isu pengajaran-pembelajaran geografi dan amalan refleksi kendiri

14

Click here to load reader

Upload: duongnga

Post on 31-Dec-2016

238 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: isu pengajaran-pembelajaran geografi dan amalan refleksi kendiri

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

157

ISU PENGAJARAN-PEMBELAJARAN GEOGRAFI DAN AMALAN REFLEKSI KENDIRI

DALAM KALANGAN GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Chuah Boon Keat Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun

Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Wan Rozali Wan Hussin & Joseph Anjuman Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh

Universiti Sains Malaysia ([email protected])

ABSTRAK

Isu pengajaran dan pembelajaran geografi di sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan salah satu isu utama dalam bidang pendidikan geografi sejak dahulu hingga kini. Lebih-lebih lagi dengan kemajuan sains dan teknologi, bidang ilmu geografi terus berkembang maju seiring dengan keperluan manusia sejagat. Namun di Malaysia, keadaan telah mengubah peranannya sejak dijadikan mata pelajaran elektif sepenuhnya pada tahun 1993. Sejak itu Mata Pelajaran Geografi semakin terpinggir dan telah membawa kesan ke peringkat institusi pengajian tinggi. Pelbagai langkah telah dan sedang diambil oleh pengamal bidang pendidikan geografi melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar. Antaranya melalui kaedah refleksi kendiri untuk mengukur tahap keberkesanan dan mengatasi isu pengajaran dan pembelajaran geografi. Kaedah ini antaranya dijadikan penyelidikan untuk mengkaji perhubungan antara penggunaan borang matriks SWOT dengan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Seramai 270 guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Zon Utara terlibat dalam kajian ini semasa praktikum. Sebanyak 20 soalan perlu dijawab menggunakan Skala Likert 4 poin yang telah diubahsuai daripada skala yang diguna pakai di Jerman oleh Matthias Jerusalem dan Ralf Schwarzer. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan ANOVA satu hala dan Korelasi Pearson (r) melalui “Statistic Package For Social Science” – SPSS Windows Version 19.0. Diharapkan penyelidikan ini dapat membantu dalam meningkatkan keberkesanan kendiri (“self efficiency”) guru pelatih dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak hanya bergantung kepada perolehan ilmu semata-mata semasa berada di Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Kata Kunci: Amalan Refleksi Kendiri; Guru Pelatih; Praktikum; SWOT; Pengajaran dan Pembelajaran Geografi.

Page 2: isu pengajaran-pembelajaran geografi dan amalan refleksi kendiri

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

158

PENDAHULUAN Pengurusan bilik darjah yang melibatkan isu-isu pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pendidikan. Bilik darjah merupakan seumpama sebuah organisasi. Menurut Hofstede (1980), organisasi didefinisikan sebagai suatu pengumpulan individu yang teratur yang bekerja secara saling bergantung dalam suatu sistem yang berstruktur, teratur dan terbuka untuk mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. Kedua-dua pihak iaitu para guru dan pelajar berusaha gigih untuk mencapai matlamat yang sama iaitu perolehan hasil pembelajaran yang berkesan dan kedua-dua pihak saling bergantungan antara satu sama lain untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran seperti yang telah ditetapkan. KONSEP EFIKASI KENDIRI Menurut Richards (1990) efikasi kendiri umum seseorang pendidik melibatkan tiga aspek utama iaitu:

1. Bakat (Talent) :

Corak pemikiran, perasaan atau perangai yang berulang secara semulajadi.

2. Pengetahuan (Knowledge) :

Dua jenis pengetahuan iaitu pengetahuan fakta (diperoleh menerusi isi kandungan dan latihan tatabahasa) dan pengetahuan pengalaman (diperoleh menerusi pengetahuan dan pengajian amali)

3. Kemahiran (Skill) :

Turutan langkah-langkah untuk sesuatu aktiviti yang khusus. Pengaplikasian konsep ini amat penting dalam kalangan bakal guru khususnya semasa menjalani praktikum di sekolah-sekolah. Praktikum atau latihan mengajar seorang guru pelatih tertumpu kepada penataran dari segi pengetahuan dan kemahiran. Dengan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang melibatkan antaranya faktor pembolehubah, maka kekuatan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan. Sehubungan ini program latihan mengajar perlu dilihat sebagai satu kontinum yang bermula sebaik sahaja guru pelatih mengikuti kursus di maktab perguruan yang melibatkan dua komponen utama iaitu:

Kekuatan = Bakat + Pengetahuan + Kemahiran

Page 3: isu pengajaran-pembelajaran geografi dan amalan refleksi kendiri

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

159

1. Pra-praktikum yang merangkumi pengajaran makro/mikro sebagai persediaan bagi guru pelatih sebelum menjalani praktikum.

