inspirasi bil 10/2012

24
BIL : 10 JANUARI-JUN 2012 ISSN 2232-0555 Peranan “Coach” dalam Sesi “Coaching” ms 4 Dari Hijau ke Kuning Azman Gigih Membina kerjaya ms 6 Pemeliharaan Bahan di Bahagian Koleksi Media ms 8 Bengkel Maklumat Penyelidikan untuk Guru Sekolah ms 16 Penyelidik Erasmus University Rotterdam di Perpustakaan Undang-Undang ms 18 Seminar Pemantapan Sistem e-Rep ms 17 Surat dari Abeerden ms 22 Produk inovasi JETP 2.0 ms 10

Upload: doankien

Post on 14-Jan-2017

258 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Inspirasi bil 10/2012

BIL : 10 JANUARI-JUN 2012 ISSN 2232-0555

Peranan “Coach”dalam Sesi “Coaching” ms 4

Dari Hijau ke Kuning Azman Gigih Membina

kerjaya

ms 6

Pemeliharaan Bahan di

Bahagian Koleksi Mediams 8

Bengkel Maklumat

Penyelidikan untuk Guru

Sekolah

ms 16

Penyelidik Erasmus University

Rotterdam di Perpustakaan

Undang-Undang

ms 18

Seminar Pemantapan Sistem e-Rep

ms 17

Surat dari Abeerden

ms 22

Produk inovasi JETP 2.0

ms 10

Page 2: Inspirasi bil 10/2012

INSPIRASI Bil 10 JAN-JUN 2012 2

Ketua EditorShahruddin Shafri

Sidang Editor Azlan Mohamad HamzahMohd Rajak TelimikNorbaizura MalekNorliah SukarnoNoor Farhana Mohd SalehRosnah AhmadShamsudin Ibrahim

Reka LetakRusiah Husin

Abu Bakar Maidin (Ketua Pustakawan)Hafsah Mohd (Ketua Pembangunan Sumber)Noraini Omar (Ketua Pengurusan Perkhidmatan)Rosnah Suliman (Ketua Perpustakaan Pusat Perubatan UKM)Rohaya Umar (Ketua Perpustakaan Dr. Abdul Latiff)Aripah Mohamed (Ketua Perpustakaan ATMA)Anna Kustyana Mukandar (Ketua Perpustakaan Undang-Undang)Zaidah Sulaiman (Ketua Perpustakaan Lingkungan ke 2)Azmah Ishak (Timbalan Ketua Pustakawan)Lela Ruzma Mohd Shaari (Timbalan Ketua Pustakawan)Rosnah Yusof (Timbalan Ketua Pustakawan)Wan Suhaimi Ariffin (Timbalan Ketua Pustakawan)Hazmir Zainal (Timbalan Ketua Pustakawan)

FotografiBahagian Koleksi Media EdaranKamarudin AbdollahPercetakanPenerbit UKM

Sidang Pengarang INSPIRASI amat mengalu-alukan sumbangan artikel, berita atau rencana mengenai pengurusan maklumat dan keilmuan. Sila hantarkan berita atau artikel kepada:

Editor INSPIRASI Perpustakaan Tun Seri Lanang43600 UKM Bangi, Selangor Darul EhsanTel: 03-89215021Emel: [email protected](Ketua Editor)

Sekapur Sirih Seulas Pinang

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Pada tahun 2012 ini, Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO Perpustakaan UKM yang meliputi perpustakaan induk PTSL dan empat perpustakaan cabang akan bergabung dengan Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (SPKP) UKM di peringkat pusat.

Penggabungan pelaksanaan SPKP UKM dalam satu sijil ini melibatkan dua belas Pusat Tanggung Jawab (PTJ). Perubahan ini tentunya memerlukan semangat yang gigih dan ketelitian dalam membangun dan menyusun semula dokumen-dokumen yang berkaitan. Saya percaya warga Perpustakaan mampu melaksanakannya.

Saya juga percaya warga Perpustakaan dapat menghayati falsafah dan matlamat pelaksanaan SPKP UKM. Matlamat akhirnya tentulah penyampaian perkhidmatan yang berkesan selaras dengan harapan pelanggan dan juga tanggungjawab yang diamanahkan. SPKP hanyalah suatu alat yang digunakan untuk mengurus dan menyampaikan perkhidmatan dengan cekap dan tepat.

Sehubungan itu, dokumen-dokumen seperti prosedur yang dibangunkan wajar dinilai semula dari semasa ke semasa. Janganlah kita menyalahkan prosedur atau sistem apabila terdapat kelemahan dalam pelaksanaan. Apabila ini berlaku, segeralah kita mengambil tindakan mengemaskini dokumen-dokumen berkenaan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Salah satu perkara utama dalam pelaksanaan SPKP adalah menguruskan aduan pelanggan. Terdapat cabaran dalam menguruskan pelanggan dari pelbagai latarbelakang. Marilah kita melihat dari sudut yang positif, aduan pelanggan adalah ruang mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam organisasi, yang mana dengan aduan ini kita berpeluang memperkemaskan perkhidmatan yang disampaikan.

Dalam Mesyuarat Ketua Bahagian Perpustakaan, perkara aduan dan maklum balas menjadi agenda tetap. Pihak pengurusan memantau aduan-aduan yang diterima, bagaimana tindakan diambil terhadap aduan ini, adakah tindakan yang diambil itu berkesan ataupun tidak. Disamping aduan berkaitan perkhidmatan kita juga menerima pujian dan maklum balas yang positif dari pelanggan. Ini jelas menunjukkan pelanggan mengiktiraf perkhidmatan yang diberikan.

Sebagai penutup, saya memperingatkan diri saya dan semua warga Perpustakaan UKM, agar terus melaksanakan yang terbaik dalam menyampaikan perkhidmatan, selaras dengan amanah dan tanggungjawab kita.

Akhir sekali, syabas saya ucapkan kepada Sidang Editor kerana berjaya menerbitkan Inspirasi dengan idea-idea yang kreatif.

Sekian, Terima Kasih

Tuan Haji Abu Bakar MaidinKetua Pustakawan

PENGURUSAN PERPUSTAKAAN UKM

Page 3: Inspirasi bil 10/2012

INSPIRASI Bil 10 JAN-JUN 2012 3

Dari Meja Ketua EditorAssalamualaikum WBT dan Salam sejahtera buat semua pembaca.

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk menempuhnya dengan penuh ketakwaan.Inspirasi kini kembali untuk tatapan tuan puan dengan bahan-bahan maklumat untuk perkongsian bersama

Inspirasi kali ini menampilkan beberapa artikel yang disumbangkan oleh rakan-rakan pustakawan yang

berkaitan dengan bidang kepustakawanan, maklumat aktiviti perpustakaan sepanjang setengah tahun 2012, aktiviti Kelab Kebajikan Warga Perpustakaan (KKWP), berita bergambar, berita kakitangan dan lain-lain yang bermaklumat.

Di antara artikel pilihan yang dimuatkan dalam keluaran kali ini ialah Peranan Coach dalam sesi Coaching yang menitipkan tip-tip bagaimana seorang coach mengendalikan sesi coaching kepada coachee masing-masing. Artikel ini agak menarik selari dengan usaha Perpustakaan UKM melaksanakan aktiviti coaching di peringkat perpustakaan bagi penambahbaikan mutu perkhidmatan kakitangan. Mudah-mudahan ianya akan memberi sedikit panduan asas untuk pustakawan melaksanakan aktiviti ini dengan berkesan kepada kakitangan di bawah pengawasan mereka.

Perjalanan hidup rakan pustakawan yang bermula dari peringkat kakitangan sokongan sehingga menjadi Pustakawan Kanan. Ianya ditulis berdasarkan sesi temubual. Encik Azman Idris yang gigih, cekal dan tekun perlu dijadikan contoh oleh semua kakitangan dan pustakawan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Semangat yang kental, bercita-cita tinggi dan mempunyai perancangan jangka panjang dalam profesyen yang diceburi telah membawa Puan Mazni Mohd Yusuf sekali lagi berkelana bersama keluarga menimba ilmu ke peringkat lebih tinggi. Kali ini beliau menyambung Ijazah PhD di negara Queen dalam bidang Sains Maklumat dan berkongsi pengalaman awal dalam menuntut ilmu.

Bidang Media juga menjadi tulisan pilihan dalam Inspirasi kali ini di mana proses-proses pemeliharaan bahan untuk bahan-bahan media cuba diketengahkan. Pemeliharaan bahan media merupakan salah satu aspek pengurusan perpustakaan yang penting dalam memelihara bahan maklumat sebagai khazanah yang bernilai untuk generasi hadapan.

Lain-lain isu yang turut di sampaikan dalam keluaran kali ini antaranya seperti laporan penandaarasan ke perpustakaan awam dan swasta, laporan bengkel-bengkel yang dianjurkan oleh perpustakaan, berita KKWP, pameran-pameran, berita kakitangan samada yang dinaikkan pangkat, berita kelahiran dan lain-lain.

Alhamdulillah, keluaran kali ini menyaksikan momentum para pustakawan untuk menulis telah terserlah. InsyaAllah mudah-mudahan lebih ramai lagi pustakawan dan kakitangan akan turut menyumbang artikel samada berbentuk ilmiah, berita, catatan pengalaman dan lain-lain. Semoga perkongsian maklumat ini akan menjadi amal jariah dalam bentuk ilmu yang berkekalan pahalanya sehingga kita pulang menemuiNya.

Sidang redaksi sentiasa mengalu-alukan sumbangan dari semua pihak demi mendokumenkan sumber maklumat untuk tatapan generasi akan datang. Jom kita menyumbang untuk Buletin Inspirasi Perpustakaan.

Sidang Redaksi mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak, Ramadhan Kareem dari kami semua.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh dan nasehat menasehati Supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran”. Surah Al-Asri

Wassalam.

Shahruddin ShafriKetua Editor

KANDUNGANHalaman

SEMASA

Peranan “Coach” dalam Sesi “Coaching”

ARTIKEL PILIHAN

Dari Hijau ke Kuning Azman Gigih Membina kerjaya

Pemeliharaan Bahan di Bahagian Koleksi Media

Produk inovasi JETP 2.0

BERITA BERGAMBAR

LAWATAN PENANDAARASAN

Knowledge Management Centre

BENGKEL/SEMINAR

Bengkel Maklumat Penyelidikan Untuk Guru Sekolah

Seminar Pemantapan e-Repositori Penerbitan (e-Rep)

Bengkel “Using Web of Science for Research Discovery & Write better Theses

BERITA CABANG

Erasmus Universiti Rotterdam Menjalankan Penyelidikan di Perpustakaan Undang-Undang

Lexis Nexis Total Research Kini Lexis Research for Academics

Minggu Pangkalan Data Usaha Promosikan Pangkalan Data Langganan Perpustakaan

Sanggar Kerja Memperkasa Perkhidmatan Perpustakaan

Lawatan Penandaarasan Perpustakaan Perbadanan Awam

Lawatan Penandaarasan Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim

Pengalaman Pelajar USIM di Perpustakaan ATMA

Surat dari Abeerdeen

BERITA KAKITANGAN

RUANGAN KKWP

12

10

6

17

14

4

18

21

19

20

23

22

18

21

8

17

19

24

16

Page 4: Inspirasi bil 10/2012

INSPIRASI Bil 10 JAN-JUN 2012 4

Semasa

Peranan “Coach” dalam Sesi “Coaching”

HAFSAH MOHD

Coaching adalah proses pembelajaran dan pembangunan bagi meningkatkan pencapaian

individu secara perseorangan atau berkumpulan. Coach adalah individu yang menjalankan sesi coaching dan coachee adalah individu atau kumpulan yang menjalani sesi coaching. Coach akan membantu coachee untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan kaedah tertentu yang mencakupi pemerhatian, soalan yang membina dan cabaran mengikut kemampuan coachee. Coach tidak semestinya mahir dalam bidang yang diutarakan oleh coachee tetapi mampu membantu mencapai matlamat berdasarkan ilmu, pengalaman dan pemikiran positif yang ada pada coachee.

