risalah pekip bil 1 2012 edisi46

8
PEKIP Al Munawarah Percuma Untuk Ahli Pekip Menjana Kegemilangan Islam Syawal 1433 Hijrah - Ogos 2012 Bilangan 1 Tahun 2012 -- Edisi Ke 46 Disunting Oleh : Haji Rizal Bulan Ramadhan adalah bulan suci yang penuh dengan keberkatan dan keutamaan. Orang mukmin dianjurkan untuk meraih sebaik-baiknya, dan sebanyak-banyaknya kesempatan dalam berbuat kebajikan apapun bentuknya. Bila kita menelusuri jejak Rasulullah saw dalam menyambut bulan suci Ramadhan ini, maka akan kita dapati: Rasulullah SAW selalu bergegas memenuhi panggilan kebaikan, seperti solat berjemaah, solat sunat, mengeluarkan sedekah, membaca al- Quran dan sebagainya. Rasulullah SAW bersabda : “Apabila datang malam pertama bulan Ramadhan, dibelenggulah syaitan dan jin, ditutuplah pintu-pintu neraka, dan dibukalah pintu-pintu syurga, kemudian diserukan: wahai orang yang mendambakan kebaikan, datanglah!! dan wahai orang yang tak suka kebaikan, bermalaslah!! (ertinya, engganlah memperbanyakkan amalmu). Dan sesungguhnya dalam bulan Ramadhan ini setiap malamnya Allah swt membebaskan orang- orang yang dikehendakiNYA dari api neraka”. (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi) Rasulullah SAW sangat pemurah dan sangat gemar bersedekah serta memberi makan orang yang berpuasa. Diriwayatkan oleh Imam Al- Bukhari ra, bahawa Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah, lebih-lebih pada bulan Ramadhan. Dilukiskan bahawa kebaikan beliau bagaikan hembusan angin yang lembut, membawa banyak kurnia, menabur kegembiraan di hati orang mukmin. Diriwayatkan pula bahawa beliau sangat penderma, bahkan tidak pernah menolak permintaan apapun yang diajukan ke beliau. Rasulullah SAW Banyak berdoa, terutama ketika hendak berbuka puasa. Rasulullah SAW bersabda: Jejak Rasulullah Menyambut Ramadhan Disunting Oleh : M.N.Hafiza Sebagai hadiah kemenangan umat Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan Allah SWT membalasnya dengan satu hari yang dinamakan ‘Idulfitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah SWT menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut. Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara‘ dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan. Ianya tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan- perayaan yang lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah SWT khusus kepada umat Islam. Apakah adab dan perkara sunat menyambut kedatangan Hari Raya Di antara adab-adab dan perkara- perkara sunat yang telah digariskan oleh Syara‘ untuk kita melakukannya ialah menghidupkan malam Hari Raya itu dengan melakukan amal-amal ibadat seperti mengutamakan sembahyang fardhu, membaca Al Quran, sembahyang sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan melakukan apa- apa jua bentuk perkara yang berkebajikan. Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta‘ala telah berkata di dalam kitabnya Al-Umm: “Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya‘ban”. Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at- Thabrani dari ‘Ubadah r.a.) Takbir Raya Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema. Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata- mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu, ianya lebih bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah SWT. Ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita lakukan untuk melepaskan Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan ‘Idulfitri. Oleh sebab itu, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga Persiapan Menyambut Syawal Iftar Bersama Dato’ KPP Salam Idulfitri: m/s 2 Program Ihya Ramadan PEKIP Ibu Pejabat: m/s 6 Hadis 40 Al Imam Nawawi - Siri 1 m/s 7 Solat 34 minit Sehari m/s 8 Kandungan … Lihat m/s 4 … Lihat m/s 3

Upload: mohamed-noor-hafiza

Post on 30-Jul-2015

86 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

panduan dan maklumat bagi santapan rohani bertujuan membimbing ummah dengan informasi islami

TRANSCRIPT

Page 1: Risalah Pekip Bil 1 2012 Edisi46

PEKIP

Al MunawarahPercuma Untuk Ahli PekipMenjana Kegemilangan Islam

Syawal 1433 Hijrah - Ogos 2012 Bilangan 1 Tahun 2012 -- Edisi Ke 46

Disunting Oleh : Haji Rizal

Bulan Ramadhan adalah bulan suci yang penuh dengan keberkatan dan keutamaan. Orang mukmin dianjurkan untuk meraih sebaik-baiknya, dan sebanyak-banyaknya kesempatan dalam berbuat kebajikan apapun bentuknya. Bila kita menelusuri jejak Rasulullah saw dalam menyambut bulan suci Ramadhan ini, maka akan kita dapati:

Rasulullah SAW selalu bergegas memenuhi panggilan kebaikan, seperti solat berjemaah, solat sunat, mengeluarkan sedekah, membaca al-Quran dan sebagainya.

