, Mudarris dan pengasuh merupakan

tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tuisyen (kelas bimbingan).

Dalam zaman moden ini guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang

pakar dalam sesuatu bidang misalnya management guru merujuk kepada seorang yang pakar

dan handal dalam bidang pengurusan. Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau

pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan

pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran.

Tekanan atau stress adalah satu tindakbalas fisiologikal dan psikologikal ke atas

permintaan terhadap seseorang. Ini bermaksud, tekanan yang melanda seseorang akan

menyebabkan fikiran dan fizikal individu tersebut bertindak balas mengikut keadaan dan

tahap tekanan tersebut. Sekiranya tahap tekanan tersebut adalah rendah maka tindakbalas

individu terbabit juga tidak terlalu besar dan begitu juga sebaliknya. Smither (1994),

Kenyataan ini disokong oleh Schafer (1992), yang menyatakan bahawa tekanan sebagai

kebangkitan minda dan fizikal seseorang dalam memberi tindakbalas kepada sesuatu

permintaan terhadap diri seseorang. Sementalahan, Fontana (1989), juga menyatakan bahawa

tekanan adalah satu bentuk permintaan yang dibuat ke atas keupayaan untuk

menyesuaikan minda dan fizikal serta seterusnya menjelaskan sekiranya seseorang itu

dapat menerima dan menangani permintaan tersebut, maka tekanan tersebut akan

mendatangkan kesan yang positif. Hal ini menunjukkan bahawa cara seseorang menangani

tekanan bergantung kepada tahap kesediaan minda dan fizikal seseorang untuk menerima

atau menyerap sesuatu tekanan yang diterima. Sekiranya individu terbabit tidak bersedia dari

segi fizikal dan mental, maka sudah pastinya tekanan yang datang dalam bentuk permintaan

ini tidak mampu dihadapi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan individu

tersebut tertekan dan menghadapi masalah yang lebih besar.

Sementara itu, menurut Levine dan Ursin (2009), tindakbalas tekanan ini adalah

satu perubahan fisiologi dan perlakuan yang berlaku terhadap mereka yang menghadapi

tekanan. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa, tekanan bukanlah satu perkara yang boleh

diambil ringan kerana seseorang itu akan menghadapi risiko untuk berubah perlakuannya

dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti bercakap kasar, memulakan

pertengkaran, terlibat secara fizikal dalam pergaduhan, penyalahgunaan dadah, terlibat dalam

jenayah dan sebagainya yang membuktikan walau sekecil mana sekalipun tekanan tersebut

sekiranya tidak diuruskan dengan betul mampu membawa malapetaka yang lebih dahsyat lagi

1

Page 2: Isu stress

kepada mereka yang terlibat. Namun semuanya bergantung kepada kekuatan mental dan

fizikal seseorang kerana ianya dapat membantu seseorang untuk menyerap tekanan dan dapat

menerima tekanan tersebut secara positif.

            Berdasarkan definisi yang diberikan, maka boleh dikatakan tekanan terbukti

mempunyai hubungan dengan faktor dalaman dan luaran seseorang. Faktor luaran ini

bermaksud persekitaran fizikal seperti tugasan dan tanggungjawab di pejabat, tahap

perhubungan dengan manusia lain, keadaan fizikal kediaman, tahap kebisingan, kesesakan

jalanraya dan sebagainya yang berkaitan dengan kehidupan seharian manusia. Faktor

dalaman pula bermaksud faktor yang mempengaruhi seseorang di dalam menangani faktor-

faktor luaran tadi seperti egoistik, tahap kesihatan fizikal dan mental, emosi dan perasaan

serta rehat yang mencukupi. Bagi mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi,

kemungkinan untuk mereka menghadapi tekanan disebabkan perkara yang remeh-temeh

adalah rendah dan cara mereka bertindakbalas juga adalah secara sederhana. Manakala

mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang rendah mempunyai kemungkinan untuk

mengalami tekanan dan bertindakbalas secara agresif walaupun atas sebab-sebab yang kecil

akibat ketahanan mental dan fizikal yang lemah.

