isu-isu pendidikan khas pra3109

7
PRA 3109 ISU - ISU PENDIDIKAN KHAS (a) Sokongan Pihak Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah Isu sokongan daripada pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah adalah sangat penting dalam sesebuah sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi memandangkan pihak inilah yang paling hampir dengan program pendidikan khas. Masalah pihak pentadbiran yang masih kurang memberi sokongan kepada program pendidikan khas bukan sahaja menjadi masalah beberapa buah sekolah malah mencakupi beberapa sekolah lain. Kurangnya sokongan pihak pentadbiran boleh dilihat dari segi layanan pihak pentadbir terhadap guru dan murid pendidikan khas sebagai golongan kelas kedua. (b) Peruntukan kewangan Kurangnya peruntukan kewangan bagi kelas pendidikan khas untuk menambahbaik dari aspek frasarana fizikal,

Upload: jai-arie

Post on 24-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

PRA3109

TRANSCRIPT

Page 1: Isu-Isu Pendidikan Khas Pra3109

PRA 3109 ISU - ISU PENDIDIKAN KHAS

(a) Sokongan Pihak Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah

Isu sokongan daripada pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah adalah

sangat penting dalam sesebuah sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi

memandangkan pihak inilah yang paling hampir dengan program pendidikan

khas. Masalah pihak pentadbiran yang masih kurang memberi sokongan

kepada program pendidikan khas bukan sahaja menjadi masalah beberapa

buah sekolah malah mencakupi beberapa sekolah lain. Kurangnya sokongan

pihak pentadbiran boleh dilihat dari segi layanan pihak pentadbir terhadap

guru dan murid pendidikan khas sebagai golongan kelas kedua.

(b) Peruntukan kewangan

Kurangnya peruntukan kewangan bagi kelas pendidikan khas untuk

menambahbaik dari aspek frasarana fizikal, peralatan dan kemudahan

terutama bahan bantu mengajar.

(c) Menduduki Peperiksaan

Page 2: Isu-Isu Pendidikan Khas Pra3109

Sikap kurang senang pihak pentadbir apabila murid pendidikan khas mengikuti

peperiksaan awam di mana ia akan menjatuhkan graf peperiksaan awam

sekolah. Berhubung dengan isu murid bermasalah pembelajaran menduduki

peperiksaan awam, ada dalam kalangan sekolah kurang senang akan keadaan

tersebut. Ini kerana murid pendidikan khas ini akan menjatuhkan statistik

markah peperiksaan awam sekolah dan sekaligus memburukkan prestasi

sekolah. Oleh itu, murid pendidikan khas tidak perlu mengambil peperiksaan

awam memandangkan perkara ini juga tidak wajib untuk mereka.

(d) Pembangunan Fizikal

Aspek pembangunan fizikal sesebuah sekolah yang tidak mengikut keperluan

murid pendidikan khas. Isu ini boleh dilihat pada sekolah-sekolah lama dan

juga pembukaan program pendidikan khas semata-mata untuk memenuhi

keperluan pertambahan murid di sesebuah kawasan sekolah itu. Secara

fizikalnya Program Pendidikan Khas Integrasi boleh dilihat dari segi masalah

ruang. Ruang yang diperuntukan adalah satu baris blok bangunan sekolah di

mana setiap satu kelas atau lebih dikenali sebagai stesen menempatkan tiga

buah ‘kelas’ yang setiapnya terdiri daripada enam hinggah lapan orang murid.

Bilangan murid dalam satu stesen adalah kurang sesuai dan agak sesak bagi

murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang mana ada di antara

mereka mengalami masalah Hiperaktif, ADHD dan bermasalah emosi. Murid –

murid seperti ini memerlukan satu ruang yang agak luas bagi membantu

mereka dari segi perkembangan emosi serta perubahan tingkah-laku mereka.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, ruang yang terhad sedikit

Page 3: Isu-Isu Pendidikan Khas Pra3109

sebanyak membataskan bukan sahaja pergerakan murid malah pergerakan

guru. Batasan pergerakan ini tidak memberi ruang dan peluang kepada murid

untuk melakukan aktiviti pergerakan dalam bilik darjah. Contohnya, guru ingin

membuat pertandingan secara berkumpulan dalam menyiapkan latih tubi

matematik di papan putih. Aktiviti seperti ini bukan sahaja menyeronokkan

murid kerana murid perlu bergerak tetapi meriah dengan sorakan rakan lain.