Rasulullah SAW bersabda :

“Apabila datang malam pertama bulan Ramadhan, dibelenggulah syaitan dan jin, ditutuplah pintu-pintu neraka, dan dibukalah pintu-pintu syurga, kemudian diserukan: wahai orang yang mendambakan kebaikan, datanglah!! dan wahai

orang yang tak suka kebaikan, bermalaslah!! (ertinya, engganlah memperbanyakkan amalmu). Dan sesungguhnya dalam bulan Ramadhan ini setiap malamnya Allah swt membebaskan orang-orang yang dikehendakiNYA dari api neraka”. (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi)

Rasulullah SAW sangat pemurah dan sangat gemar bersedekah serta memberi makan orang yang berpuasa. Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari ra, bahawa Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah, lebih-lebih pada bulan Ramadhan. Dilukiskan bahawa kebaikan beliau bagaikan hembusan angin yang lembut, membawa banyak kurnia, menabur kegembiraan di hati orang mukmin. Diriwayatkan pula bahawa beliau sangat penderma, bahkan tidak pernah menolak permintaan apapun yang diajukan ke beliau.

Rasulullah SAW Banyak berdoa, terutama ketika hendak berbuka puasa. Rasulullah SAW bersabda:

Jejak Rasulullah Menyambut Ramadhan

Disunting Oleh : M.N.Hafiza

Sebagai hadiah kemenangan umat Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan Allah SWT membalasnya dengan satu hari yang dinamakan ‘Idulfitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah SWT menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara‘ dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan. Ianya tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan- perayaan yang lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah SWT khusus kepada umat Islam.

Apakah adab dan perkara sunat menyambut kedatangan Hari Raya

Di antara adab-adab dan perkara-perkara sunat yang telah digariskan oleh Syara‘ untuk kita melakukannya ialah menghidupkan malam Hari Raya itu dengan melakukan amal-amal ibadat seperti mengutamakan sembahyang fardhu, membaca Al Quran, sembahyang sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan melakukan apa- apa jua bentuk perkara yang berkebajikan.

Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta‘ala telah berkata di dalam kitabnya Al-Umm: “Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya‘ban”.

Nabi s.a.w. bersabda;

“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban,

nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)

Takbir Raya

Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema. Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu, ianya lebih bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah SWT.

Ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita lakukan untuk melepaskan Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan ‘Idulfitri. Oleh sebab itu, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga

Persiapan Menyambut Syawal

Iftar Bersama Dato’ KPP

Salam Idulfitri: m/s 2

Program Ihya Ramadan PEKIP

Ibu Pejabat: m/s 6

Hadis 40 Al Imam Nawawi - Siri 1

m/s 7

Solat 34 minit Sehari m/s 8

Kandungan

… Lihat m/s 4

… Lihat m/s 3

Page 2: Risalah Pekip Bil 1 2012 Edisi46

R i s a l a h P e k i p | P e r s a t u a n K e b a j i k a n I s l a m P e n i l a i a n

2

Penaung & Penasihat:Dato’ Abdullah Thalith b. Md ThaniKetua Pengarah Penilaian

Yang Dipertua Pekip Pusat:Tn Hj Mohd Khairuddin b. Abd HalimPengarah Sektor Loji & Jentera

Setiausaha:Pn Nor Rafidah bt. AbdullahCik Norliza bt. NordinInstitut Penilaian Negara

Jawatankuasa Pekip Pusat

Bendahari:En Mohamad Zam Zam b. Abu(Ibu Pejabat)Pn. Raja Atthirah bt. Raja Ahmad(JPPH KL)

Timbalan Yang Dipertua:En Mohad Zamri b. AwangInstitut Penilaian Negara (INSPEN)

Lujnah Lantikan:Lujnah Kebajikan & Sosial:En Idzwan b. Izuddin - INSPEN

Lujnah Dakwah:Tn. Haji Ariffin b. Limat - (JPPH • KL)En Hasan Shakri b. Mohd Nor • (Inspen)

Lujnah HELWA:Pn Hajjah Mariyam bt. Jantan(JPPH KL)

Lujnah Penerbitan & Seranta:En Mohamed Noor Hafiza b. Mohamed Nordin - Ibu Pejabat JPPH

Lujnah Ekonomi:En Norhisham b. Shafie - (Ibu • Pejabat)En Mohd Ibrahim b. Musa - (JPPH • Putrajaya)

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar Walillahilham.

