inspirasi bil 12/2013

40
BIL : 12 JANUARI - JUN 2013 ISSN 2232-0555 Pameran Bebaskan Palestin Mereka Juga Saudara Kita ms 14 Hak Cipta Hak Cipta The 11thAnnual Library Leadership Institute: Repositioning Libraries and Librarians for the Next Generation ms 12 Isu Hak Cipta Hubungan Masa Lalu dan Kini ms 5 Konsep Pembuktian dalam Undang-Undang ms 8 Akta Hak Cipta dalam Pinjaman Antara Perpustakaan dan Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan ms 10 Isu Hak Cipta dalam Pengurusan Perpustakaan ms 4 The Blue Ocean Strategy: Challenging The Convention ms15 Malay Wedding in Terengganu ms 18 Panduan dalam Penulisan Artikel Jurnal ms 13

Upload: donhan

Post on 28-Dec-2016

265 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Inspirasi bil 12/2013

BIL : 12 JANUARI - JUN 2013 ISSN 2232-0555

Pameran Bebaskan Palestin

Mereka Juga Saudara Kita ms 14

Hak CiptaHak Cipta

The 11thAnnual Library Leadership

Institute: Repositioning Libraries and

Librarians for the Next Generation

ms 12

Isu Hak Cipta Hubungan Masa Lalu dan Kini ms 5

Konsep Pembuktian dalam

Undang-Undang ms 8

Akta Hak Cipta dalam Pinjaman Antara Perpustakaan dan Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan ms 10

Isu Hak Cipta dalam Pengurusan Perpustakaan ms 4

The Blue Ocean Strategy:

Challenging The Convention ms15

Malay Wedding in Terengganu ms 18

Panduan dalam Penulisan Artikel

Jurnal ms 13

Page 2: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 20132

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Baru-baru ini saya menghadiri konvensyen perpustakaan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia di INTAN. Antara isu yang disebut dalam konvensyen tersebut adalah kerelevanan perpustakaan dalam menghadapi

persekitaran maya. Dalam ucaptama Mesyuarat AUNILO yang diadakan di Universiti Malaya baru-baru ini, penceramahnya juga bercakap mengenai perkara yang sama. Nampaknya, perkara ini sudah menjadi isu global.

Jennings E (2013) dalam makalah yang berjudul “Th e Relevance of Academic Libraries in the Twenty-First Century” memaklumkan perlunya perpustakaan menilai perkhidmatan semasa, bagaimana perkhidmatan disampaikan dan peranan perpustakaan dalam budaya akademiknya. Sebagai warga perpustakaan, kita wajar membaca artikel ini, bagi melihat dan menilai cadangan-cadangannya

agar Perpustakaan UKM terus relevan di abad ke-21.

Sebagai institusi yang menyediakan perkhidmatan perpustakaan dalam dunia akademik, perkembangan ini tentunya mencabar pemikiran kita. Apakah benar, perpustakaan tidak lagi relevan atau semakin kurang relevan dalam kemajuan teknologi ini. Adakah “Mr Google” telah mengambil alih peranan perpustakaan.

Kalau kita lihat statistik kunjungan fi zikal ke Perpustakaan UKM dan juga kunjungan maya yang menggunakan pangkalan data dalam talian perpustakaan, statistiknya masih lagi mencapai jutaan. Begitu juga dengan statistik pinjaman bahan, walaupun berlaku pengurangan, tetapi masih lagi dalam sekitar setengah juta setahun.

Dalam menghadapi cabaran ini, saya amat berharap kepada warga perpustakaan terutama pegawai ikhtisas untuk bersama berfi kir, merancang dan bertindak bagi menjadikan Perpustakaan UKM sebagai institusi yang amat relevan dan diperlukan oleh warga kampusnya. Penilaian yang objektif harus dilakukan terhadap perkhidmatan semasa. Kita tidak boleh merasa selesa dengan pencapaian yang ada. Masih banyak lagi ruang untuk diperbaiki, sama ada perkhidmatan mahupun kemudahan.

Akhir sekali, kepada warga Perpustakaan UKM, jangan lupa amanah dan tanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan perpustakaan kepada warga kampus UKM. Laksanakanlah amanah ini dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan. Perpustakaan harus bergerak ke arah lebih cemerlang bagi memenuhi matlamat Universiti.

Sekian, terima kasih.

Tuan Haji Abu Bakar MaidinKetua Pustakawan UKM

Ketua EditorShahruddin Shafri

Sidang Editor Azlan Mohamad HamzahMohd Syamrooz Kamal Mhd. RedzaMohd Rajak TelimikNorbaizura MalekNorliah SukarnoNoor Farhana Mohd SalehRosnah AhmadShamsudin Ibrahim

Reka LetakRusiah Husin

Abu Bakar Maidin (Ketua Pustakawan)Hafsah Mohd (Ketua Pembangunan Sumber)Noraini Omar (Ketua Pengurusan Perkhidmatan)Rosnah Suliman (Ketua Perpustakaan Pusat Perubatan UKM)Rohaya Umar (Ketua Perpustakaan Dr. Abdul La ff )Aripah Mohamed (Ketua Perpustakaan ATMA)Anna Kustyana Mukandar (Ketua Perpustakaan Undang-Undang)Zaidah Sulaiman (Ketua Perpustakaan Lingkungan ke 2)Azmah Ishak (Timbalan Ketua Pustakawan)Lela Ruzma Mohd Shaari (Timbalan Ketua Pustakawan)Rosnah Yusof (Timbalan Ketua Pustakawan)Wan Suhaimi Ariffi n (Timbalan Ketua Pustakawan)Hazmir Zainal (Timbalan Ketua Pustakawan)

Fotografi Bahagian Koleksi Media

PercetakanPenerbit UKM

Sidang Editor INSPIRASI amat mengalu-alukan sumbangan ar kel, berita atau rencana mengenai pengurusan maklumat dan keilmuan. Sila hantarkan berita atau ar kel kepada:

Editor INSPIRASI Perpustakaan Tun Seri Lanang43600 UKM Bangi, Selangor Darul EhsanTel: 03-89215022Emel: [email protected](Ketua Editor)

PENGURUSAN PERPUSTAKAAN UKM

Sekian, terima kasihhhhhhhhhhhh.

WARGA KERJA INSPIRASI

Sekapur Sirih Seulas Pinang

Page 3: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 2013 3

Assalamualaikum wbt.

Ramadhan Kareem kepada semua warga perpustakaan UKM dan para pembaca sekelian.Semoga bulan Ramadhan kali ini menambahkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepadaNya. Semoga Allah SWT mempermudahkan semua urusan hamba-hambaNya dalam melakukan ketaatan dan ibadah.

Alhamdulillah dengan izinNya, Berita Perpustakaan: Inspirasi muncul lagi berkat komitmen semua rakan-rakan penyumbang dan sidang editor. InsyaAllah untuk memastikan keluaran kali ini lebih menarik, sidang editor telah mengambil langkah “membengkelkan” semua ahli seharian untuk melakukan tugasan. Tugasan yang dimaksudkan seperti pengumpulan dan kemaskini status bahan dan artikel yang diperolehi. Proses rekabentuk dan “lay-out” dilakukan dimakmal komputer. Hasilnya alhamdulillah ada peningkatan dari segi bahan dan berita serta ruangan yang akan diterbitkan.

Untuk keluaran kali ini Isu Hakcipta di perpustakaan menjadi tema utama dalam penulisan. Hakcipta yang selalu kita dengar di dada-dada akhbar maupun penulisan berkisar tentang hakcipta dalam dunia seni dan hiburan, penerbitan buku dan lain-lain. Sangat sedikit tulisan dalam mengupas atau memberi pandangan tentang isu-isu yang berkaitan dengan dunia perpustakaan.

Alhamdulillah dengan berkat kerjasama beberapa rakan dan penulis jemputan kita cuba mendapat gambaran awal tentang isu ini didalam ruang lingkup “Hakcipta dan Perpustakaan”.

Isu Hakcipta dalam Pengurusan Perpustakaan yang ditulis oleh Prof. Madya Dr. Nazura Abdul Manap dari Fakulti Undang-Undang UKM, umpamanya menjelaskan kepada kita isu-isu yang sering timbul di dalam pengurusan perpustakaan yang perlu warga pustakawan mengetahuinya. Secara ringkas menurut beliau walaupun berlaku pelbagai perubahan dari segi fungsi dan tugas, kandungan bahan dan lain-lain, sifat institusi ini yakni perrpustakaan masih kekal dengan “menguruskan bahan-bahan berhakcipta”.

Saudara Harith Faruqi Sidek menyentuh tentang hubungan sejarah masa lalu dan kini hakcipta dan Perpustakaan. Dalam tulisan beliau bertajuk “Isu hakcipta : Hubungan Masa Lalu dan Kini” beliau membawa pembaca menyelusuri sejarah penguatkuasaan Akta Hakcipta di Malaysia, Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan/ Legal Deposit dan isu-su yg timbul dalam perkhidmatan di dalam perpustakaan seperti isu mesin fotokopi. Beliau juga menghuraikan sedikit perkembangan perpustakaan dan kaitan dengan industri buku.

Satu lagi isu yang menarik dalam hakcipta kali ini ialah artikel yang ditulis oleh Saudara Mohd. Syamroz Kamal Mhd. Redza iaitu “Akta Hak Cipta dalam Pinjaman Antara Perpustakaan dan Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan: Perlaksanaannya di Amerika Syarikat dan Malaysia. Isu ini agak kurang dibincang secara lebih mendalam kerana ianya melibatkan beberapa perkara yang sensitif.

Untuk keluaran ini juga kita mendapat kerjasama dari penulis jemputan lain iaitu Prof. Madya Dr. Anisah Che Ngah dari Fakulti Undang-Undang, UKM yang menulis tentang “Konsep Pembuktian dalam Undang-Undang”.

Pelbagai artikel juga boleh dibaca di dalam ruangan “Artikel Pilihan”. Untuk keluaran kali ini kita juga mendapat sumbangan artikel dari seorang pelajar luar negara iaitu Luca Morss, pelajar pertukaran University of Duisburg-Essen, Germany dari Fakulti Kejuruteraan dan Persekitaran UKM. Disamping itu pelbagai berita dan peristiwa yang berlaku di sepanjang enam bulan pertama dimasukkan di dalam berita kakitangan, KKWP, lawatan penandaarasan, CSR, Berita Perpustakaan Cabang, Promosi Perpustakaan dan lain-lain.

Semoga dengan usaha-usaha yang sedikit ini dapat mendokumenkan semua isu dan peristiwa yang berlaku di dunia perpustakaan dan warganya untuk dijadikan sejarah yang akan dinilai disuatu hari nanti. Semoga ianya akan menjadi rujukan untuk generasi seterusnya dan mengambil panduan dan iktibar.

Terima Kasih semua. Wassalam

KANDUNGANHalamanSEMASA

Isu Hak cipta dalam Pengurusan perpustakaanIsu Hak cipta Hubungan Masa Lalu dan Kini

Konsep Pembuktian dalam Undang-Undang

Akta Hak cipta dalam Pinjaman Antara Perpustakaan dan Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan

ARTIKEL PILIHANThe 11th Annual Library Leadership InstitutePanduan Dalam Penulisan Artikel Jurnal

Pameran Bebaskan Palestin

The Blue Ocean Strategy

Academic Librarian 3

Audit Universiti Penyelidikan (UP) 2013

ARTIKEL PENULIS JEMPUTANMalay Wedding in Terengganu

SOROTON PERISTIWA

BENGKEL/SEMINARBengkel Garis Panduan Hak cipta untuk Perpustakaan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia

Seminar Library Technology Update

Bengkel Lonjakan Sebutan (Petikan) 2013

Ceramah Penerbitan Jurnal 2013 oleh Elsevier

Bengkel Analisis Penerbitan Jurnal Berimpak Tinggi

Bengkel Pengurusan Jurnal 2013

Bengkel perkongsian Maklumat Pustakawan

Bengkel Pemantapan Kaunter Jurnal

LAWATAN PENANDAARASANLawatan ke Management Science University

Lawatan ke Perpustakaan dan Restorasi Perbadanan kemajuan Filem Nasional (FINAS)

Lawatan Penandaarasan Perpustakaan UKM ke Pusat Maklumat Sawit (MPOB)

Kakitangan Perpustakaan UKM sertai Lawatan ke Perpustakaan UTHM

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT Tautan Kasih@Khidmat Baitul Mahabbah

BERITA DARI CABANGPerpustakaan Undang-Undang Berwajah Baru

Majlis Jasamu di Kenang

Dasar Baharu Peminjaman Bahan Media PDAL

Inisiatif Perpustakaan Promosi Kursus Kemahiran Maklumat melalui Cafe Library

The Biomedical & Life Sciences Collection

Team Building : 1 Hati 1 fikir 1 Tindakan

Penyelenggaraan Koleksi PADAT dari ATMA ke PATMA

Zon Senyap di PTSL

PROMOSI PERPUSTAKAAN

RUANGAN KKWP

BERITA KAKITANGAN

13

16

14

25

26

29

33

22

32

18

28

34

15

10

4

58

12

2324

27

29

3435

36

TeTeririmama K Kasssasasasihiihih s sememuaua

Shahruddin ShafriKetua Editor

Dari Meja Ketua Editor

24

24

33

37

30

17

20

31

38

38

36

Page 4: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 20134

Artikel Semasa

Pe r p u s t a k a a n terkenal sebagai sebuah gedung

yang menyimpan khazanah ilmu. Kalau dulu, perpustakaan sangat terhad p engisiannya dengan hanya dipenuhi dengan buku-buku dan manuskrip-manuskrip dari pelbagai bidang, kini, perpustakaan bukan sahaja terdiri dari buku ilmiah malah bahan-bahan lain seperti audio visual, pangkalan data elektronik dan lain-lain seumpamanya.

Apapun perubahan yang berlaku kepada perpustakaan, sifat institusi ini yang mengendalikan bahan berhak cipta masih kekal. Walaupun tanpa disokong dengan kajian rasmi, sangat mudah dinyatakan di sini lapan puluh peratus atau lebih kandungan perpustakaan diwakili oleh bahan yang mengandungi hak cipta. Contoh-contoh seperti buku, manuskrip, dokumen, jurnal, majalah, bahan audio visual seperti lagu, fi lem, dokumentari sehinggalah ke pangkalan data elektronik juga berada dalam naungan hak cipta.

Ini bermakna kewajipan harian pengurus perpustakaan adalah berurusan dengan bahan hak cipta. Persoalannya di sini, adakah bahan hak cipta itu diuruskan dengan betul menurut etika dan undang-undang yang ditetapkan. Tidak dapat dinafi kan di sini, matlamat utama pengurus perpustakaan adalah untuk memberi kemudahan terbaik kepada pengguna dalam mendapat akses kepada perkhidmatan yang disediakan. Untuk mencapai tujuan tersebut, pelbagai usaha telah dilakukan seperti menyediakan mesin fotokopi bagi memudahkan pengguna memperolehi bahan, menyediakan pangkalan data khusus mengandungi artikel dari jurnal yang kerap dirujuk oleh pengguna, membuat kompilasi bahan secara manual dan elektronik, membuat salinan sokongan, membuat dan membenarkan tayangan fi lem dan mainan lagu serta aktiviti-aktiviti lain berkaitan hasilkarya hak cipta.

Misalan di atas sekiranya dilakukan menurut lunas undang-undang mungkin tidak menimbulkan isu pelanggaran hak cipta. Sebagai contoh, penyalinan buku atau jurnal dibuat menurut yang dibenarkan oleh undang-undang hak cipta atau dibenarkan oleh pemiliknya, usaha kompilasi dibuat dengan mendapat kebenaran daripada penerbit hasilkarya berkenaan, salinan

sokongan dibuat dalam jumlah yang diperlukan bagi sebagai salinan gantian sekiranya salinan asal rosak, hilang atau tidak boleh digunakan lagi serta tayangan dan mainan fi lem dan lagu dibuat untuk tujuan yang dibenarkan sahaja , yang pastinya tiada keuntungan komersial yang diperolehi.

Namun, sedar atau tidak, pengurus perpustakaan biasanya malah kerap terjebak dalam kesalahan pelanggaran hak cipta. Mungkin ada yang bertanya, “kami lakukan itu untuk tujuan memudahkan pengguna perpustakaan”, malangnya perumpamaan yang menyatakan “matlamat tidak menghalalkan cara” adalah sangat benar. Semurni manapun niat pengurus perpustakaan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna tidak membenarkan mereka mengeksploitasikan bahan hak cipta secara semborono tanpa menurut undang-undang yang berkuatkuasa.

Walaupun undang-undang berkaitan hak cipta di Malaysia adalah sangat jelas mengenai perlindungan yang diberikan kepada bahan hak cipta, ia mungkin kurang atau tidak jelas kepada pengurus perpustakaan. Anggapan bahawa sebagai contoh, buku yang dibeli oleh perpustakaan dengan harga tertentu membolehkan mereka membuat salinan dan diletakkan di rak buku perpustakaan atau bayaran telah dibuat bagi penggunaan pangkalan data tertentu membolehkan mereka memuaturun dan mengkompilasikan bahan secara manual atau elektronik adalah sangat silap sama sekali. Hakikatnya, walaupun buku-buku itu dibeli dengan harga ribuan ringgit atau pangkalan data itu telah dibayar lesennya sehingga ratusan ribuan ringgit, status pemilikan tidak pernah berpindah kepada institusi perpustakaan yang membeli, milikan tetap berada di tangan penerbit ataupun penulis.

Berdasarkan fakta ini, segala tindakan pengurus perpustakaan perlulah dilakukan dalam lingkungan yang dibenarkan oleh undang-undang hak cipta. Undang-undang hak cipta di Malaysia ditadbirkan oleh Akta Hak Cipta 1987. Tiada langsung penggunaan perkataan bahan perpustakaan dalam Akta ini, walau bagaimanapun, seksyen 7 dan seksyen 8 menyenaraikan hasilkarya-hasil karya hak cipta yang kebanyakannya wujud dalam perpustakaan. Seksyen

7 Akta Hak Cipta 1987 memberi perlindungan kepada hasilkarya sastera, seni, muzik, fi lem, rakaman bunyi dan siaran, manakala seksyen 8 akta yang sama mengiktirafkan perlindungan kepada hasilkarya adaptasi, terjemahan, apa-apa hasilkarya yang dipindahkan dalam bentuk lain, kompilasi hasilkarya termasuk pangkalan data manual dan elektronik. Boleh dikatakan ke semua hasilkarya yang diperincikan dalam seksyen 3 Akta Hak Cipta 1987 menyebut sebahagiannya seperti buku, triti, kamus, semua bentuk penulisan, lukisan grafi k, lukisan,peta, hasilkarya audio visual seperti lagu, video fi lem, hasilkarya penyiaran dari stesen TV boleh ditemui dan diperolehi dalam perpustakaan.

Kalaupun boleh ditemui perkataan ”perpustakaan” dalam Akta ini, ia diperuntukkan dalam seksyen 13(2)(i) Akta Hak Cipta 1987 yang memberi ruang penggunaan bahan hak cipta tanpa izin. Menurut seksyen ini pengecualian ini boleh digunakan asalkan ia dilakukan bersesuaian dengan amalan yang wajar dan peruntukan mana-mana peraturan serta tidak berasaskan keuntungan. Ternyata, tindakan pengurusan perpustakaan yang cenderung kepada perlanggaran hak cipta mampu berteduh di bawah pengecualian ini. Melabelkan segala tindakan sebagai amalan wajar kelihatan mampu membantu mereka, tetapi hakikatnya kewajaran itu punya ujian tersendiri. Ujian-ujian ini biasanya diasaskan kepada keputusan hakim di mahkamah Malaysia dan juga mahkamah-mahkamah negara common law.

Isu hak cipta yang melibatkan perpustakaan ini telah berlaku sejak mula kewujudan perpustakaan lagi. Apa yang paling penting adalah bagaimana mengimbangi hak pemilik hasilkarya hak cipta dan hak pengurus perpustakaan dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Paling ketara di Malaysia ialah walaupun undang-undang hak cipta tersedia untuk digunakan tetapi sifatnya sangat umum dan perlukan perincian lebih khusus untuk pemakaian kepada perpustakaan. Justeru itu, garis panduan lengkap bagi membantu pihak pengurusan perpustakaan adalah sangat perlu dalam menangani isu hak cipta ini.

