isu-isu semasa dan masa depan

8
Isu-isu Semasa dan Masa Depan Kumpulan 9: Anis Syafinaz Binti Zainal Abidin A145151 Hamim Farihana Binti Md. Latiff A145167 Nur Khalida Binti Mohamad A145176 Izwaharyanie Binti Zulkepli A145145 Rosmaliyana Binti Che Well A145166 Lim Sel Fang A145155 Koh Kuan Wei A145146 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Set 16)

Upload: kkwei93

Post on 02-Oct-2015

295 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

TITAS

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Isu-isu Semasa dan Masa Depan

Kumpulan 9:

Anis Syafinaz Binti Zainal AbidinA145151

Hamim Farihana Binti Md. LatiffA145167

Nur Khalida Binti MohamadA145176

Izwaharyanie Binti ZulkepliA145145

Rosmaliyana Binti Che WellA145166

Lim Sel FangA145155

Koh Kuan WeiA145146

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

(Set 16)

Pengenalan

Tamadun manusia pada masa depan sudah pasti berhadapan dengan pelbagai persoalan besar.

Ledakan teknologi maklumat dan segala cabangnya yang dikuasai Barat merupakan cabaran kepada masyarakat Islam dan Asia untuk mempertahankan jati diri masing-masing.

Rantau ini pernah melahirkan beberapa tamadun besar yang mempunyai nilai dan imej tersendiri. Namun, setelah dijajah oleh Barat, nilai-nilai kehidupan mereka semakin meresap ke dalam amalan dan gaya hidup masyarakat Timur.

Melalui globalisasi yang sering dilaungkan oleh Barat, mereka akan dapat menguasai setiap aspek kehidupan masyarakat dunia melalui pelbagai cara.

Dunia Berbilang Tamadun

Masyarakat Timur memiliki dan mewarisi pengalaman ratusan tahun hidup bersama tamadun lain secara harmoni dengan bertunjangkan prinsip toleransi dan persefahaman.

Dunia silam mahupun moden merakamkan pelbagai siri peperangan dan keganasan antara etnik. Ia dicetuskan oleh masyarakat Barat atas pelbagai faktor.

Keamanan, toleransi dan keharmonian dunia berbilang agama dan tamadun lebih tertonjol di kawasan Tamadun Asia.

Dunia dan masyarakat moden hari ini amat dahagakan kepada keamanan dan keharmonian yang melampaui batasan agama dan bangsa.

Rahsia ini perlu digali, nilai dan dapatan perlu disebarkan kepada pencinta keamanan sejagat.

Cabaran Globalisasi dan Hegemoni Barat

Istilah globalisasi diberi beberapa pengertian dan difahami dalam pelbagai konteks penggunaannya. Berikut merupakan beberapa definisi dan penjelasan tentang globalisasi.

Princeton N. Lyman: globalisasi diertikan sebagai merujuk kepada rapid growth of independency and connection in the world of trade and finance. Beliau juga berpendapat bahawa globalisasi tidak boleh dihadkan kepada fenomena perdagangan dan pengaliran kewangan yang berkembang dan kian meluas.

Pusat Kajian Globalisasi dan Regionalisasi, Universiti Warwick, England menekankan pendiriannya bahawa kefahaman tentang globalisasi mengambil pelbagai dimensi, iaitu politik, ideologi, ekonomi dan budaya.

CSGR mempunyai dua pandangan terhadap globalisasi.

Pertama: globalisasi dilihat sebagai satu himpunan proses.

Kedua: globalisasi dilihat sebagai satu wacana.

David Loy: melihat globalisasi sebagai a complex set of developments: economic, political, technological and culture

Leonard Briones: bukan sahaja terdapat globalisasi perniagaan dan ekonomi tetapi selari dengannya juga terdapat globalization of the democratic institutions, social development and human rights and the womens movement

Rumusan: Globalisasi ialah suatu himpunan proses pengaliran global berbagai-bagai jenis objek yang melibatkan pelbagai bidang aktiviti manusia (fizikal atau bukan fizikal). Boleh jadi ia dalam bentuk maklumat, idea, nilai, institusi atau sistem. Himpunan proses pengaliran global ini dan bidang aktiviti manusia yang terlibat kian mengait, saling bergantung dan kompleks sifatnya

Globalisasi yang diberi erti luas adalah satu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan.

Globalization was a reality without a name. telah wujud sekitar 1500 tahun.

Imperialisme suatu bentuk globalisasi, juga dianggap agen globalisasi. Setiap imperialisme mempunyai kecenderungan untuk menglobalisasikan objek-objek tertentu.

Terdapat perbezaan ketara antara globalisasi zaman dahulu dengan sekarang. Namun, perbezaan bukan dari segi sifat tetapi dari segi ciri-cirinya.

Keempat-empat dimensi globalisasi kontemporari juga terdapat pada globalisasi zaman Islam.

Tetapi ciri-ciri globalisasi banyak berubah sesuai dengan perubahan zaman: Ciri kepesatan, ciri kesalingbergantungan, ciri keluasan, ciri kepantasan.

Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia.

Gelombang pada zaman moden lebih besar, kuat dan laju daripada gelombang era Islam.

Tetapi gelombang globalisasi zaman pasca moden lebih besar lagi, lebih perkasa dan lebih pantas lagi jika dibanding dengan gelombang globalisasi zaman moden.

Sekian, terima kasih