inspirasi bil 13/2013

40
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT Program Ibadah Korban Aidil Adha PPM HALUAN Kemboja ms 7 Program Tautan Kasih@ Kampung ms 10 Dana Endowmen Perpustakaan UKM ms 12 Kajian Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan ms 22 Lawatan penandaarasan 5s ke Pusat Teknologi Maklumat (PTM) UKM ms 30 BIL : 13 JULAI-DISEMBER 2013 ISSN 2232-0555 Tanggungjawab Sosial Korporat dan Peranan Perpustakaan ms11 Wawancara Bersama Ketua Pustakawan ms 4 Lawatan Knowledge Centre @ Bursa MALAYSIA ms 29

Upload: hadien

Post on 12-Dec-2016

259 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Inspirasi bil 13/2013

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT

Program Ibadah Korban

Aidil Adha

PPM HALUAN Kemboja ms 7

Program Tautan Kasih@ Kampung ms 10

Dana Endowmen Perpustakaan UKM ms 12

Kajian PerkhidmatanSistem Pembekalan Penerbitan ms 22

Lawatan penandaarasan 5s ke Pusat Teknologi Maklumat (PTM) UKM ms 30

BIL : 13 JULAI-DISEMBER 2013 ISSN 2232-0555

Tanggungjawab Sosial Korporat dan Peranan Perpustakaan ms11

Wawancara Bersama Ketua Pustakawan ms 4

Lawatan Knowledge Centre @ Bursa MALAYSIA ms 29

Page 2: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 20132

Ketua EditorShahruddin Shafri

Sidang Editor Azlan Mohamad HamzahMohd Syamrooz Kamal Mhd. RedzaMohd Rajak TelimikNorbaizura MalekNorliah SukarnoNoor Farhana Mohd SalehNur Asyikin Lut AhmadShamsudin Ibrahim

Reka LetakRusiah Husin

Abu Bakar Maidin (Ketua Pustakawan)Hafsah Mohd (Timbalan Ketua Pustakawan Tertinggi/Ketua Pembangunan Sumber)Noraini Omar (Ketua Pengurusan Perkhidmatan)Rosnah Suliman (Ketua Perpustakaan Pusat Perubatan UKM)Rohaya Umar (Ketua Perpustakaan Dr. Abdul Latiff)Aripah Mohamed (Ketua Perpustakaan ATMA)Anna Kustyana Mukandar (Ketua Perpustakaan Undang-Undang)Zaidah Sulaiman (Ketua Perpustakaan Lingkungan ke 2)Azmah Ishak (Timbalan Ketua Pustakawan)Lela Ruzma Mohd Shaari (Timbalan Ketua Pustakawan)Rosnah Yusof (Timbalan Ketua Pustakawan)Wan Suhaimi Ariffin (Timbalan Ketua Pustakawan)Hazmir Zainal (Timbalan Ketua Pustakawan)

FotografiBahagian Koleksi Media

PercetakanUKM Cetak

Sidang Editor INSPIRASI amat mengalu-alukan sumbangan artikel, berita atau rencana mengenai pengurusan maklumat dan keilmuan. Sila hantarkan berita atau artikel kepada:

Editor INSPIRASI Perpustakaan Tun Seri Lanang43600 UKM Bangi, Selangor Darul EhsanTel: 03-89215021Emel: [email protected](Ketua Editor)

PENGURUSAN PERPUSTAKAAN UKM

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Sekapur Sirih

Syukur Alhamdulillah INSPIRASI kembali menemui kita semua. Syabas dan tahniah kepada sidang redaksinya yang telah berkerja keras bagi memastikan buletin ini dikeluarkan pada masa yang ditetapkan. Semoga Allah memberkati usaha anda semua.

Tahun 2013 telah pun melabuhkan tirainya. Pelbagai peristiwa telah berlaku dari pertengahan hingga ke hujung tahun dan dipaparkan dalam INSPIRASI pada kali ini. Peristiwa terpenting pada awal November adalah persaraan mantan Ketua Pustakawan Tuan Haji Abu Bakar Maidin. Semua warga Perpustakaan UKM

mengucapkan selamat bersara dan merakamkan jutaan terima kasih di atas segala khidmat bakti beliau selama 7 tahun menerajui Perpustakaan UKM.

Tahun 2014 adalah tahun yang paling mencabar dari segi kewangan. Warga perpustakaan perlu memantapkan usaha untuk mendapatkan lebih banyak sumbangan ke Dana Endowmen Perpustakaan. Di samping itu aktiviti penjanaan seperti penganjuran bengkel/seminar, penjualan buku/barangan terpakai, aktiviti amal dan sebagainya perlu juga dipertingkatkan.

Perkembangan ICT banyak merubah corak perkhidmatan perpustakaan. Warga perpustakaan perlu mempertingkatkan kemahiran terutamanya dalam bidang ICT. Jadikan ICT sebagai pemangkin untuk meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan. Berpeganglah kepada slogan ‘ICT dikuasai, bukan menguasai’. Keperluan pelanggan perpustakaan yang semakin hari semakin mencabar perlu ditangani dengan sebaik mungkin.

Akhir kata sama-samalah kita berusaha dengan gigih dan memberikan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan disamping berdoa semoga Perpustakaan Tun Seri Lanang terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada semua pelanggan.

Sekian, wassalam.

Hafsah MohdKetua Pustakawan UKM

WARGA KERJA INSPIRASI

Sekapur Sirih Seulas Pinang

Page 3: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 2013 3

Kait-kait di padang temuTerap ditimbun di ujung galahBaik-baik berpegang pada ilmuHarapkan ampun pada Allah

Alhamdulillah .Syukran. Mari kita mengatur setinggi kesyukuran kepada Allah SWT. Yang Maha Pencipta, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Dengan izinNya dapat kita

bertemu lagi di Berita Perpustakaan : Inspirasi, Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Masih belum terlewat, bagi saya dan sidang redaksi mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua warga perpustakaan khasnya dan warga pembaca amnya. Semoga tahun ini memberi inspirasi kepada kita untuk terus istiqamah dalam kerja-kerja kita sebagai ibadah kepada Allah SWT dan membetulkan niat serta keikhlasan kita bekerja semata-mata kerana Allah SWT.

Dikesempatan ini juga saya bagi pihak Warga Kerja Inspirasi mengucapkan syabas dan tahniah kepada Puan Hajah Hafsah Mohd yang telah dilantik menjadi Ketua Pustakawan Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM bagi menggantikan Tuan Haji Abu Bakar Maidin, yang bersara wajib. Kami warga Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM mengalu-alukan perlantikan ini dan berdoa semoga kecemerlangan perpustakaan akan diteruskan dengan sokongan yang padu dari semua. Kepada Mantan Ketua Pustakawan, jasamu sentiasa dikenang dan semoga dirahmati. Sepanjang kepimpinan beliau, perpustakaan telah mencapai pelbagai kecemerlangan dan turut membantu UKM dalam mengekalkan statusnya sebagai Universiti Penyelidikan

Bagi keluaran kali ini, Sidang Redaksi telah memilih tema “Tanggungjawab Sosial Korporat” (TSK) di Perpustakaan sebagai asas dalam penulisan artikel dan laporan aktiviti di perpustakaan sepanjang tempoh Julai-Disember 2013.

Tanggungjawab Sosial Korporat (TSK) atau Corporate Social Responsibility (CSR) dalam konteks perpustakaan adalah merupakan perkara penting yang perlu diwar-warkan. Pelbagai aktiviti atau khidmat perpustakaan kepada masyarakat telah dijalankan dalam skop perkhidmatan perpustakaan. Sudah sampai masanya perkara ini dilihat secara serius dalam mendekatkan perpustakaan dan warganya dengan masyarakat. Pelbagai aktiviti teras perpustakaan dalam bidang perkhidmatan maklumat boleh diketengahkan dalam masyarakat samada kepada warga akademik, sekolah dan masyarakat awam.

Sehubungan dengan itu dalam wawancara bersama Ketua Pustakawan ada diselitkan pandangan beliau tentang TSK. Beberapa esei tentang projek khidmat masyarakat diketengahkan. Antaranya seperti Secebis Kenangan : Program Ibadah Korban Aidil Adha PPM HALUAN di Kemboja, Program Tautan Kasih@Kampung, Tangggungjawab Sosial Korporat dan peranan perpustakaan dan Dana Endowmen Perpustakaan .

Didalam ruangan artikel pilihan juga beberapa berita seperti Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan 2013, Pertandingan KIK Perpustakaan UKM 2013, Aktiviti Kemahiran Maklumat akan memberikan gambaran tentang betapa perpustakaan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan mereka.

Pelbagai bengkel, kursus dan seminar juga telah dianjurkan sepanjang Julai-Disember 2013 yang telah melibatkan semua warga perpustakaan. Sudah tentu dengan penganjuran kursus, bengkel dan seminar akan meningkatkan lagi tahap pengetahuan, skil, kompetensi pegawai dan kakitangan perpustakaan. Manakala lawatan penandarasan ke beberapa organisasi terpilih akan memberikan perkongsian ilmu dan pengalaman dalam mengurustadbir perpustakaan.

Daun sirih ulam Cik DaMakan sekapur lalu mandi

Walaupun banyak ilmu di dadaBiar meruduk resmi padi

KANDUNGAN

Shahruddin Shafri Ketua Editor

Dari Meja Ketua EditorHalamanSEMASA

Wawancara Ketua PustakawanPuan Hafsah MohdSecebis kenangan : Program Ibadah Korban Aidil Adha PPM HALUAN Kemboja

Program Tautan Kasih@Kampung

Tanggungjawab Sosial Korporat dan Peranan Perpustakaan Dana Endowmen Perpustakaan UKM

Amanat Mantan Ketua Pustakawan

ARTIKEL PILIHANHari Bersama Pelanggan Perpustakaan

2013

Pra Mesyuarat Semakan Pengurusan

Audit Dalaman SPKP UKM 2013

Pertandingan KIK Perpustakaan UKM 2013

Aktiviti Kemahiran Maklumat Perpustakaan

SOROTON PERISTIWA

BENGKEL/SEMINARKajian Perkhidmatan Sistem Pembekalan PenerbitanBengkel ROI PerpustakaanBengkel Transformasi Langganan PangkalanData Perpustakaan IPTBengkel Virtua 2012.2.2 Highlight Pustakawan UKM Pelajari Web 2.0 dan 3.0Kursus Penyampaian Berkesan Dalam Perkhidmatan PerpustakaanKursus Pemeliharaan Dan PemuliharaanBahan Perpustakaan

LAWATAN PENANDAARASAN

Lawatan Knowledge Centre @ Bursa MALAYSIA Lawatan penandaarasan 5S ke Pusat Teknologi Maklumat (PTM) UKM

BERITA DARI CABANG

Naik Taraf Ruang Pejabat dan Bilik Mesyuarat Perpustakaan PPUKM

Sudut Sains & Teknologi Di Alam Melayu PATMA

Seminar Kebakaran PDAL

Jamuan Hari Raya PDAL

Bilik Seminar PDAL

Makmal Digital Lawatan dari Institute of State and Law, Vietnam

Perkhidmatan Pinjaman SAMSUNG GalaxyTab di PDAL

Sumbangan Buku oleh YM Tunku Dato’ Dr. Hajjah Sofiah Jewa

RUANGAN KKWP

Real Married Kembali

Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Perpustakaan

PROMOSI PERPUSTAKAAN

BERITA KAKITANGAN

14

27

28

31

34

19

33

17

30

34

11

4

7

10

2324

29

36

2526

34

35

32

16

17

32

37

12

18

32

22

39

Page 4: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 20134

Artikel Semasa

SHAHRUDIN SHAFRI, SHAMSUDIN IBRAHIM DAN NOOR FARHANA MOHD SALEH

1. Apakah visi, misi puan dalam membawa perpustakaan ukm dan profesyen pustakawan dalam tahun-tahun mendatang.

Visi Perpustakaan Tun Seri Lanang adalah untuk menjadi Perpustakaan Universiti Bertaraf Dunia, manakala misinya pula adalah bertekad memberikan perkhidmatan maklumat yang cemerlang kepada semua pelanggan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan. Dalam erti kata lain, Perpustakaan Tun Seri Lanang adalah sebuah perpustakaan universiti terkehadapan yang menghubungkan rangkaian maklumat dengan pelanggan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan. Profesyen kepustakawanan juga sudah berubah. Pustakawan bukan hanya Penjaga Buku (Custodian of Books), tetapi kini tugas pustakawan adalah sebagai Broker Maklumat (Information Broker) yang menyampaikan dan menyebarkan maklumat yang bukan hanya dari sumber bercetak tetapi juga dari sumber-sumber elektronik.

2. Sebagaimana yang kita maklumi Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah Universiti Penyelidikan (RU) terkemuka di Malaysia. Bagaimanakah puan melihat hal ini dalam konteks peranan perpustakaan dan pustakawan.

UKM telah mendapat status Universiti Penyelidikan sejak tahun 2006 lagi. Oleh yang demikian, peranan Perpustakaan dan pustakawan hendaklah selari dengan visi dan misi UKM sebagai sebuah Universiti Penyelidikan. Ada beberapa perkara yang perlu ditekankan oleh Perpustakaan dan pustakawan. Pertama dari segi pengurusan sumber maklumat dalam bidang penyelidikan di UKM. Pengurusan sumber maklumat termasuk perolehan, pengkatalogan dan pengindeksan pelbagai jenis sumber maklumat seperti buku, jurnal dan bahan-bahan elektronik seperti e-buku dan e-jurnal dari langganan pangkalan data. Sumber-sumber

maklumat yang diurus ini hendaklah selari dengan bidang-bidang pengajian yang ditawarkan di UKM. Seterusnya, memantapkan peranan Pustakawan Seranta Fakulti (PSF) sebagai broker maklumat dalam bidang penyelidikan di sesebuah fakulti. Sebagai contoh, penglibatan pustakawan di PPUKM dalam kumpulan penyelidikan yang sama-sama terlibat dalam perbincangan dimana pustakawan akan memberikan maklumat yang diperlukan bagi sesebuah penyelidikan. Pustakawan juga mesti bekerjasama rapat dengan CRIM bagi tujuan pengemaskinian maklumat penyelidikan di UKM dan mendapatkan senarai penyelidikan yang telah, sedang dan akan dilakukan untuk mengurangkan pertindihan penyelidikan. Ini dapat membantu pustakawan dalam memberikan perkhidmatan kepada penyelidik dalam dan luar UKM mengenai penyelidikan yang dihasilkan oleh UKM. Selain daripada itu, pustakawan sebagai broker maklumat dapat membantu penyelidik dengan mengadakan bengkel kemahiran maklumat kepada pembantu penyelidik mengenai cara untuk mendapatkan maklumat dengan betul dan memudahkan pembantu penyelidik ini mencari maklumat dengan sendiri. Perpustakaan sememangnya telah menyediakan perkhidmatan pakej maklumat dan diharapkan perkhidmatan ini dapat diperluas dengan penglibatan Pustakawan Seranta Fakulti (PSF) dalam memberikan perkhidmatan pakej maklumat, Selective Dissemination of Information (SDI) atau News Alert bagi bidang penyelidikan berkaitan seperti yang telah dilakukan oleh Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan. Akhir sekali adalah pengemaskinian maklumat dalam sistem e-Rep kerana sistem e-Rep adalah sumber maklumat utama dalam mendapatkan maklumat mengenai penerbitan. Oleh yang demikian, Perpustakaan bertanggungjawab untuk memastikan pengemaskinian maklumat dalam sistem e-Rep dapat dilakukan kerana banyak sistem lain contohnya sistem Balanced Score Card (BSC) UKM

adalah berpandukan sistem e-Rep. Jika maklumat dalam sistem e-Rep ini tidak tepat, ianya akan turut memberi kesan kepada maklumat lain.

3. Perpustakaan UKM telah

merancang Pelan Strategik Perpustakaan 2011-2015 dan Kajian Semula Status Pelan Strategik Perpustakaan 2011–2015. Boleh puan beri sedikit komen, cadangan dalam memastikan perlaksanaan dan kejayaan pelan ini.

Pelan Strategik Perpustakaan 2011-2015 adalah merupakan pelan strategik Perpustakaan yang terkini. Untuk memastikan kejayaan perlaksanaan pelan strategik ini, Perpustakaan perlu melakukan pemantauan secara berkala, samada ianya dijadikan agenda tetap dalam Mesyuarat Ketua Bahagian Perpustakaan atau mengadakan mesyuarat khas pelan strategik 2 kali setahun. Pelan strategik perlu dilaksanakan mengikut keutamaan atau kepentingan kerana kekangan bajet. Jika ada pelan strategik yang penting dan perlu dilakukan, Perpustakaan perlu memohon bajet tambahan dari pihak bendahari atau Perpustakaan perlu melakukan aktiviti penjanaan kewangan untuk melaksanakan pelan yang berskala besar dan memerlukan banyak peruntukan. Pelan strategik ini perlu dikemaskini pada hujung tahun 2014 supaya pada tahun 2015 Perpustakaan boleh melaksanakan pelan strategik yang baru iaitu Pelan Strategik 2015-2020. Dalam Pelan Strategik 2015-2020, ‘Value Offerings’

Sesi wawancara oleh sidang editor Inspirasi bersama Puan Hafsah Mohd

Wawancara Ketua Pustakawan Hafsah Mohd

Page 5: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 2013 5

Artikel SemasaPerpustakaan perlu dimasukkan supaya ianya dapat dilaksanakan.

4. Sebagaimana yang dimaklumi, peruntukan kewangan perpustakaan telah dikurangkan pada tahun 2014 dan trend penurunan ini akan terus berlaku. Bagaimana puan melihat perkara ini. Apakah langkah-langkah yang akan dilakukan oleh perpustakaan untuk membantu UKM. Langkah penjimatan?. Dana Endowmen?

Peruntukan bagi perpustakaan untuk 2014 telah mengalami pengurangan yang agak ketara. Sehubungan dengan itu perpustakaan terpaksa menghadapi cabaran ini dengan melakukan beberapa perancangan yang teratur dan sistematik. Diantaranya adalah seperti yang saya gariskan di bawah iaitu perpustakaan perlu melaksanakan: Pertamanya melalui langkah penjimatan kewangan melalui beberapa aktiviti seperti saya gariskan dibawah:• Perkongsian sumber maklumat

melalui kolaborasi@kerjasama dengan perpustakaan lain. cth: Melanggan pangkalan data melalui penubuhan konsortium peringkat Kebangsaan.

• Melalui kerjasama dengan perpustakaan lain dalam bidang Perbekalan Bahan Antara Perpustakaan(PAP).

• Perpustakaan juga perlu bijak dan berhemah dalam menggunakan sumber (tenaga, bajet, bahan/alatan pejabat.

Langkah kedua pula ialah melalui langkah penjanaan kewangan iaitu seperti :Menubuhkan Unit Perniagaan Strategik atau SBU (Strategic Business Unit) yg akan menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti yg boleh menjana kewangan perpustakaan seperti di bawah: • Kempen/potongan gaji, majlis

amal, tabung, dan sebagainya.• Mengadakan bengkel/kursus yang

dibuka kepada peserta dari luar UKM.