Isu Hak Cipta ddalam PPengurusaan Perpuustaakaann

PROF MADYA DR. NAZURA ABDUL MANAP

Proof MMadyya Dr. Naazura Abddul Mannap PPensyaraah Kanann

FFakuulti UUndang--Undangg, UUKM.nnazura@@ukm.myy

Page 5: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 2013 5

Artikel Semasa

Pendahuluan

Se b a g a i s e b u a h ins t i tus i

yang menawarkan perkhidmatan maklumat, perpustakaan tidak dapat lari dari berhadapan dengan isu hak cipta, namun peraturan keatas perpustakaan itu agak longgar dan bergantung kepada ‘perlakuan wajar’. Di Eropah misalnya, undang-undang hak cipta telah diperkenalkan seawal tahun 1700an lagi, namun peruntukan yang menyentuh tanggungjawab perpustakaan dikatakan hanya terkandung dalam undang-undang hak cipta di Denmark pada tahun 1741. (Clausen, 2004 : 417).

Di Malaysia, Akta Hak Cipta 1987 juga tidak menyentuh secara khusus tentang bahan perpustakaan, sebaliknya perlindungan hak cipta secara am ke atas semua jenis penerbitan yang boleh didapati di perpustakaan, umpamanya buku, kamus, peta, bahan audio visual dan lain-lain. Begitu juga dengan pengecualian ke atas perkhidmatan perpustakaan dari akta berkenaan di bawah apa yang disebut sebagai ‘perlakuan wajar’ yang tidak bermotifkan keuntungan.

Menurut laporan News Straits Times bertarikh 27 April 1997, usaha memperkasa undang-undang hak cipta sebenarnya telah dibuat oleh Persatuan Pustakawan Malaysia pada tahun

1997 lagi, iaitu dengan menghantar memorandum kepada Bahagian Harta Intelek, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Memorandum tersebut bertujuan menuntut agar diwujudkan garis panduan yang lebih jelas khususnya dalam perkara yang membabitkan aktiviti membuat penyalinan semula yang sudah menjadi perkhidmatan asas bagi semua perpustakaan di Malaysia.

Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan / Legal DepositAkta Penyerahan Bahan atau legal Deposit bertujuan untuk memelihara pemeliharaan penerbitan bagi sesebuah negara. Di Malaysia akta ini telah wujud sebagai Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986. Mengikut akta ini, setiap penerbitan yang dihasilkan, perlu diserahkan kepada perpustakaan Negara. Dalam konteks Malaysia pula, penerbit perlu menyerahkan penerbitan mereka dalam tempoh sebulan daripada tarikh ianya diterbitkan.

Bagi sesetengah penerbit, Akta Penyerahan Bahan/Legal Deposit lebih dilihat dari sudut negatif, iaitu kerugian bagi mereka, apatah lagi Konvensyen Berne pada tahun 1886 tidak menyatakan tentang keperluan menyerahkan setiap penerbitan untuk tujuan pemeliharaan hak cipta kepada perpustakaan, tetapi di United Kingdom, Akta Penyerahan Bahan atau Legal Deposit ini telah

dimasukkan dibawah Akta Hak Cipta 1911 dengan menyatakan secara jelas agar semua bentuk bahan penerbitan perlu diserahkan kepada perpustakaan (Russon, 2001: 84).

Sewaktu fasa awal Akta Hak Cipta UK dilaksanakan, tidak semua perpustakaan di United Kingdom diberikan hak menerima naskah percuma daripada penerbit, di Scotland sebagai contoh, hanya lima buah perpustakaan sahaja yang menikmati keistimewaan ini, salah satu daripadanya ialah Th e Advocates’s Library yang terletak di Edinburg (Th e Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, 4 Oktober 1911). Akta ini juga melarang muzium atau perpustakaan yang menerima naskah percuma ini melupuskan bahan berkenaan, melainkan dengan izin mahkamah (Th e Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, 6 November 1929:6).

Kesukaran untuk proses pelupusan ini juga telah mendatangkan masalah kepada perpustakaan, umpamanya pengalaman yang berlaku keatas perpustakaan Bodleian yang merupakan Perpustakaan University Oxford. Perpustakaan ini berhadapan dengan dilema untuk melupuskan buku-buku yang diterima, tetapi tidak sesuai untuk koleksi mereka. Seperti yang dilaporkan dalam akhbar Th e Straits Times bertarikh 28 Mac 1929, setiap penerbitan berupa buku, risalah atau majalah yang diterbitkan di Great Britain perlu dihantar ke perpustakaan, apa yang berlaku ialah, Perpustakaan Bodleian turut menerima karya-karya picisan daripada penerbit, antara yang disebut ialah novel yang berjudul ‘Girlie at the Gaiety’. Bahan seperti ini sudah pastinya tidak sesuai untuk berada di dalam koleksi sebuah perpustakaan akademik yang masyhur sepertinya, namun untuk melupuskan bahan yang diterima ini bukan sesuatu yang mudah pada ketika, saluran undang-undang diperlukan dan sementara mereka mendapat keizinan, buku seperti ini akan berada didalam ruang simpanan perpustakaan Bodleian.

Di Malaysia, setiap penerbitan buku/ buletin perlu dihantar sebanyak lima

Isu Hak Cipta Hubungan Masa Lalu dan Kini

HARITH FARUQI SIDEK

Page 6: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 20136

salinan kepada Perpustakaan Negara dan pelupusan keatas bahan yang diterima ini boleh dilakukan dengan izin Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia. Pelanggaran akta ini membolehkan denda sebanyak RM3000 dikenakan. Dalam akta ini juga tidak menyebut tentang pemberian saguhati atau pampasan kepada Penerbit yang menyerahkan bahan terbitan mereka ke Perpustakaan Negara.

Isu perkhidmatan fotokopi di perpustakaanPerkhidmatan fotokopi yang ditawarkan oleh perpustakaan mempunyai dua sisi yang berbeza, yang positif ialah ianya adalah satu kaedah berkesan dalam memelihara bahan asal daripada rosak akibat penggunaan yang tinggi. Tetapi pada satu tahap, kita terpaksa mendedahkan buku pada kerosakan akibat proses membuat salinan yang tidak cermat. Namun apa yang lebih membimbangkan ialah fotokopi ini sudah menjadi budaya untuk membuat salinan yang kemudiannya diedarkan tanpa izin pemilik hak cipta berkenaan. Utusan Malaysia bertarikh 5 September 1997 memetik sumber daripada Bahagian Harta Intelek , Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang menyatakan bahawa perbuatan membuat salinan fotokopi daripada buku-buku secara umumnya diizinkan asalkan ianya bersifat ‘perlakuan wajar’. Namun, penjelasan ‘perlakuan wajar’ ini sangat longgar dan tidak konsisten amalannya dikalangan perpustakaan lebih-lebih lagi dalam menjiwai konsep kepuasan pelanggan serta perkhidmatan bernilai tambah. Sementara itu, negara jiran Singapura pula telah menetapkan garis panduan yang lebih jelas, iaitu dengan membenarkan hanya 1 peratus sahaja atau lima helai mukasurat daripada satu-satu penerbitan dibuat salinan (Noor Azmah Ibrahim, 1997).

Bagi para pelajar yang merupakan komposisi terbesar pengguna perpustakaan pula, membuat salinan fotokopi adalah jauh menjimatkan berbanding membeli naskah asal sesebuah penerbitan, apatah lagi seperti laporan Utusan Malaysia bertarikh 6 Januari 1996, sebuah buku teks dijual pada harga pasaran sebanyak RM20, sementara salinannya boleh dijual dengan harga RM7 senaskhah. Meskipun golongan pelajar pada hari

ini mempunyai kemudahan pinjaman pelajaran, biasiswa serta tajaan, namun jika diimbangi dengan kos sara hidup semasa, mungkin ada juga dikalangan mereka yang masih dalam kesempitan ekonomi

Perkembangan Perpustakaan jejaskan industri bukuMenurut Clauser (2004:418), wujud pendapat yang mengatakan bahawasanya hak cipta perlu wujud sebagai satu bentuk kontrak sosial, iaitu dimana apabila seseorang penulis menyerahkan bahan terbitannya untuk koleksi perpustakaan awam, maka sewajarnya beliau diberi pampasan atau saguhati sebagai ganti kerugian yang beliau tanggung kerana hasil kerja mereka sudah boleh dibaca dengan percuma di perpustakaan awam. Pada tahun 1974, sebuah syarikat penerbitan di Singapura, Pustaka Nasional mendakwa 6 buah buku kanak-kanak terbitannya telah menjadi mangsa cetak rompak di Malaysia. Antara yang disebut sebagai penyumbang kepada wujudnya gejala ini ialah perkembangan perpustakaan dan galakkan daripada kerajaan Malaysia agar setiap sekolah mempunyai perpustakaan mereka sendiri (A. Ghani Nasir, Berita Harian, 24 Julai 1974).

Ironinya, beberapa bulan itu dalam tahun yang sama, Persatuan Pustakawan Malaysia bersama Persatuan Penjual Buku Malaysia, GAPENA dan Persatuan Penerbit Buku Malaysia telah mengambil inisiatif dengan mengusulkan kepada kerajaan Malaysia agar ditubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menangani isu cetak rompak atau disebut juga sebagai Melanun Buku (Berita Harian, 28 April 1974). Selain daripada itu, gabungan ini juga mendesak agar Malaysia menyertai Pertubuhan Hak Cipta Antarabangsa (Universal Copyright Convention) agar perlindungan keatas hasil karya penulis tempatan diluar negara dapat dijamin.

Di Britain, pada awalnya perpustakaan di negara itu dibenarkan membuat salinan fotokopi bagi tujuan penyelidikan tanpa perlu membuat sebarang bayaran kepada pemegang hak cipta, namun lama kelamaan, aktiviti

ini dilihat telah mula menjejaskan pasaran jurnal bercetak (Russon, 2001:82). Begitu juga di Kenya, pada tahun 2000, industri buku negara itu dikatakan telah mengalami kerugian sebanyak KES8 juta akibat buku teks yang disalin dan dijual dengan harga murah (Olaka, 2013:119). Bak perumpamaan seorang sarjana Canada, Marshall McLuhan, beliau mengatakan Johannes Gutenberg yang mencipta mesin pencetak telah menjadikan semua orang sebagai pembaca, dan Xerox (mesin penyalin) pula telah menjadikan semua orang ‘penerbit’.

PenutupHingga ke hari ini tiada kes pelanggaran hak cipta yang melibatkan perpustakaan tempatan dilaporkan, mungkin atas alasan ‘perlakuan wajar’ dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, atau mungkin juga pertikaian yang timbul jika adapun telah diselesaikan diluar kamar mahkamah. Harapan kita adalah agar enigma tentang ‘Perlakuan wajar’ dapat dirungkaikan dengan garis panduan yang lebih jelas sambil terus memberi perlindungan kepada pemilik hak cipta dan pada masa yang sama keperluan tidak merencatkan pembudayaan ilmu.

Harith Faruqi SidekPustakawan Kanan

Perpustakaan Tun Seri Lanang, [email protected]

Artikel Semasa

Page 7: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 2013 7

RujukanA. Ghani Nasir. (27 Julai 1974). Kegiatan cetak buku haram menjadi2, Berita Harian. P.1Adnan, Hamedi Mohd. (6 Januari 1996). Fotokopi ancam pasaran buku, Utusan Malaysia.Clausen, Helge. (2004). Intellectual property, the internet and the libraries. New Library World, 105(1206/1207), 417-422.Future of Bodleian Library : Ephemeral publications not wanted (28 Mac 1929). Th e New Straits Times, p.17MLA : Copyright Bill must give clearer guidelines. (27 April 1997). New Straits Times.Mohd Raman Daud. ( 2 September 1984). Undang2 yang lebih tegad diperlukan, Berita Harian, p. 4.Noor Azmah Ibrahim. (5 September 1997). Fotostat buku perlakuan wajar di universiti?, Utusan Malaysia. Olaka, Musa Wakhungu. (2013). Problem-solving strategies that Kenyan academic librarians utilize when presented with copyright queries. Library Review, 62(3), 118-133.Russon, David. (2001). Th e British Library, copyright and publisher relations. Interlending & Document Supply, 29(2), 82-85.Saranan bentuk J-kuasa hak cipta utk atasi masaalah melanun buku. (28 April 1974). Berita Harian.Untitle ( 4 Oktober 1911). The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser. p.2Housing Problem at British Meuseum. (6 November 1929) The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, p.6

Artikel Semasa

1) Fakta UKM• Ditubuhkan pada 18 Mei 1970• Merupakan universiti ketiga (3) tertua di Malaysia, selepas Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia

( Nama asalnya Universiti Pulau Pinang).• Kampus pertama di Lembah Pantai, Kuala Lumpur• Ditubuhkan atas aspirasi rakyat ( Dana melalui derma dari rakyat pelbagai lapisan dari Murid sekolah

hingga ke keluarga diraja)• Ditubuhkan atas matlamat memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu• Bermula dengan 3 fakulti perintis, Fakulti Islam, Fakulti Sastera dan Fakulti Sains• Graduan sulung seramai 191 ( 190 pra-siswazah dan 1 pasca siswazah) – sehingga tahun 2012, 146,362

orang graduan telah dilahirkan• Telah menerima 2,937 orang pelajar asing dari 42 buah Negara.• Berpindah ke Kampus Bangi mulai bulan November 1977• Keluasan Kampus Bangi adalah kira-kira 1,096.29 hektar• Jarak dari Kuala Lumpur kira-kira 35 kilometer• Kedudukan semasa dalam QS Asian University Ranking ialah 57 daripada 469 universiti di Asia.

2) Fakta Perpustakaan• Ditubuhkan pada 18 Mei 1970, serentak dengan penubuhan UKM• Beroperasi buat pertama kali di Jalan Pantai, Kuala Lumpur• Bermula dengan koleksi sebanyak 4000 naskah bahan , kini telah mencecah 2,078,793 naskah.• Tahun 1977, berpindah ke aras 5, Bangunan Canselori• Tahun 1978, berpindah ke bangunan sekarang dan menjadi perpustakaan terbesar di Asia Tenggara pada

ketika itu.• Dirasmikan sebagai ‘Perpustakaan Tun Seri Lanang’ pada 2 Julai 1980 oleh Canselor UKM kedua, DYMM

Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.• Keluasan PTSL ialah 220,000 kaki persegi.• Mempunyai lima (5) Perpustakaan Cabang

i. Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu Ditubuhkan 1982 dan Keluasan 10,000 kaki persegi.

ii. Perpustakaan Undang-Undang Ditubuhkan 1996 – Koleksi Undang-Undang telah diwujudkan mulai 1985 dan Keluasan 24,600 kaki persegi.

iii. Perpustakaan Dr. Abdul Latiff Ditubuhkan pada 1974 dan keluasan 40,000 kaki persegi.

iv. Perpustakaan Pusat Perubatan UKM ( PPUKM) Ditubuhkan pada 1997 dan keluasan 20,000 kaki persegi

v. Perpustakaan Lingkungan Kedua Ditubuhkan pada 2013

Sumber : 1. Laporan Tahunan UKM Pertama 1970 2. Buku Konvokesyen 1973 3. Portal ewarga 4. Buku Cenderemata Perasmian PTSL 1980 5. Discover UKM, laman web UKM

Page 8: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 20138

Artikel Semasa

Pe m b u k t i a n adalah ciri

paling penting dalam sesuatu prosiding mahkamah. Tanpa pembuktian yang cukup sesuatu tindakan yang dibawa sama ada pendakwaan dalam kes jenayah atau saman dalam kes bukan jenayah (sivil) tidak akan berhasil. Berhasil disini bermakna pihak yang menginginkan keadilan tidak akan mendapat balasan yang sewajarnya. Contohnya sekiranya seorang didapati mencuri, tentunya mangsa ingin sekali melihat pencuri tersebut meringkuk dalam penjara atau sekurang-kurangnya di sebat atau dikenakan denda. Begitu juga dengan pembunuh, tentunya pihak keluarga mangsa yang mati dibunuh menginginkan keadilan ditegakkan sama ada si pembunuh di gantung sampai mati atau di penjara seumur hidup. Tidak dinafi kan perumpamaan ‘an eye for an eye, a tooth for a tooth’ menjadi salah satu falsafah penghukuman. ( Ho Mooi Ching : 2007)

Apakah yang dimaksudkan dengan pembuktian? Ia merupakan satu topik yang di ajar dalam subjek Undang-Undang keterangan. (Jal Zabdi Mohd Yusof: 2003). Subjek ini menjadi teras kepada pelajar undang-undang untuk melangkah sebagai seorang peguam yang akan berhujjah di mahkamah nanti. Ini kerana Undang-Undang keterangan memfokus kepada pelbagai jenis keterangan yang boleh di bawa ke mahkamah sebagai bukti untuk sesuatu kes jenayah atau yang bukan jenayah. (sivil). ( Seksyen 3 Akta Keterangan). Jenis keterangan yang boleh di bawa perlu ditapis oleh Akta Keterangan 1950 untuk memastikan segala keterangan yang dibawa adalah keterangan yang boleh dipercayai dan diyakini benar. Misalnya dalam kes pembunuhan, saksi yang melihat kejadian tersebut akan dipanggil ke mahkamah untuk menceritakan perkara yang dilihat olehnya. Keterangan yang dibawa oleh saksi ini adalah dalam bentuk keterangan lisan. (Seksyen 60 Akta keterangan) Sekiranya ingin dibuktikan niat atau motif pembunuhan ,

kemungkinan surat ugutan daripada pihak tertuduh diterima sebagai keterangan dokumentar. Jika parang yang ditemui di tempat kejadian, parang ini boleh dijadikan keterangan kebendaan. Jika DNA dilakukan ke atas parang yang ada kesan darah tersebut, pakar forensik darah akan memberi laporannya di Mahkamah. Setiap keterangan yang dibawa ini akan digunakan untuk membuktikan sama ada seorang yang dituduh bersalah atau sebaliknya. Begitu juga dalam kes sivil, pihak plaintif (orang yang menuntut) perlu membuktikan bahawa defendan (orang yang dituntut) telah melanggar kontrak perjanjian yang dimasukinya.

Seksyen 101 Akta keterangan memantapkan maxim undang-undang yang berbunyi ‘ he who alleges must prove”. (sek.101 Akta keterangan). Ini bermakna dalam kes sivil atau jenayah, sesiapa yang ingin membawa tuntutan atau suatu tuduhan ke Mahkamah, hendaklah membuktikan pihak yang lagi satu (tertuduh atau defendan) adalah bersalah. Justeru beban pembuktian adalah terletak di bahu Pendakwa dalam kes jenayah dan plaintif dalam kes sivil. Kes jenayah pula tertumpu kepada kesalahan jenayah yang termaktub di dalam Kanun Keseksaan yang meliputi pelbagai kesalahan yang jika disabitkan boleh dikenakan hukuman denda, penjara , sebatan atau hukuman mati. Selain daripada itu ada juga beberapa jenis perundangan yang menyediakan Akta yang khusus untuk kesalahan-kesalahan jenayah yang berat seperti Akta Senjata Api 1960, Akta Dadah Berbahaya 1952 , Akta penculikan 1960 dan yang seumpama dengannya.

