contoh laporan.pdf

15
Laporan Program Lawatan Kebajikan EKSAH Kolej Kediaman CD 2008 Komen / Cadangan boleh kirim ke www.samizul.net 1 1. Nama Projek: Program Lawatan Kebajikan EKSAH Kolej Kediaman CD (PLAK’ 08) 2. Pendahuluan Xx 3. Tarikh / Hari: 09 Februari 2008 / Sabtu 4. Tempat : Kampung Nunuk Ragang, Pekan Ranau 5. Perasmian: Majlis perasmian bagi program ini tidak dapat dilaksanakan kerana perubahan besar yang berlaku kepada tentatif disebabkan tempoh program dipendekkan dari dua hari menjadi sehari dan juga keadaan setempat yang tidak mengizinkan. Namun, satu slot khas simbolik penyerahan sumbangan kepada Surau An-Najah, Kg. Nunuk Ragang dan juga kepada penduduk Kampung Tampios dan Nunuk Ragang menjadi ganti Majlis Perasmian. 6. Penyertaan: Kami mensasarkan penyertaan seramai 45 orang peserta. Dan menurut rekod rasmi, sasaran ini hampir berjaya di mana seramai xx orang peserta telah mengikuti program ini. Jumlah peserta adalah XX orang, XX orang lelaki dan XX orang perempuan. 7. Perjalanan program: Kami telah melakukan persiapan dalam usaha untuk menjayakan program ini selama hampir seminggu. Untuk lebih lanjut lihat nombor 8. penilaian/laporan bahagian. Perjalanan program ini dimulakan dengan peserta berkumpul di hadapan Pejabat JAKMAS CD. Dalam keadaan hujan renyai-renyai yang turun, para peserta beransur-ansur datang. Sebahagian yang datang lebih awal membantu mengangkut barang-barang yang dibawa ke tapak program. Setelah selesai dan semua peserta telahpun ada, satu sesi bergambar beramai- ramai bersama Pemangku Pengetua Kolej CD, Cik Kamsia Budin diadakan di hadapan bangunan Pejabat HEP Kolej CD. Sebelum berangkat, beliau telah menyampaikan beberapa pesanan iaitu berharap rombongan ini dapat selamat pergi dan balik, menjaga diri dan imej

Upload: anonymous-3qaau06w

Post on 15-Apr-2016

259 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: CONTOH Laporan.pdf

Laporan Program Lawatan Kebajikan EKSAH Kolej Kediaman CD 2008 Komen / Cadangan boleh kirim ke www.samizul.net

1

1. Nama Projek:

Program Lawatan Kebajikan EKSAH Kolej Kediaman CD (PLAK’ 08)

2. Pendahuluan

Xx

3. Tarikh / Hari:

09 Februari 2008 / Sabtu

4. Tempat :

Kampung Nunuk Ragang, Pekan Ranau

5. Perasmian:

Majlis perasmian bagi program ini tidak dapat dilaksanakan kerana perubahan besar yang

berlaku kepada tentatif disebabkan tempoh program dipendekkan dari dua hari menjadi

sehari dan juga keadaan setempat yang tidak mengizinkan. Namun, satu slot khas simbolik

penyerahan sumbangan kepada Surau An-Najah, Kg. Nunuk Ragang dan juga kepada

penduduk Kampung Tampios dan Nunuk Ragang menjadi ganti Majlis Perasmian.

6. Penyertaan:

Kami mensasarkan penyertaan seramai 45 orang peserta. Dan menurut rekod rasmi, sasaran

ini hampir berjaya di mana seramai xx orang peserta telah mengikuti program ini. Jumlah

peserta adalah XX orang, XX orang lelaki dan XX orang perempuan.

