isu 32 - yakult.com.my · abdomen. hasil kajian ini menunjukkan bahawa kebarangkalian sebahagian...

16
Bakteria Usus Anda Emosi Anda JUGA DI DALAM: Hubungan Otak-Usus – Probiotik mengurangkan Simptom Tekanan 6 cara mudah untuk kesihatan penghadaman baik Tips untuk ibu bapa: Mencegah Obesiti di kalangan kanak-kanak Pembunuh Baru yang tersembunyi dalam makanan berproses ISU 32 2018 JAN PP19021/05/2016(034484)

Upload: nguyencong

Post on 26-Jun-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISU 32 - yakult.com.my · abdomen. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kebarangkalian sebahagian gejala fizikal boleh dikaitkan dengan tekanan peperiksaan akademik dan strain

Bakteria Usus Anda

Emosi Anda

JUGA DI DALAM:• Hubungan Otak-Usus – Probiotik mengurangkan Simptom Tekanan• 6 cara mudah untuk kesihatan penghadaman baik• Tips untuk ibu bapa: Mencegah Obesiti di kalangan kanak-kanak• Pembunuh Baru yang tersembunyi dalam makanan berproses

ISU 322018 JANPP19021/05/2016(034484)

Page 2: ISU 32 - yakult.com.my · abdomen. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kebarangkalian sebahagian gejala fizikal boleh dikaitkan dengan tekanan peperiksaan akademik dan strain

HubunganOtak-Usus

Sekumpulan organisma yang hidup dan saling berhubung antara satu sama lain di dalam badan kita secara kolektifnya dipanggil mikrobiota usus. Kumpulan organisma yang kuat ini memainkan peranan yang menyeluruh dalam kesihatan manusia.

Baru-baru ini, para saintis telah mengkaji kemungkinan hubungan yang rapat di antara otak dan kumpulan organisma ini mengenai cara menyampaikan maklumat antara satu sama lain yang berinteraksi dalam pelbagai cara.

Secara umumnya, tekanan yang berlanjutan boleh mengganggu hormon, meningkatkan berat badan, dan mengganggu tidur, tetapi kajian kini mendapati tekanan juga memainkan peranan ke atas kesihatan salah satu dari organ penting kita: usus.

Ramai orang berdepan dengan masalah sistem penghadaman apabila mereka mengalami tekanan yang luar biasa atau keresahan. Perkara ini boleh dibuktikan dengan melihat pelajar yang mengalami tekanan peperiksaan mahupun tekanan pekerja kolar biru dan putih di tempat kerja. Hampir setiap hari mereka mengalami gejala seperti hilang selera makan walaupun semasa lapar atau kerap ke tandas disebabkan keresahan yang berterusan. Lebih serius lagi, tekanan atau keresahan boleh menyebabkan keadaan seperti Sindrom Rengsa Usus (IBS), dengan gejala seperti sembelit dan/atau cirit-birit. Apabila mengalami tekanan, ia juga akan menyebabkan tekanan ke atas tubuh badan. Dalam situasi ini, bagaimanakah otak merubah keseluruhan fungsi sistem penghadaman kita secara drastik?

1 Gaya Hidup Yakult!

DITERBITKAN OLEHYakult (Malaysia) Sdn Bhd (163559-K)

Lot No. 7, Jalan Jururancang U1/21, Seksyen U1Hicom Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor D. E.Toll Free line: 1800-88-8960 Email: [email protected]

DICETAK OLEHPERCETAKAN SM SDN BHDNo:14, Jalan bp 5/3, Bandar Bukit Puchong,47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan.Tel/Fax: 603-8060 0888

Page 3: ISU 32 - yakult.com.my · abdomen. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kebarangkalian sebahagian gejala fizikal boleh dikaitkan dengan tekanan peperiksaan akademik dan strain

Gaya Hidup Yakult! 2

Tekanan

Otak

Anda terperangkap di dalam kesesakanjalan raya dan telah lewat untuk menghadirimesyuarat penting. Anda melihat jam yangbergerak pantas.

HipotalamusHipotalamus umpama sebuah menara kawalandi bahagian otak, memutuskan untukmenghantar arahan: Hantarkan hormon tekanan!

Kesan FizikalJantung dan nafas anda semakin laju dan otot anda bersedia untuk bertindak. Tindak balas ini

adalah untuk melindungi badan anda semasa kecemasan dan bersedia untuk bertindakbalas dengan cepat. Bagaimanapun, apabila respon tekanan berterusan, lama kelamaan ia

boleh memberikan risiko yang lebih serius kepada kesihatan anda.

Otak memproses isyarat.

Kortisol dan AdrenalinHormon tekanan ini adalah hormon yang

sama menghantar tindak balas“lawan atau lari” kepada anda.

