contoh karangan isu-isu semasa 2013

37
KARANGAN ISU- ISU SEMASA (2013) 1. Usaha-usaha untuk mengekalkan keamanan negara. Malaysia merupakan sebuah syurga dunia kerana kejadian buruk jarang berlaku di sini terutama ancaman bencana alam dan peperangan. Rakyatnya hidup dalam suasana aman sentosa bersama-sama arus pembangunan kemodenan yang pesat. Keamanan inilah yang memberikan imej yang positif kepada negara sehingga menjadikan banyak negara cemburu akan kejayaan tersebut. Jadi, memang banyak tindakan yang telah dilakukan oleh semua  pihak di negara ini untuk memastikan neg ara terus berada dalam situasi harmoni itu. Tindakan yang paling ketara ialah negara telah meningkatkan lagi kemampuan ketenteraannya. Angkatan tentera negara ini telah cuba menarik lebih banyak remaja yang  berkaliber untuk menyertai perkhidmatan mereka bersama-sama dengan pembelian peralatan ketenteraan yang serba canggih. Semua ini bertujuan memastikan tahap keselamatan ne gara  berada pada tahap yang tertinggi lalu menjamin keamanan negara yang stabil. Jelaslah, negara menjadi aman kerana memiliki satu ketumbukan tentera yang berkaliber dan berteknologi tinggi. Selain itu, negara turut membuat kerjasama yang erat dengan Negara -negara jiran terutama negara-negara ASEAN. Kita semua sedia maklum bahawa ASEAN ditubuhkan untuk menjamin keselamatan serantau lalu memastikan perkembangan ekonomi boleh berlaku  pada masa yang sama. Kerjasama yang erat ini juga memastikan setiap negara ASEAN tidak mahu menganggu urusan dalaman satu sama lain untuk memastikan tidak berlaku perselisihan faham yang bo leh membawa permusuhan y ang mengoyahkan keamanan pula. Jadi, kerjasama erat antara negara-negara jiran membantu Malaysia untuk menikmati satu tahap keamanan yang tinggi. Malah, keamanan negara juga dikekalkan menerusi amalan demokrasi yang dilaksanakan di negara ini apabila tempoh pemerintahan kerajaan sebelumnya hamper tamat. Pilihanraya dan proses pertukaran pemimpin di negara ini masih berjalan secara rasional dan mengikut lunas-lunas perlembagaan negara yang mengutamakan hak asasi rakyat. Keadaan ini menjadikan keyakinan rakyat terhadap system pemerintahan kerajaan bertambah baik setiap kali proses demokrasi itu d ilaksanakan. Jelaslah, proses demokrasi yang diamalkan menjadikan aspek keamanan itu sesuatu yang penting untuk dikekalkan di negara ini. Malahan, pihak kerajaan juga telah meneruskan usaha pembasmian kemiskinan yang sudah mula menampakkan hasilnya. Jurang kekayaan antara golongan miskin dan kaya telah  berupaya dikurangkan sehingg a tidak lagi boleh dijadikan alasan untuk menimbulkan sebarang masalah besar kelak. Perasaan kekitaan dan tidak berasa ditinggalkan menjadi asas  penting untuk meng ekalkan keamanan di negara ini untuk satu tempoh y ang panjang kerana tidak timbul perasaan pilih kasih atau sebagainya dalam jiwa masyarakat berbilang kaum di sini. Maka, usaha mengikis perbezaan pengagihan kekayaan ini harus dilakukan secera  berterusan untuk memastikan keamanan itu berkekalan.

Upload: ain-fza

Post on 30-Oct-2015

18.071 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

essay

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 1/37

KARANGAN ISU- ISU SEMASA (2013)

1.  Usaha-usaha untuk mengekalkan keamanan negara.

Malaysia merupakan sebuah syurga dunia kerana kejadian buruk jarang berlaku di

sini terutama ancaman bencana alam dan peperangan. Rakyatnya hidup dalam suasana aman

sentosa bersama-sama arus pembangunan kemodenan yang pesat. Keamanan inilah yang

memberikan imej yang positif kepada negara sehingga menjadikan banyak negara cemburu

akan kejayaan tersebut. Jadi, memang banyak tindakan yang telah dilakukan oleh semua

 pihak di negara ini untuk memastikan negara terus berada dalam situasi harmoni itu.

Tindakan yang paling ketara ialah negara telah meningkatkan lagi kemampuan

ketenteraannya. Angkatan tentera negara ini telah cuba menarik lebih banyak remaja yang

 berkaliber untuk menyertai perkhidmatan mereka bersama-sama dengan pembelian peralatanketenteraan yang serba canggih. Semua ini bertujuan memastikan tahap keselamatan negara

 berada pada tahap yang tertinggi lalu menjamin keamanan negara yang stabil. Jelaslah, negara

menjadi aman kerana memiliki satu ketumbukan tentera yang berkaliber dan berteknologi

tinggi.

Selain itu, negara turut membuat kerjasama yang erat dengan Negara-negara jiran

terutama negara-negara ASEAN. Kita semua sedia maklum bahawa ASEAN ditubuhkan

untuk menjamin keselamatan serantau lalu memastikan perkembangan ekonomi boleh berlaku

 pada masa yang sama. Kerjasama yang erat ini juga memastikan setiap negara ASEAN tidak 

mahu menganggu urusan dalaman satu sama lain untuk memastikan tidak berlaku perselisihanfaham yang boleh membawa permusuhan yang mengoyahkan keamanan pula. Jadi,

kerjasama erat antara negara-negara jiran membantu Malaysia untuk menikmati satu tahap

keamanan yang tinggi.

Malah, keamanan negara juga dikekalkan menerusi amalan demokrasi yang

dilaksanakan di negara ini apabila tempoh pemerintahan kerajaan sebelumnya hamper tamat.

Pilihanraya dan proses pertukaran pemimpin di negara ini masih berjalan secara rasional dan

mengikut lunas-lunas perlembagaan negara yang mengutamakan hak asasi rakyat. Keadaan

ini menjadikan keyakinan rakyat terhadap system pemerintahan kerajaan bertambah baik 

setiap kali proses demokrasi itu dilaksanakan. Jelaslah, proses demokrasi yang diamalkan

menjadikan aspek keamanan itu sesuatu yang penting untuk dikekalkan di negara ini.

Malahan, pihak kerajaan juga telah meneruskan usaha pembasmian kemiskinan yang

sudah mula menampakkan hasilnya. Jurang kekayaan antara golongan miskin dan kaya telah

 berupaya dikurangkan sehingga tidak lagi boleh dijadikan alasan untuk menimbulkan

sebarang masalah besar kelak. Perasaan kekitaan dan tidak berasa ditinggalkan menjadi asas

 penting untuk mengekalkan keamanan di negara ini untuk satu tempoh yang panjang kerana

tidak timbul perasaan pilih kasih atau sebagainya dalam jiwa masyarakat berbilang kaum di

sini. Maka, usaha mengikis perbezaan pengagihan kekayaan ini harus dilakukan secera

 berterusan untuk memastikan keamanan itu berkekalan.

Page 2: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 2/37

Tambahan pula, pihak polis telah berjaya memerangi pelbagai gejala sosial yang

melanda negara ini. Kejadian jenayah terutama jenayah berat telah dikawal dengan baik oleh

 pihak polis yang bertugas tanpa mengenal penat untuk memastikan keselamatan rakyat negara

ini bertambah baik. Kejayaan mengawal jenayah di negara ini turut sama memberikan satu

suasana yang tenang dan meyakinkan kepada rakyat negara ini bahawa Malaysia sebuah

negara yang baik untuk terus didiami. Justeru, kejayaan pihak polis menjalankan kewajipan

mereka telah menjadikan aspek keamanan di negara ini terus wujud.

Kesimpulannya, keadaan keamanan yang sebegini perlu dikekalkan untuk selama-

lamanya. Pada masa yang sama aspek pembangunan negara harus diberikan penekanan juga

kerana inilah kemodenan yang harus dinikmati oleh semua. Kita harus sedar dan menghargai

aspek keamanan ini dengan sebaik mungkin. Peribahasa “jika tidak dipecahkan ruyung

manakan dapat sagunya” kerana keamanan ini memerlukan satu usaha yang gigih daripada

semua pihak.

2. langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi isu warga tua yang

terbiar. 

Peringkat umur tua merupakan peringkat akhir dalam perkembangan biologi manusia.

Keadaan ini menyebabkan ketika inilah pelbagai masalah boleh berlaku terutama yang

menyentuh aspek emosi dan kesihatan seseorang itu. Oleh itu, ada pelbagai tindakan yang

 boleh diambil oleh remaja untuk menangani kemelut warga tua ini.

Sudah pasti pemupukan pendidikan asas terutama didikan agama mampu menyelesaikan

sebahagian besar masalah warga ini. Remaja yang menerima pendidikan asas agama yang

kukuh sudah pasti akan lebih menghormati golongan tua ini lalu memberikan perhatian akan

kehidupan mereka. Hubungan antara ahli keluarga juga akan menjadi lebih erat dan mesra.

Jadi, remaja harus memiliki didikan yang sempurna.

Bagaimanakah didikan ini harus wujud? Sudah pasti ibu bapa berperanan untuk 

memberi panduan yang benar kepada remaja. Ibu bapa perlu menjelaskan kepada anak-anak 

akan pentingnya menghormati warga tua kerana setiap manusia akan menempuh alam tua

mereka yang tersendiri. Kejayaan ibu bapa mendidik anak dengan baik memastikan satu

golongan remaja yang melihat warga tua bukan sebagai satu masalah sebaliknya satu amanah

yang harus dilaksanakan tanpa banyak soal.

Selain itu, media massa juga mempunyai peranan yang tersendiri dalam menyelesaikan

masalah yang semakin kritikal ini. Penyiaran lebih banyak program dan siaran yang berunsur 

 positif akan warga tua mampu merapatkan jurang antara remaja dan warga emas ini. Keadaan

ini mampu menimbulkan satu kesedaran yang mendalam dalam diri remaja untuk membantu

warga tua tanpa sebarang alasan.

Sistem pendidikan yang lebih holistik dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti

mengadakan lawatan sambil belajar ke rumah orang tua. Biasanya pelajar di sekolah hanya

Page 3: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 3/37

mendengar sahaja nasihat guru tentang peranan mereka membantu warga tua tanpa melihat

contoh yang sebenarnya. Maka, lawatan ke rumah jagaan orang tua sudah pasti memberikan

 pengalaman sebenar kepada remaja akan kehidupan warga ini lalu timbulah keinsafan dalam

diri remaja itu sendiri.

Kesimpulannya, jurang pemisah antara generasi muda dan tua semakin ketara terutama

dalam era moden ini. Semua pihak sama ada masyarakat dan kerajaan harus mengenal pasti

langkah-langkah yang lebih praktikal untuk menangani kemelut warga tua ini. Kita harus

sedar warga tualah yang telah membangunkan negara ini lalu menjadikan kehidupan generasi

muda selepas mereka lebih mudah dan selesa. Kita harus hargai jasa mereka.

3.Usaha-usaha memupuk semangat patriotisme Sejak kebelakangan ini, banyak diperkatakan tentang pemupukan semula semangat

kebangsaan atau nasionalisme dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Gesaan ini

memang wajar memandangkan generasi muda khususnya pelajar tidak lagi bersemangatkebangsaan seperti generasi sebelum merdeka. Lebih tepat kalau dikatakan semangat cinta

akan negara dalam kalangan generasi muda kini adalah longgar, lemah, dan tidak bermaya

seperti seseorang yang tidak makan 10 hari. Pada marcapada yang pesat membangun dalam

teknologi maklumat ini, semangat patriotik adalah penting untuk membina jati yang kental

dan kuat agar dapat mewujudkan perpaduan nasional.

Pelbagai usaha boleh dilakukan untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam

kalangan remaja kini. Pertamanya, mereka hendaklah digalakkan untuk mengenali tokoh-

tokoh yang memperjuang untuk kemerdekaan negara dan mereka juga hendaklah didedahkan

kepada jasa-jasa serta pengorbanaan pejuang tanah air kita agar golongan remaja kita sedar dan insaf, bak kata pepatah “Tak kenal maka tidak cinta”.Kalau generasi muda tahu akan

 pahit maung dan susah payahnya tokoh-tokoh pada zaman silam memperjuangkan

kemerdekaan negara , tentunya mereka tidak tergamak menghancurkan keamanan dan

kemakmuran yang dikecapi kini dengan tindakan-tindakan negatif. Pihak sekolah pula hendaklah menanam semangat cinta akan negara dalam diri setiap

 pelajar dengan mrnyelitkan kecintaan kepada bangsa dan negara dalam setiap subjek seperti ,

 bekerjasama, tolong-menolong, bertoleransi serta berbudi bahasa. Para pendidik hendaklah

menggunakan beberapa minit daripada jadual pengajaran sesuatu mata pelajaran untuk 

menanamkan semangat kecintaan kepada bangsa dan negara. Pendidikan perlu menyuntik 

semangat juang dan keyakinan diri dalam diri setiap pelajar. Mereka perlu didedahkan dengansemangat “Malaysia Boleh” seperti yang dilakukan oleh Datuk Azhar Mansur dan para

 pendaki Gunung Everest. Semangat cinta akan negara juga hendaklah dipupuk pada peringkat

awal persekolahan lagi.Ibu bapa hendaklah mengasuh anak-anak mereka supaya menghormati

keutuhan dan kedaulatan negara. Selain itu,generasi muda hendaklah digalakkan melawat tempat-tempat bersejarah.

Pemerhatian mereka kepada kesan-kesan peninggalan sejarah akan melahirkan semangat

 juang untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Misalnya, kunjungan ke

tempat-tempat yang bersejarah seperti Bandar Hilir, Melaka akan mengingatkan mereka

kepada sejarah hitam negara ketika dijajah oleh Portugis,Belanda dan Inggeris. 

Page 4: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 4/37

Di samping itu,golongan muda juga perlu selalu didedahkan kepada Jalur Gemilang yang

 berkibar megah pada sepanjang masa dan perayaan Hari Kebangsaan setiap tahun itu

sepatutnya dijadikan wadah untuk memperbaharui azam mempertahan kemerdekaan pada

masa depan. Mereka perlu diberi kesedaran betapa pentingnya erti kemerdekaan terhadap

sesebuah negara. Seterusnya,mereka juga perlu didedahkan kepada lagu-lagu patriotik terutama lagu

“Negara ” untuk menyemaikan rasa cinta dan taat kepada negara.Pihak -pihak yang tertentu

seperti Persatuan Sejarah Malaysia hendaklah menganjurkan pertandingan menulis esei

 bertemakan semangat patriotik dalam kalangan pelajar dan generasi muda. Peraduan seperti

ini akan memberi kesempatan kepada golongan muda untuk mengumpulkan bahan-bahan

sejarah yang banyak dalam akhbar-akhbar. Pengumpulan bahan-bahan sejarah ini secara tidak 

langsung akan mencelikkan mereka kepada sejarah perjuangan generasi silam demi

kemerdekaan negara daripada belenggu penjajah. Kesimpulannya, kerajaan hendaklah memupukkan semangat cinta akan negara dalam

setiap orang rakyat, khususnya dalam kalangan remaja supaya dapat melahirkan seorangmodal insan yang cinta akan negara dan pemimpin yang berwibawa untuk masa yang akan

datang.

