10 tajuk 4 pro gpi pim3111.pdf

24
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam 56 Tajuk 4 ANALISIS SAHSIAH PARA SAHABAT RASULULLAH SAW DAN TOKOH ILMUAN ISLAM 4.0 Sinopsis Tajuk ini membicarakan mengenai sahsiah dan keperibadian Khulafa‟ al- Rasydin,Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah dan Imam Empat Mazhab. sebagai seorang pendidik. Dalam unit ini, dikemukakan perbincangan mengenai riwayat hidup, sahsiah sebagai pendidik dan sumbangan mereka dalam pendidikan Islam. Pelajaran ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru mengenai diri dan corak pendidikan yang diamalkan oleh mereka. Para pelajar diharap akan dapat mencontohi dan menghayati sahsiah para sahabat dan tokoh keilmuan Islam. 4.1 Hasil Pembelajaran 1. Menerangkan sahsiah Khulafa‟ Ar-Rasyidin, saidatina Khatijah, Saidatina Aisyah dan Imam Empat Mazhab. 2. Menghuraikan peranan dan tugas mereka sebagai seorang pendidik. 3. Menganalisis pendekatan pendidikan dan kaedah penyampaian yang dilaksanakan oleh mereka. 4.2 Kerangka Konsep Tajuk ANALISIS SAHSIAH SAHABAT RASULULLAH S.A.W DAN TOKOH ILMUAN ISLAM KHULAFA’ SAIDATUNA KHADIJAH IMAM MAZHAB AL-RASYDIN SAIDATUNA AISYAH EMPAT

Upload: ab-halim-sigit

Post on 17-Jul-2016

92 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 10 Tajuk 4 Pro GPI PIM3111.pdf

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

56

Tajuk 4 ANALISIS SAHSIAH PARA SAHABAT RASULULLAH SAW

DAN TOKOH ILMUAN ISLAM

4.0 Sinopsis

Tajuk ini membicarakan mengenai sahsiah dan keperibadian Khulafa‟ al-

Rasydin,Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah dan Imam Empat Mazhab. sebagai

seorang pendidik. Dalam unit ini, dikemukakan perbincangan mengenai riwayat

hidup, sahsiah sebagai pendidik dan sumbangan mereka dalam pendidikan Islam.

Pelajaran ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru

mengenai diri dan corak pendidikan yang diamalkan oleh mereka. Para pelajar

diharap akan dapat mencontohi dan menghayati sahsiah para sahabat dan tokoh

keilmuan Islam.

4.1 Hasil Pembelajaran

1. Menerangkan sahsiah Khulafa‟ Ar-Rasyidin, saidatina Khatijah, Saidatina

Aisyah dan Imam Empat Mazhab.

2. Menghuraikan peranan dan tugas mereka sebagai seorang pendidik.

3. Menganalisis pendekatan pendidikan dan kaedah penyampaian yang

dilaksanakan oleh mereka.

4.2 Kerangka Konsep Tajuk

ANALISIS SAHSIAH SAHABAT RASULULLAH S.A.W DAN TOKOH ILMUAN ISLAM

KHULAFA’ SAIDATUNA KHADIJAH IMAM MAZHAB AL-RASYDIN SAIDATUNA AISYAH EMPAT

Page 2: 10 Tajuk 4 Pro GPI PIM3111.pdf

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

57

4.3 SAHSIAH KHULAFA’ AL-RASYIDIN

Pelajar-pelajar sekelian !

Kenali para sahabat Baginda s.a.w.

Tak Kenal Maka Tak Cinta!!

4.3.1. Khulafa’ al-Rasyidin.

Perpindahan Rasulullah SAW. ke Madinah pada tahun 622 Masihi, membawa

perubahan dan pengertian yang besar terhadap penyibaran dan kestabilan

agama Islam. Kurikulum pendidikan peringkat ini bertukar kepada memenuhi

tuntutan perundangan dan perhubungan antarabangsa. Institusi pendidikan Islam

memilih masjid sebagai tempat menyampai ilmu, sistem halaqah bermula di

Masjid dan dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Fungsi masjid mengikut

termenologi Islam adalah sebagai markas bagi segala aktiviti agama dan

masyarakat, khususnya dalam hal-hal yang berhubung dengan aktiviti ibadat,

pelajaran dan pendidikan.

Al-Abrasyi menyatakan Rasulullah SAW. menjadikan masjid Nabawi sebagai

tempat belajar mengenai urusan dunia dan agama disamping beribadat. Situasi

masjid lebih bebas dan sesuai sebagai tempat belajar. Rasulullah SAW. telah

mendirikan sebuah surau yang bersambung dengan masjid tersebut dikenali

sebagai al-suffah. Ia merupakan sebagai sebuah sekolah yang membimbing

pelajarnya dengan lebih sistematik. Matapelajarannya termasuklah al-Quran,

asas agama (Aqidah, syariah, akhlak), khat, sejarah dan bahasa. Kurikulum yang

diberi merangkumi pendidikan rohani dan jasmani yang menjadi keperluan

kepada individu dan masyarakat.

Page 3: 10 Tajuk 4 Pro GPI PIM3111.pdf

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

58

Struktur pendidikan Islam telah disusun oleh Rasulullah dalam beberapa bentuk

iaitu:

1. Rajah 1: Struktur Pendidikan Islam di Madinah

i. Pendidikan umum: Ia di jalankan oleh Rasulullah SAW. atau para sahabat

daripada Khulafa al-Rashidin. Perlaksanaannya dilakukan dengan penyampaian

pidato selepas solat fardu atau selepas solat Jumaat. Kurikulumnya merangkumi

bidang aqidah, syariat, muamalat dan lain-lain. Bidang lain seperti menunggang

kuda, bermain pedang, berenang, bergusti dan lumba lari.

ii. Pendidikan khusus: Pengajaran yang berbentuk khusus ialah pengajaran

yang diberikan oleh baginda kepada orang-orang yang tertentu tanpa mengira

tempat atau masa. Sahabat-sahabat baginda seperti Ali bin Abi Talib, Abu Bakar

as-Siddiq, Abu Hurairah dan lain-lain adalah di antara orang yang sering

mendapat pendidikan khusus berupa teguran dan tunjuk ajar secara langsung.

iii. Pendidikan Institusi: Merupakan intisari Pendidikan Islam pada peringkat

Madinah. Pendidikan ini dibahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat awal

(menulis dan membaca) dan peringkat pendidikan ke atas ahli Suffah. Pendidikan

bentuk ini banyak melahirkan cendiakawan Islam pada masa selanjutnya.

Struktur Pendidikan Islam

di Madinah

Pendidikan UmumPendidikan

Khusus

Pendidikan Institusi

Page 4: 10 Tajuk 4 Pro GPI PIM3111.pdf

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

59

4.3.2 Pendidikan Islam Pada Zaman Khulafa Al-Rasyidin

Zaman pemerintahan Khulafa al-Rashidin (11H/623M – 40H/661M) diperintah

oleh empat orang sahabat Rasulullah SAW. bertindak sebagai Uli al-Amr

memelihara kestabilan dan keselamatan negara bahkan memberi penekanan

yang begitu intensif terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan

Islam. Para sahabat telah menumpukan perhatian mendidik disamping pada

masa yang sama mentadbir negara.