HO

CH3

CH3

OH

OH

O

O

HH

H

HO

HO

OH

HNCH3

Kadar Degupan Jantung Tekanan Darah Gula Darah

+

6.3

-

Kurangkan Penghadaman

Otak dan usus anda dapat berkomunikasi dengan mudah melalui penghantaranmaklumat yang tepat antara otak, hormon dan elektrik impul.

Apabila anda dalam keadaan tertekan, badan anda akan kurang memberi perhatiankepada proses penghadaman makanan. Sebaliknya, badan anda memberikantumpuan yang lebih kepada tekanan yang dihadapi. Pada tahap ini, prosespenghadaman akan berlaku dengan perlahan yang boleh menyebabkan masalahsembelit seterusnya mengganggu proses detoksifikasi yang berlaku secara semulajadi semasa penghadaman.

Tekanan juga boleh memberi kesan bertentangan terhadap saluran penghadaman.Ia boleh menyebabkan makanan bergerak dengan laju di dalam sistem penghadamanserta nutrien tidak dapat diserap sepenuhnya danmenyebabkan kekurangan nutrisi makanan.

KesanTekanan Terhadap

KesihatanPenghadaman

Page 4: ISU 32 - yakult.com.my · abdomen. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kebarangkalian sebahagian gejala fizikal boleh dikaitkan dengan tekanan peperiksaan akademik dan strain

Penemuan Baru SaintisProbiotik Yakult, strain Shirota telah terbukti mampu mengurangkan simptom tekanan melalui modulasi hubunganotak dan usus berdasarkan kajian yang dijalankan di Jepun.

Kajian ini telah dilakukan terhadap sekumpulan pelajar perubatan yang sihat yang sedang mengalami tekananpeperiksaan akademik. Pelajar ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan, satu daripada kumpulan tersebutmengambil minuman Yakult manakala satu lagi tidak mengambil minuman Yakult selama 8 minggu sebelummereka menduduki peperiksaan kebangsaan.

Tekanan kerja tidak dapat dielakkan. Setelah menyedari hubungan sistem penghadaman denganminda, Rohm Wako Elektronic, sebuah syarikat multinasional yang terletak di PengkalanChepa, Kota Bharu, Kelantan telah mengambil satu usaha tambahan untuk menjaga ususdan kesihatan pekerjanya dengan menyediakan dua mesin layan diri di kafe mereka.

Pelajar perubatan yang mengambilYakult setiap hari selama 8 minggumenunjukkan penghasilan hormontekanan (kortisol) berada di tahapyang rendah serta kurang mengalamiselsema dan gejala ketidakselesaanabdomen.

Hasil kajian ini menunjukkan bahawakebarangkalian sebahagian gejalafizikal boleh dikaitkan dengan tekananpeperiksaan akademik dan strainShirota mampu mengawal penghasilanhormon tekanan dan mencegah gejalafizikal dalam kalangan subjek yangberdepan dengan tekanan akademik.

Mesin layan diri yang diletakkan dikafeteria. Semua pekerja digalakkanuntuk minum Yakult selepas makan.

1. Hanya dua mesin layan diri Yakult yang terdapat di Malaysia.2. Bermula Ogos 2017, syarikat ini memberikan subsidi kepada staf mereka untuk membeli Yakult pada harga yang lebih murah. 3. Tong sampah disediakan di sebelah mesin layan diri ini untuk menggalakkan staf mereka meletakkan kesemua botol kosong untuk di kitar semula.

Rujukan: M. Takada, K. Nishida, A. Kataoka-Kato, Y. Gondo, H. Ishikawa, K. Suda, et. al (2016). Probiotic Lactobacillus casei strain Shirota relieves stress-associated symptoms by modulating the gut-braininteraction in human and animal models. Neurogastroenterology & Motility (28), 1027-1036.

Page 5: ISU 32 - yakult.com.my · abdomen. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kebarangkalian sebahagian gejala fizikal boleh dikaitkan dengan tekanan peperiksaan akademik dan strain

Gaya Hidup Yakult! 4

Sebuah soal selidik telah dijalankan di kalangan pekerjaRohm Wako Electronics untuk mengetahui pandanganmereka mengenai kebaikan minum probiotik Yakultsecara konsisten. Mari kita lihat perkongsian mereka.

Perkongsian bersama:

Tahukah anda:

Probiotik Yakult mengandungi strain Shirota hidup yang membantu meningkatkan aktiviti selNatural Killer (NK). Sel NK ini berperanan untuk membunuh sel kanser dan virus yang bolehmengurangkan risiko kanser usus.