4.langkah-langkah menjaga kebersihan alam sekitar

Sejak kebelakangan ini, pembangunan tanpa limitasi kini merupakan perubahan kian

 pesat berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam sektor 

 perindustrian telah dikecapi hari ini sedikit tercalar impak daripada sikap manusia yang tidak 

 bertanggungjawab ini. Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas semata-mata inginmengejar kemajuan? Di manakah peranan kita sebagai masyarakat untuk menangani masalah

ini? Jadi, alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita dan langkah-langkah yang

 positif perlu dilakukan.

Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kebersihan alam

sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia kerana bahan kimia akan mendatangkan

 pencemaran. Hal ini jelas akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada

alam sekitar. Perkara yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan penghawa

dingin merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibatnya, penipisan

lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) amat bahaya kepada

masyarakat di Malaysia. Oleh itu, penggunaan bahan ini perlu dikawalkan oleh kerajaan dan pihak swasta supaya dapat menjaga alam sekitar yang dicipta oleh Tuhan.

Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang alam sekitar yang

menyeluruh. Hal ini demikian, boleh membantu menjaga alam sekitar kita dengan lebih

efektif. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang-kilang yang telah dibina oleh kerajaan

mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan? Di sini saya memberi contoh,

 pelepasan asap kilang dan pembuang sisa toksik ke dalam sungai mahupun laut secara

terbuka. Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus diketatkan lagi oleh pihak 

 berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Dalam pada itu, kitar semula yang diperkenalkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian kerana mampu menjaga alam sekitar. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula

Page 5: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 5/37

untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak 

diperlukan di dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan

 buangan boleh diproseskan menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat

khabar boleh dijadikan sebagai tisu. Melalui cara ini, sumber manusia dan negara dapat

menjimatkan kos mereka mahupun kebersihan alam sekitar.

Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijagakan melalui kempen kesedaran

sivik supaya rakyat dapat menjaga alam sekitar. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat

ditiup kesedaran untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan ini, sedikit demi sedikit

masalah dan hal ini dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam

sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Jadi, kempen kesedaran ini dapat diatasi apabila semua

rakyat sedar kepentingan alam sekitar.

Tuntasnya, kita harus bekerjasama dan memainkan peranan ini untuk mengekalkan

kebersihan alam sekitar. Kita tidak sepatutnya meletakkan masalah ini diatas bahu kerajaan

dengan semata-matanya. Kerjasama yang erat antara rakyat Malaysia dengan kerajaan

tentunya akan lebih bermakna dan hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang.Sinomin dengan slogan negara “ Negara Bersih, Rakyat Sihat ” 

5.Langkah-langkah menangani kes pembuangan bayi

(AR) Dewasa ini, masalah sosial dalam kalangan masyarakat semakin menjadi-jadi bagai

cendawan tumbuh selepas hujan. (AR) Antaranya termasuklah kes pembuangan bayi yang

semakin leluasa di negara kita. (AR) Dalam siaran berita di radio atau di televisyen, berita-

 berita seperti ini begitu kerap dilaporkan. (AR) Hal ini bukan sahaja menyusahkan banyak 

 pihak malah imej negara kita akan terjejas. (AA) Oleh hal yang demikian, pelbagai langkah

harus diambil untuk membendung masalah ini.

(AJ) Satu daripada langkah yang perlu dilaksanakan ialah semua lapisan masyarakat

hendaklah diberi pendidikan keibubapaan melalui pelbagai program. (AH) Pendidikan ini

 bertujuan memberikan buah fikiran mengenai perkahwinan yang sah kepada rakyat. (AH)

Melalui cara ini, orang ramai akan menjadi lebih berhati-hati supaya tidak melakukan

 perbuatan sumbang. (AH) Perkara ini harus ditekankan kepada seluruh rakyat Malaysia

terutamanya para remaja. (AC) Sebagai contohnya, program pendidikan keibubapaan perlu

diadakan untuk mendidik remaja tentang perkara yang perlu diamalkan dalam kehidupan

 berkeluarga. (AH) Tegasnya, orang ramai perlu diberi kesedaran tentang kesan buruk aktiviti

 pembuangan bayi.

Selain itu, (AJ) pihak berkenaan hendaklah mengadakan ceramah atau kempen pada peringkatsekolah mahupun peringkat taman-taman perumahan. (AH) Melalui program tersebut,

masyarakat dapat diberi kesedaran tentang keburukan pergaulan bebas. (AH) Seperti yang

kita ketahui, kes pembuangan bayi berpunca daripada pergaulan bebas yang dianggap sebagai

suatu perkara biasa bagi warga urban kini. (AH) Kita seharusnya mengelakkan diri daripada

unsur negatif tersebut supaya tidak menjadi seperti sudah terhantuk baru nak tengadah. (AH)

Sebagai contohnya, kempen kesedaran ini perlu dilakukan secara besar-besaran melalui iklan,

risalah dan lain-lain. (AP) Usaha dinamik dan secara konsisten ini diperlukan untuk 

membimbing rakyat supaya sentiasa berada di landaan yang betul dalam kehidupan.

Page 6: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 6/37

(AJ) Langkah yang seterusnya ialah menyediakan perkhidmatan kaunseling yang perlu diurus

oleh pihak kebajikan masyarakat. (AH) Khidmat nasihat hendaklah diberikan kepada mangsa

rogol dan individu yang mengandung tanpa nikah. (AH) Hal ini disebabkan mangsa

mengalami ketidakstabilan emosi dan mungkin akan cuba mencederakan diri sendiri. (AC)

Sebagai contohnya, mangsa rogol sanggup membunuh diri kerana tidak dapat menerima

kenyataan sebenar. (AP) Oleh hal yang demikian, pusat kaunseling perlu diperbanyak diseluruh negara untuk membantu mangsa-mangsa tersebut.

Di samping itu, (AJ) pesalah yang disabitkan kesalahan berzina atau kes rogol perlu

dikenakan hukuman yang berat. (AC) Sebagai contohnya, hukuman bagi kesalahan berzina

dan merogol adalah seperti penjara dan hukuman sebat. (AH) Perogol atau orang yang

mencabul kehormatan wanita merupakan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Mereka

 perlu dijatuhi hukuman yang berat sebagai peringatan kepada orang lain. (AH) Hal ini

menyebabkan wanita-wanita ini kehilangan harga diri dan terpaksa menanggung malu

sepanjang hayatnya. (AH) Perkara tersebut juga akan menconteng arang ke muka ahli

keluarga mangsa. (AP) Oleh sebab itu, undang-undang negara perlu dikuatkuasakan supaya

 perogol atau mereka yang berzina berasa serik atau takut untuk melakukan perkara tersebut.

Seterusnya, (AJ) pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk 

menyedarkan anak-anak tentang dosa dan balasan yang akan diterima. (AH) Ibu bapa

hendaklah menitikberatkan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak dan proses ini

hendaklah diteruskan walaupun seseorang itu telah meningkat umur dewasa. (AH) Pendidikan

agama dan moral amatlah penting dan perlulah disemaikan dalam sanubari rakyat. (AC)

Sebagai contohnya, anak-anak perlu diberi didikan agama sejak kecil kerana melentur buluh

 biarlah dari rebungnya. (AH) Cara ini adalah amat efektif untuk mewujudkan masyarakat

yang bebas daripada kes pembuangan bayi.

Kesimpulannya, (A Ksmpln) pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebinguntuk menyelesaikan dan mengurangkan kes pembuangan bayi yang berlaku di negara kita.

(A Pnln) Masalah tersebut akan menular dan menjadi duri dalam daging jika tidak ditangani

segera ketika negara sedang berusaha untuk mencapai wawasan 2020. (A Pndpt) Kerjasama

daripada semua pihak adalah amat penting untuk membendung maalah ini kerana ke bukit

sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni. (A Pnln)Melalui usaha ini, hasrat kerajaan

untuk melahirkan masyarakat yang sihat dari segi lahiriah dan rohani dapat direalisasikan.

Page 7: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 7/37

6. Contoh Karangan SPM: Faktor-faktor berlakunya jenayah pemerdagangan manusia

dan langkah-langkah yang harus diambil untuk menanganinya

Era globalisasi yang sarat dengan pelbagai cabaran zahir dan maya ini, terbit satu

masalah yang kian membimbangkan masyarakat dunia iaitu jenayah pemerdagangan manusia.

Isu yang semakin berleluasa ini sering melibatkan golongan wanita dan kanak-kanak. Namun begitu, pendedahan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) baru-baru ini menunjukkan bahawa

golongan remaja turut dijadikan mangsa jenayah pemerdagangan manusia. Hal ini sungguh

membimbangkan kerana situasi tersebut mampu menyebabkan gejala negatif yang lain turut

menjadi serius. Misalnya, mangsa jenayah pemerdagangan manusia sering dijadikan sebagai

 pelacur, buruh paksa, hamba seks dan pengemis upahan. Malah, menurut Jabatan Siasatan

Jenayah PDRM, sebanyak dua puluh tujuh sindiket pemerdagangan manusia yang bergiat

aktif di Malaysia berjaya ditumpaskan sepanjang enam bulan pertama tahun ini. Penumpasan

sindiket-sindiket tersebut telah menyelamatkan ratusan individu yang menjadi mangsa

mereka. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa jenayah pemerdagangan manusia

sememangnya semakin serius dan perlu diatasi dengan segera. Hakikatnya, jenayah

 pemerdagangan manusia hanya boleh diatasi jika kita memahami faktor-faktor berlakunya jenayah tersebut.

Pertama sekali, kewujudan korupsi dan unsur rasuah dalam kalangan pegawai

kerajaan menyebabkan jenayah ini sukar ditangani. Sindiket pemerdagangan manusia sering

memanfaatkan kewujudan pegawai kerajaan yang mudah dirasuah untuk memudahkan

 pelaksanaan modus operandi mereka. Misalnya, pegawai imigresen yang menjaga sempadan

negara boleh dilepasi dengan mudah oleh ejen-ejen sindiket pemerdagangan manusia bersama

mangsa mereka hanya dengan menghulurkan beberapa helai wang kertas lima puluh ringgit

kepada mereka. Keadaan kini bertambah keruh apabila pegawai-pegawai kerajaan sendiri

 bertindak membantu sindiket pemerdagangan manusia. Contohnya, mereka mencari individu

yang berpotensi untuk diperdagangkan dan menyerahkan insan-insan yang tidak berdosa itukepada ejen pemerdagangan manusia. Hal ini amat menyedihkan kerana pihak yang patut

memainkan peranan untuk mengatasi jenayah pemerdagangan manusia bertindak sebaliknya

ibarat kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi. Maka, jenayah tersebut pasti sukar 

ditangani jika wujud pegawai-pegawai kerajaan yang berkorupsi.

Selain itu, jurang ekonomi antara negara-negara jiran turut menjadi faktor jenayah

 pemerdagangan manusia. Rakyat negara yang miskin sudah tentu ingin menambah baik taraf 

hidup mereka dengan apa jua cara yang mudah. Oleh itu, mereka memilih untuk bekerja di

negara jiran yang lebih kaya tetapi kekurangan tenaga kerja. Namun begitu, terdapat pihak-

 pihak tertentu yang mengambil kesempatan terhadap mereka dengan menaburkan janji-janji

manis seperti pekerjaan, tempat tinggal dan kehidupan yang lebih baik. Malangnya, selepasindividu-individu tersebut dibawa ke luar negara, mereka dijual kepada pihak lain dan

dijadikan hamba seks dan buruh paksa. Situasi ini terbukti berlaku apabila statistik Jabatan

Siasatan Jenayah PDRM menunjukkan hampir kesemua individu yang berjaya diselamatkan

daripada menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia berasal dari negara-negara jiran

yang berpendapatan rendah seperti Myanmar, Vietnam dan Laos. Keadaan ini membuktikan

 bahawa jurang ekonomi antara negara-negara serantau turut menjadi faktor wujudnya jenayah

 pemerdagangan manusia.

Page 8: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 8/37

Di samping itu, tahap kesedaran masyarakat terhadap isu pemerdagangan manusia yang

rendah juga menyebabkan jenayah tersebut terus berleluasa. Masyarakat yang bersikap seperti

katak di bawah tempurung menjadi punca yang memangkin kewujudan pelbagai jenayah

merentasi sempadan. Masyarakat kini sering bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan

 pucuk masing-masing dan tidak peka terhadap situasi di sekeliling mereka. Umpamaanya,

terdapatkah individu pada hari ini yang melihat pengemis kanak-kanak cacat sanggup bersikap proaktif dan membawanya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat? Keengganan

masyarakat untuk mengambil tahu tentang isu semasalah menyebabkan situasi seperti ini

 berlaku. Lebih membimbangkan lagi apabila masyarakat mendiamkan diri meskipun tahu

tetang kewujudan sindiket pemerdagangan manusia di kawasan tempat tinggal mereka.

Misalnya, pihak PDRM berjaya menangkap seorang lelaki di sebuah rumah bersama tiga

 puluh orang wanita warganegara Vietnam yang dikurung di dalam sebuah bilik. Siasatan

lanjut mendapati lelaki itu terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia sejak lima tahun

yang lalu dan menjadikan rumahnya sebagai tempat menjalankan urusan sindiketnya itu.

Sekiranya masyarakat di kawasan perumahan itu bersikap proaktif, pasti sindiket tersebut

terbongkar lebih awal. Malangnya, sikap mereka yang kurang peka terhadap situasi di

sekeliling memudahkan lelaki itu untuk menjalankan sindiketnya selama separuh dekad. Halini jelas menunjukkan bahawa masyarakat yang mendiamkan diri akan menyebabkan jenayah

 pemerdagangan manusia terus melarat.

Faktor-faktor jenayah pemerdagangan manusia sememangnya sukar diatasi. Walau

 bagaimanapun, jika pihak kerajaan mewujudkan undang-undang yang dapat menjatuhkan

hukuman yang lebih berat terhadap dalang sindiket pemerdagangan manusia, pasti jenayah

tersebut dapat ditangani. Kejayaan Akta dadah Berbahaya dalam mengekalkan jumlah kes

 penyeludupan dadah pada tahap yang rendah harus dijadikan contoh untuk mewujudkan

mekanisme yang sama demi mengurangkan kes pemerdagangan manusia. Hukuman penjara

sahaja tidak memadai buat pesalah yang sanggup menjalankan urusan jual beli manusia.

Hukuman mati mandatori patut dikenakan terhadap mereka supaya dapat menjadi pengajarankepada masyarakat. Pada masa yang sama, pihak kerajaan perlu mewujudkan mekanisme

yang tepat untuk menyifarkan kes rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan. Jika kes rasuah

dapat disifarkan, sudah tentu pelaksanaan undang-undang menjadi lebih berkesan sekali gus

mengurangkan kes pemerdagangan manusia.

Seterusnya, pemimpin-pemimpin negara serantau perlu bekerjasama untuk 

mengurangkan jurang ekonomi. Komuniti ASEAN yang bakal diwujudkan pada tahun 2015

 patut dizahirkan kerana langkah tersebut diyakini mampu mengurangkan jenayah merentasi

sempadan apabila negara-negara di Asia Tenggara menjalin kerjasama politik, ekonomi dan

sosial. Sekiranya negara-negara serantau membangun secara serentak, keperluan rakyat

sesebuah negara untuk bekerja di negara jiran akan berkurang. Secara tidak langsung, keadaanini seterusnya akan mengurangkan pemerdagangan manusia.

