inspirasi bil 9/2011

24
BIL : 9 JULAI-DISEMBER 2011 ISSN : 2232-0555 Projek ‘Weeding’ Di Perpustakaan UKM Ms 18 Syarahan Tun Seri Lanang Perpustakaan UKM Ms 11

Upload: buituyen

Post on 03-Jan-2017

249 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Inspirasi bil 9/2011

BIL : 9 JULAI-DISEMBER 2011 ISSN : 2232-0555

Projek ‘Weeding’ Di Perpustakaan UKMMs 18

Syarahan Tun Seri Lanang Perpustakaan UKMMs 11

Page 2: Inspirasi bil 9/2011

INS

PIR

AS

I BIL

9 J

UL-

DIS

201

1

2

SIDANG PENGARANG

Ketua EditorShahruddin ShafriEditorMohd Adnan BaharomPengarang Abdul Muhaimin SabronAzhari SahamirAzlan Mohamad HamzahFa mah Kamilah AwangHarith Faruqi SidekNoraashikin Mohd YusopRosmarlidaini Mah HasanRusiah HusinShamsudin Ibrahim

Reka LetakMuhammad Farid Zainal Azman

Abu Bakar Maidin (Ketua Pustakawan)Hafsah Mohd (Timbalan Ketua Pustakawan Ter nggi) Noraini Omar (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan)Rosnah Suliman (Ketua Perpustakaan PPUKM)Rohaya Umar (Ketua Perpustakaan Dr. Abdul La ff )Aripah Mohamed (Ketua Perpustakaan ATMA)Anna Kustyana Mukandar (Ketua Perpustakaan Undang-Undang)Zaidah Sulaiman (Timbalan Ketua Pustakawan)Hazmir Zainal (Timbalan Ketua Pustakawan)Lela Ruzma Mohd Shaari (Timbalan Ketua Pustakawan)Azmah Ishak (Timbalan Ketua Pustakawan)Rosnah Yusof (Timbalan Ketua Pustakawan)Wan Suhaimi Ariffi n (Timbalan Ketua Pustakawan)

Fotografi Mokhtar AmanEdaranKamarudin AbdollahPercetakanPenerbit UKM

Sidang Pengarang INSPIRASI amat mengalu-alukan sumbangan ar kel, berita atau rencana mengenai pengurusan maklumat dan keilmuan. Sila hantarkan berita atau ar kel kepada:

Editor INSPIRASI Perpustakaan Tun Seri Lanang43600 UKM BangiSelangor Darul EhsanTel: 03-89215854Emel: [email protected] (Ketua Editor)Emel: [email protected] (Editor)

Sekapur Sirih Seulas Pinang

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera

Sekalung tahniah kepada Sidang Pengarang di atas usaha gigih mereka menerbitkan Inspirasi: Berita Perpustakaan UKM untuk kali ini.

Seperti yang sedia maklum, sebagai warga Universiti Kebangsaan Malaysia, kita di Perpustakaan diamanahkan dan diberikan tanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan perpustakaan kepada warga UKM. Tentulah menjadi harapan kepada pelanggan-pelanggan Perpustakaan yang terdiri dari pensyarah dan pelajar, perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik dan memenuhi keperluan mereka.

Sehubungan itu, saya amat berharap dan menyeru kepada semua warga Perpustakaan, bersama-sama meningkatkan tahap perkhidmatan yang disampaikan.

Saya percaya, banyak cabaran yang dihadapi dalam menyampaikan perkhidmatan ini. Setiap cabaran boleh diatasi dengan jati diri yang kuat dan semangat kerjasama daripada semua pihak termasuk dari pusat tanggungjawab lain di UKM. Bagi membina jati diri yang kuat dalam menyampaikan perkhidmatan, pelbagai latihan sentiasa diadakan sama ada di peringkat Perpustakaan mahupun UKM. Manfaatkanlah setiap peluang latihan yang disediakan.

Dalam membina kecemerlangan diri, terdapat peribahasa yang amat relevan dan wajar dihayati, iaitu “Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang” .

Sekian.

Tuan Haji Abu Bakar MaidinKetua Pustakawan

PENGURUSAN PERPUSTAKAAN UKM

MUTIARA KATAMUTIARA KATA“…Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan “…Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah amat berat Bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya” (Surah Al-Ma’idah: 2)siksa-Nya” (Surah Al-Ma’idah: 2)

Page 3: Inspirasi bil 9/2011

INS

PIR

AS

I BIL

9 J

UL-

DIS

201

1

3

Dari Meja Ketua Editor

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera

Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Inspirasi: Berita Perpustakaan muncul lagi membawa pelbagai berita dan aktiviti di Perpustakaan UKM sepanjang 2011. Berita Perpustakaan ini diterbitkan dengan hasrat menjadi panduan atau rujukan kepada semua pihak terutamanya kakitangan perpustakaan tentang sejarah dan kegiatan-kegiatan yang berlaku di perpustakaan. Sudah tentu peristiwa yang berlaku ketika ianya diterbitkan akan menjadi nostalgia dan kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila dibaca.

Berita Perpustakaan juga menjadi wadah kepada kakitangan mengasah bakat, berkongsi pandangan, menyebar ilmu, meluaskan pandangan tentang kehidupan yang mungkin tidak dapat dikongsi secara lisan. Sehubungan dengan itu saya menyeru kepada semua pegawai dan kakitangan “jom kita menulis”. Sampaikanlah satu ayat yang berguna untuk kebaikan semua manusia. Mudah-mudahan ianya akan menjadi amal ibadat kita di jalanNya.

Muhasabah kepada semua yang ingin menulis:

Pertama, Kita menulis kerana Allah SWT. Kita harus bangga menjadi seorang muslim yang taat kepadaNya dan ingin melaksanakan amanah dengan sempurna.Kedua, Kita menulis bagi memberi pilihan terbaik di antara pelbagai pilihan lain yang ada. Ketiga, Kita menulis ke arah kebaikan untuk setiap perihal yang berkaitan dengan kehidupan dan agama kita. Keempat, Kita menulis untuk mengupas dan menjawab persoalan semasa yang berkaitan dengan bidang tugas dari sudut pandangan Islam.Kelima, Jadikan kritikan dan pandangan sebagai panduan untuk memajukan diri dalam bidang penulisan.

Shahruddin ShafriKetua Editor

KANDUNGANHalaman

SEMASAPerpustakaan dan Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-54

Majlis Jamuan Hari Raya Perpustakaan UKM 2011 Meriah

Pra-Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) ke-16, UKM 2011

Majlis Perasmian Pembudayaan Ilmu 2011

Majlis Penghargaan Perkhidmatan Kakitangan Perpustakaan UKM 2011

Hari Menghargai Pelanggan Perpustakaan UKM Memupuk Sikap Mencintai Perpustakaan

Naziran Kakitangan di Perpustakaan UKM

BENGKELKeselamatan dan Kesihatan di Perpustakaan UKM

Seminar “The New Trend of Publishing & Learning Environment”

Ceramah Keusahawanan

Pelajar Sekolah Dicurah Ilmu

Syarahan Tun Seri Lanang Perpustakaan UKM

Kursus/Bengkel Anjuran Perpustakaan Julai-Disember 2011

ULASAN BUKURUANGAN KKSP37 Sukarelawan KKSP berbakti di Kampung Merual, Seri Menanti

KKSP Rai Penghuni Rumah Pengasih Warga Prihatin Berbuka Puasa

Tazkirah Semarakkan Bulan Ramadan 1432H

Bacaan Yasin & Tahlil Perdana Pelengkap Ramadan 1432H

Bujang vs Kelamin berentap di Padang UKM

BERITA CABANGKursus EndNote X4 dan Kelas Kemahiran Maklumat

Mesin Pemulangan Layan Diri baru di Perpustakaan dilengkapi ciri-ciri keselamatan

Sanggar Kerja Menilai Pencapaian Pustaka Maya Dan Membentuk Pelan Strategik

Pertandingan Jejak Maklumat Perpustakaan Undang-Undang

Hari Menghargai Pelanggan PATMA 2011

Koleksi Pilih Simpan PPPUKM Jimatkan Ruang

ARTIKEL PILIHAN PTSL Terima Koleksi Sumbangan Prof. Dr. Ding Choo Ming

Projek ‘Weeding’ Di Perpustakaan UKM

Piawai baru pengkatalogan “Resource Description and Access”

BERITA KAKITANGANBERITA BERGAMBAR

4

7

6

6

5

5

15

15

14

14

14

14

14

13

1110

10

9

9

16

15

4

17

16

18

17

20

2221

12

MUTIARA KATAMUTIARA KATA

“Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya “Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat”adalah lazat”

8

Page 4: Inspirasi bil 9/2011

INS

PIR

AS

I BIL

9 J

UL-

DIS

201

1

4

Semasa

Oleh: Fatimah Kamilah Awang

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfi tri, Perpustakaan UKM telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya untuk semua kakitangan dan keluarga masing-masing. Majlis yang disambut dengan meriah ini telah diadakan pada 15 September 2011 di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM. Majlis bermula seawal jam 8 malam.

Bagi memeriahkan suasana, majlis dimulakan dengan pertunjukan bunga api selama beberapa minit yang diadakan di hadapan dewan. Kemudian majlis disusuli dengan bacaan doa serta ucapan alu-aluan oleh Ketua Pustakawan, Encik Abu Bakar Maidin. Pelbagai juadah disediakan pada majlis tersebut seperti rendang, lemang, ketupat, nasi himpit, sate dan tidak ketinggalan nasi arab serta kuih muih dan pencuci mulut.

Sambil menikmati juadah yang disediakan, tetamu dihiburkan dengan beberapa persembahan seperti marhaban dan nyanyian daripada kumpulan koir perpustakaan yang mendendangkan beberapa buah lagu. Bagi menghangatkan lagi suasana majlis, beberapa anugerah telah disampaikan pada malam tersebut seperti Anugerah Wanita Anggun, Anugerah Jejaka Tampan dan Anugerah Keluarga Ceria. Tidak ketinggalan, acara pemberian duit raya juga diadakan dan ianya diagihkan kepada anak-anak kakitangan perpustakaan.