“Saya mula mengamalkanminuman Yakult tanpamengetahui sebarang latarbelakang mahupunkebaikannya. Lama kelamaansaya mula menyedari sayatidak lagi mengalami masalahkembung perut dan sembelitpun semakin berkurangan.”

Wong Pui Li

“Saya mula mengambil Yakult secara berterusan sejaksebulan yang lalu. Ia mengurangkan masalah kerapbuang air besar dan ketidakselesaan perut yang sayaalami. Ini dapat dibuktikan kerana bulan lepas semasasaya sibuk dengan kerja audit, sehingga terlupa untukmengambil Yakult dan masalah kerapbuang air besar datang semula.” Saffiyah

“Saya menghadapi cabaran untukmendapatkan jumlah air yang mencukupi semasabekerja kerana makan atau minum tidak dibenarkansemasa berada di bahagian pengeluaran dan hal inimembawa kepada masalah sembelit. Bagaimanapun,dengan adanya mesin layan diri Yakult, saya mulamengambil Yakult dan masalah sembelit berkurangandengan ketara.”

Nur Syamimi

“Saya perasan sistem imun saya bertambah baiksetelah saya minum Yakult setiap hari. Kebiasaannyamasalah batuk saya mengambil masa yang lama untukpulih, tetapi baru-baru ini masalah batuk saya pulihdengan cepat dari sebelumnya.”

Azlina Binti Mat Yusoff

“Saya telah melakukan ujian kolonoskopi yang pertama pada 3 tahun yang lalu dan tiga polip kanser yang semakin membesar telah dijumpai. Semasa ujian kolonoskopi berikutnya, dua lagi polip baru dijumpai. Semua polip telah dibuang sebelum saya meneruskan skop ketiga. Apa yang mengejutkan, tiada polip baru dijumpai oleh doktor. Saya meneliti semula tabiat pemakanan saya dan sebab munasabah yang boleh menjawab persoalan ini adalah kerana baru-baru ini saya mula mengambil probiotik Yakult.”

Lee San Ming

Page 6: ISU 32 - yakult.com.my · abdomen. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kebarangkalian sebahagian gejala fizikal boleh dikaitkan dengan tekanan peperiksaan akademik dan strain

5 Gaya Hidup Yakult!

Langkah Mudah6Makan Secara Sihat

untuk Penghadaman Lebih Sihat Oleh Penasihat Pemakanan, Indra Balaratnam

Gaya hidup yang sibuk sememangnya mengganggu waktu dan selera makan. Rutin harian dan pengurusan masa yang tidak teratur membuatkan kita sering terkejar-kejar untuk makan dan kadangkala terpaksa mengabaikan waktu makan seterusnya menyebabkan ketidakhadaman. Berikut merupakan cadangan pemakanan yang sihat:

Langkah

1• Makan tepat pada waktu dan tidak mengabaikan waktu makan. • Elakkan makan secara berlebihan. Kecilkan saiz hidangan ketika makan, dan digalakkan makan 4-5 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar. • Pastikan hidangan makanan mengandungi 25 gram serat diet seperti sayur-sayuran, kekacang, bijirin penuh dan buah-buahan. • Luangkan masa yang mencukupi untuk menjamu selera di tempat yang tenang. Kunyah setiap suapan perlahan-lahan. • Elakkan makan hidangan berat sebelum tidur. Hidangan terakhir anda haruslah sekurang-kurangnnya 2-3 jam sebelum anda bersedia untuk tidur.

Kekalkan Berat BadanSihat dengan Bersenam Penambahan berat badan meningkatkan risiko berlaku pedih ulu hati. Perkara ini berkemungkinan disebabkan oleh lemak badan berlebihan di bahagian abdomen dan bahan kimia yang dihasilkan oleh sel lemak badan. Senaman membantu anda untuk mengurangkan dan mengekalkan berat badan yang sihat. Oleh itu, lakukan senaman yang anda suka supaya anda mudah melakukannya secara berterusan.

Langkah

2

Page 7: ISU 32 - yakult.com.my · abdomen. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kebarangkalian sebahagian gejala fizikal boleh dikaitkan dengan tekanan peperiksaan akademik dan strain

Gaya Hidup Yakult! 6

Kurangkan Makanan Berminyakdan BerempahMakanan berminyak lebih sukar dihadam dan boleh menyebabkan ketidakhadaman dan pedih ulu hati. Kurangkan makan makanan bergoreng dan pilih masakan yang kurang minyak seperti makanan dikukus, ditumis, direbus, atau dibakar.

Makanan pedas, bawang putih dan bawang adalah penyebab kepada ketidakselesaan perut. Elakkan sepenuhnya dari makan makanan tersebut jika anda mengalami masalah seperti pedih ulu hati atau rengsa usus.