Pusat pentadbiran Khulafa‟ al-Rashidin masih lagi dibuat di Madinah sebagai

lanjutan pusat pentadbiran Nabi SAW. Pada zaman ini para sahabat nabi seperti

Abdullah bin Umar, Zaid bin Thabit dan lain-lain masih aktif menyambung

perjuangan Rasulullah SAW dalam bidang keilmuan Islam khasnya Fekah dan

Tauhid. Bersumberkan al-Quran dan ajaran sunnah Nabawi, para sahabat

meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran kepada kaum muslimin.

Tahun-tahun pemerintahan khulafa‟ al-Rashidin dipenuhi dengan pelbagai

cabaran seperti masalah riddah, ancaman Quraisy Makkah, Rom, Parsi, Yahudi

dan kaum Nasrani, bahkan juga ancaman dari dalam yang dibuat oleh kaum

munafikin. Semua masalah itu dapat diatasi bahkan proses pendidikan Islam

semakin berkembang luas ke serata alam dalam pelbagai bidang serta lahir pula

tokoh-tokoh ilmu yang terbilang pada zamannya.

Para sahabat yang terdiri daripada Sayidina Abu Bakar, Omar, Uthman dan Ali

adalah orang yang mewarisi risalah Rasulullah SAW. Mereka bukan sahaja

menyambung usaha-usaha yang telah diatur oleh Rasulullah SAW bahkan

melangkau lebih jauh lagi ekoran pertambahan umat Islam dan keluasan wilayah

Islam.

Sebagai contoh di zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (11H – 13H) di samping

memelihara keutuhan negara dari berlakunya kehancuran, akibat tindakan liar

orang-orang munafik dan musuh-musuh Islam, beliau amat memberi perhatian

berat terhadap perkembangan ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja

Page 5: 10 Tajuk 4 Pro GPI PIM3111.pdf

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

60

menggalak umat Islam supaya mempelajari dan menghayati al-Quran dan al-

Sunnah bahkan bertindak mengumpul dan menulis semula ayat-ayat al-Quran di

dalam sebuah Mashaf. Dengan alasan kitab suci al-Quran dapat diedarkan ke

seluruh wilayah Islam yang terletak jauh dari wilayah pentadbiran kerajaan Islam

Madinah.

Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab (634-644 Masihi) seluruh

Semenanjung Tanah Arab, Parsi, Sham dan Mesir serta beberapa wilayah Islam

yang ditakluki, tidak terdapat sebuah kampong pun di daerah tersebut melainkan

dibangunkan masjid sebagai tempat ibadat di samping menjadi pusat pelajaran

dan pendidikan Islam.

Khalifah Umar al-Khattab memberi perhatian yang sama terhadap perkembangan

ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam. Ahli-ahli sejarah menyatakan, seluruh

Semenanjung Tanah Arab, Farsi, Sham dan Mesir menjadi wilayah kerajaan

Islam pada masa pemerintahannya. Beliau memberi penekanan yang serius

terhadap ilmu pengetahuan yang bersifat spiritual atau rohani kepada seluruh

rakyat, di samping menekankan ilmu pengetahuan yang berbentuk fizikal atau

jasmani seperti berenang, menunggang kuda memanah, matematik dan

kemahiran berfikir (mantik). Galakan tersebut dapat dilihat melalui perutusannya

kepada gabenor-gabenor wilayah, anataranya dengan menyebut: Ajarlah anak-

anak kamu berenang, menunggang kuda dan riwayat-riwayat yang baik dan syair-

syair yang indah.

Begitu juga berlaku pada masa khalifah Uthman Ibn Affan, beliau menegaskan

mengenai pembukuan al-Quran dan penulisanNya, beliau telah melantik sahabat-

sahabat untuk menulis dan membukukan al-Quran. Dengan usaha beliau itu,

dapat menyelamatkan pembacaan al-Quran mengikut Rasm Uthmani.

Jelaskan perbezaan kaedah penyampaian dan sahsiah para sahabat

Rasulullah s.a.w. berbanding guru masa kini. Bincangkan!

Page 6: 10 Tajuk 4 Pro GPI PIM3111.pdf

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

61

4.4

SAHSIAH SAIDATINA KHADIJAH BINTI KHUWAILID

4.4.1 PENDAHULUAN

Diriwayatkan dari Aisyah beliau berkata:"Rasulullah S.A.W. hampir tidak pernah keluar

dari rumah sehinggalah baginda menyebut-nyebut kebaikan tentang Khadijah dan

memuji-muji setiap hari sehingga aku menjadi cemburu, lalu aku berkata: Bukankah

beliau seorang wanita tua, yang Allah telah menggantikannya dengan yang lebih baik

untuk engkau? Maka baginda marah sampai berkerut dahinya, kemudian bersabda:

Tidak! Demi Allah, Allah tidak memberiku ganti yang lebih baik darinya.Sungguh

Khadijah telah beriman di saat manusia mendustakanku, dan menolongku dengan harta

di saat manusia menjauhiku, dan dengannya Allah mengurniakan zuriat kepadaku dan

tidak dengan wanita yang lain.Aisyah berkata: aka aku berjanji untuk tidak menjelek-

jelekkannya buat selama-lamanya."

Pengupasan tentang peribadi Saidatina Khadijah yang unggul, yang selama hidupnya

menguatkan Nabi Muhammad S. A. W. pada permulaan dakwah Islam. Saidatina

Khadijah merupakan isteri pertama Nabi Muhammad S. A. W. dan juga wanita pertama

yang beriman serta menyatakan bahawa Tuhan itu satu dan Nabi Muhammad S. A. W.

adalah utusan dari Allah S. W. T. Di sini akan menceritakan mengenai riwayat hidup

Saidatina Khadijah sejak beliau dilahirkan sehinggalah beliau wafat. Saidatina Khadijah

memiliki peribadi yang luar biasa. Peribadinya yang cukup luar biasa ini memberi

implikasi yang positif kepada masyarakat Islam pada zaman awal Islam. Masyarakat

pada zaman itu amat kagum dengan keperibadian Saidatina Khadijah yang cukup mulia

itu. Saidatina Khadijah adalah salah seorang tokoh yang paling penting dalam sejarah

Islam. Wanita yang agung bernama Saidatina Khadijah ini telah memberi banyak

sumbangan terhadap Islam dari pelbagai aspek dan juga telah menyumbang ke arah

kemenangan kerajaan Islam. Beliau memainkan peranan yang sangat cemerlang.

Bersama Abu Talib, Saidatina Khadijah merupakan salah seorang dari pendukung Islam

dan kaum Muslim. Pada masa Islam mengalami tekanan peperangan yang tidak henti-

hentinya dan selam tiga tahun mendapat serangan yang bertubi-tubi, Saidatina Khadijah

membantu kaum Muslim dengan segala bentuk pengorbanan yang luar biasa. Saidatina

Khadijah mempunyai sifat-sifat yang amat indah sekali yang mana sifat-sifat beliau ini

belum tentu wujud pada setiap wanita pada zaman kini. Saidatina Khadijah mempunyai

Page 7: 10 Tajuk 4 Pro GPI PIM3111.pdf

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

62

hati dan jiwa yang suci, bersih dan terpelihara dari kejahatan. Perasaan Saidatina

Khadijah yang halus dan akhlaknya yang mulia membuatkan dirinya lebih dihormati dan

istimewa. Di samping itu, ketakwaan dan keimanan beliau terhadap Allah S. W. T. amat

teguh sekali dan tidak perlu diragukan lagi. Walaupun Saidatina Khadijah ini seorang

yang kaya, beliau tidak pernah lupa melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai umat

Islam. Selain itu, Saidatina Khadijah juga seorang pendakwah Islam yang berani.