• Khidmat kepakaran kepada institusi yang memerlukan.

• Mengadakan projek penjanaan seperti Hari Kantin, Jumble Sale, Car Boot Sale, Jualan Buku Terpakai, dan sebagainya.

•5. Senario perpustakaan dulu,

kini telah mengalami banyak perubahan. Apakah yang puan

dapat lihat dengan perkembangan ini dan bagaimana perpustakaan dan pustakawan berfungsi.

Saya melihat bahawa di dalam hasil perkembangan teknologi terkini dan kesannya kepada profesen Pustakawan dan perpustakaan perlu kepada beberapa langkah seperti mana saya sebutkan iaitu antaranya ialah anjakan paradigma di Perpustakaan. Secara ringkasnya seperti dibawah iaitu :i. Bahan bercetak ke elektronik-10

tahun akan datang mungkin kita akan langgan e-jurnal dan e-books sahaja. Pensyarah dan pelajar-golongan Gen Y, mereka lebih selesa membaca di skrin. Tidak perlu tambah ruang untuk rak buku/jurnal lagi.

ii. Banyakkan ruang untuk berbincang-cara pembelajaran sekarang-Problem Based Learning-memerlukan pelajar berbincang untuk menyelesaikan sesuatu tugasan

iii. Adakan ruang santai pelajar berbincang seperti mereka berada di rumah atau di Starbuck, CyberCafe dan sebagainya.

iv. Ruang Senyap- perlu diadakan untuk pelanggan yang suka belajar secara sendirian dan keadaan yang senyap

v. Prasarana yang menyokong perkembangan ICT-pemasangan plug-point, wi-fi, perkakasan/perisian tertentu dan sebagainya

6. Banyak pandangan mengatakan perananan pustakawan telah banyak berubah terutamanya selepas perkembangan ICT yang menyeluruh. Bagaimana puan melihat perkara ini.

Memang benar dengan soalan ini. Sebagai pustakawan kita perlu melihat kepada perubahan ini dan cuba melihat dari aspek yg positif. Sehubungan dengan itu kita sebagai pustakawan perlu berpegang kepada prinsip iaitu ICT dikuasai dan bukan menguasai kita. Keduanya teknologi dijadikan pemangkin didalam mempertingkatkan perkhidmatan dengan lebih cepat, tepat dan efisien. Contohnya seperti penghantaran bahan SPP melalui e-mel/PDF adalah lebih cepat.

Warga Perpustakaan perlu memperhebatkan diri dalam penguasaan bidang ICT dan menguasai skil kemahiran. Mereka perlu menghadiri kursus-kursus yang berkaitan ICT yang boleh digunapakai

dalam amalan kerja harian di bahagian masing-masing.

Dan yang seterusnya mungkin dari segi pengambilan kakitangan baru, setiap calun perlu ada kemahiran asas ICT dijadikan kriteria utama dalam permohonan jawatan di perpustakaan.

7. Apakah aspek manusiawi masih penting atau tidak memandangkan banyak tugas pustakawan telah diambil alih oleh perkembangan ICT.

Saya melihat di dalam tugasan seharian, sebagai pustakawan aspek-aspek kemanusiaan adalah sangat penting walaupun kita lihat banyak tugas-tugas pustakawan diambilalih oleh ICT.

Pustakawan dan kakitangan perlu mengunakan “sentuhan kemanusiaan” (Human touch) dalam berurusan pelanggan. Kenalpasti perkhidmatan apa yang kita boleh bantu pelanggan. Tidak semua pelanggan tahu cara untuk mendapatkan maklumat yang relevan dengan cepat. Ada pelanggan yang merasa sukar untuk mencari bahan di rak.

Pustakawan juga perlu berfikir di luar kotak dan lebih proaktif. Jangan hanya menunggu pelanggan datang ke perpustakaan sahaja kerana kita kena bersedia untuk keluar dari kepompong. Pustakawan perlu menjalankan peranan sebagai Pustakawan Seranta dengan turun padang iaitu pergi ke fakulti/institut/kolej untuk menyampaikan maklumat perpustakaan. Pustakawan boleh membantu pusat sumber/maklumat di fakulti/kolej, sekolah, masjid/surau dan mana-mana badan organisasi yang memerlukan

Perpustakaan perlu pelbagaikan perkhidmatan agar sentiasa relevan. Sebagai contoh kita lihat Pejabat Pos. Pelbagai perkhidmatan diberikan selain dari fungsi sebenarnya iaitu perkhidmatan pos surat dan barang. Perpustakaan juga boleh fikirkan perkhidmatan lain yang ada kaitan dengan perkhidmatan maklumat. Gunakan ICT untuk mempelbagaikan perkhidmatan kepada pelanggan.

Perpustakaan juga perlu menyediakan ‘Value Offerings’ kepada pelanggan . Antaranya Koleksi Dokumen, Koleksi Undang-Undang Aseana, Koleksi Bahasa Melayu. Perpustakaan UKM mempunyai Koleksi Dokumen yang

Page 6: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 20136

agak lengkap berbanding perpustakaan akademik lain di Malaysia. Jika kita perhebatkan koleksi ini, mungkin satu hari PTSL akan dikenali sebagai perpustakaan utama untuk merujuk bahan dokumen.

8. Apakah yang sepatutnya ada kepada pustakawan?. Ilmu pengetahuan, kemahiran, skill ICT, komunikasi, sahsiah etc?

Pandangan saya ialah semua yang disebut itu perlu ada kepada semua pustakawan dan kakitangan. Gabungan perkara-perkara ini akan menjadikan profesen pustakawan akan dihormati dan dikenali. Aspek komunikasi: Perpustakaan adalah institusi yang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. Oleh itu cara berkomunikasi yang berkesan amat penting bagi memuaskan hati pelanggan. Cara kita berkomunikasi akan menunjukkan kematangan kita dalam memberikan perkhidmatan.Kemahiran: Didalam kita memberikan perkhidmatan pencarian maklumat umpamanya, penguasaan ICT penting. Sehubungan itu pustakawan perlu memahirkan diri dalam bidang ICT kerana ini adalah trend semasa. Jika kita tidak selari dengan perkembangan terkini, mungkin perpustakaan kita akan ketinggalan. Pelanggan kita pun ramai yang lebih menguasai ICT dari kita-kalau semua perkara yang ditanya kita tidak tahu, tentu pelanggan tidak akan merasa penting kewujudan kita di perpustakaan.Berpengetahuan dan berfikiran kritikal : Pada pandangan masyarakat umum pustakawan/staf perpustakaan dikelilingi oleh bahan bacaan, oleh itu amat mudah untuk mendapatkan ilmu. Pada hakikatnya memang tidak semua sempat untuk membaca buku yang ada, tetapi lebih elok jika kita peruntukkan masa untuk menambah ilmu pengetahuan dan sentiasa berfikiran kritikal.Sahsiah yang cemerlang : Aspek ini sangat penting dan perlu di mana-mana organisasi. Pekerja adalah aset terpenting di sesebuah organisasi. Pekerja yang bersahsiah tinggi akan dapat meningkatkan imej sesebuah organisasi.

9. Dalam konteks budaya kerja berkualiti, apakah pandangan Puan mengenai aktiviti-aktiviti penambahbaikan berterusan dan sejauh manakah ianya penting dalam menaikkan imej dan

Artikel Semasakecemerlangan perpustakaan?

Perkhidmatan berkualiti adalah sesuatu yang semua organisasi termasuklah Perpustakaan inginkan. Dalam mencapai perkhidmatan berkualiti, ia memerlukan penambahbaikan yang berterusan. Sebagai contoh, hasil tinjauan ke atas graduan UKM mendapati mereka memberikan Gred A kepada perkhidmatan Perpustakaan. Namun, Perpustakaan tidak boleh merasa selesa dengan penilaian tetapi seharusnya kita lebih bersemangat agar terus melakukan penambahbaikan dari masa ke semasa untuk menaikan imej Perpustakaan. Pelbagai aktiviti kualiti Perpustakaan akan diteruskan seperti Persijilan 5S, Konvensyen KIK dan pembentangan projek QIT pada setiap tahun. Dalam masa yang sama, sesi Mentor-Coach yang telah dilaksanakan pada tahun lalu akan dimantapkan dengan kaedah yang lebih berkesan dan dinamik. Tidak ketinggalan juga, kita perlu melihat semula KPI Perpustakaan agar bersesuaian mengikut KPI Universiti dan piawaian antarabangsa.Penambahbaikan perlu berjalan secara berterusan. Kualiti adalah aspek terpenting dalam mana-mana organisasi. 10. Bagaimana pula pandangan

Puan mengenai aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat atau Corporate Social Responsibility (CSR) di Perpustakaan? CSR (Corporate Social Responsibility) di perpustakaan.

CSR juga penting supaya fungsi perpustakaan dapat dilihat oleh masyarakat bagi membantu kita menonjolkan profesyen Pustakawan. Pada pandangan saya, sehingga kini masyarakat masih kurang jelas mengenai profesyen Pustakawan. Rata-rata pelajar beranggapan Pustakawan hanya mengurus pembelian, peminjaman, pemulangan dan penyusunan buku. Justeru, CSR ini mempunyai potensi yang besar sebagai medan Pustakawan menonjolkan profesyen mereka kepada masyarakat. Pelbagai aktiviti berkaitan profesyen Pustakawan boleh dilakukan sebagai CSR seperti sesi kemahiran maklumat, pengurusan pusat sumber sekolah, masjid atau fakulti, perkhidmatan pakej maklumat secara percuma atau memberi hadiah buku kepada perpustakaan yang memerlukan.

11. Baik Puan. Kita telah sampai kepada soalan yang terakhir. Apakah harapan puan terhadap semua pustakawan dan kakitangan dalam memastikan misi dan visi Perpustakaan dapat sederap dengan misi dan visi UKM?

Sebagaimana kita maklum, Yang Berbahagian Profesor Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali telah dilantik sebagai Naib Canselor UKM dan pasti banyak penambahbaikan bakal dilakukan oleh universiti. Oleh itu, perpustakaan perlu bersedia untuk memberikan perkhidmatan selari yang dengan aspirasi pengurusan tertinggi UKM. Apa sahaja penambahbaikan yang kepimpinan Universiti tekankan seharusnya kita sambut. Tambahan pula Yang Berbahagia Datuk Naib Canselor pernah memberikan ceramah di Perpustakaan pada 4 Januari 2013 berkenaan The Blue Ocean Strategy: Challenging the convention semasa beliau masih memegang portfolio Timbalan Naib Canselor, Akademik dan Hal Ehwal Antarabangsa. Dalam ceramah tersebut, beliau telah menekankan pentingnya agar Perpustakaan mengenalpasti dan memperkasakan value offering agar Perpustakaan UKM lebih menonjol, unik dan berbeza dengan perpustakaan lain.

Harapan saya kepada semua Warga Perpustakaan agar teruskan usaha untuk memberikan perkhidmatan cemerlang kepada semua pelanggan serta meningkatkan kemahiran diri terutamanya dalam bidang ICT. Saya juga ingin menyeru supaya kita terus melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan sebaik mungkin dan sentiasa menjaga nama baik Perpustakaan agar perkhidmatan kita akan menjadi lebih cemerlang di masa akan datang, InsyaAllah.

12. Bagi pihak Jawatankuasa Penerbitan Berita Perpustakaan : Inspirasi, kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan Hafsah Mohd, Ketua Pustakawan UKM di atas sesi temuramah ini. Mudah-mudahan kita mendapat banyak manfaat dalam sesi perkongsian maklumat ini dan dapat bersama-sama memainkan peranan dalam mencapai hasrat kepimpinan Perpustakaan dan Universiti. Sekian dahulu daripada kami, Assalamualaikum WBT.

Terima kasih

Page 7: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 2013 7

Artikel Semasa

HASNITA IBRAHIM, ROHAYA UMAR, SHAHRUDDIN SHAFRI

Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) telah melaksanakan tanggungjawab sosial sambil

beramal melalui program ibadah korban dan aqiqah di Kemboja sempena Hari Raya AidilAdha 1434H. Negara Kemboja dipilih memandangkan minoriti saudara Islam yang sebahagian besarnya terdiri daripada etnik Melayu Champa di sana masih hidup di paras kemiskinan. Kebanyakan berasal dari Jawa lebih 600 tahun dahulu yang mana bahasa yang digunakan ialah Khemer dan Champa serta menulis dalam tulisan jawi.

Seramai sembilan (9) orang ahli PPM telah berangkat ke Phnom Penh, Kemboja pada jam 3.20 petang Hari Raya Aidiladha iaitu pada 15 Oktober 2013 dengan perbelanjaan sendiri. Penerbangan kami berjalan lancar bersama lebih 16 buah kotak hasil sumbangan ahli PPM serta warga perpustakaan seluruh Malaysia termasuk kain tudung, telekong, kopiah serta minyak wangi (attar).

Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh walaupun kecil tetapi moden malah bandar Phnom Penh juga sedang membangun dan kelihatan pelbagai kedai jenama terkemuka dunia di bandar tersebut. Ramai pelabur dan mereka yang sudi membantu tetapi oleh

kerana tahap pendidikan yang masih rendah dan kerajaan tidak mewajibkan persekolahan di kalangan rakyatnya maka terlalu perlahan untuk mereka mengejar kemajuan.

Kepadatan masyarakat di bandar Phnom Penh sangat tinggi dan kebanyakan mereka menaiki motosikal dan kenderaan awam seperti tut tut. Kenderaan jenama Toyota yang paling banyak digunakan serta kereta mewah jenama Lexus. Tahap toleransi mereka begitu tinggi tetapi tahap ekonomi mereka pula mempunyai jurang yang besar.

Rombongan kami tiba di Hotel Holiday Villa, Phnom Penh ketika hampir gelap di mana waktu Kemboja sejam lebih awal berbanding waktu Malaysia. Kami bernasib baik dengan tidak disangka rupa-rupanya Pengurus Besar di hotel tersebut ialah rakyat Malaysia, iaitu Mohd. Nizam. Beliau banyak membantu kami dalam menguruskan barang-barang yang kami bawa dengan memberi kebenaran menggunakan satu bilik khas untuk kegunaan penyimpanan dan pembungkusan barang.

Setelah mendaftar masuk, mandi dan solat ketua rombongan memberi arahan untuk berkumpul di bilik khas bagi kerja pembungkusan. Sebelum

aktiviti bermula kami bersama-sama menikmati juadah makan malam dengan pelbagai juadah hari raya yang dibawa dari Malaysia. Lebih kurang jam 10.30 malam Prof. Madya Dr. Mohd. Sharif Mohd Saad (telah kembali ke rahmatullah pada Disember 2013), Puan Hasnita Ibrahim dan Cik Rohaya Umar mengadakan sedikit perbincangan dengan pihak NGO HALUAN Kemboja yang diketuai oleh Tuan Haji Razali Jamil bagi memastikan persiapan esok pagi berjalan lancar.

Pada keesokan harinya rombongan bertolak ke Kampung Jrey Ondet yang terletak 30 kilometer dari Phnom Penh. Perkampungan nelayan yang terletak di tepi Sungai Mekong ini didiami hampir lebih kurang 170 buah keluarga.

Memandangkan jalan darat ke kampung tersebut mengalami banjir, pihak urusetia mencadangkan barang-barang dan kotak-kotak sumbangan dibawa melalui jalan sungai dengan menaiki bot. Rombongan kami berhenti seketika di Perkampungan Chrang Chomreh untuk menyaksikan barangan sumbangan dimuat turun ke dalam bot.

Setelah itu kami meneruskan perjalanan berkonvoi ke kampung lain untuk menaiki bot ke Kampung Jrey Ondet.

Hari Pertama

Hari Kedua

Secebis KenanganProgram Ibadah Korban Aidil Adha

PPM & HALUAN Kemboja

Page 8: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 20138

Artikel Semasa Tanggungjawab Sosial Korporat

Walaupun rasa gementar tanpa jaket keselamatan merentasi sungai Tongle Sap yang besar, Alhamdulillah kami dialu-alukan dan disambut dengan penuh meriah oleh penduduk kampung apabila bot kami mendarat di tebing sungai Kg. Jrey Ondet.

Setelah bertemu dengan Ketua Kampung dan guru-guru sekolah di dalam kelas sekolah, satu taklimat ringkas perjalanan program diadakan dengan menggunakan seorang jurubahasa yang terdiri dari ahli HALUAN Kemboja. Aktiviti penyembelihan lembu dijalankan pada jam 10.00 pagi di mana sebanyak lima (5) ekor lembu telah disembelih oleh Tuan Haji Razali Jamil. Setiap seekor lembu yang disembelih mempunyai nama-nama yang ditulis di atas kertas besar dan disebut nama-nama mereka oleh penyembelih. Baki 13 ekor lembu dan 6 ekor kambing untuk aqiqah telah diagihkan ke kampung-kampung lain di mana terdapat lebih dari 500 perkampungan Islam di Kemboja.

Kecekapan mereka menumbang dan melapah lembu sangat dikagumi di mana caranya berbeza dengan tempat kita. Nama peserta korban di tulis secara besar dan dipegang semasa acara penyembelihan.

Selepas acara penyembelihan, PPM menyerah barang sumbangan kepada penduduk kampung. Terpancar perasaan gembira di mata kanak-kanak kampung tersebut apabila peralatan menulis, buku dan makanan ringan seperti gula-gula dan coklat diagih-agihkan. Manakala kaum wanita dan lelaki menerima sumbangan seperti kain tudung, telekung, minyak wangi dan kopiah. Semua sumbangan tersebut disempurnakan oleh Pengerusi PPM di atas masjid. Selepas solat zohor kami

telah dijamu dengan makan tengahari yang sangat menyelerakan oleh penduduk kampung tersebut.

Memang keadaan rumah mereka seperti tahun 70an di Malaysia dengan kemudahan yang sangat terhad dan majoritinya miskin serta mempunyai bilangan keluarga yang ramai. Oleh kerana cuaca yang tidak mengizinkan kami memendekkan aktiviti yang julung kali diadakan oleh PPM. Memandangkan hujan yang bakal turun dan kemungkinan sungai bergelora, kami menaiki bot sekali lagi untuk pulang ke seberang.

Apabila sampai di hotel kami diberi peluang berehat sekejap sebelum meneruskan aktiviti seterusnya. Pada sebelah petang kami melawat tempat bersejarah iaitu Toul Sleng Genocide Museum yang juga dikenali sebagai Killing Fields atau S21 (Security Office 21). Tempat ini merupakan penjara terbesar dan ditempatkan alat untuk menyiksa, senarai banduan, foto mangsa/askar dan pelbagai barangan serta dokumen berkaitan. Penjara ini berasal dari Tuol Svay Prey High School. Terdapat sebanyak 196 penjara dan 388 lokasi pembunuhan CKP (Communist Party of Kampuchea) - (1975 hingga

1979) yang telah meragut lebih kurang 1 hingga 3 juta nyawa rakyat Kemboja daripada 8 juta rakyat ketika itu. Diketuai oleh Pol Pot, regim ini telah menghalang kemudahan awam, institusi keluarga, kebudayaan, agama dan tiada lagi harta persendirian.