            Di Malaysia, profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan

sosial yang sungguh mencabar. (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Tanggungjawab sebagai

guru bertambah rumit kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan hal-hal

sampingan yang terlalu membebankan seperti pengurusan fail, soalan-soalan peperiksaan dari

semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang

kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan

hari sukan. Lantaran itu, guru-guru dikatakan berhadapan terdedah kepada risiko tinggi untuk

mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti

bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan. Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan

Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh

negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan

kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.( Siti Nor Afzan, Kosmo 2014).

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai usaha dijalankan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu usaha dalam meningkatkan mutu sistem

pendidikan di Malaysia. Dengan pelaksanaan pelbagai-bagai reformasi ini, tugas, peranan

dan tanggungjawab guru menjadi semakin mencabar. Tekanan terhadap guru memang

berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung,

mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri

2

Page 3: Isu stress

akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu

pengajaran dan pembelajaran seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga

profesion perguruan. Bukan sekadar itu, masalah ini akan membantutkan usaha mewujudkan

sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan

kegemilangan mutu pendidikan. (Dr.Sapora Sipon, 2007). Peratusan kadar stress dalam

kalangan pekerja di Malaysia yang telah dicatatkan pada tahun 2011 juga menunjukkan

bahawa  guru berada pada tempat keempat dengan peratusan sebanyak 45.8 % berbanding

pekerjaan-pekerjaan yang lain seperti jururawat, doktor dan sebagainya. Statistik ini

membuktikan bahawa tugas guru ini bukan tugasan biasa dan mudah seperti yang

diperkatakan oleh sesetengah pihak. Satu kajian telah dijalankan oleh Mohamad Abdillah

Royo dan Woo Sew Fun dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya bagi mengenalpasti

punca sebenar dan jalan penyelesaian bagi masalah ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa

pelbagai perkara yang dikenalpasti menyumbang kepada masalah ini antaranya bebanan

tugas, kerenah murid, kurang motivasi dan sebagainya.

PERKAITAN ISU STRESS DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

Melihat kepada perkembangan semasa berhubung kerja, beban dan tugas dalam

kerjaya sebagai seorang guru, maka timbul tanggapan-tanggapan bahawa kerjaya sebagai

guru bukan lagi satu kerja yang mudah. Stress boleh berlaku kepada semua guru samada guru

sekolah menengah mahupun rendah. Satu kajian yang dijalankan oleh Azizi Yahya dan

Norliza Othman mengenai  punca sebenar berlakunya masalah stress dalam kalangan guru

matematik di negeri Johor. Hasil kajian mendapati bahawa faktor yang paling  mempengaruhi

stress adalah faktor masalah disiplin pelajar yang mencatatkan nilai min keseluruhan

tertinggi iaitu 3.83. Kajian juga dijalankan oleh Azrul Hisham Abdul Manaf pada tahun 2009

menunjukkan bahawa guru tidak terlepas daripada perlakuan dan sikap segelintir pelajar yang

kadangkala menyakitkan hati. Antara contoh perlakuan pelajar yang membangkitkan

kemarahan guru termasuklah datang lewat ke kelas, membuat bising ketika sesi

pengajaran dan pembelajaran bermula, tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang

munasabah dan bersikap biadap dengan guru. Perkara ini menyebabkan guru mengambil

keputusan yang agak drastik dan berasaskan emosi untuk menyelesaikan masalah yang

berkaitan dengan disiplin pelajar.

3

Page 4: Isu stress

Kendati pun tindakan ini melanggar etika dan tatatertib seorang pendidik, namun

kadangkala emosi yang tidak stabil boleh menguasai kekuatan akal fikiran yang waras.

