inspirasi bil 2.indd

32
BIL : 11 JULAI - DISEMBER 2012 ISSN 2232-0555 Sistem e-IPR Pemangkin Kepada Pendedahan Rekacipta Warga Ms 6 Perkhidmatan Pinjaman SAMSUNG Galaxy Tab di PTSL Ms 8 Sistem Pengurusan Kualiti Perpustakaan UKM Ms 11 Kajian Perkhidmatan Peranti Mudah Alih (Mobile Devices) di Perpustakaan PPUKM Ms 12 Selamat dan Sihat di Tempat Kerja Ms 14 Promosi Bantu Tingkat Kesedaran 5S di kalangan Warga Perpustakaan Ms 4 Audit Dalaman 5S - SISIH Ms 5 Latihan Pelaksanaan Amalan 5S Perpustakaan UKM Ms 5

Upload: lynhan

Post on 15-Jan-2017

270 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Inspirasi bil 2.indd

BIL : 11 JULAI - DISEMBER 2012 ISSN 2232-0555

Sistem e-IPR Pemangkin

Kepada Pendedahan

Rekacipta Warga Ms 6

Perkhidmatan Pinjaman

SAMSUNG Galaxy Tab di

PTSL Ms 8

Sistem Pengurusan Kualiti

Perpustakaan UKM Ms 11

Kajian Perkhidmatan Peranti Mudah Alih

(Mobile Devices) di Perpustakaan PPUKM

Ms 12

Selamat dan Sihat di Tempat Kerja

Ms 14

Promosi Bantu Tingkat Kesedaran 5S di kalangan Warga Perpustakaan Ms 4

Audit Dalaman 5S - SISIH Ms 5

Latihan Pelaksanaan Amalan 5S Perpustakaan UKM Ms 5

Page 2: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 2

Ketua EditorShahruddin Shafri

Sidang Editor Azlan Mohamad HamzahMohd Rajak TelimikNorbaizura MalekNorliah SukarnoNoor Farhana Mohd SalehRosnah AhmadShamsudin Ibrahim

Reka LetakRusiah Husin

Abu Bakar Maidin (Ketua Pustakawan)Hafsah Mohd (Ketua Pembangunan Sumber)Noraini Omar (Ketua Pengurusan Perkhidmatan)Rosnah Suliman (Ketua Perpustakaan Pusat Perubatan UKM)Rohaya Umar (Ketua Perpustakaan Dr. Abdul La ff )Aripah Mohamed (Ketua Perpustakaan ATMA)Anna Kustyana Mukandar (Ketua Perpustakaan Undang-Undang)Zaidah Sulaiman (Ketua Perpustakaan Lingkungan ke 2)Azmah Ishak (Timbalan Ketua Pustakawan)Lela Ruzma Mohd Shaari (Timbalan Ketua Pustakawan)Rosnah Yusof (Timbalan Ketua Pustakawan)Wan Suhaimi Ariffi n (Timbalan Ketua Pustakawan)Hazmir Zainal (Timbalan Ketua Pustakawan)

Fotografi Bahagian Koleksi Media

PercetakanPenerbit UKM

Sidang Editor INSPIRASI amat mengalu-alukan sumbangan ar kel, berita atau rencana mengenai pengurusan maklumat dan keilmuan. Sila hantarkan berita atau ar kel kepada:

Editor INSPIRASI Perpustakaan Tun Seri Lanang43600 UKM Bangi, Selangor Darul EhsanTel: 03-89215021Emel: [email protected](Ketua Editor)

PENGURUSAN PERPUSTAKAAN UKM

Sekapur Sirih Seulas PinangAssalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Sidang Editor INSPIRASI di atas kesempatan memberikan kata-kata aluan di sini.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang tahun 2012 oleh warga Perpustakaan UKM. Antaranya termasuklah aktiviti-aktiviti kualiti, kemasyarakatan, promosi perkhidmatan, pengembangan ilmu dan kemahiran di kalangan pelajar dan juga kakitangan.

Melalui aktiviti-aktiviti seperti ini, saya percaya, warga Perpustakaan berpeluang mengenali satu sama lain dengan lebih dekat lagi sama ada dengan pelanggan mahupun kakitangan. Interaksi begini tentunya akan membina semangat bekerja

berpasukan dengan lebih baik lagi di kalangan kakitangan, manakala interaksi dengan pelanggan pula ianya akan meningkatkan persefahaman antara kakitangan dengan pelanggan.

Hubungan yang baik antara kakitangan dengan pelanggan boleh menarik kunjungan pelanggan ke perpustakaan. Tiap tahun perpustakaan memantau statistik kunjungan ke perpustakaan sama ada secara fi zikal mahupun maya. Kedua-dua statistik ini penting untuk dipantau bagi menilai keberkesanan perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan.

Statistik beberapa tahun menunjukkan berlakunya penurunan dalam kunjungan fi zikal, bagaimanapun statistik penggunaan maklumat digital terus meningkat. Saya berharap semua warga Perpustakaan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan berusaha agar kedua-dua statistik kunjungan berkenaan meningkat.

Beberapa perkhidmatan digital yang baru telah diperkenalkan seperti e-klik, JetP, sistem e-Rak, pinjaman SAMSUNG Galaxy Tab, PTSL-JCP, dan TEMAN mampu meningkatkan imej dan statistik kunjungan maya ke Perpustakaan. Tahniah, semoga usaha-usaha kreatif yang berinovasi seperti ini akan diteruskan.

Saya amat berharap agar semua warga perpustakaan mewujudkan hubungan yang baik dan berkesan dengan pelanggan, di samping meningkatkan lagi usaha mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di perpustakaan. Janganlah ada warga perpustakaan berfungsi seperti nila, yang mana walaupun setitik, tetapi menjejaskan perkhidmatan dan nama baik perpustakaan serta universiti.

Sekian

Tuan Haji Abu Bakar MaidinKetua Pustakawan UKM

Sekian

WARGA KERJA INSPIRASI

Page 3: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 3

KANDUNGANHalamanSEMASA

Promosi Bantu Tingkat Kesedaran 5S di kalangan Warga Perpustakaan

Audit Dalaman 5S – Sisih

Latihan Pelaksanaan Amalan 5S Perpustakaan UKM

ARTIKEL PILIHAN

Sistem e-IPR Pemangkin Kepada Pendedahan Rekacipta Warga UKM

Perkhidmatan Pinjaman SAMSUNG Galaxy Tab Di PTSL

Tan Sri Abdul Kadir Yusof : Pencetus Idea Penubuhan Fakulti Undang-Undang UKM

Strategi Perkongsian Sumber Maklumat

Sistem Pengurusan Kualiti Perpustakaan UKM

Kajian Perkhidmatan Peranti Mudah Alih (Mobile Devices) Di Perpustakaan PPUKM

Selamat Dan Sihat Di Tempat Kerja

Coretan Penganjuran Syarahan Tun Seri Lanang

BERITA BERGAMBAR

BENGKEL/SEMINAR

Ceramah Inovasi Di Perpustakaan UNISZA- Inovasi Penggerak Kecemerlangan Organisasi

KIK SAVE Berentap di Separuh Akhir Pertandingan Kumpulan Kreatif & Inovatif UKM Ke-17

Bengkel Jurnal Terindeks Dan Berimpak Tinggi 2012

Bengkel Pemantapan Perkhidmatan Rujukan

Bengkel Research Outcome Opportunity (ROO)

Asia Pacific (APAC) 2012 Scival User Conference

BERITA PERPUSTAKAAN CABANG

Ibadah Korban PUU 2012

Hari Menghargai Pelanggan 2012

Hari Menghargai Pelanggan di PDAL Meriah

Memperkasa Perkhidmatan Seiring Kedatangan Pelajar Baru KKL

Kiosk Komuniti Psikiatri Beroperasi Di Perpustakaan PPUKM

Lawatan Ke Perpustakaan Sultanah Zanariah, UniversitiTeknologi Malaysia (UTM) Dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor Untuk Perkongsian Amalan Terbaik

Hari Menghargai Pelanggan PATMA 2012

Real Married Menentang Bachelorna

Hari Keluarga Perpustakaan UKM Erat Ukhuwah

KKWP Rai Anak Yatim Sempena Ramadan

Jamuan Hari Raya Perpustakaan Meriah

BERITA KAKITANGAN

RUANGAN KKWP

9

12

10

21

25

22

25

27

26

18

26

14

24

28

11

Dari Meja Ketua EditorAssalamualaikum wbt.

Pergi ke hutan mencari halia;Bawa bersama sebiji raga,Amalan 5S amalan mulia;Menjamin pekerjaan aman sejahtera.

Cantik dihias sebuah raga;Hendak diisi manisan halwa,Kebersihan persekitaran perlu dijaga;

Itulah tanggungjawab kita bersama.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT dengan izinNya, Berita Perpustakaan: Inspirasi kembali menemui pembaca dengan beberapa artikel menarik, maklumat dan berita dalam persekitaran Perpustakaan UKM. Untuk keluaran kali ini, pelbagai artikel, berita dan maklumat dari bulan Julai sehingga Disember 2012 telah dikumpul dan dipilih untuk didokumenkan sebagai bahan maklumat bertulis untuk dikongsi bersama.

Keluaran kali ini mengetengahkan aktiviti Amalan 5S di perpustakaan dan menjadi tema utama penerbitan. Dalam usaha Perpustakaan UKM mendapatkan pensijilan 5S dari MPC, pelbagai aktiviti dan program telah disusun dan dilaksanakan. Sehubungan dengan itu 3 artikel yang menyentuh amalan 5S telah dipilih dan ditulis oleh pustakawan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti ini. Di antaranya promosi, audit dalaman dan latihan. Semoga artikel yang disiarkan ini dapat memberi maklumat dan gambaran jelas tentang amalan 5S di perpustakaan.

Alhamdulillah untuk keluaran kali ini juga, artikel pilihan telah bertambah dengan kadar memberangsangkan hasil dari gerak kerja sidang redaksi membuat tindakan susulan. Terima kasih kepada rakan-rakan pustakawan yang sudi berkongsi maklumat dan pengetahuan dalam penulisan kali ini, walaupun seolah-olah ‘ada unsur paksa dalam rela”. Mudah-mudahan usaha-usaha mereka akan diberkati dan dapat dicontohi oleh rakan-rakan yang lain. Di antaranya ialah Sistem e-IPR Pemangkin kepada Pendedahan Rekacipta Warga UKM, Perkhidmatan Pinjaman SAMSUNG Galaxy Tab di PTSL, Sistem Pengurusan Kualiti Perpustakaan dan Perkhidmatan Peranti Mudah Alih (Mobile Devices) di Perpustakaan : Satu Kajian.

Keluaran kali ini juga menampilkan pelbagai berita dan aktiviti anjuran perpustakaan, aktiviti KKWP, lawatan penandaarasan, lawatan dari luar, berita bergambar, berita sedih, berita gembira dan lain-lain. Semoga maklumat yang disiarkan ini akan menjadi bahan dokumen kenangan seumur hidup bagi warga perpustakaan.

Akhir kalam mewakili Sidang Redaksi Berita Perpustakaan : Inspirasi ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang berita dan artikel serta Jawatankuasa Penerbitan Inspirasi, Pihak Pengurusan Tertinggi dan semua rakan-rakan dan kakitangan semua. Semoga amal jariah ikhlas tuan puan walaupun sedikit akan menjadi amalan terbaik di hari esok. Saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan dalam keluaran kali ini. Pihak kami sedia menerima teguran, cadangan dan komen bernas dari semua pihak.

Alam maya indah berseri,Meniti senja pelangi hiasan;Bagaimana cara mendidik diri,Menjadi insan yang berwawasan

Wassalam.

6

4

5

5

8

19

19

20

23

24

29

29

29Shahruddin ShafriKetua Editor

Angin bertiup dedaun berlari,Mentari senja bersinar indah;Janganlah terlalu lekakan diri,Amalkan perkara yang berfaedah.

Page 4: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 4

Promosi Bantu Tingkat

Kesedaran 5S dikalangan Warga Perpustakaan

HARITH FARUQI SIDEK

Artikel Semasa

S alah satu wadah yang dapat membantu menjayakan sesebuah program yang melibatkan

khalayak yang ramai ialah melalui program promosi, justeru program 5S yang dilaksanakan oleh Perpustakaan UKM turut menyusun aktiviti promosi seusai tertubuhnya jawatankuasa yang khusus untuk tujuan ini.

Aktivti promosi bermula dengan rekacipta logo yang dihasilkan daripada percambahan ilham di kalangan ahli jawatankuasa serta mendapat sentuhan seni dari Encik Mohd Farid Zainal Azman.

Pada masa yang sama, sebuah laman web juga dibangunkan khusus memuatkan maklumat berkaitan aktiviti 5S Perpustakaan UKM. Laman web ini dipautkan ke laman web rasmi Perpustakaan UKM bagi memudahkan warga perpustakaan mendapat capaian, walaubagaimanapun, laman web ini boleh dicapai terus dari URL, https://sites.google.com/site/amalan5sperpustakaanukm/galeri-gambar.

Puan Siti Wahida Amanullah dari Bahagian Koleksi Asia Tenggara dan Dokumen yang mempunyai pengalaman sebagai webmaster telah diberi peranan yang sama untuk membangunkan dan menyelenggara laman web tersebut.

Ahli Jawatankuasa turut menerbitkan sebuah video 5S yang turut dijadikan sebagai gimik perasmian program 5S perpustakaan UKM. Ahli Jawatankuasa turut memanfaatkan saluran ‘Youtube’ Perpustakaan UKM yang boleh dicapai diseluruh dunia dengan memuatnaik video promosi tersebut.

Jawatankuasa pro mosi akan terus melaksanakan aktiviti yang diamanahkan sehingga perpustakaan berjaya mendapat persijilan 5S yang

PERPUSTAKAAN UKM

SERAGAM

SUSUN

SAPUSENTIASA AMAL

SISIH

SERAGAM

Logo 5S Perpustakaan UKM

Laman Web aktiviti 5S Perpustakaan UKM

Video promosi 5S perpustakaan yang telah dimuatnaik di saluran youtube

dijangka akan diperolehi sekitar awal tahun 2014 .

