buletin diagnostik bil 3 / 2012

8
TINTA KETUA JABATAN PERKHIDMATAN MAKMAL DIAGNOSTIK INFO UNIT HAEMOSTASIS KHUSUS JPMD Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera, Dalam kesibukan tugas harian, tanpa disedari buletin Diagnostik telah memasuki tahun ke-2. Diharapkan dengan penerbitan diagnostik, ia sedikit sebanyak dapat memberi menafaat kepada semua warga Pusat Perubatan UKM sama ada dari segi perkhidmatan yang ditawarkan serta perkembangan semasa jabatan. Jika di tahun pertama buletin Diagnostik dicetak dan diedarkan melalui Ketua-ketua Jabatan/ Ketua-ketua Unit, tahun ini kami mengambil pendekatan melestarikan alam semulajadi dengan kaedah elektronik dan dicetak apabila perlu sahaja. Mulai edisi kali ini, sebaran buletin adalah melalui laman sesawang JPMD http://www.ppukm.ukm.my/jpmd/ dan diedarkan melalui email kakitangan. Diharapkan dengan kaedah ini, maklumat serta perkembangan JPMD dapat disebarkan terus kepada semua warga PPUKM. Sekiranya terdapat sebarang maklumbalas, komen atau info untuk dimasukkan dalam terbitan akan datang, saya memohon jasa baik semua untuk terus emailkan kepada [email protected]. Sekian, salam hormat daripada saya, Dr. Hanita Othman Ketua Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik Pusat Perubatan UKM. PENASIHAT DR. HANITA OTHMAN DR. TZAR MOHD NIZAM KHAITHIR KETUA PENGARANG PN. NOR ZARINA ZAINAL ABIDIN PENGARANG PN. AINI ARDENA MOHD MUSTAPHA PENYUNTING PN. NURUL ANISYAH CHE MOHD NURODDIN WARTAWAN PN. NOOR AZLIN MUHAMMAD HANAPI PN. HAMIDAH YUSOFF PN. SITI HAWA ABU AMIS PN. ROSLIZAWATI MD ROSLE CIK NOR AZURA ROSIDI GRAFIK EN. MOHD NAZRUL ANUAR ALI EN. MOHD IZWAN MOHD SHAMSUDIN BULETIN JABATAN PERKHIDMATAN MAKMAL DIAGNOSTIK SIDANG EDITORIAL BIL 3 : JANUARI-JUN 2012 KANDUNGAN UJIAN PENJENISAN TISU HLA 2 BENGKEL LEAN SIX SIGMA 3 GALERI MAJLIS PENGHARGAAN KAKITANGAN JPMD 4-5 BENGKEL MS ISO 15189:2007 BENGKEL PENYEDIAAN MEDIA & LAWATAN 6 PROGRAM SANGGAR KERJA JPMD 2012 7 RENUNGAN 8 Menjalankan pengujian khusus koagulasi untuk diagnosis gangguan pendarahan dan ujian penyaringan thrombofilia. Perkhidmatan diketuai oleh seorang pakar perubatan yang bertindak sebagai Ketua Unit, seorang Pegawai Sains serta dua orang Juruteknologi Makmal Perubatan. Lokasi makmal terletak di tingkat 2, berhadapan dengan Unit Tabung Darah. Pengujian rutin yang ditawarkan merangkumi: i) Factor VIII ii) Factor IX iii) Lupus Anticoagulant Panel iv) Thrombofilia Panel v) Platelet Function Test vi) Von Willebrand Assay vii) Inhibitor viii) Anti XA Assay Perkhidmatan pengujian ditawarkan dalam waktu pejabat sahaja iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang tidak termasuk hari cuti umum dan kelepasan am. Antara peralatan yang digunakan untuk pengujian adalah STA Compact, Agregometer, ST-Art 4 dan Microplate Reader. Jenis tiub serta kuantiti spesimen yang diperlukan untuk pengujian: Pengujian “Platelet Function Test” - temujanji diperlukan dari Unit Haemostasis Khusus JPMD. Penerangan berkenaan keperluan spesimen diberikan bersama temujanji. Antara peralatan yang digunakan di Unit Hemostasis Khusus Bil Ujian Jenis Tiub Kuantiti Spesimen 1. Lupus Panel Sodium Citrate 2 tiub (4ml darah periferi setiap tiub) 2. Thrombophilia Panel Sodium Citrate (4ml darah periferi setiap tiub)

Upload: vocong

Post on 14-Jan-2017

264 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin Diagnostik Bil 3 / 2012

TINTA KETUA JABATAN PERKHIDMATAN MAKMAL DIAGNOSTIK

INFO UNIT HAEMOSTASIS KHUSUS JPMD

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dalam kesibukan tugas harian, tanpa disedari

buletin Diagnostik telah memasuki tahun ke-2.