Langkah

3

Minum Air SecukupnyaMinum air yang mencukupi. Air menggalakkan pembuangan melalui sistem penghadaman dan membantu melembutkan najis. Satu cara untuk memastikan anda mendapat jumlah air yang diperlukan adalah dengan minum segelas air pada setiap hidangan. Pastikan ada minum 6-8 gelas air setiap hari.

Langkah

4

Minuman Yang BerkhasiatMinuman berkafein seperti kopi, teh, coklat dan air soda berkabonat berupaya meningkatkan asid dalam perut yang boleh menyebabkan ketidakselesaan semasa penghadaman.

Kebiasaanya, minuman bergas boleh menyebabkan kembung perut dan pedih ulu hati. Walaubagaimanapun, sekiranya anda memerlukan kopi atau teh, hadkan pengambilan anda kepada 1-2 cawan kecil setiap hari.

Minuman probiotik, seperti Yakult, mempunyai fungsi kesihatan yang membantu meningkatkan jumlah bakteria baik di dalam usus untuk memperkuatkan fungsi penghadaman. Kajian menunjukkan probiotik Lactobacillus casei strain Shirota di dalam Yakult merupakan sebahagian daripada pemakanan yang sihat yang membantu melegakan sembelit, cirit-birit dan mengurangkan risiko kanser usus.

Langkah

5

Atasi TekananKetidakselesaan perut mungkin berlaku ketika anda berasa tertekan atau kebimbangan, yang juga boleh mengganggu keseimbangan penghadaman seperti kembung perut, sakit perut, sembelit atau cirit-birit.

Selain itu, tekanan juga boleh membawa kesan yang lebih teruk seperti ulser peptik (lapisan dalam perut atau usus kecil), rengsa usus dan sembelit kronik.

Belajar mengawal tekanan anda dengan melakukan aktiviti santai seperti meditasi, yoga atau qi gong.

Langkah

6

Water

Milk

FruitJuice

FruitJuice

Page 8: ISU 32 - yakult.com.my · abdomen. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kebarangkalian sebahagian gejala fizikal boleh dikaitkan dengan tekanan peperiksaan akademik dan strain

Pencegahan Kanak-kanak Obesiti:

Tips untuk Ibu Bapa

7 Gaya Hidup Yakult!

Di Malaysia, masalah berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan kanak-kanaksemakin meningkat. Menurut Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Malaysia(NHMS), peratusan obesiti di kalangan kanak-kanak berumur kurang dari 18 tahunadalah sebanyak 5.4% pada tahun 2006, 6.1% pada tahun 2011 dan 11.9%pada tahun 2015. Kanak-kanak obes juga berisiko untuk menghidap penyakitkencing manis dan kardiovaskular pada usia yang muda. Namun, masalahberat badan berlebihan dan obesiti serta penyakit lain yang berkaitanboleh dicegah. Oleh itu, pencegahan obesiti di kalangan kanak-kanakharuslah diutamakan.

Menggalakkan tabiat pemakanansihat. Langkah kecil untuk hidupyang lebih baik!

• Amalkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan produk bijiran gandum penuh.• Sertakan juga produk tenusu rendah lemak.• Pilih sumber protein seperti daging tanpa lemak, ayam, ikan dan kekacang.• Hidangkan makanan mengikut saiz yang sesuai seperti yang disarankan oleh Pinggan Sihat Malaysia “Suku-suku Separuh”.• Galakkan anak anda untuk minum air secukupnya.• Hadkan pengambilan minuman manis.

1

Bantu anak-anak anda untukmemahami manfaat menjadiaktif dan kebaikan melakukanaktiviti fizikal. Antara kebaikannya:

• Menguatkan tulang• Mengurangkan tekanan darah• Meningkatkan keyakinan diri• Membantu pengurusan berat badan

2Beras, M

ee, Roti, Sereal dan Umbi

Ikan

, Aya

m, D

aging

& Kekacang Buah-buahan

Sayuran

Page 9: ISU 32 - yakult.com.my · abdomen. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kebarangkalian sebahagian gejala fizikal boleh dikaitkan dengan tekanan peperiksaan akademik dan strain

Gaya Hidup Yakult! 8

Kanak-kanak dan remaja seharusnya melakukan aktiviti fizikal berintensitisederhana selama 60 minit sebaik-baiknya setiap hari atau setidaknya untukbeberapa hari dalam seminggu. Anda boleh menjadi contoh terbaik untuk mereka!Mulakan dengan menambah aktiviti fizikal dalam rutin harian anda dan galakkananak anda untuk turut serta. Berikut adalah contoh aktiviti fizikal berintensitisederhana yang boleh anda lakukan:

Bantu anak anda kekal aktif.

