isi kandunganzabif.tripod.com/kertaskonsep.doc · web viewmengenalpasti tahap pengetahuan gpi...

20
KURSUS ASAS PENDIDIKAN KOMPUTER GE 6353 (PENULISAN ARTIKEL) PENSYARAH CIK HAJJAH SITI FATIMAH BT MOHD YASSIN TAJUK: PENGINTEGRASIAN MICROSOFT POWERPOINT DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DISEDIAKAN OLEH ZAHARAH BINTI BAHARI (P31986) Program Sarjana Pendidikan Sesi 2 (2004/2005)

Upload: vothuan

Post on 03-May-2018

237 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISI KANDUNGANzabif.tripod.com/kertaskonsep.doc · Web viewMengenalpasti tahap pengetahuan GPI mengenai perisian komputer seperti Microsoft Word,Microsoft Powerpoint,Microsoft Excell

KURSUS ASAS PENDIDIKAN KOMPUTERGE 6353

(PENULISAN ARTIKEL)

PENSYARAHCIK HAJJAH SITI FATIMAH BT MOHD YASSIN

TAJUK:

PENGINTEGRASIAN MICROSOFT POWERPOINT DALAM

PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

DISEDIAKAN OLEHZAHARAH BINTI BAHARI

(P31986)

Program Sarjana PendidikanSesi 2 (2004/2005)

Separuh Masa

Page 2: ISI KANDUNGANzabif.tripod.com/kertaskonsep.doc · Web viewMengenalpasti tahap pengetahuan GPI mengenai perisian komputer seperti Microsoft Word,Microsoft Powerpoint,Microsoft Excell

ISI KANDUNGAN

Muka suratAbstrakPengenalan 2Latar Belakang Kajian 3Pernyataan Masalah 3Tujuan Kajian 4Objektif Kajian 4Persoalan Kajian 4Kepentingan Kajian 4Batasan Kajian 4

Konsep Pendidikan Islam KBSM 5Profil Sek.Men.Keb.Lukut 5-6Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan Islam 6-7Pengintegrasian Literasi Microsoft Powerpoint Dalam Pengajaran Pendidikan Islam

7

Modul Persembahan Powerpoint Dalam Pengajaran 8Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Komputer 9-11KesimpulanRujukanLampiran (Modul MS Powerpoint)

2

Page 3: ISI KANDUNGANzabif.tripod.com/kertaskonsep.doc · Web viewMengenalpasti tahap pengetahuan GPI mengenai perisian komputer seperti Microsoft Word,Microsoft Powerpoint,Microsoft Excell

PENGINTEGRASIAN LITERASI MS POWERPOINT DALAMPENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Zaharah binti BahariP 31986

Abstrak

Dalam era teknologi maklumat,para pendidik telah diberikan pendedahan mengenai penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru dalam artikel ini, pengkaji akan menerangkan satu proses pengajaran dengan mengintegrasikan Microsoft Powerpoint dalam pengajaran Pendidikan Islam. Kajian ini akan dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Lukut Port Dickson Negeri Sembilan.Bagi mencapai objektif kajian ini seramai 3 orang guru pendidikan Islam telah dipilih sebagai subjek kajian. Pengkaji akan menjalankan temubual ke atas guru berkenaan.Data yang diperolehi menghasilkan data deskriptif iaitu data yang dikumpulkan berupa kata-kata, gambar dan bukan angka-angka. Pengkaji juga akan memberikan contoh manual penggunaan modul integrasi Microsoft powerpoint sebagai medium pengajaran kepada para pelajar Tingkatan 5 dan mereka akan diberikan tugasan dalam bentuk kumpulan kecil untuk menghasilkan bahan pembelajaran dalam persembahan MS Powerpoint.Dalam artikel ini, pengkaji juga turut membincangkan beberapa teori dan kaedah yang digunakan dalam reka bentuk pengajaran berdasarkan Model ADDIE. Penggunaan modul Powerpoint dalam pengajaran dapat memudahkan pemahaman sesuatu pembelajaran malah ia dapat meningkatkan tahap pemikiran pelajar. Justeru adalah diharapkan guru pendidikan Islam akan berusaha untuk bekerjasama dengan pihak pengurusan sekolah agar dapat melaksanakan konsep integrasi literasi komputer dalam P&P untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran secara aktif, menarik dan meningkatkan motivasi intrinsik pelajar.

