buletin meipta edisi 4 bil 1/2012

16
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah iziNya, penerbitan Buletin MEIPTA Bil.4 dapat diteruskan. Terima kasih di atas kerjasama semula ahli MEIPTA yang terus memberi sokongan untuk memastikan MEIPTA terus melangkah maju ke hadapan. Pertamanya saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua IPTA yang memberi kepercayaan kepada UKM untuk terus menerajui MEIPTA bagi tempoh 2012- 2013. Kita berjumpa lagi dalam Persidangan MEIPTA ke-14 di Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang bertemakan “Kesetaraan e-Kandungan dengan Penerbitan”. Pelbagai program telah dirancang untuk tahun 2012 yang akan dibincangkan dalam MEIPTA ke-14 ini, antaranya Penerbitan Buku Web 2.0@IPTA Malaysia, Seminar Kebangsaan Mobile Learning dan MoA antara uniCLIQ dan MEIPTA. Sesungguhnya semua inisiatif ini memerlukan kerjasama dari semua IPTA untuk terus memantapkan pembangunan e-Pembelajaran di Malaysia seperti yang termaktub dalam Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN). Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli MEIPTA yang terus memberi kepercayaan kepada saya sebagai Pengerusi dan Prof. Dr. Hanafi Atan (USM) sebagai Timbalan Pengerusi untuk bekerjasama dalam menjayakan agenda MEIPTA. Sekian, wassalam. Prof. Dr. Mohamed Amin Embi Pengerusi Majlis Ketua-ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) 2012-2013 Kandungan Ahli Jawatankuasa MEIPTA Persidangan MEIPTA Ke-13 e-Learning Champion: Fungsi, Tugas Dan Petunjuk Prestasi E-Pembelajaran UPSI di Cloud Bantu Pelajar Ulangkaji Pelajaran dengan Facebook Bengkel Penyedian Ujian Dalam Talian e-Pembelajaran UKM terus diperkasa Penerbitan Buku 2 3 4 6 7 8 9 9 “Kesetaraan e-Kandungan dengan Penerbitan” BIL. 1/2012 Kata-kata Aluan Pengerusi MEIPTA

Upload: vuongdung

Post on 01-Jan-2017

240 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin MEIPTA Edisi 4 Bil 1/2012

1

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah iziNya, penerbitan Buletin MEIPTA Bil.4 dapat diteruskan. Terima kasih di atas kerjasama semula ahli MEIPTA yang terus memberi sokongan untuk memastikan MEIPTA terus melangkah maju ke hadapan.

Pertamanya saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua IPTA yang memberi kepercayaan kepada UKM untuk terus menerajui MEIPTA bagi tempoh 2012-2013. Kita berjumpa lagi dalam Persidangan MEIPTA ke-14 di Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang bertemakan “Kesetaraan e-Kandungan dengan Penerbitan”.

Pelbagai program telah dirancang untuk tahun 2012 yang akan dibincangkan dalam MEIPTA ke-14 ini, antaranya Penerbitan Buku Web 2.0@IPTA Malaysia, Seminar Kebangsaan Mobile Learning dan MoA antara uniCLIQ dan MEIPTA. Sesungguhnya semua inisiatif ini memerlukan kerjasama dari semua IPTA untuk terus memantapkan pembangunan e-Pembelajaran di Malaysia seperti yang termaktub dalam Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN).

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli MEIPTA yang terus memberi kepercayaan kepada saya sebagai Pengerusi dan Prof. Dr. Hanafi Atan (USM) sebagai Timbalan Pengerusi untuk bekerjasama dalam menjayakan agenda MEIPTA.

Sekian, wassalam.

