isu moral ponteng dan vandelisme

7
Pengenalan Gejala sosial di Malaysia semakin meruncing. Gejala sosial dapat diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral individu. Jenayah ini bukan sahaja dilakukan oleh golongan remaja dan dewasa malahan kanak-kanak juga turut terlibat dalam masalah ini. Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita. 1

Upload: nor

Post on 24-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Isu Moral

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Moral Ponteng Dan Vandelisme

Pengenalan

Gejala sosial di Malaysia semakin meruncing. Gejala sosial dapat diklasifikasikan

sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral individu. Jenayah ini bukan sahaja

dilakukan oleh golongan remaja dan dewasa malahan kanak-kanak juga turut terlibat dalam

masalah ini.

Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota

masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan

struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.

Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial telah

melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali baik yang dilakukan

oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar

merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan

mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali

menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan

pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan

perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita.

1

Page 2: Isu Moral Ponteng Dan Vandelisme

Kajian Lapangan

Saya telah membuat satu tinjauan berkaitan isu moral dikalangan murid di sebuah

sekolah rendah di Semenyih. Saya telah mendapatkan maklumat daripada unit disiplin dan

unit bimbingan kaunseling. Maklumat dari unit disiplin diperolehi daripada laman web Sistem

Salahlaku Disiplin Murid Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berikut adalah analisa dan statistik yang saya perolehi daripada pihak sekolah :

Statistik & Laporan Peratusan ( % ) Disiplin Murid

Mengikut Bilangan Murid Dan Kes

A. TINGKAH LAKU JENAYAH

JUMLAH KESALAHAN

% JUMLAH KESALAHAN

BIL MURID

% BIL MURID

SESI KAUNSELING

MENCURI 2 66.67% 2 66.67% 0MEMUKUL/MENCEDERAKAN MURID

1 33.33% 1 33.33% 1

JUMLAH PER KATEGORI 3 9.38% 3 10.00% 1

C. BULIJUMLAH KESALAHAN

% JUMLAH KESALAHAN

BIL MURID

% BIL MURID

SESI KAUNSELING

BULI PERHUBUNGAN 2 100.00% 2 100.00% 2JUMLAH PER KATEGORI 2 6.25% 2 6.67% 2

E. PONTENGJUMLAH KESALAHAN

% JUMLAH KESALAHAN

BIL MURID

% BIL MURID

SESI KAUNSELING

PONTENG KELAS 5 100.00% 5 100.00% 2JUMLAH PER KATEGORI 5 15.63% 5 16.67% 2

F. TINGKAH LAKU LUCAH

JUMLAH KESALAHAN

% JUMLAH KESALAHAN

BIL MURID

% BIL MURID

SESI KAUNSELING

MELUKIS DAN MENULIS KATA-KATA DAN GAMBAR LUCAH

2 100.00% 2 100.00% 2

JUMLAH PER KATEGORI 2 6.25% 2 6.67% 2

H. KESALAHAN VANDALISME

JUMLAH KESALAHAN

% JUMLAH KESALAHAN

BIL MURID

% BIL MURID

SESI KAUNSELING

MEROSAKKAN HARTA BENDA SEKOLAH

10 100.00% 8 100.00% 2

JUMLAH PER KATEGORI 10 31.25% 8 26.67% 2

2

Page 3: Isu Moral Ponteng Dan Vandelisme

Setelah laporan dan analisa diteliti, saya memilih untuk mengkaji dan merancang

program yang melibatkan kes ponteng dan vandalisme. Dari pengamatan saya, saya dapati

dua kesalahan inilah yang sering berlaku di kalangan murid sekolah rendah.

Ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa

kebenaran (Kamus Dewan: 979). Secara umum ponteng sekolah ialah tidak hadir ke sekolah

tanpa sebab yang munasabah dan di luar pengetahuan ibu bapa atau penjaga. Walaupun

begitu ada yang tidak hadir tetapi dalam pengetahuan ibu bapa. Ponteng juga sering

dikaitkan dengan isu yang menampilkan pelajar yang tidak berdisiplin dan bermoral rendah.

Ponteng sekolah adalah sejenis penyakit lama yang telah berakar umbi semenjak

masyarakat kita mengenal alam persekolahan.

Menurut Rasidah bt Omar (2005) pula, ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai

ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Masa yang sepatutnya diisikan dengan menimba ilmu pengetahuan di bangku sekolah

sebaliknya dihabiskan dengan melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti melepak di

kompleks membeli belah atau pusat rekreasi dan pusat hiburan.

Aktiviti ponteng sekolah kerap kali dikaitkan dengan tingkahlaku devians. Dengan

pengertian yang lebih luas, devians atau lencungan dimaksudkan dengan sebarang

tingkahlaku yang tidak memenuhi norma sosial sesuatu kumpulan sosial atau

masyarakat,Ting Chew Peh (1983).

