islam mempengaruhi kebudayaan di malaysia - dalam...

20
“ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIA” Disediakan oleh MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI (2010282848) Kumpulan HSE4A PENGENALAN TERDAPAT pelbagai teori yang menjelaskan tentang kedatangan Islam ke rantau ini termasuk Kepulauan Tanah Melayu. Sejarahwan tempatan mengatakan Islam mula mempengaruhi penduduk di rantau ini semenjak abad ke-7 Masihi oleh saudagar yang juga mubaligh dari Semenanjung Tanah Arab, tetapi sejarahwan Barat pula menyatakan Islam mula mendatangi kepulauan-kepulauan Melayu sekitar tahun 1292 Masehi hingga 1390 Masehi (abad ke-13 Masehi hingga abad ke-14 Masehi) oleh saudagar-saudagar dari India dan China yang mana telah terlebih dahulu memeluk Islam 1 . Selain menyampaikan risalah kebenaran Islam sebagai satu-satunya agama yang diterima di sini Allah S.W.T (Surah Ali Imran ayat 13) 2 , para mubaligh dan saudagar- saudagar ini turut mempengaruhi masyarakat setempat dengan nilai-nilai yang diamalkan dalam agama yang suci ini. Ini termasuklah pengaruh dalam aspek pemerintahan (politik), pendidikan, perniagaan dan juga kebudayaan serta kesenian. Pengaruh-pengaruh ini tersebar melalui beberapa faktor antaranya keunggulan dan kemurniaan Islam itu sendiri yang ditonjolkan semasa berkomunikasi dengan masyarakat setempat dan juga perkahwinan.

Upload: trinhphuc

Post on 01-Feb-2018

282 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: islam mempengaruhi kebudayaan di malaysia - dalam pembinaanmohdruhaizie.com/hs223/ctu551/ctu551-2010282848-esei-02-laporan.pdf · Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun

“ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIA”

Disediakan oleh

MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI (2010282848)

Kumpulan HSE4A

PENGENALAN

TERDAPAT pelbagai teori yang menjelaskan tentang kedatangan Islam ke rantau ini

termasuk Kepulauan Tanah Melayu. Sejarahwan tempatan mengatakan Islam mula

mempengaruhi penduduk di rantau ini semenjak abad ke-7 Masihi oleh saudagar yang

juga mubaligh dari Semenanjung Tanah Arab, tetapi sejarahwan Barat pula menyatakan

Islam mula mendatangi kepulauan-kepulauan Melayu sekitar tahun 1292 Masehi hingga

1390 Masehi (abad ke-13 Masehi hingga abad ke-14 Masehi) oleh saudagar-saudagar

dari India dan China yang mana telah terlebih dahulu memeluk Islam1.

Selain menyampaikan risalah kebenaran Islam sebagai satu-satunya agama yang

diterima di sini Allah S.W.T (Surah Ali Imran ayat 13)2, para mubaligh dan saudagar-

saudagar ini turut mempengaruhi masyarakat setempat dengan nilai-nilai yang diamalkan

dalam agama yang suci ini. Ini termasuklah pengaruh dalam aspek pemerintahan (politik),

pendidikan, perniagaan dan juga kebudayaan serta kesenian.

Pengaruh-pengaruh ini tersebar melalui beberapa faktor antaranya keunggulan dan

kemurniaan Islam itu sendiri yang ditonjolkan semasa berkomunikasi dengan masyarakat

setempat dan juga perkahwinan.

Page 2: islam mempengaruhi kebudayaan di malaysia - dalam pembinaanmohdruhaizie.com/hs223/ctu551/ctu551-2010282848-esei-02-laporan.pdf · Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun

ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIAOLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI

DEFINISI BUDAYA DAN KEBUDAYAAN SERTA CIRI-CIRINYA

SEBELUM kita mengupas lebih lanjut mengenai pengaruh-pengaruh Islam yang terdapat

dalam kebudayaan di Malaysia, adalah lebih elok kita merungkai terlebih dahulu definisi

budaya dan kebudayaan.