(e) Kesediaan Guru

Kesediaan guru dalam membentuk kemahiran, kecekapan dan latihan dalam

menangani murid berkeperluan khas ini. Ada di antara guru tersebut kurang

berkemahiran atau tidak tahu bagaimana menangani atau menyediakan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih spesifik kepada masalah

pembelajaran yang lebih spesifik bagi setiap murid tersebut. Ini kerana

kebanyakkan guru yang sudah lama mengajar terdiri daripada mereka yang

bukan opsyen pendidikan khas dan hanya mengikuti beberapa kursus di awal

penglibatan mereka dalam program ini.

(f) Bahan Bantu Mengajar

Kurangnya bahan bantu mengajar yang sesuai serta boleh mengembangkan

kemahiran murid juga boleh menjadi faktor kelewatan penerimaan murid

terhadap pembelajaran. Pada kebiasaannya guru hanya menggunakan

pendekatan seperti mana murid kelas perdana cuma tahap pengajaran diubah

Page 4: Isu-Isu Pendidikan Khas Pra3109

sesuai dengan murid. Pendekatan latih tubi ini sesuai bagi dalam kalangan

murid yang sudah boleh memegang pensel, mengenal nombor atau huruf asas.

Bagaimana pula dengan murid yang tidak berupaya memegang pensel atau

bercakap.

(g) Peningkatan Profesionalisme Guru

Bagi memastikan kemahiran serta pengetahuan setiap guru pendidikan khas

bermasalah pembelajaran adalah bersifat ‘up to date’ terhadap bidang

mereka. Di samping itu, Dasar Pendidikan Khas atau pekililing yang berkenaan

yang sedia ada perlu melalui transformasi yang lebih komprehensif seperti

mana di Amerika, Individual of Disability Education Act, 2004.

(g) Perkongsian Pintar

Kurang atau tidak wujudnya perkongsian pintar di antara pihak Sekolah

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dengan Pihak Bukan Kerajaan

(NGO) seperti The National Autism Society of Malaysia (NASOM), KIWANIS, Sri

Mengasih serta pihak swasta yang lain menyebabkan sekolah-sekolah tersebut

adalah tidak setanding dengan kemudahan, infrastuktur serta kemahiran yang

mereka miliki. Pihak NASOM misalnya sebuah NGO yang pakar dalam melatih

kanak-kanak Autisme yang pada kebiasaanya alat mereka lebih canggih dan

terbaru. Perkongsian kepakaran dan maklumat diantara pihak NGO dengan

Jabatan Pendididkan khas atau Jabatan Pelajaran Negeri boleh membantu

dalam mengurangkan masalah kekurangan kepakaran serta kekurangan bahan

mengajar di sekolah-sekolah khas. Perkongsian secara berterusan ini juga

Page 5: Isu-Isu Pendidikan Khas Pra3109

perlu bagi pihak sekolah atau Jabatan Pelajaran Negeri mendapatkan

maklumat untuk memberikan alternatif kepada ibubapa dalam menempatkan

anak mereka ke pusat latihan di NGO. Ini kerana terdapat beberapa ibubapa

hanya melihat sekolah – sekolah kerajaan sebagai tempat mereka

menyekolahkan anak mereka sedangkan anak mereka memerlukan lebih

perhatian serta terapi pertuturan atau pergerakkan.

(h) Pandangan Ibu Bapa Terhadap Guru & Sekolah Pendidikan Khas

Ada dalam kalangan ibu bapa yang memandang rendah akan peranan dan

profesion sebagai guru pendidikan khas. Sikap sebegini akan memburukkan

hubungan kedua - dua pihak dan secara tidak langsung akan memberi kesan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana secara psikologinya guru

akan mula kurang bermotivasi dalam pengajarannya. Justeru itu, kedua – dua

pihak iaitu pihak guru dan juga ibu bapa perlu bersikap professional akan

peranan masing – masing dan perlu ada “give and take”.