Selain itu, masyarakat pula perlu bersikap proaktif dan melaporkan gerak-geri yang

mencurigakan di sekeliling mereka. Mereka harus bekerjasama dan memastikan kawasan

tempat tinggal mereka tidak dijadikan sebagai markas pemerdagangan manusia. Contohnya,

Persatuan Rukun Tetangga perlu sentiasa menjalankan pelbagai langkah untuk membanteras

 perlakuan jenayah di kawasan perumahan mereka. Masyarakat tidak perlu takut untuk 

melaporkan jenayah pemerdagangan manusia kepad pihak berkuasa kerana identiti mereka

akan dirahsiakan. Maka, sekiranya rakyat Malaysia bersikap proaktif, pasti jenayah

 pemerdagangan manusia mampu diatasi dengan mudah.

Page 9: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 9/37

Tuntasnya, sememangnya terdapat pelbagai faktor berlakunya jenayah pemerdagangan

manusia dan pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi jenayah tersebut.

 Namun begitu, langkah-langkah tersebut hanya akan membuahkan hasilnya jika pihak 

kerajaan dan masyarakat berganding bahu kerana sesungguhnya bertepuk sebelah tangan

tidak akan berbunyi. Semoga dengan penyifaran jenayah pemerdagangan manusia, kita dapat

menzahirkan Wawasan 2020 dan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia.

7. Kesan-kesan buruk laman sesawang sosial

Era globalisasi yang sarat dengan pelbagai cabaran zahir dan maya ini, terbit satu

masalah yang kian meruncing dalam rakyat Malaysia, iaitu ketagihan terhadap laman

sesawang sosial. Menurut kajian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

(SKMM), secara purata, seorang rakyat Malaysia kini mempunyai 3 akaun laman sosial

Facebook. Lebih-lebih lagi, rakyat Malaysia didapati mempunyai rakan Facebook teramai jikadibandingkan dengan pengguna-pengguna laman sosial itu di negara-negara yang lain. Bukan

itu sahaja, malah menurut kajian yang sama, seorang rakyat di negara ini meluangkan masa

selama sembilan jam dalam tempoh seminggu untuk melayari laman-laman sosial. Hasil

kajian ini jelas menunjukkan bahawa 'ketagihan' rakyat Malaysia terhadap laman-laman sosial

seperti Facebook dan Twitter semakin serius malah membimbangkan. Hal ini demikian

kerana terdapat pelbagai kesan buruk laman sesawang sosial.

Pertama sekali, laman sesawang sosial akan menyebabkan pembaziran berlaku. Wang

mengalir dengan begitu mudah apabila kita menggunakan laman sesawang sosial. Misalnya,

kita terpaksa membayar bil internet dan bil elektrik yang lebih tinggi kerana menggunakan

 perkhidmatan tersebut untuk melayari alam maya yang kita gemari. Lebih menyedihkan lagiapabila masa kita yang amat berharga turut terbazir begitu sahaja di hadapan kaca komputer.

Sekiranya hasil kajian SKMM mengenai jumlah jam yang diluangkan oleh seorang rakyat

Malaysia untuk melayari laman-laman sosial adalah tepat, maka kita sedang membuang

hampir 80 minit pada setiap hari. Ungkapan masa itu emas semakin dilupakan oleh rakyat

Malaysia akibat terlalu fanatik dengan dunia maya. Secara tidak langsung, rakyat Malaysia

yang berhemat dan bijak menggunakan masa semakin 'hilang ditelan zaman'.

Di samping itu, laman sesawang sosial juga menyebabkan pelbagai gejala negatif 

 berlaku. Hakikatnya, laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter merupakan satu

 bentuk penjajahan minda yang menyasarkan golongan muda. Insan kerdil ciptaan Tuhan ini

sepatutnya berusaha melakukan anjakan paradigma terhadap negara. Malangnya, pengaruhinternet, terutamanya laman sesawang sosial telah menjejaskan kekuatan mental remaja.

Umpamanya, menerusi Facebook, golongan muda, khasnya perempuan gemar menyebarkan

gambar-gambar diri mereka yang mencolok mata demi mendapatkan jumlah 'like' yang tinggi.

Ugutan serta kegiatan buli turut sering dilakukan oleh remaja menerusi laman-laman sosial

kerana mereka menganggap perbuatan tersebut tidak menyalahi undang-undang negara.

 Namun begitu, tanpa disedari oleh mereka, 'mangsa' mereka akan terganggu secara emosi

sehingga melakukan perkara-perkara di luar jangkaan seperti bunuh diri.Maka, impak laman

sesawang sosial terhadap penggunanya, terutamanya remaja sungguh tinggi dan mampu

membawa kemudaratan yang amat buruk.

Page 10: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 10/37

Selain itu, negara turut menerima kesan buruk yang langsung akibat pengaruh laman

sesawang sosial. Terdapat insiden-insiden yang telah menjejaskan keamanan negara kerana

laman sosial. Misalnya, penganjur perhimpunan haram pada awal tahun ini telah

menggunakan blog dan Facebook untuk menyebarkan maklumat-maklumat mengenai

 penganjuran aktiviti tersebut. Kesannya, ibu negara telah huru-hara selama hampir setengah

hari. Peristiwa tersebut berulang pada malam menjelang sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-55 apabila pihak yang sama menggunakan Facebook sebagai wahana untuk mengajak rakyat

Malaysia berhimpun secara haram di Dataran Merdeka. Situasi ini telah mencemarkan nama

 baik negara kita yang telah lama diukir sejak tahun 1957. Keadaan ini sesungguhnya

membuktikan bahawa pengaruh laman sesawang sosial turut menjejaskan keamanan negara.

Intihanya, sememangnya terdapat pelbagai kesan buruk laman sesawang sosial. Oleh itu,

 pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaan, pihak sekolah dan ibu bapa perlu berganding bahu

dan melaksanakan langkah-langkah bersepadu untuk mendidik anak-anak muda supaya

menggunakan laman sesawang sosial secara bijak. Jika laman sesawang sosial dimanfaatkan

oleh golongan muda secara maksimum, pasti dunia maya itu tidak akan menyebabkan

 pengaruh negatif dalam kalangan mereka. Maka, tidak mustahil laman sesawang sosialmampu menjadi salah satu faktor pemangkin pembangunan negara sekali gus membantu

dalam mencapai Wawasan 2020 dengan melahirkan rakyat Malaysia yang celik teknologi

maklumat.

8.Ciri-ciri Remaja Gemilang

Era globalisasi yang sarat dengan pelbagai cabaran zahir dan maya ini, terbit satu

 persoalan yang sering menjadi topik perbualan masyarakat pada hari ini, iaitu ciri-ciri sebenar 

remaja gemilang. Mantan presiden Indonesia, Seokarno pernah berkata, "berikan saya sepuluhorang belia waja, nescaya saya akan gegarkan dunia ini". Kata-kata beliau jelas membuktikan

 bahawa remaja yang merupakan insan kerdil ciptaan Tuhan mampu melakukan anjakan

 paradigma terhadap masyarakat, negara dan dunia. Menyedari hakikat ini, pihak kerajaan

dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan giat melaksanakan pelbagai langkah demi

membentuk remaja yang dapat memberi impak saujana terhadap negara pada masa hadapan.

Tamsilnya, pihak kerajaan telah memperkenalkan program Rakan Muda yang bermatlamat

untuk melahirkan remaja yang sempurna dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

 jasmani. Lebih-lebih lagi, mereka turut menganjurkan Himpunan Jutaan Belia pada setiap

tahun untuk menghimpunkan remaja dari seluruh negara dan melibatkan diri dalam pelbagai

aktiviti secara sihat. Setiap langkah ini dilaksanakan demi melahirkan remaja yang gemilang

dengan ciri-ciri tertentu.

Pertama sekali, remaja gemilang merupakan remaja yang sentiasa menunjukkan

ketaatan yang utuh terhadap negara. Tunas yang baru sahaja mengenali dunia ini dapat

disifatkan sebagai individu yang cemerlang jika mereka sentiasa sudi memberi sumbangan

kepada tanah air mereka. Remaja gemilang patut bergiat secara aktif dalam pelbagai

 pertandingan di peringkat antarabangsa demi mengharumkan nama Malaysia. Umpamanya,

remaja harus mencontohi Pandalela Rinong yang baru sahaja berumur 19 tahun tetapi telah

 berjaya meraih satu pingat gangsa dalam Sukan Olimpik yang lalu sekali gus menyebabkan

Malaysia mendapat tumpuan masyarakat di seluruh dunia. Pada masa yang sama, remaja

 perlu mengelakkan diri daripada kegiatan yang mampu menjejaskan keharmonian negara.

Mereka tidak patut menjadi duri dalam daging sehingga mudah dipengaruhi oleh pihak tertentu untuk kepentingan peribadi mereka. Contohnya, remaja seharusnya tidak terlibat

Page 11: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 11/37

dengan perhimpunan haram yang jelas memburukkan negara pada pandangan mata dunia.

Maka, remaja yang sentiasa sudi memberi sumbangan kepada negara serta tidak melakukan

onarlah yang dikatakan sebagai remaja gemilang yang taat kepada negara.

Di samping itu, remaja gemilang juga merupakan golongan muda yang mempunyai

 jati diri. Hakikatnya, remaja kini sering terlibat dengan pelbagai gejala sosial. Contohnya,gejala pembuangan bayi, vandalisme dan gangsterisme semakin berleluasa dalam kalangan

golongan muda malah berada pada tahap kritikal. Keadaan ini bertambah keruh apabila

remaja mudah dipengaruhi dengan budaya kuning dan semakin melupakan budaya timur.

Sebagai contoh, cara berpakaian dan pertuturan harian golongan muda kini bersifat

'kebaratan'. Namun begitu, jika remaja berjati diri, sudah tentu mereka sentiasa sanggup

mempertahankan budaya timur yang sememangnya kaya dengan pelbagai amalan yang luhur.

Misalnya, masyarakat Timur amat menekankan amalan menghormati orang yang lebih tua,

cara berpakaian secara bersopan serta pertuturan yang disenangi oleh semua lapisan

masyarakat. Secara tidak langsung, remaja akan berdisiplin dan tidak terlibat dengan kegiatan

negatif. Maka, golongan remaja inilah yang dikatakan sebagai gemilang.

Selain itu, sebagai golongan rakyat yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa

hadapan, remaja gemilang harus mempunyai semangat inkuiri yang tinggi. Hal ini demikian

kerana tanpa semangat untuk mencuba sesuatu perkara yang baharu, remaja tidak akan dapat

memajukan diri dan negara. Tamsilnya, remaja mestilah melibatkan diri dalam penyelidikan

dan pembangunan serta berani untuk menerokai sesuatu bidang yang baharu. Remaja patut

mencontohi individu-individu yang berjaya dalam hidup mereka pada usia yang muda.

Umpamanya, seorang pelajar berumur 16 tahun di Nepal telah berjaya mencipta sebuah alat

yang dapat menghasilkan kuasa elektrik daripada rambut. Kisah kejayaannya mendapat

 perhatian seluruh dunia sehingga dia ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya di

Amerika Syarikat. Individu seperti inilah yang dikatakan sebagai remaja gemilang. Walau

 bagaimanapun, remaja haruslah berfikir secara rasional dan mengelakkan perkara-perkarayang mampu memudaratkan diri mereka dan orang lain. Secara ringkas, semangat inkuiri

yang dimiliki oleh remaja mestilah digunakan secara positif untuk pembangunan masyarakat.

Situasi ini sudah tentu melahirkan remaja gemilang yang mampu menyumbang kepada

masyarakat dan negara.

Seterusnya, kita perlu sedar dan ingat bahawa remaja gemilang juga perlu mempunyai

ilmu keagamaan yang lengkap dalam diri mereka. Golongan muda tidak patut bersikap

materialistik tetapi haruslah mengamalkan amalan harian yang selari dengan pegangan agama

mereka. Seseorang remaja masih akan dipandang rendah dan dihina oleh masyarakat

walaupun dia berjaya dalam hidup tetapi tidak mempercayai kewujudan Tuhan sehingga

sering melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran agama. Contohnya,remaja yang cemerlang dalam akademik dan aktif dalam sukan akan tetap dicela jika tidak 

menunaikan kewajipannya sebagai seorang penganut agama tertentu. Oleh sebab itu, remaja

gemilang perlu sentiasa berpegang kepada ajaran agamanya. Misalnya, sebagai seorang

 penganut agama Islam, remaja harus menunaikan solat lima kali pada setiap hari. Setiap

 penganut agama Buddha dan Hindu pula perlu mempercayai hukum karma yang menekankan

 bahawa setiap tindakan manusia pasti ada balasannya. Keadaan ini seterusnya akan

melahirkan remaja yang sentiasa mempunyai satu pegangan hidup yang kukuh.

Page 12: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 12/37

Tuntasnya, sememangnya terdapat pelbagai ciri remaja gemilang. Oleh itu, pihak 

kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, pihak sekolah dan ibu bapa perlu mengenal pasti dan

melaksanakan langkah-langkah yang dapat membantu remaja membina keperibadian diri

mereka secara positif dan holistik. Kita perlu sentiasa ingat bahawa masa hadapan Malaysia

terletak pada tangan remaja. Malah, gambaran masa hadapan negara dapat dilihat melalui

remaja pada hari ini. Maka, remaja gemilang sememangnya mustahak jika kita mahu melihatMalaysia terus membangun dan mencapai status negara maju. Sekiranya remaja gemilang

dapat dibentuk, sudah tentu negara kita yang tercinta dapat berdiri sama tinggi, duduk sama

rendah dengan negara-negara maju seperti Jepun, Singapura dan Amerika Syarikat sekali gus

menzahirkan Wawasan 2020.

9. Kesan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, penggunaan telefon bimbit telah

menjadi satu keperluan kepada kebanyakan umat manusia. Dahulu, hanya golongan kaya yang

menggunakan telefon bimbit, tetapi kini, dalam kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik 

marcapada ini, kebanyakan golongan dewasa, remaja dan pelajar serta murid sekolah rendah juga

 berupaya menggunakan telefon bimbit. Remaja dan murid sekolah rendah turut mengikut jejak orang

dewasa menggunakan telefon bimbit. Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang implikasi

penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar? Oleh hal yang demikian, implikasi baik dan buruk 

 yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Realitinya, memang tidak dapat dinafikan

 bahawa penggunaan telefon bimbit dapat mengeratkan silaturahim dan ukhuwah. Pelajar dapat

 berinteraksi dengan orang lain di segenap empat penjuru dunia pada bila-bila masa kerana segalanya

di hujung jari. Selain itu, pelajar juga boleh menghantar mesej melalui Khidmat Pesanan Ringkas

(SMS) atau Khidmat Pesanan Multimedia (MMS). Sebagai contoh, seorang mahasiswa yang

melanjutkan pelajaran di Rusia dapat menghubungi keluarganya yang berada di Malaysia dengan

menggunakan telefon bimbit. Sekiranya mahasiswa tersebut tidak mempunyai telefon bimbit, dia

terpaksa menggunakan telefon awam di luar negara untuk menelefon ahli keluarganya. Intihanya, kita

perlu mengapresiasikan penggunana telefon bimbit kerana afdal untuk mengukuhkan hubungan.

Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah penggunaan telefon bimbit

 juga menimbulkan impak negatif. Seyogianya pelajar perlu mengurangkan penggunakan telefon

 bimbit kerana penggunaan telefon bimbit merupakan pembaziran. Hal ini dikatakan demikian kerana

golongan remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang juga ingin

mempunyai model telefon bimbit terbaru apabila melihat kawan lain juga memilikinya. Bukan itu

sahaja, terdapat juga pelajar terpaksa menanggung bil telefon yang mahal kerana kerap menelefon dan berbual-bual dengan kawan walaupun mengetahui kadar bayarannya. Sebenarnya, mereka sepatutnya

Page 13: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 13/37

mengukur baju di badan sendiri dan jangan nanti sudah terhantuk baru tengadah. Bak kata pepatah

melayu,”ingat sebelum kena, jimat sebelum habis”. Oleh itu, pelajar harus mengurangkan penggunaan

telefon bimbit supaya dapat mengelakkan pembaziran

Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sememangnya menjejaskan pelajaran mereka.