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kita telah menjalani tarbiyah Ramadhan selama sebulan dengan ibadat seperti puasa, sedekah, qiam, bacaan al-Quran, zakat dan fitrah kita diperintahkan untuk menyambut Hari Raya sebagai tanda kesyukuran dan meraikan kemenangan menewaskan hawa nafsu.

Semoga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmah puasa itu sendiri.

Suruhan berpuasa oleh Allah SWT adalah untuk membimbing manusia kejalan yang diredhai, selamat serta memperolehi takwa. Taqwa ertinya pelindung. Apa yang dimaksudkan dengan pelindung ialah pelindungan dari api Neraka.

Mudah mudahan masyarakat yang bertaqwa berjaya diwujudkan hasil daripada tarbiyah di bulan Ramadhan ini, InsyaAllah tidak akan berlaku kes-kes jenayah, rasuah, penipuan, pecah amanah dan sebagainya akan terhindar hasil dari didikan ramadan. Ini kerana punca kepada semua jenayah ini ialah kerana manusia tidak bertaqwa kepada Allah SWT. Manusia tidak nampak dan yakin adanya dosa dan pahala, syurga dan neraka.

Sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan “Eid Mubarak” kepada seluruh warga JPPH terutama kepada ahli PEKIP tingkatkan pengorbanan demi mencapai

keberkatan Allah SWT.

Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik-tolak kepada keyakinan kita bahawa al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW adalah panduan kita yang hakiki dalam semua segi kehidupan

kita.. Amin

Sekali lagi saya mewakilil seluruh Ahli Jawatankuasa PEKIP Pusat memohon maaf zahir dan batin serta salam eidulfitri 1433 hijrah kepada ahli pekip seluruh negara.

“Taqabballah minna waminkum”.

Tuan Haji Mohd Khairudin Bin Abd. HalimYang dipertua PEKIP Pusat

Salam Idulfitri

Menurut Al-Atsar (kata sahabat-sahabat dan orang terkemuka), antara lainnya ialah Ali r.a berkata, "Barangsiapa mengumpulkan padanya enam perkara, nescaya dia tidak meninggalkan dari mencari syurga dan lari dari neraka, iaitu;

1 - Dia mengenal Allah, lalu mentaatinya.2 - Dia mengenal syaitan, lalu mendurhakainya.3 - Dia mengenal kebenaran, lalu mengikutinya.4 - Dia mengenal kebathilan, lalu menjaga diri darinya.5 - Dia mengenal dunia, lalu menolaknya.6 - Dia mengenal akhirat, lalu mencarinya.

Umum Dan Semasa

Page 3: Risalah Pekip Bil 1 2012 Edisi46

R i s a l a h P e k i p | P e r s a t u a n K e b a j i k a n I s l a m P e n i l a i a n

3

Umum Dan Semasa

Sambungan : Persiapan Menyambut Syawalimam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya.

Dalilnya Firman Allah Ta‘ala: Tafsirnya: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (Surah Al-Baqarah : 185)

Mandi Sunat Idulfitri

Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dan Al-Fakih bin Sa‘d Radhiallahu ‘anhum bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah.

Memakai Pakaian Baru

Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok.

Diriwayatkan daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya : Maksudnya: “Bahawasanya Nabi SAW memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya.” (Hadits riwayat Al-Syafi‘e dan Al-Baghawi)

Makan dan Minum Sebelum Ke Masjid

Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata : Maksudnya: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil.” (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)

Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain dengan mengucapkan:

Ertinya: “Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya daripada

awak.”

Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi‘en (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi SAW) telah berkata (maksudnya): “Sahabat- sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila mereka berjumpa

di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain:

Ertinya: “Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya daripada awak.”

Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyari‘atkan di dalam Islam.

Ziarah Menziarahi

Amalan saling ziarah menziarahi terutama sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam.

Dalil yang menunjukkan pensyariatannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha, beliau berkata:

Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam masuk kepadaku, dan di sisiku ada dua orang anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian Bu‘ats. Lalu Baginda baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya, dan kemudian Abu Bakar masuk, lalu mengherdikku dengan berkata: “Seruling syaitan di sisi (di tempat) Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam!” R a s u l u l l a h S h a l l a l l a h u ‘alaihi wasallam m e n g h a d a p

kepada Abu Bakar lalu berkata: “Biarkan mereka berdua itu.” Melalui riwayat Hisyam Baginda menambah: “Wahai Abu Bakar, masing-masing kaum ada hari rayanya, dan hari ini adalah Hari Raya kita.” (Hadits riwayat Al-Bukhari)

Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-‘Asqalani menerangkan di dalam kitabnya Fath Al-Baari bahawa kedatangan atau masuknya Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu ke dalam rumah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan seolah-olah Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu datang sebagai pengunjung atau penziarah selepas masuknya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ke dalam rumah Baginda.