Coach mempunyai peranan yang amat penting dalam menentukan kejayaan sesi coaching. Di antara peranan coach dalam sesi coaching ialah:

Memupuk akauntabiliti dalam diri coachee

Coach boleh memupuk akauntabiliti atau rasa tanggungjawab dengan menanyakan soalan yang memerlukan coachee membuat tindakan selanjutnya bagi mencapai sesuatu matlamat. Sebagai contoh, apakah yang akan anda lakukan sekiranya staf sentiasa lewat menyiapkan tugasan yang diberikan? Adakah anda akan menerima sahaja alasan yang diberikan atau memberikan kata nasihat yang mana selalunya tidak memberikan kesan kepada staf tersebut. Sebagai seorang coach anda perlu menyoal coachee seperti berikut: “Saya dapati 70% dari tugasan awak tidak dapat disiapkan dalam jangka waktu yang dipersetujui. Saya faham awak ada alasan di atas kelewatan tersebut, tetapi apa yang lebih penting adalah bagaimana untuk atasi kelewatan ini di masa akan datang supaya tugasan siap tepat pada waktunya. Apa tindakan yang perlu awak lakukan?”. Soalan sedemikian akan membuatkan coachee lebih bertanggungjawab dan cuba sebaik mungkin untuk

1

menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Membina keyakinan diri

Coach boleh bantu coachee dalam meningkatkan keyakinan diri dengan pujian, kata semangat dan mempersetujui pandangan bernas yang diberikan oleh coachee. Keyakinan diri ini boleh mempersiapkan coachee untuk menangani cabaran yang lebih besar. Coach boleh bertanya dengan soalan seperti berikut: “Saya setuju dengan cadangan bernas awak. Bila boleh kita realisasikan cadangan ini?”. Soalan begini akan disambut dengan penuh keyakinan oleh coachee dan tindakan selanjutnya pasti akan menyusul.

Menerima cabaran dan kerja melebihi jangkauan

Manusia selalunya suka berada dalam zon selesa dan suka melakukan tugasan mengikut kebiasaan dan ini selalunya tidak mendatangkan apa-apa cabaran atau tekanan. Peranan coach ialah memberikan sedikit cabaran atau tekanan kepada coachee dalam melakukan sesuatu tugasan di mana hasilnya akan mendatangkan pulangan yang lebih hebat kepada coachee. Coach boleh bertanyakan soalan seperti: “Bagaimana agaknya tugasan yang anda lakukan ini boleh membawa anda mencapai cita-cita dalam masa yang lebih singkat?”. Soalan ini akan membuatkan coachee berfikir dengan lebih serius untuk meningkatkan prestasi dan seterusnya mencapai cita-cita lebih cepat.

Penjanaan idea

Sumbangsaran merupakan cara yang amat baik dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Coach boleh menggalakkan coachee memberikan idea terutamanya apabila coachee selalu mengatakan “saya tiada idea” atau “saya tak tahu”. Soalan coach mungkin berbunyi: “Mari kita sama-sama fikirkan cara terbaik

2

3

4

untuk menangani isu ini. Siapa nak mulakan dulu?”. Soalan ini akan membuatkan coachee berfikir secara aktif bagi mendapatkan penyelesaian terbaik dalam menangani sesuatu isu.

Perspektif positif

Perspektif adalah cara seseorang melihat sesuatu keadaan atau situasi dan ianya terbahagi kepada dua iaitu positif atau negatif. Perspektif positif akan membuatkan coachee aktif dan merasakan dia boleh menguasai keadaan. Ungkapan dalam lagu “Fikirkan Boleh” amat bertepatan untuk dihayati. Perspektif negatif akan membuatkan coachee dalam keadaan yang pasif dan merasakan tiada yang boleh dilakukan untuk menguasai sesuatu keadaan atau situasi. Peranan coach adalah memastikan coachee mempunyai perspektif positif dalam menghadapi apa jua situasi. Contoh soalan coach: “Cuba anda lihat perkara ini dalam perspektif yang lebih luas secara positif, bagaimana agaknya ia akan memberi manfaat kepada anda?”.

Perjelaskan pemikiran

Kadang kala matlamat coachee lambat untuk dicapai disebabkan pemikiran yang tidak jelas sama ada dari segi nilai, keutamaan, kehendak atau keperluan. Dalam hal ini, coach perlu bertanyakan soalan untuk membantu coachee membuat keputusan dan terus maju ke hadapan. Contoh sekiranya coachee keliru antara kepentingan keluarga dengan kerjaya, coach boleh bertanya: “Anda perlu lebih masa di rumah dan anda juga inginkan peningkatan dalam kerjaya. Apakah cadangan anda untuk mengimbangi kedua-dua keperluan ini?’

Berikan maklumbalas

Coach perlu memberikan maklumbalas secara berkala kepada coachee. Maklumbalas positif perlu diberikan sekiranya coachee telah menjalankan sesuatu tugasan dengan baik dan ini dapat meningkatkan semangat coachee. Sekiranya coachee tidak melakukan tugasan mengikut apa yang

5

6

7

Page 5: Inspirasi bil 10/2012

INSPIRASI Bil 10 JAN-JUN 2012 5

Semasadiharapkan, maklumkan secara berhemah supaya tidak menjejaskan semangat coachee untuk terus maju ke hadapan mencapai matlamatnya. Contoh soalan coach: “Saya rasa anda telah cuba sebaik mungkin untuk menjalankan tugasan ini, tapi tugasan ini akan lebih mantap sekiranya dilakukan dengan….” Coach boleh memberikan pandangan atau cadangan tetapi tidak memaksa coachee untuk mengikutinya.

Menyerlahkan potensi diri

Coaching boleh membantu seseorang mengenalpasti potensi diri. Apabila coachee telah kenalpasti bakat dan kekuatan yang ada dalam dirinya, dia akan lebih bermotivasi untuk mengupas bakat atau potensi tersebut. Contohnya coach boleh bertanya: “Kalau ada sesuatu yang anda perlu lakukan untuk menjadi ketua yang lebih berwibawa, apa agaknya?”. Biarlah coachee kenalpasti potensi dirinya

8

sendiri supaya dia dapat mengasah potensi tersebut berdasarkan kemampuannya.

Memberi bantuan, galakan dan sokongan

Bantuan, galakan dan sokongan yang ikhlas dari coach amat penting dan akan membuatkan coachee menaruh kepercayaan yang tinggi dan lebih terbuka kepada sebarang maklumbalas yang membina. Mendengar dengan baik merupakan salah satu cara coach memberikan sokongan di mana coachee akan merasakan apa yang diperkatakan adalah penting kepada coach. Walaupun coaching adalah agenda coachee, coach mesti memberi galakan dan sokongan kerana ini merupakan suntikan motivasi kepada coachee.

Perturunkan ilmu

Coach boleh perturunkan ilmunya kepada coachee sekiranya beliau

9

10

mempunyai pengetahuan dalam bidang kerja coachee. Contoh yang nyata ialah coach yang bertugas melatih ahli sukan. Dalam kes sebegini coach juga berperanan sebagai pelatih. Proses pengajaran dan latihan memainkan peranan yang penting bagi menentukan kejayaan coachee. Coach boleh bertanyakan soalan seperti: “Ada banyak cara untuk melaksanakan tugasan ini, antara yang biasa saya gunakan ialah…. atau ‘Pada pandangan anda cara yang manakah paling sesuai untuk digunakan dalam situasi ini?”.

Sepuluh perkara di atas adalah antara peranan yang penting diamalkan oleh coach semasa menjalankan sesi coaching. Semoga ia bermanfaat kepada coach demi melahirkan coachee yang berjaya mencapai matlamat yang diimpikan.

Sesi coaching secara individu dan berkumpulan sedang dijalankan

Page 6: Inspirasi bil 10/2012

INSPIRASI Bil 10 JAN-JUN 2012 6

Dalam kebuntuan mencari bahan penulisan untuk pembaca Inspirasi, timbul ilham mengapa tidak ditulis sesuatu yang membawa unsur inspirasi

yang sebenarnya. Lalu saya terfikir kisah seorang teman yang gigih mendaki tangga kerjaya dari seorang atendan pejabat, beliau kini merupakan pustakawan kanan. Saya mahu berkongsi kisah insan bernama Azman bin Idris. Setelah keizinan lisan dipersetujui, saya titipkan beliau soalan bertulis yang kemudiannya digarap semula menjadi kisah berikutnya.

‘Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang’, maka usaha gigih tanpa putus asa adalah satu-satunya wasilah yang ada jika mahu terus maju, lalu inilah yang dijiwai oleh seorang insan bernama Azman Idris. Azman dilahirkan pada tanggal 18 Ogos 1959 di Kampung Sungai Lalang dalam Mukim Semenyih, Selangor. Anak kepada pasangan Idris Kassim dan Munah Ayub ini menjalani kehidupan alam kanak-kanak dalam suasana kampung lantaran kedua orang tuanya merupakan peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Sungai Merab. RKT Sungai Merab kini telah diwartakan dan dikenali sebagai Desa Putra yang letaknya di pinggir Putrajaya.

Menelusuri alam awal persekolahan beliau, Azman mengenali asas ilmu akademik di Sekolah Rendah RKT Sungai Merab mulai tahun 1966 hingga 1971. Beliau kemudiannya memasuki alam pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Jalan Bukit, Kajang. Seusai tamat tingkatan lima, Azman ‘terpancing’ dengan limpahan jawatan kosong yang ditawarkan di Universiti Kebangsaan Malaysia yang ketika itu baru mendiami kampus tetapnya di Bangi. Menyedari ‘pisang tak akan berbuah dua kali’, peluang keemasan ini diambil oleh Azman bersama beberapa teman sekampung telah memohon jawatan atendan pejabat di UKM. Bagai sudah tertulis ‘jodoh’ anak muda ini dengan UKM, Azman telah dilantik ke jawatan atendan pejabat dengan gaji kasar sebanyak 195 ringgit (selepas ditolak KWSP jumlahnya

susut kepada 183 ringgit). Walaupun gaji yang diterima tidak memungkinkan beliau bermewah-mewahan, namun rezeki ketentuan Ilahi ini cukup menampung kehidupan beliau yang masih bujang di samping dapat juga dikongsi bersama keluarga.