Page 5: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 5

A udit Dalaman 5S peringkat Sisih telah dijalankan di Perpustakaan UKM pada 26-27 November 2012. Sebanyak 12 Zon 5S Perpustakaan UKM terlibat

dalam sesi audit ini kecuali Perpustakaan PPUKM dan Perpustakaan Lingkungan Kedua. Pasukan auditor terdiri daripada 16 warga Perpustakaan iaitu gabungan antara pustakawan dan kakitangan sokongan. Sebelum menjalankan sesi audit, pasukan auditor telah mengadakan mesyuarat pada 19 November 2012 bagi perancangan aktiviti, membangunkan kriteria audit dan berkongsi pandangan bagaimana audit ini akan dijalankan.

Berbekalkan garis panduan 5S Perpustakaan UKM, kriteria audit dan sedikit ilmu semasa mengikuti beberapa siri ceramah dan bengkel 5S, kumpulan auditor secara berpasangan telah melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan jayanya. Seterusnya mesyuarat penyelarasan di kalangan auditor telah diadakan pada 28 November 2012 bagi membincangkan penemuan audit dan rasional pelekat 5S Sisih diberikan kepada zon. Memandangkan program 5S adalah perkara baru di Perpustakaan UKM, memang diakui terdapat kekurangan di sana sini termasuklah kapabiliti pasukan audit yang menjalankan amanah secara learning by doing.

Hasil penemuan audit telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Pemandu 5S pada 14 Disember 2012. Secara keseluruhan, 9 Zon telah mencapai peratusan markah melebihi 70% yang mengambarkan budaya 5S Sisih telah diamalkan walaupun masih terdapat ruang-ruang kecil untuk penambahbaikan. Dalam mesyuarat ini, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dan diputuskan oleh Jawatankuasa Pemandu 5S telah dibentangkan termasuklah aktiviti Audit Susulan Sisih.

Walaupun pada peringkat awal Audit Susulan ke atas pelekat 5S Sisih dijadualkan pada 17-18 Disember 2012, tarikh ini telah ditunda kepada 20-21 Disember 2012 bagi membolehkan warga Perpustakaan memberikan fokus kepada Audit Persijilan SIRIM Peringkat 2. Seterusnya, Jawatankuasa Audit Dalaman 5S akan mengadakan mesyuarat bagi menyelaraskan hasil audit susulan pelekat sisih pada 10 Januari 2013 dan menyediakan pelaporan kepada Jawatankuasa Pemandu selepas sesi tersebut.

Pihak Jawatankuasa Audit Dalaman 5S ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada warga Perpustakaan dan Jawatankuasa Pemandu 5S di atas segala panduan dan kerjasama yang baik semasa sesi audit ini dijalankan. Adalah diharapkan segala kerjasama, teguran dan cadangan penambahbaikan dapat dimajukan kepada kami dalam usaha melaksanakan tugas ini dengan jayanya, InsyaAllah.

Audit Dalaman 5S – SISIHSISIHSHAMSUDIN IBRAHIM

Fasa sisih meliputi semakan di dalam laci kakitangan

Artikel Semasa

T aklimat Pelaksanaan Amalan 5S Perpustakaan UKM telah

dikendalikan oleh pihak Intergrated Kaizen Sdn. Bhd. pada 30 April 2012. Matlamat utama taklimat ini adalah untuk memberi penerangan mengenai langkah awal yang perlu dilakukan oleh warga perpustakaan dalam pelaksanaan Amalan 5S. Peserta taklimat adalah terdiri daripada wakil setiap bahagian dan perpustakaan cabang.

Lanjutan daripada taklimat yang telah diberikan, Jawatankuasa Kerja Latihan telah menganjurkan Bengkel Pelaksa-

naan Amalan 5S pada 16-17 Julai 2012. Peserta bengkel adalah terdiri daripada koordinator, setiausaha jawatankuasa pemandu, pengerusi setiap jawatankua-sa kerja, fasilitator, ketua dan setiausaha zon 5S. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pen-getahuan kepada para peserta mengenai Sistem 5S serta tugas dan tanggung-jawab mereka dalam melaksanakan 5S.

Kursus Audit Dalaman 5S pula telah dilaksanakan pada 30-31 Oktober 2012 bagi penerangan mengenai kaedah mengaudit Amalan 5S yang telah dilaksanakan oleh setiap zon.

Peserta kursus adalah terdiri daripada koordinator, setiausaha jawatankuasa pemandu, juruaudit dalaman 5S yang telah dilantik, ketua dan setiausaha zon.

Semua latihan yang telah dijalankan sangat membantu warga Perpustakaan UKM terutamanya ketua dan setiausaha Zon dalam melaksanakan Amalan 5S. Semoga Pelaksanaan Amalan 5S Perpustakaan UKM akan menjadi satu budaya buat semua warganya dan seterusnya mendapat persijilan 5S yang diharapkan.

Latihan Pelaksanaan Amalan 5S Perpustakaan UKM

ASMANY AZA AHMAD

a

a

a “SEIRI”“SEIRI”

Page 6: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 6

Artikel Penulis Jemputan

Sistem e-IPR Pemangkin Kepada Pendedahan Rekacipta Warga

Latar Belakang

P embangunan sistem e-Intellectual Property Rights (e-IPR) telah bermula semenjak tahun 2007 lagi iaitu semasa aktiviti berkaitan inovasi diuruskan di Pusat

Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM). Apabila Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK) ditubuhkan pada tahun 2010, usaha tersebut makin rancak berjalan dan akhirnya dengan bantuan profesional pihak Pusat Teknologi Maklumat (PTM), maka sistem tersebut telah mula digunapakai di UKM pada 11 November 2011.

Sebelum sistem ini dibangunkan permohonan bagi perlindungan harta intelek UKM dilakukan secara pengisian borang (manual). Selain itu maklumat berkaitan harta intelek dan status setiap satunya disediakan dalam perisian Microsoft word. Ini menyukarkan urusan pengemaskinian dan pencarian sesuatu data. Begitu juga dengan pelaporan dilakukan secara manual dan perlu disemak dari fail fi zikal untuk pengesahan.

Era Baru Sistem Atas Talian e-IPRSistem ini berupaya mengubah sistem pengurusan harta intelek cara lama kepada kaedah yang lebih sistematik dan canggih kerana keseluruhan proses boleh dilakukan di atas talian, seperti berikut:

i. permohonan perlindungan harta intelek;

ii. kemasukan maklumat permohonan baru secara automatik termasuk penjanaan nombor fail fi zikal;

iii. pengemaskinian status harta intelek secara automatik termasuk maklumat pembayaran;

iv. pelaporan yang cepat dan tepat; dan

v. pencarian data yang mudah.

Sistem ini telah memudahkan perekacipta untuk memohon serta menyemak status semasa untuk setiap permohonan perlindungan harta intelek. Perekacipta juga boleh menyemak bilangan harta intelek yang telah mereka atau kumpulan mereka hasilkan. Selain itu, pihak pengurusan atasan UKM (Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Pendaftar dll) boleh terus mengakses sistem untuk mendapatkan maklumat terkini, tidak mengira masa dan tempat.

Sistem ini juga telah memudah dan menjimatkan masa kakitangan PIK untuk menyediakan pelaporan yang tepat dan cepat.

Kebaikan Sistem 1. Kesan kepada penjimatan masa/kos/sumber manusia

Perekacipta tidak lagi perlu menghubungi PIK untuk mendapatkan maklumat mengenai status permohonan mereka atau pun status harta intelek yang telah difailkan.

Sistem ini menjimatkan masa, tenaga dan kertas apabila permohonan perlindungan harta intelek boleh dilakukan secara atas talian.

2. Pelaporan dan Data

Sistem ini berupaya menyimpan data yang banyak. Bilangan permohonan perlindungan harta intelek yang bertambah setiap tahun membolehkan data disimpan dengan baik dan maklumat yang tepat diperolehi. Data untuk pelaporan juga menjadi semakin mudah.

TENGKU NOR KIRANA BT. TENGKU M.Y ANUARMOHD SYUKRI B. ISMAIL

Paparan muka hadapan sistem e-IPR v.1.003

Contoh Pelaporan Harta Intelek

The National Universityof Malaysia

Page 7: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 7

Artikel SemasaRumusanSistem e-IPR berupaya mengumpul dan menyimpan secara digital dan sistematik semua maklumat mengenai harta intelek UKM. Ia menjadi tempat penyimpanan data harta intelek yang komprehensif.

Data terkumpul tersebut pula telah diformatkan dalam bentuk yang membolehkan pelaporan dapat disediakan seperti yang diminta setiap tahun oleh pihak yang berkepentingan seperti KPT, MOSTI dan lain-lain.

e-IPR ini turut memudahkan warga UKM untuk memohon perlindungan harta intelek secara atas talian dan menyemak status harta intelek mereka.

PIK melakukan penambahbaikan sistem ini dari masa ke semasa dengan bantuan pihak PTM, termasuk untuk

melengkapkan sistem supaya promosi produk UKM kepada pihak luar boleh dilakukan melalui sistem ini.

e-IPR juga merupakan salah satu pengukur prestasi kakitangan mulai penilaian prestasi tahun 2012 (selain dari e-Inovasi).

Sistem e-IPR ini boleh dilayari di www.ukm.my/ipr. Kepada warga UKM yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai sistem ini atau mengenai harta intelek dan pengurusan perlindungannya, sila hubungi kami di [email protected] / [email protected] atau telefon samb. 4117.

TENGKU NOR KIRANA BT. TENGKU M.Y ANUAR, Penolong Pendaftar/Pengurus Harta Intelek, Pusat Inovasi Kolaboratif UKM.MOHD SYUKRI B. ISMAIL, Pegawai Penyelidik Sosial/Eksekutif Korporat, Pusat Inovasi Kolaboratif UKM.

D alam kehidupan, sering berlaku perkara yang tidak

kita sangka. Malahan,perancangan dan jangkaan kita kadangkala tersasar dari realiti atau takdir yang dipersembahkan kepada kita. Hakikatnya, seandainya kita menghulurkan bantuan atau melakukan kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupunyang membalasnya bukannya orang yang menerima bantuan atau kebaikan itu sendiri.

Ingin dikongsikan di sini satu pengalaman seorang fasilitator latihan & motivasi. semasa mengendalikan satu program di sebuah organisasi korporat. Apabila ditanya tentang harapan atau expectation pada pihak pengurusan atau organisasi tempat bekerja, salah seorang staf yang mengikuti sesi tersebut menyatakan; “Saya tidak mempunyai apa-apa harapan terhadap organisasi ini.”“Mengapa?” balas fasilitator tersebut.“Dari pemerhatian saya, organisasi ini penuh dengan kaki bodek dan kaki ampu. Sedangkan orang yang bekerja secara ikhlas diketepikan, tidak dihargai dan tidak menerima ganjaran yang wajar. Saya bukan orang yang

bermuka-muka. Saya tak

pandai nak ampu bos atau orang atasan. Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Peserta berkenaan merupakan antara staf paling senior di organisasi tersebut. Pengalamannya di organisasi tersebut mencakupi puluhan tahun. Malahan, itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan memandangkan beberapa bulan lagi beliau akan bersara.

Semasa waktu rehat, sambil minum-minum, fasilitator tersebut bertanya kepadanya, “Anak-anak masih bersekolah atau sudah bekerja?” Tidak disangka soalan tersebut membawa keceriaan pada wajahnya. Staf tersebut menceritakan bahawa semua anak-anaknya sudah bekerja. Anak-anaknya kini bertugas sebagai doktor, jurutera, dan pensyarah. Malah seorang anaknya telah menjadi hafi z. “Alhamdulillah semua anak-anak saya ‘menjadi’.

Lantas fasilitator tersebut terpanggil untuk bertanya lagi, “Jika diberi pilihan,antara anak-anak yang ‘menjadi’ dan berjaya dalam karier mereka, atau anda dapat naik pangkat dengan gaji lebih, mana satu yang dipilih?”

Dengan pantas beliau menjawab, “Tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi, biarpun saya tidak naik gajiatau berpangkat besar. Anak-anak adalah harta yang paling berharga!” Jawapan itu membuatkan fasilitator tersebut tersenyum sambil berkata, “Sebenarnya keikhlasan dan kegigihan awak bekerja dalam organisasi ini

Motivasi

Bersambung di halaman 15...

telah pun mendapat ganjaran, tapi bukannya melalui kenaikan gaji atau pangkat, tapi melalui ganjaran yang lebih bermakna. Keikhlasan bekerja itu telah dibalas melalui kejayaan dan pencapaian anak-anak.” “Tidak pernah saya terfi kir begitu,” kata beliau. “Ada kalanya takdir dan kejadian yang Tuhan persembahkan terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh minda kita. Jadi kita perlu yakini, what you give, you’ll get back.

Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.” ujar fasilitator tersebut. Terus staf tersebut bertanya pula “Maksudnya balasan atau ganjaran itu tidaksemestinya datang terus daripada orang atau pihak yang kita berikan kebaikan itu?” tanya staf tersebut. “Benar” jawab fasilitator tersebut. “Maknanya kebaikan itu saya lakukan di tempat kerja, tapi pembalasan Allah bukanmelalui ganjaran pada pekerjaan saya, sebaliknya diberikan dalam rezeki kejayaan anak-anak & keluarga, begitukah maksudnya?”“Ya, sesungguhnya ketentuan Ilahi kadangkala terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad,

Keikhlasan Bekerja

Page 8: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 8

Artikel Semasa

S elaras dengan perkembangan penggunaan SAMSUNG Galaxy Tab dan ipad dewasa ini, Perpustakaan

UKM turut tidak mahu ketinggalan dalam menyediakan perkhidmatan pinjaman SAMSUNG Galaxy Tab kepada para pelanggannya. Di PTSL sebanyak lapan unit SAMSUNG Galaxy Tab telah diperuntukkan untuk kegunaan pelanggan perpustakaan. Perkhidmatan ini telah ditawarkan sejak bulan September 2012 dan beroperasi di Meja Penasihat Pembaca di bawah pengurusan Bahagian Perkhidmatan Maklumat. Sehingga bulan Disember 2012 seramai 66 orang pelanggan telah membuat pinjaman kepada peranti ini. Pinjaman boleh dibuat dari jam 9 pagi hingga 4 petang secara percuma

Perkhidmatan Pinjaman SAMSUNG Galaxy Tab di PTSL

SHAIZIMAH BADZRI

dan tempoh pinjaman dihadkan kepada dua jam sahaja bagi setiap peminjam. Perkhidmatan ini telah mendapat maklum balas yang baik daripada pelanggan yang rata-ratanya gembira dengan perkhidmatan baru ini. Namun kadang-kadang terdapat juga rungutan kecil apabila penggunaan tab ini tidak dapat dimaksimumkan ketika rangkaian wifi kurang memuaskan. Apa-apa pun kita harus berbangga kerana PTSL telah menjadi perintis kepada perkhidmatan yang diminati ramai ini dan berjaya memberi peluang kepada pelanggan yang ingin merasai penggunaan SAMSUNG Galaxy Tab.

