isu 16 -kesusasteraan

13
KESUSASTERAAN A. Sepintas Lalu KESUSASTERAAN merupakan wadah fikiran dan perasaan yang dijalin oleh bahasa yang indah. Keindahan kesusasteraan memukau deria rasa dan deria intelek peminatnya. Setiap bangsa mempunyai kesusasteraan yang dibanggakan. Bermula dengan tradisi lisan, kemudian beralih kepada tulisan dan kini kesusasteraan memasuki ruang siber. Kesusasteraan bermula di teratak rakyat pada zaman primitif, berkembang di istana raja, merendang semula di ruang masyarakat perindustrian, dan kini memasuki dunia siber. Dr. Sohaimi Abdul Aziz, pensyarah dari USM menyatakan bahawa ruang perjalanan yang dilalui oleh kesusasteraan sama dengan ruang perjalanan tamadun manusia itu sendiri.Sejarah kesusasteraan memperlihatkan perkembangan yang berliku-liku. Setiap zaman itu membawa persoalan yang tersendiri kepada kesusasteraan. Setiap zaman memberi fungsi yang tertentu kepada kesusasteraan. Bermula dengan fungsi untuk manusia sebagai wahana hiburan dan pengajaran, kesusasteraan kemudian berfungsi untuk dirinya sahaja. Pada peringkat awal, fungsi ekonomi yang dimiliki oleh kesusasteraan tidak begitu menyerlah. Namun semenjak kesusasteraan diangkat sebagai satu bidang ilmu maka fungsi ekonominya semakin jelas.Hakikat ini jelas apabila kedudukan pengajian kesusasteraan di universiti menampilkan dirinya bukan sahaja sebagai satu bidang ilmu tetapi juga sebagai satu tiket untuk melamar kerja. Graduan yang lahir dari Universiti Sains Malaysia (USM) dengan membuat pengkhususan dalam bidang kesusasteraan berpeluang melamar pekerjaan di beberapa sektor seperti pendidikan, penerbitan dan kewartawanan. Sektor pendidikan menawarkan peluang pekerjaan yang paling banyak khususnya pada peringkat sekolah. Kebanyakan pelajar yang membuat pengkhususan dalam bidang kesusasteraan merupakan bakal guru. Manakala sektor penerbitan dan kewartawanan agak terhad.

Upload: sszma

Post on 06-Jun-2015

1.028 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISU 16 -KESUSASTERAAN

KESUSASTERAANA. Sepintas Lalu

KESUSASTERAAN merupakan wadah fikiran dan perasaan yang dijalin oleh bahasa yang indah. Keindahan kesusasteraan memukau deria rasa dan deria intelek peminatnya. Setiap bangsa mempunyai kesusasteraan yang dibanggakan. Bermula dengan tradisi lisan, kemudian beralih kepada tulisan dan kini kesusasteraan memasuki ruang siber. Kesusasteraan bermula di teratak rakyat pada zaman primitif, berkembang di istana raja, merendang semula di ruang masyarakat perindustrian, dan kini memasuki dunia siber.

Dr. Sohaimi Abdul Aziz, pensyarah dari USM menyatakan bahawa ruang perjalanan yang dilalui oleh kesusasteraan sama dengan ruang perjalanan tamadun manusia itu sendiri.Sejarah kesusasteraan memperlihatkan perkembangan yang berliku-liku. Setiap zaman itu membawa persoalan yang tersendiri kepada kesusasteraan. Setiap zaman memberi fungsi yang tertentu kepada kesusasteraan. Bermula dengan fungsi untuk manusia sebagai wahana hiburan dan pengajaran, kesusasteraan kemudian berfungsi untuk dirinya sahaja. Pada peringkat awal, fungsi ekonomi yang dimiliki oleh kesusasteraan tidak begitu menyerlah.

Namun semenjak kesusasteraan diangkat sebagai satu bidang ilmu maka fungsi ekonominya semakin jelas.Hakikat ini jelas apabila kedudukan pengajian kesusasteraan di universiti menampilkan dirinya bukan sahaja sebagai satu bidang ilmu tetapi juga sebagai satu tiket untuk melamar kerja.