Majlis jamuan hari raya ini tamat lebih kurang jam 10.30 malam. Majlis sebegini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga perpustakaan dan ahli keluarga. Semoga majlis ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

Majlis Jamuan Hari Raya Perpustakaan UKM 2011 Meriah

Oleh: Rosmarlidaini Mah Hasan

MERDEKA! Satu laungan yang seringkali kita dengar bila menjelang tarikh 31 Ogos. Laungan itu dilaungkan sebagai tanda kebebasan kita daripada kuasa penjajah apabila Malaysia diiyhtiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957. Sebagai menyambut peristiwa bersejarah ini, bulan ogos setiap tahun diisytiharkan sebagai bulan kemerdekaan.Sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-54, Perpustakaan UKM tidak melepaskan peluang untuk turut meraikannya. Pada sambutan kali ini, perpustakaan telah turut serta dalam beberapa aktiviti yang dianjurkan di peringkat UKM seperti pertandingan menghias bangunan peringkat Pusat Tanggungjawab dan kolej disamping mengadakan pameran kemerdekaan.

Dalam pertandingan menghias bangunan, antara hasil kreativiti kakitangan ialah dengan penghasilan robot menggunakan pekakas komputer, pembinaan menara KLCC menggunakan bekas CD, jambangan bunga raya yang berseri dan beberapa lagi rekaan yang menarik. Kesemua hasil kreativiti ini ternyata mendapat perhatian pihak juri justeru melayakkan Perpustakaan memenangi tempat kedua peringkat Pusat Tanggungjawab dan mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM500.00. Tempat pertama pula dimenangi oleh Jabatan Hal Ehwal Akademik, UKM. Walaupun hanya berjaya merangkul tempat kedua, pengalaman ini tidak mematahkan semangat kakitangan untuk terus mencurahkan idea yang kreatif dalam mengangkat nama Perpustakaan UKM diperingkat yang lebih tinggi.

Selain daripada penyertaan dalam pertandingan menghias bangunan, Perpustakaan juga telah turut menyertai aktiviti pameran kemerdekaan yang diadakan diperingkat UKM dan peringkat Perpustakaan. Pameran peringkat UKM telah diadakan di dataran Canselori, manakala di peringkat Perpustakaan diadakan di Aras 4, Perpustakaan Tun Seri Lanang. Pameran kemerdekaan ini telah berlangsung bermula 15 Ogos sehingga 15 September 2011. Pameran ini memaparkan maklumat sejarah yang mana ianya dapat membantu dalam penghayatan dan memupuk semangat kemerdekaan dalam diri individu.

Bagi menambahkan lagi aura penghayatan kemerdekaan ini, pelanggan perpustakaan juga turut dipertontonkan dokumentari-dokumentari kemerdekaan yang memaparkan rentetan perjuangan tokoh-tokoh terdahulu dalam menuntut kemerdekaan daripada penjajah.

Aktiviti-aktiviti seumpama ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang dengan pelbagai idea yang lebih kreatif bagi memastikan semangat kemerdekaan dan nilai patriotism ini terus subur dalam diri individu dan tidak lapuk dek arus pembangunan.

Perpustakaan dan Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-54

Para tetamu sedang menikmati hidangan yang disediakan

Page 5: Inspirasi bil 9/2011

INS

PIR

AS

I BIL

9 J

UL-

DIS

201

1

5

Semasa

Oleh: Noraashikin Mohd Yusop

Pra-konvensyen ini telah diadakan pada 14-16 Oktober 2011 di Gold Coast Morib Resort, Banting, Selangor. Sebanyak 22 KIK telah menyertai pra-konvensyen ini. Perpustakaan UKM telah dihadiri oleh KIK Warisan dari Bahagian Koleksi Asia Tenggara dan Dokumen, Perpustakaan Tun Seri Lanang dan KIK Maya dari Perpustakaan PPUKM. Setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan projek masing-masing dan di akhir persembahan diadakan sesi soal jawab bersama dengan juri. Para juri akan memberikan komen dan cadangan penambahbaikan untuk setiap kumpulan. Diharap dengan adanya pra-konvensyen KIK ini, semua kumpulan yang memasuki Konvensyen KIK ke-16, UKM akan lebih bersemangat, bersedia dan yakin untuk memasuki konvensyen ke-16 ini.

Pra-Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

Pembentangan daripada KIK WARISAN

Oleh : Noraashikin Mohd Yusop

Konvensyen ini telah diadakan pada 9 November 2011 bertempat di Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM. Terdapat 22 KIK yang menyertai konvensyen ini. Kategori Pengurusan terdiri daripada 16 kumpulan manakala Kategori Teknikal terdiri daripada 6 kumpulan. Perpustakaan UKM telah diwakili oleh 2 KIK iaitu KIK Warisan dari Bahagian Koleksi Asia Tenggara dan Dokumen, Perpustakaan Tun Seri Lanang dengan tajuk projek “Kaedah Pencarian Bahan Dokumen Kurang Berkesan” dan KIK Maya dari Perpustakaan PPUKM dengan tajuk projek “Kelewatan Proses Pencarian Artikel Jurnal Kebelakangan di Koleksi Pilih Simpan Perpustakaan PPUKM ”.

Pada konvensyen kali ini, juara keseluruhan telah dimenangi oleh KIK Mediprima. Johan bagi Kategori Pengurusan jatuh kepada KIK Mediprima. Manakala johan bagi Kategori Teknikal dimenangi oleh Benua Cipta. Walaupun wakil Perpustakaan UKM tidak tersenarai sebagai pemenang, namun Bahagian Koleksi Asia Tenggara dan Dokumen, Perpustakaan Tun Seri Lanang telah memenangi Anugerah Persembahan Terbaik bagi Kategori Pengurusan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Bahagian Koleksi Asia Tenggara dan Dokumen!

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) ke-16, UKM 2011

Pembentangan daripada KIK MAYA

Ahli KIK MAYA

Pembentangan daripada KIK WARISAN

Page 6: Inspirasi bil 9/2011

INS

PIR

AS

I BIL

9 J

UL-

DIS

201

1

6

Oleh : Rosmarlidaini Mah Hasan

Naziran kakitangan merupakan proses menganalisis dan mengenalpasti keperluan dan kesediaan sumber manusia yang ada untuk memenuhi objektif sesebuah organisasi. Naziran kakitangan ini telah dilaksanakan oleh Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UKM dan sememangnya memberikan impak yang positif dalam mengoptimumkan penggunaan sumber manusia.

Antara objektifnya ialah menganalisis peratusan guna masa kerja mengikut bahagian, menganalisis keseimbangan sumber tenaga manusia mengikut gred dan memberi cadangan kepada pengurusan perpustakaan berkaitan keperluan sumber manusia. Dengan pelaksanaannya, maklumat daripada ketua jabatan digunakan bagi membantu pihak pengurusan atasan dalam perancangan strategik dan penetapan matlamat organisasi.

Naziran di Perpustakaan UKM telah bermula pada Oktober 2011 di mana satu taklimat telah diberikan kepada semua kakitangan perpustakaan pada 24 Ogos 2011. Taklimat yang disampaikan oleh En. Ahsan Ahmad, Pegawai Tadbir dari Bahagian Sumber Manusia berjaya memperkenalkan naziran kepada kakitangan perpustakaan. Seterusnya, kakitangan telah diberikan tempoh sehingga November 2011 untuk melengkapkan maklumat naziran masing-masing dengan menggunakan template yang disediakan oleh Bahagian Sumber Manusia. Maklumat lengkap naziran kakitangan telah pun dihantar kepada Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar pada

Naziran Kakitangan di Perpustakaan UKM

Semasa

akhir November 2011. Hasil naziran dijangka akan dapat membantu mengoptimum dan mengenalpasti keperluan sumber manusia di Perpustakaan.

Pelbagai pengalaman telah dapat ditimba sepanjang melaksanakan naziran tersebut. Terbukti, naziran sememangnya merupakan satu kaedah terbaik untuk menilai tahap penggunaan masa kerja setiap kakitangan, membantu mengenalpasti aliran kerja sebenar setiap tugas kakitangan dan mengetahui anggaran kuantiti pencapaian setiap tugas berdasarkan masa kerja sebenar.

Semoga hasil naziran tersebut berjaya membantu pihak pengurusan dalam penggunaan sumber manusia di Perpustakaan secara optima.

En. Ahsan Ahmad, daripada Bahagian Sumber Manusia Kakitangan yang hadir mendengar taklimat naziran

MUTIARA KATAMUTIARA KATA

“Terbitnya kebaikan dari keburukan dan “Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan”terbitnya amalan dari pengetahuan”

Page 7: Inspirasi bil 9/2011

INS

PIR

AS

I BIL

9 J

UL-

DIS

201

1

7

Semasa

Oleh : Noraashikin Mohd Yusop

Majlis ini telah diadakan pada 10 November 2011 bertempat di Bilik Serbaguna, Aras 2, Perpustakaan Tun Seri Lanang. Majlis bermula pada jam 2.30 petang dirasmikan oleh Profesor Ir. Dr. Othman Karim ,Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar. Pada majlis ini juga turut disampaikan penyumbang Dana Endowmen yang layak untuk menerima Keahlian Kehormat Perpustakaan. Penyumbang-penyumbang tersebut adalah Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Prof. Madya Dr. Drs. Mohamed Abdullah Bin Marwi dan Prof. Dr. Zawiyah Binti Mohammad Yusof.

Selain itu, turut disampaikan Anugerah Pencinta Ilmu kepada 13 orang pelajar dari 12 fakulti di Kampus Bangi, Cheras dan Kuala Lumpur serta Persatuan Mahasiswa UKM. Para pemenang telah diberikan Sijil Anugerah Pencinta Ilmu, hadiah buku dan juga cenderamata.

Pada majlis ini juga turut dilancarkan Produk JetP hasil projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) KLIK, Perpustakaan UKM. JetP adalah pangkalan data pusat carian sehenti (one stop search database) yang boleh diakses melalui http://www.eklik.ukm.my/jetp.

Di akhir majlis, para tetamu jemputan dibawa melawat ke Pameran Karya Keusahawanan dan Tokoh Usahawan Terbilang yang bertempat di Aras 4, Perpustakaan Tun Seri Lanang. Objektif utama pameran ini diadakan untuk memberi manfaat kepada pengunjung dan memberi pendedahan kepada komuniti usahawan muda yang mempunyai kecenderungan mendalam untuk berjaya sebagai seorang usahawan.