7. Perjalanan program:

Kami telah melakukan persiapan dalam usaha untuk menjayakan program ini selama hampir

seminggu. Untuk lebih lanjut lihat nombor 8. penilaian/laporan bahagian. Perjalanan

program ini dimulakan dengan peserta berkumpul di hadapan Pejabat JAKMAS CD. Dalam

keadaan hujan renyai-renyai yang turun, para peserta beransur-ansur datang. Sebahagian

yang datang lebih awal membantu mengangkut barang-barang yang dibawa ke tapak

program. Setelah selesai dan semua peserta telahpun ada, satu sesi bergambar beramai-

ramai bersama Pemangku Pengetua Kolej CD, Cik Kamsia Budin diadakan di hadapan

bangunan Pejabat HEP Kolej CD. Sebelum berangkat, beliau telah menyampaikan beberapa

pesanan iaitu berharap rombongan ini dapat selamat pergi dan balik, menjaga diri dan imej

Page 2: CONTOH Laporan.pdf

Laporan Program Lawatan Kebajikan EKSAH Kolej Kediaman CD 2008 Komen / Cadangan boleh kirim ke www.samizul.net

2

selaku Mahasiswa di sana, melaksanakan apa yang dirancang sebaiknya, berharap adanya

program susulan (PLAK Siri 2) di mana peserta yang lama dapat ikut serta dan lebih

terancang awal dan tersusun (dapat bermalam). Peserta muslimat juga mengambil

kesempatan untuk bersalam-salaman dengan beliau memohon restu kepada semua. Tepat

jam 8:00 am, bas mula bertolak pergi dengan diiringi oleh dua orang Felo Kolej Kediaman

CD iaitu Ustaz Jisham dan Cik Ofelia. Agihan sarapan pagi diedarkan dan ianya mencukupi

kepada semua peserta.

Bas sampai ke tapak program sekitar jam 12:45 pm. Sepanjang perjalanan sebelum

sampai ke tapa program, pemandu bas menghadapi masalah semasa mengisi minyak di

stesen minyak kerana kad kreditnya tidak boleh digunakan untuk tujuan pembayaran minyak

tersebut. Masalah tersebut berlangsung selama 30 minit dan selesai setelah Pengerusi

program membayar tunai harga minyak tersebut. Rombongan juga singgah sebentar di

pekan kundasang bagi memberi ruang untuk berehat dan bersiar-siar. Sebaik sahaja sampai

ditapak program, semua peserta bahu-mambahu mengangkat segala peralatan dan barang

keperluan program ke Surau An-Najah (tapak utama program) yang berada di atas bukit.

Persiapan memasak dimulakan, solat Jama’ Qasar Zohor dan A’sar ditunaikan dan sesi taa’ruf

dilaksanakan. Setelah itu, ramai peserta mengambil kesempatan untuk berehat seketika

kerana tugasan yang lain telah ada peserta yang melaksanakannya sambil menanti

kedatangan Ustaz Hafiz untuk membantu perjalanan slot yang seterusnya iaitu pengagihan

sumbangan.

Sekitar jam 2:30 pm, rombongan Ustaz Hafiz masih belum lagi sampai di tempat

program. Ini memaksa Pengarah program mengarahkan agar peserta berjalan masuk dahulu

ke tempat tujuan untuk mengagihkan sumbangan. Ia bermula dari Kampung Tampios dan

balik semula ke Kampung Nunuk Ragang. Disinilah masalah besar yang dihadapi ekoran

tiadanya pengangkutan untuk membawa masuk para peserta ke dalam. Ini menyebabkan

semua yang pergi terpaksa berjalan kaki. Tempoh masa ulang-alik dan juga semasa

mengagihkan sumbangan dianggar sekitar 3 jam 30 minit. Tidak semua peserta dapat pergi

kerana ada yang diminta tinggal di tapak program bagi membantu Ajk Bahagian Makanan

dan Jamuan serta Ajk Bahagian Tugas-tugas Khas. Kereta Iswara yang disewa khas pada

program kali ini digunakan sebaiknya untuk mengangkut semua plastik yang mengandungi

bahan-bahan keperluan asas untuk disumbangkan seperti beras, minyak, tepung, ubat gigi

dan lain-lain. Ini sedikit sebanyak dapat meringankan lagi beban peserta yang terpaksa

berjalan kaki masuk. Ketika sampai, sebahagian besar rumah penduduk kampung telahpun

Page 3: CONTOH Laporan.pdf

Laporan Program Lawatan Kebajikan EKSAH Kolej Kediaman CD 2008 Komen / Cadangan boleh kirim ke www.samizul.net

3

diberi sumbangan. Namun, terdapat juga beberapa buah rumah yang tidak berpenghuni

pada masa itu tidak didatangi kerana mereka berada dikebun atau ladang masing-masing.

