pentaksiran berasaskan sekolah.pptx

39
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (Kaedah penilaian bahasa)

Upload: mohamad-liza-mat-liza

Post on 30-Sep-2015

55 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH(Kaedah penilaian bahasa)RASIONALPenilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini carapenilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.Hasil Pembelajaran Menghuraikan kaedah penilaian melalui portfolio. Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui pemerhatian. Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melalui pemerhatian penilaian melalui portfolio. Menghuraikan kaedah penilaian melalui portfolio. Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui pemerhatian. Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melalui pemerhatian penilaian melalui portfolio.Kerangka KonsepKaedah Penilaian Bahasa

Penilaian Melalui Portfolio

Penilaian Melalui PemerhatianPenilaian Melalui PorfolioPortfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh.Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.Tujuan PortfolioMemberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik.Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.Kegunaan Portfolio menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan. digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred.menilai secara sumatif pembelajaran.menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajarCiri-ciri PortfolioMenggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat,halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan. Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan.Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran.Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.Portfolio Kerja Harian Portfolio Hasil TerbaikPortfolio DokumenBagaimana Menilai Portfolio?Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahirankemahiran, pengetahuan dan kefahaman.Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir. Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini. 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru 3 Membentuk suku kata 2 Menyebut bunyi huruf 1 Permulaan mengenal hurufMenggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio Senarai semak yang disediakan oleh guruNota-nota yang disediakan oleh guruCatatan jurnal Buku log Refleksi kendiri muridGambar dan fotoKebaikan Penilaian PortfolioPenglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaranGuru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-muridMerupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-muridDapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.Penilaian Melalui Pemerhatian.Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspekkognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.Jenis PemerhatianMemerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.Memerhati apa yang telah dirancang secara open ended.Memerhati untuk jangka pendek dan janka panjang.Strategi PemerhatianBerterusan mengikut keperluan yang dirancang.Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru.Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahan dan persekitaran.Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan.Pelaksanaan Proses PemerhatianKualiti PemerhatianBentuk PerancanganJenis-jenis PemerhatianFungsi PemerhatianMelihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek.Rumusan. Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara ini biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai, pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan, dan sikap bias serta prasangka penilai.26PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH(KAEDAH PENILAIAN BAHASA)KAEDAH PENILAIAN BAHASASinopsisPenilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple-ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.Hasil Pembelajaran

Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui kontrak pembelajaran.Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui soal jawab.Kerangka KonsepKaedah Penilaian BahasaPenilaian MelaluiKontrak PembelajaranPenilaian Melalui Soal Jawab 30Penilaian Melalui Kontrak PembelajaranPenilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagaiPerjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrakyang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan)berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. Kontrak inibiasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengankriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapatkompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan olehguru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.Cara PelaksanaanPelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan.Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.Fungsi Kontrak Pembelajaran

Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan :pelajar mengenal pasti dan merekod. menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri, mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut.Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?Penilaian objektif tugasanHasil Pembelajaran Penilaian Format / BentukFormat Kontrak PembelajaranKeperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikutkeperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah tugasan memerlukankontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas.Sebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas. (Rujuk lampiran)Penilaian Melalui Soal JawabTeknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di sam-ping, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsepkonsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.Cara PelaksanaanTeknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Kejayaanpenggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untukmenguasai teknik menyoal.