Menurut Oxford University Press (2000), culture (budaya) adalah adat, pemikiran,

kesenian, amalan, kepercayaan dan sebagainya bagi sesebuah kumpulan manusia,

komuniti atau negara.3

Dewan Bahasa dan Pustaka dalam terbitannya Kamus Dewan Edisi Empat

menyatakan “budaya” yang boleh diterangkan dalam bentuk pencirian adalah seperti

berikut4:

1. Tamadun dan peradaban (contohnya Tamadun Islam);

2. Kemajuan fikiran dan akal budi (cara berfikir, mempamerkan kelakuan,

tingkahlaku dan sebagainya);

3. Sesuatu yang bersifat kebudayaan seperti seni budaya, adat resam dan

pakaian serta amalan yang boleh diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau

bangsa atau negara;

Page 3: islam mempengaruhi kebudayaan di malaysia - dalam pembinaanmohdruhaizie.com/hs223/ctu551/ctu551-2010282848-esei-02-laporan.pdf · Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun

ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIAOLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI

Manakala “kebudayaan” pula diungkapkan seperti berikut:

1. Sekelompok manusia atau sesebuah bangsa yang berbudaya atau memiliki

budaya iaitu memiliki cara berfikir dengan akal budi yang sudah maju dan

menjadikan sesuatu sebagai kebiasaan atau kelaziman;

2. Keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara berfikir, bertindak dan

berkelakukan serta segala hasil kegiatan dan pencapaian yang berupa

kebendaan atau kerohanian sesebuah masyarakat, yang mana kemajuan

yang dicapai adalah berdasarkan nilai-nilai murni;

3. Suatu proses penting dalam kegemilangan/kejatuhan sesebuah tamadun.

Sebagai contoh, budaya ilmu yang digilap dalam masyarakat Arab

sepanjang zaman Kenabian Rasullah S.A.W telah mempengaruhi

kegemilangan Islam di seluruh dunia.

Sehubungan itu, budaya Islam leh didefinisikan sebagai sesebuah kelaziman,

amalan dan pencapaian sesebuah bangsa sama ada terdapat elemen-elemen Islamik di

dalamnya ataupun dipengaruhi oleh agama Islam.

Page 4: islam mempengaruhi kebudayaan di malaysia - dalam pembinaanmohdruhaizie.com/hs223/ctu551/ctu551-2010282848-esei-02-laporan.pdf · Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun

ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIAOLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI

EVOLUSI KEBUDAYAAN DI TANAH MELAYU DAN MALAYSIA SELEPAS

KEDATANGAN ISLAM

NEGARA ini telah mengalami perubahan demi perubahan dalam banyak aspek kehidupan

semenjak Islam mendatangi rantau ini. Islam membawa perubahan yang besar dengan

membawa cahaya menggantikan kegelapan hidup5 khususnya di kalangan masyarakat

Melayu. Sesungguhnya masyarakat Melayu tidak boleh dipisahkan daripada Islam

sehinggakan di dalam Perlembagaan Negara ini seorang Melayu ditafsirkan sebagaimana

berikut:

Sungguhpun begitu, walaupun orang Melayu sangat sinonim dengan Islam,

kebudayaan yang dipengaruhi oleh Islam di negara ini masih lagi dicampur adukkan

dengan amalan-amalan khurafat dan agama-agama yang lain6.

Sebagai contoh, dalam budaya perkahwinan masyarakat Melayu, walimatul urus

dan akad dilaksanakan mengikut syariat Islam, akan tetapi perhiasan diri yang dipakaikan

kepada kedua-dua mempelai mempunyai unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran

Islam seperti sulaman berbentuk hidupan bernyawa serta tidak menutup aurat kerana

dikatakan pemakaian peralatan berkenaan dapat menghindari hasad dengki orang lain

dalam majlis tersebut. Pengantin juga tidak dibenarkan mandi dari pagi hingga tamat

majlis atau perlu mencampak sehelai pakaian dalam pengantin ke bumbung bagi

mengelak hujan mengganggu majlis tersebut.

Page 5: islam mempengaruhi kebudayaan di malaysia - dalam pembinaanmohdruhaizie.com/hs223/ctu551/ctu551-2010282848-esei-02-laporan.pdf · Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun

ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIAOLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI

Selain itu dalam amalan perubatan tradisional pula, pelbagai salah amalan

dilakukan oleh pengamal perubatan (bomoh) dan juga orang yang meminta pertolongan.