Baki tersebut diamanahkan kepada seorang penduduk di sana untuk diserahkan kemudian.

Rombongan peserta yang pergi akhirnya selamat sampai ke Surau An-Najah sekitar jam 5:45

pm dan membantu peserta lain yang masih lagi bergotong-royong membersih dan

mengemaskan surau dan sekitarnya.

Slot seterusnya bermula sekitar jam 6:30 pm selepas selesai solat Jama’ Qasar

Maghrib dan Isya’, iaitu slot tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Hafiz. Dalam

ucapannya, beliau mewakili penduduk kampung mengucapkan jutaan terima kasih di atas

kesudian rombongan peserta untuk datang membuat lawatan kebajikan ini atas nama

Universiti Malaysia Sabah yang bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan. Beliau

juga mengingatkan semua agar bersyukur atas semua nikmat yang diperolehi sekarang

terutamanya nikmat Iman dan Islam. Ini kerana dewasa ini, serangan Aqidah ke atas umat

Islam berleluasa dan isu ini perlu diberi perhatian yang serius oleh orang Islam. Salah satu

cara terbaik untuk mengekang permasalahan ini adalah perlunya kerjasama dari semua

lapisan masyarakat melalui pendekatan usaha kebajikan dan bukannya dibahu golongan

yang digelar ‘Ustaz’ ‘Ustazah’, pendakwah dan mereka yang berpendidikan aliran agama

sahaja, tetapi juga kepada golongan yang terpelajar seperti golongan pendidik dan

Mahasiswa. Akhirnya beliau memohon maaf sekiranya terlalu banyak kekurangan yang tidak

dapat dibantu sepanjang program ini berlangsung dan berharap program ini tidak terhenti

setakat ini sahaja.

Sekitar jam 7:30 pm, simbolik kepada Majlis Perasmian iaitu penyerahan sumbanagn

kepada penduduk kampung dan surau dimulakan. Mesin potong rumput digunakan sebagai

simbolik kepada sumbangan tersebut. Nilai semua sumbangan tersebut ada dinyatakan di

Laporan Kewangan Bendahari program. Setelah selesai, sesi jamuan dan ramah mesra

bersama penduduk kampung dimulakan. Alhamdulillah, makanan yang disediakan

mencukupi kepada semua yang hadir. Kehadiran penduduk kampung yang ramai pada

malam tersebut adalah diluar jangkaan. Sekitar jam 8:30 pm, rombongan peserta program

mula bertolak balik ke UMS setelah selesai gotong-royong selepas jamuan dan penduduk

kampung telahpun balik. Lambaian wida’ dilakukan di mana Pengarah program

mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menunjukkan kerjasama dan

komitmen yang sangat baik dan diharap semua mendapat manfaat dari lawatan kebajikan

ini. Rombongan peserta selamat sampai di UMS sekitar jam 12:35 am.

Page 4: CONTOH Laporan.pdf

Laporan Program Lawatan Kebajikan EKSAH Kolej Kediaman CD 2008 Komen / Cadangan boleh kirim ke www.samizul.net

4

8. Penilaian/ laporan bahagian

LAPORAN BAHAGIAN TUGAS-TUGAS KHAS

PROGRAM LAWATAN KEBAJIKAN EKSAH KOLEJ KEDIAMAN CD 2008 (PLAK ’08)