Pengenalan

Dalam mengharungi era abad ini, dunia diledakkan dengan kecanggihan sains dan teknologi terutamanya bidang teknologi maklumat yang membawa satu revolusi dan inovasi bagi mewujudkan masyarakat yang bermaklumat, berilmu dan pantas berkomunikasi. Untuk menangani keterbukaan fikiran terhadap pembaharuan-pembaharuan yang diasakkan, sistem pendidikan di Malaysia tidak terkecuali mengorak langkah setanding daya saing negara-negara lain di dunia.

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini (KPM1997). Bersesuaian dengan hasrat ini, penggunaan multimedia dalam bidang pendidikan perlu dieksploitasi sepenuhnya.

3

Page 4: ISI KANDUNGANzabif.tripod.com/kertaskonsep.doc · Web viewMengenalpasti tahap pengetahuan GPI mengenai perisian komputer seperti Microsoft Word,Microsoft Powerpoint,Microsoft Excell

Latar Belakang Kajian

Komputer merupakan alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan menurut Paul Merill(1986), komputer adalah satu mesin pemprosesan maklumat yang perlu diberikan arahan oleh penggunanya.Komputer yang digunakan secara sistematik sesuai dijadikan alat bantuan dan dapat memperkayakan teknik pengajaran dan pembelajaran.

Menurut kajian Computer Technology Research (CTR.1993), menyatakan tingkahlaku seseorang pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran berbeza mengikut pengalaman penggunaan pelbagai deria semasa belajar.Hasil kajian ini menyatakan:

i. 20% daripada apa yang mereka lihat.ii. 30% daripada apa yang mereka dengar.iii. 50% daripada apa yang mereka lihat dan dengar.iv. 80% daripada apa yang mereka lihat,dengar dan buat serentak.

Ini menunjukkan sesuatu persembahan yang mempunyai susunan teks yang kemas dan menarik, penggunaan warna,grafik dan animasi serta kesan bunyi yang berfaedah dapat memberikan kelebihan menarik minat pelajar dan dapat memberikan pencapaian ingatan dan pemahaman yang maksima.

Justeru dalam era maklumat, Siti Fatimah (1998) menekankan bahawa peranan guru kini telah berubah daripada sebagai sumber memberi dan menyampaikan maklumat kepada pemudahcara (fasilitator) atau pengurus untuk mendapatkan maklumat. Justeru guru perlu memperolehi pengetahuan dan kemahiran menggunakan teknologi maklumat berasaskan komputer serta pelbagai aplikasinya.

Pernyataan Masalah

Pendidikan pada hari ini terutama di era dunia tanpa sempadan (borderless), setiap aktiviti pembelajaran banyak dipengaruhi kemajuan di dalam teknologi maklumat dan bersifat elektronik. Kemudahan computer boleh dijadikan medium bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran sekarang ialah guru menyampaikan pengetahuan kepada pelajar, iaitu pelajar akan menerima pengetahuan itu dan berusaha mengingatinya.Pengajaran dan pembelajaran ini berbentuk linear dan bersifat normal ( Nik Azis.1988).

Kajian yang pernah dibuat mendapati guru masih mengamalkan kaedah pengajaran tradisional iaitu berpusatkan guru. Laporan Penilaian Kurikulum Baru Sekolah Menegah (KBSM) yang dibuat oleh pensyarah maktab-maktab Perguruan Malaysia mendapati sebilangan besar guru-guru tetap kekal mengamalkan gaya pengajaran secara ‘talk and chalk’. Pengintegrasian ilmu antara subjek merupakan salah satu strategi P&P dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) (Kementerian Pendidikan Malaysia,1990).

4

Page 5: ISI KANDUNGANzabif.tripod.com/kertaskonsep.doc · Web viewMengenalpasti tahap pengetahuan GPI mengenai perisian komputer seperti Microsoft Word,Microsoft Powerpoint,Microsoft Excell

Tujuan Kajian

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penggunaan komputer para Guru Pendidikan Islam dalam pengintegrasian literasi komputer MS Powerpoint dalam Pengajaran Pendidikan Islam khususnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Lukut yang memiliki kemudahan makmal komputer.