(Al-Fath Al-Baari, Juz 3, m.s. 116 & Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 31, m.s. 117)

Sehubungan dengan perkara ziarah menziarahi ini, adalah ditekankan kepada orang yang pergi berziarah supaya sentiasa komited terhadap etika ziarah yang ditetapkan oleh Islam. Umpamanya hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum masuk, tidak menghadapkan muka langsung ke arah pintu, menjaga adab kesopanan ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi, memilih waktu yang sesuai untuk berziarah dan sebagainya.

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sekali-kali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah Ta‘ala iaitu mendirikan sembahyang fardhu, dan kerana terlalu seronok jangan pula adanya berlaku perlanggaran batasan-batasan agama.

Apa yang di harapkan daripada sambutan Hari Raya sebenarnya bukannya semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi yang lebih penting dan lebih utama lagi ialah mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Semoga kita semuanya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kerana menghidupkan, membesarkan dan mengagungkan Hari Raya Idulfiri. RP

Sumber : Pejabat Mufti Negara Brunei DS. http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/ic2_1999.htm

Rasulullah SAW Bersabda yang bermaksud : “Dunia ini dipenuhi dengan perhiasan dan per-hiasan yang paling indah ialah wanita solehah.

(H.R. Muslim)

Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta‘ala telah

berkata di dalam kitabnya Al-Umm: “Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah

dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada

lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha,

malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu

Sya‘ban”.

Page 4: Risalah Pekip Bil 1 2012 Edisi46

R i s a l a h P e k i p | P e r s a t u a n K e b a j i k a n I s l a m P e n i l a i a n

4

Umum Dan Semasa

“Saat-saat berbuka adalah saat yang paling tepat dan mujarab bagi orang yang berpuasa untuk berdoa.” Dan doa yang selalu diucapkan ketika berdoa adalah “Ya Allah, hanya keranamu aku berpuasa, dan dengan rezekimu aku berbuka, telah hilang haus dan dahaga, maka tetap hauslah pahala bagiku, ya Allah!!”.

Rasulullah SAW Selalu tadarus (membaca al-Quran). Setiap malam bulan Ramadhan Malaikat Jibril as selalu datang menemui Rasulullah SAW dan bersama-sama membaca al-Quran, silih berganti. Hikmah tadarus Rasulullah SAW di antaranya adalah untuk mengajarkan umatnya agar rajin membaca al-Quran atau tadarus, terutama di bulan suci Ramadhan itu, di setiap waktu, apalagi di malam hari, dan ketika mengerjakan solat sunat malam (tahajud).

Meningkatkan ibadahnya terutama pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Hal ini dimana ianya dilaksanakan untuk meraih malam lailatul qadar. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda:

“Barangsiapa yang beribadah pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan harapan, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”

Seperti kita ketahui, bahawa ibadah pada malam ini sama nilainya dengan kita beribadah seribu bulan lamanya. Dan doa yang paling afdhal (paling utama) diucapkan pada malam itu adalah: “Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun dan Pemurah serta sangat suka memaafkan. Maka ampunilah kesalahan-kesalahan kami, ya Allah. (Allaahumma innaka ‘afuwwun kariim, tuhibbu al-’afwa fa’fu ‘annaa yaa kariim).

Diriwayatkan: barang siapa yang solat Maghrib dan Isya’ berjemaah pada malam Lailatul Qadar itu, maka ia telah mendapatkan sebahagian besar keutamaan malam Lailatul Qadar itu.

Riwayat yang lain mengatakan: “Sesiapa yang solat Isya’ berjemaah pada malam Lailatul Qadar itu, seakan-akan ia telah menghidupkan separuh malam tersebut dan bila ia menunaikan solat Subuhnya, maka ia telah menyempurnakan seluruh malam Lailatur Qadar tersebut”.

Itulah beberapa jejak Rasulullah saw pada bulan Ramadhan yang pada dasarnya beliau mengajarkan umatnya agar bersungguh-sungguh meraih kebaikan-kebaikan yang ada padanya dengan

berbuat ketaatan, kebaikan, ibadah, terutama ibadah-ibadah sosial, seperti menolong orang lain, meringankan beban hidup orang lain, menyantuni anak yatim dan orang-orang yang papa atau memberi makan orang yang akan berbuka puasa.

Di samping itu beliau juga mengajarkan umatnya agar menjauhkan diri dari perbuatan-perbuatan mungkar, makruh, dan mubah (perkara yang tidak mendapat pahala), apalagi yang haram. Bahkan beliau memperingatkan dengan sabdanya:

“Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan keji atau kotor (seperti berdusta, membicarakan orang lain atau mengadu domba), maka tidak ada ertinya puasanya itu, kecuali ia hanya merasakan lapar dan dahaga saja.”