Tugas utama kami adalah untuk membantu mana-mana bahagian yang memerlukan kerjasama

sepanjang program berlangsung. Disamping itu, kami juga diarahkan agar menyediakan tanda

nama untuk peserta termasuk Ajk, menyediakan fail kepada peserta dan mengetuai aktiviti gotong-

royong. Bagi tag nama, ianya telah disediakan dengan bantuan Ajk tugas-tugas khas yang lain dan

disiapkan terlebih awal mengikut yang telah dirancang dalam mesyuarat. Fail peserta pula tidak

perlu disediakan kerana perubahan besar yang berlaku ke atas program di mana aktiviti seperti LDK,

ceramah motivasi dan beberapa slot Tazkirah dimansuhkan.

Semasa program, kami telah mengagihkan tanda nama kepada semua peserta. Kami juga

membantu untuk mengangkut barang-barang yang hendak di bawa, masuk ke dalam bas. Setiba di

tapak program, beberapa orang dari bahagian kami diminta agar tinggal di surau bersama Ajk

makanan semasa peserta lain pergi ke kampung Tampios untuk mengagihkan sumbangan.

Sementara yang lain, juga turut sama ke kampung tersebut. Pada lewat petang semasa menanti

peserta lain balik ke surau, Ajk kami yang tinggal di surau memulakan gotong-royong bersama

dengan beberapa orang penduduk kampung.

Masalah:

Tiada masalah besar yang berlaku dalam bahagian kami. Perubahan tempoh masa program dan

pemansuhan beberapa slot tidak menjejaskan perancangan semasa gerakerja kami.

Cadangan:

Teruskan aktiviti sebegini dan kalau boleh tambah bilangan Ajk.

Disediakan oleh;

------------------------

Mohd Jumaat Talag

Bahagian Tugas-tugas Khas

Program Lawatan Kebajikan EKSAH KKCD 2008 (PLAK’ 08)

Page 5: CONTOH Laporan.pdf

Laporan Program Lawatan Kebajikan EKSAH Kolej Kediaman CD 2008 Komen / Cadangan boleh kirim ke www.samizul.net

5

LAPORAN BAHAGIAN MODUL DAN PENGISIAN

PROGRAM LAWATAN KEBAJIKAN EKSAH KOLEJ KEDIAMAN CD 2008 (PLAK ’08)

Tugas kami adalah untuk merancang aktiviti Latihan Dalan Kumpulan (LDK), ceramah motivasi dan

tazkirah berjalan mengikut protokol. Kami juga telah menghantar surat jemputan kepada Pengetua

Kolej Kediaman CD dan beberapa orang Felo Kolej Kediaman CD untuk turut bersama-sama dalam

program ini. Namun, hanya Ustaz Jisham dan Cik Ofelia sahaja yang dapat datang sehingga tamat

program. Kami juga telah merangka pengisian program seperti manual LDK dan juga memastikan

tentatif program berjalan dengan lancar.

Semasa program berlangsung, manual LDK terpaksa dibatalkan disebabkan perubahan besar dalam

tentatif yang telah dirancang awal. Pengisian lain juga terpaksa dimansuhkan kecuali sesi Taa’ruf

(berkenalan) dikalangan peserta yang datang dan Tazkirah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz

Hafiz selaku wakil kepada penduduk kampung.

Masalah:

Ekoran perubahan besar yang disebutkan tadi, maka kami telah kurang memainkan peranan sebagai

Ajk bahagian ini disebabkan kekangan masa. Tiadanya pelan kedua (back up plan) menyebabkan

slot yang dimansuhkan tadi tidak diganti dengan aktiviti yang lain. Masa juga banyak terbuang

sementara menunggu aktiviti lain berlangsung terutama semasa menunggu peserta lain balik dari

berjalan kaki di Kampung Tampios.

Cadangan:

Kami mencadangkan agar adanya satu plan kedua (back up plan) yang dirancang oleh Ahli Majlis

Tertinggi Jawatankuasa Pelaksana sekiranya berlaku perubahan tentatif di akhir persediaan sebelum

program. Aktiviti atau slot ringkas juga perlu difikirkan sama bagi mengisi masa yang senggang.