Pelanggan perlu mengisi borang untuk pinjaman Galaxy Tab (atas)

Pustakawan bertugas menyerahkan Galaxy Tab untuk pinjaman (kiri)

Ilustrasi karikatur oleh Mohd A iq Suimeyami (PUU)

Page 9: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 9

Artikel Pilihan

F akulti Undang-Undang UKM telah ditubuhkan pada 1 Februari 1984,

namun idea penubuhannya telah dilontarkan 14 tahun sebelum penubuhannya. Idea penubuhan sebuah Fakulti Undang-Undang di  Universiti Kebangsaan telah disyorkan oleh Peguam Negara pada ketika itu, Tan Sri Abdul Kadir Yusof. Tan Sri Abdul Kadir berkongsi idea tersebut ketika merasmikan Perkhidmatan Biro Bantuan Guaman yang beroperasi di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Antara asas kepada cadangan beliau itu adalah, ianya dapat membantu perkembangan Universiti Kebangsaan yang pada ketika itu baru beroperasi dengan

tiga buah fakulti perintis, Fakulti  Islam, Fakulti Sastera dan Fakulti  Sains. 

Pada masa yang sama, sejajar dengan matlamat penubuhan UKM yang memartabatkan Bahasa Kebangsaan, Tan Sri Abdul Kadir turut menegaskan bahawa aliran kebangsaan yang ada di UKM akan membantu dalam menyediakan pengamal undang-undang yang mahir apabila tiba saatnya Bahasa Kebangsaan bakal digunakan sepenuhnya di Mahkamah. Selain dari itu, beliau turut mendedahkan bahawa setiap tahun kira-kira 200 orang pelajar Malaysia  dihantar melanjutkan pelajaran dalam bidang perundangan di Universiti luar negara, fenomena ini menurut beliau secara jelas menunjukkan bahawa adalah sangat wajar sebuah Fakulti Undang-Undang ditubuhkan di Universiti tempatan, khususnya Universiti

Tan Sri Abdul Kadir Yusof Pencetus Idea Penubuhan Fakulti Undang-Undang UKM

HARITH FARUQI SIDEK

Tan Sri Abdul Kadir Yusof (Sumber : http://historycomiteesmkcs.blogspot.com)

Rujukan :

1. _______. (30 Ogos 1970). Fakulti Undang2 di-shorkan di-Universiti Kebangsaan. Berita Harian . p.3.

2. Anak-anak Johor Tersohor . at http://historycomiteesmkcs.blogspot.com

3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Fatimah_Hashim

Kebangsaan Malaysia.

Tan Sri Abdul Kadir merupakan suami kepada Tun Fatimah Hashim, wanita pertama yang dilantik sebagai Menteri Persekutuan, anak ketiga beliau Professor Emeritus Dato’ Dr. Khalid Abdul Kadir pula merupakan mantan Pengarah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang kini dikenali sebagai Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Keratan akhbar Berita Harian, 30 Ogos 1970.

Penulis ialah Pustakawan Kanan di Bahagian Koleksi Arkib dan Khas, PTSL

Page 10: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 10

K eperluan kepada perkongsian sumber maklumat di antara perpustakaan akademik di

Malaysia dirasakan semakin mendesak masa kini. Di antara penyebab utama kepada keperluan ini adalah kenaikan harga buku, langganan jurnal dan pangkalan data serta pengurangan peruntukan untuk memperolehi bahan bagi memperkukuhkan koleksi perpustakaan.

Pustakawan perlu menggariskan strategi dalam melaksanakan amalan perkongsian sumber maklumat secara berkesan. Strategi tersebut perlu dilaksanakan dengan penuh komited oleh semua perpustakaan akademik di Malaysia. Di antara strateginya ialah:

Pertama: Langganan pangkalan data komersil (PDK) oleh perpustakaan akademik mengikut bidang perkara atau niche sesebuah universiti. Contohnya PDK dalam bidang kejuruteraan dilanggan oleh UTM, bidang perubatan oleh UM, bidang pengurusan oleh UUM, bidang sains oleh UKM dan seterusnya. Perbincangan dan persetujuan bagi menentukan PDK yang dilanggan oleh perpustakaan mana boleh dilakukan di Persidangan Ketua Pustakawan Perpustakaan Akademik dan Perpustakaan Negara Malaysia (PERPUN).

Semua perpustakaan akademik di Malaysia tidak perlu melanggan PDK yang sama terutamanya PDK yang tinggi kos langgananya seperti ScienceDirect. Memadai satu atau dua perpustakaan melanggannya dan perpustakaan lain boleh mendapatkan artikel yang diperlukan dari PDK tersebut melalui Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP). Di samping itu perpustakaan juga boleh menukar cara langganan PDK dari melanggan isi kandungan PDK secara pakej kepada Pay Per View (PPV) yang dijangka lebih menjimatkan.

Kedua: Pertingkatkan perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP). Tiada perpustakaan di dunia ini yang lengkap sumber maklumatnya dan boleh memenuhi semua keperluan maklumat

pelanggannya. Perkhidmatan SPP yang efi syen mampu mempertingkatkan kepuasan hati pelanggan. Artikel yang diperlukan dari PDK yang dilanggan oleh perpustakaan lain boleh didapati melalui SPP. Pustakawan SPP boleh juga menjadi ahli mana-mana perpustakaan dan seterusnya diberikan ID dan katalaluan untuk mengakses PDK yang diperlukan. Pelajar dari IPT berdekatan boleh datang sendiri untuk mengakses PDK tersebut.

Di kebanyakan perpustakaan, punca utama kelewatan perkhidmatan SPP adalah kekurangan staf. Oleh itu, staf yang bertugas di SPP perlu ditambah bagi memastikan keefi syenan perkhidmatannya. Perpustakaan University of Queensland di Australia mempunyai 10 orang staf bagi melaksanakan perkhidmatan SPPnya. Begitu juga Perpustakaan Seoul National University di Korea yang mempunyai ramai staf SPP dan lokasinya amat mudah dikunjungi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatannya.

Pustakawan SPP di semua perpustakaan akademik perlu berbincang dari semasa ke semasa cara paling berkesan untuk mempermudahkan perkongsian sumber maklumat melalui perkhidmatan SPP dan seterusnya dapat memuaskan hati pelanggan. Pustakawan SPP perlu bijak mengatur strategi supaya perkongsian maklumat PDK tidak melanggar perjanjian lesen, Akta Hakcipta dan seumpamanya.

Ketiga: Mantapkan pangkalan data gunasama yang telah dibina seperti Katalog Induk Kebangsaan (KIK), Malaysian Th eses Online (MYTO) dan MyULIS (Malaysian Union List of Serials). Pangkalan data tersebut dapat mempertingkatkan keberkesanan perkongsian sumber maklumat di antara perpustakaan akademik di Malaysia. Perpustakaan di luar negara mempunyai banyak pangkalan data gunasama yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan perkongsian sumber maklumat.

Pangkalan data gunasama yang telah dibina oleh perpustakaan akademik

dan Perpustakaan Negara Malaysia kebanyakannya tidak berkembang seperti yang diharapkan. Contohnya MYTO yang masih tidak dapat memenuhi keperluan pelanggan disebabkan isi kandungannya yang masih kecil jika dibandingkan dengan pangkalan data tesis di luar negara. Punca masalah adalah kurang kerjasama dari perpustakaan akademik sendiri dalam memasukkan rekod tesis masing-masing ke dalam pangkalan data tersebut. Begitu juga masalahnya dengan pangkalan data gunasama yang lain seperti KIK dan MyULIS.

Keempat: Penubuhan konsortium perpustakaan di peringkat kebangsaan. Usaha ke arah penubuhan konsortium telah dimulakan sejak tahun 2003 oleh Jawatankuasa Kecil PDK (JKKPDK). Kertas cadangan telah dimajukan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tetapi belum mendapat kelulusan. Walau bagaimanapun JKKPDK (sekarang dikenali sebagai Malaysian Online Electronic Resources Committee (MOLEC)) berjaya mendapatkan peruntukan dari KPT untuk melanggan beberapa PDK sejak tahun 2004.

Konsortium perpustakaan peringkat nasional boleh bertindak sebagai pusat untuk langganan PDK, perkhidmatan SPP, penyelaras pangkalan data gunasama dan sebagainya. Kebanyakan perpustakaan yang hebat di luar negara mempunyai lebih dari satu konsortium di peringkat kebangsaan dan konsortium tersebut jelas memberikan banyak manfaat kepada semua perpustakaan di negara berkenaan.

Sebagai kesimpulannya keperluan perkongsian sumber maklumat di antara perpustakaan akademik di Malaysia sememangnya amat diperlukan. Sudah tiba masanya untuk semua pustakawan perpustakaan akademik di Malaysia bersatu dalam menjayakan strategi-strategi yang telah dikenalpasti bagi mempertingkatkan perkongsian sumber maklumat.

HAFSAH MOHD

Strategi Perkongsian Sumber Maklumat

Penulis ialah Timbalan Ketua Pustakawan Tertinggi Perpustakaan UKM

Artikel Pilihan

Page 11: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 11

Artikel Pilihan

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) berasaskan MS ISO

telah dimulakan oleh Perpustakaan Tun Seri Lanang pada 1 Jun 2003 dan telah memperolehi persijilan MS ISO 9001:2000 pada 30 April 2004. Manakala empat Perpustakaan Cabang yang lain iaitu Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu, Perpustakaan Undang-Undang, Perpustakaan Perubatan dan Perpustakaan Pusat Perubatan UKM mula melaksanakan ISO pada 1 Oktober 2004. Perluasan skop persijilan ISO bagi semua Perpustakaan Cabang telah dilakukan pada tahun 2005.

Perpustakaan UKM sentiasa berusaha memastikan agar perkhidmatan yang diberikan adalah berkualiti dan memenuhi keperluan pelanggan. Bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah konsisten, perpustakaan sentiasa membuat penambaikan. Penandaarasan dengan institusi lain bagi meningkatkan pengurusan dan perkhidmatan perpustakaan selalu dilaksanakan. Selain itu, budaya kerja secara berpasukan melalui QIT, KIK dan Pelaksanaan Amalan 5S turut ditekankan di kalangan warga perpustakaan.

Bermula 1 Mei 2012, Perpustakaan UKM bersama 11 Pusat Tanggungjawab (PTJ) lain di UKM telah digabungkan di bawah Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan UKM (SPKP UKM) bagi mendapatkan satu persijilan MS ISO 9001:2008. 12 PTJ yang telah digabungkan adalah:

Jabatan Pendaftar

Jabatan Bendahari

Perpustakaan

Pusat Teknologi Maklumat

Jabatan Perkhidmatan Pelajar

Jabatan Pengurusan Pembangunan

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi

Penerbit UKM

Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Unit Audit Dalam

Pusat Komunikasi Korporat

Pusat Sukan

Perpustakaan UKM telah berjaya melepasi Audit Kecukupan atau Audit Stage 1 yang telah dijalankan oleh pihak SIRIM pada 28-29 November 2012 tanpa sebarang masalah.

Auditor dari pihak SIRIM iaitu Puan Hanida Ghazali telah melaksanakan Audit Pematuhan atau Audit Stage 2 di Perpustakaan UKM seperti berikut:

Perpustakaan Dr. Abdul Latiff pada 12 Disember 2012

Perpustakaan Pusat Perubatan UKM pada 13 Disember 2012

Perpustakaan Tun Seri Lanang, Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu serta Perpustakaan Undang-Undang pada 17 Disember 2012

Hasil dari komitmen dan dedikasi semua warga perpustakaan, perpustakaan telah berjaya melepasi Audit Stage 2 dengan beberapa peluang penambahbaikan yang telah dikemukakan oleh pihak SIRIM untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan perpustakaan.

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga Perpustakaan UKM yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Sistem Pengurusan KualitiPerpustakaan UKM

ASMANY AZA AHMAD

Penulis ialah Pustakawan Kanan di Bahagian Pentadbiran dan Kualiti, PTSL

Page 12: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 12

Artikel Pilihan

PengenalanPenggunaan Peranti Mudah Alih (PMA) seperti telefon pintar dan tablet merupakan trend terkini dalam pencarian maklumat dan pembelajaran. Penggunaannya berupaya mempercepatkan proses pencarian maklumat dan pembelajaran merentas masa. Teknologi telefon bimbit juga berubah amat pesat sejak terciptanya telefon pintar sejak sedekad yang lalu (Fling, 2009). Penggunaan tablet yang menggunakan teknologi skrin sentuh menjadi lebih popular sejak terciptanya iPad pada 2010 yang dihasilkan oleh Apple Inc. diikuti pengeluaran beberapa jenama tablet lain seperti SAMSUNG Galaxy Tab oleh Samsung. Sehubungan itu, kaedah mengakses maklumat dan pembelajaran juga berubah seiring dengan perubahan pesat teknologi PMA. Kajian lepas menunjukkan 55 % pelajar berminat untuk mengakses katalog perpustakaan daripada telefon bimbit (Mills, 2009). Sehubungan itu, perpustakaan perlu memikirkan tentang potensi implikasi penggunaan teknologi PMA terhadap pelanggan terutamanya dalam penggunaan sumber maklumat digital (Lippincott, 2010).

Defi nisi Telefon Pintar dan TabletBerdasarkan kaji selidik oleh Apple Inc., telefon pintar didefi nisikan sebagai telefon bimbit dengan skrin sentuh dan/atau papan kekunci QWERTY digunakan untuk mengakses email dan laman web (Paterson, 2011). Menurut defi nisi Wikipedia, A smartphone is a mobile phone built on a mobile operating system (iOS Apple, Android, Windows), with more advanced computing capability and connectivity than a feature phone. Manakala tablet pula didefi nisikan sebagai Komputer Peribadi (Personal Computer) versi mudah alih yang menggunakan skrin sentuh.