Graduan yang lahir dari Universiti Sains Malaysia (USM) dengan membuat pengkhususan dalam bidang kesusasteraan berpeluang melamar pekerjaan di  beberapa sektor seperti pendidikan, penerbitan dan kewartawanan. Sektor pendidikan menawarkan peluang pekerjaan yang paling banyak khususnya pada peringkat sekolah. Kebanyakan pelajar yang membuat pengkhususan  dalam bidang kesusasteraan merupakan bakal guru. Manakala sektor penerbitan dan kewartawanan agak terhad.

B. Hakikat Subjek Kesusasteraan Masa Kini Sektor pendidikan merupakan sektor yang menawarkan peluang

pekerjaan yang paling banyak kepada mereka yang membuat pengkhususan dalam bidang kesusasteraan di universiti . Namun, pada masa ini tidak ramai guru sastera yang diperlukan di sekolah-sekolah kerana mereka sudah terlalu ramai. Maka terdapat guru-guru sastera yang mengajar mata pelajaran lain. Tambahan pula kelas-kelas sastera semakin mengecil kerana minat pelajar-pelajar terus menurun. Ada juga sekolah yang menutup kelas sastera kerana tidak ada lagi sambutan daripada para pelajarnya.

Page 2: ISU 16 -KESUSASTERAAN

Terdapat satu stigma yang dilemparkan kepada pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran sastera, iaitu pelajar sastera ialah pelajar yang lemah dan tidak ada potensi untuk maju dalam bidang lain seperti perakaunan dan teknikal. Hanya sebilangan kecil graduan kesusasteraan yang memulakan perniagaan sendiri kerana kemahiran yang diterima tidak mengizinkan mereka mencipta pekerjaan untuk diri mereka sendiri.

Pada peringkat akademik iaitu peringkat yang lebih tinggi, penglibatan mereka yang terlibat dengan dunia sastera melalui bengkel, kolokium, seminar, dan persidangan semakin lesu. Majlis-majlis ilmu ini dihadiri oleh sebilangan kecil muka baru yang menunjukkan minat. Walaupun begitu, kegiatan kesusasteraan nampaknya masih bernafas dengan adanya Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu sebuah institusi kerajaan yang mengurus perkembangan bahasa dan sastera di Malaysia. Jika tidak ada Dewan Bahasa dan Pustaka sudah pasti majlis-majlis ilmu kesusasteraan akan berkubur. Masyarakat teknologi tidak melihat adanya kerelevanan kesusasteraan pada masa kini.

Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia, jumlah pelajar tingkatan enam (STPM) yang mengambil mata pelajaran Kesusasteraan terus merosot dari tahun ke tahun. Pada tahun 1998 terdapat 13 023 pelajar STPM yang menduduki kertas Kesusasteraan Melayu. Bilangannya merosot kepada 11 957 orang pada tahun 1999 dan hanya  7928 orang  pada tahun 2000.

Tidak dinafikan memang ada yang benar-benar minat dengan kesusasteraan tetapi bilangan mereka amat kecil. Seperkara yang berkaitan ialah minat pelajar yang membuat pengkhususan sastera telah menurun kerana kerjaya sebagai guru tidak lagi dipandang tinggi oleh masyarakat. Dengan kata lain, pengajian kesusasteraan tidak lagi berada  dalam keadaan yang selesa.

Lambakan graduan yang membuat pengajian kesusasteraan akan terus berlaku. Di Malaysia, terdapat beberapa universiti yang menghasilkan graduan kesusasteraan seperti di Universiti Malaya (UM) , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Maka setiap tahun ratusan graduan pengajian kesusasteraan keluar mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka. Namun sehingga kini belum ada statistik sebenar jumlah pelajar pengajian kesusasteraan yang menganggur. Kita perlu berasa bimbang akan masa hadapan pengajian kesusasteraan. Mengikut satu laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia (New Sunday Times, 9 Julai 2000, hlm. 27), terdapat 39 000 graduan yang sedang mencari pekerjaan. Menurut agensi-agensi mencari pekerjaan, bilangan itu lebih besar daripada yang dikeluarkan oleh kementerian berkenaan. Saingan untuk merebut peluang pekerjaan semakin sengit. Peluang pekerjaan dalam bidang kesusasteraan tidak begitu cepat berkembang berbanding dengan jumlah graduan yang terus bertambah dari tahun ke tahun. Sedangkan jumlah universiti

Page 3: ISU 16 -KESUSASTERAAN

bertambah sama ada awam ataupun swasta dan jumlah kemasukan juga terus meningkat. Maka lambakan graduan sukar untuk dibendung jika tidak ada langkah-langkah bijak dilakukan.