Diharapkan dengan penerbitan diagnostik, ia

sedikit sebanyak dapat memberi menafaat

kepada semua warga Pusat Perubatan UKM

sama ada dari segi perkhidmatan yang

ditawarkan serta perkembangan semasa

jabatan.

Jika di tahun pertama buletin Diagnostik

dicetak dan diedarkan melalui Ketua-ketua

Jabatan/ Ketua-ketua Unit, tahun ini kami

mengambil pendekatan melestarikan alam

semulajadi dengan kaedah elektronik dan

dicetak apabila perlu sahaja. Mulai edisi kali ini,

sebaran buletin adalah melalui laman sesawang

JPMD http://www.ppukm.ukm.my/jpmd/ dan

diedarkan melalui email kakitangan.

Diharapkan dengan kaedah ini, maklumat serta

perkembangan JPMD dapat disebarkan terus

kepada semua warga PPUKM.

Sekiranya terdapat sebarang maklumbalas,

komen atau info untuk dimasukkan dalam terbitan

akan datang, saya memohon jasa baik semua untuk

terus emailkan kepada [email protected].

Sekian, salam hormat daripada saya,

Dr. Hanita Othman

Ketua Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik

Pusat Perubatan UKM.

PENASIHAT DR. HANITA OTHMAN

DR. TZAR MOHD NIZAM KHAITHIR

KETUA PENGARANG PN. NOR ZARINA ZAINAL ABIDIN

PENGARANG PN. AINI ARDENA MOHD MUSTAPHA

PENYUNTING PN. NURUL ANISYAH CHE MOHD

NURODDIN

WARTAWAN PN. NOOR AZLIN MUHAMMAD HANAPI

PN. HAMIDAH YUSOFF

PN. SITI HAWA ABU AMIS

PN. ROSLIZAWATI MD ROSLE

CIK NOR AZURA ROSIDI

GRAFIK EN. MOHD NAZRUL ANUAR ALI

EN. MOHD IZWAN MOHD SHAMSUDIN

BULETIN JABATAN PERKHIDMATAN MAKMAL DIAGNOSTIK

SIDANG EDITORIAL

BIL 3 : JANUARI-JUN 2012

KANDUNGAN

UJIAN PENJENISAN TISU HLA 2

BENGKEL LEAN SIX SIGMA 3

GALERI MAJLIS

PENGHARGAAN KAKITANGAN

JPMD

4-5

BENGKEL MS ISO

15189:2007

BENGKEL PENYEDIAAN

MEDIA & LAWATAN

6

PROGRAM SANGGAR KERJA

JPMD 2012 7

RENUNGAN 8

● Menjalankan pengujian khusus koagulasi untuk diagnosis gangguan pendarahan dan ujian

penyaringan thrombofilia.

● Perkhidmatan diketuai oleh seorang pakar perubatan yang bertindak sebagai Ketua Unit, seorang

Pegawai Sains serta dua orang Juruteknologi Makmal Perubatan.

● Lokasi makmal terletak di tingkat 2, berhadapan dengan Unit Tabung Darah.

● Pengujian rutin yang ditawarkan merangkumi:

i) Factor VIII ii) Factor IX iii) Lupus Anticoagulant Panel

iv) Thrombofilia Panel v) Platelet Function Test vi) Von Willebrand Assay

vii) Inhibitor viii) Anti XA Assay

● Perkhidmatan pengujian ditawarkan dalam waktu pejabat sahaja iaitu pada hari Isnin hingga

Jumaat jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang tidak termasuk hari cuti umum dan kelepasan am.

● Antara peralatan yang digunakan untuk pengujian adalah STA Compact, Agregometer, ST-Art 4 dan

Microplate Reader.

● Jenis tiub serta kuantiti spesimen yang diperlukan untuk pengujian:

Pengujian “Platelet Function Test” - temujanji diperlukan dari Unit Haemostasis Khusus JPMD.