Kes bukan jenayah atau disebut sebagai kes-kes sivil mencakupi kes-kes pecah kontrak, kecuaian perubatan, kemalangan, perceraian dan wasiat ( bukan islam) dan yang seumpama dengannya. Perbezaan ketara antara keduanya adalah dari segi beban pembuktian. Ini kerana untuk kes jenayah untuk membuktikan seseorang itu bersalah, beban pembuktian kepada pendakwa adalah sehingga tahap

melampaui keraguan yang menasabah (beyond reasonable doubt), manakala pembuktian untuk kes sivil pula ialah atas imbangan kebarangkalian (on the balance of probabilities). Beban yang ditanggung oleh pendakwa adalah sangat tinggi kerana maxim undang-undang yang menyatakan “one is presumed innocent until proven guilty’. Ini bererti pihak pendakwa selaku ‘custodian of the state’ perlu membuktikan sehingga Mahkamah benar-benar percaya bahawa tidak ada orang lain yang melakukan jenayah tersebut kecuali tertuduh. (Seksyen 2 Akta Keterangan). Percaya pula bererti tidak ada syak atau keraguan yang menasabah bahawa ada orang lain selain daripada tertuduh tersebut yang melakukan jenayah itu. Beban pembuktian ini dijelaskan dengan terperinci oleh Hakim Lord Denning dalam kes Miller v Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372).

It need not reach certainty but it must carry a high degree of probability. Proof beyond reasonable doubt does not mean proof beyond a shadow of doubt. If the evidence is so strong against a man as to leave only a remote possibility in his favour which can be dismissed with the sentence ‘of course it is possible, but not in the least probable’ the case is proved beyond reasonable doubt but nothing short of that will suffi ce.

Untuk kes sivil pula, beban pembuktian adalah lebih rendah kerana pembuktian adalah atas imbangan kebarangkalian. Misalnya plaintif adalah pesakit yang telah mendapat kecederaan serius semasa menjalani pembedahan di hospital. Beliau telah membuat tuntutan terhadap doktor A, pakar bedah tersebut. (defendan). Pesakit perlu menunjukkan bahawa disebabkan kecuaian doktorlah maka dia telah mengalami kecederaan. Dia wajar di bayar pampasan di atas kecederaan tersebut. Untuk plaintif memenangi kes , Mahkamah perlu percaya keterangan yang dibawa olehnya lebih di yakini daripada keterangan yang dibawa oleh pihak doktor A. Jika Mahkamah percaya

Konsep Pembuktian dalam Undang-Undang

PROF MADYA DR. ANISAH CHE NGAH

Page 9: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 2013 9

Artikel Semasadengan keterangannya kes plaintif telah dapat dibuktikan atas imbangan kebarangkalian 51% berbanding 49% dari pihak doktor. Ini dapat dilihat dari petikan penghakiman Lord Denning dalam kes yang sama iaitu,

It must carry a reasonable degree of probability, but not so high as is required in a criminal case. If the evidence is such that the tribunal can say we think it is more probable than not, the burden is discharged, but if the probabilities are equal, it is not’.

Mengapa beban pembuktian begitu tinggi dalam kes jenayah berbanding sivil? Ini kerana Jenayah adalah satu

kesalahan serius yang dilakukan seperti merompak, membunuh, mencuri, merogol dan seumpama dengannya sehingga menjadi tugas negara untuk mengambil tindakan terhadap penjenayah atas dasar menjaga keselamatan dan keamanan warganya. Justeru jika sabit kesalahan, seorang penjenayah boleh dikenakan hukuman denda, penjara , sebatan atau hukuman mati. Sebaliknya kes sivil diterima sebagai salah laku (wrongdoings) yang membolehkan individu (plaintif) mengambil tindakan menyaman pihak defendan untuk mendapatkan gantirugi berupa wang atau mengembalikan haknya sebelum hak itu di ganggu

oleh pihak defendan. Justeru beban yang ditanggung oleh pihak plaintif adalah lebih rendah kerana ia tidak mengakibatkan hukuman punitif seperti penjara atau hukuman mati.

Sebagai kesimpulan, pembuktian adalah intipati penegakkan keadilan dalam sesuatu perbicaraan di mahkamah. Sama ada seorang itu bersalah atau tidak dibuktikan melalui keterangan yang mantap dan diyakini benar oleh mahkamah

Rujukan1. Ching H.M. 2010. Sentencing practice in Malaysia, Sweet & Maxwell Asia.2. Jal Zabdi Mohd Yusoff , 2003. Pengenalan Undang-Undang keterangan di Malaysia, Penerbit U.Malaya, Kuala Lumpur.3. Seksyen 3 Akta Keterangan 1950.4. Seksyen 60 Akta Keterangan 1950.5. Seksyen 101 Akta Keterangan 1950.6. Seksyen 2 Tafsiran Akta Keterangan 1950.7. Miller v Minister of Pensions [1947] 2 ALL ER 372.

Profesor Madya Dr. Anisah Che NgahPenasihat Undang-Undang

Fakulti Undang-Undang, [email protected]

Tazkirah

Pandangan tentang hakcipta dalam konteks pemahaman IslamTidak menghairankan jika didapati ramai orang Islam berpendapat hak cipta adalah halal kerana penguasaan pemikiran barat menusuk ke dalam pemikiran orang-orang Islam tanpa mereka sedari. Sebelum membentangkan hujah bahawa Islam melarang hak cipta, umat Islam mesti faham bahawa jika orang-orang Barat membenarkan hak cipta terpelihara itu bukan bermakna umat Islam mesti menjadi pak turut dan bersetuju bahawa Islam juga menjamin hak cipta. Bagi membolehkan seseorang itu mengatakan ia dibenarkan atau tidak ; dalil (bukti) mestilah diperolehi dari Al-Qur’an atau Sunnah Atau Ijmak Sahabat (persetujuan para sahabat Rasulullah SAW) atau Qiyas.

Dalil yang mengharamkan hak cipta adalah seperti berikut:Rasulullah SAW bersabda: “Perkara yang paling layak untuk kamu dibayar ialah Kitab Allah” bermakna mengajarnya. Oleh itu jika perkara paling baik supaya kita boleh dibayar ialah mengajar Kitab Allah, maka apa salahnya jika kita dibayar untuk perkara-perkara yang lain selain dari pada Kitab Allah SWT. Walaupun begitu aktiviti menulis buku umpamanya hanyalah merupakan usaha merakamkan ilmu. Oleh kerana menyampaikan ilmu yang dirakamkan adalah sama dengan merakamkannya seperti dalam bentuk penulisan, kita dibenarkan oleh Islam untuk menerima bayaran. Rasulullah SAW pernah mewajibkan tawanan perang Badar mengajar 10 orang kanak-kanak Islam sebagai tebusan. Ini adalah bukti bahawa kita dibenarkan mengupah orang untuk menyampaikan ilmu.

Apabila ilmu itu telah disampaikan sama ada secara lisan atau tulisan, maka ilmu yang diterima oleh seseorang itu menjadi haknya. Oleh itu, orang yang menerima ilmu itu berhak menyampaikannya kepada orang lain sama ada dalam bentuk lisan atau penulisan dan boleh mendapat bayaran darinya. Oleh itu mereka yang diajar membaca dan menulis oleh tawanan-tawanan Perang Badar berhak mengajar orang lain tanpa mendapat izin dari orang-orang yang mengajar mereka. Tambahan pula, ilmu secara umumnya adalah dibenarkan (mubah). Dibenarkan bermaksud semua oramg dibenarkan menerima ilmu, dibayar kerana mengajarnya (sesiapa sahaja yang mengajarnya dan tidak semestinya orang-orang yang mula-mula mengajarnya). Ilmu adalah hak milik sesiapa sahaja yang memilikinya dan bukan hanya hak milik orang yang mengajarkannya sahaja. Oleh itu, selagi seseorang memiliki ilmu, ilmu itu adalah miliknya tetapi jika dia mengajarkannya kepada orang lain, dibenarkan bagi sesiapa pun untuk menggunakan ilmu tersebut melalui sebarang kaedah tanpa izin pemilik ilmu yang asal.

Oleh itu tiada siapa berhak untuk memiliki hakcipta kerana apa yang ditulis dalam buku contohnya adalah ilmu. Selagi seseorang memiliki ilmu itu, itu adalah haknya tetapi apabila dia telah mengajarkanya kepada orang lain secara lisan atau penulisan atau melalui mana-mana kaedah, maka orang lain yang menerima ilmu itu berhak menggunakan

Bersambung di halaman 11

Page 10: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 201310

Artikel Pilihan

Perkhidmatan P i n j a m a n

antara Perpustakaan atau lebih dikenali dengan Interlibrary Loan (ILL) adalah perkhidmatan yang membolehkan sesebuah perpustakaan meminjam buku, mendapatkan salinan artikel jurnal dan lain-lain bahan yang dilindungi di bawah akta hak cipta daripada perpustakaan lain.

Di Amerika Syarikat, Seksyen 108 Akta Hak Cipta membenarkan salinan fotokopi atas dasar perkhidmatan ILL yang ditawarkan kepada pelanggan; tertakluk kepada beberapa terma dan syarat. Namun begitu, jumlah salinan yang dibenarkan tidak dinyatakan dengan khusus dalam akta tersebut menjadikan proses tersebut menimbulkan banyak tanda tanya dan kekaburan.

Bagi membantu menguraikan keraguan-keraguan yang timbul, National Commission on New Technological Uses of Copyrighted Works (CONTU) telah menyediakan satu garis panduan dalam tahun 1970-an yang di dalamnya ada memperkatakan tentang berapa banyak salinan yang dibenarkan secara terperinci. Namun begitu, Garis Panduan CONTU itu bukanlah satu rang undang-undang dan tidak pernah dikaji semula semenjak dihasilkan sedangkan telah banyak perubahan teknologi berlaku sehingga kini. Tetapi, garis panduan tersebut masih dijadikan satu sumber dalam melaksanakan perkhidmatan ILL di Amerika Syarikat dan menjadi jaminan kepada pemegang hak cipta bahawa ILL tidak akan menggugat langganan bahan berkala seperti jurnal dan pembelian buku oleh perpustakaan.

ILL dalam Dunia DigitalSeiring dengan penggunaan teknologi digital, ILL berkembang dan menjadi hampir tidak dapat dibezakan daripada

“penghantaran dokumen” yang biasa. Hasilnya, garis panduan baru mungkin perlu dibangunkan untuk persekitaran digital. Pada Conference of Fair Use (CONFU) diadakan oleh Jabatan Perdagangan AS pada pertengahan 1990-an, usaha telah dibuat untuk membangunkan garis panduan itu, tetapi tiada apa-apa yang berkaitan dengan ILL dapat dipersetujui. Pada masa yang sama, semakin banyak perpustakaan mentransformasi langganan jurnal mereka daripada bentuk bercetak kepada bentuk digital. Dengan langkah untuk pendigitan, koleksi diuruskan melalui perkiraan lesen dengan pemegang hak cipta seperti penerbit atau pengumpul (aggregator). Lesen-lesen individu berbeza dengan kandungan, penerbit, jenis penggunaan dan banyak lagi.

Lesen yang diterima oleh perpustakaan adalah satu kontrak yang “mengikat”. Jika perpustakaan telah bersetuju dengan terma had ke atas penggunaan bahan-bahan dalam ILL, maka perpustakaan adalah terikat dengan perjanjian itu. Kebanyakan perpustakaan menetapkan peraturan dalaman bagi pelbagai jenis lesen yang diterima, dan ia adalah penting untuk perpustakaan untuk menjadi biasa dengan terma-terma pelbagai lesen mereka. Sesetengah lesen adalah terhad dari segi kebenaran akses dan penggunaan kandungan oleh pelanggan perpustakaan. Sebagai contoh, kandungan boleh diakses oleh pelanggan perpustakaan hanya melalui pelbagai alamat Internet Protocol (IP) atau hanya pada stesen kerja tunggal dalam perpustakaan. Apabila bahan tersebut telah dicapai pula, beberapa lesen menyatakan bahawa ia hanya boleh dilihat dan dicetak oleh pelanggan perpustakaan yang membayar harga lesen itu sahaja.

Sesetengah perpustakaan di Amerika Syarikat telah berjaya merundingkan syarat yang lebih luas penggunaan

dalam lesen mereka - istilah yang mengembangkan hak institusi dan pelanggan untuk menggunakan koleksi digital mereka. Sebagai contoh, beberapa lesen membenarkan pautan kepada bahan untuk tujuan e-rizab yang kurang lebih seperti sistem e-Repositori Penerbitan UKM (e-ReP), atau untuk tujuan sistem pengurusan kursus di kampus.

Dalam kes-kes lain, perpustakaan dibenarkan untuk menggunakan koleksi digital bagi memenuhi permintaan pinjaman antara perpustakaan, tetapi secara terhad. Sebagai contoh, perpustakaan dibenarkan untuk menggunakan kandungan daripada jurnal elektronik untuk memenuhi permintaan ILL, tetapi hanya selepas bahan dicetak dan kemudian diserahkan kepada pemohon melalui faks atau pos. Penerbit yang membenarkan penghantaran secara langsung dari koleksi digital jarang berlaku dan ada juga lesen yang menyekat penghantaran hanya kepada fakulti, kakitangan dan pelajar di kampus sahaja.

Istilah ILL kini dianggap oleh kebanyakan institusi akademik membawa maksud baru, iaitu penghantaran bahan, seperti salinan dan kandungan digital, yang tidak dikembalikan semula kepada perpustakaan pembekal. Oleh itu, dalam erti kata yang lebih luas, ILL telah menjadi satu jenis penghantaran dokumen.

Secara tradisinya, ILL adalah transaksi pinjaman bahan antara satu perpustakaan dengan perpustakaan lain. Walaubagaimanapun, sistem baru ILL yang menyediakan salinan bahan, terus kepada pemohon tanpa dikembalikan kepada perpustakaan pembekal, mengaburkan lagi perbezaan ini. Banyak perpustakaan menambah kekaburan dan kekeliruan ini dengan menyediakan ILL dan Sistem Pembekalan Penerbitan

Akta Hak Cipta dalam Pinjaman Antara Perpustakaan dan Perkhidmatan Sistem

Pembekalan Penerbitan Pelaksanaannya di Amerika Syarikat

MOHD SYAMROOZ KAMAL MHD. REDZA

Page 11: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 2013 11

Artikel Pilihan(SPP) oleh bahagian yang sama di perpustakaan.

Sifat perkhidmatan tradisional ILL adalah, pelanggan tidak perlu membayar apa jua kos. Justeru, pemegang hak cipta telah mencadangkan bahawa, jika caj dikenakan oleh perpustakaan untuk urusan ILL, maka jumlah bayaran yang diterima telah mewujudkan manfaat komersil untuk perpustakaan itu kerana ia membantu membayar kos perpustakaan dan perpustakaan perlu membayar royalti yang sesuai. Walaubagaimanapun, kebanyakan perpustakaan pula mendakwa

bahawa bayaran yang diterima untuk transaksi ILL tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kerana ia hanya menanggung sebahagian daripada kos penyalinan, penghantaran dan kakitangan.

Di Amerika Syarikat juga, pihak berwajib telah menyediakan satu lagi panduan yang diberi nama Th e Fee Based Services vs. Non Fee Based Services yang memberikan gambaran tentang perbezaan antara ILL (seperti yang tertera dalam seksyen 108 Akta Hak Cipta) dan perkhidmatan maklumat untuk meraih keuntungan. Panduan ini juga memberi gambaran

bilakah akta hak cipta itu dapat diguna pakai dan dalam situasi apakah royalti perlu dibayar.

Oleh yang sedemikian, dengan banyaknya usaha dilakukan oleh negara barat dalam memperkasakan perkhidmatan perpustakaan, Malaysia juga tidak seharusnya ketinggalan. Usaha perlu dilakukan bagi mengoptimakan hak penggunaan ke atas bahan perpustakaan, agar dapat digunakan dengan cekap, menyeluruh dan berkesan.

Mohd Syamrooz Kamal Mhd. RedzaPustakawan

Perpustakaan Tun Seri Lanang, [email protected]

Rujukan

Copyright Law of the United States of America Chapter 1, Section 108: Limitations on the exclusive rights: Reproduction by libraries and archives.International Federation of Library Associations and Institutions. International Lending: Principles and Guidelines for Procedure. 2001.Hilyer, Lee. Interlibrary loan and document delivery : best practices for operating and managing interlibrary loan services in all libraries. New York : Haworth Information Press, 2006.Final Report of the National Commission on New Technological Uses of Copyrighted Works, July 31, 1978, Library of Congress, Washington, DC, 1979, pages 54-55.

ilmu itu termasuk menerima bayaran kerana mengajarnya. Oleh itu, membuat hakcipta adalah satu perbuatan yang mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah SWT. Menguatkuasakan peraturan hakcipta adalah perbuatan mengharamkan ilmu dari diperolehi dan diajar dan ini bertentangan dengan Islam yang menggalakkan pengembangan ilmu. Oleh itu, diharamkan bagi sesiapa pun untuk mempunyai hak cipta.

Walaubagaimanapun, ini bukan bererti bahawa apabila seseorang membeli buku atau program komputer contohnya dan mendakwa bahawa beliau (pembeli) adalah pengarang buku itu atau program komputer itu. Dakwaan seperti ini adalah pembohongan (Bukan tergolong sebagai perbuatan mencuri dan diharamkan oleh Islam).

Di samping itu, jika buku atau program komputer itu diperolehi secara sah di sisi Islam, adalah milik orang yang memperolehinya. Oleh itu sebagaimana dengan barang pemilikan lain, buku atau program yang mengandungi ilmu itu boleh dijual, disewa, diajar dan sebagainya. Oleh itu sesiapa yang mengatakan bahawa seseorang boleh memiliki sesebuah buku atau program komputer yang ditulis oleh orang lain tetapi tidak boleh menjualnya atau menyewakannya atau menghadiahkan apa yang dimilikinya sebagaimana yang dibenarkan oleh Islam ke atas pemiliknya bermakna mengharamkan sesuatu yang dihalalkan oleh Islam.

Tentang isu mencuri ilmu seseorang, terdapat 3 syarat dalam Islam yang menjadikan sesuatu perbuatan itu dikategorikan sebagai mencuri:(1) Mengambil barang tanpa mendapat izin pemilik barang tersebut.(2) Mengambil barang dari tempat yang lazimnya ia disimpan.(3) Nilai barang itu melebihi nilai minimum yang ditetapkan oleh Islam sbg perbuatan mencuri

Oleh yang demikian, perbuatan seperti meniru ilmu atau mengajar ilmu kepada orang lain atau mendapat bayaran hasil dari mengajar ilmu walaupun ilmu itu asalnya datang dari orang lain ia tidak termasuk ke dalam ketiga-tiga syarat yang ditetapkan di atas dan Islam tidak mengkategorikannya sebagai perbuatan mencuri.

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang terpengaruh dengan pola pemikiran bukan Islam. Jadikanlah Islam sebagai mabda’/ideologi yang memandu kehidupan kita.

Wallahu A’lam

“penyalinan semula artikel ini adalah amat- amat dialukan untuk disampaikan kepada orang lain. Semoga usaha kita diberkati oleh Allah”http://www.1khilafah.wordpress.com

......Dari halaman 9

Page 12: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 201312

Artikel Pilihan

Syukur Alhamdulillah, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada pihak Pengurusan Perpustakaan UKM kerana telah memberikan peluang kepada saya menghadiri Th e 11th Annual Library Leadership Institute: Repositioning Libraries and Librarians for the Next Generation yang berlangsung di Taipei, Taiwan pada 10-14 Mei 2013. Kursus ini telah diadakan di Hotel Howard Civil Service International House, Taipei. Rata-ratanya, peserta kursus ini terdiri daripada Ketua Pustakawan dan pihak pengurusan perpustakaan daripada China, Taiwan, Singapura, Th ailand, Hong Kong dan Filipina. Manakala selain saya, wakil dari Malaysia adalah Cik Nur Fara Melissa Mohd Mujab (Taylor College), Puan Aniza Ahmad (Monash University Sunway Campus) dan Puan Pang Yan Meei (Foon Yew High School).

Objektif kursus ini diadakan adalah (1) untuk membangun dan meningkatkan kualiti kepimpinan pustakawan akademik dan penyelidikan , (2) untuk meningkatkan kolaborasi dan kerjasama di antara pustakawan akademik dan penyelidikan di kalangan rantau Asia.