Demikianlah, semoga Allah swt. menerima

dan melipatgandakan amal ibadah kita, dan semoga Allah swt memberikan kekuatan di dalam menjalankannya. Salawat serta salam kepada Nabi kita Muhammad saw. Walhamdulillahirabbil’aalamiin. RP

Sambungan dari m/s 1, Jejak Rasulullah Menyambut Ramadhan

Dari Abdurrahman Al-Anshari r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat

adalah banyaknya bacaan (ramai yang pandai membaca) dan sedikit di antara mereka yang mengerti agama, banyak umara’ (pemimpin)

tetapi ketenteraman berkurang." (Hadith Riwayat Thabrani).

“Ya Allah, sesungguhnya

Engkaulah yang Maha Pengampun dan

Pemurah serta sangat suka memaafkan. Maka ampunilah kesalahan-

kesalahan kami, ya Allah. (Allaahumma

innaka ‘afuwwun kariim, tuhibbu al-

’afwa fa’fu ‘annaa yaa kariim).

Dalil Puasa 6 SyawalAbu Ayyub al-Ansari ada

meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam

menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan,

kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa

sepanjang tahun”

( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh

sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa

hadith ini adalah hadith sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan

dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya

puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa

seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

Hadis ini bertepatan dengan firman Allah Taala, “Sesiapa yang membawa

amal kebaikan (pada hari Kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali

ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya.” (Al-An’am: 160).

Ini bermakna jika seseorang itu berpuasa selama sebulan / 30 hari

dan ditambah dengan puasa 6 dalam bulan Syawal, ia seolah-olah telah

berpuasa selama 360 hari atau satu tahun (mengikut kiraan Taqwim

Hijrah). Puasa enam boleh dilakukan secara berturut-turut atau berselang

hari, selagi mana kesemuanya dikerjakan dalam Bulan Syawal.

Wallahua’lam

Page 5: Risalah Pekip Bil 1 2012 Edisi46

R i s a l a h P e k i p | P e r s a t u a n K e b a j i k a n I s l a m P e n i l a i a n

5

Nukilan Dan Rencana

Ada pelbagai pendapat mengenai tanda-tanda malam Lailatul Qadar, dari yang benar hinggalah yang diada-adakan. Ada beberapa perkara yang didakwa berlaku pada malamnya, yang mungkin pernah kita dengar dari mereka-mereka yang mendakwa bertemu dengan Lailatul Qadar atau dari penceritaan semula. Di antaranya ialah pokok tunduk atau sujud, ikan di laut bergelimpangan di atas tanah, air sungai berhenti mengalir, malam yang sangat tenang dan sebagainya.

Menurut Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, “Pendapat terpilih berdasarkan himpunan dalil-dalil bahawa, dijadikan Lailatul Qadar itu tetap berlaku pada malam sepuluh akhir Ramadhan, kemudian pada malam ganjilnya, tidak ditetapkan melalui tanda-tandanya yang khusus, sebagaimana petunjuk dalil-dalilnya yang jelas. (Fathul Bari, 4/260)

Di dalam Kitab Fath al-Bari fi Syarh Sahih al-Bukhari menyebutkan ada 46 pendapat ulama mengenai bila berlakunya Lailatul Qadar.

Menurut Imam Syafie, Lailatul Qadar termasuk dalam 10 hari yang terakhir Ramadhan, pada malam yang ganjil iaitu malam ke 21. Imam Tirmizi menyatakan dalam kitabnya Sunan Tirmizi, bahawa Imam Syafie menyatakan; “Dan riwayat (hadis) yang paling kuat di antara hadis-hadis (tentangnya) pada pandanganku ialah ia pada malam dua puluh satu”. (Tuhfatul Ahwazi, juz 3, m/s 424).

Imam Abdul Razzaq telah meriwayatkan dalam kitabnya al-Musonnaf, bahawa Saidina Umar pernah memanggil para sahabat untuk membincangkan bilakah malam lailatul qadar, dan akhirnya mereka sepakat bahawa ia adalah pada sepuluh malam yang terakhir.

Berikut ini adalah tanda-tanda malam Lailatul qadar menurut hadith-hadith dan apa yang berlaku pada sahabat.

1 - Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lain.