Penerangan berkenaan keperluan spesimen diberikan bersama temujanji.

Antara peralatan yang digunakan di Unit Hemostasis Khusus

Bil Ujian Jenis Tiub Kuantiti Spesimen

1. Lupus Panel Sodium Citrate 2 tiub (4ml darah periferi setiap tiub)

2. Thrombophilia Panel Sodium Citrate (4ml darah periferi setiap tiub)

Page 2: Buletin Diagnostik Bil 3 / 2012

Pada 1 Januari 2012, JPMD telah

menawarkan satu lagi perkhidmatan

pengujian diagnostik yang boleh memberi

manfaat kepada seluruh pelanggan PPUKM

khususnya iaitu pengujian Penjenisan Tisu

HLA (Human Leukocyte Antigen) yang

dijalankan di Unit Hematologi, JPMD di aras

‘basement’.

Sebelum JPMD menawarkan ujian ini,

permintaan untuk pengujian penjenisan tisu

HLA dipenuhi dengan menghantar spesimen

yang diperlukan ke Institut Penyelidikan

Perubatan (IMR) dengan kos diantara

RM550 hingga RM820 tidak termasuk kos

penghantaran yang mengambil masa

diantara 10 hingga 20 hari. Dengan

penawaran pengujian ini di JPMD, PPUKM

bukan sahaja berjaya mengurangkan kos

pengujian serta tempoh masa pengujian,

malah mengurangkan risiko kerosakan

spesimen semasa proses penghantaran

atau akibat kontaminasi.

Ujian ini sangat diperlukan sebelum

pemindahan tisu dapat dijalankan

terutamanya, untuk pemindahan organ, sel

stem dan sum-sum tulang. Melalui ujian ini,

kesepadanan HLA antara penderma dan

penerima (pesakit) dapat dipastikan

sebelum proses transplantasi dijalankan.

Keserasian diantara penderma dan

penerima (pesakit) amat penting untuk

memastikan kejayaan sesuatu transplantasi

serta mengurangkan kes „rejection‟ semasa

transplantasi.

Ujian HLA Typing adalah khusus untuk

kes pre-transplan (sel stem, sum-sum atau

organ) sahaja. Oleh itu, permintaan ujian ini

memerlukan sampel daripada pesakit dan

penderma untuk dianalisa. Pengujian ini

mengambil masa selama 15 hari bermula

pada hari spesimen diterima di makmal

sehingga laporan dikeluarkan.

Nota:

1. Ujian HLA Typing adalah khusus hanya untuk kes pre-transplan (sel stem, sum-sum atau

organ) sahaja. Oleh itu, permintaan ujian ini memerlukan sampel daripada pesakit dan

sampel daripada penderma untuk analisis.

2. Pengujian hanya dilakukan pada waktu pejabat (8.00 pagi hingga 4.30 petang) dengan

temujanji. Sila hubungi pegawai yang bertanggungjawab untuk menetapkan tarikh

temujanji penghantaran sampel (Puan Azrena Anee di talian 03-9145 5748/ 5823).

3. Semua permohonan ujian hendaklah menggunakan Borang Permintaan Ujian

Hematologi (No. borang: PPUKM/RP 36/97). Borang permohonan ujian hendaklah

lengkap berserta cop, nama dan tandatangan MO yang memohon ujian.

4. Setiap sampel untuk ujian HLA sama ada pesakit atau penderma perlu menggunakan

borang yang berasingan (satu sampel satu borang).

5. Pada borang permintaan ujian hendaklah dicatatkan sama ada sampel tersebut adalah

sampel pesakit atau sampel penderma.

UJIAN PENJENISAN TISU HLA (HLA TYPING) UNIT HEMATOLOGI, JPMD

DIAGNOSTIK|02

Keperluan Pengujian (kuantiti dan tiub spesimen):

Bil Perkhidmatan Masa Operasi Metodologi Kaedah Pre Analisis

1. PCR Class 1 8.00pg-4.30ptg PCR 6 mls of whole blood in EDTA tube

(15 mls of whole blood in EDTA tube IF

TWBC less than 1.5x103 /ml)

2. PCR Class ll 8.00pg-4.30ptg PCR 6 mls of whole blood in EDTA tube

(15 mls of whole blood in EDTA tube IF

TWBC less than 1.5x103 /ml)

‘Borang Permintaan Ujian

Hematologi

(No. Borang: PPUKM/RP

36/97)’

‘Ujian HLA Typing adalah

k h u s u s u n t u k k e s

pre-transplan (sel stem,

sum-sum atau organ) sahaja.’