Apa yang menarik mengenai kursus ini ialah pengisiannya amat berbeza dengan seminar atau persidangan di mana peserta tidak hanya mendengar atau bertanya soalan. Tetapi kursus ini memerlukan peserta untuk terlibat secara aktif melalui perbincangan dalam kumpulan untuk menimba pengalaman daripada fasilitator serta ahli kumpulan yang lain dalam sesi pembentangan dan soal jawab. Terdapat beberapa sesi dijalankan secara persidangan video melalui teknologi skype kerana fasilitator

berada di Amerika Syarikat. Kursus ini dikendalikan dalam Bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, bagi peserta yang kurang mahir berbahasa Inggeris, rakan senegara atau sekumpulan beperanan sebagai penterjemah. Justeru, masalah bahasa bukan satu halangan.

Kursus ini telah dikendalikan dengan berkesan oleh fasilitator berpengalaman iaitu Mr Marshall Breeding, seorang pustakawan, perunding, penceramah dan pengarang dalam bidang ICT perpustakaan. Beliau mengendalikan sesi berkaitan isu terkini dalam teknologi perpustakaan seperti cloud computing, discovery services, generasi baru dalam sistem maklumat bersepadu dan sebagainya.

Fasilitator kedua ialah Mr Howard Amos, University Librarian dari University of Otago, New Zealand. Beliau telah mengendalikan sesi berkenaan kemahiran pengurusan berdasarkan proses perancangan senario. Selain itu, beliau juga telah berkongsi pengalaman dengan peserta kursus berkenaan membangunkan perpustakaan moden dan bermaklumat sesuai dengan keperluan abad ke-21.

Fasilitator ketiga iaitu Mr Keith Webster, Vice-President and Director of Academic Relations and Strategy at John Wiley & Sons. Sebelum menyertai

Wiley, beliau merupakan Dean of Libraries and University Librarian at Th e University of Queensland di Australia. Beliau telah mengendalikan sesi berkaitan peranan pustakawan dalam organisasi penyelidikan moden serta pembangunan koleksi perpustakaan yang boleh memberi impak kepada penyelidikan dan pencapaian akademik pelajar. Dalam konteks ini, isu pembangunan repositori akademik menjadi fokus utama perbincangan. Dalam sesi soal jawab melalui teknologi skype online, saya telah mengutarakan persoalan kepada beliau mengenai isu boikot Penerbit Elsevier yang sedang hangat dibincangkan di peringkat antarabangsa. Aktiviti boikot ini disertai oleh ahli akademik, penyelidik dan pengarang yang cenderung memilih jurnal akses terbuka (open access journals) sebagai sumber penerbitan. Saya juga telah bertanya kepada beliau mengenai predatory open access publisher http://scholarlyoa.com/publishers/ dan predatory open access journal http://scholarlyoa.com/individual-journals/. Pada akhir sesi beliau telah mencadangkan supaya setiap perpustakaan meletakkan pautan mengenai hal ini sebagai panduan kepada penyelidik dan pengarang dan mengelakkan mereka menjadi mangsa penerbitan jurnal meragukan.

Secara keseluruhan, saya mendapati kursus ini amat bermanfaat untuk dihadiri setiap tahun oleh pustakawan atau wakil Perpustakaan UKM. Ini kerana pengisian ilmu dan sesi perkongsiannya amat berkesan dan dapat membuka minda peserta kepada cabaran dunia kepustakawanan yang sebenar. Justeru, saya mencadangkan agar lebih banyak penyertaan datang dari perpustakaan IPTA/S Malaysia pada masa hadapan bagi membina kolaborasi mantap di dalam dan di luar negara. M aklumat lanjut mengenai setiap topik kursus boleh dimuat turun dengan melayari laman web rasmi http://www.lib.hku.hk/leadership/2013_ppt/index.html

The 11th Annual Library Leadership Institute: Repositioning Libraries and

Librarians for the Next GenerationSHAMSUDIN IBRAHIM

2012 Peter 2013 Howard Amos 2013 Keith Webster 2013 Marshall Breeding

Page 13: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 2013 13

Artikel Pilihan

Dalam Institusi Pengajian Tinggi terutamanya Universiti Penyelidikan, penerbitan artikel jurnal merupakan

salah satu indikator yang dinilai dalam Malaysian Research Assesement Instrument (MyRA). Ia juga menjadi salah satu Projek Agenda Kritikal (Critical Agenda Project – CAP) iaitu CAP Research & Development dan CAP Academia di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Sehubungan itu, keluaran Inspirasi kali ini ingin berkongsi panduan asas penulisan artikel jurnal berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Elsevier semasa ceramah pada 7 Mei 2013 bertajuk How to write a great research paper and get it accepted by a good journal di Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM . Berikut merupakan intipati ceramah berkenaan ;

1) Kepakaran dalam sesuatu bidang khusus yang diminati atau ingin dikaji. Penulis digalakkan menerbitkan artikel;- Mempunyai kaedah atau penemuan yang terbaru

dan asli- Menambah nilai sesuatu penemuan sedia ada- Mengulas atau meringkaskan sesuatu penemuan

2) Penulisan yang baik adalah:- Mempuyai mesej yang jelas- Diolah dengan cara yang logik dan boleh diterima.- Editor dan pewasit dapat memahami

kepentingan tajuk dan penulisan dengan baik.

3) Strategi dalam menerbitkan sesebuah artikel.- Perhalusi strategi pencarian anda. Kebanyakkan

penyelidik kurang jelas mengenai koleksi maklumat yang ada di perpustakaan dan lebih banyak melakukan pencarian melalui carian enjin seperti Yahoo dan Google. Bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan baik, peyelidik disarankan mempelajari dan memahami pangkalan data langganan Perpustakaan dan strategi pencarian secara bijak.

- Penggunaan Strategi carian lanjut (advanced search)Para penyelidik secara umumnya mengunakan carian asas (basic search) tanpa mengetahui carian lanjut (advanced search) mampu memberi hasil carian lebih baik. Contohnya, carian dalam Google, penyelidik boleh menggunakan advanced search tips bagi memahami dengan lanjut kaedah pencarian yang disediakan. Manakala bagi pangkalan data langganan perpustakaan seperti jurnal, buku, prosiding dan tesis elektronik, penyelidik digalakkan menggunakan panduan pencarian yang disediakan sama ada dalam bentuk tutorial, nota Microsoft Power Point dan sebagainya.

- Panduan lain yang membantu pencarian bahan :a. Find out what’s hot.

Beberapa pangkalan data atas talian menyediakan bantuan dalam mengenalpasti dan memilih jurnal yang baik. Sebagai contoh http://info.scopus.com/topcited/

b. Cari dan kenalpasti trendBeberapa contoh bagi tren pencarian adalah seperti tip pencarian (search alert) dan kenalpasti jurnal, pengarang dan penerbit secara tahunan (Scopus).

c. Analisis jurnal yang terbaik untuk artikel anda.Beberapa analisis boleh dilakukan menggunakan Faktor Impak Jurnal yang diterbitkan oleh ISI Th omson Reuters Journal Citation Reports http://isiknowledge.com/jcr. Pangkalan data ini juga dilanggan oleh Perpustakaan UKM. Untuk akses, semak melalui Portal e-Jurnal http://www.ezplib.ukm.my

d. Mengetahui dan menganalisis jurnal yang dipilih dengan baik.Dalam menganalisis jurnal yang dipilih beberapa persoalan yang harus difi kirkan oleh penyelidik adalah seperti sidang editor bagi jurnal tersebut dan panduan untuk penulis.

e. Buat keputusan yang sesuai dalam pemilihan penerbitan antaranya kertas persidangan, artikel penuh dan ulasan (review)

4) Penyelidik tidak digalakkan untuk menghasilkan artikel jurnal yang;- Tidak mempunyai kepentingan sainstifi k.- Tidak terkini atau mengandungi penemuan lama.

Mempunyai duplikasi dengan penulisan-penulisan yang telah terbit. (Semak perisian turn it in http://turnitin.com/ bagi analisis duplikasi)

- Mempunyai keputusan penyelidikan yang tidak tepat dan benar.

Dengan adanya panduan ringkas penulisan artikel ini diharapkan ianya dapat membantu para penyelidik bagi menghasilkan penerbitan.

Panduan Dalam Penulisan Artikel JurnalSHAMSUDIN IBRAHIM, AZLAN MOHAMAD HAMZAH & MOHD RAJAK TELIMIK

Page 14: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 201314

Artikel Pilihan

Pada masa sama, pameran ini dapat menggalakkan penyertaan dan sokongan berterusan dalam pelbagai aktiviti, mengetengahkan peranan dan penglibatan NGO yang terlibat secara langsung dalam isu Palestin.

Antara bahan pameran ialah poster mengenai kronologi sejarah pergolakan Palestin, gambar memaparkan suasana sebenar di Palestin, pengalaman NGO di wilayah itu, selain risalah, buku dan tayangan video. Gambar-gambar yang dipaparkan di dalam pameran tersebut sangat menyayat hati yang memaparkan kekejaman rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

Ketika program ini berlangsung, tabung dan jualan amal diadakan dengan hasil yang diperoleh disumbangkan untuk membantu perjuangan Palestin. Bagi memastikan perkongsian ilmu yang boleh memanfaatkan warga UKM berhubung perjuangan Palestin dan juga sebagai kesinambungan pameran tersebut, Sesi Bicara Buku telah diadakan. Penulis buku `69 Jam di Neraka Zionis’ iaitu Tuan Haji Noorazman Mohd Samsuddin telah dijemput untuk berkongsi pengalaman. Jualan buku tersebut juga turut diadakan.

Program ini diadakan di Bilik Serbaguna, Perpustakaan Tun

Perpustakaan UKM Anjurkan Aktiviti Bantu Palestin

ZAIDAH SULAIMAN

Sesi bergambar bersama JK Penganjur bersama Maulana AF, wakil Ngo HALUAN, AMAN Palestine

Perkongsian pengalaman Maulana AF berkongsi pengalaman di Palestine

Penderitaan rakyat Palestin sejak tanah air mereka dirampas rejim Zionis Israel sentiasa mendapat perhatian

istimewa di seluruh dunia, termasuk negara ini.Pembentukan negara haram Israel pada 15 Mei 1948, menyebabkan rakyat Palestin sedikit demi sedikit dipinggirkan dari tanah air mereka sendiri akibat penindasan secara terang-terangan rejim Zionis Israel yang mendapat dukungan kuasa Barat.

Hari ini, sebahagian besar penduduk Palestin, terutama di Semenanjung Gaza tinggal dalam penjara terbuka, bebas tetapi dikepung tembok batu, manakala tanah terbaik mereka yang subur dengan pohon zaitun, dirampas dijadikan perumahan pendatang haram Zionis.

Seluruh dunia, temasuk di negara Barat berusaha supaya rakyat Palestin yang tertindas dikembalikan hak mereka. Di Malaysia, kerajaan sejak dulu secara konsisten memberi sokongan padu kepada perjuangan rakyat Palestin, sama ada dari segi diplomatik, politik dan juga kemanusiaan. Apa saja isu berbangkit berkaitan Palestin, negara ini sentiasa menjadi yang pertama membantu.

Isu Palestin turut mendapat tempat di peringkat akar umbi rakyat negara ini, sama ada individu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), korporat dan tidak terkecuali jabatan dan agensi kerajaan seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Justeru itu, sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul, pihak UKM telah mengambil inisiatif mengadakan pameran tentang isu Palestin. Perpustakaan selaku Jawatankuasa Gerai dan Pameran bekerjasama dengan dua NGO, iaitu Aman Palestin Berhad dan Biro HALUAN Palestin mengadakan Pameran Bebaskan Palestin, Mereka Juga Saudara Kita. Pameran ini telah diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM pada 31 Januari 2013 dan kemudian di Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM pada 1 hingga 28 Februari 2013.

Penganjuran pameran ini adalah untuk menerapkan kesedaran dan keinsafan kepada warga UKM khususnya dan masyarakat amnya untuk membantu rakyat Palestin serta menyebarkan isu sebenar dan maklumat terkini di wilayah itu.

Page 15: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 2013 15

Artikel Pilihan

SHAMSUDIN IBRAHIM

Pada 4 Januari 2013 bertempat di Sanggar Ilmu Perpustakaan Tun Seri Lanang, satu ceramah bertajuk

Th e Blue Ocean Strategy : Challenging Th e Convention telah disampaikan oleh Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Hal Ehwal Antarabangsa) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ceramah ini telah dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Seri Lanang dan dihadiri hampir 100 kakitangan Perpustakaan termasuk pelajar dan ahli akademik UKM.

Dalam ceramah tersebut, beliau telah menyentuh maksud paradigma (convention) yang selalu menjadi faktor penghalang kepada perkembangan idea strategi laut biru.

Sebagai contoh, seseorang pekerja perlu melakukan tugasan mereka mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Disebabkan ‘halangan’ ini, kita hanya biasa mendengar persoalan daripada pekerja yang bertanya mengenai “bagaimana cara untuk laksanakan?” berbanding soalan yang agak kritis seperti, “mengapa saya laksanakan dengan cara begitu, bukankah ada cara lebih baik”? Dalam konteks ini, pelbagai pihak termasuk pengurusan perlu mengizinkan atau meraikan budaya membangkitkan persoalan-persoalan yang munasabah agar ‘halangan’ tersebut dapat diatasi.

Value offeringPerpustakaan harus sentiasa berfi kir mengenai value off ering bukan hanya kepada pelanggan seperti pelajar, penyelidik dan kakitangan akademik tetapi perlu memberikan khidmat kepada masyarakat di luar kampus. Dalam hal ini, Perpustakaan perlu terkehadapan untuk menampilkan apakah keunikan sehingga ia sentiasa disebut-sebut atau diingati oleh kawan dan lawan. Menawarkan value off ering

yang berbeza tetapi bersifat objektif adalah sesuai dengan Konsep Blue Ocean di mana sesuatu perkhidmatan atau produk itu boleh menyebabkan pesaing (competitor) tercabar dan dianggap tidak relevan. Sebagai contoh, Syarikat IKEA melalui kajian penyelidikan pemasaran telah menghasilkan perabot dengan rekabentuk yang moden, ringkas dan yang menarik serta dapat terus dibawa pulang oleh pembeli menggunakan kenderaan mereka. Merintis cabaran ini, para pereka IKEA menghasilkan inovasi terkini bagi mencabar paradigm lama iaitu perabot tidak lagi produk siap pasang, berat dan perlukan masa dan lori bersesuaian sebelum dapat sampai ke rumah pembeli. Satu lagi contoh klasik adalah strategi yang dijalankan oleh syarikat penerbangan tambang murah Air Asia bagi menawarkan value off ering yang unik menyebabkan pelanggan tampil menikmati perkhidmatan mereka berbanding Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). Melalui Blue Ocean Strategy, kos penerbangan Air Asia nyata lebih kompetitif berbanding MAS apabila seperti konsep eliminated (hapuskan kelas perniagaan), reduced (mengurangkan sajian makanan), raised (meningkatkan pilihan pelanggan) dan created (penerbangan dan terminal tambang murah) diterapkan dengan baik. Bagi pelanggan yang terus memilih Domino Pizza kerana syarikat tersebut komited menyediakan penghantaran dalam masa 30 minit dan paling menarik ia masih panas untuk dimakan.

Mengakhiri syarahan, beliau turut melontarkan persoalan untuk disambut oleh Perpustakaan UKM iaitu, “apakah impak adanya Perpustakaan Bandar Baru Bangi?”. Manakala bagi yang ingin berinovasi, kita perlu sedar bahawa bukan semua inovasi itu bernilai, tetapi kita perlulah menambah nilai kepada inovasi.

The Blue Ocean Strategy: Challenging The Convention

Seri Lanang, pada 20 Februari 2013, benar-benar memberi pengalaman baru kepada pendengar kerana penulis buku menceritakan pengalaman dirinya sendiri ketika menyertai misi kemanusiaan Mavi Marmara pada 31 Mei 2010.

Pengalaman Ketua Misi Life Line for Gaza ini amat berharga kerana mendedahkan kezaliman rejim Zionis terhadap peserta misi aman itu bukan saja ketika menyerang kapal yang mereka naiki hingga ada yang terkorban, malah sepanjang tempoh penahanan seolah-olah mereka adalah tahanan perang.

Kemuncak acara ini ialah program Jom Bantu Palestin, UKM Prihatin, yang diadakan di Dataran Tun Seri Lanang pada 28 Februari 2013. Acara utama ialah Perkongsian Bersama Maulana Akademi Fantasi (AF), iaitu Duta Aman Palestin yang juga peserta Misi Solidariti Gaza 2012. Saudara Maulana menceritakan kehidupan rakyat Gaza yang begitu menyedihkan kerana sentiasa berada dalam situasi bahaya dan sumber makanan yang terhad. Bagaimanapun, dalam serba kekurangan itu, rakyat Palestin sangat ramah dan memuliakan tetamu seperti akhlak Rasulullah.

Antara pengisian lain program ini ialah deklamasi sajak, ekspresi diri, tayangan video, kuiz, kutipan sumbangan,

jualan amal dan pendaftaran sukarelawan Palestin. Turut diadakan ialah Th umb print Sentuhan Jemari Prihatin terhadap Palestin. Aktiviti Th umb print ini adalah untuk memberi ruang kepada warga UKM meluahkan pandangan mereka tentang penderitaan rakyat Palestin.

Sesungguhnya, penganjuran program ini membuktikan keprihatinan dan iltizam tinggi warga UKM untuk membantu rakyat Palestin pada suatu hari nanti akan dapat hidup bebas dari belenggu penjajahan rejim Zionis Israel.

Bagi umat Islam, Palestin adalah bumi Anbia dan terletak Masjid al-Aqsa, iaitu kiblat pertama umat Islam. Masjid di Baitul Maqdis ini merupakan masjid suci yang ketiga umat Islam, setelah Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah. Di Baitul Maqdis juga berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj.

Bagaimanapun, Palestin bukan hanya isu umat Islam. Isu ini turut diperjuangkan aktivis hak asasi Barat atas nama keadilan untuk rakyat Palestin hidup merdeka. Sehubungan itu, program ini tidak akan berakhir begitu saja bagi warga UKM dan sebaliknya akan terus subur diperjuangkan melalui pelbagai wadah pada masa depan.

Prof. Datuk Dr Noor Azlan Ghazali TNC Akademik dan Hal

Ehwal Antarabangsa

Page 16: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 201316

Pada 30-31 Mei 2013 bertempat di Dewan Teater 5, Bangunan Lee Shau Kee, Universiti China Hong Kong,

telah berlangsung satu persidangan antarabangsa yang dinamakan Academic Librarian 3 : Th e Yin-Yang of Future Consortial Collaboration and Competition. Persidangan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Sistem Perpustakaan Universiti China Hong Kong dan Jawatankuasa Penasihat Pustakawan Universiti (JULAC), sebuah konsortium yang dianggotai oleh lapan perpustakaan institusi pengajian tinggi yang ditaja.

Tujuan persidangan ini adalah:

1. Untuk berkongsi maklumat mengenai pencapaian dan cabaran masa depan konsortium perpustakaan akademik di kawasan Asia khasnya dan seluruh dunia amnya.

2. Untuk menyediakan forum bagi perbincangan mengenai perkembangan perkhidmatan perpustakaan di seluruh universiti antarabangsa dengan :-

• Menggabungkan sumber-sumber dan menghubungkan teknologi untuk meningkatkan prestasi kakitangan dan latihan serta akses penyimpanan maklumat dan penghantaran.

• Menggunakan dana melalui pembelian bersama bahan-bahan tambahan kepada penggunaan kontrak dan amalan terbaik perlesenan.

Seminar selama 2 hari ini telah dibahagikan kepada 4 tema utama seperti berikut :

1. Academic library consortia governance: a 3-mile high view of balance, priorities and evaluation.

2. Co-operative staff development: benefi ts, pitfall and best practices.

3. Cutting edge approaches to access to and storage of shared paper-based and digital collections: open and closed systems.

4. Centralizing collection management and technical services : inevitable or avoidable?

Terdapat 15 kertas kerja dan 4 ucaptama yang merangkumi semua tema-tema yang dinyatakan diatas.