Objektif Kajian

Kajian ini juga akan menghuraikan beberapa objektif kajian seperti berikut:

i. Mengenalpasti tahap pengetahuan GPI mengenai perisian komputer seperti Microsoft Word,Microsoft Powerpoint,Microsoft Excell dan lain-lain.

ii. Mengenalpasti tahap kemahiran GPI mengenai penggunaan komputer dalam pengajaran Pendidikan Islam.

iii. Mengenalpasti tahap aplikasi GPI dalam intergrasi MS Powerpoint dengan pengajaran Pendidikan Islam.

Persoalan Kajian

Sebagai panduan untuk mencapai tujuan dan objektif-objektif kajian ini, beberapa persoalan kajian berikut di kemukakan:

i. Apakah tahap pengetahuan guru pendidikan Islam (GPI) mengenai perisian komputer seperti Microsoft Word,Microsoft Powerpoint,Microsoft Excell dan lain-lain.

ii. Apakah tahap pengetahuan GPI mengenai penggunaan komputer dalam pengajaran Pendidikan Islam.

iii. Apakah tahap aplikasi GPI dalam integrasi MS Powerpoint dengan pengajaran Pendidikan Islam.

Kepentingan Kajian

Kajian ini menyediakan maklumat kepada pihak pengurusan sekolah ini khususnya untuk dijadikan sumber data dan merangka satu plan tindakan untuk para guru di sekolah ini dalam menerima komputer sebagai alat yang membantu tugas mereka. Di samping mengalakkan para guru menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat ini sebagai petunjuk kepada keperihatinan golongan ini dalam mengikuti perkembangan dan perubahan semasa. Maklumat ini berguna untuk pihak sekolah merancang program pengembangan staf dalam bidang komputer.

Batasan Kajian

Kajian ini hanya dilaksanakan ke atas 20 orang pelajar Tingkatan 5 Arif di sekolah menengah harian biasa di luar bandar iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Lukut,Port Dickson Negeri Sembilan. Kajian ini juga merujuk kepada guru pendidikan Islam di sekolah

5

Page 6: ISI KANDUNGANzabif.tripod.com/kertaskonsep.doc · Web viewMengenalpasti tahap pengetahuan GPI mengenai perisian komputer seperti Microsoft Word,Microsoft Powerpoint,Microsoft Excell

berkenaan .Oleh itu kajian ini hanya memerihalkan subjek melalui kaedah temubual sahaja. Justeru kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada semua sekolah luar bandar.

Konsep Pendidikan Islam KBSM

Reformasi pendidikan Negara telah memperkenalkan konsep Pendidikan Sepadu. dari perspektif pendidikan kesepaduan yang dimaksudkan ialah merujuk tiga dimensi utama insan iaitu rohani, intelek dan jasmani.

Menurut Tajul Ariffin (1993), menyatakan pendidikan bersepadu ialah pendidikan yang bersumberkan, berpaksikan dan yang merujuk kepada al Quran dan al Sunnah di samping ada nya gabung jalin dengan disiplin-disiplin ilmu akal dan naqli ke arah membina ummah berteraskan aqidah.

Beliau menyatakan bahawa kesepaduan kurikulum boleh dilaksanakan dalam tiga kategori terbesar iaitu kesepaduan dari segi kurikulum, pengajaran (isi) dan kaedah pengajaran.Kesepaduan antara ilmu dapat memperkayakan,memperjelaskan dan menimbulkan keseronokan dalam mempelajari mata pelajaran lain.

Oleh itu Falsafah Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk sikap,kemahiran,keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri,masyarakat,alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat (KPM,1997).

Profil Sek.Men.Keb.Lukut

Sekolah Menengah Kebangsaan Lukut merupakan sebuah sekolah baru yang ditubuhkan pada 20 Ogos 2000. Ia merupakan sebuah sekolah harian biasa kategori Gred B. Jumlah pelajarnya lebih kurang 950 orang yang terdiri daripada tiga bangsa yang utama iaitu 30% pelajar India, 30% pelajar Cina, 30% pelajar Melayu dan 10% dari lain-lain bangsa.