Sebagai contoh, bagi seorang kanak-kanak yang mengalami sakit di bahagian perut

sehingga kelihatan perut tersebut menjadi buncit, dikatakan mengalami busung jin sebagai

akibat bermain atau duduk di busut semut yang besar di suatu sudut di kampung tersebut.

Mungkin benar telahan tersebut namun begitu kaedah perubatan pada masa tersebut

mencampur adukkan antara bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim dengan jampi

serapah. Paling ketara, amalan bertangkal dilaksanakan bagi mengubati penyakit.

Dalam mempertahankan negara juga, banyak orang-orang dahulu melakukan

pelbagai amalan pelik khususnya bagi membuatkan diri mereka kebal (tidak lut ditikam

senjata) dan susur keris7. Susur keris merupakan satu teknik mengasah keris yang

digunapakai oleh masyarakat Islam Melayu pada suatu masa dahulu untuk memastikan

setiap tikaman yang dibuat ke atas musuh mengenai sasaran walaupun dari jarak yang

jauh. Selain kemenyan dan limau purut, keris yang baru ditempa akan diukir dengan

kalimah “Allah”, “Muhammad”, “La Ilaha Illallah” malahan Ayat Kursi juga. Dengan

keadaan keris yang masih panas, keris diperasap dengan kemenyan dan dilumur dengan

pati limau purut yang diperah ke atasnya. Malah, sedikit titisan darah dari jari bakal

penggunanya (atau juga dikenali sebagai tuan keris) dititis ke atas keris dan dilumur di

sepanjang alur keris tersebut. Amalan ini pula bertujuan memberi keris semangat dan

saling berhubung dengan tuannya.

Page 6: islam mempengaruhi kebudayaan di malaysia - dalam pembinaanmohdruhaizie.com/hs223/ctu551/ctu551-2010282848-esei-02-laporan.pdf · Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun

ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIAOLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI

Walaubagaimanapun, semenjak tahun 1970-an, pendekatan Islam di seluruh dunia

termasuk di Malaysia dilihat telah mengalami beberapa siri evolusi khususnya apabila

kebanyakkan daripada generasi kini mula mendapat pendidikan yang sewajarnya

mengenai Islam. Malah pengwujudan aliran sains dan teknologi berjaya mengurangkan

kepercayaan karut marut ini.

Dua dekad selepas itu menyaksikan lebih ramai orang yang memahami Islam di

Malaysia dan telah mengeluarkan banyak amalan khurafat dan bidaah dhalalah (bidaah

sesat) dalam pelbagai aspek kehidupan sepeti perkahwinan, sambutan kelahiran,

mendirikan rumah, seni kebudayaan dan sebagainya.

ISLAM SEBAGAI PENGARUH DALAM KEBUDAYAAN DI MALAYSIA

KITA akan melihat kebudayaan yang dimaksudkan ini dalam beberapa kategori seperti

berikut:

1. Kebudayaan dalam kategori kenegaraan dan pemerintahan

2. Kebudayaan dalam kategori kesenian dan warisan

3. Kebudayaan dalam kategori kehidupan dan kesihatan

Page 7: islam mempengaruhi kebudayaan di malaysia - dalam pembinaanmohdruhaizie.com/hs223/ctu551/ctu551-2010282848-esei-02-laporan.pdf · Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun

ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIAOLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI

KENEGARAAN DAN PEMERINTAHAN

ISLAM telah diiktiraf sebagai agama rasmi negara ini semenjak merdekanya kita daripada

jajahan kolonial. Walaupun agama-agama lain diiktiraf oleh negara ini, tetapi amalan-

amalan Islam menjadi panduan utama dalam melaksanakan tugas-tugas menerajui

negara ini.

Institusi Kesultanan di negara ini merupakan salah satu institusi berpelembagaan

yang menitik beratkan aspek Islam dalam pentadbirannya. Malah Duli Yang Teramat Mulia

Yang Dipertuan Agong dan Sultan-Sultan di setiap negeri diberi hak untuk menyelaras

segala hal mengenai keagamaan.