Perpustakaan UKM telah di wakili oleh Puan Hafsah Mohd, Timbalan Ketua Pustakawan Tingkatan Tertinggi dan Puan Rosnah Yusof, Timbalan Ketua Pustakawan. Mereka berdua telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk “Initiatives Towards Formation of Academic Library Consortium in Malaysia” yang ditulis secara bersama dengan seorang

lagi pustakawan iaitu Cik Rohaya Umar, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan.

Persembahan video boleh di lihat di http://www.youtube.com/watch?v=kTGFyVXuCA8

Kertas kerja yang dibentangkan oleh Puan Hafsah Mohd ini melaporkan beberapa inisiatif ke arah pembentukan konsortium kebangsaan antara perpustakaan akademik di Malaysia. Konsortium itu memberi tumpuan kepada langganan pangkalan data dalam talian. Jawatankuasa pangkalan data (CDC) telah ditubuhkan pada tahun 2000 sebagai platform untuk perpustakaan akademik untuk menilai, memilih, rundingan harga dan menguruskan pangkalan data dalam talian. Komplikasi yang terlibat di dalam urusan langganan pangkalan data/e-books seperti kenaikan kos, perjanjian lesen, pelbagai format statistik penggunaan, penggabungan dan pengambilalihan penerbit telah membuat PERPUN (Persidangan Tetap Malaysia Negara dan Perpustakaan Universiti) menyedari bahawa terdapat keperluan bagi membentuk sebuah konsortium formal. Pada bulan Julai 2004, CDC bagi pihak ahli PERPUN membuat beberapa inisiatif ke arah pembentukan konsortium kebangsaan Perpustakaan Akademik Malaysia. Kertas cadangan pembentukan konsortium itu telah

Academic Librarian 3 : The Yin-Yang of Future Consortial Collaboration and

CompetitionHAFSAH MOHD & ROSNAH YUSOF

Artikel Pilihan

Sesi pembentangan kertas kerja oleh Timbalan Ketua Pustakawan Tingkatan Tertinggi PTSL Puan Hafsah Mohd

Page 17: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 2013 17

Universiti Penyelidikan (UP) yang terdiri daripada Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia

(USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjalani audit Universiti Penyelidikan pada April-Mei 2013. Empat UP matang iaitu UM, USM, UPM dan UKM diaudit menggunakan Malaysia Research Assessment Instrument II (MyRA II) bagi pencapaian data tahun 2010-2012. MyRA II adalah audit berdasarkan kriteria dan glosari yang telah ditambah baik berbanding audit MyRA I (audit pertama UP) pada 2010 yang meliputi data tahun 2007-2009.

Audit MyRA II di UKM telah dijalankan pada 2-3 Mei 2013 bertempat di Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM). Auditor UP terdiri daripada beberapa ahli akademik daripada IPTA terpilih dan pihak Kementerian Pengajian Tinggi sebagai urusetia. Perpustakaan UKM diwakili oleh Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan dan Bahagian Koleksi Arkib & Khas telah diamanahkan untuk mengurus dan menyediakan pelaporan MyRA II yang berkaitan dengan penerbitan seperti dalam jadual berikut;

Kriteria dan Glosari MyRA II boleh diakses melalui laman web Jabatan Pengajian Tinggi http://app2.mohe.gov.my/ru/. Beberapa perubahan terdapat dalam glosari MyRA II. Sebagai contoh, jurnal daripada Penerbit Euro Journals. Inc, Common Grounds dan Academic Journals.Inc (Lagos, Nigeria) tidak diterima untuk penilaian UP. Manakala jenis dokumen seperti article in press, surat, abstrak mesyuarat, erratum juga tidak diambil kira melainkan jenis dokumen artikel, prosiding dan ulasan (review) dalam jurnal. Bagi kes dokumen tanpa muka surat (biasanya article in press), hanya jurnal akses terbuka (open access journal) atau jurnal versi elektronik diterima dengan syarat ia mempunyai article ID/article number (format jurnal elektronik yang menggantikan muka surat). Semua penerbitan dalam jurnal dan prosiding terindeks Scopus dan ISI Web of Science perlu mempunyai afi liasi atau nama Universiti. Dalam MyRA II, output UP yang dinilai tertakluk kepada senarai ahli akademik dalam seksyen A kecuali guru/tutor.

Secara keseluruhannya, audit MyRA II kali ini lebih sistematik dan tidak melibatkan penggunaan kertas yang banyak. Ini disebabkan oleh penggunaan Sistem e-Repositori Penerbitan UKM (e-Rep), Scopus, ISI Web of Science dan ISI Journal Citation Reports sebagai pembuktian rekod dan teks penuh bahan. Manakala senarai induk penerbitan telah disediakan dalam format Microsoft Excel memudahkan proses susun, sisih dan manipulasi data dengan berkesan. Dalam sesi penutupan audit, pihak Jawatankuasa Audit

UP telah mengambil ingatan mengenai p e n g e m a s k i n i a n yang perlu dilakukan dalam glosari MyRA bagi membolehkan penyedia data dan juruaudit dapat m e l a k s a n a k a n tugas dengan lebih berkesan.

Section C1 : Quantity and Quality of Research a. Total number of publications in citation- indexed journals including refereed proceedings. (Expanded list to include for ERA - Excellence Research Australia) b. Cumulative impact factor of publications, or c. Cumulative citation index of publications. d. Total no of publications in non-citation-indexed Journal. e. No. of research books (4 chapters in research book(s) are equivalent to 1 research book) f. Other Publications (including conference proceedings) that have created an impact to government/ society/policy Section F4: Innovation Total no of IPR(other than patents)/copyrights - IPR/copyrights (including original writings excluding research books declared in Section C)

Audit Universiti Penyelidikan (UP) 2013

SHAMSUDIN IBRAHIM

Artikel Pilihandikemukakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Walaupun cadangan itu belum diluluskan, melalui konsortium yang kurang mantap yang dibentuk iaitu CDC dan kemudiannya dikenali sebagai MOLEC (Online E-Resources Consortium Malaysia) berjaya dalam rundingan untuk melanggan pangkalan data atas talian dan mampu untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada Kementerian Pendidikan untuk melanggan beberapa pangkalan data sejak tahun 2002.

Pembentang dan peserta adalah terdiri dari berbagai bangsa dari USA, UK, China, India, Singapura, Filipina, Jerman, Korea, dan lain-lain. Semua kertas kerja yang dibentangkan adalah sangat menarik dan bermanfaat untuk di teliti oleh para pustakawan.

Puan Hafsah Mohd (kiri) dan Puan Rosnah Yusof (Timbalan Ketua Pustakawan) bergambar kenangan bersama bunting

Persidangan

Diterjemah dan diubahsuai oleh Encik Shahruddin Shafri

Page 18: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 201318

My name is Luca

Morss and I was one of the 23 exchange students from the University of Duisburg-Essen, Germany who studied at the Faculty of Engineering and Built Environment, UKM in Semester 1 Session 2012/2013. I arrived in Malaysia at the end of August 2012 and studied for a semester in UKM. Apart from spending time on campus, I also travelled around Malaysia and neighboring countries

and joined many cultural activities held by the faculty. One of them is the Gotong-royong Malay Wedding. Th is program was jointly hosted by the UKM International Offi ce at UDE and the Faculty of Engineering and Built Environment under the PTS-2012-002 project.

As part of my exchange semester at Universiti Kebangsaan Malaysia, I was invited to attend a Malay wedding along with some fellow students, both Malaysians and Germans. Th is wedding took place in the state of Terengganu on the northeast coast of Peninsular Malaysia. A typical Malay wedding runs for two days and begins with the offi cial solemnization where the bride and groom are declared as husband and wife. Th e wedding consists of two reception ceremonies at the bride’s and groom’s house, respectively. We had an experience to join one of these reception ceremonies at the bride’s home. Generally, many guests attend the reception

Artikel Penulis JemputanAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAArrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrtttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeelllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll PPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPeeeeeeeeeeeeeeeennnnnnnnnnnnnnnuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuulllllllllllllliiiiiiiiiiiiisssssssssssssssss JJJJJJJJJJJJJJJJJJeeeeeeeeeeeeeeeeeeemmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuutttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

in TerengganuLUCA MORSS

Group photo with the bride and the groom

Wedding presents, placed in front of the dais for the two couples

UDE student representatives leading the wedding procession whilst carrying the ‘Bunga Manggar’

Page 19: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 2013 19

Luca Morss , exchange students from the University of Duisburg-Essen, Germany studied at the Faculty of Engineering and Built Environment

ceremonies, and many dishes are served. In this case, there was an abundant variety of traditional Malay dishes consisting mainly of chicken, rice, and vegetables prepared with special sauces and spices. Th e course of the reception ceremony is described in the following paragraphs.Th e groom and bride, led by the ‘Bunga Manggar’ carriers and followed by close friends and family, ceremonially proceed to the home. Th is procession is accompanied by traditional Terengganu/Malay music. Before the couple enters the house, traditional martial arts performances called ‘silat’ are specially performed for the new couple.

In the reception room, which is colorfully decorated, the couple takes a seat on a gallant bench. Th e guests congratulate the couple by sprinkling ‘Bunga rampai’ which is a mixture of colorful fragrant fl ower petals and

pandanus leaves onto their hands and presenting them with wedding gifts. Each guest receives a ‘Bunga telur’ (fl ower and egg) not in return but as a sign of prosperity. Finally, the couple has a symbolic feast called ‘makan beradab’, in which the bride and groom feed each other with sweet sticky rice. After this last offi cial part of the day, all guests have the opportunity to take a photo with the bride and groom.

Th roughout the ceremony, guests can partake of the delicious buff et. Th e reception ceremony we attended was a special one because the marriages of both son and daughter of the family were celebrated on the same day.

Our UKM delegation was invited early to have breakfast with the family members and we were shown around the home. We off ered our help during the ceremony by distributing goodie

Artikel Penulis Jemputanbags and washing the dishes. Th ree members of our group who wore ‘Baju Melayu’ which are traditional costumes of Malay men were given the honor of leading the procession as ‘Bunga Manggar’ carriers.

We were also given the opportunity to accompany the musical group by playing one of the percussion instruments. We also took some photos with the couple, ate cake, and mingled around, making ourselves comfortable on the fl oor of the reception room. In the evening after the wedding, we were invited for a casual dinner by the couples. Th ey too were dressed casually in contrast to the posh yellow and beige clothing they wore to the ceremonies, although the ladies used much makeup. Th ey all behaved very sincerely toward us. Th is trip was a great experience for me because I got to know and make friends with Malays through it, which does not happen every day in the university.

Programs like this enriched my exchange semester by giving me an unforgettable cultural experience and by providing me with a deeper understanding of the Malay culture and people. I have always been interested in seeing for myself and learning how other people from diff erent cultures think and see the world as well as overcome the prejudices prevalent in our world.

Breakfast at the bride’s home on the day of the wedding reception

Silat’ was performed to the bride and the groom UDE students trying out the traditional musical instruments

Page 20: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 201320

Soroton Peristiwa

31 Januari 2013Ceramah oleh Imam Muda Asyraf Bertempat di Bilik Sanggar Ilmu PTSL

29 Januari 2013 :Bengkel Pemantapan Sesi Mentor Coaching Perpustakaan UKM bertempat

di Hotel Residence Uniten Putrajaya

11 April 2013 :Mesyuarat Penutup 5S Bertempat di Sanggar Ilmu PTSL

Page 21: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 2013 21

26 Februari 2013 Mesyuarat Agung KKWP bertempat di Bilik Serbaguna Aras 2

23 Mei 2013Lawatan ke Malaysia Productivity Corporation (MPC)

29 April 2013Lawatan Pegawai – Pegawai Kanan Sri Lanka ke Perpustakaan Tun Seri Lanang

Soroton Peristiwa

Page 22: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 201322

Bengkel & Seminar

Bengkel Garis Panduan Hak Cipta Untuk Perpustakaan Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia telah

dijalankan pada 15-16 Mei 2013 di Puri Pujangga, UKM. Bengkel ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Akademik PERPUN, QIT Latihan Perpustakaan UKM dan Universiti Malaysia Kelantan. Seramai 46 orang peserta yang terdiri daripada pustakawan dan pegawai maklumat dari perpustakaan IPT Malaysia telah menghadiri seminar ini.

Antara matlamat penganjuran bengkel ini ialah untuk mendapatkan maklumbalas dan mengetahui perkembangan isu hak cipta dalam pengendalian perkhidmatan perpustakaan IPT Malaysia dalam rangka untuk mewujudkan satu garis panduan hak cipta perpustakaan yang komprehensif untuk digunapakai oleh perpustakaan IPT di Malaysia.

Objektif bengkel ini adalah untuk : • Mengenalpasti aktiviti yang dijalankan di perpustakaan

yang melibatkan hak cipta. • Mengklasifi kasikan aktiviti perpustakaan yang

melibatkan hak cipta mengikut bidang tugas di perpustakaan IPT.

• Menghasilkan satu garis panduan yang bersesuaian bagi kegunaan semua perpustakaan IPT di Malaysia.

Pengisian BengkelBengkel telah dikendalikan sepenuhnya oleh Prof. Madya

Dr. Nazura Abdul Manap, pensyarah dari Fakulti Undang-Undang, UKM. Pada hari pertama, pengisian bengkel adalah berbentuk ceramah dan soal jawab dari peserta. Peserta didedahkan dengan aspek-aspek berkaitan perundangan dalam urusan perkhidmatan perpustakaan. Antara tajuk ceramah beliau adalah seperti berikut :i. Evolusi hak cipta di Malaysiaii. Hak cipta dan perpustakaaniii. Isu hak cipta dalam pinjaman antara perpustakaaniv. Isu hak cipta dalam media perpustakaanv. E-repositori dan hak cipta

Pada hari kedua, peserta dibahagikan kepada enam kumpulan mengikut bidang tugas dan pengalaman kerja sebagaimana berikut : i. Tesisii. E-repositoriiii. E-jurnal dan laman sesawangiv. Sistem Pembekalan Penerbitanv. Bahan media dan mikrovi. Produk inovasi, peta dan lain-lain bahan

Peserta diminta membahaskan tentang isu-isu semasa dan masalah berkaitan hak cipta serta mencadangkan kaedah penyelesaian mengikut kumpulan perbincangan masing-masing. Semua peserta telah mengambil bahagian secara aktif sambil dipantau oleh Prof. Madya Dr. Nazura. Setiap kumpulan dibimbing oleh seorang fasilitator. Seorang pencatat dilantik untuk mencatat hasil perbincangan. Fasilitator dan pencatat adalah terdiri daripada urusetia bengkel.

Maklumbalas PesertaBengkel ini telah mendapat maklumbalas yang positif daripada peserta di samping beberapa cadangan untuk penambahbaikan. Ramai dikalangan peserta berpandangan bahawa bengkel ini wajar diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

Kumpulan yang telah dibentuk di dalam bengkel ini akan terus bekerjasama untuk menjayakan rancangan mewujudkan satu garis panduan yang lengkap.

Berdasarkan analisis penilaian borang soal selidik yang telah diedarkan kepada peserta, secara keseluruhannya peserta bengkel berasa amat berpuas hati terhadap bengkel yang telah diadakan. Peserta telah memberikan penilaian pada skala 3 (sederhana) hingga 5 (amat baik). Cadangan dan komen yang telah diberikan oleh peserta adalah seperti berikut:i. Ceramah lebih mendalamii. Goodiii. Pecahan kepada kumpulan kecil, jika boleh, dibuat secara berasingan

Bengkel Garis Panduan Hak Cipta untuk Perpustakaan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia

MASLIA MANSHOR

Prof. Madya Dr. Nazura Abdul Manap sedang mengendalikan bengkel

Peserta bengkel bergambar kenangan bersama Prof. Madya Dr. Nazura Abdul Manap

Page 23: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 2013 23

Bengkel & Seminartempat untuk mengelakkan gangguan kepada kumpulan lain yang sedang berbincang

iv. Urusetia dapat negotiate harga penginapan yang istimewa kepada peserta yang menginap di Puri Pujangga

v. Maklumat yang dibincang dalam bengkel ini perlu dirumuskan dan dimasukkan ke dalam Akta Hak Cipta 1987, supaya pihak perpustakaan dapat mengguna / memberi perkhidmatan kepada pengguna dalam ruang lingkup Akta, dan tidak berlaku pelanggaran Akta

vi. Moga ada siri seterusnya Bengkel Akta Hak Cipta inivii. Kursus lanjutan dalam menghasilkan garis panduan hak

cipta untuk keseluruhan perpustakaanviii. Objektif yang baik dan dapat membantu tugasan di

perpustakaanix. Dilakukan dari masa ke semasa.x. Satu usaha yang baik. Diharap kesinambungan bengkel

tidak terlalu panjang tempohnyaxi. Amat memberi manfaat kepada IPT di Malaysia

xii. Berharap agar mendapat maklumbalas susulan hasil dari perbincangan berkaitan dengan akta hak cipta ini agar dapat digunapakai secara seragam sebagai amalan yang bersepadu di kalangan semua IPTA

xiii. Amat perlu diteruskanxiv. Panjangkan lagi masa / hari bengkel supaya perbincangan

lebih detail lagixv. Percambahan minda berlaku di sini. Semoga isu ini

dapat ditangani dengan berkesan

Urusetia bengkel telah berjaya menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan berkesan sehingga bengkel ini dapat berjalan dengan lancar. Beberapa kelemahan telah dikenalpasti dan akan diperhalusi di dalam mesyuarat post-mortem yang akan datang. Semoga segala usaha ini akan membuahkan hasil yang bermanfaat serta menambah baik profesion kepustakawanan di Malaysia.

AZLAN MOHAMAD HAMZAH

Perpustakaan PPUKM dengan kerjasama Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) telah menganjurkan Seminar Library Technology Update bertempat di

Auditorium PPUKM pada 19 Februari 2013. Seminar se-hari ini disertai oleh lebih 80 peserta yang terdiri daripada Pustakawan dan profesional maklumat dari seluruh Malay-sia. Seminar ini telah dirasmikan dan ucaptama oleh Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman, Timbalan Dekan Penyelidi-kan dan Inovasi Pusat Perubatan UKM. Di samping itu, Prof. Madya Dr. Mohd Sharif Mohd Saad, Presiden PPM juga memberikan kata aluan dalam seminar itu.

Antara objektif seminar ini adalah bagi membolehkan pustakawan dan profesional maklumat mendapat maklu-mat dan ilmu baru berkenaan teknologi perpustakaan ter-kini. Selain itu, para peserta dapat menjalinkan kerjasama dan rangkaian dengan para pustakawan dan penyedia mak-lumat melalui sesi pameran yang disediakan. Pembentan-gan kertas kerja yang diberikan semasa seminar ini ialah :

Pembentang 1 : Mr. Joseph Goh (iGroup), kertas kerja bertajuk Th e Shifting Paradigm : How the Changing Land-scape of Academic Libraries aff ect Publishing?Pembentang 2 : Prof. Dr. Srijit Das (Jabatan Anatomi, PPUKM), kertas kerja bertajuk Research and library-perfect pair of gloves ?Pembentang 3 : Puan Putri Saniah Megat Abd Rahman, kertas kerja bertajuk Embracing and Shaping Change in Libraries

Sebanyak 10 penyedia maklumat juga menyertai sesi pa-meran dan perkongsian maklumat. Melalui sesi pameran dan kuiz yang diadakan, para peserta memperolehi pelbagai maklumat berkaitan teknologi dan sumber maklumat per-pustakaan yang terkini. Para peserta yang menyertai kuiz juga berpeluang memenangi hadiah menarik yang dise-diakan penganjur.

Kesimpulannya, seminar ini amat baik dan mendapat sam-butan menggalakkan dari para peserta. Ia dapat menam-bah dan meluaskan pengetahuan para peserta berkaitan trend dan perkembangan teknologi perpustakaan terkini di samping dapat berkongsi ilmu dan maklumat dikalangan pustakawan dan penyedia maklumat.

Seminar Library Technology Update Wadah Perkongsian Maklumat Teknologi Perpustakaan Terkini

Sesi pendaftaran seminar

Para peserta sedang mengikuti sesi pembentangan

Page 24: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 201324

Bengkel & Seminar

Bengkel Lonjakan Sebutan telah diadakan pada 14-16 Jun 2013 bertempat di Hotel Grand Continental,

Kuala Terengganu. Bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) ini dihadiri oleh Jawatankuasa Lonjakan Penerbitan UKM. Bengkel dipengerusikan oleh Prof. Dato’ Dr. Rahmah bt. Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).

Antara pengisian utama bengkel adalah berkaitan prestasi penerbitan bagi geran Dana Lonjakan Penerbitan (DLP) dan Dana Impak Perdana (DIP), prestasi penerbitan bagi penyelidik yang penghadiri persidangan di luar negara serta perbincangan mengenai garis panduan, laporan audit penerbitan MYRAII dan strategi penerbitan UKM.

Wakil daripada perpustakaan dijemput bersama dalam bengkel ini bagi membekalkan data-data penerbitan UKM yang diperlukan sebagai input penting dalam setiap sesi perbincangan yang dijalankan.

Bengkel Lonjakan Sebutan (Petikan) 2013

ROHALIA MOHD ROHANI

Bengkel Analisis Penerbitan Jurnal Berimpak Tinggi IPTA telah berjaya dilaksanakan pada 20 hingga 21 Februari

2013 di siber@ptsl, Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan, Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM. Bengkel anjuran Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi IPTA Malaysia ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan memberi bantuan kepada pegawai yang bertanggungjawab menyediakan laporan penerbitan institusi masing-masing berpandukan ISI Web of Science (WOS) dan ISI Journal Citation Reports (JCR).

Bengkel ini telah disertai oleh 14 orang peserta yang terdiri daripada pengurusan tertinggi universiti, pensyarah dan

Bengkel Analisis Penerbitan Jurnal Berimpak Tinggi

MARIATUL QIBTIAH ISA

How to write a great research paper and get it accepted by a good journal merupakan topik dalam Ceramah

Penerbitan Jurnal 2013 oleh penerbit Elsevier. Sesi ini telah berlangsung di Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM pada hari Selasa, 7 Mei 2013 bermula jam 10.00 hingga 1.00 tengah hari

Sesi ceramah yang disampaikan oleh Dr. Faez Telli ini telah berjaya menarik seramai 203 orang peserta yang terdiri daripada pelajar siswazah dan ahli akademik. Sebelum menyertai Elsevier beliau merupakan penyelidik dalam bidang Kejuruteraan Bioperubatan.

Antara yang disampaikan oleh penceramah adalah langkah yang perlu diambil perhatian oleh penyelidik sebelum menulis, strategi pencarian yang perlu dilakukan, perkara yang perlu dielak oleh penulis, trend dalam penerbitan, ciri-ciri manuskrip yang baik, pemilihan jurnal yang betul, meneliti guide for authors oleh penerbit jurnal, menyentuh proses penulisan bermula dari tajuk, abstrak hingga rujukan serta isu etika dalam penerbitan seperti plagiat dan duplikasi. Nota bagi sesi ceramah boleh dimuat turun melalui laman web Perpustakaan UKM di alamat http://www.ukm.my/library/Elsevier_2013.pdf

Ceramah Penerbitan Jurnal 2013 oleh Elsevier

ROHALIA MOHD ROHANI

pustakawan daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Univerisit Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) , Universiti Putra Malaysia (UPM),

Perbincangan dikalangan Peserta Bengkel

Antara Peserta yang Menghadiri Sesi Ceramah

Page 25: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 2013 25

Bengkel & Seminar

RUZITA KAMIS

Bengkel Pengurusan Jurnal 2013 Mantapkan Proses Kerja Jurnal

Bahagian Pengurusan Jurnal dan Jilidan (BPJJ) telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Jurnal pada 10 Mei

2013 bertempat di Puri Pujangga, UKM. Bengkel sehari ini telah dirasmikan oleh Puan Hafsah Mohd, Timbalan Ketua Pustakawan Tertinggi, Perpustakaan UKM. Seramai 29 orang peserta telah menghadiri bengkel ini yang terdiri daripada kakitangan, pustakawan dan timbalan ketua pustakawan.

Antara objektif bengkel adalah mengkaji dan menilai semula proses kerja dan amalan yang dilakukan dalam aspek langganan pangkalan data, memberi peluang kepada peserta untuk bertukar idea dan pendapat serta menjalin semangat berpasukan di kalangan kakitangan bagi meningkatkan komitmen dan motivasi.

Sebanyak empat kertas kerja telah dibentangkan mewakili setiap kumpulan. Kertas kerja pertama bertajuk “Pembaharuan langganan Pangkalan Data Komersil (PDK) yang lebih efi syen”. Kertas kerja ini membincangkan isu dan masalah berkaitan proses langganan PDK, menilai semula proses kerja dan amalan yang dilakukan dan mencari kaedah yang lebih praktikal dalam pembaharuan PDK supaya lebih terancang dan teratur. Kertas kerja kedua adalah “Tuntutan

jurnal bercetak yang lebih efektif ”. Kertas kerja ini berkisar tentang proses tuntutan jurnal yang tidak seragam dan masalah yang dihadapi sepanjang proses tuntutan.

Sesi ketiga diteruskan dengan pembentangan kertas kerja yang bertajuk “Perkhidmatan kaunter pertanyaan yang lebih mantap”. Skop kertas kerja

ini meliputi kaunter Perpustakaan UKM iaitu semua kaunter di Perpustakaan Tun Seri Lanang termasuk PUU, PATMA, PPUKM dan PDAL. Manakala sesi keempat adalah kertas kerja berkenaan “Dasar penjilidan bahan perpustakaan”. Kumpulan ini dipertanggungjawabkan membangunkan satu dasar penjilidan yang boleh digunapakai oleh Perpustakaan UKM.

Pada sebelah petangnya, semua peserta berada dalam kumpulan masing-masing bagi membincangkan resolusi daripada pembentangan yang telah dibuat. Resolusi tersebut dikemaskini dalam kertas kerja masing-masing dan digunapakai dalam memantapkan proses kerja yang terlibat. Bengkel yang berakhir pada jam 5.00 petang ini bukan sahaja berjaya mencapai objektifnya malahan dapat mendidik dan memberi keyakinan kepada warga BPJJ dalam menguruskan sesebuah aktiviti/program.

Peserta Bengkel Pengurusan Jurnal Bersama Timbalan Ketua Pustakawan Tertinggi

Pembentangan dari Kumpulan Ketiga oleh En Azlan Mohd Hamzah

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Utara Malaysia(UUM). Pihak Pustakaan turut berbangga dengan kehadiran Prof. Dr. Amran Ahmed - Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniSZA dan Prof Madya Dr Kalsom Kayat - Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) UUM yang turut serta memberi sokongan.

Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini telah dikendalikan oleh En Shamsudin Ibrahim selaku Ketua Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan Perpustakaan UKM dan dibantu oleh dua orang fasilitator iaitu pegawai di bahagian tersebut yang berpengalaman menggunakan pangkalan data ISI dan terlibat secara langsung dalam aktiviti pemantauan dan pelaporan penerbitan jurnal berimpak tinggi.

Bengkel ini bertujuan meningkatkan kemahiran dalam menggunakan pangkalan data ISI Web of Science dan Journal Citation Reports untuk mengumpul dan menganalisis data penerbitan jurnal IPTA di peringkat institusi dan Negara. Modul yang disediakan meliputi pendedahan dan tunjuk ajar cara mengukur prestasi penerbitan jurnal IPTA dari segi bilangan penerbitan, sitasi, impact factor dan quartile serta menilai prestasi penerbitan ahli akademik berdasarkan bilangan penerbitan yang dihasilkan, sitasi yang diperolehi dan h-indeks.

Penganjur mengharapkan dengan adanya bengkel ini, peserta dapat menyediakan data penerbitan IPTA masing-masing yang lebih mantap, seterusnya memantau prestasi penerbitan IPTA dengan lebih berkesan.

Page 26: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 201326

Bengkel & Seminar

Bengkel perkongsian maklumat pustakawan perpustakaan UKM telah diadakan pada 6 Februari 2013 di Puri

Pujangga UKM dan dianjurkan oleh kumpulan QIT Latihan Perpustakaan UKM. Bengkel ini dirasmikan oleh Tuan Haji Abu Bakar Maidin, Ketua Pustakawan UKM dan dihadiri oleh 70 orang warga perpustakaan yang terdiri daripada kakitangan sokongan gred S22 (Hakiki) dan pustakawan gred S41 ke atas.

Bengkel Perkongsian Maklumat ini merupakan satu medan bagi para pustakawan berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi sama ada melalui lawatan , kursus, bengkel atau seminar yang mereka hadiri di dalam atau luar negara. Ianya juga secara tidak langsung dapat melatih pembangunan kendiri Pustakawan melalui kemahiran pengucapan awam dan persediaan nota serta pembentangan bengkel.

Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman yang diperoleh bagi manfaat bersama di samping berkongsi idea atau maklumat terkini berkaitan bidang kepustakawanan bagi penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan mahupun kendiri.

Sebanyak 8 buah kertas kerja terpilih telah dipersembahkan oleh para pustakawan yang telah menghadiri pelbagai persidangan berkaitan profesion kepustakawanan di peringkat antarabangsa samada di dalam mahupun luar negara. Setiap pembentang diberikan masa 20 minit untuk berkongsi pengalaman dan cerita menarik dari perjalanan mereka. Sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi peluang kepada para peserta untuk memberi pandangan atau mengutarakan sebarang persoalan. Di akhir bengkel ini peserta diberi peluang untuk memilih 3 pembentangan yang terbaik dan menerima hadiah saguhati iaitu En. Hazmir Hj. Zainal, En. Shamsudin Ibrahim dan En. Mohd. Rajak Telimik. Kertaskerja yang dibentangkan adalah :

• En. Hazmir Zainal [Th e 10th HKU Library Leadership Institute (Hong Kong)].

• Pn. Aripah Mohamed dan Pn. Nooraashikin Mohd Yusop [PPM -LAS Joint (Melaka)].

• Pn. Hafsah Mohd dan Pn. Noraini Omar [Th e 15th Meeting and General Conference : CONSAL 2012 (Bali, Indonesia)].

• En. Shamsuddin Ibrahim dan Pn. Rohalia Mohd. Rohani [International Conference on Journal Citation System in Asia Pacifi c Countries (KLIA)].

• En. Mohd. Hafi z Zulkifl i [International Conference on Libraries : ICOL 2012 (Kelantan)].

• Pn. Rosnah Yusof dan Cik Hayatul Azlah Ghazali [OCLC Asia Pacifi c Regional Council Membership Conference (Kuala Lumpur)].

• Pn. Lela Ruzma Mohd Shaari [2nd PERPUN

International Conference & Workshop on Value Management for Libraries (Sarawak)].

• En. Mohd Rajak Telimik [Th e 4th International Conference on Libraries, Information and Society : ICOLIS 2012 (Selangor)].

Bengkel ini berjaya mencapai objektif untuk menjadi medan perkongsian maklumat antara kakitangan perpustakaan UKM memandangkan kehadiran bagi sesuatu persidangan adalah terhad dan melibatkan kos. Perkongsian-perkongsian menarik dari para pembentang seperti amalan kerja yang efi sien dan kreatif, susunatur bangunan, infrastruktur serta kemudahan yang mesra pelanggan dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan serta membuka minda dan meluaskan pandangan para peserta bengkel.

Secara rumusannya, peserta bengkel ini berpuas hati dan telah memperolehi pengetahuan, ilmu terkini serta idea baru dalam bidang kepustakawan khususnya bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan. Ini adalah untuk memastikan perpustakaan UKM sentiasa terkehadapan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggannya bagi membolehkan perpustakaan kekal relevan dalam menyokong aktiviti pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan Universiti.

Bengkel Perkongsian Maklumat PustakawanMASLIA MANSHOR & NORBAIZURA MALEK

AJK pendaftaran menyambut para peserta bengkel

Sebahagian daripada peserta semasa bengkel berlangsung

Page 27: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 2013 27

Bengkel Pemantapan Kaunter JurnalRUZITA KAMIS

Bengkel & Seminar

Puan Rosnah Yusof sedang memberi tunjuk ajar kepada peserta bengkel

Pada 14 -15 Mac 2013 yang lalu, Seramai 29 kakitangan Bahagian Pengurusan Jurnal dan Jilidan (BPJJ) telah

menganjurkan Bengkel Pemantapan Kaunter Jurnal Siri 1. Bengkel ini merupakan acara dwi tahunan BPJJ. Pada kali ini BPJJ membuat kelainan dari sebelumnya iaitu membuka penyertaan kepada semua warga perpustakaan dan turut menjemput Puan Shazimah Badzri sebagai penceramah jemputan.

Bengkel selama 2 hari berobjektif:• Memberi pendedahan kepada kakitangan Perpustakaan

cara menggunakan perkhidmatan, kemudahan dan koleksi perpustakaan.

• Memahami kaedah dan strategi pencarian maklumat yang cekap dan berkesan.

• Membina keupayaan, mengenalpasti dan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber bercetak dan elektronik.

• Membina keyakinan diri dalam memperolehi ilmu dan maklumat untuk pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.

Pada hari pertama, peserta diajar dengan pencarian maklumat berbentuk digital oleh Puan Shazimah Badzri yang bertajuk“ Menerokai Sumber Maklumat Digital” . Dalam slot ini peserta diberi teknik pencarian sumber maklumat elektronik dan jurnal berimpak faktor seperti JetP, JCR, Science Direct, SCOPUS dan sebagainya. Slot seterusnya diteruskan oleh Cik Ruzita Kamis. peserta bengkel diberi pendedahan awal mengenai pangkalan data Myulist, MyJurnal, MyCite dan Mendeley melalui ceramah bertajuk “ Pencarian Maklumat 4M. Slot terakhir pula peserta diberi kesedaran mengenai kepentingan berfi kiran kreatif dan inovatif dan layanan yang berkualiti kepada pelanggan oleh Puan Rosnah Yusof yang bertajuk “Kaunter Perkhidmatan Jurnal satu Inovasi”.

Pada hari kedua, peserta dibahagikan kepada 7 kumpulan bagi sesi infohunt yang bertujuan menguji pemahaman dan kemahiran peserta. Sebanyak 25 soalan disediakan berkaitan jurnal bercetak dan elektronik. Pemenang tempat pertama diungguli oleh kumpulan yang diketuai oleh Encik Ariffi n Abdul Rahman dikuti tempat kedua Kumpulan Encik Abdul Hamid Abdul Jalill. Manakala Tempat ketiga jatuh kepada kumpulan En Mad Munasir Masudi. Hadiah kemenangan berupa hamper sumbangan pembekal telah disampaikan oleh Puan Rosnah Yusof, Ketua Bahagian BPJJ.

Pada keseluruhannya bengkel ini berjaya memberi kesedaran kepada kakitangan perpustakaan terhadap layanan yang berkualiti semasa berada dihadapan, meningkatkan kemahiran mendapatkan maklumat dengan lebih cekap dan berkesan sekaligus memantapkan pengetahuan kakitangan melalui teknik-teknik rujukan menggunakan pelbagai sumber maklumat.

Peserta bengkel bersama tenaga pengajar Cik Ruzita Kamis

Page 28: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 201328

Popular dengan akronim MSU, Management and Science

University merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang terletak di Shah Alam. Mencipta sejarah dengan menjadi Pusat Pengajian Tinggi Swasta pertama negara, MSU bermula dengan nama Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia (KUTPM) pada 2001 sebelum ditukar kepada nama sekarang pada tahun 2007.Serentak dengan perubahan pedagogi pembelajaran serta peningkatan jumlah kemasukan pelajar, MSU kini bersaing pesat dengan universiti-universiti swasta yang lain dalam menambahbaik kemudahan-kemudahan, prasarana serta mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang mereka sediakan.Semenjak bertukar ke lokasi baru, terdapat pelbagai pembaharuan yang telah dilakukan antaranya penambahbaikan kemudahan perpustakaan yang menjadi nadi utama penggerak kemajuan dan perkembangan pelajar di MSU.

Mengambil peluang yang tersedia, Kumpulan QIT Pengurusan telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Perpustakaan MSU, Shah Alam pada 24 April 2013. Lawatan ini bertujuan menandaaras dari aspek pengurusan, perkhidmatan dan prasarana di Perpustakaan MSU. Seramai 19 orang peserta iaitu 9 orang daripada QIT Pengurusan dan 10 orang dari Bahagian Perkhidmatan Maklumat (BPM) telah menyertai lawatan tersebut. Bertepatan dengan objektif lawatan ini telah dapat memberi peluang kepada para peserta lawatan untuk bertukar idea dan berkongsi pendapat bagi penambahbaikan perkhidmatan prasarana serta kemudahan Perpustakaan UKM. Penemuan-penemuan tersebut telah dimurnikan ke dalam bentuk jadual di bawah bagi memudahkan para pembaca.

MSU, dalam penyataan misi dan visi universiti tersebut antaranya adalah ingin membentuk graduan yang mempunyai nilai moral yang tinggi, berdedikasi dan komited dalam pembelajaran sepanjang hayat berintegriti dan profesional selari dengan kehendak negara dan juga pasaran global. Semoga MSU dan Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM) dapat mencapai hasrat-hasrat mereka. Secara rumusannya lawatan ini telah banyak memberi pendedahan dan pengetahuan baru pada kakitangan

Lawatan ke Management Science University (MSU)

Lawatan Penandaarasan

MOHD SYAMROOZ KAMAL MHD. REDZA

Bil. Kategori Penemuan Kelebihan 1. Perkhidmatan Aktiviti bersama pelajar diadakan

sepanjang tahun (tujuan promosi) Menggalakkan pelanggan untuk datang ke Perpustakaan

2. Prasarana / kemudahan

Entertainment Room – bilik ini mempunyai konsep santai yang sangat menarik dan interaktif, diletakkan di satu ruang khas yang tertutup (dinding kaca), lebih privasi dan tidak mengganggu pengguna lain.

Membantu pelanggan untuk rehatkan minda dan dapat mempromosikan bahan yang terdapat di dalam koleksi Perpustakaan.

3. Meja santai/relax (bulat) + stool (sesuai di tepi tingkap dan tiang).

Mewujudkan suasana santai semasa belajar

4. Laptop compartment disediakan. Mengelakkan kehilangan dan kecurian laptop.

5. Meja panjang di tepi tingkap bercermin Menarik, santai dan jimat ruang

6. Papan pameran bergerak disediakan untuk membantu aktiviti promosi dan penyampaian maklumat

Mudah dikendalikan

7. Opac diletakkan dimeja khas dan tidak diletakkan kerusi

Penjimatan ruang dan lebih santai semasa menggunakan OPAC

8. Prasarana / kemudahan

Meja karel yang jimat ruang, menarik dan selesa. Perabot dan peralatan disusun dengan kemas, ringkas, tidak terlalu besar dan boleh digunakan oleh ramai pengguna serentak

Memberi prasarana yang selesa untuk pelajar menggunakan perpustakaan.

9. Persekitaran (luar dan dalam Perpustakaan)

Pintu masuk ke MSU mempunyai mercu tanda, iaitu peta.

PTSL juga boleh aplikasikan konsep sama dengan meletakkan mercu tanda di hadapan PTL.

10. - Konsep warna yang digunakan amat menarik (merah, hitam, putih)

- Penggunaan konsep warna adalah menyeluruh dan seragam

Konsep warna dapat menimbulkan suasana ceria dan menarik

11. Parking lot staff/tetamu sangat cantik, bersih dan menarik.

Menonjolkan imej positif kepada pelawat.

12. Penggunaan signage yang moden menarik Meningkatkan daya penarik papan tanda agar lebih mudah diperasan.

13. Sumber Manusia

Pengawal universiti bertugas mengawal kemasukan dan menguatkuasakan undang-undang tatatertib berpakaian ke Perpustakaan.

Meningkatkan kesedaran peraturan dan undang-undang perpustakaan.

perpustakaan dalam meningkatkan perkhidmatan pada para pelanggan Perpustakaan UKM.

Ketua Pustakawan bersama kakitangan Perpustakaan MSU Pn. Suzana Hamzah (tengah barisan bawah)

Page 29: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 2013 29

Lawatan Penandaarasan

Pada 5 Mac 2013 seramai 13 orang kakitangan dari Bahagian Koleksi Media telah mengadakan lawatan ke

Bahagian Perpustakaan dan Restorasi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) Cawangan Petaling Jaya. Tujuan lawatan adalah untuk meninjau tentang pemeliharaan bahan seperti fi lem dan bahan media lainnya. Selain dari itu ia dapat menjalin kerjasama di antara dua institusi tersebut. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua, Bahagian Perpustakaan dan Restorasi, Encik Ahmad Junaidi Reappai. Sesi lawatan juga telah diiringi oleh beliau dan Ketua Unit Analisa Kimia / Memproses Filem iaitu Encik Tan Kah Poh. Lawatan ke

Lawatan Ke Bahagian Perpustakaan dan Restorasi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS)

tempat penyimpanan bahan audio visual (Vault 1 dan 2) serta makmal pemprosesan bahan telah dapat memberi maklumat yang berguna. Bilik penyimpanan bahan juga terasing dari ruang kerja kakitangan demi keselamatan kerana bahan fi lem mengeluarkan asid sekiranya tidak dipelihara dengan baik. Sementara keadaan ideal bagi pemeliharaan untuk jangka panjang fi lem iaitu suhu 20°C ±2.5°C dan kelembapan 40%RH ± 3%.

Seiring dengan perubahan teknologi, pihak FINAS telah menaiktaraf sistem penyimpanan maklumatnya yang dinamakan Sistem Arkib Multimedia Digital bagi memudahkan pengaksesan bahan. Pemilihan tajuk berdasarkan sejarah, penyelidkan dan keadaan fi lem tersebut. Filem dokumentari dan treler telah dikumpul sejak tahun 1947 dan sehingga tahun 2012 jumlah keseluruhan fi lem tersebut adalah sebanyak 2,760 tajuk. Walau bagaimanapun bentuk fi lem dan pita masih dikekalkan kerana jangka hayatnya yang tahan lama dan seiring dengan misi FINAS ditubuhkan iaitu menyimpan, memelihara dan memulihara bahan audio visual sebagai khazanah negara. Hasil daripada lawatan ini peserta dapat memperoleh pengetahuan betapa pentingnya pemeliharaan bahan demi menjaga kelestariannya.

ROHANA MAHMOOD

Kakitangan makmal di FINAS menunjukkan cara ilem dipotong dan disambung semula

Lawatan ke bilik penyimpanan bahanTaklimat ringkas oleh Encik Ahmad Junaidi Reappai (kiri)

Pada 25 April, Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Pusat Maklumat

Sawit, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Lawatan separuh hari ini terdiri daripada 3 orang pustakawan dan 2 orang kakitangan. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengurusan maklumat penyelidikan di Pusat Maklumat Sawit dan seterusnya berkongsi pengalaman di antara kedua belah pihak. Perpustakaan UKM juga telah menerima lawatan balas daripada Pusat Maklumat Sawit, MPOB yang diketuai oleh Cik Hajah Fatimah Hanim Ahmad Zain pada 21 Mei 2013. Pada kali ini, tujuan lawatan difokuskan kepada pengurusan sistem maklumat yang digunakan oleh Perpustakaan UKM. Banyak ilmu bermanfaat dapat diperolehi oleh kedua belah pihak hasil daripada lawatan ini terutama berkaitan dengan perkhidmatan kemudahan pengurusan sumber ilmu dan juga sistem perpustakaan.

Lawatan Penandaarasan Perpustakaan UKM ke Pusat Maklumat Sawit, Lembaga Minyak Sawit

Malaysia (MPOB).

Page 30: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 201330

RUZITA KAMIS

Lawatan Penandaarasan

Kakitangan Perpustakaan UKM sertai Lawatan ke Perpustakaan UTHM

Pada 10 Mac 2013 yang lalu, warga Bahagian Pengurusan Jurnal dan Jilidan (BPJJ) bersama wakil Bahagian

dan Perpustakaan Cabang telah mengikuti lawatan penandaraasan ke Perpustakaan UTHM untuk melihat amalan terbaik. Objektif lawatan ini antaranya bertujuan meninjau perkhidmatan, kemudahan dan amalan terbaik disamping berkongsi pengalaman tentang Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK).

Ketibaan kami disambut dengan penuh mesra oleh Pustakawan, Unit Bantuan Penyelidikan dan Pasca Ijazah, Encik Muhamad Saufi bin Che Rusul dan beberapa kakitangan Perpustakaan UTHM. seterusnya kami dibawa ke Auditorium Al-Jazari untuk mendengar taklimat umum berkenaan Perpustakaan UTHM dan KIK. Sesi taklimat ini telah dijalankan oleh Encik Muhamad Saufi bin Che Rusul dan Puan Khairunnisa bte Ahmad, Pustakawan dari Unit Perolehan Bahan Bersiri dan Pangkalan Data. Delegasi Perpustakaan UKM turut sama berkongsi pengalaman KIK dan maklumat tentang Perpustakaan UKM yang disampaikan oleh Ketua Bahagian BPJJ, Puan Rosnah Yusof.Selepas sesi taklimat dijalankan, kami dibawa ke persekitaran

perpustakaan untuk melihat koleksi dan kemudahan yang disediakan kepada pelanggan. Kami begitu teruja melihat infrastruktur perpustakaan, susun atur perabot dan permainan warna yang menaikkan lagi keceriaan perpustakaan. Hasil daripada lawatan, peserta dapat memperoleh beberapa amakan terbaik dalam perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan. Semoga lawatan yang mendatang akan mencetuskan idea serta aspirasi kakitangan dalam memberi perkhidmatan dan mutu kerja yang terbaik.

Delegasi perpustakaan UKM bergambar kenangan di hadapan pintu utama Perpustakaan UTHM

Delegasi mendengar taklimat umum dari Perpustakaan UTHM

Sidang EditorInspirasi Berita Perpustakaan

Mengucapkan

Salam Ramadhan &

Salam Aidilfitri

Maaf Zahir Dan BatinKepada Semua Warga Perpustakaan

Page 31: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 2013 31

Tanggungjawab Sosial Korporat

RUZITA KAMIS

Tautan Kasih @ Khidmat Baitul Mahabbah Rumah Kasih Sayang, Rawang

Aktiviti mencantikkan ruang Pusat SumberWarga BPPJ bergambar kenangan besama

penghuni Rumah Kasih Sayang

Dari cetusan idea bertukar menjadi realiti, Bahagian Pengurusan Jurnal dan Jilidan (BPJJ) telah menjalankan

projek Corporate Sosial Responsibility (CSR) pada 30 Mac 2013 (Sabtu ) yang lalu bertempat di Khidmat Baitul Mahabbah (Rumah Kasih Sayang), Bandar Tasik Puteri, Rawang. Khidmat Baitul Mahabbah (Rumah Kasih Sayang) adalah sebuah rumah Kebajikan menempatkan 102 orang penghuni yang terdiri daripada anak-anak yatim, anak-anak orang miskin, warga tua dan ibu tunggal.

Kedatangan kami disambut dengan penuh mesra oleh penghuni rumah dimana kami turut dijamu dengan makanan yang menyelerakan. Kegembiraan jelas terpancar diwajah kanak-kanak kecil apabila mendapat pakaian sekolah baru. Bak kata pengetua “ Ustazah Habidah” Kami bersyukur kerana masih ada lagi pihak yang prihatin terhadap kami”.

Aktiviti yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1 tengahari ini mendapat sumbangan kewangan, pakaian sekolah dan buku ilmiah dari warga perpustakaan. Selain itu, pembekal turut serta menghulurkan sumbangan berupa hamper bagi menjayakan aktiviti.

Aktiviti utama yang telah dijalankan ialah gotong royong membersihkan sebuah bilik untuk dijadikan Pusat Sumber. Hasil sumbangan bahan ilmiah dari warga perpustakaan dijadikan sebagai Koleksi Pusat Sumber. Bahan ilmiah tersebut dikelaskan mengikut Sistem Pengkelasan Ringkas seperti Buku Cerita, Sains, Matematik, Agama, Motivasi dan Am bagi memudahkankan warga Rumah Kasih Sayang membuat rujukan.

Bagi mencantikan ruang Pusat Sumber, lukisan mural tulisan khat Iqra’ dan bacalah dibuat sebagai hiasan dinding. Lukisan kreatif ini dihasilkan oleh anak kakitangan BPJJ Puan Norhaida Mohd Nasir.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang turut sama menjayakan aktiviti CSR ini. Diharap usaha murni ini mendapat keberkatan Illahi.

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang mufl is?” Jawab mereka: “Orang yang mufl is dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang mufl is dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan

dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim)

MUTIARA KATA

“Barangsiapa yang menunjukkan orang lain kebaikan maka pahalanya sama dengan orang

yang melakukannya.” (HR. Muslim)

Page 32: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 201332

Berita dari Cabang

ANNA KUSTYANA MUKANDAR & NORLIAH SUKARNO

Peserta dan penduduk kampung bergotong-royong melapah lembu korban

Perpustakaan Undang–Undang Berwajah Baharu

Ruang santai betrsebelahan Koleksi Asean Law

Meja Rujukan berwajah baruRuang menonton televisyen dan membaca akhbar

Kerja naik taraf lantai Aras 1 Perpustakaan Undang-Undang telah dijalankan bermula

pada15 Julai sehingga 31 Disember 2012. Lantai Aras 1 telah ditukar kepada lantai vinyl. Kontraktor telah dilantik oleh Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan untuk menjalankan kerja-kerja naik taraf tersebut. Semasa kerja-kerja naik traf dilaksanakan pelbagai cabaran dan dugaan yang datang. Bermula dengan kerja-kerja menurunkan buku dari rak yang berlansung dari 9.00 pagi hingga 9.00 malam selama 2 minggu cukup memenatkan kakitangan Perpustakaan Undang-Undang UKM. Kerja pengubahsuai tertangguh beberapa kali antaranya akibat penarikan diri kontraktor, lantai vinyl yang tidak mengikut spesifi kasi, pemasangan semula rak oleh kontraktor yang kurang berpengalaman dan kerosakan lift . Pertanyaan demi pertanyaan oleh pelanggan perpustakaan berkenaan tarikh jangkaan siap kerja pengubahsuaian begitu meresahkan. Proses penyusunan semula buku dirak juga amat mencabar dimana semua warga PUU berganding bahu mengembling tenaga menurunkan semula buku yang diletakkan di aras 2 ke Aras 1 menggunakan tangga disebabkab lift rosak. Berkat kesabaran dan semangat berpasukan akhirnya Alhamdullilah kerja pengubahsuaian siap juga dilaksanakan sepenuhnya.

Bagi meneruskan usaha menampilkan suasana istimewa yang lain dari suasana kebiasaan sesebuah perpustakaan, PUU telah melakukan beberapa penambahbaikan di Aras 1 yang bertujuan meningkatkan citra dan menarik pelanggan datang ke Perpustakaan. Ruang santai disediakan bersebelahan Koleksi Undang-Undang ASEAN. Sebanyak 5 unit Meja Jepun lengkap dengan kusyen disediakan bagi memberikan keselesaan kepada

pelanggan untuk berbincang sambil duduk secara santai. Pelanggan juga dibenarkan membuat perbincangan di ruangan bacaan Aras 1 dengan ketinggian suara yang terkawal. Manakala dinding dan tiang dicat dengan warna- warna yang menarik.

Ruang menonton televisyen dan membaca akhbar juga dinaiktaraf dengan rekaan perabot yang lebih menarik. Seusai penat menelaah atau mengulangkaji pelajaran pelanggan dapat menonton televisyen di sofa yang disediakan.

MUTIARA KATA

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa

orang yang musafi r” (Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Daud & al-

Tarmizi)

Page 33: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 2013 33

Berita dari Cabang

FAZWANI AB KADIR & NORAFIDA NORDIN

Juruteknik Kanan (J22), Encik Apandi Manap telah ditukarkan dari PDAL ke Bahagian Pengurusan Kampus

Kuala Lumpur pada 22hb Januari 2013. Sehubungan itu, PDAL mengadakan satu majlis Perpisahan untuk menghargai jasa beliau pada 13hb Mac 2013 jam 3.00 petang.

Beliau berkhidmat di perpustakaan selama 31 tahun. Beliau memulakan kerjaya sebagai juruteknik rendah, kemudian juruteknik dan sehingga kini beliau telah menyandang jawatan Juruteknik Kanan (J22) dan ditempatkan di BahagianPengurusan KKL.

Antara tugas yang diberikan kepada beliau sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di PDAL adalah memeriksa, menyelenggara bahan APD dan juga bertanggungjawab keatas peralatan komputer dan pejabat. Selain itu, beliau juga bertanggungjawab dalam hal-hal pelupusan barang-barang di PDAL.

Semoga pengalaman yang diperolehi di PDAL akan membantu beliau melaksanakan tugas di tempat yang baru. Kami warga kerja PDAL mendoakan semoga beliau sentiasa sukses dalam apa jua tugas yang diamanahkan serta dipertanggunjawab kepada beliau.

Majlis Jasamu di Kenang

Apandi menerima cenderahati sempena majlis meraikan pertukaran beliau

Mesyuarat Jawatan Kuasa Perpustakaan Dr. Abdul Latiff bertarikh 18hb Mac 2013 telah sebulat suara bersetuju

melaksanakan dasar baru ke atas peminjaman bahan media di Perpustakaan Dr. Abdul Latif (PDAL). Dasar baru ini dilaksanakan berdasarkan kepada statistik pinjaman tahunan bahan media yang terlalu rendah di mana pinjaman yang direkodkan pada tahun 2011 adalah sebanyak tiga belas bahan manakala pada tahun 2012 adalah sebanyak sebelas bahan dibandingkan dengan jumlah koleksi sebanyak 244 judul bahan media dan 962 bahan media bersama buku.Sehubungan itu, PDAL telah membuka peluang kepada semua pelanggan termasuk pelajar pra-siswazah untuk meminjam bahan-bahan media termasuk CD, CD-ROM, DVD, VCD dan sebagainya terutama bahan British Pharmacopiea. Perkhidmatan ini pada asalnya hanya dibuka kepada pelajar pasca siswazah, kakitangan akedemik dan pengurusan professional sahaja. Kadar pinjaman kategori kakitangan akademik dan pengurusan adalah sebanyak lima naskhah dengan tempoh pinjaman adalah selama sepuluh hari. Manakala bagi kategori pelajar siswazah jumlah pinjaman adalah sebanyak lima naskhah dengan tempoh pinjaman selama tujuh hari. Seterusnya bagi memberikan nilai tambah, perkhidmatan ini turut dibuka kepada pelajar pra-siswazah dengan kadar pinjaman adalah sebanyak tiga naskhah selama tujuh hari. PDAL berharap agar dasar baru yang diperkenalkan kepada para pelanggan akan memberikan seribu manfaat dan meningkatkan penggunaan bahan media di PDAL. Para pelanggan dinasihatkan menjaga bahan tersebut dengan baik agar dapat digunakan oleh orang ramai.

Dasar baharu peminjaman bahan

Media PDALFAZWANI AB KADIR & NORAFIDA NORDIN

Pameran bahan media

MUTIARA KATA

MUTIARA KATA

“Tidak perlu kenal bertahun-tahun, orang yang sudah mencintai Allah, maka akan

dengan mudah ia mencintai orang lain yang juga mencintai Allah”

“MEREKA telah melupakan Allah dan Allah juga melupakan mereka”

At-Taubah : 67.”

Page 34: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 201334

Berita dari Cabang

Kemahiran maklumat merupakan satu aspek penting bagi membantu pembelajaran dan penyelidikan pelanggan.

Sehubungan itu, Perpustakaan PPUKM telah mengambil inisiatif untuk mempromosikan Kursus Kemahiran Maklumat kepada pelanggan di Perpustakaan PPUKM melalui kaedah Café Lib.

Kaedah ini membolehkan pelanggan mendapatkan penerangan dan taklimat kemahiran maklumat melalui dua cara iaitu secara Buff et selama 2 jam atau Ala Carte selama 15 hingga 30 minit. Kaedah Buff et membolehkan pelanggan mendapatkan penerangan seperti Kursus Kemahiran Maklumat secara teori dan amali bertempat di Makmal Mutimedia, Perpustakaan PPUKM. Ianya diadakan secara berjadual dan atas permintaan. Topik yang diberikan adalah Pencarian Maklumat Perubatan dan Pengurusan Rujukan dan Bibliografi . Manakala, kaedah Ala Carte pula adalah penerangan secara ringkas selama 15 hingga 30 minit secara temujanji. Topik penerangan seperti Portal Perpustakaan, GEMILANG, dan Strategi Pencarian Maklumat.

Café Lib yang dimulakan pada bulan April 2013 telah mula mendapat sambutan daripada pelanggan. Ia juga dapat membantu pelanggan yang mempunyai masa yang terhad untuk mendapatkan kemahiran pencarian maklumat melalui sumber-sumber yang disediakan oleh Perpustakaan. Semoga ianya memberi manfaat kepada pelanggan Perpustakaan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan statistik Kursus Kemahiran Maklumat Perpustakaan PPUKM.

Inisiatif Perpustakaan PPUKM promosi Kursus

Kemahiran Maklumat melalui Café Library

AZLAN MOHAMAD HAMZAH

Perpustakaan PPUKM telah melanggan Pangkalan Data Th e Biomedical & Life Sciences Collection (Henry

Stewart Talks) sejak tahun 2012. Pangkalan data ini menyediakan lebih 1500 koleksi seminar dan pembentangan dalam bidang perubatan dan sains kesihatan dari seluruh dunia. Bidang dan kategori koleksi seminar yang disediakan ialah:• Biochemistry• Cancer• Cell Biology• Diseases, Disorders & Treatments• Drug Discovery• Genetics• Immunology• Methods• Microbiology & Virology• Neurobiology• Pharmaceutical Science

Antara ciri-ciri pangkalan data ini adalah : 1. Pencarian seminar melalui enjin carian, kategori,

series, Th eraupetic Area 2. Recently Added Talks 3. Filter by Categories, Th erapeutics Area dan Talk

Duration4. Aplikasi Shares melalui Email, Facebook dan

Twitter, Blog dan lain-lain.5. Aplikasi RSS6. Notifi kasi Keep me Updated7. Popular and related talks8. Printable Slide Handouts PDF9. How to Cite a Talk10. Detailed Slide Index

Pelanggan Perpustakaan amat dialu-alukan untuk menggunakan pangkalan data ini.

The Biomedical & Life Sciences Collection (Henry Stewart Talks) Menyediakan

Koleksi Pembentangan dan Seminar

dari Seluruh DuniaAZLAN MOHAMAD HAMZAH

Pangkalan data The Biomedical & Life Sciences Collection

Page 35: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 2013 35

Berita dari Cabang

Sanggar Kerja Perpustakaan Pusat Perubatan UKM (PPPUKM) 2013 bertemakan Team Building: 1 Hati,

1 Fikir dan 1 Tindakan telah diadakan dengan jayanya di Avillion Admiral Cove, Port Dickson pada 1 hingga 2 Jun 2013. Seramai 23 pegawai dan kakitangan PPPUKM menyertai Sanggar kerja kali ini. Sanggar Kerja ini dijalankan dengan kerjasama dengan pihak konsultan iaitu ExcelQMinds Training & Consultancy.

Sanggar kerja ini bertujuan untuk membentuk dan meningkatkan budaya kerja berpasukan yang mengutamakan kepentingan organisasi melebihi kepentingan peribadi di kalangan kakitangan dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti & kecemerlangan di organisasi. Disamping itu, ia dapat membentuk kakitangan yang mengenali kekuatan, kelemahan dan potensi diri sebagai ahli pasukan yang cemerlang seterusnya mengubah pemikiran dan tindakan yang mengutamakan kesatuan fi kir, hati & tindakan.