Memasuki alam pekerjaan dengan ‘Gomen’ (kerajaan) telah membuka lembaran baru dalam diari hidup beliau. Bakti beliau bersama UKM bermula apabila ditugaskan di Pejabat Pendaftar yang pada ketika itu beroperasi di Aras 6, Bangunan Canselori. ‘Jodoh’ beliau di Pejabat Pendaftar tidak lama, sebulan kemudian beliau ditempatkan pula di Jabatan Pendidikan mulai 1978 hinggalah beliau dilantik ke jawatan Penyemak Perpustakaan dalam bulan April 1981. Atas komitmen yang ditunjukkan, beliau kemudiannya dinaikkan pangkat ke jawatan Pembantu Perpustakaan, maka di sinilah bermulanya perjalanan beliau memburu ilmu dan pada masa yang sama membina kerjaya.

Perkhidmatan Azman di perpustakaan bermula di Bahagian Perkhidmatan Pembaca di bawah tiga ketua bahagian bermula dengan Puan Embok Chik Hussein, Encik Ali Hj. Ahmad dan Encik Mohd Ghazali Abbas. Beliau juga sempat berkhidmat di Koleksi Asia Tenggara yang diketuai oleh Puan Che Selamah Che Mustapha. Persekitaran kerja yang ‘berkubukan’ buku akhirnya mendetikkan hasrat beliau untuk terus mendaki tangga kerjaya yang lebih tinggi, lalu beliau telah memulakan langkah awal secara persendirian menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1984. Berkat usaha gigih serta doa yang tidak putus, Azman lulus peperiksaan berkenaan, lantas beliau mula berkira-kira laluan ke menara gading. Laluan ke menara gading akhirnya hadir apabila beliau disyorkan oleh seorang teman agar memohon pengajian di peringkat diploma dalam bidang Sains Perpustakaan di ITM. Teman yang dimaksudkan ialah Mohamad Ariff Ahmad, mantan pustakawan UKM yang kini berkhidmat di Lembaga Minyak Kelapa Sawit (MPOB). Gesaan Mohamad Arif disambut dengan positif oleh Azman, lalu

HARITH FARUQI SIDEK

Art i k e l p i l i h an

Dari ‘Hijau’ ke ‘Kuning’Azman Gigih Membina Kerjaya

Page 7: Inspirasi bil 10/2012

INSPIRASI Bil 10 JAN-JUN 2012 7

permohonan mengikuti kursus peringkat Diploma Sains Perpustakaan Sesi 1987-88 dititipkan ke ITM. Dengan kelulusan STPM yang baik serta pengalaman kerja di perpustakaan, Azman akhirnya diterima mengikuti kursus berkenaan lalu bermulalah satu lagi lembaran baru dalam korpus sejarah kerjaya beliau.

Kehidupan kampus sebagai mahasiswa ‘matang’ tidak semudah yang di jangka, Azman tekad tinggal di asrama sepertimana rakan sekuliah yang lebih muda. Selama tiga tahun di ITM, Azman ditempatkan di Asrama Beringin, iaitu di Overseas Union Garden (OUG), Jalan Kelang Lama. Jika kebanyakan pelajar selesa menggunakan bas yang disediakan oleh institut untuk berulang alik dari asrama ke kampus, Azman memilih untuk berkenderaan sendiri, lalu motorsikal ‘kapcai’ yang dimiliki hasil berkhidmat di UKM menjadi teman setia selama bergelar mahasiswa. Cabaran dalam dewan kuliah juga tidak kurang hebatnya, ‘tangan keras’ akibat lama tidak menulis menyebabkan beliau agak perlahan dalam mencatatkan nota kuliah, namun ibarat ‘alah bisa tegal biasa’, lama kelamaan masalah ini berjaya beliau atasi.

Antara pengalaman lain yang masih segar diingatannya ialah bagaimana beliau langsung tidak diberitahu oleh saudara mara bahawa tatkala beliau menduduki peperiksaan akhir semester satu, isterinya selamat melahirkan anak sulung mereka. Tindakan ini diambil kerana bimbang beliau akan hilang konsentrasi sewaktu berhadapan dengan peperiksaan. Segala jerih perih sebagai pelajar akhirnya tertebus jua apabila beliau lulus dengan memperoleh Diploma Sains Perpustakaan dalam tahun 1990. Selesai tamat pengajian, Azman kembali bertugas di Perpustakaan Tun Seri Lanang. Lima tahun berselang, Azman tekad meneruskan pengajian di peringkat sarjana, lantas permohonan mengikuti pengajian di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM dihantar. Tawaran cuti belajar separuh gaji yang diberi terpaksa beliau tolak memandangkan agak mustahil untuk beliau menguruskan kehidupan dengan berbekalkan separuh pendapatan beliau sebagai pembantu perpustakaan. Jalan lain yang dipilih oleh Azman ialah dengan memohon pembiayaan pelajaran secara pinjaman dari MARA untuk jangkamasa dua tahun bagi menampung kos pengajian beliau.

Sewaktu mengikuti pengajian di peringkat sarjana, rata-rata teman sekuliah adalah jauh lebih berusia dari beliau, malah mereka itu juga merupakan pegawai kerajaan yang telah menghampiri puncak kerjaya di gred 48 atau 52. Hakikat diri sebagai pembantu perpustakaan memang menghadirkan rasa rendah diri dengan teman sekuliah, namun ianya juga menjadi pendorong untuk membuktikan bahawa beliau sekurang-kurangnya setanding jika tidak lebih dalam lapangan akademik. Berbanding pengajian di peringkat diploma, beliau akui bahawa pengajian di peringkat sarjana memang menuntut komitmen serta pengorbanan yang lebih, namun segala cabaran dan dugaan berjaya diharungi, akhirnya pada tahun 1997 beliau berjaya juga merangkul ijazah sarjana dari UKM.

Tidak lama selepas bergraduasi dalam tahun 1997, terdapat kekosongan jawatan pustakawan di Perpustakaan Tun Seri Lanang, lalu tanpa berfikir panjang, Azman menghantar permohonan. Ternyata usaha serta pengorbanan beliau

Art i k e l p i l i h anselama ini mendaki satu persatu anak tangga terbalas jua, Azman berjaya dalam temuduga lalu dilantik ke jawatan Pustakawan S3 (kini S41). Sebagai syarat penerimaan jawatan, Azman perlu melapor diri kepada Ketua Pustakawan, Cik Norsham Muslim. Sesi berkenaan berjalan dengan baik, namun seperkara yang menjadi misteri bagi diri beliau ialah apabila tanpa sebab yang jelas kata-kata berikut keluar dari mulut Cik Norsham, “Azman, I tak boleh tempatkan you di Bahagian Perkhidmatan Pembaca”. Azman akur dengan keputusan tersebut, lalu beliau ditempatkan secara separuh masa di dua bahagian, iaitu Bahagian Katalog yang diketuai oleh Puan Leng Ten Moi dan separuh masa lagi di Bahagian Arkib yang diketuai oleh Puan Thuraiyen Nadzrah Ghazali. Setahun kemudian Azman dipindahkan ke Bahagian Automasi yang diketuai oleh Cik Rohaya Umar sehinggalah beliau berpindah ke Perpustakaan PPUKM setelah dinaikkan pangkat ke Gred S44 (Pustakawan Kanan).

Azman berpendapat, cabaran yang beliau hadapi sebagai pustakawan ternyata lebih berat dan mencabar berbanding sewaktu beliau berada dalam kategori sokongan. Segala keputusan dan tugas perlu dilaksanakan dengan lebih teliti dan professional. Tanggungjawab yang diamanahkan juga seakan tidak pernah susut, sebaliknya beliau perlu bersedia mendepani pelbagai cabaran sejajar dengan perkembangan semasa kerjaya pustakawan. Antara tugasan dan cabaran yang pada beliau paling mencabar adalah sewaktu berkhidmat di Bahagian Automasi. Pada ketika itu perpustakaan sedang dalam fasa perpindahan ke Sistem Virtua dari Sistem DOBIS/LIBIS, malah menurut beliau, Bahagian Automasi adalah bahagian yang paling digeruni oleh kebanyakan pustakawan pada ketika itu.

Mengakhiri pengkisahan beliau, Azman menekankan betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam kehidupan manusia. Darjah sosial serta pengiktirafan kepada seseorang boleh berubah dengan perbezaan ilmu. Lalu pembelajaran sepanjang hayat perlu menjadi budaya tetapi tidak mengesampingkan ilmu akhirat. Sebagai teman, saya mengagumi perjalanan kerjaya beliau, semoga kisah beliau menjadi inspirasi kepada teman serta warga perpustakaan UKM.* Catatan-warna hijau merujuk kepada jawatan kakitangan sokongan manakala warna kuning merujuk kepada jawatan pengurusan dan profesional.

MUTIARA KATA

“Anda tidak boleh mencipta pengalaman, Anda mesti menghadapinya” Albert Camus

“ Hidup memerlukan pengorbanan, Pengorbanan memerlukan perjuangan, Perjuangan memerlukan ketabahan,

Ketabahan memerlukan keyakinan, Keyakinan menentukan kejayaan, Kejayaan pula

menentukan kebahagiaan”

Page 8: Inspirasi bil 10/2012

INSPIRASI Bil 10 JAN-JUN 2012 8

Pengenalan

Bahagian Koleksi Media (BKM), Perpustakaan Tun Seri Lanang diwujudkan dengan matlamat untuk membangunkan koleksi bukan buku dalam pelbagai bidang bagi menyokong aktiviti pembelajaran,

pengajaran dan penyelidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Koleksi bukan buku ini meliputi bahan media dan peta. Bahan media pula terbahagi kepada bahan pandang dengar dan mikrofom (mikrofilem dan mikrofis).

Bahan pandang dengar yang disimpan di BKM terdiri daripada pita video (VHS, U-matic), pita audio (kaset), filem, slaid, multimedia kit, piring hitam, disket, cakera laser, cakera padat (CD-ROM, CD-AUDIO), video cakera padat (VCD) dan cakera padat digital (DVD, DVD-ROM) dalam pelbagai bidang perkara. Bahan mikrofom pula termasuklah suratkhabar, latihan ilmiah, tesis, bahan IDC (Inter-Documentation Company), bahan C.O. (rekod-rekod kerajaan) dan sebagainya.

Bahan media ini terutamanya bahan filem, pita video, pita audio, mikrofilem dan mikrofis mudah rosak sekiranya tidak dipelihara dengan betul. BKM telah mengambil langkah tertentu dalam pemeliharaan bahan media ini.

Pemeliharaan bahan mediaAktiviti pemeliharaan bahan yang dilaksanakan di BKM boleh dibahagikan kepada 5 aspek berikut :1. Penyimpanan bahan2. Pengawalan persekitaran ruang simpan bahan3. Pengendalian/penggunaan bahan 4. Penyelenggaraan bahan5. Pemuliharaan bahan

Penyimpanan bahanBahan disimpan dalam casing/bekas yang sesuai dengan bentuk dan keadaan fizikal bahan. Bahan mikrofilem dan mikrofis disimpan dalam kotak bebas asid. Bagi bahan mikrofis sebelum disimpan ke dalam kotak, ianya perlu dimasukkan ke dalam sampul bebas asid (satu sampul untuk satu keping mikrofis). Bahan mikrofilem pula perlu dilengkapi dengan silica gel, id tag dan stopper.

Sampul bebas asid (acid free envelope) digunakan kerana ia adalah sampul khas yang mempunyai pH7 atau neutral pH yang bertujuan untuk melindungi fiche daripada kerosakan yang berpunca dari kertas yang berasid. Kotak bebas asid (Acid free box) juga adalah kotak khas yang mempunyai pH7 atau neutral pH. Silica gel pula berperanan sebagai drying agent yang boleh menyerap kelembapan daripada udara.