Disediakan oleh;

---------------------------

Renifezri Mohammad

Bahagian Modul dan Pengisian

Program Lawatan Kebajikan EKSAH KKCD 2008 (PLAK’ 08)

Page 6: CONTOH Laporan.pdf

Laporan Program Lawatan Kebajikan EKSAH Kolej Kediaman CD 2008 Komen / Cadangan boleh kirim ke www.samizul.net

6

LAPORAN BAHAGIAN DISIPLIN DAN RIADAH

PROGRAM LAWATAN KEBAJIKAN EKSAH KOLEJ KEDIAMAN CD 2008 (PLAK ’08)

Bahagian kami ditugaskan untuk memantau disiplin para peserta sepanjang program berlangsung

dan juga menjalankan aktiviti riadah. Aspek disiplin penting bagi menjaga imej baik diri selaku

golongan yang terpelajar iaitu Mahasiswa dan juga Universiti amnya. Selain tugas khas di atas, kami

juga diamanahkan untuk meminjam alat pembesar suara, Hiler, peti kecemasan dan juga peralatan

sukan seperti bola sepak dan juga bola jaring untuk aktiviti riadah.

Kita merancang, tuhan yang menentukan. Beberapa perancangan asal terpaksa dibatalkan kerana

kerana kesuntukan masa dan juga perubahan tempoh program yang dipendekkan dari dua hari

menjadi sehari. Hiler dan perlatan sukan tidak dapat dipinjam kerana terpaksa memfokuskan urusan

lain yang lebih penting. Aktiviti riadah juga dibatalkan kerana faktor masa yang tidak mengizinkan.

Masalah:

Tiada masalah lain yang timbul melainkan perubahan tentatif yang tidak dapat dielak di saat-saat

akhir sebelum program bermula. Namun, ini tidak menjejaskan perjalanan tentatif baru.

Cadangan:

Diharap program sebegini dapat diteruskan lagi di masa akan datang agar penduduk kampung tidak

berasa dipinggirkan. Sebagai tambahan, diharap perancangan program sebegini lebih tersusun dan

terancang awal supaya mempunyai tempoh masa yang bersesuaian untuk mengenali lebih rapat

lagi penduduk kampung. Terima kasih atas peluang yang diberikan untuk menyertai program ini.

Disediakan oleh;

---------------------------------

Mohd Ikhwan Jamaluddin

Bahagian Disiplin dan Riadah

Program Lawatan Kebajikan EKSAH KKCD 2008 (PLAK’ 08)

Page 7: CONTOH Laporan.pdf

Laporan Program Lawatan Kebajikan EKSAH Kolej Kediaman CD 2008 Komen / Cadangan boleh kirim ke www.samizul.net

7

LAPORAN BAHAGIAN PROTOKOL DAN PENGINAPAN

PROGRAM LAWATAN KEBAJIKAN EKSAH KOLEJ KEDIAMAN CD 2008 (PLAK ’08)

Bahagian kami diamanahkan untuk memantau aspek penginapan dan juga mengurus slot

penyerahan sumbangan kepada wakil kampung. Kami hanya dapat memantau keadaan penginapan

semasa program berlangsung dan tidak sebelum program. Ini kerana kami dikhabarkan yang Ahli

Majlis Tertinggi Jawatankuasa Pelaksana program yang akan menguruskan hal tersebut. Tambahan

pula, selang masa antara tarikh mendapat surat kelulusan program dan tarikh program dilaksanakan

adalah lebih kurang seminggu. Ini menyebabkan banyak gerakerja dibuat dengan tergesa-gesa.

Masalah:

Sekiranya kami bermalam, maka isu keselesaan penginapan akan timbul terutama dipihak peserta

perempuan kerana tiada ruang bermalam dan hemat diri yang bersesuaian. Tugas kami yang

dirancang terlebih dahulu tidak dapat disempurnakan kerana kami tidak menginap di sana dan slot

simbolik perasmian telah diuruskan sendiri oleh Kem Komandan yang juga merupakan Yang Di-

Pertua Kolej Kediaman CD.