2. Praktikum ialah pengajaran dan pengalaman praktik di dalam dan di luar bilik darjah.

Latihan ini bertepatan dengan Misi Bahagian Pendidikan Guru untuk melaksanakan sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia bagi memastikan guru-guru sentiasa berketrampilan dalam memenuhi aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk memenuhi tuntutan ini, Bahagian Pendidikan Guru telah merancang dan melaksanakan pelbagai program dan kursus dalam perkhidmatan dan pra-perkhidmatan. Antara program yang dikendalikan untuk kursus pra-perkhidmatan adalah Program Praktikum. Misi ini kini telah diletakkan di atas bahu Institut Pendidikan Guru Malaysia secara langsung mulai tahun 2011. Program Praktikum merupakan satu komponen penting dalam latihan perguruan. Mengikut Abdul Raof dan T. Subahan (1991), melalui praktikum (latihan mengajar), guru pelatih akan dapat menunjukkan dan mengamalkan tingkah laku-tingkah laku yang diinginkan untuk mengajar secara berkesan serta cuba menggunakan segala teori yang telah didedahkan kepada mereka. Pushkin (2001) menyatakan bahawa program praktikum mempunyai banyak potensi dan ciri yang positif dalam latihan perguruan. Antara lain, program praktikum memberi peluang kepada guru pelatih mengalami dan mempelajari dunia keguruan. Kepentingan praktikum khususnya untuk guru-guru permulaan mendapat sokongan daripada pelbagai pengkaji dan pendidik yang lain seperti Brown dan Lancaster (2004) dan Kane (2003). Program Praktikum telah dijalankan pada setiap tahun sejak bermulanya latihan perguruan. Setakat ini, usaha memantau keberkesanan program praktikum untuk setiap pengambilan dijalankan setiap tahun oleh Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru masing-masing. Akan tetapi, pemantauan tersebut tidak menilai keberkesanan guru-guru praperkhidmatan apabila mereka bertugas secara rasmi di sekolah-sekolah selepas tamat perkhidmatan. Lantaran itu, keberkesanan guru-guru praperkhidmatan amat diragui walaupun Jabatan Penyelidikan dan Inovasi bagi setiap Institut Pendidikan Guru melakukan kajian susulan tentang penilaian guru besar terhadap guru-guru pelatih selepas 6 bulan petempatan guru-guru pelatih di sekolah. Terdapat kajian-kajian yang dijalankan oleh pensyarah dan pelbagai pihak yang lain tetapi bagaimana kita boleh mengetahui sama ada guru-guru pelatih yang terlibat mampu menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mereka tanpa bimbingan pensyarah pembimbing dan guru-guru pembimbing semasa Praktikum sebelumnya. Walaupun guru-guru pelatih diwajibkan menulis jurnal refleksi semasa menjalani Praktikum, tetapi jurnal ini terlalu umum dan tidak menampakkan kekuatan dan kelemahan kendiri. Persoalan berkisar atas kemampuan mereka menilai secara kendiri keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mereka sendiri tanpa bimbingan para pensyarah dan guru pembimbing. Seseorang guru harus mempunyai kemampuan membuat refleksi kendiri untuk menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran secara kendiri. Oleh itu, dalam buku rekod mengajar guru, ruangan refleksi telah disediakan. Akan tetapi, ruangan ini kurang dititikberatkan oleh golongan pendidik terutamanya mereka yang sedang dalam perkhidmatan.

Page 4: isu pengajaran-pembelajaran geografi dan amalan refleksi kendiri

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

160

ANALISIS MATRIKS SWOT Dengan penggunaan borang matriks SWOT, guru-guru pelatih akan membiasakan diri kepada proses refleksi kendiri yang lebih sistematik dan berstruktur. Menerusi pendedahan ini, mereka akan mengenal pasti empat komponen utama dalam borang matriks SWOT (Strength, Weakness, Opportunity & Threat) iaitu: a. Kekuatan: Kekuatan yang ada pada diri guru pelatih dan juga pada pihak

sekolah seperti kemudahan infrastruktur dan infostruktur.

b. Kelemahan: Kekurangan yang ada pada diri guru pelatih dan juga di pihak sekolah.

c. Peluang: Peluang untuk guru pelatih menggunakan sebarang infrastruktur dan infostruktur yang ada untuk mengatasi kelemahan dan memperkasakan kekuatan kendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

d. Ancaman: Mengenalpasti ancaman-ancaman yang boleh menganggu proses

pengajaran guru dan cuba mencari jalan penyelesaian menerusi pemikiran kreatif serta kritis dalam kalangan guru-guru pelatih.