Sekolah ini terdapat 60 orang guru dan 10 orang kakitangan sokongan. Guru Pendidikan Islam berjumlah 4 orang sahaja. Sekolah ini mempunyai kemudahan sebuah Makmal Komputer di Blok F di tingkat 4. Makmal ini telah diserahkan kepada pihak sekolah pada 12 Mac 2004. Projek Penyediaan Infrastrutur Fizikal dan Pengkomputeran Fasa II adalah Projek Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Kelengkapan yang disediakan di makmal ini adalah lengkap dari segi perkakasan, perisian dan perabot.

Pada bulan Mei, 2005, makmal ini telah dilengkapkan dengan kemudahan jalur lebar di bawah Projek Schoolnet. Maknanya makmal ini dilengkapkan dengan kemudahan internet 24 jam.

Matlamat penggunaan makmal ini adalah bertujuan untuk menerapkan pendidikan bestari kepada para guru dan para pelajar khasnya.

6

Page 7: ISI KANDUNGANzabif.tripod.com/kertaskonsep.doc · Web viewMengenalpasti tahap pengetahuan GPI mengenai perisian komputer seperti Microsoft Word,Microsoft Powerpoint,Microsoft Excell

Objektif :

i. Guru-guru menggunakan kemudahan ini untuk:a. Mengurus rekod prestasi akademik dan ko-kuriklum pelajar-pelajarb. Mendapatkan bahan-bahan pengajaran kelas.c. Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

ii. Pelajar-pelajar menggunakan kemudahan ini untuk:a. Pembelajaran aktif dalam kumpulan atau kendiri.b. Membuat tugasan atau projek mata pelajaran.c. Mendapatkan bahan-bahan pemelajaran di internet.

Kelengkapan Fizikal Makmal :

Iaitu merujuk kepada perkakasan dan perisisan sahaja;

i. Perkakasan :

1 Komputer Pelajar 20 unit2 Komputer Guru 1 unit3 Komputer Server 1 unit4 Pencetak Epson Aculaser 1 unit5 Pencetak Samsung 1 unit6 Voltage Stabilizer 21 unit7 UPS 1 unit8 Switch 24 port 1 unit9 Setver Rak 1 unit10 Layar Putih 1 unit11 Rangkaian Topologi Star

ii. Perisian1 Windows 982 Windows 20003 MS Office XP4 Anti Virus5 Firewall/Proxy Software

Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Pendidikan Islam

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran dilihat dari dua aspek iaitu bagaimana guru menggunakan ICT dalam pengajaran dan kedua bagaimana pelajar menggunakan ICT dalam pembelajaran.

7

Page 8: ISI KANDUNGANzabif.tripod.com/kertaskonsep.doc · Web viewMengenalpasti tahap pengetahuan GPI mengenai perisian komputer seperti Microsoft Word,Microsoft Powerpoint,Microsoft Excell

Menurut Zoraini Wati Abas (1992), penggunaan bahan multimedia di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam semua mata pelajaran termasuklah Pendidikan Islam adalah sangat sesuai untuk meningkatkan pemahaman dan minat pelajar.

Menurut Zaradi Sudin (2003), menyatakan komputer merupakan salah satu alat teknologi maklumat yang dirujuk kepada proses mengendalikan informasi yang mengandungi maklumat tentang sesuatu dalam bentuk teks, imej,video dan audio. Mengikut Watson dan Hill (1993) teknologi maklumat ini boleh didefinisikan sebagai “pemerolehan,pemprosesan, penyimpanan dan penyebaran vokal, gambar,teks dan informasi berangka (numeric) oleh alat-alat mikro eletronik iaitu gabungan antara computer dan telekomunikasi”.Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam penggunaan komputer bukan sahaja sebagai alat pentadbiran malah ia adalah sebagai media atau sumber pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Zoraini (1993), berpendapat bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam boleh digunakan dalam berbagai jenis antaranya ialah Pembelajaran Berbantukan Komputer seperti latih-tubi, tutorial, simulasi, permainan dan penyelesaian masalah. Selain dari itu, guru juga boleh menggunakan komputer sebagai pengajaran berintegrasikan komputer di mana guru tidak bergantung kepada perisian khusus tetapi guru perlukan inisiatif dan kreativiti untuk mengaplikasikan perisian aplikasi ke dalam topik yang diajar. Aplikasi tersebut antaranya aplikasi pemprosesan perkataan, sistem pengurusan pangkalan data, hamparan elektronik dan aplikasi multimedia interaktif.