Terdapat banyak contoh sebenarnya yang berkaitan dengan tindakan disiplin berdasarkan

emosi yang dilakukan oleh guru yang berkait dengan masalah disiplin pelajar. Antaranya

ialah kejadian di mana seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib

di Perak yang telah dipukul sehingga pengsan (Kosmo, 18 Januari 2012). Setahun sebelum

itu,seorang guru agama di sebuah sekolah agama rakyat di Perlis telah bertindak memukul

seorang pelajar berulang kali sehingga menyebabkan kematian kerana disyaki mencuri

(Utusan Malaysia, 4 April 2011 ).

           Guru bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan para pelajar yang bermasalah tetapi

juga berhadapan dengan ibu bapa pelajar yang memberikan harapan yang amat tinggi

kepada para guru untuk menjadikan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Hal ini

dapat dibuktikan menerusi kajian yang telah dijalankan oleh Unit Kaunseling Jabatan

Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 2006 yang mendapati bahawa 83%

daripada guru telah mengalami tekanan akibat harapan tinggi yang diletakkan oleh ibu

bapa pelajar yang mengharapkan guru-guru di sekolah boleh membantu untuk menjadikan

anak-anak mereka sebagai pelajar yang cemerlang dalam akademik. Kajian yang sama juga

menyatakan bahawa kebanyakan ibu bapa akan melepaskan sepenuhnya tanggungjawab

untuk mendidik anak-anak mereka kepada guru sekolah sambil mengharapkan anak mereka

memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Abu Bakar Hamzah dalam

artikelnya yang dimuatkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 23 Februari 2007

mengatakan bahawa ibu bapa kebiasaannya akan mengukur kejayaan mutlak seseorang

pelajar berdasarkan kecemerlangan akademik semata-mata tanpa mengira aspek-aspek lain

yang tidak kurang pentingnya seperti kemahiran dalam bidang vokasional. Akibat daripada

harapan yang terlampau tinggi, kebanyakan guru terpaksa menghabiskan banyak masa

mereka di sekolah untuk mengadakan kelas-kelas tambahan di luar waktu persekolahan bagi

memastikan harapan ibu bapa dipenuhi.

            Selain itu, faktor bebanan kerja yang terlampau banyak juga menyebabkan guru-

guru mengalami masalah stress. Menurut Esah Sulaiman (2003), guru merupakan pengurus

pembelajaran yang bertanggungjawab untuk merancang pengetahuan, kemahiran dan nilai

yang hendak diajar kepada pelajar setiap hari. Ini menunjukkan tanggungjawab guru untuk

menyediakan maklumat-maklumat untuk diajar tidak semudah yang disangkakan. Guru juga

dibebankan dengan tugas-tugas lain seperti tugas pentadbiran sekolah contohnya merancang

dan menjalankan aktiviti sekolah, menjadi penasihat persatuan dan kelab, menjalani kursus

4

Page 5: Isu stress

yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri dan sebagainya.

Perkara ini mungkin dilihat mudah oleh sesetengah pihak namun ia merupakan bebanan yang

amat tinggi kepada para guru kerana mereka terpaksa melakukan pelbagai jenis kerja yang

berkaitan dengan akademik, kokurikulum dan pentadbiran sekaligus setiap hari. Tambahan

pula, adakalanya tugas-tugas ini perlu diselesaikan pada hari minggu sehingga menyebabkan

guru tidak mendapat ruang waktu untuk berehat dan bersama keluarga ( Harian Metro

20 Jun 2010). Ia menjadi menjadi satu masalah yang besar dan dipandang serius oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga wujudnya satu Jawatankuasa Khas bagi mengkaji

bebanan tugas guru yang terlampau banyak. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri

Alimuddin Mohd Don yang mempengerusikan jawatankuasa itu, beberapa cadangan sudah

dikenalpasti bagi menangani masalah ini. Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi memberi

maklumbalas terhadap aduan yang dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan

Kebangsaan (NUTP) terhadap bebanan tugas guru dalam satu sidang media yang diadakan

pada tarikh 30 Mac 2010. Ini membuktikan bahawa banyak pihak yang menyedari akan

bebanan tugas guru yang semakin mencabar.