Penggunaan borang matriks SWOT yang kerap dan konsisten adalah dipercayai akan menjadi sebati dengan amalan refleksi kendiri guru-guru pelatih apabila mereka ditempatkan di sekolah-sekolah selepas tamat latihan perguruan nanti. Hal ini akan dapat memartabatkan profesion keguruan di Malaysia. TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji perhubungan di antara penggunaan borang matriks SWOT dengan keberkesanan guru-guru pelatih dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) Geografi semasa Praktikum atau Latihan Mengajar. Objektif-objektif kajian ialah untuk menentukan sama ada terdapat:

a) Perhubungan antara penggunaan borang matriks SWOT dengan keberkesanan guru-guru pelatih dalam proses P & P semasa Praktikum.

b) Perhubungan antara penggunaan borang matriks SWOT dengan pencapaian markah Praktikum guru pelatih yang dinilai oleh para pensyarah pembimbing

c) Perhubungan antara penggunaan borang matriks SWOT dengan pencapaian markah

Praktikum guru pelatih yang dinilai oleh para guru pembimbing

d) Perhubungan antara penggunaan borang matriks SWOT dengan penilaian kendiri guru pelatih berasaskan Skala Efikasi Kendiri Umum.

Page 5: isu pengajaran-pembelajaran geografi dan amalan refleksi kendiri

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

161

KAJIAN LITERATUR Penekanan kajian ini adalah untuk menekankan efikasi kendiri para pendidik agar sentiasa memajukan pengetahuan, kemahiran dan amalan pendekatan P & P berasaskan sifat kedinamikan dasar pendidikan, kemajuan teknologi pendidikan serta sikap pelajar yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Para pendidik harus mempunyai motivasi menghadapi anjakan paradigma pendidikan dan tidak harus bersifat “status quo” atau berkisar pada persekitaran pemerolehan ilmu pendidikan semasa menjadi graduan sebelumnya. Perubahan ini harus berlaku di peringkat akar umbi lagi semasa guru-guru pelatih menjalani latihan perguruan masing-masing di Institut Pendidikan Guru dengan memperoleh ijazah dan bukan lagi diploma pendidikan. Mereka merupakan bakal menjadi Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Siswazah DG 41 selepas 5 ½ tahun di Institut Pendidikan Guru. Malah pada hari ini, guru-guru dalam perkhidmatan (in-service teachers) sendiri kurang menekankan kepentingan ruangan refleksi dalam buku rekod pengajaran mereka. Mereka hanya menulis ulasan-ulasan yang sama setiap kali seperti:

1. Objektif pengajaran telah tercapai sepenuhnya.

2. Murid-murid mampu menguasai kemahiran dan pengetahuan yang diajar.

3. Murid-murid boleh menjawab semua latihan yang diberi.

Dunia pendidikan sentiasa mengalami perubahan dan mesti mampu berevolusi demi menghadapi cabaran globalisasi pendidikan agar mencapai taraf pendidikan dunia. Dengan mengamalkan refleksi kendiri, golongan pendidik Malaysia mampu sentiasa meneliti dan menerima kelemahan sendiri serta menjadikannya sebagai asas untuk sentiasa memartabatkan profesion keguruan selaras dengan teras PIPP. Dalam kajian Efikasi Pensyarah Dan Hubungannya Dengan Kompetensi Pensyarah Teknikal Politeknik Malaysia, Wan Noorani Wan Kamaruddin dan Mohammed Sani Ibrahim (2010) telah menjalankan kajian soal selidik ke atas 401 orang pensyarah dan dapatan kajian mereka menunjukkan terdapatnya hubungan positif yang signifikan antara efikasi pensyarah, tahap pengetahuan dan tahap melaksanakan kompetensi pensyarah. Kajian Teng Lung Kiu (2006) tentang Pengaruh Faktor Terpilih Terhadap Efikasi-Kendiri Guru Sekolah Menengah Di Negeri Sarawak menunjukkan bahawa tahap efikasi-kendiri guru adalah tinggi. Menurut persepsi guru, amalan kepemimpinan transformational pengetua dan tahap efikasi-kendiri menggunakan komputer dalam kalangan guru juga berada pada tahap yang tinggi. Tahap iklim sekolah juga berada pada tahap yang baik menurut persepsi guru. Kajian beliau melibatkan 420 orang guru daripada 18 buah sekolah menengah di Kuching dan Kota Samarahan. Amalan refleksi merupakan satu proses pemikiran kendiri berkenaan pengalaman yang dilaksanakan secara berterusan. Hal ini sejajar dengan konsep “reflection-on-action” yang disarankan oleh Schon (1983, 1987). Refleksi juga dianggap sebagai proses penukaran pengalaman kepada pembelajaran yang berkesan (Boud et al., 1985). Lazimnya seseorang individu memiliki pelbagai tingkahlaku, idea dan perasaan sepanjang pengalaman atau