Program dimulakan dengan sesi pertama bertajuk Kau, Aku & Dia. Pada sesi ini kakitangan dapat mengenali personaliti diri yang sebenar dan rakan sekerja yang seterusnya mengeratkan lagi silaturahim dan membentuk membentuk esatuan bekerja.

Pada sesi seterusnya bertajuk Dinamika Kumpulan, peserta melaksanakan pelbagai aktiviti yang menjurus dalam penghayatan 1 Hati, 1 Fikir dan 1 Tindakan antaranya pembentukan identiti kumpulan, jejari berpasukan, human target, river acid dan blind trail. Sebanyak 4 kumpulan yang berinspirasikan fi lem P. Ramlee iaitu Penarik Beca, Madu 3, Bujang lapok dan Labu Labi dibentuk bagi menjayakan aktiviti ini. Aktiviti ini dapat membentuk sikap, dan amalan seperti dedikasi, kemahiran mendengar arahan, jujur, amanah, bersungguh-sunguh dalam mencapai matlamat, tekun, setiakawan dan tidak mementingkan diri sendiri.

Team Building : 1 Hati, 1 Fikir 1 Tindakan

AZLAN MOHAMAD HAMZAH

Sanggar kerja diteruskan dengan ceramah bertajuk Program Transformasi yang disampaikan oleh Encik Norhishah Elias dari Jabatan Kualiti, PPUKM. Pelbagai input dan maklumat dapat dikongsikan dengan kakitangan berkaitan program transformasi PPUKM disamping berkongsi pengetahuan tentang kaedah dan keperluan dalam melaksanakan transformasi di Perpustakaan.

Sanggar kerja kali ini berjaya mencapai matlamat membentuk semangat dan budaya kerja berpasukan di kalangan pegawai dan kakitangan PPPUKM. Di samping itu, ia dapat membentuk kesatuan di kalangan kakitangan seterusnya mencapai objektif ‘1 Hati 1 Fikir dan 1 Tindakan’ yang amat diperlukan demi kejayaan dan kecemerlangan Perpustakaan.

Kakitangan bergambar kenangan bersama pustakawan

Aktiviti membentuk sikap dedikasi dan amanah

Page 36: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 201336

Berita dari Cabang

ARIPAH MOHAMED & NOOR MARINA YUSOF

Penyelenggaraan Koleksi PADAT – Dari ATMA ke PATMAmalaycivilization.ukm.my/portal

Zon Senyap di Perpustakaan Tun Seri Lanang

Zon Senyap di PTSL dirasmikan oleh Tuan Haji Abu Bakar Maidin pada 7 Mac 2013.

Zon ini berada di aras 5 Perpustakaan UKM dan dibuka kepada semua pelanggan. Kemudahan ini memberi peluang kepada pelanggan untuk membuat rujukan dan aktiviti pembelajaran yang lebih selesa.

Antara kemudahan yang disediakan

Perasmian oleh Ketua Pustakawan UKM

AZLAN MOHAMAD HAMZAH

Pangkalan Data ATMA (PADAT) merupakan sebuah pangkalan data bibliografi yang dibina oleh Institut Alam

dan Tamadun Malayu (ATMA) mulai tahun 1999 bertujuan untuk mengumpulkan sumber maklumat mengenai pengajian alam Melayu bagi memudahkan capaian dan rujukan . Pada tahun 2003 Portal malaycivilization.ukm.my telah dibina oleh ATMA dengan bantuan dana DAGS (Demonstrator Application Grants Scheme) Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Kini Pangkalan Data PADAT merupakan salah satu pangkalan data disamping 12 pangkalan data lain yang boleh diakses daripada Portal malaycivilization.ukm.my. Pangkalan data lain yang terdapat dalam portal ini ialah Koleksi Khas Tenas Eff endy, Kamus Melayu, Kamus Melayu yang ditulis oleh Bukan Melayu, Adat Perpatih, Koleksi Khas N. A. Halim, Koleksi Khas Yang Quee Yee, Karya Jawi, Pantun Baba, Sari Atas Talian, Sejuta Pantun, Peribahasa Melayu dan Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional.

Dalam projek penambahbaikan portal di bawah projek Roll-Out malaycivilization.ukm.my, Pangkalan Data PADAT telah disemak dan ditambah kandungannya. Kini jumlah entri dalam Pangkalan Data PADAT serta salinan teks penuh berjumlah 53,442 item dan semakin bertambah. Penambahan kandungan Pangkalan Data PADAT kini masih diteruskan dalam bidang sains dan teknologi di alam Melayu dan Islam di alam Melayu. Pemikiran tokoh alam Melayu dan busana Melayu sedang dalam perancangan. Setiap entri dalam Pangkalan Data PADAT disediakan teks penuh dalam bentuk bercetak untuk rujukan penyelidik.

Pada 20 Disember 2012 penyelenggaraan Koleksi PADAT telah diserahkan kepada Perpustakaan ATMA (PATMA) dalam majlis penyerahan yang diadakan di Bilik Wacana ATMA . Koleksi PADAT ini terdiri daripada artikel jurnal, kertas kerja seminar, persidangan, laporan dan bahan-bahan lain bercetak teks penuh bagi setiap bahan yang tersenarai dalam Pangkalan Data ATMA (PADAT). Koleksi teks penuh setiap entri Pangkalan Data PADAT diberi nombor turutan dan dijilid serta disimpan di bilik khas di Aras 1

Bangunan ATMA. Penyelidik dibenarkan membuat rujukan dan salinan foto artikel berdasarkan permohonan. Antara bidang kajian yang terdapat dalam koleksi ini termasuklah konsep ruang, matematik dalam kehidupan orang Melayu, sosial-budaya, adat dan budaya, biografi , kesihatan dan perubatan, pemakanan, pakaian, puisi, arkeologi, Islam dan tamadun Melayu, sains dan tamadun Melayu. ATMA akan terus bertanggungjawap tentang pembangunan kandungan dan penambahan koleksi melalui projek penyelidikan yang dijalankan secara berterusan. PATMA bertanggungjawap dari aspek penyelenggaraan dan penyediaan perkhidmatan rujukan serta penggunaan Koleksi PADAT. Selain daripada itu, pembangunan komuniti bagi pengguna Pangkalan Data PADAT dijalankan secara kolaborasi dari semasa kesemasa antara ATMA and PATMA melalui bengkel, laman web penyediaan brosur dan lain-lain.

Zon ini menempatkan meja karel persendirian dengan rekabentuk yang menarik. Diharapkan pelanggan menggunakan kemudahan yang disediakan

Majlis Penyerahan Penyelenggaraan Koleksi PADAT

Lawatan ke Koleksi PADAT di Aras 1 Bangunan ATMA

Page 37: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 2013 37

Promosi Perpustakaan

RUZITA KAMIS

Nilai Tambah TerkiniLaman Web Perpustakaan UKM

Pencarian OPAC di laman web perpustakaan telah mula menjadi trend dan digunapakai di perpustakaan IPTA

seperti Perpustakaan UPM, UTHM dan UTM. Justeru itu, Perpustakaan UKM turut mengikuti trend semasa dengan menyediakan kemudahan carian setempat. Laman web Perpustakaan UKM yang dibangunkan menggunakan perisian Content Management System (CMS) ditambahbaik agar lebih dinamik untuk memenuhi kehendak pelanggan. Penambahbaikan dilakukan secara berperingkat-peringkat. Pada peringkat pertama penambahbaikan tertumpu kepada Gemilang dan e-Rep sahaja dan akan diteruskan dengan JetP dan UJAR.

Dengan kewujudan pusat carian setempat, pelanggan boleh membuat pencarian secara terus bagi sistem Gemilang dan e-Rep. Untuk pencarian, pelanggan boleh memasukkan kata kunci dalam kotak carian dan memilih jenis pencarian berdasarkan pengarang, judul buku atau jurnal, tajuk artikel dan sebagainya .Hasilnya perpustakaan mendapat maklum balas positif dari pelanggan di mana ia memberi kemudahan kepada mereka dalam membuat pencarian bahan.

Frost & Sullivan - Sumber Maklumat Penyelidikan,

Inovasi dan PengkomersilanSHAMSUDIN IBRAHIM

Koleksi Sumbangan Prof. Dr. Ding Choo Ming

Koleksi Sumbangan Prof. Dr. Ding Choo Ming diserahkan

kepada perpustakaan pada 2 November 2012 semasa Majlis Perasmian Program Pembudayaan Ilmu Perpustakaan UKM 2012.Koleksi ini ditempatkan di Bahagian Koleksi Arkib dan Khas dan dalam proses pengkatalogan. Bahan yang telah dikatalog boleh diakses melalui OPAC dengan nombor panggilan akhir 42dcm (Ding Choo Ming)

Biografi Aminuddin BakiLA2383.M32A485 42dcm

Koleksi Arkib dan Khas

RUSIAH HUSIN

Frost & Sullivan (http://www.frost.com) mengandungi laporan/analisis pasaran tempatan dan antarabangsa,

khidmat perundingan dan latihan daripada pakar meliputi 10 industri iaitu:

(1) Aerospace & defense(2) Automotive & transportation(3) Electronics & security (4) Energy & power systems(5) Environment & building technologies(6) Healthcare & life sciences (7) Chemicals, materials & food ingredients (8) Information & communication technologies (9) Measurement & instrumentation(10) Industrial automation & process control

Dalam konteks Universiti Penyelidikan, Frost & Sullivan dapat membantu pembuat keputusan, ahli akademik, perunding, penyelidik dan pelajar pascasiswazah mengenalpasti potensi pengkomersilan, merangka strategi pembidaan dana serta meningkatkan kolaborasi dengan pihak tertentu.

Pada tahun 2011, langganan Frost & Sullivan telah dimulakan oleh Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK) UKM tetapi tidak dapat diperbaharui pada tahun 2012 kerana kekurangan peruntukan. Bermula 2 Mei 2013 hingga 1 Mei 2015, Perpustakaan UKM melanggan Frost & Sullivan dengan kos RM195,000 dan boleh diakses melalui http://www.frost.com di peringkat abstrak dan halaman isi kandungan (table of content) oleh semua pengguna termasuk bukan warga UKM. Walaubagaimanapun, bagi laporan teks penuh, hanya permohonan daripada warga UKM sahaja akan diuruskan oleh Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM (4 pengguna) atau PIK (1 pengguna).

Kepada warga UKM yang berminat mendapatkan laporan teks penuh dalam Frost & Sullivan, sila majukan emel permohonan anda kepada;[email protected] - Shamsudin [email protected] - Rohalia Mohd [email protected] - Nor Hamsiah Ahmad [email protected] - Mariatul Qibtiah Isa

"Seorang Muslim (yang baik) adalah yang tangan dan lisannya

tidak menyakiti orang lain." (HR. Bukhari)

MUTIARA KATA

Page 38: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 201338

Berita KKWP

Kenaikan Pangkat

Kakitangan Bersara

Anugerah Inovasi Penyelidikan UKM - JetP 2.0 Online Journal Search[Anugerah telah disampaikan pada 28 Mei 2013 di Bilik Senat]

Senarai Aktiviti Kelab Kebajikan Warga Perpustakaan UKM (KKWP) Jan-Jun 2013

BIL AKTIVITI TARIKH TEMPAT ANJURAN

1. Jualan Makanan Ringan (Gula-gula, kekacang, kerepek, air mineral)

Sepanjang tahun

-

Biro Ekonomi

2. Jualan Cenderahati Sepanjang tahun -

3. Kuliah Kitab Setiap Jumaat minggu pertama Bilik Sanggar Ilmu, Aras 4, PTSL

Biro Dakwah dan Kerohanian 4. Ceramah Maulidurrasul 1434h (Imam Muda Asyraf)

8 Februari Bilik Sanggar Ilmu, Aras 4, PTSL

5. Program Ziarah Mantan Kakitangan (Cik Noraliah Mohd Yasin)

15 Mac Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan

6. Kejohanan Sukan Antara Perpustakaan IPTA Lembah Klang

8-9 Jun & 15-16 Jun Universiti Putra Malasyia (UPM), Serdang

Biro Sukan dan Rekreasi

Berita Kakitangan

Bil. Nama

1 Encik Shamsudin Ibrahim 2 Puan Wan A’sah Wan Abdul Aziz 3 Encik Bahari Chan 4 Puan Mazni Md. Yusof 5 Puan Norbaizura Malek 6 En. Hazmir Hj Zainal 7 Encik Harith Faruqi Sidek 8 Puan Nur Murni Aznin Azhari 9 Puan Shaizimah Badzri

10 Encik Ahmad Afifi Mohmad Ishak 11 Puan Rohalia Mohd Rohani 12 Puan Hazlinah Ramlee 13 Puan Radiyana Abd. Rahman 14 Cik Nor Hamsiah Ahmad Hosaini 15 Cik Anis Rohaiza Rosli 16 Puan Sharifah Hashim (PTM)

Bil.

Nama

Jawatan

Pada

1 Hamudah Hashim Pembantu Perpustakaan S22 (KUP)

27.2.2013 2 Rahah Mustafa

Bil.

Nama

Jawatan/Bahagian

Pada

1 Abdul Karim Mahmud Pembantu Perpustakaan S22 (KUP) di BPP

31.5.2013 (Bersara wajib 56 tahun)

2 Ahmad Diah Md. Dahari 19.6.2013 (Bersara wajib 58 tahun)

Page 39: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 2013 39

Berita Kakitangan

Pertukaran Tempat Bertugas

RalatSidang editor Buletin Inspirasi memohon maaf dia atas kesilapan pada keluaran

Bil. 11 Julai-Disember 2012 bagi nama ahli baru jawatankuasa inspirasi yang tercicir iaitu Mohd Syamrooz Kamal Mhd. Redza dan bagi ruangan berita bergambar pembetulan pada Bicara Hijrah

Bersama Sham Kamikaze yang tarikh sebenarnya adalah 30 November 2012

Bil. Nama Jawatan Dari Bahagian Ke Bahagian Tarikh Kuatkuasa

1 Asrul Anwar Shaari Pembantu Perpustakaan S22 Perpustakaan PPUKM Bhg. Koleksi Asia

Tenggara & Dokumen 4.1.2013

2 Mohamad Khairul Nazmi Md. Haris

Pembantu Perpustakaan S17 Bhg. Koleksi Asia

Tenggara & Dokumen

PL2

9.1.2013

3 Fatimah Kamilah Awang

Pustakawan S41 Bhg. Perkhidmatan Maklumat Bhg. Perolehan 4.2.2013

4 Jamain Manap Pustakawan S41 Bhg. Perolehan Bhg. Koleksi Asia Tenggara & Dokumen

4.2.2013

5 Maslia Manshor Pustakawan S41 Bhg. Katalog Bhg. Koleksi Arab & Tamadun Islam

4.2.2013

6 Nik Zaleha Nik Mustapha

Pustakawan S41 Bhg. Koleksi Arab & Tamadun Islam

Bhg. Katalog 4.2.2013

7 Noraashikin Mohd Yusop

Pustakawan S41 Bhg. Koleksi Asia Tenggara & Dokumen

Bhg. Perolehan 4.2.2013

8 Abdul Azam Wahab Pemb. Perpustakaan S22

Bhg. Pengurusan Jurnal & Jilidan

Bhg. Koleksi Asia Tenggara & Dokumen

4.2.2013

9 Ahmad Termizi Ibrahim

Pemb. Perpustakaan 22

Bhg. Perkhidmatan Pelanggan

Bhg. Koleksi Media 4.2.2013

10 Hamdan Abd. Karim Pemb. Perpustakaan S22

Perpustakaan Undang-Undang

Bhg. Koleksi Arkib & Khas

4.2.2013

11 Manan Abd. Rahman Pemb. Perpustakaan S22 Bhg. Koleksi Media Bhg. Perkhidmatan

Pelanggan 4.2.2013

12 Sanusi Md. Yunus Pemb. Perpustakaan S22 Bhg. Perolehan Perpustakaan Undang-

Undang 4.2.2013

13 Hamudah Hashim Pembantu Perpustakaan S17

Bhg. Perkhidmatan Pelanggan (Pejabat) Bhg. Perolehan 4.2.2013

14 Noor Marina Yusof Pembantu Perpustakaan S17

Bhg. Koleksi Asia Tenggara & Dokumen

Perpustakaan ATMA 4.2.2013

15 Noraidah Selamat Pembantu Perpustakaan S17

Bhg. Perolehan Bhg. Koleksi Media

4.2.2013

16 Norhaida Mohd Nasir Pembantu Perpustakaan S17

Bhg. Koleksi Arab & Tamadun Islam

Bhg. Pengurusan Jurnal & Jilidan

4.2.2013

17 Nor Ilyah Othman Pembantu Perpustakaan S17

Bhg. Perkhidmatan Pelanggan (Kaunter)

Bhg. Perkhidmatan Pelanggan (Pejabat)

4.2.2013

18 Rosnah Ahmad Pembantu Perpustakaan S17 Perpustakaan ATMA Bhg. Perolehan

4.2.2013

19 Siti Norsiah Mohamad

Pembantu Perpustakaan S17 Bhg. Koleksi Media Bhg. Koleksi Arab &

Tamadun Islam 4.2.2013

20 Zulkifli A. Bakar Pembantu Perpustakaan S17

Bhg. Koleksi Arkib & Khas

Bhg. Perkhidmatan Pelanggan (Kaunter)

4.2.2013

21 Norazlina Ali Pembantu Tadbir (P/O) N17 Bhg. Koleksi Media

Perpustakaan PPUKM

4.2.2013

22 Saripah Ismail Pembantu Tadbir Perpustakaan PPUKM Bhg. Koleksi Media 4.2.2013

Page 40: Inspirasi bil 12/2013

INSPIRASI Bil 12 JANUARI - JUN 201340

Raikan Cinta.......Mahligai Bahagia

Lahirnya Permata Hati.....

Berita Kakitangan

Kakitangan Baru

Bil. Nama Bahagian Tarikh

1 Ahmad Khairul Anuar Ahmad Fauzi (Ayahanda)

Bahagian Pentadbiran & Kualiti 16 Mei 2013

Al-Fatihah.....DaripadaNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali

Bil.

Nama

Jawatan

Tarikh Lapor

Diri

Penempatan

1 Mohd Azriq Al Wizam bin Ayub

Pembantu Perpustakaan S17 3.1.2013 Perpustakaan PPUKM

2 Mohamad Idzwan bin Razak

Pembantu Perpustakaan S17 (Sementara)

22.4.2013 PL2

3 Nurulhuda Mohd Razeef 2.5.2013

BPP 4 Nurfashihah Yahya PDAL 5 Intan Shahira Surip 10.6.2013 BPP

Bil. Nama Bahagian Tarikh

1 Rohalia Mohd Rohani Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan

16 Disember 2012 (Anak Ketiga)

2 Asmida Omar PATMA 27 Januari 2013 (Anak Pertama) 3 Md. Fakrul Hisham Mahamed Bahagian Perolehan 2 Februari 2013 (Anak Pertama) 4 Noreehan Mohamad Kassim Bahagian Koleksi Arkib & Khas 3 Februari 2013 (Anak Ketiga) 5 Siti Salwa Abdul Aziz Bahagian Pengurusan

Jurnal & Jilidan 17 Mac 2013 (Anak Pertama)

6 Mohd Zaki Omar PPPUKM 20 Mac 2013 (Anak Pertama) 7 Nurbaiti Johan Bahagian Katalog 28 Mac 2013 (Anak Ketiga) 8 Mohd Firdaus Mohd Taha Bahagian Pengurusan

Jurnal & Jilidan 22 April 2013 (Anak Kedua)

9 Amirudin Shah Abdul Rahman & Noorashikin Mohamad

PUU & Bahagian Koleksi Arab & Tamadun Islam

19 Mei 2013 (Anak Kedua)

10 Mohd Nazwan Abd Kadir PATMA 13 Jun 2013(Anak Pertama)

Bil. Nama Bahagian Tarikh

1 Ashraf Azrul Ahmed Kamel Bahagian Pengurusan Jurnal & Jilidan

14 April 2013

2 Mohd. Arizal Abd. Rahim Bahagian Sistem & Teknologi Maklumat

31 Mei 2013