Dalam konteks penggunaan, ICT sebagai alat aplikasi dalam proses pengajaran pendidikan Islam ia boleh digunakan oleh para pelajar untuk membantu mereka melaksanakan tugasan pembelajaran seperti menggunakan perisian pemprosesan perkataan untuk menghasilkan karangan, hamparan elektronik untuk memplot graf (Aliza et al.2004).

Pengintegrasian Literasi Komputer Dalam Pengajaran Pendidikan Islam.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengalakkan program pengintergrasian ICT dalam P&P (Pusat Perkembangan Kurikulum,2001).Beberapa kajian menunjukkan pengintegrasian yang dijalankan di sekolah-sekolah harian biasa khususnya sekolah luar bandar yang mempunyai kemudahan komputer adalah masih rendah (Normah,2002;Maziyah,2002;Robiah et. al. 2003).

Menurut Zaradi Sadin( 2003), menyatakan bahawa hasil kajian yang dijalankan oleh Hasimah (1994) dari Universiti Sains Malaysia berhubung Pengajaran Bantuan Komputer Multimedia Interaktif untuk pengajaran literasi computer di sekolah menengah mendapati reaksi pelajar terhadap pendekatan ini adalah amat mengalakkan.Daripada soal selidik yang dijalankan berkenaan tanggapan keseluruhan pelajar tentang projek ini didapati lebih 90% para pelajar bersetuju atau sangat bersetuju kepada soalan-soalan berikut:

i. Meningkatkan motivasi pelajar untuk belajarii. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran

8

Page 9: ISI KANDUNGANzabif.tripod.com/kertaskonsep.doc · Web viewMengenalpasti tahap pengetahuan GPI mengenai perisian komputer seperti Microsoft Word,Microsoft Powerpoint,Microsoft Excell

iii. Pembelajaran akan menjadi lebih berkesaniv. Mempunyai kelebihan berbanding dengan teknik pembelajaran lainv. Boleh dijadikan bahan rujukan yang sangat berkesan.

Menurut Siti Fatimah bt Mohd Yassin et al.(2005), menyatakan bahawa integrasi literasi komputer dalam pengajaran boleh meningkatkan kreativiti dan motivasi intrinsik pelajar untuk mencipta dan menjana idea ketika menghasilkan persembahannya.Dalam kajiannya, para pelajar secara berpasukan mempelajari kemahiran literasi multimedia dan proses pembangunan produk multimedia kreatif (PMK) melalui strategi pembelajaran berasaskan projek di kelas LK.Berdasarkan dapatan kajiannya, membuktikan bahawa para pelajar berupaya membangunkan persembahan slaid PMK dengan pelbagai reka bentuk yang menarik.

Modul Persembahan Powerpoint Dalam Pengajaran

Modul ini akan dilaksanakan oleh pengkaji kepada para pelajar tingkatan lima. Para pelajar ini akan diberikan kebebasan untuk memilih mana-mana topik ibadat berdasarkan buku teks tingkatan lima . Mereka akan dibahagikan kepada kumpulan kecil iaitu satu kumpulan terdiri daripada 3 orang pelajar sahaja. Mereka akan diberikan tugasan untuk menghasilkan bahan pembelajaran dan membina satu persembahan Powerpoint berdasarkan modul.

Dalam pembinaan modul ini pengkaji menggunakan teori pembelajaran behaviorisme,teori kognitivisme dan kontsruktivisme. Teori behaviorisme memberi penekanan terhadap perubahan tingkah laku yang dapat dilihat dengan jelas bentuknya akibat sesuatu rangsangan (Skinner, 1995). Perkara seperti bimbingan, latihan,pemberian ganjaran, pengukuhan dan tunjuk ajar yang berterusan adalah penting bagi menjamin perubahan tingkahlaku yang berkesan dalam proses penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Zarina (2004), di antara prinsip-prinsip teori behaviorisme yang perlu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran komputer ialah:a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar mengikuti dengan aktif dalam

P&P.Sebagai contoh dalam aktiviti amali dan perbincangan dalam kumpulan.b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logic supaya pelajar dapat dengan mudah

dan memberi respon tertentu.Contohnya penyediaan modul yang akan digunakan sebagai panduan untuk menghasilkan pembelajaran.

c) Setiap respon dari pelajar harus diberi maklum balas yang positif secara langsung. Ia bertujuan untuk memotivasikan mereka bagi mengikuti pembelajaran seterusnya.