Page 6: isu pengajaran-pembelajaran geografi dan amalan refleksi kendiri

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

162

aktiviti yang dilakukan. Seorang guru pelatih yang melakukan proses pengajaran dan pembelajaran adalah kaya dengan pelbagai idea, tingkahlaku dan perasaan ini yang boleh direfleks untuk menghasilkan suatu pembelajaran yang berkesan, Rajah 1.

Rajah 1 : Proses-proses refleksi Sumber: Nor Hasniza Ibrahim, 2006.

Kajian Pemikiran dan Amalan Refleksi dalam Kalangan Guru Pelatih Sains Universiti Teknologi Malaysia oleh Nor Hasniza Binti Ibrahim (2006) menunjukkan bahawa tiga puluh guru pelatih sains Universiti Teknologi Malaysia yang menjalani latihan mengajar di beberapa sekolah di sekitar Pontian dan Johor Bahru berupaya mempertingkatkan pola penulisan refleksi dengan ketara. Terbukti guru pelatih sains berjaya merefleks dengan lebih baik dan memfokuskan terhadap aspek pengajaran dan pembelajaran sains dengan baik. Penyelidikan ini telah dapat memberikan implikasi bahawa amalan refleksi mampu mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sains dalam pendidikan guru. Asiah Pariekutty (2002) telah mengkaji Persepsi Guru Pelatih Terhadap Penulisan Reflektif Semasa Praktikum ke atas 115 responden / sampel guru. Beliau telah membuat kesimpulan bahawa pelatih perlu diberi kesedaran tentang kepentingan amalan refleksi dalam karier mereka agar mereka tidak merasakan bahawa masa melaksanakan penulisan reflektif seperti mana menurut dapatan kajian ini, sebagai membosankan. Lantaran itu, guru-guru pelatih harus disedarkan akan kepentingan penulisan reflektif yang benar-benar mampu menolong mereka dalam proses P & P mereka. Kajian Boon Poon Ying (2002) Amalan Reflektif Ke Arah Peningkatan Profesionalisme Diri Guru telah membuat kesimpulan bahawa kualiti guru