Page 3: Buletin Diagnostik Bil 3 / 2012

BENGKEL LEAN SIX SIGMA

DIAGNOSTIK|03

Bengkel selama 3 hari ini telah berlangsung pada 13

hingga 15 Disember 2011 bertempat di Hotel Residence

Uniten Bangi. Bengkel ini merupakan anjuran

Jawatankuasa Latihan JPMD dengan kerjasama Roche

Diagnostik. Seramai 34 orang peserta telah menyertai

bengkel ini yang terdiri daripada pegawai sains,

juruteknologi makmal perubatan dan pembantu makmal.

Secara asasnya Lean Six Sigma merupakan suatu

konsep gabungan Kaedah Lean & Pendekatan Six Sigma.

Kaedah Lean lebih menumpukan kepada pengurangan kos

secara efektif melalui pengoptimuman sesuatu proses,

manakala pendekatan Six Sigma pula bertujuan

mengutamakan keperluan pelanggan dengan peningkatan

kualiti perkhidmatan ke arah piawaian antarabangsa (‟world

class standard‟). Secara ringkasnya, matlamat utama Lean

Six Sigma tidak hanya mengurangkan kos

semata-mata tetapi peningkatan produktiviti secara lebih

efektif disamping menitikberatkan kualiti perkhidmatan

yang diberikan.

Di dalam bengkel ini para peserta didedahkan secara

teori dan dilatih secara simulasi untuk mengenalpasti nilai

dan pembaziran di dalam sesuatu proses. Pembaziran yang

dikelaskan sebagai Kecacatan, Lebihan Hasil,

Pengangkutan, Masa Menunggu, Inventori , Gerakan, dan

Lebihan Proses perlu dihapuskan ataupun diminimakan.

DMAIC (Define, Measure, Analyse,Improve and Control)

adalah asas kepada konsep Lean Six Sigma bertujuan

mengurangkan variasi dalam proses yang sedia ada.

Melalui bengkel ini, peserta didedahkan kepada

kaedah “Value Stream Map” untuk lebih memahami proses

aliran kerja yang dilakukan dan mengenalpasti

ketidakcekapan yang berlaku dalam proses berkenaan.

Setiap aliran proses kerja akan dipecahkan dan dikelaskan

mengikut “Bisness value added, Customer value added &

Non value added” (pembaziran). Melalui pengkelasan

berkenaan, semua ahli kumpulan perlu merangka

penambahbaikan seperti penstrukturan semula proses

kerja atau ruang kerja, menggunakan teknologi baru serta

kemudahan teknologi maklumat sedia ada mengikut

kesesuaian tugas tanpa menjejaskan produktiviti semasa.

Setelah itu, peserta juga perlu menjalankan pemantauan

selepas rangka penambahbaikan dilaksanakan bagi

peningkatan keberkesanan proses kerja untuk tempoh

jangka panjang.

Melalui bengkel ini juga, peserta turut didedahkan

konsep “Lean Cell” seperti Kanban yang berasal dari

perkataan jepun yang bermaksud papantanda. Ianya

berkaitan konsep pengurusan dan pengeluaran “Just in

time”, dimana setiap produk yang dihasilkan perlulah dalam

tempoh masa yang telah ditetapkan tanpa

menjejaskan mutu dan kualiti produk berkenaan. Konsep

ini penting untuk mengelakan berlakunya pemprosesan dan

penghasilan produk secara berlebihan.

Secara keseluruhannya, bengkel ini memberi banyak

menfaat kepada semua peserta melalui kepelbagaian

kaedah untuk menganalisa prestasi perkhidmatan serta

kaedah untuk mengatasi kelemahan sedia ada.

Keterlibatan peserta secara terus melalui aktiviti simulasi

memberi peluang kepada semua kakitangan untuk

menganalisa sendiri kelemahan dalam perkhidmatan yang

diberikan dan berusaha memberikan perkhidamtan terbaik

selaras dengan matlamat serta objektif jabatan.