Pengawalan persekitaran ruang simpan bahanRuang simpanan bahan di BKM terdiri dari Bilik Bahan, Bilik Mikro dan Bilik Filem. Persekitaran ruang simpanan ini perlu memenuhi piawaian suhu antara 16ºC-22ºC dan kelembapan relatif antara 45%RH-55%RH. Pemantauan dilakukan dengan merekodkan bacaan suhu dan kelembapan relatif secara harian/bulanan.

Untuk tujuan pengawalan persekitaran ruang simpanan bahan, BKM telah menempatkan beberapa peralatan seperti berikut :

1. Alat Penyaman Udara (Air Conditioner)Alat ini perlu beroperasi sepanjang masa untuk memastikan suhu ruang simpanan bahan berada dalam julat 16ºC-22ºC.

2. DehumidifierDehumidifer berfungsi untuk menyerap kelembapan udara. Air yang terkumpul perlu dibuang supaya dehumidifier dapat terus berfungsi menyerap kelembapan udara di bilik penyimpanan bahan. Di BKM, air ini dibuang melalui piping system, di mana air yang diserap akan terus mengalir keluar melalui saluran yang disediakan. Dengan adanya sistem pembuangan air seperti ini, air dapat dialirkan keluar terus dari dehumidifier pada sepanjang masa, sama ada pada waktu pejabat atau ketika perpustakaan ditutup.

3. Alat untuk merekodkan bacaan suhu dan kelembapan relatifBKM menggunakan Data Logger dan Thermohygrometer untuk merekodkan bacaan suhu dan kelembapan relatif di bilik penyimpanan bahan.

HAMIDAH ERMAN

Pemeliharaan Bahan di Bahagian Koleksi Media

Data Logger Thermohygrometer

Mikrofilem

Art i k e l p i l i h an

Page 9: Inspirasi bil 10/2012

INSPIRASI Bil 10 JAN-JUN 2012 9

Semua peralatan ini perlu dipantau untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik. Penyelenggaraan/kalibrasi peralatan dilakukan oleh pembekal luar.

Di samping peralatan di atas, silica gel juga digunakan untuk membantu menyerap kelembapan di sekitar bahan ditempatkan dengan meletakkannya di atas rak dan berhampiran dengan bahan.

Pengendalian/Penggunaan BahanPenggunaan bahan oleh pelanggan dan kakitangan boleh menyumbang kepada kerosakan bahan. Justeru, BKM telah menggariskan panduan berikut :1. Hanya salinan positif sahaja dipinjamkan kepada

pelanggan. Bahan mikro negatif (salinan generasi pertama) tidak dibenarkan untuk pinjaman, kecuali perpustakaan tidak mempunyai salinan positif bagi bahan yang diperlukan. Semua bahan mikro tidak dibenarkan dipinjam keluar dari perpustakaan.

2. Pastikan mikrofilem/mikrofis tidak dikeluarkan dari kotak/sampul dalam tempoh yang terlalu lama kerana ia terdedah kepada habuk dan ancaman lain.

3. Hanya salinan bahan berbentuk CD dibenarkan untuk pinjaman keluar dari perpustakaan oleh pelajar.

4. Kebersihan makmal/ruang kerja perlu dijaga dan dititikberatkan untuk menjamin keselamatan bahan mikro.

Penyelenggaraan bahan media Proses ini dilaksanakan untuk mengelakkan bahan dari mengalami kerosakan. Bahan mikrofom ‘dicuci’ untuk mengelakkan vineger syndrome. Bahan VHS pula di fast forward (rewind) dan play untuk mengelakkan filem dari melekat.

Pemuliharaan bahan media Pemuliharaan bahan dapat melambatkan bahan dari mengalami kerosakan. Ianya merujuk kepada aktiviti rawatan dan pembaikan ke atas bahan atau aktiviti memulihkan bahan yang telah rosak supaya maklumat (kandungan intelektual) yang terkandung di dalamnya tetap terpelihara dan boleh diperolehi sekiranya diperlukan oleh pelanggan. Untuk tujuan ini, BKM telah melakukan pembaikan, penyalinan dan pertukaran format bahan.

Bahan mikrofom dikategorikan sebagai ‘rosak’ sekiranya terdapat bau asid pada bahan/ dijangkiti vineger syndrome/ keadaan filem yang berair/fizikal filem yang sudah berubah. Bahan mikrofom yang berbau telah dihantar kepada pembekal untuk ‘dicuci’ dan jika bahan sudah tidak boleh diselamatkan proses duplikat akan dilakukan dimana bahan asal akan dilupuskan.

Masalah dan CabaranDi antara masalah dan cabaran yang dihadapi oleh BKM sehingga kini dalam proses pemeliharaan bahan media adalah :1. Sukar memperolehi peralatan yang diperlukan untuk

pemeliharaan bahan kesan dari perkembangan komunikasi dan teknologi maklumat, contoh: alat untuk mencuci pita video VHS.

2. Pemeliharaan bahan media memerlukan kos yang banyak. Ini termasuklah kos memperolehi/menyelenggara/

kalibrasi peralatan (alat penyaman udara, dehumidifier, Data Logger dan Processor) kos pemuliharaan dan kos memperolehi bahan habis pakai (contoh Id-tag, sampul bebas asid, silica gel).

3. Kemudahan di bilik penyimpanan bahan masih belum lengkap seperti ketiadaan pintu dua lapis. Pintu tersebut diperlukan untuk mengelakkan udara luar memasuki bilik semasa kakitangan menguruskan bahan. Ianya boleh memberi kesan kepada bacaan suhu.

4. Bacaan suhu dan kelembapan relatif di bilik penyimpanan bahan kadang-kadang tidak mencapai piawaian yang ditetapkan.

5. Perlukan banyak pemantauan yang dilakukan secara konsisten. Ini termasuklah memantau peralatan supaya berfungsi dengan baik dan mengikut jadual yang ditetapkan, memastikan silica gel masih berada dalam keadaan baik, bilik penyimpanan bahan berada dalam keadaan selamat (contoh tiada kebocoran) dan sebagainya.

KesimpulanPemeliharaan bahan media amat perlu dititikberatkan dalam pengurusan bahan perpustakaan. Kerosakan yang berlaku pada bahan akan menyebabkan bukan sahaja kita kehilangan fizikal bahan dan kandungan intelektualnya tetapi kos mengurus bahan perpustakaan (terutamanya pemuliharaan bahan mikro) akan meningkat dari semasa ke semasa. Melalui pemeliharaan, bahan media akan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dan secara tidak langsung maklumat di dalamnya dapat dipelihara sebagai khazanah negara yang amat bernilai untuk generasi seterusnya.

Art i k e l p i l i h an

TRIVIA PERPUSTAKAAN

Naib Canselor UKM Prof Tan Sri Dato’ Dr Hj. Abdul

Hamid Hj. Abdul Rahman telah merasmikan pelancaran Katalog Awam Dalam Talian

(OPAC) Perpustakaan Tun Seri Lanang

pada 17 Januari 1992. Sistem ini dapat meningkatkan

keupayaan mengakses 70,000 ke 100,000 bahan perpustakaan.

Page 10: Inspirasi bil 10/2012

INSPIRASI Bil 10 JAN-JUN 2012 10

Art i k e l p i l i h an

Jurnal Elektronik Teks Penuh atau singkatan kepada JETP kini mempunyai versi baru. Akses percubaan JETP 2.0 telah dibuka kepada UKM mulai 16 Februari 2012. JETP 2.0

ialah pangkalan data pusat sehenti carian e-jurnal teks penuh berimpak tinggi (ISI Journal Impact Factor) yang diindeks oleh ISI Web of Science dan Scopus. JETP 2.0 mengurus lebih 25,000 e-jurnal teks penuh langganan Perpustakaan UKM dan e-jurnal percuma. Produk inovasi yang telah dihasilkan oleh pasukan penyelidik daripada Perpustakaan UKM ini telah dinaiktaraf bagi tujuan pengkomersilan dengan kerjasama Syarikat Refrex Sdn. Bhd. (Syarikat terbitan UKM) menggunakan Dana Inovasi UKM mulai Jun 2011. Projek naik taraf ini merupakan sebahagian daripada fasa awal pengkomersilan idea inovasi daripada Perpustakaan UKM kepada institusi atau individu yang berminat.

JETP 2.0 dapat membantu penyelidik, ahli akademik serta pelajar mengesan, memilih dan memuat turun makalah e-jurnal teks penuh untuk keperluan pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan. Untuk melayari JETP 2.0 bagi warga UKM kunjungi http://www.jetp.com.my/ukm di mana pengguna perlu memasukkan nombor ahli perpustakaan dan kata laluan Sistem Perpustakaan UKM. Ini bermakna, pelanggan UKM yang telah mempunyai akaun ke sistem GEMILANG (VIRTUA) dan Portal e-Jurnal boleh menggunakan JETP 2.0 sama ada daripada dalam dan luar rangkaian UKM.

JETP 2.0 mempunyai banyak kelebihan berbanding JETP 1.0. Antaranya ialah, fungsi carian jurnal yang lebih mesra pengguna di mana senarai jurnal akan dicadangkan berdasarkan kata kunci yang dimasukkan (suggestion keywords), hasil carian yang boleh ditapis berdasarkan bidang perkara, sumber pangkalan data, tahun liputan teks penuh serta status indeks dalam ISI Web of Science, Scopus dan Journal Impact Factor. Setiap hasil carian dan status indeks mempunyai pautan terus kepada sumber e-jurnal atau pangkalan data berkenaan. Fungsi ini amat membantu penyelidik, ahli akademik dan juga perpustakaan di dalam menilai sama ada sesuatu jurnal atau pangkalan data itu mempunyai kekuatan atau populariti untuk dirujuk, digunakan untuk penghantaran makalah

jurnal atau diteruskan langganan oleh perpustakaan. Fungsi carian juga meliputi carian secara asas, carian advanced dan carian secara jelajah (browse search). Panduan pengaksesan JETP 2.0 boleh diperolehi dengan melayari http://www.jetp.com.my/jetp/doc/jetpguide.pdf

JETP 2.0 juga mempunyai modul pentadbir di mana ia boleh menguruskan akaun pelanggan, menguruskan senarai pangkalan data dan e-jurnal dan melaporkan statistik penggunaan. Berdasarkan semakan JETP 2.0 pada 12 Julai 2012, sebanyak 6290 judul jurnal telah diakses oleh pelanggan mulai 12 Januari 2012 daripada keseluruhan pangkalan data.

SHAMSUDIN IBRAHIM

Produk Inovasi 2.0

Laman utama JETP 2.0

Hasil carian dalam JETP 2.0

Modul Pentadbir untuk menganalisis statistik penggunaan pangkalan data dan e-jurnal

Page 11: Inspirasi bil 10/2012

INSPIRASI Bil 10 JAN-JUN 2012 11

Art i k e l p i l i h anStatistik pengaksesan JETP 2.0 berdasarkan Google Analytics menunjukkan trend pengaksesan yang baik di mana sejak ia dibuka untuk sesi percubaan, sebanyak 160,564 paparan (page views) direkodkan dan 12,532 kunjungan (visit) telah dilakukan oleh pengguna. (semakan pada 12 Julai 2012).