           

IMPLIKASI KE ATAS SAYA SEBAGAI GURU

Dalam menuju misi taraf pendidikan bertaraf dunia, semua pihak tidak seharusnya

berpeluk tubuh dan lebih teruk saling menunding jari apabila timbulnya isu bebanan tugas

guru ini.  Pendidikan negara tidak akan mendapat sebarang keuntungan malahan semakin

terkebelakang daripada beberapa negara lain yang lebih sensitif dengan perubahan taraf

pendidikan negara mereka.  Sistem pendidikan negara yang baik perlu menyediakan

pendidikan berkualiti.  Pendidikan yang berkualiti bermula daripada corak perkhidmatan

guru-guru.  Corak perkhidmatan yang baik dan tersusun sudah tentu dapat mengelakkkan

keciciran prestasi sekolah seterusnya taraf pendidikan negara. Punca-punca seperti yang

dinyatakan di atas akan membawa kepada tekanan terhadap guru dan menyebabkan mereka

mengambil jalan-jalan tertentu untuk menyelesaikannya. Guru yang tertekan akan melakukan

apa sahaja untuk memastikan tekanan yang melanda mereka berakhir. Ini termasuklah

melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan etika pengurusan. Individu guru

tidak mungkin dapat berfungsi dengan baik dan efektif jika ia berada dalam keadaan tertekan.

Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang serta

tidak dapat memusatkan perhatian terhadap kerja dan gagal menikmati rasa gembira

atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan.

5

Page 6: Isu stress

            Ponteng kerja adalah perkara serius yang dilakukan oleh individu-individu yang

tertekan ( Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin, 2011 ). Perkara ini dibuktikan melalui

pendedahan yang dibuat oleh akhbar Berita Harian bertarikh 12 Disember 2009 iaitu seramai

lima peratus daripada keseluruhan penjawat awam di Malaysia terlibat dalam kes

ponteng kerja di mana ada sesetengahnya yang tidak hadir ke tempat kerja selama tiga bulan.

Satu laporan akhbar daripada Berita Harian bertarikh 27 Mac 2008 menyebutkan isu seorang

guru di Perak yang tidak menghadirkan diri ke sekolah selama lebih dari 30 hari tanpa alasan

yang kukuh. Akibat dari perlakuan tersebut, pihak Kementerian Pelajaran akan mengambil

tindakan disiplin yang tegas terhadap guru terbabit dan mungkin akan memecat beliau dari

perkhidmatan perguruan. Hal ini disokong melalui pernyataan yang dibuat oleh Ho (1997)

bahawa guru yang ponteng kerja akan menyebabkan proses pembelajaran terganggu untuk

satu jangka masa yang panjang. Akibatnya, banyak perkara yang tidak dapat

diselesaikan dengan segera seperti kegagalan menghabiskan sukatan pelajaran dan

kelewatan menganjurkan aktiviti-aktiviti ko kurikulum di sekolah. Selain itu, rancangan

pengajaran yang telah ditetapkan juga tidak dapat diikuti lagi kerana telah tersasar dari

perancangan asal menyebabkan perancangan baru perlu disusun semula. Akhirnya, pelajar-

pelajar akan mendapat impak yang sangat negatif apabila mereka tidak mampu menjawab

soalan-soalan peperiksaan dengan baik terutamanya apabila melibatkan peperiksaan-

peperiksaan umum seperti UPSR, PMR dan SPM kesan dari proses pengajaran dan

pembelajaran yang tidak lancar.