Keperibadiaan dan sumbangan beliau ini amat dikagumi dan sukar dilupakan. Sifat-sifat

semulajadinya yang mulia itu akan menjadi satu contoh yang amat besar dalam hidup

setiap manusia.

Saidatina Khadijah yang unggul mempunyai peribadi yang cukup hebat dalam sejarah

perjuangan sirah Rasulullah s.a.w. Saidatina Khadijah dikurniakan peribadi serta sifat-

sifat yang sangat mulia tidak kira dari segi luaran mahupun dalaman. Saidatina Khadijah

menjadi isteri yang pertama dalam hidup Nabi Muhammad S. A. W. dan peribadinya

telah membuat hati dan hidup Nabi Muhammad S. A. W. cukup bahagia. Saidatina

Khadijah amat bermakna dalam hidup Nabi Muhammad S. A. W. Saidatina Khadijah

telah dikurniakan dengan berbagai gelaran antaranya ialah Ummul Mu‟minin, Thahirah,

penghulu wanita serta penghulu syurga. Beliau juga orang pertama yang beriman dan

mengatakan Tuhan itu satu dan Nabi Muhammad S. A. W. itu utusan-Nya. Saidatina

dilahirkan dari kalangan keluarga yang mulia. Oleh itu juga Saidatina Khadijah

mempunyai peribadi yang mulia dan disanjung tinggi. Saidatina Khadijah suka menolong

orang-orang yang berada dalam kesusahan. Beliau tidak sanggup melihat penderitaan

orang lain. Beliau sanggup menderita demi menolong dan melihat orang sekelilingnya

hidup senang. Beliau mempunyai ciri-ciri kepimpinan apabila beliau menguruskan

dagangan keluarganya setelah ibu dan bapanya meninggal dunia. Di samping itu,

sumbangan Saidatina Khadijah kepada Islam pada zaman awal Islam telah memberi

banyak perubahan. Hartanya telah banyak dihabiskan untuk menolong Nabi Muhammad

S. A. W. , keluarganya serta orang-orang Muslim. Tetapi beliau tidak pernah merungut

tentang hartanya yang semakin berkurangan itu. Kisah Saidatina Khadijah ini telah

memberi impak yang sungguh bagus dan positif kepada setiap umat Islam. Sifat

semulajadinya yang sungguh agung dan tiada cacat celanya membuatkan dirinya lebih

cepat mempengaruhi masyarakat Islam. Peribadinya itu memang patut kita jadikan

contoh terbaik bagi menjalani kehidupan seharian kita. Saidatina Khadijah iaitu salah

seorang tokoh Islam pada zaman dulu yang telah memberi banyak sumbangan terhadap

Islam. Sumbangannya yang diberi kepada setiap orang Muslim tidak kira pangkat atau

Page 8: 10 Tajuk 4 Pro GPI PIM3111.pdf

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

63

darjat itu memberi satu peringatan yang tidak akan lupus dari hati atau hidup seseorang

Muslim itu.

4.4.2 RIWAYAT HIDUP SAIDATINA KHADIJAH

Saidatina Khadijah dilahirkan di Makkah pada tahun 68 sebelum Hijrah dan kurang lebih

15 tahun sebelum tahun Gajah. Saidatina Khadijah merupakan puteri kepada Khuwailid

bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai Al-Qurasyiyyah Al-Asayidah. Ayahnya seorang

pedagang. Ibunya pula bernama Fatimah binti Zaidah bin Al-Asham. Saidatina Khadijah

lahir dari kalangan keluarga yang mulia, jujur dan keluarga pemimpin. Saidatina Khadijah

berketurunan Bani Hasyim. Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 2

Saidatina Khadijah dibesarkan di kalangan keluarga yang mulia, terdidik dengan akhlak

yang terpuji, bersifat teguh dan cerdik sehingga kaumnya memanggil Thahirah kerana

beliau sangat loba terhadap akhlak dan kesopanan yang mulia. Ayahnya, Khuwailid

wafat kira-kira pada tahun 585 Masihi iaitu sebelum perang Fijar. Manakala ibu Saidatina

Khadijah wafat sekitar tahun 575 Masihi. (Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 4)

dan ( Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 16)

Setelah ibu dan ayah Saidatina Khadijah wafat, kekayaan dan harta diagihkan kepada

Saidatina Khadijah dan adik-beradiknya. Antara adik-beradiknya, hanya Saidatina

Khadijah yang mewarisi kebolehan ayahnya untuk menjadi kaya. Oleh kerana Saidatina

Khadijah dikurniakan kecerdasan yang luar biasa, beliau mengambil alih tanggungjawab

bisnes keluarganya dan segera mengembangkannya. Beliau ingin memperoleh kekayaan

dari titik peluh sendiri. Salah seorang bapa saudaranya bertindak sebagai penasihat

beliau dalam masalah bisnes. Anggota keluarga yang lain juga turut membantunya

apabila beliau memerlukan pertolongan. Walaupun begitu, dalam membuat keputusan,

beliau tidak akan bergantung pada sesiapapun malah akan membuat keputusannya

sendiri. ( Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 16)

Sebelum berkahwin dengan Nabi Muhammad S. A. W. Saidatina Khadijah diperisteri oleh

Abu Halah bin Zurarah bin Usaid bin Amr bin Tamim At-Tamimi. Mereka telah

memperoleh dua cahaya mata yang bernama Halah dan Hanad. Setelah Abu Halah

meninggal dunia, Saidatina Khadijah diperisteri oleh Atiq bin Aidz bin Abdillah bin Umar

bin Makhzum Al-Makhzumi. Namun begitu perkahwinannya hanya berlangsung beberapa

saat kemudian bercerai. Selepas itu ramailah orang-orang terkenal di kalangan Quraisy

ingin memperisterikan Saidatina Khadijah, tetapi beliau menolaknya kerana beliau ingin

Page 9: 10 Tajuk 4 Pro GPI PIM3111.pdf

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

64

meluangkan masa beliau dengan mendidik putera-puteranya dan menguruskan

dagangannya. (Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 5)

Setelah dagangannya meluas ke negeri Syam, Saidatina Khadijah mengambil Nabi

Muhammad S. A. W. sebagai pekerjanya bagi mengedarkan dan menguruskan

dagangannya dari Makkah ke Syam. Di samping itu juga, beliau mengutus pembantunya

yang bernama Maisarah untuk memperhatikan gerak-geri Nabi Muhammad. Setelah

sekian lama mengenali diri dan sifat-sifat Nabi Muhammad S. A. W. , Saidatina Khadijah

mula jatuh cinta pada Nabi Muhammad S. A. W. Dan dari situlah terjalinnya perkahwinan

Saidatina Khadijah dengan Nabi Muhammad S. A. W. dimana umur Saidatina Khadijah

ketika itu ialah 40 tahun manakala umur Nabi Muhammad S. A. W. ialah 25 tahun.

(Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 6-10)

Keistimewaan Saidatina Khadijah ialah beliau seorang yang cerdas, pandai menjaga diri,

suci perilakunya, bermurah hati serta dermawan. Nabi Muhammad S. A. W. telah

memberi gelaran penghulu wanita pada zamannya dan juga menjadi penghulu syurga.

Saidatina Khadijah juga wanita yang sempurna, seorang teguh hati, agung, suci hatinya,

bersih jiwanya, cantik rupa parasnya, halus perasaannya, sentiasa adil dan mulia

akhlaknya. (Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 5-6)

Keimanan, kebaikan, kemurahan hati Saidatina Khadijah diketahui oleh setiap orang.