Page 4: Buletin Diagnostik Bil 3 / 2012
Page 5: Buletin Diagnostik Bil 3 / 2012
Page 6: Buletin Diagnostik Bil 3 / 2012

Pada 21 dan 22 Mac 2012 yang lalu,

Jawatankuasa Dokumentasi MS ISO 15189

JPMD dengan kerjasama Jawatankuasa

Latihan JPMD telah mengadakan Bengkel

Pemurnian dan Semakan Tahunan

Dokumentasi MS ISO 15189 : 2007, JPMD,

PPUKM bertempat di Palace of Golden

Horses, Mines, Seri Kembangan, Selangor.

Bengkel ini telah disertai oleh 55 orang

peserta yang terdiri daripada Ketua Jabatan,

Ketua – ketua Unit, Pegawai Dokumen,

Pegawai Teknikal dan Pegawai Latihan

daripada setiap unit perkhidmatan di

Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ketua

Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik

iaitu Dr. Hanita Othman.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk

memastikan semua peserta sedia maklum

dokumen yang sedang digunapakai di JPMD

serta menyemak dokumen baru yang

dibangunkan agar selaras dengan polisi

Pusat Perubatan UKM dan memenuhi

keperluan MS ISO 15189. Bengkel selama 2

hari ini telah diisi dengan sesi

p e m b e n t a n g a n , s e m a k a n s e r t a

mengemaskini semua Prosedur Kualiti

Gunasama JPMD, Arahan Kerja dan Manual

Prosedur Teknikal Unit – unit Perkhidmatan

JPMD yang baru dibangunkan agar selaras

dengan keperluan MS ISO 15189.

Pada akhir bengkel ini, dapat

disimpulkan bahawa semua Dokumen

Kualiti ISO 15189 yang digunapakai di JPMD

telah selesai disemak, dikemaskini dan

dimaklumkan kepada wakil unit-unit

perkhidmatan JPMD untuk disebarkan

kepada semua kakitangan seliaan

sebagaimana keperluan akreditasi MS ISO

15189.

Pada tanggal 24 April 2012. Unit

Penyediaan Media Jabatan Perkhidmatan

Makmal Diagnostik (JPMD) telah

mengadakan Bengkel Penyediaan Media

Mikrobiologi di Kilang Thermo Scientific

Microbiology Sdn Bhd yang bertempat di

Cheng Melaka.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk

mempertingkatkan kualiti penyediaan media

yang digunakan untuk pengujian makmal.

Bengkel anjuran bersama Unit Penyediaan

Media JPMD dan syarikat Thermo Fisher

Scientific Biomedia Laboratories Sdn Bhd

melibatkan 10 orang kakitangan yang terdiri

daripada seorang Pegawai Sains, enam

orang Juruteknologi Makmal Perubatan

(JTMP) dan tiga orang Atendan Kesihatan.

Di dalam bengkel ini, peserta

difokuskan terhadap aspek -aspek

keselematan makmal, penyediaan media

mikrobiologi, kawalan kualiti media, kawalan

kualiti kultur organism ATCC rujukan dan

aspek pembungkusan serta penyimpanan

media.

Bengkel ini telah diadakan dalam dua

sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Pada

sesi pagi, kuliah teori prinsip penyediaan

dan penerangan teknikal telah disampaikan

oleh Pakar Produk (Product Specialist) yang

didatangkan khas dari Singapura dan

pengurus kilang sendiri.

Pada sesi petang pula, peserta telah

dibawa melawat ke makmal penyediaan

media diiringi oleh Juruteknologi Makmal

Perubatan Kanan (Senior JTMP) kilang yang

berperanan sebagai Perancang Produksi

untuk menerangkan aktiviti yang sedang

dijalankan di kilang berkenaan. Selain

penerangan lanjut berkaitan makmal,

semua peserta telah diberikan peluang

untuk melakukan sendiri proses di bahagian

penyediaan automasi mesin, penyediaan

manual dan kaedah kawalan kualiti serta

stok kultur di kilang berkenaan.

Melalui bengkel sehari ini, dapat

disimpulkan bahawa, pendedahan peserta

terhadap industri penyediaan media secara

komersial oleh pihak swasta telah

mendatangkan banyak manfaat dan telah

berjaya mempertingkatkan pengetahuan

peserta terutama dari segi penjagaan dan

kawalan kualiti penyediaan media.

BENGKEL PEMURNIAAN DAN SEMAKAN TAHUNAN DOKUMENTASI

MS ISO 15189 : 2007

BENGKEL PENYEDIAAN MEDIA & LAWATAN KE KILANG THERMO SCIENTIFIC

MICROBIOLOGY SDN. BHD. DI CHENG, MELAKA

DIAGNOSTIK|06

Peserta sedang mendengar

kulah pada sesi pagi.