Dalam sektor pendidikan swasta, tidak ada kolej swasta ataupun universiti swasta yang menawarkan pengajian kesusasteraan kerana pengajian ini tidak mempunyai nilai ekonomi di dalam konteks peluang pekerjaan yang baik, berprestij dan bergaji lumayan. Kursus-kursus yang dianjurkan semua berorientasikan nilai ekonomi iaitu dapat memberi keuntungan kepada yang menganjurkan. Maka kolej swasta akan menawarkan kursus yang berkaitan dengan IT, kejuruteraan, perakaunan, pengurusan dan perniagaan. Kolej-kolej swasta ini beroperasi dengan menawarkan kursus-kursus yang dapat memenuhi keperluan peluang pekerjaan yang sedia ada dan yang akan diwujudkan. Ibu bapa tidak akan bergolok bergadai mencari wang yang begitu banyak, hanya untuk pengajian kesusasteraan yang sedia ada dan yang akan diwujudkan.

Pengajian kesusasteraan kini dianggap pengajian kelas dua. Pengajian kesusasteraan tidak menyediakan ruang untuk para graduannya bersaing di sektor swasta untuk mendapatkan pekerjaan. Kolej-kolej swasta tidak berminat untuk menawarkan pengajian seperti ini kerana pasti tidak ramai pelajar yang akan memohonnya. Pengajian kesusasteraan hanya terdapat di universiti awam seperti di Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya. Namun universiti-universiti awam ini tidak boleh berterusan menghasilkan graduan pengajian kesusasteraan yang tidak lagi relevan dengan perkembangan ekonomi negara yang mengarah kepada negara maju pada tahun 2020.

Bagi mengatasi masalah ini, adakah jumlah pengambilan pelajar untuk pengkhususan kesusasteraan dikurangkan? Misalnya ada yang menyarankan supaya dikurangkan jumlah pengambilan pelajar sastera daripada 53 peratus pada tahun 2000 kepada 25 peratus sahaja. Pengurangan ini juga akan mengurangkan jumlah yang mengambil pengkhususan kesusasteraan.

Selain itu, ada juga pandangan yang lebih radikal iaitu menutup sama sekali pengajian kesusasteraan. Kedua-dua pendekatan ini tidak akan menyelesaikan masalah yang timbul. Namun untuk memasukkan karya-karya sastera dalam pengajaran bahasa tidak juga membawa maruah kepada kerjaya guru sastera atau bakal guru sastera. Memansuhkan pengajian kesusasteraan adalah tidak bijak kerana kesusasteraan mempunyai nilai didaktik dan budaya yang diperlukan. Manusia bukan robot tetapi makhluk yang bernafas dengan tenaga intelek dan emosi serta intuisi. Pengajian kesusasteraan sekarang perlu dilihat kembali kerelevanannya di dalam konteks nilai ekonominya.

Perkara penting yang perlu dilakukan adalah dengan melihat kurikulum pengajian kesusasteraan yang ada semula. Adakah kandungan kurikulum pengajian kesusasteraan di universiti dapat

Page 4: ISU 16 -KESUSASTERAAN

menghasilkan tenaga kerja yang diperlukan oleh negara pada hari ini dan masa hadapan? Kurikulum yang digunakan merupakan kurikulum yang lama yang bersifat tulen dan pasti telah melalui beberapa pindaan kecil tetapi masih mengetengahkan pengajian kesusasteraan sebagai satu pengajian tulen. Misalnya, di USM kurikulum pengajian kesusasteraan nyata bersifat tulen seperti kajian terhadap teks klasik, novel, cerpen, sajak, sejarah sastera, teori sastera, kritikan sastera, kesusasteraan Amerika Latin, kesusasteraan Afrika, kesusasteraan Nusantara dan kesusasteraan bandingan. Kursus ini tidak membawa nilai ekonomi dalam konteks mendapatkan pekerjaan yang di luar bidang pendidikan. Sudah tiba masanya kursus itu dikaji kerelevanannya kepada para pelajar.