Prof. Dr. Mohamed Amin EmbiPengerusiMajlis Ketua-ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA Malaysia(MEIPTA) 2012-2013

Kandungan

Ahli Jawatankuasa MEIPTA

Persidangan MEIPTA Ke-13

e-Learning Champion: Fungsi, Tugas Dan Petunjuk Prestasi

E-Pembelajaran UPSI di Cloud

Bantu Pelajar Ulangkaji Pelajaran dengan Facebook

Bengkel Penyedian Ujian Dalam Talian

e-Pembelajaran UKM terus diperkasa

Penerbitan Buku

2

3

4

6

7

8

9

9

“Kesetaraan e-Kandungan dengan Penerbitan”

BIL. 1/2012

Kata-kata Aluan

Pengerusi MEIPTA

Page 2: Buletin MEIPTA Edisi 4 Bil 1/2012

2

AHLI JAWATANKUASA MAJLIS KETUA-KETUA PENYELARAS E-PEMBELAJARAN IPTA MALAYSIA (MEIPTA) 2012-2013

BIL NAMA PERWAKILAN UIAM 1 Gairuzazmi Mat Ghani (Prof. Madya Dr.)2 Nuraihan Mat Daud (Prof. Dr.) UiTM 3 Nor Aziah Alias (Prof. Madya Dr.) 4 Hjh. Haziah Jamaluddin (Prof. Madya) UKM 5 Mohamed Amin Embi (Prof. Dr.) - Pengerusi6 Mohammad Khatim Hasan (Prof. Madya Dr.)7 Norazah Mohd. Nordin (Prof. Madya Dr.) UM 8 Abdul Halim Sulaiman (Prof. Dr)9 David Asirvatham (Dr) UMK 10 Rosdi Abd Rahman (Prof.)11 Mansor Che Din@Noordin (En.) UMP 12 Kamal bin Yusoh (Dr.)13 Aziman Abdullah (En.) UMS 14 Tan Choon Keong (Dr.)15 Salfarah Abdullah (Pn.) UMT 16 Mohd Lazim Abdullah (Dr.)17 Rosnaidi Jusoh (Pn.) UniMAP 18 R. Badlishah Ahmad (Prof. Madya Dr.)19 Zol Bahri Bin Hj. Razali (En.) UNIMAS 20 Chen Chwen Jen (Prof. Madya Dr.)21 Sharifah Norizan Wan Zain (Pn.) UNISZA 22 Abd. Rahim Ramli (En.)23 Mohd Nordin Abdul Rahman (Prof. Madya Dr.) UPM 24 Zaidan Abdul Wahab (Prof Madya Dr)25 Hamidah Meseran (Pn.)26 Sidek Ab Aziz (Prof. Dr.) UPNM 27 Jowati Juhary (Dr.) UPSI 28 Mohd Nazri Md Saad (Tn. Hj)29 Sadiah Baharom (Dr.) USIM 30 Norita Md. Norwawi (Prof. Madya Dr.)31 Ernie Suzana Ali (Dr.) USM 32 Hanafi Atan (Prof. Dr.) - Timb.Pengerusi33 Karim Alias (Prof. Dr.) UTeM 34 Hjh. Norasiken Bakar (Dr.)35 Sazilah Salam (Prof. Madya Dr.) UTHM 36 Zainal Abidin Sayadi (En.)37 Hemmy Abd. Jalal (En.) UTM 38 Mohamed Noor Hasan (Prof. Dr)39 Hanizam Sulaiman (Prof. Madya) UUM 40 Azlina Murad Sani (Prof Madya Dr )41 Zulikha Jamaludin (Prof. Madya Dr.) KPT 42 Mohd. Majid Konting (Prof. Madya Dr.)

Sidang PengarangPenasihat• Prof. Dr. Mohamed Amin Embi

Editor Kehormat• Prof. Madya Dr. Wan Azhar Bin Wan Yusoff• Dr. Kamal Bin Yusoh

Ketua Editor• Mohd. Rizalhilmy Mohd. Rais

Penulis Artikel• Zulikha Jamaludin, UUM• Azlina Murad Sani, UUM• Ahmad Wiraputra Selamat, UPSI• Sazilah Salam, UTeM• Mohd Hafriz Bin Nural Azhan, UMT• Mohd Najib Adun, UKM

Grafik & Aturletak• Azman Md. Diah• Noor Azhar Abd. Rasid

Page 3: Buletin MEIPTA Edisi 4 Bil 1/2012

3

Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diberi penghormatan sebagi tuan rumah persidangan MEIPTA ke-13 yang telah berlangsung dengan jayanya pada 1 November 2011. Persidangan yang bertemakan “Strategi dan Alatan Pembangunan e-Kandungan” telah diadakan di Dewan Senat UPM.