Menurut kamus Oxford Advanced Learner’s vandalisme ditakrifkan sebagai “willfully

destroy or damage (public property)” dan vandal sebagai ‘ person who willfully destroys or

damage works of art, public and private property, the beauties of nature’. Kegiatan

vandalisme masih serius di Malaysia kerana bangunan, tembok dan tandas awam masih

dicontengi oleh golongan pemberontak yang melakukan kegiatan itu secara sewenang-

wenangnya.

Menurut Lee Lam Thye (1997) dalam wawancara di Mingguan Malaysia 8 Julai 1997

menyatakan kebanyakkan remaja yang berusia 15 tahun hingga 20 tahun terlibat dalam

gejala vandalisme. Laporan yang dikeluarkan oleh Unit Disiplin sekolah, kementerian

Pendidikan Malaysia, terdapat 53 jenis salah laku yang dilakukan oleh golongan pelajar.

Daripada jumlah itu, sebanyak 4035876 kes berlaku di sekolah rendah dan sekolah

menengah. Di Malaysia, perbuatan merosakkan harta benda sekolah adalah salah laku yang

berat dan serius. Antara perbuatan yang dilakukan ialah menconteng dinding bilik darjah,

meja dan kerusi, memecah papan kenyataan, memecah pintu tandas, memecah almari dan

mencalar kereta guru.

Berdasarkan laporan menunjukkan terdapat 5 kes ponteng kelas bermula bulan Jun

2015 sehingga Ogos 2015 dan terdapat 10 kes merosakkan harta benda sekolah. Maklumat

3

Page 4: Isu Moral Ponteng Dan Vandelisme

yang diperolehi membantu ssaya untuk merancang pelan tindakan bagi mengatasi

permasalahan ini.

Pelan Tindakan Strategik Permasalahan Isu Moral Sekolah Rendah

Isu Matlamat Strategi Indikator Pencapaian

1. Ponteng

Kelas

Menambahkan

peratusan pelajar

datang ke sekolah.

1.Jom Sekolah Sifar peratusan

ponteng di kalangan

murid menjelang 2016

Menambahkan

peratusan pelajar

datang ke sekolah.

2. Pencegahan

ponteng kelas

Sifar peratusan

ponteng di kalangan

murid menjelang 2016

Menambahkan

peratusan pelajar

datang ke sekolah.

3. Operasi

ponteng

Sifar peratusan

ponteng di kalangan

murid menjelang 2016

Mengurangkan

sikap malas murid

4. Ikrar ponteng Melahirkan murid

cemerlang dan rajin

Mengurangkan

sikap malas murid

5. Cogan kata

ponteng

Melahirkan murid

cemerlang dan rajin

2.Vandalisme

Mengurangkan kos

membaikpulih aset

sekolah

1.Kempen

sekolahKu,

rumahKu

Sifat kerosakan aset

sekolah

Mengurangkan

peratusan

kerosakan SPBT.

2.Kempen sayangi

buku teks

Sifar kerosakan pada

SPBT pada tahun 2016

Pelan strategik yang telah dirancang memuatkan beberapa program. Program jom ke

sekolah bertujuan mengurangkan sekaligus mencegah tingkah laku ponteng dalan kalangan

pelajar. Matlamatnya adalah untuk mendidik pelajar untuk menghormati serta mengikuti

peraturan sekolah. Perlaksanannya dilakukan pada minggu kedua setiap bulan. Diantara

aktiviti yang dilakukan ialah mengenal diri, diari hidup, peningkatan kehadiran ke sekolah,

luahan rasa, lawatan dan riadah dan apresiasi seni. Lawatan, riadah dan apresiasi seni

4

Page 5: Isu Moral Ponteng Dan Vandelisme

bertujuan menarik minat, kerana ini sememangnya menjadi kegemaran kenak-kanak dan

remaja zaman ini.

Program kedua ialah Program Pencegahan Ponteng kelas. Objektif perlaksanaan

program ini ialah diharapkan pelajar-pelajar yang terlibat akan dapat berusaha mengikis

sikap suka ponteng kelas, menyedari kepentingan menimba ilmu pengetahuan di sekolah

dan melantik diri menjadi seorang pelajar yang rajin dan bertanggungjawab.

Operasi ponteng kelas dan salah laku dilaksanakan seperti berikut :

1. Wakil kelas akan mengambil buku PPS P&P di pejabatdan meletakkannya kembali

sebelum balik di ruang yang telah di sediakan.

2. Dalam buku ini, senarai nama pelajar, waktu belajar dan ruang tanda tangan setiap

guru yang mengajar telah disediakan. Guru akanmenuliskan kod kesalahan pada

petak nama pelajar yang telah melakukan kesalahan.

3. Kod kesalahan adalah seperti P-Ponteng kelas, Penampilan diri: A5-memakai barang

perhiasan yang terlarang, Kekemasan Pakaian : B7- tidak memakai tanda nama, .....

4. Hanya wakil pelajar setiap kelas dan guru sahaja dibenarkan menyimpan @

melengkapkan buku PPS P&P. Ini bagi mengelakkan buku ini diconteng, rosak atau

hilang.