Peserta bergambar kenangan bersama kakitangan kilang

Thermo Scientific Microbiology

Sdn. Bhd.

Page 7: Buletin Diagnostik Bil 3 / 2012

DIAGNOSTIK|07

Pada 23 hingga 25 Mac 2012 yang lalu, Unit Patologi

Kimia dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan Jabatan

Perkhidmatan Makmal Diagnostik julung-julung kalinya

telah berjaya menganjurkan Program Sanggar Kerja JPMD

2012 kali ke-7.

Program yang telah diadakan di A‟Famosa Resort

Melaka dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua JPMD

iaitu Dr. Hanita Othman selaku Penaung dan Perasmi

program ini serta penglibatan seramai 93 orang kakitangan

sebagai peserta yang selama ini menjadi tunjang

perkhidmatan di JPMD.

Objektif utama program ini adalah untuk

memperkasakan lagi kualiti perkhidmatan di JPMD, melalui

percambahan idea daripada semua lapisan jawatan bagi

setiap permasalahan yang sering berlaku di JPMD dalam

suasana santai dan tidak formal. Program yang

mengandungi sesi taklimat pengurusan yang interaktif

mendedahkan peserta kepada strategi perkhidmatan JPMD

serta peranan masing-masing untuk menjayakan strategi

yang telah dirancang. Melalui sesi ini, peserta dapat

mengetahui bagaimana penglibatan mereka secara tidak

langsung dalam aktiviti kualiti yang dianjurkan oleh pihak

JPMD. Selain itu, aktiviti berkumpulan yang diadakan juga

menduga kebolehan peserta untuk mengenalpasti

kelemahan masing-masing semasa memberikan

perkhidmatan kepada pelanggan serta cadangan

mengatasi setiap masalah melalui kaedah ‘brainstorming’.

Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti

perkhidmatan, mengukuhkan perancangan , memantapkan

pengurusan dan melahirkan kakitangan yang berkebolehan

tinggi bagi memenuhi piawaian antarabangsa sejajar

dengan misi, visi serta halatuju JPMD.

Program 3 hari 2 malam ini turut merangkumi pelbagai

aktiviti yang menggalakkan peserta supaya dapat berfikir

secara lebih kreatif dan di luar kotak pemikiran biasa

dengan melibatkan mencipta idea, mencerna, menjelaskan

dan menilai idea, membuat keputusan dan menyelesaikan

masalah secara kritis dan bernas.

Kepelbagaian aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan

lagi rasa tanggungjawab dan dedikasi dalam menjalankan

tugas mengikut etika yang telah digariskan. Melalui aktiviti

seperti treasure hunt dan sukaneka pula ia bukan sahaja

mewujudkan semangat kerja berpasukan malah

mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama kakitangan

ke arah mewujudkan suasana yang harmonis dalam

perkhidmatan.

PROGRAM SANGGAR KERJA JPMD 2012

Page 8: Buletin Diagnostik Bil 3 / 2012

Sebagai manusia biasa sudah menjadi lumrah kita

menginginkan penghargaan dari mereka yang berada di

sekeliling. Seseorang yang melakukan pekerjaan dengan

bersungguh-sungguh kemudian diberi penghargaan akan

mendorong dia melakukan yang lagi baik pada masa

hadapan.

Seseorang insan itu akan rasa berguna apabila dirinya

dihargai. Sebaliknya jika tidak dihargai diri akan merasa

hampa, tertekan serta tidak bersemangat untuk

meneruskan kegiatan harian. Mengapa terjadinya perkara

sedemikian?

Perasaan tidak dihargai ini sebenarnya boleh berlaku

kepada sesiapa sahaja tidak mengira umur sama ada

remaja mahupun orang dewasa. Warga tua juga tidak

terkecuali dalam hal ini. Terdapat satu kisah tentang

seorang ibu tua tatkala bergaduh dengan suaminya

menangis teresak-esak meluahkan isi hatinya merasa diri

tidak dihargai sang suami.

Disebut satu persatu pengorbanan yang telah dilakukan

sepanjang tempoh perkahwinan mengharungi susah senang

dalam membesarkan anak-anak. Sungguh terharu melihat

keadaan ibu tua itu kerana dia benar-benar mengharapkan

penghargaan dari seorang insan yang bergelar suami

namun hampa belaka.