            Selain daripada ponteng kerja, guru-guru juga akan cenderung untuk melakukan

tindakan yang lebih besar iaitu berhenti kerja kerana tidak lagi mampu untuk bertahan

dalam kerjaya ini. Guru sendiri serta persekitaran pembelajaran itu tidak disediakan dengan

sempurna bagi menghadapi perubahan dalam pendidikan. Atas perubahan sebegini, maka

kemungkinan pada masa akan datang akan timbul fenomena guru mengambil keputusan

bersara awal atau bertukar kerjaya. Tekanan-tekanan yang datang dari bebanan tugas yang

melampau, etika kepimpinan pihak atasan sekolah dan tahap disiplin pelajar yang rendah

merupakan faktor utama mengapa guru berniat meninggalkan kerjaya utama mereka. (Azrul

Hisham Abdul Manaf, 2009). Isu ini turut disentuh oleh satu kajian kes yang telah dijalankan

oleh Erkultu dan Chafra (2006) yang menyebut bahawa tekanan yang terlampau tinggi

boleh mengakibatkan pekerja berfikir untuk meletakkan jawatan. Justeru, tidak

hairanlah para guru yang sememangnya berhadapan dengan bebanan kerja yang tinggi akan

berniat untuk menarik diri daripada jawatan ini. Kajian juga telah dijalankan oleh Jesus

(2000), beliau mendapati 50 peratus daripada guru yang menjawab borang soal selidik

6

Page 7: Isu stress

mengakui bahawa mereka mahu mencari kerja lain akibat tekanan yang berlebihan di

sekolah. Pada pandangan saya, adalah menjadi satu kerugian yang sangat besar

sekiranya kebanyakan guru yang menghadapi masalah tekanan ini meneruskan niat

untuk meletakkan jawatan kerana ianya akan mengganggu keseluruhan proses

pendidikan di sekolah. Selain itu, kerajaan juga terpaksa mengeluarkan kos yang besar dan

menghabiskan masa yang panjang untuk memberi latihan kepada guru-guru baru bagi

menggantikan kekosongan tersebut.

            Pelbagai langkah yang telah diambil bagi menangani masalah stress dalam kalangan

guru yang semakin parah. Antaranya ialah memperkenalkan program latihan fisioterapi khas

untuk golongan-golongan guru di seluruh Negara. Menurut pengarah urusan Great Life

Physio and Rehabilation, Mohd Rozaimi Che Kamaruddinata, program itu disediakan khas

oleh pakar-pakar fisioterapi untuk para guru dalam memberi panduan bagaimana

menguruskan stress semasa bertugas. Program ini telah berjaya dijalankan di Sekolah

Menengah Kebangsaan Bukit Gading, Sungai Buloh Selangor dengan melibatkan 135 orang

guru dan kakitangan sekolah tersebut. Program ini disokong penuh oleh pengetua sekolah

tersebut, Siti Endon Mohamad Dahlan yang berpendapat bahawa program itu banyak

memberi kesedaran kepada guru dalam menangani masalah stress di tempat kerja.

            Selain daripada itu, guru sepatutnya diberi pengkhususan tugas iaitu memberikan

tumpuan kepada pengajaran sahaja. Memetik ucapan presiden NUTP, Hashim bin Adnan,

beliau mengatakan bahawa pada hari ini, kita dapat melihat bahawa tugas guru bukan sahaja

mengajar sebaliknya melakukan tugas-tugas pengurusan yang lain, di mana tugas-tugas

tersebut sepatutnya dijalankan oleh individu lain. Umpamanya, pengurusan data-data murid

dan sekolah menggunakan aplikasi atas talian yang baru sahaja diperkenalkan baru-baru

ini .Menurut Jaafar Muhammad (2003), kebanyakan individu bekerja selama 45 jam dalam

masa seminggu. Baki masa yang selebihnya pula sepatutnya digunakan untuk mengukuhkan

perhubungan sosial dengan masyarakat setempat seperti berkomunikasi, menyelesaikan

masalah dan melakukan aktiviti bersama keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan mahupun

ahli bagi persatuan yang disertai oleh mereka. Sekiranya guru tidak mempunyai masa yang

cukup untuk dihabiskan bersama masyarakat setempat, mereka akan membawa masalah-

masalah di luar pejabat ke sekolah untuk diselesaikan. Perkara ini seterusnya akan

mengganggu pula komitmen mereka terhadap tugas-tugas hakiki di sekolah. Hal ini akan

menjadi semakin serius apabila murid-murid mendapat implikasi negatif seperti gagal dalam

peperiksaan utama dan seterusnya negara mengalami kerugian besar terhadap penghasilan

sumber manusia.