Mengikut agensi pencari pekerjaan, graduan yang mudah mendapat pekerjaan yang baik ialah mereka yang mempunyai kemahiran teknologi khususnya yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi. (New Sunday Times 9 Julai 2000, hlm. 27). Sehubungan itu, mereka menggesa para graduan sains supaya melengkapkan diri mereka dengan teknologi maklumat dan komunikasi, yang berkesan. Mereka juga berpendapat bahawa agak mudah memberi kursus-kursus teknologi kepada graduan-graduan sains berbanding dengan sastera kerana latar belakang sains mereka. Bagaimana dengan graduan atau bakal graduan pengajian kesusasteraan? Adakah mereka juga perlu dilengkapi dengan teknologi maklumat? Jawabnya ya. Melihat kepada kursus-kursus yang ada mereka langsung tidak didedahkan dengan teknologi komputer. Membawa teknologi komputer tidak bermaksud merombak semua kursus yang ada. Masih ada kursus-kursus yang ada sekarang yang perlu dikekal sebagai kursus asas pengajian kesusasteraan.

Anjakan paradigma  dalam pengajian kesusasteraan di universiti ada hubungannya dengan satu pandangan yang mahu pengajian kesusasteraan digantikan dengan pengajian budaya. Melalui pengajian budaya, parameter pengajian kesusasteraan diperluas. Kesusasteraan tidak dilihat secara tulen lagi tetapi dalam konteks budaya yang lebih luas (dispersed and decentred)

Daripada pengajian kesusasteraan kepada pengajian budaya memerlukan satu anjakan paradigma yang bijak. Pengajian kesusasteraan yang berbentuk tulen itu perlu diubah dan disesuaikan dengan perkembangan yang berlaku. Pengajian kesusasteraan yang berbentuk tulen ini perlu dirombak untuk memberi laluan kepada pengajian kesusasteraan yang berbentuk interdisiplin dan salah satu aspek penting yang perlu dibawa masuk dalam pengajian kesusasteraan ialah teknologi. Melalui teknologi komputer kesusasteraan boleh dikaji bersama-sama dengan media yang lain seperti filem.

Sudah tiba waktunya dimasukkan kursus yang berkaitan dengan teknologi komputer seperti adaptasi menggunakan komputer dan penggunaan teknologi multimedia. Kursus-kursus seperti kesusasteraan dan multimedia dan

Page 5: ISU 16 -KESUSASTERAAN

kesusasteraan dan filem perlu difikirkan untuk komponen kursus pengajian kesusasteraan. Graduan daripada pengajian kesusasteraan dengan kursus yang berkaitan dengan teknologi komputer dan multimedia lebih bersedia melamar pekerjaan yang berteknologi itu. Mereka dapat bersaing dengan pelajar sains pada masa hadapan  dalam melamar pekerjaan yang semakin bertumpu kepada IT ataupun yang berkaitan dengannya. Apabila mereka keluar sebagai graduan maka mereka boleh melibatkan diri dalam bidang pengiklanan, kewartawanan, perfileman dan pendidikan IT. Mereka juga boleh melibatkan diri dalam industri membangunkan pelbagai perisian komputer yang bersifat tempatan dan juga multinasional yang kini sedang pesat berkembang. Sehubungan itu, mereka tidak lagi hanya mengharapkan untuk menjadi guru sekolah. Bertepatan dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat IT maka graduan kesusasteraan tidak akan ketinggalan membangunkan dunia IT Malaysia pada masa hadapan.

Bagi merealisasikan satu perubahan dalam penawaran kursus pengajian kesusasteraan yang berorientasikan teknologi komputer maka prasarana yang berkaitan perlu difikirkan. Makmal komputer yang sesuai perlu disediakan.