Page 7: isu pengajaran-pembelajaran geografi dan amalan refleksi kendiri

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

163

adalah asas kecemerlangan pelajar dan sekolah. Kewibawaan guru merupakan tunggak kepada profesionalisme guru. Guru sentiasa perlu membuat refleksi mendalam tentang diri sendiri dan amalan pengajaran–pembelajaran dalam usahanya untuk meningkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan, ketrampilan dan kemahiran serta pembentukan sahsiah yang berakhlak mulia. Dengan ini, guru dapat bergerak seiring dengan arus perubahan dalam era teknologi dan globalisasi. METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah tinjauan deskriptif dan inferensi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Dalam pendekatan kuantitatif kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan kutipan markah praktikum secara berkala (scheduled assessment) guru-guru pelatih yang dinilai oleh para pensyarah dan guru pembimbing mereka. Guru-guru pelatih diedarkan borang matriks SWOT selepas pemantauan Praktikum kali pertama. Mereka akan mengisi borang matriks SWOT dan berdasarkan apa yang mereka telah isi, mereka akan melaksanakan penambahbaikan ke atas proses pengajaran dan pembelajaran mereka dalam bilik darjah. Proses ini akan diulangkan untuk tiga kali pemantauan yang seterusnya iaitu pemantauan praktikum kali kedua, ketiga dan keempat. Pada pemantauan praktikum kali kedua, ketiga dan keempat, guru-guru pelatih akan diedarkan borang Soal Selidik Skala Efikasi Kendiri Umum yang merangkumi 20 item. Skala Efikasi Kendiri Umum ini telah digunakan untuk mengukur penambahbaikan berkala dari segi efikasi kendiri para guru pelatih. Skala ini telah dikembangkan di Jerman pada tahun 1979 oleh Matthias Jerusalem dan Ralf Schwarzer dan kemudian disunting dan diubahsuai kepada 26 bahasa lain. Selain itu, markah-markah penilaian Praktikum secara berkala guru-guru pelatih oleh para pensyarah dan guru pembimbing akan dikutip dan dianalisis. Dalam kajian ini, seramai 200 orang guru pelatih akan dijadikan responden. Pendekatan kaedah kualitatif juga turut dijalankan. Dua kaedah kualitatif yang digunakan adalah kaedah pemerhatian (observation) dan temuramah (interview). Data kedua-dua kaedah kualitatif ini akan dijadikan data triangulasi untuk tujuan kebolehpercayaan (reliability) dan kesahihan (validity) data yang diperoleh menerusi pendekatan kaedah kuantitatif iaitu Skala Efikasi Kendiri Umum. Kebolehpercayaan bererti data yang didapati dari instrumen kajian adalah mantap dan konsisten. Kesahihan pula merupakan bukti-bukti kukuh yang menunjukkan skor data yang diperoleh adalah selaras dengan tujuan ujian atau instrumen tersebut digunakan (Creswell, 2002). Kerangka teori utama yang digunakan adalah Teori Albert Bandura yang menekankan bahawa pemikiran, jangkaaan dan kepercayaan seseorang itu berkait rapat dengan kesan tingkah lakunya (Bandura, 1995). Efikasi kendiri ini dapat dijelaskan sebagai “beliefs in one‘s capabilities to organize and execute the courses of action required to manage prospective situations”. Ciri-ciri efikasi mempengaruhi empat perkara utama: pengalaman penting pada masa yang lalu, pengalaman vicarious (experience at secondhand), persekitaran sosial dan makluman balas berbentuk fisiologi dan juga emosi. Antara faktor-faktor ini yang paling penting ialah pengalaman yang kita sendiri melaluinya.

Page 8: isu pengajaran-pembelajaran geografi dan amalan refleksi kendiri

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

164

Kerangka konseptual kajian ini merangkumi dua komponen utama iaitu amalan refleksi kendiri guru pelatih (menggunakan borang matriks SWOT) dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran Geografi. Borang matriks SWOT akan merupakan alat atau instrumen utama guru-guru dalam menilai pencapaian kendiri dalam mempertingkatkan kemahiran dan menjalankan penambahbaikan kepada proses P & P dalam bilik darjah. Populasi kajian ini ialah semua guru pelatih di 27 buah Institut Pendidikan Guru Malaysia. Daripada itu, kajian dijalankan di 4 buah Institut Pendidikan Guru Zon Utara Malaysia iaitu Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim dan Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Tinjauan sampel yang digunakan di dalam kajian ini ialah tinjauan sampel tidak nyata iaitu pembolehubah diukur dari segi konsep dan gagasan. Kaedah ini dipilih kerana pengkaji menghadapi kesukaran menggunakan keseluruhan ahli populasi persampelan rawak. Sungguhpun hanya melibatkan sebahagian kecil populasi, ia sebenarnya mampu mewakili populasi sasaran dan memberi maklumat yang sama dengan bancian (iaitu kajian tinjauan terhadap keseluruhan ahli populasi). Ini adalah selaras dengan pernyataan Kerlinger (1973) bahawa tinjauan sampel dapat mencari dan menentukan kesan bandingan taburan. Sampel-sampel ini dipercayai mampu mewakili populasi kerana walaupun guru-guru pelatih hanya diambil dari 4 buah Institut Pendidikan Guru, guru-guru pelatih ini berasal dari hampir semua negeri di Malaysia dan mengikuti pelbagai program yang ditawarkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Sampel yang diambil:

1. Guru-guru pelatih pra-perkhidmatan Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (PISMP) Semester 5, 6 dan 7: Mereka akan menjalani praktikum selama 4 minggu (Semester 5), 8 minggu (Semester 6) dan 12 minggu (Semester 7).

2. Guru-guru pelatih dalam perkhidmatan yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (PISMP) secara sambilan iaitu Program Pensiswahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) dan Program Pensiswazahan Guru (PPG).

3. Guru-guru pelatih dalam perkhidmatan yang mengikuti Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) secara sambilan.

