khidmat masyarakat!! 2553 orang kaunseling 2015 kaunseling isu... · 28/3/15 motivasi belajar sk la...

2
Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355443498 Faks : 0355443493 2015 Minda Kaunseling BIL 4 (MEI) Fakta Menarik Mengenai Aktiviti Khidmat Masyarakat!! #Jumlah Pelajar Luar Yang Terlibat : 2553 Orang #Jumlah Staf UiTM Yang Terlibat : 135 Orang #Jumlah Pelajar UiTM Yang Terlibat : 11 Orang Pusat Kerjaya dan Kaunseling UiTM Shah Alam dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang Klang, Selangor dengan dibantu oleh Badan PEER Kaunselor (PEERs) telah menganjurkan program Program 1 Hari 1 kampus 1 Sekolah yang bertempat di Bilik Seminar PTAR 2. Program yang berlangsung sela- ma sehari ini diisi dengan slot-slot seperti ceramah motivasi oleh kaunselor dari Pusat Kerjaya dan Kaunseling UiTM Shah Alam dan pengisian modul serta aktiviti dalam kumpulan yang akan dibimbing oleh fasilitator yang terdiri daripada kaunselor dan ahli PEERs. Program ini melibatkan 80 orang pelajar sekolah. Syabas dan Tahniah !!! AKTIVITI-AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT DAN KONSULTASI (JAN—MEI 2015) PROGRAM 1 HARI 1 KAMPUS 1 SEKOLAH Tarikh Lawatan, Program motivasi, Pameran pendidikan, Ceramah motivasi/keibubapaan/pendidikan Tempat 8-9/1/15 Misi Sukarelawan Banjir Manek Urai Kelantan 15/1/15 Motivasi Belajar & Taklimat Kemasukan Ke UiTM Dewan Utama SMK Persint 11 (1) Putrajaya 6-8/2/15 Misi Sukarelawan Banjir Siri 2 Kelantan 24/2/15 Motivasi & Pengurusan Stress Maktab Polis, K.Kubu Baru 14-15/3/15 Ekspo Selangkah Ke UiTM DATC 20/3/15 Lawatan Sekolah SMK Sultan Badlishah, Baling Kedah Galeri TAR, UiTM Shah Alam 28/3/15 Motivasi Belajar SK La Salle, Sentul, K.Lumpur 31/3/15 Pameran Kaunseling & Kerjaya SMK Shahbandaraya 8/4/15 Motivasi Belajar & Taklimat Kemasukan Ke UiTM PKK dan Galeri TAR Shah Alam 8/4/15 Motivasi Belajar – SMK Sungai Kapar Indah, Klang Dewan Seminar , BHEA Menara SAAS 9/4/15 Lawatan & Pameran Pendidikan dan Kerjaya SMK Agama Maahad Hamidiah, Kajang 19/5/15 Lawatan dan Slot Motivasi Sek Ren. Keb. La Salle Sentul K.Lumpur 23/5/15 Program 1 Hari 1 Kampus 1 Sekolah PTAR 2, UiTM Shah Alam

Upload: ngokhanh

Post on 31-Mar-2019

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Khidmat Masyarakat!! 2553 Orang Kaunseling 2015 Kaunseling Isu... · 28/3/15 Motivasi Belajar SK La Salle, Sentul, K.Lumpur ... Kapar Indah, Klang Dewan Seminar , BHEA Menara SAAS

Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355443498 Faks : 0355443493

2015

Minda Kaunseling

BIL 4 (MEI) Fakta Menarik Mengenai Aktiviti

Khidmat Masyarakat!!

#Jumlah Pelajar Luar Yang Terlibat :

2553 Orang

#Jumlah Staf UiTM Yang Terlibat :

135 Orang

#Jumlah Pelajar UiTM Yang Terlibat :

11 Orang

Pusat Kerjaya dan Kaunseling UiTM Shah Alam dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau

Panjang Klang, Selangor dengan dibantu oleh Badan PEER Kaunselor (PEERs) telah menganjurkan program Program 1 Hari 1 kampus 1 Sekolah yang bertempat di Bilik Seminar PTAR 2. Program yang berlangsung sela-ma sehari ini diisi dengan slot-slot seperti ceramah motivasi oleh kaunselor dari Pusat Kerjaya dan Kaunseling UiTM Shah Alam dan pengisian modul serta aktiviti dalam kumpulan yang akan dibimbing oleh fasilitator yang terdiri daripada kaunselor dan ahli PEERs. Program ini melibatkan 80 orang pelajar sekolah.

Syabas dan Tahniah !!!

AKTIVITI-AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT DAN KONSULTASI

(JAN—MEI 2015)