5. Murid yang kerap melakukan kesalahan akan di siasat rapi oleh Guru Tingkatan dan

Guru Penyelaras Disiplin Tingkatan. Data akan di masukkan dalam Fail Disiplin

Tingkatan untuk tujuan pengumpulan data salah laku pelajar dan pada sistem SSDM

untuk makluman Pegawai Unit HEM PPD.

6. Laporan kesalahan ini juga akan dimaklumkan kepada kaunselor dan ibu

bapa/penjaga murid untuk diambil tindakan bersama-sama.

Lafaz ikrar ponteng dan cogan kata ponteng dilakukan setiap hari isnin pertama

setiap bulan semasa perhimpunan rasmi sekolah dijalankan. Ini membantu murid supaya

mengingati bahawa mereka telah berjanji untuk menhadirkan diri ke sekolah demi

kecemerlangan diri, sekolah, masyarakat, bangsa dan negara.

IKRAR SIFAR PONTENG

BAHAWA KAMI ,

MURID-MURID SK ………………….. ,

BERIKRAR DAN BERJANJI

UNTUK DATANG KE SEKOLAH SETIAP HARI

5

Page 6: Isu Moral Ponteng Dan Vandelisme

BERUSAHA SEDAYA UPAYA KAMI ,

UNTUK TIDAK PONTENG

DEMI KECEMERLANGAN DIRI ,

SEKOLAH , MASYARAKAT , BANGSA DAN NEGARA

KAMI JUGA BERJANJI ,

AKAN MEMATUHI SEMUA PERATURAN SEKOLAH

AGAR MENJADI MURID-MURID YANG BERDISIPLIN

DAN BERAKHLAK MULIA

COGANKATA SIFAR PONTENG

Bagi menangani masalah vandelisme di sekolah pula dua program

direncanakan. Kempen sekolahKu, rumahKu memainkan peranan untuk

mewujudkan rasa bahawa sekolah sebagai rumah kedua murid. Ini kerana masa

yang panjang iaitu lebih kurang lima ke enam jam murid berada di sekolah.

Dijalankan sepanjang tahun bagi memupuk rasa cinta dan sayangkan sekolah serta

harta benda sekolah dijaga dengan baik. Gotong royong menambah keceriaan juga

merupakan diantara aktiviti yang dijalankankan dalam kempen ini supaya lahir rasa

tanggungjawab bersama di kalangan murid dengan persekitaran sekolah.

Oleh kerana terdapat banyak kes yang melibatkan kerosakan buku teks,

Kempen Sayang Buku Teks dijalankan bagi mengurangkan kes-kes kerosakan buku

teks. Kempen ini memberikan kesedaran kepada murid kepentingan menjaga buku

teks dengan baik. Kempen ini juga dijalankan dengan kerjasama ibu bapa, dimana

ibu bapa perlu memastikan buku-buku teks dibalut dengan baik. Seterusnya

memastikan buku teks berada dalam keadaan yang baik sebelum dipulangkan pada

setiap akhir tahun.

Kesimpulan

6

KAMI TAK NAK PONTENG!

KAMI SUKA KE SEKOLAH!

PONTENG? TIDAK LAGI!

Page 7: Isu Moral Ponteng Dan Vandelisme

Salah laku murid yang tegar walaupun sedikit atau salah laku murid kecil tetapi kerap

dan berlarutan di sesebuah sekolah akan membentuk budaya sekolah yang tidak sihat. Hal

ini menggambarkan tahap disiplin yang rendah. Kes ponteng kelas dan salah laku semasa

P&P jika tidak dibendung akan menjejaskan proses P&P, seterusnya akan menyebabkan

prestasi akademik yang merosot. Selain itu, dikhuatiri murid akan terjebak dalam salah laku

yang lebih serius seperti merokok, membuli dan ponteng sekolah.

Kesimpulannya, gejala vandalisme mendatangkan kerugian kepada semua pihak

harus ditangani secara bijaksana. Pihak kerajaan dan swasta serta masyarakat perlu

berganding bahu dalam mencari penyelesaian yang lebih efektif. Amalan berat sama dipikul,

ringan sama dijinjing secara tidak langsung meringankan beban kerajaan yang terpaksa

mengambil langkah membaiki setiap kerosakan yang berlaku. Sekiranya kita bersatu tenaga

dan berusaha bersungguh-sungguh membanteras gejala vandalisme, sudah pasti masalah

tersebut akan berjaya diatasi serta hasrat negara kita untuk merealisasikan Wawasan 2020

juga akan mencapai kejayaan

Kejayaan dan keberkesanan  kesemua program ini memerlukan penggembelingan

tenaga semua pihak demi memastikan proses P&P di sekolah berjalan dengan lancar dan

berkesan agar menjamin kecemerlangan akademik dan sahsiah murid.

Namun secara umumnya untuk mengelakkan salah laku terjadi, pelajar perlu menjaga

minda, hati, input badan (pemakanan) dan persekitaran. Namun solat merupakan terasnya.

Ini dibuktikan dalam Al-Quran dalam Surah Al-Angkabuut: ayat 45 yang bermaksud

”Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar

7