Selain itu dalam era pemerintahan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5, Datuk Seri

Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (kini Tun) telah meletakkan Islam sebagai teras kepada

pembangunan negara khususnya pembangunan modal insan rakyat Malaysia. Islam

Hadhari telah diperkenalkan. Islam Hadhari atau “Islam yang Bertamadun” adalah teori

pentadbiran sebuah kerajaan berasaskan Al-Quranul Karim dan As-Sunnah. Ia bukanlah

agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia adalah usaha untuk

mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut yang terkandung dalam al-

Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam8.

Islam Hadhari merangkumi sepuluh prinsip seperti berikut:

1. Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t.

2. Kerajaan Adil dan Beramanah.

Page 8: islam mempengaruhi kebudayaan di malaysia - dalam pembinaanmohdruhaizie.com/hs223/ctu551/ctu551-2010282848-esei-02-laporan.pdf · Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun

ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIAOLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI

3. Rakyat Berjiwa Merdeka.

4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan.

5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif.

6. Kehidupan Berkualiti.

7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita.

8. Keutuhan Budaya dan Moral.

9. Pemeliharaan Alam Semulajadi.

10.Kekuatan Pertahanan.

Penerapan budaya kerja Islam turut diterapkan dalam jentera pentadbiran negara

dari atas ke akar umbi. Semua penjawat awam diarah untuk bekerja dengan amanah dan

tidak mengamalkan rasuah. Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

(SPRM) bagi memperkasakan Badan Pencegah Rasuah yang ditubuhkan lebih awal

dilihat usaha bersungguh kerajaan merealisasikan aspirasi Islam dalam atmosfera budaya

kepimpinan dan pekerjaan di Malaysia.

KESENIAN DAN WARISAN9

DASAR Kebudayaan Negara yang dikeluarkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian

dan Warisan Malaysia telah meletakkan Islam sebagai salah satu prinsipnya seperti

berikut:

Page 9: islam mempengaruhi kebudayaan di malaysia - dalam pembinaanmohdruhaizie.com/hs223/ctu551/ctu551-2010282848-esei-02-laporan.pdf · Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun

ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIAOLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI

“Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam

proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan

berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam

mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi

dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam

pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya

sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan

nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau

ini.”

Antara kesenian yang mendapat pengaruh Islam di Malaysia adalah seperti

berikut:

1. Dikir Rebana

Gambar 1 – Persembahan Dikir Rebana

ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIAOLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI

Page 10: islam mempengaruhi kebudayaan di malaysia - dalam pembinaanmohdruhaizie.com/hs223/ctu551/ctu551-2010282848-esei-02-laporan.pdf · Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun

Dikir Rebana memang ada sejak dahulu dan tiada rekaan baru setakat ini.Rebana

diperbuat daripada kulit kambing serta kayu tualang. dan biasanya bersaiz 24 inci atau 2

kaki. Pemain akan duduk bersila dan rebana diletakkan di atas telapak kaki. Pada masa

dahulu, Dikir Rebana dimainkan ketika sultan hendak tidur atau ketika hendak

mengerjakan solat. Kini muzik ini dimainkan dalam majlis perkahwinan. Dikir Rebana

terbahagi kepada dua iaitu Dikir Maulud dan Dikir Berdah. Kitab Saraful Anam digunakan

untuk berzanji dan berdikir. Terdapat banyak lagu dalam Dikir Rebana dan dimainkan oleh

sebuah kumpulan yang mengandungi lima hingga tujuh orang.

2. Gendang Pahang

Gambar 2 – Persembahan Gendang Pahang

Gendang Pahang merupakan seni tradisi yang mendapat pengaruh Islam yang

mendalam. Muzik ini dipercayai dibawa oleh Dato’ Purba Jelai dan penyebarannya

dilakukan oleh tiga generasi. Gendang Pahang mempunyai lagunya yang tersendiri

dikenali sebagai Bujang Hilir. Muzik ini dimulakan dengan rentak pembukaan dan di akhiri

dengan rentak membunuh atau rentak mati di samping rentak-rentak yang lain. Gendang

Pahang dimainkan ketika majlis perkahwinan dan adat istiadat istana serta untuk

Page 11: islam mempengaruhi kebudayaan di malaysia - dalam pembinaanmohdruhaizie.com/hs223/ctu551/ctu551-2010282848-esei-02-laporan.pdf · Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun

mengiringi persembahan silat dan Tarian Inai. Alat muzik yang digunakan ialah gendang

anak, gendang ibu dan gong. Gendang Pahang tidak terhad kepada golongan lelaki

sahaja kerana wanita juga terlibat dalam kesenian ini.