Pengkhususan kesusasteraan sebagai satu bidang ilmu masih diperlukan tetapi dalam pakej yang berbeza. Teknologi multimedia perlu diperkenalkan dalam pengajian kesusasteraan. Gandingan kedua-duanya ini akan menghasilkan graduan kesusasteraan yang boleh bersaing dengan graduan lain khususnya dalam bidang IT.

C. Remaja Dan Penulisan Kreatif Apabila kita ingin mengasuh remaja menjadi penulis, kita tidak hanya

mengajar mereka cara-cara menulis sahaja. Kita harus mengasuh mereka memahami dan mengerti falsafah kesusasteraan itu sendiri.

Falsafah kesusasteraan ialah landasan dan penulisan itu pula ialah gerabaknya. Tugas menyuntik falsafah atau idealogi kesusasteraan dan penulisan memerlukan kepakaran. Para sasterawan terdahulu seperti Keris Mas, A. Samad Said, A. Samad Ahmad, Ahmad Boestamam, Pak Sako dan lain-lain tidak pernah pun melalui bengkel-bengkel penulisan tetapi yang ada dalam diri mereka ialah falsafah hidup, dan semangat bersastera dan bagaimana penulisan dan kesusasteraan itu dapat menjadi satu wadah untuk perjuangan kemerdekan dan membangkitkan semangat kebangsaan.

Bengkel-bengkel dan program seperti Minggu Penulis Remaja (MPR) harus memberi keutamaan dalam pembinaan semangat untuk remaja terus berkarya tidak kira mereka kemudian memilih kerjaya apa pun. Sebagai contoh Sekiranya mereka memilih bidang kedoktoran kemudiannya, peluang mereka mengikuti bengkel seperti MPR mungkin tiada lagi. MPR cukup penting untuk meletakkan batu asas dalam diri remaja kerana inilah satu-satunya ruang yang dapat memberi asas atau tapak yang kukuh dalam binaan seseorang

Page 6: ISU 16 -KESUSASTERAAN

pengarang bukan hanya memberi bimbangan bagaimana cara mengarang. 

Selain itu peluang remaja untuk membentuk dan mengasah bakat mereka dalam bidang penulisan kini terbuku luas walaupun media untuk mereka berkarya terhad tetapi dengan adanya pelbagai majalah yang juga ada menyediakan ruangan puisi dan cerpen, dan pemintaan syarikat penerbitan novel yang semakin menggalakkan, mereka boleh mencuba. Selain itu terdapat juga ruang web di internet yang membuka ruangan kepada mereka untuk berkarya. Ini boleh juga dimanfaatkan untuk para remaja mengasah bakat mereka.  

Remaja tidak seharusnya menanamkan cita-cita untuk menjadi penulis kerana apabila cita-cita menjadi menjadi penulis tercapai, mereka akan berhenti. Beliau menyatakan remaja harus melihat dunia penulisan sebagai saluran mereka berkongsi sesuatu pendapat yang kritis dan membina untuk masyarakat.

Tetapi semangat remaja boleh diibaratkan seperti mee segera. Jika dipandang dalam konteks penulisan terutamanya penulis di kalangan wanita yang telah berumah tangga, kesibukan mereka sebagai isteri, ibu dan pekerja menghalang mereka untuk terus menulis kecuali mereka yang mempunyai masalah dalam keluarga atau tertekan dalamannya atau mereka yang yang tidak terikat dengan tali perkahwinan, mungkin mereka akan terus berkarya. Tidak terkecuali dengan penulis remaja lelaki yang berpotensi iaitu setelah mereka melanjutkan pelajaran di universiti dan mengambil bidang yang asing sama sekali dengan dunia kesusasteraan. Sekadar contoh Ahmad Patria Abdullah yang mengambil bidang farmasi, kemungkinan terlalu sibuk dengan tugasan dan kemudian kerjaya menyebabkan mereka terkeluar daripada carta penulis massa.Selain itu jauh dengan pusat kegiatan sastera dan budaya juga mungkin mempengaruhi perkembangan mereka. Namun itu hanyalah alasan kerana Dr. Rahmat Haron dan Prof Dr. Hashim Yaakob (sekadar contoh) terus menghasilkan karya walaupun dibebani tugas lain tetapi mereka tetap memberikan sumbangan untuk memperkayakan kesusasteraan Melayu.

Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat (HSSBR) pula menyumbangkan galakan kepada remaja untuk bersaing. Persaingan yang sihat ini telah menjurus ke arah penerbitan karya mereka dapat diterbitkan pada waktu itu yang dalam keadaan media yang terhad dan tidak mempunyai motivasi untuk mengembangkan bakat penulis remaja selain daripada DBP melalui MPR dan pendorongnya HSSBR. 

Hakikat ini nyata benarnya kerana di Malaysia kini, seseorang yang ingin menjadi penulis harus menjadi manusia kebal dan terus gigih berkarya tanpa mengenal jemu kerana berapa ramai di kalangan editor ,pengelola ruangan sastera atau pihak tertentu yang boleh memberi perhatian kepada penulis remaja. Dalam akhbar tidak banyak ruang yang dikhususkan untuk remaja mengembangkan bakat mereka.Pengiktirafan oleh pihak media terhadap pengarang di kalangan remaja belum masih boleh dibanggakan.

Page 7: ISU 16 -KESUSASTERAAN

Pengiktirafan ini boleh diwujudkan dalam pelbagai bentuk. Bakat yang dianugerahkan Allah swt. ini boleh diserap atau dimasukan dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), dengan mewujudkan kategori pengarang muda berbakat atau harapan atau remaja. Hadiah seperti itu bertindak sebagai pengiktirfan dan rangsangan awal kepada penulis remaja yang berbakat besar.

Kini telah terbit majalah Tunas Cipta (TC) yang telah berusia setahun kini, yang berfungsi menonjolkan penulis di kalangan remaja dan generasi baru. Rentak sastera kreatif hari ini lebih bersifat popular sehingga mempengaruhi remaja. Ini dikaitkan dengan persekitaran sekarang yang berkembang terlalu pantas dengan kemasukan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Lebih buruk lagi remaja kini seperti berada dalam satu persekitaran yang tidak menentu, keliru dan kelam kabut. Namun dari satu perspektif yang laian, ada perimbangan antara wawasan kerajaan dalam ICT dengan pelaksanan Komponen Kesusasteraan Dalam Bahasa Melayu (Komsas) di peringkat sekolah menengah sejak tahun 2000. 

Tanpa Komsas, sastera Melayu akan sepi di peringkat sekolah dan mungkin sastera Melayu akan tidak dikenali oleh bangsa dan rakyatnya sendiri. Kini semua para pelajar dalam semua aliran kembali mengenali sastera walaupun mereka kemudiannya menjadi doktor, jurutera, dan sebagainya

Beberapa aktivis sastera seperti Abdul Ahmad dari Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan mewujudkan Makmal Penulisan Karya Remaja untuk membantu penulis muda dan remaja menghasilkan pelbagai genre sastera kreatif untuk khalayak remaja yang lebih tepat dalam konteks konsep remaja hari ini.

Page 8: ISU 16 -KESUSASTERAAN

D. Penulisan dan Minat Membaca Menulis bukan suatu kerjaya di Malaysia. Ini tidak pula bermakna kita

boleh menulis ala kadar. Penulisan lebih berupa tanggungjawab sosial. Dan bagi penulis profesional – sebagai kontra kepada penulis amatur – pula, penulisan adalah salah satu cara memperoleh pendapatan sampingan secara yang halal. Semakin banyak karya dihasilkan serta tersiar, semakin banyak honorarium diterima.   

Dalam hal ini, tidak dapat tidak, kita terpaksa mengakui hakikat kelembaban minat membaca di Malaysia. Tetapi saya tidak mahu menuding pada masyarakat umum semata-mata. Dalam ruangan “Surat Kepada Editor” di Dewan Sastera April 1997, dua pembaca mengemukakan masalah mendapatkan majalah berkenaan di pasaran.

