isu sosio dalam kaunseling

19
1.0 Pengenalan Isu sosio-budaya dan profesionalisme merupakan isu yang akan timbul dalam perkhidmatan kaunseling sekolah. Hal ini kerana, rakyat Malaysia adalah terdiri daripada pelbagai kaum, budaya, adat resam dan agama yang berbeza. Menurut Pedersen (1994), budaya boleh dibahagikan kepada 3 angkubah iaitu demografi, status dan etnografi. Demografi ialah berkenaan dengan umur, jantina, dan tempat tinggal manakala status pula adalah berkenaan sosial, pendidikan, ekonomi, dan ahli bersekutu. Seterusnya etnografi, adalah berkenaan bangsa, etnik, bahasa dan agama. Ketiga-tiga angkubah ini mempengaruhi kehidupan individu dari segi unsur budaya dan identiti budaya seseorang individu bertingkah laku. Pendapat ini juga ada dinyatakan oleh Gordon (1964), menerangkan bahawa proses kewujudan budaya sebagai keseluruhan pembelajaran dan penyerapan perlakuan sosial sesuatu kumpulan yang terhasil dari interaksi interpersonal dalam kalangan ahlinya yang mencakupi cara perlakuan dan cara membuat sesuatu yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Oleh kerana wujudnya pelbagai budaya dalam kehidupan manusia maka kesukaran memahami kepelbagaian budaya adalah salah satu cabaran dalam profesion kaunseling yang perlu ditangani oleh kaunselor sekolah. Masalah ini terjadi disebabkan oleh budaya klien dan budaya kaunselor mempunyai perbezaan yang sangat ketara dari segi sikap, nilai, anggapan mengenai budaya dan tingkah laku ke dalam perhubungan kaunseling. Jika kaunselor menafikan dan tidak menitikberatkan soal sosio-budaya ini maka ia menjadi satu kesalahan terhadap kaunselor. APA (1993), telah membangunkan set Guidelines for Providers of Pshychological Services to Ethnic, Linguistic, and Culturally Diverse Populations yang menerangkan bahawa penyedia perkhidmatan diingatkan supaya sedar mengenai budaya mereka, pengalaman hidup, sikap, nilai, dan pengaruh bias. Perkara ini penting bagi membina kepercayaan dan keyakinan klien terhadap kaunselor. Bukan itu sahaja, Kod Etika Kaunselor Persatuan Kaunseling Malaysia (2008), juga ada menyatakan bahawa pengetahuan pelbagai budaya merupakan satu tanggungjawab kaunselor terhadap kliennya. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio- 1

Upload: ayasuzuhara

Post on 23-Dec-2015

91 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

menerangkan isu-isu etika dalam kaunseling

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Sosio dalam kaunseling

1.0 Pengenalan

Isu sosio-budaya dan profesionalisme merupakan isu yang akan timbul dalam perkhidmatan

kaunseling sekolah. Hal ini kerana, rakyat Malaysia adalah terdiri daripada pelbagai kaum,

budaya, adat resam dan agama yang berbeza. Menurut Pedersen (1994), budaya boleh

dibahagikan kepada 3 angkubah iaitu demografi, status dan etnografi. Demografi ialah

berkenaan dengan umur, jantina, dan tempat tinggal manakala status pula adalah berkenaan

sosial, pendidikan, ekonomi, dan ahli bersekutu. Seterusnya etnografi, adalah berkenaan

bangsa, etnik, bahasa dan agama.

Ketiga-tiga angkubah ini mempengaruhi kehidupan individu dari segi unsur budaya

dan identiti budaya seseorang individu bertingkah laku. Pendapat ini juga ada dinyatakan oleh

Gordon (1964), menerangkan bahawa proses kewujudan budaya sebagai keseluruhan

pembelajaran dan penyerapan perlakuan sosial sesuatu kumpulan yang terhasil dari interaksi

interpersonal dalam kalangan ahlinya yang mencakupi cara perlakuan dan cara membuat

sesuatu yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Oleh kerana wujudnya

pelbagai budaya dalam kehidupan manusia maka kesukaran memahami kepelbagaian budaya

adalah salah satu cabaran dalam profesion kaunseling yang perlu ditangani oleh kaunselor

sekolah.

Masalah ini terjadi disebabkan oleh budaya klien dan budaya kaunselor mempunyai

perbezaan yang sangat ketara dari segi sikap, nilai, anggapan mengenai budaya dan tingkah

laku ke dalam perhubungan kaunseling. Jika kaunselor menafikan dan tidak menitikberatkan

soal sosio-budaya ini maka ia menjadi satu kesalahan terhadap kaunselor. APA (1993), telah

membangunkan set “Guidelines for Providers of Pshychological Services to Ethnic,

Linguistic, and Culturally Diverse Populations” yang menerangkan bahawa penyedia

perkhidmatan diingatkan supaya sedar mengenai budaya mereka, pengalaman hidup, sikap,

nilai, dan pengaruh bias. Perkara ini penting bagi membina kepercayaan dan keyakinan klien

terhadap kaunselor.

Bukan itu sahaja, Kod Etika Kaunselor Persatuan Kaunseling Malaysia (2008), juga

ada menyatakan bahawa pengetahuan pelbagai budaya merupakan satu tanggungjawab

kaunselor terhadap kliennya. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar

belakang sosio-budaya klien. Kaunselor perlu menyedari perbezaan nilai dan kepercayaan

1

Page 2: Isu Sosio dalam kaunseling

dengan klien pelbagai budaya supaya dapat bertindak adil dan bersikap terbuka dalam sesi

kaunseling.

Bagi mengelak dari terjadinya isu sosio-budaya dalam perkhidmatan yang dijalankan

maka kaunselor amat perlu menjadi seorang yang profesional dalam bidang yang telah

dipertanggungjawabkan. Profesionalisme boleh didefinisikan sebagai pekerjaan yang

menuntut kelulusan dan latihan ikhtisas di mana ciri profesion adalah berbentuk sesuatu

pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan

ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, berdedikasi, bertanggungjawab, bermoral tinggi

dan mempunyai automasi bertugas serta mematuhi kod etika yang telah ditetapkan.

Tujuan profesionalisme dapat dibahagikan kepada lapan perkara. Antara lapan perkara

tersebut ialah memberi perkhidmatan bermutu tinggi dan boleh dipercayai, meningkatkan

imej profesion, dapat membezakan satu profesion dengan yang lain, menghuraikan tugas dan

tanggungjawab, mengasingkan kerja profesional dengan yang lain, melarang orang yang

bukan profesional menjalankan tugas orang yang profesional, mengawal kualiti profesion

dengan kenaikan syarat seperti latihan ikhtisas dan meningkatkan hasil produktiviti pekerjaan.

Sehubungan dengan itu, kaunselor perlu menyesuaikan dirinya dalam pelbagai dugaan

dan sentiasa cuba untuk memperbaiki dirinya. Hal ini penting kerana kauselor merupakan

contoh individu yang akan menjadi “role model” untuk dicontohi pelajar. Oleh hal yang

dimikian, maka kaunselor perlu menjadi seorang yang profesional dalam profesion yang

dijalankan bagi mengelakkan timbulnya isu profesionalisme semasa memberikan

perkhidmatan kaunseling terhadap klien. Kebiasaannya, isu-isu yang akan timbul hasil

daripada kurangnya pengetahuan sosio-budaya dan profesionalisme dalam diri kaunselor

adalah berkenaan kompetensi kaunselor, isu-isu perlesenan kaunselor, tekanan politik,

keberkesanan perkhidmatan dan bantuan kewangan perkhidmatan. Isu-isu ini akan dikupas

oleh kumpulan kami dalam topik yang berikutnya dengan lebih terperinci.

2

Page 3: Isu Sosio dalam kaunseling

2.0 Kompetensi Kaunselor

Kompotensi kaunselor boleh juga dikenali sebagai kecekapan kaunselor dalam menjalankan

perkhidmatan kaunseling. Menurut Kod Etika Kaunselor Persatuan Kaunseling Malaysia

(PERKAMA)(2008), menyatakan kecekapan profesionalisme merupakan satu tanggungjawab

kaunselor terhadap profesionnya. Ini bermaksud kaunselor perlu memenuhi

tanggungjawabnya sebagai kaunselor dengan memberi perkhidmatan kaunseling mengikut

bidang kepakaran dengan tidak melangkaui sempadan kepakaran berasaskan kepada

pendidikan, latihan dan pengalaman yang diselia. Kaunselor sama sekali tidak boleh

menjalankan kaunseling, konsultasi, dan menyampaikan maklumat di luar kepakarannya.

Isu sosio-budaya dan profesionalisme boleh timbul apabila kaunselor kurang

kefahaman terhadap tanggungjawab profesionnya dalam membantu klien mencapai

kesejahteraan kendiri. Sebagai contoh kaunselor tidak dapat membezakan isu yang diutarakan

oleh klien sama ada isu itu adalah isu dikategorikan sebagai isu yang normal, neurosis atau

psikosis. Hal ini menyebabkan kaunselor keliru dan tidak dapat memberikan yang terbaik

dalam membantu klien mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. Seorang

kaunselor mempunyai batasannya dalam menjalankan perkhidmatan kaunseling dimana

kaunselor hanya boleh menjalankan perkhidmatan kaunseling kepada individu yang normal

dan neurosis sahaja. Bagi individu yang mengalami psikosis, ia berada diluar kepakaran

kaunselor dan jika terdapat kes yang melibatkan individu yang mengalami psikosis ini mka

individu tersebut perlu dirujuk kepada pakar psikiatis bagi mendapat rawatan yang

sepatutnya.

Bukan itu sahaja, kaunselor juga perlu meningkatkan kecekapannya bagi

membolehkan perkhidmatan yang diberikan dapat dijalankan dengan berkesan. Kod Etika

Kaunselor PERKAMA (2008), juga ada menyatakan bahawa kaunselor hendaklah sentiasa

berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang

profesionnya. Kaunselor perlu mengemaskini kecekapan dan kemahiran tersebut dengan

latihan yang berterusan. Kebiasaannya kaunselor yang menghadapi masalah dalam membantu

kliennya untuk mencapai perkembangan kendiri ialah kaunselor tidak dapat menguasai

kemahiran dan pengetahuan yang diberikan dengan baik. Bagi menangani pemasalahan ini

kaunselor perlu sentiasa berfikiran positif dan sentiasa memperbaiki diri untuk membolehkan

kaunselor menjadi individu yang cekap dalam mengahadapi sebarang masalah yang timbul.

3

Page 4: Isu Sosio dalam kaunseling

Di samping itu, kaunselor juga perlu mampunyai pengetahuan tentang etika dimana

kaunselor bertanggungjawab memahami dan mematuhi Kod Etika Kaunselor Perkama serta

menggunakannya sebagai panduan dalam memberi perkhidmatan kaunseling. Kaunselor

hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawai dan identiti sebagai seorang

kaunselor dan keutuhan profesion kaunseling. Jika kaunselor sudah menunjukkan identiti

yang tidak baik terhadap kliennya maka suudah tentu klien hilang rasa kepercayaan dan

keyakinan terhadap kaunselor dalam membantu dirinya. Sebagai contoh kaunselor yang

melanggar etika kerahsiaan yang telah terbina antara kaunselor dengan klien. Melalui

pelanggaran etika ini, klien akan rasa berdendam dan tidak percaya terhadap kaunselor lagi.

Sebagai seorang kaunselor, mereka perlulah bijak dalam membuat keputusan sama ada kes

yang diutarakan oleh klien itu perlu dirahsiakan atau tidak. Kaunselor tidak boleh sewenang-

wenangnya menceritakan pemasalahan pelajar yang diceritakan di dalam sesi tanpa meminta

kebenaran atau memaklumkannya terhadap klien.

Selain itu, menurut Kod Etika Kaunselor PERKAMA (2008), dari aspek penyelian,

kaunselor hendaklah melalui proses penilaian dan penyeliaan serta dinilai tugas

kaunselingnya oleh penyelia profesional secara berterusan. Ini bermaksud dalam

mengamalkan kepakaran baru kaunselor perlu mendapat pendidikan, latihan dan penyeliaan

yang diiktiraf sebelum mengamalkan kepakaran tersebut. Jika kaunselor tidak melalui proses

ini maka kemahiran kaunselor dan pengetahuan kaunselor tidak dapat diperkembangkan.

Biasanya isu akan timbul apabila terdapatnya percampuran peranan antara supervisor dan

kaunselor. Ini bermaksud supervisor perlu sedar bahawa mereka tidak boleh menjalankan

terapi peribadi kepada kaunselor pelatih bagi mengelakkan daripada bias dalam pemberian

markah terhadap pelatih. Oleh itu penyelia lapangan yang betul-betul berkelayakan diperlukan

bagi membimbing kaunselor pelatih bagi meningkatkan keupaayaan bagi memberikan yang

terbaik kepada kaunselor.

Seterusnya, kaunselor juga perlu mempunyai pengetahuan terhadap pelbagai budaya

bagi meningkatkan kecekapan klien dalam menangani isu-isu yang membabitkan nilai dan

budaya klien yang ditanganinya. Sue-Sue (1990), telah menggariskan 3 demensi umum

kompetensi. Dimensi pertama ialah berkenaan kesedaran bahawa setiap individu mempunyai

nilai, bias, kepercayaan dan tanggapan mengenai manusia. Dimensi kedua ialah memahami

tanpa dipengaruhi sifat negatif terhadap world view dan pandangan klien dari berbagai

budaya. Dimensi yang terakhir ialah berkemahiran menggunakan dan memperkembangkan

4

Page 5: Isu Sosio dalam kaunseling

intervensi yang sesuai dengan klien berbagai budaya. Masalah akan wujud apabila 3 dimensi

ini tidak dikuasai oleh kaunselor dengan baik. Di mana kaunselor akan bersikap bias terhadap

klien, streotaip dan dikriminasi dalam sesi kaunseling dan tidak sensitif kepada

keindividualan klien. Hal ini seterusnya akan menyebabkan klien menarik diri atau resisten

dalam menjalankan perkhidmatan kaunseling dengan kaunselor.

Sehubungan dengan itu, ilmu pengetahuan yang luas perlu ditimba untuk menjadikan

kaunselor seorang yang berilmu, sentiasa belajar, proaktif, berfikiran positif, kreatif,

berwawasan jauh ke hadapan, berkebolehan sosial, mempunyai jati diri yang tinggi, sentiasa

bermotivasi dan senyum selalu bagi mengatasi isu-isu yang timbul dengan berfikiran terbuka

dan menyesuaikan diri kepada perubahan budaya, ekonomi, dan santifik serta

mengaplikasikan prosedur kaunseling secara meluas.

3.0 Isu-Isu Pelesenan Kaunselor.

Merujuk kepada perkhidmatan kaunseling di Malaysia, beberapa persoalan timbul yang boleh

dikaitkan dengan isu perlesenan dan kaunseling sebagai satu profesion. Jelas dalam usia

muda, prkhidmatan kaunseling di Malaysia masih belum memenuhi banyak lagi tuntutan-

tuntutan ke arah keprofesionalisme dan perlesenan. Abdul Halim Othman (1993),

menjelaskan salah satu perkara utama yang perlu dilakukan sekiranya perkhidmatan

kaunseling ingin dilaksanakan dengan jayanya ialah dengan sentiasa membuat penilaian dan

penyelidikan terhadap program-program penyediaan kaunselor. Isu-isu semasa yang berkaitan

dengan kaunselor dan pendidikan kaunselor perlu dibincangkan

Jika dilihat kepada isu masa kini, kebanyakan kaunselor yang terlatih adalah mereka

yang terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai lesen semasa menjalankan perkhidmatan

kaunseling semasa berada di sekolah. Namun begitu mereka tetap masih boleh mengamalkan

dan menjalankan perkhidmatan kaunseling di sekolah dengan mudah. Sedangkan berdasarkan

Kod Etika Kaunselor PERKAMA (2008), berkenaan pendaftaran dan sijil amalan ada

menyatakan bahawa semua kaunselor yang menjalankan sesi kaunseling mesti mendaftarkan

diri serta memperolehi sijil amalan dengan Lembaga Kaunselor Malaysia seperti mana yang

dikehendaki di bawah seksyen 26 dan 28 Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).

5

Page 6: Isu Sosio dalam kaunseling

Bukan itu sahaja, berdasarkan seksyen 22 Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) turut ada

menyatakan bahawa jika kaunselor itu tidak berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia,

maka tidak seorangpun boleh menggunakan gelaran “kaunselor berdaftar atau apa-apa gelaran

dalam apa-apa bahasa yang mungkin semunasabahnya ditafsirkan sebagai menunjukkan

bahawa dia seorang kaunselor berdaftar dan tiada seorangpun boleh atau mempamerkan apa-

apa tanda papan, kad atau reka bentuk lain yang menggambarkan atau menunjukkan bahawa

dia merupakan kaunselor berdaftar.

Namun begitu, akta ini bagaikan dianggap remeh oleh sesetengah kaunselor di sekolah

yang mengamalkan bidang perkhidmatan kaunseling. Hasil daripada tindakan ini maka

kaunselor yang sepatutnya tidak layak untuk menjalankan perkhidmatan kaunseling boleh

menjalankan perkhidmatan kaunseling. Sehubungan dengan itu maka banyaklah isu-isu yang

timbul yang telah mencemarkan maruah profesion kaunseling sebagai satu bidang yang suci

dan ikhlas dalam membantu menusia mencapai kemandirian kendiri untuk berkembang

dengan baik. Hal ini kerana mereka tiada pemahaman dan tiada kemahiran yang bersesuaian

untuk membantu para pelajar yang menghadapi masalah.

Negara amat memerlukan perkhidmatan kaunselor di sekolah bagi membantu

mendidik, mengawal dan membantu warga pentadbir dalam mendidik palajar menjadi seorang

insan yang bukan sahaja cemerlang dari segi aspek mental, fizikal, jasmani, dan emosi malah

turut cemerlang dari aspek rohani dan intelektual. Beberapa isu telah ditimbulkan hasil

daripada tindakan ini. Isu-isu tersebut ialah laporan yang mengatakan guru kaunseling yang

sering berkongsi masalah pelajar dengan orang lain dan melanggar kod etika kerahsiaan klien

(Berita Harian, 1997, 29 Mac), isu berkenaan guru agama yang mengaku kaunselor dan

merogol anak muridnya di Tampin (Berita Haria, 1997, Julai 10) dan kaunselor sekolah yang

dilantik tidak mempunyai kelayakan yang sewajarnya.

Perkara ini jelas menunjukkan bahawa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling masih

jauh perjalanannya dan amat memerlukan kejersama semua pihak untuk merialisasikan hasrat

Kementerian Pendidikan dalam mempertingkatkan perkhidmatan ini semaksima mungkin.

Oleh hal yang demikian maka isu perlesenan kaunselor perlu diatangani dengan baik oleh

kaunselor dan setiap kaunselor perlulah mendaftarkan dirinya sebagai seorang kaunselor

berdaftar dan mengiktiraf dirinya sebagai seorang kaunselor yang profesional yang mampu

menjalankan tanggungjawab yang diamanakannya dengan baik dan jujur.

6

Page 7: Isu Sosio dalam kaunseling

4.0 Tekanan Politik

Dalam memberikan perkhidmatannya, seorang kaunselor tidak terlepas berhadapan dengan

pelbagai tekanan dalam memberikan perkhidmatannya. Antara tekanan yang mungkin

dihadapi adalah tekanan politik yang mungkin datang dari pelbagai aspek sama ada pihak

atasan atau pengurusan, rakan sekerja , para pelajar mahupun individu luar.

Terdapat pelbagai kekangan dan batasan yang terpaksa dihadapi oleh kaunselor dalam

memberikan atau mengaplikasikan perkhidmatan kaunseling. Kaunselor yang berkhidmat di

setting persekolahan misalnya sering berhadapan dengan tekanan daripada pihak atasan dalam

melaksanakan tugas-tugas seperti menjalankan sesi kaunseling dan membuat program.

Terdapat segelintir pihak pentadbiran sekolah yang tidak memahami tugas kaunselor dan

sering menyangka kaunselor tidak membuat kerja. Untuk membetulkan keadaan ini, pihak

pentadbir biasanya akan menyerahkan tugas-tugas pentadbiran seperti menjadi setiausaha,

membuat laporan, mengisi rekod dan pelbagai lagi. Secara tidak langsung, kaunselor telah

dibebankan dengan tugas-tugas yang luar daripada bidangnya atas arahan pihak atasan. Hal

ini akan menyebabkan tugas kaunselor bertambah dua kali ganda, senarai tugas yang telah

ditetapkan kepada kaunselor dan juga kerja-kerja pentadbiran.

Selain dibebankan dengan tugas-tugas luar bidang, kaunselor juga kadangkala turut

menerima tekanan daripada pihak pentadbiran dalam melaksanakan perkhidmatan kaunseling.

Terdapat segelintir pihak pentadbiran sekolah yang tidak memberikan sokongan ketika

kaunselor ingin membuat program walaupun ternyata ianya memberikan faedah kepada para

pelajar. Alasan yang sering diberikan adalah sumber kewangan sekolah tidak mencukupi,

takwim sekolah telah penuh dengan aktiviti yang dirancang, program yang dijalankan tidak

semestinya berkesan dan pelbagai lagi. Keadaan ini telah menghalang kaunselor untuk

melaksanakan tugas hakikinya iaitu membantu pelajar di sekolah sama ada dari aspek

akademik ataupun pembangunan diri. Tanpa disedari, kurangnya bimbingan kepada pelajar

boleh memberi kesan terhadap prestasi akademik mereka dan meningkatnya masalah disiplin

di sekolah.

Tekanan juga datang daripada rakan sekerja yang tidak memberikan sokongan

terhadap tugas kaunselor. Di setting persekolahan, situasi yang sering terjadi adalah guru

biasa selalu memandang serong tugas seorang kaunselor. Hal ini tercetus disebabkan guru

biasa tidak mengetahui tugas-tugas kaunselor dan tidak memahami cara kaunselor bekerja dan

7

Page 8: Isu Sosio dalam kaunseling

kesan yang timbul kaunselor sering dituduh tidak buat kerja berbanding mereka. Persepsi ini

merenggangkan hubungan antara kaunselor dan juga rakan guru lain. Banyak aspek akan

terjejas terutamanya ketika memerlukan kerjasama dari guru lain untuk menjalankan program,

mereka mungkin enggan menghulurkan kerjasama dan akhirnya program tidak dapat

dijalankan.

Tambahan lagi, selain kekangan dalam menjalankan program, guru-curu

matapelajaran juga dilihat kurang memberikan kerjasama dalam membenarkan pelajar

menjalani sesi kaunseling. Terdapat sesetengah sekolah yang hanya mempunyai satu sesi dan

pelajar enggan pulang lewat atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, masa yang

sesuai untuk menjalankan sesi kaunseling adalah ketika pengajaran berlangsung. Guru mata

pelajaran kebiasaannya melarang pelajar mendapatkan khidmat kaunseling dan hal ini

menjadi kekangan kepada kaunselor dalam mengaplikasikan perkhidmatan kaunseling.

Selain berhadapan dengan tekanan dari guru mata pelajaran, rakan sesama profesion

juga kadang kala tidak bersefahaman. Perkara ini akan menimbulkan suasana kurang selesa

dalam bekerja. Secara tidak langsung, perbalahan mungkin berlaku dalam melaksanakan

perkhidmatan kerana percanggahan pendapat. Sikap tidak dapat menerima pandangan dan

pemikiran rakan sekerja kan memburukkan lagi situasi dan akhirnya perkhidmatan kaunseling

tidak dapat diaplikasikan. Fenomena ini tidak hanya berlaku dalam setting persekolahan

malah turut terjadi kepada kaunselor yang berkhidmat di setting lain. Proses menolong klien

tidak akan berjalan dengan lancar bila masalah ini timbul. Terdapat pelbagai faktor yang

mencetuskan situasi seperti ini antaranya adalah sikap kaunselor itu sendiri yang kurang

berfikiran terbuka, berlainan fahaman politik dan pelbagai lagi yang ternyata memberikan

kesan buruk kepada profesion kaunseling.

Dalam berhadapan dengan masyarakat pula, tekanan yang dihadapi oleh kaunselor

berkemungkinan berunsurkan politik. Situasi yang berlaku misalnya jika pihak atasan

kaunselor itu mempunyai fahaman politik tertentu, tidak mustahil arahan akan dikeluarkan

agar tidak berurusan dengan mereka yang berfahaman politik lain kepada orang bawahannya.

Sebagai seorang kaunselor, ternyata hal ini bercanggah dengan prinsip kaunseling sendiri

yang berkonsepkan membantu individu tanpa mengira status dan menerima klien tanpa syarat.

Hal ini akan menyebabkan kaunselor berasa tertekan kerana tidak dapat memberikan

perkhidmatan kepada anggota masyarakat yang memerlukan bantuan. Secara tidak langsung,

8

Page 9: Isu Sosio dalam kaunseling

kebebasan kaunselor untuk menjalankan tugas telah disekat atas satu alasan yang tidak

bertepatan dengan konsep kaunseling.

Tekanan-tekanan berunsurkan politik yang diterima oleh kaunselor dilihat lebih

banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Jika dilihat dalam setting

persekolahan, para pelajar yang akan menerima keburukannya. Pelajar yang bermasalah tidak

dapat dibantu dengan sewajarnya atas sebab-sebab yang kurang relevan. Manakala apabila

dilihat dalam konteks masyarakat pula, banyak golongan tidak mendapat faedah dari

perkhidmatan kaunseling hanya kerana mengikut kepentingan peribadi pihak tertentu sahaja.

Seharusnya setiap individu dari pelbagai lapisan masyarakat haruslah mempunyai fikiran

yang terbuka dalam segala aspek bagi mengelakkan terdapatnya golongan yang tertindas

dalam era serba maju kini.

5.0 Keberkesanan Perkhidmatan Kaunseling

Umum mengetahui atau pernah mendengar istilah kaunseling, tetapi hanya segelintir sahaja

yang benar-benar memahami apa itu kaunseling dan fungsi kaunseling itu. Masyarkat sering

menganggap perkhidmatan kaunseling ini adalah hanya untuk orang yang mempunyai

masalah berat, mendapat tunjuk ajar berkaitan perkara yang perlu dilakukan, menyelesaikan

masalah orang lain, tempat untuk bertanya masalah dan pelbagai lagi. Persepsi segelintir

masyarakat ini adalah kurang tepat kerana kaunseling bukanlah tempat untuk meluahkan

masalah dan mengharap kaunselor memberitahu perkara yang boleh dilakukan. Secara

keseluruhannya, kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik

berasaskan prinsip kaunseling yang dilakukan oleh kaunselor terlatih bagi menghasilkan

perubahan perasaan, pemikiran dan tingkah laku yang positif untuk perkembangan dan

penyesuaian peribadi klien, berlandaskan moral etika kaunseling.

Dalam melaksanakan proses menolong ini, terdapat pelbagai perkhidmatan kaunseling

yang ditawarkan oleh kaunselor kepada mereka yang memerlukan. Antaranya ialah

kaunseling individu dan kelompok, bimbingan dan penasihatan serta program-program yang

meliputi bidang-bidang seperti akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental,

keibu bapaan, pembangunan diri, dan juga pendidikan pencegahan dadah. Melihat kepada

bidang-bidang yang meliputi segala aspek termasuklah pembanguna diri individu dan

9

Page 10: Isu Sosio dalam kaunseling

masyarakat, khidmat kaunseling ternyata penting dan memberi kebaikan kepada segenap

lapisan masyarakat. Walaupun begitu, kaunselor haruslah memastikan perkhidmatan

kaunseling yang diberikan benar-benar berkesan dan mendatangkan faedah bukan sahaja

kepada klien malah kepada kaunselor sendiri.

Bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan itu berkesan, terdapat banyak aspek

yang perlu diambil kira oleh kaunselor. Antara aspek yang perlu diambil berat ialah

persediaan kaunselor itu sendiri dalam menawarkan sesuatu perkhidmatan kaunseling.

