program akrab pahang september 2019 · sedia ada,selain itu, kursus ini membantu ahli akrab...

2
KURSUS PASCA PEMBANGUNAN AKRAB BAGI RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB) PENTADBIRAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG TAHUN 2019 TEMERLOH, 13 September 2019, Unit Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang telah menganjurkan satu Kursus Pasca Pembangunan Akrab Bagi Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) untuk tahun 2019. Program ini telah diadakan di Hotel Sri Malaysia, Temerloh, Pahang. Seramai 43 orang ahli AKRAB dari pelbagai Jabatan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang mengikuti kursus tersebut sepanjang 3 hari berlangsung. . Tujuan kursus ini adalah untuk membina hubungan di antara ahli AKRAB lantikan 2011 sehingga 2019 sebagai landasan utama dalam pembangunan ahli AKRAB SUK Pahang sedia ada,Selain itu, kursus ini membantu ahli AKRAB mempertingkatkan kemahiran- kemahiran asas kaunseling, membincang isu-isu dan peranan sebagai ahli AKRAB di jabatan masing-masing serta menambahbaik ilmu bimbingan dan kaunseling kepada ahli AKRAB agar dapat melaksanakan sesi bimbingan dengan lebih berkualiti. Mohd Yusnoruddin bin Mohd Yuznah dari Pejabat SUK Terengganu merupakan Fasilitator jemputan untuk Kursus kali ini. Manakala urusetia pula di ketuai oleh Puan Noor Shamsiah bt Hussin Penolong Setiausaha Kanan dari Unit Psikologi, BPSM, dan dibantu oleh 4 orang lagi pegawai. Kursus Pasca Pembangunan AKRAB Tahun 2019 telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Sri Malaysia, Temerloh dan mendapat sambutan dan komitmen daripada ahli AKRAB SUK Pahang. Adalah diharapkan kursus ini dapat membantu Ahli AKRAB dalam mempertingkatkan kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan dapat memberikan sesi bimbingan yang berkualiti.

Upload: others

Post on 30-Jan-2020

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KURSUS PASCA PEMBANGUNAN AKRAB BAGI RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB)

PENTADBIRAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG TAHUN 2019

TEMERLOH, 13 September 2019, Unit Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang telah menganjurkan satu Kursus Pasca Pembangunan Akrab Bagi Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) untuk tahun 2019. Program ini telah diadakan di Hotel Sri Malaysia, Temerloh, Pahang. Seramai 43 orang ahli AKRAB dari pelbagai Jabatan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang mengikuti kursus tersebut sepanjang 3 hari berlangsung. .

Tujuan kursus ini adalah untuk membina hubungan di antara ahli AKRAB lantikan 2011 sehingga 2019 sebagai landasan utama dalam pembangunan ahli AKRAB SUK Pahang sedia ada,Selain itu, kursus ini membantu ahli AKRAB mempertingkatkan kemahiran-kemahiran asas kaunseling, membincang isu-isu dan peranan sebagai ahli AKRAB di jabatan masing-masing serta menambahbaik ilmu bimbingan dan kaunseling kepada ahli AKRAB agar dapat melaksanakan sesi bimbingan dengan lebih berkualiti.

Mohd Yusnoruddin bin Mohd Yuznah dari Pejabat SUK Terengganu merupakan Fasilitator jemputan untuk Kursus kali ini. Manakala urusetia pula di ketuai oleh Puan Noor Shamsiah bt Hussin Penolong Setiausaha Kanan dari Unit Psikologi, BPSM, dan dibantu oleh 4 orang lagi pegawai. Kursus Pasca Pembangunan AKRAB Tahun 2019 telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Sri Malaysia, Temerloh dan mendapat sambutan dan komitmen daripada ahli AKRAB SUK Pahang.

Adalah diharapkan kursus ini dapat membantu Ahli AKRAB dalam mempertingkatkan kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan dapat memberikan sesi bimbingan yang berkualiti.