Sewaktu saya berceramah di beberapa tempat, ramai yang merungut tentang kelemahan pihak penerbit dalam memasarkan buku. Hakikat ini terpaksa diterima oleh pihak penerbit. Usahlah mencari “alasan” untuk menutup kelemahan pengurusan. Sebaliknya, jadikannya teguran membina demi kebaikan.   

Sekadar contoh, buku-buku sastera terbaru sering diiklankan dalam majalah Dewan Sastera. Soalnya, siapakah pembaca majalah berkenaan? Kebanyakan daripada pembacanya adalah kelompok masyarakat yang sudah sedia meminati bidang sastera. Lalu, iklan tadi hanya sampai kepada kelompok yang itu-itu sahaja. Bukankah lebih berkesan – dan lebih bijak – jika buku-buku sastera diiklankan dalam akhbar dan majalah yang mempunyai pembaca dari kelompok yang pelbagai?   

Sewaktu diwawancara untuk ruangan sastera majalah Dakwah (Julai 1996), Pak Abdullah Hussain menimbulkan persoalan tentang siapakah yang bertanggungjawab mempromosi karya. Saya ingin mengemukakan pertanyaan yang sama kepada anda: Siapakah yang bertanggungjawab mempromosi buku yang diterbitkan?   

Ini mungkin persoalan yang klise. Tetapi memandangkan bahawa persoalan ini masih belum terjawab, rasanya tidak salah jika persoalan yang sama ditimbulkan berulang kali – dengan harapan akan mendapat reaksi pihak terbabit.   

Mungkin karya yang tersiar secara eceran tidak memerlukan promosi individual. Tetapi bagaimana dengan karya berbentuk buku (antologi dan kumpulan cerpen misalnya)? Siapa yang bertanggungjawab mempromosikannya: penerbit, pekedai buku atau penulis sendiri?   

Dengan royalti tidak seberapa yang diterima, mampukah penulis menjelajah serata tanah air untuk mempromosi karyanya – seperti yang dipersoalkan oleh Pak Abdullah Hussain. Atau wajarkah kita mengharapkan pekedai buku mempromosi karya sastera sedangkan tujuan utama mereka adalah mencari untung hasil daripada  perniagaan buku yang dijalankan.   

Dalam soal ini, saya bersetuju dengan pendapat Pak Abdullah Hussein bahawa penerbitlah yang sepatutnya memainkan peranan serta tanggungjawab utama dalam mempromosi karya. Soalnya, setakat manakah tanggungjawab berkenaan dilaksanakan?   

Page 9: ISU 16 -KESUSASTERAAN

DBP sebagai badan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera kebangsaan sewajarnya memainkan peranan dalam menangani isu ini – sekurang-kurangnya bagi buku-buku yang diterbitkannya.   Usaha promosi harus diperhebatkan dan dilakukan secara yang terancang. Mungkin penerbit dan penulis dapat bekerjasama dalam usaha promosi. Misalnya apabila penerbit mengadakan pameran buku, selitkan sekali sesi pertemuan dengan penulis. Pada sesi seumpama itu, di samping masyarakat dapat bersemuka dengan penulis, promosi buku juga dapat dilakukan secara tidak langsung. Memanglah promosi seumpama ini ada dilaksanakan sebelum ini. Tetapi ia lebih tertumpu kepada penulis besar yang sudah sedia dikenali umum. Bagaimana dengan penulis baru; misalnya penulis daripada kalangan peserta MPR sendiri?   

Ada saya sebutkan bagaimana saya gunakan sesi ceramah dan bengkel penulisan untuk mempromosi karya. Tetapi itu hanyalah usaha pada skala kecil-kecilan. Saya tidak dapat menjelajah seluruh negara untuk mempromosi buku-buku saya. Kosnya siapa yang akan tanggung?   Betapa baiknya jika penerbit yang menganjurkan pesta buku mengambil inisiatif mengundang penulis-penulis muda bagi mempromosi karya. Tambahan, usaha promosi memang menjadi sebahagian daripada tugas pemasaran pihak penerbit.   