JETP 2.0: statistik keseluruhan capaian berdasarkan Google Analytics

JETP 2.0: statistik capaian berdasarkan Google Analytics Mengikut Negara

Dari aspek pengkomersilan, Syarikat Refrex Sdn. Bhd .telah mengadakan sesi demo produk seterusnya sesi percubaan di Perpustakaan UNITEN, Perpustakaan Tun Seri Lanang, Perpustakaan Pusat Perubatan UKM, Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Perpustakaan Universiti Putra Malaysia, Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan, Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin, Perpustakaan Universiti Kuala Lumpur, Perpustakaan Universiti Teknologi Petronas dan Perpustakaan Kolej MASA. Sehingga kini, JETP di dalam proses akhir untuk dilanggan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Tenaga Nasional. Maklumat lanjut mengenai aktiviti pengkomersilan boleh diperolehi melalui emel [email protected]

JETP 2.0: akses percubaan oleh universiti dan institusi

MUTIARA KATA

“Jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan, itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan itu adalah zalim.

Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.” La Roche

“ Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuan dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang” Cecil B. DeMille

“Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparnya ke bawah, sebaliknya menaikkannya.” John Petitsenn

Page 12: Inspirasi bil 10/2012

INSPIRASI Bil 10 JAN-JUN 2012 12

Beri t a Bergamba r

Taklimat Mentor Coaching 11 Januari 2012

Tazkirah oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid 13 Januari 2012

Bengkel Pemeliharaan & Penjilidan Lanjutan 16-17 April 2012

Bengkel Mentor Coaching Perpustakaan UKM 26-27 Mac 2012

Page 13: Inspirasi bil 10/2012

INSPIRASI Bil 10 JAN-JUN 2012 13

Beri t a Bergamba r

Bengkel Pemeliharaan & Penjilidan Lanjutan 16-17 April 2012

Aktiviti Jualan KKWP 19 Mei 2012

Lawatan dari University Grants Commission Dhaka, Bangladesh 9 Mei 2012

Bengkel Mentor Coaching Perpustakaan UKM 26-27 Mac 2012

Page 14: Inspirasi bil 10/2012

INSPIRASI Bil 10 JAN-JUN 2012 14

Tujuan lawatan ini adalah seperti berikut:Meninjau perkhidmatan

maklumat di organisasi terbabitMemberi pendedahan kepada

kakitangan Perpustakaan UKM berkenaan persekitaran dan prasarana organisasi

Perkongsian ilmu diantara organisasi

Peserta rombongan perpustakaan telah disambut oleh Pengurus KMC iaitu Puan Masyitah Md Isa. Peserta rombongan diberi taklimat tentang organisasi oleh Puan Masyitah yang mewakili pihak pengurusan. Taklimat diadakan di ruang terbuka theaterette yang berbentuk cengkerang terbuka. Ruang ini kerap digunakan oleh pihak pengurusan untuk memberi taklimat kepada pelawat.

LatarbelakangKMC terletak di bangunan Sasana Kijang telah dibuka pada 15 September 2011 oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Luas keseluruhan ruang Sasana Kijang ialah 1.09 ribu kaki persegi. Sasana Kijang adalah pembuktian aspirasi Bank Negara Malaysia untuk mengasaskan sebuah pusat kecemerlangan pengetahuan dan pembelajaran dalam bidang perbankan dan kewangan.

Perkataan ‘Sasana’ berasal dari perkataan Sanskrit yang bermaksud satu tempat, bangunan atau arena untuk bermesyuarat. Manakala kijang

merujuk kepada logo Bank Negara Malaysia. Konsep seni bina Sasana Kijang adalah berbentuk Siput Gerus iaitu bentuk matawang yang popular bagi Semenanjung Tanah Melayu dalam kurun ke 3. Bahagian hadapan bangunan pula bermotifkan songket seni tenunan warisan Melayu.

KMC dibuka kepada orang awam dan waktu pembukaan bermula dari 7.30 pagi hingga 6.30 petang (Isnin-Jumaat). Sasana Kijang menempatkan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam Antarabangsa (International Islamic Finance Services Board) dan SEACEN. Orang awam juga dibenarkan melawat Muzium dan Galeri Bank Negara yang terletak bersebelahan KMC.

Sumber ManusiaJumlah kakitangan KMC ialah 17 orang yang terdiri daripada lima orang profesional dan 12 orang kakitangan sokongan. Jumlah koleksi KMC adalah sebanyak 40,000 jilid bahan serta 103 judul bahan elektronik

Perkhidmatan MaklumatKMC bertanggungjawab mewujudkan Hab Pengetahuan Bank yang berkaitan bidang perkara perbankan, kewangan dan sebagainya. Berlaku peningkatan penggunaan maklumat sebanyak 92% iaitu (daripada 8,386 kepada 16,126 pengunaan). Bilangan subjek juga bertambah daripada 32 kepada 42 ( 31.25%) dan merupakan ukuran pertumbuhan modal intelek Bank Negara Malaysia.

Peningkatan penggunaan portal KMC sebanyak 13% iaitu daripada 31,966 kepada 35,990 pengguna merupakan salah satu lagi kejayaan bagi KMC. Sementara itu pengaksesan dalam talian juga meningkat sebanyak 10% daripada 14,010 kepada 15,440 pengaksesan.

Perkhidmatan maklumat yang diberikan kepada penyelidik dan pihak yang berkepentingan adalah terperinci. Sampel pencarian maklumat kepada seorang pelanggan telah dipamerkan dan adalah meliputi sebuah hasil pencarian maklumat yang boleh digunakan untuk sebuah penulisan lengkap sesuatu topik tertentu.

Perkhidmatan khusus secara individu bagi warga Bank Negara Malaysia adalah dengan menyediakan maklumat dari pelbagai sumber termasuk bahan dari News Watch yang dihantar kepada pemohon.

Eksekutif (tidak menggunakan nama jawatan pustakawan) diberi latihan dalam bidang perbankan secara berterusan untuk melengkapkan mereka dengan ilmu perbankan. Perkhidmatan lain yang disediakan adalah:

Pengaksesan Learning & Knowledge Portal

Perolehan Pengurusan Kandungan dan

Arkib Perkhidmatan Maklumat Terkini Environmental Scanning Profil Maklumat dan PengetahuanRujukan dan Khidmat NasihatKKM Advisor Pempakejan dan Analisa Maklumat

Lawatan Penandaarasan Knowledge Management Centre, BNM

LELA RUZMA MOHD SHAARI Taklimat di ruang terbuka

Perpustakaan UKM telah mengadakan lawatan ke Knowledge Management Centre (KMC), Bank Negara Malaysia (BNM) pada 13 Februari 2012.

Lawa tan Penandaa ra s an

Page 15: Inspirasi bil 10/2012

INSPIRASI Bil 10 JAN-JUN 2012 15

Persekitaran dan PrasaranaPrasarana dan persekitaran berkonsep moden dan terkini. Penggunaan ciri-ciri siput seperti anak tangga berbentuk spiral terdapat dalam hiasan dalaman di ruang baca atau kaunter utama. Penggunaan kaca sebagai finishing dan penggunaan perabot moden mewujudkan suasana bersih dan ceria secara keseluruhan.

Berhampiran kaunter utama terdapat arca yang diperbuat daripada kayu getah. Arca tersebut berfungsi sebagai daya penarik dan berupaya menyerap bunyi dalam ruang tersebut.

Bagi menjimatkan ruang dan memberikan keselesaan kepada pengguna, perabot yang mempunyai

dwifungsi digunakan. Sebagai contoh papan pembahagi antara meja perbincangan dan ruang laluan boleh juga digunakan sebagai papan tulis yang dapat dipadam dengan mudah.

Perabot mudah alih juga digunakan untuk keselesaan pengguna dan kemudahan kakitangan.

Pameran di sini menggunakan latar belakang berwarna putih, hasilnya persembahan yang kemas, jelas dan menarik untuk dilihat. Testimoni pelawat juga dirakamkan dengan cara yang menarik, terutamanya di tangga dulang dan tangga nautius (ikon Sasana Kijang yang unik). Kaedah mempamerkan maklumat kakitangan dan bahagian pentadbiran serta ruang

baca pengguna adalah menarik.

Bahagian kedua lawatan ialah lawatan ke premis, seperti ruang baca dan ruang komputer. Sebelum pulang kami juga berkesempatan melawat Muzium dan Galeri Matawang

“KMC is not just a place to learn and conduct research, but also a knowledge space to meet, collaborate, discuss, think, socialize, create and share”

Sumber: Risalah “From Library to KMC” terbitan KMC Bank Negara Malaysia 2012

ALLAH ITU SENTIASA ADA KETIKA KAU INGIN BERMAKSIAT

Ketika ingin bermaksiat, ingatlah balasan yang akan menimpa dirimu di akhirat nanti. Api neraka dengan kepanasannya yang menggelegak sentiasa menunggu hidangannya. Buah zaqqum dan cairan tembaga yang nantinya akan menghancurkan isi perutmu.

Ketika ingin bermaksiat, segeralah detikkan pada hati yang Allah SWT sedang memerhati. Jika masih ada rasa untuk melakukkan maksiat, maka kita memang telah bersedia untuk menanggung seksa kubur, dibelit ular, disengat kala dan disebat malaikat sehingga terbenam ke dalam bumi.

Dengan segalanya yang telah Allah SWT anugerahkan nikmat kepada kita, adakah layak kita membalas Allah SWT dengan dosa-dosa kita dengan mengenepikan Allah di waktu senang kita?

Lalu fikirkan pula, setelah kita melupakan Allah SWT, maka ketika saat terdesak, di mana tiada siapa yang mampu menolong kita melainkan Allah SWT, maka apakah layak bagi kita untuk memohon pertolonganNya pada ketika itu?

Ingatlah yang Allah SWT sentaiasa ada, yang sentiasa hidup, tidak mati dan tidak akan pernah mati. Allah SWT yang kita sujud dan sembah ketika solat adalah Allah yang sama ketika kita ingin bermaksiat.

Allah SWT yang sentiasa kekal tidak pernah fana.

Kalau ketika terdesak baru hendak merasakan Allah ada, baru hendak kembali kepadaNya, bimbang kita akan menjadi orang yang tidak mempunyai kesempatan untuk bertaubat sepertimana matinya Firaun.

Sementara usia masih berbaki, hidup masih bermaya, muda sebelum tua, sihat sebelum sakit marilah kita bersegera menginsafi diri dan memperbaiki diri.

TAZKEERAH

Page 16: Inspirasi bil 10/2012

INSPIRASI Bil 10 JAN-JUN 2012 16

Kelab Kebajikan Warga Perpustakaan (KKWP) dengan kerjasama Perpustakaan UKM telah menganjurkan Bengkel Maklumat Penyelidikan pada 19 Mei 2012

(Sabtu), bertempat di siber@ptsl Perpustakaan Tun Seri Lanang. Bengkel yang julung kali diadakan ini disasarkan kepada golongan guru-guru sekolah menengah dengan yuran minima sebanyak RM50.00 seorang.

Pelbagai medium hebahan telah digunakan termasuk membuat perjumpaan dengan pihak pengurusan sekolah bagi mempromosikan bengkel ini. Alhamdullilah hasil usaha semua ahli, seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru sekolah menengah sekitar Bangi, Kajang dan Puchong , termasuk seorang pensyarah dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan dua orang pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri, Kota Bharu Kelantan telah menghadiri bengkel sehari ini.