INSTRUMEN KAJIAN

Analisis SWOT adalah instrumen perancangan strategi yang klasik. Dengan menggunakan kerangka kerja kekuatan dan kelemahan dan kesempatan / peluang dan ancaman, instrumen ini memberikan cara sederhana untuk mempertimbangkan cara terbaik untuk melaksanakan sesuatu strategi. Instrumen ini menolong para perancang apa yang patut dicapai dan hal-hal apa saja yang perlu dipertimbangkan oleh mereka. Sila rujuk contoh pengisian borang matriks SWOT seperti Rajah 2 di bawah :

Page 9: isu pengajaran-pembelajaran geografi dan amalan refleksi kendiri

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

165

Strength – S

(Kekuatan / Kelebihan)

Weaknesses – W (Kelemahan)

SO Strategies (Strategi SO)

Menggunakan kekuatan dengan peluang yang ada

1 2 3

Saya telah menyediakan dua ABM : papan gulung dan “powerpoint” yang menarik. Saya telah merancang aktiviti kumpulan untuk aktiviti “hands-on” dan “mind-on” : teka silang kata Dalam topik sebelumnya “Suhu & Hujan”, seramai 28 daripada 30 pelajar menjawab semua soalan dengan betul. Topik hari ini “Alat Pengukur Suhu & Hujan” lanjutan topik itu.

1 2 3

2 orang pelajar amat lemah dan ketinggalan. Mereka juga sering bising dalam bilik darjah. Biasanya, para pelajar lambat menyiapkan aktiviti dalam kumpulan dan memerlukan masa tambahan. Tumpuan dan fokus para pelajar tidak lama terutamanya dalam proses pembentangan nota-nota berbentuk teori dan saintifik.

WO Strategies (Strategi WO)

Mengatasi kelemahan dengan menggunakan peluang yang ada

ST Strategies (Strategi ST)

Menggunakan kekuatan untuk mengurangkan ancaman

WT Strategies (Strategi WT)

Meminimakan kelemahan dan mengurangkan ancaman

Opportunities – O (Peluang)

SO Strategies (Strategi SO)

WO Strategies (Strategi WO)

1 2 3

Terdapat “LCD mobile” di Pusat Sumber Sekolah. Pihak pentadbir dan guru-guru sekolah amat prihatin dan sentiasa bekerjasama menyelesaikan masalah P & P saya. Pusat Kegiatan Guru terletak berhampiran dengan sekolah : 5 km.

1 2 3

Menggunakan kemudahan ICT dan ABM sekolah dengan sepenuhnya dalam proses P & P saya. Mendapatkan nasihat dan panduan daripada guru-guru berpengalaman dalam hal-hal P & P. Mendapatkan bantuan teknikal dan nasihat kepakaran daripada Pusat Kegiatan Guru dari segi ICT dan

1 2 3

Menarik minat 2 pelajar bermasalah menerusi penyampaian ICT dan ABM menarik. Menyesuaikan aktiviti P & P dengan kemampuan para pelajar dan kekangan masa. Mendapatkan bantuan nasihat, kepakaran, pengalaman dan kemahiran pelbagai pihak dalam mengawal

Page 10: isu pengajaran-pembelajaran geografi dan amalan refleksi kendiri

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

166

ABM.

kelas.

Threats – T (Ancaman)

ST Strategies (Strategi ST)

WT Strategies (Strategi WT)

1 2 3

Bekalan elektrik di sekolah sering terganggu. Kadangkala LCD bilik darjah rosak. Terdapat 2 orang pelajar bermasalah disiplin dan sering mengganggu pelajar-pelajar lain. Pihak sekolah mempunyai bekalan ABM yang terhad dan kurang sesuai.

1 2 3

Menggunakan ABM alternatif buatan kendiri yang tidak bergantung kepada elektrik. Menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif dalam penyampaian : JIGSAW dan STAD. Memperbanyakkan teknik simulasi, lakonan, inkuari dan permainan untuk menarik para pelajar.

1 2 3

Merancang aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif dan menyeluruh. Mendapatkan kerjasama dan nasihat guru disiplin dalam menangani masalah 2 pelajar berdisiplin. Sentiasa mempunyai rancangan P & P alternatif : Pelan Kontigensi (Risk Management).