Hal ini berlaku kerana pelajar menggunakan telefon bimbit tanpa kawalan. Mereka sering menghantar

mesej kepada kawan untuk perbualan kosong. Selain itu, kita acapkali tersentak dengan masalah

“pasangan” yang berlaku di bangku sekolah. Penggunanan telefon bimbit dalam kalangan pelajar akan

menimbulkan lagi masalah tersebut. Tambahan pula, sekiranya pelajar membawa telefon bimbit ke

sekolah, mereka tidak akan menumpukan perhatian untuk belajar tetapi leka dengan permainan

 video. Mereka juga terpaksa menanggung risiko kehilangan telefon bimbit. Konklusinya, pelajar tidak 

mementingkan pelajaran seandainya mereka mempunyai telefon bimbit.

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, penggunaan telefon bimbit juga akan

menjejaskan kesihatan pelajar. Kebanyakan perkhidamatan telefon bimbit seperti perkhidmatan

telefon, GPRS(General Packet Radio Service), khidmat pesanan ringkas (Short Message Service, SMS),

khidmat pesanan multimedia (Multimedia Message Service, MMS), dikenakan bayaran. Hal ini

menyebabkan sesetengah pelajar sanggup mengikat perut dan berlapar untuk membayar bil telefon

 bimbit. Mereka telah menyalahgunakan wang saku yang diberi oleh ibu bapa mereka. Selain itu,

telefon bimbit akan mengeluarkan gelombang semasa kita menjawab telefon dan akan mengganggu

fungsi saraf otak sehingga menyebabkan barah atau kanser. Tuntasnya, pelajar sepatutnya tidak 

menggunakan telefon bimbit. Bak kata pepatah, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada

gunanya” 

Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar mendatangkan lebih banyak 

kesan buruk daripada kesan baik. Pelajar seyogianya memanfaatkan kebaikan dan mengelakkan

keburukan penggunaan telefon bimbit kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan

sempadan. Bak kata pepatah, genggam bara api biarlah sampai jadi arang, justeru itu, langkah-

langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik perlu dilaksanakan oleh semua pihak secara

 berterusan dan jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja untuk membasmi masalah yang

timbul ekoran daripada penggunaan telefon bimbit serta melahirkan remaja yang berwawasan kerana

pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Page 14: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 14/37

10. Usaha-usaha Mewujudkan Perpaduan Kaum di Malaysia

Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung

 bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan

dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan

negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar 

 perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat.

Usaha pertama untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah

denganmengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan

 peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali

antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama

untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman merekasesuai dengan slogan Negara Bersih Rakyat Sihat. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong

yang boleh dijalankan ialah membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah

 perkuburan dan sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta

memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa yang berat sama dipikul, yang

ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.

Selain itu itu, perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai dengan meraikan sambutan

 perayaan kaum-kaum di Malaysia secara bersama-sama. Melalui aktiviti kunjung-

mengunjung yang dilakukan akan dapat mengeratkan silaturahim antara jiran serta rakan

daripada pelbagai kaum. Sebagai contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina,

Deepavali merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat pelbagai

kaum. Melalui kunjungan sambutan perayaan sesuatu kaum dapat menerbitkan perasaan

hormat-menghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum lain. Di samping itu, budaya ini

dapat mengukuhkan perpaduan akibat kurangnya syak wasangka antara kaum di Malaysia.

Sekiranya perkara ini dapat dipraktikkan nescaya masyarakat Malaysia akan mampu

menghadapi apa-apa sahaja cabaran yang datang dari luar atau masyarakat antarabangsa,ibarat kata peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat serta

 bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Seterusnya, aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan boleh mewujudkan

 perpaduan kaum di Malaysia. Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali

 penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum diMalaysia. Dalam hal ini, satu

 perkara yang perlu diselesaikan adalah dengan memecahkan monopoli sukan dan permainan

yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja seperti permaian bola keranjang, ping pong, sepak 

takraw dan sebagainya. Kita berharap pada suatu masa nanti pasukan bola keranjang negara

Page 15: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 15/37

misalnya, mampu diwakili pelbagai kaum di Malaysia dan bukan sahaja dimonopoli oleh

kaum Cina sahaja. Dalam konteks ini, sukan bola sepak, badminton, hoki dapat dijadikan

contoh dan teladan. Dengan bermain bersama-sama dalam sesuatu sukan dan permainan serta

seterusnya mewakili pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa, akan dapat menanamkan

semangat cinta akan negara. Usaha ini tentu dapat mengharumkan nama negara sekali gus

meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa.

Sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat

kemerdekaan negara. Sambutan Hari Kebangsaan sesungguhnya membuka satu lagi jalan

dalam usaha memupuk perpaduan di Malaysia. Pada kebiasaannya, pelbagai kaum akan

menyertai upacara sambutan tersebut pada setiap tahun. Melalui pelbagai aktiviti yang

dijalankan nescaya dapat menambahkan ukhwah dan permuafakatan antara masyarakat

 pelbagai kaum di Malaysia. Di samping itu, penghayatan tema sambutan Hari Kebangsaan,

misalnya Keranamu Malaysia diharap dapat menanam semangat cinta akan negara sekali gus

mengukuhkan amalan peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Sesungguhnya, semua kaum di Malaysia perlu memahami bahawa kemerdekaan yang digapai

 pada hari ini perlu dijaga kerana Malaysia hanya satu, dan tiadak ada duanya. Peribahasa

hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baiklah di negeri sendiri perlu

direnungi oleh setiap warganegara Malaysiaagar perpaduan bukanlah menjadi duri dalam

daging dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020.

Intihanya, semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan

masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang enteng

akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak 

 perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya. Kini, kita berada dalam era

globalisasi dan liberalisasi.Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk 

sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi

dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan

dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah

 pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai dengan restu dan

 perkenan Tuhan Yang Maha Berkuasa.

11. Malaysia kini dibanjiri oleh pekerja asing daripada pelbagai bangsa sebagai kesan dasar 

 pintu terbukanya. Dasar tersebut telah membawa pelbagai implikasi buruk dan perlu

diperketat semula.

Page 16: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 16/37

Huraikan kesan-kesan buruk dasar tersebut dan kemukakan langkah-langkah proaktif untuk 

membendungnya.

Format : Tiada

Pendahuluan:

Kedatangan pekerja asing ke negara kita bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan -

Pekerja asing merujuk kamus bermaksud tenaga kerja yang datang dari negara lain seperti

Indonesia, Bangladash, Filipina, Thailand, dan sebagainya – dianggap sebagai lombong emas

kerana di mana ada gula, di situ ada semut – Sektor yang menjadi tumpuan – sektor pertanian,

 perkilangan dan perladangan – Dasar kerajaan yang membuka lebih luas peluang pelaburan

serta memberi layanan dan kemudahan kepada pelabur asing untuk membina kilang mereka di

sini merancakkan kedatangan mereka lagi – membawa kesan-kesan negatif 

Isi-isi:

Kesan-kesan negatif:

(a) menyekat peluang pekerjaan penduduk tempatan – sikap majikan di negara gemar 

mengupah pekerja asing – kadar upah murah – sikap tidak memilih pekerjaan – hidup

 penduduk tempatan tersepit – kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan – Buktinya,

hampir 2.1 juta rakyat tempatan hilang peluang pekerjaan – kadar pengangguran semakinmeningkat

(b) Peningkatan jenayah - tidak mempunyai gaji yang mencukupi dan tidak mempunyai

 pekerjaan – kos sara hidup semakin meningkat sebagai akibat kemelut ekonomi global - pecah

rumah, kecurian, rogol, rusuhan, dan lain-lain – Mantan Ketua polis Negara ( KPN) Tan Sri

Musa Hassan mengakui pendatang asing yang melebihi 2.4 juta orang di negara ini

menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah

(c) Kesan ekonomi – pengaliran keluar mata wang negara pada kadar yang banyak pada setiap

 bulan – merugikan negara dari segi tukaran wang asing dan menguntungkan negara asal

 pekerja asing ini - sistem transaksi canggih di bank-bank negara kita – proses pertukaran

wang dapat dilakukan dengan mudah dan cepat serta perkhidmatan yang murah – Bukti

statistik, sebanyak RM9.124 juta telah dihantar ke negara asal pekerja asing di antara bulan

Januari hingga Jun 2008 – membebankan kewangan negara – RM1.169 juta digunakan sehari

oleh kerajaan sebagai kos untuk penahanan PATI – akan merugikan negara dari segi

kerancakan perniagaan dan melemahkan kerancakan ekonomi di negara kita

Page 17: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 17/37

Langkah-langkah membendungnya:

(d) mengehadkan pergantungan kepada buruh asing - menimbulkan pelbagai masalah sosial

dan keselamatan – pengambilan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu mengikut negara

sumber yang diluluskan kerajaan - pihak berkuasa akan mampu memantau kehadiran dan

 pergerakan warga asing di negara ini - Dengan mengehadkan penyertaan pekerja asing dalam

sektor perladangan dan pembantu rumah, mudahlah rakyat serta pihak berkuasa mempersoal

dan mengambil tindakan segera ke atas kehadiran rakyat asing yang tiada permit kerja dalam

sektor-sektor yang ditetapkan oleh kerajaan - Jelasnya, pihak ejen dan majikan yang

mengambil pekerja asing perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.

(e) menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas - Hal ini kerana banyak pekerja

asing adalah pendatang haram yang menyusup masuk dengan menggunakan dokumen palsu.Akta imigresen perlulah lebih tegas agar pendatang haram ini tidak berani bertindak lebih

 jauh. Perairan negara juga haruslah dikawal sepanjang masa untuk mengelakkan mereka

menyusup melalui jalan laut.

Penutup:

Kedatangan pekerja asing ini tetap ada kebaikannya - kerajaan haruslah mengkaji segala

aspek dari segi ekonomi, politik, dan sosial – kesejahteraan dan pembangunan negara

12. 1 MALAYSIA TERAS PERPADUAN NEGARA

Dalam kerancakan penduduk jagatraya berjalan bersama-sama bayang-bayang keharmonian,

riang berlagu gembira, pemimpin diumpamakan sebagai jantung sesebuah negara. Pemimpin

 perlu bijak mengorak langkah proaktif untuk mengekalkan kestabilan keharmonian dan

keamanan negara.. Umum mengetahui, keunikan Malaysia adalah bersandarkan kesejahteraan

hidup kesatuan tiga kelompok berbeza bangsa dan agama namun masih mampu mengekalkan

keamanan sejagat. Perpaduan menjadi elemen penting dan merupakan cerucuk dominan

dalam mengekalkan keamanan. Oleh hal yang demikian, idea yang dilontar dan dilemparkan

oleh Perdana Menteri Malaysia ke lima, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib dalammengetengahkan gagasan 1 Malaysia merupakan satu tindakan yang wajar dicontohi oleh

tampuk kepimpinan yang lain. 1 Malaysia mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan

 pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagaimana slogan YAB Perdana Menteri

„Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan‟. 1 Malaysia dikatakan membawa aspirasi

untuk memperbaiki hubungan antara kaum bagi memastikan rakyat Malaysia menjalinkan

 perpaduan yang lebih erat. Sekadar memetik kata-kata Datuk Seri Najib, beliau berbicara

“saya berharap semua rakyat Malaysia melihat hari muka dengan lebih optimis dan keazaman

untuk membina satu Malaysia yang lebih kukuh dan dinamik”. Sejajar dengan ini, perpaduan

yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan

suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Page 18: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 18/37

Konsep 1 Malaysia telah menjadi asas pegangan dalam menjaga keadilan untuk semua kaum,

yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak 

akan dipinggirkan. Umum mengetahui, perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1

Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain, di mana

identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama.

Sebaliknya 1 Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip PerlembagaanPersekutuan dan identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai

satu aset yang patut dibanggakan. Disini jelas menunjukkan bahawa negara mengekalkan

keadilan setiap kaum tanpa mengubah pegangan dan cara hidup mereka. Rakyat diberi

kebebasan dalam menentukan pegangan hidup masing-masing tanpa sebarang halangan.

Memetik kata-kata daripada seorang peguam di Indonesia, beliau berkata “keadilan yang

hakiki hanya ada disyurga, tetapi kita di dunia cuba hampiri ke tahap itu”. Justeru, kelebihan

yang diperoleh apabila menjadi warga Malaysia seharusnya diiringi dengan rasa syukur 

kerana diberi peluang untuk hidup dalam suasana harmoni tanpa sebarang diskriminasi.

Seterusnya, 1 Malaysia ialah satu gagasan bagi memupuk sikap saling menghormati dalam

kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yangseharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Tidak kira sama ada Melayu, Cina,

mahupun India, sikap ini perlu disemat kukuh dalam sanubari generasi hari ini untuk 

mengekalkan perpaduan negara. Kita tidak mahu negara gah dengan kemodenan berkelas

 pertama tetapi masyarakat masih mengamalkan gaya hidup berkelas ketiga lantaran

ketempangan sikap saling menghormati. Masyarakat Melayu misalnya, perlu menghormati

 pegangan dan kepercayaan bangsa lain dan begitu juga sebaliknya kerana setiap bangsa

mempunyai amalan dan kepercayaan yang tersendiri . Kita tidak boleh bersikap serperti enau

dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dengan mengamalkan sikap mementingkan

diri sendiri tanpa memikirkan sensitiviti bangsa lain. Di sinilah pentingnya sikap hormat-

menghormati dalam kalangan rakyat kerana apabila hidup di bawah satu bumbung bersama

tiga kelompok berbeza adalah suatu perkara yang tidak boleh diambil mudah dan dipandangenteng kerana setiap perlakuan dan tutur kata perlu dijaga rapi. Jangan kerana nila setitik,

rosak susu sebelanga. Justeru, sinergi daripada setiap lapisan masyarakat amat diperlukan

dengan menjadikan sikap saling menghormati sebagai salah satu inisiatif dalam mengekalkan

 perpaduan.

Pemimpin perlu bijak dalam memainkan peranan untuk membina rumpunan bangsa Malaysia

yang bahu-membahu atau bantu-membantu agar dapat memperkukuh ikatan kaum yang akan

menjadi tunjang kepada pembangunan dan keharmonian negara. Apakah ikatan dan jalinan ini

akan berterusan jika ada rakyat yang tidak tahu menilai perpaduan negara?. Oleh yang

demikian, konsep 1 Malaysia yang diketengahkan mampu menyemai sikap saling

 bekerjasama sesama rakyat. Sekadar mengambil contoh daripada persekitaran sekeliling,rakyat Malaysia mampu menjalankan urusan perniagaan secara perkongsian walaupun

 berbeza bangsa. Selain itu, jika dinilai dari alam persekolahan, sekolah-sekolah Cina tidak 

lagi hanya didiami oleh bangsa tersebut semata-mata, malahan anak-anak Melayu dan India

turut menuntut di sekolah yang sama. Begitu juga dengan bangsa India, mereka tidak hanya

tertumpu kepada sekolah jenis kebangsaan tamil atau SJK(T) sahaja. Di sini jelas

menunjukkan bahawa sikap kerjasama tidak hanya wujud dalam golongan profesional sahaja,

anak-anak di bawah umur mahupun belia-belia harapan bangsa turut mampu mengamalkan

sikap saling bekerjasama antara satu sama lain. Oleh hal yang demikian, konsep 1 Malaysia

membantu memepertingkatkan lagi sikap tersebut seterusnya perpaduan negara lebih mudah

dicapai.