3. Ghazal dan pergunaan gambus

Gambar 3 – Gambus selalu digunakan dalam persembahan Ghazal

ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIAOLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI

Page 12: islam mempengaruhi kebudayaan di malaysia - dalam pembinaanmohdruhaizie.com/hs223/ctu551/ctu551-2010282848-esei-02-laporan.pdf · Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun

Alat tali dari keluarga 'Ud'. Ianya berasal dari Timur Tengah dan telah ditakrifkan

secara umum sebagai alat lute yang berleher pendek. Di Malaysia terdapat dua jenis

Gambus yang sering digunakan untuk memainkan muzik yang berunsur Arab dan juga

Ghazal. Satu dikenali umum sebagai Gambus Hadramaut dan mempunyai sebelas tali,

manakala yang satu lagi dikenali sebagai Gambus Hijaz, iaitu wilayah Arab termasuk Iraq

sekarang ini yang pada satu ketika dahulu dikenali sebagai Wilayah Hijaz. Gambus Hijaz

mempunyai lapan tali kesemuanya.

Bagi Gambus Hadramaut, badannya berbentuk seperti buah 'pear'

diperbuatdaripada cantuman beberapa kepingan kayu dari jenis ringan seperti 'seraya

merah', 'seraya bunga', 'merawan' dan 'durian belanda'. Lehernya telah dibuat daripada

kayu 'nangka' manakala dadanya telah ditutup dengan sejenis kayu 'pine'. Kayu ini

dikatakan yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai dadanya. Lubang suara yang

bertebuk itu, diukir daripada kayu papan lapis.Bagi Gambus Hijaz yang sering digunakan

dalam persembahan 'Hamdolok' di Johor, badannya diperbuat daripada kayu 'nangka' dan

ditebuk untuk dijadikan ruang gemanya. Pada permukaan tersebut ditutup dengan kulit

kambing sebagai “belly”nya.

Kebanyakan daripada Gambus yang didapati berkembang di Malaysia adalah

dibuat oleh tukang-tukang yang mahir yang terdapat di Johor dan Kedah. Ianya telah

diakui dapat menghasilkan mutu suara yang terbaik di rantau ini.

Gambus Hadramaut tidak mempunyai fret dan tali-talinya yang dipetik itu, direntang

secara berpasangan (in double course) kecuali bagi tali kesebelas di mana ianya

direntang secara tunggal. Tali-tali tadi dilaras mengikut sistem teori muzik barat iaitu dalam

perfect 5th ataupun 'lima genap' menurun bermula dari tali satu pada 'C tengah'. Ianya

Page 13: islam mempengaruhi kebudayaan di malaysia - dalam pembinaanmohdruhaizie.com/hs223/ctu551/ctu551-2010282848-esei-02-laporan.pdf · Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun

menggunakan tali gitar ekustik. Bagi 'Gambus Hijaz' tali – talinya juga direntang secara

berpasangan (in double course) juga dilaras dalam perfect 5th menurun ataupun 'lima

genap' menurun.

Manakala Ghazal di peringkat permulaannya dikenali juga sebagai "gamat" yang

bermaksud riuh-rendah. Pada masa kini ghazal Melayu lebih dikenali sebagai ghazal

Johor. Irama ghazal berkembang pada asalnya di istana-istana Riau-Lingga. Antara alat

muzik yang digunakan adalah seperti sebuah peti harmonika, satu set tabla, gambus,

violin, gitar, markas dan tamborin. Pemuzik ghazal Johor biasanya seramai 7 hingga 9

orang pemuzik lelaki yang berpakaian baju melayu lengkap bersongkok dan samping.