Cadangan:

Diharap pemberitahuan mengenai justifikasi tugas setiap bahagian diawalkan walaupun program

belum mendapat kelulusan. Ini mengelak pertindihan terlalu banyak tugas di akhir-akhir masa

menjelang program bermula. Pihak yang bertanggunjawab merancang program sebegini sepatutnya

memikirkan sedalam-dalamnya perjalanan program dan juga permasalahan-permasalahan yang

bakal dihadapi sebelum dan semasa program dijalankan.

Disediakan oleh;

--------------------------------

Muhammad Farid Ahmad

Bahagian Protokol dan Penginapan

Program Lawatan Kebajikan EKSAH KKCD 2008 (PLAK’ 08)

Page 8: CONTOH Laporan.pdf

Laporan Program Lawatan Kebajikan EKSAH Kolej Kediaman CD 2008 Komen / Cadangan boleh kirim ke www.samizul.net

8

LAPORAN BAHAGIAN PENGANGKUTAN DAN LOGISTIK

PROGRAM LAWATAN KEBAJIKAN EKSAH KOLEJ KEDIAMAN CD 2008 (PLAK ’08)

Bahagian kami diamanahkan untuk menyediakan kemudahan bas untuk mengangkut para peserta

dan ajk seramai lebih kurang dari 40 orang JAKMAS CD ke Surau An-Najah Kampung Nunuk Ragang.

Alhamdulillah, permohonan ini berjaya dipercepatkan kelulusannya dalam tempoh masa program

tidak lama lagi bermula. Bas sampai di perhentian bas kolej pada 7:00am dan barang-barang yang

hendak di bawa ke tempat program seperti kotak minuman, peralatan gotong-royong, bahan-bahan

keperluan dan peralatan memasak dimuatkan di dalam bas dan selebihnya diletakkan di dalam

kereta yang di sewa khas bagi tujuan kecemasan. Mula bertolak sekitar 8:00am dan sampai di

destinasi pada jam 12:00pm. Pada pukul 3:30pm, aktiviti menziarahi rumah disekitar kampung

Nunuk Ragang dan seterusnya ke kampung Tampios dimulakan tetapi pemandu bas tidak mahu

menghantar peserta ke kampung Tampios kerana tidak mahu mengambil risiko melalui jalan yang

tidak berturap dan berbukit-bukau. Jenis tayar bas juga dikatakan tidak sesuai untuk melalui laluan

tersebut. Akibatnya, sebahagian peserta terpaksa berjalan kaki pergi dan balik dari kampung

tersebut. Pada akhir program, bas bertolak balik ke UMS pada pukul 8:15pm dan selamat sampai di

UMS pada pukul 1:00am.

Masalah:

Oleh kerana tiada tinjauan awal yang lebih mendalam dilakukan, maka masalah yang dihadapi ialah

persediaan dalam aspek pengangkutan khasnya yang terjadi. Kenderaan yang akan digunakan tidak

sesuai dengan kawasan laluan di kampung tersebut.

Cadangan:

Satu tinjauan mendalam mengenai situasi kesuluruhan kawasan program perlu dilakukan lebih awal

dan difikirkan jalan penyelesaiannya secara jelas dan terperinci bagi mengelak sebarang

permasalahan yang berlaku semasa program dijalankan. Ini penting supaya semua pihak dapat

bersedia untuk menghadapi apa-apa kemungkinan yang berlaku di sana.