Pada 7 Januari 1979 regim CKP tumbang dengan bantuan tentera Vietnam. Sehubungan itu kekejaman selama 3 tahun 8 bulan ini menjadi mimpi buruk kepada keluarga yang terselamat malah tentera yang terlibat juga bertaubat kerana mereka tidak ada pilihan lain untuk tidak melaksanakannya. Daripada lebih 700,000 umat Islam hanya 300,000 yang terselamat dan ramai ahli keluarga yang terpisah. Kami merasa sangat tersentuh dengan sejarah yang dialami oleh rakyat Kemboja.

Setelah peristiwa itu, Kemboja mula membangun dengan diketuai oleh Raja Norodum Sihanouk yang merupakan raja yang menjawat jawatan politik paling banyak. Rombongan juga melawat Grand Palace, tempat kediaman Raja Norodom Sihamoni yang dilantik pada 14 Oktober 2004. Istana yang dibina pada tahun 1860an, mempunyai kesenian yang

indah. Majoriti masyarakat Kemboja beragama Buddha.

Kami juga mengambil kesempatan untuk membeli cenderahati di Central Market dan Russian Market. Walaupun Kemboja bukan syurga membeli belah kerana penggunaan mata wang dollar dan kebanyakan barang yang dijual diimpot dari luar negara. Pada sebelah malamnya kami berpeluang menaiki bot cruise. Malangnya kami tidak berpeluang menikmati antara hidangan makanan tempatan yang terkenal iaitu Kor Lang Phnom (lembu naik bukit).

Acara melapah daging lembu untuk dibahagikan kepada

penduduk kampung

Page 9: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 2013 9

Artikel Semasa Tanggungjawab Sosial Korporat

Tidak dinamakan pustakawan jika tidak melawat perpustakaan, Oleh itu pada hari ke tiga rombongan kami berpeluang untuk melawat Universiti DiRaja Kemboja iaitu Perpustakaan Pannasatra University of Cambodia.. Ketibaan rombongan kami telah disambut oleh Pengarah Perpustakaan iaitu Ms Mao Kolap dan dibawa ke bilik mesyuarat untuk sesi taklimat. Menurut beliau hanya terdapat 2 orang pustakawan yang mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Perpustakaan di Kemboja yang mempunyai hampir 100 buah perpustakaan.

Perpustakaan ini mempunyai 35,000 naskah buku dan 20,000 judul e-books serta lebih sejuta artikel dalam pangkalan data yang dilanggan oleh pelbagai penyumbang dan penderma. Di antara penyumbangnya adalah dari The Asia Foundation; California State University, Dominguez Hills; California State University, Fullerton; California State University, Long Beach; United Nations Development Programme; Teachers Across Borders; University of Wisconsin-Eau Claire; The Embassy of India serta pelbagai kementerian kerajaan Cambodia.

Hari Ketiga Dengan izin Allah SWT hasil usaha pihak HALUAN Malaysia, rombongan kami telah diberi peluang berjumpa dengan Mufti Kemboja. Dengan itu pada sebelah malamnya kami bertolak dari hotel ke Pejabat Mufti lebih kurang 1 jam perjalanan. Selain kami terdapat juga beberapa agensi lain dari Malaysia yang hadir dalam sesi pertemuan ini untuk tujuan kerja-kerja amal di Kemboja dengan membawa pelbagai bantuan untuk disalurkan.

PPM juga telah berjaya mengumpul sejumlah wang tunai daripada ahli-ahli PPM dan orang perseorangan untuk disumbangkan kepada rakyat Kemboja yang memerlukan. Allahyarham Prof. Madya Dr. Mohd. Sharif bagi pihak PPM telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada Mufti Kemboja, Okhna SOS Kamry Hj Kamaruddin Yusof pada sesi pertemuan itu.

Taklimat oleh Mufti yang panjang lebar mengenai orang Melayu dan perjuangan Islam di Kemboja membuatkan kami lebih memahami kenapa ramai yang berhati mulia dan sudi memberi pelbagai bantuan dan kami merasakan lebih banyak bantuan yang perlu diberikan kepada rakyat Islam di Kemboja.

Kerajaan Kemboja tidak menghalang pertumbuhan dan perkembangan agama Islam di Kemboja. Tetapi malangnya kerajaan tidak memberi bantuan kepada orang-orang Islam Kemboja dalam pembinaan masjid, sekolah dan ekonomi orang Islam. Terdapat hampir lebih seribu masjid serta surau yang tidak mendapat bantuan pihak kerajaan. Sehubungan dengan itu Mufti Kemboja terpaksa berusaha sendiri untuk mendapatkan sumbangan dan bantuan dari pihak luar.

Menurut Mufti lagi hanya dengan pelajaranlah masyarakat Islam Kemboja dapat bangun semula daripada kemiskinan dan dapat membangunkan semula taraf hidup dan ekonomi mereka. Sehubungan dengan itu terdapat usaha dari pejabat mufti untuk menghantar pelajar-pelajar Islam Kemboja belajar ke luar negara seperti Malaysia dan Timur Tengah. Mereka juga memerlukan bantuan dalam bidang pendidikan, ekonomi dan lain-lain. Alhamdulillah juga dengan bantuan sebuah NGO iaitu HALUAN Malaysia, sejumlah pelajar Islam Kemboja telah dihantar menuntut ke pelbagai sekolah, kolej dan universiti di Malaysia dengan mendapat bantuan dan sumbangan daripada rakyat Malaysia yang perihatin. Semoga apabila mereka berjaya memperolehi kejayaan cemerlang, mereka dapat memberi faedah kepada rakyat Islam Kemboja. Alhamdulillah sepanjang berada di Phnom Penh rombongan kami telah dibantu oleh saudara Basri Ali, seorang pelajar Kemboja di Kolej Universiti Insaniah, Kedah. Beliau bertindak sebagai pemandu pelancong dan jurubahasa kepada rombongan kami.

Rombongan PPM pulang ke Malaysia pada hari Jumaat, 18 Oktober dengan hati yang sayu mengenangkan kesusahan mesyarakat Islam serta sejarah Regim Pol Pot tetapi gembira dapat membuat bakti walaupun kecil. Penghargaan kepada semua penyumbang dan mereka yang membantu menjayakan program ini bagi merapatkan hubungan ukhuwah di kalangan ahli PPM dengan masyarakat muslim Kemboja serta meningkatkan keinsafan diri. Harapan kami semoga lebih ramai ahli PPM yang dapat memberi sokongan dan sumbangan terhadap aktiviti seperti ini terutama ke arah membantu membina perpustakaan di kampung terpilih.

Salah sebuah rumah penduduk dikawasan ini

sebilangan dari penduduk kampung yang hadir pada majlis

yang diadakan

Page 10: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 201310

Program Tautan Kasih@Kampung

SHAHRUDDIN SHAFRI

Meneruskan tanggungjawab untuk sekian kalinya, Perpustakaan UKM telah berjaya menganjurkan

program program kemasyarakatan yang dinamakan “TAUTAN KASIH@KAMPUNG. Penganjuran program pada tahun ini telah dilaksanakan di Kampung Batu 7, Jalan Kebun Seksyen 30, Shah Alam, Selangor.

Diantara objektif diadakan program ini adalah: i. Membantu mendekat dan menghubungkan masyarakat

kampung kepada sumber maklumat yang boleh meningkatkan mutu kehidupan mereka

ii. Membantu mereka menguasai dan menguruskan sumber ilmu dan maklumat dengan berkesan

iii. Meningkatkan kesedaran dan keperihatinan warga UKM terhadap isu-isu kemasyarakatan dan memberi khidmat bakti kepada masyarakat

iv. Memperkenalkan UKM serta wawasannya menjadi universiti terhadapan membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia melalui program kemasyarakatan.

Didalam usaha untuk mengeratkan hubungan silaratulrahim antara warga perpustakaan khasnya, warga kakitangan UKM amnya dengan penduduk setempat, pelbagai program telah disusun dan diatur bagi memeriahkan program ini. Diantara lain adalah seperti Bengkel Pencarian Maklumat untuk pelajar Sek. Men. Jalan Kebun, Gotongroyong 5S Pusat Sumber Masjid, Gotong Royong membersihkan tanah perkuburan, ceramah keibubapaan dan remaja, pertandingan futsal persahabatan, pertandingan mewarna, hafazan, pemeriksaan kesihatan, pameran agensi kerajaan dan NGO. Di antara jabatan-jabatan kerajaan yang turut serta ialah Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Agensi Dadah Kebangsaan Malaysia. Manakala daripada NGO ialah seperti Kelab Kesihatan HALUAN Malaysia, Darul Wardah (ABIM Kelang), Pertubuhan Darussyifa Cawangan Bandar Baru Bangi, Persatuan Penjaja Jalan Kebun dan lain-lain.

Turut menjadi agenda utama adalah penyampaian sumbangan derma kepada beberapa institusi kebajikan seperti rumah anak yatim, ibu tunggal dan orang tua, dan rumah perlindungan wanita di sana. Antara rumah kebajikan yang telah dikenalpasti adalah:(i) Asrama HALUAN Penyayang(ii) Rumah Anak Yatim al-Munirah, Johan Setia Klang(iii) Institut Taufiqiah Islamiah, Jalan Kebun(iv) Rumah Perlindungan Wanita, Darul Wardah.

Penyumbang utama wang zakat kepada institusi ini ialah daripada Koperasi UNIKEB Berhad (UKM) yang telah bermurah hati member sumbangan wang zakat sebanyak RM2000 pada setiap institusi berkenaan. Semoga dengan sumbangan tersebut dapat meringankan beban mereka serta membantu dalam pengurusan mereka.

Program ini juga telah mendapat sambutan yang meriah daripada penduduk-penduduk dari 9 buah kariah. Penyertaan pertandingan mewarna umpamanya telah menarik hampir 300 penyertaan, pertandingan hafazan, spell-it-right dan azan.

Manakala pemeriksaan kesihatan secara tradisional oleh Pertubuhan Rawatan Darusshifa dan Kelab Kesihatan HALUAN turut mendapat sambutan. Pengunjung-pengunjung juga boleh membeli pelbagai makanan, minuman, pakaian, makanan sejuk beku dan lain-lain yang turut diadakan. Jualan makanan dan minuman ini dikendalaikan oleh persatuan penjaja dan koperasi masjid An-Naim.

Alhamdulillah penganjuran program kali ini mendapat kerjasama erat daripada Pengerusi Nazir Masjid An-Naim dan Jawatankuasanya, Kelab Kebajikan Warga Perpustakaan (KKWP), Koperasi UNIKEB (UKM) Berhad, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UKM (PERTADI) dan pelbagai agensi kerajaan dan NGO. Program ini juga telah mendapt liputan daripada surat kabar Sinar Harian dan telah dirakam oleh SelangorKini TV. Semoga program ini akan terus diadakan oleh perpustakaan dalam menunaikan tanggungjawab kemasyarakatan kepada masyarakat luar.

Kejayaan dalam perlaksanaan sesuatu program adalah bergantung rapat dengan membetulkan niat kita ikhlas kerana Allah swt. Dan keduanya perlu ada semangat kesukarelawanan dan rasa ingin membantu orang lain untuk sama-sama mencapai kebahagiaan. Manakala ketiganya ialah semangat kerja berpasukan akan melancarkan perjalanan program yang telah disusun dan dilaksanakan secara sistematik dan terancang.

Artikel Semasa Tanggungjawab Sosial Korporat

Bengkel Pencarian Maklumat Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun

Program Tautan Kasih@Kampung bertempat di Masjid An-Naim Jalan Kebun

Page 11: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 2013 11

Artikel Semasa Tanggungjawab Sosial Korporat

Tanggungjawab Sosial Korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) merupakan satu aktiviti yang digalakkan pada masa kini. Ia menjadi harapan

kerajaan dan masyarakat agar badan-badan korporat dan organisasi memainkan peranan dalam pembangunan dan kesejahteraan masyarakat. Tanggungjawab sosial korporat merupakan suatu komitmen bagi golongan korporat dalam meningkatkan kesejahteraan komuniti melalui amalan perniagaannya dan sumbangan yang dapat diberikan. Antaranya adalah sumbangan yang diberikan kepada masyarakat yang mengalami kesusahan seperti apabila masyarakat mengalami musibah kebakaran dan banjir dengan menghulurkan pelbagai bantuan berbentuk makanan dan kewangan. Disamping itu, CSR juga boleh diberikan dalam aspek pendidikan, pemeliharaan alam sekitar, kesihatan masyarakat, keselamatan, pekerjaan, dan pembangunan ekonomi dan masyarakat

Perpustakaan UKM juga tidak ketinggalan dalam menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat kepada masyarakat dengan mengadakan pelbagai aktiviti khidmat masyarakat antaranya seperti Bengkel Maklumat Penyelidikan Pelajar Pra-Universiti pada 19 Januari 2013, program Tautan Kasih@Kampung bertempat di Masjid An-Naim Jalan Kebun pada 21 September 2013, Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan, 18 September 2013, Bengkel Ms Word untuk anak-anak warga UKM pada 1 Disember 2013 dan Misi Bantuan Banjir di Kg Pulau Manis, Pahang pada 25 Disember 2013.

Aktiviti yang dijalankan dapat memberi pelbagai faedah dan manfaat kepada warga UKM dan masyarakat termasuk pelajar, remaja, kakitangan dan penduduk kampung yang memerlukan. Aktiviti yang luar dari kebiasaan seperti misi bantuan banjir kepada penduduk kampung di Kg Pulau Manis, Pahang yang terjejas akibat banjir besar baru-baru ini sedikit sebanyak membolehkan kakitangan perpustakaan merasai sendiri kesan banjir kepada penduduk. Pelbagai aktiviti seperti penyampaian sumbangan dari rumah ke rumah, gotong royong

membersihkan rumah dan bengkel yang terjejas sedikit sebanyak dapat membantu meringankan sedikit beban penduduk akibat daripada banjir seterusnya dapat meningkatkan imej perpustakaan UKM di mata masyarakat.

Sesungguhnya, Tanggungjawab Sosial Korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) merupakan satu komitmen dan usaha proaktif yang perlu diteruskan oleh pelbagai pihak seperti badan korporat dan organisasi seperti Perpustakaan. Walaupun, Perpustakaan mempunyai tugas dan tanggungjawab tersendiri kepada warga Universiti, namun peranan perpustakaan boleh diperluaskan kepada masyarakat dan komuniti yang memerlukan dan mengalami musibah. Ini bagi menyokong usaha kerajaan dan negara dalam pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.

Tanggungjawab Sosial Korporat dan Peranan Perpustakaan

AZLAN MOHAMAD HAMZAH

Misi Bantuan Banjir di Kg Pulau Manis, Pahang pada 25 Disember 2013

Page 12: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 201312

Artikel Pilihan

Pengenalan

Dana Endowmen Perpustakaan UKM Telah dilancarkan dengan rasminya pada 10

Julai 2003 oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Mohd. Rashdan bin Hj. Baba, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia.Objektifi. Mewujudkan mekanisma untuk memastikan sumber kewangan yang stabil, konsisten dan berterusan bagi jangka masa panjang untuk memperoleh sumber-sumber ilmu dalam usaha memajukan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan Universiti.ii. Menampung belanja mengurus bagi perolehan sumber ilmu dan peningkatan sistem Perpustakaan berkomputer.iii. Sebagai sumber kewangan untuk memperoleh koleksi-koleksi kepakaran/khas yang ditawar oleh individu atau pihak-pihak tertentu.iv. Perolehan kemudahan dan peralatan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan persekitaran perpustakaan.

Proses Tadbir Urus Majlis Amanah i. Dana ini ditadbirkan oleh Majlis Amanah Dana Endowmen Perpustakaan UKM yang bertanggungjawab mentadbir dan mengurus dana.

Ahli-ahli Majlis Amanah adalah seperti berikut:a. Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Akademik dan Antarabangsa – Pengerusib. Wakil Gugusan Sains Teknologi dan Kejuruteraanc. Wakil Gugusan Sains Sosiald. Wakil Gugusan Sains Perubatane. Wakil Institut Kecemerlanganf. Bendahari/Wakilg. Ketua Pustakawan – Setiausaha

ii. Bidang kuasa Majlis Amanah ialah: a. Menentukan Dasar Penggunaan Danab. Menentukan Garis Panduan bagi pelaburan, perbelanjaan dan penjanaan kewanganc. Memantau status kewangan danad. Membentang laporan tahunane. Bertanggungjawab kepada Senat dan Lembaga Pengarah Universiti.

i. Sumber Kewangan Dana Endowmen Perpustakaan UKM Sumber kewangan Dana Endowmen Perpustakaan UKM adalah terdiri daripada:a. Sumbangan kakitangan dan alumni UKMb. Sumbangan individu/syarikatc. Yuran Perpustakaan Pelajard. Yuran Keahlian Luar Perpustakaan UKM

ii. Penggunaan Dana Endowmen Perpustakaan UKM Dana Endowmen Perpustakaan UKM digunakan untuk aktiviti-aktiviti berikut:a. Perolehan sumber ilmu iaitu buku, jurnal dan sumber elektronik apabila peruntukan pengurusan tidak mencukupi.b. Perolehan koleksi kepakaran/khas yang nadir atau sukar diperolehi tertakluk kepada penilaian Jawatankuasa Penilai Koleksi Khas dan Sumbangan.c. Perolehan sumber ilmu asas berkaitan program baru universiti.d. Perolehan sistem komputer untuk memajukan perkhidmatan perpustakaan.e. Perolehan kemudahan dan peralatan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan persekitaran perpustakaan.f. Aktiviti lain bercorak akademik yang dipersetujui oleh Majlis Amanah.

Pengiktirafan dan kemudahan penyumbang dana endowmen perpustakaan UKMPenyumbang Dana Endowmen Perpustakaan UKM akan mendapat faedah berdasarkan sumbangan yang diberikan:1.1 Sumbangan: RM20 juta ke atas Pengiktirafan dan Kemudahan:i. Nama bangunan baru atau bangunan tambahan

Dana Endowmen Perpustakaan UKM

SHAHRUDDIN SHAFRI

Page 13: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 2013 13

Artikel Pilihan akan diberikan sempena nama penyumbang berkenaan.ii. Nama penyumbang diabadikan di plak Dana Endowmen Perpustakaan UKM.iii. Senarai nama penyumbang dimasukkan dalam laman web perpustakaan UKM.iv. Keahlian Kehormat / Korporat Perpustakaan UKM.v. Kemudahan kad keahlian / keahlian kehormat Perpustakaan UKM kepada 10 orang ahli keluarga/ agensi (had pinjaman ialah 15 buah buku selama 14 hari).vi. Pemakluman maklumat perkhidmatan terkini yang terdiri dari jurnal elektronik/pangkalan data yang dilanggan Perpustakaan setiap tahun.vii. Pemakluman maklumat perbelanjaan Dana Endowmen setiap tahun.viii. Perkhidmatan Kursus Kemahiran Maklumat dan Pakej Maklumat.ix. Surat penghargaan bersama penyata sumbangan setiap tahun.x. Pengecualian cukai pendapatan.

1.2 Sumbangan: RM2 juta ke atas Pengiktirafan dan Kemudahan:i. Ruang atau koleksi di dalam Perpustakaan dinamakan sempena nama penyumbang.ii. Nama penyumbang diabadikan di plak Dana Endowmen Perpustakaan UKM.iii. Senarai nama penyumbang dimasukkan dalam laman web perpustakaan UKM.iv. Keahlian Kehormat / korporat Perpustakaan UKM.v. Kemudahan kad keahlian / keahlian kehormat Perpustakaan UKM kepada 8 orang ahli keluarga/ agensi (had pinjaman ialah 15 buah buku selama 14 hari).vi. Pemakluman maklumat perkhidmatan terkini yang terdiri dari jurnal elektronik/pangkalan data yang dilanggan Perpustakaan setiap tahun.vii. Pemakluman maklumat perbelanjaan Dana Endowmen setiap tahun.viii. Perkhidmatan Kursus Kemahiran Maklumat dan Pakej Maklumat.ix. Surat penghargaan bersama penyata sumbangan setiap tahun.x. Pengecualian cukai pendapatan.

1.3 Sumbangan: RM500,000.00 hingga kurang daripada RM2 juta Pengiktirafan dan Kemudahan:i. Nama penyumbang diabadikan di plak Dana Endowmen Perpustakaan UKM.ii. Senarai nama penyumbang dimasukkan dalam laman web perpustakaan UKM.iii. Keahlian Kehormat / Korporat Perpustakaan UKM.iv. Kemudahan kad keahlian / keahlian kehormat Perpustakaan UKM kepada 7 orang ahli keluarga/ agensi (had pinjaman ialah 15 buah buku selama 14 hari).v. Pemakluman maklumat perkhidmatan terkini yang terdiri dari jurnal elektronik/pangkalan data yang dilanggan Perpustakaan setiap tahun.vi. Pemakluman maklumat perbelanjaan Dana

Endowmen setiap tahun.vii. Perkhidmatan Kursus Kemahiran Maklumat dan Pakej Maklumat.viii. Surat penghargaan bersama penyata sumbangan setiap tahun.ix. Pengecualian cukai pendapatan.

1.4 Sumbangan: RM100,000.00 hingga kurang daripada RM500,000.00 Pengiktirafan dan Kemudahan:i. Keahlian Kehormat / Korporat Perpustakaan UKM.ii. Nama penyumbang diabadikan di plak Dana Endowmen Perpustakaan UKM.iii. Senarai nama penyumbang dimasukkan dalam laman web perpustakaan UKM.iv. Kemudahan kad keahlian / keahlian kehormat Perpustakaan UKM kepada 5 orang ahli keluarga/ agensi (had pinjaman ialah 15 buah buku selama 4 hari).v. Pemakluman maklumat perkhidmatan terkini yang terdiri dari jurnal elektronik/pangkalan data yang dilanggan Perpustakaan setiap tahun.vi. Pemakluman maklumat perbelanjaan Dana Endowmen setiap tahun.vii. Perkhidmatan Kursus Kemahiran Maklumat dan Pakej Maklumat.viii. Surat penghargaan bersama penyata sumbangan setiap tahun.ix. Pengecualian cukai pendapatan.

1.5 Sumbangan: RM6,000.00 hingga kurang daripada RM100,000.00 (Warga UKM) \ RM10,000.00 hingga kurang daripada RM100,000.00 (Individu Luar) Pengiktirafan dan Kemudahan:i. Keahlian Kehormat / korporat Perpustakaan UKM.ii. Nama penyumbang diabadikan di plak Dana Endowmen Perpustakaan UKMiii. Senarai nama penyumbang dimasukkan dalam laman web perpustakaan UKM.iv. Kemudahan kad keahlian / keahlian kehormat Perpustakaan UKM kepada 3 orang ahli keluarga/ agensi (had pinjaman ialah 15 buah buku selama 14 hari).v. Pemakluman maklumat perkhidmatan terkini yang terdiri dari jurnal elektronik/pangkalan data yang dilanggan Perpustakaan setiap tahun.vi. Pemakluman maklumat perbelanjaan Dana Endowmen setiap tahun.vii. Surat penghargaan bersama penyata sumbangan setiap tahun.viii. Pengecualian cukai pendapatan.

1.6 Sumbangan: RM3,000.00 hingga kurang daripada RM6,000.00 Pengiktirafan dan Kemudahan: i. Keahlian Kehormat / Korporat Perpustakaan UKMii. Kemudahan kad keahlian / keahlian kehormat Perpustakaan UKM kepada seorang ahli keluarga/ agensi. (had pinjaman ialah 15 buah buku selama 14 hari).iii. Senarai nama penyumbang dimasukkan dalam laman web perpustakaan UKM.

Page 14: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 201314

Artikel Pilihaniv. Pemakluman maklumat perkhidmatan terkini yang terdiri dari jurnal elektronik/pangkalan data yang dilanggan Perpustakaan setiap tahun.v. Pemakluman maklumat perbelanjaan Dana Endowmen setiap tahun.vi. Surat penghargaan bersama penyata sumbangan setiap tahun.vii. Pengecualian cukai pendapatan.

1.7 Sumbangan: RM1,000 hingga kurang daripada RM3,000.00

Pengiktirafan dan Kemudahan: i. Keahlian Kehormat / Korporat Perpustakaan UKM.ii. Senarai nama penyumbang dimasukkan dalam laman web perpustakaan UKM.iii. Pemakluman maklumat perkhidmatan terkini yang terdiri dari jurnal elektronik/pangkalan data yang dilanggan Perpustakaan setiap tahun.iv. Surat penghargaan bersama penyata sumbangan setiap tahun.v. Pengecualian cukai pendapatan.

I November 2013 di Ruang SerbagunaTertib mendengar bicara ketuaKhusyuk semua mencerap mutiaraBuat pedoman dihari muka

Amanat pertama amanah kita Harus ditunaikan tanpa alpa Walau apa jawatan kita Tidak terlepas walau seketika Amanat kedua perihal kerjasamaSentiasa dipupuk antara wargaJika ada perbezaan ideaCubalah cari jalan yang sentosa

Amanat ketiga akhlak mulia Menjaga pekerti demi nama Pustaka Perkhidmatan berkualti setiap masa Menjadi budaya semua warga

Amanat keempat sikap proaktifMenghadapi cabaran secara kreatifBila ditegur jangan sensitifSuburkan antara warga sikap inovatif

Amanat kelima kuat semangat Menangani arus perubahan mandat Walau berat mencabar kudrat Usaha bersunguh menjadi kuat

Amanat keenam untuk semuaAntara pengurusan dan pelaksanaJadikan iman sandaran kitaSemoga Allah sentiasa memelihara

Amanat ketujuh buatlah azimat Khutbah Terakhir Rasullah sentiasa terpahat Wajib direnung semua umat Moga diakhirat mendapat shafaat

Diakhir bicara ketua berjenakaUntuk mengusir rasanya dukaAku yang dulu seorang ketua Tapi kini orang biasa Tapi aku bahagia

Terima Kasih Dari Kami Semua, Dengan Doa Semoga BahagiaJasamu Dikenang Sentiasa

Cetusan Rasa :Lela Ruzma Mohd Shaari1 November 2013

Amanat Mantan Ketua Pustakawan

Perpustakaan Tun Seri Lanang

Tuan Haji Abu Bakar Maidin

Page 15: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 2013 15

BERITA PERLANTIKAN

Tahniah

AKADEMIK Tahun Universiti Kelulusan 1980 Northern Illionis University (NIU), United States America B. Sc. (Chemistry) 1981 Louisiana State University, USA Masters Library Science(MLS) 1985 Univ. Kebangsaan Malaysia Dip. Pengajian Islam

PENGALAMAN Tahun Tempat Bertugas

Jan 1984-Nov 1984 Pustakawan UTM (KL)- Bahagian Katalog Dis 1984-Julai 1985 Pustakawan Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM-Bahagian Katalog

1990-1994 Ketua Cawangan Dokumentasi, PTSL 1995-2003 Ketua Bahagian Pengurusan Maklumat, PTSL 2004-2005 Ketua Jabatan Pengurusan Sumber Maklumat, PTSL 2005-2006 Ketua Bahagian Pengurusan Jurnal dan Jilidan, PTSL. 2007-2011 Timbalan Ketua Pustakawan Kanan (S48) 2011-2013 Timbalan Ketua Pustakawan Tertinggi (S54) / Ketua Pengurusan Sumber

2014 Ketua Pustakawan Jusa C

AKADEMIK Tahun Universiti Kelulusan

1979 -1982 Universiti Malaya B. Sc. (Hons.) - Botani 1985 Institut Teknologi MARA Post Grad. Dip. In Library & Information Sc.

PENGALAMAN Tahun Tempat Bertugas

Dis 1985 - Jun 1986 Pustakawan UTM (KL)- Bahagian Katalog Julai 1986 - April 1987 Pustakawan (S41), Bahagian Dokumentasi Mei 1987 – Mei 2001 Pustakawan (S41), Bahagian Perolehan Jun 2001 – Mac 2008 Pustakawan Kanan (S44), Bahagian Koleksi Asia Tenggara & Dokumen Mei 2003 – Nov 2003 Library Attachment Programme, Library, Center For Southeast Asia Studies, Kyoto

University April 2008 – Jun 2011 Timbalan Ketua Pustakawan (S48), Perpustakaan Undang-Undang Julai 2011 – Dis 2013 Timbalan Ketua Pustakawan Kanan (S52 ) / Ketua Perpustakaan Pusat Perubatan UKM

Januari 2014 - Timbalan Ketua Pustakawan Tertinggi (S54) / Ketua Pengurusan Sumber

AKADEMIK Tahun Universiti Kelulusan 1987 UITM, Shah Alam Dip. Sains Perpustakaan 1987 Syracuse University, USA Master Library Science (MLS)

PENGALAMAN Tahun Tempat Bertugas

Okt-Dis 1985 Pegawai Perpustakaan, DBP, KL Jun-Jul 1987 Pustakawan, Klang Valley College, Subang Jaya Jul-Okt 1987 Pustakawan Katalog, HELP Institute, KL

Nov 1987-Mei 1989 Floor Executive, Parkson Corporation, Sg. Wang Plaza, KL Jun 1989-Jan 1991 Pegawai Perpustakaan, Pustaka Peringatan KL.

Feb 1991-April 1998 Pustakawan Perpustakaan Perubatan (S41), UKM April 1998-Ogos 2005 Pustakawan Perpustakaan (S41), PPUKM

Sept 2005-Jan 2007 Pustakawan Kanan, Perpustakaan (S44), PPUKM Feb 2007-Dis 2013 Timbalan Ketua Pustakawan (S48), Perpustakaan PPUKM 17 Disember 2013 - Timbalan Ketua Pustakawan Kanan (S52) / Ketua Perpustakaan PPUKM

Hafsah MohdKetua Pustakawan

(Jusa C)[email protected]

Rosnah SulimanTimbalan Ketua

Pustakawan Tertinggi (S54)

/ Program Pengurusan

[email protected]

Wan Suhaimi Ariffin

Timbalan Ketua Pustakawan Kanan

(S52)/KetuaPerpustakaan Pusat

Perubatan UKMsuhaimi@ppukm.

ukm.edu.my

Perlantikan Pengurusan Tertinggi Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM 2013

Amanat kelima kuat semangat Menangani arus perubahan mandat Walau berat mencabar kudrat Usaha bersunguh menjadi kuat

Amanat keenam untuk semuaAntara pengurusan dan pelaksanaJadikan iman sandaran kitaSemoga Allah sentiasa memelihara

Amanat ketujuh buatlah azimat Khutbah Terakhir Rasullah sentiasa terpahat Wajib direnung semua umat Moga diakhirat mendapat shafaat

Diakhir bicara ketua berjenakaUntuk mengusir rasanya dukaAku yang dulu seorang ketua Tapi kini orang biasa Tapi aku bahagia

Terima Kasih Dari Kami Semua, Dengan Doa Semoga BahagiaJasamu Dikenang Sentiasa

Cetusan Rasa :Lela Ruzma Mohd Shaari1 November 2013

Page 16: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 201316

Artikel Pilihan

Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan telah diadakan pada 17 September 2013 di Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), 24 September 2013 di Perpustakaan Alam dan

Tamadun Melayu (PATMA), Perpustakaan Undang-undang (PUU), Perpustakaan Dr. Abdul Latif (PDAL) dan 26 September 2013 di Perpustakaan Pusat Perubatan UKM. Hari Bersama Pelanggan 2013 diadakan sempena aktiviti Pembudayaan Ilmu peringkat UKM. Ia merupakan kesinambungan Hari Bersama Pelanggan yang diadakan setiap tahun. Aktiviti ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada pelanggan yang telah banyak menyokong aktiviti perpustakaan.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan di antaranya Jom Jawab Kuiz Online, Sarapan Pagi Bersama Nestle, Bersama Vendor Pangkalan Data, cabutan bertuah, jumble sale dan jualan kemeja-t Perpustakaan. Selain daripada itu, aktiviti dimeriahkan lagi dengan permainan dam

ular bersama pelanggan dan sesi kupasan ilmu bersama novelis Ain Maisara. Perpustakaan juga mengadakan Kempen Derma RM1.00 untuk Dana Endowmen Perpustakaan UKM. Pada tahun ini turut diadakan pertandingan fotografi dengan tema “Kembara Ilmu Di Perpustakaan” yang terbuka kepada seluruh Warga UKM.

Selain aktiviti ini, Perpustakaan Cabang yang lain juga turut mengadakan aktiviti yang menarik. PATMA mengadakan pertandingan teka jumlah muka surat dan harga buku serta pertandingan congkak. PDAL pula

mengadakan pertandingan melontar dart dan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Manakala PPPUKM mengadakan pertandingan teka bilangan kacang dalam balang dan cabutan bertuah bagi pelanggan yang memulangkan buku melalui mesin pinjaman layan diri. Di samping itu, penyampaian cenderamata kepada Ahli Akademik yang aktif menggunakan Perpustakaan serta pelancaran Café Lib PPPUKM turut diadakan.

Secara keseluruhan, aktiviti Hari Bersama Pelanggan dapat dilaksanakan dengan ceria dan meriah. Bilangan pengunjung adalah seramai 818 orang iaitu 200 di PTSL, 58 di PATMA, 237 di PUU, 177 di PDAL dan 206 di PPPUKM. Kutipan derma RM1.00 ketika Hari Bersama Pelanggan adalah berjumlah RM477.40.

Para pemenang menerima hamper, alat tulis, buku dan pelbagai cenderamata manakala untuk pertandingan fotografi pemenang tempat pertama menerima wang tunai bernilai RM200.00 pemenang kedua RM150.00 dan pemenang ketiga RM100.00. Pelanggan yang mengisi borang soal selidik juga tidak pulang dengan tangan kosong, mereka juga menerima cenderamata berupa pen dan buku nota.

Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan 2013

NONA ZURENA MASENWAT DAN ANNA KUSTYANA MUKANDAR

Permainan dan ular yang mendapat sambutan ramai pengunjung

Partandingan congkak yang diadakan di PATMA bagi memeriahkan lagi Hari Bersama Pelanggan

Pemeriksaan kesihatan secara percuma antara aktiviti yang di adakan di PDAL

Aktiviti oleh perpustakaan Cabang PUU

Page 17: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 2013 17

Artikel Pilihan

Pra Mesyuarat Semakan Pengurusan (MSP) bil.1/2013 telah diadakan pada 7-8 Oktober 2013 bertempat di Puri Pujangga

UKM. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menilai pencapaian semasa Perpustakaan dari beberapa aspek antaranya ialah hasil audit dalaman, aduan dan maklumbalas pelanggan, pencapaian proses kerja dan kepatuhan produk/perkhidmatan. Di samping itu, mesyuarat juga membincangkan laporan analisis ketidakpatuhan produk /perkhidmatan, status tindakan pencegahan dan tindakan pembetulan, semakan & kesesuaian, dasar & objektif kualiti, perubahan yang membawa kesan kepada SPKP, penilaian prestasi pembekal, rumusan terhadap kesesuaian, kecukupan, keberkesanan dan tindakan penambahbaikan berterusan terhadap SPKP UKM serta hal-hal lain yang berkaitan. Selain itu mesyuarat ini turut bertujuan mengenalpasti cadangan aktiviti penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan Perpustakaan secara keseluruhan.

Pra Mesyuarat Semakan Pengurusan

Audit Dalaman SPKP UKM 2013SHAIZIMAH BADZRI

Antara initipati penting mesyuarat Pra Mesyuarat Semakan Pengurusan bil 1/2013 yang perlu diberi perhatian oleh Warga Perpustakaan ialah beberapa perubahan yang membawa kesan kepada SPKP seperti berikut :• Persaraan Ketua Pustakawan bermula 6 November 2013• Pertambahan objektif kualiti: - 80% pinjaman ke atas buku yang diperolehi pada tahun semasa - Memproses permohonan Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) dalam tempoh 5 hari bekerja - Membekalkan Perkhidmatan Pakej Maklumat yang dipohon oleh pelanggan dalam tempoh 7 hari bekerja 80% kepuasan pelanggan terhadap Kursus Kemahiran Maklumat. - Pertambahan skop SPKP dengan memasukkan Perpustakaan Lingkungan Ke-2 dalam skop SPKP mulai 2014.

Bagi memastikan kepatuhan dan keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK), Audit Dalaman SPKP (Sistem Pengurusan Kualiti

Perkhidmatan) UKM bagi tahun 2013 telah dijalankan pada 19-30 Ogos 2013 yang lalu. Sebanyak 12 Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang digabungkan di bawah satu persijilan perkhidmatan telah terlibat dalam proses ini yang diketuai oleh Puan Hafsah Mohd selaku Ketua Juruaudit Dalaman SPKP UKM.Seramai 62 orang juruaudit dari pelbagai PTJ telah dilantik sebagai juruaudit termasuk 14 orang Pustakawan UKM yang terdiri daripada :1. Pn. Rosnah Suliman 2. Pn. Noraini Omar 3. Cik Rohaya Umar 4. Pn. Lela Ruzma Mohd Shaari5. Pn. Anna Kustyana Mukandar 6. Pn. Rosnah Yusof7. En. Hazmir Hj. Zainal 8. Pn. Zaidah Sulaiman9. Pn. Hamidah Erman 10. Cik Mariati Embong 11. En. Shamsudin Ibrahim 12. Pn. Shaizimah Badzri13. Pn. Rosmarlidaini Mah Hasan 14. Cik Ruzita Kamis

Perpustakaan UKM telah diaudit oleh Puan Lela Ruzma, Puan Noraini Omar, Puan Rosnah Suliman, Puan Rosnah Yusof dan empat orang juruaudit dari PTJ lain. Hasil daripada audit yang menyeluruh di PTSL dan Perpustakaan Cabang, pasukan juruaudit perpustakaan telah mengeluarkan sebanyak 7 NCR dan 18 OFI kepada Perpustakaan. Manakala hasil audit keseluruhan ke atas semua 12 PTJ menunjukkan sebanyak 81 NCR dan 121 OFI telah dikeluarkan. Terima kasih diucapkan kepada semua Warga Perpustakaan kerana telah memberikan kerjasama sewaktu Audit Dalaman dijalankan.Pada 2 hingga 6 Disember 2013 yang lalu pula pasukan audit SIRIM telah berkunjung ke UKM untuk menjalankan Audit Pengawasan. Kesemua PTJ SPKP telah dijadualkan untuk diaudit oleh juruaudit SIRIM kecuali Perpustakaan. “Alhamdullilah” …. itulah perkataan yang kedengaran sejurus mendapat berita mengenai jadual perancangan audit SIRIM. Walaupun ‘terlepas’ kali ini, diharap semua Warga Perpustakaan terus mengekalkan kualiti kerja yang baik bagi memastikan SPK dilaksanakan dengan berkesan dan supaya sentiasa mengamalkan budaya kualiti semasa memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.

NORLIAH SUKARNO

Page 18: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 201318

Artikel Pilihan

Pertandingan KIK Perpustakaan UKM

2013

Pertandingan KIK Perpustakaan UKM merupakan acara anjuran bersama QIT Pengurusan dan Perpustakaan UKM. Pertandingan yang diadakan dua tahun sekali

ini disertai oleh Kumpulan KIK Perpustakaan. Pemenang dalam pertandingan ini akan mewakili Perpustakaan ke Konvensyen KIK peringkat UKM. Antara objektif penganjuran Pertandingan KIK Perpustakaan UKM ini adalah :i. Memilih kumpulan KIK untuk bertanding dalam Konvensyen KIK peringkat UKMii. Mencungkil idea dan inovasi oleh kumpulan KIK sebagai penambahbaikan perkhidmatan Perpustakaaniii. Membudayakan KIK di kalangan kakitangan Perpustakaaniv. Memupuk semangat berpasukan di kalangan ahli KIK

Peserta Pertandingan KIK Perpustakaan bagi tahun ini terdiri daripada 11 kumpulan KIK. Empat daripada kumpulan KIK ini adalah daripada kategori teknikal, manakala lapan lagi daripada kategori pengurusan. Kumpulan KIK yang menyertai Pertandingan KIK Perpustakaan 2013 terdiri daripada;

KEPUTUSAN KUMPULAN Tempat Pertama KIK SIBER

Tempat Ke-2 KIK SAVE Tempat Ke-3 KIK MIKROMEDIA Tempat Ke-4 KIK WARISAN

Anugerah Khas (Penyampaian terbaik) KIK PANTAS 3

HENDON ABDULLAH

1. KISKA2. WARISAN3. SAVE4. SIBER5. MIKROMEDIA6. MIZAN7. MISSION8. MUTIARA9. GLOBAL INFORMATION10. PANTAS 311. TAMADUN

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut;

Sesi pendaftaran kumpulan yang menyertai pertandingan KIK Perpustakaan

Sedang mendengar ulasan dan cadangan daripada panel juri

Juara Pertandingan KIK Perpustakaan iaitu KIK SIBER dari PPUKM dengan tajuk EZPRESS

Pemenang ketiga KIK MIKROMEDIA ari bahagian Koleksi Media

Page 19: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 2013 19

Artikel Pilihan

NOR ASIAH MOHAMAD

Bahagian Perkhidmatan Maklumat (BPM), Perpustakaan Tun Seri Lanang merupakan salah satu bahagian yang

dipertanggungjawabkan merancang dan mengendalikan Kursus Kemahiran Maklumat (KKM). Aktiviti pengajaran KKM ini dijadualkan setiap bulan atau berdasarkan permintaan. Pengisian pengajaran yang dirangka adalah bersesuaian dengan keperluan pelajar bagi memberi pendedahan kepada strategi pencarian bahan secara lebih sistematik, memantapkan kemahiran pencarian maklumat di samping berupaya membudayakan proses pembelajaran sepanjang hayat. Pencapaian KKM pada tahun 2013, iaitu dari bulan Januari hingga November telah menunjukkan anggaran seramai 6,253 penyertaan.

KKM yang dijalankan tidak terhad kepada pelajar prasiswazah dan pascasiswazah sahaja, sebaliknya ianya turut disampaikan kepada pelajar AsasiPintar, ahli akademik dan juga kumpulan-kumpulan penyelidik UKM atas permintaan khususnya bagi kelas penggunaan perisian Endnote. Kelas Endnote atas permintaan ini telah dilaksanakan di beberapa fakulti atau jabatan seperti di Fakulti Pendidikan, Pusat Pengajian Umum dan Fakulti Pengajian Islam. Lokasi pengajaran yang dijalankan bergantung kepada pensyarah atau kumpulan penyelidik yang memohon. Kelas Endnote merupakan salah satu KKM yang popular dan sering menerima banyak penyertaan khususnya di kalangan pelajar pascasiswazah. Sepanjang 2013, sebanyak 45 kelas Endnote telah dijalankan disamping KKM yang lain.

KKM turut melebarkan skop pengajaran di luar institusi sebagai salah satu aktiviti khidmat masyarakat seperti menyampaikan Bengkel Maklumat Penyelidikan kepada pelajar pra-Universiti dan Bengkel Pencarian Maklumat kepada pelajar-pelajar sekolah menengah. BPM juga berkolaborasi dengan Fakulti Sains Teknologi untuk mengajar subjek Komunikasi Saintifik yang merangkumi topik Penyelidikan Perpustakaan dan penggunaan perisian Endnote bagi pelajar-pelajar tahun akhir fakulti berkenaan. Kursus Komunikasi Saintifik ini memerlukan pelajar membuat tugasan berkaitan pencarian bahan melalui

sumber-sumber maklumat elektronik dan repositori institusi seperti GEMILANG, Portal E-Jurnal, e-Rep (e-Repositori Penerbitan UKM) dan UJAR (Repositori Artikel Jurnal UKM). Pelajar turut didedahkan kepada kaedah pencarian tajuk perkara melalui cataloguing tools iaitu Library of Congress Subject Headings. Kesemua tugasan yang dinyatakan ini menyumbang kepada 20 peratus markah keseluruhan pelajar bagi subjek Komunikasi Saintifik.

Dengan kerjasama Unit Latihan, Jabatan Pendaftar, UKM juga, sesi kemahiran maklumat kepada pensyarah dan pegawai ikhtisas yang akan bercuti belajar iaitu SLAB turut dikendalikan oleh BPM. Slot ini dijalankan secara berkala selama 8 jam dengan pengisian pengajaran terdiri daripada penyelidikan perpustakaan dan penggunaan perisian Endnote.

Selain daripada KKM, BPM turut menjalankan sesi konsultasi maklumat secara individu antara Pustakawan dan pelajar yang dipanggil Infoclinic. Sesi ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang memohon mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan khidmat nasihat secara lebih eksklusif. BPM juga beberapa kali menjalankan KKM kepada kakitangan Perpustakaan seperti Kursus Pencarian Maklumat Kakitangan yang bertujuan memberi pendedahan kemahiran maklumat kepada kakitangan baru selain memantapkan pengetahuan kakitangan sedia ada. Slot lawatan dan taklimat Perpustakaan kepada pelawat atau kakitangan IPTA/IPTS/Agensi dalam dan luar negara juga merupakan tanggungjawab BPM. Kesimpulannya, kepercayaan yang diberikan ini secara tidak langsung mengiktiraf kepentingan Perpustakaan dalam menyediakan dan menawarkan perkhidmatan maklumat. Manakala KKM yang dilaksanakan ini membuktikan ianya sebagai salah satu sumbangan Perpustakaan dalam menyokong usaha Universiti kepada aktiviti pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan warga UKM secara amnya.

Aktiviti Kemahiran Maklumat

Perpustakaan

Page 20: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 201320

Soroton Peristiwa

Page 21: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 2013 21

Soroton Peristiwa

JasaMu di KenangTuan Haji Abu Bakar

MaidinMantan Ketua Pustakawan

Tun Seri Lanang

Page 22: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 201322

Bengkel & Seminar

Kajian Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan(Pembentangan di Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia)

ANNA KUSTYANA MUKANDAR

QIT Perkhidmatan telah menjalankan kajian bertajuk Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan di

Perpustakaan Tun Seri Lanang Berdasarkan British Standard ISO 11620 : 2008 (E) : Kajian Perbandingan dengan Perpustakaan Universiti Penyelidikan di Malaysia. Kajian ini dipilih kerana ia menjadi medium perkongsiaan maklumat yang penting di mana sesebuah perpustakaan boleh meminjam buku, memohon artikel atau bahan-bahan lain dari perpustakaan lain.

Kajian dilakukan ke atas empat buah perpustakaan penyelidikan iaitu Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Universiti Malaya, Perpustakaan Universiti Putra Malaysia dan Perpustakaan Universiti Sains Malaysia.

Dalam kajian ini dua aspek telah dikaji iaitu kepantasan Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) dan kecekapan PAP.

Formula bagi kedua-dua aspek tersebut ialah:

Data diambil sepanjang 2011 dan hasilnya adalah seperti berikut:

Selain pengambilan dan pengamatan data, kajian juga dibuat secara temuramah. satu set soalan dibuat bagi memudahkan temuramah yang tujuannya untuk mendapatkan maklumat mengenai prosedur kerja yang dijalankan.

Soalan-soalan meliputi:i. Bilangan kakitangan yang terlibatii. Pengkhususan tugasiii. Akaun dengan pembekaliv. Penetapan tempoh maklumbalasv. Penetapan tempoh masa pembekalanvi. Cara penghantaranvii. Polisi pembatalanviii. Kesesuaian sistem

Melalui temuramah didapati ada Perpustakaan yang mengadakan polisi pembatalan contohnya membatalkan permohonan jika artikel yang dipohon sudah ada dalam pangkalan data langganan, Google Scholar atau Internet. Terdapat juga perpustakaan yang membenarkan pemohon (pelajar) mengambil sendiri bahan

Kepantasan PAP = Jumlah tempah pembekalan

Jumlah permohonan

Kecekapan PAP = Bilangan bahan yang dapat dibekalkan X 100%

Jumlah permohonan

PERPUSTAKAAN KEPANTASAN (HARI)

KECEKAPAN (%) BUKU ARTIKEL

UKM (PTSL) 16.27 16.96 66.53

UM (PU) 19.96 20.05 57.67

UPM (PSAS) 16.59 13.24 66.57

USM (PHS1) 11.33 15 52.28

dari perpustakaan pembekal. Statistik kajian ini dapat dirumuskan dalam graf palang di atas.

KesimpulanPenemuan-penemuan yang diperolehi melalui temuramah dipadankan dengan data yang diperolehi dan di dapati:i. Kepantasan Perkhidmatan PAP dipengaruhi oleh lokasi sesebuah perpustakaan. Perpustakaan pemohon yang berhampiran dengan perpustakaan pembekal mampu memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih cepat berbanding perpustakaan yang jauh jaraknya.ii. Kaedah pembatalan bagi permohonan PAP bahan sedia ada di Perpustakaan mempengaruhi kepantasan dan kecekapan perkhidmatan. Dengan adanya kaedah ini, kakitangan dapat memberi tumpuan kepada permohonan PAP yang lain dan menjimatkan masa. Pembatalan ini juga mengurangkan statistik permohonan dan menaikkan peratusan kecekapan.iii. Tiada bukti yang jelas bahawa penyediaan kenderaan yang dikhaskan kepada perpustakaan boleh mempertingkatkan kepantasan dan kecekapan Perkhidmatan PAP.

Page 23: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 2013 23

Bengkel & Seminar

SHAMSUDIN IBRAHIM

Bengkel ROI Perpustakaan UKM

Mesyuarat Pra-MSP Perpustakaan UKM 2013 pada 8-9 Oktober 2013

bersetuju agar QIT Pengurusan menjalankan projek Return on Investment (ROI) berkaitan koleksi buku. Projek ini berhasrat menyediakan analisis peratus pinjaman ke atas buku yang diperolehi pada tahun semasa di samping menilai kesesuaian objektif kualiti perolehan buku perpustakaan.

Sehubungan itu, QIT Pengurusan telah menganjurkan Bengkel ROI Perpustakaan untuk Pustakawan UKM pada 21-22 November bertempat di Puri Pujangga, UKM. Bengkel ROI yang julung kali diadakan di Perpustakaan UKM ini adalah bertujuan mendedahkan Pustakawan UKM tentang ROI di Perpustakaan. Seramai 29 Pustakawan UKM termasuk pihak pengurusan telah menghadiri bengkel ini.

Bengkel dua hari ini telah dikendalikan Pn. Che Zainab Abdullah, Pensyarah Fakulti Pengajian Maklumat. Di antara

kandungan bengkel ialah sesi ceramah mengenai (i) Library Return on Investment, (ii) ROI dan Sumber Elektronik (Hard dollar saving, soft dollar saving), (iii) Cost benefit analysis (iv) Log analysis dan (v) Perkongsian maklumat (Sustainability of e-book and library return on investment, future & earlier research in iibrary return on investment).

Bagi sesi amali, peserta telah melaksanakan amali berikut secara dalam kumpulan iaitu analisis ROI rekod transaksi bahan bercetak dengan menganalisi rekod transaksi bahan Koleksi Islam bagi perolehan tahun 2011 dan 2012. Manakala sesi latihan amali II adalah analisis ROI rekod transaksi PDK (data log transaksi dikeluarkan oleh JET-P).

Berdasarkan pengalaman dalam Bengkel ROI ini, QIT Pengurusan dengan kerjasama Bahagian Perolehan dan Bahagian Sistem dan Teknologi Maklumat akan meneruskan projek ROI dengan membuat analisis log transaksi buku bercetak bagi Koleksi Am dalam subjek yang lain pada 2014.

Antara peserta ROI

Sesi bengkel oleh Puan Che Zainab abdullah Pensyarah Fakulti Pengajian Maklumat

Page 24: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 201324

Bengkel & Seminar

Bengkel Transformasi Langganan Pangkalan Data Perpustakaan IPT

SHAMSUDIN IBRAHIM

Langganan Pangkalan Data Komersil (PDK) secara berpakej

merupakan kaedah konvensional dalam perolehan e-jurnal dan e-buku oleh hampir keseluruhan Perpustakaan Akademik di Malaysia. Perpustakaan Akademik di Malaysia seharusnya memainkan peranan untuk melihat kaedah perolehan e-jurnal yang lebih berkesan daripada aspek pulangan atas pelaburan (ROI) dan Patron Access Driven (PAD). Konsep ini membolehkan pelanggan perpustakaan memperolehi apa yang mereka perlukan tanpa tertakluk pakej langganan pangkalan data perpustakaan. Ini bertepatan dengan konsep Just In Time berbanding Just In Case dalam konteks perkhidmatan Perpustakaan.

Salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh penerbit jurnal dan buku antarabangsa masakini ialah pay per view (PPV). PPV adalah kaedah alternatif perolehan sumber elektronik dan didapati lebih menjimatkan. Kaedah ini telah diamalkan di beberapa universiti dalam dan luar negara seperti; Perpustakaan Universiti Sains Malaysia, Perpustakaan Open University Malaysia, Amherst College, DESY Library, Macalester College, Clarkson University Libraries, Trinity University, Cornell University Library dan University of Sydney Library. Justeru, selaras dengan matlamat Universiti ke arah perbelanjaan berhemat dan konsep penjimatan serta penambahbaikan berterusan perkhidmatan, maka

perolehan pangkalan data komersil seperti ScienceDirect secara pay per view (PPV) adalah dijangka bersesuaian untuk dilaksanakan oleh Perpustakaan.

Sehubungan itu, Perpustakaan UKM telah menganjurkan Bengkel Transformasi Langganan Pangkalan Data Perpustakaan IPT pada 12 Disember 2013 (Khamis), 8.30 pagi-5.00 petang di Bilik Mesyuarat Aras 5 & Makmal Latihan siber ptsl, Perpustakaan UKM. Bengkel ini telah disertai oleh 34 pustakawan daripada 13 IPT telah hadir terdiri daripada MMU (2), OUM (2), UIAM (2), UiTM (2), UKM (9), UMP (1), UNIMAP (1), UPNM (2), USIM (2), USM (6), UTHM (1), UTM (2), UTP (2). Beberapa objektif bengkel digariskan seperti berikut :i. Menilai kesahihan statistik

penggunaan pangkalan data Sciencedirect di peringkat mikro sama ada wujud keraguan data seperti execessive downloading atau robotic crawling

ii. Menggunakan Scopus Cited Reference Search untuk menilai

hubungan antara top usage journal dalam Sciencedirect dengan bilangan penerbitan yang dihasilkan oleh sesebuah institusi

iii. Menilai semula langganan pangkalan data sciencedirect seperti pemilihan core titles, swap titles dan sebagainya.

iv. Berkongsi pengalaman serta menilai strategi dan aktiviti perolehan pangkalan data secara pay per view sebagai kaedah baru perolehan pangkalan data sama ada secara keseluruhan (total) atau gabungan (hybrid) bagi menggantikan Big Deals.

Bengkel dimulakan dengan ucapan aluan dan persamian oleh Puan Hafsah Mohd, Ketua Pustakawan UKM. Selepas itu, bengkel disusuli dengan pembentangan bertajuk ‘PPV sebagai alternatif perolehan baru PDK’ oleh En Shamsudin Ibrahim (Pustakawan Kanan, Perpustakaan UKM). Ia diikuti sesi soal jawab sebelum bengkel diteruskan dengan pembentangan oleh En Mohd Nasir Hj Md Rashid (Timbalan Ketua Pustakawan,

Page 25: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 2013 25

Bengkel & SeminarPerpustakaan USM) bertajuk ‘Perkongsian pengalaman PPV selepas 6 bulan dijalankan’.

Pada sebelah petang, sesi amali telah dikendalikan oleh En Shamsudin Ibrahim di mana peserta telah menjana statistik COUNTER Journal Report 2012, 2013 (Sept 2013) ScienceDirect dalam format Microsoft Excel. Dengan menggunakan fail tersebut, peserta telah diberi pendedahan untuk mengenalpasti top 20 ScienceDirect journals berdasarkan jumlah muat turun teks penuh (2012-2013), mengenalpasti sama ada top 20 journals adalah core title atau freedom title dan melihat jika ada keraguan data dalam laporan.

Sebagai rumusan, bengkel ini telah mengumpulkan beberapa cadangan/maklum balas seperti berikut:a. Mencadangkan diwujudkan

konsortium langganan pangkalan data yang rasmi di peringkat Kementerian. Perbincangan antara KPM, PERPUN dan MOLEC perlu dijalankan. Aktiviti yang dicadangkan termasuklah membuat penandaarasan konsortium di Hong Kong, Taiwan, Thailand dan sebagainya.

b. Menilai keperluan melanggan tool databases (contoh Scopus, ISI Web

of Science, ISI Journal Citation Reports) oleh Kementerian daripada unlimited license kepada concurrent user bagi mendapatkan harga langganan yang lebih menjimatkan.

c. Mencadangkan pihak USM membuat pembentangan mengenai pengalaman pelaksanaan pay per view (PPV) kepada ahli PERPUN.

d. Mencadangkan Perpustakaan UKM mengumpulkan laporan penggunaan ScienceDirect 2013 (& 2012 daripada semua IPT (peserta bengkel) termasuk perbandingan core collection dan freedom collection dan kos per penggunaan dibentangkan kepada PERPUN

e. Mencadangkan kepada PERPUN dan Pusat Sitasi Negara berperanan sebagai penilai/pemantau senarai jurnal akses terbuka (Open Access Journal) di peringkat Negara. Ia bertujuan membantu ahli akademik menilai sama ada jurnal tersebut sahih atau meragukan sebelum penyelidik menerbitkan makalah jurnal mereka (cadangan daripada TNC HEPI UKM)

f. Memperkasa aktiviti perkongsian maklumat melalui Document Delivery Services dan Interlibraryloan

di kalangan Perpustakaan IPT ke arah peningkatan kecekapan perkhidmatan dan perbelanjaan.

g. Mengambil perhatian mengenai kewujudan data-data meragukan dalam statistik muat turun teks penuh. Citation analysis (bibliometric) sebagai kaedah alternatif melihat kepentingan sesebuah jurnal berdasarkan kekerapan rujukan yang dibuat oleh pengarang/Penyelidik di IPT.

Secara keseluruhan, bengkel ini telah berhasil mewujudkan perkongsian ilmu dan pengalaman mengenai potensi perkhidmatan pay per view sebagai alternatif perolehan pangkalan data komersial. Kajian yang terperinci seperti analisis bibliometrik merupakan pendekatan yang kreatif dan inovatif bagi melihat bagaimana penyelidik IPT menggunakan sumber maklumat perpustakaan. Pada akhirnya, bengkel ini diharap dapat mengembalikan kesedaran supaya Perpustakaan IPT bersatu hari membuat perancangan yang sistematik dan holistik bagi menubuhkan konsortium rasmi di peringkat Kementerian bagi menguruskan langganan pangkalan data komersil.

Pada 3 – 4 September 2013 yang

lalu telah berlangsung satu Bengkel Virtua 2012.2.2 Highlight, Bertempat di makmal siber@ptsl. Bengkel yang dianjurkan oleh Perpustakaan dan Jabatan Pendaftar ini telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan dari setiap bahagian, cabang dan wakil PTM .

Bengkel ini diadakan untuk mendedahkan kepada kakitangan kelebihan dan fungsi terkini sistem virtua yang baru di naiktaraf dari versi 2011 ke versi 2012.2.2. Selain itu bengkel ini juga menjadi medan perbincangan antara pengguna dan pembekal mengenai isu-isu yang berkaitan dengan sistem

virtua.

Perjalanan bengkel ini telah diatur mengikut

modul selama 2 hari iaitu Modul Perolehan, Jurnal, Pengkatalogan, Sirkulasi, i-Portal (OPAC), Infostation

(Reporting) dan modul pentadbir iaitu Profiler.

Penganjur berharap dengan adanya bengkel ini mutu serta kualiti kerja kakitangan di perpustakaan akan meningkat sejajar dengan penaiktarafan sistem virtua versi terkini yang lebih baik dan mesra pengguna.

Bengkel Virtua 2012.2.2 Highlight

MD. HAFIZ AHMAD ZULKIFLI

Page 26: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 201326

Bengkel & Seminar

RUZITA KAMIS

Pustakawan UKM Pelajari Web 2.0 dan 3.0

Perpustakaan dalam alaf baru banyak menggunakan aplikasi rangkaian sosial sebagai komunikasi dua

hala dengan pelanggan. Seperti Perpustakaan IPTA lain, Perpustakaan UKM turut mengunakan Facebook dan Twitter sebagai medium mempromosikan perkhidmatan dan juga menyebarkan maklumat terkini kepada pelanggan.

Bagi memantapkan lagi perkhidmatannya, Perpustakaan UKM telah menganjurkan Bengkel Web 2.0 dan 3.0 kepada Pustakawan. Bengkel yang telah dijalankan pada 29 dan 30 Oktober 2013 ini dikendalikan oleh Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik iaitu Dr. Afendi Hamad. Bengkel ini dihadiri seramai 36 orang bertujuan memberi pendedahan kepada Pustakawan tentang penggunaan aplikasi web terkini.

Web 2.0 merupakan aplikasi web yang telah diperkenalkan oleh O’Relly Media. Ia menyediakan kemudahan interaktif perkongsian maklumat, rekabentuknya berorientasikan pelanggan juga berkolaborasi dalam internet. Antara contoh Web 2.0 adalah komuniti siber, perisian sosial, perkongsian video, Wikis, blog dan Mashups. Seterusnya pada tahun 2010, John Markoff memperkenalkan web menggunakan paten sama yang dikenali sebagai 3.0 atau web pintar. Ia menggunakan kemudahan web semantik, mikroformat, data mining, natural language search dan sebagainya.

Antara aplikasi web popular yang boleh dikongsi :

1. Picisto CollageIa sangat mudah digunakan kerana aplikasi yang membolehkan sesiapa sahaja membuat kolaj foto secara

Sejarah Perkembangan Web

kendiri. Pengguna hanya perlu memilih susun atur kolaj mengikut kesukaan, memuat naik gambar dan memasukkan teks atau objek, Seterusnya pengguna boleh mencetak untuk simpanan atau berkongsi dengan rakan melalui media sosial.

2. FlipsnackIngin menjadikan paparan dokumen lebih menarik dan interaktif seperti Flipping books? Perisian Flipsnack boleh membantu. Dengan Flipsnack, pengguna boleh menukar dokumen format pdf atau Jpeg kepada flash page digital dengan mudah dan cepat. Pengguna hanya perlu memuat naik dokumen, membuat pilihan rekabentuk, mengubahsuainya mengikut kesesuaian dan menerbitkannya. Adalah diingatkan perisian ini hanya menerima dokumen berformat pdf dan Jpeg sahaja.

3. Slide ShareBerbeza dengan Flipsnack, Perkhidmatan berasaskan slaid hosting ini boleh menerima dokumen pelbagai format seperti power point, pdf, word, excel atau video. Perkhidmatan ini mempunyai persamaan dengan youtube tetapi lebih kepada laman slide show. Pengguna boleh memuat naik dokumen secara peribadi atau berkongsi secara terbuka. Kelebihan slaid hosting ini membenarkan pengguna menilai, memasukkan komen dan membuat perkongsian fail.

4. WeeblyWeebly merupakan laman web mudah yang beroperasi dalam pelayar web. Perkhidmatan berasaskan web hosting ini sangat mudah digunakan, ia tidak memerlukan sebarang kemahiran teknikal kerana berkonsepkan “drag and drop”. Unsur- unsur kandungan seperti teks, gambar, video dan peta boleh dimasukkan dalam laman web dengan hanya menarik dan meletakkan di tempat yang dikehendaki. Selain itu, aplikasi seperti flipsnack, slideshare dan picisto boleh di embedded dalam laman Weebly.

Flipsnack

SlideShare

Picisto Collage

Page 27: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 2013 27

Bengkel & SeminarKeempat-empat aplikasi web ini boleh digunakan secara percuma dan diekplorasi secara kendiri kerana ia sangat mudah digunakan dan tidak memerlukan kemahiran teknikal. Pengguna hanya perlu mendaftar masuk menggunakan akaun media sosial atau menggunakan akaun Gmail.

Selain itu, peserta bengkel turut diajar dengan aplikasi lain seperti Padlet, Scribd, Shelfari, PageFlip_Flap dan Trello. Terdapat juga sumber tersembunyi lain yang boleh diperolehi secara percuma dalam pelayar web. Pustakawan hanya perlu rajin mengeksplorasi dunia internet. Bengkel yang berakhir jam 5.00 petang ini mendapat maklum balas yang menggalakkan dari pustakawan. Diharap bengkel seterusnya dapat dijalankan kepada kakitangan sokongan pula.

Weebly

Penyampaian maklumat yang berkesan di antara pihak

Perpustakaan dan pelanggan adalah merupakan elemen yang penting bagi memenuhi kepuasan pelanggan dan seterusnya dapati meningkatkan kualiti perkhidmatan perpustakaan. Menyedari akan kepentingan itu, satu kursus penyampaian berkesan telah diadakan pada 25 September 2013 (Rabu) bertempat di Puri Pujangga, UKM yang telah dirasmikan oleh Puan Hafsah Mohd, Ketua Pustakawan UKM .

Kursus penyampaian berkesan dalam perkhidmatan perpustakaan merupakan kursus wajib setiap tahun bagi Pustakawan S41 dan S44 dan juga untuk kakitangan sokongan yang bertugas di Meja Penasihat Pembaca/ Kaunter Pertanyaan.

Para penceramah terdiri daripada Pustakawan iaitu Puan Lela Ruzma Mohd Shaari, Puan Shaizimah Badzri dan Puan Nor Asiah Haji Mohamad. Antara aktiviti sepanjang kursus ialah

sesi perbincangan dan tugasan mengikut kumpulan dan sesi pembentangan setiap kumpulan turut diadakan. Sesi perbincangan dan pembentangan kumpulan memberikan peluang untuk peserta berkongsi maklumat dan idea bagi memastikan penyampaian maklumat secara berkesan dapat dilaksanakan.

Secara keseluruhannya, kursus ini dapat meningkatkan kemahiran komunikasi para peserta di samping meningkatkan keyakinan peserta dalam memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada pelanggan perpustakaan.

Kursus Penyampaian Berkesan Dalam Perkhidmatan Perpustakaan

NORBAIZURA MALEK

Sesi pembentangan oleh peserta

Pembentukan kumpulan dalam sesi latihan berkumpulan Mendengar taklimat yang disampaikan

Puan Lela Ruzma selaku penceramah dan urusetia memberi tunjuk ajar kepada juri dalam memberi penilaian sesi pembentangan kumpulan nanti

Page 28: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 201328

Bengkel & Seminar

Picisto Collages

ROHANA MAHMOOD

Pemeliharaan bahan merupakan salah satu aspek penting dalam mengurus dan menentukan bahan dapat

digunakan oleh pelanggan. Pemeliharaan bahan juga berkait rapat dengan langkah-langkah penjagaan yang dilakukan bermula daripada bahan diperolehi supaya mempunyai jangka hayat yang panjang atau tahan lama. Menyedari hakikat ini Perpustakaan UKM, dengan kerjasama Unit Latihan, Jabatan Pendaftar telah mengadakan Kursus Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bahan Perpustakaan.

Peserta yang hadir terdiri daripada kakitangan Bahagian Koleksi Media, Bahagian Perkhidmatan Pelanggan, Bahagian Koleksi Arkib dan Khas, Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu serta Perpustakaan Dr. Abdul Latif. Kursus tersebut telah diadakan pada 11 Jun 2013 di Bilik Tayangan 1, Aras 2, Perpustakaan Tun Seri Lanang. Puan Rohana Mahmood (Ketua Bahagian Koleksi Media) dan Encik Mokhtar Aman (Juruteknik Kanan) dari Bahagian Koleksi Media telah mengendalikan kursus selama sehari ini.

Walaupun keperluan utama diberikan kepada pemeliharaan bahan media dan mikro, bahan-bahan lain seperti pemeliharaan buku pilih simpan serta Koleksi Arkib dan Khas juga diambil kira. Pemeliharaan bahan dari aspek suhu dan kelembapan ruang sangat dititikberatkan bagi menentukan bahan-bahan tersebut tidak berkulat atau mudah rosak.

Bagi memberi kefahaman yang lebih jelas, lawatan ke premis yang menempatkan bahan-bahan tersebut telah dibuat iaitu ke Bahagian Koleksi Arkib dan Khas, Bilik Pilih Simpan dan Bilik Bahan Media . Peserta juga diberi taklimat pengendalian peralatan seperti penghawa dingin (24 jam), dehumidifier (alat untuk menyerap kelembapan) dan data logger (bagi merekod bacaan suhu dan kelembapan relatif secara digital). Keperluan lain seperti piping system (pembuangan air dari alat dehumidifier) dan penggunaan silica gel juga diterangkan kepada peserta.

Dari aspek pemuliharaan bahan, ia melibatkan aktiviti pembaikan bahan yang hampir rosak dan masih boleh digunakan dan penukaran format ke bentuk lain seperti bahan video VHS ditukar bentuk ke CD/DVD. Bahan

Kursus Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Bahan Perpustakaan

Penerangan tentang pentingnya suhu dan kelembapan direkod setiap hari

Lawatan ke Makmal Mikrofilem

Lawatan ke Ruang Pilih Simpan, Aras 1, PTSL

mikro juga boleh diimbas dan disimpan dalam bentuk CD.

Kerosakan yang berlaku pada bahan bukan sahaja menyebabkan kehilangan fizikal bahan dan kandungan intelektualnya tetapi kos mengurus bahan juga meningkat dari masa ke semasa. Pada akhir kursus peserta yang terlibat secara langsung dengan aktiviti pemeliharaan bahan diingatkan supaya sentiasa peka dengan ruang persekitaran.bahan disimpan dan kalibrasi peralatan yang terbabit dengan aktiviti tersebut.

Lawatan keKoleksi Arkib dan Khas

Page 29: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 2013 29

Lawatan Penandaarasan

Penerangan tentang pentingnya suhu dan kelembapan direkod setiap hari

Lawatan ke Makmal Mikrofilem

Lawatan Knowledge Centre @ Bursa MALAYSIA

SITI WAHIDA AMANULLAH

Perkongsian ilmu, maklumat mahupun pengalaman lebih bernilai apabila dilaksanakan

dalam bentuk lawatan. Perasaan ingin tahu dan rasa teruja lebih tinggi daripada kita mendengar sahaja tanpa berada dalam situasi sebenar. Bertitik-tolak dari situ, Koleksi Asia Tenggara dan Dokumen, Perpustakaan Tun Seri Lanang mencari ruang untuk mengadakan lawatan ke Knowledge Centre Bursa Malaysia, Kuala Lumpur memandangkan ia adalah salah satu badan swasta di bawah seliaan Kementerian Kewangan Malaysia yang mana bahan-bahan terbitannya terdapat di Koleksi Dokumen sendiri.

Lawatan yang turut disertai oleh hampir kesemua wakil daripada bahagian-bahagian di perpustakaan ini telah disambut dengan mesra oleh Encik Hazly Mohd Din, selaku Pegawai Eksekutif di Knowledge Centre Bursa Malaysia. Tarikh 2 Julai 2013 itu telah mendedahkan kami dengan maklumat-maklumat asas berkenaan dengan papan indeks utama yang menyenaraikan syarikat-syarikat dengan kod-kod berdasarkan warna untuk

menggambarkan reputasi, urusan jual beli, naik atau turunnya saham mereka. Malah, kami difahamkan ketika urusan jual beli berlangsung, suasana dijalankan dalam keadaan senyap dengan menggunakan bahasa isyarat tangan sahaja oleh kebanyakan pemilik. Gong disediakan sebagai gimik kepada syarikat yang pertama kali tersenarai di bawah Bursa Malaysia.

Dekorasi yang menarik dan lebih bersifat santai memang sesuai untuk pelanggan Bursa Malaysia yang terdiri daripada usahawan, penyelidik dan juga para pelajar. Ruang dinding yang kosong diserikan dengan lukisan dalam mod hitam dan putih yang merujuk kepada zaman permulaan industri pelaburan di Malaysia ketika era pemerintahan British. Malah patung seorang pegawai berbangsa Inggeris sedang berbincang dengan seorang lelaki Melayu bersongkok sambil minum kopi di satu sudut dengan pelayan berbangsa Cina pasti menarik perhatian pengunjung buat kali pertama. Semua ruang tentu mempunyai kisah tersendiri dengan sentuhan kreatif pihak pengurusan Bursa Malaysia.

Kami seterusnya dibawa ke Knowledge Centre Bursa Malaysia yang terletak bersebelahan dengan studio Astro Awani. Kami dimaklumkan mereka menggunakan skim pengkelasan Dewey Decimal Classification dengan rak-rak yang berketinggian sama dengan pelanggan. Lebih mudah untuk mengakses bahan dengan lampu-lampu di rak yang berfungsi secara automatik jika ada pelanggan sahaja. Bagi bahan terbitan syarikat-syarikat dibawah Bursa Malaysia akan diletakkan dalam kotak khas, dilabel dan disusun mengikut abjad nama syarikat berkenaan. Kami difahamkan terbitan syarikat-syarikat yang dikeluarkan daripada indeks papan utama turut disimpan untuk tujuan rujukan dimasa akan datang.

Pihak perpustakaan amat berbesar hati dengan layanan mesra dan maklumat yang dikongsi bersama. Diharap dengan lawatan ini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dan semangat kerja yang tinggi dikalangan peserta memandangkan jumlah kakitangan yang sedikit di Knowledge Centre, Bursa Malaysia namun masih mampu memberi perkhidmatan yang terbaik.

Antara kakitangan Perpustakaan yang mengikuti lawatan

ke knowledge Centre @ Bursa bergambar

kenangan

Page 30: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 201330

NORBAIZURA MALEK

Lawatan Penandaarasan

Perpustakaan UKM telah mengadakan lawatan penandaarasan 5S ke Pusat Teknologi Maklumat (PTM)

,Universiti Kebangsaan Malaysia pada 19 November 2013 (Selasa). Lawatan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Pemandu 5S dan disertai oleh 24 orang Warga Perpustakaan yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Pemandu 5S, Fasilitator dan juga Ketua/Setiausaha Zon 5S Perpustakaan.

Tujuan lawatan ini adalah untuk perkongsian ilmu antara organisasi mengenai amalan dan perlaksanaan 5S di PTM bagi menghadapi persediaan Perpustakaan menghadapi audit Persijilan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Di samping itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Warga Perpustakaan berkaitan perlaksanaan amalan 5S di Perpustakaan.

Lawatan kami disambut mesra oleh Warga PTM dan dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Jaminan Kualiti PTM, Encik Sulaiman Jalil, diikuti ucapan oleh wakil dari PTSL, Puan Asmany Aza Ahmad. Seterusnya adalah taklimat dan perkongsian pengalaman pelaksanaan amalan 5S di PTM

Lawatan penandaarasan 5S ke Pusat Teknologi Maklumat (PTM) UKM

oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa 5S PTM.

Penemuan hasil lawatan tapak Ketua Audit Dalaman PTM ke PTSL yang telah diadakan pada 18 Oktober 2013 turut dibentangkan dalam lawatan ini. Banyak maklumat dan pengetahuan yang dapat dimanfaatkan dari laporan pembentangan hasil lawatan ini bagi tujuan penambahbaikan di Perpustakaan.

Lawatan diakhiri dengan lawatan tapak ke Zon 5S PTM yang terpilih iaitu ruang pejabat (ruangkerja), Ruang Stor, Bengkel, Kaunter dan Surau.

Secara keseluruhannya, lawatan penandaaarasan ini banyak memberi pendedahan, maklumat dan pengetahuan kepada para peserta mengenai persediaan dan perlaksanaan amalan 5S di Perpustakaan.

Cenderamata dari Pn. Asmany Aza (PTSL) kepada wakil dari

PTM Encik Sulaiman Jalil

Sesi taklimat 5S dari wakil dari PTM Encik Sulaiman Jalil

Sebahagian dari wakil PTSL yang berkunjung ke PTM

Antara tempat yang telah diamalkan 5S

Page 31: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 2013 31

Bilik Mesyuarat Perpustakaan PPUKM berwajah baru

Ruang Pejabat Bahagian Pembangunan Sumber Maklumat dan Bilik Mesyuarat

Perpustakaan PPUKM berwajah baru apabila kerja-kerja menaik taraf siap dilaksanakan pada bulan Disember 2013. Ruang pejabat yang diubahsuai adalah melibatkan Unit Perolehan serta Unit Jurnal dan Jilidan. Ruang pejabat yang diubahsuai menyediakan ruang kerja (workstation) baru bagi kakitangan di bahagian tersebut. Manakala, Bilik Mesyuarat Perpustakaan PPUKM yang berpindah ke ruang pejabat Bahagian Pembangunan Sumber Maklumat di naik taraf menjadikan ianya lebih luas dan selesa. Semoga naik taraf ruang ini akan dapat memberi kemudahan yang lebih selesa dan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan perpustakaan.

Naik Taraf Ruang Pejabat dan

Bilik Mesyuarat Perpustakaan PPUKM

AZLAN MOHAMAD HAMZAH

Berita dari Cabang

Tahniah Perpustakaan PPUKM atas

kejayaan memperolehi ‘The Highest

Usage Award 2012/2013 daripada Access Dunia untuk

pangkalan data OVIDSp. Semasa Persidangan Access

Dunia Online Confrence ‘Malaysia Chapter’ di Grand -Ballroom, G Hotel,

Penang pada 30 Oktober 2013Terima kasih

kepada semua kakitangan dan pelanggan perpustakaan

atas sokongan anda

TahniahKenaikan Pangkat

En Azman Idris Perpustakaan

Pusat Perubatan UKM Timbalan

Ketua Pustakawan (S48)

&En. Azlan

Mohamad Hamzah Pustakawan Kanan (S44)

Ruang pejabat berwajah baru

Page 32: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 201332

Berita dari Cabang

Seminar Kebakaran PDAL

Pada 19.11.2013, bertempat di Bilik Seminar 2, Perpustakaan Dr. Abdul Latiff, UKM KKL, telah

berlangsung Seminar Pencegahan Kebakaran yang disampaikan oleh En. Jeffery Ong, dari Osafe Fire Inspection Sdn. Bhd. Ia dihadiri oleh kakitangan perpustakaan dan juga warga kerja UKM Kampus Kuala Lumpur. Seminar yang berlangsung selama 1 jam anjuran perpustakaan ini bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang bahaya dan punca-punca kebakaran. Diantara intipati seminar adalah gambar-gambar dan video kebakaran yang berlaku sepanjang tahun 2013. Seminar turut menerapkan kesedaran tentang kepentingan menyediakan peralatan kebakaran dirumah dan kenderaan sebagai langkah berjaga-jaga. Diharapkan dengan adanya seminar ini, ia dapat mendidik masyarakat khususnya warga UKM sendiri tentang kepentingan menjaga keselamatan diri dan ahli keluarga dari bahaya api dan bagaimana cara untuk menghadapi situasi tersebut. Seminar ini tamat pada jam 1 petang.

Sudut Sains & Teknologi Di Alam Melayu PATMA

NUR ASYIKIN LUT AHMAD

Sudut Sains & Teknologi di Alam Melayu PATMA diusahakan di atas permintaan mantan Pengarah ATMA, Prof. Dr. Abdul Latif Haji Samian

bertujuan untuk memudahkan pencarian dan rujukan bahan-bahan yang berkaitan sains dan teknologi di alam Melayu. Bahan-bahan bagi sudut ini merupakan bahan-bahan yang berkaitan sains dan teknologi mengenai alam Melayu yang merangkumi bidang teknologi pertanian, sains audio Melayu, teknologi fabrikasi di alam Melayu, teknologi persekitaran binaan Melayu, etno botani Melayu, teknologi tekstil di alam Melayu, bioteknologi asli, sains alam Melayu dan teknologi kimia, cendikiawan dan pemikir alam Melayu, sejarah sains di alam Melayu, falsafah sains di alam Melayu, perubatan Melayu dan institusi saintifik di alam Melayu. Perpustakaan ATMA bercadang untuk menempatkan bahan koleksi ini di rak khas yang ditempatkan di Koleksi Am, Perpustakaan ATMA untuk memudahkan ia dikesan dan dirujuk oleh pengguna. Pada tahun 2013, sebanyak RM10,000 telah diperuntukkan oleh ATMA daripada dana COE KPT bagi perolehan bahan koleksi ini. Sehingga Disember 2013, sebanyak RM,5,567.50 telah dibelanjakan bagi perolehan bahan yang berjumlah sebanyak 69 judul. Sehingga kini bahan-bahan yang terdapat di PATMA adalah sebanyak 332 judul dan pencarian serta perolehan bagi bahan-bahan koleksi ini masih dijalankan sepanjang masa serta senarai tersebut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sebahagian Kakitangan

PDAL bergambar kenangan

Jamuan Hari Raya PDAL

NORAFIDA NORDIN

Menjelang penghujungnya syawal, Perpustakaan Dr. Abdul Latiff berkesempatan mengadakan Majlis

sambutan Hari Raya Aidilfitri 1434 pada 4.9.2013. Sambutan yang meriah ini dihadiri oleh pegawai dan kakitangan perpustakaan. Selain meraikan ketibaan syawal, ia juga bertujuan mengeratkan silaturrahim di kalangan kakitangan perpustakaan Dr. Abdul Latiff. Konsep jamuan adalah berasakan “pot luck” dimana setiap kakitangan menyumbangkan makanan yang di bawa sendiri untuk jamuan ini antaranya soto, sate, dan sebagainya. Sambutan yang bermula jam 3 petang ini berakhir jam 4.30 petang.

Keesokan harinya pada 5.9.2013 pula, bertempat di Dewan TIBE, UKM Kampus Kuala Lumpur telah diadakan Sambutan Hari Raya peringkat UKM Kampus Kuala Lumpur. Seperti tahun-tahun sebelumnya perpustakaan menyumbangkan kuih tradisional iaitu talam pandan, talam keladi dan kole kacang. Acara tahunan UKM Kampus Kuala Lumpur ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dikalangan kakitangan dan juga berkenal-kenalan antara kakitangan yang baru dan yang lama.

NORAFIDA NORDIN

Seminar Pencegahan Kebakaran disampaikan oleh En. Jeffery Ong, dari Osafe Fire Inspection Sdn. Bhd.

Sudut Sains & Teknologi di Alam Melayu PATMA

Page 33: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 2013 33

Berita dari Cabang

ROHAYA UMAR

Bilik Seminar PDAL Makmal Digital

Makmal Digital adalah salah satu kemudahan yang ditawarkan oleh pihak Perpustakaan Dr. Abdul Latiff

(PDAL). Makmal ini mampu menampung kapasiti pengguna sebanyak 30 orang dalam satu masa. Makmal ini dibuka dari 9.00 pagi - 6.00 petang (Isnin- Jumaat). Manakala pada hari Sabtu dari pukul 9.30 pagi - 1.30 petang.

Makmal Digital menawarkan kemudahan penggunaan komputer untuk pelajar mengakses internet, perkhidmatan cetakan dan yang terbaru adalah perkhidmatan linguaphone.

Perkhidmatan komputer telah diberi penambahbaikkan dimana pihak perpustakaan telah menerima 25 buah komputer baru bagi menggantikan komputer lama. Penambahbaikkan ini dibuat bagi memberikan keselesaan kepada pelajar untuk menggunakan perkhidmatan komputer di sini.

Selain itu, perkhidmatan cetakan yang terdapat dalam Makmal Digital turut ditambahbaik. Bilangan komputer dan pencetak ditambah dari 2 buah kepada 4 buah. Ini bagi memudahkan pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan cetakan.

Perkhidmatan linguaphone turut diperkenalkan mulai September 2013. Perkhidmatan ini digunakan oleh para pelajar untuk memantapkan kemahiran berbahasa inggeris. Perkhidmatan ini boleh digunakan oleh 12 orang pelajar secara serentak memandangkan sebanyak 12 buah komputer disediakan untuk tujuan pembelajaran ini.

Sehingga November 2013 seramai 11578 orang telah menggunakan perkhidmatan komputer, manakala bagi kutipan cetakan sejumlah RM9796.70 telah diperolehi daripada 3901 orang pengguna. Bagi perkhidmatan linguaphone pula seramai 138 orang telah menggunakan perkhidmatan ini.

NURFASHIHAH YAHYA & MOHD FADZARUDDIN HANIFF MOHD ROHANPada tahun 2013, Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (PDAL)

telah menyediakan satu lagi kemudahan kepada pelanggan. Sebuah bilik seminar yang dilengkapi dengan projektor dan alat siar raya telah diwujudkan. Bilik yang boleh memuatkan 100 orang pengguna ini telah mula digunakan pada bulan Julai 2013. Bilik seminar ini adalah berasal dari dua bilik tayangan yang tidak digunakan disebabkan oleh peralatan media yang telah rosak akibat kebakaran.

Bilik seminar ini dibuka penggunaannya kepada semua fakulti dan jabatan UKM Kampus Kuala Lumpur. Bilik ini telah digunakan untuk tujuan kuliah, seminar, kursus, taklimat dan perbincangan. Pelanggan perlu menempah penggunaan bilik ini terlebih dahulu di Pejabat Pentadbiran PDAL.

PDAL ingin mengucapkan terima kasih kepada Fakulti Sains Kesihatan kerana pengubahsuaian bilik ini menggunakan peruntukan fakulti setelah perpustakaan menyerahkan sebahagian ruang stor perpustakaan untuk dijadikan bilik pensyarah. Pengubahsuaian bilik ini berjalan serentak dengan pengubahsuaian bilik pensyarah yang terletak di Aras 1 Bangunan Perpustakaan.

Bilik seminar baharu PDAL

Ruang di dalam bilik semibar PDAL sudut untuk pelajar membuat cetakan di makmal Digital

Perkhidmatan Linguaphone di perkenalkan di Makmal Digital

Page 34: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 201334

Berita dari Cabang

Perkhidmatan Pinjaman

SAMSUNG Galaxy Tab di PDAL

Selaras dengan perkembangan teknologi terkini, penggunaan SAMSUNG Galaxy Tab dan ipad dewasa

ini, Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (PDAL) UKM turut mengambil inisiatif menyediakan perkhidmatan pinjaman SAMSUNG Galaxy Tab kepada para pelanggannya. Sebanyak empat unit SAMSUNG Galaxy Tab telah disediakan di PDAL. Perkhidmatan ini telah ditawarkan sejak bulan Januari 2013 dan beroperasi di Makmal Digital di bawah

LAILAWATI MAJID

Lawatan dari Institute of State and Law,

VietnamANNA KUSTYANA MUKANDAR

Fakulti Undang-Undang telah menerima lawatan akademik dari Institute of State and Law (ISL),

Vietnam pada 5 Disember 2013. Lawatan tersebut diketuai oleh Pengarah ISL Prof. Dr. Nguyen Nhu Phat. Rombongan juga mengambil peluang melawat Perpustakaan Undang-Undang.

Semasa lawatan ke Perpustakaan, selain bertukar-tukar fikiran satu jalinan kerjasama telah dibuat untuk bertukar-tukar bahan bacaan dalam usaha membangunkan Koleksi Undamg-Undang Asean.

Sumbangan Buku oleh YM Tunku Dato’

Dr. Hajjah Sofiah Jewa

ANNA KUSTYANA MUKANDAR

Pada 17 Oktober 2013 Perpustakaan Undang-Undang telah menerima lawatan oleh YM Tunku Dato’ Dr.

Hajjah Sofiah Jewa dan suami beliau YBhg. Datuk Dr. Yaacob Hussaini Merican. Mereka berdua diiring oleh Dekan Fakulti Undang-Undang Ybhg. Prof. Dr. Aishah Hj. Bidin.

YM Tungku Dato’ Dr. Hajjah Sofiah Jewa ialah penulis buku Public International Law: a Malaysian Perspective dan merupakan ahli Board of Trustees of Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War. Manakala suami beliau pula merupakan ahli dan Ketua Setiausaha bagi Board of Trustees of Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War.

Sebelum melawat Perpustakaan, YM Tungku telah berbesar hati menyampaikan sumbangan oleh Tan Sri Azman Hashim iaitu berupa 85 set 2 jilid buku Public International Law untuk kegunaan pelajar-pelajar Fakulti Undang-Undang. Majlis Penyampaian sumbangan buku telah diadakan di bilik mesyuarat Fakulti Undang-Undang.

pengurusan Bahagian Perkhidmatan Maklumat.

Pinjaman boleh dibuat dari jam 9 pagi - 5 petang secara percuma dan tempoh pinjaman dihadkan kepada dua jam sahaja bagi setiap peminjam. Namun demikian perkhidmatan ini belum mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan kerana penggunaan yang terbatas disebabkan capaian Wifi yang agak perlahan di PDAL.

PDAL amat berharap semoga perkhidmatan Pinjaman Samsung Galaxy Tab ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelanggan dan seterusnya memberi faedah dan nilai tambah keatas perkhidmatan di perpustakaan.

Penerangan ringkas kepada ahli rombongan oleh Ketua Perpustakaan Puan Ana Kustyana

Gimik penyerahan koleksi sumbangan oleh YM Tunku Dato’ Dr. Hajjah Sofiah Jewa

Page 35: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 2013 35

Ruangan KKWP

Real Married Kembali

S aban tahun, Perlawanan Bolasepak Bujang Melawan Kelamin ini merupakan

perlawanan bolasepak yang ditunggu-tunggu oleh warga Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sekian lama, ia telah menjadi sebuah platform pertemuan antara kakitangan lelaki perpustakaan khususnya kakitangan yang meminati sukan bolasepak tidak kira di perpustakaan induk mahupun di perpustakaan cabang.

Kejohanan kali ini cukup meriah. Seramai 40 orang pemain telah berkumpul di Padang D, UKM bagi memperkuatkan pasukan masing-masing. Belum lagi dicampur bilangan kakitangan yang datang bagi menyokong pasukan kegemaran mereka. Ada juga pemain yang membawa isteri dan anak kecil mereka bagi memberi sokongan dan sorakan kepada ayahanda dan kakanda yang dicintai.

Sebelum perlawanan dimulakan, sedikit ucapan alu-aluan telah diberikan oleh Ketua Biro Sukan dan Rekreasi, Kelab Kebajikan Warga Perpustakaan (KKWP), selaku penganjur perlawanan iaitu En. Mohd Syamrooz Kamal Mhd Redza. Ucapan penghargaan yang tidak terhingga telah diberikan kepada semua yang hadir bagi menjayakan program anjuran KKWP.

Perlawanan dimulakan tepat jam 5.45 petang dengan format perlawanan terbahagi kepada 3 bahagian yang mana setiap bahagian diberikan masa 30 minit menjadikan jumlah masa permainan

sebanyak 90 minit.

Babak pertama perlawanan bermula hambar apabila kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol dan bermain secara bertahan sehinggalah minit-minit terakhir babak pertama menyaksikan pasukan Real Married membuka tirai jaringan menerusi En. Mohamad Faliq Bin Mohamad Rathi dari Bahagian Pengurusan Jurnal dan Jilidan. Corak permainan “counter attack” terbukti berhasil apabila pasukan Real Married mengambil kesempatan di atas kealpaan pasukan Bachelorna menjaga kawasan mereka dalam kegigihan mencari gol pertama perlawanan.

Permainan mula sengit pada babak kedua perlawanan apabila kedua-dua pasukan saling serang menyerang. Corak permainan ‘tiki-taka’ oleh pasukan Bachelorna membuahkan hasil apabila En. Ashraf Azrul Bin Ahmad Kamel dari Bahagian Jurnal dan Jilidan mendapatkan gol penyamaan hasil dari hantaran demi hantaran yang dilakukan. Namun begitu, gol penyamaan tersebut dibalas dengan satu lagi gol oleh pasukan Real Married menerusi pemain yang baru bergelar bapa, Md Fakrul Hisham Bin Mahamed dari Bahagian Perolehan menjadikan perlawanan babak kedua berakhir dengan keputusan 2-1.

Perlawanan babak terakhir menyaksikan gol awal dari pasukan Real Married menerusi En. Mohd Hanif Bin Zainal dari Bahagian Jurnal dan Jilidan akibat kepincangan pemain tengah pasukan Bachelorna yang mengakibatkan

bola terlepas dari penguasaan mereka dan dibawa laju oleh En. Mohd Hanif Bin Zainal terus ke gawang gol pasukan Bachelorna. Ketinggalan 3-1, pasukan Bachelorna meneruskan misi mempertahankan piala pusingan dengan serangan bertubi-tubi dan akhirnya berjaya membolosi gawang gol pasukan Real Married menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti oleh En. Shahrizal Bin Subhi, yang juga diakui gol tercantik kejohanan oleh kedua-dua pasukan.

Walaubagaimanapun, nasib nyata tidak menyebelahi pasukan Bachelorna apabila sekali lagi En. Mohd Hanif Bin Zainal sekali lagi berjaya menembusi pertahanan pasukan Bachelorna dan menjaringkan gol penentuan kemenangan pasukan Real Married. Keputusan 4-2 kekal sehinggan wisel penamat dibunyikan pada jam 7.00 petang.

Pada tahun lepas iaitu pada tahun 2012, kejohanan Bujang melawan Kelamin telah dimenangi oleh pasukan Bujang iaitu Bachelorna dengan keputusan 4 berbalas 1. Begitu juga pada dua tahun sebelum itu iaitu pada tahun 2011 menyaksikan pasukan kelamin iaitu Real Married dibelasah 3-0 oleh pasukan Bachelorna. Namun begitu pada tahun 2013 ini pasukan Real Married membuktikan bahawa pengalaman juga penting dalam menghasilkan kejayaan.

Piala pusingan dan pingat telah disampaikan oleh En. Azlan Mohamad Hamzah sebagai wakil pengurusan bagi menggantikan Ketua Pustakawan, Tuan Haji Abu Bakar Maidin yang menghadiri kursus di Melaka pada ketika itu.

MOHD SYAMROOZ K MHD REDZA

Barisan pemainReal Married

Barisan pemain Bachelorna

Real Married meraikan kemenangan dengan mata 4-2

Page 36: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 201336

Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Perpustakaan

Berita KKWP

Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Perpustakaan UKM telah diadakan pada 23

Ogos 2013 di ruang legar bangunan Perpustakaan Lingkungan Kedua. Majlis pada tahun ini dihadiri oleh kakitangan dan mantan kakitangan bersama ahli keluarga masing-masing.

Sambutan majlis bermula pada jam 8.00 malam dengan kehadiran para jemputan. Kegembiraan jelas terpancar di wajah masing-masing, manakala pakaian berwarna-warni memeriahkan lagi suasana.

Sebelum acara bermula, hadirin disajikan dengan pertunjukan bunga api. Acara ini sudah tentu digemari oleh hadirin yang hadir terutama kanak-kanak. Pada majlis ini juga diadakan penghargaan terhadap kakitangan yang bersara. Setelah itu, para tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah yang menyelerakan dan enak seperti nasi beriani, lemang, rendang, nasi impit, kuah lodeh dan tidak ketinggalan sate. Sambil menjamu selera, para tetamu dihiburkan dengan alunan lagu hari raya dan nasyid.

Acara yang dinanti-nantikan oleh kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah sudah tentu pemberian duit raya oleh Pengurusan Tertinggi Perpustakaan. Di samping itu, Pertandingan Keluarga Ceria, Lelaki Kacak dan Wanita Anggun turut diadakan. Majlis yang dihadiri kira-kira 600 orang tetamu berakhir pada jam 10.30 malam.

Majlis ini berjaya mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan kakitangan dan keluarga masing-masing. Diharapkan tradisi menganjurkan majlis ini dua tahun sekali dapat diteruskan pada masa akan datang.

ZAIDAH SULAIMAN

Sajian lagu-lagu raya dan nasyid

Acara pemberian duit raya oleh Pengurusan Tertinggi Perpustakaan

Puan Nik Salimah pustakawan dari Koleksi Arab dan Tamadun Melayu memenangi pertandingan keluarga ceria

Page 37: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 2013 37

PROMOSI PERPUSTAKAAN

PERATURAN MENGGUNAKAN MEJA KAREL 1. Terbuka kepada semua ahli perpustakaan. 2. Pendaftaran dibuat pada jam 8:00 pagi hingga 10:00 malam di Kaunter Masuk, Aras 4. 3. Tempoh maksimum penggunaan meja karel adalah selama 3 jam dan boleh diperbaharui, tertakluk kepada tiada

pelanggan yang menunggu. 4. Kunci dipulangkan selepas tamat tempoh penggunaan. Selepas jam 10:00 malam, pelanggan boleh menggunakan meja

karel secara bebas. 5. Pelanggan tidak dibenarkan menempah (booking) / meninggalkan barang terlebih dahulu di meja karel. 6. Kakitangan perpustakaan dibenarkan memeriksa meja karel dan mengambil tindakan ke atas barangan yang

ditinggalkan. 7. Keselamatan barang-barang adalah tanggungjawab pelanggan. 8. Pihak perpustakaan berhak membatalkan penggunaan meja karel sekiranya disalahgunakan. CARREL DESK REGULATIONS 1. The use of carrel desk is open to all library members. 2. Registration can be made from 8:00 am to 10:00 pm at the Check In Counter, Level 4. 3. The maximum use of carrel desk is 3 hours and can be renewed ONLY if there is no booking made by other user. 4. The key must be returned after the using period. After 10:00 pm, user are free to use the carrel desk. 5. User is prohibitied from booking the carrel desk by leaving their belongings. 6. Library staff have to right to check the carrel desk and take necessary actions without user’s consent. 7. The library shall not be held responsible for the safety of user’s belongings. 8. The library have the rights to cancel the use of carrel desk if it is wrongly used.

13/1/2014

Maklumat Terkini Mengenai Koleksi Tanda MerahThe Latest Information On The Red Spot Collection

Bil/ No Kategori/ Categories

Kemudahan Pinjaman/ Had Pinjaman Masa

Koleksi Tanda Merah 1 Pelajar Pra Siswazah

Undergraduate 1 buah/ 3 hari 1 book/ 3 days

2 Pelajar Pasca Siswazah Post Graduate

1 buah/ 7 hari 1 book/ 7 days

3 Ahli Akademik (termasuk Ahli Akademik Kontrak) Academic Staff (include Contract Academic Staff)

1 buah/ 14 hari 1 book/ 14 days

4 Ahli Akademik / Tutor/ Felo (Sambilan/ Pelawat) Academic Staff/ Tutor/ Fellow (Part time/ Visitor)

1 buah/ 14 hari 1 book/ 14 days

5 Pegawai Universiti Professional Adminstrative Staff

1 buah/ 14 hari 1 book/ 14 days

6 Kakitangan Sokongan General Staff

1 buah/ 14 hari 1 book/ 14 days

7 Pelajar Pra Siswazah dari PKP/ PPB & GSB Centre of Educational Extension Undergraduate

1 buah/ 3 hari 1 book/ 3 days

8 Pelajar Pasca Siswazah dari PKP/ PPB & GSB Centre of Educational Extension Post-Graduate

1 buah/ 14 hari 1 book/ 14 days

9 Keahlian Kehormat Sumbangan RM6,000.00 (staf UKM) atau sumbangan RM1,000.00 (pihak luar) atau sumbangan 500 naskah buku Privillege Member [donation RM6,000.00 (UKM Staff) or donation RM10,000.00 (external member) or donation 500 books to UKM library]

1 buah/ 14 hari

1 book/ 14 days

10 Permata Pintar Permata Pintar

1 buah/ 3 hari 1 book/ 3 days

AZMAH ISHAK

• Koleksi Tanda Merah telah berubah lokasi dari aras 4 ke aras 5. The Red Spot Collection has changed location from level 4 to level 5.

• Pelanggan boleh mencari bahan di rak Koleksi Tanda Merah secara sambil lewa (browsing) Customers can browse books on the shelve at The Red Spot Collection

• Buku di Koleksi Tanda Merah boleh dipinjam dan tempoh pinjaman mengikut kategori pinjaman. Books can be borrowed from The Red Spot Collection. Limits and loan period depend on the customer category.

• Denda lewat memulangkan buku dikenakan RM3.00 sehari berbanding 0.50 sen sejam sebelum ini. Overdue books will be charged RM3.00 for each book per day compared with 0.50 cent per hour previously.

Peraturan Penggunaan Meja Karel

Acara pemberian duit raya oleh Pengurusan Tertinggi Perpustakaan

Page 38: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 201338

PROMOSI PERPUSTAKAAN

Clinical KeyURL : http://www.clinicalkey.com

Deskripsi ringkas : ClinicalKey merupakan enjin pencarian maklumat perubatan yang dikelolakan oleh Elsevier. Pangkalan data ini merupakan pangkalan data yang dinaiktaraf menggantikan Pangkalan Data MD Consult. Sumber maklumat dalam MD Consult boleh didapati dalam ClinicalKey.

Skop pangkalan data: 1. Jurnal perubatan dan pembedahan yang diterbitkan

oleh pihak Elsevier (melebihi 500 judul)2. Jurnal dan sumber maklumat terpilih dari penerbit

lain 3. Buku rujukan perubatan dan pembedahan terbitan

Elsevier (melebihi 1000 judul)4. Maklumat perubatan dan pembedahan klinik-klinik

di Amerika utara5. Video perubatan dan pembedahan (melebihi 13,000

judul)6. Jutaan gambar-gambar perubatan dan pembedahan7. Lebih 2,000 panduan amalan perubatan

Ebsco e-Book

URL : http://web.ebscohost.com/ehost/search/basic?sid=e55106f8-ed00-457b-a470-0bde269dbd9c@sessionmgr4005&vid=1&tid=2003EBDeskripsi ringkas : Merupakan koleksi buku-buku elektronik yang diterbitkan oleh EBSCO didalam pelbagai bidang.Skop pangkalan data: 1. Buku bukan fiksyen untuk kanak-kanak dan remaja.2. Arkitekture3. Biografi4. Ekonomi dan keusahawanan5. Sains computer6. Pendidikan7. Fiksyen8. Sejarah9. Undang-undang10. Lain-lain.

SHAMSUDIN IBRAHIM, AZLAN MOHD HAMZAH DAN MOHD RAJAK TELIMIK

Mendeley

URL : http://www.mendeley.com/groups/3944951/universiti-kebangsaan-malaysia/

Deskripsi ringkas : Mendeley merupakan satu program web dan desktop bagi tujuan pengurusan dan perkongsian maklumat penyelidikan. Sistem ini juga diwujudkan untuk memberi peluang kepada para penyelidik berkolaborasi secara atas talian.Skop pangkalan data:

1. Mendeley desktop2. Applikasi pengurusan rujukan (meliputi

pengurusan pdf, generate citation dan bibliografi) melalui web Mendeley

3. Jaringan sosial atas talian untuk para penyelidik4. Lain-lain

EBSCOhost : Medline Complete

URL : http://search.ebscohost.com/ atau http://lib.hukm.ukm.my

Deskripsi ringkas : EBSCOhost : Medline Complete menyediakan maklumat perubatan yang berkualiti dan berwibawa dalam bidang perubatan, pergigian, kejururawatan, perubatan veterinar, sistem pengurusan kesihatan, sains pra klinikal dan lain-lain. Medline Complete menggunakan MeSH (Medical Subject Headings) yang diindeks bersama tree, tree hierarchy, subheadings an explosion capabilities untuk pencarian artikel jurnal dan sitasi lebih 5400 jurnal bio-perubatan yang terkini. Ia menyediakan teks penuh daripada lebih 1,800 jurnal yang diindeks dalam MEDLINE. Medline Complete jga menyediakan teks penuh jurnal daripada tahun 1865 hingga kini. Ia boleh diumpamakan sebagai alat penyelidikan utama dalam bidang perubatan.Skop pangkalan data dan ciri-ciri :1. Perubatan, 2. Pergigian3. Kejururawatan4. Perubatan veterinar5. Sistem pengurusan kesihatan6. Sains pra klinikal 7. Basic Search8. Advance Search9. Limit your result10. Search Your Result11. Lain-lainPara pengguna perpustakaan digalakkan menggunakan kemudahan pangkalan data yang disediakan. Untuk keterangan lanjut sila layari url : http://siberptsl.weebly.com/, emel : [email protected] atau menghubungi Bahagian Penyelidikan perpustakaan UKM ditalian 03-89215848

Page 39: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 2013 39

Berita Kakitangan

BIL. AKTIVITI TARIKH TEMPAT ANJURAN 1. Jualan Makanan Ringan

(Gula-gula, kekacang, kerepek, air mineral) Sepanjang tahun Semua Bahagian, PTSL Biro Ekonomi

2. Jualan Cenderahati Sepanjang tahun Aras 4, PTSL Biro Ekonomi 3. Kutipan Sumbangan (Kelahiran) Sepanjang Tahun Semua Bahagian /

Perpustakaan Cabang Biro Kebajikan dan

Kemasyaratan 4. Kutipan Sumbangan (Kematian) Sepanjang Tahun Semua Bahagian /

Perpustakaan Cabang Biro Kebajikan dan

Kemasyaratan 5. Kutipan Sumbangan (Perkahwinan) Sepanjang Tahun Semua Bahagian /

Perpustakaan Cabang Biro Kebajikan dan

Kemasyaratan 6. Mengemas dan menghantar telekung ke

Kedai Dobi Sepanjang tahun (Setiap

Jumaat) Surau Tun Seri Lanang Biro Kebajikan dan

Kemasyaratan 7. Kuliah Kitab Setiap Jumaat Minggu

Pertama Bilik Sanggar Ilmu,

Aras 4, PTSL Biro Dakwah dan

Kerohanian 8. Gotong Royong Perdana 5 Julai 2013 Surau Tun Seri Lanang Biro Kebajikan dan

Kemasyaratan 9. Tazkirah Ramadhan – Ustaz Zamri Zainal

Abidin 12 Julai 2013 Bilik Sanggar Ilmu,

Aras 4, PTSL Biro Dakwah dan

Kerohanian 10. Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim

Al Kaushar, Bandar Baru Bangi 12 Julai 2013 Surau Tun Seri

Lanang. Biro Dakwah dan

Kerohanian 11. Tazkirah Ramadhan – Ustazah Fatimah

Syarha 19 Julai 2013 Bilik Sanggar Ilmu,

Aras 4, PTSL Biro Dakwah dan

Kerohanian 12. Bacaan Yasiin & Tahlil 25 Julai 2013 Bilik Sanggar Ilmu,

Aras 4, PTSL Biro Dakwah dan

Kerohanian 13. Tazkirah Ramadhan – Ustaz Nasarudin

Mohd Ali 2 Ogos 2013 Bilik Sanggar Ilmu,

Aras 4, PTSL Biro Dakwah dan

Kerohanian 14. Program Ziarah Mantan Kakitangan (Encik

Ahmad Razali) 2 Ogos 2013 Bandar Baru Bangi Biro Kebajikan dan

Kemasyaratan 15. Kelas Tajwid - Muslimat Minggu Ketiga

Bermula bulan Oktober 2013

Bilik Sanggar Ilmu, Aras 4, PTSL Biro Dakwah dan

Kerohanian

16. Futsal Piala Tuan Haji Abu Bakar Maidin 5 Oktober 2013 Galaxy Futsal, Sek. 15 Biro Sukan dan Rekreasi 17.1. Perlawanan Bola Sepak

Real Married vs Bachelorna 25 Oktober 2013 Bilik Sanggar Ilmu,

Aras 4, PTSL Biro Dakwah dan

Kerohanian 18.. Ceramah Hijrah Rasul 1435H 8 November 2013 Bilik Sanggar Ilmu,

Aras 4, PTSL Biro Dakwah dan

Kerohanian 19. Bengkel Microsoft Word 1 Disember 2013 siber@ptsl, BPPN Biro Pendidikan dan ICT 20. Lawatan ke Petrosains KLCC 17 Disember 2013 KLCC Biro Pendidikan dan ICT 21. Program Ziarah Mantan Kakitangan (Encik

Endin Pindik) 20 Disember 2013 Bandar Baru Bangi Biro Kebajikan dan

Kemasyaratan 22. Program Kemasyarakatan Bantuan Mangsa

Banjir 25 Disember 2013 Masjid Kg. Pulau

Manis, Pahang Biro Kebajikan dan

Kemasyaratan

Senarai Aktiviti Kelab Kebajikan Warga Perpustakaan UKM (KKWP) Julai - Disember 2013

Kakitangan Baru Bil. Nama Jawatan Tarikh Lapor Diri Penempatan 1 At’iullah Ya’akub PAP N1 31.7.2013 Bhg. Koleksi Media

2 Ahmad Zabruel Mohd Sa’ad PAP N1 10.9.2013 Bhg. Katalog

3 Azizul Khalid PAP N1 8.10.2013 Bhg. KATDOK

4 Noor Atika Abas Pembantu Perpustakaan S17 (Sementara) 7.10.2013

Bhg. Perkhidmatan Pelanggan

5 Siti Robiatuladawiyah Roslin

Pembantu Perpustakaan S17 (Sementara) 9.12.2013 Bhg. Koleksi Arkib &

Khas

Bil. Nama Jawatan Pada 1 Hafsah Mohd Ketua Pustakawan VU7 5.12.2013 2 Rosnah Suliman Pustakawan S54 19.12.2013 3 Wan Suhaimi Ari�n Pustakawan S52 17.12.2013

Kenaikan Pangkat

Berita Kakitangan

Page 40: Inspirasi bil 13/2013

INSPIRASI Bil 13 JULAI - DISEMBER 201340

Berita Kakitangan

Bil. Nama Jawatan Dari Bahagian Ke Bahagian Pada

1 Asmany Aza Ahmad Pustakawan S44 Bhg. Pentadbiran & Kualiti Ketua, Bhg. Koleksi Arkib & Khas

2.9.2013

2 Rosmarlidaini Mah Hasan

Pustakawan S41 Bhg. Koleksi Media Bhg. Pentadbiran & Kualiti

2.9.2013

3 Ahmad Farid Abdullah Pembantu Perpustakaan S22 (KUP)

Bhg. Perolehan Bhg. Perkhidmatan Penyelidikan

2.9.2013

4 Mohd Hanif Zainal Pembantu Pemuliharaan S17 Bhg. Katalog Bhg. Pengurusan

Jurnal & Jilidan 2.9.2013

5 Ahmad Azhar Mohd Zain

Pembantu Perpustakaan S17

Bhg. Perkhidmatan Pelanggan Perpustakaan Lingkungan Kedua

7.10.2013

Pertukaran Tempat Bertugas

Bil. Nama Jawatan/Bahagian Pada

1 Norkiah Aziz Pembantu Pemuliharaan S17, Bhg. Pengurusan Jurnal & Jilidan

30.7.2013 (bersara pilihan 59th)

2 Mohd Ari� Alias Pembantu Perpustakaan S22 (KUP), Bhg. Katalog

3.8.2013 (bersara wajib 58th)

3 Abu Bakar Maidin Ketua Pustakawan VU7 6.11.2013 (bersara wajib 58th)

4 Sahrur Rudi Abd. Rahman Pembantu Perpustakaan S22 (KUP), Bhg. Koleksi Arkib & Khas

17.11.2013 (bersara wajib 56th)

Kakitangan Bersara

Nama Bahagian Tarikh Shahrizal Subhi Bahagian Koleksi Media 7 September 2013 Siti Robiah Tul Adawiyah Abd. Rahman Bahagian Pentadbiran & Kualiti 12 Oktober 2013 Nor Hamsiah Ahmad Hosaini Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan 7 Disember 2013 Siti Salmah Md. Yusof PPPUKM 21 Disember 2013

Raikan Cinta ....Mahligai Bahagia

Nama Bahagian Tarikh Maslia Manshor Bahagian Koleksi Arab & Tamadun Islam 10 Julai 2013 Md. Ha�z Ahmad Zulki�i Bahagian Sistem & Teknologi Maklumat 8 September 2013 Norliah Sukarno PUU 9 September 2013 Farah Eiza Abu Hadin Bahagian Perkhidmatan Pelanggan 22 September 2013 Ilya Ezaine Mohd Noor Bahagian Pentadbiran & Kualiti 8 Oktober 2013 Shamsudin Ibrahim Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan 19 November 2013

Lahirnya Permata Hati...

Nama Bahagian Tarikh Nordin Omar (Bonda) Bahagian Koleksi Media 25 Julai 2013 Mariati Embong (Ayahanda) PDAL 10 Oktober 2013 Noraidah Selamat (Ayahanda) Bahagian Koleksi Media 15 Oktober 2013 Umi Kalthum Shuib (Ayahanda) PDAL 7 November 2013

Al-Fatihah ... DaripadaNya kita Datang kepadaNya jua kita kembali