isu dalam artikel isu semasa

Upload: mohammad-khairizal-afendy

Post on 13-Oct-2015

60 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Isu Dalam Artikel Isu Semasa

TRANSCRIPT

Artikel ini membincangkan isu-isu berkaitan gejala sosial dalam kalangan masyarakat hari ini. Antara isi-isu yang dibincangkan adalah gejala membuang bayi, ponteng sekolah, lari dari rumah, mengamalkan seks bebas, dan budaya lepak di mana gejala-gejala ini semakin hari menyebabkan kecenderungan ke arah kegiatan jenayah seperti membunuh, samun, merogol, pelacuran dan vandalisme.Antara punca yang dikenalpasti sebagai penyebab kepada berlakunya gejala ini adalah keruntuhan atau permasalahan sesebuah institusi keluarga tersebut yang merupakan punca utama kepada peningkatan masalah moral di kalangan remaja di bawah umur. Gejala sosial yang berlaku dalam keluarga, misalnya gejala seperti penganiayaan isteri, penganiayaan kanak-kanak, suami kaki botol dan sumbang-mahram. Dikatakan anak yang membesar dari keluarga yang runtuh berkecenderungan untuk memiliki keluarga yang runtuh di masa depan. Begitu juga perkaitan bahawa kanak-kanak yang dianiaya akan cenderung untuk menjadi seorang dewasa yang agresif. Dalam kata lain, perkaitan seumpama ini menunjukkan bahawa individu yang menjadi mangsa sesuatu gejala sosial akan dewasa menjadi individu yang menyumbang kepada gejala sosial itu itu sendiri. Selain itu, kurangnya interaksi dan komunikasi antara ahli keluarga juga menyebabkan berlakunya gejala ini di mana masalah yang dihadapi oleh remaja tersebut dilepaskan dengan melakukan gejala sosial yang tidak baik. Kurangya kasih sayang juga merupakan satu faktor kepada permasalahan ini. Remaja yang berjiwa muda memerlukan kasih sayang daripada ahli keluarga untuk mencorak setiap tindakan dan perlakuan remaja tersebut. Kasih sayang yang dicurahkan dengan baik membolehkan remaja tersebut berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu tindakan supaya tidak menyakitkan hati dan mengecewakan ahli keluarga dan orang tersayang. Faktor kemiskinan juga memainkan peranan yang besar dalam kegiatan sosial ini. Sebagai contoh, kemiskinan untuk meneruskan hidup menyebabkan berlakunya kes samun untuk mendapatkan wang dan kemungkinan bunuh jika berlaku pergelutan atau pergaduhan. Penceraian ibu bapa yang berlaku juga menyebabkan kehidupan anak-anak terjejas dan disisihkan. Anak-anak tidak diberi pendidikan yang sepenuhnya dan tanggungjawab ibu bapa itu sendiri untuk mendidik diabaikan dan kadang kala diberikan kepada pengasuh untuk menjaga dan mendidik anak tersebut. Ini akan menyebabkan kecenderungan di masa hadapan untuk anak-anak tersebut memberontak dan melakukan kegiatan sosial yang tidak bermoral kerana kurangnya penjagaan sejak dari kecil. Dalam Islam, ibubapa bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak untuk menjadi ahli masyarakat yang berguna kepada keluarga, agama dan bangsa. Sama ada ibubapa itu senang atau susah, sama ada keluarga itu ada ibu dan bapa atau hanya ada ibu atau bapa sahaja, penjaga tidak terkecuali dari tugas ini. Cuma mungkin dalam keadaan kemiskinan, masa untuk mendekati dan mendidik anak dengan nilai-nilai yang murni dan mulia agak terbatas. Mendidik anak-anak dengan nilai-nilai mulia ini amat penting untuk menjauhkan anak dari jenayah dan delikuensi, maka usaha untuk meluangkan masa dan mendidik anak-anak dengan apa yang mereka perlu tahu bukanlah sesuatu yang sia-sia demi melahirkan masyarakat yang berwawasan dan sihat.Seiring dengan kemajuan ekonomi dan proses perbandaran yang pesat, negara turut berdepan dengan pelbagai jenis jenayah dan kesan yang boleh mengganggu-gugat keamanan dan kesejahteraan negara. Gejala atau masalah sosial ini kebanyakannya melibatkan golongan wanita seperti rogol, gangguan seksual, seks sebelum berkahwin, penceraian, penagihan dadah dan pelacuran. Faktor keluarga, latar belakang pendidikan, pengaruh negatif rakan sebaya, media massa dan masyarakat merupakan penyumbang utama kepada berlakunya gejala sosial di kalangan remaja kini.

Salah laku dan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah masa kini amat membimbangkan banyak pihak terutama golongan ibu bapa dan juga golungan pendidik. Penglibatan dalam pelbagai masalah disiplin seperti ponteng sekolah, buli, pergaduhan, budaya hidu gam dan dadah memberi kesan yang negatif kepada prestasi akademik pelajar. Kecenderungan pelajar yang obesiti untuk dibuli amat tinggi kerana bentuk fizikal mereka yang besar dan sukar untuk bergerak. Pelajar obesiti tersebut sering diganggu dan dibuli kerana mereka tidak melawan dan tidak terdaya untuk bertindak sedemikian. Masalah kemurungan juga merupakan faktor kepada peningkatan gejala sosial. Individu yang mengalami kemurungan sering menyendiri dan keseorangan. Ini menyebabkan ada pihak lain yang suka mengambil kesempatan di atas perkara tersebut dengan mengganggu dan membuli individu murung itu. Jika berlaku gangguan yang kasar kemungkinan akan berlaku pergaduhan dan juga boleh membawa kepada pembunuhan jika serius.

Dewasa ini, masalah sumbang mahram dan seks di luar pernikahan sudah menjadi perkara biasa di dalam masyarakat hari ini. Kesan buruk daripada masalah ini ialah runtuhnya institusi perkahwinan dan keluarga dengan kelahiran anak-anak di luar perkahwinan. Permasalahan ini adalah disebabkan tahap pengetahuan agama yang rendah yang cenderung menjadi punca penglibatan remaja dalam seks sebelum perkahwinan. Selain itu, budaya remaja mempengaruhi keputusan mereka dalam melakukan aktiviti seks. Walaupun wujudnya dominasi nilai keagamaan di Malaysia,tetapi masih ramai remaja yang terlibat dalam seks sebelum perkahwinan.

Masalah dan jenayah pelacuran sudah lama wujud di Malaysia. Sehingga hari ini, perbincangan mengenai pelbagai persoalan berkaitan fenomena pelacuran dari sifat-sifat pelacuran, sebab-musabab aktiviti pelacuran terus wujud sehingga ke hari ini. Peningkatan penceraian, kemiskinan dan masalah mendapatkan pekerjaan merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kegiatan pelacuran. Pelacuran merupakan jalan pintas untuk memperoleh pendapatan yang lumayan dengan hanya menggadaikan tubuh dan memuaskan nafsu pelanggan seterusnya dibayar dengan harga yang tinggi melalui servis yang diberikan.

Penyalahgunaan dadah juga menyumbang kepada peningkatan aktiviti sosial dan tidak bermoral. Pengambilan dadah yang berlebihan mampu membuatkan seseorang itu bertindak di luar kawalan dan batasan. Tindakan mereka boleh memberi kesan dan membahayakan keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling. Di bawah pengaruh dadah, penagih sangat berani dalam melakukan apa jua perkara seperti samun, rogol mahupun bunuh. Ini kerana mereka berada di dalam khayalan seperti merasakan diri seperti di awang-awangan.