KEHIDUPAN SEHARIAN

UCAPAN SALAM

ISLAM juga menjadi pengaruh dalam budaya kehidupan seharian. Ucapan salam dengan

kalimah “Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh” atau ringkasnya

“Assalammualaikum” digunakan dalam ucap pembuka kata sama ada ketika bertemu

saudara mara, sahabat handai atau jiran tetangga. Malah, dalam majlis-majlis yang

keraian atau pertandingan, syarahan, debat dan sebagainya turut memuatkan kalimah ini.

Malah, dalam salah satu hadis baginda Rasullah S.A.W juga ditegaskan kewajiban

menjawab salam dengan ucapan “Wassalammualaikum” secara ringkas dan

“Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh” jika salam awalnya diberi penuh.

ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIAOLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI

Page 14: islam mempengaruhi kebudayaan di malaysia - dalam pembinaanmohdruhaizie.com/hs223/ctu551/ctu551-2010282848-esei-02-laporan.pdf · Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun

BUDAYA PEMAKANAN ISLAM10

PEMAKANAN juga menjadi salah satu aspek budaya dalam kehidupan masyakat Islam di

negara ini. Islam mementingkan pemakanan yang halal dan bersih serta tidak tercemar

dengan najis atau jangkitan untuk dimakan. Makanan yang jelas haram dimakan adalah

seperti hasilan khinzir dan anjing, bangkai haiwan iaitu haiwan yang mati tanpa

disembelih, arak, makanan yang membawa mudharat yang nyata kepada manusia dan

haiwan karnivor.

Selain jenis-jenis makanan, Islam juga menitik beratkan supaya mengamalkan adab

adab tertentu ketika makan seperti makan dalam keadaan duduk dan menggunakan

tangan kanan, makan dengan dimulai dan diakhiri dengan doa.

BUDAYA KEMASYARAKATAN

ANTARA budaya dalam aspek kemasyarakatan dalam kehidupan seharian masyarakat

Islam ialah bergotong royong mengadakan kenduri kendara ketika walimatul urus (majlis

perkahwinan), majlis bertunang, majlis di hari raya, sambutan maal hijrah dan awal

muharram serta pelbagai lagi.

Majlis di atas diserikan dengan bacaan-bacaan ayat-ayat suci al-quran,

persembahan nasyid (nyanyian berbentuk dakwah) dan marhaban serta berzanji.

Marhaban dan berzanji merupakan himpunan selawat ke atas junjungan Mulia Nabi

Muhammad S.A.W. dan zikir-zikir yang dialun dalam ritma irama tertentu.

ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIAOLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI

Page 15: islam mempengaruhi kebudayaan di malaysia - dalam pembinaanmohdruhaizie.com/hs223/ctu551/ctu551-2010282848-esei-02-laporan.pdf · Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun

Gambar 4 - Perarakan Sempena Maal Hijrah dan Maulidur Rasul

Di sepanjang perarakan, peserta akan mengalunkan selawat, marhaban dan juga nasyid-

nasyid yang mengandungi unsur-unsur menyemarakkan semangat Islam dan kesyukuran.

Gambar 5 – Majlis bercukur atau Majlis Cukur Jambul. Rambut bayi seawal usia 7 hari

akan digunting/atau dicukur dalam satu majlis. Rambut dikumpul dan ditimbang serta

ditukar dalam bentuk keperluan harian atau wang ringgit yang sama nilai dengan emas

yang diwakili oleh berat rambut bayi tersebut, kemudian disedekahkan kepada fakir

miskin.

ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIAOLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI

Page 16: islam mempengaruhi kebudayaan di malaysia - dalam pembinaanmohdruhaizie.com/hs223/ctu551/ctu551-2010282848-esei-02-laporan.pdf · Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun
Page 17: islam mempengaruhi kebudayaan di malaysia - dalam pembinaanmohdruhaizie.com/hs223/ctu551/ctu551-2010282848-esei-02-laporan.pdf · Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun

Dalam aspek perhiasan diri pula, orang lelaki tidak dibenarkan sama sekali

memakai perhiasan seperti emas dan sutera.

Sebagaimana sunnah Rasullah S.A.W, celak juga dipakai oleh individu-individu

tertentu bagi menaikkan seri wajah. Amalan bertindik bagi memasang anting-anting bagi

wanita juga dibenarkan dalam Islam.