Beliau penuh dengan kesabaran dalam penderitaannya dan bersemangat untuk

berjuang. Saidatina Khadijah selalu mengagungkan rahmat dan kurnia dari Allah S. W. T.

Beliau selalu mendapat rahmat yang berlimpah. Ketika pemulauan terhadap keluarga

Bani Hasyim, Saidatina Khadijah tetap tegar dalam keimanannya dan hal itu selalu

menjadi sumber kekuatan yang tidak pernah goyah baginya dan bagi orang-orang di

sekelilingnya. (Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 64-67)

Dari hasil perkahwinan yang sungguh harmoni ini, mereka berdua telah dikurniakan

enam cahaya mata iaitu empat puteri dan dua putera. Anak pertama mereka ialah Al-

Qasim. Al-Qasim wafat ketika berusia satu tahun. Selepas kelahiran Al-Qasim, diikuti

dengan kelahiran Zainab, Ruqayyah, Ummu Kaltsum, Siti Fatimah Az-Zahra dan

Abdullah. Abdullah wafat ketika masih bayi lagi. Semua puteri Saidatina Khadijah dan

Nabi Muhammad S. A. W. wafat ketika Nabi Muhammad S. A. W. masih hidup kecuali Siti

Fatimah Az-Zahra wafat enam bulan selepas wafatnya bapanya, Nabi Muhammad S. A.

W. (Muhammad Al-Ghazaliy, 1996: mukasurat 135)

Page 10: 10 Tajuk 4 Pro GPI PIM3111.pdf

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

65

Saidatina Khadijah tidak pernah meminta apa-apa pun dari suaminya. Jangankan minta

berikan sesuatu, bahkan beliau banyak menggunakan wangnya untuk keperluan orang-

orang Muslim. Selain itu, beliau seorang wanita sempurna. Saidatina Khadijah tidak

pernah berasa cemburu. Beliau selalu bersyukur, gembira dan mempunyai perasaan

puas dalam memberikan sesuatu. Beliau juga tidak pernah menyakiti orang, tidak pernah

marah, berdendam, mengumpat atau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang lain.

Saidatina Khadijah dilahirkan dengan hati yang bersih. (Syed A. A. Razwy, 1993:

mukasurat 76-80)

Selepas bapa saudara Nabi Muhammad S. A. W iaitu Abu Talib wafat, Saidatina

Khadijah yang ketika itu berusia 65 tahun telah jatuh sakit. Tak lama kemudian Saidatina

Khadijah pun wafat. Ini semua adalah kesan dari beratnya penderitaan yang ditanggung

Saidatina Khadijah selama dipulau oleh kaum Musyrikin Quraisy selama tiga tahun di

Syiib Abu Talib. Saidatina Khadijah telah wafat pada sepuluh Ramadhan pada tahun 619

Masihi. Pada saat kewafatannya, jubah Nabi Muhammad S. A. W. dijadikan sebagai kain

kapan untuk Saidatina Khadijah dan beliau dikebumikan di Hujun, Makkah.

(Maulana Syed Abul Hasan Ali an Nadwi, 2009: mukasurat 311)

4.4.3 SUMBANGAN SAIDATINA KHADIJAH KEPADA ISLAM

Saidatina Khadijah bukan sedikit sumbangannya kepada Islam. Beliau telah berkorban

menyumbang pertolongan kepada masyarakat pada zaman awal Islam tidak kira

keturunan atau pangkat. Antaranya beliau telah membantu orang-orang miskin, janda,

anak-anak yatim dan orang-orang cacat menggunakan keuntungan yang diperolehnya

daripada hasil dagangannya. Apabila ada gadis miskin, Saidatina Khadijah

mengahwinkannya dan memberikan mas kahwin kepada mereka.

(Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 16)

Ketika pemulauan terhadap keluarga Bani Hasyim, kekayaan Saidatina Khadijah yang

melimpah itu habis. Hal ini kerana sebahagian hartanya dihabiskan untuk membeli air

bagi menyelamatkan Nabi Muhammad S. A. W. dan keluarganya. Saidatina Khadijah

mengorbankan kesenangan, kekayaan, rumahnya dan hidupnya untuk Islam. Semasa

peperangan, Saidatina Khadijah menggunakan semua harta kekayaanya untuk

keperluan seperti misalnya membeli makanan dan minuman untuk keluarga suaminya.

Page 11: 10 Tajuk 4 Pro GPI PIM3111.pdf

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

66

Beliau sangat bahagia apabila hartanya disumbangkan ke arah kebaikan. (Syed A. A.

Razwy, 1993: mukasurat 66-69)

Saidatina Khadijah selalu bersama suaminya yang tercinta di dalam masa susah

mahupun senang. Saidatina Khadijah selalu menghiburkan Nabi Muhammad S. A. W.

ketika baginda kebingungan apabila wahyu yang pertama diturunkan kepada baginda.

Ciri kelembutan seorang isteri amat jelas ketika beliau menenangkan rasulullah dengan

kata-kata yang lunak dan meyenangkan hati suami yang di dalam kebimbangan dan

ketakutan itu. Bahkan Saidatina Khadijahlah yang telah bersusah payah membawa Nabi

Muhammad S. A. W. berjumpa sepupunya yang alim dalam kitab Taurat dan Injil iaitu

Waraqah bin Naufal untuk mengesahkan apakah benda yang telah datang kepada

suaminya di dalam Gua Hira‟ itu. (Maulana Syed Abul Hassan Ali ad Nadwi, 2009: 311-

314)

Setiap hari, Saidatina Khadijah memberikan makanan kepada orang-orang Muslim yang

miskin sehingga tiada seorang pun yang menderita kelaparan. Di samping itu, beliau

memberikan tempat tinggal kepada mereka. Beliau menggunakan banyak wangnya

untuk orang-orang Muslim Makkah yang miskin dan dengan begitu beliau telah

mematahkan tujuan orang-orang kafir yang mendera orang-orang Muslim itu. (Syed A. A.

Razwy,1993:muka surat 75)

Di samping itu, Saidatina Khadijah juga seorang pendakwah yang cukup berani, petah

bercakap dan indah kata-katanya. Sifat-sifat inilah yang menjadikan beliau seorang yang

berani dalam berdakwah dan mendapat sambutan yang cukup baik. Saidatina Khadijah

selalu mendampingi suaminya yang tercinta dalam berdakwah dan beliau akan menolong

suaminya dalam keadaan sulit dan penuh ujian. Beliau akan selalu menolong dan

membantu Nabi Muhammad S. A. W. dengan seberapa banyak kemampuan yang ada.

(Muhammad Ali Quthub, 1986: muka surat 18-19)

4.2.4 KESIMPULAN

Dari kisah Saidatina Khadijah ini, kita dapat lihat bahawa Saidatina Khadijah mempunyai

keperibadian yang sungguh indah dan unggul. Beliau seorang anak yang

bertanggungjawab dan pandai berdikari dalam menguruskan dan meneruskan

perdagangan keluarganya. Beliau seorang isteri yang setia, ikhlas terhadap suaminya.

Beliau berada di sisi suaminya yang tercinta di kala suka dan duka. Beliau juga seorang

Page 12: 10 Tajuk 4 Pro GPI PIM3111.pdf

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

67

ibu yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu terhadap anak-anaknya.