“Sesungguhnya Kami telah

menurunkannya (Al-Qur’an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Surah AlQadr)

2 - Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak

ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)

Sebagaimana sebuah hadits, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam: “Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)” (Hadith Riwayat at-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)

3 - Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya

Dari Ubay bin Ka’ab r.a, bahawasanya Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda: “Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar..” (Hadith Riwayat Muslim)

6 - Bulan nampak separuh bulatan

Abu Hurairah r.a pernah bertutur: Kami pernah berdiskusi tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam,

beliau bersabda, “Siapakah dari kalian yang masih ingat apabila bulan muncul, yang berukuran separuh dulang.” (Hadith Riwayat Muslim)

5 - Udara dan suasana pagi yang tenang

Ibnu Abbas r.a berkata: Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda: “Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang

matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadith hassan)

6. Kadang-kadang terbawa dalam mimpi

Seperti yang kadang-kadang dialami oleh sebahagian sahabat Nabi radhiallahu ’anhum.

Syeikh Yusuf Khattar Muhammad menyatakan hikmah tidak ditentukan Lailatul Qadar secara jelas adalah supaya kita sentiasa melakukan ibadah kepada Allah pada setiap malam dalam bulan Ramadhan khususnya pada 10 malam yang terakhir.

“Carilah malam lailatul qadar pada sepuluh hari yang terakhir. Namun jika

salah seorang dari kamu tidak mampu, maka jangan sampai terlepas pada hari ketujuh yang terakhir.” (Hadith Riwayat Muslim)

Aisyah r.a mengatakan : “ Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, yang ertinya: “Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan” “ (Hadith Riwayat Bukhari 4/225 dan Muslim 1169). RP

Rujukan:

1 - Al-Nafahat al-Nuraniyah fi Fadhail al-Ayyam wa al-Layali wa al-Syuhur al-Qomariyah - Syeikh Yusuf Khattar Muhammad.

2 - Fath al-Bari bi Syarh Sohih al-Bukhari - Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin hajar al-Asqolani.

3 - Buletin al-madina edisi 390

Mencari Lailatul Qadar

Page 6: Risalah Pekip Bil 1 2012 Edisi46

R i s a l a h P e k i p | P e r s a t u a n K e b a j i k a n I s l a m P e n i l a i a n

6

Aktiviti PEKIP

Majlis Iftar Bersama KPP 1433HOleh : M.N.Hafiza

INSPEN 2, Bangi - Bersempena bulan Ramadan Al Mubarak ini PEKIP Pusat dengan kerjasama PEKIP Ibu Pejabat dan PEKIP INSPEN telah berjaya menganjurkan Majlis Iftar Bersama Y.Bhg Dato’ Abdullah Thalith bin Md. Thani, Ketua Pengarah Penilaian pada 7hb. Ogos 2012 bersamaan 18 Ramadan 1433Hijrah yang lalu.

Majlis bermula pada jam 6.30 petang di awali dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh qari daripada kakitangan Inspen dan ibu pejabat. Ketibaan tetamu jemputan adalah pada jam 6.45 petang terdiri dari cawangan dalam dan luar lembah kelang. Jumlah tetamu yang hadir bagi menjayakan Majlis Iftar ini adalah lebih dari 200 orang tetamu.

Tepat jam 7.00 malam diadakan majlis tahlil arwah dan diikuti dengan majlis berbuka puasa dan solat magrib berjemaah. Imam jemputan iaitu Al Fadhil Ustaz Fazrul Ismail Pengarah Eksekutif dari Syarikat Total Sucess Training and Consultancy.

Jamuan makan malam diadakan di pavillion secara buffet bagi memberi keselesaan kepada para jemaah menjamu selera berbeza dengan penganjuran yang lepas di buat di Balai Nur Iman.

Solat jemaah fardu isyak dan solat sunat terawih telah dilaksanakan manakala di pertengahan solat terawih diadakan tazkirah ringkas. Majlis berakhir jam 11.00 malam. RP

Majlis Tahlil Arwah dan doa selamat diketui oleh Ustaz Fazrul Ismail

Oleh : M.N.Hafiza

Putrajaya - Kedatangan bulan Ramadan yang barakah ini PEKIP Ibu Pejabat telah menyantuni khidmat sosial jabatan dengan melancarkan “Program Sumbangan Ikhlas Ramadan 1433 Hijrah”. Sebanyak RM1,553.50 sumbangan serta derma ikhlas berjaya di kutip daripada para dermawan pejabat ini.

Agihan sumbangan telah dipersetujui untuk diberikan kepada beberapa pertubuhan Islam dan tahfiz. Sumbangan terbesar diagihkan kepada Pertubuhan Kebajikan Al Kausar Bangi, Selangor (4491-11-SEL). Merupakan sebuah badan NGO yang mengambil tanggungjawab menjaga serta mengurus hal ehwal anak-anak yatim yang memerlukan penjagaan.