Hasil maklum balas daripada guru sekolah menengah mengenai tuntutan menyediakan kajian tindakan dan keperluan kepada pencarian maklumat yang berkesan telah membawa kepada cetusan idea untuk mengadakan bengkel ini. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Puan Noraini Omar, selaku Pengerusi Jawatankuasa Bengkel Maklumat Penyelidikan. Bengkel telah dikendalikan oleh Puan Lela Ruzma Mohd Shaari dan Puan Shaizimah Badzri dengan bantuan empat orang fasilitator iaitu Puan Rohalia Mohd Rohani, En Azman Idris, Puan Norbaizura Malek dan Cik Nor Hamsiah Ahmad Hosaini. Kesemua tenaga kerja dilakukan secara sukarela kerana ia adalah program khidmat

SHAIZIMAH BADZRI

Bengkel Maklumat Penyelidikan Untuk Guru Sekolah

Bengke l & Semina r

Sesi bergambar peserta Bengkel Maklumat Penyelidikan

Taklimat daripada pustakawan bertugas

masyarakat perpustakaan kepada masyarakat setempat.

Secara keseluruhannya bengkel ini telah berjaya dijalankan dengan kerjasama dan sokongan daripada 24 orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai kategori kakitangan. Apa yang lebih membanggakan bengkel ini telah mendapat maklum balas yang baik daripada para peserta yang berpuas hati dengan perjalanan bengkel ini dan ada yang berharap agar usaha ini dapat diteruskan di masa akan datang malah terdapat cadangan supaya ianya dianjurkan kepada para pelajar tingkatan enam.

Pintu sebuah Perpustakaan

Meniti tahun demi tahunJasamu penuh menghuni dadaTak pernah jemu mencurah baktiMenanti setia sang pencinta ilmu

Kami wargamu setia mencurah baktiBerbangga berkhidmat demi namamuWalau diperangi teknologi canggihNamun dirimu tetap teguh berdiriMengumpul khazanah ilmu yang tinggi nilainya

Tetamu tidak pernah jemu bertandangSehingga ke akhir waktu khidmatmuMenggali ilmu yang tak pernah keringMerisik perkhidmatan yang tak pernah sepi

Namun …Dek kerana peredaran masa dan gaya hidupPantas dirimu dihukum tidak relevanHanya maklumat dihujung jari mereka jadikan ukuranHanya sebuah komputer mereka jadikan perbandingan

Terhiris hati terusik emosiApabila dirimu dihentam begituBetapa mudahnya mereka menghukumBetapa mudahnya mereka lupa

Wahai insan celikkan mata, bukalah mindaInilah tempat untukmu dan generasimuTakkan hilang sebuah pustakaTakkan lupus dimamah kemodenanJanganlah mementing rasa dihatiKerana saban pagi masih ramai yang menantiUntuk pintu sebuah perpustakaan dibuka lagi

Shaizimah Badzri

Page 17: Inspirasi bil 10/2012

INSPIRASI Bil 10 JAN-JUN 2012 17

Sistem e-Repositori Penerbitan (e-Rep) merupakan repositori institusi yang berperanan sebagai sumber maklumat utama bagi memperoleh data penerbitan warga UKM. Menyedari akan kepentingan sistem

ini dalam memantau prestasi penerbitan dan penyelidikan UKM, Perpustakaan UKM telah menganjurkan Seminar Pemantapan Sistem e-Repositori Penerbitan (e-Rep) yang diadakan pada 16 Mei 2012 bertempat di Puri Pujangga, UKM.

Seminar ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pihak pengurusan PTJ berkaitan halatuju sistem e-Rep. Seminar sehari ini telah dihadiri oleh kakitangan akademik, pegawai penyelidik dan

Seminar Pemantapan Sistem e-Repositori Penerbitan (e-Rep)

NOOR FARHANA MOHD SALEH

Sesi pembentangan oleh Ketua Pustakawan Tuan Haji Abu Bakar Maidin dan sesi soal jawab dari peserta seminar

juga pustakawan yang terlibat dalam menguruskan sistem e-Rep.

Sebanyak enam sesi pembentangan telah diadakan dan diakhiri dengan sesi perbincangan dan resolusi di mana isu-isu yang dibangkitkan dari setiap sesi akan dibincangkan. Hasil perbincangan dan maklum balas yang diperolehi sepanjang seminar ini dijalankan sememangnya memberi manfaat kepada peserta dalam menguruskan perjalanan sistem ini di peringkat PTJ masing-masing.

Diharapkan seminar yang dijalankan ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk memastikan sistem e-Rep sentiasa memenuhi keperluan universiti dalam memantau aktiviti penyelidikan.

Keperluan penyelidik dalam memenuhi keperluan penyelidikan memerlukan mereka menguasai asas dan teknik pencarian rujukan yang berkualiti.

Lambakan bahan rujukan yang ada samada di alam maya atau pun bercetak memerlukan para penyelidik bersikap kreatif dan juga analitik dalam membuat pemilihan rujukan yang benar-benar berkualiti dan memenuhi standard yang ditetapkan oleh universiti.

Justeru, Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan, Perpustakaan UKM telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Bengkel ISI WOS pada 6 Jun 2012 bertempat di siber@ptsl, Perpustakaan Tun Seri Lanang. Penyertaan bengkel ini terbuka kepada kakitangan dan juga pelajar UKM. Seramai 94 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada kakitangan UKM dan juga pelajar pascasiswazah UKM. Bengkel ini diadakan sebanyak dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Penyertaan yang diterima amat menggalakkan sehingga ada permohonan untuk menghadiri bengkel ini terpaksa ditolak.

Bengkel ini dikendalikan oleh Dr. Lim Khee Hiang daripada Thomson Reuters. Peserta didedahkan dengan tiga modul iaitu Experiences the new Web of Science, Journal Citation Report dan EndNote. Sesi dikendalikan

secara amali di mana peserta boleh mencuba dan bertanyakan soalan secara langsung dengan penceramah.

Secara keseluruhan, bengkel ini amat bermanfaat dan membantu para penyelidik dalam membuat pencarian bahan rujukan yang berkualiti dan seterusnya membantu dalam pemilihan jurnal yang berimpak tinggi ke arah penghasilan kajian yang bermutu dan bermanfaat untuk semua.

Bengkel “Using Web of Science for Research Discovery & Write better Theses”

NOR HAMSIAH AHMAD HOSAINI

Bengke l & Semina r

Taklimat oleh Dr. Lim Khee Hiang dari Thomson Reuters

Page 18: Inspirasi bil 10/2012

INSPIRASI Bil 10 JAN-JUN 2012 18

Penyelidik Erasmus University Rotterdam Menjalankan Penyelidikan di Perpustakaan Undang - Undang

Beri t a da r i c abang

Pada 2,3,6 dan 9 April 2012 Perpustakaan Undang-Undang UKM menerima rombongan sekumpulan penyelidik dari Erasmus University Rotterdam. Ahli

rombongan terdiri daripada 2 orang guru, 8 orang dari talent team dan 20 orang pelajar. Matlamat kumpulan penyelidik ini ialah mengkaji kekuatan dan kelemahan undang-undang korporat di kedua-dua negara. Sebanyak 4 kumpulan dibentuk dan memfokuskan kepada perkara-perkara seperti the formation of companies Group, director’s

NORLIAH SUKARNO

Malayan Law Journal merupakan rujukan asas bagi pelajar undang-undang

di Malaysia. Malayan Law Journal (MLJ) mengandungi laporan kes-kes dari Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi. Malayan Law Journal secara atas talian hanya terdapat dalam Lexis Nexis. Situasi ini menjadikan pangkalan data Lexis Nexis begitu diperlukan oleh pengamal dan pelajar jurusan undang-undang.

Bagi memudahkan pencarian bersifat tempatan maka terhasil Lexis Malaysia. Jika sebelum ini paparan hadapan Lexis Nexis memaparkan bahan undang-undang antarabangsa (United States), Lexis Malaysia memberi tumpuan kepada memudahkan pencarian bahan undang-undang di Malaysia. Pada pandangan penulis amat mudah untuk mencari bahan undang-undang di Malaysia tetapi agak sukar untuk mengesan bahan undang-undang antarabangsa. Bagi merungkai permasalahan tersebut, pada April 2012 wakil Lexis hadir dengan produk sama berwajah baru iaitu Lexis Research for Academics. Paparan hadapan menyenaraikan sumber bahan undang-undang di Malaysia dan antarabangsa mengikut jenis bahan dan diikuti individual

liability, derivative action group dan corporate governance. Sepanjang penyelidikan berlangsung penyelidik akan memanfaatkan buku, statut dan pangkalan data yang terdapat di Perpustakaan Undang-Undang UKM. Kumpulan penyelidik ini juga dijadualkan melawat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Hasil penyelidikan akan dibentangkan di Erasmus University dan beberapa firma guaman yang menaja penyelidikkan ini.

Penyelidik dan wakil Persatuan Pelajar Undang-Undang sedang berdiskusi

NORLIAH SUKARNO

Lexis Nexis Total Research Kini Lexis Research For Academics

source. Pengguna tidak perlu meneroka jauh, pencarian boleh dilakukan di paparan hadapan pangkalan data. Pencarian juga boleh dilaksanakan berdasarkan tab yang disediakan mengikut jenis bahan undang-undang. Jika sebelum ini Lexis Malaysia hadir sebagai satu pangkalan data, kini dalam Lexis Research for Academic, Lexis Malaysia hanya sebagai salah satu tab pencarian. Keseluruhannya pencarian bartambah mudah namun masih terdapat kelemahan di mana pencarian berdasarkan judul jurnal masih menjadi kekangan.

Januari 2011

April 2012

Page 19: Inspirasi bil 10/2012

INSPIRASI Bil 10 JAN-JUN 2012 19

Minggu Pangkalan Data Usaha Promosikan Pangkalan Data Langganan

Perpustakaan

AZLAN MOHAMAD HAMZAH

Minggu Pangkalan Data Perpustakaan PPUKM telah diadakan buat julung kalinya pada 9-13 April

2012. Ia merupakan satu inisiatif perpustakaan untuk mempromosikan pangkalan data langganan perpustakaan kepada pelanggan. Di samping itu, aktiviti ini juga bertujuan membimbing pelanggan untuk menggunakan pangkalan data perpustakaan dengan cekap, berkesan dan berdikari.

Pelbagai aktiviti telah diadakan iaitu klinik pangkalan data, kuiz, khidmat nasihat, pameran, cabutan bertuah dan pameran pembekal. Program latihan dan klinik pangkalan data melibatkan beberapa pangkalan data pilihan iaitu Access Medicine, Access Surgery, Uptodate Online, Informahealthcare, BMJ, Micromedex, EBSCO, Proquest, MD-Consult, Lexi-Comp, Springer Protocols dan Wizfolio. Program ini dapat memberikan pendedahan kaedah dan strategi pencarian maklumat dari pelbagai pangkalan data yang berbeza kepada para pelanggan.