Manakala teori kognitivisme membawa maksud penambahan pengetahuan dalam ingatan jangka panjang atau perubahan skema atau struktur pengetahuan (Gagne, 1985). Teori ini memberi tumpuan kepada proses mengetahui dan memperolehi ilmu pengetahuan melalui proses celik akal iaitu memproses maklumat dengan cara mengadakan perbincangan, penaakulan, penyelesaian masalah dan aktiviti percambahan fikiran. Kognitf

9

Page 10: ISI KANDUNGANzabif.tripod.com/kertaskonsep.doc · Web viewMengenalpasti tahap pengetahuan GPI mengenai perisian komputer seperti Microsoft Word,Microsoft Powerpoint,Microsoft Excell

berkaitan dengan mental, dan ianya berkait rapat dengan ingatan jangka panjang dan ingatan jangka pendek.

Teori kontruktivisme pula merupakan satu proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Murid perlu membina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil usaha murid sendiri. Menurut Wittrosk (1978), mereka suasana di mana pelajar diperlukan untuk mwnguji proses kefahaman dan membina maksud mereka sendiri. Pembelajaran aktif, menyelesaikan masalah berdasarkan kepada penemuan intrinsic. Faktor yang menentukan pembelajaran terdiri daripada sifat-sifat pelajar itu, pengetahuan sedia ada, motivasi dan pebagai tugasan pembelajaran.

Menurut Yusup (1998), reka bentuk pengajaran (ID) ialah adalah satu pendekatan yang sistematik dalam merancang pangajaran dan membina bahan pengajaran bagi tujuan mencapai objektif pembelajaran yang spesifik.Tambah beliau, penulisan rancangan mengajar adalah sama dengan reka bentuk pengajaran tetapi perbezaannya ialah reka bentuk pengajaran merupakan satu disiplin khsusus yang dianggap sebagai sains pengajaran yang mempunyai teorinya sendiri. Justeru ID adalah seni dan sains tentang bagaimana mewujudkan persekitaran pembelajaran dan pembinaan bahan-bahan bagi membolehkan proses pembelajaran berlaku dari keadaan tidak mengetahui langkah-langkah penyelesaian masalah kepada tahap kebolehan menyelesaikan masalah.

Model ID yang diaplikasi dalam modul ini ialah Model ADDIE yang akronim bagi Analysis,Design,Developmnet,Implementation dan Evaluation. Model intruksional ini adalah satu proses yang sistematik yang melibatkan peringkat-peringkat berikut:

Peringkat analisis melibatkan proses mengenalpasti dan menentukan apa yang perlu dipelajari (hasil pembelajaran).Ini diikuti oleh peringkat reka bentuk yang meliputi proses menentukan spesifikasi bagaimana pembelajaran dapat dijalankan.Peringkat seterusnya adalah peringkat pembangunan di mana proses membangun dan menghasilkan bahan-bahan dilakukan.Peringkat pelaksanaan merupakan proses mengaplikasi projek yang dibangunkan ke dalam konteks sebenar.Peringkat terakhir, iaitu peringkat penilaian,proses yang dijalankan adalah untuk menentukan keberkesanan pengajaran (Mohd Arif ,2004).

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Komputer

Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu dikuasai dalam proses pengajaran dan pembelajaran computer. Di antara aplikasi kaedah yang digunakan dalam pembelajaran ini ialah:

10

Analisis Rekabentuk Pembangunan Pelaksanaan .Penilaian.