Manakala yang lain-lainnya ialah Asrama Darul Falah PERKIM, Kuala Lumpur, Tahfiz Darul Ulama, Kundang Selangor dan Anak Yatim PIKKEL, Kelantan. RP

Program Ihya Ramadan PEKIP Ibu Pejabat

Bergambar Bersama Anak-anak Yatim Al Kausar, Bangi

Tuan Haji Khairudin menyampaikan sumbangan PEKIP Ibu Pejabat kepada Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al Kausar Haji Razali bin Haji Basri

Barang keperluan harian yang di sumbang oleh PEKIP Ibu Pejabat

Page 7: Risalah Pekip Bil 1 2012 Edisi46

R i s a l a h P e k i p | P e r s a t u a n K e b a j i k a n I s l a m P e n i l a i a n

7

Al Hadis Dan Sirah

Pengenalan Hadis Empat Puluh

Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa daripada kalangan umatku yang menghafaz untuk umatku 40 hadis dalam urusan agama, pasti Allah akan membangkitkannya pada hari qiamat dalam golongan faquha’ dan ulama’.”

Dalam menjalani kehidupan dunia menuju akhirat, Allah SWT tidak membiarkan hambaNya terumbang ambing mencari pedoman. Selain Al-Quran, hadis Rasulullah SAW menjadi sumber kedua terpenting untuk dijadikan renungan, panduan serta bimbingan manusia kepada kesejahteraan hidup.

Koleksi hadis yang telah disusun oleh Imam Al-Nawawi (631 - 676H | 1233 - 1277M) dalam kitabnya Matan Arba’in (atau nama sebenarnya Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Sharif) mengandungi ciri-ciri keistimewaannya yang tersendiri iaitu:

Merangkumi semua perkara penting yang diperlukan • oleh setiap muslim dalam urusan dunia dan akhirat seperti aqidah, hukum-hakam, muamalat dan akhlak.

Himpunan hadis-hadis penting yang menjadi induk, • pegangan serta landasan Islam.

Himpunan hadis-hadis ini memang telah masyhur dan • ramai telah manghafaznya.

Selain Imam al Nawawi ramai juga alim ulama’ yang jumlahnya tidak terhitung telah mengarang kitab yang mengandungi 40 hadis buat tatapan serta panduan para muslimin dan muslimat.

Hadis 1 :

SETIAP AMAlAN BERgANTuNg KEPADA NIAT

Daripada Amirul Mukminin, Abu Hafs, Umar bin Al-Khattab RA, aku mendengar Nabi SAW bersabda : “Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk

mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.” (H.R Al-Bukhari dan Muslim)

ANTARA PENgAjARAN HADIS:

Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara’, tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik.

Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya’, menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.

Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.

Terdapat dua syarat amalan itu diterima serta diberi ganjaran setimpal oleh Allah SWT. Syarat tersebut adalah Ikhlas dan bertepatan dengan Sunah Rasulullah SAW. Yang dimaksudkan ‘ikhlas’ adalah membersihkan segala amalan daripada melakukannya kerana makhluk. Niat adalah neraca amalan batiniah manakala sunah adalah neraca amalan zahir.

Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.

Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.

Mengapa dunia dan wanita dijadikan perumpamaan oleh Rasulullah SAW? Jawapannya adalah kerana keduanya mengandungi fitnah serta godaan yang sangat dahsyat yang bakal menggugat amalan dan keimanan kita. RP

Hadis 40 - Imam Al-Nawawi : Siri 1

Imam Al-Bukhari Wafatnya Pada Malam IdulfitriTahukah kita bahawa seorang tokoh besar yang dikenali ramai akan kitab hadisnya telah wafat pada malam Idulfitri?

Beliaulah Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari penyusun Al-Sahih, Amirulmu’minin fil Hadith.

Dengan sanadnya Imam al-Zahabi meriwayatkan dalam Siyar `Alam al-Nubala’ (12/468) , bahawa Ibn `Adiy meriwayatkan daripada al-Bazzaz katanya:

“Al-Bukhari wafat pada Sabtu, malam Idulfitri, sekitar waktu Isyak, dan beliau dikebumikan pada hari Idulfitri selepas solat Zuhur. Kesemuanya ini berlaku pada tahun 256H, maksudnya beliau hidup selama 62 tahun..”

Moga Allah SWT merahmati Al-Imam, meluaskan kuburnya, dan menempatkan Al-Imam dalam SyurgaNya. Beliau pergi meninggalkan jasa yang amat besar kepada umat Islam seluruhnya.