Gambar 7 – Celak Rasullah S.A.W.

BUDAYA KESIHATAN

KESIHATAN amat dititik beratkan oleh Islam. Islam menggalakkan umatnya untuk

berusaha mencapai tahap kesihatan yang maksimum dengan cara yang halal dan baik.

Amalan pemakanan madu lebah sebenarnya berasal dari Firman Allah dalam Surah An-

Nahl ayat 16. Manakala makanan-makanan sunnah seperti kismis, kurma, buah tin turut

menjadi sebahagian menu hidangan khususnya di bulan Ramadhan.

ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIAOLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI

Page 18: islam mempengaruhi kebudayaan di malaysia - dalam pembinaanmohdruhaizie.com/hs223/ctu551/ctu551-2010282848-esei-02-laporan.pdf · Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun

Selain itu amalan berkhatan juga diamalkan di Malaysia. Khatan ialah membuang

atau memotong sebahagian kulit di kemaluan bagi tujuan kebersihan dan memelihara

kesihatan dan menundukkan nafsu. Bagi lelaki, khatan ialah memotomng sedikit kulit

zakar manakala bagi wanita pula memotong sedikit kulit pada kelentit. Wanita dikhatan

pada usia sekitar beberapa bulan hingga setahun manakala bagi lelaki pula dikhatan pada

usia sekitar 10 – 12 tahun.

Gambar 8 – Illustrasi seorang kanak-kanak lelaki sedang dikhitan.

Selain itu amalan kesihatan lain seperti berbekam iaitu mengeluarkan darah kotor

dari badan turut diamalkan masyarakat Malaysia.

Jikalau dahulu masyarakat juga bergantung kepada amalan-amalan khurafat untuk

menyembuhkan pemyakit, kini amalan tersebut telah diganti dengan amalan perubatan

alternatif Islam yang menggunakan sepenuhnya Al-Quranul Karim dan Hadis serta alatan

yang halal dan suci11.

ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIAOLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI

KESIMPULAN

Page 19: islam mempengaruhi kebudayaan di malaysia - dalam pembinaanmohdruhaizie.com/hs223/ctu551/ctu551-2010282848-esei-02-laporan.pdf · Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun

KEDATANGAN Islam ke rantau ini bukan sahaja untuk menyebarkan agama sebagai

penyuluh dan cara hidup yang benar, malah turut menyerapkan elemen-elemen syumul ke

dalam segenap aspek kehidupan. Walaupun begitu di peringkat awal dahulu, amalan

Islam khususnya dalam aspek kebudayaan dan kesenian adalah bercampur aduk dengan

amalan-amalan khurafat. Melalui sistem pendidikan yang sentiasa dipertingkatkan telah

menjana kebijaksanaan dan kewarasan akal fikiran telah menjadi pangkin kepada evolusi

Islam di negara ini. Semenjak tahun 1970-an evolusi Islam dapat dirasai dan kini semakin

sebati sehingga menjadi asas dalam aspek pentadbiran negara ini.

Page 20: islam mempengaruhi kebudayaan di malaysia - dalam pembinaanmohdruhaizie.com/hs223/ctu551/ctu551-2010282848-esei-02-laporan.pdf · Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun

1 Mohd Yadman Sarwan (2009). “Buku Teks CTU 551 - Tamadun Islam & Tamadun Asia”. Shah Alam:Institut Perkembangan Pendidikan, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

2 Al-Quranul Karim

3 Miranda Steel (2000). “Oxford Wordpower Dictionary 7th Impression”. Oxford University Press.

4 Kamus Dewan Edisi Empat (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

5 Al-Quranul Karim

6 Ustaz Dr. Haron Din (1989). “Khurafat di kalangan Orang Islam di Malaysia”. Kuala Lumpur: Kolum Forum Perdana Ehwal Islam, Utusan Melayu Berhad.

7 Jak Othman (1995). Artikel “Mistik Keris Melayu” dalam Majalah Pendekar. Selangor: Pendekar Production Sdn. Bhd.

8 http://www.islamhadhari.gov.my

9 Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia

1 0 “Hukum Pemakanan Dalam Islam”. Wikipedia.org

1 1 Persatuan Perubatan Islam Darussyifa'