7

Page 8: Isu stress

CADANGAN DAN RUMUSAN

Seandainya tanggapan serta perubahan yang kurang menyenangkan ini tidak ditangani

dengan bijaksana, sudah pasti suasana pengajaran-pembelajaran di sekolah kini akan menuju

ke arah keadaan yang tidak terurus dan pencapaian matlamat pendidikan mungkin akan

menemui jalan buntu. Kurangnya sokongan daripada pihak pentadbir sekolah  misalnya

dalam memastikan keadaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

berada dalam keadaan kondusif juga boleh memberi tekanan dan beban kepada guru.

Dalam hal ini didapati bahawa ada segelintir kalangan pentadbir  sekolah yang tidak begitu

mengambil berat terhadap disiplin pelajar di bilik darjah. Selain itu, didapati bahawa ada

kalangan daripada pihak ibu bapa juga tidak begitu menyokong program-program yang

diwujudkan di sekolah. Bagi pekerja di setiap organisasi, etika kepimpinan seseorang

pemimpin atasan memainkan peranan yang penting dalam memajukan organisasi

tersebut. Perkara yang sama juga berlaku di sekolah apabila etika kepimpinan pengetua atau

guru besar yang memainkan peranan yang sangat penting di dalam kemajuan dan

pembangunan sekolah serta sumber manusianya.

Guru sememangnya bergantung harap kepada guru besar untuk memastikan

kelancaran pentadbiran di sekolah di samping menjaga kebajikan mereka sebaik-baiknya.

Sekiranya perkara ini tidak berlaku, guru akan mengalami tekanan kerana persekitaran

tempat kerja yang tidak membantu mereka untuk menjadi lebih produktif di dalam

perkhidmatan. Hal ini kerana, adakalanya dalam melaksanakan sesuatu program di sekolah,

terdapat corak pentadbiran dan tindakan pengetua yang kurang disenangi di sekolah.

Malahan, ada juga program yang diatur bukanlah untuk kepentingan sekolah atau pelajar

sebaliknya untuk kepentingan peribadi pengetua semata-mata. Keputusan-keputusan

tentang peraturan dan dasar sekolah yang tidak adil dan kerap berubah juga akan

membangkitkan ketidakpuasan hati guru (Hamedah binti Wok Awang, 2004).

Selain itu, ada juga pengetua yang menyalahgunakan peruntukan sekolah untuk

kegunaan peribadi seperti hanya menumpukan usaha membesar dan mencantikkan bilik guru

besar sahaja walaupun peruntukan tersebut sebenarnya harus digunakan untuk pembangunan

fizikal sekolah serta kebajikan kakitangan dan pelajar. Isu ini telah dilaporkan oleh

BERNAMA pada 17 Februari 2000, apabila Kementerian Pendidikan akan mengambil

tindakan segera terhadap pengetua yang menyalahgunakan kuasa mereka termasuk yang

terlibat dalam rasuah. Menurut mantan Menteri Pelajaran Malaysia, hal ini kerana terdapat

8

Page 9: Isu stress

beberapa kes yang diterima oleh pihak kementerian setiap tahun yang menyebabkan tindakan

tegas perlu diambil secara serta merta. Hal ini secara langsung akan mengundang tekanan

emosi terhadap guru kerana mereka akan berasa kurang senang dengan keputusan-keputusan

yang dibuat tanpa mengambil kira kebajikan perkhidmatan mereka. Apabila keadaan ini

semakin berlarutan, ianya akan menghakis kepercayaan guru terhadap kredibiliti dan

ketelusan pengetua terbabit. Akhirnya perasaan hormat guru akan hilang dan mereka akan

kehilangan motivasi untuk terus berkhidmat dengan cemerlang.