KajianSatu kajian telah dilakukan untuk menganalisis kepentingan dan keperluan perkhidmatan PMA kepada para pelanggan Perpustakaan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPPUKM). Kajian melihat sejauhmana persepsi pelanggan perpustakaan yang terdiri daripada pelajar, ahli akademik dan kakitangan terhadap kepentingan dan keperluan Perkhidmatan PMA dari aspek pengaksesan dan pencarian sumber maklumat perubatan. Pemilikan PMA iaitu jenis telefon yang dimiliki di kalangan pelanggan juga dianalisis bagi melihat sama ada Perkhidmatan PMA berpotensi dan boleh disediakan kepada pelanggan. Kajian menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada pelanggan PPPUKM iaitu pelajar, ahli akademik dan kakitangan pada bulan April hingga Jun 2012. Sebanyak 200 soal selidik telah diedarkan kepada pelanggan. Disamping itu, pelanggan didedahkan dengan perkhidmatan pinjaman tablet SAMSUNG Galaxy Tab 10.1 beserta akses percubaan Pangkalan Data Unbound Medicine.

Hasil Kajian dan PerbincanganHasil kajian menunjukkan sebanyak 87% re-sponden merasakan penting bagi PPPUKM menyediakan perkhidmatan PMA. Ini menunjukkan pelanggan memerlukan perkh-idmatan PMA untuk mengakses maklumat yang disediakan perpustakaan seperti artikel jurnal, e-buku dan lain-lain maklumat berkai-tan tugasan mereka dengan cepat pada bila-bi-la masa. Kajian dari California Digital Library mendapati pelanggan menggunakan PMA untuk mengakses perkhidmatan perpustakaan untuk mencari bahan dan maklumat dari pangkalan data dan katalog perpustakaan. Tambahan pula, terdapat keperluan pelang-gan yang memindahkan data dan maklumat seperti hasil carian mereka dari PMA ke kom-puter mereka. Didapati juga 55 % peng-guna menyatakan mereka kerap mencari ba-han dari katalog perpustakaan daripada PMA atau telefon bimbit mereka. (Meier, 2010). Selain itu, lebih ramai pelanggan memiliki PMA berdasarkan kepada pemilikan telefon pintar dan telefon bimbit yang mempunyai akses internet dan dijangka akan bertambah pada masa akan datang. Ini berdasarkan sebanyak 80% daripada responden memiliki

telefon pintar dan telefon bimbit yang mempunyai akses Internet. Ini disokong oleh satu kajian menunjukkan peningkatan yang cepat dalam pemilikan telefon pintar dengan 68% daripada pelajar universiti merancang untuk menukar telefon bimbit mereka dalam tempoh 12 bulan kepada telefon pintar (Paterson, 2011).

Hasil kajian ini juga menunjukkan pelanggan mempunyai minat dalam menggunakan PMA bagi tujuan mengakses internet dan perkhid-matan perpustakaan dalam mem-bantu tugasan mereka. Ini berdasar-kan 60 % responden menggunakan PMA untuk mengakses laman web dan sumber maklumat bagi mem-bantu tugasan mereka. Kajian dari EDUCAUSE 2010 menyokong per-nyataan ini apabila ia menyatakan pelajar mula mengadaptasikan penggunaan internet melalui PMA dengan jangkaan peningkatan pelanggan yang menggunakannya dan pengurangan bukan pengguna PMA dari tahun 2009 hingga 2010 (Smith and Caruso, 2010). Walau bagaimanapun, terdapat responden yang tidak menggunakan PMA un-tuk tugasan mereka kerana masih menggunakan komputer dan kom-puter riba sebagai peranti pembela-jaran yang utama berbanding PMA yang lain (Parsons, 2010). Di samp-ing itu, saiz skrin PMA yang kecil dan terhad yang menyebabkan kesu-karan membaca dokumen juga men-jadi faktor responden tidak meng-gunakan PMA (Patterson, 2011).

Para responden juga menyatakan ak-ses sumber maklumat Medline dan e-buku seperti A-Z Drug Facts yang memberikan maklumat berkaitan ubat dan rawatan yang boleh diakses secara off -line (tanpa internet) adalah penting dan berguna kepada mer-eka. Sumber maklumat ini penting bagi mendapatkan maklumat segera

Kajian Perkhidmatan Peranti Mudah Alih “Mobile Devices” di Perpustakaan PPUKM

AZLAN MOHAMAD HAMZAH

Page 13: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 13

Artikel Pilihanuntuk tugasan dan rawatan pesakit di wad dan hospital pada bila-bila masa. Sehubungan itu, perpustakaan perlu mewujudkan sumber mak-lumat dan kandungan digital yang bukan sahaja boleh diterima tetapi memenuhi kehendak pelanggan dan komuniti. (Lippincott, 2010).

Di samping itu, perkhidmatan PMA yang pelbagai antaranya pencarian jurnal, pencarian artikel elektronik, akses pangkalan data langganan, pencarian buku dan modul e-pem-belajaran perlu disediakan bagi memenuhi keperluan pembelajaran pelanggan. Modul e-Pembelajaran Perpustakaan iaitu TEMAN (Teman Maklumat Anda) yang boleh diakses melalui telefon pintar adalah contoh Perkhidmatan PMA yang disediakan untuk membantu pelanggan dalam pembelajaran mereka. Ia merupakan modul e-pembelajaran yang telah dibangunkan oleh Perpustakaan UKM dengan kerjasama Pusat Pem-bangunan Akademik (PPA). Modul ini adalah salah satu komponen di dalam Portal Latihan Atas Permin-taan (My LAP) yang diwujudkan sebagai usaha untuk menggiatkan aplikasi e-pembelajaran di UKM bermula pada tahun 2011. TEMAN mengandungi modul antaranya pan-duan penggunaan GEMILANG, sumber maklumat tesis dan pan-duan perisian endnotes. Kesemua modul mempunyai struktur iaitu pengenalan, tutorial yang menggu-nakan aplikasi Web 2.0 serta kuiz yang memudahkan pelanggan mem-

perolehi kemahiran maklumat secara kendiri.

KesimpulanKajian bertujuan menganalisis kepentingan dan keperluan perkhidmatan PMA kepada pelanggan PPPUKM. Hasilnya menunjukkan pelanggan mempunyai minat dan memerlukan akses maklumat melalui PMA kerana ia berupaya mempercepatkan proses pencarian maklumat dan pembelajaran merentas masa. Ramai pelanggan telah memiliki PMA dan jumlahnya dijangka akan terus meningkat dengan perkembangan teknologi PMA serta harga yang mampu dimiliki di pasaran. Sehubungan itu, PPPUKM perlu menyediakan perkhidmatan PMA seiring dengan perkembangan ini. PPPUKM telah menyediakan perkhidmatan pinjaman tablet dan memperkenalkan pangkalan data dan sumber maklumat yang boleh diakses secara off -line bagi memenuhi keperluan pelanggan. Namun begitu, penglibatan pelanggan dalam proses pembangunan dan penyediaan perkhidmatan PMA adalah perlu dilaksanakan untuk mendapatkan maklum balas pelanggan agar perpustakaan dapat memberikan sumber maklumat terbaik, boleh diterima dan memenuhi keperluan pelanggan. Di samping itu, promosi yang menyeluruh dan kepelbagaian perkhidmatan PMA juga perlu diwujudkan agar pelanggan mempunyai kemahiran menggunakan perkhidmatan ini bagi memenuhi keperluan tugasan, pembelajaran dan penyelidikan mereka.

RujukanFling, B. 2009. Mobile Design and Development, Sebastopol, CA : O’Reilly Media .

Parsons, G. 2010. Information provision for HE distance learners using mobile devices, Th e Electronic Library 28 (2) : 231 – 244.

Penulis ialah Pustakawan di Perpustakaan Pusat Perubatan UKM

Lippincott, J.K. 2010a. A mobile future for academic libraries, Reference Services Review, 38 (2) : 205-13.

Lippincott, J.K. 2010b. An integrated strategy for mobile devices. Kertas Kerja persidangan JISC/CNI

Meier, A. 2010. Comparative analysis, mobile device user research, California Digital Library, https://wiki.ucop.edu/display/CMDUR/Home [11 April 2011].

Mills, K. 2009. M-libraries: information use on the move. http://arcadiaproject.lib.cam.ac.uk/docs/M-Libraries_report.pdf [11 January 2011].

Patterson, L. and Low, B. 2011. Student attitudes towards mobile library services for smartphones, Library Hi Tech, 29 (3) : 412 – 423.

Smith, S.D. and Caruso, J. 2010. Th e ECAR study of undergraduate students and information Technology. www.educause.edu/Resources/tudy of UndergraduateStuden/217333 [3 February, 2011].

Editor Inspirasi Perpustakaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyumbang artikel terbanyak (Bil 5/2009- Bil 10/2012) seperti

berikut:Rosmarlidaini Mah Hassan (13 artikel)Azlan Mohamad Hamzah (10 artikel)Noraashikin Mohd Yusop (9 artikel)

Shahruddin Shafri (8 artikel)Mohd Adnan Baharom (7 artikel)

Semoga usaha ini dirahmati Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

hh dd

MUTIARA KATA

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu

maniswww.iluvIslam

Page 14: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 14

Artikel Pilihan

“Selamat” dan “sihat” seharusnya

menjadi prinsip bagi setiap kakitangan yang bekerja di mana-mana organisasi. Prinsip tersebut menjadi asas yang dapat menjamin keselesaan semasa bekerja. Berpegang kepada prinsip itulah, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perpustakaan UKM telah merangka beberapa aktiviti yang sememangnya dapat memberi manfaat kepada warganya.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2012 ini melibatkan semua warga perpustakaan amnya, pegawai insiden dan ahli jawatankuasa (AJK) khususnya. Antaranya ialah taklimat khusus untuk pegawai insiden perpustakaan pada 18 Mei 2012. Taklimat ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Puan Suzana Abu Bakar, daripada Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Beliau telah memberi pendedahan kepada pegawai insiden dan AJK KKP tentang fungsi dan peranan yang perlu mereka galas dalam menjaga keselamatan dan kesihatan rakan-rakan di perpustakaan ini.

Selain itu, JKKP turut mengadakan Audit Keselamatan dan Persekitaran Kerja bagi memastikan kakitangan sentiasa bekerja dalam suasana yang selamat dan sihat. Audit ini telah dijalankan selama seminggu bermula dari 21 hingga 25 Mei 2012, merangkumi semua bahagian termasuk perpustakaan cabang. Bagi memastikan tindakan penambahbaikan ke atas penemuan audit diambil oleh setiap auditee, audit susulan pula dijalankan pada 23 hingga 27 Julai 2012. Penemuan audit ini juga turut dibentangkan dalam Mesyuarat Ketua Bahagian.

Disamping itu, aktiviti pameran keselamatan dan kesihatan pekerjaan juga turut diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelanggan perpustakaan dan juga kakitangan tentang kepentingan penjagaan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Pameran ini di adakan bersempena dengan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Selamat dan Sihat di Tempat Kerja

(MKKP) UKM kali ke-5 dan bertempat di Aras 4, Perpustakaan Tun Seri Lanang. MKKP pada tahun ini telah diadakan pada 9 hingga 13 Julai 2012. Bagi menyampaikan maklumat secara lebih berkesan, jawatankuasa telah mengadakan program tayangan video berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Tayangan selama lima hari ini diadakan di ruang pameran dan sebanyak 10 judul video telah ditayangkan.

Bersempena dengan MKKP ini juga, tidak ketinggalan adalah program tahunan yang dianjurkan oleh Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP) iaitu pertandingan pejabat selamat. Untuk pertandingan ini, Perpustakaan telah menghantar penyertaan dengan diwakili oleh enam bahagian terpilih. Walaupun gagal meraih sebarang tempat dalam pertandingan kali ini, ianya sedikit sebanyak membuatkan warga perpustakaan sedar akan kepentingan

ROSMARLIDAINI MAH HASAN

penjagaan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Pada tahun 2012 ini juga JKKP turut menerima lawatan daripada JKKP Pusat Kesihatan UKM pada 24 Mei 2012. Lawatan ini dibuat sebagai penandaarasan tentang perancangan, pelaksanaan dan pengurusan JKKP di perpustakaan.

Dengan adanya aktiviti-aktiviti sedemikian, adalah diharapkan agar kita dapat sama-sama memelihara organisasi kita agar sentiasa selamat dan sihat. Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang cekap bukan sahaja dapat mengurangkan risiko kepada keselamatan dan kesihatan tetapi juga dapat memastikan pulangan yang tinggi kepada syarikat dan meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi

Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Antara buku yang dipamerkan

Penulis ialah Pustakawan Bahagian Koleksi Media / Setiausaha JK Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Perpustakaan)

Page 15: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 15

MOTIVASI

siapa yang memberi kebaikan akan dibalas

dengan kebaikan. Ini dipanggil golden rule. Dalam contoh lain,metafora atau analoginya begini, katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tigalorong. 

Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi signal untuk masuk ke lorong kita.Kerana simpati melihat dia terkial-kial, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapankita. Kemudian kita teruskan perjalanan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba tibakita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang beri signal nak masuk ke lorong sebelah. 

Soalnya, logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita? Kereta yang kita bantu tadi tu pun dah jauh ke lain.” “Tapi susah nak harapkan kereta lain beri laluan” kata staf tersebut.“Benar, tapi tiba-tiba mungkin rezeki kita ada kereta yang beri peluang masuk ke lorong dia. Padahal kereta itutidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi tergerak hati pemandunya untuk memberi laluan pada kita. Orangyang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita, tapi Allah gerakkan hati orang lain,yang tidak pernah merasai kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita yang terdahulu. 