• Berjalan pantas • Lompat tali• Berenang• Menari• Bermain bola sepak

3

Rujukan: 1. American Heart Association http://www.heart.org2. Dao MC, Everard A, Clément K, Cani PD, Losing weight for a better health:role for the gut microbiota, Clinical Nutrition Experimental (2016), doi: 10.1016 /j.yclnex.2015.12.001

4• Gantikan aiskrim dengan smoothies berkhasiat. Contohnya, kisar buah-buahan bersama minuman probiotik.

Tubuh badan manusia merupakan tempat tinggal kepada 100 trilionbakteria yang membentuk mikrobiota usus. Mikrobiota usus ini

boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti pemilihanpemakanan dan aktiviti fizikal, dan penemuan baru

menunjukkan pengaruh mikrobiom usus initerhadap obesiti.

• Selain dari pisang goreng, anda boleh menyajikan pisang bakar dengan cara membakar pisang bersama sedikit kayu manis & madu.

Sediakan snekkegemaran yang lebih berkhasiat.

Page 10: ISU 32 - yakult.com.my · abdomen. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kebarangkalian sebahagian gejala fizikal boleh dikaitkan dengan tekanan peperiksaan akademik dan strain

9 Yakult Live!

Di manakah lemak transini dijumpai?

Pembunuh Halus Di Sebalik Makanan Berproses

Lemak trans terdapat di dalam pelbagai jenis makanan. Sebagai contoh, ia boleh dijumpai di dalam marjerin, lemak sayuran, aiskrim, pai sedia untuk dimakan, kek & campuran tepung kek, biskut, pizza, cip kentang, donat, krimer tiruan serta makanan berproses lain termasuklah makanan yang dipasarkan untuk kanak-kanak. Ia juga bukan hanya dijumpai di dalam makanan segera tetapi juga biasanya dijumpai di restoran. Lemak trans juga boleh terhasil dengan sendiri apabila anda memanaskan semula minyak masak berulang-kali dalam jumlah yang sedikit.

Lemak Trans Bertoksik

1. Sapuan. marjerin sarat dengan lemak trans dan lemak tepu, kedua-duanya boleh menyebabkan penyakit jantung. 2. Makanan siap dibungkus. Kesemua campuran tepung kek dan campuran-campuran lain mengandungi beberapa gram lemak trans dalam setiap hidangan. 3. Sup. Mi segera dan sup cawan mengandungi kadar lemak trans yang sangat tinggi.

4. Makanan segera seperti kentang goreng, ayam serta makanan segera yang lain digoreng dalam minyak separa hidrogenasi.5. Makanan sejuk beku. Walaupun label menunjukkan sesuatu produk itu rendah lemak, namun ia masih mengandungi lemak trans. 6. Produk bakeri. Untuk pengetahuan anda, penggunaan lemak trans dalam produk bakeri adalah lebih banyak berbanding makanan-makanan lain.7. Cip dan keropok. Sebanyak 3.2 gram lemak trans terkandung dalam satu bungkus kecil cip kentang.8. Sarapan pagi. Bijiran sarapan pagi serta bar tenaga juga antara produk berproses yang mengandungi lemak trans. 9. Biskut dan gula-gula. 10. Topping & Pencicah. Krimer bukan tenusu, sos salad dan campuran kuah lain mengandungi banyak lemak trans.

10 jenis makanan yangmengandungi lemak trans:

Hampir kesemua makanan berproses yang kita makan pada hari ini mengandungi bahan berbahaya yang tersembunyi. Ia boleh menyebabkan sakit jantung, kanser payudara dan juga penyakit-penyakit lain. Namun, tidak ramai yang pernah dengar atau tahu akan perihalnya. Ia adalah – LEMAK TRANS. Ramai diantara kita tahu tentang kewujudan lemak baik (lemak poli tidak tepu – sejenis lemak yang dijumpai dalam minyak sayuran) dan juga lemak tidak baik (lemak tepu – sejenis lemak yang dijumpai dalam lemak khinzir dan mentega). Tetapi berapa ramai di antara kita yang tahu tentang lemak yang sangat jahat, seperti, lemak trans? Ia adalah sejenis bahan buatan manusia yang dihasilkan untuk memanjangkan tempoh luput sesuatu produk – berfaedah kepada pengilang namun memudaratkan kesihatan pengguna. Lemak trans secara asasnya merupakan lemak sayuran poli tidak tepu yang telah diubah secara kimia melalui proses yang dinamakan hidrogenasi. Proses ini merupakan proses kimia rumit yang menukarkan minyak sayuran kepada lemak pepejal atau lemak separa pepejal (lemak yang lebih keras) pada suhu bilik seterusnya menjadikannya segar dalam tempoh yang lama. Lemak trans menjadi pilihan kerana apabila digunakan dalam makanan seperti biskut dan keropok, ia menjadikan makanan tersebut segar untuk tempoh yang lebih lama. Akan tetapi para saintis mendapati bahawa badan manusia tidak berupaya untuk memproses lemak trans ini dan akhirnya badan hanya akan menyimpan lemak tersebut, menyebabkan masalah yang tidak diketahui dalam jangka masa panjang.