Seorang guru yang gagal menjalankan tanggungjawab dan tugas akan memberi

mudarat kepada seluruh generasi ( Chek Mat, 2008 ). Guru yang baik mestilah sentiasa sedar

akan kepentingan diri dan amanah yang dipikul mereka. Oleh yang demikian, guru mestilah

memastikan diri mereka terlepas dari masalah stress yang memudaratkan ini. Pemeriksaan

kesihatan yang berkala perlu sentiasa dijalankan oleh para guru dalam memastikan tahap

kesihatan mereka berada dalam keadaan yang baik. Guru mestilah berusaha menjaga tahap

kesihatan mereka kerana hal ini memberikesan yang amat mendalam kepada seorang guru.

Umpamanya, guru yang mengalami masalah kesihatan akan lebih cenderung mengalami

masalah stress di sekolah sekaligus memberi mudarat kepada profesion secara umumnya dan

murid secara khususnya. Guru juga perlu meningkatkan perbincangan dan bersosial dengan

rakan-rakan sejawatan sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan tugas di sekolah. Hal ini

mungkin dapat menghilangkan sedikit tekanan yang dihadapi oleh guru. Sekiranya masalah-

masalah yang dialami disimpan bersendirian, ia akan menyebabkan guru lebih mudah

menghadapi tekanan di tempat kerja. Bagi pihak ibu bapa dan pengurusan sekolah, mereka

tidak sepatutnya meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada guru-guru di sekolah. Hal ini

kerana, tugas mendidik anak adalah tanggungjawab ibu bapa dibantu oleh guru di sekolah.

Adalah menjadi satu kesilapan besar sekiranya tugas mendidik anak-anak sekadar diletakkan

di bawah tanggungjawab guru dan hal ini secara tidak langsung memberikan tekanan hebat

kepada para guru di sekolah.

Secara kesimpulannya kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya yang cukup

mencabar. Banyak pengorbananyang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk memberi yang

terbaik kepada para pelajar. Sesuatu yang positif perlu dilakukan segera oleh pihak atasan

sekolah dan juga guru bagi mengelakkan punca-punca tekanan ini membawa kesan yang

lebih teruk sekiranya dibiarkan berterusan. Boleh dikatakan tekanan dapat dikawal dengan

baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan

tekanan tersebut. Pengurusantekanan amat kritikal atau diperlukan oleh guru bagi

9

Page 10: Isu stress

memastikan mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam dunia

perguruan yang mendatang.

Perubahan demi perubahan yang pantas berlaku akan menjadikan kerjaya seorang

guru lebih sukar ataupun complicated. Sekiranya guru tidak mampu mengawal diri dan

tekanan mereka dengan baik, sudah pastinya kerjaya mereka bukan sahaja akan berakhir

lebih awal malahan dikenakan tindakan-tindakan disiplin yang keras pula atas segala

kesalahan yang dilakukan. Perubahan demi perubahan yang berlaku dalam persekitaran dunia

pendidikan pada hari ini pula ternyata menyebabkan guru juga perlu berubah, namun tidak

ramai yang mampu untuk membuat perubahan secara drastik menyebabkan tekanan mula

menguasai mereka dan akhirnya membawa kesan yang besar kepada sistem pendidikan yang

dilaksanakan di sekolah amnya dan di Malaysia khasnya.

Akhirnya, sokongan yang berterusan daripada pihak pengetua sehinggalah kepada

kakitangan pentadbiran amat penting bagi menjamin persekitaran tempat kerja yang harmoni

dan aman untuk semua pihak. Konflik yang sedang berlaku akan berterusan tanpa noktah

sekiranya masih tiada ruang untuk bekerjasama dibuka seluas-luasnya untuk kedua-dua belah

pihak iaitu pentadbiran dan akademik. Keprihatinan terhadap beban tugas guru perlu

ditingkatkan oleh segenap lapisan masyarakat demi memastikan kelangsungan sistem

pendidikan di Malaysia seterusnya usaha melahirkan generasi pewaris negara berterusan dan

tidak terhenti.

10