Itu mungkin situasi di litar di jalan raya, tapi begitu jugalah keadaanya di litar kehidupan. Kita buat baik kepada A, tetapi kerapkali bukan A yang membalas kebaikan kita, tapi B atau C atau D atau pihak lain yang membalasnya.”“Jadi kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya staf itu lagi “Sesungguhnya, keikhlasan sebenar tidak mohon balasan. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding,

akan melantun semula kepada

pembalingnya.” tambah fasilitator itu.Staf tersebut merenung jauh, kemudian berkata “Selalunya saya dengar, keikhlasan kita balasannya di akhirat.”

Fasilitator tersebut lantas berkata, “Itu balasan yang lebih besar dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia. Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh, isteri yang taat atau suami yang setia. Dan palingpenting, hati yang tenang dan sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih tinggi dari pangkat, gaji dan jawatan.”“Tapi kenapa orang ikhlas sering diketepikan dan ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa,saya terfi kir kenapa kaki ampu dan kaki bodek lebih beruntung dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkatdan gaji besar!” kata staf tersebut.

Respon tersebut membuat fasilitator itu tersenyum, “Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalanyang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja, pangkat yang mereka dapat akanmenyebabkan kesulitan dari segi lain. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. You get what you give Malah golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga.

Kalau kita memberikesusahan atau melakukan kejahatan kepada orang lain, kejahatan jugalah yang akan kembali kepada kita.Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteriyang berpura-pura dan seumpamanya” terang fasilitator tersebut.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki tempoh perkhidmatan yang tak berapa lama lagi ni?” tanya staf itu.“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun bos tidak nampak, tetapi Allah Maha Melihat.  Bekerja itu satu ibadah. Andaikan umpama God is the CEO. Insya’allah, satu hari nanti manusia akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan semata-mata kerana tidak dapat penghargaan. Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikanyang kita buat kepadanya, kerana

umumnya umumnya manusia tidak pandai berterima kasih.

 Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Namun janganlah kita berhenti memberi hanya keranatidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih” kata fasilitator tersebut di akhir perbualan.Kesimpulannya, karma itu hakikat kehidupan. Kebaikan dan budi yang kita taburkan akan menyumbang kepada kehidupan yanglebih indah dan bermakna, dan membentuk masyarakat yang lebih mulia akhlaknya.

DIPETIK DARI http://bincang.net/forum/showthread.php?106011-Tazkirah-Pagi-Jumaat-Keikhlasan-Bekerja.

....Dari halaman 7

MUTIARA KATA

Life is an opportunity, benefit from it.

Life is beauty, admire it. Life is bliss, taste it.

Life is a dream, realize it. Life is a challenge, meet it. Life is a duty, complete it.

Life is a game, play it. Life is a promise, fulfill it. Life is sorrow, overcome it.

Life is a song, sing it. Life is a struggle, accept it.

Life is a tragedy, confront it. Life is an adventure, dare it.

Life is luck, make it. Life is too precious, do not

destroy it. Life is life, fight for it.

Mother Teresa

Page 16: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 16

Berita Bergambar

Sekitar Audit SIRIM 18 Disember 2012

Program Jom Bermesra Bersama Masyarakat Orang Asli Kg. Jenderam Hilir. Dengkil 15 Dis 2012

Lawatan Pesuruhjaya Tinggi SUHAKAM Profesor Dato Dr. Mahmud Zuhdi dan pegawai ke Bahagian Koleksi Asia Tenggara dan Dokumen 27 September 2012

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 16

Page 17: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 17

Berita Bergambar

Bicara Hi jrah Bersama Sham Kamikaze 30 Januari 2013

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 17

Page 18: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 18

S iri Syarahan Tun Seri Lanang (TSL) merupakan salah satu program yang diadakan oleh Perpustakaan UKM sempena Aktiviti Pembudayaan Ilmu. Penceramah

yang diundang adalah terdiri daripada ahli akademik UKM yang mempunyai ketokohan dan terkenal di dalam dan luar negara.

Syarahan TSL ini terbuka kepada semua ahli akademik, warga pentadbiran, mahasiswa, mahasiswi UKM, kakitangan perpustakaan dan juga masyarakat setempat.

Diantara objektif penganjuran Syarahan TSL adalah seperti berikut iaitu :

Memberi penghormatan kepada para akademik dan cendiakawan UKM berkongsi ilmu pengetahuan, penyelidikan dan pengalaman dalam bidang kepakaran masing-masing.

Memberikan pandangan dan buah fi kiran mereka kepada warga universiti khasnya dan masyarakat umum amnya.

Menjadikan syarahan ini sebagai satu aktiviti yang mempunyai impak tinggi kepada masyarakat.

Menyediakan ruang perbincangan ilmu di kalangan warga universiti.

Menjadikan UKM sebagai sebuah unversiti yang dapat menyumbang perkembangan ilmu dan pendidikan negara.

Bagi Siri Syarahan Tun Seri Lanang 2012 ini, Jawatankuasa Penganjur telah menjemput Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hood Mohd Salleh. Beliau merupakan tokoh akademik UKM yang sinonim dengan kajian masyarakat pribumi di Malaysia. Ketokohan beliau terserlah apabila beliau dianugerahi gelaran Prof Emeritus. Beliau adalah tokoh akademik yang terkenal dan sering membentangkan kertas kerja di Malaysia dan luar negara. Untuk tujuan syarahan di Perpustakaan Tun Seri Lanang kali ini, Yang Berbahagia Prof beliau telah berkongsi pengalaman beliau dalam penyelidikan dengan tajuk “Memartabatkan Penyelidikan Peribumi di Malaysia”. Syarahan ini telah diadakan pada 16 Oktober 2012 bertempat di Sanggar Ilmu, Aras 4, Perpustakaan Tun Seri Lanang.

PromosiPerlaksanaan program ini telah di sebarkan melalui hebahan di e-warga UKM, e-pelajar, papan buletin digital UKM dan perpustakaan, surat edaran ke fakulti-fakulti bersama poster, edaran dalaman, Pejabat Korporat dan Perhubungan Awam UKM dan Penerbit UKM.

PameranUntuk penganjuran kali ini terdapat sedikit penambahbaikan di mana pameran khas telah diadakan dengan kerjasama Muzium Warisan Akademik UKM. Pameran meliputi gambar-gambar serta poster, hasil-hasil kajian dalam bentuk tesis, latihan ilmiah dan buku yang merekodkan penglibatan beliau hampir 40 tahun dalam memartabatkan penyelidikan masyarakat pribumi di Malaysia. Hasil karya ini masih dipamerkan di ruang pameran Aras 4, Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Perpustakaan Tun Seri Lanang selama sebulan.

PenerbitanPenerbit UKM telah menerbitkan sebuah buku Siri Syarahan Tun Seri Lanang Perpustakaan UKM bertajuk “Memartabatkan Penyelidikan Peribumi di Malaysia” oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hood Salleh. Rakaman audio visual dan gambar juga telah dilakukan bagi mendokumentasikan syarahan tersebut untuk rujukan dimasa hadapan. InsyaAllah usaha-usaha ini akan diteruskan dimasa hadapan untuk pensyarah jemputan yg lain.

Kehadiran Alhamdulillah, berkat usaha dan komitmen semua ahli jawatankuasa penganjur dan sokongan pengurusan tertinggi perpustakaan, program ini telah berjalan dengan lancar. Syarahan ini mendapat sambutan yang baik dengan kehadiran lebih kurang 100 kakitangan perpustakaan khasnya, warga akademik, rakan-rakan penyelidikan, jemputan khas dan masyarakat awam umumnya. InsyaAllah usaha-usaha ini akan diteruskan di masa hadapan untuk pensyarah jemputan yang lain dalam rangka mendokumentasikan hasil syarahan dan kajian mereka.

Coretan Penganjuran Syarahan Tun Seri Lanang Perpustakaan UKM

Siri 3 2012 SHAHRUDDIN SHAFRI

Penulis ialah Pustakawan Kanan di Bahagian Koleksi Asia Tenggara dan Dokumen, PTSL

Artikel Pilihan

Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu

berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat, iaitu Kitab Allah (Al Quran)

dan Sunnahku.

Pesanan Rasullullah s.a.w.

Page 19: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 19

P ada 16 Julai 2012, saya telah dijemput memberikan ceramah bertajuk Inovasi Penggerak Kecemerlangan

Organisasi kepada kira-kira 50 warga UNISZA yang terdiri daripada kakitangan Perpustakaan, wakil beberapa jabatan dan fakulti. Pada awalnya memang terasa berat di hati untuk memenuhi jemputan ini. Maklumlah dengan ilmu yang cetek dan pengalaman baru setahun jagung, menyampaikan ceramah yang agak berat topiknya, tidak pernah terlintas ini menjadi realiti. Saya diberikan slot ceramah selama tiga jam yang menyentuh perkara-perkara meliputi (i) pengenalan mengenai inovasi (ii) perkembangan inovasi di Malaysia, (iii) mengapa perlu ada budaya inovasi di dalam organisasi, (iv) bagaimana menjadi seorang pekerja yang berinovasi dan (v) bagaimana melahirkan pekerja yang berinovasi dan kreatif.

Dalam menyediakan diri untuk sesi ceramah yang begitu asing ini, saya telah mengumpulkan pelbagai bahan bacaan dan alat pandang dengar berkaitan ceramah inovasi seperti VCD Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah dan sebagainya. Ini dilakukan bertujuan menjadikan ceramah tidak bosan dalam masa tiga jam. Sebelum ini, saya biasa ditugaskan sebagai fasilitator atau penceramah untuk bengkel berkaitan pangkalan data perpustakaan. Namun, itu tidaklah terlalu mencabar kerana ia berkait rapat dengan tugas hakiki saya.

Mengambil peluang berada di pentas UNISZA membolehkan saya turut berkongsikan success stories yang telah dicapai melalui aktiviti inovasi di UKM. Ini termasuklah mengenai aktiviti KIK, projek inovasi JETP, eKlik dan sebagainya. Apa yang baik eloklah dikongsikan dengan niat semoga perkara yang lebih baik pula dicapai oleh rakan-rakan seperjuangan kita. Ia termasuklah peri pentingnya kita sebagai warga Perpustakaan berganding bahu dalam mencorak budaya inovasi dalam kehidupan seharian. Seterusnya mampu pula menyumbang kepada agenda yang lebih besar dan mencabar seperti pengkomersilan hasil inovasi dan sebagainya.

Apa yang ingin boleh saya pelajari di sini ialah, sekiranya kita ikhlas dan berusaha bersungguh-sungguh untuk berikan yang terbaik, pasti Allah akan membantu memudahkan segala urusan kita dan memberikan kita ilham dalam situasi yang tidak kita duga. Alhamdulillah, saya dapat merasai bantuan daripada Allah semasa ceramah ini diadakan. Syukur kepada Allah.

Ceramah InovasiCeramah Inovasi di Perpustakaan UNISZA

SHAMSUDIN IBRAHIM

Bengkel & Seminar

Sebahagian peserta ceramah Inovasi

T anggal 5 -7 Oktober 2012, bertempat di Th e Hotel Royal Bintang, Seremban berlangsungnya Pertandingan

Kumpulan Kreatif dan Inovatif (Separuh Akhir) bagi kategori pengurusan. Sebanyak 15 kumpulan dari pelbagai fakulti/institut/pusat berentap untuk melayakkan diri ke peringkat akhir . Pertandingan tersebut diadili oleh juri terkemuka dari MPC (Perbadanan Produktiviti Malaysia), Encik Asmawadi Mohamed dan Pegawai MAMPU Tuan Haji Hamzah Abdullah mendapat saingan sengit di mana setiap kumpulan menunjukkan kehebatan dalam mempersembahkan projek masing-masing.

Puan Asmahan Musa selaku Pengerusi Jawatankuasa Konvensyen KIK ke-17 berkata“ Konvensyen ini bertujuan memberi peluang kepada kumpulan KIK mempersembahkan projek inovatif dan kreatif, pihak universiti sememangnya amat menghargai projek penambahbaikan yang dijalankan oleh setiap pasukan KIK. Projek KIK ini dapat diaplikasikan dalam memantapkan urusan kerja dan perkhidmatan di UKM.”

Save yang mempertaruhkan projek Xpress Bind hanya berjaya memperoleh saguhati. Kumpulan yang berjaya mara ke peringkat akhir adalah kumpulan Gracias (Jabatan Bendahari), Sinaran (Jabatan Radiologi PPUKM), Raffl esia (Jabatan Surgeri PPUKM) dan MediPrima (Jabatan Maklumat Kesihatan PPUKM).

Bagi kategori teknikal,sebanyak 6 kumpulan telah dipertandingkan pada 12-13 Oktober 2012. Kumpulan yang berjaya mara ke peringkat akhir adalah Kumpulan Exotic (Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, PPUKM), Viser (Jabatan Perkhidmatan Makmal Dianostik, PPUKM), ChargeV2 (Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina) dan PERMADI (PPUKM).

Kumpulan yang berjaya mara akan berentap sekali lagi untuk memperoleh Johan pertandingan pada 27 November 2012 yang lalu di Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM. Pertandingan tersebut melihat kumpulan Charge V2 dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina mengungguli Johan Keseluruhan.

KIK SAVE Berentap Separuh Akhir Pertandingan

Kumpulan Kreatif dan Inovatif UKM ke-17

RUZITA KAMIS

Ahli KIK SAVE bersama fasilitator

Page 20: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 20

B engkel Jurnal Terindeks dan Berimpak Tinggi peringkat kebangsaan 2012 telah diadakan pada 12-13 Jun 2012

di Unit Multimedia dan Teknologi Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Bengkel ini adalah anjuran bersama Perpustakaan UMS, Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Akademik, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan PPM Kumpulan Sabah. Seramai 52 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Malaysia telah menghadiri bengkel ini.

Tujuan bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai peranan Pusat Sitasi Negara, kaedah mengeluarkan laporan data dan penerbitan bagi memenuhi keperluan Malaysian Assesment Research Instrument (MyRA II), Universiti Penyelidikan dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Selain itu juga, peserta juga dapat berkongsi pengalaman dan latihan amali mengenai ISI Web of Science, Scopus, Journal Citation Reports, H-Index dan Harzing’s Publish or Perish serta isu-isu semasa dalam penerbitan jurnal dan prosiding terindeks.