Sehingga kini kitab hadisnya menjadi rujukan utama

pembelajaran hadis

Imam Al-Bukhari rahimahullah adalah salah seorang dari enam tokoh penghimpun hadits sahih yang paling terkenal, dengan kitab-kitab terkenal yang dikenali sebagai ‘Kutubu As-Sittah’ (kitab-kitab yang enam), iaitu: Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tirmizi, Imam Nasa’i, dan Imam Ibn Majah. Beliau berada pada tobaqah (peringkat) yang kelima dari Tabi’en. RP

Makam Imam Al Bukhari di Samarkand, Usbekistan

Page 8: Risalah Pekip Bil 1 2012 Edisi46

BIRO PENERBITAN | PEKIP PUSATJabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta | Kementerian Kewangan Malaysia

Aras 9 Perbendaharaan 2, No. 7 Pesiaran Perdana 62562 Putrajaya |Tel : 603 - 8888 9000Email : [email protected]

Hakikat Tudung WanitaTudung pada pandangan zahirnya melindungi rambut, dada serta tubuh kaum hawa dari fitnah dan juga bagi tujuan keselamatan sebagaimana firman Allah :

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (dari memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka...” (Surah An-Nur, Ayat 31)

“wahai nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri orang mukmin,”hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh

mereka.”yang demikian itu agar mereka mudah dikenali, sehingga mereka tidak diganggu dan Allah maha peng ampun, maha penyayang.” (surah al-ahzab ayat 59)

Disebalik suruhan Allah SWT dan Rasulullah SAW terkandung beberapa hikmah yang tersirat

“Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.”

Apakah maksudnya? “Tudung pada wajah”… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikannya adalah buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi.

“Tudung pada mata”… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang dan tidak memandang.

“Tudung pada suara”… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona lelaki lain. Dan akhir sekali...

“Tudung pada hati”… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, “Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar…” RP

Solat - 34 Minit SehariApabila kita melakukan sesuatu pekerjaan, kadang-kala kita terlalu sibuk sehinggakan kita jadikan ia alasan untuk melengah-lengahkan solat atau lebih teruk lagi, meninggalkannya terus. Jikadilakukan sedikit pengiraan, dalam sehari, kita perlu menunaikan solat:Subuh: 2 rakaat, Zuhur: 4 rakaat, Asar: 4 rakaat, Maghrib: 3 rakaat dan Isyak: 4 rakaat. Jadi jumlah keseluruhan adalah 17 rakaat sehari.Katakan seseorang itu secara puratanya mengerjakan solat lebih kurang 2 minit untuk setiap rakaat, maka jumlah masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari hanyalah mengambil masa 34 minit. Dalam sehari ada 24 jam bersamaan 1,440 minit. Jika dikira peratusan masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari, hanyalah 2.36%.Bagaimana pula dalam masa seminggu? 34 minit darab 7 bersamaan 238 minit. 238 minit bersamaan dengan 3.97 jam. Jika dikira dalam sebulan pula, katakan purata dalam sebulan ada 4 minggu.3.97 jam darab 4 bersamaan dengan 15.88 jam.Dalam setahun pula, 15.88 jam sebulan darab dengan 12 sama dengan 190.56 jam. 190.56 jam ini jika ditukarkan kepada unit hari adalah bersamaan dengan 7.94 hari. Rupanya dalam setahun, masa kita untuk sembahyang

hanyalah lebih kurang 8 hari.Kita kira dari segi purata umur manusia pula. Katakan purata umur seseorang adalah sehingga 60 tahun. Umur 10 tahun merupakan umur seseorang mencapai akil baligh dan sudah mula wajib untuk menunaikan solat. Ini bermakna, seseorang yang berusia 60 tahun perlu bersolat selama 50 tahun. Jika dalam setahun, masa yang diambil untuk menunaikan solat hanyalah 7.94 hari, maka dalam tempoh waktu 50 tahun, masa yang diambil

untuk menunai solat hanyalah 397 hari. 397 hari lebih kurang bersamaan 1 tahun 1 bulan.Bayangkan dalam sepanjang umur kita, Allah hanya menyuruh kita menggunakan 1 tahun 1 bulan dari keseluruhan umur 60 tahun kita untuk menunai solat. Itupun kadangkala masa solat kita kurang kerana uzur, jama’, kurang 2 rakaat untuk solat Jumaat. Jika difikirkan kembali, 34 minit sehari adalah sangat singkat. Tengok wayang 2 jam, shopping berjam-jam, 34 minit tu tak luak pun masa 24 jam kita untuk

sehari. Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbaiki solat kita dan menghargai masa 34 minit itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh khusyuk. RPhttp://mr-tazkirah.blogspot.com/2011/07/34-minit-sehari.html

Subhanallah... Rupanya dalam setahun (365hari), masa kita untuk sembahyang

hanyalah lebih kurang 8 hari.

Tahukah anda..!