Page 11: ISI KANDUNGANzabif.tripod.com/kertaskonsep.doc · Web viewMengenalpasti tahap pengetahuan GPI mengenai perisian komputer seperti Microsoft Word,Microsoft Powerpoint,Microsoft Excell

a) Perbincangan: Perbincangan adalah kaedah yang melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dengan pelajar dalam kelas.Melalui kaedah ini pelajar dan guru betukar-tukar fikiran mengenai tajuk yang terkandung dalam topik ibadat. Perbincangan dijalankan secara keseluruhan kelas.Melalui perbincangan beberapa perkara dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar, antaranya ialah:

i. Mengalakkan perkembangan mental.ii.Pelajar dapat berfikir dengan teliti dan berkongsi idea dengan rakan-rakan lain.Iii.Pelajar dapat menggunakan kemahiran lisan untuk berinteraksi secara berkesan.

b) Tunjuk cara: Melalui teknik ini guru akan memberikan penerangan dan demonstrasi mengenai sesuatu isi pelajaran.Teknik ini memberi kebaikan dan kesan kepada pelajar antaranya:

i. Pelajar akan dapat mencontohi apa yang ditunjukkan dengan lebih mudah dan tepat.ii.Dapat mengukuhkan ingatan pelajar mengenai tajuk dan langkah-langkah untuk melaksanankannya.iii.Pelajar lebih mudah memahami isi pelajaran dan menimbulkan minat pelajar.

c) Pembelajaran Koperatif: Pembelajaran ini merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sasaran adalah menjadikan pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Menurut Zarina (2004), terdapat lima unsure asas dalam pembelajaran koperatif iaitu:

i. Saling bergantung antara satu sama lain secara positif.ii.Saling berinteraksi secara bersemuka.iii.Akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri.iv.Kemahiran koperatif danv.Pemprosesan kumpulan.

d) Pembelajaran KolaboratifSemasa aktiviti P&P kolaboratif berjalan, interaksi berlaku di antara pelajar dengan bahan pengajaran,pelajar dengan pelajar,pelajar dengan tenaga pengajar.Pembelajaran secara kolaboratif dapat membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran secara individu.Dengan menjalankan aktiviti dan projek pembelajaran secara kolaboratif secara tidak langsung kemahiran-kemahiran seperti bagaimana berkomunikasi akan dipelajari oleh pelajar (Zarina,2004).

d) Penerapan Nilai-nilai MurniSesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk mewujudkan insane yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek,penerapan nilai-nilai murni perlulah dilakukan walau dengan apa kaedah pengajaran dilaksanakan.Dalam pengajarn subjek computer dalam pendidikan ini beberapa nilai-nilai murni diterapkan agar pelajar dapat membentuk sikap yang positif seperti berdikari,bekerjasama,tepati masa,sabar, bertolak ansur menghargai pandangan orang lain dan sebagainya.

11

Page 12: ISI KANDUNGANzabif.tripod.com/kertaskonsep.doc · Web viewMengenalpasti tahap pengetahuan GPI mengenai perisian komputer seperti Microsoft Word,Microsoft Powerpoint,Microsoft Excell

e) Kemahiran BerfikirKemahiran berfikir secara kritis ialah proses menggunakan minda untuk menilai,meneliti dan memiliki pertimbangan mengenai sesuatu idea,isu,masalah atau fenomena berdasarkan bukti-bukti yang ada. Guru haruslah memasukkan aspek-aspek kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif perisian boleh dicapai. Dalam kemahiran berfikir, antara perkara-perkara yang ditekankan ialah seperti membanding, membeza, membuat kategori, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan, menerangkan sesuatu, menyusun mengikut urutan, menyusul periksan andaian dan membuat ramalan.

f) Pembelajaran AktifDalam strategi pembelajaran aktif, pelajar boleh mendapatkan maklmuat menggunakan kemudahan teknologi maklumat.Pelajar akan mendapatkan maklumat yang diperlukan secara sendiri yang dikatakan akses sendiri.Pelajar digalak untuk meneroka dan mendalami bidang ilmu tertentu supaya mendapat tahap pencapaian yang cemerlang.

Kesimpulan

Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya di kikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran kea rah mendapatkan maklmumat. Menuru Winston Churcil dalam Zarina (2004), menyatakan “empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda”.Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan P&P harus diubah kepada pemikiran penyelidikan maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar.