Seterusnya, beliau telah memberi banyak pengorbanan dari segi harta, waktu,

kepandaian, tenaga, dorongan dan hatinya yang tiada bandingannya untuk Islam yang

dicintai. Pengorbanan-pengorbanan beliau cukup berhasil bagi menguatkan dan

mengukuhkan kerajaan Islam ketika itu. Pengorabanan Saidatina Khadijah untuk Islam

ini sangat diagungkan dalam sejarah kita. Dorongan yang diberikan kepada suaminya

iaitu Nabi Muhammad S. A. W. telah membuat politik Islam semakin maju. Tidak ada

seorang pun yang dapat memainkan peranan seperti yang dilakukan oleh Saidatina

Khadijah. Hasil dari pengorbanannya, Islam ketika itu mampu menang dalam melawan

penyembahan berhala. Musuh-musuh Islam dapat dikalahkan, keangkuhan Bani Hasyim

dapat dirobohkan, dan ideologi keberhalaan dimusnahkan. Saidatina Khadijah ialah salah

seorang tokoh utama yang membangunkan kemenangan Islam. Di sini juga, kita dapat

lihat Saidatina Khadijah tidak pernah rasa jemu dalam memberikan bantuan kepada

orang-orang sekelilingnya. Beliau memberikan sumbangan kepada Nabi Muhammad S.

A. W, keluarganya dan orang-orang Muslim kerana Allah S. W. T. Saidatina Khadijah

juga tidak pernah rasa gentar untuk menghadapi musuh kerana beliau berani kerana

benar. Setelah Saidatina Khadijah, orang-orang di sekelilingnya tidak pernah melupakan

pengorbanan yang telah beliau sumbangkan. Pengorbanan dan peribadi Saidatina

Khadijah yang mulia ini akan sentiasa dikenang dan perlu diterapkan dalam setiap jiwa

dan pemikiran manusia pada zaman sekarang ini terutama pada kaum wanita. Saidatina

Khadijah perlu dijadikan contoh yang baik buat semua masyarakat sekarang.

Page 13: 10 Tajuk 4 Pro GPI PIM3111.pdf

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

68

4.5.1 PENDAHULUAN

Saiditina aisyah adalah satu nama yang sangat besar di dalam sejarah Islam. Beliau

merupakan perawi hadith yang hebat , di mana terdapat lebih dari 5 ribu buah hadith

yang diriwayatkan dan menjadi pegangan umat Islam sehingga sekarang.Kelebihan yang

dimiliki oleh Siti Aisyah ini telah berjaya meletakkan dirinya sebaris dengan perawi

hadith dari kalangan sahabat lelaki yang lain. Kecintaan dan hubungan yang akrab

bersama rasulullah banyak digambarkan dari hadith yang diriwayatkan olehnya.

Sekaligus mewujudkan keakraban hubungan suami isteri dan cara menjalinkan

hubungan kekeluargaan yang harmoni antara ahli keluarga. Berikut beberapa hadith

yang menerangkan keadaan tersebut.

Aisyah r.ha. menceritakan, "Suatu ketika Rasulullah s.a.w. berkata kepadaku:

'Sesungguhnya kanda tahu bila dinda sedang senang kepada kanda dan bila dinda

sedang marah.' Aku bertanya: 'Bagaimana kanda tahu?' Baginda menjawab; 'Jika dinda

sedang senang kepada kanda, maka dinda akan mengatakan, demi Tuhan Muhammad!

Tapi jika sedang marah, dinda akan mengatakan, tidak, demi tuhan Ibrahim!' Aisyah

berkata: 'Itu benar. Demi Allah! Dinda hanya mampu menjauhi namamu.'" (Muttafaq

'alaih). Di dalam hadith yang lain pula Imam al-Nawawi berkata, "mengenai pernyataan

Rasulullah s.a.w. kepada Aisyah r.ha. ini, al-Qadhi berkata, 'Kemarahan Aisyah kepada

nabi adalah dalam bentuk kecemburuan kepada Baginda. Kecemburuan menjadi faktor

tidak berlakunya banyak hukum bagi wanita, kerana ia (cemburu) tidak dapat dipisahkan

daripada wanita. Bahkan Imam Malik dan ulama-ulama Madinah lainnya berpendapat,

tidak berlaku bagi wanita yang menuduh suaminya berzina ketika ia sedang cemburu.

4.5

SAHSIAH SAIDATINA AISYAH BINTI ABU BAKAR

Page 14: 10 Tajuk 4 Pro GPI PIM3111.pdf

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

69

Pendapat ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: 'Wanita cemburu tidak

dapat membezakan antara bibir lembah dan dasarnya.'"

Jika pengertian hadis di atas tidak bermaksud kemarahan kerana cemburu, maka Aisyah

berada dalam kedudukan yang sangat sulit kerana marah dan menjauhi rasulullah s.a.w.

adalah dosa besar. Untuk itu, Aisyah r.ha. berkata, "Dinda hanya mampu menjauhi

namamu." Ini menunjukkan perasaan hati dan kecintaanya kepada Rasulullah s.a.w.

tetap seperti sediakala. Kecemburuannya didorong oleh rasa cinta yang terlalu tinggi."

(Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, jil. 15, hlm 292-293)

Aisyah r.ha. mengatakan bahwa dia pernah bertanya: "Ya Rasulullah, siapakah orang

yang paling kanda cintai?" Baginda bertanya kembali: "Kenapa dinda bertanya seperti

itu?' Aisyah menjawab: "Dinda ingin mencintai orang yang kanda cintai." Baginda

menjelaskan: "Dia ialah Aisyah." (Al-Haithami, majma' al-Zawa'id no. 15309. Hadis ini

diriwayatkan oleh Tabrani, sanadnya hasan)

4.5.2 RIWAYAT HIDUP

Nama: Aisyah bte Abu

Bakar As-Siddiq r.a Nama bapa:Abu Bakar Abu

Quhafah

Nama Ibu:Ruman bte

Umairah b Amir

Tempat lahir: Mekkah

al-Mukarramah

Tarikh lahir: 8 tahun

sebelum hijrah:641M

Gelaran: Al-Humaira

[putih kemerah-merahan]

Nama suami: Muhammad b

Abdullah [Rasulullah SAW]

Tarikh perkahwinan: Bulan Syawal,

tahun 10 kenabian

Tarikh wafat: 17

Ramadhan tahun 58

hijrah

Umur Wafat: 67 tahun

Tempat wafat dan di

Maqamkan: al-Baqi’, Madinah

al-Munawwarah

BIODATA

Page 15: 10 Tajuk 4 Pro GPI PIM3111.pdf

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

70

4.5.3 SUMBANGAN KEILMUAN

Kepandaian dan kecerdasan fikiran Saidatina Aisyah (al-Humaira) adalah sangat ketara

sehingga beliau digolongkan dalam kelompok intelek pada tahun-tahun pertama

Islam.Beliau dianugerahkan ingatan yang sangat tajam dan mampu mengingat segala

persoalan yang diajukan oleh kaum wanita kepada Nabi.Begitu juga beliau mampu

mengingat semula segala jawapan yang berikan oleh Rasulullah secara sempurna. Ini di

sebabkan kedudukan biliknya yang hanya bersebelahan sahaja dengan masjid yang

SIFAT MULIA

Bersungguh-sungguh menuntut ilmu:

Sejak kecil/zaman kanak-kanak menunjukkan

minat yg dalam terhadap ilmu

Sabar Cekal dan Tabah:

Tidak pernah mengeluh walau menempuh

pelbagai cabaran. Cekal dan tabah dalam

menghadapi dugaan seperti fitnah dalam

peristiwa “HadithulIfqun”