Page 19: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 19/37

Ketulusan dan keterbukaan sikap rakyat Malaysia hidup dalam kesatuan tiga kelompok 

 berbeza bangsa sering menjadi buah mulut masyarakat seantero dunia yang kagum dengan

 perpaduan yang dikecapi. Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang

menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan

ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia.

Teras perpaduan yang diterapkan iaitu penerimaan. Konsep penerimaan dan toleransi adalahdua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan

akan memperlihatkan perlakuan yang positif iaitu dengan menerima sepenuhnya sesuatu

 perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula

 berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku

apabila sesuatu pihak tiada pilihan dan kadangkala diterima dengan tidak jujur. Malaysia

memerlukan rakyat yang dapat menerima apa sahaja perkara baik dan mendapat persetujuan

secara kesepakatan. Penerimaan semua kaum mendapatkan apa yang terbaik amat diperlukan

 bagi membina sebuah negara bangsa. Justeru, perkara-perkara yang terbaik daripada kaum

Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada

masyarakat negara ini.

Tuntasnya, konsep satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan

kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang lebih erat

sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Melalui konsep 1 Malaysia ini tidak akan

wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah

 bangsa Malaysia dan rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk 

 bersama-sama memajukan negara. Rakyat perlu menumpahkan sepenuh kesetiaan kepada

negara sebagaimana setianya Hang Tuah kepada sultan. Kerajaan khususnya perlu menagih

komitmen dan pengertian menyeluruh semua pihak terhadap kepentingan perpaduan negara

dan peranan gagasan 1 Malaysia dalam membantu merealisasikan impian dalam membentuk 

sebuah negara bangsa. Keharmonian negara yang dikecapi dan keamanan menyirup udara

segar hasil kemerdekaan perlu dikekalkan supaya keaman dan perpaduan ini tetap berterusanhingga generasi akan datang. Mantan Perdana Menteri Indonesia ada menyatakan, “jika ingin

melihat generasi pada masa akan datang, lihatlah generasi pada hari ini.

13.Cara-cara seorang pelajar mencapai kejayaan

(TEMA) Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini mengimpikan kejayaan dalam apa-

apa jua bidang yang diceburi. Kejayaan yang dicapai akan membawa kegembiraan dan

kebahagiaan dalam kehidupan kita. (ISU) Kejayaan Nik Nur Madihah dalam peperiksaan Sijil

Pelajaran Malaysia pada tahun 2008 yang berjaya memperoleh 20A walaupun beliau

merupakan seorang anak tukang sapu dan nelayan bukanlah satu perkara yang mustahil.

Untuk mendapatkan kejayaan, usaha yang gigih amat diperlukan kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. (ARAHAN) Persoalannya, apakah cara-

cara yang sewajarnya dipraktikkan oleh seorang pelajar untuk menjadi pelajar yang berjaya

dalam pelbagai lapangan?

(ISI 1) Cara perdana untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam pelajaran ialah

seseorang pelajar itu perlulah belajar bersungguh-sungguh untuk cemerlang dalam bidang

akademik. (HURAIAN - MENGAPA) Hal ini dikatakan demikian kerana kejayaan dalam

 bidang kurikulum atau akademik merupakan satu platform yang signifikan untuk 

menjejakkan kaki di menara gading dan sekali gus merealisasikan cita-cita kita. (CONTOH –  

BAGAIMANA + UNGKAPAN) Oleh itu, kita perlulah mengulang kaji pelajaran dengan

 bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti jemu kerana usaha itu tangga kejayaan.Sesungguhnya, kejayaan itu tidak akan datang kepada manusia yang leka. (HURAIAN

Page 20: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 20/37

CONTOH – KESAN) Dengan ini, pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum akan

dapat dilahirkan dan masa depannya akan lebih cerah. (PENEGAS) Tegasnya, kejayaan

seseorang pelajar dapat dicapai melalui kesungguhannya dalam bidang kurikulum.

(ISI 2) Usaha yang seterusnya untuk mencapai kejayaan bagi seseorang pelajar adalah

dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum. (HURAIAN – MENGAPA)Aktiviti kokurikum dapat mendedahkan pelbagai kemahiran kepada seseorang pelajar dan

membentuk disiplin para pelajar. (CONTOH – BAGAIMANA) Sebagai contohnya, badan

 beruniform pengakap sering mengadakan aktiviti berkawad dan perkhemahan untuk 

meningkatkan kemahiran sosial dan tahap disiplin mereka. (HURAIAN CONTOH – KESAN

+ UNGKAPAN) Ekoran daripada aktiviti-aktiviti seumpama ini, pelajar akan menjadi lebih

 berdisiplin dan dapat bekerjasama antara satu sama lain bagai aur dengan tebing untuk 

memburu kejayaan. (PENEGAS) Pendek kata, penglibatan aktif para pelajar dalam bidang

kokurikulum dapat menjana kejayaan mereka di samping melahirkan insan yang holistik.

(ISI 3) Jika kita lihat dari perspektif yang berbeza, pelajar yang ingin kejayaan

 perlulah sentiasa menjaga sahsiah diri dan disiplin diri. (HURAIAN – MENGAPA) Pelajar yang bertingkah laku positif akan sentiasa memastikan dirinya tidak mudah terpengaruh

dengan anasir-anasir yang negatif yang akhirnya akan menjejaskan pelajarannya. (CONTOH

 – BAGAIMANA) Oleh itu, mereka akan sentiasa berpegang teguh dengan ajaran agama dan

tidak akan sekali-kali melanggar peraturan sekolah seperti ponteng sekolah dan terlibat dalam

kes buli. (HURAIAN CONTOH – KESAN) Rentetan daripada itu, maruah pelajar tidak akan

tercemar dan akan sentiasa dihormati oleh orang lain. (UNGKAPAN MENARIK) Bukan itu

sahaja, usahanya untuk memburu kejayaan juga tidak akan menjadi angan-angan Mat Jenin.

(PENEGAS) Izharlah bahawa pelajar yang sentiasa menitikberatkan penjagaan maruah dan

disiplin diri akan beroleh kejayaan yang diimpikan.

(PENUTUP - KESIMPULAN ISI-ISI) Sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat beberapa cara yang perlu dipraktikkan oleh seseorang pelajar yang ingin mengecapi

kecemerlangan. Ingatlah kata orang tua-tua bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan

dapat sagunya kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. (CADANGAN) Oleh itu,

setiap pelajar yang menginginkan kejayaan perlulah mengatur langkah yang efektif dan

 pragmatik dan tidak mengamalkan sikap bertangguh kerana bertangguh itu pencuri masa. Ibu

 bapa juga perlulah sentiasa menjadi tulang belakang kepada kejayaan anak-anak dengan

memberikan sokongan dan dorongan kepada anak-anak mereka untuk berjaya dalam bidang

yang diceburi. (HARAPAN) Semoga kejayaan para pelajar di negara kita ini dapat

melahirkan generasi muda berminda kelas pertama yang cemerlang, gemilang dan terbilang

untuk bersaing dengan negara lain di pentas global

14.Punca-punca masalah obesiti

.  (TEMA) Obesiti dapat ditakrifkan sebagai seseorang yang mempunyai berat badan

yang berlebihan. Dalam erti kata lain, obesiti ialah badan yang tidak ideal dengan ketinggian.

(ISU) Pada zaman yang semakin pesat dengan revolusi perindustrian seperti cendawan yang

tumbuh selepas hujan, semakin banyak remaja yang menghadapi masalah obesiti.

Kebanyakan remaja pada zaman sekarang kurang menjaga bentuk atau fizikal badan mereka.

Fenomena ini terjadi kerana para remaja suka makan makanan segera yang tinggi dengan

kalori. Remaja menganggap bahawa obesiti sebagai satu fenomena biasa. Buktinya, Institut

Jantung Negara (IJN) dalam kajiannya pada tahun 2007 melaporkan bahawa 60 peratus

remaja telah menghidap penyakit jantung pada tahun tersebut. Sepatutnya, setiap individu perlu berpegang teguh serta mengamalkan cogan kata yang berbunyi badan sihat, otak cerdas.

Page 21: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 21/37

(ARAHAN) Persoalannya, apakah punca-punca masalah kegemukan dalam kalangan remaja

yang semakin mewabak pada era ini?

(ISI 1) Punca masalah obesiti dalam kalangan remaja semakin merebak pada masa ini

ialah para remaja tidak mempraktikkan amalan pemakanan seimbang. (HURAIAN –  

MENGAPA) Pada zaman revolusi perindustrian ini, banyak syarikat makanan segera yang berkalori tinggi dan berlemak tinggi. Bagi ibu bapa yang bekerja, mereka senang dan gembira

dengan perkembangan perindustrian makanan segera ini kerana mereka tidak sempat

menyediakan makanan untuk anak-anak lantaran berkejar-kejar ke tempat kerja. (CONTOH –  

BAGAIMANA) Jadi, anak-anak dibekalkan dengan makanan segera seperti sosej, nuget,

 burger dan sebagainya. Senario ini dapat dibuktikan apabila pensyarah dari Unit Makanan dan

Kesihatan Universiti Malaya telah membuat bancian mengenai gaya pemakanan harian bagi

remaja. Hasilnya, sebanyak 70 peratus remaja yang ibu bapanya bekerja terpaksa mengambil

makanan segera sebagai makanan harian. (UNGKAPAN MENARIK) Jelaslah bahawa ibu

 bapa pada zaman ini lebih mengutamakan hal-hal lain daripada anak sendiri ibarat anak kera

di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan. (PENEGAS) Tuntasnya, remaja zaman ini

yang tidak mengamalkan pemakanan seimbang telah menatijahkan obesiti dalam kalanganmereka.

(ISI 2) Punca lain bagi masalah kegemukan dalam kalangan remaja kini ialah mereka

tidak bersukan dan beriadah. (HURAIAN – MENGAPA) Fenomena ini terjadi kerana mereka

leka dengan hiburan daripada kaca televisyen dan corong-corong radio, lebih selesa tidur 

malah sikap mereka sendiri yang malas untuk bersukan atau beriadah. Remaja yang malas

 juga tidak suka bersukan mahupun bersosial dengan masyarakat luar. Remaja lebih gemar 

melakukan aktiviti yang langsung tidak mendatangkan faedah. (CONTOH – BAGAIMANA)

Buktinya, kita sering melihat remaja kini lebih cenderung melepak, merokok, merayau-rayau

dan sebagainya. Mereka berpelesiran ke sana dan ke sini seperti tiada arah tujuan.

(HURAIAN CONTOH – KESAN) Sikap ini tentulah tidak mendatangkan kesedaran kepada para remaja untuk menjaga kesihatan diri. (PENEGAS) Pendek kata, jelaslah bahawa remaja

yang kurang gemar bersukan dan beriadah telah menyumbang kepada masalah obesiti yang

melanda Malaysia pada alaf baharu ini.

(ISI 3) Punca lain tercetusnya masalah kegemukan dalam kalangan remaja juga adalah

kerana sikap remaja itu sendiri. (HURAIAN – MENGAPA) Sikap remaja yang tiada

 pendirian dan suka terpengaruh menyebabkan mereka suka mengambil makanan ringan.

Bukan itu sahaja, remaja juga tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang implikasi yang

 bakal dihadapi oleh mereka jika terlalu banyak mengambil makanan yang berlemak serta

 berkalori tinggi yang akhirnya akan mengundang penyakit obesiti. Mereka terlalu mengikut

hawa nafsu. (CONTOH – BAGAIMANA) Apabila syarikat pengeluar makanan segeramencipta produk baharu, mereka akan mengiklankan produk itu kepada orang awam.

(HURAIAN CONTOH – KESAN & UNGKAPAN) Cara ini telah menyebabkan remaja

terpengaruh oleh iklan-iklan yang yang indah khabar daripada rupa. Unit Psikologi dari

Universiti Kebangsaan Malaysia telah menyatakan bahawa remaja sekarang kurang

kesedaran terhadap kesihatan diri mereka. (PENEGAS) Ringkasnya, sikap remaja itu sendiri

akan mengundang masalah obesiti.

(ISI 4) Kegemukan dalam kalangan remaja juga berpunca daripada sikap ibu bapa yang

kurang menjaga pemakanan anak-anak mereka. (HURAIAN – MENGAPA & UNGKAPAN)

Ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak bagai menatang minyak yang penuh sehingga

mengikut telunjuk mereka. Apabila anak-anak hendak makan apa-apa pun, ibu bapa akanmemberikannya walaupun makanan tersebut tidak berkhasiat dan kurang sesuai dengan

Page 22: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 22/37

tumbesaran anak-anak mereka. (CONTOH – BAGAIMANA) Ibu bapa akan memenuhi hasrat

anak-anak yang ingin makanan segera seperti yang terdapat di Restoren McDonald, Pizza,

KFC dan lain-lain lagi. (HURAIAN CONTOH – KESAN) Unit Kesihatan dari Hospital

Universiti Malaya telah membuat kajian mengenai ayam goreng di KFC bahawa ayam

tersebut mengandungi garam yang tinggi, lemak yang tinggi serta berkalori tinggi yang

mengundang sahaja mengundang obesiti malah turut mengundang penyakit kronik yang lain.(PENEGAS) Konklusinya, kegemukan dalam kalangan remaja bertitik-tolak daripada sikap

ibu bapa yang kurang menjaga pemakanan anak-anak mereka sejak kecil lagi.

(PENUTUP – KESIMPULAN ISI-ISI) Secara intihanya, beberapa punca yang telah

dibincangkan menjadi pencetus masalah obesiti di negara kita. Masalah ini kian serius dan

membimbangkan semua pihak. (CADANGAN) Oleh itu, ibu bapa perlulah menggalakkan

anak-anak mereka makan makanan yang berkhasiat. Masyarakat juga haruslah melakukan

anjakan paradigma supaya tubuh badan mereka sihat selaras dengan hasrat kerajaan yang

ingin melahirkan insan yang badan cergas, minda cerdas. Kerajaan juga boleh mengadakan

kempen secara besar-besaran mengenai keburukan obesiti ini. Kempen yang dijalankan juga

sewajarnya secara berketiak ular dan bukan bermusim sahaja atau seperti hangat-hangat tahiayam sahaja. (HARAPAN) Komitmen daripada semua pihak sudah pasti dapat merealisasikan

usaha negara untuk melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam

menuju Wawasan 2020 yang kita semua impikan.

15.kebaikan dasar satu murid satu sukan

Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti

sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

 berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti

sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat

sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan.

Aktiviti sukan di bawah Sukan untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan,

sahsiah dan kesejahteraan semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid

yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program

Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu

ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh halyang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan

adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas,

dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Terdapat pelbagai kebaikan Dasar 1 Murid

1 Sukan. Perkara ini akan dibincangkan demi kepentingan bersama.

Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan

yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala tuju dasar 

 pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan

 berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung dapat

membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid-murid di sekolah.

Dasar ini bertujuan untuk membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar 

 penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Setiap murid

termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib

mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S diwajibkan

untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan, Tingkatan 1 hinggaTingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid prasekolah hingga

Page 23: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 23/37

Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Hal ini

dikatakan demikian kerana kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna

kepada bangsa dan negara melalui sukan. Tegasnya, modal insan yang syumul dan holistik 

dapat dilahirkan melalui dasar ini.