Pada hari pertama bengkel, Prof. Madya. Dr. Abrizah Abdullah, Timbalan Pengarah, Pusat Sitasi Malaysia telah membentangkan tajuk “Peranan Pusat Sitasi Malaysia”. Seterusnya pula Dr. Lim Khee Hiang daripada Th omson Reuters menyampaikan kertas kerja bertajuk “Th e Use and Impact of Citation Index in Research and Journal Selection for Publishing” dan latihan amali mengenai “Web of Science & H-Index”.

Pada hari kedua, bengkel ini dikendalikan oleh Pustakawan

UKM yang berpengalaman dan terlibat secara langsung dalam aktiviti pemantauan dan pelaporan penerbitan jurnal berimpak tinggi. Penceramah ialah En.Shamsudin Ibrahim, Pustakawan Kanan Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama fasilitator iaitu Cik Nor Hamsiah Ahmad Hosaini dan Puan Rohalia Mohd Rohani yang juga Pustakawan Perpustakaan UKM. Topik yang dibentangkan ialah Keperluan Audit Penerbitan Universiti, Analisis Data untuk keperluan MyRA II, Universiti Penyelidikan, PSTPN (CAP Academia and CAP R&D). Pada akhir sesi, penekanan secara latihan amali diberi kepada peserta selaras dengan tajuk dan isu-isu berkaitan penerbitan dan juga jurnal.

Secara keseluruhannya bengkel ini telah berjaya dianjurkan selari dengan objektif yang telah dirancang. Semoga lebih banyak lagi sesi perkongsian maklumat dapat dimanfaatkan oleh Pustakawan UKM di masa akan datang. Secara tidak langsung, perkara sebegini akan dapat menyerlahkan kepentingan pustakawan di dalam dunia akademik.

Bengkel Jurnal Terindeks dan Berimpak Tinggi 2012

NOR HAMSIAH AHMAD HOSAINI

Bengkel & Seminar

Sesi pembentangan oleh Prof. Madya Dr. Abrizah Abdullah

Peserta bengkel dari UKM, UMS dan UIA bergambar kenangan

Bengkel dikendalikan oleh Encik Shamsudin Ibrahim

Page 21: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 21

Bengkel & Seminar

M enyedari kepentingan penyampaian maklumat yang berkesan di antara pihak perpustakaan dan pelanggan

perpustakaan, satu Bengkel Pemantapan Perkhidmatan Rujukan telah dijalankan pada 14 September 2012 (Khamis) bertempat di Puri Pujangga. Bengkel ini adalah anjuran Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Perpustakaan UKM.

Peserta bengkel terdiri daripada Timbalan Ketua Pustakawan, Pustakawan Kanan, Pustakawan, Penolong Pegawai Perpustakaan dan Pembantu Perpustakaan yang bertugas di Meja Penasihat Pembaca (MPP). Objektif bengkel ialah untuk meningkatkan kompetensi, pengetahuan dan sebagai landasan percambahan fi kiran di kalangan petugas MPP.

Penceramah kursus terdiri daripada Pn. Lela Ruzma Mohd Shaari, En. Hazmir Hj. Zainal, En. Harith Faruqi Sidek dan Pn. Shaizimah Badzri.

Selain daripada perkongsian ilmu yang disampaikan oleh penceramah, peserta turut diberi tugasan mengikut kumpulan di mana setiap wakil kumpulan telah berkongsi isu, pandangan, harapan dan cabaran berkaitan dengan perkhidmatan MPP. Bagi menceriakan lagi sesi ini, En. Jamain Manap telah dilantik sebagai moderator sepanjang persembahan kumpulan.

Sesi taklimat dan amali mengenai perkhidmatan pinjaman dan penggunaan SAMSUNG Galaxy Tab 10.1 turut disampaikan dalam bengkel ini bagi memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada pelanggan perpustakaan.

Bengkel Pemantapan Perkhidmatan Rujukan

SHAIZIMAH BADZRI

Sesi pembentangan Sesi amali SAMSUNG Galaxy Tab

Page 22: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 22

Bengkel & Seminar

ROHALIA MOHD ROHANI

Bengkel “Research Outcome Opportunity (ROO)”

Bengkel anjuran Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK) ini telah diadakan pada 6-7 Oktober 2012 bertempat di Concorde Inn, KLIA. Bengkel dihadiri oleh 30 orang

peserta yang merupakan wakil fakulti dan perpustakaan yang terdiri daripada pensyarah, pustakawan dan beberapa orang pelajar siswazah. Ia bertujuan untuk membincangkan mengenai hasil penyelidikan dan perlindungan harta intelek.

Bengkel dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah PIK dan juga perkongsian maklumat daripada UKM Tech Sdn. Bhd. kepada peserta mengenai 10 hasil penyelidikan dan inovasi yang telah berjaya dikomersilkan. Antaranya adalah projek Cili Bangi, Brim Immobilizer, Halal Collagen dan JetP. Bengkel diteruskan dengan sesi daripada En. Terry Pollard, Senior Consultant, ISIS Innovations Ltd. Technology Commercialization, University of Oxford, mengenai hasil penyelidikan dan peluang pengkomersilan.

Pada sebelah petang, peserta bengkel mengikuti sesi yang disampaikan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) berkaitan dengan perlindungan harta intelek seperti paten, trademark, copyright dan lain-lain. Sesi amali mengenai pencarian paten melalui sumber percuma di internet juga sangat bermanfaat kepada peserta. Antara sumber yang boleh digunakan untuk pencarian paten adalah seperti Google Patents, Espacenet Patent Search, USPTO Patent Search dan WIPO PaternScope. ISI Derwent Innovation Index juga adalah salah satu pangkalan data langganan Perpustakaan yang boleh digunakan untuk mencari Paten.

Selain daripada rujukan daripada sumber seperti buku dan artikel jurnal, penyelidik juga boleh merujuk paten dokumen untuk memastikan inovasi dan penyelidikan yang akan dihasilkan adalah unik dan berpeluang untuk

dikomersilkan. Selain daripada itu, penyelidik mempunyai peluang untuk melihat kelemahan atau kekurangan sesuatu hasil penyelidikan yang telah dipatenkan bagi menghasilkan sesuatu yang lebih baik.

Sesi perbincangan dan pembentangan kumpulan pada sebelah malam memberikan peluang untuk peserta berkongsi maklumat berkaitan pencarian paten yang telah dijalankan. Sehubungan itu, kemahiran dan kreativiti peserta dalam melakukan pencarian amat diperlukan.

Pada hari kedua bengkel, PIK menyampaikan maklumat mengenai Dana Inovasi UKM. Dana ini adalah untuk membangunkan prototaip dan memajukan hasil penyelidikan ke arah pra-pengkomersilan. Tujuan dana ini adalah untuk menampung pembiayaan dalam pembangunan suatu inovasi atau teknologi dari tahap Proof-of-Concept (PoC) kepada suatu tahap di mana ia boleh menjadi suatu produk atau perkhidmatan yang boleh menarik minat industri atau pelabur.

Pihak PIK juga menerangkan mengenai sistem yang dikenali sebagai e-Intellectual Property Right (e-IPR) yang boleh dikases di http://www.ukm.my/ipr/. Sistem ini digunakan untuk penyelidik membuat permohonan perlindungan harta intelek secara dalam talian.

Bengkel diakhiri dengan ucapan penutup oleh pihak PIK dengan harapan supaya ilmu dan maklumat ini dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama dengan warga fakulti. Bengkel ini sememangnya amat baik dan memberi pendedahan kepada semua peserta berkaitan perlindungan harta intelek bagi hasil inovasi atau penyelidikan oleh para penyelidik UKM.

Sesi bergambar bersama Pegawai Harta Intelek dan peserta kursus

Page 23: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 23

SHAMSUDIN IBRAHIM

Bengkel & Seminar

P ada 25-26 September 2012 bertempat di Hotel Le Meridean, Kuala Lumpur, Perpustakaan

UKM telah dipilih oleh Elsevier untuk membentangkan pengalaman menggunakan Scival Spotlight di peringkat antarabangsa. Seramai 30 delegasi daripada negara Asia Pasifi k telah hadir termasuk daripada Jepun, Korea, China, Singapore, Taiwan, Hong Kong dan sebagainya. Manakala peserta dalam negara terdiri daripada UKM (Shamsudin Ibrahim dan Nor Hamsiah Ahmad Hosaini), Pusat Pengurusan Penyelidikan UPM, Perpustakaan UTM dan Pegawai daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor UTM. Pada mulanya Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi (HEPI) UKM bercadang menghantar pegawainya, Puan Rosma Ayu tetapi di atas sebab yang tidak dapat dielakkan, Cik Nor Hamsiah Ahmad Hosaini, juga daripada Perpustakaan UKM telah menggantikan tempat beliau. Walaupun sesi ini dinamakan persidangan, ia lebih mirip kepada sesi bengkel atau perbincangan meja bulat.

Sesi dimulakan dengan aktiviti suai kenal di kalangan peserta. Manakala pihak Elsevier daripada Belanda, Mesir dan Singapura secara berjadual membentangkan analisis penerbitan yang disediakan oleh mereka menggunakan Scival Spotlight. Sesi soal jawab boleh

dilakukan semasa pembentangan atau selepas pembentangan. Selepas sesi pembentangan tamat, kumpulan peserta diberikan latihan dalam kumpulan iaitu kajian kes dan membuat analisis menggunakan Scival Spotlight.

Penulis telah diberi peluang membentangkan kajian kes bertajuk Th e Challenging Roles; What Does Help Us?. Masa pembentangan adalah 45 minit. Pembentangan meliputi pengalaman UKM dalam menggunakan komponen bibliometrik seperti Scopus, Scival potlight dan Scival Experts. Walaupun secara dasarnya, persidangan ini lebih terfokus kepada Scival Spotlight, nampaknya para peserta lebih minat bertanya kepada UKM mengenai pengalaman Perpustakaan UKM dalam penggunaan produk Scival Experts. Scival Experts adalah sebuah pangkalan data yang mengandungi profi l penerbitan ahli akademik UKM dalam jurnal dan prosiding yang diindeks oleh Scopus.

Selain UKM, kajian kes turut dibentangkan oleh wakil daripada University of Geneva, Switzerland iaitu Dr Pablo Achard yang membentangkan tajuk “Strategic Planning and the use of bibliometrics and the University of Geneva”

Asia Pacifi c (APAC) 2012 Scival User Conference

Secara rumusan, peluang yang diberikan oleh UKM dan Elsevier dalam pembentangan di peringkat antarabangsa ini merupakan satu pengalaman baru bagi penulis. Berada di medan ini, kita memerlukan keyakinan untuk berbahasa Inggeris di samping penguasaan teknikal dalam produk yang dibentangkan. Pendedahan dan pengalaman seperti ini wajar dirasai oleh rakan-rakan pustakawan yang lain. Mudah-mudahan ia mampu memberikan imej yang baik kepada UKM dan Perpustakaan UKM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pembentangan oleh En. Shamsudin Ibrahim dari Perpustakaan UKM

Sebahagian peserta persidangan Pembentangan oleh Dr Pablo Achard daripada University of Geneva, Switzerland

Page 24: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 24

Berita dari Cabang

ANNA KUSTYANA MUKANDAR

H ari Menghargai Pelanggan Perpustakaan UKM 2012 telah diadakan pada 16 Oktober 2012 di

Perpustakaan Tun Seri Lanang dan 18 Oktober 2012 di Perpustakaan-perpustakaan Cabang. Antara objektifnya adalah membudayakan sikap menghargai pelanggan bagi menjalin hubungan erat antara warga perpustakaan dan pelanggan, memupuk rasa cinta pelanggan kepada perpustakaan dan membudayakan pencarian ilmu melalui penggunaan perpustakaan secara efektif.

Bagi menarik minat pelanggan mengunjungi Hari Menghargai Pelanggan beberapa aktiviti telah dijalankan seperti Cabutan Bertuah, Ekspresi Pelanggan - Pohon Inspirasi Perpustakaan, Kuiz Roda Impian, Kuiz Siapa Yang Kena, Jumble Sale, Pameran dan Jualan Buku oleh

Hari Menghargai Pelanggan 2012

Ibadah korban adalah Ibadah yang amat digalakkan dalam Islam berdasarkan hadis daripada A’isyah : Rasulullah saw bersabda;

Maksudnya;

“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan.” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

Sumber : http://www.jim.org.my

P enulis seringkali mendengar perkataan ibadah korban dan telah melakukannya beberapa kali namun

tidak pernah melihat secara dekat bagaimanakah aktiviti ini dijalankan. Oleh itu peluang untuk mengadakan aktiviti ibadah korban pada 2011 bersama rakan -rakan di PUU tidak dilepaskan. Usaha mengumpulkan peruntukan kewangan telah berjalan selama hampir satu tahun bermula pada tahun 2010 hingga 2011. Namun begitu, perancangan untuk mengadakan ibadah korban pada Aidiladha 2011 terpaksa ditangguhkan pada ketika itu bagi memberi laluan kepada rakan yang pergi menunaikan haji.

Syukur Alhamdullilah masa yang ditunggu akhirnya hadir jua. Pada 27 Oktober 2012 dengan izinNya penulis dan warga Perpustakaan Undang -Undang serta keluarga telah mengadakan aktiviti ibadah korban di Kampung Ulu Chu-chuh Sepang. Seramai 18 orang telah turut serta dalam

NORLIAH SUKARNO

Ibadah Korban PUU 2012

aktiviti tersebut. Aktiviti bermula seawal 8.30 pagi. Beberapa orang kampung, warga PUU dan Encik Kamaruddin mantan kakitangan perpustakaan. UKM telah menyempurnakan kerja penyembelihan lembu pada hari tersebut. Bagi penulis, mendengar suara lembu dan melihat sendiri darah yang mengalir keluar dari lembu yang dikorbankan telah memberi seribu satu makna dan keinsafan.

Aktiviti diteruskan dengan kerja-kerja melapah daging untuk diagih-agihkan kepada penduduk Kampung Ulu Chu Chuh. Tuan rumah iaitu Salleh bin Palil telah menyediakan semua kelengkapan untuk memasak. Semua yang hadir telah bersama-sama mengembeling tenaga menjayakan aktiviti tersebut. Sesungguhnya pelbagai manfaat telah diperolehi daripada aktiviti ini antaranya ialah melaksanakan ibadah korban, semangat kerja berpasukan dan memperkukuhkan Ukhuwah Islamiah dikalangan kakitangan.