Page 11: ISU 32 - yakult.com.my · abdomen. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kebarangkalian sebahagian gejala fizikal boleh dikaitkan dengan tekanan peperiksaan akademik dan strain

Yakult Live! 10

Lebih buruk dari lemak tepu

Hakikatnya, lemak trans ini lebih berbahaya kepada sistem kardiovaskular anda jika dibandingkan lemak tepu (lemak yang terkandung di dalam mentega dan produk berasaskan haiwan). Lemak tepu meningkatkan tahap kolestrol jahat dalam badan “LDL” (lipoprotein ketumpatan rendah) tanpa mengganggu tahap kolestrol “baik” HDL (lipoprotein ketumpatan tinggi).

Sebuah kajian antarabangsa menunjukkan bahawa wanita yang mempunyai tahap lemak trans yang tinggi di dalam badan adalah 40% lebih berisiko untuk menghidapi kanser payudara.

Kajian tersebut telah dilaporkan oleh jurnal Cancer Epidemiology, Biomarkers & Prevention isu September 1997, menunjukkan para penyelidik telah menganalisa sampel lemak dari 698 wanita Eropah berumur lingkungan 50-74 tahun yang sudah mengalami menopaus dalam tempoh yang lama dan mendapati mereka yang menghidapi kanser payudara mempunyai kandungan asid lemak trans tersimpan dalam badan lebih banyak dari wanita yang sihat. Selain itu, kajian juga melaporkan wanita yang mengambil lemak poli tidak tepu (yang didapati dalam ikan dan minyak jagung) pada kadar yang

sedikit dalam masa yang sama mempunyai kadar asid lemak trans yang banyak dalam badan, terdedah kepada risiko kanser payudara yang tinggi.

Kadar risiko yang tinggi ini adalah disebabkan badan kita tidak dapat memproses lemak trans dan akhirnya kekal tersimpan dalam badan. Sel lemak menghasilkan estrogen; sel lemak yang berlebihan bermaksud lebih banyak estrogen terhasil dalam badan, dan estrogen boleh membuatkan hormon reseptor positif kanser payudara bertambah.

Bagi mengurangkan pengambilan lemak trans, pastikan anda mengkaji dahulu senarai bahan-bahan yang digunakan sebelum membeli sesuatu produk, terutamanya:

Tidak seperti lemak tepu, lemak trans meningkatkan LDL dan dalam masa yang sama merendahkan tahap HDL. Ini menyebabkan nisbah kolestrol dalam badan anda di tahap berbahaya sehingga anda mungkin mendapat risiko penyakit yang boleh mengancam nyawa seperti sakit jantung dan strok. Dalam kalangan pengguna, lemak trans ini seolah-olah tidak wujud kerana pada kebiasaannya ia tidak ditulis pada label. Kebanyakan makanan berproses dilabel dengan “kolestrol rendah” dan “lemak tepu rendah”, namun kebiasaannya mengandungi kandungan lemak trans yang tinggi.

Rujukan: • 6 Breast Cancer Risk Factors You CAN Control. Retrieved from: http://www.breastcancer.org/risk/factors/slideshows/can-control?slide=1 • Toxic Trans Fat In Processed Foods. (n.d.). Penang: Consumers Association of Penang.

• Minyak sayuran hidrogenasi • Minyak sayuran separa hidrogenasi • Lemak sayuran • Marjerin

HDL LDL

Lemak Transdan

Kanser Payudara

Page 12: ISU 32 - yakult.com.my · abdomen. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kebarangkalian sebahagian gejala fizikal boleh dikaitkan dengan tekanan peperiksaan akademik dan strain

HARI LAWATANIsnin hingga Jumaat dan

Sabtu tertentuPercuma

BAYARAN

$

Maksimum 120 oranguntuk setiap sesi.

KAPASITIMASA08.30 pagi sehingga

03.30 petang(1 jam satu sesi)1

2

Jadual Lawatan Kilang Yakult 2018

Minuman Probiotik Rasmi Yakultuntuk Persatuan Bola Sepak Malaysia

Kilang Yakult dibuka untuk lawatan! Kami telahmenambah bahagian pengeluaran dengan lebihbanyak tangki pemprosesan pada tahun lalu. Semua pelanggan setia mahupun baru kami dialu-alukanuntuk datang dan melihat proses pengeluaran Yakult.Kami menerima lawatan dari kumpulan tadika, pelajarsekolah rendah dan sekolah menengah serta lawatanpengguna dan keluarga Lawatan ini diadakan pada setiap hari bekerja(Isnin hingga Jumaat) dan hari Sabtu tertentu daripukul 8:30 pagi sehingga 3:30 petang.