Selain itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memupuk budaya bersukan dalam kalanganmurid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas

kerana badan sihat otak cerdas. Aktiviti sukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani

seseorang dan memenuhi naluri semula jadi murid dalam aktiviti fizikal. Hal ini dikatakan

demikian kerana kerajaan sedar semakin banyak rakyat Malaysia yang mengabaikan sukan

dalam kehidupan lantaran terlalu sibuk dengan urusan seharian. Akibatnya, bilangan rakyat

Malaysia yang menghidap masalah kegemukan dan obesiti semakin meningkat saban tahun.

Senario ini amat merugikan kerana golongan ini biasanya tidak aktif dan menghidap pelbagai

 penyakit yang berbahaya kepada diri mereka. Pada tahun 2011, dilaporkan rakyat Malaysia

merupakan golongan terbanyak mengidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara

ASEAN dan yang keenam di Asia. Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar 

1 Murid 1 Sukan memang tepat pada masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysiayang cergas dan cerdas sepanjang masa. Izharlah bahawa amalan gaya hidup sihat dapat

dipupuk melalui dasar ini

Jika kita singkap dari perspektif yang berbeza, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya

untuk memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa.

Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara-negara lain di dunia ini kerana kejayaannya

membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk selama 55 tahun kebelakangan

ini. Kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa akan kepentingan perpaduan untuk 

membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu

adalah melalui sukan. Semangat kerjasama dan bertolenransi amatlah penting dalammenjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara

tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama. Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan

 bergaul sesama mereka semasa menjalani aktiviti sukan. Dengan ini mereka akan memahami

 budaya dan cara hidup kaum lain. Sudah terang lagi bersuluh, Dasar 1 Murid 1 Sukan amatlah

 penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Seperkara lagi, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memberikan keseimbangan antara

keperluan akademik dengan keperluan fizikal. Dasar ini boleh memberikan akses kepada

semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid

yang kurang atau tidak aktif. Murid-murid pada zaman ini lebih cenderung menjadi ulat buku

kerana terlalu mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Mereka beranggapan bahawa aktiviti sukan hanyalah membuang masa mereka sahaja. Persepsi seperti itu perlu

dikikis dari kamus kehidupan mereka kerana mereka perlu memperuntukkan masa untuk 

melakukan kecergasan fizikal seperti bermain bola sepak, berenang, menyertai acara balapan

dan sebagainya demi kebaikan mereka. Kata orang, otak yang sihat datang dari badan yang

cergas. Dengan memiliki badan yang sihat, murid-murid dapat fokus pada pelajaran mereka.

Mereka dapat menjana idea yang bernas dan mampu berfikir secara kreatif dan kritis. Secara

implisitnya, murid akan beroleh kejayaan dalam bidang akademik mereka. Pendek kata,

murid dapat mencapai keseimbangan antara kejayaan akademik dengan kejayaan sukan

melalui Dasar 1 Murid 1 Sukan yang diperkenalkan ini.

Page 24: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 24/37

Pada masa yang sama, Dasar 1 Murid 1 Sukan juga berupaya untuk mewujudkan landasan

ke arah kecemerlangan sukan. Dasar ini memberikan peluang kepada semua murid yang

 berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Murid boleh menyertai lebih

dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang

dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Pada masa ini, sukan

merupakan salah satu aktiviti penting. Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali di seluruhdunia. Mereka disanjung dan dipuja serta mampu meraih pendapatan berjuta-juta ringgit.

Mereka bukan sahaja mampu menyumbang kepada pendapatan negara malahan menjadi duta

kecil untuk menaikkan imej negara di persada antarabangsa. Kejayaan beberapa orang ahli

sukan negara kita seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chiong Wee, dan sebagainya

dalam bidang sukan seharusnya diteruskan.Sesungguhnya, usaha untuk memartabatkan arena

sukan negara ke persada antarabangsa dengan kelahiran jaguh sukan negara yang digeruni

dapat dicapai menerusi dasar ini.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa Dasar 1 Murid 1 Sukan banyak 

membawa kemaslahatan kepada murid-murid di negara kita. Oleh itu, semua pihak harus

memberikan galakan kepada murid-murid sekolah untuk menyertai semua aktiviti sukan yangdikelolakan oleh pihak sekolah berkaitan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Dalam pada itu,

 pihak sekolah pula haruslah melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan dengan sempurna agar 

segala matlamat dan objektif yang ditetapkan akan tercapai. Pihak sekolah tidak harus

 bersikap sambalewa atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Namun begitu, sokongan

daripada ibu bapa juga penting untuk menjayakan dasar ini kerana bertepuk sebelah tangan

takkan berbunyi. Mudah-mudahan, hasrat kita untuk melahirkan modal insan yang cemerlang,

gemilang, dan terbilang dalam sukan akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat

Jenin. Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah sukan di

Malaysia terus maju untuk bersaing di peringkat global agar Malaysia dapat duduk sama

rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di persada antarabangsa.

17.PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK MINAT MEMBACA DALAM DIRI

ANAK ANAK 

Ayat pertama dalam kitab Al - Quran ialah Iqra, bermaksud “Bacalah Kamu”. Amalan

membaca merupakan satu amalan yang mulia. Membaca amat penting dalam membentuk 

masyarakat berilmu. Setiap anggota masyarakat harus menjadikan membaca sebagai satu

amalan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu berusaha untuk mewujudkan keluarga berilmu dengan

menyemai minat membaca dalam kalangan anak-anak.

Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat membaca

dalam diri anak-anak adalah dengan membawa anak-anak ke perpustakaan. Amalan ke perpustakaan akan menanam perasaan cinta dan sayang akan buku. Sebagai contoh, ibu bapa

 boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam pada setiap hujung minggu atau

semasa cuti sekolah. Di sini, anak-anak boleh memilih pelbagai buku yang digemari. Lantas,

anak-anak akan gemar membaca buku seumur hidup.

Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan mini di rumah. Perpustakaan ini

dapat dijadikan tempat menyimpan buku dan majalah. Malahan, boleh menjadi tempat anak-

anak membaca dan belajar. Perpustakaan mini di rumah mestilah dilengkapi dengan buku-

 buku yang bersesuaian dapat menarik minat anak-anak untuk membaca. Sebagai contoh,

majalah, buku cerita dan surat khabar. Ruang perpustakaan ini juga mestilah dalam keadaan

selesa. Lantaran itu, ibu bapalah memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak mereka agar gemar membaca buku ketika berada di rumah.

Page 25: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 25/37

Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan yang baik untuk 

dicontohi oleh anak-anak mereka.Tidak dapat dinafikan, contoh teladan yang baik daripada

ibu bapa mempengaruhi jiwa dan minda anak-anak. Sebagai contoh, sikap gemar membaca

surat khabar, majalah, buku dan sebagainya patutlah diamalkan oleh ibu bapa dalam mengisi

masa lapang. Lama-kelamaan, tabiat ini akan menjadi ikutan anak-anak. Bak kata peribahasa

Melayu bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlumenunjukkan contoh terbaik untuk dicontohi anak-anak.

Tambahan pula, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke pameran buku. Sehubungan

dengan hal itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mengunjungi kedai buku ketika

 pergi ke pusat beli-belah. Dengan mengunjungi tempat-tempat tersebut, minat mereka untuk 

membaca akan dapat ditingkatkan, Di samping itu, mereka akan dapat mempelajari cara

memilih bahan-bahan bacaan yang sesuai. Bahan bacaan yang dijual adalah berkualiti.

Harganya pula adalah berpatutan. Natijahnya, ibu bapa yang membawa anak-anak ke pameran

 buku atau kedai buku sebenarnya membawa kepada mewujudkan budaya suka membaca

dalam kalangan ahli keluarganya.

Seterusnya, ibu bapa juga boleh menghadiahkan buku kepada anak-anak. Ibu bapa

 perlu memberikan hadiah atau ganjaran kepada anak-anak apabila anak-anak berjaya dalam

 peperiksaan dan sempena hari kelahiran. Anak-anak akan berasa gembira kerana kejayaannya

dihargai oleh keluarga mereka. Hadiah berbentuk buku lebih sesuai untuk anak-anak. Ibu

 bapa boleh membelikan buku berbentuk pelajaran, novel ataupun komik mengikut kesesuaian

umur. Amalan ini sepatutnya diterapkan sejak kecil lagi dalam kalangan anak-anak.

Bersesuaian dengan peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Kesimpulannya, terdapat beberapa peranan ibu bapa dalam usaha untuk memupuk minat

membaca dalam kalangan anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlulah memainkan peranan sebagai

agen perubahan dalam kalangan anak-anak mereka. Kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sekiranya ibu bapa dapat memainkan peranan dan tanggungjawab mereka

dalam menyemai budaya membaca dalam kalangan anak-anak mereka, sudah pasti dapat kita

melahirkan masyarakat yang berilmu tinggi yang dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama

rendah dengan negara-negara maju yang lain. Maklumlah bangsa membaca merupakan

 bangsa yang berjaya. 

18.CARA-CARA MENYAYANGI SEKOLAH

Sekolah merupakan institusi yang diwujudkan untuk menyediakan pendidikan berkualiti bagi

melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan yang disediakan kepada anak-anak di sekolahmampu menyediakan modal insan yang berilmu pengetahuan. Hal ini selari dengan aspirasi

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang berazam untuk 

menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak agar mereka mampu bersaing

dalam dunia globalisasi yang semakin mencabar kini. Hasrat ini dapat direalisasikan jika

murid-murid menunjukkan rasa sayang akan sekolah masing-masing. Pada pendapat saya,

 pelbagai cara boleh dilakukan oleh murid-murid untuk menyayangi sekolah.

Page 26: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 26/37

Seseorang murid menunjukkan rasa sayang akan sekolah jika mereka tidak merosakkan harta

 benda yang disediakan. Harta benda sekolah seperti meja, kerusi, tandas, telefon, peralatan

sukan dan sebagainya perlu dijaga dengan baik. Hal ini kerana harta benda sekolah

merupakan aset negara yang perlu dikongsi secara bersama dengan murid-murid lain selain

memerlukan bajet yang tinggi untuk menyediakannya. Jika murid-murid melakukan

vandalisme, iaitu merosakkan harta benda sekolah, kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan lain untuk membaiki kerosakan tersebut. Hal ini sudah tentu akan merugikan

kerajaan kerana peruntukan yang disalurkan untuk sektor lain terpaksa diambil untuk 

membaik pulih kerosakan tersebut. Sebagai buktinya, YB Dr. Mohd Puad Zarkashi

merangkap Timbalan Menteri Pelajaran telah memaklumkan bahawa kerajaan terpaksa

membelanjakan sejumlah RM12.5 juta pada tahun lalu untuk membaiki kerosakan harta

 benda sekolah. Keadaan ini sangat mendukacitakan kerana peruntukan tersebut sepatutnya

 boleh disalurkan untuk menyediakan kemudahan lain kepada murid agar mereka dapat belajar 

dengan sempurna. Jadi jelas menunjukkan bahawa menjaga harta benda sekolah dengan baik 

merupakan cara yang boleh ditunjukkan oleh murid sebagai tanda menyayangi sekolah.

Selain itu, murid-murid juga boleh menunjukkan rasa sayang akan sekolah dengan cara

mematuhi peraturan sekolah. Peraturan yang digubal oleh pihak sekolah adalah untuk 

mendidik murid supaya berdisiplin dan menjadi insan yang sempurna. Segelintir murid

menganggap peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah adalah untuk menyekat kebebasan

mereka sebagai orang muda. Mereka menganggap jiwa remaja tidak harus disekat dan mereka

 bebas untuk melakukan sesuatu bagi memenuhi tuntutan remaja. Tanggapan sedemikian

adalah salah kerana peraturan yang digubal mampu membina jati diri murid yang kukuh.

Peraturan yang dirangka oleh pihak sekolah sebenarnya adalah untuk memudahkan

 pengurusan murid serta mengelakkan murid terlibat dengan salah saku disiplin kerana boleh

menjejaskan proses pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh, jika pelajar bergaduh diasrama dan kes tersebut tersebar di akhbar, sudah tentu murid tersebut akan dikenakan

tindakan disiplin seperti gantung persekolahan atau buang sekolah. Kes tersebut secara tidak 

langsung telah menggelapkan masa depan murid dan pada masa yang sama telah

mencemarkan nama baik sekolah. Oleh itu, murid-murid perlu mematuhi peraturan supaya

nama baik sekolah dapat dijaga sekali gus menunjukkan rasa sayang pada sekolah.

Di samping itu, menaikkan nama sekolah di pentas nasional dan antarabangsa juga merupakan

cara yang boleh ditunjukkan untuk menyayangi sekolah. Selain bertanggungjawab menjaga

nama baik sekolah, murid-murid juga perlu menaikkan nama sekolah dengan kejayaan-kejayaan sama ada dalam bidang kurikulum atau kokurikulum. Kejayaan-kejayaan yang

ditempa oleh pelajar dapat menaikkan imej sekolah pada kaca mata komuniti. Sekolah lain

akan datang melawat untuk melihat kejayaan-kejayaan yang telah dicapai. Lebih manis lagi,

sekolah akan diberikan anugerah oleh pihak kementerian atas kejayaan yang diraih. Sebagai

contoh, kejayaan Mohd Ammar Mokhtar mewakili negara ke Cape Town, Afrika Selatan

dalam pertandingan berkaitan dengan neurologi telah menaikkan nama Sekolah Menengah

Sains Tengku Muhammad Faris Petra di pentas antarabangsa. Kejayaan Mohd Ammar itu

menyebabkan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra telah dipilih sekolah

angkat Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai jaringan dengan institusi pengajian tinggi.

Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa pelajar boleh menunjukkan cara menyayangi sekolah

mereka dengan cara menaikkan nama sekolah.

Page 27: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 27/37

 

Kesimpulannya, murid-murid bertanggungjawab terhadap sekolah mereka. Mereka perlu

menyayangi sekolah masing-masing kerana di situlah tempat mereka menimba ilmu dan

membina masa depan. Sekolah juga menjadi tempat murid-murid mengaut pengalaman untuk 

menjadi insan yang seimbang. Jadi, tugas menjaga nama baik sekolah perlu menjadikeutamaan murid-murid. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit kerana kejayaan seseorang

adalah bermula daripada seorang guru sekolah.

19.LANGKAH MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR 

Rata-rata masyarakat hari ini sedang kebingungan dengan fenomena keruntuhan akhlak dan

masalah disiplin dalam kalangan pelajar.Pelbagai persoalan ditimbulkan.Apakah pihak 

sekolah selaku institusi pendidikan gagal menangani masalah ini ? Bagaimanakah pula

 peranan ibu bapa dan keluarga atau kesilapan ini berpunca daripada masyarakat hari ini yang

umpama 'enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing'?

Segala persoalan akan terjawab dengan mengkaji dan menilai kembali pengertian sebenar 

konsep pendidikan,tujuan dan peranannya terhadap pembangunan insan dalam sesebuah

masyarakat dan negara. Di samping itu, institusi keluarga dan masyarakat perlulah peka

terhadap peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Tanpa menuding jari ke arah mana-mana pihak,semua patut insaf betapa kemerosotan disiplin

ini menandakan ada kesilapan pada bahagian tertentu pendidikan secara formal atau tidak 

formal.Pihak ibu bapa janganlah menyalahkan pihak sekolah dan pihak sekolah pula tidak 

 patut menuding jari itu adalah kesilapan ibu bapa.Setiap insan sepatutnya bertanggungjawab

dalam membendung gejala ini tanpa kompromi.