PTS, Bersama Pembekal - IEEE & Knovel, Springer, Emerald dan IOP, Sesi Latihan Pangkalan Data Springer & SciFinder, dan Kembara Buku Bersama Sayed Munawar.

Aktiviti yang dijalankan telah berjaya menarik seramai 733 orang pengunjung dan 662 daripadanya turut serta menjadi responden dalam Kajian Kepuasan Pelanggan. Pohon Inspirasi Perpustakaan yang diwujudkan telah berjaya mendapatkan 771 catatan ekspresi pelanggan yang terdiri daripada ucapan-ucapan penghargaan dan komen/pandangan kepada perpustakaan.

Secara keseluruhan acara yang dirancang telah dapat dijalankan dengan meriah dan catatan Inspirasi Pelanggan akan dijadikan inspirasi Perpustakaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Peserta dan penduduk kampung bergotong-royong melapah lembu korban

Page 25: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 25

Berita dari Cabang

Warga PDAL telah mengadakan Hari Menghargai Pelanggan pada 18 Oktober 2012 yang merupakan

acara tahunan perpustakaan sempena Majlis Pembudayaan Ilmu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk memberi penghargaan kepada pelanggan yang telah banyak menyokong aktiviti perpustakaan di samping memupuk rasa cinta pelanggan kepada Perpustakaan yang merupakan nadi kepada aktiviti pembelajaran dan penyelidikan.

Antara aktiviti semasa Hari Menghargai Pelanggan tersebut adalah Pohon Inspirasi Perpustakaan, Kuiz, Cabutan Bertuah dan Latihan Pangkalan Data Atas Talian.

Pokok Inspirasi Perpustakaan merupakan aktiviti yang paling meriah kerana para pelanggan amat teruja untuk memberikan komen, harapan dan pandangan yang positif terhadap perpustakaan. Seramai 246 orang pelanggan yang menyatakan ekspresinya diberi cenderamata serta berpeluang menyertai cabutan bertuah.

Pertandingan kuiz juga telah menarik perhatian ramai pelanggan untuk menjawab beberapa soalan yang dikemukakan. Seramai 16 orang pelanggan telah berjaya memenangi kuiz tersebut. Tahniah kepada yang berjaya!

Acara yang amat dinantikan oleh pelanggan perpustakaan ialah Cabutan Bertuah. Seramai 17 orang pelanggan yang bertuah telah memenangi acara tersebut.

Kaunter khas disediakan untuk memberi peluang kepada perpustakaan mendekati pelanggan dan mengetahui sebarang masalah, cadangan serta aduan kepada perpustakaan. Ia juga merupakan langkah mewujudkan budaya mesra pelanggan ke arah meningkatkan imej dan melaksanakan penambahbaikan mutu perkhidmatan perpustakaan.

Secara keseluruhannya, pengisian aktiviti Hari Menghargai Pelanggan dapat memberi ruang dan peluang kepada pelanggan mengetahui maklumat terkini tentang perkhidmatan serta kemudahan terkini yang disediakan oleh perpustakaan. Warga PDAL sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pelanggan perpustakaan yang telah memberi kerjasama dalam memeriahkan majlis ini. Sesungguhnya majlis ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara kakitangan dan pelanggan perpustakaan. Semoga pada 2013 Hari Menghargai Pelanggan akan lebih menarik ramai kunjungan lagi dengan pelbagai aktiviti.

Hari Menghargai Pelanggan di PDAL Meriah

Sesi akademik September 2012 - Januari 2013 menyaksikan kitaran semester di mana UKM menerima

kedatangan pelajar baru. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya dengan harapan kedatangan mereka bakal melakar sejarah baru yang harum untuk UKM ini. Pendaftaran pelajar baru ini bermula seawal 2 September 2012 dan berlangsung selama hampir seminggu. Kedatangan mereka disambut dengan pelbagai aktiviti bagi memastikan mereka bersedia menempuh alam baru di menara gading dengan jayanya.

Dalam menyediakan anak bangsa yang berjaya, Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (PDAL) turut seiring dalam melaksanakan peranan mereka. Perpustakaan telah mengatur program dan aktiviti bermula 10 September 2012 sehingga 1 Oktober 2012 bagi memastikan pelajar celik perpustakaan di samping menanamkan rasa kecintaan terhadap gedung ilmu ini. Di antara aktiviti yang diatur adalah taklimat pengenalan perpustakaan serta kelas Kemahiran Maklumat mengikut jadual dan fakulti yang telah ditetapkan.

Seiring kemasukan pelajar baru ini, PDAL telah memperkenalkan perkhidmatan baru iaitu pinjaman beg komputer riba. Sebanyak 100 buah beg telah disediakan untuk memberi kemudahan pelanggan menggunakan kemudahan tersebut. Perkhidmatan baru ini secara amnya telah banyak memberi manfaat kepada pelanggan untuk memudahkan mereka membawa barang peribadi ke dalam perpustakaan.

Seterusnya, nilai tambah baru perkhidmatan di PDAL tertumpu pada aspek penggunaan bilik karel dan bilik perbincangan. Dahulunya penggunaan kemudahan bilik karel dan perbincangan tidak dapat dipantau penggunaanya dan kini pelanggan perpustakaan perlu mendapatkan kunci di kaunter pinjaman dan direkod melalui sistem VIRTUA. Objektif utama kaedah ini menjurus kepada penjanaan statistik penggunaan bilik karel dan perbincangan, seterusnya memastikan tindakan dan strategi baru bagi memastikan kemudahan ini digunakan semaksima mungkin. Dengan perlaksanaan dua strategi baru ini perpustakaan telah bergerak maju selangkah dalam melestarikan dan memperkasakan perkhidmatan di PDAL.

LAILAWATI MAJID

LAILAWATI MAJID DAN MOHD RAJAK TELIMIK

Memperkasa Perkhidmatan Seiring Kedatangan Pelajar

Baru KKL

MUTIARA KATA

Page 26: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 26

Berita dari Cabang

Kiosk Komuniti Psikiatri Beroperasi di Perpustakaan PPUKMAZLAN MOHAMAD HAMZAH

K iosk Komuniti Psikiatri telah mula beroperasi di Perpustakaan PPUKM (PPPUKM) sejak Oktober

2012. Ia berada di hadapan pintu masuk Ruang Baca 24 Jam PPPUKM. Ia menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman untuk para pelanggan yang berkunjung ke Perpustakaan. Penyediaan kiosk ini

akan memudahkan pelanggan memperoleh makanan dan minuman tanpa perlu ke tempat lain semasa mengulang kaji dan membuat tugasan di Perpustakaan. Terima kasih kepada pihak pengurusan PPUKM dan tahniah di atas pembukaan kiosk komuniti psikiatri ini

AZLAN MOHAMAD HAMZAH

Lawatan ke Perpustakaan Sultanah Zanariah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor untuk perkongsian amalan terbaik

P ada 7 hingga 8 November 2012, Perpustakaan PPUKM telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Sultanah

Zanariah, UTM dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor untuk meninjau dan berkongsi amalan terbaik di kedua-dua Perpustakaan Universiti tersebut. Seramai 15 orang terdiri daripada enam pustakawan dan sembilan kakitangan Perpustakaan PPUKM telah menyertai lawatan tersebut.

Objektif lawatan ini antaranya bertujuan untuk meninjau perkhidmatan, kemudahan dan amalan terbaik di Perpustakaan yang dilawati untuk penandaarasan dan pemantapan perkhidmatan Perpustakaan PPUKM. Di samping itu, lawatan ini menjadi medium perkongsian dan bertukar-tukar pengalaman dan maklumat berkaitan perpustakaan masing-masing dan bidang kepustakawanan.

Hasil daripada lawatan, peserta dapat memperoleh beberapa amalan terbaik dalam perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan di kedua-dua buah perpustakaan yang dilawati untuk penandaarasan dan penambahbaikan perkhidmatan di Perpustakaan PPUKM.

Bergambar kenangan di hadapan bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah (UTM)

Ketua Perpustakaan PPPUKM Puan Rosnah Sulaiman menyerahkan cenderahati

Kiosk Komuniti Psikiatri yang mula beroperasi di PPPUKM

Page 27: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 27

ROSNAH AHMAD DAN NUR ASYIKIN LUT AHMAD

Berita dari Cabang

P erpustakaan UKM telah mengadakan Hari Menghargai Pelanggan sebagai salah satu usaha untuk mendekati

pelanggan bagi mendapatkan maklumbalas dan cadangan. Hari Menghargai Pelanggan Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu telah diadakan pada 18 Oktober 2012 (Khamis) dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Program ini merupakan salah satu usaha pihak perpustakaan untuk mendekati pelanggan bagi mendapat maklumbalas dan cadangan untuk menambah nilai perkhidmatan perpustakaan

Antara Objektif program ini ialah memberi peluang kepada pelanggan mengemukakan pertanyaan, cadangan dan aduan kepada perpustakaan, menjadikan Hari Menghargai Pelanggan sebagai langkah mewujudkan budaya mesra pelanggan ke arah peningkatan imej perpustakaan, Memberi ruang kepada pelanggan mengetahui maklumat terkini tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan dan menjadikan maklumbalas pelanggan sebagai input untuk perancangan dan penilaian perkhidmatan perpustakaan.

Melalui kaunter khas yang telah dibuka sempena program ini, pelanggan berpeluang mendekati perpustakaan dengan lebih dekat serta mendapat maklumat lanjut tentang perkhidmatan perpustakaan daripada kakitangan yang bertugas. Perpustakaan telah mengedarkan Borang Soal Selidik Kepuasan Pelanggan (UKM-SPKP-PKU11-BO04), Borang Soal Selidik Kepuasan Pelanggan (UKM-SPKP-PKU11-BO05-PUST) dan Borang Soal Selidik Kepuasan Pelanggan (PERPUN) kepada pelanggan perpustakaan. Pelanggan yang mengunjungi kaunter Hari Menghargai Pelanggan PATMA dikehendaki mengisi dan menjawab borang soal selidik tersebut. Perpustakaan juga telah menyediakan Pohon Inspirasi Pelanggan bertujuan memaparkan komen dan rasa hati pelanggan terhadap PATMA.

Berdasarkan analisis borang-borang yang telah diterima, maklumat berikut telah didapati seramai 59 orang pelanggan telah mengunjung ke kaunter Hari Menghargai Pelanggan Perpustakaan ATMA dan menjawab borang soal selidik yang diberikan. Pelanggan yang menjawab borang soal selidik ini

Hari Menghargai Pelanggan PATMA 2012

terdiri dari seorang ahli akademik dari ATMA dan 58 orang pelajar pra-siswazah dan pasca siswazah.

Bagi menarik minat pelanggan beberapa acara telah dijalankan iaitu Kuiz Roda Impian, Pohon Inspirasi Pelanggan, Cabutan Bertuah dan Potongan 50% denda. aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan. Ini boleh dilihat melalui bilangan pelanggan yang menjawab borang soal selidik, Pohon Inspirasi Pelanggan dan cabutan bertuah serta kuiz. Terdapat banyak maklumbalas, cadangan, komen dan penghargaan yang diterima daripada pelanggan. Ini membolehkan pihak Perpustakaan membuat penambahbaikan kepada perkhidmatan perpustakaan dari masa ke semasa untuk memenuhi keperluan pelanggan seiring peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu bagi menjana generasi bermaklumat.

Kakitangan bergambar kenangan bersama pustakawan

Kuiz Roda Impian

PESANAN RASULULLAHDari Abu Dzar ra. berkata, "Kekasihku, Rasulullah saw. berpesan kepadaku dengan tujuh perkara, (1) supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekati mereka,(2) menyuruh aku melihat kepada orang yang berada di bawahku dan tidak melihat kepada orang yang berada di atasku,(3) menyuruh aku menjaga silatur-rahim walaupun mereka berlaku kasar kepada ku,(4) banyakkan ucapan LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH,(5) mengatakan kebenaran walaupun pahit,(6) jangan takut celaan orang ketika berdakwah(7) jangan meminta sesuatu apa pun dari manusia”.

(HR Imam Ahmad)

Page 28: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 28

Ruangan KKWP

Real  Married menentang Bachelorna. Begitulah bunyinya perlawanan bolasepak yang

berkonsepkan kelamin menentang bujang yang merupakan acara tahunan kakitangan Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia, di bawah anjuran Kelab Kebajikan Warga Perpustakaan (KKWP).

Perlawanan yang melibatkan hampir keseluruhan kakitangan lelaki dari Perpustakaan UKM ini adalah antara satu usaha dalam merakyatkan aktiviti sukan di samping mengeratkan hubungan antara kakitangan berlainan jabatan dan juga antara kakitangan di perpustakaan induk dan perpustakaan cabang.

Perlawanan telah berlangsung di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia dengan sepak mula pada jam 8.45 malam. Turut hadir merasmikan perlawanan adalah Ketua Pustakawan Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Tn. Haji Abu Bakar Maidin.

Gol pertama Bachelorna dihasilkan oleh Ashraf Azrul Ahmad Kamel dari Bahagian Jurnal dan Jilidan. Gerakan solo beliau dari barisan pertahanan telah mengejutkan seluruh pemain Real Married.

Shahrizal Subhi dari Bahagian Media hampir menambah jaringan pasukan Bachelorna apabila menanduk kemas hantaran lintang daripada Asrizal dari Perpustakaan Undang-undang namun usahanya telah dibatalkan oleh penjaga garisan kerana off -side.

Gol ke-2 Bachelorna muncul tidak lama selepas itu apabila hantaran bola yang kemas dan tajam dari perancang tengah Bachelorna, Hafi z Nafi ah dari Bahagian Koleksi Media disambut dengan sepakan sederhana kencang oleh Asrizal dari Perpustakaan Undang-undang, menewaskan penjaga gol Real Married yang baru sembuh dari kecederaan, Afi fi dari Bahagian Perkhidmatan Maklumat.

Perlawanan pada babak separuh masa kedua menyaksikan pasukan Real Married mula bertenang dan merancang strategi dengan baik. Beberapa cubaan dari dalam kotak penalti dilakukan namun tiada satu pun yang berjaya singgah di belakang jaring gawang gol Bachelorna. Penjaga gol Bachelorna, Zohdi dari Bahagian Koleksi Media telah menggagalkan kesemua serangan, melayakkan beliau diangkat menerima Anugerah Pemain Terbaik Kejohanan.