Bersungguh-sungguh

menuntut ilmu:

Taat dan patuh kepada ibu

bapa dan suami.Tegas dan

berani menegakkan

kebenaran

Dermawan:

Sanggup menjual barang

keperluannya semata-

maat membantu orang

lain

Page 16: 10 Tajuk 4 Pro GPI PIM3111.pdf

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

71

Rasulullah selalu menyampaikan kuliah maka dengan tekun dan cermat beliau

mendengar dakwah,kuliah dan diskusi Nabi dengan para sahabat dan orang-orang

lain.Disebabkan banyaknya ilmu yang diserap oleh Aisyah r.ha Baginda Rasulullah SAW

bersabda yang ertinya: "Ambillah separuh agamamu dari Humaira itu"

4.5.4 PERIWAYATAN HADITH

Nama Saidatina Aisyah telah tercatatat dalam sejarah Islam sebagai serang ilmuan

unggul samada dalam bidang politik,tasyri' dan adab. Kesempatan hidup selama sepuluh

tahun bersama Rasulullah menjadikan peluang yang cukup berharga kepada Siti Aisyah

meriwayatkan hadith yang berjumlah lebih dari 5 ribu buah.Beliau sering menerima

pertanyaan dari para sahabat Rasulullah SAW. Analisanya tepat dan fikirannya tajam,

kemampuannya yang pelbagai ini menyumbang kepada perkembangan tamaddun ilmu

dalam Islam yang gemilang.

4.5.5 KESIMPULAN

Bermula dari perkahwinan Saidatuna Aishah bersama manusia agung Muhammad s.a.w

di usia sembilan tahun telah memulakan sejarah hidupnya sebagai isteri manusia yang

paling hebat di dunia. Sejarah hidupnya telah membuktikan kehebatan perkongsian ilmu

bersama manusia agong ini mampu menjana ketamadun ilmu yang gemilang berkat ciri

-ciri sahsiah yang tinggi dimiliki olehnya. Kebanyakan para ulamak menempatkan Ibu

Agung Agama Islam ini sebagai wanita yang paling menonjol selepas Saidatuna

Khadijah dan Saidatuna Fatimah Azzahra.Manakala ulamak Ibn Hazim pula

menempatkan Aisyah ditempat kedua sesudah Nabi Muhammad, mendahului semua

isteri, sahabat dan rakan-rakannya.

Page 17: 10 Tajuk 4 Pro GPI PIM3111.pdf

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

72

4.6

SAHSIAH IMAM EMPAT MAZHAB

4.6.1 SAHSIAH IMAM AS-SYAFEI Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie

Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf. Imam Syafie

adalah berasal dari keturunan arab Quraisy. Nasabnya berkait dengan Nabi Muhammad

saw. Imam Syafie menghafal Al-Quran sewaktu berumur 9 tahun. Beliau menghafal Kitab

al-Muwatta‟ yang ditulis oleh Imam Malik (Mazhab Maliki) selama 10 tahun. Beliau

mempunyai kecerdikan dan daya ingatan yang sangat luar biasa. Dibenarkan

memberikan fatwa sendiri oleh gurunya sewaktu berusia 15 tahun sewaktu mengajar di

Masjidil Haram. Imam Syafie penentang amalan bidaah. Kata beliau, semua perkara

yang diadakan menyalahi Quran dan sunnah atau ijmak ulama adalah bidaah yang keji

dan sesat! Manakala mana-mana perkara atau kebaikan yang tidak menyalahi sedikit

pun dari kesemua itu adalah bidaah yang terpuji. Imam Syafie berpegang kepada

fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti juga 3 orang Imam Mazhab lain yang terkenal

seperti Imam Hanafi,Imam Maliki dan Iman Ahmad Bin Hambal (mazhab Hambali).

Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ini dicetuskan oleh ulamak sebelu mereka iaitu

Syeikh Abu Hasan Asyaari dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi.

Bila ibunya membawa Imam Syafie untuk berguru dengan Imam Ismail Kustantani,

seorang guru ilmu Al-Quran yang terkenal waktu itu, Imam Ismail pada mulanya menolak

Page 18: 10 Tajuk 4 Pro GPI PIM3111.pdf

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

73

kerana Imam Syafie baru berusia 9 tahun sedangkan dia hanya menerima orang menjadi

muridnya setelah berumur 12 tahun.Namun setelah dia menguji hafalan dan ingatan

Imam Syafie tentang Al-Quraan, beliau amat tertarik dengan daya ingatan dan suara

Imam Syafie yang merdu lalu terus mengambil Imam Syafie menjadi muridnya.Apabila

Imam Ismail ada urusan lain, Imam Syafie pula disuruh menggantikan tempatnya

mengajar disitu.

Imam Syafie pernah mengembara ke Madinah yang mengambil masa selama 8 hari

dengan menaiki unta sambil sempat mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 16 kali untuk

menemui dan berguru dengan Imam Malik yang ketika itu menjawat jawatan Mufti Kota

Madinah.Imam Syafie belajar dari Imam Malik selama 8 bulan.

Selepas itu Imam Syafie merantau pula ke Iraq untuk belajar dengan anak murid Imam

Hanafi iaitu Imam Muhamad al-Hassan dan Imam Abu Yusof.Beliau telah menghafal

Kitab al-Awsat karangan Imam Hanafi dalam masa 3 hari saja telah mengejutkan kedua

orang gurunya itu kerana biasanya murid-murid mereka yang lain mengambil masa

paling kurang 1 tahun untuk menghafalnya.

Kewibawaannya sebagai seorang guru yang berpengaruh terserlah ketika beliau masih

kecil lagi. Ini terbukti ketika beliau membacakan ayat-ayat suci al-Quran yang telah

memberi kesan yang mendalam kepada pendengarnya sehingga semuanya dapat

menghayati maksud al-Quran dan disusuli dengan titisan air mata kesedaran.

4.6.2 SAHSIAH IMAM MALIK

Nama sebenarnya Abu Abdullah Malik Ibnu Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amr bin Haris

dilahirkan di Kota Madinah tahun 93H. bersamaan tahun 713M Zaman khalifah Sulaiman

bin Abd. Malik daripada kerajaan Bani Umayyah. Beliau sempat melalui Dua

Pememrintahan iaitu zaman Uamyyah dan zaman Abasiyyah.

Beliau saorang yang terkenal dengan kecerdasan akal yang tinggi mampu menghafal al-

Quran dalam umur yang masih muda. Beliau saorang hartawan yang tidak lokek

membelanjankan hartanya pada jalan Allah, sangat menghormati hadis-hadis Rasulullah,

beliau dikatakan tidak pernah menunggang sebarang kenderaan di Madinah sebagai

tanda menghormati jasad baginda yang dikebumikan di sana.

Page 19: 10 Tajuk 4 Pro GPI PIM3111.pdf

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

74

Prinsip beliau mengenai ilmu ialah orang yang ingin belajar hendaklah berusaha

mencarinya, bukanlah ilmu yang datang mencarinya. Beliau tidak pernah merungut

apabila memberi kepada muridnya dan sanggup bersusah payah memberi kefahaman

ilmu kepada muridnya. Contoh keberanian beliau yang sanggup dirotan dengan camti

sehingga patah tulang belankang kerana mengeluarkan fatwa yangtidak disukai oleh

khalifah iaitu isteri yang di talak secara paksa tidak jatuh talaknya.