Disediakan oleh;

-------------------------------

Mohamad Sukri Ibrahim

Bahagian Pengangkutan dan Logistik

Program Lawatan Kebajikan EKSAH KKCD 2008 (PLAK’ 08)

Page 9: CONTOH Laporan.pdf

Laporan Program Lawatan Kebajikan EKSAH Kolej Kediaman CD 2008 Komen / Cadangan boleh kirim ke www.samizul.net

9

LAPORAN BAHAGIAN MAKANAN DAN JAMUAN

PROGRAM LAWATAN KEBAJIKAN EKSAH KOLEJ KEDIAMAN CD 2008 (PLAK ’08)

Kami telah diamanahkan untuk menyediakan segala persiapan yang berkaitan dengan aspek

makanan dan jamuan. Antaranya ialah kelengkapan peralatan untuk memasak dan jamuan, serta

penyediaan makanan iaitu menu. Oleh kerana program ini disingkatkan masanya menjadi sehari

sahaja, maka jadual makan juga diubah. Tambahan pula, bajet yang diperuntukkan cukup-cukup

untuk bahagian ini. Masa makan adalah sebelum bertolak ke tapak program iaitu sarapan dan juga

sebelum bertolak balik ke UMS iaitu jamuan bersama penduduk kampung.

Sarapan : Nasi Goreng + Air Minuman (Botol)

Ditaja oleh Cafe Firman

Jamuan : Nasi Goreng + Sosej + Sayur + Sardin + Air Teh Panas

Dimasak sendiri oleh Ajk Makanan dan peserta

Masalah:

Masalah utama yang kami hadapi ialah untuk menyediakan hidangan jamuan yang lebih segar dan

menyelerakan. Peralatan untuk memasak adalah mencukupi. Namun, kekurangan kemudahan asas

seperti bekalan air, tempat memasak dan sebagainya menyebabkan nasi putih terpaksa dimasak

sebelum bertolak. Menu jamuan juga adalah yang sederhana sahaja kerana bajet yang tidak

mencukupi. Dikhabarkan nasi goreng semasa jamuan sudah mulai membasi. Air minuman yang

disediakan juga mengalami lebihan. Alhamdulillah, tiada aduan sakit perut dilaporkan.

Cadangan:

Diharap program sebegini dapat diteruskan lagi kerana ia benar-benar dapat menguji dan mencabar

psikologi. Tugas-tugas Ajk makanan seharusnya lebih diurus oleh Ajk baru bagi menimba

pengalaman. Mengenai penyediaan makanan, ianya akan dapat diatasi jika tinjauan awal dapat

dibuat supaya idea untuk memasak di tapak program tercapai.

Disediakan oleh;

-----------------------------------

Mohammad Hazmi Hamzah

Bahagian Makanan dan Jamuan

Program Lawatan Kebajikan EKSAH KKCD 2008 (PLAK’ 08)

Page 10: CONTOH Laporan.pdf

Laporan Program Lawatan Kebajikan EKSAH Kolej Kediaman CD 2008 Komen / Cadangan boleh kirim ke www.samizul.net

10

LAPORAN BAHAGIAN KEPIMPINAN DAN FASILITATOR

PROGRAM LAWATAN KEBAJIKAN EKSAH KOLEJ KEDIAMAN CD 2008 (PLAK ’08)

Ajk Kepimpinan dan Fasilitator telah diamanahkan untuk menyediakan senarai nama fasilitator bagi

slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK), merangka bersama pengisian bagi slot LDK dan Tazkirah

ringkas dengan Bahagian Modul dan pengisian, menyediakan senarai barang keperluan untuk

peserta semasa slot-slot di atas dan menyediakan laporan bagi bahagian ini. Ekoran perubahan

besar yang berlaku ke atas tempoh masa program yang disingkatkan dari dua hari menjadi sehari,

maka banyak slot-slot yang dirancang dalam tentatif sebelum ini dimansuhkan seperti LDK, ceramah

motivasi kepada anak-anak penduduk kampung, dan tazkirah ringkas. Yang hanya dapat dijalankan

ialah sesi Taa’ruf (berkenal-kenalan) sesama peserta dan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh

Ustaz Hafiz, selaku wakil Ustaz Niezam Kampung Nunuk Ragang.