Mengambil manfaat dari keruntuhan semangat dan kelunturan moral pasukan Real Married, Hafi z Nafi ah seumpama menambah garam pada luka yang dalam apabila menjaringkan gol ke-3 pasukan Bachelorna setelah berjaya memperdaya 2 orang pemain pertahanan Real Married termasuklah Faliq dari Bahagian Jurnal dan Jilidan, Zukhairi dari Perpustakaan Undang-undang dan seterusnya penjaga gol Real Married, Sulaiman Abdul Wahab yang pada mulanya bermain di bahagian sayap kiri sebelum terpaksa menggantikan Afi fi .

Ashraf sekali lagi mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya menewaskan 7 pemain lawan sebelum menjaringkan gol ke-4 Bachelorna dengan bergaya.

Gol saguhati pasukan Real Married telah disumbangkan oleh Zukhairi. Perlawanan berakhir dengan keputusan muktamad 4 gol berbalas 1. Keratan akhbar tentang perlawanan boleh didapati di akhbar Metro dan Kosmo bertarikh 5 Disember 2012 dan 11 Disember 2012.

MOHD SYAMROOZ KAMAL MHD REDZA

Real Married MenentangBachelorna

[62] Allah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan dan

Dia lah yang mentadbirkan serta menguasai segala-galanya

Page 29: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 29

Seramai 40 anak yatim dan asnaf dari Rumah Pengasih Warga Prihatin, Kajang diraikan dalam program Majlis

Berbuka Puasa dan Solat Terawih pada 10 Ogos 2012 yang lalu. Majlis anjuran Kelab Kebajikan Warga Perpustakaan (KKWP) merupakan salah satu khidmat masyarakat atau CSR perpustakaan sempena bulan mulia.

Majlis berbuka puasa yang telah diadakan di Foyer, PTSL ini turut dihadiri oleh Ketua Pustakawan, Tuan Haji Abu Bakar Maidin dan beberapa pegawai pengurusan. Dalam majlis tersebut, kelab turut menyerahkan sedikit sumbangan berupa wang ringgit kepada anak-anak yatim.

Selepas majlis berbuka, warga Perpustakaan dan anak-anak yatim turut sama menunaikan solat terawih diimamkan oleh Encik Mohd Farid Azaimi bin Apandi, Pegawai Penyelidik, Produk Islam. Semoga program yang dianjurkan berterusan dan memberi manfaat kepada kedua belah pihak.

Ruangan KKWP

KKWP bekerjasama dengan Perpustakaan mengadakan Jamuan Hari Raya pada 10 September 2012.

Perpustakaan mengambil langkah membuat kelainan pada tahun ini dengan mengadakan Jamuan Hari Raya di luar PTSL (Foyer, PTSL). Pelbagai juadah yang dihidangkan iaitu nasi himpit, ketupat, lemang dan rendang disamping menu utama adalah nasi beriani. Sambutan yang bertujuan mengeratkan ukhwah di kalangan warga perpustakaan mendapat sambutan meriah dari pelajar dan PTJ berhampiran. Majis yang bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari itu diserikan dengan pengacara jemputan Encik Rajak Telimik (Pustakawan PDAL) dan Cik Siti Salmah Md Yusof (Pembantu Perpustakaan PPUKM).

K ira-kira 300 kakitangan dan keluarga masing-masing berkumpul di pusat rekreasi Gold Coast Morib, Banting

bagi meraikan sambutan Hari Keluarga pada 1 Disember 2012 yang lalu. Program dwitahunan ini merupakan kerjasama antara KKWP dengan Perpustakaan.

Ketua Pustakawan UKM, Tuan Haji Abu Bakar Maidin melalui ucapan perasmian, berkata sambutan itu bagi mengeratkan silaturrahim kakitangan dan ahli keluarga sekali gus mengukuhkan hubungan kekeluargaan. Selain bertukar idea, pandangan dan berkongsi pengalaman, ia dapat menyemai semangat kerjasama sesama kakitangan dalam bekerja. Tak kenal maka tak cinta, sudah kenal maka boleh bercerita, katanya.

Program yang bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir jam

KKWP Rai Anak Yatim Sempena Bulan

Ramadan RUZITA KAMIS

2.00 petang menyaksikan pelbagai aktiviti menarik telah diatur di bawah kelolaaan pegawai Gold Coast, Morib seperti senamrobik, acara sukaneka dan cabutan bertuah. Pelbagai hadiah menarik telah disediakan berupa barangan elektrik sumbangan dari KIK dan Pegawai Pengurusan.

Selain menyertai pelbagai permainan dan acara sukaneka, peserta juga boleh bermain permainan yang disediakan di Water Th eme Park Resort, Banting.

Jamuan Hari Raya Perpustakaan Meriah

Sebahagian anak yatim dan asnaf dari Rumah Pengasih Warga Prihatin, Kajang

Pustakawan UKM bergambar kenangan bersama Ketua Pustakawan

Hari Keluarga Perpustakaan UKM Erat Ukhuwah

RUZITA KAMIS

RUZITA KAMIS

Acara sukaneka

Page 30: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 30 INSPIRASI Bil 10 JAN-JUN 2012

Ruangan KKWP

SENARAI AKTIVITI KELAB KEBAJIKAN WARGA PERPUSTAKAAN UKM (KKWP) JULAI – DISEMBER 2012

RALAT KELUARAN

Sidang editor Buletin Inspirasi memohon maaf dia atas kesilapan pada keluaran Bil. 10/Januari-Jun 2012 bagi ruangan Berita Kakitangan untuk kenaikan pangkat Abdul

Razak Mahmud yang sepatutnya Abdul Karim Mahmud dan Ruangan Pertukaran Tempat bertugas Puan Hamidah Erman S48 yang sepatutnya Puan Hamidah Erman S44

BIL. AKTIVITI TARIKH TEMPAT ANJURAN

1. Jualan Makanan Ringan (Gula-gula, kekacang, kerepek, air mineral)

Sepanjang tahun -

Biro Ekonomi 2. Jualan Cenderaha Sepanjang tahun -

3. Jualan Kitab Sepanjang tahun -

4. Ziarah Kakitangan/Mantan Kakitangan Yang Uzur Sepanjang tahun -

Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan

5. Ku pan Derma Kilat Semasa Kema an Sepanjang tahun -

6. Kuliah Kitab Se ap Jumaat

minggu pertama (bermula 6 Julai)

Sanggar Ilmu, Aras 4, PTSL

Biro Dakwah dan Kerohanian

7. Majlis Bacaan Yaasin 13 Julai Sanggar Ilmu, Aras 4, PTSL

Biro Dakwah dan Kerohanian

8. Tazkirah Ramadhan 27 Julai, 3 Ogos Sanggar Ilmu, Aras 4, PTSL

Biro Dakwah dan Kerohanian

9. Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil Perdana 10 Ogos Sanggar Ilmu, Aras

4, PTSL Biro Dakwah dan

Kerohanian

10. Majlis I ar dan Solat Terawih Berjemaah bersama Anak Ya m 10 Ogos

Surau Aras 2, Bangunan

Perpustakaan

Biro Dakwah dan Kerohanian

11. Majlis Bacaan Yaasin Bakal Haji 13 September Sanggar Ilmu, Aras 4, PTSL

Biro Dakwah dan Kerohanian

12. Perlawanan Bolasepak Kelamin Vs Bujang 23 November Stadium UKM Biro Sukandan Rekreasi

13. Bicara Hijrah ‘Sham Kamikaze’ 30 November Bilik Serbaguna, Aras 2, PTSL

Biro Dakwah dan Kerohanian

14. Program Bermesra Bersama Masyarakat Orang Asli 15 Disember

Batu 28, Kg. Jenderam Hilir,

Dengkil

Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan

Page 31: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 31

Berita Kakitangan

NNama JJawatan TTarikh Lapor Diri

PPenempatan

Wan Nur ‘Afifah Wan Yahya Pustakawan S41 16.7.2012 PPPUKM

NNama JJawatan PPada Noraini Ariffin

Pembantu Perpustakaan S22 (KUP)

7.8.2012 Noor Haiyati Hashim

16.11.2012 Sakdiah Abdul Karim Mohd Rosli Mohd Khalid

NNama JJawatan DDari Ke TTarikh Kuatkuasa Kamaruddin Abdollah Pen. Pendaftar N41 PTSL Fakulti Pendidikan 16.7.2012 Wan Nor Kamariah Sh. Yusof Ketua Pen. Pendaftar N48 UKM-GSB PTSL 16.7.2012

NNama JJawatan PPada Mohd Afiq Khosim (PL2) Pembantu Perpustakaan S17 (Sementara) Tamat perkhidmatan pada 9.8.2012 Mohd Yusri Osman (PDAL) Meletak jawatan pada 18.8.2012 Meor Jalaluddin Meor Jamaluddin (PDAL)

Pembantu Perpustakaan S22 (KUP) Bersara wajib 56 tahun pada 18.12.2012

Abd. Razak Khalid Muhammad Wafi Azizi Rasyilla Che Mohd Suldin Abdullah Yaacob Noraini Ariffin Ruzita Kamis Azlan Mohamad Hamzah Norbaizura Malek Siti Norsiah Mohamad Azreen Abu Hadin Norkiah Aziz Zainol Rasid Abd. Hamid Farah Eiza Abu Hadin Radiyana Abd. Rahman Zabidah Ahmad Mohd Adnan Baharom Rahmah Pilus Zuraidah Mustapha

Noraini Omar Azlan Mohamad Hamzah Hamidah Erman Hanim Yahya Hamzah Jahid Mariati Embong Harith Faruqi Sidek Norhuda Lajis @ Aziz Mad Munasir Hj. Masudi Zaleha Hussin Mas Fadilah Mohammed Saruri Zuraidah Mustapha

Asmida Omar KIK SAVE

Ruzita Kamis (Fasilitator) Nona Zurena Masenwat Fathiah Mohd Naain (Ketua) Noor Farhana Mohd Saleh Siti Salwa Abdul Aziz (Setiausaha) Norazlina Ali Asmida Omar Nur Asyikin Lut Ahmad Rahmah Pilus Md. Fakrul Hisham Mahamed Muhammad Ariffin Abdul Rahman Mohamad Faliq Mohamad Rathi Mohamad Faliq Mohamad Rathi Mustaffakamal Abu Bakar Norkiah Aziz Siti Salmah Md. Yusof M. Hamdan Mohamad

Kakitangan Baru

Kenaikan Pangkat

Pertukaran Tempat Bertugas

Bersara/Meletak Jawatan/Tamat Perkhidmatan

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UKM 2011

Penerima Anugerah Majlis Penghargaan Perkhidmatan Kakitangan Perpustakaan 2011

Anugerah Ketua Pustakawan Anugerah Kakitangan Cemerlang

Anugerah Kakitangan Harapan Anugerah Kualiti Perpustakaan

Page 32: Inspirasi bil 2.indd

INSPIRASI Bil 11 JULAI-DISEMBER 2012 32

Abd. Rahman Mon Ahmad Farid Abdullah Abd. Razak Khalid Hamudah Hashim Azrul Azlan Mahat Hazmir Hj. Zainal Ham Zaid Sulaiman Mohd Firdaus Mohd Taha Johari Badu Jabar Mohd Rosli Mohd Khalid Meor Jalaluddin Meor Jamaluddin Sa’diah Sanad Norlaili Mohd Salleh Saraswathy a/p Mari Nur Murni Aznin Azhari Saripah Ismail Siti Norsiah Mohamad Siti Salmah Md. Yusof

Rosnah Yusof (Pengerusi) Hendon Abdullah Ruzita Kamis (Setiausaha) Lokman Mohamed Abd. Rahman Mon Mohd Firdaus Mohd Taha Asmany Aza Ahmad Mohd Syamrooz Kamal Mhd. Redza Fathiah Mohd Naain Rosmarlidaini Mah Hasan Harith Faruqi Sidek Zuraidah Mustapha

NNama BBahagian TTarikh Mohd Zaki Omar PPPUKM 25 Mei 2012 Ilya Eziane Mohd Noor Bahagian Pentadbiran &

Kualiti 24 Ogos 2012

NNama BBahagian TTarikh Hafsah Mohd (Bonda) Bahagian Pentadbiran & Kualiti 17 Disember 2012 Mohd Hanif Zainal (Anak) Bahagian Katalog 10 November 2012 Mahamad Rosiki Husain (Isteri)

Bahagian Koleksi Asia Tenggara & Dokumen

3 November 2012

Siti Salwa Abd Aziz (Ayahanda) Bahagian Pengurusan Jurnal & Jilidan

7 Ogos 2012

Anugerah Petugas Kaunter Terbaik Anugerah Khidmat Masyarakat

Anugerah Penjanaan Kewangan (Jawatankuasa Bengkel Pemeliharaan dan Penjilidan Lanjutan)

Raikan Cinta.......Mahligai Bahagia

Lahirnya Permata Hati.....

Al-Fatihah.....DaripadaNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali

Berita Kakitangan

Nama Bahagian Tarikh Ahmad Afifi Mohmed Ishak Bahagian Perkhidmatan

Maklumat 24 Jun 2012(Anak kedua)

Ahmad Muhaimin Jusoh Bahagian Sistem & Teknologi Maklumat

29 Ogos 2012 (Anak kedua)

Arzian Azwani Aris PPPUKM 27 Julai 2012 (Anak pertama ) Azhari Sahamir PDAL 12 September 2012 (Anak

kedua) Ham Zaid Sulaiman PATMA 20 Ogos 2012 (Anak pertama) Mohd Adnan Baharom PUU 29 April 2012 (Anak kedua) Muhammad Ariffin Abdul Rahman Bahagian Pengurusan

Jurnal & Jilidan 29 September 2012 (Anak pertama)

Muhammad Asrizal Ahmid PUU 11 Februari 2012 (Anak pertama)

Noor Marina Yusof Bahagian Koleksi Asia Tenggara & Dokumen

24 Ogos 2012(Anak pertama)

Ruzini Rukaman PDAL 30 Julai 2012(Anak ketiga) Shamsudin Ibrahim Bahagian Perkhidmatan

Penyelidikan 17 Julai 2012 (Anak ketiga)