Justeru integarsi literasi komputer seperti MS Powerpoint dalam P&P dikatakan satu kaedah baru penggunaan komputer yang menggalakkan penggunaan pelbagai deria manusia dalam satu masa. Dengan itu, kaedah ini dikatakan dapat menyediakan maklumat yang dapat membantu pelajar dalam membentuk ingatan yang kompleks dan juga memudahkan proses capaian maklumat yang berkaitan di masa hadapan.

Untuk merealisasikan sepenuhnya penggunaan komputer dalam pendidikan, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran,dicadangkan guru-guru pendidikan Islam khususnya diberikan program-program latihan yang lengkap dan berterusan tentang penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Setiap sekolah disarankan menyediakan secukupnya perkakasan dan perisian yang sesuai untuk kegunaan guru dan murid.

Kesedaran tentang kepentingan dan keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran perlu ditingkatkan di kalangan pentadbir, guru dan pelajar, di samping langkah-langkah peningkatan strategi berkaitan dalam institusi sekolah. Sokongan dan kerjasama tenaga pengajar amatlah diperlukan untuk menentukan aspirasi pembelajaran bestari tercapai.

12

Page 13: ISI KANDUNGANzabif.tripod.com/kertaskonsep.doc · Web viewMengenalpasti tahap pengetahuan GPI mengenai perisian komputer seperti Microsoft Word,Microsoft Powerpoint,Microsoft Excell

RUJUKAN

Computer Tehcnology Research .1993.Gagne,R.M.1985.The Conditions of Learning (4 th edition).New York: Holt, Rinehart

and Winston. Kamus Dewan.1994.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaKementerian Pendidikan Malaysia, 2000. Projek Rintis Sekolah Bestari – Mesyuarat Guru kanan matapelajaran (BM, BI , Matematik dan Sains) Sekolah BestariMohd Arif Hj.Ismail.2004.Model Reka bentuk Intruksional Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran: Reka Bentuk pengajaran dan ICT: Aplikasi dalam aliran Pendidikan Era Globalisasi.Siri Seminar Aliran Terkini Pengajaran Summber & Teknologi Maklumat.Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamad Najib Abdul Ghafar.1997.Penyelidikan Pendidikan.Cet.Kedua 2000. Johor, Skudai : Universiti Teknologi Malaysia

Paul Meill.1986.Computer in Education.New Jersey.Prentice Hall.Siti Fatimah Mohd Yassin.1998. Pengajaran Penggunaan Teknologi Maklumat bagi

Mengasah Kemahiran Berfikir.Dlm Juriah Long (pnyt).Inovasi dalam perkaedahan pengajaran bahasa,sains dan social dan teknologi maklumat, hlm 189-206.Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Fatimah Mohd Yassin.2005.Model Pengintegrasian Ilmu Antara Literasi Komputer dan Pendidikan Islam Dalam Pembentukan Pelajar Kreatif Berakhlak Kemanusiaa Sejagat: Pendidikan Islam Kea rah Kemanusiaan Sejagat:Prosiding Wacana Pendidikan Islam (siri 4) .Bangi : Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Skinner,B.F.1985.Cognitive Science and Behaviorisme.British Journal of Psychology.Tajul Ariffin bin Noordin.1993.Perpsektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan PustakaYusup Hashim.1998.Teknologi pengajaran.Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.Wittrock,M.1978.The Cognitive Movement In Instruction Educational Phychologist.Zaradi Sudin dan Rozita Hj Md Noh. 2003.Penggunaan computer dalam Pengajaran

Pendidikan Islam.Perkaedahan Pengajaran Pendidikan Islam : Antara Tradisi dan Inovasi.Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 3).Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zarina bt Abd Malek.2004.Kemampuan Mengajar Guru:Teori,Strategi dan Perkaedahan Dalam Pendidikan Komputer dalam Artikel Guru : Teknologi & Pendidikan Models & Resource http://Pendidikan TV.

Zoraini Wati Abas.1992.Penggunaan teknologi maklumat (Komputer) di dalam Pendidikan Islam: Keperluan dan masalah.Kertas Kerja.Seminar Pendidikan, Pendidikan Islam Era 2020: Tasawwur dan Strategi.Bangi,Maktab Perguruan Islam.9-10 Oktober.

13