Diharapkan tahun 2012 ini, Perpustakaan UKM akan terus mengatur pelbagai aktiviti bagi menjayakan Program Pembudayaan Ilmu.

Majlis Perasmian Pembudayaan Ilmu 2011

Oleh : Shahruddin Shafri

Majlis kali ini bertemakan “Transformasi Pengurusan Teras Kecemerlangan”. Bertempat di Bilik Serbaguna Aras 2, Perpustakaan Tun Seri Lanang seramai 80 orang penerima anugerah telah menerimanya. Anugerah ini telah di sampaikan oleh Tuan Haji Abu Bakar Maidin, Ketua Pustakawan Perpustakaan UKM Di antara Objektif Majlis Penghargaan Kakitangan Perpustakaan ialah :- 1. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada kakitangan Perpustakaan di atas sumbangan dan komitmen dalam memberikan perkhidmatan berkualiti secara berterusan.2. Memberi penghargaan kepada kakitangan yang menyumbang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan kaunter.3. Menggalakkan kakitangan melaksanakan projek penambahbaikan secara berterusan dan meningkatkan mutu kerja melalui projek KIK dan QIT.4. Memberi dorongan, galakan dan motivasi kepada semua kakitangan perpustakaan supaya bersungguh-sunguh memberikan perkhidmatan yang terbaik dan menepati keperluan pelanggan.5. Menggalakkan kakitangan untuk bertekad dan berterusan memberi sumbangan kearah kecemerlangan Perpustakaan UKM.6. Memperbaharui iltizam kualiti dan meraikan kejayaan pencapaian kualiti.

Di antara kategori anugerah yang diadakan pada kali ini ialah seperti berikut :- • Anugerah Ketua Pustakawan• Anugerah Kakitangan Cemerlang• Anugerah Kakitangan Harapan• Anugerah Kualiti Perpustakaan. • Anugerah Perkhidmatan Kaunter• Anugerah Khidmat Masyarakat• Anugerah Khas : Pasukan Ceria Kemerdekaan.• Anugerah Khas : Pencapaian Inovasi.Semoga semua penerima anugerah ini akan meneruskan kecemerlangan mereka dalam perkhidmatan, manakala yang belum mendapat anugerah, teruskan komitmen. Bekerja kerana Allah SWT dan sudah pasti jika niat ikhlas kerana Allah SWT, ganjaran dunia dan akhirat pasti tiba jua.

Majlis Penghargaan Perkhidmatan Kakitangan Perpustakaan UKM 2011

Pelancaran JetP oleh Timbalan Naib Canselor

Page 8: Inspirasi bil 9/2011

INS

PIR

AS

I BIL

9 J

UL-

DIS

201

1

8

Semasa

Oleh : Azlan Mohamad Hamzah dan Anna Kustyana Mukandar

Hari Menghargai Pelanggan Perpustakaan telah diadakan pada 15 November 2011 di Perpustakaan Tun Seri Lanang dan 16 November di Perpustakaan Dr Abdul Latiff (PDAL), Perpustakaan Pusat Perubatan UKM (PPPUKM), Perpustakaan Undang-Undang (PUU) dan Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (PATMA). Hari Menghargai Pelanggan 2011 merupakan kesinambungan aktiviti Hari Bersama Pelanggan yang diadakan setahun sekali sempena Program Pembudayaan Ilmu. Tujuan aktiviti ini diadakan ialah untuk memberi penghargaan kepada pelanggan yang telah banyak menyokong aktiviti Perpustakaan di samping memupuk rasa cinta pelanggan kepada Perpustakaan yang merupakan nadi kepada aktiviti pembelajaran dan penyelidikan.

Antara aktiviti semasa Hari Menghargai Pelanggan tersebut adalah Ekspresi Pelanggan, Kuiz Terbuka, Cabutan Bertuah, Khidmat Nasihat Pelanggan, Sumbangan Buku, Pameran dan Jualan Buku serta Jumble Sale.

Aktiviti Ekspresi Pelanggan yang julung kali diadakan telah mendapat sambutan menggalakkan. Hampir semua pengunjung Hari Menghargai Pelanggan menyertai Ekspresi Pelanggan dan memberikan komen, harapan dan pandangan yang positif terhadap Perpustakaan. Pelanggan yang menyatakan ekspresinya diberi cenderamata dan berpeluang menyertai Cabutan Bertuah. Kuiz Terbuka yang diadakan bagi menggantikan kuiz bertulis yang diadakan pada tahun-tahun terdahulu, juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Selain aktiviti-aktiviti ini Perpustakaan PPUKM juga mengadakan acara Putaran Roda (Wheel of Fortune). Acara ini telah dapat memeriahkan lagi aktiviti Hari Menghargai Pelanggan.

Secara keseluruhan aktiviti Hari Menghargai Pelanggan dilaksanakan dengan penuh ceria dan menyeronokkan. Aktiviti ini mencatatkan bilangan pengunjung seramai 746 orang iaitu 214 orang di PTSL, 173 orang di PDAL, 160 orang di PPPUKM, 159 orang di PUU dan 40 orang di PATMA. Para pemenang cabutan bertuah telah menerima hamper, alat tulis, buku dan pelbagai cenderamata, manakala

Hari Menghargai Pelanggan Perpustakaan UKM Memupuk Sikap Mencintai Perpustakaan

peserta yang memenangi kuiz mendapat hadiah berupa mug dan coklat. Pelanggan yang menyatakan ekspresi di “wall wisher” tidak pulang dengan tangan kosong kerana mereka juga diberi cenderamata berupa buku nota atau pen.

Sebahagian pelajar yang menyertai ekspresi pelanggan

Suasana Kuiz Terbuka di PPPUKM

Sebahagian pelajar yang menyertai kuiz di PDAL

Page 9: Inspirasi bil 9/2011

INS

PIR

AS

I BIL

9 J

UL-

DIS

201

1

9

Oleh: Rosmarlidaini Mah Hasan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan merupakan salah satu aspek yang perlu diberi penekanan akan kepentingannya. Setiap organisasi mahu atau tidak, adalah bertanggungjawab untuk memastikan kakitangan sentiasa berada dalam persekitaran kerja yang sihat dan selamat. Menyedari akan kepentingan ini, Perpustakaan UKM telah menganjurkan satu ceramah khusus berkaitan dengan kepentingan penjagaan keselamatan di tempat kerja dan penjagaan kesihatan. Ceramah Keselamatan dan Kesihatan di Perpustakaan ini diadakan bersempena dengan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UKM (MKKP) 2011 dan terbuka kepada semua kakitangan Perpustakaan dengan keutamaan kepada ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perpustakaan dan Pegawai Insiden. Turut dijemput hadir ialah kakitangan daripada Penerbit UKM.

Objektif ceramah ini diadakan ialah memahami kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja, memberi kefahaman berkenaan kepentingan persekitaran ruang kerja yang bersih, sihat dan selamat, memberi pendedahan asas bantuan perubatan dan peranan kakitangan dalam memberi bantuan awal kecemasan serta memberi pendedahan mengenai tugas dan peranan pegawai insiden, juga tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan di tempat kerja. Ceramah yang telah dijalankan pada 14 Julai 2011 ini telah berjaya menarik seramai 53 orang penyertaan.

Sebanyak tiga sesi ceramah telah diadakan, yang mana ketiga-tiga ceramah yang diadakan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta dengan pelbagai soalan telah dikemukan kepada penceramah.

Pada masa akan datang, penambahbaikan boleh dilakukan dengan mengadakan kursus sebegini di luar Perpustakaan agar dapat memberi lebih ruang kepada kakitangan dalam mendapatkan maklumat mengenai kepentingan penjagaan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Keselamatan dan Kesihatan di Perpustakaan UKM

Sesi demo bantuan kecemasan

Bengke l

Oleh: Rosmarlidaini Mah Hasan

Penerbitan secara digital merupakan satu trend terkini dalam memasarkan sesuatu produk atau perkhidmatan. Ianya merupakan satu cara pengaksesan yang cepat dan mudah. Bertemakan tajuk The New Trend of Publishing & Learning Environment, i-Group telah menganjurkan seminar khusus untuk pustakawan dari seluruh Asia.

Seminar i-group pada tahun 2011 telah diadakan di Sun Yat Sen University Library, Guangzhou, China. Seminar selama tiga hari iaitu dari 8 hingga 10 November 2011 terisi dengan pembentangan 13 kertas kerja, termasuk satu kertas kerja yang dibentangkan oleh Ketua Pustakawan Perpustakaan Universiti Malaya, Dr. Nor Edzan Che Nasir.Pada seminar kali ini, kebanyakan peserta adalah pustakawan dari Negara China, dan hanya 13 peserta daripada Malaysia. Selain tiga orang wakil daripada Perpustakaan UKM, turut menyertai seminar tersebuat ialah pustakawan daripada Universiti Malaysia Perlis, Kementerian Kesihatan Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Pertahanan Malaysia, Universiti Perubatan Antarabangsa dan Universiti Antarabangsa AlBukhari serta dua orang wakil daripada syarikat Acces Dunia.

Perkongsian maklumat yang disampaikan oleh pembentang kertas kerja sememangnya dapat membuka ruang minda peserta untuk turut mengaplikasikan konsep ‘digital’ dalam penyampaian maklumat kepada pelanggan perpustakaan. Pelbagai pengalaman menarik yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dalam penyampaian maklumat yang berkesan kepada pelanggan. Selain daripada pembentangan kertas kerja, peserta seminar daripada Malaysia juga turut diberi peluang untuk melawat dua buah perpustakaan universiti yang terkemuka di Selatan China, iaitu South China Agriculture University Library (SCAU) dan South China University of Technology Library (SCUT).

Seminar yang dianjurkan ini sememangnya dapat memberi peluang kepada pustakawan untuk mendapat pengalaman dalam melaksanakan penyampaian maklumat secara digital kepada pelanggan.