Semasa di sekolah guru-guru perlulah melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh minat

dan keperibadian yang luhur untuk memastikan kejayaan proses pendidikan. Guru-guru

 janganlah sekadar melepaskan batuk di tangga dalam proses pendidikan ini.Pelajar-pelajar 

sukar menerima ilmu dan mencontohi guru yang tidak serius,apatah lagi yang boleh

dipertikaikan peribadi dan akhlaknya walaupun dalam perkara yang dianggap remeh,seperti

menghisap rokok dan tidak masuk ke kelas untuk melaksanakan pengajaran dan

 pembelajaran.

Dalam konteks yang tidak formal pula ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting

dalam mendidik anak-anak mereka.Bayangkanlah konflik jiwa anak-anak jika ibu bapa setiap

hari menghantar anak-anak ke kelas fardu ain tetapi anak mengetahui ibu bapanya tidak  pernah sembahyang.Selain itu ibu bapa tidak pernah menunjukkan contoh yang baik kepada

anak-anak baik dari segi perbuatan,pakaian mahupun dari segi percakapan.Fikirlah wahai ibu

 bapa sekalian, anak-anak ibarat kain putih jika kita tidak mencorakkan dengan cantik 

 begitulah keadaannya yang berlaku.

Masalah disiplin ini bukan sahaja berpunca daripada sistem pendidikan kita sahaja. Banyak 

sifat negatif berakar umbi daripada pendidikan dalam keluarga, terutamanya keluarga yang

 porak peranda dengan seribu satu masalah. Kegagalan seperti ini perlu dibedah siasat supaya

 barah ini tidak terus merebak dan menjadi bertambah serius.Masyarakat dan persekitaran juga

memainkan peranan yang penting dalam menyumbang ke arah masalah ini.Sikap masyarakat

kini yang terlalu mementingkan materialistik dan masing-masing membuat hal sendirimenjadikan penyakit ini bertambah menular.Masyarakat yang berasa itu bukan anak 

Page 28: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 28/37

dia,bukan saudara dia, yang menyebabkan kita sukar untuk membendung masalah disiplin

dalam kalangan pelajar.

Selain itu, faktor ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak juga menyebabkan masalah

ini semakin membengkak.Ibu bapa yang terlalu menatang anaknya bagai minyak yang penuh

menyebabkan guru-guru sukar untuk membentuknya.Sekiranya guru memukul anak-anak mereka, ibu bapa terus datang ke sekolah dan menyalahkan guru tanpa diusul periksa.

Fenomena ini menyebabkan guru-guru takut untuk menegur atau mendisiplinkan pelajar 

kerana bimbang ibu bapa akan datang menyerangnya di sekolah.

Jika berlaku keadaan yang sedemikian siapakah lagi yang patut dipersalahkan ? Barah ini

yang hanya menunggu masa sahaja perlulah dibedah siasat dengan segera berdasarkan

 pertimbangan terhadap pelbagai faktor seperti keperibadian guru,kesahihan sistem

 pendidikan, ibu bapa dan keprihatinan masyarakat. Penilaian yang sahih dan saksama dengan

mengenepikan unsur sentimen dan prejudis bakal membuka ruang ke arah penyelesaian yang

lebih konkrit.

Keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa masalah disiplin pelajar adalah

tanggungjawab bersama. Oleh itu, semua pihak harus menghentikan pertikaian siapakah yang

 bertanggungjawab.Sebaliknya mereka mesti tepuk dada tanya selera, adakah mereka telah

menunaikan kewajipan dengan sepenuh hati mengikut kehendak agama, ataupun sekadar 

memenuhi tuntutan hidup semata-mata ? Fikirkanlah,semoga penyelesaian yang baik dapat

dicari agar benang yang kusut dapat diurai.

PERANAN ANAK-ANAK MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA

Pada era pascaglobalisasi ini, isu keruntuhan institusi keluarga semakin hangat menjadi bicara

semua rakyat Malaysia tidak kira tua mahupun muda. Walaupun berbagai-bagai prakarsa

telah dimainkan oleh para ibu bapa untuk mengekalkan keharmonian keluarga, namun hal ini

seolah-olah tiada nokhtah pengakhiran. Adakah peranan yang dimainkan oleh Kementerian

Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak cukup bersepadu untuk membawa paradigma baru ke

dalam institusi kekeluargaan? Adakah peranan yang digerakkan oleh institusi keluarga dalam

memacu keluarga mereka di bawah payung keharmonian gagal. Hal ini mungkin berpunca

daripada prakarsa yang dimainkan oleh anak-anak yang tidak cukup mapan untuk membantu

menyelesaikan masalah yang menunjangi keluarga mereka. Oleh itu, sudah menjadi amanah

yang perlu dipikul anak-anak dalam merangka uslub terbaik untuk sama-sama memikul

amanah kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing supaya usaha membentuk keluarga

yang cemerlang dalam segenap aspek kehidupan berjaya. Jadi, hendak seribu daya tak hendak 

seribu dalih dan oleh itu prakarsa ini hendaklah dimulakan dari sekarang kerana kita perlu

menyediakan payung sebelum hujan. Jadi, anak-anak hendaklah menggerakkan kembali

 jentera yang lebih bersepadu bagi membahagiakan ibu bapa dan sekali gus membentuk 

keluarga yang bahagia.

Page 29: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 29/37

Sebenarnya, banyak prakarsa yang boleh dimainkan oleh anak-anak untuk membahagiakan

ibu bapa mereka antaranya adalah dengan memberikan kejayaan dan kecemerlangan kepada

mereka. Tidakkah semua orang melihat, saban tahun apabila keputusan Sijil Pelajaran

Malaysia diumumkan pasti ada yang berduka dan bergembira. Tetapi tidakkah mereka

menyedari bahawa seorang insan yang bergelar ibu bapa pasti akan mengalirkan air mata

kegembiraan apabila melihat keputusan cemerlang yang diraih oleh anak-anak mereka? Sudah pastinya terselit seribu kepuasan dalam diri ibu bapa kerana keperitan dan penderitaan

mendidik dan membesarkan anak-anak telah terbalas dengan kejayaan anak-anak mereka.

Oleh itu, anak-anak hendaklah belajar bersungguh-sungguh dan membesar mengikut acuan

yang telah dibentuk oleh ibu bapa mereka. Orang tua-tua ada menyatakan bahawa usaha

tangga kejayaan, jadi usaha yang gigih tanpa mengenal erti putus asa akan membuahkan

kejayaan yang manis untuk dikecapi. Kegigihan anak-anak semata-mata untuk mencapai

kejayaan bagi dihadiahkan kepada ibu bapa mereka akan dapat direalisasikan sekiranya

mereka berjaya menangkis segala ancaman yang masuk ke tingkap globalisasi kehidupan

mereka. Tuntasnya, sudah jelaslah bahawa kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran

merupakan salah satu tunjang utama untuk membahagiakan ibu bapa.

Sedasawarsa ini, anak-anak yang mempunyai akhlak dan budi pekerti mulia juga merupakan

salah satu elemen utama dalam memberikan kebahagiaan kepada orang tua mereka. Pemuda

harapan bangsa, pemudi tiang negara merupakan kata-kata hikmat yang acap kali ditujukan

khas kepada generasi muda tetapi tidak melampaukah jika semua orang mengatakan bahawa

anak-anak merupakan tonggak utama keluarga, jantung hati, permata bernilai buat ibu bapa?

Bagi segelintir pihak, anggapan ini dipandang sinis tetapi itulah realiti sebenar bahawa anak 

merupakan tunjang utama keluarga dalam memacu ke arah kebahagiaan keluarga. Selama

 bertahun-tahun anak-anak dididik dengan kebanyakan ibu bapa yang mengamalkan konsep

melentur buluh biarlah dari rebungnya dan hasilnya, anak-anak telah berjaya menjadi insanyang berguna dan mampu menangkis segala hedonisme serta panji-panji kejahatan yang

 berleluasa kini. Jadi, hati ibu mana yang tidak sejuk melihat anak yang dipelihara mereka

mempunyai keperibadian yang unggul. Oleh itu, anak-anak seharusnya berusaha menjaga

akhlak dan budi pekerti mereka walaupun di mana-mana mereka berada kerana imej dan

maruah keluarga bersandarkan tingkah laku mereka malah itulah juga yang menjadi kunci

kebahagiaan buat ibu bapa mereka.

Sementelahan pula, ibu bapa juga akan bahagia jika anak-anak mereka menghormati mereka.

Dalam menyoroti hal ini, aspek jasmani, emosi, intelektual dan sosial yang termaktub dalamFalsafah Pendidikan negara sebenarnya mampu menjadi platform utama untuk anak-anak 

membahagiakan ibu bapa mereka. Bagi menyingkap hal ini, aspek jasmani yang boleh

dipraktikkan anak-anak adalah dengan menghormati orang tua mereka sama ada dalam bentuk 

 perbuatan mahupun perkataan. Sebagai contoh terdekat yang sangat ketara dengan semua

 pihak ialah seorang anak hendaklah bersalaman dengan ibu bapa mereka sebelum pergi ke

mana-mana dan mereka hendaklah menundukkan badan sedikit apabila berjalan di hadapan

orang tua. Dalam aspek emosi pula, anak-anak hendaklah menjaga perasaan ibu bapa mereka

dan tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh menguris hati mereka. Dalam menghayati

 peribahasa yang berbunyi kerana mulut santan binasa dan sudah terhantuk baru nak tengadah,

anak-anak hendaklah sentiasa menjaga segala tutur bicara mereka supaya perkataan yang

diucapkan tidak menyinggung perasaan ibu bapa mereka. Dalam memperincikan aspek intelektual pula, anak-anak hendaklah mendengar nasihat yang diberikan ibu bapa bagi

Page 30: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 30/37

membolehkan mereka memperoleh keberkatan ketika mereka belajar. Hal ini sekali gus

membolehkan segala ilmu yang dipelajari mampu diserap dengan mudah tidak seperti masuk 

telinga kiri, keluar telinga kanan. Eksplisitnya, memang benarlah bahawa sifat hormat

seseorang anak terhadap kedua-dua orang tua mereka mampu membahagiakan mereka.

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing merupakan peribahasa yang sering

 berlegar-legar dan bermain-main di segenap kehidupan harian rakyat Malaysia. Jadi, dalam

mempraktikkan hal ini, anak-anak hendaklah mengaplikasikan sikap ringan tulang dengan

membantu ibu bapa menguruskan kerja-kerja rumah. Perkara ini bukan sahaja memudahkan

urusan ibu bapa mereka malah dapat mengeratkan hubungan ukhwah kekeluargaan yang

tersimpul rapi. Dalam menyingkap hal ini, konsep muafakat membawa berkat boleh

diamalkan oleh ibu bapa dan anak-anak dengan saling membantu mengemaskan rumah.

Bertitik tolak daripada aktiviti melakukan kerja-kerja rumah, rumah bukan sahaja cantik 

malah dapat menghindari diri daripada segala wabak penyakit akibat tidak mengutamakan

kebersihan persekitaran. Lanjutan daripada hal ini, beban yang digalas oleh ibu bapa akanmenjadi ringan malah mampu melestarikan warna-warni kebahagiaan dan keharmonian

keluarga tersebut. Senario ini sekali gus mengurangkan jurang perpecahan sesebuah institusi

keluarga seperti statistik sahih yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala

Lumpur pada tahun 2007 hingga 2008 yang menunjukkan bahawa satu daripada sepuluh

 pasangan di Malaysia bercerai setiap hari. Tuntasnya, memang benarlah bahawa peranan

anak-anak dalam membantu meringankan beban ibu bapa mereka menguruskan kerja-kerja

rumah amat signifikan untuk mewujudkan kebahagiaan buat mereka.

Selain itu, prakarsa lain yang boleh dilakukan untuk membahagiakan ibu bapa adalahmendengar nasihat mereka. Bagi menghuraikan perspektif ini, semua orang dapat

menyaksikan bahawa hampir saban hari ada sahaja kes-kes yang membabitkan ibu bapa dan

anak-anak menghiasi muka-muka depan akhbar di Malaysia sama ada kes pembuangan ibu

 bapa atau pergaduhan antara anak dengan kedua-dua ibu bapa mereka. Cuba kita renungkan

kembali peristiwa yang berlaku pada 27 Oktober 2010 di akhbar Harian Metro bertajuk,

„Trajedi pilu 9 anak membuang ibu mereka yang sudah tua‟. Wajarkah 9 orang anak bertindak 

sedemikian rupa? Pastinya peristiwa dan tragedi hitam ini tidak akan berlaku jika seorang

anak tidak mengamalkan peribahasa seperti kacang lupakan kulit dan mendengar nasihat.

Anak-anak yang mendengar nasihat sudah pasti akan menjaga kebajikan ibu bapa mereka

terutama ketika umur senja mereka. Janganlah anak-anak membiarkan nasihat ibu bapa

mereka umpama mencurah air ke daun keladi kerana segala nasihat itu tidak lebih untuk kebahagiaan anak-anak itu juga. Deduksinya, memang izharlah bahawa jika seseorang anak 

mendengar nasihat ibu bapa maka perkara inilah yang menjadi kunci kebahagiaan kepada ibu

 bapa mereka.

Tambahan lagi, mendoakan kesejahteraan ibu bapa juga adalah antara prakarsa yang boleh

dilakukan untuk membahagiakan ibu bapa. Dalam menghayati hal ini, boleh dilihat dari dua

 perspektif yang berbeza. Perspektif pertama, mendoakan kesejahteraan ibu bapa ketika

mereka masih hidup dan yang keduanya, mendoakan kesejahteraan mereka setelah mereka

meninggal dunia. Oleh hal yang demikian, seseorang anak hendaklah menjadikan doa sebagai budaya yang sinonim dengan diri mereka. Bagi merealisasikan hal ini, kekerapan berdoa

Page 31: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 31/37

kepada ibu bapa hendaklah dilakukan sebagai aktiviti rutin selepas solat kerana alah bisa tegal

 biasa. Tidak mustahil rasanya langkah ini dipraktikkan dan diaplikasikan dalam kehidupan

seharian kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jadi, anak-anak hendaklah

mendoakan kesejahteraan, keselamatan, kesihatan dan kemurahan rezeki untuk pihak ibu bapa

mereka. Hal ini bukan sahaja bakal memudahkan urusan ibu bapa mereka di akhirat kelak 

malah akan membawa kebahagiaan di dunia lagi. Bagi merungkai kehidupan selepas mati, ibu bapa pastinya berasa bahagia dan tenang apabila berada di alam barzakh berkat doa seorang

anak yang soleh. Konklusinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa doa merupakan senjata

yag penting dan utama untuk membahagiakan ibu bapa.

Secara kesimpulannya, memang terdapat banyak peranan yang boleh dimainkan oleh anak-

anak untuk membahagiakan ibu bapa. Oleh itu, anak-anak hendaklah selalu berusaha

membahagiakan ibu bapa mereka secara istiqamah bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam

mahupun bersikap melepaskan batuk di tepi tangga. Hal ini juga mampu membawa

kebahagiaan kepada ibu bapa mereka malah menjadi kayu ukur falah anak-anak dalam menitikehidupan yang serba mencabar di alam fana ini. Seterusnya, anak-anak akan menjadi insan

yang cemerlang, gemilang dan terbilang bersama-sama berganding bahu, selangkah sederap

dengan pihak kerajaan dalam menjalankan tranformasi besar-besaran untuk memastikan

keluarga sakinah dapat dilahirkan. Perkara ini sekali gus mampu membawa evolusi bermakna

dalam institusi kekeluargaan dan seterusnya merealisasikan aspirasi kerajaan dalam mencapai

visi kudsi Wawasan 2020. Jadi, kejayaan seseorang anak membahagiakan ibu bapa mereka

sebenarnya mampu menjadi khazanah berharga untuk memajukan nusa dan bangsa.