Media elektronik juga wajar dieksploitasi secara positif bagi mempromosi karya sastera ke seluruh negara. Tidak usahlah kita bercakap tentang slot khas bagi sastera di televisyen. Usah terus menanti bulan gugur ke riba. Sebaliknya, gunakan slot sastera yang sedia ada di radio. Radio Satu dan Radio KL mempunyai target audience yang cukup ramai.   Daripada pengalaman saya sendiri menyertai ruangan sastera di kedua-dua stesen radio berkenaan, saya dapati ramai pendengar menelefon untuk mengetahui tentang dunia sastera. Pada masa yang sama, mereka mengakui betapa mereka tidak tahu tentang buku-buku karya sastera terbaru di pasaran.   

Sebaliknya mereka lebih terdedah kepada iklan dan promosi kaset lagu terbaru di pasaran. Ini adalah hasil promosi yang terancang di radio. Syarikat rakaman turut mengusahakan agar artis dibawa ke studio untuk memberi peluang kepada para pendengar radio berinteraksi melalui telefon.   

Di sini, usahlah kita salahkan masyarakat kalau mereka lebih mengenali kaset daripada buku. Sebaliknya penerbit buku perlu bertindak bijak menggunakan air time di radio untuk mempromosi karya sastera. Ruangan sastera yang sedia ada wajar digunakan sepenuhnya secara bijak dan terancang. Promosikan buku-buku terbaru secara profesional.   Bawalah penulis ke studio untuk memberi peluang masyarakat berbual dengan mereka melalui telefon. Usaha saudara Ismail Karmun dan saudara Jaafar Abdul Rahim dalam melakukan promosi seperti ini wajar dipuji dan dicontohi.   

Namun begitu, perlu juga dipastikan bahawa promosi seumpama ini dilakukan secara profesional. Pastikan bahawa penulis yang dibawa ke studio berkebolehan untuk bercakap. Saya perhatikan beberapa penulis – termasuk penulis mapan – yang dibawa ke studio terlalu gementar untuk menjawab pertanyaan pendengar. Lain yang ditanya,

Page 10: ISU 16 -KESUSASTERAAN

lain yang dijawab. Ramai penulis nampaknya hanya mampu “bercakap” melalui karya. Apabila dibawa ke studio untuk berinterkasi secara live dengan pendengar, mereka mula menampakkan sifat tidak profesional.   

Apa yang nyata, strategi pemasaran buku perlu ditingkatkan secara profesional. Promosi tidak lagi harus tertumpu kepada produk (buku) semata-mata. Sebaliknya, gunakan strategi pemasaran melalui promosi “jenama” (penulis) untuk membantu melariskan “produk”.   Pengurusan dan organisasi penerbitan juga amat perlu diberi perhatian serius. Usahlah tunggu sehingga ditegur tokoh politik, baru penerbit mula sibuk meningkatkan mutu kerja – dan dua-tiga minggu kemudian kembali lembap seperti sediakala!   

6. Saya percaya segala perkara yang saya sentuh sebentar tadi akan mendapat perhatian daripada anda. Dunia sastera memerlukan kerjasama penulis, khalayak dan penerbit. Saya tidak begitu menyentuh tentang peranan khalayak. Memandangkan bahawa kita yang berkumpul di sini pada hari ini lebih tepat mewakili pihak penulis dan penerbit, wajarlah saya tumpukan perhatian kepada peranan kita bersama – sebagai sebuah keluarga – dalam memasyarakatkan sastera.   

Untuk itu, segala masalah yang timbul di pihak penulis, di pihak penerbit serta dalam hubungan penulis-penerbit perlu terlebih dahulu diselesaikan dan diatasi secara profesional. Jika tidak, makin sukarlah usaha memasyarakatkan sastera.   

Memanglah pada hakikatnya penulis juga sebahagian daripada masyarakat pembaca. Namun saya percaya penulis tidak tergolong dalam kumpulan pembaca yang belum dimasyarakatkan dengan sastera. Jadi, penerbit (selaku pengeluar buku secara massa) dan penulis (selaku pengkarya sastera) perlu bekerjasama dalam usaha menarik minat khalayak umum terhadap karya sastera.