Sumbangan Imam malik dimana mazhabnya dianggap sebagai mazhab FIQH yang

tertua dalam Islam Sunni, mazhab ini diamalkan sebahagian besar di Moroko, Aljeria,

Libya dan Palastin. Mazhab ini berbeza daripada mazhab tiga yang lain kerana terdapat

tambahan kepada sumbernya iaitu selain menggunakan al-Quran, hadis, ijmak dan qias

beliau juga menggunakan amalan ahli-ahli Madinah pada zamannya itu sebagai sumber

kelima. Beliau juga pakar dalam bidang ilmu hadis dan sangat berhati-hati dalam

menyelidik sanad dan perawi hadis untuk mepastikan kesohihannya. Menurut satu

riwayat beliau telah menghabiskan umurnya selama 40 tahun untuk menghimpun dan

menyaring hadis-hadis yang diterima dari gurunya. Beliau juga telah menghafaz

sebanyak 100,000 hadis. Walau bagaimana pun tidak semua hadis tersebut diterima

untuk dijadikan sumber hukum, setelah ditapis hanya 10,000 hadis sahaja yang diakui

sah.

4.6.3 SAHSIAH IMAM ABU HANIFAH

Imam Abu Hanifah, pengasas mazhab Hanafi, adalah Abu Hanifah An-Nukman bin

Tsabit bin Zufi‟at At-Tamimi. Beliau masih mempunyai pertalian hubungan kekeluargaan

dengan Imam Ali bin Abi Thalib ra. Dilahirkan di Kufah pada tahun 150H/699M, pada

masa pemerintahan Al-Khalid bin Abdul Malik, Abu Hanifah selanjutnya menghabiskan

masa kecil dan tumbuh menjadi dewasa di sana. Sejak masih kanak-kanak, beliau telah

mengkaji dan menghafal Al-Quran. Beliau dengan tekun senantiasa mengulang-ulang

bacaannya, sehingga ayat-ayat suci tersebut tetap terjaga dengan baik dalam

ingatannya, sekaligus menjadikan beliau mendalami makna yang dikandung ayat-ayat

tersebut. Dalam hal memperdalam pengetahuannya tentang Al-Quran, belau sempat

berguru kepada Imam Asin, seorang ulama terkenal pada masa itu.

Selain mendalami Al-Quran, beliau juga aktif mempelajari ilmu fiqh. Beliau pernah

berguru kepada ulama-ulama yang sangat terkenal dari kalangan sahabat Rasulullah

Page 20: 10 Tajuk 4 Pro GPI PIM3111.pdf

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

75

s.a.w., di antaranya kepada Anas bin Malik, Abdullah bin Auf dan Abu Tufail Amir, dan

sebagainya. Dari mereka belau juga mendalami ilmu hadis.

Keluarga Abu Hanifah sebenarnya adalah keluarga pedagang. Beliau sendiri sempat

terlibat dalam usaha perdagangan, namun hanya sebentar sebelum beliau memusatkan

perhatian pada soal-soal keilmuan.

Beliau juga dikenali sebagai saorang yang sangat tekun mempelajari ilmu. Sebagai

gambaran, belau pernah belajar fiqh kepada ulama yang paling terkenal pada masa itu,

seperti Humaid bin Abu Sulaiman, tidak kurang dari 18 tahun lamanya. Setelah wafat

gurunya, Imam Abu Hanifah kemudian mulai mengajar di banyak majlis ilmu di Kufah.

Setelah 10 tahun gurunya meninggal, iaitu pada tahun 130 H. Imam Abu Hanifah pergi

meninggalkan Kufah menuju Mekah. Beliau tinggal beberapa tahun lamanya disana, dan

ditempat itu pula beliau bertemu dengan salah seorang murid Abdullah bin Abbas ra.

Semasa hidupnya, Imam Abu Hanifah dikenal sebagai seorang yang sangat dalam

ilmunya, ahli zuhud, sangat tawadhu, dan sangat teguh memegang ajaran agama. Beliau

tidak tertarik kepada jabatan-jabatan rasmi kenegaraan, sehingga beliau pernah menolak

tawaran sebagai hakim (Qadhi) yang ditawarkan oleh Khalifah al-Mansur. akibat dari

penolakan itu beliau dipenjarakan hingga ke akhir hayatnya.

Imam Abu Hanifah wafat pada tahun 150 H/ 767 M, pada usia 70 tahun. Beliau

dimakamkan di pekuburan Khizra. Pada tahun 450 H/1066 M, sebuah sekolah telah

dibina yang diberi nama Jami‟ Abu Hanifah sebagai mengingati jasa-jasanya.

Sepeninggalan beliau, ajaran dan ilmunya tetap tersebar melalui murid-muridnya yang

cukup banyak. Di antara murid-murid Abu Hanifah yang terkenal adalah Abu Yusuf,

Abdullah bin Mubarak, Waqi‟ bin Jarah Ibnu Hasan Al-Syaibani, dan lain-lain. Antara

karangan Imam Abu Hanifah ialah; Al-Musuan (kitab hadis, dikumpulkan oleh muridnya),

Al-Makharif (buku ini dinisbahkan kepada Imam Abu Hanifah, diriwayatkan oleh Abu

Yusuf, dan fiqh Akbar (Kitab fiqh yang lengkap)

4.6.5 SAHSIAH IMAM AHMAD BIN HANBAL

Nama lengkapnya adalah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal Asy Syaibani.

Beliau lahir di kota Baghdad pada bulan Rabi‟ul Awwal tahun 164 H (780 M), pada masa

Page 21: 10 Tajuk 4 Pro GPI PIM3111.pdf

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

76

Khalifah Muhammad al Mahdi dari Bani Abbasiyyah ke III. Menurut sejarah beliau lebih

dikenali dengan Ibnu Hanbal (nisbah bagi datuknya).

Walau pun Imam Ahmad dalam keadaan yatim dan miskin, namun berkat bimbingan

ibunya yang salehah beliau mampu menjadi manusia yang teramat cinta pada ilmu,

kebaikan dan kebenaran. Dalam suasana serba kekurangan, tekad beliau dalam

menuntut ilmu tidak pernah berkurang. Bahkan sekalipun beliau sudah menjadi imam,

pekerjaan menuntut ilmu dan mendatangi guru-guru yang lebih alim tidak pernah

berhenti.

Beliau menuntut ilmu dari banyak guru yang terkenal dan ahli dalam bidangnya. Misalnya

dari kalangan ahli hadits adalah Yahya bin Sa‟id al Qathan, Abdurrahman bin Mahdi,

Yazid bin Harun, Sufyan bin Uyainah dan Abu Dawud ath Thayalisi. Dari kalangan ahli

fiqh adalah Waqi‟ bin Jarah, Muhammad bin Idris asy Syafi‟i dan Abu Yusuf (sahabat Abu

Hanifah ) dan lain-lain dalam ilmu hadits, beliau mampu menghafal sejuta hadits bersama

sanad dan hal ehwal perawinya.

Imam Ahmad seorang yang serba kekurangan, namun beliau sentiasa memelihara

kehormatan dirinya. Beliau terkenal sebagai seorang yang amat pemurah. Disamping itu,

beliau terkenal sebagai seorang yang zuhud dan wara‟. Bersih hatinya dari segala

macam pengaruh kebendaan serta menyibukkan diri dengan zikir dan membaca al

Qur‟an. Beliau menghabiskan seluruh usianya untuk membersihkan agama dan

mengikisnya dari amalan bid‟ah dan fahaman-fahaman yang sesat.