Persediaan kaunselor ini merujuk kepada latihan yang diterimanya untuk menjadi kaunselor

terlatih. Merujuk kepada Lembaga Kaunselor (2003), jumlah kredit yang perlu diambil bagi

mereka yang ingin menjadi kaunselor berdaftar ialah 120 jam bagi Ijazah Sarjana Muda, 48

jam bagi Diploma Pasca Ijazah dan 48 jam juga bagi Sarjana. Jumlah jam ini meliputi kursus

teras, praktikum, internship dan juga kursus elektif. Jumlah kredit yang telah ditetapkan ini

meliputi pelbagai aspek latihan kemahiran dalam kaunseling antaranya kemahiran

menjalankan sesi kaunseling individu dan kelompok, melaksanakan program, membuat atau

mengintepretasikan pengukuran dan penilaian alat-alat ujian psikologi dan lain-lain lagi.

Kaunselor yang dapat menguasai segala kemahiran ini dengan baik pasti akan dapat

memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada klien.

Keberkesanan perkhidmatan kaunseling ini agak sukar diukur kerana ianya bersifat

subjektif. Namun begitu, ianya bukanlah tidak dapat dilihat langsung keberkesanannya.

Dalam menjalankan sesi kaunseling, keberkesanan perkhidmatan kaunseling dapat dilihat

apabila klien mendapat celik akal berkaitan isu yang dihadapi dan mampu mencari jalan

penyelesaian dengan sendirinya. Hal ini disertakan dengan perubahan tingkah laku klien

daripada negatif kepada positif. Apabila hal ini berlaku, dapat dikatakan bahawa

perkhidmatan kaunseling yang diberikan benar-benar berkesan kerana memberikan kebaikan

kepada klien.

Selain kemahiran menjalankan sesi kaunseling, membuat program dan lain-lain lagi,

terdapat aspek lain yang perlu diambil kira iaitu etika sebagai seorang kaunselor. Etika ini

adalah kewajipan kaunselor untuk menjaga kerahsiaan klien, iaitu segala perkara yang

dikongsikan oleh klien, kaunselor tidak boleh memberitahu pihak lain sewenang-wenangnya

melainkan dalam keadaan yang dikecualikan. Etika ini dapat memupuk kepercayaan klien

kepada kaunselor dan dapat melancarkan lagi proses kaunseling dan perkhidmatan yang

berkesan dapat diberikan.

10

Page 11: Isu Sosio dalam kaunseling

6.0 Personal Bimbingan dan Kunseling

Semua guru yang yang mengambil bahagian atau terlibat sama melaksanakan program dan

aktiviti khidmat bimbingan dan kaunseling dianggap sebagai sumber. Personal terdiri

daripada guru bimbingan dan guru kaunseling, guru-guru yang menjadi jurulatih ataupun

penasihat aktiviti kokurikulum bimbingan dan kaunseling, penolong kanan hal-ehwal murid,

penolong kanak kokurikulum, guru-guru yang membantu menjayakan program dan aktiviti

bimbingan dan kaunseling dan mana-mana guru yang terlibat sama menyumbang tenaga dan

idea bagi menjayakan program atau aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Guru bimbingan dan kaunseling adalah personal utama yang menjadi sumber bagi

menggerakkan setiap program dan unit. Personal utama ini bertanggugjawab untuk mengurus,

merancang, melaksana, dan membuat penilaian pada perkhidmatan. Meraka adalah nadi

penggerak kewujudan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Penampatan bagi guru

bimbingan dan kaunseling adalah berdasarkan norma perjawatan dan sebaliknya bagi guru

kaunseling. Bagaimanapun kouta penempatan personal adalah mengikut retan jumlah

keseluruhan pelajar semasa de sesebuah sekolah.

6.1 Sumber Kewangan

Perlaksanaan program B&K tergendala kerana sumber kewangan yang terhad.

Kaunselor sering menghadapi masalah dimana banyak aktiviti-aktiviti yang tidak

dapat dilaksankan kerana masalah kewangan. Masalah lain yang timbul ialah

kaunselor juga kadangkala terpaksa menggunakan wang sendiri untuk program-

program yang dijalankan.

Bantuan per kapita sekolah (Per Capita Grant)

Kebanyakkan program dan aktiviti yang dijalankan oleh perkhidmatan bimbingan dan

kunseling memerlukan peruntukkan yang ditetapkan. Bagaimanapun, beberapa aktiviti

boleh dikendalikan sendiri oleh guru bimbingan dan kaunseling tanpa biaya atau

menggunakan perbelanjaan seperti melaksanakan khidmat bimbingan atau intervensi

kaunseling samada secara individu atau kelompok. Beberapa aktiviti rutin seperti

mebuat out-reach, menyediakan atau mengumpul bahan maklumat hanya memerlukan

peruntukkan perbelanjaan atau kos yang kecil sahaja.

11

Page 12: Isu Sosio dalam kaunseling

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui pusat tanggugjawab samada melalui

Jabatan Pelajaran Negarai ataupun jabatan-jabatan di kementerian pelajaran yang

menyalurkan bantuan Per Kapita (PCG) pada sekolah bagi menggerakkan aktiviti

sekolah yang memerlukan peruntukan kewangan ataupun bagi tujuan perolehan

ataupun pembelian harta modal.

Jenis Bantuan 100 murid dan

kebawah

101-500 murid 501-1000

murid

1001 murid

dank e atas

Bimbingan dan

Kaunseling

RM 500 RM500 +

RM4.50

seorang murid

RM 2300 +

4.00 sorang

murid

RM 4300 +

RM 3.50

seorang murid

Bantuan Per Kapita Bimbingan dan Kunseling Sekolah Rendah

Jenis Bantuan 100 murid dan

kebawah

101-500 murid 501-1000

murid

1001 murid

dank e atas

Bimbingan dan

Kunseling

RM 600 RM 600 +

RM5.50

seorang murid

RM 2800 +

RM 5.00

seorang murid

RM 5300 +

RM4.50

seorang murid

Bantuan Per Kapita Bimbingan dan Kunseling Sekolah Menegah

Wang Peruntukan Kerajaan

Setiap tahun Kementerian Pelajaran Malaysia memperuntukkan sejumlah wang yang

tidak ditetapkan jumlahnya bagi diperuntukkan untuk pusat tanggugjawab.