PROGRAM 1 HARI 1 KAMPUS 1 SEKOLAH

Tarikh Lawatan, Program motivasi,

Pameran pendidikan, Ceramah

motivasi/keibubapaan/pendidikan

Tempat

8-9/1/15 Misi Sukarelawan Banjir Manek Urai Kelantan

15/1/15 Motivasi Belajar & Taklimat

Kemasukan Ke UiTM

Dewan Utama SMK Persint

11 (1) Putrajaya

6-8/2/15 Misi Sukarelawan Banjir Siri 2 Kelantan

24/2/15 Motivasi & Pengurusan Stress Maktab Polis, K.Kubu Baru

14-15/3/15 Ekspo Selangkah Ke UiTM DATC

20/3/15 Lawatan Sekolah SMK Sultan

Badlishah, Baling Kedah

Galeri TAR, UiTM Shah

Alam

28/3/15 Motivasi Belajar SK La Salle, Sentul,

K.Lumpur

31/3/15 Pameran Kaunseling & Kerjaya SMK Shahbandaraya

8/4/15 Motivasi Belajar & Taklimat

Kemasukan Ke UiTM

PKK dan Galeri TAR Shah

Alam

8/4/15 Motivasi Belajar – SMK Sungai

Kapar Indah, Klang

Dewan Seminar , BHEA

Menara SAAS

9/4/15 Lawatan & Pameran Pendidikan dan

Kerjaya

SMK Agama Maahad

Hamidiah, Kajang

19/5/15 Lawatan dan Slot Motivasi Sek Ren. Keb. La Salle Sentul

K.Lumpur

23/5/15 Program 1 Hari 1 Kampus 1 Sekolah PTAR 2, UiTM Shah Alam

Page 2: Khidmat Masyarakat!! 2553 Orang Kaunseling 2015 Kaunseling Isu... · 28/3/15 Motivasi Belajar SK La Salle, Sentul, K.Lumpur ... Kapar Indah, Klang Dewan Seminar , BHEA Menara SAAS

Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355443498 Faks : 0355443493

Pernah anda lupa atau kehilangan sesuatu? Contohnya lupa di mana

kunci kereta diletakkan,lupa tarikh lahir orang yang terdekat dengan

anda ataupun lupa tentang pelajaran sekalipun nota telah dihafal

semasa peperiksaan? Sebagai contoh, jika anda ditanya tentang

subjek yang anda belajar pada 30 hari hari yang lepas, anda

mungkin tidak tahu atau tidak ingat. Tetapi jika anda ditanya tentang subjek yang anda belajar pada hari ini anda

mungkin dapat mengingatnya dengan lebih baik. Terdapat juga mereka yang memerlukan masa untuk mengingati

sesuatu dan tahu bahawa mereka mengetahui informasi tetapi tidak dapat mengingatinya dengan kadar yang segera.

Menurut Wegner et al. (1998) mendapati bahawa persoalan asas pada daya ingatan manusia ialah mengapakah manusia

mengingati sebahagian pengalaman dan melupakan sebahagianya. Mengikut Rudgers University (2005) menyatakan

bahawa lupa ialah satu terma yang digunakan bagi merujuk kepada kehilangan bagi ingatan. Ianya selalu dikaitkan

dengan pereputan dan penghapusan maklumat dalam ingatan jangka pendek (Short Term Memory. Namun lupa juga

merujuk kepada kehilangan maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang (Long Term Memory). Ini jelas

menunjukkan bahawa lupa bukan hanya berlaku pada ingatan jangka pendek malahan ianya juga memberi kesan

kepada ingatan jangka panjang.

Terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan berlakunya lupa di dalam diri kita. Faktor gangguan dimaksudkan

sebagai membaca perkara-perkara selepas membaca buku pelajaran menyebabkan hal-hal berkenaan peperiksaan akan

hilang dari ingatan. Faktor hilang tumpuan dimaksudkan sebagai membaca tanpa perhatian yang sepenuhnya

menyebabkan ianya tidak akan diingati dalam tempoh masa yang lama manakala faktor masa pula dimaksudkan

sebagai tempoh masa yang panjang menyebabkan anda akan lupa dengan apa yang telah dipelajari.

Bagi mengatasi masalah ini, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh seseorang yang pelupa dalam

mengurangkan masalah lupa. Antaranya ialah membina motivasi diri, membuat latihan dalam kemahiran ingatan,

yakin dengan ingatan yang dimiliki, mengurangkan gangguan, memberikan tumpuan, membuat hubung kait antara

bahan baru dengan maklumat yang sedia ada dalam ingatan jangka panjang, menggunakan imaginasi mental, capaian

pada isyarat, bergantung kepada perkara lain selain ingatan dan menguruskan masa dengan lebih baik dan efektif.

Kesimpulannya, ingatan manusia merupakan anugerah dari yang Maha Kuasa dan ianya boleh dilatih untuk menjadi

lebih baik dari semasa ke semasa dengan menggunakan pelbagai kaedah. Latihan yang kerap dan berulang-ulang dapat

memberikan kesan yang positif untuk mengatasi lupa terutamanya kepada para pelajar. Namun cara berfikir yang

postif serta gaya hidup yang sihat turut mempengaruhi seseorang itu untuk mengatasi penyakit lupa. Oleh itu kita

hendaklah sentiasa berfikir secara positif dan aktif agar setiap yang diinginkan akan tercapai.

Rosdi Ali

Pegawai Psikologi

Pusat Kerjaya & Kaunseling

Bahagian HEP, UiTM Shah Alam

Rujukan

Ainon Mohd (2003). Panduan Menggunakan Teori Motivasi di Tempat Kerja. Selangor. PTS Publications and Publishing.

Baharom Mohamad & Iliyas Hashim (2010). Ingat, Lupa, Sedar & Gangguan Psikologi. Selangor. PTS Publications and

Publishing.

Mahmood Nazar Mohamed (1990. Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia.

Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pusataka

“ANDA PELUPA?”

Untuk Maklumat Terkini, Sila

Layari Laman Web Kami :

www.jobshop.uitm.edu.my

Atau Kami di

www.facebook.com/PKKUiTM