Salah satu karya besar beliau adalah Al Musnad yang memuat empat puluh ribu hadits.

Selain al Musnad karya beliau yang lain adalah : Tafsir al Qur‟an, An Nasikh wal

Mansukh, Al Muqaddam wa Al Muakhar fi al Qur‟an, Jawabat al Qur‟an, at Tarikh, al

Manasik al Kabir, al- Manasik al- Shaghir, Tha‟atu Rasul, Al „Ilal, Al Wara‟ dan Ash

Shalah.

Ujian dan tantangan yang dihadapi Imam Ahmad adalah fahaman Mu‟tazilah yang dianuti

oleh pemerintah, khususnya di masa al Makmun dengan kepercayaan “ al-Quran itu

makhluk”. Sekalipun Imam Ahmad sadar akan bahaya yang segera menimpanya, namun

beliau tetap gigih mempertahankan pendirian dan mematahkan hujjah kaum Mu‟tazilah

serta mengingatkan akan bahaya filsafat terhadap kemurnian agama. Beliau berkata

tegas pada sultan bahwa al Qur‟an bukanlah makhluk, sehingga beliau diseret ke

penjara. Beliau berada di penjara selama tiga periode kekhlifahan yaitu al Makmun, al

Mu‟tashim dan terakhir al Watsiq. Setelah al Watsiq tiada, diganti oleh al Mutawakkil

yang arif dan bijaksana dan Imam Ahmad pun dibebaskan.

Page 22: 10 Tajuk 4 Pro GPI PIM3111.pdf

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

77

Walau pun Imam Ahmad lama merengkuk di dalam penjara dan diasingkan dari

masyarakat, namun berkat keteguhan dan kesabarannya selain mendapat penghargaan

dari sultan juga memperoleh keharuman atas namanya. Ajarannya makin banyak diikuti

orang dan mazhabnya tersebar di seluruh Irak dan Syam. Tidak lama kemudian beliau

meninggal karena rasa sakit dan luka yang dibawanya dari penjara semakin parah dan

memburuk. Beliau wafat pada 12 Rabi‟ul Awwal 241 H (855). Pada hari itu tidak kurang

dari 130.000 Muslimin yang hendak menshalatkannya dan 10.000 orang Yahudi dan

Nashrani yang masuk Islam. Menurut sejarah belum pernah terjadi jenazah dishalatkan

orang sebanyak itu kecuali Ibnu Taimiyah dan Ahmad bin Hanbal.

Boleh dikatakan semua imam tersebut telah menggunakan pelbagai kaedah dalam

menyampaikan pengajajaran mereka, khususnya iman as-Syafie, beliau telah

menggunakan kaedah-kaedah berikut dalam menyampainya:-

Secara Kuliah

Semasa menetap di Makkah, pemusatan pengajarannya ialah di Masjidil haram

(Muhammad Abu Zuhrah, 1367). Beliau mengajar dengan duduk di atas kerusi dikelilingi

oleh murid-muridnya. Masa ini merupakan saat-saat yang paling subur dalam

keilmuannya, di mana imam as-Syafei menumpukan pemikiran dalam kuliahnya dan

bersama murid-muridnya mencari jalan pengeluaran hukum yang ganjil dan

membandingkan antara sumber perundangan yang pelbagai. Selama sembilan tahun,

imam as-Syafei menghabiskan masanya di Makkah bersama-sama para ilmuan yang lain

membahas, mengajar, mengkaji disamping berusaha untuk melahirkan satu intisari dari

beberapa aliran dan juga persoalan yang sering bertentangan yang ditemui pada masa

itu.

Di Mesir, beliau juga mengajar di sebuah masjid bernama Masjid Amru bin Ash.

Kuliahnya bermula pada setiap hari dari pagi hingga tengahari (setelah selesai solat

subuh hingga waktu zohor). Selesai solat zohor, baharulah beliau pulang ke rumah

bersama dengan murid yang berdekatan dengan beliau antaranya ialah al-Muzani, al-

Rabi‟ dan Muhammad bin Abdullah.

Secara Halaqah

Page 23: 10 Tajuk 4 Pro GPI PIM3111.pdf

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

78

Pengajaran beliau semasa di Baghdad ialah berbentuk halaqah. Beliau mengajar di

sabuah masjid di sebelah barat Kota Baghdad pada mulanya terdapat 20 halaqah

pengajian di masjid itu, satelah kedatangan imam as-Syafei halaqah itu digabungkan

menjadi TIGA sahaja dan halaqah yang lain bergabung ke dalam halaqah Imam as-

Syafei. Pengajaran beliau dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada

para ulama, cerdik pandai dan para pegawai kerajaan.

Secara Imlak

Cara ini diamalkan sewaktu beliau menyusun kita al-Umm. Pernah as-Syafei

mengimlakkan kepada murid-muridnya dan sebahagian lagi ditulis oleh beliau sendiri.

Kadang-kadang dirombak pula oleh murid-muridnya apa yang beliau tulis, kemudian

dibacakan kepada beliau apa yang telah dirombak itu.

Secara bertukar-tukar fikiran

Kaedah ini dilakukan oleh Imam as-Syafei ketika berhadapan dengan para ulama

Baghdad di mana beliau sering bertukar-tukar fikiran tentang masalah-masalah

agama,terutama dengan para ahli fekah dari mazhab Hanafi. Masalah-masalah agama

yang ditimbulkan oleh pembesar-pembesar Harun al-Rasyid ( Khalifah ) pada masa itu

dijawab oleh Imam Syafei dengan penjelasan yang memuaskan.

Kaedah Usuli

Cara ini beliau gunakan di Baghdad semasa kebanyakan para ilmuan terpengaruh

dengan Mazhab Hanafi. Tegasnya kaedah usuli adalah berlandaskan daripada sumber

asal rujukan pengajarannya. Ini terbukti sebagaimana kata-kata al-Karabsi; “ Kami

sebelum ini tidak mengenal islatilah al-kitab, al-sunnah dan ijmak sehinggalah datangnya

as-Syafei, belaiulah yang menerangkan maksud al-kitab, al-sunnah dan ijmak.

Kaedah Perbincangan

Murid-murid imam as-Syafei digalakkan supaya mengadakan perbincangan dalam

sesuatu parmasalahan yang ditimbulkan. Sifat taklid amat tidak digemari oleh as-Syafei,

jesteru itu terdapat di kalangan murid Imam as-Syafei yang tidak bertaklid buta kepada

gurunya, bahkan ada yang tidak menyetujui sebahagian sebahagian pendapat as-Syafei

Page 24: 10 Tajuk 4 Pro GPI PIM3111.pdf

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

79

contohnya al-Muzani seorang alim bekas murid as-Syafei yang terkenal sebagai orang

yang menghimpun dan menyusun kitab-kitab Imam as-Syafei.

Kesimpulannya Imam as-Syafei merupakan model yang perlu dicontohi oleh semua

golongan masyarakat samada yang bergelar pendidik mahu pun pelajar. Kaedah beliau

menyampaikan pengajaran melalui kuliah berbentuk halaqah, menganjurkan pertukaran

pendapat dan perbincngan telah berjaya melahirkan murid-murid beliau sebagai ulama

dan cendekiawan yang meneruskan jejak langkah beliau.

Anda dikehendaki mengkaji dan menyediakan kaedah-kaedah

penyampaian Imam Malik, Imam Hanapi dan Imam Hanbali

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran

tajuk ini dengan jayanya!

.