Tarikh Lawatan pada hari Sabtu2018 adalah seperti berikut:

JanuariFebruari

MacAprilMeiJun

JulaiOgos

SeptemberOktober

NovemberDisember

6hb3hb17hb dan 31hb28hb (Hari Terbuka Kilang Yakult)

12hb9hb dan 23hb21hb4hb dan 18hb15hb13hb10hb dan 24hb8hb

Bulan Tarikh

Tiada bayaran kemasukan. Walaubagaimanapun,tempahan awal diperlukan. Sekiranya anda berminat,

sila buat tempahan di laman sesawang kami diwww.yakult.com.my/factory-tour/

Perjanjian ini telah diumumkan oleh Presiden FAM DYAM Mejar JeneralTunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (kedua dari kiri) bersama Hiroshi Hamada, Pengarah Urusan Yakult Malaysia (tengah). Ini adalah kali pertama dalamsejarah FAM melantik minuman probiotik rasmi sebagai salah satupenajanya.

31

Pengumuman:

“Bermula dari tahun 2018 sehingga tahun2020, untuk setiap botol Yakult yang dijualdi Malaysia, kami akan menyumbangkan

1 sen kepada FAM,” kata Hiroshi Hamada.

Pada 9hb Disember 2017, Yakult telah dipilih secara rasmi sebagai minuman probiotik rasmi FAM untuk tiga tahun bermula dari Januari 2018. Penajaan ini termasuk tajaan minuman probiotik susu kultur Yakult Ace dan Yakult Ace Light yang bernilai RM200,000 setiap tahun.

Page 13: ISU 32 - yakult.com.my · abdomen. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kebarangkalian sebahagian gejala fizikal boleh dikaitkan dengan tekanan peperiksaan akademik dan strain

Cari dan BULATKANjawapan yang betul dikotak di bawah!

C

C

yqr

rnt

tt

dws

h

g

s

se

jj

b

b

ii

fk

l

z

1 Satu kumpulan besar organisma yang tinggal bersama dalam tubuh kita secara kolektif dipanggil

3 Satu kajian yang dijalankan di Jepun telah menemui bahawa boleh mengurangkan gejala tekananmelalui modulasi hubungan otak-usus.

7 mengandungi tinggi lemak trans dan lemak tepu, yang mana kedua-duanya boleh menyebabkanpenyakit jantung.

9 Minuman probiotik, seperti mempunyai ciri-ciri fungsi kesihatan yang boleh membantu meningkatkanjumlah bakteria baik dalam usus untuk meningkatkan fungsi penghadaman.

2 Otak dan usus anda dapat berkomunikasi dengan mudah melalui penghantaran maklumat yang tepat antara otak, dan elektrik impul.

Gaya Hidup Yakult! 12

H ER A J T B U M C L Y U EI C O A M I N E SI ZK D O A P P R O B Y S LI O T I K S M J V

O RK T I S O L M U T S M XI B L S A T I N GD EM E Z R G O U Y T N A SH Y U K U L T N IO GE A S N X P J O J Y L QO S M L Z D C T TD PH J E N U E I C D S A LU B E S E C R D AA TT I K M A B P R I U T PD A K G E O G S HC AY K A E I R O A O M O OA O J S C A E E ZO FW T N T O S T H R A P CL E S C E R N L UV EQ V O P H O Y H E L I NI C E I M L I P LA SE A M U I N A C K A H WO W P T J W Z P UH NP P R B L I B O Y H N MA K U L T H A A TT AS A O N I N G F E T N LA M L I D W G E HK RZ R H S E X N E P R I JO B E S K C R P IE KA I E R H O U X Z M U SH Y P L T H A L DI EO O B E S I T Y S R I NC O P R M A R J EH CM T Z R J K Y L P W R DM C E P A K X Z P

4 merupakan bahan berbahaya yang terdapat di dalam hampir semua makanan berproses yangboleh menyebabkan penyakit jantung, kanser payudara dan penyakit lain.

5 Kanak-kanak mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap kencing manis dan penyakitkardiovaskular pada usia muda.