Seminar “The New Trend of Publishing & Learning Environment”

Peserta lawatan bergambar kenangan bersama kakitangan SCAU

Page 10: Inspirasi bil 9/2011

INS

PIR

AS

I BIL

9 J

UL-

DIS

201

1

10

Bengke l

Oleh : Shahruddin Shafri

Satu ceramah keusahawanan telah diadakan sempena aktiviti pembudayaan ilmu perpustakaan 2011 yang bertajuk “permulaan perniagaan dan pemasaran internet” oleh Dr. Irfan Khairi, seorang jutawan & pakar perniagaan internet, personaliti tv dan radio. Ceramah ini telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Oktober 2011, di Bilik Serbaguna Aras 2, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM.

Kehadiran peserta agak memberangsangkan di mana pelajar, pensyarah, kakitangan perpustakaan dan warga UKM turut hadir di dalam perkongsian maklumat yang sangat menarik daripada seorang ikon perniagaan atas talian ini. Beliau berkongsi tips-tips, dan panduan ringkas dan menarik bagaimana untuk bermula menjadi seorang jutawan pada usia muda. Dengan bantuan teknologi maklumat seperti internet dan Google, usahawan boleh menerokai bidang perniagaan hanya di hujung jari sahaja tetapi yang penting perlu mempunyai minat dan cita-cita yang tinggi dan usaha yang berterusan untuk menambah ilmu pengetahuan berkaitan teknologi maklumat semasa.

Secara kesimpulannya, panduan dan tips-tips yang diberikan sangat bermanfaat melalui ceramah beliau yang disampaikan secara bersantai dan dapat menarik minat pendengar. Sekiranya pihak perpustakaan atau jabatan yang ingin menganjurkan ceramah seumpama ini sangat dialu-alukan.

Ceramah Keusahawanan Pelajar Sekolah Dicurah Ilmu

Oleh : Azhari Sahamir

Sempena Aktiviti Pembudayaan Ilmu Perpustakaan UKM 2011, kumpulan QIT Teknikal telah mengadakan aktiviti bersama pelajar sekolah menengah pada 21 Oktober 2011 dari 8.00 pagi hingga 12.30 tgh bertempat di PTSL. Sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Kajang, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Semenyih.

Pelbagai aktiviti menarik berpaksikan pendidikan telah diberikan kepada para pelajar antaranya lawatan berpandu PTSL, Kuiz Uji Minda, Infohunt, Bicara bersama Tokoh Dr Faisal Tehrani dan penyampaian hadiah serta cenderahati.

Dr Faisal Tehrani dari ATMA telah dijemput untuk berkongsi pengalaman berkaitan dengan bidang penulisan. Beliau juga berkongsi intipati novel, pengalaman beliau menimba ilmu bersama A. Samad Said dan liku-liku hidup menjadi seorang penulis yang berjaya.

AJK bergambar bersama Dr. Irfan Khairi Para pelajar yang terlibat

Bersama Dr Faisal Tehrani

Page 11: Inspirasi bil 9/2011

INS

PIR

AS

I BIL

9 J

UL-

DIS

201

1

11

Bengke l

Oleh : Shahruddin Shafri

Syarahan Tun Seri Lanang (TSL) merupakan satu program yang diadakan bersempena Aktiviti Pembudayaan Ilmu Perpustakaan.

Di antara objektif diadakan syarahan ini ialah antaranya untuk memberi penghormatan kepada para akademik dan cendikiawan UKM berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kepakaran masing-masing. Memberikan pandangan dan buah fi kiran mereka kepada warga universiti khasnya dan masyarakat umum amnya.Menjadikan syarahan ini sebagai satu aktiviti yang mempunyai impak tinggi kepada masyarakat.Menyediakan ruang perbincangan ilmu di kalangan warga universiti. Menjadikan UKM sebagai sebuah unversiti yang dapat menyumbang perkembangan ilmu dan pendidikan negara.

Penceramah yang diundang adalah terdiri daripada warga akademik UKM yang mempunyai ketokohan dan terkenal di dalam dan luar negara.Syarahan TSL ini terbuka kepada semua warga akademik UKM, warga pentadbiran, mahasiswa mahasiswi, kakitangan perpustakaan dan juga masyarakat setempat.

Pada syarahan pertama, Bahagian Koleksi Asia Tenggara dan Dokumen telah menjemput Professor Dr. Teo Kok Seong, Fellow Penyelidik Utama ATMA menyampaikan ceramah bertajuk : “Kepentingan Bahasa Melayu dalam Gagasan 1 Malaysia.”

Program ini diteruskan lagi bagi siri ke 2 dengan menjemput Profesor Ulung Negara Yang Berbahagia Professor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin untuk menyampaikan syarahan bertajuk “54 tahun

Syarahan Tun Seri Lanang Perpustakaan UKM

Merdeka : 54 Tahun Menatang Kesepaduan Sosial. Syarahan ini telah di adakan pada 21hb Oktober 2011, bertempat di Bilik Sanggar Ilmu, Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Perpustakaan Tun Seri Lanang.

Perpustakaan amat berbesar hati dengan kesudian beliau menerima jemputan ini. Pemilihan beliau merupakan satu penghormatan yang tinggi kepada perpustakaan setelah beliau yang telah dinobatkan sebagai Professor Ulung Negara. Beliau juga merupakan Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA) yang telah ditubuhkan secara rasmi oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada 8 Oktober 2007.Beliau juga merupakan tokoh akademik tersohor dalam bidangnya samada di dalam negara mahupun di luar negara.

KITA merupakan satu-satunya institut penyelidikan di Malaysia yang sepenuhnya memfokuskan kajian terhadap ‘etnik’ dan ‘etnisiti.’ Walaupun orientasi akademiknya bersifat ‘kajian tematik,’ namun KITA didukung kuat oleh orientasi ‘kajian disiplin’ dan ‘kajian wilayah,’ justru itu KITA menggalakkan kegiatan silang-disiplin yang melibatkan tiga sektor utama masyarakat, iaitu, sektor awam, sektor swasta dan sektor komuniti. Makanya KITA melaksanakan kegiatannya dengan menggunakan pendekatan ‘inclusivist.’

Syarahan ini telah mendapat sambutan yang agak memberangsangkan di mana bilangan peserta memenuhi hampir 200 orang. Ceramah yang disampaikan secara santai tetapi sangat bermaklumat sungguh bermakna di mana sebagai Profesor Ulung Negara berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan. Kepakaran beliau adalah di dalam bidang Etnik Kaum di Malaysia sungguh menarik dengan kupasan dan contoh-contoh semasa. Banyak soalan-soalan yang di lontarkan oleh peserta dapat di jawab dengan baik dan memenuhi kehendak peserta. Sesungguhnya ilmu pengetahuan, pengalaman dan kepakaran beliau dalam hubungan kaum telah di gunakan oleh kerajaan dalam menangani masalah hubungan kaum. Beliau juga menjadi perantara antara golongan akademik dan kerajaan dalam pembangunan ekonomi dan sosial di mana saranan beliau untuk di tubuhkan sebuah Universiti Sains Sosial sebagai pilihan kepada bidang lain seperti sains dan teknologi.

Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin sedang memberikan syarahan

Page 12: Inspirasi bil 9/2011

INS

PIR

AS

I BIL

9 J

UL-

DIS

201

1

12

Kur

sus/

Ben

gkel

Anj

uran

Per

pust

akaa

n Ju

lai-D

isem

ber 2

011

BIL.

TA

JUK

LATI

HAN

JA

N

FEB

MAC

AP

R M

EI

JUN

JU

L O

GOS

SEPT

O

KT

NO

V DI

S

1.

Ku

rsus

Pen

yusu

nan

Baha

n

5

2.

Be

ngke

l Pen

caria

n M

aklu

mat

Fel

o Ko

lej

12

-13

3.

Be

ngke

l Pem

anta

pan

Perk

hidm

atan

Ruj

ukan

26

4.

Be

ngke

l KIK

Per

pust

akaa

n U

KM

27-2

8

5.

Ku

rsus

Kem

ahira

n M

aklu

mat

Pas

ca/P

rasis

waz

ah

Baru

201

1/20

12

9-23

6.

Pe

rhim

puna

n Ka

kita

ngan

& M

esyu

arat

Ket

ua

Baha

gian

/Cab

ang

Bil.

3/20

11

13

7.

Ku

rsus

Pem

elih

araa

n &

Pem

ulih

araa

n Ba

han

Perp

usta

kaan

17

-18

8.

Ku

rsus

Pen

guru

san

Baha

n M

edia

& Ju

rnal

19

-20

9.

Ku

rsus

Pro

mos

i Per

khid

mat

an P

erpu

stak

aan

17

10.

Be

ngke

l Per

kong

sian

Mak

lum

at P

erpu

stak

aan

23

11.

Be

ngke

l KIK

Per

pust

akaa

n U

KM (S

iri 2

)

23-2

4

12.

Ku

rsus

Ana

lisa

Kebe

rkes

anan

La

han

Perp

usta

kaan

28-2

9

13.

Ku

rsus

Ana

lisa

Kebe

rkes

anan

Kos

Per

pust

akaa

n (R

OI)

12

-13

Page 13: Inspirasi bil 9/2011

INS

PIR

AS

I BIL

9 J

UL-

DIS

201

1

13

Oleh : Rosmarlidaini Mah HasanJudul : Handling Anger And FrustrationNombor Panggilan : dvd BF575.A5H365Penerbit : Cambridge Educational

This video examines the problems arising from extreme or repressed anger and presents helpful methods for loosening the grip that all-consuming rage can have on one’s mind and actions. Viewers learn basic psychological concepts relating to the human need to confront and remove obstacles, a primal instinct that all too easily translates into ‘lashing out.’ Encouraging students to look closely at their feelings in these trigger situations, the program highlights steps that can be taken toward dealing rationally with anger sources, focusing on staying ‘centered’ rather than ‘getting even.’ Family and peer relationships, the importance of self-respect and respect for others, and useful distinctions between ‘good’ and ‘bad’ anger all come into play here.