Lagi satu kisah pula berkisar tentang perbualan sesama

rakan yang bertanyakan anak masing-masing mengambil

bidang apa di universiti samada perubatan, undang-undang

mahupun kejuruteraan? Jika kebetulan anaknya mengambil

bidang-bidang yang disebutkan, maka dia akan dipandang

hebat.

Sebaliknya jika anaknya mengambil bidang bahasa

contohnya, maka akan berdetik perasaan rendah diri dalam

hati kerana jurusannya tidak sehebat mana. Persoalannya

mengapa harus rasa rendah diri? Jurusan apapun masih

boleh menyumbang kepada agama dan negara. Dalam

keadaan ini tidak perlu berpura-pura hanya untuk mendapat

penghargaan orang lain.

Adakah penghargaan manusia atau penghargaan Allah

itu lagi penting? Harus ada sikap positif dalam diri; tidak

perlu sedih dan risau andai kita tidak mendapat

penghargaan dari manusia. Akibatnya akan memakan diri

sendiri seperti kisah ibu tua tadi yang merana dan sakit jiwa

dibuatnya.

Hakikatnya bukan semua manusia akan diberi

penghargaan. Namun ini bukan alasan untuk kita

membiarkan har i -har i ber la lu beg itu saja ,

bermalas-malasan, tidak produktif malah seolah-olah tidak

berminat lagi untuk melakukan sebarang aktiviti. Hidup ini

terlalu singkat untuk dibazirkan begitu saja.

Memang manusia tidak pandai berterima kasih dan

menghargai orang di sekeliling. Apa yang lebih penting

sebenarnya adalah penghargaan dari Allah. Apabila kita

ikhlas melakukan sesuatu pekerjaan kerana Allah SWT

maka kita akan mendapat penghargaan yang lebih besar.

Lakukan segala sesuatu dengan niat kerana Allah, kita

akan merasa lebih tenang dengan diri sendiri. Ini kerana

orang yang melakukan sesuatu kerana Allah akan

memperoleh keberkatan dan dapat mendidik hati manusia

agar lebih ikhlas dan tidak mengharapkan pujian orang

semata-mata.

Untuk menghilangkan rasa tidak dihargai adalah dengan

menyayangi diri kita sendiri. Diri kita adalah lebih penting;

tidak perlu penghargaan orang lain asalkan pandai

menghargai diri sendiri. Jika kita pandai menghargai diri

sendiri, orang lain akan menghargai kita.

Harus diingati bahawa hidup ini penuh ujian dan

cabaran. Kita perlu berfikiran positif dan redha dengan ujian

di samping berusaha mengatasi kelemahan yang ada. Jika

rasa diri tidak dihargai, cuba muhasabah diri; adakah

mungkin kerana kita tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu

pekerjaan.

Perkara ini juga mampu mendekatkan diri kita dengan

Allah SWT. Mungkin dahulu kita kurang menghidupkan

sepertiga malam dengan berqiamulail, kini kita rajin bangun

solat bertahajjud dan sebagainya. Ingatkan juga segala

nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita;

panjatkan rasa kesyukuran atas segala kurniaanNya.

Jangan kita menjadi golongan yang sanggup

berpura-pura dan berlakon semata-mata untuk mendapat

penghargaan manusia. Hidup ini akan menjadi lebih tenang

apabila kita bebas dari penghargaan manusia.

Walau bagaimana pun penerimaan orang, bersihkan

hati dan berlapang dada sentiasa. Yang dipohon adalah

keredhaan Allah Yang Maha Kuasa. Akhirnya, janganlah

terlalu ternanti-nanti untuk dihargai sehingga kita pula

terlupa untuk menghargai orang di sekeliling kita. Belajarlah

untuk menghargai orang di sekeliling walaupun dengan

hanya sebuah senyuman dan ucapan ringkas terima kasih.

Penulis asal: Mastura binti Mohd Zain

(Pegawai Penyelidik - 12/04/2012)

Last Updated 16/05/2012 15:34:15

Petikan daripada:

© 1992 - 2012 INSTITUTE OF ISLAMIC UNDERSTANDING MALAYSIA (IKIM)

RENUNGAN : SEJAUH MANA MANUSIA PERLU KEPADA PENGHARGAAN

DIAGNOSTIK|08