Beberapa agenda telah dibincangan seperti jaringan dengan universiti luar negara, penerbitan buku web 2.0@IPTA Malaysia, kesetaraan e-kandungan dengan penerbitan dan penganjuran National Conference on Mobile Learning pada tahun 2012. Acara kemuncak pada persidangan ke-13 adalah sesi pemilihan AJK baru MEIPTA untuk tempoh 2012-2013 dan UKM sekali lagi dipilih untuk menerajui MEIPTA manakala USM dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.

Sempena dengan persidangan MEIPTA kali ini, UPM telah menganjurkan Conference on Academic Development in Higher Education (ADHE2011).

Persidangan MEIPTA kali ke-13

Page 4: Buletin MEIPTA Edisi 4 Bil 1/2012

4

Zulikha JamaludinAzlina Murad SaniPusat Pengajaran Pembelajran UniversitiUniversiti Utara Malaysia

Definisi e-Pembelajaran

E-Pembelajaran ditakrifkan sebagai penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk memudah cara proses pembelajaran dan pengajaran–sebagaimana yang telah digunapakai dalam dasar e-pembelajaran negara (DePAN).Struktur tanggungjawab berkaitan e-Pembelajaran

Di peringkat Universiti perlu terdapat Jawatankuasa yang membuat dasar dan memantau perlaksanaan e-Pembelajaran. Salah satu peranan Jawatankuasa ini adalah untuk menggalak dan memantau pembudayaan e-pembelajaran dan membangunkan kandungan kursus, selain menyediakan dana bagi menyokong pelaksanaan e-pembelajaran.

Fungsi khusus jawatankuasa ini sebaiknya adalah untuk memastikan pensyarah mempunyai ilmu pedagogi, kemahiran teknologi dan integriti akademik dalam menguruskan e-pembelajaran. Selain itu Jawatankuasa ini perlu juga menyediakan sokongan, motivasi dan ganjaran yang bersesuaian kepada kakitangan yang aktif dalam penggunaan e-pembelajaran atau pembangunan bahan P&P digital.

Untuk melaksanakan agenda tersebut, universiti perlu mempunyai beberapa penyelaras e-pembelajaran atau e-learning champion (ELC) di peringkat fakulti, jabatan atau pusat-pusat pengajian. ELC perlu dilantik untuk bertindak sebagai ejen perubahan dalam membudayakan e-pembelajaran dan membangunkan kandungan kursus.Struktur tanggungjawab e-pembelajaran sebuah universiti, dalam kaitan dengan DePAN boleh digambarkan seperti dalam Rajah 1.

 

Rajah 1: Struktur tanggungjawab e-pembelajaran dalam kaitan dengan DePAN

Definisi dan Ciri seorang ELC

ELC ditakrif sebagai pakar rujuk tentang sebarang isu e-pembelajaran di peringkat pelaksana. Seorang ELC hendaklah dipilih dari kalangan mereka yang mempunyai ciri-ciri berikut:

• berkemahiran dalam e-pembelajaran• sanggup berkongsi kemahiran • mampu menyediakan penyelesaian dan nasihat sesuai dengan keperluan pusat pengajian/Jabatan/fakulti• mampu memodel tindakan e-pembelajaran dan penggunaan teknologi bagi menyediakan penyelesaian

pengajaran & pembelajaran (P&P).

e-Learning Champion: Fungsi, Tugas Dan Petunjuk Prestasi

Page 5: Buletin MEIPTA Edisi 4 Bil 1/2012

5

 

Tugas khusus seorang ELC

Seorang ELC adalah juga seorang mentor, pemotivasi, dan pengupaya kepada pensyarah lain dalam e-pembelajaran khususnya, dan P&P secara umum. Secara khusus tugas ELC boleh disenaraikan seperti berikut:1. Menyediakan garis panduan e-pembelajaran yang bersesuaian untuk program pengajian masing-masing;2. Membina hubungan dan rangkaian dengan pensyarah lain (di universiti lain) bagi menggalakkan pemindahan ilmu dan penerokaan teknologi baru berkaitan e-pembelajaran;3. Membantu dekan atau ketua Jabatan di peringkat pusat pengajian/Jabatan/fakulti untuk membuat keputusan strategik bagi memastikan pelaksanaan e-pembelajaran dalam P&P berlaku;4. Mengadakan mekanisma untuk berkongsi maklumat berkenaan sumber/ilmu/kemahiran/alatan e-pembelajaran (termasuklah social network, blogs, show-case, mentor-mentee…);5. Berfungsi sebagai pegawai penghubung dengan pusat pengajaran-pembelajaran di universiti.

Amalan terbaik seorang ELC

1. Bina pemahaman mendalam berkaitan e-pembelajaran dalam konteks kaedah P&P terkini. 2. Selalu mencari dan mengusulkan penyelesaian P&P dengan e-pembelajaran yang sesuai dengan konteks bidang ilmu dan kemahiran semasa di pusat pengajian masing-masing. 3. Memantau kesediaan pensyarah bagi melibatkan e-pembelajaran dalam amalan P&P 4. Memindahkan ilmu dan kemahiran e-pembelajaran kepada kumpulan-kumpulan kecil 5. Berfikir dan bertindak secara strategik bagi memastikan e-pembelajaran diaplikasikan dengan berkesan di peringkat pusat pengajian.

Petunjuk Kejayaan (KPI)

1. Terdapat perubahan sikap staf terhadap e-pembelajaran2. Ada bukti peningkatan penggunaan e-pembelajaran bagi pusat pengajian 3. Ada penglibatan e-pembelajaran dalam pelan strategik untuk tingkat kualiti P&P di peringkat pusat pengajian. 4. Ada mekanisma/laman web/blog/alatan/perisian khusus untuk berkongsi maklumat berkenaan kemahiran e-pembelajaran5. Kolokium e-pembelajaran dibuat sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

Rajah 2 menunjukkan ringkasan ciri, tugas, amalan terbaik dan KPI seorang ELC

Rajah 2: Ciri, tugas, amalan terbaik dan KPI seorang ELC.

Page 6: Buletin MEIPTA Edisi 4 Bil 1/2012

6

Page 7: Buletin MEIPTA Edisi 4 Bil 1/2012

7

Page 8: Buletin MEIPTA Edisi 4 Bil 1/2012

8

Rajah 1: Awan Besar https

Antara faedah pelaksanaan projek ini adalah mengurangkan perbelanjaan dalam mengurus infrastruktur sistem. Pembekal pula akan menjamin kestabilan dan prestasi perkhidmatan MyGuru3 24/7 sekaligus meningkatkan keyakinan pengguna dalam menggunakan sistem.

Ahmad Wiraputra SelamatPusat ICTUniversiti Pendidikan Sultan Idris

Bermula 14 Disember 2011, UPSI telah melangkah setapak lagi ke hadapan dengan pelaksanaan sistem e-Pembelajaran MyGuru3 melalui teknologi perkomputeran awan (Cloud) yang dikendalikan sepenuhnya pihak pembekal. Melalui perkomputeran cloud, sistem ditempatkan ke dalam rangkaian atas-permintaan (on-demand) yang mudah, stabil dan boleh diskalakan. Inisiatif cloud dimulakan apabila dianggarkan lebih 20000 pelajar PJJ akan melalui proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) sepenuhnya melalui MyGuru pada tahun 2012.

Melalui MyGuru3, UPSI melakukan outsource ke atas infrastruktur sistem seperti operasi, hos pelayan dan peralatan rangkaian. Dalam masa yang sama, UPSI dapat memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sistem serta modul-modul baru untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada kakitangan dan pelajar UPSI.

Antara faedah pelaksanaan projek ini adalah mengurangkan perbelanjaan dalam mengurus infrastruktur sistem. Pembekal pula akan menjamin kestabilan dan prestasi perkhidmatan MyGuru3 24/7 sekaligus meningkatkan keyakinan pengguna dalam menggunakan sistem.

MyGuru3 berupaya menerima puluhan ribu lagi akaun pengguna serta membuka pintunya kepada penggunaan pihak lain di luar UPSI seperti IPTA dan IPTS, sekaligus memudahkan pengkomersilan. Sistem akan dibuka untuk pendaftaran pengguna bukan sahaja di dalam UPSI tetapi juga luar UPSI melalui konsep pay per use.

UPSI kini dalam proses untuk meluaskan lagi implementasi cloud kepada sistem maklumat pelajar (MySIS) dan portal UPSI.

Dalam perkembangan lain, persidangan video melalui MyGuru yang menggunakan teknologi sumber terbuka diperluaskan lagi kepada pelajar Diploma Pendidikan MARA. Kuliah secara maya telah diadakan serentak kepada 30 pusat melalui aplikasi ini sekaligus memudahkan proses P & P antara pensyarah di UPSI dengan pelajar yang keseluruhannya adalah guru di seluruh negara.

E-Pembelajaran UPSI di Cloud

Page 9: Buletin MEIPTA Edisi 4 Bil 1/2012

9

Sazilah SalamFakulti Teknologi Maklumat & KomunikasiUniversiti Teknikal Malaysia Melaka

Facebook merupakan laman sosial paling popular masakini dengan lebih 12juta pengguna Malaysia. Mengikut statistik, pengguna facebook terbesar merupakan pengguna berumur 18-24 tahun yang meliputi pelajar-pelajar di peringkat pengajian tinggi. Suka atau tidak, kehadiran facebook perlu dieksploitasikan untuk penggunaan yang memberi manfaat seperti e-pembelajaran. Sebagai komplemen

kepada penggunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran U-Learn, pensyarah-pensyarah UTeM juga menggunakan facebook untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.

Antara penggunaan facebook yang berkesan adalah dalam membantu pelajar-pelajar mengulangkaji pelajaran terutama sebelum peperiksaan. Bagi membolehkan sesi ini dilaksanakan, di awal semester, pensyarah akan menubuhkan kumpulan di facebook untuk kelas tersebut. Pelajar-pelajar dimasukkan ke dalam kumpulan oleh pensyarah dan/atau rakan-rakan sekelas mereka. Seminggu sebelum peperiksaan, pensyarah boleh mula mengutarakan soalan-soalan untuk pelajar-pelajar mencuba. Soalan boleh diutarakan mengikut kreativiti pensyarah dalam bentuk soalan Betul/Salah, isi tempat kosong, berstruktur, dan sebagainya. Bagaimanapun, biasanya soalan perlulah ringkas dan tidak mengandungi banyak soalan supaya mudah difahami.

Untuk soalan berbentuk Betul/Salah, pelajar boleh mengundi/memilih jawapan yang mereka rasakan betul. Setelah pelajar-pelajar membuat pemilihan jawapan, pensyarah boleh memberi maklumbalas dan menjelaskan mengapa jawapan tersebut betul/salah.

Pensyarah boleh juga mengutarakan soalan berbentuk aneka jawapan. Bagi soalan bentuk ini, pensyarah boleh menyediakan pilihan jawapan untuk diundi oleh pelajar. Pensyarah juga boleh membiarkan pilihan jawapan kosong supaya pelajar-pelajar boleh mengisikan jawapan mereka dan pelajar-pelajar lain mengundi jawapan yang diisi oleh rakan-rakan mereka.

Rajah 1: Purata umur pengguna Facebook di Malaysia

Rajah 2: Contoh soalan berbentuk Betul/Salah

Rajah 3: Contoh soalan berbentuk pilihan

Rajah 4 (a) & 4 (b) : Contoh soalan yang perlu diisi oleh pelajar

4 (a) 4 (b)

Bantu Pelajar Ulangkaji Pelajaran dengan Facebook

Page 10: Buletin MEIPTA Edisi 4 Bil 1/2012

10

Mohd Hafriz Bin Nural Azhan Pusat Kualiti dan Pembangunan Akademik UMT

Pusat Kualiti dan Pembangunan Akademik (PKPA) UMT telah mengorak langkah baru bagi memperkenalkan modul ujian atas talian di dalam MyLearn dengan menganjurkan Bengkel Penyediaan Ujian Dalam Talian Dan Item Soalan pada 30 Oktober 2011. Program ini telah dihadiri oleh 24 pensyarah yang kebanyakannya terdiri daripada pensyarah-pensyarah yang aktif menggunakan e-Pembelajaran sebagai medan pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Program bengkel sehari ini adalah untuk memperkenalkan kepada pensyarah cara penyediaan ujian dalam talian dengan menggunakan modul yang telah disediakan di dalam MyLearn. Pensyarah juga diajar menggunakan alatan bantuan untuk memuat naik soalan secara automatik ke dalam bank soalan.

Bengkel ini sangat penting bagi membantu pensyarah yang mempunyai jumlah bilangan pelajar yang besar yang mana ia dapat mengurangkan penggunaan kertas setiap kali kuiz atau ujian dilaksanakan. Malahan, ia dapat menjimatkan masa pensyarah kerana markah dan jawapan pelajar di periksa secara automatik. Di samping itu, penggunaan aktif pensyarah secara refleksinya akan mendorong penggunaan lebih aktif oleh pelajar.

Secara keseluruhannya penganjuran bengkel kali ini mendapat respon yang amat baik dari pensyarah. Malahan pensyarah UMT telah berjaya mengadakan ujian dalam talian untuk 1200 pelajar dalam satu masa. Ini menunjukkan Impak penganjuran bengkel ini dapat membantu pensyarah dalam menggunakan MyLearn secara lebih berkesan di samping dapat meningkatkan kepenggunaan Sistem e-Pembelajaran di UMT.

   

   

Rajah 1 (a,b,c,d) : Bengkel Penyediaan Ujian Dalam Talian dan Item Soalan

1(a)

1(b)

1(c)

1(d)

Bengkel Penyedian Ujian Dalam Talian

pensyarah UMT telah berjaya mengadakan ujian dalam talian untuk 1200 pelajar dalam satu masa

10

Page 11: Buletin MEIPTA Edisi 4 Bil 1/2012

11

e-Pembelajaran UKM terus diperkasaMohd Najib AdunPusat Pembangunan AkademikUniversiti Kebangsaan Malaysia

Pusat Pembangunan Akademik (PPA) terus memperkasa e-Pembelajaran di UKM selaras dengan Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) yang telah dilancarkan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi Malaysia pada Mei 2011. Sejajar dengan itu pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan oleh PPA sepanjang tahun 2011 yang telah dihadiri oleh warga UKM.

Selain daripada kursus pengajaran dan pembelajaran secara on-line dan pembangunan e-kandungan, PPA juga telah memperkenalkan kursus web 2.0 mulai tahun 2011. Pendekatan terkini melalui web 2.0 mendapat perhatian dan sambutan yang memberangsangkan daripada warga UKM dan IPTA lain. Selain itu, PPA juga telah menerbitkan empat buah buku berkaitan e-Pembelajaran iaitu Aplikasi Web 2.0, Web 2.0 Tools in Education, Web 2.0 Social Networking Tools dan Web 2.0 Sharing Tools. Kesemua buku ini boleh diperolehi dengan percuma secara on-line melalui scribid dan e-Book.

Apa yang uniknya untuk 2011, PPA juga telah membangunkan laman web latihan secara atas talian yang dikenali sebagai Just-in Time Training 2U (JiTZU) yang memberi peluang kepada semua warga UKM dan masyarakat umum mengikuti latihan secara maya. Laman web ini adalah percuma dan boleh dilayari pada bila-bila masa mengikut kesesuaian pengguna.

Jadual 1: Latihan e-Pembelajaran 2011

Bil Program Tarikh Kehadiran 1 Kursus SPIN & Pembangunan e‐Kandungan Bil. 1/2011 11 Januari 2011 22 2 Kursus SPIN & Pembangunan e‐Kandungan Bil.2/2011 29 Julai 2011 18 3 Kursus Pengajaran & Pembelajaran Secara Online Bil. 1/2011 05-07 April 2011 19 4 Kursus Pengajaran & Pembelajaran Secara Online Bil. 2/2011 28‐30 Dis. 2011 25 5 Kursus Integrasi Web 2.0 dalam Pengajaran & Pembelajaran

Bil.1/2011 26‐28 April 2011

38

6 Kursus Integrasi Web 2.0 dalam Pengajaran & Pembelajaran Bil.2/2011

26‐27 Julai 2011

30

7 Bengkel TOT Jurulatih Utama e‐Pembelajaran Bil.1/2011 11‐13 Februari 2011 28 8 Bengkel TOT Integrasi Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran 13‐15 Mei 2011 24 9 Seminar Lecture Maker 22 Mac 2011 19 10 Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran PPA – Interactive Lecture

Using Web 2.0 Tools 16 Jun 2011 53

11 Bengkel Integrasi Web 2.0 (MKB) 08 Okt. 2011 17 12 Bengkel Integrasi Web 2.0 (Khas staf PPA) 23 Julai 2011 10 13 Bengkel e-Pembelajaran (Kakitangan Bukan Akademik) 11-12 Okt. 2011 21

Jumlah 324  

11

Page 12: Buletin MEIPTA Edisi 4 Bil 1/2012

12

Penerbitan Buku

12

A Powerful Screen Recording and Editing Tool

Record your screen.

Add professional polish

Produce and share stunning videos at any size

It's as easy as 1-2-3!

Why use Camtasia?Engage learners with video.

Easily record lectures and demonstrations.

Add animated callouts and quizzes.

Produce engaging videos in various formats.

Create training videos, presentations, demos and more that get results and look fantastic. Make them wonder how you did it. Get your teaching everywhere.

Powered by The Official Education Reseller

Page 13: Buletin MEIPTA Edisi 4 Bil 1/2012

13

A Powerful Screen Recording and Editing Tool

Record your screen.

Add professional polish

Produce and share stunning videos at any size

It's as easy as 1-2-3!

Why use Camtasia?Engage learners with video.

Easily record lectures and demonstrations.

Add animated callouts and quizzes.

Produce engaging videos in various formats.

Create training videos, presentations, demos and more that get results and look fantastic. Make them wonder how you did it. Get your teaching everywhere.

Powered by The Official Education Reseller

Page 14: Buletin MEIPTA Edisi 4 Bil 1/2012

14

Want to create eLearning interactions

easily & quickly?Choose Raptivity where you can create interactive eLearning courses easily & quickly?

Awards Winning

Choose from over 245+ pre-built library learning interactivity templates and

add games, simulations, brainteasers, interactive diagrams, virtual worlds and more

to your course within minutes!

It’s SCORM/AICC

Trackable Interactions!

Support for Mobile Publishing!

w w w . e l e a r n i n g m i n d s . c o m+ 6 0 ( 3 ) 8 0 6 5 2 0 1 2

i n f o @ e l e a r n i n g m i n d s . c o m

Powered by The Preferred Education Reseller

Page 15: Buletin MEIPTA Edisi 4 Bil 1/2012

15

Want to create eLearning interactions

easily & quickly?Choose Raptivity where you can create interactive eLearning courses easily & quickly?

Awards Winning

Choose from over 245+ pre-built library learning interactivity templates and

add games, simulations, brainteasers, interactive diagrams, virtual worlds and more

to your course within minutes!

It’s SCORM/AICC

Trackable Interactions!

Support for Mobile Publishing!

w w w . e l e a r n i n g m i n d s . c o m+ 6 0 ( 3 ) 8 0 6 5 2 0 1 2

i n f o @ e l e a r n i n g m i n d s . c o m

Powered by The Preferred Education Reseller

Page 16: Buletin MEIPTA Edisi 4 Bil 1/2012

16

an  eLearning  brand  powered  by:  

We  are  a  training  provider  &  authorised    re-­‐seller  for  rapid  authoring  tools  

Looking  for  prac<cal,  affordable    and  effec<ve  solu<ons  to    sharpen  your  eLearning    skills,  to  develop    your  own    e-­‐Content?  

Watch  this  space  for  FREE eLearnAbility  workshops  where    prac<<oners  gather  to  share  &  pick  up  new  eLearning  tricks  &  

ideas!  

It’s  all  about  empowering  our  clients  to  succeed  in  DIY  eLearning!  

DASAR  e-­‐PEMBELAJARAN  NEGARA  (DEPAN),  IPT