Kemudiannya ia akan dipeuntukkan ke sekolah rendah dan sekolah menengah

dibawah pusat tanggungjawab masing-masing bagi membant pihak pengurusan

sekolah menjalankan aktiviti berkaitan kokurikulum, motivasi dan sukan. Bagi

sesetengah Jabatan Pelajaran Negeri peruntukan itu biasanya diagihkan mengikut

kadar:

Kokurikulum 30 peratus

Motivasi Pelajar 30 peratus

12

Page 13: Isu Sosio dalam kaunseling

Sukan 40 peratus

Peruntukan bagi menjalankan aktiviti berkaitan motivasi pelajar lazimnya diserahkan

pada unit bimbingan dan kaunseling . Peruntukan digunakan bagi menampung

pelbagai kos atau pembiayaan yang melibatkan sewa tempat penginapan,

pengangkutan, makan dan minum peserta, bahan dan peralatan serta saguhati atau

bayaran khidmat penceramah.

Sumber Kewangan Lain

Kadang kala terdapat banyak keperluan yang mendesak menyebabkan program atau

aktiviti bimbingan dna kaunseling perlu ditambah secara ad hoc bagi menampung

keperluan itu. Sekiranya keadaan demikian berlaku, peruntukan sedia ada yang

mungkin tidak dapat menampung tambahan pada perbelanjaan mengurus. Guru

kaunseling, guru bimbingan, pengetua atau guru besar perlu mengambil inisiatif bagi

mendapatkan sumbangan atau bantuan kewangan dari sumber wang SUWA (apabila

dibenarkan) atau sumbangan dari pihak yang lain. Bantuan pihak lain biasanya diberi

dalam bentuk derma atau penajaan. Pembiaya atau penyumbang mungkin terdiri

daripada Persatuan Ibu bapa dan Guru, persatuan bekas pelajar, wakil rakyat, badan-

badan bukan kerajaan atau orang perseorangan. Guru bimbingan dan kunseling

sekolah diminta oleh pihak pengurusan sekolah bagi menyediakan laporan aktiviti dan

laporan perbelanjaan bagi ditunjukkan kepada penderma atau pembiaya sekiranya

diminta oleh mereka.

Sumber Sokongan

Di luar kawasan sekolah terdapat pelbagai sumber yang boleh diperoleh bagi

membantu menjayakan aktiviti bimbingan dan kaunseling. Ia mungkin terdiri daripada

agensi kerajaan, agensi swasta, badan-badan siasah atau politik, badan-badan sukarela

dan bukan kerajaan. Agensi pendidikan awam dan swasta seperti institusi latihan

iktisas, yayasan atau badan perundingan yang ditetapkan boleh juga memberi

sumbangan dari aspek maklumat ataupun kewangan. Kerjasama mereka ini

diperlukan terutama bagi menyediakan maklumat terkini dalam bentuk bahan bercetak

seperti pamphlet, risalah, buletin dan sebagainya atau dijemput ke sekolah

menyampaikan penerangan melalui taklimat atau ceramah

13

Page 14: Isu Sosio dalam kaunseling

7.0 Refleksi

Secara amnya, refleksi daripada tugasan ini adalah bahawa perkhidmatan kaunseling yang

dijalankan mestilah berdasarkan prinsip-prinsip yang betul dan memerlukan kemahiran-

kemahiran tertentu sebagai proses yang dilaksanakan dalam setiap sesinya. Langkah-langkah

yang bijak dan sistematik peril dipertimbangkan secara professional dalam mengendalikan

sesuatau kes yang dibawa oleh klien demi menjamin keberkesanannya. Untuk menjadi

seorang kaunselor yang berjaya bukannya mudah kerana ia memerlukan kemahiran-

kemahiran yang tertentu. Kunselor harus memahami segala kemahiran yang dipelajari dan

tahu mengaplikikasikan ke atas klien pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai. Sekiranya

kemahiran yang diaplikasikan tidak sesuai digunakan, maka ia mempengaruhi proses

kaunseling menyukarkan menyelesaikan masalah dank lien kehilangan keyakinan dan

kepercayaan terhadap kaunselor.

Selain itu, seorang kaunselor yang berjaya juga harus mempunyai personality dan

penampilan diri yang baik. Hal ini kerana perhubungan kaunseling tidak dapat dipisahkan

daripada cirri-ciri personality kaunselor. Contoh personality kaunselor yang baik ialah mesra,

jujur, menerima tanpa syarat dan berempati. Sifat mesra dan jujur kaunselor akan dirasakan

oleh klien apabila berinteraksi dengan klien. Kaunselor juga harus berpandagan terbuka atau

mengelakkan diri daripada berpandangan yang negative atau serong terhadap klien. Kaunselor

harus berkebolehan memasuki ruang rujuk klien atau dunia klien dan membenarkan dirinya

mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien sambil memahami dan

menghayati permasalahan klien. Jika kaunselor merasakan tidak berupaya megendalikan

sesuatu kes, kaunselor hendaklah menyatakan secara jujur dan bersedia untuk merujuk klien

kepada pihak lain.