Aktiviti kuiz juga mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelanggan. Pemenang kuiz adalah berdasarkan jawapan dan slogan terbaik. Pemenang winner of the day dan pemenang hadiah utama Kuiz Minggu Pangkalan Data pada 9-13 April 2012 adalah seperti berikut :1. Dr.Noran Ramli (pemenang hadiah utama dan slogan

terbaik) - slogan: “Efisyen, Inovatif dan Informatif Melangkaui Jarak, Masa dan Sempadan”

2. Dr Zakiah Zainuddin - slogan: “Efficient, Effective & Trustworthy”

3. Muhammad Kamil - slogan: “Keterapan Gerbang Maya Memacu Kelestarian Intelektual”

4. Emi Noorima - slogan: “Perpustakaan Berkualiti Pencetus Generasi Bijak Bestari”

Program Minggu Pangkalan Data ini telah mencapai matlamat bagi mempromosi dan mendekatkan lagi pangkalan data yang dilanggan kepada pelanggan untuk tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan mereka. Semoga dengan usaha ini dapat meningkatkan lagi penggunaan pangkalan data dan sumber elektronik langganan perpustakaan demi kebaikan pelanggan dan perpustakaan.

Beri t a da r i c abang

Lokasi Minggu Pangkalan Data

AZLAN MOHAMAD HAMZAH

Perkhidmatan perpustakaan adalah antara komponen terpenting bagi sesebuah perpustakaan. Oleh itu

satu mekanisme dan strategi terbaik perlu dirangka dan dirancang bagi memperkasakan perkhidmatan perpustakaan. Sehubungan dengan itu, Sanggar Kerja Perpustakaan PPUKM 2012 diadakan dengan tema ‘Memperkasakan Perkhidmatan Perpustakaan’ sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat tersebut. Sanggar kerja ini diadakan di Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor, Perak pada 4-6 Mei 2012.

Objektif sanggar kerja ini bertujuan merancang dan menilai perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan perkhidmatan perpustakaan sentiasa memenuhi keperluan pelanggan. Selain itu, ia juga dapat menilai dan merancang aktiviti dan kemudahan bagi memperkasakan perkhidmatan perpustakaan dan memastikan ketersediaan kakitangan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Program dimulakan dengan taklimat bertajuk ‘Memperkasakan Perkhidmatan Perpustakaan’ oleh Puan Rosnah Suliman, Ketua Perpustakaan PPUKM dan diikuti perbincangan berkumpulan serta pembentangan kumpulan. Pada sanggar kerja kali ini, kumpulan telah dibahagikan kepada empat mengikut topik yang telah ditetapkan iaitu latihan bagi kakitangan/pegawai dan pelanggan Perpustakaan PPUKM, penilaian semula perkhidmatan sedia ada di perpustakaan, pembangunan sumber maklumat dalam meningkatkan perkhidmatan perpustakaan dan transformasi perkhidmatan kaunter.

Sanggar kerja kali ini berbeza dengan sanggar kerja yang lepas kerana pembahagian kumpulan adalah tidak mengikut bahagian tertentu dan setiap kumpulan adalah terdiri dari bahagian yang berbeza. Secara tidak langsung, ia dapat menjana idea kakitangan secara kolektif dan kreatif. Semua peserta juga memberikan komitmen dan cadangan yang baik dalam perbincangan berkumpulan dan pembentangan yang menjurus kepada objektif memperkasakan perkhidmatan perpustakaan. Sanggar kerja ini mencapai matlamat dalam menilai dan merancang strategi untuk memperkasakan perkhidmatan perpustakaan dalam pelbagai aspek seperti latihan, kemudahan dan perkhidmatan kaunter. Di samping itu, ia dapat melatih kakitangan dalam meningkatkan komunikasi melalui pembentangan yang dijalankan. Moga aktiviti dan strategi yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya demi memenuhi keperluan pelanggan secara optimum.

Sanggar Kerja Memperkasa Perkhidmatan Perpustakaan

Peserta sanggar kerja

Page 20: Inspirasi bil 10/2012

INSPIRASI Bil 10 JAN-JUN 2012 20

Laporan Lawatan Penandaarasan Perpustakaan Perbadanan Awam Selangor

Pada 17 Januari 2012, kakitangan Perpustakaan Dr. Abdul Latiff yang terdiri daripada 2 orang pustakawan serta kakitangan sokongan telah mengadakan lawatan

penandaarasan ke Perpustakaan Perbadanan Awam Selangor (PPAS). Rombongan kami bertolak dari kampus KL pada pukul 8.00 pagi dan sampai ke destinasi pada pukul 9.00 pagi. Ketibaan kami telah disambut mesra oleh Encik  Mohamed Fadzli Mohd Fauzi dan kakitangan PPAS.

Seawal ketibaan, kami terpegun dengan keindahan dan keunikan rekabentuk bangunan PPAS. Sebelum memasuki bangunan PPAS, kami telah diberikan sebuah beg setiap seorang bagi tujuan menyimpan kasut masing-masing. Ahli rombongan hanya dibenarkan ‘berkaki ayam’ bagi melihat persekitaran dalaman bangunan PPAS.

Sebelum kami dibawa mengelilingi bangunan PPAS, satu sesi taklimat telah diberikan oleh Encik Fadzli kepada ahli rombongan. Intipati taklimat berkisar kepada sejarah penubuhan, tujuan dan objektif penubuhan PPAS. Melihat kepada prasarana yang canggih, menarik dan santai, penulis berpendapat PPAS berjaya dengan tujuan dan objektif penubuhannya. Keselesaan dan kemudahan yang disediakan membuatkan penulis dan ahli rombongan berasa seperti berada di rumah sendiri.

PPAS mempunyai objektif penubuhan yang agak unik iaitu mengurangkan gejala sosial yang berlaku di negeri Selangor. Bangunan baru PPAS ini yang bernilai RM70 juta merupakan hadiah dan tanda kasih Sultan Selangor kepada rakyat baginda. Matlamat utama penubuhan PPAS adalah untuk menarik kunjungan golongan remaja dan seterusnya menjadikan PPAS sebagai rumah kedua mereka.

‘Selangkah ke Perpustakaan Sejuta Senyuman, Sekali Klik, Sejuta Maklumat’ merupakan slogan utama PPAS. Bagi merealisasikan slogan ini, satu perkhidmatan yang dinamakan ‘Universal Service Provision (USP)’ telah dibangunkan. Perkhidmatan ini bertujuan untuk merapatkan jurang digital antara penduduk di kawasan luar bandar dan penduduk bandar.

LAILAWATI MAJID

USP merupakan perkhidmatan komunikasi dan capaian internet. Projek ini adalah usahasama di antara Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Internet Provider (ISP) yang dilantik seperti Maxis dan TM. Sebanyak 65 buah Perpustakaan Desa di bawah pengawasan PPAS dipilih bagi memberikan Perkhidmatan USP ini. Di samping itu, kemudahan WiFi dan komputer berjenama Apple turut disediakan bagi memudahkan dan memaksimumkan kepuasan pengguna PPAS.

Kunjungan kami tidak akan lengkap tanpa mencuba perkhidmatan XD Theater yang dikatakan Theater 6D tercanggih di Asia Tenggara. Kesan khas yang diberikan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan seharusnya dicuba oleh semua pengunjung sendiri. XD Theater ini didatangkan dengan tiga filem berbeza dan setiap tayangan dikenakan bayaran RM10.00 sahaja. Perkhidmatan ini bertujuan menarik segenap lapisan pengunjung terutamanya golongan remaja.

Antara keunikan lain PPAS adalah ruangan untuk kanak-kanak. Diolah dengan landskap menarik iaitu pokok besar seperti situasi penceritaan zaman lampau, perabot-perabot moden dan pelbagai aktiviti pasti melekakan si kecil anda.

Secara keseluruhannya, PPAS kelihatan sangat mewah, menarik dan pasti membuat para pengunjung teruja dan terpegun menikmati keindahan rekabentuknya. Lawatan kami berakhir pada pukul 12.00 tengah hari dan kami bertolak pulang ke Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (PDAL) pada pukul 12.30 tengah hari dengan seribu kenangan dan idea baru untuk PDAL.

Beri t a da r i c abang

Keunikan rekaan bangunan PPASRekabentuk dan perabot kelihatan mewah dan

memberi keselesaan kepada pengunjung

Kemudahan yang mampu menarik si cilik ke PPAS

Page 21: Inspirasi bil 10/2012

INSPIRASI Bil 10 JAN-JUN 2012 21

Beri t a da r i c abang

Lawatan Penandaarasan ke Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim, UPNM

Pada 15 Mac 2012, Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (PDAL) telah mengadakan lawatan penandaarasan ke

Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sungai Besi. Seramai 9 orang kakitangan PDAL telah menyertai lawatan ini. Matlamat utama lawatan penandaarasan adalah untuk meninjau perkembangan teknologi yang digunapakai dan prasarana yang disediakan oleh Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Antara prasarana yang menarik perhatian peserta semasa sesi lawatan tersebut ialah kawasan pameran buku, di mana rak-rak pameran buku diletakkan di setiap tingkat termasuk di sudut tepi tangga perpustakaan. Buku-buku yang dipamerkan dikelaskan berdasarkan subjek bidang pengajian di mana koleksinya mengkhusus dalam bidang pertahanan.

Selain itu juga, Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim juga mempunyai sebuah mesin bookdrop yang dilengkapi kamera litar tertutup atau CCTV di dua bahagian utama iaitu pada bahagian hadapan yang bertujuan untuk merakam penggunaan mesin bookdrop tersebut serta di bahagian dalam yang bertujuan untuk merakam buku yang telah dipulangkan oleh pelanggan. Teknologi ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keberkesanan dan mutu perkhidmatan Perpustakaan UPNM.

Dalam mempertingkatkan keberkesanan perkhidmatan dan memudahkan proses pencarian bahan, pihak Perpustakaan UPNM telah menyediakan Katalog Awam Atas Talian (OPAC) yang diberi nama WebOpac. Terminal WebOpac ini disediakan tanpa kemudahan kerusi untuk memastikan tiada penyalahgunaan komputer yang telah disediakan.

Lawatan ini telah memberi banyak pendedahan mengenai perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan. Kakitangan juga dapat bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman dengan rakan sejawat serta mengeratkan hubungan silaturrahim. Sekembalinya dari lawatan penandaarasan ini, peserta berazam untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan Perpustakaan Dr. Abdul Latiff ke dimensi baru yang lebih baik.

MOHD AL HAPIZ AB HALIM DAN MOHD YUSRI OSMAN

Peserta lawatan bergambar kenangan bersama kakitanganPerpustakaan UPNM

Shakiratul Naimah Yusoff adalah merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sunnah dengan Pengurusan Maklumat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

telah menjalani Latihan Industri di Perpustakaan ATMA mulai 16 Mac 2012 -7 Jun 2012. Pelbagai bidang tugas telah diberikan kepada beliau antaranya ialah menyusun buku, bertugas di kaunter perkhidmatan pelanggan, menyediakan poster pameran bulanan, membantu tugas-tugas pejabat dan menyusun pameran buku-buku baru. Beliau juga turut terlibat dengan aktiviti yang diadakan dengan menghadiri wacana yang dianjurkan oleh Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA).

Sepanjang di Perpustakaan ATMA beliau berpeluang menghadiri kursus dan ceramah yang diadakan untuk kakitangan perpustakaan di PTSL, menyertai sesi audit dalaman, menghadiri mesyuarat kakitangan serta membantu Ketua Perpustakaan melaksanakan pencarian maklumat berkaitan alam dan tamadun Melayu di PATMA.