6 Minuman bergas secara umumnya boleh menyebabkan kembung perut dan

8 dan adrenalin merupakan dua jenis hormon tekanan yang dihasilkan oleh satu menara kawalan di

bahagian otak,

!!!PermainanPermainanPermainanKuizKuizKuiz

Page 14: ISU 32 - yakult.com.my · abdomen. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kebarangkalian sebahagian gejala fizikal boleh dikaitkan dengan tekanan peperiksaan akademik dan strain

Tertakluk kepadaterma dan syaratseperti berikut:

Nama:

No. telefon:

Alamat:

Hari Terbuka Kilang Yakult telahkembali untuk kali ke- di KilangYakult Seremban 2!

3 Tandakankalendar

anda! 28hb April 2018

apakah tema untuk tahun ini

TEKACuba anda

apakah tema untuk tahun ini

TEKACuba anda

Teruskan bersama kami untuk mengetahui masa dan tema untuk tahun ini. Jumpa anda di sana!!

Bulatkan jawapan yang betul di dalam rajah di atas. Setiap penyertaan terhaduntuk satu isi rumah. Jawapan serta senarai pemenang akan diumumkan di lamanFacebook kami, fb.com/yakultmalaysia. 100 penyertaan terawal dengan jawapanyang tepat akan menerima hadiah.

Hantarkan jawapan bersama butiran di atas sama ada melaluifaksimili (03-55698961), imbas dan emelkan ke

[email protected] ataupun pos kepada:

Sila nyatakan nama penuh anda (dalam abjad roman),nombor telefon dan alamat.

Yakult (M) Sdn Bhd Lot No. 7, Jalan Jururancang U1/21, Seksyen U1,

Hicom Glenmarie Industrial Park, 40150, Shah Alam. Perhatian: Bahagian Perhubungan Awam & Sains

Page 15: ISU 32 - yakult.com.my · abdomen. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kebarangkalian sebahagian gejala fizikal boleh dikaitkan dengan tekanan peperiksaan akademik dan strain

“Yee Sang” juga dikenali sebagai lo hei (dalam bahasa Kantonis)merupakan sejenis salad ikan mentah Kantonis. Yee Sangatau Yúshēng (鱼生) ditafsirkan sebagai karakter homofonmandarin yang membawa maksud peningkatandengan banyak. Oleh itu, Yee Sang dianggap lambangkekayaan, kemakmuran dan semangat.

Mari buat sendiriYee Sang anda tahun ini

dengan Yakult!

100g Hirisan kulit wantan yang telah digoreng dengan sedikit minyak sayuran 40g Halia manis dihiris halus 40g Halia segar yang diparut 20g Halia merah yang diparut 100g Lobak merah yang dicincang 100g Daun salad yang dicincang 100g Timun yang dicincang 180g Sengkuang yang dicincang 200g Sashimi salmon yang dihiris halus 1 sudu Daun ketumbar dicincang halus 3 Daun bawang dicincang halus 100g Kacang panggang yang dihancurkan ½ sudu Serbuk lima rempah ½ sudu Serbuk lada

Bahan-bahan: (Hidangan untuk 5-6 orang)

Sos: 5 sudu Sos Plum ½ botol Yakult Ace 2 sudu Minyak Bijan 2 sudu Jus Lemon (bergantung kepada rasa masam yang diingini)Taburkan biji bijan putih (pilihan hidangan)

1. Goreng hirisan kulit wantan sedikit demi sedikit sehingga kekuningan dan rangup2. Keluarkan dengan menggunakan penapis dan letakkan di atas kertas minyak3. Susun kesemua bahan bersama kulit wantan yang telah digoreng dalam satu pinggan besar dan letakkan kepingan salmon4. Taburkan daun ketumbar, kacang dan rempah5. Masukkan bahan-bahan untuk meyediakan sos ke dalam botol dan goncang sehingga sebati6. Tuangkan sos dengan sekata

Tahukah anda: Upacara makan Yee Sang semasa Tahun Baru Cina merupakan aktiviti kebudayaan untuk

mereka yang tinggal di Malaysia dan Singapura namun begitu tidak begitu populardi negara-negara lain yang mempunyai ramai penduduk kaum Cina.

Raikan Kemakmuran Yakult

Gaya Hidup Yakult! 14

dengan “Yee Sang”

Page 16: ISU 32 - yakult.com.my · abdomen. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kebarangkalian sebahagian gejala fizikal boleh dikaitkan dengan tekanan peperiksaan akademik dan strain

Daftarlah Dengan KamiUntuk Menerima Buletin ini

Secara Percuma.Anda juga boleh mendaftar

secara online diwww.yakult.com.my

atau emel kepada kami [email protected].

berserta nama penuh, alamatdan nombor telefon anda.

Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. (163559-K)

Talian bebas tol: 1 800 88 8960Emel: [email protected] web: www.yakult.com.my

/yakultmalaysia

@yakultmalaysia

@yakultmalaysia

Nama: No Telefon:

Komen: