instrumen bacaan

10
PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK PELAIE SIBU, SARAWAK PERTANDINGAN KELANCARAN MEMBACA. Markah bacaan akan dinilai berdasarkan item-item berikut: BI L PERKARA YANG DINILAI SKOR CATATAN / KOMEN GURU 1 2 3 1 Kelancaran – murid dapat membaca dengan fasih dan lancar. 2 Bacaan murid mempunyai jeda. 3 Murid membaca dengan menggunakan intonasi yang sesuai. 4 Nada yang digunakan murid sesuai dengan ayat yang dibaca. 5 Sebutan bacaan murid jelas dan terang *Petunjuk : Skor Pencapaian 1 LEMAH 2 SEDERHANA 3 BAIK

Upload: sabrini-abdul-nasir

Post on 16-Jan-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

Page 1: instrumen bacaan

PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK PELAIE SIBU, SARAWAK

PERTANDINGAN KELANCARAN MEMBACA.

Markah bacaan akan dinilai berdasarkan item-item berikut:

BIL PERKARA YANG DINILAI SKOR CATATAN / KOMEN

GURU1 2 3

1 Kelancaran – murid dapat

membaca dengan fasih dan

lancar.

2 Bacaan murid mempunyai

jeda.

3 Murid membaca dengan

menggunakan intonasi yang

sesuai.

4 Nada yang digunakan murid

sesuai dengan ayat yang

dibaca.

5 Sebutan bacaan murid jelas

dan terang

*Petunjuk :

Jumlah Skor: ____________

Skor Pencapaian

1 LEMAH

2 SEDERHANA

3 BAIK

Page 2: instrumen bacaan

CARA MENGGUNAKAN MASA DENGAN BERFAEDAH

  Pelbagai istilah tentang masa yang kita dengar atau lihat. Antaranya ialah "Masa itu Emas", "Masa ialah Kehidupan" dan sebagainya. Ini menunjukkan masa sangat penting dalam kehidupan kita kerana masa yang berlalu tidak dapat diganti. Oleh itu, kita harus bijak mengurus masa supaya tidak membazir begitu sahaja.

Kesimpulannya, kita sebagai manusia sewajarnya mendisiplinkan diri supaya tidak membuang masa begitu sahaja kerana masa sangat berharga. Oleh itu, uruslah masa dengan bijak.

Page 3: instrumen bacaan

PERGINYA SEORANG PEJUANG

Leftenan Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, beliau memasuki Rejimen Askar Melayu.

Peristiwa Bukit Candu telah meninggalkan kenangan pahit dalam perjuangan Leftenan Adnan bagi mempertahankan tanah air tercinta. Leftenan Adnan cedera parah dalam peristiwa ini. Namun begitu, beliau enggan berundur malahan menyuruh orang-orangnya berjuang mempertahankan negara tercinta.

Keberanian Leftenan Adnan untuk mempertahankan Permatang Pasir Panjang kini menjadi sebahagian daripada sejarah negara.

Page 4: instrumen bacaan

KAIN SONGKET

Songket lambang kehalusan, seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu memperkembangkan lagi tenunan tempatan. Tenunan songket mula berkembang di beberapa buah negeri seperti ke Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Dahulu songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja. Kini kain songket ditenun dengan menggunakan benang kapas. Ia mula dipakai oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu.

INTERNET

Page 5: instrumen bacaan

Internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Rangkaian ini menggabungkan ratusan ribu sistem komputer di seluruh dunia.

Internet memberi pelbagai manfaat kepada kita. Selain mendapatkan maklumat dengan cepat dan tepat, kita juga boleh menghantar e-mel, memuat turun bahan, perbankan elektronik dan bersembang siber. Kita hanya perlu menekan kekunci pada papan kekunci untuk memperoleh maklumat terkini dari serata dunia dengan serta-merta.

Oleh itu, kita haruslah mengambil peluang ini supaya tidak ketinggalan dalam era perkembangan teknologi maklumat.

TUGU NEGARA

Page 6: instrumen bacaan

Pada cuti persekolahan yang lalu, Cikgu Anum membawa kami melawat ke Tugu Peringatan Negara. Tugu itu terletak di Kuala Lumpur berdekatan dengan bangunan Parlimen. Menurut Cikgu Anum, tugu itu dibina untuk mengingati jasa askar-askar yang telah terkorban kerana menjaga keamanan negara.

Lima buah patung askar di bahagian atas menandakan kemenangan mereka mengalahkan musuh. Dua buah patung yang terbaring di bahagian bawah pula menandakan musuh-musuh negara yang telah dikalahkan.

Selepas mendengar penerangan Cikgu Anum, barulah kami tahu tujuan tugu itu dibina. Kami bersyukur kerana dapat hidup di Negara yang aman dan makmur.

PERATURAN PERTANDINGAN KELANCARAN MEMBACA

Page 7: instrumen bacaan

Anda dikehendaki membaca petikan yang disediakan dengan suara yang jelas dan intonasi yang sesuai:

pembaca perlu mengelakkan dari melakukan kesalahan seperti :

membaca sambil mengeja,

mengulang sebutan sesuatu perkataan,

mengubah perkataan,

meninggalkan perkataan,

menambah perkataan atau fonem kepada sesuatu perkataan dll.