Oleh : Rosmarlidaini Mah HasanJudul : Koleksi Pendeta Za’baNombor Panggilan : cd-rom PL5186.Z2934K65 j.1-j.72Penerbit: Galeri Pusaka Moyang

Bahan ini merupakan koleksi terhad penyelidik yang mana ianya mengandungi 72 jilid karya yang dihasilkan oleh tokoh bahasa dan pemikir Melayu, Tan Sri Haji Zainal Abidin Bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pendeta Za’ba. Antara hasil penulisan beliau yang terdapat dalam koleksi ini ialah Catatan Peribadi Pendeta Za’ba, Rajin Orang Cina Orang Melayu Ketinggalan, Jalan Keselamatan Bagi Orang Melayu, Jejak Di Pantai Zaman (Kemiskinan Orang Melayu) dan banyak lagi. Hasil penulisam beliau yang amat bernilai ini telah diimbas, dijadikan dalam bentuk PDF dan amat sesuai untuk bacaan dan rujukan para penyelidik.

Oleh : Mariatul Qibtiah IsaTajuk : Rindu Eropah tawan Damascus Pengarang : Munir RamliPenerbit : Grup Buku KarangkrafTahun : 2011ISBN : 9789675711176Mukasurat : 353No Panggilan : PL5186.M7954 R536 8

Meminati kisah benar, pembaca teruja bila melihat buku Rindu Eropah, Tawan Damascus, dan tentulah menjadi peminjam pertama buku tersebut.Buku ini merupakan sebuah travelog yang mengisahkan perjalanan seorang anak muda Melayu yang mempunyai cita-cita menjelajah dunia. Penulis membawa pembaca menyelami pengalaman pengembaraan solo beliau ketika lewat tahun 70an.

Kisah bermula apabila penulis sanggup meninggalkan kerjaya semata-mata mengejar impiannya dengan hanya berbekalkan sejumlah wang yang tidak seberapa dan sebuah buku panduan. Walaupun pada mulanya, impiannya agak samar kerana terpaksa menukar haluan setelah memulakan perjalanan. Penulis begitu cekal menghadapi rintangan dengan bekerja pula sebagai pekerja kontrak binaan di Singapura. Penulis sanggup membanting keringat di bulan Ramadhan untuk mendapatkan tabungan yang mencukupi untuk misi seterusnya. Pengembaraan berjaya diteruskan menaiki Chimdambaram melalui jalan laut ke India.

Mengimpikan dirinya menjejak kaki di bumi Eropah, beliau teruskan perjalanan melalui Turki namun hasratnya tidak kesampaian. Allah telah merancang perkara yang lebih baik untuk penulis. Penulis berjaya sampai di Syria. Di sana penulis bekerja sebagai chef sehinggalah dapat menziarahi Mekkah. Demikianlah kurniaan Allah kepada penulis sehingga beliau berjaya menguasai bahasa Arab, mendalami ilmu agama, dan mendapat pekerjaan mulia iaitu sebagai pemandu haji.

Gaya penceritaan yang sangat terperinci memberi debaran kepada pembaca untuk menghayati helaian seterusnya. Detik-detik yang dihadapi penulis sememangnya sukar diduga. Penulis tidak kenal erti jemu dan tidak mudah mengalah, hanya ada bertawakal kepada Allah. Pengalaman yang ditimba oleh penulis, semangat dan kecekalan yang ditonjolkan oleh beliau dalam buku ini menjadi inspirasi untuk kita supaya bijak menghadapi pelbagai situasi. Selebihnya kita harus redha dan serahkan segala urusan kepada Yang Maha Bijaksana.

Ulasan Buku

Page 14: Inspirasi bil 9/2011

INS

PIR

AS

I BIL

9 J

UL-

DIS

201

1

14

37 Sukarelawan KKSP berbakti di Kampung Merual, Seri Menanti

Rentetan kejayaan penganjuran program khidmat masyarakat di Kampung Batu 5, Bangi Lama, Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan, KKSP sekali lagi mengorak langkah menganjurkan program Jom Bermesra dengan warga Kampung Merual, Seri Menanti. Program yang diadakan pada 23 Julai 2011 dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Abdul Samad Ibrahim mendapat sambutan menggalakkan dari warga Kampung Merual. Antara pengisian program adalah aktiviti gotong royong membersihkan kawasan perkuburan, balai raya, aktiviti membuat cendol serta pertandingan congkak dan mewarna. Turut diadakan ceramah berkaitan kesihatan oleh Dr Suhaili Binti Mustafa. Kesimpulannya program ini berjaya mendekatkan warga perpustakaan dengan penduduk kampung sekitar.

Biro Dakwah dan Kerohanian, KKSP tidak melepaskan peluang untuk mengambil barakah dengan menganjurkan tazkirah sempena bulan Ramadan. Program tazkirah yang berkisar kelebihan bulan ramadhan diadakan setiap minggu jam 10.00 pagi sepanjang bulan ramadhan. Barisan penceramah terdiri daripada jemputan dalam dan luar UKM. Selain tazkirah, terdapat juga pengisian bicara buku mengenai “Mari Memahami Dan Menghayati Bacaan Solat” oleh Ustaz Hasnan Kasan dari Pusat Pengajian Umum, UKM. Ustaz Hasnan Kasan melalui ceramahnya mengajak warga perpustakaan menghayati dan memahami makna bait-bait ayat Al-Quran terutama Surah Al-Fatihah bagi mengekalkan tawadu’ dalam solat.

Tanggal 12 Ramadhan 1432H mencatat kenangan manis buat 20 anak yatim dan 20 fakir miskin penghuni rumah Pengasih Warga Prihatin, Sungai Jelok Kajang kerana berkesempatan berbuka puasa di Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM. Majlis berbuka puasa ini diserikan lagi dengan kehadiran Ustaz Wan Najdi Wan Noh, Imam Muda Astro sebagai Imam Solat Tarawikh.

Tanggal 19 Ogos 2011, Jam 10.00 pagi, bertempat di Bilik Sanggar Ilmu berlangsungnya Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Perdana anjuran Biro Dakwah dan Kerohanian, KKSP. Program dimulakan dengan bacaan Yasin disusuli tahlil kepada Ibu Bapa dan saudara mara warga Perpustakaan yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga Almarhum dan Almarhumah dicucuri rahmat.

Tazkirah Semarakkan Bulan Ramadan 1432H

KKSP Rai Penghuni Rumah Pengasih Warga Prihatin Berbuka Puasa

Bacaan Yasin & Tahlil Perdana Pelengkap Ramadan 1432H

Oleh: Ruzita Kamis

Sukarelawan KKSP bersama warga Kg Merual bergambar kenang-kenangan dihadapan rumah penghulu.

Bujang vs Kelamin berentap di Padang UKM

Biro Sukan dan Rekreasi, KKSP telah menganjurkan Pertandingan Bola Sepak antara Bujang vs Kelamin sebagai aktiviti penutup KKSP sesi 2009/2011. Pertandingan yang diadakan pada 20 Oktober 2011 menyaksikan kehebatan pasukan bujang kerana berjaya menewaskan pasukan kelamin dengan kemenangan 3-0. Kemenangan ini membuktikan pasukan bujang jaguh dalam pertandingan bola sepak. Penyampaian hadiah pertandingan disampaikan oleh Pengerusi KKSP iaitu Puan Hafsah Mohd. Hadiah pertandingan berupa piala pusingan dan hamper.

Kakitangan perpustakaan bergambar bersama Ustaz Wan Najdi

Pasukan Bujang meraikan kemenangan bersama Pengerusi KKSP

Page 15: Inspirasi bil 9/2011

INS

PIR

AS

I BIL

9 J

UL-

DIS

201

1

15

Beri t a da r i c abang

Oleh : Azhari Sahamir

Kursus EndNote X4 dan Kelas Kemahiran Maklumat telah diadakan pada 20 hingga 23 Disember 2011 bertempat di Makmal Digital, PDAL. Setiap sesi kursus disampaikan oleh Cik Mariati Embong. Dengan adanya kursus sebegini, tahap kefahaman dan kemahiran para pelanggan mengenai maklumat elektronik dapat diperbaiki dan ditingkatkan supaya jaringan informasi disampaikan dengan tepat kepada pelanggan. Kursus ini juga membantu dalam pencarian maklumat elektronik dengan berkesan serta mengaplikasikan teknik penulisan bibliografi yang betul.

Kursus EndNote X4 dan Kelas Kemahiran Maklumat

Mesin Pemulangan Layan Diri baru di Perpustakaan dilengkapi ciri-ciri

keselamatan

Oleh: Azman Idris

Perpustakaan Pusat Perubatan UKM telah menaiktaraf dan memperolehi mesin pemulangan layan diri yang baru pada 17 Oktober 2011. Mesin pemulangan layan diri baru ini bukan sahaja lebih luas tetapi juga mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti mesin akan tertutup dengan sendiri apabila tidak digunakan. Selain itu, mesin tersebut menggunakan butang untuk transaksi pemulangan berbanding menggunakan skrin sentuh sebelum ini dan resit pemulangan lebih cepat dicetak berbanding sebelumnya. Semoga dengan penyediaan mesin pemulangan layan diri baru ini akan dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memenuhi keperluan pelanggan.

Sanggar Kerja Menilai Pencapaian Pustaka Maya Dan Membentuk Pelan

Strategik

Oleh: Azlan Mohamad Hamzah

Buat julung kalinya, Jawatankuasa Pustaka Maya berjaya mengadakan Sanggar Kerja pada 19 hingga 21 November 2011 di The Emperor Hotel, Melaka. Seramai 16 orang Ahli Jawatankuasa Pustaka Maya menghadiri Sanggar Kerja tersebut.

Objektif Sanggar Kerja ini bertujuan menilai pencapaian semasa dan merangka perancangan dan hala tuju Pustaka Maya Perpustakaan PPUKM. Di samping itu, ia juga bertujuan membentuk Pelan Strategik Pustaka Maya 2012-2016 meliputi perkhidmatan, sumber kewangan dan membentuk semangat kerja berpasukan ahli jawatankuasa.

Sanggar Kerja dimulakan dengan Pembentangan Kertas Kerja 1 bertajuk Hala Tuju Pustaka Maya oleh Encik Abu Bakar Maidin, Ketua Pustakawan. Seterusnya, pembentangan Kertas Kerja 2 bertajuk Pustaka Maya : Pencapaian lebih sedekad oleh En. Wan Suhaimi Ariffi n, En. Hazmir Hj. Zainal dan En. Azlan Mohamad Hamzah. Sesi berikutnya adalah pembentangan dan perbincangan Pelan Strategik Pustaka Maya 2012 – 2016 yang diadakan secara berkumpulan.

Hasil sanggar kerja ini akan membantu jawatankuasa merancang dan melaksanakan program dan aktiviti penambahbaikan perkhidmatan Pustaka Maya dan Portal Perpustakaan PPUKM sehingga 5 tahun yang akan datang. Di samping itu, kerjasama dan hubungan silaturrahim di kalangan ahli Jawatankuasa Pustaka Maya juga dapat dieratkan.

Peserta Sanggar Kerja Pustaka Maya bergambar bersama Ketua Pustakawan

Kursus disampaikan oleh Cik Mariati Embong

Wajah baru mesin pemulangan layan diri di PPUKM

MUTIARA KATAMUTIARA KATA

“Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik “Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan”dari sejalan tetapi tidak sehaluan”

Page 16: Inspirasi bil 9/2011

INS

PIR

AS

I BIL

9 J

UL-

DIS

201

1

16

Oleh: Mohd Adnan Baharom

Sempena Kolokium Pasca Siswazah Undang-Undang Kebangsaan ketiga 2011 anjuran Fakulti Undang-Undang UKM pada 8 Oktober 2011 (Sabtu) yang lalu, Perpustakaan Undang-Undang telah mengadakan Pertandingan Jejak Maklumat PUU di mana pertandingan tersebut terbuka kepada semua pelajar pra dan pasca siswazah FUU. Pertandingan ini telah disertai 20 buah kumpulan dengan setiap kumpulan dianggotai 3 orang ahli. Ini merupakan kali kedua PUU menganjurkan pertandingan seumpama ini selepas kali pertama dianjurkan ialah pada tahun 2009.

Hadiah yang disediakan adalah berupa wang tunai dan hamper. Kumpulan yang menjuarai pertandingan ini telah menerima wang tunai RM250 beserta hamper manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM200 dan RM150 juga beserta hamper. Kumpulan-kumpulan yang tidak bernasib baik turut menerima hamper saguhati di atas penyertaan mereka di dalam pertandingan ini. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pn.Anna Kustyana Mukandar selaku Ketua PUU, Pengarah Kolokium, Dr.Zaidi@Jady dan juga pensyarah FUU iaitu Prof. Madya Dr. Rooshida Merican.

Bersempena dengan kolokium tersebut juga, PUU telah menyediakan sudut Karya Ahli Akademik yang memaparkan koleksi-koleksi terbitan ahli akademik FUU. Sudut ini akan memudahkan pengguna perpustakaan terutamanya pelajar UKM membuat rujukan dan penyelidikan. Sudut ini akan di tambah baik dari masa ke semasa terutamanya dari segi jumlah koleksi penerbitan pensyarah.

Pertandingan Jejak Maklumat Perpustakaan Undang-Undang

Beri t a da r i c abangHari Menghargai Pelanggan PATMA 2011

Oleh: Rusiah Husin

Sempena Aktiviti Pembudayaan Ilmu 2011 yang dianjurkan oleh Perpustakaan UKM, Perpustakaan ATMA telah mengadakan Program Hari Menghargai Pelanggan pada 16 November 2011 bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.30 petang. Program ini merupakan salah satu usaha pihak perpustakaan untuk mendekati pelanggan bagi mendapat maklumbalas dan cadangan untuk menambah nilai perkhidmatan perpustakaan.

Di antara matlamat utama program adalah berusaha membudayakan sikap menghargai pelanggan bagi menjalinkan hubungan baik antara warga perpustakaan dan pelanggan, memupuk rasa cinta pelanggan kepada perpustakaan dan memupuk pembudayaan ilmu sepanjang hayat.

Melalui kaunter khas yang telah dibuka sempena program ini, pelanggan berpeluang mendekati perpustakaan dengan lebih dekat serta mendapat maklumat lanjut tentang perkhidmatan perpustakaan daripada kakitangan yang bertugas. Soalan kaji selidik kepuasan pelanggan jua telah diedarkan bagi mendapat maklum malas daripada pelanggan. Pada kali ini perpustakaan telah menyediakan satu papan Ekspresi Pelanggan, ianya bertujuan memaparkan komen dan rasa hati pelanggan terhadap perpustakaan.

Menerusi program ini beberapa cadangan utama telah diutarakan oleh pelanggan antaranya meminta pihak perpustakaan menyediakan bilik perbincangan, mempelbagai kategori jurnal berkaitan alam dan tamadun Melayu. Mengadakan perbincangan dengan felo untuk perolehan bahan dan menawarkan perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (ILL).

Bagi menarik minat pelanggan acara kuiz dan cabutan pelanggan bertuah turut diadakan. seramai lima orang Pemenang kuiz telah menerima hamper mengandungi alat tulis, buku sumbangan pembekal dan mug,sementara 20 orang pelangan bertuah telah menerima hadiah berupa buku sumbangan pembekal berserta mug. Berikut adalah nama pemenang kuiz :1. Nur Aisyah H Mohammad2. Nur Bazlah Ismail3. Hew Moei Foong4. Noor Azzyla Mohamed Amin5. Mohd Faidz Mohd Zain

Urusetia bergambar kenangan bersama peserta bengkelKetua Perpustakaan PATMA bergambar kenangan bersama pemenang dan kakitangan perpustakaan

Antara pelajar yang menyertai pertandingan Jejak Maklumat PUU

MUTIARA KATAMUTIARA KATA

“Melakukan kesilapan itu manusia dan “Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan”memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan”

Page 17: Inspirasi bil 9/2011

INS

PIR

AS

I BIL

9 J

UL-

DIS

201

1

17

Koleksi Pilih Simpan PPPUKM Jimatkan Ruang

Oleh: Azman Idris

Koleksi Pilih Simpan Perpustakaan Pusat Perubatan UKM (PPPUKM) yang terletak di aras 3, Blok Klinikal diwujudkan bertujuan menempatkan buku-buku Koleksi Am PPPUKM yang tidak dipinjam oleh pelanggan dalam tempoh tertentu. Koleksi jurnal bercetak juga ditempatkan di dalam koleksi ini. Kerja menyemak, mengenalpasti serta mengeluarkan buku bermula pada bulan Julai 2010 dan berakhir pada bulan Oktober 2010. Manakala, kerja-kerja pemindahan dan penyusunan siap dilaksanakan pada bulan Ogos 2011.

Sebanyak 4,578 buku telah ditempatkan di Koleksi Pilih Simpan. Selain itu, ruang koleksi ini juga dilengkapi dengan alat pendingin hawa untuk mengelakkan buku daripada berkulat. Pelanggan dibenarkan meminjam buku yang berada di Koleksi Pilih Simpan dengan menyemak GEMILANG dan berurusan di kaunter pinjaman. Inisiatif ini amat membantu perpustakaan dalam mengoptimumkan dan menjimatkan ruang jurnal kebelakangan yang lama dapat dijadikan ruang bacaan.

Beri t a da r i c abang

Ruang Koleksi Pilih Simpan di PPPUKM

Oleh :Harith Faruqi Sidek

“Ibarat sirih pulang ke gagang” begitulah ibaratnya koleksi bahan ilmiah milik Profesor Dr. Ding Choo Ming yang kini berada di Perpustakaan Tun Seri Lanang. Apa yang menarik bila menyingkap latar belakang ilmuwan kelahiran Setiawan Perak yang lebih mesra disapa dengan panggilan Pak Ding ini ialah, beliau merupakan mantan Pustakawan yang berkhidmat di Perpustakaan UKM selama hampir 17 tahun sebelum mengubah angin menjadi ahli akademik sejak 1989. Meskipun telah melewati usia persaraan wajib, atas nilai keilmuan beliau yang tinggi dan jasa bakti yang masih ditagih, maka beliau setia berkhidmat di Institut Alam dan Tamadun Melayu. Menurut Pak Ding, hasrat menyumbang kan koleksi ilmiah beliau ke Perpustakaan UKM adalah atas niat membalas budi, budi antara UKM dengan beliau dan sebaliknya. Beliau mahu koleksi tersebut kekal terpelihara agar dapat

PTSL Terima Koleksi Sumbangan Prof. Dr. Ding Choo Ming

dirujuk oleh masyarakat. Tambah Pak Ding lagi, sewaktu beliau mula berkira-kira mahu menyerahkan koleksi ini ke Perpustakaan UKM, datang tawaran dari Singapura yang turut berhajat untuk memiliki koleksi tersebut. Namun beliau lebih senang jika koleksi ini “berada di depan mata”, lalu tawaran dari seberang tambak itu diketepikan dengan senang. Hubungan koleksi Ilmiah Pak Ding dengan Perpustakaan bermula dengan titipan mel elektronik kepada Ketua Pustakawan, Tuan Haji Abu Bakat Maidin yang mewakilkan hajat beliau, mel berkenaan seterusnya dipanjangkan kepada Pustakawan di Bahagian Arkib dan Khas, Encik Harith Faruqi Sidek , Encik Abdul Muhaimin, selaku Pustakawan di Bahagian Perolehan turut dipanjangkan mel yang sama. Pada tanggal 14 September 2011, atas arahan Ketua Pustakwan, kedua pustakwan ini kemudianya menyusuri jejak koleksi Pak Ding ini di Pejabat beliau di ATMA dan kemudiannya ke kediaman lama beliau di Jalan Reko Kajang.

Di ATMA Pak Ding “berjiran “ dengan tokoh sasterawan dari Singapura, Pak Djamal Tukimin yang ironinya karyawan tamu ATMA itu merupakan penerima Anugerah Tun Seri Lanang , iaitu anugerah tertinggi bagi bidang kesusasteraan di Singapura pada tahun 2007. Rumah yang tiada berpenghuni itu rupanya telah menjadi kediaman koleksi ilmiah bidang kesasteraan melayu, khusunya pantun melayu lama. Meskipun koleksi ini seakan sudah lama tidak dijamah, namun kondisinya masih elok walaupun ada debuan. Perjanjian lisan antara Perpustakaan dengan Pak Ding adalah Pak Ding sendiri akan mempersiapkan koleksi beliau untuk dipindahkan dengan kotak yang disediakan oleh pihak perpustakaan. Sepertimana yang telah dijanjikan, pada 17 November 2011, 47 kotak dengan anggaran 2000 judul bahan ilmiah dari koleksi peribadi Profesor Dr. Ding Choo Ming telah dipindahkan ke Bahagian Koleksi Arkib dan Khas , Perpustakaan Tun Seri Lanang.

Pada masa ini koleksi beliau sedang dalam proses penyeneraian sebagai melengkapkan proses penerimaan di Bahagian Perolehan Perpustakaan Tun Seri Lanang. Buat Pak Ding, ikrar kami koleksi ini akan dimanfaatkan serta dikongsi bersama warga penyelidik demi melestarikan warisan kesusasteraan melayu, semoga masyarakat kita akan terus berpantun….

Nasi Lemak Buah BidaraPembuka selera Tuan dan PuanPantun Melayu Warisan KitaTakkan Pupus Ditelan Zaman

MUTIARA KATAMUTIARA KATA

“Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari “Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain”menilai 1000 orang lain”

Page 18: Inspirasi bil 9/2011

INS

PIR

AS

I BIL

9 J

UL-

DIS

201

1

18

Art i k e l p i l i h an

Oleh: Rohaya Umar

Pengenalan

Umumnya, setiap tahun perpustakaan mendapat peruntukan untuk memperolehi bahan perpustakaan sama ada dalam bentuk bercetak atau elektronik. Ini akan meningkatkan bilangan bahan dalam koleksi. Pertambahan bahan bercetak kelihatan lebih ketara dan lazimnya ruang yang terdapat di perpustakaan akan diubahsuai untuk menampung peningkatan koleksi bercetak.

Berkaitan dengan cabaran ini, pihak pengurusan perpustakaan perlu merancang secara strategik untuk menambah ruang perpustakaan bagi perkembangan koleksi dengan mengubahsuai ruang yang ada, membina ruang atau perpustakaan baru. Walau bagaimanapun, rancangan seperti ini tidak mudah untuk dilaksanakan kerana melibatkan peruntukan yang tinggi. Dalam hubungan ini, pihak perpustakaan perlu lebih kreatif dalam menghadapi cabaran ini, seperti melaksanakan proses “weeding” bahan-bahan perpustakaan.

Koleksi dan Ruang Perpustakaan UKM

Setiap tahun jumlah koleksi Perpustakaan UKM bertambah lebih kurang 17,000 naskhah bahan setiap tahun. Sehingga Disember 2010, Perpustakaan UKM mempunyai koleksi sebanyak 1,933,021 bahan (1,070,992 bahan bercetak, 502,961 buku elektronik, 21,541 jurnal elektronik dan 397,527 bahan media). Manakala ruang baca yang yang disediakan oleh Perpustakaan UKM adalah sebanyak 2,575 (PTSL – 1,633, PDAL – 400, PPPUKM – 192, PUU – 300 dan PATMA – 50).

Perpustakaan UKM juga mengalami masalah ruang kesan pertambahan bahan bercetak dan media perpustakaan. Strategi “ad-hoc” menampung bahan-bahan yang baru diterima dengan memasang rak-rak baru di ruang baca pelanggan perpustakaan. Ini akan menyebabkan ruang bacaan semakin berkurangan. Sehubungan dengan ini Perpustakaan UKM telah melaksanakan projek ‘weeding’.

Projek ‘Weeding’ di Perpustakaan UKM

Tujuan Perpustakaan UKM melaksanakan proses ‘weeding’ untuk menampung keperluan ruang buku-buku baharu dan juga mengemaskini koleksi dengan mengeluarkan buku-buku lama yang amat kurang digunakan. Pelanggan-pelangan perpustakaan juga membuat aduan koleksi perpustakaan mengandungi banyak buku lama dan kurang buku baharu. Perkara ini berlaku kerana banyak buku-buku lama dan buku-buku baharu terselit antaranya, mengakibatkan buku baharu tidak kelihatan. Perpustakaan Tun Seri Lanang mula melaksanakan projek ‘weeding’ pada tahun 2001. Proses ‘weeding’ dibuat berdasarkan garis panduan yang telah dipersetujui oleh

pengurusan perpustakaan. Kriteria pemilihan buku adalah seperti berikut:a) Buku-buku yang tidak dipinjam selama dua puluh (20) tahun dan ka atasb) Buku terbitan sebelum tahun 1960 bidang sains dan teknologic) Buku yang lebih tiga naskhah dan tidak dipinjam selama lima tahun kesemuanya atau kekerapan pinjaman buku-buku berkenaan tidak menunjukkan keperluan beberapa naskah di rak. Keluarkan naskah ke empat dan ke atas.

Projek ini dilaksanakan oleh pustakawan pada waktu pembacaan rak dari pukul 8 -9 pagi. Buku-buku yang telah dikeluarkan dari rak ditukar lokasinya dari am kepada pilih simpan dalam sistem perpustakaan dan disimpan dalam sebuah bilik. Oleh kerana bilik tersebut tidak mencukupi untuk menyimpan buku yang telah dikeluarkan dari rak maka projek ‘weeding’ terpaksa diberhentikan.

Pada tahun 2007, projek ‘weeding’ telah dilaksanakan semula di Koleksi Am pada waktu cuti semester. Semua kakitangan yang membuat penyusunan buku telah mengeluarkan buku-buku mengikut garis panduan yang sama. Pustakawan telah menyemak buku-buku tersebut terlebih dahulu sebelum lokasinya ditukar dalam sistem perpustakaan dan disimpan dalam rak khas. Buku-buku ini telah dikenali sebagai buku pilih simpan. Pelanggan tidak dibenarkan masuk ke rak tersebut. Jika pelanggan ingin merujuk buku pilih simpan, mereka perlu memohon kepada kakitangan yang bertugas di kaunter Bahagian Perkhidmatan Pelanggan. Buku tersebut masih boleh dipinjam seperti buku am. Walau bagaimanapun setelah buku tersebut dipulangkan oleh pelanggan, ia akan disimpan semula di rak pilih simpan.

Pada tahun 2008, projek ‘weeding’ telah dilaksanakan di Koleksi Arab dan Tamadun Islam dan pada tahun 2010, proses ‘weeding’ dilaksanakan pula di Koleksi Rujukan. Sebanyak 235 judul bahan rujukan telah dikeluarkan dari rak. Kriteria pemilihan buku rujukan yang dikeluarkan dari rak adalah indeks dan abstrak yang terdapat dalam bentuk dalam talian dan bahan rujukan yang diterbitkan sebelum tahun 1990an.

Di Perpustakaan Tun Seri Lanang terdapat lebih kurang 56,658 naskhah buku pilih simpan. Pada tahun 2009, pihak pengurusan perpustakaan telah memohon Jabatan Pengurusan Pembangunan membina dan mengubahsuai dua buah bilik di aras 1 dan 2 perpustakaan untuk menyimpan buku-buku pilih simpan. Saiz bilik di aras 1 ialah 24.3m x 16.2m manakala bilik di aras 2 berukuran 25.2m x 8.1m. Di samping itu pihak perpustakaan juga telah membeli tiga set kompaktus. Kompaktus tersebut telah diubahsuai spesifi kasinya mengikut kehendak perpustakaan contohnya lebar rak dalam kompaktus telah dikecilkan mengikut kesesuaian susunan buku.

Projek ‘Weeding’ Di Perpustakaan UKM

Page 19: Inspirasi bil 9/2011

INS

PIR

AS

I BIL

9 J

UL-

DIS

201

1

19

Buku-buku pilih simpan telah disusun mengikut nombor panggilan. Apabila memikir jangka panjang perkembangan koleksi pilih simpan, pihak perpustakaan bersetuju untuk menampal barkod khas di setiap buku tersebut. Nombor barkod telah dimasukkan dalam sistem perpustakaan iaitu di sebelah nombor panggilan dan di ruang nombor EPN di skrin item. Nombor barkod ini boleh dibuat pencarian dalam OPAC. Kini buku-buku pilih simpan telah disusun mengikut turutan nombor barkod secara padat di kompaktus atau rak. Tujuan penyusunan buku mengikut nombor barkod supaya pihak perpustakaan tidak perlu membuat anjakan buku apabila projek ‘weeding ‘ dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

Bahagian Jurnal Perpustakaan Tun Seri Lanang juga telah melaksanakan proses ‘weeding’ pada jurnal yang mempunyai banyak naskhah. Sekarang terdapat 2,800 naskah jurnal pilih simpan yang disimpan dalam kompaktus.

Perpustakaan Dr. Abdul Latiff juga telah mengeluarkan 1,638 buku lama dari rak Koleksi Am. Buku-buku yang dikenali sebagai buku kebelakangan ini telah disimpan dalam bilik khas. Lokasi buku dalam sistem perpustakaan juga telah ditukar untuk kemudahan pelanggan dan kakitangan perpustakaan. Perpustakaan Dr. Abdul Latif juga telah mengikuti langkah Perpustakaan Tun Seri Lanang dengan menampal barkod khas di buku kebelakangan dan nombor barkod telah dimasukkan dalam sistem perpustakaan. Projek penampalan barkod ini telah mula dilaksanakan pada bulan November 2011.

Perpustakaan Pusat Perubatan UKM pula melaksanakan proses ‘weeding’ pada bulan Julai 2010 sehingga Julai 2011. Sebanyak 4,578 naskah buku dan 11,293 naskhah jurnal bercetak telah dikeluarkan dari rak dan disimpan dalam satu bilik khas. Proses ‘weeding’ dilaksanakan kerana ruang di perpustakaan tidak lagi mencukupi untuk menampung buku-buku baru. Perpustakaan Pusat Perubatan UKM tidak lagi melanggan jurnal bercetak. Semua jurnal yang dilanggan adalah dalam bentuk elektronik.

Perpustakaan UKM pernah melaksanakan proses pelupusan di Koleksi Arab dan Tamadun Islam. Sebanyak 419 judul buku telah dilupuskan kerana buku telah rosak teruk dan tidak lagi boleh dibaiki atau dijilid semula. Cara pelupusan dilaksanakan adalah seperti berikut:a) Menyenaraikan judul bahan yang dilupuskan mengikut format pelupusanb) Senarai diserah kepada Jawatankuasa Pelupusan untuk kelulusanc) Setelah mendapat kelulusan bahan dilupuskan.d) Rekod bahan dalam sistem perpustakaan dikemaskini.