Kaunselor perlu mengingati bahawa matlamat klien adalah lebih penting. Dalam

proses bantuan yang diberikan, kaunselor haruslah mempamerkan air muka, bahasa badan

yang betul agar klien benar-benar yakin dengan kaunselor tersebut yang kaunselor benar-

benar ingin mendengar dan membantunya menyelesaikan masalah. Sekiranya pekara ini

wujud, ia akan memudahkan kaunselor untuk megendalikan bantuan. Di samping itu,

kemahiran lisan dan bukan lisan juga harus digunakan mengikut situasi agar keadaan

terapeutik terbentuk. Kaunselor juga harus pandai mengawal keadaan. Kaunselor harus pandai

14

Page 15: Isu Sosio dalam kaunseling

megawal proses bantuan agar tidak terkeluar dari tajuk perbincangan dan kaunselor faham

dengan jelas masalah yang ingin dikongsi oleh klien.

Jesteru, dalam menangani isu-isu sosio-budaya dan profesionalsisme, kaunselor harus

mematuhi etika-etika yang telah ditetapkan selain mempraktikkan kemahiran-kemahiran yang

perlu diikuti dalam sesi. Hal ini karana, etika kerahsiaan amat penting dalam sesi kaunseling

kerana ia melibatkan maruah dan perjanjian dengan klien. Kaunselor harus jujur dan amanah

dengan tanggugjawab yang dipikul sebagai pemegang amanah. Oleh itu, untuk menjadi

kaunselor yang benar-benar mantap, kesungguhan, disiplin diri dan minat adalah penjana ke

arahnya. Jesteru, tidak ada yang mustahil dalam hidup ini sekiranya kemahuan itu diiringi

dengan usaha dan kecekalan. Maka, kaunselor harus sentiasa mempraktikkan kemahiran dan

teori yang dipelajari dalam kehidupan seharian.

8.0 Rumusan

Halangan-halangan yang wujud dalam kaunseling adalah suatu cabaran bagi bidang

kaunseling dan juga diri kaunselor untuk menghadapinya. Pelbagai kaedah boleh digunakan

bagi mengatasi fenomena yang wujud dalam kaunseling ini. Sebagai kaunselor yang

professional, peranan dan tanggungjawab diri yang perlu dipikul supaya dapat meningkatkan

mutu dan kualiti profesion kaunselor. Memang sukar hendak menangani kesemuanya masalah

pada satu masa yang sama, tetapi kaunselor perlu sentiasa bersedia menghadapinya dengan

sebaik mungkin.

Dalam dunia globalisasi ini, perkhidmatan kaunseling semakin penting dan mencabar,

manusia tentu sekali akan berhadapan dengan pelbagai permasalahan. Maka, permasalahan

klien adalah cabaran buat kaunselor kerana setiap individu akan berhadapan dengan masalah

yang berlainan. Oleh yang demikian, profesion kaunseling menjadi semakin penting dan harus

diutamakan bagi membantu individu yang menghadapi permasalahan dan tekanan dalam

kehidupan seharian. Manusia memerlukan bantuan orang lain kerana manusia merupakan

makhluk social.

Tujuan terakhir supaya klien bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya

sehingga menjadi individu yang berfungsi sepenuhnya tidak mungkin dapat dicapai dalam

masa yang singkat. Ia merupakan tujuan hidup setiap insan yang inginkan kesejahteraan hidup

15

Page 16: Isu Sosio dalam kaunseling

di dunia. Walaubagaimana pun tidaklah dapat dinafikan bahawa setiap klien dan kaunselor

mempunyai tujuan-tujuan jangka pendek yang lebih khusus yang ingin dicapai dalam masa

yang singkat.

Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dan situasi

yang menimbulkan masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana, mengapa dan kenapa,

supaya dapat diterima hakikat yang sebenar dan dapat dibina tujuan-tujuan hidup yang lebih

realistik dan lebih bermakna. Jika dilihat dari segi ini, tujuan juga merupakan suatu proses

yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di dunia ini yang penuh dengan cabaran dan

ketidakpastian. Masalah individu yang berhubung dengan kerunsingan, psikologi, peribadi

dan ketidaksejahteraan, kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu itu sendiri kerana

tidak memahami diri dan situasi serta tidak mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik

terhadap hidup. Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah

tujuan hidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan dan

seumpamanya sepatutnya diberi perhatian yang wajar.

Diharapkan klien dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalaman

dalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, klien belajar tetapi

kaunselor tidak mengajar. Fungsi kaunselor adalah sebagai ‘pemandu’ yang pada mulanya

diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani klien dalam perjalanannya, memahami diri

dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi

dan peranan kaunselor tercapai dengan sempurnanya. Semakin berkurangan sehingga sampai

klien tidak lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri

tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.

16

Page 17: Isu Sosio dalam kaunseling

Bibliografi

Abdul Halim Mohd Hussein et al. (2008). Kod Etika Kaunselor Persatuan kaunseling

Malaysia. SPADA Universiti Sains Islam Malaysia, Kuala lumpur.

Abdul Halim Othman & Sharifah Bee Aboo Bakar (1993). Guidance, Counseling and

Counselor: Education Supervision. 54-59.

American Counseling Association (2005). ACA code of Ethics. http://www.counseling.org.

American Psychological Association (2010). Ethical Principles of Psychologists and Code of

Conduct.

American Scholl Counselor Association(2010). Ethical Standards for School Counselor.

Berita Harian 1997, 29 Mac.

Berita Harian 1997, 10 Julai.

Lembaga Penyelidikan Undang-undang (2009). Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan

peraturan-peraturan & Counselor Act 1998 (Act 580) and Regulations. International

Law Book Services, Petaling Jaya.

Malek Muhamat Said. 2007. Mengurus Khidmat Bimbingan & Kunseling Sekolah. Kuala

Lumpur.

Pederson. P & Carey. J. C (1993). Multicultural Counseling in Schools: A Practical

Handbook. Pacific Grove CA, Boston.

Sue. D.W & Sue. D (1999). Counseling the Culturally Different: Theory and Practise. 3rd

edition. John Wiley & Son Inc, New York.

17