Sepanjang latihan industri di PATMA beliau telah menyediakan 2 tajuk pameran bertajuk ‘Pakaian Dan Perhiasan Masyarakat Melayu’ pada bulan Mei manakala pada bulan Jun bertajuk ‘Adat Resam Warisan Melayu’. Latihan industri di Perpustakaan UKM telah memberi banyak pengalaman dan pendedahan yang bermanafaat serta berguna untuk dipraktikan di alam pekerjaan kelak.

ROSNAH AHMAD DAN NUR ASYIKIN LUT AHMAD

Pengalaman Pelajar USIM di Perpustakaan ATMA

Bergambar kenangan bersama Ketua Perpustakaan ATMA

Sedang bertugas di kaunter Pinjaman/Pemulangan PATMA

Page 22: Inspirasi bil 10/2012

22

Salam untuk semua teman-teman di PTSL. Alhamdulilah saya dan keluarga sudah dapat menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk dan berangin bandar minyak Aberdeen ini. Walaupun sekarang sudah menghampiri musim panas, belum ada tanda-tanda suhu akan mencecah 20c. Suasana siang yang semakin panjang dan malam

yang singkat ditandai dengan waktu Maghrib melewati jam 9 malam dan subuh yang seawal 3 pagi. Tapi itu sudah menjadi lumrah bagi mereka yang tinggal di negara 4 musim.

Untuk surat pertama dari Aberdeen saya akan coretkan pengalaman baru saya yang mungkin ada manfaat buat semua. Hidup pelajar macam saya sudah semestinya tertumpu di perpustakaan dan kerana tempat duduk saya berada di lantai 6 perpustakaan maka setiap hari saya akan mendaki 60 anak tangga di Georgiana Scott Sunderland Library. Memang tiada perkhidmatan lif disediakan, kalau pun ada saya akan tetap menggunakan tangga.

Seperti banyak bangunan moden di barat, perpustakaan ini mengamalkan konsep terbuka dan banyak memanfaatkan cahaya dari luar. Tentunya untuk mendapat sedikit haba daripada matahari dan untuk menjimatkan penggunaan elektrik. Semua kemudahan tempat duduk di sediakan dengan komputer dan sebahagiannya disediakan untuk penggunaan laptop. Keadaan ini saya fikir wajar-wajar sahaja, bolehkah anda bayangkan seorang pelajar yang cuma duduk menghadap buku terus-menerus selama 2 jam. Saya rasa di zaman serba iPad dan Tab ini saudara-saudari pun tidak akan sanggup.

Seperti mana perpustakaan akademik lain di UK, sistem pengkelasan di perpustakaan ini menggunakan DDC, saya lihat koleksi bukunya tidak banyak tetapi kebanyakan buku-buku penting mereka punya beberapa naskhah. Contohnya buku methodology yang sangat penting bagi pelajar pasca siswazah tahun satu setiap edisi mempunyai lima naskah. Buku-buku penting seperti ini sentiasa sahaja ada edisi baharu dan setiap yang terbaharu akan tersedia di rak dan dua naskhah akan menjadi buku untuk consultation only semacam tanda merah kalau di Perpustakaan kita.

Mungkin kita perlu sedikit pembaharuan dalam cara kita memilih buku, kerana saya pasti para pensyarah tidak akan memilih buku-buku seperti ini kerana mereka sudah melepasi tahap pembinaan teori mahupun mereka sudah punya koleksi peribadi. Harap-harap projek pemilihan buku berdasarkan sitasi pelajar dapat membantu kita mengenal buku-buku penting seperti ini.

Layanan mesra memang menjadi pemikat utama bagi setiap perkhidmatan di negara Queen. Sesiapa sahaja akan dilayan dengan mesra. Saya perhatikan mereka tidak senyum sepanjang masa, tetapi bila diminta bantuan mereka akan terus bertukar mesra, mungkin itu yang dinamakan professionalism. Mungkin kita juga perlu meniru mereka, tidak perlu senyum dan berbual mesra semasa menyusun buku sebaliknya terus senyum bila ada yang perlukan bantuan.

Apabila menjadi pelajar saya mahukan layanan yang sebaik mungkin dan yang sewajarnya dari kakitangan perpustakaan. Ini membuatkan saya teringat sewaktu saya memberikan layanan kepada pelanggan perpustakaan dahulu, adakah saya semesra mereka dan bersungguh-sungguh untuk membantu atau pun sebaliknya. Jadi pesan saya kepada rakan-rakan layanlan pelanggan kita seperti mana kita mahu dilayan atau seperti mana kita mahu anak-anak kita mendapat layanan di perpustakaan.Ramai di antara kita sudah mempunyai anak di IPT dan kita kenal benar cara mereka belajar. Apa salahnya kita layan pelajar-pelajar di perpustakaan sebaiknya dan sesuai dengan keperluan mereka. Semoga Allah membalasnya dengan memberikan layanan yang baik kepada saudara dan juga anak-anak saudara di IPT.

Sekian dulu coretan saya buat teman-teman, mungkin di lain masa saya akan coretkan lagi kisah-kisah saya di sini. Ingatlahkami sekeluarga dalam doa kalian semua. Salam dari Aberdeen…

MAZNI MD. YUSOF

Surat dari Abeerdeen ....

INSPIRASI Bil 10 JAN-JUN 2012

Page 23: Inspirasi bil 10/2012

INSPIRASI Bil 10 JAN-JUN 2012 23

Beri t a Kak i t angan

Nama   Jawatan   Tarikh  Lapor  Diri   Penempatan  

Athirah  Omar   Pustakawan  S41    2.4.2012   Bahagian  Katalog  Mohd  Rajak  Telimik   Pustakawan  S41   2.4.2012   PDAL  Mohd  Zohdi  Haron   Juruteknik  J17   2.4.2012   Bahagian  Koleksi  Media    

Nama     Jawatan   Tarikh  

Kamaruzaman  Ali   Pembantu  Perpustakaan  S22  (KUP)   Bersara  pilihan  pada  3.1.2012    

KAKITANGAN BARU 2012

KENAIKAN PANGKAT

PERSARAAN

PERTUKARAN TEMPAT BERTUGAS

Nama   Bahagian   Tarikh  

Asmida    Omar  Bahagian  Pengurusan  Jurnal  &  Jilidan   1  Januari  2012  

Md  Fakrul  Hisham  Mahamed   Bahagian  Perolehan   31  Mei  2012    

Nama   Bahagian   Tarikh  

Abdul  Muhaimin  Sabron   Bahagian  Perolehan  23  Disember  2011  (Anak  pertama)  

Siti  Wahida  Amanullah  Bahagian  Koleksi  Asia  Tenggara  &  Dokumen  

20  Januari  2012  (  Anak  kedua)  

Fatimah  Kamilah  Awang   Bahagian  Perkhidmatan  Maklumat   21  Januari  2012  (  Anak  kedua)  

Nur  Baiti  Johan   Bahagian  Katalog    

1  Februari  2012  (Anak  kedua)  

 

PERKAHWINAN

KELAHIRAN CAHAYA MATA

Nama Jawatan Tarikh Siti Zarenah Jasin Pembantu Perpustakaan S22 (KUP) 21.2.2012 Rusiah Husin Pustakawan S41 21.2.2012 Abdul Karim Mahmud Pembantu Perpustakaan S22 (KUP) 19.6.2012

Nama Jawatan Tarikh Kuatkuasa Penempatan Zaidah Sulaiman Pustakawan S48

3.1.2012

Ketua Perpustakaan Lingkungan ke 2 Hamidah Erman Pustakawan S44 Ketua Bahagian Perolehan Rohana Mahmood Pustakawan S44 Ketua Bahagian Koleksi Media Mohd Syamrooz Kamal Mhd Redza

Pustakawan S41 Bahagian Perkhidmatan Pelanggan

Md. Zakir Abd Aziz Pemb. Perpustakaan S22 Perpustakaan Lingkungan ke 2

Nor Hidayah Harun Pemb. Perpustakaan S17

Mohd Afiq Khosim Pemb. Perpustakaan S17

Mariatul Qibtiah Isa Pustakawan S41 16.4.2012

Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan

Nur Asyikin Lut Ahmad Pustakawan S41 PATMA

Rusiah Husin Pustakawan S41 2.5.2012 Bahagian Koleksi Arkib & Khas

Page 24: Inspirasi bil 10/2012

INSPIRASI Bil 10 JAN-JUN 2012 24

AKTIVITI KELAB KEBAJIKAN WARGA PERPUSTAKAAN UKM (KKWP) 2012

Ruangan KKWP

Nama   Bahagian   Tarikh  Meor  Jalaluddin  Meor  Jamaluddin  (Bonda)  

Perpustakaan  Dr.  Abdul  Latiff   11  Disember  2011  

Sulaiman  Abdul  Wahab  (Bonda)   Perpustakaan  Alam  dan  Tamadun  Melayu  

18  Januari  2012  

Amiruddin  Shah  Abdul  Rahman  (Bonda)  

Perpustakaan  Undang-­‐Undang   25  Januari  2012    

Hamzah  Jahid  (  Bonda)   Bahagian  Perkhidmatan  Pelanggan   19  Februari  2012  Shahruddin  Shafri  (Ayahanda)   Bahagian  Koleksi  Asia  Tenggara  &  

Dokumen  21  Februari  2012  

Bakri  Abu  Yazid  (Ayahanda)   Bahagian  Perkhidmatan  Pelanggan   26  Jun  2012    

KEMATIAN AHLI KELUARGA

AKTIVITI TARIKH TEMPAT ANJURAN

Jualan makanan ringan (Gula-gula, kekacang, kerepek, air mineral)

Sepanjang tahun -

Biro Ekonomi Jualan cenderahati Sepanjang tahun -

Jualan kitab Sepanjang tahun -

Ziarah kakitangan/mantan kakitangan yang uzur

Sepanjang tahun - Biro Kebajikan & Kemasyarakatan Kutipan derma kilat semasa

kematian

Sepanjang tahun -

Tazkirah oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

13 Januari 2012

Bilik Serbaguna Aras 2, PTSL AJK Induk

Ceramah Perancangan Harta Pusaka dan Wasiat

2 Februari 2012 Sanggar Ilmu Aras 4, PTSL AJK Induk

Gotong-royong surau aras 2 3 Februari 2012 Surau Aras 2, Pusanika Biro Kebajikan &

Kemasyarakatan

Ceramah sempena Maulidur Rasul 17 Februari 2012 Sanggar Ilmu Aras 4, PTSL Biro Dakwah &

Kerohanian

Perlawanan bowling 14 April 2012

Ampang Superbowl, Metro Point, Kajang

Biro Sukan & Rekreasi

Pertandingan video perpustakaan 14 Mei – 14 Julai - Biro Pendidikan & ICT

Ceramah Pengajian Al-Quran Teknik Al-Baghdadi

11 Mei 2012 Sanggar Ilmu Aras 4, PTSL AJK Induk

Bengkel Pencarian Maklumat Penyelidikan

19 Mei 2012 siber@ptsl Biro Ekonomi

Jualan Kelab (Makanan/pakaian/peralatan)

19 Mei 2012 Dataran Tun Seri Lanang Biro Ekonomi

Ceramah Isra’ Mikraj Oleh Ustaz Nasaruddin

22 Mei 2012 Sanggar Ilmu Aras 4, PTSL Biro Dakwah &

Kerohanian

Perlawanan futsal antara bahagian & cabang 23 Jun 2012 Vroc Sport Center Biro Sukan &

Rekreasi