Oleh kerana buku yang dilupuskan ini adalah buku dari Koleksi Arab dan Tamadun Islam, maka buku-buku ini telah dihantar ke Pusat Pelupusan Qur’an di Cheras.

Setelah buku lama dikeluarkan, rak semakin lapang. Projek anjakan buku telah dilaksanakan agar pengisian

buku di setiap rak seimbang. Di samping itu buku-buku yang baru diperolehi boleh disusun di rak tersebut. Pihak perpustakaan juga tidak perlu membeli atau menambah rak baru. Sebahagian rak kosong telah dimasukkan dalam bilik pilih simpan untuk menempatkan buku-buku pilih simpan. Sehubungan itu terdapat ruang kosong dan pihak perpustakaan telah menambah ruang baca.

Kesimpulan

Sebagai sebuah perpustakaan universiti, perpustakaan perlu membangunkan koleksi agar sentiasa terkini dan menepati keperluan pelanggan. Perpustakaan juga perlu mempunyai strategi-strategi terancang bagi menangani cabaran keperluan ruang kesan dari peningkatan koleksi dan harapan pelanggan kepada perpustakaan agar sentiasa mempunyai koleksi yang terkini.

Antara strategi yang berkesan bagi menangani masalah keperluan ruang adalah dengan melaksanakan proses ‘weeding” yang mana bahan-bahan yang lama dan amat kurang digunakan disimpan di koleksi atau bilik khas. Walaupun proses ini memakan masa lama tetapi banyak faedah yang boleh didapati oleh perpustakaan mahupun pelanggan. Perpustakaan dapat menggunakan ruang dengan berkesan. Di samping itu pelanggan berpuas hati dengan koleksi perpustakaan di mana buku baru lebih terserlah dan pelanggan lebih mudah mencari bahan yang diperlukan. Bagi kakitangan perpustakaan pula, mereka lebih mudah menyusun bahan di rak kerana jumlahnya telah berkurangan.

Art i k e l p i l i h an

Proses weeding buku dari rak ke kompaktus

Page 20: Inspirasi bil 9/2011

INS

PIR

AS

I BIL

9 J

UL-

DIS

201

1

20

Piawai Baru Pengkatalogan “Resource Description and Access”

Oleh:Hayatul-Azlah Ghazali

Resource Description And Access atau lebih dikenali dengan RDA merupakan satu standard baru untuk rujukan pengkatalogan bahan di zaman perkembangan teknologi maklumat kini. RDA sebenarnya masih dalam peringkat kajian dan kelak akan menggantikan AACR2 ekoran daripada kritikan yang mengatakan AACR2 kini tidak lagi sesuai dimanfaatkan dalam zaman teknologi yang semakin berkembang kerana kod pengkatalogan yang digunakan adalah terlalu kompleks dan kuno serta sukar diterapkan untuk bahan-bahan digital. AACR2 masih berterapkan konsep kad katalog zaman dahulu.

Hasil daripada kritikan-kritikan yang diterima maka, Joint Steering Committee for Revision AACR2 dan Committee of Principles for AACR2 telah mula melakukan perubahan kepada kod/sistem pengkatalogan agar bersesuaian dengan perkembangan teknologi masa kini khasnya kepada sumber-sumber digital.

RDA juga merupakan suatu kerangka yang fl eksibel untuk mendeskripsikan sumber-sumber digital. Data-data lebih mudah disesuaikan dengan struktur pangkalan data, lebih efi sien dan ‘compatible’ dengan cantuman yang telah ada dalam katalog perpustakaan dalam talian. RDA dibangunkan atas landasan AACR dan merupakan panduan untuk deskripsi (resource description) dan akses yang meliputi semua jenis sumber di dunia digital.

RDA dikembangkan oleh IFLA berdasarkan kepada :a. The International Cataloguing Principles b. Functional Requirements for Bibliographic Record c. Functional Requirements for Authority Data d. For Bibliographic Description International Standard

RDA tidak diperolehi dalam bentuk atau format bercetak seperti AACR tetapi diperolehi dalam bentuk ‘web-based tools’. Ia direka sesuai dengan konsep dunia digital yang memiliki ciri khusus sebagai berikut : (1) Disesuaikan dengan FRBR ( Functional Requirement for Bibliographic Record) dari IFLA dan model data baru yang relevan. (2) Tata letak dan format lebih ramah terhadap pengguna (user-friendly). Maksudnya tidak hanya dimengerti oleh pustakawan sahaja, tetapi juga kepada orang awam.(3) Struktur RDA mempunyai tiga bahagian atau seksyen utama, ditambah dengan beberapa lampiran (untuk penggunaan huruf besar, singkatan, kata sandang, penyajian data deskriptif dan data pengendalian titik temu) , suatu daftar istilah, dan index.

Tiga bahagian utama tersebut adalah: • Part I – Resource Description (termasuk sasaran fungsional dan prinsip-prinsip deskripsi sumber maklumat) • Part II – Relationships atau hubungan (petunjuk umum

tentang hubungan-hubungan, termasuk individu, keluarga, badan korporat, hubungan dengan sumber ; sitasi untuk karya yang berhubungkait, dan petunjuk khusus untuk beberapa jenis karya tertentu) • Part III – Access Point Control (merumuskan titik akses dan mencatat data yang digunakan dalam pengendalian titik akses).

Di antara kandungan kerangka (draft) yang paling mutakhir bagi RDA adalah seperti berikut:• Introduction • General guidelines for resource description • Identifi cation of the resource• Technical description • Content description • Information on terms of availability

Banyak maklumat-maklumat berkenaan RDA didapati dalam Internet dan Pustakawan boleh memilih mana-mana ‘link’ yang sesuai untuk merujuk. Berikut disenaraikan beberapa ‘link’ berkenaan RDA iaitu: Read Adam Schiff’s presentation for BCLA 2010http://rda-jsc.org/docs/BCLAPresentation.ppt

Listen to podcasts by the Library 2.0 Ganghttp://librarygang.talis.comWatch LC webcasts http://www.loc.gov/catdir/cpso RDAtest/rdatraining.html

Kesimpulannya, terdapat beberapa kelebihan RDA iaitu RDA membawa perpustakaan menuju ke era digitalisasi dengan menyediakan panduan untuk mengkatalog bahan digital dan bukan digital. RDA berfokus pada deskripsi sumber maklumat dan pengguna dapat menggunakan kandungan RDA dengan berbagai skema pengkodan, misalnya MODS ( Metadata Object Descriptions Standard), MARC 21 atau Dublin Core, RDA bersifat adaptif dan fl eksibel iaitu dapat digunakan oleh masyarakat di luar perpustakaan malahan RDA dapat disesuaikan, untuk mengkatalog jenis bahan perpustakan yang spesifi k. Akhir kata, RDA dijangka dapat meningkatkan keefi sienan mengkatalog bahan mengikut format khusus dan juga melalui ‘online tools’.

Art i k e l p i l i h an

Page 21: Inspirasi bil 9/2011

INS

PIR

AS

I BIL

9 J

UL-

DIS

201

1

21

Beri t a Kak i t angan

Berita Kakitangan (Ogos - Disember 2011)

Bil. Nama Jawatan Tarikh Lapor Diri

Penempatan

1. Ashraf Azrul Ahmed Kamel

Pembantu Perpustakaan S17

8.8.2011 Bhg. Pengurusan Jurnal & Jilidan

Bil.

Nama

Jawatan

Bahagian

Tarikh

1. Abd. Razab Idris Pembantu Perpustakaan S22 (KUP)

BPP Bersara wajib pada 10.10.2011

2. Abdullah Zawawi Ab. Hamid

Juruteknik J22 (KUP) Koleksi Media Bersara wajib pada 17.12.2011

Bil.

Nama

Jawatan

Bahagian

Tarikh

1.

Ahmad Termizi Hj. Ibrahim

Pembantu Perpustakaan S22 (KUP)

BPP

31.10.2011

2.

Johari Badu Jabar

KAT/DOK

3.

Manan Abd. Rahman

Koleksi Media

4.

Shaari Barmawi

PDAL

5.

Zainol Rasid Abd. Hamid

PDAL

Bil.

Nama

Bahagian

Tarikh

1. Norazlina Ali Koleksi Media 27.9.2011 2. Nora da Nordin PDAL 2.10.2011 3. Nur Asyikin Lut Ahmad PDAL 25.10.2011 4. Nur Iklimiah Mohd Ali Hana ah Koleksi Media 7.11.2011

Bil.

Ahli Keluarga

Nama Kakitangan

Bahagian

Tarikh

1. Ayahanda Mohd A andi Hashim PPPUKM 11.11.2011 2. Bonda Meor Jalaluddin Meor

Jamaluddin PDAL 11.12.2011

Bil.

Nama

Bahagian

Tarikh

1. Noor Marina Yusof KAT/DOK 12.11.2011 2. Muhammad Ari n Abdul Rahman Pengurusan

Jurnal & Jilidan 4.12.2011

Kakitangan Baru

Persaraan

Kenaikan Pangkat

Kelahiran Cahayamata Pertama

Takziah (Anggota Keluarga Yang Telah Kembali ke Rahmatullah)

Perkahwinan

Page 22: Inspirasi bil 9/2011

INS

PIR

AS

I BIL

9 J

UL-

DIS

201

1

22

Beri t a Bergamba r

KKSP berbakti di Kampung Merual, Seri Menanti23 Julai 2011

Info Hunt Jurnal 29 Julai 2011

Lawatan Universitas Kristen Satya Wacana, Indonesia 12 Ogos 2011

Page 23: Inspirasi bil 9/2011

INS

PIR

AS

I BIL

9 J

UL-

DIS

201

1

23

Beri t a Bergamba r

Perpustakaan dan Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-54

Majlis Jamuan Hari Raya Perpustakaan UKM 2011 15 September 2011

Pertandingan KIK Perpustakaan 8 Dis 2011

Page 24: Inspirasi bil 9/2011

INS

PIR

AS

I BIL

9 J

UL-

DIS

201

1

24 Majlis Persaraan Kakitangan15 Disember 2011

Lawatan Pustakawan Korea 20 Disember 2011

Majlis Penghargaan Perkhidmatan Kakitangan Perpustakaan UKM 201115 Disember 2011