Rajah 2 : Contoh pengisian borang SWOT refleksi P & P Skala Efikasi Kendiri Umum ini telah digunakan untuk mengukur penambahbaikan berkala dari segi efikasi kendiri para guru pelatih. Skala ini telah dikembangkan di Jerman pada tahun 1979 oleh Matthias Jerusalem dan Ralf Schwarzer dan kemudian disunting dan diubahsuai kepada 26 bahasa lain. Skala Efikasi Kendiri Umum yang digunakan dalam kajian ini telah diubahsuai dan merangkumi 20 soalan menggunakan Skala Likert 4 poin. KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KAJIAN Dalam memperoleh kepastian terhadap kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) instrumen kajian, seramai lima orang pakar runding telah dirujuk. Kesahan item-item dalam borang soal selidik dirujuk kepada beberapa orang pakar. Kesesuaian item-item dalam borang soal selidik telah dirujuk kepada seorang pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia, dua orang pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia dan dua orang pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun. Kesesuaian penggunaan bahasa dan istilah dalam borang telah dirujuk kepada pensyarah-pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu Di samping itu, kajian rintis telah dijalankan ke atas 40 orang guru pelatih pelbagai program di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun untuk mendapatkan maklumbalas terhadap instrumen dan hasil awalan kajian ini.

Page 11: isu pengajaran-pembelajaran geografi dan amalan refleksi kendiri

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

167

Kebolehpercayaan amat penting apabila pembolehubah dikembangkan dari skala-skala yang dijumlahkan (Santos, 1998). Dalam menguji kebolehpercayaan item-item dalam borang soal selidik Skala Efikasi Kendiri Umum, satu ujian Cronbach Alpha telah dijalankan menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (“Statistic Package For Social Science” – SPSS Windows Version 19.0). Cronbach Alpha merupakan indeks kebolehpercayaan yang dikaitkan dengan pembolehubah yang dicirikan dengan skor sebenar konstruk. Konstruk adalah pembolehubah yang sedang diukur (Hatcher, 1994). Cronbach Alpha boleh digunakan untuk kedua-dua data jenis binari dan skala besar. Prosedur Cronbach Alpah mempunyai 2 koefisien :

1. Berdasarkan korelasi item. Lebih kuat item saling berkait, lebih konsisen ujian tersebut.

2. Berdasarkan kovarians item. Kovarians adalah ukuran serakan dua pembolehubah. Lebih tinggi koefisien korelasi, lebih tinggi kovarians tersebut.

Koefisien alpha mempunyai julat 0 hingga 1 dan digunakan untuk menerangkan kebolehpercayaan faktor. Skor yang lebih tinggi menunjukkan kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Nunnaly (1978) mengatakan bahawa skor 0.7 dan ke atas merupakan koefisien kebolehpercayaan yang boleh diterima walaupun skor yang lebih rendah kadangkala digunakan dalam kajian, Rajah 3. JENIS UJIAN JUMLAH ITEM NILAI

CRONBACH ALPHA

KEBOLEHPERCAYAAN DITERIMA : SKOR 0.7 DAN KE ATAS (YA / TIDAK)

Skala Efikasi Kendiri Umum

20 item

0.932 Ya

Rajah 3 : Jadual analisis Cronbach Alpha kajian rintis KAEDAH PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA Pentadbiran soal selidik Skala Efikasi Kendiri Umum dilaksanakan secara berkala untuk pelbagai program yang mengambil Major Pengajian Sosial selama dua tahun dari bulan Januari 2010 hingga Disember 2011. Dalam tempoh tersebut, penyelidik telah pergi ke 4 buah Institut Pendidikan Guru Zon Utara Malaysia untuk menjalankan kajian soal selidik dan temuramah. Data yang terkumpul akan diproses dan dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (“Statistic Package For Social Science” – SPSS Windows Version 19.0). Hipotesis dijalankan dengan menggunakan korelasi Pearson (r) untuk melihat sama ada terdapat perhubungan antara amalan refleksi kendiri menggunakan borang matriks SWOT

Page 12: isu pengajaran-pembelajaran geografi dan amalan refleksi kendiri

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

168

dengan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru pelatih dalam bilik darjah.