Masalah:

Masalah yang timbul semasa program ialah ada dikalangan peserta dibahagian lain kurang

memainkan peranan. Ini disebabkan kebanyakkan tugas mereka telah dimansuhkan oleh Ahli Majlis

Tertinggi kerana perubahan tentatif. Masalah lain pula ialah tidak semua Ajk dapat pergi ke

Kampung Tampios kerana tidak ramai yang sanggup berjalan kaki jauh ke sana. Ajk yang tidak

pergi diamanahkan untuk membantu Ajk Makanan dan Jamuan serta membantu memulakan

gotong-royong.

Cadangan:

Walaupun perubahan tentatif berlaku, tentatif yang baru itu sepatutnya dapat dijalankan dengan

lancar kerana ianya diubah setelah melihat situasi program. Oleh itu, diharap agar perancang

program sebegini lebih bersedia. Penyediaan kenderaan yang bersesuaian membolehkan semua

peserta dapat pergi ke kawasan yang khas untuk dituju.

Disediakan oleh;

-----------------

Romawi Assi

Bahagian Kepimpinan dan Fasilitator

Program Lawatan Kebajikan EKSAH KKCD 2008 (PLAK’ 08)

Page 11: CONTOH Laporan.pdf

Laporan Program Lawatan Kebajikan EKSAH Kolej Kediaman CD 2008 Komen / Cadangan boleh kirim ke www.samizul.net

11

9. Penutup

Diharapkan agar Program Lawatan Kebajikan EKSAH KKCD ini dapat mendekatkan Mahasiswa

dengan suasana masyarakat yang serba kekurangan, membekal Mahasiswa dengan pengalaman-

pengalaman serta pengetahuan yang baru sebagai bekalan diri bagi menghadapi suasana yang daif,

dan memberikan kesedaran dikalangan Mahasiswa tentang kepentingan sikap prihatin terhadap

masyarakat diluar bandar. Akhir kalam, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat

dalam menjayakan program ini. Semoga segala apa yang kita lakukan akan dinilai oleh Allah S.W.T

dengan sebaik-baiknya.

Sekian , Syukran Jazilan.

“ MISI PENYELAMAT DAN KASIH SAYANG “

Disediakan oleh,

---------------------------------

Mohd. Samizul Bin Samad

Setiausaha

Program Lawatan Kebajikan EKSAH (PLAK’ 2008)

Kolej Kediaman CD

Disemak oleh, Disahkan oleh,

------------------------ ---------------------------

Hardianshah Salleh Mohd Azizul Abdullah

Pengarah Yang Di-Pertua

Program Lawatan Kebajikan EKSAH (PLAK’ 2008) Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa

Kolej Kediaman CD Kolej Kediaman CD, Sesi 2007/2008

Page 12: CONTOH Laporan.pdf

Laporan Program Lawatan Kebajikan EKSAH Kolej Kediaman CD 2008 Komen / Cadangan boleh kirim ke www.samizul.net

12

10. Gambar-gambar aktiviti.

[Type a quote from the docu

Rombongan Peserta-Sebelum Bertolak Pergi

Sampai Ditapak Program

Surau An-Najah Kg. Nunuk Ragang

Page 13: CONTOH Laporan.pdf

Laporan Program Lawatan Kebajikan EKSAH Kolej Kediaman CD 2008 Komen / Cadangan boleh kirim ke www.samizul.net

13

Sesi Gotong-royong Simbolik Majlis Perasmian

Penyerahan Sumbangan - Dari Rumah Ke Rumah

Page 14: CONTOH Laporan.pdf

Laporan Program Lawatan Kebajikan EKSAH Kolej Kediaman CD 2008 Komen / Cadangan boleh kirim ke www.samizul.net

14

Simbolik Majlis Perasmian Jamuan Bermula

Jamuan Bersama Penduduk Kampung

Ramah Mesra Dengan Penduduk Kampung

Page 15: CONTOH Laporan.pdf

Laporan Program Lawatan Kebajikan EKSAH Kolej Kediaman CD 2008 Komen / Cadangan boleh kirim ke www.samizul.net

15

Gotong-royong Sebelum Bertolak Pulang Bertolak Pulang Ke UMS