[1 414 patah kata]

Page 32: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 32/37

KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN KAUM

Malaysia sebelum berdiri teguh sebagai negara membangun telah melalui pengalaman pahit.

Bermula penjajahan Portugis, kemudian Inggeris, Belanda, Jepun, kemudian Inggeris lagi, pengalaman tersebut tidak mahu diulangi lagi. Teriakan keramat „Merdeka‟ pada 31 Ogos

1957, tidak semudah dilalui dan memaknakan kemerdekaan tersebut. Perpaduan kaum amat

 penting untuk memastikan negara tidak diganggu gugat oleh negara asing. Kita tiada Dol Said

untuk menentang kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, atau Rentap menentang

kubu Raja Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, Dato‟ Maharajalela membunuh J.W.W

Birch 1875 di Pasir Salak, atau Mat Salleh yang gagah mengetuai gerakan menentang

Inggeris pada tahun 1884 hingga 1900 di Sabah. Yang kita ada ialah barisan pemimpin negara

yang diketuai oleh Perdana Menteri, Dato‟ Seri Najib Tun Abdul Razak. Tanpa kegagahan

seperti tokoh silam, yang perlu hanyalah kita bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama

 berlandaskan semangat Malaysia, bak kata peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh.

Semangat nasionalisme ialah perasaan cinta akan negara dan perasaan ingin membebaskan

tanah air daripada belenggu penjajahan. Oleh itu, perpaduan kaum telah dapat memupuk 

semangat nasionalisme yang mendalam kepada semua kaum di negeri ini tanpa mengira

 bangsa, agama dan warna kulit. Berdasarkan senario hari ini, rakyat Malaysia haruslah

 bertanggungjawab menerima segala adat resam dan budaya yang berlainan agama dengan

fikiran yang terbuka agar dapat membendung penindasan seperti di negara-negara Thailand,

Afrika dan Indonesia. Kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya perlulah

dipraktikkan dalam membentuk dan menanam semangat ini kepada anak-anak sejak kecil

lagi. Sebagai contoh, nyanyian lagu kebangsaan dan menghayati Rukun Negara di sekolahsebagai ikrar untuk mendisiplinkan diri. Maka dengan itu, mereka akan sedar tentang

kepentingan bersatu padu dan hormat-menghormati. Oleh itu, kita perlulah berganding bahu

dan bukannya bersifat berat tulang dalam membajai semangat perpaduan dalam kalangan

masyarakat terutamanya anak-anak yang masih berada di bangku sekolah.

Selain itu, semangat perpaduan juga telah dapat menarik pelancong asing untuk melawat

negara kita. Dengan keunikan masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan harmoni, para

 pelancong akan tertarik untuk mempelajari budaya rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana,

mereka akan lebih selamat dan selesa apabila berada di negara ini walaupun Malaysia turuttergugat dengan kemunculan wabak influenza H1N1 yang menjadi perbualan hangat negara-

negara di dunia ini, namun industri pelancongan tetap maju dan berkembang dari tahun ke

tahun kerana adanya perpaduan kaum. Timbalan Menteri Pelancongan ada menyatakan

 bahawa dengan adanya layanan mesra yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada pelancong

asing, industri pelancongan akan terus mendapat tempat yang tertinggi walaupun agak 

 berkurangan dengan masalah penularan wabak H1N1. Tidak dapat dinafikan bahawa, rakyat

Malaysia dapat berinteraksi dengan baik antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan

 bangsa. Sebagai contoh, di sekolah menengah, para pelajar yang terdiri dengan pelbagai kaum

dapat belajar dalam satu sekolah yang sama. Seperti peribahasa Melayu ada menyatakan

 bahawa muafakat membawa berkat. Oleh itu, jelaslah perpaduan kaum bukan sahaja dapat

memupuk semangat patriotik malah dapat menarik lebih ramai pelancong asing ke negarakita.

Page 33: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 33/37

 

Seterusnya, sebagai rakyat Malaysia yang juga merupakan golongan majoriti di negara ini

tidak terlepas daripada masalah pergaduhan dan penindasan yang pernah berlaku di negara

kita. Pastinya sudah ada tertanam dalam pemikiran kita tentang rusuhan kaum yang berlaku

 pada 13 Mei 1969 yang berlaku di negara kita. Pada masa itu, semua pemimpin dan rakyattelah berusaha untuk menamatkan masalah tersebut. Lantasan itu, semua penduduk di negara

ini harus mengamalkan konsep perpaduan kaum dan bukan bersikap seperti enau dalam

 belukar melepaskan pucuk masing-masing untuk mengelakkan perpecahan kaum. Bahkan

dengan perpaduan kaum juga dapat menjamin keamanan negara. Hal ini demikian kerana,

masyarakat yang bersatu padu dapat hidup berbaik-baik dan menghormati kaum lain sejajar 

dengan dasar luar Malaysia yang digubal selepas Perang Dunia Kedua, hal ini sekali gus dapat

menjamin keamaan setempat. Peribahasa ada menyatakan bersatu kita teguh, bercerai kita

roboh. Perealiasasian pepatah ini dapat dibuktikan melalui kerjasama yang erat antara kaum.

Sebagai contoh, kaum Cina menghormati adat dan budaya kaum Melayu dan India. Memang

tidak dapat dinafikan, walaupun negara sudah mengamalkan konsep perpaduan, masih ada

lagi rusuhan-rusuhan kecil yang berlaku di negara ini seperti demontrasi jalanan yang berkaitan dengan Akta ISA. Maka jelaslah bukan sahaja perpaduan kaum menjadi kunci

kepada keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh rakyat bahkan minda dan pemikiran

 juga haruslah diisi dengan nilai-nilai yang positif agar tidak berlaku permusuhan.

Dasawarsa ini, pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan

 bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan

dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah dicatatkan

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa „Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha

 berterusan ke arah memperkembang lagi pontensi individu secara menyeluruh dan bersatu padu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi,

dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kapada Tuhan. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab

dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.‟ Secara tidak langsung, dasar ini dapat

melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang

dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang

 bersepadu, penggunaan bahasa dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif 

 pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang sesi

 persekolahan pelajar. Izharlah bahawa perpaduan kaum penting dalam menjana masyarakat

Malaysia yang mengutamakan semangat bersatu padu dalam memenuhi konsep 1Malaysiaseperti yang dihasratkan oleh kerajaan.

Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan

maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan. Kurikulum ini

 berorientasiakan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983.

Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-

Sunnah serta Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama,

menanam sifat-sifat mulia seperti tolong-menolong, bekerjasama dan berfikiran optimis sertamembentuk tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia.

Page 34: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 34/37

Mahukah rakyat negara kita bersikap seperti kacang hantu? Yang hanya menambahkan lagi

masalah di negara kita secara tidak langsung mencemarkan nama baik negara. Janganlah kita

semua memandang enteng terhadap peranan pendidikan dalam mewujudkan semangat

 perpaduan kerana pendidikan merupakan benteng utama insan daripada ditipu oleh musuh-

musuh negara yang berhajat untuk menghancurkan perpaduan kaum di negara kita. Mahukah

 perkara ini berlaku kepada kita dan generasi akan datang? Fikirkanlah, sesungguhnya melalui pendidikan sahaja yang dapat menjamin keutuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat

Malaysia. Intihanya, sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam pemupukan

semangat perpaduan agar negara terpelihara daripada tipu helah pihak musuh.

Sehubungan dengan itu, perpaduan juga dapat meningkatkan imej negara, hasil daripada

kerjasama antara semua kaum tanpa timbul sebarang permasalahan. Sebagai contoh, pada

musim perayaan terutamanya, semua rakyat negara ini sudah pasti akan mengamalkan

kunjung-mengunjungi, bermaaf-maafan dan berbual mesra antara satu sama lain. Bertitik 

tolak daripada ini, semangat perpaduan sedikit banyak dapat diwujudkan. Marilah kita bersama-sama menjadikan negara Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan

negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Hong Kong, di samping ekonomi

negara yang semakin meningkat dengan drastiknya. Tidak mahukah kita mengecapi kejayan

tersebut? Mengapa semua rakyat Malaysia masa kini bersikap membutakan mata dan

memekakkan telinga masing-masing dalam menyahut seruan kerajaan untuk membangunkan

negara agar nama Malaysia gah di seantero dunia? Sudah pastinya terdapat jawapan bagi

kesemua persoalan tersebut walaupun jawapannya berbeza-beza. Konklusinya, imej negara

dapat ditingkatkan jika seluruh rakyat bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam

melaksanakan dan menjayakan rancangan kerajaan yang telah bertungkus lumus untuk 

menyediakan perancangan kerajaan yang efektif seterusnya membawa imej negara terkenal di

seluruh dunia.

Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

insya-Allah perkara ini akan dapat direalisasikan lebih awal daripada jangkaan kita. Usaha

Perdana Menteri kita dengan memperkenalkan konsep 1Malaysia sememangnya berbaloi

dalam mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Sudah terang lagikan

 bersuluh, terdapat banyak kepentingan dalam memupuk perpaduan kaum sama ada kepada

masyarakat ataupun negara. Kita sememangnya tidak dapat menjangka apa-apa yang bakal

 berlaku pada masa hadapan kerana semua itu terletak pada kekuasaan Allah s.w.t. Oleh itu,

kita perlulah sediakan payung sebelum hujan dalam mendepani masa depan yang menjanjikancabaran di luar jangkaan agar kita tidak ditimpa malang seperti peribahasa Melayu, sudah

terhantuk baru nak tengadah. Masyarakat sepatutnya mempraktikkan elemen bertolak ansur 

dan memperteguh kefahaman antara satu sama lain supaya dapat membina impian negara

 pada masa depan yang lebih gemilang. Intihanya, semua rakyat perlulah mempertahankan

semangat perpaduan di negara kita demi negara yang tercinta dan dapat menyambut gamitan

negara impian.

Page 35: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 35/37

PENDAHULUAN – 5 Ayat

[AR] Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemalangan jalan raya saban tahun semakin

meningkat dari hari ke hari. Setiap hari sama ada di kaca-kaca televisyen, di dada-dada akhbar 

mahupun di corong-corong radio pasti ada sahaja dipaparkan kemalangan jalan raya yang

meragut nyawa manusia. [AR-A.Tanya] Murah sangatkah nyawa manusia sehingga banyak  jiwa yang terkorban di jalan raya? Jika hal ini dibiarkan berterusan, sudah tentu merugikan

sesebuah negara. [AA] Oleh itu,punca-punca kemalangan jalan raya perlu dikenal pasti segera

sebelum isu ini menjadi lebih parah lagi. [80 pp]

Perenggan Isi 1 : Sikap Pemandu Itu Sendiri – 5 Ayat

[AP] Punca yang paling signifikan penyebab berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap

 pemandu itu sendiri. [AH-Mengapa?] Hal ini disebabkan pemandu bersikap mementingkan

diri, tidak sabar ketika berada di jalan raya dan tidak mematuhi peraturan jalan raya. [AC]Sebagai contoh, pemandu kenderaan memandu kereta dengan laju tanpa mematuhi had laju

yang dibenarkan. [AH-Kesan?] Secara tidak langsung, pemandu bukan sahaja

mempertaruhkan nyawa sendiri malah nyawa pengguna jalan raya yang lain. [AP] Oleh itu,

sikap berhati-hati di jalan raya dan Biar Lambat Asal Selamat akan dapat menghindarkan

kemalangan maut daripada berlaku. [78 pp]

Perenggan Isi 2 : Keadaan Struktur Jalan Raya – 5 Ayat

[AP] Punca seterusnya penyebab berlakunya kemalangan jalan raya ialah Keadaan struktur 

 jalan raya. [AH-Mengapa?] Keadaan jalan raya yang berlubang-lubang, sempit dan rata sudah

 pasti mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya. [AC] Sebagai contoh, jalan raya yang

 bengkang-bengkok, selekoh tajam akan memudahkan pemandu yang tidak biasa jalan tersebut

terbabas dan terlibat dalam kemalangan jalan raya. [AH-Bagaimana?] Oleh itu, pihak kerajaan

 perlu mengambil inisiatif segera memperbaiki struktur jalan raya yang membahayakan nyawa

 pengguna jalan raya.. [AP] Tegasnya sebelum Nasi Menjadi Bubur, struktur jalan raya perlu

diberi keutamaan terlebih dahulu agar keselamatan pengguna-pengguna jalan raya terjamin.

[86 pp]

Perenggan Isi 3 : Keadaan Kenderaan – 5 Ayat

[AP] Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik juga menjadi punca berlakunya

kemalangan jalan raya. [AH-Mengapa?] Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara

mengikut jadual yang telah ditetapkan boleh mengundang malapetaka kepada pemandunya.

[AC] Sebagai contoh, brek kenderaan yang tidak berfungsi dengan baik akan menyebabkan

 pemandu sukar mengawal kenderaan ketika saat-saat kecemasan. [AH-Kesan?] Impaknya,

 pemandu akan mudah tersasar dan berlakunya kemalangan jalan raya ketika ingin

menghentikan kenderaan secara kecemasan. [AP] Jelaslah, kenderaan hendaklah diselenggara

dengan baik sebelum memulakan perjalanan yang jauh kerana Malang Tidak Berbau. [76 pp]

Page 36: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 36/37

Perenggan Isi 4 : Undang-undang – 5 Ayat

[AP] Penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga merupakan salah satu punca berlaku

kemalangan jalan raya. [AH-Mengapa?] Dendaan dan kompaun sebanyak RM300 bagi

kesalahan berat seperti memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat merah tidak 

 berkesan kerana pemandu mampu bayar. [AC] Selain itu, Ops Sikap dan sekatan jalan rayahanya giat dijalankan ketika musim-musim perayaan. [AH-Kesan?] Impaknya, pemandu tidak 

gentar melakukan kesalahan di jalan raya kerana mereka mampu membayar denda yang

dikenakan dan beranggapan operasi hanya dilakukan pada waktu-waktu tertentu sahaja. [AP]

Jadi, penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas dan pemantauan di kawasan berbahaya

hendaklah diambil untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan maut. [93 pp]

Kesimpulan.

[Rumusan] Semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi menangani isukemalangan jalan raya ini. [Cadangan] Segala usaha yang dilaksanakan hendaklah berterusan

dan istiqomah bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam ataupun sekadar melepaskan batuk 

di tangga sahaja. [Pendapat] Jangan sampai sudah terhantuk, baru nak terngadah, barulah

inisiatif dirangka untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Isu kemalangan ini tidak boleh

dipandang sebelah mata sahaja kerana impaknya sangat besar kepada negara terutamanya

kerugian sumber tenaga yang produktif. [Harapan] Slogan Pandu Cermat Jiwa Selamat

hendaklah dijadikan pedoman bagi semua pengguna jalan raya agar nyawa mereka terselamat.

Ingat, jangan jadikan lebuh raya sebagai gelanggang perlumbaan mahupun pusara kerana

nyawa manusia merupakan satu anugerah yang perlu dihargai. [80 pp]

Page 37: Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

7/16/2019 Contoh Karangan Isu-Isu Semasa 2013

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-isu-isu-semasa-2013 37/37