Jadual 1: Hubungkait nilai korelasi Pearson dengan paras kekuatan hubungan NILAI KORELASI PEARSON (r) PARAS KEKUATAN HUBUNGAN 0.00 hingga 0.19 Tiada hubungan /

Hubungan sangat lemah 0.20 hingga 0.39 Hubungan lemah 0.40 hingga 0.59 Hubungan sederhana 0.60 hingga 0.79 Hubungan kuat 0.80 hingga 1.00 Hubungan sangat kuat /

Hubungan sempurna

Sehubungan ini, untuk data markah penilaian Praktikum secara berkala oleh para pensyarah, kajian statistik deskriptif seperti min, mod, julat dan sisihan piawai akan dijalankan. Manakala untuk data temuramah yang akan digunakan untuk menyokong data kuantitatif, pelbagai media seperti rakaman audio dan visual akan digunakan. Perisian ATLAS.ti Versi 5 akan digunakan untuk menganalisis data kualitatif ini. RUMUSAN Sehingga perbincangan ini ditulis, penyelidikan ini masih lagi dalam proses penganalisisan data. Oleh itu penganalisisan data tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Didapati sebahagian daripada analisis kajian telah menemui isu-isu pengajaran dan pembelajaran Geografi yang dapat diatasi melalui amalan refleksi kendiri dalam kalangan guru pelatih. Diharapkan hasil penganalisisan data dan penemuan kajian sepenuhnya nanti dapat dihasilkan dan dibincangkan dalam forum yang lain berikutnya. RUJUKAN Bandura, A. (1995). Self-efficacy: The exercise of control. New York, W.H. Freeman.

Bandura, A. (2000). Self-efficacy : Foundation of agency. Control of human behavior, mental processes and consciousness. W. P. A. Gorb. New Jersey, Lawrence Erlbaum: 17-33.

Boon, P. Y. (2002). Amalan reflektif ke arah peningkatan profesionaliseme diri guru. Jurnal IPBA Jilid 3 (Bilangan 2): 102-109.

Page 13: isu pengajaran-pembelajaran geografi dan amalan refleksi kendiri

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

169

Boud, D., R. Keogh, et al. (1985). Reflection : Turning experience into learning. New York, Kogan Page. Brown, N. and A. H. Lancaster. (2004). Pre-service teachers' peceptions of the reconceptualized school experience in the bachelor of teaching program. Retrieved 12 August 2005, from www.aare.edu.au/04/04pap/bro4989.pdf.

Colville-Hall, S. (2001). Responsible classroom management : Building a democratic learning community. Retrieved 28 February 2005, from http: www.nwrel.org/scpd/sirs/5cu9.html Creswell, J. W. (2002). Educational Research: Planning, conducting and evaluating quantitative and qualitative research. Boston, M.A., Pearson. Dalip, A. R. and T. S. M. Meerah (1991). Isu-isu latihan mengajar. Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Hatcher, L. (1994). A step-by-step approach to using the SAS(R) system for factor analysis and structural equation modeling, Cary, NC : SAS Institute Inc. Hofstede, G. (1980). Motivation, leadership and oreganizational developmnet: Do American theories apply abroad?, Organizational Dynamics.

Ibrahim, N. H. B. (2006). Pemikiran dan amalan refleksi di kalangan guru pelatih Sains Universiti Teknologi Malaysia. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Jones, V. F. and L. S. Jones (1986). Comprehensive classroom management: Creative positive learning environments, Allyn and Bacon.

Kamaruddin, W. N. W. and M. S. Ibrahim (2010). Efikasi pensyarah dan hubungannya dengan kompetensi pensyarah teknikal Politenik Malaysia. Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah

Kane, R. (2003). Getting to the heart of learning to teach : Realistic teacher education. Teaching And Teacher Education 19 (3): 371-375.

Kerlinger, F. W. (1973). Foundations of behavioral research. New York, Holt Rinehart and Winston Inc.

Mortimore, P. (1995). Key characteristics of effective schools, Institut Aminudin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nunnally, J. C. (1978). Psychometric Theory. New York, McGraw-Hill. Pushkin, D. (2001). Teacher training : A reference handbook. Santa Barbara, ABC-CLIO, Inc.

Page 14: isu pengajaran-pembelajaran geografi dan amalan refleksi kendiri

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

170

Richards, J. C. (1990). The teacher as self-observer. The Language Teaching Matrix. J. C. Richards. New York, Cambridge University Press: 118-143. Santos, J. R. A. (1998). Pro Factor : A tool for extracting hidden gems from a mountain of variables Proceedings of the 23rd Annual SAS Users Group International Conference, Cary, NC : SAS Institute Inc.

Schon, D. A. (1983). The reflective pracctitioner : How professionals think in action, Temple Smith. Schon, D. A. (1987). Educating the reflective practitioner. San Francisco, Kossey Dass. Teng, L. K. (February 2006). Pengaruh faktor terpilih terhadap efikasi kendiri guru sekolah menengah di negeri Sarawak. Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.